Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

TIPS Pindah Rumah : Kemas & Urusan Berkait

$
0
0
TIPS PINDAH RUMAH_KEMAS DAN URUSAN BERKAIT

Nak kemas, nak buang mana-mana yang tak pakai, nak uruskan segala macam utiliti, nak itu, nak ini… Pindah rumah, bukan satu perkara mudah dan boleh buat sambil pejam mata ya tak? Setakat 34 tahun bernafas di bumi Allah SWT ni, boleh dikatakan lebih kurang dalam dua kali baru pindah rumah. Tapi, dia punya letih tu… Ya ampunnn…Bayangkan orang yang berkali-kali pindah rumah? Memang tabah betul! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi nak buat macam mana? Kalau dah terpaksa pindah, nak tak nak, kena juga pindah kan? Salah-salah hemat, mana-mana individu yang tak boleh nak cope up, disebabkan macam-macam perkara, boleh jadi tekanan. Serius… Tapi kan… Ermmm, sebenarnya ada cara untuk pastikan perpindahan teratur dan berjalan lancar. Meh meh sini rapat-rapat meh, sesiapa yang sedang nak berpindah dalam  masa terdekat atau bercadang untuk berpindah, baca artikel Farah pada kali ini berkenaan dengan tips pindah rumah: kemas dan urusan berkait. Manalah tau kot-kot dapat membantu anda kan?

Pastikan Anda Tiada Apa-Apa Komitment Atau Temujanji Pada Hari Perpindahan

Susah juga kalau pada saat terakhir baru teringat tentang temujanji yang dibuat 2 minggu yang lepas. Pastikan betul-betul lapang pada hari tersebut. Sebaik-baiknya, pilihlah pada hari minggu atau cuti umum. Akan tetapi, jika ada syarat perpindahan tertentu, katalah macam sesetengah pangsapuri ada waktu tertentu jer boleh pindah, haruslah rancang hari cuti, mohon cuti semoga segala berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Buat Senarai Semak (Checklist)

Yang ini, Farah tak pasti sama ada semua orang akan buat perkara ini atau tidak. Ha ha ha… Open-mouthed smile tapi adalah lebih baik sekiranya anda tuliskan kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa hari perpindahan. Ini untuk memastikan yang anda membuat kerja secara tersusun dan sistematik.

Hantar Notis Kepada Tuan Rumah

Yang mana-mana jadi penyewa tu, orang berbudi kita berbahasa, jangan lupa hantar notis kepada tuan rumah mengikut terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Hubungi Pihak Bank, Syarikat Utiliti (TNB, Air Selangor), ASTRO, Insurans, DLL Untuk Kemaskini Alamat

Tak taulah kalau anda rajin nak ulang-alik ke rumah yang lama, semata nak ambil surat-menyurat dan segala bil kan? Adalah lebih baik untuk kemaskini alamat rumah terkini untuk kemudahan diri sendiri juga.

Jangan Lupa Langsaikan Segala Bil

Bil telefon, bil Astro, bil TNB dan lain-lain seelok-eloknya dibayar sebelum perpindahan.

Pastikan Ada Air, Elektrik Dan Gas Di Rumah Baru

Susah pula rasanya nak buat kerja rumah tanpa air, elektrik dan juga gas kan?
 

Kaji Dan Cari Syarikat Lori Untuk Tujuan Perpindahan Yang Sesuai

Farah ada kongsi tentang lori dalam entri sebelum ni, boleh rujuk entri Jom Kenali Jenis Lori Untuk Pindah Rumah. Dapatkan sekurang-kurangnya 5 sebut harga daripada syarikat lori yang berbeza untuk memahami harga pasaran bagi servis sewa. Pastikan juga berbincang dengan pengusaha lori tersebut tentang saiz yang diperlukan serta terma dan syarat yang dikenakan.

Pastikan Lori Ada Kebenaran Masuk Di Tempat Pengambilan Dan Penghantaran, Terutamanya Di Pangsapuri atau Kondominium Yang Ada Pengurusan

Ini amat penting kerana sekiranya tiada kebenaran, lori tidak dapat masuk ke dalam kawasan rumah. Anda mungkin akan dikenakan caj perjalanan kedua pada hari berlainan atau caj menyimpan barang oleh syarikat lori (yang boleh mencecah sehingga empat angka semalam).
 

Jual Barang Lama Dan Gunakan Duit Untuk Bayar Sewa Lori

Kalau ada perabot-perabot yang lama yang tidak dipakai, lebih baik jual kepada kawan-kawan ataupun secara atas talian. Duit itu bolehlah digunakan untuk membayar syarikat lori untuk tujuan perpindahan. Sewa lori bukan murah sekarang tau… Mahal oiiii….

Rancang Susunan Perabot Di Rumah Baru

Orang putih cakap ‘failing to plan is planning to fail’. Pastikan anda tahu susunan dan kedudukan setiap perabot yang hendak dipindahkan ke rumah baru.
 

Nyahfros (‘Defrost’) Peti Sejuk Sehari Sebelum Perpindahan dan Lap Apa-apa Cecair

Ini untuk mengelakkan lantai anda basah di rumah baru anda.
 

Sediakan “Barang-Barang Hari Pertama”

Anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak-kotak pada hari pertama. Seeloknya anda menyediakan “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain. Pastikan barang-barang dibungkus secara efisien.
 

Beli Kotak dan Pita Pelekat

Boleh juga minta daripada kedai-kedai runcit sekiranya mereka ada kotak-kotak yang tidak digunakan untuk tujuan membungkus barang anda. Jika anda menggunakan perkhidmatan movers kebiasaannya mereka ada menyediakan kotak dan khidmat pembungkusan juga.
 

Beli Pembalut Plastik

Ada perkhidmatan lori sewa yang menyediakan perkhidmatan membalut barangan anda dengan plastik. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan movers, mereka memang ada menyediakan. Tanya dulu tanya ya. Kalau tak tanya mana nak tau. Ini adalah bagi mengelakkan barang anda daripada kotor atau tercalar.
 

Mula Dengan Bilik Yang Jarang Digunakan Seperti Stor

Yang senang dibuat dahulu.
 

Jangan Mengenang Barang-Barang Lama

Memang lumrah dan naluri manusia untuk mengenang barang-barang lama apabila mengemas. Untuk memastikan proses perpindahan lancar, kenanglah barang-barang anda di rumah baru.
 

Balut Benda Mudah Pecah Dengan Baju

Ni kalau nak buat ler… Farah tak buat gini, kalau Farah lah, balut dengan kertas tebal-tebal jer dah cukup. Lepas tu masukkan dalam kotak.

Label Kotak Dengan Nama Dan Gunakan Kod Warna

Ini menyenangkan pekerja syarikat lori anda memunggah barang ke tempat yang sepatutnya.
 

Susun Pinggan Menegak Di Dalam Kotak

Ini mengurangkan peluang pinggan tersebut pecah waktu perpindahan.
 

Cara Mudah Untuk Mengemas Pakaian Anda!

Masuk dalam plastik dan labelkan. Ataupun masuk dalam kotak jernih dan labelkan.
 

Balut Laci-Laci Almari Dengan Pembalut Plastik

Tip ini mencepatkan proses mengemas dan membungkus.
 

Gunakan ‘Sandwich Bag’ Untuk Barangan Kecil Seperti Skru Dan Paku

Kalau hilang, habislah.
 

Ambil Gambar Barangan Elektronik Anda

Satu hal lah pula nak ingat kedudukan asal wayar dan kabel di belakang komputer dan TV.
 

Gunakan Beg Tarik Untuk Barang Berat Seperti Buku

 

Guna Cadar Lama Untuk Elak Tilam Kotor


Untuk Kotak-Kotak, Susun Barang Berat Di Bawah Dan Barang Ringan Di Atas


Asingkan Barang Berharga

Seperti laptop, barang kemas, jongkong emas dan harta karun.Open-mouthed smile.
 

Simpan Botol Rempah Dan Perasa Di Dalam Periuk

Jimat ruang dengan tip ini!
 

Gunakan Plastik Untuk Elak Botol-Botol Tumpah


Itu jerlah tips yang boleh dikongsikan setakat ni. Makanya, selamat berpindah rumahlah ya? Dan semoga gembira dan selesa di rumah baru anda! Winking smile


Cartoon Network Launches POWFACTOR with Danish Harraz

$
0
0
Cartoon Network Launches POWFACTOR  2

When Professor Utonium accidentally added Chemical X to his recipe of sugar, spice, and everything nice, The Powerpuff Girls were born. Now Cartoon Network is asking viewers in Malaysiato identify their very own POWFACTOR!

POWFACTOR is a globalinitiative that helpskids discover the “special ingredient”within them that drives them to change the world. In particular, it recognises kids who have found a way to empower themselves and give back to their communities.
 
In Malaysia, Cartoon Network (Astro Channel 616) has teamed up with self-taught kid chef Danish Harraz Abd Hafiz (fondly known as Abang Danish). At just 10, Danish runs his own baking and cooking business online, catering to the demands of tens of thousands of followers on social media. In hopes of inspiring them, he provides recipes and shares cooking videos. Aside from this, Danish also gives back to society by channeling 10% of his revenue to the Need to Feed the Need (NFN), a community-run soup kitchen.
 
Fans of The Powerpuff Girls in Malaysia are encouraged to join in the fun and submit their own POWFACTOR trait via the Astro Circle website. The 10 best entries will win a selection of Powerpuff Girl toy-sets including action figures and plushies.
 
Elsewherein Asia, kids who have demonstrated their POWFACTOR include14-year-old Kyra Poh from Singapore who was recently crowned as the "World's Fastest Flyer”, and Isabel Sieh, Hamzah Marbella, Louise Mabulo from the Philippines, who are making their mark in the art, culinary and digital spaces.
 
Cartoon Networkwill air some seriously awesome POWFACTOR programming on three Fridays - April 14, 21 and 28from 4pm which is themed after Blossom, Bubbles and Buttercup’s own POWFACTOR strength – leadership, kindness and strength. During this programming block,Danish, Kyra, Isabel, Hamzah and Louise will alsoshare more about their passions.
 
For more fun POWFACTOR related activities visit www.PowerpuffYourself.com and take aPOWFACTOR personality quiz andcreateapersonalisedavatar.The website is available in English, Bahasa Malaysia and Chinese.
 
Turner’s Cartoon Network is available on Astro Channel 616. For more information about Cartoon Network and its shows visit CartoonNetworkAsia.com or facebook.com/Asia.CartoonNetwork.
 

Profiles:

Cartoon Network Launches POWFACTOR

MALAYSIA

Danish Harraz Abd Hafiz (10 years old)
Danish is a self-thought kid chef. His interest bloomed when he was four, his passion came at five and he started baking and cooking at six. Armed with knowledge gained from YouTube, websites and apps, he shares his recipes in hopes that everyone will be inspired and will try the recipes themselves. He runs his own baking and cooking business online, catering the demand of his social media followers. Danish is also active in the local charity scene and some of the profits from his business are donated to orphanages and the needy. He is also a member of the NGO “Need to Feed the Need” (NFN).

