Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Jom Kenali Jenis LORI Untuk Pindah Rumah

$
0
0


Sajalah, saja nak cerita tentang lori dan urusan pindah rumah ni ha. Sebabnya tiba2 teringat, lebih kurang plus minus 15 years ago sewaktu nak berpindah ke rumah yang sekarang ini, berpuluh kali trip rasanya mengangkut barang-barang perabot dan rumah. Aduhhhmak! 😁 Memang letih. Masa tu memang tak kenal jenis-jenis lori dan kesesuaiannya. Main hentam jer! Mujurlah kan? Mujurlah tak sewa lori tu! Kalau sewa... ha ha ha... 😄 memang makan tujuh lapan ratus kot? Sebab berpuluh kali trip. Cumanya sebagai persediaan untuk akan datang... manalah tau kan? Kot-kot lah... kot-kot lah lepas ni nak beralih angin nak pindah ke? Manalah tau kan? Jom kenal jenis lori yang bersesuaian untuk pindah rumah agar tidak melaburkan terlalu banyak ka-ching hanya semata untuk lori jer. 

Panduan Memilih Jenis Lori Bersesuaian Untuk Urusan Pindah Rumah

Lori 1 Tan 

Lori 1 tan ni adalah bersesuaian untuk kegunaan memindahkan barang-barang rumah untuk orang bujang. Contohnya anda duduk bilik sewa, jadi untuk katil, almari, meja dan barang-barang dalam kotak. 

Untuk pasangan baru berkahwin yang tak punya banyak barang sangat pun sesuai juga lori 1 tan ni ha... 

Lori 2 Tan

Sesuai untuk kegunaan untuk memindahkan barang-barang keluarga kecil dengan perabot yang sedikit dan barang-barang lain. 

Lori 3 Tan

Sesuai untuk memindahkan barang dan perabot dari satu apartment. Makanya, kalau anda rasa barang dalam rumah tu penuh, boleh pilih lori saiz ini.

Lori 5 Tan

Sesuai untuk memindahkan barang dari sebuah rumah teres 2 tingkat atau keluarga dengan anak lebih dari 3 orang.

Harga pula... Farah tak berapa pastilah berapa dan berapa dan berapa... Tapi melalui survey di laman enjin carian Google... Kalau lori 3 tan tu, bersedia jer dalam poket sekurang-kurangnya RM 600.00 ya? 


“MOMENT” GAY YANG EKSKLUSIF–Tayangan BEAUTY AND THE BEAST Ditarik Keluar Dari Pawagam!!!

$
0
0
MOMENT GAY YANG EKSKLUSIF - TAYANGAN BEAUTY AND THE BEAST DITARIK KELUAR DARI PAWAGAM

Berita ni sememangnya dah kecoh semalam… tapi Farah baru jer berkesempatan nak membebel hari ni… Moment Gay Yang Ekslusif – Tayangan Beauty and The Beast Ditarik Keluar Dari Pawagam!!! Tu diaaa… Memang nak kena berhati-hati kan kalau nak bawa anak-anak kecil tonton wayang di pawagam? Bukan setakat pawagam, tetapi YouTube, kartun-kartun di kaca televisyen… Untuk YouTube adalah sangat disarankan untuk ajar anak gunakan YouTube for Kids ya? Dah tentu-tentu ditapis dan dah tentu-tentu tak wujud video-video merepek yang telah dimuatnaik. Terutama video-video Princess Elsa, Spiderman tu ha… Hishhh… getik aihhh menengoknya… Boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak tau tak?

Wahhh, sekarang ni sampai ke layar perak di pawagam pula, sesetengah pihak cuba memanipulasi serta merosakkan pemikiran kanak-kanak sedunia ek? Sampaikan kartun lagenda Beauty and The Beast pun telah diselitkan dengan adegan yang dilabelkan sebagai moment gay yang eksklusif. Disappointed smile. Peringatan, peringatan, peringatan dan peringatan kepada diri sendiri – monitor what your son are watching! Always! Sebab banyak sangat elemen-elemen yang cuba merosakkan pemikiran serta minda kanak-kanak sekarang ni. Berleluasa…

Menurut sumber di SINI:
Tayangan filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia terpaksa ditangguhkan selepas filem itu mengundang kontroversi atas beberapa sebab termasuk penampilan watak “homoseksual”. Filem Disney itu telah ditarik keluar dari senarai tayangan di semua pawagam di Malaysia sejak kelmarin. Menurut sumber, penarikan keluar penayangan terpaksa dilakukan secara berperingkat. Beauty and The Beast telah dijadualkan untuk mula ditayangkan pada hari Khamis ini.
Tarikh penayangan baru bergantung kepada keputusan siasatan dalaman oleh The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn. Bhd. Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaru ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana. Ia menampilkan barisan pelakon seperti Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.
Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi moment gay yang eksklusif dalam filem itu. Wakil dari Buena Vista Tristar Films Malaysia Sdn. Bhd., pengedar serantau filem Disney di Malaysia ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara ini.
Yang mana-mana dah terbeli tiket untuk bawa anak-anak kecil menonton filem ni, bolehlah mendapatkan kembali wang tiket anda menerusi saluran di atas talian ataupun di kaunter-kaunter pawagam ya?

*Ada anak-anak kecil bukan sekadar watch what they eat, but watch what they do, they watch and all sorts of things. Smile

The PARENT-TEACHER MEETING

$
0
0
THE PARENT-TEACHER MEETING

Sesi pertama The Parent-Teacher Meeting bagi seorang ibu, pengalaman pertama The Parent Teacher Meeting bagi seorang ibu. Smile. Suku tahun pertama sesi persekolahan tadika bagi tahun 2017 dah hampir sampai ke penghujungnya, makanya tibalah masa untuk pertemuan di antara ibu bapa dan juga guru-guru bagi membincangkan mengenai perkembangan serta sebarang permasalahan anak-anak (sekiranya ada). Dup dap dup dap juga hati ni dengan pelbagai rasa. Bukan nak over-reacted, bukan tak pernah langsung-langsung mengikuti serta ambil tahu perkembangan semasa dia di tadika, tapi tetaplah bercampur-baur perasaan tu kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile.

Jika diikut-ikutkan sebenarnya almost 90% tentang perkembangan serta permasalahan (sikit-sikit… ha ha ha…Open-mouthed smile) Farah dah tau sebab boleh dikatakan hari-hari dok berborak dengan teacher buah hati pengarang jantung dia. Sebab tu, Farah tahu perkembangan semasa dia sebenarnya, cumanya ini adalah protokol dan juga buat pengetahuan seorang ibu in-depth macam tu. Kalau nak diceritakan dengan ayat sahaja tanpa sub-tajuk Farah rasa macam berterabur jer jadinya nanti… Muahahaha… Open-mouthed smile…Makanya, Farah merajinkan diri mereka sub-sub tajuk untuk bercerita di dalam entri pada kali ini.

Tantrum

Kita cerita dulu mengenai perkara yang merisaukan hati dan mendebarkan hati seorang ibu ni bila setiap kali anak ke tadika. Because I gave birth to him, I am his Mommy and he is my son, so I know how he is…Haaa, gittew kan? Sememangnya diakui sedari kecil, dia ada satu masalah iaitu mudah tantrum. Those who always mingle around him will know it very precisely. Pantang silap sikit, pantang tak cukup tidur, pantang tak cukup rehat, pantang diganggu apa yang sedang dia lakukan, pantang dicuit perasaannya…Memanglah kena bersiap-sedia untuk berhadapan dengan tantrum dia yang boleh dikatakan agak dahsyat!

Sejak-sejak memasuki umur 3 tahun pada November 2016 yang lalu, ada satu gaya tantrum yang agaklah, agak membuatkan Mommy dia binggung. Dah mula pandai baring di mana-mana sahaja surface, dah pandai buat-buat menangis minta perhatian, dah pandai pukul-pukul and the worst case scenario dia dah pandai baling apa sahaja yang ada di tangan dia atau persekitaran dia. Memang bukan mudah nak cool down kan tantrum dia tu. Mujurlah Mommy ni diberikan tahap kesabaran yang amat tinggi. Cuma sesekali tu bila Farah rasa dah agak melampaui batas, ada juga Farah tinggikan sedikit suara dan ada juga betis tu kena pukul manja. Pukul manja ya pukul manja. Dah macam tu, baru dia senyap… Terkadang tu rasa kasihan. Rasa menyesal bila tertinggi sedikit suara pada dia dan terpukul betis dia walaupun sekadar pukul manja but I have too! I have to trained him. Kalau boleh memang tak nak. Tapi manalah ada ibu yang tak pernah marahkan anak ya tak?

Guess what? Di tadika pun, dia ada buat perangai yang sama. Allahuakbar… Ada hari-hari dialah, bukanlah setiap hari atau kerap bebenar… Tapi bila dia terasa perasaan yang dia tak suka dan marah lah. Bak kata teacher kelas dia, terkadang tu tak ada apa, cuma bila dia diganggu dan cara approach tu tak kena pada lenggok dia, memang akan jadi macam tu. Farah akui, ada masa bila dia sendiri yang tak cukup tidur pun boleh jadi juga. Tu sebab sedaya upaya pastikan dia cukup tidur sekarang ni. Hari-hari sebelum dia ke tadika, Farah akan pesan pada dia, jangan buat perangai ya nak? Elok-elok dekat school. Jangan pukul-pukul teacher, jangan baling-baling barang. Setiap hari.Setiap hari ok? Sudahnya hati Mommy dia jadi risau bila setiap kali dia di tadika. Tu sebab kerap ber-What’s App dengan teacher dia untuk ambil tahu perkembangan dia. Bukan sebab tak nak belajar melepaskan anak pada pihak sekolah. Mohon fahamlah semua orang ya?

Perkara ni, memang boleh dikatakan agak  normal bagi sesetengah budak dan resam kanak-kanak berperangai atau buat perangai. Akan tetapi tetap merungsingkan hati Mommy ni memikirkan. Mommy mana yang tidak mahu anak baik-baik sahaja keadaannya kan? Semua mak nak yang terbaik untuk anak-anak dan nak anak jadi yang terbaik. Lebih-lebih lagi bila tulah satu-satunya yang Mommy ada kan?

Update terkini: Masih di dalam proses untuk melembutkan hati dan juga di dalam proses mengambil langkah yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Setakat beberapa hari setelah The Parent-Teacher Meeting, ada nampak perubahannya sedikit. Moga-moga terus berubah daripada baik kepada yang lebih baik keadaannya. In Shaa Allah…Amin.

Dambakan Perhatian

Teacher kelas dia ada beritahu sewaktu The Parent Teacher Meeting tempoh hari, adalah satu hari tu, seorang lelaki datang membetulkan pintu kelas tadika dia. Dia datang dekat kepada lelaki tersebut, perhati apa lelaki tersebut lakukan dan peluk kaki lelaki itu serta ikut ke mana sahaja lelaki itu pergi di dalam kawasan kelas. Crying face… Sayu pulak hati Mommy kau ni nak! Teacher pun cerita sambil mata merah-merah menahan sedih dan menangis. Allahuakbar… I know he needs attention and he wants attention. Memang diakui sejak kebelakangan ni banyak perkara yang Mommy dia ni sedang cuba selesaikan. Satu persatu secara perlahan-lahan. Memang diakui, tidak 100% perhatian kepada dia sangat. Adalah terkurang 10% macam tu ha… Tapi, syukur Alhamdulillah, secara perlahan-lahan, satu persatu In Shaa Allah, hampir nak selesai…dan Mommy dah mula on track for his attention. Dia perlukan tu… Sorry sebab Mommy agak sibuk lately. In Shaa Allah, things are getting better in the future… for you…Mommy cuba berikan yang terbaik ya?

