Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak-Anak

$
0
0
10 PERKARA YANG MENINGGALKAN KESAN DALAM INGATAN ANAK-ANAK

Kita pernah melalui zaman anak-anak kita, kita pernah menghadapi zaman anak-anak kita… Jadi kita faham dan kita tahu apakah perkara-perkara yang meninggalkan kesan dalam ingatan anak-anak kita sepertimana kita dahulu. Pastinya ada perkara-perkara yang kita ingat sehingga kini kan? Peringatan buat diri sendiri dan juga ibu bapa di luar sana…. ada 10 perkara yang meninggalkan kesan dalam ingatan anak-anak yang perlu kita beri perhatian dan perlu kita ketahui.

Bukannya datangnya dari ilham asli Farah entri ini, akan tetapi adalah sebagai memanjangkan perkongsian yang bermanfaat buat kita semua yang bergelar ibu bapa dari sumber di SINI.

Semestinya ada banyak kenangan zaman kanak-kanak yang tidak dapat kita lupakan. Lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa dan ibu bapa pun sudah menjangkau usia atau sudah pun meninggalkan kita, pasti banyak kenangan bersama mereka yang akan kita pegang sampai bila-bila. Kadang-kala apabila teringat, pasti senyuman akan terukir di bibir kita. Bagaimana ibu membelai kita sewaktu tidur, bagaimana ayah sentiasa berada di belakang kita menyokong tidak kira di waktu jatuh dan bangunnya kita. Kesemuanya.

Ibu bapa perlu ingat, tiada ertinya anak-anak dilimpahkan dengan kemewahan, tanpa beserta limpahan kasih sayang. Mereka mungkin mendapat apa sahaja yang mereka mahukan, tetapi hakikatnya mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian.

Biar bersederhana dalam harta benda, tetapi mewah dengan kasih sayang

Disini saya kongsikan perkara untuk mencipta kenangan indah kepada anak-anak yang takkan mereka lupakan sehingga dewasa.
 

1. MEMBACA

Perkara yang paling saya tak dapat lupakan adalah apabila emak saya sering meneman saya membaca buku. Sebelum saya pandai membaca, beliau membaca buku kepada saya hampir 2 – 3 kali setiap hari. Apabila saya sudah pandai mengeja perlahan-lahan, beliau akan berada disebelah mendengar, sambil memperbetulkan ejaan saya yang masih pelat diwaktu itu. Disebabkan itu, minat saya untuk membaca bercambah setiap hari.
 
Kita juga boleh melakukan perkara yang sama kepada anak-anak. Sebagaimana kita menyimpannya sebagai kenangan yang manis, anak-anak juga pasti akan mengingatinya sehingga dewasa.
 
Jangan berkata “saya tiada masa!”. Andai anda mempunyai masa untuk menonton televisyen atau scroll updates di Facebook, masakan anda tidak mempunyai masa untuk membaca bersama anak-anak.
 
Dengan membaca, anda boleh mengasah minda kreativiti anak-anak. Cuba menyuruh anak-anak mereka jalan cerita baru, atau mengaitkan jalan cerita tersebut dengan keadaan realiti sekarang. Anda pasti akan terkesima dengan betapa kreatifnya minda anak-anak ini. Pasti menarik!
 
Tidak semestinya kita membacakan mereka cerita berbentuk fantasi semata-mata. Cerita Melayu kita juga kaya dengan ilmu dan pengajaran. Kisah-kisah Nabi juga tidak ketinggalan. Mengandungi banyak unsur dan manfaat. Selain dari memberi pengajaran pada anak-anak, kita juga banyak boleh muhasabah diri sendiri dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah tersebut.
 

2. MENDENGAR

Dalam keadaan zaman sekarang, tidak hairan sekiranya kedua ibu bapa sibuk bekerja. Jadi apabila pulang dari pejabat, kita mesti mahu berehat dan memberi masa untuk diri sendiri. Tetapi jangan sekali-kali kita lupa. Anak-anak memerlukan perhatian kita dan merindui kita tatkala kita sibuk di pejabat. Mereka mahu kita mendengar mereka bercerita kisah di sekolah, menunjukkan hasil karya mereka atau sekadar melayan soalan-soalan mereka.
 
Jangan sekali-kali berkata “nanti lah. nak tengok tv ni”. Jadikanlah mereka berasa bahawa mereka adalah priority kita. Kunci utama untuk mendengar adalah BERHENTI SEKETIKA. Berhenti seketika membelek Facebook di telefon bimbit. Berhenti seketika menonton bola. Berhenti seketika bermain game. Berhenti seketika apa sahaja yang kita sedang lakukan. Bukannya menyuruh anak-anak menunggu kita meluangkan masa untuk mereka.
 
Tak rugi tertinggal satu babak drama. Tak rugi menangguhkan mengejar high score game. Tak rugi tertinggal satu post Facebook.
 
Paling merugikan adalah apabila anak-anak sudah mula merasakan, mereka tidak penting kepada kita.
 
Memetik tulisan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Aku Terima Nikahnya. Anak-anak yang bermasalah, sebenarnya sering mahukan perhatian dari ibu bapa. Apabila mereka sering meragam, ibu bapa akan memberi perhatian yang cukup pada mereka. Jangan terkejut, memarah dan memukul pun dikira sebagai memberikan perhatian pada mereka. Mereka tidak kisah. Dibandingkan sekiranya mereka berkelakuan baik, ibu bapa akan membiarkan mereka bermain sendirian dan sibuk dengan hal masing-masing.
 
Jadi, luangkan masa untuk mendengar. Tidak kira betapa remehnya pada anda, ia sebenarnya sangat penting pada anak-anak.
 

3. MEMELUK

Hakikatnya, tidak kira dewasa atau kanak-kanak, kadang kala kita sangat memerlukan pelukan. Secara peribadi, saya merasakan pelukan itu meredakan ketegangan dan memberi ketenangan. Terasa dikasihi dan diambil berat – tanpa memerlukan kata-kata. Cukup sekadar dengan pelukan.
 
Begitu juga kepada anak-anak.
 
Pelukan menggambarkan kasih sayang kita padanya.
Pelukan menggambarkan kesediaan kita berada di sisinya waktu susah dan senang.
Pelukan menggambarkan perhatian kita pada mereka.
Pelukan menggambarkan perlindungan pada mereka.

Tidak kira anak yang masih belum pandai berbicara, atau anak yang sudah meningkat remaja, ketahuilah waktu yang mereka sangat memerlukan pelukan.

4. ADAKAN TRADISI KELUARGA

Saya teringat sewaktu kecil dahulu, hujung minggu adalah waktu masa dihabiskan di perpustakaan. Keluarga kami akan membawa kami ke perpustakaan yang berbeza setiap minggu. Seronok menyulusuri rak-rak buku mengambil mana-mana buku yang menarik. Pergi ke perpustakaan adalah bagaikan tradisi keluarga.
 
Selain pergi perpustakaan, ayah saya gemar membawa kami ke kedai haiwan terutamanya kedai ikan. Tak tahu kenapa. Seronok melihat ikan-ikan pelbagai jenis dan warna. Kalau nasib kami baik, berjaya la pujuk ayah belikan seekor kura-kura atau beberapa ekor ikan! Sama seperti perpustakaan, kami akan pergi ke kedai haiwan yang berbeza.
 
Boleh juga menjadikan movie night sebagai tradisi keluarga. Jadikan satu hari di hujung minggu yang anak-anak dibenarkan tidur lambat. Pasanglah apa-apa movie yang menjadi kegemaran keluarga. Buat popcorn, masak burger. Ciptakan suasana seolah-olah berada di panggung wayang. Bezanya, panggung wayang dirumah ada bantal dan tilam yang empuk. Pasti seronok!
 

5. MAKAN BERSAMA

Makan bersama, tidak kira sarapan atau makan malam. Secara peribadi saya rasakan, makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari boleh menguatkan kasih sayang sesama ahli keluarga.
 
Lebih-lebih lagi apabila anak-anak meningkat remaja, komunikasi antara mereka dan ibu bapa berkurang. Jadi apabila makan bersama, ibu bapa boleh meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk makan bersama, berbual, bertukar pendapat, bertanyakan pengalaman di sekolah, dan mengemas bersama.
 

6. ANAK KESAYANGAN

Tidak dinafikan, setiap ibu bapa takkan terlepas untuk lebih menyayangi salah seorang anak berbanding anak-anak lain. Saya faham kita tidak bermaksud untuk membeza-bezakan kasih sayang, tetapi ada antara anak yang lebih pandai mengambil hati berbanding anak yang lain.
 
Cuba kita mengubah tabiat dengan membuatkan setiap anak merasakan mereka adalah anak kesayangan ibu bapa mereka. Kita tak seharusnya memilih hanya salah seorang anak sahaja sebagai anak kesayangan. Kita seharusnya menjadikan semua anak adalah anak kesayangan. Jadikan mereka istimewa di mata kita, dengan karekter mereka yang tersendiri.
 

7. MERAIKAN

Setiap anak mempunyai karekter yang berlainan. Mereka berbeza antara adik beradik mereka. Pencapaian mereka juga pasti berbeza. Pasti ada yang lebih cemerlang dalam pelajaran berbanding adik beradik yang lain. Ada juga yang lebih petah berbicara berbanding yang lain. Pendek kata, setiap antara mereka mempunyai daya keupayaan dan bakat yang berbeza.
 
Namun begitu, setiap anak-anak berkongsi kualiti yang sama – mereka memerlukan untuk merasakan mereka berjaya. Tidak kira sejauh mana perbezaan tahap kejayaan tersebut, tetapi ibu bapa harus meraikan mereka secara adil. Sekiranya ada anak pandai membaca seawal 4 tahun dan diberikan hadiah sebuah basikal impian, anak seterusnya juga harus diberikan hadiah impian mereka walaupun mereka pandai membaca agak lewat berbanding abangnya. Hentikan membanding-banding antara anak. Keadaan ini akan membuatkan anak tersebut kurang keyakinan diri dan terasa tidak dihargai.
 
Marilah membuatkan anak-anak membesar dengan mengatakan “ibu bapa saya percaya pada saya, mereka merupakan penyokong utama saya dalam apa jua yang saya lakukan. Mereka sentiasa memberitahu saya bahawa mereka bangga dengan saya.”
 

8. BERMAIN!

Kanak-kanak memang dilahirkan mempunyai naluri suka bermain. Suasana persekitaran keluarga yang sering bermain berama bukan sekadar satu pilihan, tetapi patut di wajibkan. Cuba cari suatu aktiviti yang membolehkan setiap ahli keluarga enjoy. Board games, memanjat gunung, memancing, bermain kriket, membaca, menonton wayang, bermain boling atau apa saja aktiviti yang membolehkan masa yang dihabiskan berkualiti dan menyeronokkan. Anak-anak pasti membesar dengan mengatakan “kami sekeluarga gemar menghabiskan masa bersama. Kami bermain bersama dan berseronok bersama”.
 

9. MENGINGATI

Kehidupan anak-anak terbentuk dengan beberapa moment yang tampak kecil, tetapi indah. Kebanyakan moment tersebut terjadi daripada beberapa event atau peristiwa. Majlis penyampaian hadiah di sekolah, majlis hari jadi, perlawanan sukan, perdebatan pidato, persembahan dan banyak lagi. Moment tersebut sangat istimewa buat mereka – tetapi lebih bermakna apabila moment tersebut membuatkan mereka merasakan bahawa mereka insan yang sangat penting buat ibu bapa.
 
Apabila ibu bapa menjadi orang yang terpenting dalam moment tersebut, anak-anak akan rasa lebih dihargai. Apabila kita mengingati moment tersebut, kita menghadiri setiap kali majlis penyampaian hadiahnya di sekolah, tidak pernah terlepas menonton acara lumba larinya di sekolah, apabila kita mengambil gambar mereka dengan penuh bangga, melambai dengan penuh keterujaan, anak-anak tidak akan lupa sampai bila-bila.
 

10. MENYAYANGI

Terakhir tetapi paling utama, KASIH SAYANG. Kasih sayang merupakan perkara yang paling utama dalam suatu perhubungan keluarga. Tidak kira semarah mana kita padanya, sebenci mana sikap seseorang pada kita, asalkan kita mengasihinya, kita pasti tidak akan meninggalkan atau mengabaikannya. Apabila kita menyayangi anak-anak, kita membina karekter mereka, kita akan sentiasa berdoa semoga Tuhan memberikan apa sahaja yang terbaik buat mereka. Kita membuatkan mereka merasakan mereka adalah unik, memberi inspirasi kepada mereka untuk menemui minat dan bakat sebenar mereka, membimbing mereka, mengajar mereka dan paling penting, belajar dari mereka.
 
Kesimpulannya..
 
Kenangan bukanlah percuma, namun kosnya sedikit pun tidak melibatkan wang ringgit, tetapi masa. Semuanya bergantung kepada kita untuk bagaimana membuatkan setiap moment tersebut berharga. Setiap anak-anak layak untuk mendapat zaman kanak-kanak yang indah. Janganlah mensia-siakannya.
 
Semoga bermanfaat! Wassalam.

PARENTING: “Penderaan Senyap” Yang Tidak Disengajakan

$
0
0
PARENTING Penderaan Senyap 'Yang Tidak Disengajakan

Perkongsian oleh Pn. Anis melalui kumpulan kami di aplikasi Telegram untuk ibu bapa semua termasuk diri ini.
 
I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar! Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf, kita tak rotan anak dengan paip getah, kita tak sebat anak dengan tali pinggang, kita tak ikat anak pada pokok rambutan, kita tak tampar anak sampai berbekas, kita tak maki anak depan orang, kita tak cekik anak bila mereka nakal, sebab kita tahu itu adalah penderaan. Itu kejam. Itu dosa. Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak.
 
Tapi yang kita tak tahu adalah -- banyak penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari. Kita ingat kita tak dera, kita ingat apa yang kita buat selama ni "tak apa" tapi rupanya--- KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.
 
Kenapa saya kata dalam-dalam? Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak. Emosi dan self-esteem adalah dua elemen yang sangat penting dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk, tapi sangat mudah dibunuh.
 
Ada beberapa "sikap" ibu bapa, yang sebenarnya berbentuk penderaan, walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan. This is what we call--- penderaan senyap dan penderaan senyap ini dikatakan memberikan kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak, sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata. So today, let me share 7 jenis PENDERAAN SENYAP yang dilakukan oleh ramaiii ibu bapa tanpa disedari.
 

Ignorance & Expressionless Reaction

Atau di dalam Bahasa Malaysia, mengabaikan dan tidak memberikan ekspresi atau reaksi. Contohnya, bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, kita buat tak tahu jer. Langsung tak beri sebarang reaksi. Ini banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain. Nak main dengan anak, tapi tengah layan Facebook. Nak buat homework dengan anak, tapi mata tengok Fattah Amin dekat televisyen. He he he... Maka jadilah anak tu seperti bercakap dengan dinding. Sebab "expressionless"kita sama macam dinding.
 
Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan, kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut. Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni". Tapi kita jawab, "Tak payah lah". Dan terus bagi baju warna lain. Kalau kita di tempat anak itu, apa kita rasa? Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan sebegini, tiada keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. Sebab? Keputusan mereka tak pernah didengar dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.
 

Stonewalling

Ini lebih kurang macam yang saya terangkan di atas tadi, anak bercakap dengan dinding.Terutamanya bila ibu bapa sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak, atau malas nak layan soalan anak. Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi. Contoh bila anak tanya, "Mama suka warna apa?". Kita jawab, "Entah, apa-apa jerlah". Kalau jumpa ibu bapa macam ni, bancuh simen dan tuang pada muka diaorang. Biar jadi dinding betul.
 
Please parents. When you say, quality time with your children, that means 101% of your attention goes to them. Bukan sambil-sambil. Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak.
 

Mengejek Atau Merendah-rendahkan Anak Depan Orang Lain

Contoh, bila ada orang puji anak kita, "Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia." Tapi kita jawab, "Baik??? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat menangis, malas mandi, bla-bla-bla.". Konon-konon kita tak nak riak dengan orang yang memuji adi. Tapi tanpa kita sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. Anak pun terluka bila dengar. Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. So never make fun of your child in front of other people. Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah. Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you.".
 