Senarai DOA MUJARAB Untuk Anak Aktif Mendengar Kata

$
0
0
SENARAI DOA MUJARAB UNTUK ANAK AKTIF MENDENGAR KATA

Anak aktif? Anak saya lettew… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sambil-sambil layan telemovie Tangisan Kubur di Astro Mustika HD, sambil-sambil main skrin sesentuh mengemaskini Bubblynotes.Com dan dalam masa yang sama teringat anak bujang Farah yang aktif bila terbaca satu artikel berkaitan di pautan di SINI. Malu ke? Bila ada anak yang aktif dan bila setiap kali ke rumah saudara-mara, ke rumah kawan-kawan, outing, anak seringkali menjadi tumpuan ramai. Mana tidaknya, asyik berlari ke hulu ke hilir. Sekali ditegur, duduk diam. Tak sampai 5 minit, berlari lagi. Malu ke?

Jujur Farah akui, yang Farah sebagai seorang ibu tidak pula berasa malu dengan kelakuan anak bujang seorang yang aktif tu. Walaupun mungkin ada pandangan serong dari sesetengah pihak atau pandangan yang tidak menyenangkan, I am his mother and I am a proud mother to an active child. Anak yang aktif kan tandanya dia seorang kanak-kanak yang bijak, sihat dan ceria. Winking smile. Mempunyai anak-anak yang aktif memang sangat mencabar. Hakikatnya, ibu bapa jangan hanya tahu hendak marah dan pukul anak sahaja.

Faham-faham sendirilah, pada usia 4 sehingga 6 tahun, anak-anak gemar berekplorasi. Kena pandai mengkaji dan mengenal tingkah-laku anak sendiri. Sebagai ibu bapa, kita perlu belajar agar kita tahu bagaimana caranya untuk menangani mereka. Tahu apa kekuatan serta kelemahan mereka. Gunakan pendekatan psikologi untuk mengawal anak-anak. Kalaulah kita gunakan pendekatan pukul, bukan sahaja anak akan berasa sakit, emosi kita sebagai ibu bapa juga akan sakit.

Selain pendekatan psikologi, berbalik kepada Al-Quran. Al-Quran dah bekalkan panduan mendidik anak yang tidak reti nak duduk diam ni. Ada doa-doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa agar anak-anak yang terlebih aktif tersebut membesar menjadi anak yang hebat! Smile.

Al-Fatihah

Sebagai satu senjata untuk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.

Ayat Qursi

Untuk menghalau iblis dan syaitan. Doa ini juga boleh dibaca untuk menghindarkan anasir negatif yang masuk ke dalam badan anak yang menyebabkan mereka degil atau tidak mendengar kata.

Surah Alam Nasyrah

Nabi SAW juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini untuk menerangkan hati dan mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.

Surah Adh-Dhuhaa 1-5

Untuk anak yang malas sembahyang, degil, suka bergaduh dan tertekan. Inilah surah untuk anak menjadi soleh dan solehah, lembut hati dan mendengar nasihat.

Doa Nabi Daud

“Ya, Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud”

Surah Al-Anbiyaa Ayat 69

Untuk anak-anak yang liat hendak sembahyang dan doa yang paling mustajab ialah Surah Ibrahim ayat 40, bermaksud “Ya Allah, jadikan aku dan anak-anakku orang mendirikan solat”.

Doa Manzzill

Kombinasi ayat Al-Quran yang telah diajar Nabi SAW kepada para sahabat kemudian ditulis oleh para ulama.

Mak-mak kenalah cuba amalkan doa-doa ini (termasuk Farah) demi kebaikan permata hati kita masing-masing yang sangat-sangat kita sayangi. Sebabnya, doa seorang ibu itu memang makbul!

Unik Dan Istimewanya Karakter ANAK PERTAMA!

$
0
0
UNIK DAN ISTIMEWANYA KARAKTER ANAK PERTAMA

Masa mak-mak dapat tau hamil kali pertama, masa tulah rasa gembira tak terkata, masa tu lah rasa teruja dan juga macam-macam jenis perasaan berbaur-baur dalam hati ya tak? Senyum Smile meleret sepanjang hari. Perasaan tu susah nak digambarkan kan? Bila dah lahir, sebab tu cahaya mata pertama dan tulah satu-satunya yang ada, segala kasih sayang dan perhatian dicurahkan sepenuhnya kepada anak pertama. Untungnya, masa anak pertama, kebanyakan barangan untuk anak pertama semua yang baru-baru kan? Semua beli baru… Bila bab adik-adik yang kemudian, tak semua barang baru, ada barang yang jadi barangan warisan turun-temurun ya tak? Nak nak lagi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu dan serba mahal sekarang ni. Itu bab barangan, bab karakter pun, anak pertama ni… ada karakter yang tersendiri. Unik dan istimewanya karakter anak pertama, ini yang nak cerita di dalam entri ni.

Itupun kebetulan terbaca artikel dari pautan di SINI dan sajalah nak tengok-tengok kan? Kalau-kalau apa yang diperkatakan tentang anak pertama tu betul karakternya. Dikatakan anak pertama membesar sebagai anak yang kadangkala mempunyai tingkah laku yang lain daripada anak-anak yang lain. Tetapi kebiasaannya perlakuan tersebut akan berubah bila sudah mempunyai adik beradik yang lain, sehingga kasih sayang yang pada awalnya tertumpu kepada anak pertama perlu dibahagikan sama rata dengan adik-adiknya. Hal ini yang membentuk keperibadian anak pertama sehingga kelihatan pelik dan berbeza dengan anak-anak yang lain.

Ha ha ha…Open-mouthed smile mungkinlah kot? Tak dapat pula Farah nak bezakan sebab kebanyakan pada masanya Firash memang seorang jer…Main sorang-sorang, makan sorang-sorang, bercerita sorang-sorang… (#ehhh tak…bercerita dengan Mommy dan Nek Ma…ekekeke). Anak pertama mempunyai beberapa keunikan mereka yang tersendiri berbanding adik-beradik yang lain. Mereka selalunya mempunyai beberapa sifat seperti bercita-cita tinggi, bertanggungjawab serta sifat-sifat positif yang lain. Berikut adalah beberapa fakta anak pertama yang jarang disedari oleh orang lain.

Mudah Belajar Perkara Baru

Anak pertama selalunya lebih pintar berbanding adik-beradik lain. Mereka selalunya menjadi pelajar yang mudah mempelajari sesuatu yang baru. Mereka mendapat kelebihan berbanding adik-beradik lain kerana sebaik ibu bapa memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian dalam semua aspek termasuk rangsangan awal perkembangannya. Dengan kata lain, keterujaan ibu dan bapa yang pertama kali bergelar ibu bapa memberi kelebihan kepada anak pertama.

Sangat Berdikari

Sekiranya dalam usia masih kecil mereka sudah mempunyai adik maka ciri-ciri berdikari anak pertama sangat terserlah. Secara semula jadi anak pertama perlu menjadi individu yang pandai berdikari apatah lagi ketika itu perhatian ibu bapa lebih tertumpu kepada adik baru. Tidak hairanlah anak pertama lebih matang dan berdikari dalam banyak hal apabila mereka semakin besar kelak.

Lebih Kreatif

Maksud anak pertama lebih kreatif adalah sangat luas! Mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana sifat kreativiti tidak dipengaruhi oleh urutan kelahiran seseorang. Tetapi bila diperhatikan kebanyakan anak pertama mempunyai ciri-ciri lebih kreatif berbanding anak yang lain.

Kreativiti mereka terbentuk kerana sudah terbiasa dengan permasalahan yang dihadapi sejak kecil. Anak pertama adalah seorang problem solver yang handal dalam menyelesaikan masalah. Oleh kerana itulah anak pertama mempunyai kreativiti yang tinggi berbanding anak yang lain.

Mudah Empati Pada Orang Lain

Sifat ini mungkin atas dasar tanggungjawab terhadap adik-adiknya. Kerana itulah anak pertama boleh memberikan perhatian lebih terhadap orang lain. Selain itu, rasa empati yang tinggi juga membuatkan anak pertama lebih mudah memahami perasaan orang lain. Biasanya walaupun mereka agak garang dan tegas pada adik-adik yang lain tetapi cepat rasa kasihan dan sedih apabila adik-adiknya dimarahi oleh ibu atau bapa.

Bertanggungjawab Tetapi Mudah Stres

Ibu dan bapa selalunya akan menekankan sifat tanggungjawab lebih kepada anak pertama berbanding anak yang lain. Ia bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga kepada adik-adiknya. Oleh kerana sifat itulah anak pertama akan mengejar kesempurnaan dalam setiap tugasnya sehingga mudah rasa tertekan.

Ketua Yang Bercita-Cita Tinggi

Sebagai anak pertama yang sudah terbiasa dengan tanggungjawab menjaga adik-adiknya membuatkan ciri kepimpinan ada dalam diri mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kalau anak pertama selalu kelihatan lebih menonjol di sekolah sehingga sering dilantik untuk memimpin sesebuah persatuan atau aktiviti.

Sifat kepimpinan mereka ini sangat bagus jika disalurkan kepada sesuatu yang positif seperti memberi ilmu tentang kepimpinan dan berbagi info lain menyokong kemampuan mereka memimpin. Dengan cara ini mereka mampu menjadi bakal pemimpin yang hebat dalam keluarga, masyarakat bahkan negara satu hari nanti.

Mudah Terkena Penyakit

Ciri ini mungkin dari sisi negatif dari anak pertama iaitu daya tahan tubuh yang agak lemah sehingga cenderung mudah diserang penyakit terutama masalah alergi. Ini telah dibuktikan secara ilmiah menerusi kajian yang mendapati gen ibu bapa yang diturunkan kepada anak pertama cenderung menurunkan keadaan tersebut.

Biasanya anak pertama mempunyai beberapa alergi tertentu. Kepada ibu bapa yang baru mempunyai anak sebaiknya elakkan anak dari tempat atau individu yang berpotensi menyebarkan virus atau bakteria yang berbahaya kepada kesihatan anak pertama anda.

Apa yang dinyatakan ada sebahagian yang menunjukkan ciri-ciri Firash, tetapi sebahagian yang lain pula adalah agak sukar untuk Farah pastikan atau tentukan kerana tidak ada perbandingan yang dapat dilakukan disebabkan dia seorang trang tang tang di rumah. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi tak taulah bagi anda di luar sana kalau-kalau ada yang sememangnya serupa ke kan? Betul tak?

Ibu-Ibu! TIPS KESELAMATAN Jika Keluar Bersendirian Dengan Anak-Anak

$
0
0
IBU-IBU! TIPS KESELAMATAN JIKA KELUAR BERSENDIRIAN DENGAN ANAK-ANAK

Ini memang kisah dan pengalaman Farah lah ni. Keluar secara bersendirian dengan anak kebanyakan pada masanya. Send a kiss. Keluar dengan suami lain ceritanya, keluar bersendirian dengan anak tanpa ditemani suami pun lain ceritanya. Jika keluar dengan suami tu, bab keselamatan tu, In Shaa Allah, terjamin sebab ada suami untuk menjaga serta melindungi isteri serta anak-anak kan? Akan tetapi, bila dah terpaksa keluar bersendirian atas sebab-sebab yang memaksa serta memerlukan, memang banyak perkara yang perlu diambilkira serta dipertimbangkan dan diperhatikan. Alhamdulillah – lah, sepanjang hampir 4 tahun usia Firash, setakat ini, masih controllable jika keluar bersendirian dengan Firash. Dia pun nampaknya faham yang Mommy menggendalikan dia seorang diri ketika perlu keluar bersendirian tanpa kehadiran Ba Bah. Ibu-ibu! Tips keselamatan jika keluar bersendirian dengan anak-anak di dalam entri kali ini adalah sangat-sangat-sangat perlu diberi perhatian pada sesiapa yang terlibat di dalam situasi ini ya?