Perkembangan Pembelajaran

Kita tinggalkan cerita-cerita merungsingkan hati dan juga cerita-cerita yang mungkin agak menyedihkan kami… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sekarang kita beralih pula kepada cerita-cerita yang membuatkan Mommy rasa proud dan mampu tersenyum. Cerita tentang perkembangan pembelajaran dia. Alhamdulillah! Syukran Ya Allah… Dia mampu menguasai numbers, alphabets, shapes. Dia kenal dan sangat aktif mengambil bahagian bila pembelajaran melibatkan ketiga-tiga kategori ini. Sememangnya dia lebih minatkan numbers berbanding literacy. Uhuksss… macam kebarangkalian jadi blogger tu tak ada jer…Muahahaha… Open-mouthed smile

Suka berzikir juga! Bab suka berzikir ni, memang Farah perasan sebab setiap kali naik kereta sekarang ni, dia akan suruh pasangkan CD zikir dan dia akan berzikir mengikut alunan melodi zikir yang dipasangkan itu. Sedap jer halwa telinga mendengar oiii… Suara comel itu mengalunkan zikir di dalam melodinya. Alhamdulillah. Cumanya bahagian-bahagian seperti mengambil wudhu’ dan solat… Masih in progress. Sudah mampu membaca Surah Al-Fatihah jika mengikut rekod teacher dia. Mengucapkan thank you, sorry, please… Alhamdulillah… Bagi Farah, ianya adalah satu perkembangan yang baik untuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun kan? Walaupun mengikut cara dia, kira dah ok sangat dah tu pada Farah dan Farah sendiri tak pernah pula memaksa dia… Cuma perhati dan pantau serta sesekali adalah recap balik pembelajaran dia di tadika.

Nak tengok hasil kerja dia di tadika? He he he… Open-mouthed smile… Jomlah… Farah nak kongsi ni… Jomlah cuci-cuci mata lihat hasil air tangan anak bujang kita ni ha wak…

THE PARENT-TEACHER MEETING

THE PARENT-TEACHER MEETING 2 (6)

THE PARENT-TEACHER MEETING 2 (5)

THE PARENT-TEACHER MEETING 2 (4)

THE PARENT-TEACHER MEETING 2 (3)

THE PARENT-TEACHER MEETING 2 (2)

THE PARENT-TEACHER MEETING 2 (1)

THE PARENT-TEACHER MEETING 2 (8)

THE PARENT-TEACHER MEETING 2 (7)

Macam tulah kisahnya The Parent-Teacher Meeting yang pertama pada tahun 2017 ni. Ada few things yang Farah kena sit down and strategized balik untuk lihat dari sudut mana dan bagaimana nak tackle apa-apa sahaja yang memerlukan penambahbaikan. Untuk perjumpaan seumpama ini, sememangnya ibu bapa perlu letakkan sebagai top priority. Simboliknya, ia menunjukkan minat serta komitmen kita terhadap perkembangan anak-anak.

Manfaat Perjumpaan Guru & Ibu Bapa – Bagi Ibu Bapa

Pertama sekali, ibu bapa dapat mengenali siapakah guru kelas anak-anak mereka yang selama ini membimbing, memberi tunjuk ajar dan mengendalikan kelas agar setiap darinya berada di tempat yang sepatutnya. Mungkin dari segi perwatakan guru tersebut dan gaya percakapannya, dan juga dari sudut bagaimana guru tersebut menceritakan perihal anak-anak masing-masing. Dan orang ramai berkata, first impression itu amat penting dalam meneliti keperibadian seseorang. Jadi pada hari perjumpaan seumpama ini, tindakan para guru dapat diperhatikan, dinilai serta dianalisa sepenuhnya oleh ibu bapa yang hadir.

Kedua, ibu bapa dapat mengenalpasti bagaimana keadaan anak-anak masing-masing di dalam dan juga di luar kelas. Bagaiman komitmennya di dalam kelas yang diajarkan oleh guru tersebut seperti prestasi akademiknya, tahap fokusnya ketika sesi pembelajaran, juga akhlak mereka ketika guru sedang mengajar di hadapan kelas. Dengan ini, ibu bapa dapat tahu dengan lebih terperinci tentang anak-anak mereka di sekolah dan berusaha untuk mengatur langkah untuk memperbaiki keadaan anak-anak masing-masing di rumah.

Ketiga, ibu bapa akan dapat lebih memahami bagaimana sistem di sesebuah sekolah itu dijalankan seperti di Little Caliphs, selain silibus akademik, mereka juga ada silibus-silibus pembelajaran dan metodologi pembelajaran yang tersendiri serta agak berbeza dari tadika lain. Dan juga ada pembelajaran mengenai solat serta kriteria-kriteria lain yang perlu ada pada seorang murid yang muslim. Persediaan anak-anak sebelum melangkah ke alam Sekolah Rendah. Dan macam-macam lagilah.

Senang cerita, rumusannya, Hari Perjumpaan Guru dan Ibu Bapa ataupun The Parent-Teacher Meeting adalah hari yang amat penting bagi setiap pihak yang berkaitan dengan sekolah terutamanya ibu bapa. Dan sewajarnya, bagi setiap guru, ibu bapa dan anak murid cuba sedaya untuk hadir ke hari tersebut kerana siapa tahu, di dalam perbincangan 10-15 minit antara ibu bapa dan guru ini mampu untuk mencipta perubahan yang besar di dalam diri anak-anak? Kan?

*Bila dah lepas sesi perjumpaan…he he he… Open-mouthed smile lega… tapi tugasan Mommy pun nampaknya bertambah ni… kena cari mana-mana loop hole dan cuba kambus sebaik mungkin.

CERAGEM Rawatan Katil Urut Ajaib!

$
0
0
CERAGEM RAWATAN KATIL URUT AJAIB!

CERAGEM, Rawatan Katil Urut Ajaib! Ajaib sangat ke katil urut ni? Sampaikan ramai sangat yang memperkatakan mengenai CERAGEM sejak kebelakangan ni? Mungkin bukan dari sekeliling anda, tetapi sampai ke halwa telinga Farah dari perkhabaran yang diterima dari boss sendiri dan juga hasil pembacaan testimoni dari perkongsian di blog-blog yang ada sebelum ini. Gigih Farah mencari jawapan mengenai CERAGEM ni tau… Sebabnya, boss beritahu, dia pergi mendapatkan rawatan di CERAGEM pada hari Sabtu yang lalu, kemudiannya bila dia swing kayu golf pada hari Ahad, pukulannya kuat semacam. Ha ha ha… Open-mouthed smile, itu yang jadi berminat nak tahu tu… Sebab kalau ok, nak juga bawa Mama Farah pergi mendapatkan rawatan di CERAGEM.

Yang paling menarik dikatakan rawatan di CERAGEM adalah PERCUMA! Ya PERCUMA! Sesiapa yang pergi ke pusat rawatan CERAGEM akan mendapat rawatan secara PERCUMA! Memang boleh dikatakan ramai orang yang telah dan masih on-going ke pusat rawatan CERAGEM untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit masing-masing. Cumanya, jika ada sesiapa yang berminat nak membeli katil urut ajaib CERAGEM tu, sepertimana yang disampaikan melalui penceritaan boss Farah, harganya adalah di dalam belasan ribu Ringgit Malaysia. Mahal oiii! Ha ha ha… Smile with tongue out… memang tak mampulah Farah nak membeli kan? Tapi Farah percaya, ada yang berkemampuan yang telah membeli katil urut ajaib CERAGEM tu! Why not kan? Untuk kesihatan… Tak rugi rasanya membeli untuk sesuatu yang mendatangkan kebaikan.

Apa Itu CERAGEM?

CERAGEM adalah produk kesihatan keluarga dengan menggunakan perpaduan ilmu kesihatan Timur dan Barat, yang bekerja secara ilmiah melalui tulang belakang dengan menggunakan prinsip tekan, urut, sinar kehangatan dan kiropraktik (chiropractic).

Bagaimana Cara Kerja Produk CERAGEM?

Cara kerja CERAGEM berpusat pada tulang belakang, di mana seperti yang kita ketahui bahawa tulang belakang adalah sumber kehidupan kita dan merupakan pusat susunan saraf dan pembuluh darah, sehingga saat efektif untuk mengatasi berbagai jenis masalah kesihatan.

Latar Belakang CERAGEM

CERAGEM diasaskan pada tahun 1998, CERAGEM adalah perusahaan produk kesihatan keluarga yang terkemuka di dunia yang berasal dari Korea Selatan. Mulai memasuki pasaran antarabangsa iaitu Amerika Syarikat pada bulan Oktober 1999. Sehingga kini CERAGEM telah ada di lebih 70 buah negara dan telah memiliki sekitar 3,000 pusat yang tersebar di merata dunia. CERAGEM menawarkan anda untuk mencuba produk mereka secara PERCUMA tanpa dikenakan sebarang bayarang di setiap pusat yang ada di seluruh dunia. Strategi pemasaran CERAGEM memang unik dengan sistem layanannya yang ramah.

PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KATIL URUT AJAIB CERAGEM 3

Ini untuk pengetahuan umum kita semua ya? Titik perubatan CERAGEM.
PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KATIL URUT AJAIB CERAGEM 4

Menarik tak? Menarik pada Farah… Sebab sesuatu yang baru bagi Farah dan sekiranya ia benar-benar seperti apa yang dikatakan… Nak juga rasanya mencuba untuk diri sendiri dan terutamanya ibu bapa Farah… Ada yang dah pergi ke pusat rawatan CERAGEM ke? Bolehlah kongsi-kongsi pengalaman anda sendiri kan? Dan di bawah adalah senarai pusat rawatan CERAGEM yang sempat Farah kumpulkan untuk dikongsikan bersama:

CERAGEM Petaling Jaya
+603- 7877 6260

CERAGEM MALAYSIA Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
+603- 6252 7107

CERAGEM Shah Alam
+603- 5541 6669

CERAGEM Puchong Centre
+603- 8062 6001

Ini setakat yang sempat Farah kumpulkan, tetapi sebenarnya seluruh Malaysia ada pusat rawatan CERAGEM ni… Anda hanya perlu buka laman enjin carian Google dan kemudian taipkan perkataan CERAGEM ataupun pusat rawatan CERAGEM. In Shaa Allah…pasti jumpa.

SETEM KU INDIVIDU–Abadikan “Moment” Di Setem

$
0
0
SETEM KU INDIVIDU - Abadikan Moment Di Setem

Ada ke orang yang nak pakai setem lagi sekarang ni? Surprised smile Hah? Apa punya soalan daaa… Dah tentu-tentulah masih ada… Walau secanggih mana pun teknologi semasa dan banyaknya kemudahan secara digital atau elektronik, setem masih lagi digunapakai ok? Smile. Tak semua benda boleh ditransaksikan atau dihantar secara digital atau elektronik dan masih lagi ada surat-menyurat yang dihantar dengan menggunakan setem. Mak-mak yang suka ambil gambar anak-anak sampai beribu-ribu gambar dalam memori telefon pintar masing-masing tu, mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengabadikan moment anak-anak di dalam bentuk setem yang customized sebegini kan? Macam sweet jer… SETEM KU INDIVIDU – Abadikan Moment Di Setem.

SetemKu Individu dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menampilkan imej mereka semasa satu masa khas atau majlis di setem. Imej-imej ini bersama-sama dengan setem asas akan membentuk setem pos yang sah. Pelanggan boleh menempah bagi setiap reka bentuk dengan pesanan minimum adalah 1 helaian sahaja.

SetemKu Individu juga boleh didapati di Galeri Setem (Ibu Pejabat), di lebih daripada 25 Cawangan Pos terpilih seluruh negara dan di gerai promosi Pos Malaysia di seluruh negara. 

Pembelian atas talian boleh didapati melalui www.posonline.com.my.