Lantaklah orang nak cakap riak ke apa. We are showing a good example to our children. A good sense of appreciation and being thankful to have them.
 

Gaslighting

Gaslighting means--meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.Contoh kalau anak cerita, di sekolah tadi ada orang balin pemadam sampai kena mata dia. Tapi kita jawab, "Ala, tak apa. Biasalah tu. Abaikan sahaja". Ataupun bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan. Kita cuma cakap, "Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun jer tu." Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ini akan membuatkan anak-anak keliru dengan diri, dan hilang kepercayaan pada diri. Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tidak penting.
 
Nasihat saya untuk parents macam ini, stop tengok drama pukul 7.00 malam. Dan fokus kepada anak. Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--- YOU. Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu, mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka. And never deny what they feel. Peluk and tell them, "Don't worry. I am here with you. Everything will be fine.".
 

Hypercritical

Ibu bapa yang cerewet, terlalu banyak complaint, terlalu banyak yang tak kena di matanya. Anak comot sikit, marah. Anak terlanggar sikit, marah. Anak buat lawak sikit, marah. Anak nak rehat kejap, marah. Anak pakai baju lain seluar lain, marah. Anak silap baca sikit, marah. Anak pelat cakap sikit, marah. Anak dapat nombor 2 dalam kelas, marah. Semua benda, kalau tak perfect --marah.
 
Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ini, sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat, tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terlalu banyak. So, cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak. Happy life is not about perfection. It's about embracing the imperfections, and cherish the small good things.
 

Kurang Memuji, Tidak Ucap Sayang Dan Tidak Menzahirkan Sokongan

Ada kan ibu bapa macam ini? Jarang sangat cakap I love you pada anak-anak. Sebab ego. Dan bila anak capai sesuatu, jarang ucap tahniah. Lagi teruk bila just respond, "Alaaa biasa jer tu. Abah dulu lagi hebat". Huk aloh! Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa, tak datang langsung masa competition berlangsung dan tak bagi kata-kata semangat pada anak. Sebab kita rasa tak penting.
 
If you are this kind of parent, jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti, mereka tak ucap terima kasih pun pada ibu bapa mereka. Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.
 

Mendiamkan Sesuatu Kesilapan Dan Menjadikan Ia Kebiasaan

Contoh, bila kita dapat aduan dari pihak sekolah, yang anak kita ponteng sekolah, atau anak kita buli rakan lain, kita buat tidak tahu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri. Kita lepas tangan. Kita tidak berdepan dengan anak, tak heart-to-heart talk dengan anak. Tidak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik.
 
Perangai parents yang macam ini, kalau dibiarkan berlarutan akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak, semua kesalahan yang dilakukan itu "tidak apa" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka. Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan sebegini, better hantar anak-anak ni ke rumah anak yatim jer. Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? Baik jadi anak yatim. Entah-entah perhatian yang mereka dapat di sana lebih bagus. Haaa sekarang nak mengaku pula itu anak-anak kau!
 
So, itulah PENDERAAN-PENDERAAN SENYAP yang tak disengajakan, tapi banyak berlaku. Tak perlu tengok rumah orang lain, di rumah sendiri pun ada berlaku kannn? Jangan pandang remeh isu ini sebab kesan terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal. Cuma PENDERAAN SENYAP ini berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruknya akan datang.
 
Yang paling menyedihkan, it's consider NORMAL in our culture. Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ini. So how to fix this? By changing ourselves, by fixing our relationship with our own children. By having more interaction and communication with them. Dan berdoalah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka. Let's stop this "quiet" abuse. And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

KELOID Pada Parut Pembedahan Bersalin CAESAREAN

$
0
0
KELOID Pada Parut Pembedahan Bersalin Caesarean

Jangan nak kata atau label Farah nak melucah ya!Pointing up Ini adalah sekadar perkongsian yang Farah rasa semua orang patut tahu. Untuk yang lelaki, sila ambil tahu, supaya bila isteri anda mengadu rasa pedih atau gatal di parut pembedahan bersalin secara caesarean, anda tahu bahawasanya ia adalah benar dan bukan mengada-ngada walaupun dah bertahun-tahun lamanya pembedahan bersalin itu telah berlalu. Untuk yang perempuan, penting untuk faham dan tahu punca sesetengah dari anda yang bersalin secara caesarean merasa gatal serta pedih di garisan parut pembedahan. Keloid pada parut pembedahan bersalin caesarean.

Ni gara-gara rasa sedikit perit dan rasa gatal-lah ni di garisan parut pembedahan bersalin secara caesarean, Farah menaip entri ini disebabkan tak boleh tidur pada pukul 3.24 pagi beberapa hari lepas (baru sempat nak muat naik entri ni) . Huwaaa... Crying face (eleh overexaggerate jer ni bagi nak menyedapkan lagi cerita). Tak perlu seriau sangat ok? Ha ha ha... Bagi kawan-kawan atau adik-adik yang bakal melalui proses bersalin secara caesarean. Tak ada apa... In Shaa Allah... setakat ini, kegatalan dan rasa pedih-pedih sikit tu masih boleh ditahan. Tak adalah rasa sampai nak berjoget sebab gatal ya? Hu hu hu... Dan setakat ini tak adalah selalu... sesekali jer bila ia datang melanda. Open-mouthed smile

Dok terfikir, apakah penyebab atau punca terasa macam tu walaupun dah 3 tahun dah usia Iman Firash. Ayat penyedap hati, luka dalaman nak sembuh tu yang rasa gatal sesekali tu. Ayat penyedap hati kedua, tadi pergi angkat tong air mineral di pantry office sebab nak minum air dah habis dan orang tak nak tolong... tu yang jadi rasa tegang atau perit tu. Boleh jadi juga kan? Ha ha ha... Kalau nak fikir negatifnya, apakah mungkin KELOID?

Pernah dengar tentang KELOID tak? Familiar dengan istilah KELOID tak? Meh sini rapat-rapat, nak cerita tentang KELOID ni. Mana yang tak pernah berkenal-kenalan dengan KELOID, hari ni kita bercerita tentang KELOID ya?

Apa Itu KELOID?

KELOID adalah benjolan isi lebih yang terbentuk di bahagian parut luka, biasanya berwarna lebih gelap dari kulit asal dan berkilat. KELOID boleh menyebabkan rasa gatal dan pedih apabila dipegang dan juga sewaktu badan berpeluh. Rasa gatal dan tidak selesa akan lebih ketara jika KELOID ini terjadi di bahagian anggota badan yang mudah berlipat (contohnya di bahagian perut yang berlipat setiap kali duduk dan di waktu yang sama badan berpeluh).

Kebiasaannya KELOID adalahbersifat kekal dan tidak boleh dibuang dengan mudah secara semulajadi. Namun begitu, KELOID ini tidak terhad untuk muncul di luka caesareansahaja. Ianya juga boleh terjadi di bahagian telinga yang ditebuk lubang untuk bertindik, di bahagian dada, lengan, leher, bahu dan mana-mana bahagian badan.

Bagaimana KELOID Boleh Terjadi?

KELOID biasanya terjadi disebabkan oleh pengeluaran kolagen yang berlebihan oleh badan sewaktu di dalam proses penyembuhan luka. Penyebab terjadinya KELOID ini masih belum diketahui secara pasti. Berdasarkan kajian, antara faktor yang menyebabkan terjadinya KELOID ialah faktor genetik di mana mereka yang berkulit gelap (contohnya warga Afrika) mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mendapat KELOID berbanding yang berkulit putih.

Tapi ini tidaklah bermakna mereka yang berkulit putih tidak akan terkena KELOID, cuma risikonya adalah lebih rendah. Selain dari itu, bahagian luka yang terkena jangkitan dan tidak sembuh sepenuhnya juga terdedah kepada KELOID yang mana bahagian tersebut pada mulanya adalah lembut tetapi akhirnya mengeras dan terbonjol.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat KELOID?

Ibu-ibu yang bersalin pembedahandi mana KELOID terjadi di bahagian parut luka caesarean dan juga mereka yang menjalani pembedahan di mana-mana bahagian badan. Mengikut kajian saintifik, haruan dan gamat telah digunakan sebagai antara ejen untuk mempercepatkan pertumbuhan tisu baru kerana kandungan kolagen yang tinggi yang terdapat dalam dua jenis haiwan ini.  Ramai ibu-ibu di Malaysia mengambil haruan dan gamat sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin pembedahan dengan tujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Pengambilan gamat dan haruan dalam kuantiti yang banyak dan diambil terlalu awal boleh meningkatkan risiko terjadinya keloid.

Mereka yang mengalami kemalangan– KELOID boleh muncul di bahagian parut dari luka kemalangan.

KELOID boleh terjadi kepada mereka yang membuat tatoo di badan.Ya...mereka ini juga terdedah kepada KELOID kesan dari torehan di bahagian kulit sewaktu proses membentuk lukisan tatoo di badan. KELOID juga boleh terjadi selepas proses membuang tatoo.

KELOID juga boleh terjadi kepada mereka yang bertindik dibahagian telinga, hidung, lidah dan mana-mana bahagian badan.Sewaktu proses pemulihan dari kesan tebukan untuk bertindik, KELOID boleh terbentuk.

KELOID kesan dari jangkitan di bahagian belakang tengkuk– yang ini agak jarang berlaku. KELOID jenis ini biasanya mudah terjadi kepada lelaki Afrika.  Anda boleh baca selanjutnya tentang keloid jenis ini di sini >> Keloid di belakang tengkuk <<

Bagaimanakah Cara Untuk Membuang KELOID?

Antara cara yang boleh digunakan untuk membuang KELOID ialah dengan mendapatkan rawatan steroid dan rawatan secara laser. Bagi mereka yang bersalin pembedahan pula, jika selepas ini anda bakal bersalin pembedahan lagi, doktor boleh buang keloid tersebut sewaktu pembedahan caesarean yang berikutnya.

 Jika perlukan info lebih lanjut tentang keloid, anda boleh rujuk di link berikut termasuk jenis rawatan yang boleh dilakukan >> Apa itu keloid dan cara membuang keloid<<

Kalau perhatikan di bahagian garis pembedahan tu, tak adalah teruk pun... Memang tak teruk pun, sebab garis halus jer... cumanya ada sedikit, sedikit sangat-sangat, kurang dari 0.2cm kulit bercantum berwarna kemerah-merahan (ada waktu-waktunya berwarna merah) dan mempunyai ciri-ciri KELOID halus. Mungkinlah tu. Memang taklah nak garu kan walaupun gatal dan rasa alangkah syoknya kalau dapat garu. Tak berani oiii! Nanti lainlah jadinya. Open-mouthed smile

Tak boleh nak simpulkan KELOID ataupun tak... nak pasti kena berjumpa dengan pakar sakit puan lah kan? kan? kan? Buat masa sekarang, macam ya macam tak... ha ha ha... tapi naluri hati tak ada apa-apa yang serius... redah jer... kalau ya KELOID, boleh buang pun sewaktu bersalin sekali lagi... Ha ha ha... kena survey berapa harga rawatan laser untuk KELOID dan menabunglah nampaknya kalau sungguh KELOID dan sungguh nak buang KELOID tu kan? Mujurlah sangat halus dan kecik, lebih kurang 0.1cm ke 0.2 cm jer dan tak panjang. Tapi tulah, ada masa-masa rasa tak selesa juga.

TODDLER, PRESCHOOLER Menggigit? Itu Adalah Ekspresi Emosi Negatif

$
0
0
TODDLER, PRESCHOOLER - MENGIGIT ITU ADALAH EKSPRESI EMOSI NEGATIF

Haaa…gigit, gigit selagi boleh gigit Iman Firash… Open-mouthed smile… Sejak akhir-akhir ni, gemar sangat menggigit bila rasa tidak berpuas hati! Kalau nasib baik, tudunglah jadi mangsa gigitan… Kalau kurang bernasib baik, anggota tubuh badan yang mana-mana dia sempat capai untuk gigitlah jadi mangsa. Berbekas? Ha ha ha… Open-mouthed smile Tak usah cakaplah kan? Memanglah kalau dah penuh gigi atas bawah tu, bila gigit tak berbekas tu tak sah! Toddler, preschooler menggigit? Siapa yang mengalami pengalaman atau masalah yang hampir serupa? Nak tau tak? Yang sebenarnya itu adalah ekspresi emosi negatif.

Setahu Mommy-lah Firash kan? Biasanya yang gigit menggigit ni, adalah bayi-bayi yang sedang nak tumbuh gigi disebabkan oleh gusi yang gatal. Tapi di dalam hal toddler, preschooler… bukan sebab gusi rasa gatal tu oiii! Itu adalah disebabkan oleh kepelbagaian emosi negatif yang perlu diluahkan oleh mereka. Yang jadi mangsa? Nenek, teacher dan juga Mommy. Selalu terjadi kepada Mommy bila dia tidak berpuas hati atau marah, jika Mommy tegah dia dari melakukan sesuatu. Hu hu hu…

TODDLER, PRESCHOOLER - MENGIGIT ITU ADALAH EKSPRESI EMOSI NEGATIF 2

Contohnya mudah sahaja… (berdasarkan pengalaman baru 2 hari…Open-mouthed smile… Hari Selasa malam Rabu, Farah ke Sri Gombak untuk tournament futsal yang melibatkan kakitangan yang bekerja di syarikat Farah bekerja dengan rakan niaga mereka. Itulah pertama kali Iman Firash jejak dan masuk ke dalam gelanggang futsal. Pertama kali juga ke gelanggang futsal yang terletak di Sri Gombak tersebut. Sesampai sahaja di gelanggang yang telah ditempah khas untuk acara pada malam tersebut… Mata anak bujang Farah dah mula bersinar-sinar… Hot smile… Dan semestinya perasaan teruja, gembira dan seronok itu telah terbit… Tak sabar-sabar minta dilepaskan…

Farah lepaskan seketika dan biarkan dia sesuka suki hati mengelecek bola futsal. Memang gembira sangat nampak gayanya. Sambil-sambil tu Farah buatlah kerja-kerja yang patut Farah lakukan dan dalam masa yang sama kerling-kerling kelibat serta aktiviti dia. Bukan apa, open space macam tu kan? Walaupun berjaring…orang ramai masa tu… Memang kena perhati dan tak boleh leka. Pesan pada diri sendiri jangan sesekali terlepas pandang! Beri dia masa seketika jer…seketika, selepas tu dah mula kena keluarkan dia dari gelanggang futsal. Sebab tournament dah nak bermula.

Seperti yang dijangka… meronta-ronta dia tidak mahu keluar dari gelanggang futsal tersebut. Hu hu hu… Crying face… Firash oh Firash… please lahhh… Uncle-uncle dan atuk-atuk nak main futsal Firash oiiii… Budak kecik kena keluar tak boleh berlegar-legar dalam gelanggang….Bahaya! Disebabkan rasa tidak puas hati dan kecewa serta marah… makanya… hujung shawl Mommy jadi mangsa sampai basah! Ha ha ha… Open-mouthed smile ini memang tak boleh nak ber-Ariani sangat ni wehhh! Tak boleh ber-Fareeda sangat! Tak boleh ber-Naelofar sangat! Sia-sia jer shawl boleh rosak… Muahahaha… Open-mouthed smile

TODDLER, PRESCHOOLER MENGGIGIT ITU ADALAH EKSPRESI EMOSI NEGATIF 3

TODDLER, PRESCHOOLER - MENGIGIT ITU ADALAH EKSPRESI EMOSI NEGATIF 3

>> Bayi Suka Menggigit??? Cara Mengatasi & Mengendalikan…<<  Kenapa Agaknya Anak Suka Menggigit? Jika melihat kanak-kanak kecil menggigit, ia adalah perkara biasa. Tidak kira sama ada dia menggigit kawan sebaya ataupun sesuatu objek, menggigit seolah-olah satu tabiat wajib bagi kanak-kanak berusia setahun sehingga tiga tahun. Kadang kala, jika anak kita yang menjadi mangsa gigitan kanak-kanak lain, rasa hendak marah sahaja tetapi apalah yang difahami oleh si anak kecil itu. Namun, mengapa ibu bapanya membiarkan anak menggigit sesuka hati.