Jangan Kongsi Status / Lokasi

Kalau sesiapa perasanlah… sejak-sejak beberapa ketika ataupun semenjak dari mula dulu, Farah memang tidak pernah berkongsi status / lokasi Farah dan Firash jika kami sedang menuju atau berada di mana-mana lokasi. Memang sangat berat dan sangat susah untuk Farah kongsikan. Perkara ni sememangnya Farah dah alert and aware sedari lahirnya Firash. Bagi Farah, tak ada kepentingan pun nak kongsi status atau lokasi Farah di mana semata-mata nak up di media sosial dan menarik perhatian ramai. Hua hua hua… Open-mouthed smile Tapi, dalam hati tu tipulah kalau kata tak ada keinginan juga kan? Muahaha… Haruslah ada… Open-mouthed smile. Semua tu, kalau naklah, kalau nak Farah akan muatnaikkan atau kemaskini status selepas segalanya selesai. Dah balik rumah, dah baring-baring semua bagai, dah rehat, dah mandi, dah makan… Baru Farah muatnaik dan kemaskini status.

Choppp!!! Kecuali kalau ianya melibatkan tugasan blog. Kalau Farah menghadiri mana-mana acara atau majlis. Yang tu, memang Farah akui, Farah akan kongsikan lokasi sesekali berdasarkan keperluan. Untuk pergerakan Farah dan Firash, jika ada, kebanyakannya secara umum dan tidak spesifik.

Hantar Mesej / What’s App Pada Suami

Ate…Dah katanya ada suami, kenalah teman kaborkan pada suami ya tak? Mike pun mesti buat benda yang sama kan? Sebelum keluar, hantar What’s App pada suami untuk maklumkan, minta izin. Penting tu, suami tahu ke mana pergerakan isteri. Katalah jadi apa-apa, tahulah suami nak bertindak macam mana. Ini kalau tak ada klu, masak dibuatnya kalau apa-apa terjadi ya tak? Eloklah bawa-bawa maklumkan dan minta izin dari suami kalau nak ke mana-mana tanpa mereka. Biarlah dia bosan ke apa… yang penting kita kena beritahu juga suami. He he he… Winking smile… Tabah Ba Bah Firash baca mesej atau What’s App Mommy Firash selama hampir 5 tahun usia perkahwinan kami ni ha… Ahaksss… Asal nak keluar jer mesej, asal nak keluar jer What’s App… Smile with tongue out

Ambil Duit Siap-Siap

Kira duit, siap-sediakan duit. Jadi tak perlulah nak kelam kabut berperang dengan anak-anak ketika nak keluar duit. Sebagai langkah privasi dan keselamatan juga ni. Bahayalah… Berselirat dengan anak-anak dan nak keluarkan duit dari ATM. Farah yang ada Firash sorang pun, terasa berselirat sebab kita nak tekan dia nak tekan juga. Lepas tu orang dah ramai beratur kat belakang segala bagai. Yang cepat boleh jadi lambat. Tak nak serabut dengan semua ni, eloklah Farah bawak-bawak cucuk kad dan keluarkan duit dari mesin ATM tu sebelum keluar bersendirian dengan Firash. Dah senang…Tak payah nak rasa macam huru-hara sangat. Itu sorang tu? Kalau anak lebih dari sorang? Sibuk kita nak mencucuk di mesin ATM, ada yang berlari-larian ke sana ke mari, tak reti duduk diam. Risau ooo… Bagi Farahlah… Sebab zaman sekarang ramai orang jahat… Kita tak boleh nak jangka apa yang akan jadi…Tak nak ambil risiko. Lantaklah orang nak panggil Farah paranoid ke apa kan? Tapi keselamatan tu lagi penting.

Jelaskan Undang-Undang Kepada Anak-Anak

Sewaktu bayi dan fasa toddler dulu, memang tak pernah jelaskan ada undang-undang tu, undang-undang ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile…Sikit-sikit tu adalah, tapi not that firm. Tapi bila dah masuk tahap preschooler sekarang ni. Memang kena dan wajib kena ada undang-undang kalau nak keluar ke mana-mana. Memandangkan dah pandai memberi pandangan maut (non-verbal communication) bila nak minta sesuatu yang boleh mencairkan habis hati Mommy… Makanya nak tak nak terpaksa wujudkan undang-undang.

Terutama-tamanya bila pergi ke lubuk permainan. Anak-anak kecil kalau nampak permainan kan selalunya tak pernah kata tak nak. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Bagi nak memastikan keadaan terkawal, selalunya dalam kes Firash, jika sesuatu harga tu terlalu mahal atau tidak berbaloi, Farah akan cuba cari alternatif lain untuk menggantikan permintaan dia ataupun, jika harganya tidak mahal dan mampu beli… Instead of, ambil dua tiga, Farah cuma beri kebenaran untuk beli satu sahaja! Tak lebih dari itu. Ok? Buat tak layan? Setakat ni, jujur, belum lagi tiba saat buat tak layan dengan permintaan anak…Hu hu hu… Tak cukup kuat untuk menghampakan permintaan anak. Cumanya, tak adalah diturutkan apa sahaja kehendak dia. Jika tak mampu, gantikan dengan yang mampu jer. Yang ada-ada jer.

Yang ada-ada tu pun bukan sebab nak muakan anak. Tapi sebab tak nak menghampakan dan beri rewards pada si anak bujang kecil tu jika dia behave, jika dia rajin belajar – main psikologi sikit. Bagi bakar sikit semangat dan bagi dia happy sikit. Winking smile. Cara nak kawal agar bajet tak burst. “Firash, Mommy bawa RM 50.00 sahaja… Kita tak boleh belanja banyak-banyak, nanti Mommy nak isi minyak, Firash nak makan lagi…”…Ha ha ha…Open-mouthed smile… Alhamdulillah, dia fahamlah setakat ni…Ekekeke… Nampak macam kejam, tapi yang bagusnya dia faham!

Sentiasa Bersedia

Bila kita membawa seorang kanak-kanak aktif, riang dan ceria yang suka berlari ke sana ke mari atau secara tiba-tiba senang jer dia tantrum tanpa tahu sebab… Wakakaka… Open-mouthed smile makanya kena sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada. Selalunya, sebelum keluar pastikan perut mereka sudah cukup kenyang, sudah cukup tidur, mood elok, kemudian ada makanan sebagai umpan untuk anak-anak duduk diam di dalam kereta. Tak kisah sama ada perjalanan pendek mahupun panjang.

Tempat Letak Kereta Berhampiran Atau Tempat Letak Kereta Khas Pemandu Wanita

Kalau boleh, kalau boleh cari tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu masuk, tempat letak kereta yang teduh seperti di bawah basement atau di bawah atap atau di bawah pokok yang rendang. He he he… Open-mouthed smile. Kalau kita sendiri tak kisah. Tapi bila ada anak kecil, kesianlah mereka. Kalau panas nanti, merah padam muka. Kalau hujan pula, sekurang-kurangnya selamat dari terkena air hujan anak-anak tu. Kalau ada tempat letak kereta khas untuk pemandu wanita lagi bagus. Sesetengah tempat memang ada menyediakan kemudahan sebegini.

Aturkan Buddy System Untuk Anak-Anak

Kitakan biasa dengan latihan kebakaran? Ada satu jenis latihan di dalam latihan kebakaran yang mana kita perlu berikan nama pasangan kita --- buddy system. Fungsinya jika berlaku kebakaran, kita harus berlari turun ke tempat lapang dan cari di mana buddy kita berada. Selalunya orang yang bekerja satu bahagianlah supaya senang nanti nak cari. Kalau anak-anak ramai, anak-anak dah besar. Latih anak-anak dengan buddy system ni.

Jangan Lepasi Batas Masa

Dah namanya keluar sendirian tanpa suami. Kena faham-faham sendiri sajalah. Bukan tiket sesuka suki hati nak merewang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun mungkin ada sesetengah orang yang suka. Pergi cepat balik cepat. Tetapkan had masa, jangan lebih dari sejam ke? sejam setengah ke? dua jam ke? Ini termasuk perkiraan nak makan sekali ya? Bukan apa, awal-awal anak-anak biasanya akan teruja sebab dapat berjalan, kemudian semakin lama semakin tenaga mereka akan berkurangan. Haaaa…kalau sudah melebihi fasa sejam, mulalah merengek, tantrum, segala bagai. Bermula sudah episod drama sangat! Jadi untuk mengelakkan berlakunya kejadian sebegini, Farah kebiasaannya memang tak akan berada di luar lebih dari sejam setengah atau lebih dari had masa untuk tujuan keluar tu. Keluar rumah, tau dah fokus nak buat apa, beli apa, ke mana. Tak ada makna masa nak keluar, masa memandu, masa tu baru nak fikir ke mana arah tuju dan apa tujuan keluar. Jangan fefeeling yang kau masih single mingle.

Bukan mudah untuk keluar sendirian dengan anak-anak kecil. He he he… Open-mouthed smile Sewaktu Firash masih bayi, memang Farah sangat-sangat jarang keluar dan banyak fokus pada bonding time di rumah sahaja. Jika ada acara yang melibatkan blog pun, tak pernah bawa dia dan selalunya memang kena tinggal jer lah dia, kecuali acara-acara yang bersesuaian. Itupun setelah dia mencapai usia hampir setahun kot? Yang penting kan… diri kita harus sentiasa positif dan tidak terlalu bergantung kepada suami. Sedikit pun Farah tak rasa hebat, tetapi sangat bersyukur kerana pengalaman ini banyak mematangkan diri sendiri. Sesekali tu adalah juga mengadu domba pada suami. Ha ha ha… Open-mouthed smile Biasalah tu kan?

Itu jer yang Farah nak kongsikan dan perkongsian ni pun setelah Farah cuba kolaborasikan dengan artikel yang sempat Farah baca di SINI. Buat ibu-ibu di luar sana, perkasakan diri dan jangan takut untuk berubah! Ecewahhh! Suami sibuk dan terpaksa keluar sendirian bukan halangan untuk kita keluar rumah untuk sesuatu keperluan kan? Winking smile

PADDLE POP YOUNG BUILDERS AWARD 2017 SETS UNITY THEME TO DRIVE ECO AWARENESS

$
0
0
Paddle Pop Drives Young Students Towards Designing Eco Structures to Promote Unity as Key to Building a Sustainable Future

PADDLE POP YOUNG BUILDERS AWARD 2017 SETS UNITY THEME TO DRIVE ECO AWARENESS

Entering its fifth year, the Paddle Pop Young Builders Award was launched today with “Unity for a Greener Future” as its theme. The Paddle Pop Young Builders Award which is an annual national competition targeted at primary school children, promotes environmental awareness as kids design and build creative structures made from used and recyclable materials.
 