SetemKu individu ditawarkan dalam sepuluh reka bentuk eksklusif dan membolehkan seseorang individu memperingati acara-acara khas seperti:
  • Perkahwinan
  • Ulang tahun
  • Pertunangan
  • Hari Ibu
  • Alumni
  • Hari lahir
  • Hari Bapa
  • Hari Valentine
  • Pengumuman Khas seperti kelahiran bayi yang baru
  • Lain-lain

Jualan / Tempahan

Borang Langganan (Format PDF)
Paparan Borang– Untuk memuat turun, sila klik kanan dan pilih Save Target As.
(1) Simpan sasaran Save target as bagi pengguna Internet Explorer atau  
(2) Simpan jaringan Save link as bagi pengguna Netscape / Mozilla Firefox / Google Chrome

Klik di sini untuk  memuat turun Acrobat Reader

Pilihan Penghantaran

Kutipan dan penghantaran @ kos tambahan.
* (Pilihan untuk menggunakan Pos Laju untuk penghantaran pantas)

Jangkamasa Pemprosesan

Dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula dari hari penerimaan
(Sila berikan masa yang berpatutan sekiranya item ini diperlukan untuk sesebuah majlis rasmi / pelancaran)

Cara Pembayaran

Tunai/Kiriman Wang/Cek atau Kad Kredit  (di cawangan Pos terpilih yang menawarkan perkhidmatan SetemKu sahaja).

Untuk pembelian atas talian melalui www.posonline.com.my, khidmat perbankan atas talian & kad kredit ditawarkan

Keperluan Teknikal

Bagi Foto:
Kualiti 3R yang baik (Anggaran 85 x 125mm) atau 4R (Anggaran 100x 150mm) Format foto adalah menegak.
Saiz font (Jika ada): Sekurang-kurangnya 5 poin
*NOTA: Kebenaran bagi ruang sebanyak 1MM mesti dibenarkan (Pilihan untuk latar belakang hendaklah berdasarkan reka bentuk setem) perlu disertakan bersama borang tempahan

Pengesahan Reka Bentuk:
Berdasarkan reka bentuk (atas tanggungan anda) yang dipersetujui oleh kedua belah pihak

Saiz Setem
28mm x 38mm (format menegak), 32mm x 27mm (format melintang) & 30mm x 30mm (format menegak)


Tempahan Minimum
1 lembar (8 keping / 10 keping & 20 keping setem)



Harga
Terdapat 10 reka bentuk untuk dipilih. Papar reka bentuk.


SETEM KU INDIVIDU - Abadikan Moment Di Setem 2

Lembaran Setem = 8/10/20 berdasarkan tab kosong setem 8/10/20 . Paparan Contoh
*Harga termasuk GST
Tertakluk pada Terma & Syarat

Saluran Komunikasi

UNIT SETEM & FILATELI
Tingkat 2, Galeri Setem, Unit Setem & Filateli, Pos Niaga,
Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur
Malaysia
 
Talian Perhubungan
+603-2267-2000/2001/2002
(8:30pg - 5:30ptg, Isnin – Jumaat)
 
Faks
+603-2694-2139
 
Khidmat Pelanggan
1-300-300-300 | care@pos.com.my
 
E-mel

Anak Akan RAPAT Dengan IBU BAPA Sampai UMUR 12 TAHUN SAHAJA!

$
0
0
ANAK AKAN RAPAT DENGAN IBU BAPA SAMPAI UMUR 12 TAHUN SAHAJA!

Kenyataannya sememangnya tidak selamanya anak akan berada di bawah celah ketiak ibu bapa. Apabila sudah mula bersekolah, sudah mula meningkat usia, mereka sudah ada set mereka yang tersendiri dan mereka sudah mula mencari ruang waktu untuk diri mereka sendiri. Suka atau tidak, itulah perkembangan kitaran manusia. Benda-benda ni semua akan dirasai oleh setiap manusia. Jika sewaktu bayi, sewaktu kanak-kanak, ke mana sahaja kita pergi, ke mana sahaja kita ada, di situlah ada anak… Jangan kecil hati ataupun terperanjat sekiranya apabila semakin meningkat usia, terutama apabila sudah mencapai belasan tahun…waktu itu anak sudah mula berkira-kira dan pandai memajukan permohonan untuk tidak mengikuti ibu bapa dan memberitahu bahawa mereka sudah ada rancangan mereka yang tersendiri. Ada ya bukan tak ada… Memang bukan semua anak-anak begitu tetapi ada… Cuma…ada yang mengatakan bahawasanya anak akan rapat dengan ibu bapa sampai umur 12 tahun sahaja!

Jom kira ada berapa tahun lagi yang kita ada untuk rapat dengan anak-anak kita semua… Open-mouthed smile ha ha ha… Gunakanlah masa yang ada ni dengan sebaik-baiknya dan cherish the moments agar kita tidak merasa rugi kerana ianya berlalu sebegitu sahaja. Bak kata artikel di SINI, kalau ikutkan zaman sekarang, ramai ibu bapa yang keluar bekerja pagi balik malam. Kadang-kadang sampai rumah tengok anak-anak dah sedap tidur. Allahu…bila masa nak dengar luahan cerita anak? Bila masa untuk manjakan anak? Anak-anak memerlukan perhatian yang secukupnya daripada kita sebagai ibu bapa.

Bila anak sudah meningkat dewasa, sudahnya ibu bapa pula yang akan rasa terabai. Sedikit demi sedikit anda akan nampak perubahan sikap si anak. Antara positif ataupun negatif, terpulang kepada layanan kita kepada mereka sewaktu anak masih kecil. Jadi sebelum terlambat, jom kita sama-sama baca perkongsian oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, kisah yang cukup baik untuk dibaca oleh semua ibu bapa.
Semalam, aku mengeteh bersama 3 lagi rakan. Dari jam 11.00 pagi sehingga jam 1.30 pagi. Macam-macam hal kami bincang dan borakkan. Di antara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga Darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama. Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia katakan. Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka. Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekalilah. Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes yang seterusnya.
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa juga permintaan mereka. Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum. Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu. Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah “tegur” dia dulu, kali ni dia ingat.
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang di masa akan datang. Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja. Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya. Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa, harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya. Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal di ingatan. Jangan! Anak itu harta dunia akhirat.
In Shaa Allah, mari kita sama-sama mencuba yang terbaik untuk anak-anak kita semua ya? Smile

TIPS Hilangkan Kekuningan Kunyit Pada Bekas Pengisar

$
0
0
TIPS HILANGKAN KEKUNINGAN KUNYIT PADA BEKAS PENGISAR
Kredit: Sumber dari SINI

Ini merupakan isu dapur sejagat… tapi tak dapat dielakkan…sebab memang gunakan mesin pengisar untuk kisar bahan-bahan masakan termasuklah kunyit! Kunyit tu punya kuning…Nalaaa punya! Ha ha ha… Open-mouthed smile sampai melekat pada bekas pengisar sehinggakan kadang-kadang pengisar yang baru pun boleh nampak seperti pengisar lama. Sedangkan baru beli tu! Macam botol susu anak-anak yang dah tamat tempoh dan kita ada perasaan macam tak selamat nak digunakan lagi sebab bimbang kalau-kalau membebaskan toksin yang berbahaya… Hua hua hua… Open-mouthed smile. Walhal tak ada apa-apa pun sebenarnya… cuma kuning sebab kunyit jer… SINI ada tips hilangkan kekuningan kunyit pada bekas pengisar. Terima kasihlah haiii sebab memberikan solusi kepada isu dapur sejagat ni ha..

Menurut sumber, hanya 2 bahan yang diperlukan untuk menjadikan bekas pengisar anda seperti baru dibeli semalam. He he he… Open-mouthed smile… Farah tak cuba lagi, tapi nak mencuba juga ni hujung minggu. Nak lihat sendiri hasilnya (moga-moga tak lupa ingatan nak mencuba tips ni sebab terkadang tu bila hujung minggu banyak tugasan rumah yang nak diselesaikan…In Shaa Allah…).

Bahan-Bahan:

2 sudu cuka makan dan 1 cawan air panas. Itu jer!

Cara-Cara:

1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam bekas pengisar. Biarkan selama 2-3 minit.
2. Kisar air bancuhan cuka tadi beberapa kali sehingga kesan kotoran pada mata pengisar hilang.
3. Bilas sekali lagi dengan air panas dan keringkan.

Nak nampak baru boleh kan? Lepas guna terus cuci pun salah satu tips juga. Jangan biarkan warna melekat, kalau lepas guna tak dicuci memang sangat mudah melekatlah warnanya ya tak? Kalau dibiarkan, kesannya bekas pengisar akan meninggalkan kesan kuning yang susah untuk dibersihkan, lebih-lebih lagi kunyit kan? Sekiranya dibiarkan, lama-kelamaan warna kuning kunyit ini akan menjadikan bekas pengisar menjadi kehitaman dan seakan berdaki. Eeeeuuwwww!

Selamat sama-sama mencuba ya? Winking smile

GULA-GULA SYABU | Jangan Beli Sebarang Jajan!

$
0
0
GULA-GULA SYABU_JANGAN BELI SEBARANG JAJAN!  (1)
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google 

Farah tak kata yang Farah ni bagus atau perfect serba-serbi mahupun berlagak konon bagus, tetapi… bila melibatkan jajan anak ni, Farah akui yang Farah sememangnya agak cerewet dan sememangnya sangat-sangat memilih di dalam melayan kerenah anak berusia 3 tahun 3 bulan yang seorang itu. Bukan nak menunjuk-nunjuk  membelikan anak jajan yang berjenama terkenal dan yang keluar di iklan televisyen semata. Yang keluar di iklan televisyen tu pun kena tapi juga kalau nak diikut-ikutkan sebenarnya. Tapi nilah sebabnya… nilah sebabnya… zaman sekarang ni, wujud macam-macam jajan dengan jenama yang tidak dikenali. Gula-gula syabu… tolonglah jangan beli sebarang jajan untuk anak-anak atau benarkan anak-anak menghabiskan duit belanja sekolah semata-mata membeli jajan yang tidak diketahui asal-usulnya seperti gula-gula syabu ini!

Jahat! Jahat sangat orang yang datang dengan idea untuk produce jajan sebegini kemudian pasarkan kepada golongan sasaran yang tak tak tahu apa-apa seperti kanak-kanak! Kanak-kanak kan? Apalah yang mereka tahu? Jajan adalah jajan bagi mereka. Nampak jajan memang seronoklah mereka dan sukalah mereka. Di bawah pemantau ibu bapa mungkinlah boleh dikawal, mungkinlah…maksud Farah di depan mata ibu bapa, di belakang ibu bapa memang tak terkawal lah kan? Contohnya macam di sekolah, terdaya ke para guru nak memantau setiap seorang anak-anak murid ? Ada beratus-ratus, beribu-ribu anak murid oiii!

GULA-GULA SYABU_JANGAN BELI SEBARANG JAJAN!  (2)

GULA-GULA SYABU_JANGAN BELI SEBARANG JAJAN!  (3)

GULA-GULA SYABU_JANGAN BELI SEBARANG JAJAN!  (1)
Kredit: Gambar dari Harian Metro

Perhati-perhatilah kalau anak-anak kita semua beli jajan sepertimana yang dipaparkan di dalam gambar di atas. Menurut sumber di SINI:
Kuantan: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menumpaskan sindiket pengedaran gula-gula getah serta serbuk minuman mengandungi dadah jenis syabu dan menahan lima suspek lelaki di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua JSJN Pahang Superintendan Lam Thiam Huat berkata, dalam serbuan pertama jam 3.30 petang di rumah di Taman Maju Jaya, di sini, pihaknya menahan dua lelaki berusia 28 dan 32 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemui 24 paket gula-gula getah serta 16 paket serbuk dipercayai mengandungi syabu. Serbuan juga merampas 81.7 gram ketamin, 8.9 gram syabu, 290 pil eramin 5, 185 pil ekstasi serta menyita dua kereta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, soal siasat kemudian membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki berusia 15 hingga 27 tahun di hadapan medan selera di Jalan Gambut di sini, dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan.
Lam berkata, siasatan awal mendapati gula-gula getah dan serbuk minuman itu untuk dijual di sekitar pusat hiburan di daerah ini sebelum ditumpaskan.
Benda-benda macam ni terkadang berada di luar kawalan kita sebagai ibu bapa, tapi tu lah…macam mana pun, memang kena alert dengan berita semasa yang seumpama ini supaya kita tahu apa yang berlaku di luar sana dan kita kena cepat-cepat ambil tahu (ha ha ha… Open-mouthed smilepractice jadi penyibuk sekejap)… untuk kebaikan anak-anak juga kan?