Bagi anak kecil, menggigit adalah salah satu ekspresi emosi untuk melepaskan kemarahan, kegeraman atau rasa kecewa. Apatah lagi jika anak kecil memerlukan perhatian, penat, cemburu kepada adik dan sebagainya. Kanak-kanak yang belum boleh bertutur mencara cara tersendiri untuk mengekspresikan emosinya termasuk mengigit. Dalam kes ni, Iman Firash, Farah akui masih belum boleh bertutur dengan lancar sepenuhnya dan masih lagi building up his words structures. Jadi, menggigit adalah cara dia untuk menyalurkan emosi negatif. Menggigit lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki.Semakin kemahiran bahasanya berkembang, kecenderungan menggigit akan turut berkurangan.

Apa Nak Buat? Bila Dah Ada Penyakit Suka Menggigit Sebegini?

Gigih tak gigih Mommy Firash buat research? Demi semata-mata nak hentikan tabiat menggigit sejak kebelakangan ni… godek punya godek punya godek, terjumpa satu artikel yang dijadikan sebagai rujukan dari SINI
 

Suasana Ceria:

Wujudkan persekitaran yang ceria supaya tiada sebab yang boleh mencetuskan kemarahan si kecil. Amboiii sangat nih! Kecik-kecik dah pandai nak marah ek? Open-mouthed smile

Rehat Yang Cukup:

Pastikan dia cukup tidur dan kenyang sebelum bermain di luar.

Beri Tumpuan:

Sewaktu bermain, ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada si kecil supaya tidak berasa dirinya dipinggirkan. Terutamanya jika dia telah memiliki adik baru.

Ajar Luahkan Perasaan:

Beri dorongan untuk membantu anak kecil meluahkan perasaannya. Ajar cara bagaimana untuk menyampaikan keinginan atau rasa tidak puas hati melalui ucapan.

Beritahu Perbuatan Itu Salah:

Ajarkan mereka bahawa tindakan meluahkan perasaan marah dengan cara menggigit adalah salah dan akan menyakiti orang lain.

Buatkan Aktiviti Alih Kemarahan:

Alihkan kemarahannya dengan melakukan aktiviti lain seperti bermain dengan haiwan peliharaan, menari, mewarna atau bermain di padang permainan.

Bantu Mangsa Gigitan:

Jika si kecil menggigit segera beri perhatian kepada mangsa yang digigit. Tenangkan mangsa terlebih dahulu apatah lagi jika dia anak orang lain.

Bertegas Dengan Anak:

Tegur dengan tenang tetapi tegas dengan mengatakan kepada anak, “Jangan gigit” atau “Sakit bila gigit”.

Jangan Berleter:

Gunalah ayat ringkas supaya si kecil mudah memahami apa yang kita sebagai ibu bapa ingin sampaikan kepadanya.

Pandangan peribadi Farah… ya betul tiada salahnya apa yang disampaikan oleh artikel yang berkenaan…Cuma secara realitinya…Apa yang disenaraikan tidak applicable untuk semua keadaan. Betul tak? Macam dalam kes Iman Firash di padang futsal tempoh hari… Memanglah tak Farah ikut kehendak dia walaupun dia tidak puas hati… Muahahaha… Open-mouthed smile tiba-tiba jadi autokratik pula Farah… Tapi haruslah… kena ajar dia no means no juga… Gigit sampai basah, asalkan senyap di tepi padang futsal… Berlangsung kira-kira lebih kurang 10 minit macam tu… Selepas itu… Alihkan perhatian kepada air sejuk…. Senyaplah dia… Open-mouthed smile… Tapi itu tak bermakna dah dapat solusi kepada tabiat menggigit… Masih mencari cara yang paling efektif supaya tabiat menggigit itu dapat dihilangkan… Tak berleter tapi cuba fahamkan dia, itu bukan perkara yang sepatutnya dia buat….

*Kesian teacher tau Firash… Asal tak puas hati jer… nak gigit teacher… gigit tudung teacher… habis basah tudung teacher… Janganlah Firash nanti rosak tudung teacher tu… Mommy kena hadiahkan teacher tudung baru kot? Sebab anak manja Mommy ni suka mengiggit? Smile with tongue out

ROBI, AN INTERACTIVE TRILINGUAL ROBOTIC COMPANION IS COMING TO MALAYSIA

$
0
0
ROBI, AN INTERACTIVE TRILINGUAL ROBOTIC COMPANION IS COMING TO MALAYSIA

Robi, the popular interactive trilingual robotic companion that speaks Manglish, will be making its way to Malaysia next month. The launch event and roadshow will take place in One Utama Shopping Centre on March 10 - 12, 2017. The event will be attended by Robi’s creator, Professor Tomotaka Takahashi and Hajime ‘Jimmy’ Murano, the Chief Executive Officer & President of DeAgostini Japan.

Robi is a fusion of sophisticated design and advanced Japanese technology that was designed to provide interactive bonding experience for the entire family.  More than 130,000 Robi robots has been assembled by fans around the world, making Robi the world’s best-selling humanoid robot from Japan. Building on the theme of “ASSEMBLE ROBI, UNITE A FAMILY”, the event will also provide opportunities for families to get acquainted with Robi through hands-on experience. Apart from having an extensive vocabulary of more than 250 English and Mandarin phrases, Robi can also sing, dance and control your TV. Most importantly, Robi has been exclusively re-programmed to speak several phrases in Bahasa Malaysia, only available in Malaysia.

Robi will be sold at a wide range of Malaysian retailers via a weekly DeAgostini magazine which will feature the latest Robi parts, simple assembly instructions and educational articles focused on electronics and robotics. Over the course of 70 issues, Malaysian parents (and gadget lovers) will be able to construct Robi, in the process enjoying quality face-time time and experiences with their children.

Parents interested in learning more are invited to visit the roadshow at One Utama and get to know and play with some completed Robi’s! There will also be a daily ‘Robi Rave’, dance performance featuring 100 Robi robots at 3:30pm and 7:30pm on 10th March 2017, 11:00am, 3:30pm, and 7:30pm on 11th March 2017, and 11:30am and 3:00pm on 12th March 2017.

EVENT DETAILS:

Date: 10 to 12 March 2017 (Friday to Sunday)

Time: Mall opening hours, with Robi Rave performance at times stated below.

Venue: Highstreet, One Utama Shopping Centre


ROBI, AN INTERACTIVE TRILINGUAL ROBOTIC COMPANION IS COMING TO MALAYSIA 2

For more information, please visithttp://www.myrobi.my/, https://www.facebook.com/robimykl/ or call 03-2168 3738 (Mondays to Fridays, 9am – 6pm) for general enquiries.
 

About DeAgostini Editore S.p.A

Geographer Giovanni DeAgostini founded his mapping company in Rome in line with the 1901 establishment of the Association of Geographical Societies. Within 100 years, the company has risen to become a world-recognised producer of diverse cutting-edge publications, capturing more than 50% market share of part work globally.
 
Today, DeAgostini Editore S.p.A has extended its reach to 33 countries all around the world, continuing to be a pioneer and leader you can trust.
 

Robi Local Retailers

Robi will be sold at selected locations of the following retailers.
*In no particular order
 
ROBI, AN INTERACTIVE TRILINGUAL ROBOTIC COMPANION IS COMING TO MALAYSIA 3



Robi will also be available via online subscription.

VEET Sensitive Touch REVIEW

$
0
0
VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW (1)

Yuhuuu! Cerita mengenai VEET Sensitive Touch kembali lagi! Bahagian kedua mengenai VEET Sensitive Touch di Bubblynotes.Com. Bukan apa, tak syoklah cerita sekerat jalan kan? Cerita tentang Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch , tapi tidak menyentuh tentang produk secara terperinci. Tak lengkap! Bila tak lengkap, Farah yang rasa tak berapa nak seronok dan seolah-olah tidak melengkapkan apa yang sepatutnya dilengkapkan. Lebih molek kan? Kalau kita pukul habis cerita dengan jelas mengenai VEET Sensitive Touch ini. Iklan memang ada, tapi iklan tu sekadar tunjuk produk jer lah kan? Bukan ada penjelasan secara terperinci… Nahhh… baca entri ini sampai habis dan hadamkan perincian serta fungsi VEET Sensitive Touch. Khas untuk anda tau, Farah gigih menaip entri ni… Muahahaha… Open-mouthed smile.

VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW (2)

Ada yang dah beli ke? He he he… Open-mouthed smile…Saja tanya…Manalah tahu kan? Kot-kot ada yang sememangnya tak boleh tunggu dan selepas itu terus pergi dapatkan VEET Sensitive Touch? Who knows kan? Yang sememangnya so into beauty dan juga menitikberatkan kebersihan, kekemasan dan penampilan yang bagus, gila tak nak dapatkan electric trimmer terkini di pasaran? Haruslah nak kan? Jika dulunya VEET terkenal dengan Hair Removal Cream, kini VEET semakin melangkah seiringan wanita-wanita moden dengan electric trimmer yang dinamakan sebagai VEET Sensitive Touch. Yang istimewanya? DIJAMIN SELAMAT TANPA LUKA! Tidaklah seperti pisau pencukur yang lain kan?

VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW (3)

Sepertimana yang Farah maklumkan sebelum ini, di dalam entri yang lepas tentang majlis yang berlangsung di Talent Lounge, Damansara Perdana, VEET Sensitive Touch direka khusus untuk membersihkan kawasan-kawasan peribadi seseorang individu dan juga untuk kening. Pencukur yang mesra kulit untuk kawasan peribadi anda…Haaa…gittew kan? Khusus untuk kegunaan bagi aktiviti merapikan kening, bahagian bawah lengan iaitu ketiak dan juga garisan bikini. Apa jer yang didatangkan di dalam kit VEET Sensitive Touch.

VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW

VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW (4)

Ini bukan cuba mempengaruhi anda, akan tetapi… VEET Sensitive Touch adalah satu peralatan atau kelengkapan yang sangat berbaloi-baloi untuk dilaburkan demi kecantikan serta kekemasan diri anda!

Kenapa Farah Katakan Ianya Berbaloi?

Tolong baca alasan Farah supaya anda faham:

Tidak Menyakitkan

Tolonglah percaya yang apabila anda menggunakan VEET Sensitive Touch ini, sikit pun anda tak akan rasa kesakitan. Tak sakit! Ianya tidak seperti wax ataupun thread. Tak rasa apa pun yang benarnya…

Sesuai Untuk Travelling

Kalau anda kaki travel…Sekejap melompat ke sana, sekejap melompat ke sini… Ha ha ha… Open-mouthed smile sesuai sangat berjodoh dengan VEET Sensitive Touch. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja disebabkan oleh saiznya yang kecil. Tak makan banyak space pun dalam beg anda. Hanya sebahagian kecil jer.

Mudah Digunakan

Lupakan sahaja cara tradisional untuk perapian kawasan peribadi dan juga kening anda. VEET Sensitive Touch adalah senang digunakan serta menyenangkan hidup! Kemas pun kemas, bersih pun bersih dan tak ada setitik darah pun yang menitis dengan VEET Sensitive Touch.

VEET Sensitive Touch Beauty Styler





Gajet kecantikan yang awesome! Itu yang boleh Farah katakan…

VEET Sensative Touch Untuk Perapian Kening Yang Terbaik!


VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW 5

Bagi mereka-mereka yang dibenarkan untuk mencukur kening… Anda boleh merapikan kening dengan sangat mudah dan pantas. Tak perlu risau kalau-kalau tercukur semua ya?

Langkah 1: Perapian – untuk mendapatkan panjang kening yang diingini sila rapikan kening anda! Gunakan mata pencukur yang kecil dan tambahkan sikat. Letakkan VEET Sensitive Touch di kening anda dan gerakkan ia ke arah bertentangan dengan susunan bulu kening.

Langkah 2: Bentukkan untuk kontur bulu kening yang terbaik, bukakan sikat dan gunakan mata pencukur high-precision. Sentuhkan kepada kulit yang berkenaan secara perlahan dan gerakkan.

VEET Sensitive Touch Untuk Perapian Kawasan Peribadi Anda!


VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW 6

Kawasan peribadi mana? Sendiri-sendiri faham ya? Untuk yang ini, gunakan mata pencukur yang lebih besar.

Bebas Luka


VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW 7

Tak payah nak takut aihhh…Memang takkan luka…Dah berkali-kali Farah ulang dalam entri ni… Maka dah tentu-tentu ia adalah berbentuk satu jaminan kepada anda… Ahaksss…

VEET Sensitive Touch Untuk Rerambut Halus Di Sekitar Bibir

VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW 9


Ada masalah dengan kawasan sekitar bibir anda? Gunakan VEET Sensitive Touch!

VEET Sensitive Touch Untuk Sideburns Yang Lebih Kemas!

VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW 8

Bolehlah kemas-kemaskan sideburns anda ya? 

Harga Pasaran VEET Sensitive Touch


VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW 10

Guardian: RM 98.98

VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW 11

Watson: RM 99.00

VEET SENSITIVE TOUCH REVIEW 12

Lazada Malaysia: RM 119.00

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai VEET Sensitive Touch:

Artikel SAMPAH!

$
0
0
ARTIKEL SAMPAH!  (2)

Berbelas tahun bergelar blogger, macam-macam asam garam dan rencahnya… Dulu kes orang kata Farah tak layak menggelarkan diri sebagai parenting blogger disebabkan anak baru seorang, yang kedua dan terkini… orang kata artikel di Bubblynotes.Com adalah ARTIKEL SAMPAH! Smile with tongue out Malangnya jika yang meninggalkan komen itu berharap Farah ni menangis ke? sedih ke? down ke? atau marah ke? You are wrong! Pada Farah wujudnya orang-orang yang meninggalkan komen sebegini adalah sama ada kesakitan hati sudah tidak terbendung lagi mahupun sebenarnya sudah terlalu lapang sehinggakan tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan selain dari meninggalkan komen yang berbentuk provokasi.

Artikel yang dimaksudkan tersebut adalah artikel yang Farah muat naikkan pada tahun 2014 tentang air paip rumah yang berkarat.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1488109614096","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":1334,"subsource":"done_button","total_editor_time":15,"brushes_used":0}

Alahaiii… sedihnya awak ni tau! Hidup takkan 24 jam nak serius ajer? Sama juga dengan blog… takkan entri-entri senantiasa berbentuk info sahaja sehinggakan tidak ada kepelbagaian? Blog bukannya surat khabar digital… Blogger bukannya wartawan! Faham tak konsep tu? Smile with tongue out. Saya ni manusia biasa yang tidak lari dari khilaf wak oiii! Saya juga manusia biasa yang ada masanya memuatnaik entri berbentuk santai dan sekadar meluah dengan cara bercerita. Awak faham tak konsep tu wak? Sedangkan surat khabar pun ada kepelbagaian cerita dan ada juga di antara berita-berita yang diterbitkan adalah berita sampah. Errrr… kenapa satu entri tu jer awak komen kata artikel sampah. Di dalam Bubblynotes.Com ada 4789 entri, kalau awak dah terlalu lapang sehinggakan awak boleh meninggalkan komen sebegitu… apa kata awak lihat satu persatu entri di Bubblynotes.Com kemudiannya awak buat pecahan berapakah peratusan artikel sampah berbanding artikel berinfo. Heee… Open-mouthed smile. Bagus awak ni! Prihatin dengan Bubblynotes.Com.

Kejap-kejap saya lihat memang sampah betul ke entri saya tu?

Menurut sumber di SINI, proses karatan berlaku apabila air melalui saluran paip besi. Mungkin dengan mata kasar karat ini tidak kelihatan tapi jika kita memasang penapis air di rumah kita, kita akan dapat lihat betapa cepatnya penapis menjadi kotor (warna karat). Macam kes Farah ni lah... Setiap hari kita minum air yang berkarat. Oh no! 

Air yang bersih dan sihat penting untuk kita sebagai manusia... Tubuh manusia adalah 70% air, otak manusia adalah 74% air, otot manusia adalah 75% air, darah manusia adalah 84% air, tulang manusia adalah 22% air, gigi manusia adalah 5% air, hati manusia adalah 69% air dan buah pinggang manusia adalah 82% air...