The Paddle Pop Young Builders Award 2017is a platform to educate primary school kids on the various materials that can be reused, repurposed and recycled in fun and innovative ways. This year, the participants’ design must exhibit how the chosen structure is enhanced with local elements that promote unity within a school environment while promoting the message that a greener future is vital.
 
PADDLE POP YOUNG BUILDERS AWARD 2017 SETS UNITY THEME TO DRIVE ECO AWARENESS 2
 
PADDLE POP YOUNG BUILDERS AWARD 2017 SETS UNITY THEME TO DRIVE ECO AWARENESS 3

The award was officially launched by Dato’ P. Kamalanathan, Deputy Minister Education I, Ministry of Education and Mr Shiv Sahgal, Marketing Director, Foods and Refreshment of Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhdat the National Planetarium, Kuala Lumpur.
 
Dato’ P. Kamalanathan, Deputy Minister I, Ministry of Education, said, “By incorporating the message to reuse, repurpose and recycle and motivating kids to nurture their artistic abilities, the Young Builders Award has successfully shaped an inspiring platform for a greener future for our next generation. This initiative with its powerful underlying messages on unity for a greener future will further encourage kids to develop greater environmental awareness in a more holistic manner.”
 
Last year, a record-breaking number of 1009 entries were received from schools across Malaysia, which was an increase of 400% as compared to the year before.
 
According to Mr Shiv Sahgal, Marketing Director, Foods and Refreshment, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, “The Paddle Pop Young Builders Award challenges young minds in the hopes of unleashing their creativity to bring a new lease of life to materials that would otherwise be thrown away thoughtlessly. We hope that this year’s theme where participants have to build a robot with everyday waste materials where the robot’s purpose is to monitor and keep the school environment green in a fun and innovative way. This will help drive the message of a greener future that goes beyond just the immediate participants but to the whole school as well.”
 
PADDLE POP YOUNG BUILDERS AWARD 2017 SETS UNITY THEME TO DRIVE ECO AWARENESS 4
 
The Paddle Pop Young Builders Award 2017 seeks to find the most creatively crafted life-size robot structure fully made from used and recyclable materials that also represents local elements of Malaysia and the participant’s respective states in conjunction with the country’s 60th National Day.
 
Materials allowed include plastic bottles, plastic bags, plastic containers, aluminum tins, newspaper, magazines, Paddle Pop ice-cream sticks, ice-cream wrappers, and other materials that can be reused, recycled and repurposed.
 
The award is open to all national primary schools for kids in Standard 4 to 6. Schools can submit as many sketches of the robot they would like to build with the national and state’s identity in the design concept by 23 June 2017 to yba@paddlepop.com.my. The sketch must incorporate how the materials will be used. The top 20 designs will be chosen to build their life-size robot at a 3Day/2Night all-expense paid finale to be held in August at a venue to be determined at a later date.
 
Heading the panel of judges is famed local artist, Professor Jalaini Abu Hassan from Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
 
The main prize is RM6,000 cash to the winning school, 3 Day/2 Night LEGOLAND® Malaysia Resort Family Vacation which includes a travel voucher worth RM500, combo admission tickets and hotel arrangement for each of the four participants in the team and a certificate of participation each. The two consolation prizes include RM2,000 cash to the school, and 2 LEGOLAND® Malaysia Resort combo admission tickets for each team member.
 
The Paddle Pop Young Builders Award programme is part of the Unilever Sustainable Living Plan (USLP) to make sustainable living more commonplace. USLP aims to remove environmental footprint from its growth and increase positive social impact. This includes addressing consumers’ health and wellbeing by improving nutrition. Paddle Pop ice cream variants are formulated to meet the nutritional criteria and abide by healthy nutritional guidelines specifically for calories, saturated fats and sugar. Through the Unilever Sustainable Living Plan (USLP) it is assured that the Paddle Pop kids ice cream range contain no more than 110kcal per serving, 3g saturated fat per serving and 20g of added sugar per 100g.
 
“As an iconic brand that has been a part of many kids’ childhood, Paddle Pop ice cream variants have been formulated to make it a healthier choice for kids today,” added Shiv Sahgal.
 
At the launch event, a life-size robot designed and created by the Art and Design faculty of UiTM teamwas unveiled to highlight Paddle Pop Young Builders Award 2017’s theme and be an inspiration to interested participants. The structure which was led by Senior Lecturer, Elliza Hashim described that the robot comprises of various used materials of plastics, paper based boards and some discarded fabrics.The robot, named Tuah, is meant to be stationed in schools to monitor the recycling habits of kids. It has a set of multi-terrain wheels which portray a very hardworking robot on a mission to scavenge waste materials and ensure that it is properly recycled. It has almost human-like arm function to pick up things and work productively. Tuahalso has a set of gadgets like a blaster gun to recycle waste items brought to him by kids wanting to recycle. He will then reward the kids with Paddle Pop ice cream.Tuah is dedicated to help schools contribute to a greener future.
 
For more information or to download the contest form, teachers, kids and parents are encouraged to visit www.paddlepop.com.my.
 

About Wall’s Malaysia

Wall’s has been a leading ice-cream brand in Malaysia for the past 45 years. Wall’s is a brand from the reputed multinational corporation Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Unilever is a world leader in the ice-cream industry and has, over the years, launched several successful ice cream products under the Wall’s brand. Among its innovations are Selection, Cornetto, Magnum, the Paddle Pop range and its Minis range.

Woot! Woot! The TRAVELOKA Winning Stays Is Here!

$
0
0
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE!

Dah muka TRAVELOKA dah Farah ni ya? Ha ha ha... Open-mouthed smile asalkan ada jer berita terkini mengenai tawaran hebat dari TRAVELOKA, Farah lah salah seorang yang pertama in line memberikan makluman kepada semua pembaca Bubblynotes.Com kan? #Ehhh, haruslah! Berita baik, berita bermanfaat dan untuk kemaslahatan semua orang, kenapa nak simpan-simpan sesuka hati sendiri kannn? Wajib kena kongsi dengan semua orang... Tak baik kedekut kan? Bukan dapat apa pun... Betul tak? He he he... Open-mouthed smileWoot! Woot! The TRAVELOKA Winning Stays is Here! Diulangi... Woot! Woot! The TRAVELOKA Winning Stays is Here! Tu diaaa... dua kali Farah ulang ok?

Ni apa cerita ni? Apa dia TRAVELOKA Winning Stays ni? Cerita mudah dan senang faham... setiap minggu pada bulan April 2017 ni, pihak TRAVELOKA akan menampilkan sebuah hotel yang dapat menawarkan pengalaman percutian yang unik yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh semua kaki holiday! Tawar bukan sebarang tawar tapi anda juga berpeluang untuk memenangi PENGINAPAN PERCUMAdiulangi PENGINAPAN PERCUMA di tempat-tempat yang sangat menakjubkan!
 
Sebagai contoh ya? Sebab kempen ini telah pun berjalan, makanya bolehlah Farah tunjukkan contoh kepada anda. Sila lihat gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh pihak TRAVELOKA untuk TRAVELOKA Winning Stays ini.
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 2
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 3
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 4
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 5
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 6
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 7
 
Gila ohsem kot? Tengok gambar pun dah terasa teruja dan terasa memang ianya adalah satu bentuk percutian dan penginapan yang unik! Rakyat Malaysia termasuklah Farah sememangnya memang menyukai percutian yang dinamakan sebagai good staycation kan? Barulah rasa berbaloi dan puas dengan percutian kan? Betul tak? Bercuti semestinya nak rasa berbaloi dan puas hati. Jika tidak apalah makna satu-satu percutian itu.
 
Tidak semestinya bercuti ke luar negara sahaja ya tak? Jika nak diikut-ikutkan terdapat banyak tempat-tempat yang sangat menarik serta unik untuk percutian di Malaysia ni. Farah sendiri akui, Farah belum sempat jelajah Malaysia lagi... Ahaksss... Open-mouthed smile. Sebab tu bila terbaca dan dapat tahu mengenai TRAVELOKA Winning Stays ni, tetiba Farah jadi melonjak-lonjak dalam hati... Suka! Suka! Suka! He he he... Open-mouthed smile. Manalah tahu kot-kot kalau ada rezeki kan?

Bersedia untuk bersama-sama Farah tak? Untuk merebut peluang memenangi percutian unik? Jomlahhh... Bukan susah pun mekanismenya... Caranya:
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 8
 
Farah terangkan lebih lanjut atau jelaskan dengan lebih terperinci ya?
 
Ini adalah caranya bagaimana Farah dan anda semua boleh meluangkan masa selama 2 hari 1 malam untuk percutian hebat yang disertakan dengan makan malam istimewa di hotel-hotel atau penginapan yang unik serta hebat secara PERCUMA!
 
1. Sila like laman Facebook TravelokaMY.
2. Kongsikan album yang dimuatnaikkan oleh pihak Traveloka.
3. Beritahu kenapa dan mengapa anda layak untuk mendapatkan percutian dan kenapa anda mahu mengginap di hotel yang berkenaan beserta dengan #TravelokaWinAStay.
 
Dah! Tu jer yang kena buat pun... Bukannya teruk-teruk sangat nak kena buat itu, ini. Mudah kan? Rasanya kurang dari 10 minit boleh kau tim ni kan? Jadi ringan-ringankan jari-jemari tu nak berkongsi untuk memenangi percutian dan penginapan yang unik dan istimewa. Manalah tau kot-kot jadi rezeki terpijak salah seorang antara yang bertuah yang terpilih untuk menjadi pemenang kan? Farah nak oiii...rugilah siapa tak nak... Siapa nak bagi ya tak?
 
Makanya, besar-besarkan mata anda, alert dengan perkembangan semasa dan terkini dari Traveloka. Terutamanya! Pada setiap hari Isnin pada jam 6.00 petang di bulan April 2017 ini setiap minggu untuk hotel-hotel terkini di dalam senarai di laman Facebook TravelokaMY  dan juga laman Instagram TravelokaMY.
 
Ehemm! Tunggu apa lagi? Jomlah mula sekarang! Jom jom jom...kita sama-sama mencuba untuk rezeki terpijak kata kau! #TravelokaWinAStay

Sistem Pemberian Mata DEMERIT Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)

$
0
0
SISTEM PEMBERIAN MATA DEMERIT KESALAHAN JALAN RAYA KEJARA

Sebab dah banyak sangat kenderaan atas jalan raya dan sebab dah banyak sangat kesalahan jalan raya lah ni wujud sistem ni kot? Ha ha ha… Open-mouthed smile Perlu mengawal dan dikawal sebelum tak terkawal kaedahnya. Terkini buat pemandu-pemandu seantero Malaysia! Sistem Pemberian Mata DEMERIT Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Tak nak berkenalan ke dengan KEJARA? Jomlah berkenal-kenalan bagi sesiapa yang belum sempat nak berkenalan lagi tu. KEJARA ya KEJARA…Bukan KEJORA lagu Search tu… Ahaksss… Open-mouthed smile

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sistem KEJARA?

Sistem KEJARA adalah merupakan satu sistem pemberian mata demerit kesalahana jalan raya kepada pemandu-pemandu kenderaan bermotor yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan yang terjadual di bawah Motor Vehicles (Demerit Points) Rules 1997.