Langkah-Langkah Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Bapa Bagi Mengawal Anak-Anak Dari Membeli Jajan Sembarangan

  • Untuk anak-anak di bawah umur persekolahan rendah seperti tadika dan ke bawah, ibu bapa bertindak sebagai agen yang mengawal pembelian jajan yang sembarangan. Ibu bapa perlu memantau dan meneliti setiap jajan yang dibelikan untuk anak-anak masing-masing. Apa tu orang kata? Jangan main sauk jer belikan itu ini untuk anak-anak. Smile.
  • Untuk anak-anak di umur persekolahan sekolah rendah dan menengah, beri pesanan kepada anak-anak supaya tidak membeli sembarangan jajan dan beritahu mereka akan kes semasa sepertimana kes gula-gula syabu ini serta tunjukkan kepada mereka bahawasanya mereka tidak dibenarkan berbelanja jajan sebegini. Beri peringatan berulang kali. Tawakal dan berdoa supaya anak-anak mendengar kata-kata kita sebagai ibu bapa serta ingat segala peraturan atau larangan mengenai pembelian jajan.
  • Latih anak-anak sedari kecil untuk tidak membiasakan diri membeli jajan sembarangan dan biasakan mereka dengan peraturan hanya sesetengah jajan sahaja yang dibenarkan.
Itu setakat yang dapat Farah fikirkan, akan tetapi perkara ni subjektif  kepada anak-anak sebenarnya. Memang risau. There are things that we could control and there are things that we can’t control. Ya tak? Bila dah lepas dari pandangan kita tu, diakui memang mencabar dan agak merisaukan. Tapi apa pun, sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita tidak terjebak membeli dan memakan atau meminum jajan seumpama ini. Kredit Farah berikan kepada rakan sepejabat kerana alert-kan kami di dalam group What’s App pejabat tempoh hari untuk kes gula-gula syabu ini. Diharapkan pihak polis akan giat memperkasakan operasi untuk membanteras pemasaran gula-gula syabu dan seumpamanya yang memudaratkan secara berleluasa.

*Yang memandu bas sekolah, van sekolah tu pun… kalau boleh janganlah jual jajan sembarangan di dalam bas ataupun van masing-masing ya tak? Hu hu hu…risau kami sebagai ibu bapa ni ha…

Hollywood Luminary Nicole Kidman is NEUTROGENA® Global Brand Ambassador

$
0
0
NICOLE KIDMAN NEUTROGENA AMBASADDOR

Worldwide premium skincare brand NEUTROGENA® has recently announced Academy Award-winning actress, activist for women’s cancer research and Goodwill Ambassador of UN Women, Nicole Kidman as its latest Global Brand Ambassador.
 
According to Cory Price, General Manager of NEUTROGENA® at Johnson & Johnson US, “Nicole embodies the true spirit of the women that we are committed to everyday. Their passion, strength and focus are what makes NEUTROGENA® women so special. Nicole will help us encourage women to embrace their beauty through the lens of skin health and empower women to see what’s possible with NEUTROGENA®.
 
In Malaysia, NEUTROGENA® is known for its wide array of skin health-focused products starting from cleansers, hydration serum and masks to sun protection lotions.
 
“We are pleased that a Hollywood big name like Nicole Kidman has become our global brand ambassador. Besides keeping the NEUTROGENA® brand top of mind when it comes to beauty, Nicole will serve as an aspiration for our local consumers who appreciate healthy and beautiful skin,” said Raghu Krishnan, Country Director, Consumer, Johnson & Johnson Malaysia.


Nicole Kidman, Australian actress and NEUTROGENA® Ambassador, comments: “The world works in mysterious ways! As you probably know, I grew up in Australia where sun protection is everything – from the time I was a little girl, my mum taught me to protect my skin from the sun. So looking after the health of my skin is something I’ve grown up understanding. But as times passes, I’ve realised that, sun protection has become just part of the story…I’ve learned that your skin needs a lot of attention and support, just like the rest of your body in order to keep it its healthiest.”
 
“So when I had the opportunity to partner with NEUTROGENA®, a brand that has skin health at the core of who they are, it was like the stars were aligning for me.”
 
“Right now I can honestly say I am loving life more than ever, so my overall health, including the health of my skin is a top priority. Look, the reality is, we all know choosing the right anti-ageing product is trial and error, hit or miss, some things work and some don’t. But at this point in my life I am looking for something that simply works, that’s why I am really excited to join this passionate and dedicated team. I am also extremely proud to be joining a strong and inspiring group of NEUTROGENA® women who are already a part of the family.”
 
NICOLE KIDMAN NEUTROGENA AMBASADDOR
 
In January of 2006, Kidman was named, and continues to serve, as Goodwill Ambassador of UN Women, the United Nations Development Fund for Women, whose goals are to foster women’s empowerment and gender equality, to raise awareness of the infringement on women’s human rights around the world and to end violence against women.
 
She is also an activist in supporting research of women’s cancer. Along with her husband, Keith Urban, she helped raise nearly half a million dollars for the Women’s Cancer Program, a world-renowned centre for research into the causes, treatment, prevention, and eventual cure of women’s cancer.
 
Presently, Kidman can be seen on the big screen in The Weinstein Company’s Lion for which she has received Critics’ Choice, Golden Globe, SAG Awards and Academy Award nominations. She will next be seen in the upcoming films How to Talk to Girls at Parties and The Beguiled and The Killing of a Sacred Deer. On the small screen, Kidman returns to television this month in the limited series Big Little Lies for HBO as well as the second season of Top of The Lake (SundanceTV/BBC Two).
 
Kidman joins NEUTROGENA® Brand Ambassadors Rachael Taylor, Jennifer Garner, Kerry Washington, Julie Bowen, Kristen Bell, Eiza Gonzalez, Sandra Echeverria, Hayden Panettiere and Olivia Holt.
 

About NEUTROGENA®:

NEUTROGENA® is a brand of health and beauty care solutions with long-standing heritage founded upon genuine relationships with dermatologist, skin experts and consumers. We are driven with passion to design simple yet extraordinary, high-quality products that are scientifically proven to deliver real results in the most effective and skin friendly way, keeping your skin supple, radiant and healthy. Today, NEUTROGENA® Corporation manufactures and markets a line of premium priced skin and hair care products which are distributed in more than 70 countries. NEUTROGENA® believes that beauty begins with healthy skin so kick-start your healthy beauty journey with us and discover our range of cleansers, moisturizers, skin care and sun care products at www.facebook.com/myneutrogena.

TIPS Hamil Lanjut Usia

$
0
0
TIPS HAMIL LANJUT USIA

Disclaimer awal – topik entri pada kali ni tiada kena mengena dengan puan empunya blog ya? Send a kiss… kalau ya pun nak dikategorikan sebagai hamil lanjut usia… kena tunggu lagi setahun dua kot? Itu baru boleh dikatakan sebagai hamil lanjut usia bila umur dah melepasi had 35 tahun. Itupun kalau ya kalau. Kalau tidak, tidaklah… Tips hamil lanjut usia walau tidak melalui paras umur yang boleh dikategorikan sebagai hamil lanjut usia, naklah kongsi serba sedikit. Rasanya tak pernah cerita tentang perkara ni lagi di Bubblynotes.Com kan? Jika usia anda pada saat ini sudah memasuki angka di atas 35 tahun dan anda sedang berkira-kira untuk memiliki bayi mahupun menambah stok anak, ketahuilah bahawasanya masih ramai wanita di luar sana tu yang memutuskan untuk menunda kehamilan dan melahirkan anak di peringkat usia di antara 30 hingga 40-an.

Ramai yang sok sek sok sek mengatakan bila hamil lanjut usia ni berisiko tetapi ramai jer ibu hamil lanjut usia yang dapat melahirkan anak tanpa masalah kan? Dah terbukti pun. Selebriti tanah air seperti Didie Alias dan Rozita Che Wan pun hamil selepas usia mereka melepasi paras 35 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat kedua-dua  ibu dan anak. Betul tak? Ya, memang betul, risiko hamil di usia lanjut itu lebih tinggi daripada wanita di bawah 30-an tetapi jika anda yakin dan memahami akan segala risiko, makanya anda wajib melakukan tindakan pencegahan dari awal supaya kehamilan berjalan dengan lancar dan bayi yang dilahirkan selamat serta sihat.

Kenali Risiko Hamil Lanjut Usia

Jika usia anda melebihi paras usia 35 tahun, maka:
  • Anda mungkin mengalami masalah sukar untuk hamil. Pada awal 30-an, telur anda cenderung untuk berkurangan kualitinya dan anda mungkin akan berovulasi lebih jarang daripada umur anda sebelum 30-an.
  • Bayi anda akan berisiko lebih tinggi mengalami kelainan kromosom, seperti Down Syndrome.
  • Anda akan mengalami keguguran dengan possibility yang lebih besar.
  • Anda berada pada risiko lebih tinggi terkena diabetes gestational.
  • Anda berkemungkinan besar hamilkan bayi kembar. Bila anda lebih berusia, perubahan hormon dapat menyebabkan anda melepaskan lebih dari satu telur setiap kali anda berovulasi.
  • Berisiko lebih besar untuk mengalami komplikasi kehamilan dan berkemungkinan besar berpotensi untuk melahirkan bayi melalui kaedah caesarean.

Tips Hamil Lanjut Usia


Mendapatkan Konsultansi Doktor Sakit Puan Sebelum Memutuskan Untuk Hamil

Ini adalah merupakan satu cara yang terbaik untuk kehamilan yang sihat di atas usia 30 tahun. Seorang doktor pakar sakit puan dapat membantu untuk menentukan adakah tubuh anda sihat segala bagai untuk mengharungi kehamilan dan menjawab setiap pertanyaan yang mungkin anda ada di kotak pemikiran dan menjadi hamil pada usia anda yang sudah berada di paras atas 30-an.

Makan Diet Yang Seimbang

Wanita hamil, terutama wanita dengan kehamilan berisiko, harus makan makanan yang kaya dengan folat, kalsium, zat besi dan protein. Tambahan diet dengan mengambil vitamin prenatal sebelum anda hamil dan terus dikonsumsi sepanjang kehamilan anda.

Menjaga Berat Badan Sihat

Pastikan anda berada di dalam kondisi fizikal yang baik sebelum anda mencuba untuk hamil. Wanita yang mengalami obesiti (indeks massa tubuh 30 atau lebih tinggi) mungkin memiliki waktu yang lebih sukar untuk hamil. Wanita yang lebih berumur dan mengalami obesiti lebih berisiko dengan diabetes gestational. Idealkan berat badan, diet dan bersenam.

Pelajari Tentang Ujian Pra Kehamilan

Ujian diagnostik seperti amniosentesis dan chorionic sampling membaca kromosom bayi anda dan menentukan sama ada bayi anda berisiko memiliki kelainan kromosom. Akan tetapi, ujian sebegini mempunyai risiko kemungkinan akan mengakibatkan keguguran.

Elakkan Zat Berbahaya

Tak boleh minum alkohol (dah tentu lah kan?), memakan ubat-ubatan tertentu, merokok serta duduk di ruangan yang penuh dengan asap rokok. Sebagai seorang wanita hamil di atas usia 35 tahun, anda perlu sentiasa alert dengan persekitaran anda supaya racun yang tidak sepatutnya tidak memasuki tubuh anda. Dapatkan khidmat nasihat doktor, apa yang boleh dimakan, ubat apa? Ni penting ni.

Jauhi Tekanan

Menjauhkan diri dari tekanan dan membiasakan diri dengan gaya hidup yang sihat akan meningkatkan peluang anda untuk memiliki kehamilan yang sihat dan mengurangkan risiko kehamilan lanjut usia. Boleh lakukan senaman ringan, yoga dan bersantai.