Itu kira infolah juga tu kan? Ke itu tak kira info ke macam mana? Smile with tongue out…. cuma tak adalah gayanya Farah nak bercerita macam Farah ni pakar sungguh bab air berkarat ni… Ok ok ok… Mungkin ada kekurangan Farah juga… mungkin niat Farah sekadar nak bercerita secara santai…Lepas tu awak mengharapkan sesuatu yang lebih dari entri Farah supaya awak dapat jawapan apa yang awak cari… Sebab awak tak dapat apa yang awak cari, awak pun rasa marah… tenang-tenang…

Dalam sampah-sampah artikel berkenaan, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada awak dan saya pandang dari sudut yang positif atas komen awak dan saya ambil sebagai sesuatu yang memotivasikan diri saya lagi di dalam penulisan blog saya di masa akan datang ya awak?  Mungkin benar, saya sepatutnya sediakan informasi tentang cara mencuci langkah A-Z, peralatan yang diperlukan, waktu sesuai mencuci , preventive maintenance, dan lain-lain tu awak nak tau tentang apa ya? Nanti saya tanyakan pada suami saya ya? Sebab dia bekerja di Air Selangor… Boleh tak saya buat temujanji dan ambil gambar kontraktor mencuci tangki kemudian sediakan satu entri yang lengkap seolah saya pakar ya?

*Pssstttt…terima kasih tau…sebab bagi reminder dan alert kan saya… Smile

KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!

$
0
0
KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!  (1)

こんにちは、元気ですか?(Kon'nichiwa, Genkidesuka?) ...  Mari kita menggembara ke Jepun di dalam entri kali ini! Nak cerita dengan anda tentang KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua! Yang mana-mana peminat hidangan Jepun tu bolehlah baca entri ni sehingga habis untuk melihat-lihat kalau-kalau KONICHIWA CAFE menjadi destinasi pilihan untuk aktiviti makan-makan makanan Jepun anda selepas ini. Yang mana-mana belum pernah mencuba makanan Jepun, teringin nak mencuba buat kali pertama - Farah syorkan anda baca entri ini dulu dan kemudian cuba sendiri kelazatan hidangan Jepun di KONICHIWA CAFE. Sebelum pergi, kenalah tengok-tengok dulu kan? Betul tak? Makanya, dengan rajinnya Farah kongsikan di dalam entri Farah pada kali ini khas buat anda.

KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!  (2)

Sebelum apa-apa nak cerita sedikit mengenai KONICHIWA CAFE. Bagilah latar belakang dulu ya tak? Supaya anda kenal  dan anda tahu serba sedikit mengenai KONICHIWA CAFE.

KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!

KONICHIWA CAFE ni bukan terletak di Jepun ya? KONICHIWA CAFE ni sebenarnya terletak di Bangi, Selangor. Ha ha ha… Open-mouthed smile.jauh sangat sampai ke Jepun semata-mata nak makan hidangan Jepun. Tak payah! Dekat Bangi pun ada... Pergi jer ke Bangi tu ha... Pelan lokasi? Sila lihat di bawah:


Alamat KONICHIWA CAFE:
Jalan 6/7B, Seksyen 1
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
 
Waktu Operasi KONICHIWA CAFE:
Isnin
TUTUP
 
Selasa sehingga Khamis
12.00 tengah hari sehingga 10.00 malam
 
Jumaat
2.00 petang sehingga 11.00 malam
 
Sabtu dan Ahad
12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam


Orang-orang Bangi? Dah pernah makan di sini tak? Ke setakat lalu dan perasan tapi tak singgah? Ataupun tak perasan langsung? Ataupun tersalah sangka yang KONICHIWA CAFE ni adalah restoran TIDAK HALAL?

Tak apalah, jomlah Farah ceritakan kepada anda supaya anda jelas ya? KONICHIWA CAFE ni baru jer dibuka pada 22 Januari 2017 yang lalu. Pemilik KONICHIWA CAFE ini adalah MELAYU dan MUSLIM. KONICHIWA bermaksud Selamat Datang, Selamat Tengahari ataupun Selamat Sejahtera. Bila pemiliknya dalah melayu dan muslim, dah tentu-tentulah hidangan di KONICHIWA CAFE adalah HALALAN TOYIBAN ya kawan-kawan.

PENTING! Pointing up Yang perlu anda ketahui adalah SOYU dijamin HALAL (SOYU HALAL dari China yang ada Sijil HALAL yang telah diiktiraf oleh JAKIM). Tidak mengandungi sebarang SAKE dan juga MIRIN. Apa itu SAKE? Apa itu MIRIN?

Sake (Japanese: 酒?), also spelled saké (IPA/ˈsɑːkeɪ/sah-kay or /ˈsɑːki/sah-kee)[1][2] in English, is a Japanese rice wine made by fermenting rice that has been polished to remove the bran. Unlike wine, in which alcohol (ethanol) is produced by fermenting sugar that is naturally present in grapes, sake is produced by a brewing process more like that of beer, where the starch is converted into sugars before being converted to alcohol.

Mirin (味醂 or みりん?) is an essential condiment used in Japanese cuisine. It is a type of rice wine similar to sake, but with a lower alcohol content and higher sugar content.[1] The sugar content is a complex carbohydrate that forms naturally during the fermentation process; no sugars are added. The alcohol content is further lowered when the liquid is heated.

Ini yang kita nak ya tak? Ini tidak, kita syok-syok punyalah craving nak makan, makanan Jepun, lepas tu tanpa kita sedari dan kita terfikir, sebenarnya makanan Jepun yang kita makan tu mengandungi SAKE dan juga MIRIN. Yang kita pula syok jer telan dan menikmati kelazatan serta kenikmatan makanan tu kan? Di KONICHIWA CAFE... anda tak perlu ragu-ragu dan tidak perlu risau tentang status KEHALALAN makanan yang dihidangkan. #ehhh...walaupun tanpa SAKE dan MIRIN...masih awesome meletops tau rasanya. Tak percaya cubalah!

Chef di KONICHIWA CAFE pula bukan calang-calang chef ok? Chef KONICHIWA CAFE mempunyai 32 tahun pengalaman di dalam penyediaan Teppanyaki Jepun dan juga beliau memiliki restoran sendiri  di Dublin, Ireland.

Bab kedua, kita masuk ke hidangan yang ditawarkan oleh KONICHIWA CAFE.


Amacam? Terliur tak? Drooling tak? Kalau drooling dan tiba-tiba rasa craving sangat... Apa lagi tunggu? Cepat-cepat cari masa untuk singgah ke KONICHIWA CAFE yang terletak di Bangi. Farah yang jauh dari Bangi pun sanggup tau tak? Sanggup pergi jauh-jauh semata-mata nak makan di KONICHIWA CAFE. Tak rugi pun datang merantau jauh-jauh semata-mata nak memenuhi keinginan selera di tekak nak makan makanan muslim Jepun di KONICHIWA CAFE. Harga? Ehemmm... Jangan risau... Harga adalah masih di dalam bajet dan mampu bayar oleh kita-kita rakyat marhaen ni... Berbaloi pun berbaloi sebabnya portion hidangan sangat besar. Bagi Farah yang makan Chicken Teppanyaki hari tu pun... Tak habis...Hidangan tu pada Farah boleh kongsi dengan orang lain kot?

Oh ya... Sebelum Farah terlupa, KONICHIWA CAFE juga menerima sewaan restoran untuk majlis-majlis peribadi seperti majlis sambutan hari lahir. Kebetulan sewaktu Farah singgah di KONICHIWA CAFE tempoh hari, ada satu majlis sambutan hari lahir yang sedang dilangsungkan.

KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!  (3)

Haaaa..apa yang anda dapat simpulkan dari situ? Itu bermakna... KONICHIWA CAFE memang family friendly restaurant kan?

KONICHIWA CAFE juga menerima tempahan katering secara penghantaran ke premis anda untuk 60 orang pada satu-satu masa. Sesiapa yang nak cipta kelainan di majlis peribadi atau keraian anda dengan hidangan Jepun yang diselitkan dengan campuran hidangan barat serta tempatan bolehlah cuba-cuba untuk menghubungi KONICHIWA CAFE di talian +60 12-200 2090  dan bincang-bincang ya?

Sekali dah makan, rasa macam nak singgah lagi... In Shaa Allah, tunggu nanti pada bila-bila masa yang ada kelapangan...Bolehlah bersantai dan mengenyangkan perut di KONICHIWA CAFE. Sebenarnya banyak lagi hidangan di KONICHIWA CAFE yang Farah nak rasa ni...

Rating: StarStarStarStar

Aeril Zafrel to Make Special Appearance at Cafaeyen+ IOI City Mall Putrajaya

$
0
0
Print

Stand a chance to get your photo taken with Aeril Zafrel and have him serve you the best Thai tea in town!
 
Well-known male model-turned-actor, Aeril Zafrel, will be making a special appearance at Cafaeyen+, a newly-opened authentic Thai restaurant in IOI City Mall Putrajaya on Saturday, 4th March 2017, at 3.00p.m. Lucky fans will get a chance to take photo with Aeril while getting the privilege to have Aeril serve you the best Thai tea in town by Cafaeyen+.
 
Aeril Zafrel to Make Special Appearance at Cafaeyen  IOI City Mall Putrajaya (1)
 
Cafaeyen+ serves a true taste of classic authentic Thai street food that will treat the taste buds of anyone that enjoys local Thai delights. Hailing from Bangkok, Cafaeyen+ serves Thai coffees and teas alongside their spread of Thai rice, noodles, and soup dishes. Chow down on classic favorites like the pad Thai, tom yum, or sample their range of drinks like the cha-o, ruby soda, or their signature Cafae coffee milk drink.
 
Aeril Zafrel to Make Special Appearance at Cafaeyen  IOI City Mall Putrajaya (3)Aeril Zafrel to Make Special Appearance at Cafaeyen  IOI City Mall Putrajaya (4)Aeril Zafrel to Make Special Appearance at Cafaeyen  IOI City Mall Putrajaya (5)
 
Aeril Zafrel, whose real name is Suhairil Sunari, has been a household name since his first appearance in the drama “Permata Hati Mama” in 2006. He is also best known in movies such as “”Budak Pailang”, “Aku Tak Bodoh”, “Cinta Kura-Kura”, “7 Petala Cinta” and “CCTV”. This talented Johorean actor will make his directorial debut in a thriller movie, tentatively to be released in the middle of 2017.
 
IMG-20170121-WA0001
 
To stand a chance to get up-close with Aeril, all you have to do is to follow these three simple steps:
  • Spend a minimum of RM100 in a single receipt in Cafaeyen+ IOI City Mall Putrajaya from today onwards till 4th March 2017;
  • Bring the purchase receipt to Cafaeyen+ IOI City Mall Putrajaya on 4th March 2017 before 3.00pm;
  • The 30 lucky customers whose purchase receipts are drawn by Aeril will have a photo opportunity with him.

For more details, visit Cafaeyen+ Facebook page, Instagram or call 03-8953 0979.

Sebab-Sebab LUKA CAESAREAN BOLEH TERBUKA!

$
0
0
SEBAB-SEBAB LUKA CAESAREAN BOLEH TERBUKA
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Topik ni memang menarik! Sebab… Farah sendiri pernah melihat insiden luka caesarean jiran lama Farah sewaktu menetap di AU3, Keramat. Sewaktu tu Farah sedang belajar di Sekolah Menengah. Jika dikenang-kenang kembali memang seriau oooo! Nak nak lagi awak sendiri pun melalui kaedah bersalin secara caesarean kan? Mau tidaknya jadi concern sangat dengan topik ni? Muahahaha… Open-mouthed smile. Haruslah kena ambil tahu kan? Kebetulan pula Farah terbaca artikel yang berkaitan… terus laju jer nak memanjangkan maklumat kepada anda-anda-anda semua yang sudi nak singgah dan meluangkan masa membaca entri Farah di Bubblynotes.Com. Agak-agak andalah ya… apakah sebab-sebab luka caesarean boleh terbuka?

Berdasarkan informasi yang Farah dapati dari artikel yang dimuatnaikkan melalui pautan di SINI, kebiasaannya luka pembedahan caesarean akan sembuh dalam masa seminggu apabila kulit pada bahagian luar bercantum. Walaupun sudah bercantum, ia masih berpotensi untuk meretas sekiranya tidak dijaga dengan baik. Sekarang ni pakai klip lah… apa lah… Macam Farah dulu lagilah… pakai spray jer yang Farah ingat… sejukkk jer rasa spray tu ok? Open-mouthed smile. Saja nak exaggerate lebih kan? Tapi betullah! Ini berdasarkan pengalaman sendiri tau. Luka pembedahan terbuka semula adalah sesuatu yang amat ditakuti ibu-ibu yang melahirkan secara caesarean kerana ianya tentu-tentulah menyakitkan dan mendedahkannya kepada jangkitan kuman. Yang buat Farah tambah seriau adalah bila mana gynae Farah pesan, kalau luka pembedahan caesarean tu terbuka, nak klip ke? spray ke? Tak ada pakai bius ya? Hang tanggunglah waktu tu…. Crying face Huwaaa, ngeri oiii, jika dibayang-bayangkan…ngilu pun hado.

Kes jahitan pembedahan caesarean meretas semula tidak banyak berlaku. Nisbah kes adalah kira-kira 1:100 dalam kelahiran caesarean. Namun, bagi ibu yang pernah melahirkan secara pembedahan caesarean risiko luka pembedahan meretas adalah tinggi. Lazimnya jahitan pada luka pembedahan caesarean terbuka semula akibat pelbagai faktor. Ambil perhatian ya dan tingkatkan cara penjagaan. Apabila luka pembedahan sembuh segera tanpa jangkitan, risiko untuknya terbuka semula dapat dikurangkan. Antara faktor yang meningkatkan risiko jahitan luka pembedahan caesarean terbuka semula adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

1. Jangkitan kuman pada dalam luka. Ia selalunya disebabkan oleh kuman yang berasal dari kulit kita sendiri atau dipanggil komensal. Risiko infeksi luka pembedahan yang disebabkan oleh komensal ialah 1%.

2. Pembedahan caesarean yang dilakukan secara kecemasan (ELCS).

3. Ibu yang mengalami obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan kerana lipatan kulit yang menyebabkan kawasan luka sentiasa lembap atau berpeluh menjadi media yang sesuai untuk pembiakan kuman.

4.Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kekurangan oksigen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan.

5.Kurang mengamalkan kebersihan diri seperti tidak mandi selepas pembedahan dan tidak membersihkan kulit sekitar luka pembedahan. Ini menyebabkan bahagian luka berpeluh dan berdaki.
 
6.Pemakanan berpantang yang terlalu ketat tanpa mengambil makanan seimbang selepas pembedahan dengan hanya makan nasi dan ikan tanpa sayur dan buah-buahan.
 
7.Kurang minum air selepas bersalin semasa berpantang menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.
 
8.Pergerakan melibatkan regangan seperti menjemur pakaian atau pergerakan yang meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti meneran yang kuat bila sembelit, mengangkat barang berat dan batuk yang lama.
 
9.Tindakan menyapu atau meletakkan minyak di atas luka pembedahan. Minyak tersebut  boleh menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria.
 
Macam kes jiran Farah dulu tu, tak boleh buat apa dah, terpaksa telefon ambulans untuk datang ambil dan bawa ke hospital. Awas, sekiranya anda mendapati luka pembedahan anda meretas atau terbuka semula! Sesegera mungkin dapatkan rawatan di hospital (sebaik-baiknya adalah di hospital di mana anda dibedah) atau klinik berhampiran.

Psssttt.... Nak Review MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER Ni!

$
0
0

Sakannn... nak review MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER yang Farah dapat sebagai goodies dari majlis pelancaran Influence Asia 2017 Official Launch Event semalam... 🙆. Iyalah, belum pernah cuba lagi bedak ni sebelum ni... Muahahaha... 🙌 Ni baru nak merasa ni noksss... Alhamdulillah rezeki jangan ditolak! Terima kasih pihak penganjur dan penaja untuk goodies yang Farah suka ni! Cerita tentang majlis pelancaran tu, nanti Farah kongsi di dalam entri yang lain ya? 😉. 

Dipendekkan cerita...pagi semalam pun mencubalah nak tenyeh atau tempek MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER yang baru dapat tu kan? 


Ini adalah wajah tak siap pagi tadi, sebelum tempek apa-apa. Sila abaikan kulit yang menggelupas akibat sibuk dok tonyoh hidung yang selesema tu. Tonyoh punya kuat sebab tu sampai menggelupas. Muahahaha... 😂


Dengan penuh berhati-hati dan keterujaan... Farah oleskan secara perlahan-lahan ke muka. Tadah muka sendiri untuk sendiri touch up. Bolehlah kan? Ihikss... 😅. 