Objektif Sistem KEJARA

  • Meningkatkan kesedaran pemandu=pemandu untuk mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.
  • Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di atas jalan raya.
  • Membantu menyokong usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Pelaksanaan Sistem KEJARA

Sistem Kejara telah dilaksanakan melalui Seksyen 35 , 35A , 37 dan 38 , Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Motor Vehicles ( Demerit Points ) Rules 1997.

Mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahan terjadual yang dilakukan olehnya.

Pemberian mata demerit akan bermula apabila notis saman diselesaikan iaitu:
a. Penalti diselesaikan dengan membayar kompaun.
b. Penalti diselesaikan dengan membayar denda di mahkamah.

Penalti Yang Dikenakan Di Bawah Sistem KEJARA

Penalti yang dikenakan terhadap pemegang lesen CDL yang mengumpul 15 atau lebih mata demerit.

Kali Pertama - lesen memandu digantung tidak lebih dari 6 bulan.
Kali Kedua - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih dari 12 bulan.
Kali Ketiga - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih 12 bulan; dan lesen memandu hendaklah dibatalkan , sekiranya kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun.

Lesen P dibatalkan apabila mengumpul 10 atau lebih mata demerit.

Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan.
Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen 'P'), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.

Penalti : Memandu semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan boleh didenda RM1,000.00 atau enam(6) bulan penjara.

SISTEM PEMBERIAN MATA DEMERIT KESALAHAN JALAN RAYA KEJARA 2

Pemberian Bonus

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata demerit akan diketepikan.

Kesalahan-Kesalahan Terjadual Dan Mata Demerit Yang Dikenakan

Bil Kesalahan ~ Mata Demerit
01 Memandu atau mengawal kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah. ~ 15
02 Memandu dengan melulu atau membahayakan. ~ 15
03 Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa. ~ 15
04 Perlumbaan haram ~ 15
05 Seseorang yang tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas, darah atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis. ~ 15
06 Gagal mematuhi lampu isyarat. ~ 10
07 Melebihi had laju yang ditetapkan pada sesuatu jalan atau kenderaan:
- melebihi 40 km/j ~ 10
- melebihi 26 km/j - 40 km/j ~ 8
- melebihi 1 km/j - 25 km/j ~ 6
08 Kesalahan-kesalahan berhubung memotong dan halangan semasa memotong ~ 8
09 Gagal memberi laluan kepada ambulans atau kereta bomba atau kenderaan polis . ~ 8
10 Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu di lintasan pejalan kaki ~ 8
11 Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pemanduan di sebelah kiri jalan ~ 8
12 Gagal berhenti di persimpangan ~ 8
13 Cuai mengawal dengan wajar pergerakan kenderaan ~ 8
14 Menggunakan kenderaan motor di jalan yang disekat ~ 5
15 Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalulintas ~ 5
16 Mengunakan tayar botak ~ 5
17 Memotong di garisan kembar (garisan tidak putus) ~ 5
18 Gagal mematuhi syarat syarat yang dilampirkan pada lesen memandu percubaan (kaedah 15A) Kaedah-kaedah kenderaan motor (lesen memandu) 1992 :
i. gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya semasa memandu ~ 5
ii. gagal mempamerkan tanda pengenalan di tempat yang mudah dilihat mengikut gambarajah dalam jadual keenam kaedah-kaedah tersebut ~10
ii gagal memastikan bahawa kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencingnya adalah pada tahap 0.00 ~ 5

Insentif Berkelakuan Baik

a. Mana-mana individu yang tidak melakukan sebarang kesalahan demerit dalam tempoh satu tahun, maka 50% daripada mata yang terkumpul akan dikurangkan.

b. Mata demerit akan dihapuskan sekiranya tidak melakukan kesalahan demerit dalam masa 2 tahun berturut-turut.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (KEJARA) boleh di emelkan kepada kejara@jpj.gov.my.


The INFLUENCE ASIA 2017 Awards!

$
0
0
THE INFLUENCE ASIA 2017 AWARDS!

The Influence Asia 2017 Awards! Pengalaman paling manis! Pengalaman paling indah! Selepas beberapa ketika bergelar blogger dan berkecimpung di dalam bidang penulisan maya yang ada naik turunnya. Banyak asam garamnya… Dari “kosong” sehinggalah tak berapa nak berisi sangat ilmu pengetahuan di dalam dunia blog – tapi bolehlah kalau setakat nak hidup tu kan? Winking smile. Cumanya sememangnya Bubblynotes.Com fokus kepada niche parenting dan juga ada sedikit niche lifestyle di sana sini sinun yang diselitkan supaya Bubblynotes.Com lively dan tak bosan kononnya… Ahaksss… Open-mouthed smile… Alhamdulillah walaupun sekadar blogger yang tak seberapa, ianya telah membawa Bubblynotes.Com ke arah satu pencapaian yang tidak pernah dijangka, tidak pernah dikejar dan tidak pernah pun rasa diri ini layak untuk tercalon sebagai Top 15 Nominees for Parenting Category Malaysia. Ramai lagi yang hebat belaka di luar sana nun… Hakak ni bukan siapa-siapa dik non oiii… Cuma blogger biasa jer… Syukur Alhamdulillah, syukran Ya Allah!

08.04.2017 – hadir di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre sebagai Top 15 Nominees for Parenting Category Malaysia sebagai tetamu dan meraikan rakan-rakan influencer yang lainnya yang telah berjaya melayakkan diri sebagai Finalis Top 4 bagi penganugerahan social media influencer yang terbesar di Asia. The last event was way back in 2015 dan setelah 2 tahun, Influence Asia 2017 kembali lagi menemui para influencer yang mana pada kali ini, Malaysia adalah merupakan tuan rumah kepada acara besar bagi seluruh influencer rantau Asia ini. Negara-negara yang terlibat atau influencers yang terlibat adalah dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Phillipines, Thailand, Vietnam dan juga Korea. Kategori yang dipertandingkan pula adalah seperti:

  • Top Beauty Influencer Asia 2017
  • Top Parenting Influencer Asia 2017
  • Top Food Influencer Asia 2017
  • Top Fashion Influencer Asia 2017
  • Top Health & Fitness Influencer Asia 2017
  • Top Breakout Influencer Asia 2017
  • Top Lifestyle Influencer Asia 2017
  • Top YouTube Channel Asia 2017
  • Top YouTube Personality Asia 2017
  • Influencers’ Choice Award 2017
  • Influencer of The Year

THE INFLUENCE ASIA AWARDS 2017! 2

Dengan dress code: Black Tie… Memang ramai influencer yang membanjiri ruang legar Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre petang semalam. Masa ni, adalah masa keemasan untuk berkenal-kenalan dengan para influencer dari serantau Asia sambil-sambil bertukar-tukar pendapat dan juga berkongsi pengalaman masing-masing. Sambil menyelam minum air kan? Ceduk sikit ilmu sana-sini untuk memperkasakan diri serta memperbaiki diri. I just love being around them and I am really excited with this experience! Ini tak boleh dibeli di mana-mana oiii! Berbelas tahun bergelar blogger, baru kini dapat merasa semua ni. Memanglah teruja. Siapa nak kata Farah jakun pun Farah tak peduli! Yang penting, ini salah satu big achievement on my passion for these years! Betul tak?

Di mana duduknya Farah di kalangan para influencer hebat serantau Asia? Mereka semua hebat-hebat… Ha ha ha… Farah tak hebat oiii? Baru belajar bertatih…

THE INFLUENCE ASIA 2017 AWARDS! 3 (1)


Inilah duduknya Farah… Di dalam kalangan Top 15 Nominees By Country. Itupun dah cukup baik dah bagi Farah. Ehemmm… Send a kiss kita bagi close-up sedikit untuk diabadikan sebagai kenangan indah…

THE INFLUENCE ASIA 2017 AWARDS! 3 (2)

Haaaa… nampak tak nama Farah? Nampak tak? Ahaksss… Open-mouthed smile Jakun kan? Tapi who cares? Ini setelah berbelas tahun ok? Setelah tidak berhenti menaip dan terus menaip demi menghidupkan Bubblynotes.Com. Minat yang penuh dengan struggling and juggling. Uishhh banyak oiiii turun naik suka duka di dalam perjalanan sebagai seorang blogger. Nak cerita apa?

  • Berblog tanpa laptop? Ini memang kisah dah berulang-ulang Farah dok bebel dalam Bubblynotes.Com… Tak ada laptop! Duduk kafe siber berjam-jam… Bayar beringgit-ringgit. Kebanyakan pada masa pakai telefon pintar jer nak kemaskini blog, walaupun ramai blogger yang menyatakan ketidakselesaan untuk berblog melalui telefon pintar. Diakui, sememangnya features agak kurang dari menggunakan komputer mahupun laptop. Tapi pilihan apa yang ada? Itu sahaja yang Farah ada… Nak tak nak, bertahan selama beberapa tahun menggunakan telefon pintar. Tak ada masalah bagi Farah. Alah bisa tegal biasa. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan?
  • Berblog tanpa kamera canggih? Ya memang Farah akui Farah tak ada kamera DSLR yang boleh capture gambar gempak-gempak… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi jujur Farah akui, Alhamdulillah… setakat ini ok jer… Kamera canggih bukan kayu pengukur untuk kemajuan sesebuah blog… Gambar yang jelas dan terang serta berkualiti itu adalah lebih penting. Kalau pakai kamera mahal-mahal teknik merakam gambar tak betul pun, belum tentu cantik gambar oiii… Betul tak?
  • Masa berblog? Kehidupan sebelum mempunyai anak dan setelah mempunyai anak, bukannya serupa. Sebelum ada anak, ikut suka kaulah nak berblog bila-bila masa… Tapi bila ada anak, dalam tandas pun jadi kau nak draf entri. Bawa telefon sampai masuk tandas ok? Sambil riba atau pangku anak, sambil tidurkan anak… pun boleh draf dan muatnaik entri. Lagilah kalau bekerja kan? Makan gaji… Setengah hari dah tentu-tentu dihabiskan di pejabat. Masa nak kemaskini blog atau draf entri memang waktu malam sebelum tidur jer lah… Itu yang selalu tidur lewat tu…
  • Kena marah? Ha ha ha… Open-mouthed smile Sebab blog Farah kena marah dengan suami sebab selalu tidur lewat kerana dia risaukan kesihatan Farah. Sebab blog Farah kena marah dengan suami sebab bila dia ada, ada masa-masa sibuk nak kemaskini media sosial, sibuk nak balas e-mel pihak klien atau PR. Sebab blog Farah kena bebel dengan nenek Firash… asal anak tidur jer, telefon tak lepas dari tangan. Bukan mudah nak fahamkan mereka-mereka yang Farah sayang ni tau… Alhamdulillah, setelah beberapa ketika mereka mula memahami dan mereka mula semakin lama semakin memberi sokongan ke arah minat Farah ni.  Bila mereka lihat apa hasilnya, bila mereka mula memahami ianya adalah sesuatu yang positif.