Perkongsian ni adalah setelah Farah merujuk kepada artikel di SINI. Simple jer bagi Farah… semuanya atas kuasa Allah SWT….Kun Fa Ya Kun… Ramai jer yang telah hamil pada usia atas 35 tahun dan ramai juga telah melahirkan bayi-bayi yang sihat-sihat dan comel-comel… Mana ada kehamilan yang tak perlu dijaga? Semua perlu dijaga kan? Tak kisah ler yang di usia 20-an ke? 30-an ke? Melepasi paras usia 35 tahun ke? Semua ibu-ibu hamil kena jaga kesihatan diri, jaga diri dan jaga kandungan baik-baik kan? Ini cuma sekadar perkongsian yang mungkin bermanfaat dan baik untuk anda sahaja semata. Juga untuk pengetahuan kita semua bersama.

Aktifkan PIN Kad Visa Anda Hari Ini!

$
0
0
AKTIFKAN PIN KAD VISA ANDA HARI INI!  (2)

Dari pen ke PIN! Itu tandanya Malaysia kini telah mula berada di dalam tempoh peralihan di mana sistem pembayaran dengan menggunakan kad yang berasaskan tandatangan kini ditukar kepada sistem yang berasaskan PIN (nombor pengenalan peribadi). Dah banyak nampak iklan di merata tempat kan? Dah selalu dengar mengenai kempen PIN & BAYAR ni kan?




Semua kad kredit, debit, caj dan prabayar di Malaysia kini yangmasih menggunakan tandatangan akan digantikan dengan kad baru yang diprogramkan untuk menyokong PIN. Semua terminal-terminal yang terletakdi lorongjualan juga akan dinaiktarafkan untuk menyokong penggunaan PIN. Hakikatnya ialah bermulai 1 Januari 2017, perlaksanaan sepenuhnya telah dimulai.
 
Dunia kami semakin moden, kan? Tandatangan akan dihentikan penggunaannya secara berperingkat. Ini bermakna bahawa dari 1 Julai 2017, tandatangan tidak lagi akan diterima apabila anda menggunakan kad untuk membuat pembayaran dalam negara.
 
AKTIFKAN PIN KAD VISA ANDA HARI INI!  (1)
 
Jadi, aktifkanlah PIN kad Visa anda hari ini!
 

Apakah PIN?

PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, ialah kod rahsia yang diberikan kepada pemegang kad atau kaedah yang dipilih oleh mereka bagi membuktikan identiti mereka sebagai pemilik sah kad pembayaran tersebut. PIN untuk kad Malaysia mempunyai enam digit. PIN anda hendaklah sentiasa dirahsiakan dan dilarang sama sekali untuk dicatat atan ditulis di mana jua.
 
AKTIFKAN PIN KAD VISA ANDA HARI INI!  (3)
 
Stesen minyak pun sudah melaksanakan PIN & BAYAR.
 
AKTIFKAN PIN KAD VISA ANDA HARI INI!  (4)
 
Jangan tunggu lagi.
 
Silalah ingat.Sepertimana yang Farah maklumkan tadi, selepas 1 JULAI 2017 anda sudah tidak boleh menggunakan kad bayaran anda di terminal POS sekiranya anda tidak mengetahui PIN anda (melainkan jikalauanda menggunakan kaedah bayaran tanpa sentuh payWave untuk pembayaran di bawah RM 250.00 sahaja)...
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi cawangan bank anda yang berdekatan anda atau layari laman web https://pinandpay.com.my/bm/index.html
 
*Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan saya sendiri dan tidak mewakili pandangan Visa dan syarikat-syarikat bersekutu.

Cara Didik Anak KOMITED SOLAT!

$
0
0
CARA DIDIK ANAK KOMITED SOLAT!

Impian seorang ibu, sudah semestinya ingin anaknya membesar dengan solid foundation di dalam agama Allah SWT. Siapa yang tak sejuk perut kan? Bila anak meletakkan Allah di tempat yang pertama di dalam kehidupan mereka dan menjadikan perintah Allah top priority pada mereka. Solat itu tiang agama. “Hal pertama yang diwajibkan oleh Allah SWT atas umatku adalah solat lima waktu, hal pertama yang diangkat dari amalan-amalan mereka adalah solat lima waktu, dan hal pertama yang dipertanyakan kepada mereka adalah solat lima waktu.” [Kanzul ‘Ummal, jilid 7, hadis 18859]. Solat adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Jika diberikan pendedahan awal sejak kecil, ia akan menjadi sebati dalam diri. Kalau boleh, memang kita semua sebagai ibu bapa mahukan anak-anak kita komited dengan solat kan? Apakah cara didik anak komited solat?

Mungkin, apa yang dikongsikan oleh artikel di SINI akan memberikan penjelasan tugasan kita sebagai ibu bapa jika mahukan anak-anak kita komited solat. Bukan sekadar untuk anda, tetapi juga untuk panduan serta peringatan bagi diri Farah sendiri sebagai seorang ibu.

Dengar Azan

Apabila tiba waktu solat, biarkan anak mendengar azan di televisyen ataupun radio. Ajarkan cara menyahut azan. Ajari mereka berhenti berbual. Anda perlu memberi isyarat supaya senyap semasa azan. Bagi Farah, Farah ada memuat turun aplikasi Muslim Pro dan setiap kali masuk waktu memang azan akan kedengaran secara automatik. Sengaja Farah muat turun pada tablet anak bujang tu. Secara tak langsung bila setiap kali azan berkumandang dia akan berhenti menonton kartun ataupun apa-apa sahaja aktiviti yang dilakukan dengan tablet. Smile. Didik cara halus kaedahnya.

Doa Selepas Azan

Sebagai ibu bapa, anda akan mengetuai untuk membaca doa selepas azan. Ajarkan anak untuk ikut dan meng-amin-kan doa. Jadiakan ia amalan setiap hari. Juga boleh dipraktikkan di rumah atau di dalam kereta. Bila dah biasa, bila dah jadi rutin, In Shaa Allah, anak akan ikut kan?

Cara Wudhu’

Ibu bapa akan menunjukkan cara  wudhu’. Semak juga cara bagaimana anak mengambil wuduk. Jangan lupa tampal, langkah demi langkah bergambar di bilik air supaya mudah mereka mengikutinya. Selepas habis sahaja, azan suruh mereka mengambil wuduk. Lakukan secara konsisten setiap hari. Wuduk adalah cara pertama untuk mendidik anak solat. Wuduk yang sempurna menjadikan solat lebih sempurna.
 

Didik Solat

Setiap kali solat, ajak anak solat dengan cara berjemaah. Ia dilakukan setiap kali waktu solat.
 

Dengarkan Bacaan Dalam Solat

Untuk permulaan, semasa solat, anda digalakkan kuatkan sedikit bacaan dalam solat supaya dapat mendengar dan mengikutinya. Secara tidak langsung, anak akan menghafal bacaan dan surah-surah lazim. – Ya.. sekarang ini, sejak dia touch usia 3 tahun, sememangnya setiap kali Farah solat dia akan duduk di sebelah Farah. Dia perhati, dia cuba untuk memahami dan ada masanya dia ikut. Farah juga telah mula menguatkan sedikit bacaan solat supaya dapat didengari oleh dia dan apa yang Farah perasan, sekarang dia sudah mula secara perlahan-lahan mengikuti bacaan Farah tersebut.
 

Bacaan Doa

Selepas wirid, anak turut bersama-sama membaca doa. Jika boleh bacakan doa dalam Bahasa Melayu. Selitkan doa menjadi anak yang baik, rajin solat, rajin belajar dan menghormati ibu bapa. Juga sebutkan nama setiap anak dan biarkan mereka mendengar doa itu kepada Allah. Cara ini mampu melembutkan hati mereka.
 

Bacaan Wirid

Selepas solat, galakkan kanak-kanak supaya membaca wirid. Lama-kelamaan kanak-kanak turut hafal jika diperdengarkan wirid yang sama.
 

Salam

Bersalaman selepas solat, cara ini dapat merapatkan ikatan antara anda dan anak.
 

Surau atau Masjid

Ibu bapa boleh selalu membawa anak ke masjid atau surau, supaya anak  dapat praktis dan melihat bagaimana orang lain solat mengikut imam.
 
Bagi Firash, dia sedang di dalam proses memahami dan mengikuti. In Shaa Allah, mudah-mudahan dengan berkat izin Allah SWT, by the age of 4 or 4 plus, he would be able to perform his solat. Amin. Dengan berganding bahu dengan pihak tadika iaitu Little Caliphs, sama-sama Mommy dan Little Caliphs bekerja ke arah objektif Firash to solat seawal yang mungkin… In Shaa Allah… Amin. Moga-moga segalanya dipermudahkan dan semoga Iman Firash komited untuk solat. Smile

Periuk KOMPUTER MIKRO TEFAL Memudahkan Segalanya!

$
0
0
PERIUK KOMPUTER MIKRO TEFAL SANGAT MEMUDAHKAN!  (2)

Periuk bukan sebarang periuk! Periuk bukanlah periuk ajaib atau sakti! Tapi periuk dengan kepelbagaian fungsi dengan harga yang berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua orang yang berkualiti tinggi dari jenama yang sangat-sangat terkenal di dalam dunia kulinari iaitu TEFAL! Periuk komputer mikro TEFAL memudahkan segalanya! I’m loving it! Red heart. Segalanya jadi cepat, segalanya jadi mudah! Lebih-lebih lagi bagi ibu bekerjaya kan? Yang senantiasa terkejar-kejar masa untuk melakukan segalanya. Nak masak nasi? Nak masak bubur? Nak masak sup? Nak stim ikan? Nak bakar atau stim kek? Bereh boh! Semua pun boleh!

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1490319984020","width":3344,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"contains_fte_sticker":false,"origin":"gallery","height":2508,"subsource":"done_button","total_editor_time":13,"brushes_used":0}

{"source":"editor","contains_fte_sticker":false,"effects_tried":0,"photos_added":0,"origin":"gallery","total_effects_actions":0,"total_editor_time":1,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"flip_rotate":0,"selection":0,"enhance":0,"free_crop":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"square_fit":0,"text":0,"shape_mask":0,"callout":0},"brushes_used":0,"total_draw_time":0,"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1490320010808","total_effects_time":0,"sources":[],"layers_used":0,"width":3344,"height":2508,"subsource":"done_button"}

Periuk Komputer Mikro TEFAL yang berharga pasaran di dalam lingkungan RM179.00 sehingga RM 250.00 ini didatangkan dengan beberapa kelengkapan atau aksesori seperti yang dapat dilihat di dalam gambar yang tertera di bawah:

PERIUK KOMPUTER MIKRO TEFAL SANGAT MEMUDAHKAN!  (3)

Ada cawan sukatan beras, dua unit senduk dan penapis untuk tujuan stim. Apakah features pada periuk komputer mikro TEFAL ni?

Maklumat Produk Periuk Nasi TEFAL Mikro Komputer TEF-RK106P

Kapasiti: 1.8 L (10 cawan sukatan untuk 8 sehingga 10 orang)
Kuasa: 700W
Fungsi Masakan: Memasak nasi dengan cepat, memasak nasi cara pakar, bubur nasi, bubur, sup, stim, kek dan memanaskan.
Periuk eksklusif yang tidak melekat dengan permukaan dalaman berbentuk diamond 4 lapisan seramik.
Fungsi preset: 2 sehingga 15 jam.
Didatangkan dengan micro pressure valve untuk hasil masakan yang lebih baik.
Sistem anti limpahan.
Memanaskan nasi dan fungsi stim secara automatik.
Didatangkan dengan ciri pengumpul wap bagi mengelakkan kebocoran wap.
Sistem perlindungan auto-overheat cut off.

Menarik tak? Bagi Farah menariklah! Sebab kepelbagaian fungsi dan juga ciri-ciri yang didatangkan dengan periuk komputer mikro TEFAL sangat ohsem! Nak tau tak? Farah dah mencuba memasak dua biji kek dah dengan periuk komputer mikro TEFAL ni. Hasilnya memang lebih baik dari membakar kek secara biasa di dalam ketuhar. Lembut, gebu… Ha ha ha…tiba-tiba rasa macam Farah makan kek yang dibeli di bakeri mahal pula! Serius! Sebelum-sebelum ni memang kek menjadi tapi tidak sebaik ini kualitinya. Nyumehhh! Kalau tak percaya kenalah cuba sekali membakar kek dengan menggunakan periuk komputer mikro TEFAL ni! Farah pasti anda tak menyesal sebabnya cepat pun cepat. Memang sangat-sangat mudah.