Sikit lagi, sikit lagi...ni nak habis dah ni touch up ni... 


Tadaaa... inilah hasilnya... tanpa sebarang filter mahupun editing. Cuma lighting sahaja... Yang lain semua asli ok? 


Suka-suka-suka! Kim Kardashian pun suka sangat dengan MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER ni tau! Secara asasnya, MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER adalah bedak yang berbentuk serbuk yang berdefinisi tinggi di mana ianya memberikan kulit kemasan semula. Dia macam tak terlalu matte dan juga tidak membuatkan kulit wajah kelihatan berminyak. Macam tengah-tengah. Faham tak? Apa yang Farah cuba sampaikan? Hu hu hu...

Lepas sehari suntuk Farah mengaplikasi MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER ni, sebagai seorang yang kerap berpeluh dan ada masa-masa kulit muka menjadi kelihatan seperti berminyak... Farah nak komen satu jer!  Perfect! MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER ini diperbuat daripada 100% silika-mineral yang telah disaring dan ia menutupi hampir semua ketidaksempurnaan seperti garis-garis halus dan of course kelihatan sangat flawless. Sangat ok! Sangat! Jujur ni... Tak perlu lagi dah nak guna aplikasi Camera 360 mahupun yang lain-lain yang berkaitan. Boleh terus selfie dan terus muatnaik jer gambar selfie anda. Complexion kulit tu boleh nampak sangat cantik dan rasa velvety soft. 

Selesa! Cantik! Ringan! Tak perlu pakai bedak banyak-banyak... Just a light one will do! Kalau habis nak beli ke? Macam nak...Muahahaha... 😅 Tapi tengoklah kemampuan poket macam mana kan pada waktu tu... Hu hu hu... Kalau ada rezeki apa salahnya kan?

INFLUENCE ASIA 2017 Official Launch Event

$
0
0
INFLUENCE ASIA 2017 OFFICIAL LAUNCH EVENT (3)

4 Mac 2017 (Rabu) – Mohon cuti setengah hari disebabkan ingin turut serta meraikan kesemua Top 15 Nominees bagi setiap kategori yang telah ditetapkan. Meraikan calon-calon tu termasuklah meraikan diri sendiri… Muahahaha… Open-mouthed smile… Haippp! High five… gelak ni bukan sebab nak riak ke apa, gelak ni sebab nak berkongsi kegembiraan bersama anda semua. Tak terlintas pun di sudut hati ni nak rasa bangga sampai bongkak dan sampai rasa macam diri ni dah best sangat! Siapalah awak ni kan? Sedar diri yang diri ini cuma blogger ikan bilis sahaja… Bukannya blogger ternama mahupun terkenal mahupun retis mahupun layak digelar otai… Ilmu di dada ni masih cetek lagi oiii! Banyak lagi nak kena perbaiki dan banyak lagi yang nak kena belajar… Mujurlah boss bermurah hati nak luluskan cuti tahunan bagi tahun 2016 yang masih berbaki sebanyak 3 hari setengah tu. Merasalah untuk turut serta di Influence Asia 2017 Official Launch Event.

Farah pernah kongsikan mengenai Influence Asia 2017 ni tidak berapa lama dulu di entri yang Farah muatnaik di SINI. Jadi tak perlulah Farah nak cerita berulang kali tentang apakah Influence Asia 2017 ni pada anda semua kan? Sesekali berpeluang menyertai acara sebegini seronok juga…nak nak lagi bila diri sendiri pun terlibat secara tidak langsung dengan acara yang diraikan pada hari tersebut. Perasaan? Macam Farah katakan… tak adalah nak rasa bangga melangit ataupun bongkak sombong… Siapalah Farah ni kan? Tapi syukur Alhamdulillah sebab ada juga yang sudi menamakan Farah sebagai calon bagi anugerah berprestij bagi para blogger serantau Asia ni. Macam tak percaya pun ada sebenarnya… Hu hu hu…

Farah tiba di lokasi majlis pada lebih kurang jam 4.30 petang. Selepas mendaftarkan diri, terima goodies bag dari pihak penganjur… pandai-pandailah bawa diri sendiri ok? Farah hadir tanpa berteman… Crying face sobsss…Ha ha ha… Open-mouthed smile drama kan? Pada peringkat permulaan ingatkan nak minta suami temankan tapi disebabkan dia sibuk dengan urusan kerja, Farah pun faham dan tidak mahu mengganggu. Orang penting Air Selangor Sdn. Bhd. macam tulah kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sebenarnya jauh di sudut hati memang lagi gembira dan happening rasanya kalau suami turut sama ada di sisi untuk meraikan bersama. Tapi tak apalah… Faham tanggungjawab kerja dia… Lagipun dia dah ucapkan tahniah kepada isteri ini di atas kerja keras dan usaha tanpa mengenal putus asa ni. Dia taulah bagaimana tak tidur malam sebab dia selalu marah Farah tidur lewat disebabkan nak menghadap blog. Bukan apa…dia cuma nak Farah jaga kesihatan Farah jer… Farah faham juga tu niat murni di hati dia tu… Terima kasih Abang! Dalam masa yang sama, sebenarnya nak terima kasih pada dia juga sebab dia adalah penyokong dan tak pernah melarang Farah aktif berblog asalkan Farah tahu nak imbangkan kehidupan, kerja, tanggungjawab dan sebagainya yang berkaitan.

Alamak! Surprised smile terpanjang pula bab suami ni… Ya ampunnn… Alaaa… tapi tak apa kan? Bukan selalu… sesekali bercerita…lagipun jarang sangat Farah menyentuh mengenai Encik Suami di dalam Bubblynotes.Com.  Ok ok… sebelum majlis berlangsung, Farah sempatlah menggedik di photobooth ambil gambar kenang-kenangan bagi majlis ini… Selepas tu, Farah minta pertolongan PR untuk ambilkan gambar yang anda dapat lihat di atas. Bila datang seorang diri, walaupun tak jumpa geng-geng seteru, janganlah nampak sangat lost kan? Muahahaha… Open-mouthed smile…Farah kena pandai-pandailah bawa diri dan mingle around. Kena rajin juga untuk mohon bantuan PR untuk ambilkan gambar Farah. Tak ada salahnya di situ.

Bila dah selesai dua benda ni… Farah terus tuju ke ice-cream parlour… Beratur nak makan aiskrim Magnum punya pasal… Aiskrim kan? Tak sedar yang hidung tu dah macam air paip yang meleleh sibuk juga nak makan aiskrim. Gila tak nak! Lihatlah saja semua dressing yang disediakan…

INFLUENCE ASIA 2017 OFFICIAL LAUNCH EVENT (10)

Memang menggugat jiwa betul! Ini kalau Firash tau ni… muahahaha… Open-mouthed smile mesti cemburu tak ingat dia ni… Yeayyy…. Mommy dapat makan aiskrim Firash! Jangan cemburu ok? Smile with tongue out… Boleh customized sendiri aiskrim Magnum. Memanglah bukan setakat di acara ini sahaja boleh makan customized Magnum ice-cream…. Butik aiskrim Magnum kan ada di merata-rata pusat membeli-belah terkenal…. Boleh jer nak pergi bila-bila masa… Tapi sajalah… seronok!

INFLUENCE ASIA 2017 OFFICIAL LAUNCH EVENT (5)

INFLUENCE ASIA 2017 OFFICIAL LAUNCH EVENT (6)

Kalau dah macam ni rupa gayanya, mau tak drooling dan craving?. Haruslah nak sibuk sama beratur dapatkan aiskrim.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1488565129646","width":1098,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":1098,"subsource":"done_button","total_editor_time":13,"brushes_used":0}

Selesai dengan aiskrim Farah tu… Farah pun bawalah diri masuk ke dalam lokasi majlis akan dilangsungkan. Yes I feel small sebab yang hadir semuanya influencer yang ternama dan terkenal dan memang ramai kenal. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi chill-lah kan? Ambil peluang ini sebagai stepping stone untuk berkenal-kenalan dengan mereka. Mingle around jer… yang penting! Pointing up muka kasi ada manis dan murahkan senyuman. Tak perlu buat tak pandang orang ataupun nak kekwat sebab rasa diri dah best sangat sebab tercalon sebagai Top 15 Nominees for Parenting Category. Betul tak? Farah tetap Farah… macam tulah karakter Farah… portray happy go lucky all the time walaupun masa tu ada satu masalah besar yang ada dalam kepala. Ha ha ha… Open-mouthed smile…Masalah tu tetap masalah, tetapi takkan sampai Farah nak rosakkan majlis orang dengan moody Farah pula. Nak nangis ke, nak menjerit ke, nak cari bahu untuk bersandar ke, itu semua buat kemudian atau buat sendiri di tepi bucu katil tanpa orang tahu. Yang penting… bila dah berada di khalayak ramai… Cuba jadi steadyeventhough mungkin ada yang akan kata Farah hipokrit sebab sembunyikan kesedihan atau kerungsingan hati. Kannn?

INFLUENCE ASIA 2017 OFFICIAL LAUNCH EVENT (7)

Majlis ni ringkas jer sebenarnya. Tak adalah heavy mana pun… Pada peringkat permulaan, pihak pengacara majlis mengumumkan kesemua Top 15 Nominees bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Setiap nama-nama yang tercalon akan dipaparkan di skrin khas yang sememangnya terdapat di lokasi acara.

INFLUENCE ASIA 2017 OFFICIAL LAUNCH EVENT (11)

Jujurlah Farah cakap dari lubuk hati paling dalam ya? Perasaan tu bila nampak nama sendiri tersenarai sebagai Top 15 Nominees for Parenting Category for Malaysia… Mak rasa berbaur-baur noksss…. Rasa mata ni macam berkaca-kaca sebab terharu pun ya! Perasaan tu ada rasa tidak menjangka, terkejut dan rasa inilah pencapaian terbesar Farah sebagai blogger sepanjang berblog. Rasa mata tu berkaca-kaca sebab tersenarai di antara nama-nama besar dan hebat di dalam niche parenting pun ya juga! Gila tak rasa macam tu bila tersenarai di kalangan nama-nama seperti yang tertera di dalam gambar di atas tu? Untuk lebih jelas, di dalam kategori yang Farah telah dicalonkan adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

INFLUENCE ASIA 2017 OFFICIAL LAUNCH EVENT (12)

Farah? Nak dibandingkan dengan Audrey Ooi, Belinda Chee, Careen Tan, Cheesie, Emma Shazleen Ali, Jenny Chin, Kimberly Low, Maria Elena, Michelle Ooi, Namee Roslan, Kak Red, Shaine, Timothy Tiah dan Yuyu Zulaikha? Ohoiii… memang macam langit dan bumi oiii… Farah ni blogger ikan bilis jer… Diulangi… blogger ikan bilis… Memang Farah sendiri sungguh-sungguh label diri Farah sebagai blogger ikan bilis. Bukan sebab acah-acah nak merendah diri ya? Apa pun…syukur Alhamdulillah kerana telah dicalonkan… Ini pun dah cukup bagus dah bagi Farah sebenarnya… Farah pun tak adalah mengharap supaya tersenarai sebagai Top 4 Finalists for Parenting Category sebab Farah tahu di mana kayu pengukur Farah jika nak dibandingkan dengan mereka yang sememangnya ternama serta terkenal. Jadi tak wujud isu yang Farah ni kekwat atau perasan bagus ya? Winking smile.

Setelah mengumumkan kesemua Top 15 Nominees bagi semua kategori, pihak pengacara majlis mengumumkan pula Top 4 Finalists bagi semua kategori yang telah terpilih. Tahniah diucapkan kepada semua Top 4 Finalists bagi semua kategori yang dipertandingkan. Farah tumpang gembira untuk anda semua.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1488565586344","width":733,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":733,"subsource":"done_button","total_editor_time":12,"brushes_used":0}
Kredit: Gushcloud Malaysia

Inilah barisan kesemua Top Influencer Asia 2017 yang telah tercalon… Uhuksss adalah terselit diri sendiri di situ kan? Alhamdulillah… Syukran Ya Allah… Nampak tak? Mereka semua hebat-hebat belaka! Terima kasih kepada pihak Gushcloud Malaysia! Smile. In Shaa Allah, Farah akan jadikan pencalonan ini sebagai satu pemangkin untuk Farah terus berkarya secara maya yang dapat memberi manfaat kepada semua… Ini sebenarnya motivasi juga ni bagi Farah untuk tak patah semangat dan terus berblog ni… Walaupun tak tersenarai sebagai Top 4 Finalists for Parenting Category… Top 15 Nominees for Parenting Category tu pun dah satu anugerah yang besar bagi Farah dah tu… Serius! Buat semua sama ada terpilih atau tidak terpilih… tahniah diucapkan kepada anda juga dan sama-samalah kita menjadikan ini sebagai penyuntik semangat kita dan sama-sama kita sebagai blogger, sebagai influencer creating tomorrow’s positive influence.

*Perjalanan Bubblynotes.Com nampaknya masih panjang lagi dan In Shaa Allah akan diteruskan bukan kerana nama, populariti ataupun anugerah tetapi kerana minat! Winking smile. Semoga hati ini terus ikhlas… In Shaa Allah…Amin.

Minum Teh Dan Makan Bersama AERIL ZAFREL Di CAFAEYEN, IOI City Mall, Putrajaya

$
0
0
MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (2)

Memandangkan mata masih lagi segar bugar dan tidak ada tanda-tanda untuk melelapkan mata dan hanyut di alam mimpi, mehlah sini… Farah nak membebel “sekejap” tentang minum teh dan makan bersama Aeril Zafrel di CAFAEYEN, IOI City Mall, Putrajaya petang Sabtu semalam. Walaupun ramai yang dah lena dan sedap tarik selimut, tapi tak kisahlah… cerita tetap cerita… kalau tak ada yang membaca sekarang, mungkin esok lusa ada yang membaca ya tak?  Smile with tongue out

Sebenarnya entri ini adalah entri kesinambungan dari entri Farah yang lepas di SINI. Hari tu Farah mengajak awak, awak dan awak… hari ni Farah nak bercerita apa kisahnya sepetang di CAFAEYEN, IOI City Mall, Putrajaya… Sajaaa… kongsi-kongsi cerita dengan anda… Boleh kan?

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (12)

Sepertimana yang telah dijadualkan oleh pihak penganjur, tepat pukul 3.00 petang, kami sekeluarga dah berlegar di dalam IOI City Mall, Putrajaya. Berlegar sebab mencari di manakah lokasi CAFAEYEN ni di dalam IOI City Mall, Putrajaya. Al-maklumlah, Farah ni tinggal nun jauh dari IOI City Mall, Putrajaya. Masuk kali ni baru kali kedua Farah jejakkan kaki ke IOI City Mall, Putrajaya rasanya. Muahahaha… Open-mouthed smile… Ehhh…entah…Ke kali ketiga sebenarnya? Rasanya macam pernah jejak… Mungkin dejavu lah tu kot? Untuk apa? Untuk acara kemunculan istimewa Aeril Zafrel di CAFAEYEN lah! Kalau dah sebut acara tu, itu bermaksud, Farah memenuhi undangan atau jemputan dari pihak PR lah kan? Kalau saja-saja tu, tak taulah pula.

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (3)

Tak lama selepas kami sampai, sedang-sedang elok Aeril Zafrel pun sampai… Kemunculan istimewa Aeril Zafrel adalah bagi sesi bersama peminatlah motifnya dan juga bagi mempromosikan CAFAEYEN yang beroperasi di IOI City Mall, Putrajaya. Psssttt…peminat-peminat Aeril Zafrel ada yang nak tanya bagaimana Aeril Zafrel di hadapan mata berbanding di kaca televisyen atau layar perak ke? He he he… Open-mouthed smile…. Senang jer jawapannya… Macam mana anda lihat di kaca televisyen atau layar perak, macam tulah dia secara berdepan. Simple!