Itu cuma serba sedikit. Sebenarnya banyak lagi kisahnya. Cuma takkanlah semuanya Farah nak kisahkan di dalam entri ini ya tak? Sebab ada di antaranya bersifat peribadi dan tidak perlu dicanangkan di dalam Bubblynotes.Com. Send a kiss. Being a blogger doesn’t mean I do not have to respect my own privacy kan? Perlu tahu di mana batasnya juga. Perlu tahu apa yang boleh diceritakan, apa yang patut disimpan juga. Takkan semua isi dalam yang tak sepatutnya diceritakan nak diceritakan ya tak?

Berbalik kepada acara Influence Asia 2017 Awards pula, sememangnya ia merupakan satu acara hebat dan besar. Tak sangka blogger pun ada acara atau majlis ala-ala Grammy Awards gitterw kannn? He he he… Winking smile Tapi baguslah kan? Memberikan motivasi kepada semua blogger-blogger untuk terus menulis dan berkongsi secara maya.

THE INFLUENCE ASIA 2017 AWARDS! 4 (2)

THE INFLUENCE ASIA 2017 AWARDS! 4 (3)

THE INFLUENCE ASIA 2017 AWARDS! 4 (1)

THE INFLUENCE ASIA 2017 AWARDS! 4 (4)

Memang meriah, memang havoc! Betul-betul pengalaman yang sangat mengujakan bagi Farah… Ehhh… Zizan Razak pun ada tau… Tapi Farah tak sempat selfie dengan Zizan Razak. Suami yang sempat selfie dengan Zizan Razak.

THE INFLUENCE ASIA 2017 AWARDS! 6

Untunglah dapat selfie dengan Zizan Razak kan?

THE INFLUENCE ASIA AWARDS 2017! 7 (1)

THE INFLUENCE ASIA AWARDS 2017! 7 (2)

Yang dinobatkan sebagai pemenang atau Top Influencer Asia 2017 dari ratusan Top 15 Nominees dan Top 4 Nominees, Farah ucapkan tahniah dan Farah tumpang gembira. Terkilan ke? Sebab tak made it until to the Top 4 Finalist and as Top Influencer Asia 2017? Sikit pun tidak ada rasa terkilan… Malahan ini Farah jadikan sebagai satu penggerak semangat yang sejak kebelakangan ini agak terganggu oleh masalah yang tidak terjangka yang sebenarnya sememangnya agak mengganggu konsentrasi juga. But I know, I have to be strong no matter what. Takkan sebab itu jer nak mengalah dan nak mengabaikan perkara-perkara terbaik lain di dalam kehidupan kan? Hidup tetap perlu diteruskan.

THE INFLUENCE ASIA AWARDS 2017! 7 (3)

Setiap seorang yang berjaya merangkul gelaran Top Influencer Asia 2017 bagi kategori masing-masing Farah tandakan. Ini semua jangan tak tau ok? Ha ha ha… Open-mouthed smile sebagai bahan rujukan dan lepas ni Farah nak study kekuatan mereka, cara mereka, gaya mereka di dalam setiap penyampaian untuk penambahbaikan yang boleh Farah lakukan. Belajar dari yang berjaya kaedahnya… Apa-apa pun yang kita buat kena study dulu agar kita faham kan? Dan menjadi semakin faham kan?

Tertarik dengan kata-kata Top Influencer Asia 2017 bagi kategori Health & Fitness – Meiji Anoma dari Thailand yang telah memenangi gelaran ini sebanyak dua kali berturut-turut… Teruskan berkongsi untuk manfaat semua orang bukannya untuk anugerah. Dalam erti kata lain – perbetulkan niat dalam hati lah kan? Niat kena betul, dan teruskan perkongsian yang memberikan manfaat untuk semua orang. Kebaikan dan positivity dalam berkarya.

Pengalaman yang sangat berharga sebagai seorang blogger dan In Shaa Allah, jika ada rezeki, umur panjang… bakal berjumpa 2 tahun akan datang? Terima kasih kepada pihak Gushcloud Malaysia dan juga Yellow Digital Marketing atas segalanya… Winking smile

MOMMY GUILT–Tipu Sangat Kalau Tak Ada!

$
0
0
{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1491738167734","contains_fte_sticker":true,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"width":984,"sources":["229188331012212"],"origin":"gallery","subsource":"done_button","height":984,"total_editor_time":398,"brushes_used":0}

Apabila rasa bersalah terhadap anak melanda…Mulalah cerita berkenaan dengan Mommy Guilt menghiasi ruangan Bubblynotes.Com. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Dengan harapan? Dengan harapan sekurang-kurangnya dapat melegakan sedikit rasa sebak, rasa perit dan rasa sakit di hati kaedahnya… Yeah, that mommy guilt stuff, that stuff that can eat at the core of our mothering heart kan? Mommy guilt – tipu sangatlah kalau tak ada! Tak banyak sedikit pasti ada… Tak banyak sedikit pasti akan merasai perkara ni…

Sejak kebelakangan ni…hati ni lembik sangat! Mudah sangat rasa bersalah terhadap anak sendiri dalam macam-macam perkara. Ada kalanya tak dapat nak bendung rasa sedih dan rasa bersalah tu. Ada kalanya, memang sedaya upaya cuba melawan perasaan bersalah terhadap anak tu… Sebab cuba berfikir dari sudut yang positif. Sebenarnya, memang harus berfikir secara positif pun! Itu cara yang terbaik untuk mengendalikan rasa bersalah seorang ibu terhadap anak-anak. Rata-rata kalau anda cuba buat research tentang mommy guilt atau mom guilt semuanya menyarankan ibu-ibu supaya melepaskan perasaan seumpama ini yang mungkin hadir di dalam hati ibu-ibu.

MOMMY GUILT TIPU SANGAT KALAU TAK ADA!  (3)

Kalau nak diikut-ikutkan memang bercampur-baur perasaan ni, tapi konon-konon cuba buat macam tak ada apa-apa yang terjadi. Bukan disebabkan terlalu memikirkan untuk memberikan yang terbaik kepada anak. #Ehhh…haruslah nak berikan yang terbaik untuk anak-anak, semua ibu bapa pun fikir perkara yang sama kan? Semua ibu bapa pun nak berikan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing kan? Mana ada ibu bapa yang tidak memberikan yang terbaik untuk anak-anak? Ada ke? Surprised smile… Tak mustahil ada, tapi kebanyakannya, secara majoriti semua nak berikan yang terbaik kan?

MOMMY GUILT TIPU SANGAT KALAU TAK ADA!  (4)

Bila lihat Firash termenung di jendela menunggu Mommy sampai rumah pada waktu petang selepas habis waktu pejabat seperti gambar yang terpapar di atas pada minggu yang lalu… Tak payah disuruh-suruh…secara automatik jer perasaan bersalah tu menyerang. Rasa berkaca pula mata ni ha bila ingat-ingatkan balik. Jujurnya sampai sekarang terbayang-bayang kelibat dia seperti dalam gambar tu merenung ke luar dari tingkap. Setiap 5 minit sekali, dia tanya nenek dia…setiap 5 minit sekali dia tanya nenek dia… Tanyanya berbunyi… Mommy? Sehinggakan terpaksa nenek telefon Mommy dan beritahu serta berikan dia telefon untuk bercakap dengan Mommy sendiri. Crying face

Pernah jer kongsi tentang pembacaan Farah dari buku bertajuk Mommy Guilt yang ditulis oleh Devra Renner, yang mana jika diikut-ikutkan ada 10 jenis rasa bersalah seseorang ibu itu yang secara praktikalnya hampir kebanyakkan ibu-ibu di luar sana termasuk diri ini sendiri mengalaminya... Antara rasa bersalah seorang ibu yang termasuk dalam senarai adalah:

1. Tidak menghabiskan masa bermain denagn anak-anak.
2. Mommy mana baju kegemaran saya?
3. Kenapa saya gunakan perkataan itu di hadapan anak-anak?
4. Tidak boleh tahan dengan hasil kerja seni anak-anak dari sekolah.
5. Tidak merakam detik-detik indah.
6. Euwww…Mommy… Apa Mommy masak ni? Tak sedaplah…
7. Mommy tak pernah percayakan saya!
8. Mommy ni sibuk dengan iPad berbanding menghabiskan masa bersama saya!
9. Tapi Mommy dah janji kan?
10. Meninggikan suara dan terjerit-jerit pada anak.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk pada entri Farah sebelum ini yang bertajuk Rasa Bersalah Seorang Ibu??? Itu yang tersenarai…tak campur yang tak tersenarai lagi kan? Betul tak? Cumanya kali ini, memang agak berlainan sedikit rasa bersalah dalam hati ni ha… Hu hu hu… Crying face.

Sejak Kebelakangan Ini, Masa Kami Bersama Agak Terhad

Ya memang agak terhad waktu kami bersama. Pagi-pagi sekarang ni, kami dah awal jer keluar dari rumah. Sebab, waktu bekerja Mommy memang pada jam 8.00 pagi. Firash kena bangun awal. Awal dari kebiasaannya, sebab nak kejar waktu untuk Mommy sampai pejabat tepat pada pukul 8.00 pagi atau lebih awal dari itu. Periuk nasi kena jaga juga oiii! Sayang anak tetap sayang anak, tetapi cari nafkah untuk anak juga kan? Itu satu bab…

Petangnya atau malamnya bila balik dari pejabat (bergantung pada workload)most of the time sekarang, Firash akan tidur disebabkan kepenatan balik dari tadika. Sama ada dia tidur dan bangun untuk seketika. Ok lah kalau dia bangun, Mommy ada waktu sekurang-kurangnya sejam dua bermain, belajar, bergurau senda dan menonton kartun bersama dia. Tapi kalau dia lanjut jer tidur sampai esok pagi? Ha ha ha… Open-mouthed smile masuk angin keluar asap ler nak spend time bersama dia. Uhukss… Mommy pulak rasa terkilan sebab dapat jumpa dia sekejap jer… Sejak-sejak tahun ni lah pun, rasa masa tu sangat mencemburui antara kami berdua beranak.

Mommy Akui, Mommy Ada Marah Sehingga Membuatkan Dia Sedih


MOMMY GUILT TIPU SANGAT KALAU TAK ADA!  (1)

Lihat sahaja reaksi muka dia bila dimarahi Mommy? Alahaiii… Sedih benar penampakkan gayanya… Itu reaksi still pictures… Yang live video ada ni ha sepertimana yang Farah kongsikan di dalam posting Facebook Farah semalam.



Sebenarnya bukan suka-suka nak marah dia, kalau boleh lagi tak nak marah dia. Cumanya ada masa dan ketika bila sekali cakap buat juga, dua kali cakap buat juga, tiga kali cakap – that’s it… Mommy terpaksa marah sebab nak mendidik dia…. Nanti orang kata, Mommy tak reti ajar anak pula kan? Untuk kebaikan dia juga… Bukan untuk Mommy… Ingat suka ke marah-marah pada anak? Sakit ooo dalam hati dan rasa macam ketat jer dalam saluran pernafasan ni. Bila lihat raut wajah dan reaksi dia sebegitu… Adoiii payah ni… Tapi kenalah… Nak didik anak kan? Mak-mak kita dulu pun apa kurangnya… Kannn?