Kek yang pertama yang Farah cuba dengan periuk komputer mikro TEFAL adalah kek coklat moist. Memang menjadi! Teksturnya… (bukan nak puji hasil masakan sendiri tapi jujur ni, pengalaman menggunak periuk komputer mikro TEFAL)…memang terbaik!

PERIUK KOMPUTER MIKRO TEFAL SANGAT MEMUDAHKAN!  (1)

{"source":"editor","contains_fte_sticker":false,"effects_tried":0,"photos_added":0,"origin":"gallery","total_effects_actions":0,"total_editor_time":39,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"brushes_used":0,"total_draw_time":0,"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1490322050827","total_effects_time":0,"sources":[],"layers_used":0,"width":3344,"height":2508,"subsource":"done_button"}

Kek yang kedua lagilah, buatkan Farah semakin rajin dan bersemangat nak melakukan aktiviti bakar membakar kek semula seperti waktu dulu-dulu sebelum Firash lahir… Kek lemon yang asyik berulang kali nak tatap jer kejadiannya…Ha ha ha… Open-mouthed smile…. Kawan-kawan pejabat yang rasa pakat puji kata gebu, halus dan lembut teksturnya. Awwww… tiba-tiba terfikir macam nak mula ambil tempahan kek semula pula ni! Ha ha ha… Sebab kerja-kerja membakar kek dah jadi mudah! Nak nak lagi bila bekerja dengan adanya anak kecil kan? Cepat! Memang sangat menjimatkan masa. Tak sampai setengah jam dah boleh hasilkan sebiji kek!

{"source":"editor","contains_fte_sticker":false,"effects_tried":0,"photos_added":0,"origin":"gallery","total_effects_actions":0,"total_editor_time":26,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"brushes_used":0,"total_draw_time":0,"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1490320571745","total_effects_time":0,"sources":[],"layers_used":0,"width":3344,"height":2508,"subsource":"done_button"}

{"source":"editor","contains_fte_sticker":false,"effects_tried":0,"photos_added":0,"origin":"gallery","total_effects_actions":0,"total_editor_time":18,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"brushes_used":0,"total_draw_time":0,"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1490320613817","total_effects_time":0,"sources":[],"layers_used":0,"width":3344,"height":2508,"subsource":"done_button"}

{"source":"editor","contains_fte_sticker":false,"effects_tried":0,"photos_added":0,"origin":"gallery","total_effects_actions":0,"total_editor_time":22,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"brushes_used":0,"total_draw_time":0,"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1490320655064","total_effects_time":0,"sources":[],"layers_used":0,"width":2508,"height":3344,"subsource":"done_button"}

Selain dari kek, sebenarnya ada beberapa resipi lauk pauk yang boleh dimasak dengan menggunakan periuk komputer mikro TEFAL ni. Memang segalanya jadi mudah betul! Alahaiii, terima kasihlah TEFAL di atas inovasi periuk mikro komputer ni. Memang TEFAL telah sangat-sangat membantu Farah yang senantiasa terkejar-kejar masa untuk melakukan semua perkara ni ha! Sekarang ni sambil masak pun boleh blogging tau…Ha ha ha… Winking smile. Sebab cuma perlu tekan punat pada periuk dan kemudiannya tunggu sehingga masakan siap.

{"source":"editor","contains_fte_sticker":false,"effects_tried":0,"photos_added":0,"origin":"gallery","total_effects_actions":0,"total_editor_time":99,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"brushes_used":0,"total_draw_time":0,"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1490320715008","total_effects_time":0,"sources":[],"layers_used":0,"width":2508,"height":3344,"subsource":"done_button"}

Yang mana rasa-rasa nak memudahkan hidup tu… Tunggu apa lagi? Bawa-bawalah pergi survey periuk komputer mikro TEFAL ni ha! Senang kerja, jimat masa dan masakan jadi masakan yang berkualiti tinggi serta sedap baq ang! Tak tipu lahhh… sendiri dah lalui pengalaman bersama periuk komputer mikro TEFAL ni selama beberapa minggu… sebab tu cerita dan kongsi ni… He he he… Barang baik takkan nak simpan sendiri-sendiri jer kan? Kenalah kongsi sama-sama kerana sememangnya ramai yang memerlukan inovasi terkini yang seumpama ini bagi memudahkan lagi kehidupan sehari-hari kan?

logo-about-tefal-250x140-COM65cb
Untuk Maklumat Lanjut:

Sindrom TALL POPPY

$
0
0
SINDROM TALL POPPY

Manusia zaman sekarang makin pelik-pelik… Jika sesuatu yang berlaku di luar negara dan tidak pernah berlaku di Malaysia, tetapi kini jangan terkejut jika apa yang tidak pernah berlaku di negara kita akan berlaku juga akhirnya. Salah satunya sindrom Tall Poppy. Paling jelas, paling nyata kisah remaja bernama Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+ di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 (SPM 2016) yang menerima kecaman yang agak hebat dari segelintir netizen disebabkan oleh penampilannya.

SINDROM TALL POPPY 2

Sampaikan beliau dikatakan telah menutup akaun media sosialnya kerana menjadi mangsa pembuli siber. Menurut satu artikel melalui pautan di SINI yang mana artikel asalnya adalah oleh Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK), terdapat dua isu di dalam kisah Natasha Qisty. Dua isu yang dimaksudkan tersebut adalah sindrom Tall Poppy dan juga sindrom buli siber (cyber bullying).

Apa Itu Sindrom Tall Poppy?

Sindrom Tall Poppy (STP) ini bukan hanya melibatkan orang Melayu sahaja. Sindrom ini juga dikenali sebagai the politics of envy. Ia berkaitan dengan psikologi dan tingkah laku manusia yang tidak boleh melihat orang berdiri lebih tinggi daripada mereka dan tidak senang melihat adanya tall poppies. Orang yang berjaya akan diperlekehkan dan dibuli dengan kecaman-kecaman yang tidak berasas dan tiada kena mengena dengan kejayaan yang mereka capai.

Terdapat satu artikel melalui pautan INI mendedahkan bahawa terdapat pelajar di Australia yang dibuli secara fizikal dan verbal sehingga mengalami gangguan mental dan emosi yang berpanjangan. Adalah juga menjadi lumrah apabila dua tall poppies dibanding-bandingkan oleh penghidap sindrom untuk membuktikan kebenaran hujah mereka yang tidak tercapai dek akal itu.

Apa Masalah Penghidap Sindrom Tall Poppy?

Menurut kajian yang dibuat di Flinders University of South Australia dan diterbitkan oleh Australian Journal of Pscychology pada tahun 1989, mereka yang mengalami STP ini terdiri daripada mereka yang tidak meletakkan prioriti yang tinggi kepada aspek kejayaan tersebut.

Bila dikaitkan dengan kisah Natasha Qisty, orang-orang atau mereka-mereka yang membuli Natasha Qisty adalah merupakan orang yang tidak menjadikan kejayaan akademik sebagai prioriti mereka sebelum ini.

Dalam kajian tersebut juga didapati STP ini kebanyakannya dihadapi oleh mereka yang mempunyai percaya diri (self esteem) yang rendah. Mereka merasa inferior. Kepercayaan diri yang rendah boleh berlaku apabila kayu ukur yang digunakan untuk mengukur kelebihan seseorang adalah terlampau sempit.

Ianya bermula apabila orang dewasa hanya memfokuskan pada kelemahan anak dan menghukum kelemahan tanpa mempunyai inisiatif dan keinginan untuk melihat pada kelebihan seseorang anak itu. Individu yang terbabit akan membesar sebagai seorang yang meneruskan tradisi yang sama.

Mereka mencapai kepuasan dengan merendah-rendahkan orang lain supaya tall poppy ini berdiri sama rendah dengan mereka. Kelakuan yang sebehini akan mengurangkan kekecewaan mereka dengan diri mereka sendiri. Mereka lebih merasa puas jika dapat menyebarkannya kepada orang lain – di alam siber yang public. Sedih bukan? Smile

Mereka yang mempunyai percaya diri yang tinggi dan yakin dengan kelebihan yang dimiliki selalunya terhindar dari menghidap STP ini.

Untuk diri kita sendiri:

1. Latih diri kita sebagai seorang dewasa untuk melihat kelebihan yang dimiliki oleh seseorang anak dan pelajar supaya mereka juga berupaya untuk melihat kelebihan dan kejayaan orang lain tanpa iri. Allah SWT tu Maha Adil, setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Cari kelebihan tersebut, raikan kelebihan tersebut dan gunakan kelebihan tersebut bagi membantu mereka mengatasi apa sahaja kelemahan yang mungkin mereka miliki kerana manusia itu sifatnya tidak sempurna. Jangan menggunakan kelemahan seseorang anak untuk menidakkan kelebihan mereka.

2. Latihlah anak-anak untuk mengagumi dan meraikan kelebihan rakan-rakan dan percaya bahawa mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.

3. Bimbinglah anak-anak supaya menajdi seorang yang berhemah dan bertanggungjawab di alam siber.

Jadi, selepas ini, manalah tau kan? Jika ada salah seorang di antara kita melihat buli siber berlaku terhadap mereka-mereka yang berjaya dan boleh dikatakan berjaya di dalam bidang masing-masing seperti kisah Natasha Qisty, makanya taulah kita kan? Bahawa ini adalah merupakan sindrom tall poppy. Ya tak? Tapi sebenarnya di sekeliling kita banyak jer yang ada sindrom tall poppy ni, tak perlu tengok jauh-jauh, yang dekat-dekat kita pun ramai jer… Dalam sedar tak sedar, sengaja tak sengaja memang ramai yang ada sindrom tall poppy ni. Tinggal kita nak kisah tak kisah jer… Betul tak? Winking smile

Nak GEBU-GEBAS Macam Wanita THAILAND? Jom Cedok Idea Ini!

$
0
0
NAK GEBU-GEBAS MACAM WANITA THAILAND_JOM CEDOK IDEA INI!

Attention to all women of Malaysia… Ecewah… Open-mouthed smile… Siapa nak jadi gebu-gebas macam wanita Thailand? Siapa suka tengok kulit wanita-wanita Thailand yang gebu-gebas? Bukanlah nak merendah-rendahkan sesiapa ataupun nak kata wanita Malaysia ni tak ada kulit yang gebu-gebas… Ramai jer sebenarnya… Tetapi sajalah nak berkongsi dengan anda, anda dan anda, apakah rahsianya wanita Thailand mempunyai kulit yang sangat cantik serta gebu-gebas selama ini. Bagi Farah sendiri, memang Farah akui, kulit mereka sangat halus, mulus, gebu-gebas dan cantik sebab dah pernah tengok berdepan kan? Alahaiii… tipulah kalau tak ada rasa teringin nak kulit gebu-gebas seperti mereka itu… Dia punya gebu-gebas tu lain macam sikit… Ha ha ha… Open-mouthed smileNo wonderlah ramai jer yang berkenan dengan wanita Thailand… Sebab sendiri dah tengok depan mata sendiri… Memang Farah akui… Winking smile… Nak gebu-gebas macam wanita Thailand? Jom cedok idea ini!

Ini bukanlah entri Farah yang asli dari Farah sendiri. Mengaku awal-awal, tetapi tertarik untuk berkongsi artikel yang Farah baca dari pautan di SINI, dan menurut artikel ini, rata-rata wanita di Thailand mengamalkan cara semulajadi untuk memiliki kulit cantik. Apa rahsianya?

Masker Betik

Kebanyakan wanita Thailand menggunakan betik sebagai masker untuk kulit cerah dan bebas cela. Betik kaya dengan anti oksida, vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan.

Santan Kelapa

Wanita Thailand bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa. Mereka mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Diet Pemakanan

Wanita Thailand amat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus di dalam diet pemakanan mereka. Pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.

Kunyit

Wanita Thailand mengamalkan cucian muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat.