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (4)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (5)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (6)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (7)

Crowd? Memang toksah cakaplah… Open-mouthed smile…. Bila selebriti turun padang, kau faham-faham jerlah… Memang berkerumun jerlah manusia di CAFAEYEN tu. Sangat sesak! Sangat sangat sangat sesak! Semua yang meminati Aeril Zafrel memang berpusu-pusu menerjah CAFAEYEN. Sehinggakan, terpaksalah mengalah kannn? Muahahaha… Open-mouthed smile… Walaupun Farah turun padang sebagai blogger, perlu buat kerja… Tapi, berilah laluan kepada para peminat Aeril Zafrel. Lagipun, bukan pertama kali berdepan dengan selebriti… Bukan nak riak ya? Cumanya, Farah pernah terlibat di dalam bidang pengurusan acara dan pernah berurusan dengan agak ramai selebriti juga… Jadi, tak adalah rasa nak berebut-rebut bila berhadapan dengan selebriti. Ngeh ngeh ngeh… Chill sudah… Lagipun kena dok sedar diri sebab awak tu mak budak, bawa budak kecil.. nanti sibuk sama mengejar Aeril Zafrel… dah tak pasal-pasal nanti timbul pula isu lain… Hishhh…minta simpang…

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (15)

Bagilah ruang dan peluang kepada public untuk mengerumuni Aeril Zafrel dan membeli signature tea khas yang served by Aeril Zafrel. Bagi mereka ruang dan peluang untuk beramah mesra dengan Aeril Zafrel dan juga selfie sebarang satu dua. Kannn? Sementara tu? Sementara tu, we just enjoy the evening in our own ways… Lagipun nak duduk dalam CAFAEYEN dan pesan makanan (walaupun pada waktu dan ketika itu memang perut lapar berkeriut…ramai sangat manusia yang ambush…)… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tak mengapalah, bagilah keadaan reda sedikit ya tak?

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (8)

Biar crowd dapatkan signature tea seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar di atas dan sementara itu? Kami?

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (17)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (13)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (10)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (14)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (18)

Orang sibuk bersesak-sesak nak kejarkan Aeril Zafrel, kami pula sibuk bergambar ikut suka hati kami di hadapan CAFAEYEN di kawasan yang agak kurang sesak. Bila turun padang untuk acara-acara sebegini yang melibatkan kerja-kerja Farah sebagai blogger, adalah penting juga bagi Farah seorang mommy blogger untuk mempertimbangkan keselesaan anak bujang Farah ni haaa… Iman Firash bukan boleh tempat yang crowded sangat. Dia tak suka dan dia akan mudah tantrum…. Sebelum dia tantrum… elok sangatlah Farah selesakan dia…

Tapi kannn? Sempat jugalah mencelah ber-selfie dengan Aeril Zafrel… Kenang-kenangan…

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (9)


Posisi kena betul wehhh! Seorang isteri seseorang, seorang lagi suami seseorang… Ha ha ha… Winking smile. Apabila crowd sudah mula tenang dan bersurai dan Aeril Zafrel pun dah nak berangkat pulang… Barulah kami sekeluarga masuk ke dalam CAFAEYEN kerana baru ada meja kosong. Masa ni, barulah boleh nak pesan makanan ke? minuman ke? dengan keadaan yang lebih tenang dan tidak bersesak-sesak….

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (11)

Perkara pertama adalah air please air… Dahaga kakak tau? Al-maklumlah anak seorang yang aktif… Muahahaha… Open-mouthed smile… Dahlah berdiri lama tak duduk-duduk… Memanglah… jawabnya air yang dicari terlebih dahulu…. Pesanan kami adalah CHA-O-LEMON (COLD) – Harga RM 8.90 dan juga ROSELLE WATER ICE – Harga RM 5.90. Adoiii leganya dapat basahkan tekak sementara menanti makanan yang dipesan sampai. Iman Firash pula, sibuklah dengan hal dia, dapat ice water kan? Memang sukalah dia… Minum, main air…

Ha now, bila makanan dah sampai, barulah kita tiba ke bahagian makanan yang ditawarkan di CAFAEYEN… Farah kongsi serba-sedikit menu yang kami pesan semalam ya?

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (19)
Harga: RM 14.90

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (20)
Harga: RM 14.90

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (21)
Harga: RM 38.90

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (1)
Harga: RM 10.90

Lawannya tentulah NASI PUTIH ya tak? NASI PUTIH semangkuk adalah RM 2.00. Portion pula adalah di dalam bentuk hidangan untuk 2 orang atau lebih. Tak ada masalah nak kongsi hidangan ke apa. Percayalah apa yang Farah beritahu ni… pasti kenyang! Dijamin kenyang! Tapi kalau tak kenyang bagi anda tu… Nampaknya kena pesan lebih sedikitlah kan?

Pertama kali merasa… memang Farah dapat rasakan mereka di CAFAEYEN sememangnya adalah pakar masakan asli Thailand… Bila masuk jer ke dalam mulut, memang betul-betul mengimbau kenangan di Thailand dulu oiiii… Bilalah nak bercuti di Thailand lagi agaknya ek? Ehhh… tersimpang pula cerita. Memang licin! Total damage for the day adalah RM 112.60 bagi hidangan sebegini. Tapi kenyangnya memang berbaloi. Terus masuk dalam senarai restoran yang boleh singgah lagi kalau turun ke IOI City Mall, Putrajaya pada masa akan datang. Amboiii…bunyi macam nak berlegar-legar dalam tu lagi jer dengan Iman Firash? Wakakakaka… Open-mouthed smile

Alhamdulillah…akhirnya kenyang… Sewaktu menaip entri ni, tiba-tiba bila tengok gambar makanan, terasa lapar kembali. Rasa masakan hidangan di CAFAEYEN ni, tak nak tipulah kan? Tapi memang benar-benar memukau derrr! Terasa-rasa pula dalam mulut ni keenakkan hidangan CAFAEYEN.

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (16)

Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati… Dah selesai menghabiskan hidangan yang dipesan… Makanya, kita pun beransurlah pulang… Ngeee… Open-mouthed smile… Komen ringkas? Puas hati makan di CAFAEYEN. Kalau anda ke IOI City Mall, Putrajaya jangan lupa singgah ke CAFAEYEN tau! Anda harus cuba sebab masakan CAFAEYEN marvellous. Hua hua hua… Terima kasih daun keladi kepada pihak PR kerana telah sudi menjemput Farah sekeluarga ke acara ini.

Rating: Star Star Star Star

Perkembangan BULAN KEDUA Sebagai PRESCHOOLER

$
0
0
PERKEMBANGAN BULAN KEDUA SEBAGAI PRESCHOOLER

So here we go again on the preschool journey of my little preschooler… 4 Mac 2017 – genap dua bulan dah dia bersekolah tadika. Bulan pertama lain kisahnya, bulan kedua pula lain kisahnya ya tak? Anak-anak di dalam fasa perkembangan dan giat berekplorasi dan neuron otak sedang aktif bekerja, pastilah ada cerita-cerita tambahan terkini mengenai mereka ya tak? Inilah yang nak ‘membebel’ ni tentang perkembangan bulan kedua sebagai preschooler. Satu persatu ni nak ceritakan di dalam sub-sub tajuk yang tertentu.

So Attached Kepada Teacher N


{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1488571951938","width":718,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":745,"subsource":"done_button","total_editor_time":12,"brushes_used":0}

Buah hati pengarang jantung di tadika. Setiap pagi! Setiap pagi bila kereta memasuki perkarangan parkir tadika, leher tu terjenguk-jenguk panjang mencari Teacher N! Dah macam leher zirafah dah Mommy tengok! Wakakaka… Open-mouthed smile Soalan yang keluar dari mulut comel itu… Teacherrr? Teacher lain tak pula dicarinya, walhal ramai jer teacher lain kan? Teacher N juga yang dia dambakan. Al-kisahnya ada satu hari tu, Teacher N ada urusan di luar pada waktu pagi. Sewaktu Teacher N muncul jer di tadika, terus dia berlari mendapatkan Teacher N… Serasi bersama kata kau! Kannn?

Aktiviti Membuat Sandwich


PERKEMBANGAN BULAN KEDUA SEBAGAI PRESCHOOLER 3

Yang ini sebenarnya dah cerita di dalam entri Manfaat Dunia Kulinari Buat Anak Kecil… sebelum ini. Bulan Februari Iman Firash belajar cara-cara membuat sandwich. Baguslah tu kan? Lepas ni Mommy sudah ada little kitchen helper lah kan? Ihiksss Open-mouthed smile…. Pertama kalilah juga merasa sibuk dan gigih sediakan bahan-bahan untuk aktiviti anak di tadika. Apa yang Atuk dan Nek Ma rasa dulu, sekarang Mommy pula rasa kan? Dunia ni kan berputar?

Aktiviti Menulis 


{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1488393334973","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":865,"subsource":"done_button","total_editor_time":9,"brushes_used":0}

Bila melihatkan dia mahu memegang pensel sebegini, dan dia sedang belajar menulis secara asas – Basic Writing Series 1… Alhamdulillah, syukur Ya Allah… Walaupun it is just a small but still it is an achievement kan? Walaupun memerlukan guide dengan keperluan untuk memegang tangan dia… it is still an achievement kan?

PERKEMBANGAN IMAN FIRASH SEBAGAI PRESCHOOLER 6

Hasil kerja di tadika! Ada juga star Star dia ya? Alhamdulillah… Terima kasih teacher kerana sudi memberi star Star untuk menggembirakan hati si kecil Mommy ini. Siap ada kerja rumah lagi tau! Ngeee… Open-mouthed smile

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1488394161945","sources":[],"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"width":2508,"origin":"collage","height":3343,"subsource":"done_button","total_editor_time":10,"brushes_used":0}

Alhamdulillah… dia mahu menyelesaikan kerja rumah yang telah diberikan oleh teacher tanpa menimbulkan sebarang masalah. Smile.

Pemakaian Pakaian Seragam


PERKEMBANGAN BULAN KEDUA SEBAGAI PRESCHOOLER 8

Sangat suka bermain dengan warna air menurut teacher dia. Setakat ini, kesan garisan pensel warna, pensel atau pen tu tidaklah seteruk mana pada pakaian. Cuma ada kesan tompokan terkena warna air sedikit pada salah satu pakaian seragam. Dari segi kesegakan dan kekemasan tu, masih ok lagi… Macam mana dia pergi, macam tulah dia sewaktu balik. Dah namanya mat smart…yang sentiasa teliti dengan penampilan…. Macam tulah gayanya… Hi hi hi… Open-mouthed smile… Oklah tu…

Tidur Mesti Kena Cukup

PERKEMBANGAN BULAN KEDUA SEBAGAI PRESCHOOLER 9

Apa jua cara sekalipun, tidur mesti kena cukup! Tidak boleh tidak! Kalau tidak memang amukan atau lebih dikenali sebagai tantrum akan berlaku. Ini masih sama seperti cerita di bulan pertama. Alhamdulillah dia tiada masalah untuk bangun pagi dan cuma kadang-kala ada windy part bila tiba masa untuk mandi awal pagi.

Tantrum Month – Menggigit, Baling Barang, Pukul-Pukul Dan Menendang


{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1487779884164","width":2508,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":3344,"subsource":"done_button","total_editor_time":20,"brushes_used":0}

Ini memang sangat mencabar oiii! Bukan setakat mencabar ketenangan jiwa Mommy dan nenek…tetapi juga mampu mencabar teacher ni. Adoillahhh anak… dua minggu terakhir di bulan Februari, dia buat hal sikit… Biasalah anak-anak ada pasang surutnya kan? But I think I could guess why he is so stress… Harapnya sekarang ni dah ok lah kan? Cuma tinggal berbaki sedikit jer lagi… Dari pemantauan nampak gayanya dia sudah mula tenang sejak petang semalam! Nampak senang hati dan gembira di hati…. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Moga-moga selepas ni tak adalah Mommy dengar dan lihat di rumah dia tantrum sampai macam tu sekali ya? In Shaa Allah, Mommy faham dan Mommy cuba untuk memberikan sokongan serta menyelesaikan tekanan tu… Hakikatnya tak susah pun nak selesaikan tekanan tu… Ada caranya… Selepas ni Mommy doa banyak-banyak jangan datang hamuk dan hangin tu lagi ya?

Menguasai Numbers 1 – 29


PERKEMBANGAN BULAN KEDUA SEBAGAI PRESCHOOLER 11

Alhamdulillah…walaupun di tadika semua murid di kelas 4 tahun diajar dan diperkenalkan dengan nombor di dalam range nombor 1 sehingga 10, nampaknya dia sudah mula untuk menguasai nombor 1 sehingga 29. Dia sudah boleh membaca dengan sendiri nombor 1 sehingga 29 tanpa perlu disuruh. Dia sendiri ambil inisiatif untuk mengenali semua nombor-nombor tersebut dan dia lakukan dengan cara dia tersendiri. Mommy guide juga… Guide apabila dia seolah-olah tersangkut sedikit…Kadang-kadang bukan dia tersangkut pun, sengaja dia tanyakan kembali kepada kita.

Suka Berzikir


Sangat-sangat suka berzikir…Bila naik kereta jer, minta pasangkan cakera padat alunan zikir… Alhamdulillah, syukran Ya Allah…Semoga terus-terusan sehingga bila-bila bibir comel dan mungil itu tak kering dari zikir. Sejuk perut Mommy tiba-tiba tau! Send a kiss

Mommy Masak Untuk Pot Luck Tadika


{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1488728054250","width":2539,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":2539,"subsource":"done_button","total_editor_time":8,"brushes_used":0}

Ada sambutan hari lahir yang berlangsung bagi murid-murid yang lahir di bulan Januari dan Februari. Semua ibu bapa digalakkan bersedekah makanan selain dari junk food untuk majlis tersebut. Kali pertama ni…kali pertama masak untuk hantar ke tadika. Alhamdulillah… Selamat dah pun…. Buat yang ringkas sahaja… Carbonara… yang paling ringkas yang paling mudah… Alhamdulillah dipermudahkan juga urusan tersebut.

Berhenti Menaiki Van Sekolah

PERKEMBANGAN BULAN KEDUA SEBAGAI PRESCHOOLER 12

Sebulan jer! Selepas itu dah berhenti menaiki Van Sekolah… Sekejap jer… Sekarang ni sudah ada arrangement khas lain untuk Iman Firash… Adalah sebab musababnya kenapa dan rasanya tidak perlulah dijelaskan secara terperinci… Bukan menghentikan anak untuk menjadi independent…Masih lagi dalam proses latihan untuk menjadikan dia independent…Alhamdulillah… Segalanya masih berjalan lancar…

Haaaa…rasanya tu jerlah kot yang boleh Farah ingat-ingat apa yang berlaku sepanjang Februari 2017 ni. Send a kiss… 11 Mac 2017 nanti ada Parents Meet… untuk perkembangan suku pertama di tahun 2017… In Shaa Allah… Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar…. Moga-moga anak manja Mommy terus istiqomah untuk menuntut ilmu dan terus berkembang dengan baik dan positif. Sikit-sikit tu adatlah… Anak kecil… Masih meniti lagi untuk kehidupan di alam pendidikan. Yang penting Farah tak pernah nak paksa dia, kerana Farah kenal sikap dan juga sifat dia… Untuk cerita perkembangan yang seterusnya…. nanti bakal bersambung pada entri rumusan untuk perkembangan bulan ketiga sebagai preschooler…

*Dah jadi macam those days yang Farah selalu berkongsi perkembangan semasa dia sedari waktu lahir pula dah kisah dia sebagai preschooler ni… He he he…. Mestilah… moments kan?

Cara CUCI KERAK KEPALA BAYI Baru Lahir

$
0
0
CARA CUCI KERAK KEPALA BAYI BARU LAHIR

Cara cuci kerak kepala bayi baru lahir… Tiba-tiba terimbau pula sewaktu kelahiran cahaya mati sulung dan pertama Farah… Sewaktu tu, memang ambil masa setelah beberapa hari juga untuk mencukur kepala dia agar botak dan tumbuh rambut baru… Smile… Masih Farah ingat, jelas kelihatan terdapat kerak kepala dan ianya agak boleh dikatakan banyak juga. Masa mula-mula tu, tak faham, tak tau lagi… Risau juga… Ada yang tak kena ke? Al-maklumlah pengalaman kali pertama katakan… Manalah nak biasa dengan perkara-perkara sebegini… Apa yang berlaku ini adalah masalah cradle cap atau kerak di kepala yang sangat mudah berlaku kepada bayi baru lahir. Kerak di kepala ni keadaannya akan kelihatan seperti kulit mengelupas, kulit kering, kelemumur, kulit menebal, berminyak, kepingan kulit keras berwarna coklat atau kekuningan.