Pulangkan Duit Belanja Kepada Mommy

Ini adalah sesuatu yang sangat menyentuh hati yang berlaku pagi tadi sewaktu sebelum ke tadika. Crying face. Dia minta ke 7-Eleven… Dalam masa yang sama setelah beli apa yang dia nak beli, Mommy bagi dia duit belanja RM 5.00. Manalah tahu kalau-kalau dia nak beli apa-apa sewaktu balik dari tadika kan? Crying face And he is just 3 years 5 months…. Dia faham situasi mak dia yang sedang di dalam kesusahan pada waktu dan ketika ini…Katanya… No Mommy! You take back! Take back! Cukup sekadar apa yang dia dah dapat… Dia tak nak ambil RM 5.00 dari Mommy dia…Masa Farah masukkan dalam kocek baju tadika, dia keluarkan dan letak dalam handbag Farah balik… Tak dapat tahan oooo…. Bergenang air mata ni… There and then itself terus peluk dia ketat-ketat dan cium dia… Crying face

Bagaimana Untuk Stay Positive Dan Hilangkan Rasa Bersalah?


Ingatkan Diri Sendiri Yang Semua Apa Yang Kita Lakukan, Kita Usahakan Adalah Untuk Anak-Anak

Kita berikan mereka makan, kita peluk mereka kerana kita menyayangi mereka. Kita buat apa sahaja yang terbaik kita lakukan adalah untuk mereka. Itu pun sudah cukup baik.

Repeat: Good Enough Not Perfect

Sebab dunia ni tak sempurna sepenuhnya, dan apa yang kita lakukan sekarang adalah untuk mempersiapkan anak-anak untuk hidup di dunia yang sebenar.

Tarik Nafas Dalam-Dalam Dan Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada

Sebenarnya ini adalah sesuatu yang sangat membantu untuk menenangkan perasaan. Bila kita fokus dengan apa yang sepatutnya kita ada dan rasa syukur. In Shaa Allah, kita akan rasa grateful dan sekaligus dapat menghilangkan tekanan yang kita ada. Sekurang-kurangnya ia membantu kan?

Fikirkan Perspektif Anak-Anak

Anak-anak tidak tahu apa yang ideal untuk ibu bapa. Mereka sayangkan kita kerana kita adalah ibu bapa mereka dan apa sahaja yang kita lakukan mereka tetap menyayangi kita. Betul tak? Kau marahlah, kau sentaplah macam mana dengan anak…Kau hanginlah macam mana sekalipun dengan anak. Walaupun kau tinggikan suara sekalipun, mereka tetap akan memaafkan kita sebagai ibu bapa. Apa yang mereka perlukan adalah senyuman dan pelukan kita sebagai ibu bapa.

Berikan Kebenaran Kepada Diri Sendiri Untuk Melakukan Kesalahan

Semua orang melakukan kesilapan. Kita adalah manusia yang tidak lari dari khilaf. Makanya, dari terus-terusan dihantui oleh rasa bersalah, fikirkan bahawa esok adalah hari yang baru dengan permulaan yang baru.

Anggapkan Bahawa Tidak Setiap Hari Harus Menjadi Sempurna

Ada hari-harinya anda adalah seorang ibu yang sangat menakjubkan…ada hari-harinya you are a good-enough mom. And that’s fine ok?

Sejujurnya, I think that a lot of time the feeling mommy guilt comes from our unrealistic expectations. Makanya, jika kita boleh treat ourselves with more kindness and gentleness, then I believe it would be best for both of us, and our kids! Winking smile

Urutan Untuk Melegakan Perut Kembung Bayi

$
0
0
URUTAN UNTUK MELEGAKAN PERUT KEMBUNG BAYI


Seingat-ingat Farah lah kan? Sepanjang 3 tahun 5 bulan bergelar seorang ibu, Firash pernah mengalami masalah perut kembung sebanyak sekali sahaja. Alhamdulillah… sekali tu jer… moga-moga selepas ini tak adalah masalah seperti itu berbangkit kembali. Bila teringat tentang bagaimana bergegasnya ke klinik berhampiran dengan kawasan perumahan kami, semata-mata cuak disebabkan anak kembung perut dan juga semata-mata sebab itu pengalaman pertama bergelar ibu dan tak tahu nak buat apa… Memang rasanya seakan perlu untuk Farah kongsikan pada ibu-ibu yang mungkin belum berpengalaman dan tidak tahu cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah perut kembung bayi sekiranya bersendirian. I’ve been there and knows how does it feels dan dari situ, Farah rasakan, elok juga Farah letakkan sebagai pengisian untuk panduan ibu-ibu baru dan ibu-ibu yang telah berpengalaman untuk refresh. Sebab tulah timbul ilham untuk entri Urutan Untuk Melegakan Perut Kembung Bayi ni ha.

Apa Itu Kembung Perut (Colic)?

URUTAN UNTUK MELEGAKAN PERUT KEMBUNG BAYI

Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.

Mengapakah Sesetengah Bayi Mengalami Kembung Perut?

Sebab yang tidak diketahi tetapi ada beberapa teori sepertimana yang tersenarai di bawah:

Usus

  • Alah kepada protein susu lembu.
  • Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan “angin”.
  • Biologi:
    • Cara menyusu: kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
    • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial:
    • Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain:
    • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan mereka lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Adakah Ramai Bayi Yang Mengalami Masalah Ini?

Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah Tanda-Tanda Bayi Anda Mengalami Kembung Perut?

Bayi akan selalunya:
  • Menangis sekuat-kuat hari dalam jangka masa yang lama.
  • Diikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak semestinya berkaitan dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda-tanda penyakit lain.

Adakah Kembung Perut Akan Menyebabkan Masalah Serius Yang Lain?

  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah Untuk Mengelakkan Masalah Ini?

  • Dikatakan tiada rawatan khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.
  • Jika anak anda kembung perut:
    • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
    • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut.
    • Kurangkan bunyi bising.
    • Bawa bayi anda bersiar-siar.
    • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA.
    • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.

Itu pendapat sesetengah orang yang sempat Farah baca pada satu posting di Facebook…. Tapi manalah mampu nak duduk diam kalau anak mengalami masalah kembung perut kan? Yang Farah ingat, apa yang Farah sempat lakukan untuk melegakan Firash dulu adalah segera ambil minyak zaitun dan campurkan dengan bawang putih yang ditumbuk kemudian sapukan di bahagian pelipat lutut dan juga keting. Kemudian bawa terus ke klinik dan doktor berikan ubat cecair colic. Alhamdulillah… Selepas berikan ubat cecair colic tu … Buang angin jer kerja dia… Dan nampak dia lega. Mau tak panik kau? Nampak anak dah mula pucat muka disebabkan kembung perut. Itu jerlah ikhtiar yang boleh Farah lakukan pada waktu itu. Alhamdulillah berkesan dan berjaya merawat dia.

Sila dapatkan nasihat doktor jika:
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam.
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Apakah Ubat Yang Boleh Membantu?

Ada pendapat mengatakan bahawa tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut tetapi sebenarnya anda boleh mencuba ubat untuk “angin” atau “colic” dan sejenis ubat lagi yang dinamakan “dimethicone” untuk mengurangkan rasa kembung.

Tak pun…cuba URUTAN UNTUK MELEGAKAN PERUT KEMBUNG BAYI yang dinamakan URUTAN I LOVE YOU sepertimana yang dipaparkan di dalam video yang tertera di bawah ini:


Kalau boleh kita memang nak elakkan masalah kembung perut ni dari berlaku kepada anak-anak kita kan?

Bagaimanakah Untuk Mengelakkan Masalah Ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Sebaik-baiknya gunakan botol anti-colic. Contoh paling afdal sebab Farah gunakan… Botol susu Avent. Ha ha ha…Sekali dah guna botol susu ni… Memang dia tak nak botol susu lain lagi lah… Siap sedia ya nak beli spare part atau ganti susu dengan harga yang boleh tahan. Hua hua hua… Ada jer botol anti-colic lain…Tapi ini sememangnya jenama pilihan Farah dari sebelum Firash lahir lagi…Sehingga kini setia ok dengan botol susu Avent. Tak pernah bertukar walaupun poket perit. Hu hu hu.
Jika bayi menyusu badan:
  • Teruskan penyusuan ibu tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis dan kafein.

*Peringatan

  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosis yang tepat adalah penting.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
    • Diagnosis tidak dapat dipastikan.
    • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.
Sumber Rujukan:http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/kembung-perut

Cantik, Bersih & Segar Bersama NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN

$
0
0
CANTIK, BERSIH & SEGAR BERSAMA NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN

Sebelum beralih kepada NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN, ada dua masalah utama bagi Farah yang mengenakan solekan hampir setiap hari ni. Masalah yang Farah maksudkan tersebut adalah:

Perbezaan Penampilan Wajah Bila Bersolek Dan Bila Tidak Bersolek

Bila bersolek…Ha ha ha… Open-mouthed smile kulit wajah tu kelihatan hidup! Berseri meletops konon-kononnya. Tapi bila tanpa solekan? Masya Allah… kusam kulit tu… hilang serinya…Nampak pucat tak berseri kulit. Ini memang masalah biasa bila seseorang tu dah biasa mengenakan solekan setiap hari kan? Bila tak bersolek memang nampak kelainan pada penampilan wajah. Perbezaan tu tetap ada, bila bersolek dan tak bersolek. Masalah yang Farah fokuskan di sini adalah mengenai tekstur kulit yang kusam dan tak berseri. Ehhh… ada orang tu, kalau bersolek atau tanpa solekan kulit wajah tetap berseri. Ada orang pula, mengalami masalah macam Farah ni lah. Hu hu hu… Crying face.

Rutin Pembersihan Solekan Yang Panjang

Dah tentu-tentu kalau bersolek tu, perlu bersihkan kan? Apa yang Farah maksudkan dengan rutin pembersihan solekan yang panjang adalah bilamana setelah melalui hari yang panjang di pejabat atau di luar rumah, akhirnya akan tiba masa untuk membersihkan solekan. Rajin ke? Malas ke? Bila dah bersolek memang tetap perlu bersihkan solekan agar kulit wajah mendapat oksigen yang diperlukan dan segala bakteria atau kotoran dapat dihilangkan dari wajah supaya tak melekat jerawat-jerawat nakal di muka kan? Masalahnya, memang nak bersolek tu rajin jer…gembira jer… ha ha ha… Open-mouthed smile tapiii, bila tiba bab nak bersihkan solekan… panjang sangat pula langkah demi langkah demi memastikan kulit tu betul-betul bebas dari solekan, kotoran serta bakteria. Dapat pula, mak beranak kecil… Ha ha ha… memang sebenarnya kalau boleh jimat masa di dalam rutin pembersihan solekan lagilah Farah suka kan?

Haaaa… tulah dua masalah utama yang Farah hadapi selama ini yang belum pernah Farah ceritakan pada sesiapa pun sebelum ni. Ada masa-masa tu terfikir juga, alangkah bagus kalau ada satu produk penjagaan wajah yang mudah, ringkas serta efektif sebagai solusi kepada permasalahan ini. Pucuk dicita, ulam mendatang. Farah diperkenalkan dengan NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN. Alhamdulillah, selepas selama seminggu lebih mula menggunakan produk penjagaan kulit NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN, masalah yang Farah hadapi sebelum ini yang Farah nyatakan di atas tadi, nampaknya sudah mula selesai. Memang betul-betul memberikan penyelesaian. Komen ringkas sebelum Farah pergi lebih lanjut – Cantik, bersih dan segar bersama NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN.