Asam Jawa

Ini antara kandungan utama dalam setiap produk kecantikan di Thailand. Asam jawa banyak kelebihannya seperti melembutkan kulit, menghilangkan parut serta mencerahkan kawasan-kawasan gelap.

Tak salah mencuba untuk amalkan dan lihat hasilnya kan? Belum cuba belum tahu… He he he… Open-mouthed smile… Lepas ni ramailah wanita-wanita yang gebu-gebas dalam Malaysia pula kan? Yang dah sedia gebu-gebas tu, makin gebu-gebas dan maintainlah kot selepas mengamalkan petua-petua yang diamalkan oleh wanita Thailand ni ha… Selamat mencuba semua! Winking smile

Anak GENIUS? Sila Periksa Tanda-Tanda Ini!

$
0
0
ANAK GENIUS_SILA PERIKSA TANDA-TANDA INI!

GENIUS? Geniuskah anak-anak kita? Bagaimana nak tahu sama ada anak-anak kita berpotensi untuk dikategorikan sebagai genius? Tidaklah mengharapkan yang anak tu mesti-mesti jadi genius! Akan tetapi, tak salah rasanya memeriksa atau menyelidik sama ada anak sendiri berpotensi kan? Kena kenali potensi anak barulah boleh aturkan strategi bagaimana perjalanan perkembangan yang bakal dilalui olehnya… Bukan sekadar pakat pandang dan biarkan semata sebegitu sahaja. Tugas ibu bapa kan? Kena juga melihat kecenderungan anak-anak, lihat weightage mereka di mana dan bentuk mereka berdasarkan kepada kecenderungan mereka. Smile. Sedangkan nak hamil dan melahirkan bukan satu proses yang mudah, inikan lagi membentuk anak-anak untuk menjadi manusia kan? There’s no shortcut to it… More or less you’ve gotta do the work and work for it… Sebab tu ada pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan? Anak genius? Sila periksa tanda-tanda ini!

Sepertimana yang dikongsikan oleh artikel yang dimuatnaikkan di SINI, potensi sama ada seorang anak itu membesar sebagai anak yang bijak sebenarnya boleh dilihat sejak usia 2 tahun lagi. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan menunjukkan beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa.

Anak genius adalah anak yang mempunyai kemampuan melebihi kanak-kanak lain seusianya. Untuk memastikan lagi tahap kecerdasan anak, anda sebenarnya boleh membawa anak untuk melakukan ujian IQ apabila dia berusia tiga tahun. Anak yang memiliki IQ 130 atau lebih dikategorikan sebagai anak genius. Namun, walaupun tinggi tahap kecerdasan anak, dia tetap perlu mendapat rangsangan dan bimbingan untuk mengoptimumkan kebolehannya. 

Di mana nak lakukan ujian IQ untuk anak-anak berusia 3 tahun? Farah tambah sedikit informasi untuk pengetahuan umum kita bersama. Setahu Farah lah kan? Setahu Farah setakat ini di Malaysia, ujian IQ untuk anak-anak di bawah usia 5 tahun boleh dilakukan melalui Ujian Saringan Atas Talian PCIS (PERMATA Children Intelligence Scale) melalui laman web di SINI. Tapi ada tarikh-tarikh yang tertentu yang akan diumumkan bila ujian IQ ni dibuka. Program ini adalah merupakan kerjasama di antara NCDRC, UPSI | Bahagian PERMATA | Pusat PERMATA Pintar dan ia dibukan untuk kanak-kanak yang berusia di antara 2-4 tahun sahaja.

Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mengetahui potensi anak-anak ketika mereka berusia di antara dua sehingga empat tahun. Di antara tanda-tanda umum yang dimiliki oleh kanak-kanak genius adalah seperti berikut:

Cepat Belajar

Contohnya dia boleh menyusun permainan puzzle dengan cepat dan tepat melebihi kemampuan yang dilakukan oleh kanak-kanak lain seusianya.

Daya Ingatan Yang Kuat

Mempunyai daya ingatan yang kuat. Dia boleh mengingati ayat yang baru sekali didengari ketika ibu bapa atau sesiapa sahaja membacakan dia buku.

Kosa Kata Dan Ayat Lengkap

Menguasai kosa kata dan membuat ayat lengkap melebihi kanak-kanak seusianya.

Aktiviti Penyelesaian Masalah Melibatkan Angka

Suka membuat aktiviti menyelesaikan masalah terutama berkaitan angka.

Rasa Ingin Tahu

Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya soalan yang tidak diduga daripada kanak-kanak seusianya.

Tahap Humor Yang Tinggi

Mempunyai tahap humor yang tinggi ketika memberi tindakbalas pada sesuatu atau telatahnya yang boleh membuatkan orang sekeliling ketawa kerana kelucuannya.

Daya Imaginasi Tinggi

Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Fokus

Mempunyai jarak waktu fokus yang lebih lama berbanding kanak-kanak seusianya.

Yang tak ada tanda-tanda ni, janganlah nak rasa rendah diri ataupun fikir anak tu memang tak ada potensi. Salah tu! Sebagai ibu bapa kita seharusnya perlu membantu anak-anak untuk terus merangsang otak mereka mencapai tahap optimal dalam penguasaan pembelajaran supaya anak-anak berpotensi menjadi anak yang cemerlang dan ceria tanpa tekanan ok?

Cara Mendukung Bayi Baru Lahir

$
0
0
CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR

Sewaktu belum ada anak sendiri, sewaktu masih belum bergelar seorang ibu, nama nak memegang bayi yang baru lahir tu memang tak akan! Sebab rasa alahaiii, macam halusnya… macam fragile-nya… Takuttt! Tapi bila melahirkan anak sendiri, takut tak takut, seriau tak seriau, perasaan nak memegang anak sendiri tu lebih kuat dari segala macam jenis bayangan dan ketakutan yang ada. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Itu biasalah kan? Tak ada yang pelik pun bila dah bergelar seorang ibu. Makanya, tidak mustahil-lah sekiranya ada di kalangan ibu bapa baru yang mempunyai perasaan yang sama kan? Meh sini… nak kongsi cara mendukung bayi baru lahir sepertimana perkongsian oleh Datuk Dr Zulkifli Ismail melalui artikel yang telah dimuatnaikkan di pautan di SINI.

Fakta Asas Yang Perlu Diberi Perhatian

Sebelum anda menyentuh bayi baru lahir anda, pastikan semua barang yang bersentuhan dengannya adalah bersih. Ini termasuk baju anda dan lebih-lebih lagi tangan anda (contohnya, basuh tangan menggunakan sabun atau gunakan cecair pembasmi kuman sebelum memegangnya). Pastikan semua orang yang mengendalikan bayi juga bersih, ini kerana bayi mudah jatuh sakit akibat sistem imunnya yang masih lemah.

Sentiasa pastikan anda menyokong kepala dan leher bayi baru lahir setiap kali mengangkat atau memegang/mendukungnya, berhati-hati agar tidak menggoncangnya.  Menggoncang, tidak kira sama ada dilakukan kerana kecewa atau dengan cara bermain-main, boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan membawa maut. Langkah berjaga-jaga yang sama juga perlu diambil apabila bermain secara kasar seperti menggoncangnya di atas lutut anda atau mencampak bayi ke udara dan menyambutnya. Boleh rujuk entri lama Farah ---> Shaken Baby Syndrome

CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR 2

CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR 3

Menggendong Bayi Baru Lahir (Baby Wearing)

Terdapat dua cara popular yang membolehkan anda menggendong bayi apabila keluar berjalan. Satu, menggunakan baby carrier dan satu lagi menggunakan lelilit atau wrap, iaitu pada dasarnya ialah sehelai kain panjang.

Menggunakan Baby Carrier

CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR 4

1. Kancingkan semua tali yang terdapat pada baby carrier anda. Betulkan gancu dan tali tetapi pastikan terdapat sedikit ruang untuk bayi baru lahir anda.

2. Guna kedua-dua belah tangan untuk memasukkan bayi dengan cermat ke dalam baby carrier. Jika perlu, minta orang lain bantu memasukkan bayi. Adalah disarankan agar bayi menghadap anda.

3. Betulkan semua tali buat kali terakhir. Pastikan baby carrier menyokong bahagian belakang bayi dan leher dengan sempurna. Kepalanya perlu terletak dengan selesa pada dada anda dan menghadap ke kiri atau kanan.

PERHATIAN! Pastikan baby carrier anda sesuai untuk bayi baru lahir.

Menggunakan Lelilit (Wrap)


CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR 5

1. Ikat lelilit bayi sekeliling tubuh anda seperti yang ditunjukkan di dalam manual.

2. Masukkan bayi baru lahir ke dalam lelilit dengan cermat, berhati-hati agar dia boleh baring mengerekot dengan selesa dalam posisi fetus. Jika perlu, minta orang lain membantu meletakkan bayi ke dalam lelilit.

3. Sekarang, ubah kedudukan lelilit dengan cermat agar menyelubungi dan menyokong tubuh bayi anda. Sentiasa pegang bayi dengan selamat apabila anda membetulkan lelilit buat kali terakhir.

PERHATIAN! Jangan letak bayi menghadap ke luar atau dalam posisi melintang atau buaian kerana posisi tersebut adalah tidak selamat.

Tips-tips Asas Keselamatan

Sentiasa posisikan bayi baru lahir anda dengan dagunya ke atas untuk memastikan salur udaranya sentiasa terbuka. Jangan menggendong bayi dengan dagunya ke bawah, ke arah dadanya kerana pernafasannya boleh terganggu. Jika anda menggunakan lelilit, cuba menggendong bayi pada paras dada anda dan muka bayi dapat dilihat – lelilit hendaklah dipakai mengelilingi tubuh bayi dengan cara yang dapat memberinya sokongan yang diperlukan.

Belajar ya? Cara-cara ni ibu bapa baru? Yang lama pun boleh belajar… Refresh memories… Winking smileMana tau nak menambah lagi kan?

Pengangkutan Sekolah–Sila Pastikan Kenderaan Berdaftar!

$
0
0
Pengangkutan Sekolah–Sila Pastikan Kenderaan Berdaftar!
Kredit: Sumber dari Google

Malas nak cakap lebih-lebih pun ada sebenarnya. Tapi itulah… rasa terkesan serta geram di hati masih berbuku pada seseorang yang baru jer sebulan dua muncul depan mata ni ha! Adalah kisahnya dan tak perlu diperpanjangkan di sini. Bukan tidak mahu mengajar anak untuk berdikari, tetapi, di usia 3 tahun, apalah yang boleh diharapkan sangat pada diri sendiri untuk menjaga diri sendiri. Dalam keterpaksaan, secara tak rela dan berat hati, akhirnya terpaksa melepaskan juga dia naik van sekolah untuk seketika dulu. Sekarang tak lagi dah…selepas insiden benjol dan lebam teruk di dahi, terus minta jasa baik teacher dia untuk hantar dia selepas waktu tadika tamat. Farah tak kisah bayar lebih sedikit asalkan keselamatan Firash terjaga. Tu jerlah satu-satunya yang ada untuk Farah kot? Ibu bapa, pengangkutan sekolah–sila pastikan kenderaan berdaftar!

Kita tidak mahu kejadian seumpama INIterjadi kepada anak-anak kita semua. Apa ceritanya? Kisah kanak-kanak berusia 4 tahun yang meninggal dunia setelah jatuh bergolek dari van sekolah di China. Walaupun, ibu bapanya dibayar dengan ratusan ribu tetapi ianya tidak dapat menggantikan nyawa anak kecil yang tidak berdosa yang telah melayang dengan sebegitu sahaja. Sesetengah pihak cuma memikirkan keuntungan dan tidak memikirkan perkara lain. Ada bukan tak ada, jadi tak salah kita sebagai ibu bapa sedikit skeptical di dalam melepaskan anak-anak untuk menaiki sebarang pengangkutan sekolah. Farah akui, Farah cerewet, Farah fussy, you can name it all because that’s the only one that I have.