Apa yang Farah nak kongsi adalah, berdasarkan pembacaan terkini Farah melalui artikel yang telah dikongsikan melalui sumber di SINI, kerak di kepala berlaku kerana masih ada lagi kandungan hormon ibu dalam badan bayi. Keadaan ini tidak berbahaya kepada bayi dan ia biasanya berlaku pada beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Walaupun boleh hilang dengan sendirinya tetapi lebih baik sekiranya ibu bersihkan kerak kepala tersebut kerana ia bukan sahaja mengganggu kecomelan dan kebersihan tetapi juga membuatkan bayi gatal dan tidak selesa serta mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.

Sekiranya rambut dan kulit kepala bersih maka masalah kerak kepala sukar akan muncul. Untuk yang baru bergelar ibu, pastikan anda mencuci dengan betul rambut bayi. Jika bayi anda ada tanda-tanda kemunculan kerak kepala, lakukan rawatan seperti yang disyorkan oleh artikel berkenaan seperti yang tertera di bawah: 

1. Gunakan produk khas bagi mengatasi dan mencegah kerak kepala bayi.

2. Sapukan minyak bayi pada kulit kepala yang berkerak sambil urut perlahan-lahan. Biarkan kira-kira semalaman supaya kerak menjadi lembut dan mudah dibersihkan. Sebaiknya lakukan ketika bayi sedang tidur.

3. Sikat rambut bayi menggunakan sikat rambut khas yang halus sambil mengeluarkan kerak kepala yang menggelupas. Lakukan perlahan-lahan dan berhati-hati.

4. Cuci rambut dan kulit kepala bayi dengan syampu khas untuk bayi, bilas bersih dengan air hangat. Bilas sampai bersih.

5. Jika masih ada kerak di kepala, ulang langkah tersebut keesokkan harinya.

Namun hati-hati dengan risiko jangkitan ketika anda melakukan rawatan kerak kepala bayi. Jangan keruk secara paksa kerak di kepala bayi kerana bimbang boleh melukakan kepala seterusnya menyebabkan jangkitan kuman. Jangan kopek kerak kepala yang telah kering apatah lagi dilakukan dengan jari tangan anda kerana boleh melukakan kulit kepala bayi, serta menimbulkan risiko jangkitan.
 
Jika terdapat tanda-tanda jangkitan seperti timbul ruam-ruam merah, bawa bayi berjumpa doktor. Doktor mungkin akan menyarankan anda menggunting rambut di bahagian kulit kepala tersebut, dan memberinya krim antibiotik.
 
Haaaa…. kannn? Sebab tulah kena botak ok? Apa pun… memang akan ambil masa yang lama berdasarkan pengalaman Farah. Tak perlu nak rush sehingga memudaratkan bayi anda… Secara perlahan-lahan selesaikan dan In Shaa Allah…Lama kelamaan akan hilang juga… Smile… Jadi to new parents jangan risau sangat… Cuma lakukan secara konsisten sepertimana yang telah disarankan.

Hati-Hati Dengan BATU Macam Ini!

$
0
0
HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (2)

Batu bukan sebarang batu! Nampak jer macam batu biasa atas jalan tu kan? Terkadang kita terpaksa melalui kawasan berbatu sebegini di sesetengah kawasan… Terutama untuk kawasan-kawasan yang sedang di dalam projek pembinaan ataupun kawasan taman perumahan baru. Kita ingat tak ada apa-apa lah kan? Sebab elok jer kenderaan lain lalu-lalang macam tak ada apa-apa yang akan merisikokan kondisi tayar. Akan tetapi! Ha ha ha… Open-mouthed smile disebabkan confident level yang tinggi tu… Adalah kesan dan akibatnya yang telah berlaku kepada tayar kenderaan yang Farah pandu. Hati-hati dengan batu macam ini!

Ya…tolonglah hati-hati… Sebabnya pagi Isnin, ketika nak hantar anak bujang ke tadika tiba-tiba didapati tayar kereta Auto bahagian belakang sebelah pemandu dah kempis! Alamakkk! Bakal lewat-lah ni! Hu hu hu… Terpaksa telefon teacher dia, mohon bantuan untuk ambil Firash dari rumah. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Nasib baik rumah dengan tadika sejengkal cuma… Bolehlah buat muka tebal untuk mohon bantuan teacher dia ambil dia dari rumah. Dah tu? Darurat… takkan semata kerana tayar kempis Firash tak ke tadika pula? Terima kasih teacher sebab sudi hulurkan bantuan ambil Firash dari rumah. Winking smile.

Selepas selesaikan Firash… tiba masa untuk selesaikan kes tayar kempis. Memang nampak dari keadaan parkir tu tayar tu ada batu dan memang Farah dah agak sebab batu tu lah tayar jadi kempis. Gantikan tayar dengan tayar kecemasan dan terus menuju ke bengkel. Hua hua hua…

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (3)

Dalam kepala dah congak-congak dah… Ini tak ada main tampal-tampal lagi tayar bocor lagi dah ni… Sah-sah memang kena ganti tayar baru… Masa ni lah kan? Crying face huwaaa… Tapi itulah hakikatnya… Memang tak boleh nak elak lagi. Things that you ought to know that will happen when you owning a 4 wheel…Kan? Memang kena bersedia jer dengan sebarang kemungkinan. Walaupun sah-sah kena ganti tayar, tiba-tiba kau jadi teruja nak tengok sebesar manakah batu yang mengakibatkan tayar kempis teruk tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (4)

Kau tengok? Dia tembus sampai ke bahagian dalam tayar macam tu! Tajam tak tajam batu ni? Bahayalah haiii kalau terpaksa lalu kawasan-kawasan berbatu sebegini… Memang nak tak nak kena redha jer kena tukar tayar… Tampal tak boleh ni oiii!

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (5)

Disebabkan tayar tu dah bocor, kau tak sedar, kau jalan juga nak sampaikan ke rumah… Akhirnya nampak tak? Dah makan tepi tayar dah…. 200% sila buang tayar yang satu ini… Kan dah cakap tadi kan? Smile with tongue out. Batunya pula…mak aiii… boleh tahan tajam dan besar…

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (1)

Kalau boleh elakkan jalan-jalan berbatu sebegini silalah elakkan ya? Sebab nanti tak pasal-pasal anda kena ganti tayar pula… Hu hu hu…

AH LONG Halimunan, Pinjaman Tidak Wujud - HATI-HATI!

$
0
0
Kredit: Sumber dari Google

AH LONG Halimunan, Pinjaman Tidak Wujud - HATI-HATI! ALONG atau AH LONG - you named it... Tapi ini tentang kes pinjaman tidak wujud! Sakit tak hati kau? Bila kau tidak ambil sebarang pinjaman kewangan dari ALONG atau AH LONG, selepas tu tiba-tiba kau dipaksa membayar sejumlah besar wang? Bukan setakat sikit-sikit...tapi beribu-riban! Katanya, kau ada dua pilihan sama ada kau bayar atau kau akan menghadapi kesusahan di kemudian hari. Itu ugutan kan? Baru jer tahu tentang perkara ini... Kalau anda-lah di dalam situasi yang digambarkan ini apakah yang akan anda lakukan? Tak pasal-pasal memaksa diri bayar atau buat tak reti dengan gaya seolah-olah berani mati dengan tidak membuat bayaran langsung? 

Tak pasal-pasal kepala jadi semak dengan masalah yang tidak diundang kan? Hidup yang sudah cukup dengan pelbagai isu dan masalah, bertambah pula dengan isu atau masalah yang tidak dipinta. Farah panggil ini adalah scammer yang menyusahkan hidup orang lain! Modus operandi pula boleh jadi pelbagai. Licik tau diaorang ni.

SCAM ALERT! Sindiket pinjaman AH LONG atau ALONG merupakan sindiket  PINJAMAN TIDAK WUJUD. Ianya bukan sahaja memberi janji kosong tetapi akan memanipulasi mangsa untuk membuat bayaran kepada mereka sebagai bayaran proses pinjaman sebelum menghilangkan diri atau terus-menerus menekan anda untuk membayar.

Modus operandi yang digunakan hampir sama dengan pinjaman AH LONG atau ALONG. Namun cara urusan dijalankan berlainan kerana dalam kes AH LONG atau ALONG, suspek dan mangsa menjalankan urusan secara bersemuka, manakala kes PINJAMAN TIDAK WUJUD, mangsa dan suspek hanya berhubung melalui telefon. Tak kisahlah panggilan telefon, sms mahupun mesej di What's App.

MODUS OPERANDI SATU 

Sindiket mengedarkan brochure dan kad nama dalam menawarkan pinjaman wang di peti pos rumah dan diletakkan di cermin kereta atau pemegang pembuka kereta. Bila mangsa tengok, mangsa yang mengalami masalah kewangan dan berminat untuk membuat pinjaman akan berurusan dengan sindiket menggunakan telefon. Sindiket pula, ambil peluang keemasan ini untuk memperdayakan mangsa dengan mengatakan pinjaman dipohon diluluskan tanpa melihat sebarang dokumen. Wah wah wah...semudah itu sahaja uolsss...Setelah diluluskan mangsa diarahkan untuk mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai wang proses. Setelah wang proses dimasukkan, sindiket gagal dihubungi. Lesap!


MODUS OPERANDI DUA


Sindiket menawarkan pinjaman wang melalui laman web yang mangsa Google. Pada hemat si mangsa, apa yang ada di Google, bila si peminjam wang berlesen (katanya) berani up laman web, ini agak meyakinkan ni... Sebabnya, kalau tidak berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) takkanlah mereka sewenang-wenangnya berani nak up laman web mereka untuk tujuan pengiklanan kan? Tawaran menarik! Kelulusan cepat! Itu janjinya... Kalau tak boleh keluar berjumpa pun tak mengapa, mereka boleh datang jumpa. Bagi yang sememangnya ada masalah untuk berurusan sewaktu bekerja, memang sukalah kaedah macam ni kan? Kemudian, bila jumpa, serah dokumen segala bagai... janji bulan bintang dan cerita macam-macam. Mangsa pula di dalam situasi harapan semakin kabur dan jalan yang gelap mula percaya dan serahkan semua dokumen yang diminta untuk memproses pinjaman. 

Sadisnya, mereka yang licik ini akan memberitahu mangsa... disebabkan belum pernah meminjam, mangsa perlu melakukan pembayaran sebagai bukti rekod pembayaran cantik dan ikut masa. Gittew... Selepas ada bukti rekod pembayaran mengikut masa, barulah pinjaman yang lebih besar untuk bayaran ansuran bulanan boleh diluluskan. Mangsa pun percaya... Mereka masukkan RM 100.00 ke dalam akaun mangsa dan beri tempoh pembayaran sehingga lima hari di mana mangsa perlu memasukkan kembali ke akaun yang diberikan oleh mereka sebanyak RM 1,000.00. Bila mangsa dah bayar, mereka akan kata ada masalah sedikit. Mereka akan masukkan sebanyak RM 200.00 dan mangsa perlu membayar sebanyak RM 1,100.00 di dalam tempoh selama 5 hari. Dah up sikit dah tu...

Farah ada terbaca, bila mangsa ambil keputusan untuk tidak meminjam dan membatalkan permohonan lain pula jadinya ceritanya. Bila mangsa memberitahu pada mereka niat di hati mangsa, mereka kata ada caj sebab nak membatalkan permohonan. Mangsa perlu masukkan sebanyak RM 1,500.00. Kemudiannya bila mangsa masukkan sebanyak RM 1,500.00 dengan harapan masalah selesai! Jadi lain...mereka akan beritahu mangsa sistem sangkut RM beberapa ratus lagi, kena top up lagi...Mangsa ni pula disebabkan takut sesuatu yang tidak diingini berlaku pergilah bodoh-bodoh masukkan jumlah yang mereka minta. Mereka akan ulang-ulang kata dalam sistem sangkut, dalam sistem sangkut... Bha ha ha... Kemain kau kan? Pindahan wang atas talian dan pindahan wang melalui mesin deposit tunai, mana mungkin jumlah tak muncul di penyata akaun secara atas talian. Tipu! Ni betul-betul tipu! Melainkan kalau duit sangkut pada mesin deposit tunai lah kan?

Ayatnya? Kalau you tak ada bayar I tak tau ooo, kalau lain hari you susah atau ada masalah... Amboiii ugut! Tapi don't underestimate their actions ya?

MODUS OPERANDI KETIGA


Mangsa yang tidak pernah membuat sebarang pinjaman, tidak pernah menandatangi sebarang pinjaman, tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan manusia yang claim ada pinjaman di atas nama mangsa. Ini kes kad pengenalan kena gadai dengan siapa-siapa-siapa lah ni kan? Orang dok buat naya! Kad pengenalan tu memang macam-macam orang boleh buat oiii! Ataupun bagi sedikit maklumat tentang diri sendiri secara terbuka di mana-mana media sosial atau mana-mana tempat pun boleh jadi. Salinan kad pengenalan pun orang boleh buat ok? Don't play play ok? Sejuta kali mangsa kata, tak pernah buat pinjaman, sejuta kali juga mereka akan desak mangsa membayar.

Lepas tu diikuti dengan pelbagai jenis cakap-cakap...kalau you tak ada bayar, lain hari you susah atau ada masalah itu you punya pasal! You ada pinjam ka, you tak ada pinjam ka, itu bukan kita punya masalah...Kita ikut sistem saja ma! Dalam sistem ada rekod you pinjam. Sistem-nya mana? Kenapa tak tunjuk penyata ke apa kan? Nama pun entah dari celah bedah mana datang...bukannya bank, bank tu dah tentulah ada penyata pinjaman ya tak? 

Yang peliknya, dia boleh tahu kau kerja mana, no. telefon kau, segala bagai maklumat diri kau, kau tinggal mana tu semualah...Bahaya kan? Gila arrr! Scary! Sangat scary! Macam tak selamat pun ada rasanya kan?

Nasihat Polis


1. Sentiasa berwaspada apabila membuat sebarang urusan pinjaman dengan individu, institusi kewangan atau agensi pemberi pinjam wang (PPW).

2. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang diedarkan seperti brochure, kad nama dan poster berkenaan pinjaman wang.

3. Membuat pinjaman dengan institusi kewangan dan agensi PPW yang berlesen.

4. Sebarang urusan pinjaman diuruskan sendiri dengan hadir ke syarikat PPW atau institusi kewangan yang terlibat.

5. Elakkan menggunakan orang tengah atau ejen untuk urusan pinjaman. 

Lepas tu kan? Tolonglah laporkan segera ke balai polis yang berhampiran. Dua jenis laporan ya? Covering report dan juga case report. The next time mereka hubungi anda minta bayaran... Beritahu mereka yang anda telah laporkan perkara ini kepada pihak polis. Simpan no telefon bilik gerakan dan balai polis terdekat dengan anda dan simpan no telefon ASP atau Sarjan yang menguruskan kes yang telah anda laporkan.

*MODUS OPERANDI KETIGA tu memang sangat menyakitkan hati kan bila baca? Sebab orang lain gunakan maklumat dan kad pengenalan kita. Haihhh... Semoga bermanfaat untuk semua... 

Ohoiii... THE TRAVELOKA SALE-ABRATION! Jangan Terlepas OK?

$
0
0

Benda-benda yang mengujakan dan benda-benda yang menarik serta best memang tak boleh tahan diri ni dari simpan rahsia! Ha ha ha... Ok? Barang baik jangan simpan sendiri jer kan? Haruslah dikongsi bersama-sama anda... barulah seronok jika dapat kita nikmati bersama ya tak? Ohoiii... THE TRAVELOKA SALE-ABRATION!Jangan Terlepas OK? 

Buka-buka laman web TRAVELOKA, terjumpa pula tentang THE TRAVELOKA SALE-ABRATION! Something's brewing! Mana mungkin nak simpan sendiri. Ini kira-kira macam travel fair tapi online travel fair lah senang ceritanya. Kaki jalan, kaki holiday, kaki travel... tolonglah jangan lepaskan peluang yang datang ni! Kalau nak bercuti, kalau nak planning bercuti, elok sangatlah tu kalau-kalau anda luangkan masa sedikit untuk THE TRAVELOKA SALE-ABRATION ni. Kalau terlepas...Alahaiii ruginya lahaiii... Benda-benda macam ni bukannya datang selalu. 

Kenapa Farah sibuk sangat dok ajak anda tinjau-tinjau THE TRAVELOKA SALE-ABRATION? Sepertimana yang kita tahu, TRAVELOKA adalah sebuah laman web travel dengan kemudahan menyeluruh terbaik, harga terbaik dan harga jujur! TRAVELOKA memberikan penyelesaian secara menyeluruh di mana anda boleh menempah tiket penerbangan dan hotel murah di Asia Tenggara dan pada masa yang sama dengan penjimatan hebat. Harga yang ditawarkan pula adalah merupakan harga paling kompetitif untuk segala tiket dan hotel di Asia Tenggara. Yang paling menarik adalah tiada caj tersembunyi, apa yang anda lihat adalah apa yang anda bayar.



Farah seorang Pembantu Peribadi, memang hampir mahirlah kan dengan segala urusan tempahan tiket penerbangan dan juga hotel ni. Apa orang kata? Bergelumang dengan kerja-kerja tempahan penerbangan dan hotel...Sebab tu Farah berani nak merekomendasi pada anda untuk melakukan tempahan penerbangan serta hotel untuk percutian anda melalui laman web travel TRAVELOKA ni.

Nak-nak lagi ada THE TRAVELOKA SALE-ABRATION ni kan? Memanglah Farah lagi seronok nak cerita pada anda supaya anda dapat menikmati harga terbaik, tawaran terbaik lagi berbaloi-baloi. Rugi oiii kalau terlepas.


Banyak sangat manfaat yang akan anda perolehi kalau anda memilih TRAVELOKA sebagai agensi percutian atas talian anda:

Transaksi Dalam Talian Yang Selamat
Keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh RapidSSL yang sah. Terima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam e-mel anda.

Hasil Carian Yang Paling Meluas
Perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah tidak pernah semudah ini. Cari hotel terbaik dari bajet hingga ke hotel 5 bintang, dan jenama seperti Tune Hotel, Ibis Hotel dan juga syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Tigerair, Firefly, AirAsia dan banyak lagi.

Kad Saya, Penempahan Pantas, Pembayaran Selamat
Jimat masa dengan mendaftar butiran kad anda sekali sahaja untuk tempahan akan datang. Jangan risau! Maklumat kad anda dilindungi sepenuhnya untuk keselamatan data.

Khidmat Pelanggan 24/7
Anda memerlukan bantuan? Jangan nak panik. Tengah-tengah malam pun boleh. Anda boleh hubungi pihak khidmat pelanggan TRAVELOKA melalui e-mel, telefon atau perbualan langsung.

Urus Tempahan Dalam Talian Anda
Log masuk untuk mengakses e-tiket / baucar hotel pada semua peranti anda, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian.


Save the Date! Mark betul-betul dalam reminder telefon pintar atau mana-mana gajet anda supaya tidak ketinggalan sesuatu yang besar yang menanti anda. Tawaran berbaloi-baloi dan terbaik bakal menemui anda pada 10 Mac 2017 untuk semua destinasi domestik dan juga antarabangsa. Kalau tak nak rugilah... Kalau nak rugi, anggap jer hebahan Farah ni sebagai angin lalu jer. Hik hik hik. Farah ikhlas ni tau berkongsi dengan anda tentang ni. THE TRAVELOKA SALE-ABRATION bukan sekadar tawaran terbaik, berbaloi-baloi untuk semua tetapi termasuklah juga member-only discount (yang ni pasti lagi terbaik tawarannya kan?). Yang selama ni mengimpikan percutian idaman tu bolehlah ambil peluang keemasan ni kan? Mengabulkan impian yang belum tertunai-tunai tu?

Oklah, Farah ni pun tengah sibuk nak survey-survey laman web TRAVELOKA sebab nak senaraikan destinasi percutian yang Farah nak cuba dapatkan semasa THE TRAVELOKA SALE-ABRATION. Rasanya macam dah semak sangat dah kepala ni... dan I do really need to take a break from work and everything. Sesekali kena cari ketenangan diri dan relakskan minda juga kan?

Jangan lupa tau! THE TRAVELOKA SALE-ABRATION pada 10 MAC 2017. Jangan nanti bila dah habis promosi anda pula terasa menyesal tak sudah. Till then! Ta ta!

Untuk Maklumat Dan Informasi Lanjut:







{Parenting Good Reads} BEYOND THE TIGER MOM : East-West Parenting for the Global Age

$
0
0
BEYOND THE TIGER MOM  East-West Parenting for the Global Age (2)
Couple of days ago, I was so excited when my hard backed copy arrived in the post personally from Maya Thiagarajan - the author of BEYOND THE TIGER MOM: East-West Parenting for the Global Age. I'd been waiting to get my eyes on it since Kelsey asked if I was interested in reviewing it. I love reading and I love parenting reads, so I had high expectations. To be honest! I wasn't disappointed!
The best book I've read in years! When was the last time you read a book about education and parenting that really had you thinking and making changes to the way you do things in your home? BEYOND THE TIGER MOM: East-West Parenting for the Global Age has had this affect on me! Now that I've read BEYOND THE TIGER MOM: East-West Parenting for the Global Age and had a little while to let the information sit in my mind, I want to read it again.
There's so much information I'm certain I'll get a deeper understanding and more to think about with a second reading. And this time, I'm going to underline key phrases and take more notes. This is one of the book that I'll be keeping and referring to as my son grow.

Author Background - Maya Thiagarajan


Print

Print

A global citizen, Maya Thiagarajan has lived and worked in India, Singapore and the US. She earned a BA in Engligh from Middlebury College and a Masters in Education Policy from Harvard University.
Maya began her teaching career with Teach for America, where she taught at a public school in Baltimore City for two years. She went on to teach high school English at some of America's most prestigious independent schools. After a decade of teaching in the US, Maya moved to Singapore and began teaching at The United World College of South East Asia (UWC).
Struck by the different approaches to education and parenting that she encountered in Singapore, Maya began to interview Chinese and Indian parents living in Singapore. Using her own experiences as well as the stories of parents whom she interviewed, Maya wrote a book titled BEYOND THE TIGER MOM: East-West Parenting for the Global Age.

In addition to teaching and writing, Maya also conducts workshops for parents and teachers on a range of education related topics.

About The Book


Basically BEYOND THE TIGER MOM: East-West Parenting for the Global Age explores how to blend the best of Western and Asian approaches to parenting and education. In BEYOND THE TIGER MOM: East-West Parenting for the Global Age Maya Thiagarajan examines the stereotypes and goes beneath the surface to explore what really happens in Asian households. How do Asian parents think about childhood? family? and education? - and what can Western parents learn from them?
How do Asian parents prime their children for success from a young age? How do Asian parents create Math-rich environments at home and help their children excel in Mathematics? How do Asian parents respond to their children's failures? What are some of the key difference between Asian and American parenting methods, and how can parents on either end of the globe learn from each other?
BEYOND THE TIGER MOM  East-West Parenting for the Global Age (3)
Example of Chapters include:
BEYOND THE TIGER MOM  East-West Parenting for the Global Age (4)
PART 1 - ACADEMICS
CHAPTER 1: Why Are All The Asian Kids On The Math Team?
CHAPTER 2: Raising Readers: Is West Really Best?
CHAPTER 3: Memorization, Practice, Exams and Other Things That Asians Love
BEYOND THE TIGER MOM  East-West Parenting for the Global Age (5)

PART 2 - ACHIEVING BALANCE
CHAPTER 4: Where Are All The Children?
CHAPTER 5: Raising Resilient Children: How Do We Deal With Failure?
BEYOND THE TIGER MOM  East-West Parenting for the Global Age (6)

PART 3 - MYTH, MEDIA AND METAHPHOR
CHAPTER 6: Myth And Media: The Stories We Tell and The Scripts They Give Us
CHAPTER 7: Twenty - First - Century Challenges for East and West: The Metaphors We Make, The Technology We Use, and The Purpose of Education
BEYOND THE TIGER MOM  East-West Parenting for the Global Age (1)
Each chapter ends with a "How To" section with specific tips for parents to aid their child's educational development both inside and outside the classroom. BEYOND THE TIGER MOM: East-West Parenting for the Global Age offers accessible and practical advice. Maya explores topics such as how to help children to extend their attention spans, find the ideal balance between work and play, view failur as learning experience establish tech-healthy habits and prime children for success early on. 
With Maya knowledge and experience of what works and what doesn't work best for children's education, she has written this extensive, easy-to-read guide. Perhaps, while waiting for the child's tuition class to end, mommies or daddies could read this book. You'll chuckle over parental excesses, probably identify with most of them, devour the parenting and teaching tips at the end of each chapter, find community with parents featured, and come away reassured that your style of east-west parenting - whether you're a Tiger parent or not - is the right way to raise your little Asian Tiger.
Fernando M. Reimers,
Ford Foundation Professor of Practice in International Education, Harvard University
Beyond the Tiger Mom is a brilliant book. Hard-hitting and brutally honest but also balanced, insightful, and funny. It avoids clichés and draws on years of research and personal multicultural teaching experience. It's also wonderfully practical, offering specific tips for how to combine the best of East and West."

Amy Chua,
Yale Law Professor and author of Battle Hymn of the Tiger Mother.
"Maya Thiagarajan brings a unique East-and-West perspective, and a refreshing balanced discussion, to hot-button issues in child rearing. Her interviews and ethnographic analyses deliver a wealth of insights into Asian vs. Western parenting decisions on topics ranging from math drills to self-esteem."


“This thoroughly interesting book rests on the premise that Western and Eastern educational and parenting philosophies have vastly different strengths and weaknesses; therefore, parents on either side of the world can learn from each other… Beyond the Tiger Mom is an honest, thought-provoking read!” - Holistic Parenting Magazine

"Maya Thiagarajan brings a unique East-and-West perspective, and a refreshing balanced discussion, to hot-button issues in child rearing. Her interviews and ethnographic analyses deliver a wealth of insights into Asian vs. Western parenting decisions on topics ranging from math drills to self-esteem." - Katharine Beals, Author of Raising a Left Brained Child in a Right Brained World



Sambutan Hari Wanita Sedunia STELLAVINGZE

$
0
0
SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (1)

Selama kinilah kan? Selama kini… belum pernah sekali pun nak sambut-sambut Hari Wanita ataupun Hari Wanita Sedunia. Send a kiss. Kalau ada pun, sekadar wish di status yang dimuatnaikkan di laman Facebook sahaja. Selebihnya, nama nak menghadiri mana-mana majlis, nama nak diraikan dengan dinner khas bagi menyambut Hari Wanita, jujurnya memang tak pernah! Alih-alih, tahun 2017 ni, ada rezeki nak merasa special sedikit bila dapat undangan untuk sama-sama meraikan wanita seluruh dunia dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia Stellavingze di Bangsar, Kuala Lumpur.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (2)

Tiba-tiba rasa bertuah betul jadi wanita! Ada hari khas untuk menyambut dan memperingati jasa dan usaha kaum wanita di dalam pelbagai aspek kehidupan. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia ok? and behind every successful man is a woman! Kena ingat tu tau… Terima kasihlah Stellavingze di atas inisiatif untuk menganjurkan Hari Wanita Sedunia dan di atas kesudian untuk menjemput diri ini untuk turut serta pada acara yang berlangsung pada hari Rabu, 8 Mac 2017.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (11)

Untuk pengetahuan anda, Stellavingze adalah sebuah badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan. Stellavingze International mengambil pendekatan untuk menganjurkan sebuah majlis makan malam untuk mengumpulkan wanita Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (10)

Mereka-mereka yang dimaksudkan adalah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail - Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Azizan Bt. Hj Shariff – Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga – Parlimen Lembah Pantai, Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref – Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang dan Ms. Wee Siew Ling – Pengarah Urusan Stellavingze International. Apa kata wanita-wanita besi tersebut?

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (5)

Wanita adalah unik kerana wanita mampu untuk mencorak modal insan yang cemerlang. Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail mengulas mengenai bagaimana beliau mampu membentuk sorang anak kecil yang bercita-cita tinggi dan menyokong cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa. Tidak seperti zaman yang lalu, wanita pada masa kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi influencer dan contoh akhlak serta budi yang baik. Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunyai prinsip dan integriti serta bijak membahagikan waktu dalam kepimpinan keluarga mahupun organisasi. Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Binti Ismail, mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan dan menimba ilmu, mengimbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga.

Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai

Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga – Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas di dalam menjalankan tanggungjawab dan wanita perlu mengutamakan keluarga. Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang bekerjaya pula, beliau menasihatakan untuk sekali-sekala mengadakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Beliau juga berpesan agar wanita sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan.

Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang

Datin Noor Faezah memulakan forum dengan berpendapat bahawa wanita adalah hebat! Kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah bahawasanya, wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan penuh kasih sayang yang mana ianya akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru itu tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah. Akhir kata, beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat untuk menghadapi cabaran.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (4)

Ms Wee Siew Ling yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International berkata, bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, kekangan masa adalah sesuatu yang sering dihadapi. Beliau perlu bijak untuk mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri. Namun begitu, beliau berkata, adalah tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan sekiranya wanita pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin, Pengasas Stellavingze International – Kebahagiaan wanita bersamaan dengan (+) kasih sayang / cinta, (-) kebencian / kemarahan, (x) kesyukuran, (÷) umpatan/gosip. Beliau berpandukan formula tersebut selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan tersebut untuk mengajak wanita untuk menyertai Stellavingze International, dan menemukan kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan berkata bahawasanya wanita itu adalah umpama air yang mudah membiasakan diri di dalam apa-apa keadaan sekali pun, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (2)

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (1)

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (3)

Serba sedikit mengenai Stellavingze International – Ianya diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga merupakan seorang usahawan wanita tempatan yang telah membawa syarikat miliknya dan suaminya menerusi pasaran global. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Keusahawanan Stevie Awards Women in Business dan juga The International Diamond Prize for Excellence Quality (EQSR). Beliau juga merupakan seorang ibu, isteri dan anak yang amat penyayang. Oleh kerana beliau melihat kecenderungan wanita untuk melupakan cita-cita dan menjadi suri rumah atau mengejar cita-cita dan mengabaikan keluarga di rumah, beliau telah mencipta sebuah formula kebahagiaan wanita dan mengasaskan Stellavingze International. Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.

Stellavingze Smart Star

Ianya adalah bagi peningkatan nilai kewanitaan di mana objektifnya adalah bagi membantu wanita di dalam menguruskan diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak serta mempunyai kehidupan yang seimbang dan indah. Kursus 90 hari Stellavingze Smart Star terdiri daripada kelas imej, kesihatan dan kecantikan, pembentukan minda dan rohani, pengurusan rumah tangga, interaksi bersama anak dan formula kehidupan yang seimbang dan indah. Setelah menamatkan kursus 90 hari Stellavingze Smart Star, majlis meraikan Stellavingze Smart Star akan diadakan dan akan terlahirlah seorang wanita yang lebih bahagia.

Kelayakan bagi kursus Stellavingze Smart Star adalah mempunyai Diploma atau Ijazah serta pengalaman selama 2 tahun ke atas sama ada wanita berkahwin mahupun bujang. Syarat-syarat kemasukan adalah bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita, perlu menjadi ahli Stellavingze International.

Stellavingze Guiding Star

Ianya adalah bagi melahirkan usahawan wanita yang berkredibiliti dengan objektif untuk memberi peluang kepada wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan, membina asas yang kukuh dan menuju ke arah kehidupan yang lebih berjaya, mentransformasikan bakat kepimpinan wanita dan membantu orang lain untuk berjaya. Bagi Stellavingze Guiding Star pihak Stellavingze International menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wantia untuk membina asas perniagaan yang kukuh, penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran dan juga menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan latihan yang ditawarkan adalah seperti kelas imej perniagaan, latihan skil perniagaan, kursus eksklusif home party MELILEA, latihan professional kesihatan dan kecantikan, kelas pengurusan perniagaan dan kelas kualiti kepimpinan. Kelayakan penyertaan pula adalah mempunyai ijazah serta pengalaman bekerja di dalam bidang korporat selama setahun atau lebih. Umur di antara 25 sehingga 60 tahun.

Untuk Maklumat Lanjut:
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live