Menurut artikel yang sama, sebagai ibu bapa kita perlu memainkan peranan yang sangat besar di dalam menguruskan serta mengaturkan kenderaan sekolah anak-anak. Jalan raya merupakan salah satu risiko terbesar ketika anak-anak ke sekolah dan sebagai ibu bapa, pasti kita mahukan yang terbaik untuk mereka. Selain pentingnya mendapatkan kenderaan yang boleh mengambil dan menghantar mereka ke sekolah, kita sebagai ibu bapa juga harus menitikberatkan faktor keselamatan. Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa?
  • Menyemak dahulu sama ada kenderaan dan pemandu tersebut mempunyai lesen yang sah untuk membawa pelajar sekolah.
  • Mengambil butiran pemandu dan kenderaan sebagai rujukan.
  • Memeriksa kenderaan yang bakal digunaakan anak anda (keselamatan).
  • Menyarankan kepada ibubapa lain tentang kepentingan menggunakan kenderaan berdaftar.

Mengapa Pentingnya Menggunakan Kenderaan Berdaftar?

Mungkin ramai yang tidak pasti apa yang membezakan kenderaan berdaftar dan bukan, jadi ini sedikit perkongsian antara sebabnya mengapa anda patut memilih kenderaan berdaftar:
 
  • mempunyai permit dari pihak Suruhanjaya Pengangkutan Darat atau Badan Perlesenan Kenderaan Komersial.
  • mereka diinsuranskan untuk membawa penumpang (jadi anak anda dilindungi oleh perlindungan insurans. Antara perlindungan yang ditawarkan ialah perlindungan kematian (RM100,000), kecacatan kekal (sehingga RM100,000), pembiayaan medikal (sehingga RM3,000), kelebihan hospital (RM100 sehari selama 30 hari) dan perbelanjaan berkenaan kematian (rM2,500).
  • mempunyai jadual yang tetap.
  • menggunakan kenderaan yang dibolehkan untuk membawa penumpang (bukan kenderaan ubah suai mahupun persendirian).
  • anda mempunyai pihak berwajib untuk dirujuk jika berlaku apa-apa.

Buat masa sekarang, Farah lebih percayakan teacher Firash untuk menghantar Firash sebabnya dia memang buah hati pengarang jantung Firash di tadika. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Nampaknya segala berjalan lancar dan segalanya baik-baik. Lagipun, bukan orang lain, kami rapat. Alhamdulillah, syukur kerana dipertemukan dengan teacher Firash ni. Cumanya, perkongsian Farah ini, bakal menjadi panduan di waktu akan datang apabila Firash telah mula bersekolah rendah nanti. In Shaa Allah. Farah akan cuba pastikan yang kenderaan yang bakal dinaiki oleh Firash adalah kenderaan yang berdaftar. Pasti mahukan kenderaan yang berdaftar untuk pergi dan balik dari sekolah. Kalau teacher sanggup nak ambil dan hantar sampai sekolah rendah nanti pun tak apa… Smile with tongue out…Muahahaha….

*Banyak drama dia kalau naik dengan teacher…Seronok sebab boleh pau teacher kan? Hu hu hu….

Risiko Kemalangan Mengikut Tahap Perkembangan Kanak-Kanak

$
0
0
RISIKO KEMALANGAN MENGIKUT TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tumbesaran dan perkembangan di tahun-tahun awal kehidupan bayi dan kanak-kanak berlaku dengan begitu pantas. Pejam celik, pejam celik, tau-tau jer cepat betul anak-anak membesar ya tak? Sewkatu tahun-tahun awal, ketidakupayaan kanak-kanak memahami tentang bahaya sesuatu keadaan, menyebabkan aktiviti mereka di setiap peringkat tumbesaran bersangkut-paut dengan risiko kecederaan tertentu. Makanya, untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, artikel pada kali ini, Farah sukalah kiranya nak berkongsi dengan anda semua tentang risiko kemalangan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

0-6 Bulan


Keupayaan Bayi:

  • Mungkin menangis berterusan.
  • Aktif menggerakkan tangan dan kaki.
  • Melakukan gerakan tendangan.
  • Mula memusingkan badan untuk meniarap.
  • Belajar mengangkat kepala.
  • Menggenggam objek yang diletakkan di telapak tangan dan memasukkannya ke dalam mulut.

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh dari tempat tinggi.
  • Tercekik/tersedak susu.
  • Melecur.
  • Sindrom Bayi Tergoncang.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Mempelajari teknik penyusuan yang betul.
  • Bersabar ketika mengasuh bayi dan jangan sekali-kali mengoncang bayi.
  • Menyediakan peralatan kanak-kanak yang selamat dan mematuhi piawaian.
  • Memastikan air mandian bayi tidak terlalu panas. Tuang air sejuk dahulu ke dalam besen, diikuti dengan air panas. Rasa kepanasan air dengan siku atau tangan. Air mandian mestilah tidak terlalu panas kerana kulit bayi yang nipis dan sensitif serta amat mudah melecur.
  • Jangan sesekali meninggalkan bayi di atas tempat yang tinggi bersendirian tanpa pengawasan.
  • Tidak memegang objek atau minuman panas semasa mendukung bayi.
  • Pilih permainan selamat dan bersesuaian dengan umur bayi.
  • Memastikan tiada objek kecil bertaburan di atas lantai atau berhampiran dengan bayi.

6 – 12 Bulan


Keupayaan Bayi:

  • Mula duduk.
  • Merangkak.
  • Berdiri dengan sokongan dan memulakan langkah-langkah pertama.
  • Cuba memanjat.
  • Berkebolehan bergerak dengan lebih bebas di dalam rumah.
  • Membuka almari, mencapai objek-objek.

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh.
  • Tercekik.
  • Terhantuk.
  • Lemas.
  • Keracunan.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Memastikan ruang permainan yang lapang.
  • Memasang penghadang di tangga dan dapur.
  • Menyimpan ubat-ubatan, bahan-bahan berbahaya atau beracun, mancis dan pemetik api di tempat selamat, tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
  • Lindungi bucu-bucu perabot yang tajam.
  • Sentiasa mengawal mereka ketika mandi.
  • Mengosongkan bekas mandian selepas mandi.
  • Penggunaan baby walker adalah tidak digalakkan.
  • Alat pengekang di pasang semasa duduk di kerusi tinggi.

1 – 2 Tahun


Keupayaan Kanak-Kanak:

  • Berdiri.
  • Mula melangkah.
  • Berjalan dengan sokongan (memegang perabot).
  • Berlari dan melompat.
  • Memanjat perabot dan tangga.
  • Berjalan ke belakang.
  • Memutar tombol, mendail, membuka skru dan penutup tin.
  • Suka meniru perbuatan orang lain.
  • Suka bermain air.
  • Mampu makan dengan sendiri.

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh.
  • Lemas.
  • Melecur.
  • Keracunan.
  • Tercekik.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mandi dan mengosongkan bekas mandian setiap kali selepas menggunakannya.
  • Mengawasi dan menasihati kanak-kanak supaya tidak bermain ketika makan.
  • Tidak memberikan makanan keras seperti kekacang dan tulang ayam.
  • Jauhkan minuman panas, cerek dan kuali dari capaian kanak-kanak.
  • Memastikan tiada peralatan yang mudah dipanjat diletakkan di tepi tingkap dan  balkoni.
  • Sentiasa memastikan pagar rumah ditutup dan berkunci.

2 – 3 Tahun


Keupayaan Kanak-Kanak:

  • Berani meneroka.
  • Aktif berlari, melompat dan memanjat.

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh.
  • Lemas.
  • Luka.
  • Patah.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika bermain.
  • Meneruskan pengawasan ketika mandi.
  • Mengajar mereka supaya berhenti, melihat, mendengar dan berfikir.
  • Menyediakan tempat permainan yang selamat di dalam dan di luar rumah.
  • Menyimpan peralatan seperti cangkul, gunting dan bahan-bahan lain yang berbahaya di dalam tempat khas yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

4 – 6 Tahun


Keupayaan Kanak-Kanak:

  • Bertenaga dan cergas.
  • Berani dan selalu ingin mencuba.
  • Mula bercerita.
  • Melakonkan sesuatu dan mengamalkan apa yang dipelajari.
  • Gemar permainan yang aktif dan pantas.
  • Mudah beralih tumpuan (easily distracted).

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh.
  • Lemas.
  • Patah.
  • Luka.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Sentiasa mengawasi mereka dan tidak meninggalkan mereka sendirian.
  • Menyediakan alat permainan yang rendah dengan permukaan hentakan yang lembut.
  • Mula memberikan pelajaran renang.
  • Memberikan mereka pelajaran keselamatan dan pencegah kemalangan.

Jika betul-betul kebanyakan kemalangan ini boleh dicegah dan adalah digalakkan semua ibu bapa, pengasuh dan sesiapa sahaja yang berkenaan untuk mempelajari teknik bantuan kecemasan / bantuan awal agar dapat mengurangkan komplikasi / mencegah kematian akibat kecederaan. Semoga bermanfaat untuk semua! Send a kiss.

*Perkongsian ini adalah kombinasi pengalaman sebagai seorang ibu kepada seorang anak sepanjang 3 tahun bergelar ibu dan juga hasil rujukan dari sumber bacaan semasa melalui pautan di SINI.

Get Up and Groove with the Exciting New ZooMoo Groove Series

$
0
0
Original production encouraging children to learn through music, song, and dance.

ZooMoo Groove Logo

ZooMoo Networks, the only channel devoted to educating kids about nature and animalsis premiering its latest original series – ZooMoo Groove. This fun sing-along series introduces kids to animals in each of the world’s habitats while encouraging kids to get up and sing and dance.
 
“Children love to be able to express themselves through song and dance,and with ZooMoo Groove,they can also enjoy learning about the world we live in at the same time. We are also excited to introduce our new talent Seth Drury to our audience as our trusted ZooMoo Ranger,” said Catherine Nebauer, General Manager of ZooMoo Networks, Asia Pacific.
 
ZooMoo Groove Promotional Poster
 
“Seth will take ZooMoo fans on fantastical trips to the Oceans, the Mountains, the desert, and other landscapes as he meets our Zoomers and introduce them to their new homes and the animals that live there,” added Catherine.

Concept behind ZooMoo Groove

ZooMoo Groove 1

ZooMoo Groove is themed around exploration and discovery, providing children with an opportunity to visit the eight habitats of the world. The seriesintroduces our fun and quirkyZoomer characters that live on ZooMooIsland. Each character has a distinct personality andZooMoo Ranger Seth helps them find the habitat they will be most compatible to live in.

Seth Drury is an Australian singer, dancer, and actor. A former Australian Idol contestant, Seth has appeared in various productions in Australia and throughout South East Asia, as well as devised a one-man show at the 2015 Melbourne Fringe Festival to sell out audiences.

To find out more about each Zoomer’s personalities and the habitats that they belong in, tune in to the premiere of ZooMoo Groove on ZooMoo Astro Ch 619, onWednesday, 5th April at 3.20pm, with repeats at 7.20pm and on Thursdays at 7.20am and 11.20am.
 

About ZooMoo

ZooMoo Networks is a multi-media company that owns and operates the ZooMoo channel, programming and interactive content for children around the World. ZooMoo is a collaboration between some of the world’s foremost wildlife filmmakers, early childhood educationalists and technology developers. Its programming engages and entertains children with the wonders of animals, to stimulate and develop their innate emotional connection with the natural world. ZooMoo is available in Malaysia on Astro Ch 619.
 

The ZooMoo App

The free ZooMoo App is available for download from popular app stores. It is designed to work alongside the ZooMoo channel to extend and reinforce children's learning about, and love for, the animal world. It does this by providing children with ZooMoo Island - an animal sanctuary where they can interact with and look after up to 150 animals.
 
The app works as a stand-alone experience, where children can feed and look after animals, pose them for photos, watch video clips and learn each animals name and how common or rare they are. Experimentation and fun is encouraged so that children can learn at their own pace, and in their own way. After the initial app download, no Internet connection is required. The app is also totally free with no in-app purchases or advertising.
 
In addition, the app is synchronized to the broadcast. When the ZooMoo app is turned on, the channel sends original and complimentary content to the child’s tablet. This content can be opened and explored at any time by the child and parent. The app requires no Wi-Fi or internet connection.
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live