Pernah jumpa tak produk yang Farah ceritakan ni di farmasi atau pasar raya? Kalau tak pernah, dalam entri ni juga, Farah nak tunjukkan pada anda semua supaya kenal bagaimana rupa produk dari NEUTROGENA yang Farah maksudkan ni.

CANTIK, BERSIH & SEGAR BERSAMA NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN 2 

Inilah dia, NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN yang Farah maksudkan. Tak susah pun nak cari sebenarnya sebab memang berlambak-lambak produk NEUTROGENA yang memenuhi pasaran di merata-rata pasar raya serta farmasi. NEUTROGENA kan produk yang telah lama bertapak di pasaran di lebih 70 buah negara. Memang meluas pasaran produk NEUTROGENA dan disebabkan pasaran yang meluas Farah rasa bukanlah sesuatu perkara yang susah untuk mencari produk penjagaan wajah NEUTROGENA di pasaran ya tak? Siapa tak jumpa tu, memang tipu sangat-sangatlah.

Sejak seminggu lebih yang lalu, NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN ini telah menjadi sahabat baik Farah. Sejak dari mula-mula gunakan NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN ini, Farah telah mula sukakan hasilnya yang menggembirakan hati Farah. Apa yang gembira sangat tu? Meh sini rapat-rapat meh… Meh sini, Farah bagi demonstrasi sedikit pada anda, supaya anda faham apa yang Farah cuba maksudkan.

CANTIK, BERSIH & SEGAR BERSAMA NEUTROGENA 3

Model amatur dengan solekan di wajah – lengkap dengan eye brow liner, waterproof eye liner, foundation, loose powder, blusher, waterproof mascara dan gincu ala-ala gothic kononnya. Ha ha ha… Smile with tongue out… Tak lupa, produk penjagaan wajah NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN yang dipegang di tangan.

Sekarang kita mulakan demonstrasi still pictures untuk anda semua. Winking smile.

CANTIK, BERSIH & SEGAR BERSAMA NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN 5

Picitkan amaun yang kecil ke tapak tangan anda.

CANTIK, BERSIH & SEGAR BERSAMA NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN 6

Inilah tekstur cecair produk penjagaan wajah NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN. Tidak terlalu likat, tidak terlalu bersifat cecair. Sedang-sedang. Cecair gel kaedahnya ya. Tentunya tidak menimbulkan sebarang ketidakselesaan. Apa yang perlu anda lakukan adalah seperti turutan gambar di bawah:

CANTIK, BERSIH & SEGAR BERSAMA NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN 7

1. Ratakan cecair pencuci NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN ke seluruh kulit wajah.
2. Berikan urutan secara perlahan-lahan untuk menanggalkan segala kotoran serta solekan pada wajah.
3. Letakkan sedikit air untuk menghasilkan buih. Selepas berbusa, cuci wajah anda dengan air sehingga bersih.
4. Lapkan sehingga kering.

CANTIK, BERSIH & SEGAR BERSAMA NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN 8

Hasilnya? Lihatlah sendiri di dalam gambar Farah yang Farah paparkan di atas… Sememangnya sangat bersih, tekstur kulit muka yang lebih berseri, halus, segar, bersih tidak seperti sebelumnya. Tanpa sebarang editing, tanpa sebarang pengubahsuaian pada gambar, memang betul-betul bersih. Setelah menggunakan NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN, memang Farah rasa sangat yakin dengan kebersihan wajah dan memang Farah sangat yakin yang segala solekan walaupun solekan adalah kalis air telah tanggal sepenuhnya. Nak solat pun memang yakin yang diri betul-betul bersih ok? Sangat mudah, ringkas dan cepat. Farah tak perlukan satu rutin pembersihan solekan yang panjang langkahnya lagi. Dalam erti kata lain, dapat jimatkan masa lah kan? Lebih masa bersama Firash… he he he… Send a kiss… Dah boleh buang dah segala jenis macam make up remover dah rasanya. Farah tak perlukannya lagi sebab dah ada NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN yang sangat-sangat mengubah segalanya.

Kini lebih yakin tau! Keluar rumah tanpa solekan? Tak ada masalah langsung! Sebab kulit tetap kelihatan bermaya berseri walaupun tanpa sebarang solekan. Keyakinan diri atau self-esteem itu telah bertambah. Baru jer seminggu lebih dah banyak sangat perubahannya pada kulit wajah Farah… Selamat tinggal low self-esteem, selamat tinggal kulit tidak bermaya serta berseri, selamat tinggal dunia kulit wajah kusam. Disebabkan perubahan positif ini, sebab tulah Farah kongsikan kepada anda semua yang mungkin tercari-cari solusi kepada permasalahan yang sama ataupun hampir serupa sebagaimana yang dialami oleh Farah sebelum ini.

Ini pengalaman Farah, untuk anda mengetahui keberkesanannya sepertimana yang Farah kongsikan. Farah sarankan agar anda jangan tunggu lagi dan dapatkan produk NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN hari ini juga… Farah cerita, jika anda nak pastikan betul-betul sama ada apa yang Farah ceritakan ini adalah apa yang akan anda alami juga… Anda perlu mencuba produk NEUTROGENA DEEP CLEAN FOR DULL SKIN dahulu. Tak cuba tak tahu. Belum cuba belum tahu. Yang baik yang bermanfaat untuk Farah dan semua, haruslah Farah kongsikan kan?

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk penjagaan kulit NEUTROGENA DEEP CLEAN, anda boleh lawati Laman Facebook NEUTROGENA Malaysia di http://facebook.com/myneutrogena.

Terima kasih banyak-banyak tau NEUTROGENA sebab dah beri solusi kepada masalah kulit yang tidak bermaya dan berseri Farah ni! Winking smile

#NeutrogenaMY #NeutrogenaHappySkin #NeutrogenaBeautySquad

KETAM Masak Lengkuas

$
0
0
KETAM MASAK LENGKUAS (4)

Ahaksss… Open-mouthed smile… Pandai-pandai dan suka hati ajer bagi nama KETAM Masak Lengkuas. Walhal, hakikatnya diri sendiri pun tak tau apa nama masakan yang dimasak hujung minggu yang lalu selepas kehabisan idea nak masak apa kan? Adatlah tu… Bila dah hari-hari duduk dapur (ooopsss… Smile with tongue out hari-hari ke? Hari-hari sangattt!). Asyik ketam masak kari tanpa santan jer… asyik ketam masak lemak cili api jer… asyik ketam masa cili jer… Sesekali nak juga ubah selera tekak dan cuba sesuatu yang baru kan? Lagipun, ketam-ketam yang jiran sedekah tu, saiznya comel-comel… Anak ketam! Syukurlah rezeki orang sedekah kan? Alhamdulillah.  Nak masak kari tanpa santan tu, macam tak terasa jer nanti? Makanya cubalah kita godek-godek dan olah apa yang patut. Muahahaha… Fikir punya fikir, terarah ke KETAM Masak Lengkuas. Sejak bila entah resipi ni wujud… Diri sendiri pun tak tau…Main ikut naluri hati jer…

Jomlah kita tengok apa yang jadi dengan masak ikut naluri hati ni haaa… Wakakaka… Open-mouthed smile

KETAM MASAK LENGKUAS (3)

Bahan-Bahan:

  • Ketam – 10 ekor bersaiz comel
  • Serai – sebatang
  • Lengkuas – 2 inci jer
  • Halia – 2 inci juga
  • Bawang Putih – 2 ke 3 ulas
  • Cili Giling – satu sudu besar
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk Perasa / Gula – secukup rasa

Cara-Cara Memasak:

KETAM MASAK LENGKUAS (2)

1. Kisar serai, lengkuas, halia dan bawang putih sekali jalan. Dah siap kisar sila letak tepi dahulu sementara menunggu minyak panas. Selepas minyak panas, tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau dan menjadi kuning keemasan.

KETAM MASAK LENGKUAS (1)

2. Bila dah jadi kuning keemasan sepertimana yang anda lihat di dalam gambar di atas. Sila masukkan sesudu cili giling, garam dan juga serbuk perasa / gula.

KETAM MASAK LENGKUAS (4)

3. Kacau dan ratakan cili dalam kuali dan biarkan sehingga keluar minyak. Bila dah keluar minyak. Masukkan ketam-ketam yang comel yang telah disiang dan dibersihkan.

KETAM MASAK LENGKUAS (1)

4. Dah masukkan ketam, sila gaul sehingga rata. Sehingga semua gravy membaluti ketam-ketam comel itu.

KETAM MASAK LENGKUAS (2)

5. Tutup kuali dengan penutup periuk dan biarkan ketam masak untuk seketika. Agak-agak ketam dah masak sila angkat dari kuali dan hidangkan di atas meja makan ya. Ha ha ha… Open-mouthed smile

KETAM MASAK LENGKUAS (3)

Tadaaaa… Inilah hasil masak campak-campak dan main ikut naluri hati hujung minggu yang lepas. Komen diri sendiri? Oklah…boleh diterima tekak lagipun bau memang wangi… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Komen seisi rumah? Tiada komen kata-kata tetapi yang pasti habis licin licau KETAM Masak Lengkuas kakak hari tu. Smile with tongue out

Preschooler Journey: Things Happened…

$
0
0
PRESCHOOLER JOURNEY_THINGS HAPPENED...

Luka sana, luka sini. Calar balar sana, calar balar sini. Tergaris sana, tergaris sini. Bengkak sana, bengkak sini. Lebam sana, lebam sini. Benjol sana, benjol sini. Itu semua asam garam anak-anak yang sedang membesar dan aktif bereksplorasi. Kalau sekurang-kurangnya sekali tak merasa, tak sah. Mesti tak banyak sikit pun ada kan? Ke memang ada kanak-kanak yang melalui proses tumbesaran yang tak pernah ada segaris tanda di tubuh badan masing-masing? Surprised smile.  Tak terkejut pun kalau ada kanak-kanak yang tak pernah merasa semua ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile Ini mesti kes sama ada pandangan mata ibu atau bapa yang tak pernah lepas walau sesaat ni. Sampaikan nyamuk seekor pun tak berani nak hisap darah anak. Smile with tongue out. Farah mengaku, Farah tidaklah seorang ibu yang sempurna sehingga sebegitu sekali. Firash ada terjatuh, ada bertanda sana sini sinun, pernah merasa benjol dan bengkak – cuma kekerapannya sangat-sangat jarang sekali berlaku. Cerita kita pada kali ini adalah mengenai Preschooler Journey: Things Happened…

Benda kalau nak jadi, boleh jadi sama ada semasa anak-anak bersama ibu bapa mahupun bersama atuk nenek ataupun di luar pengawasan serta pemantauan ibu bapa. Bila dah mula menghantar anak ke tadika, menjinak-jinakkan anak dengan alam persekolahan – kena bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cuma tunggu bila Allah kata ya terjadi, terjadilah ia. Tak kira masa, tak kira tempat. Segalanya adalah dari Allah kan? Manalah kita nak tahu, manalah kita boleh predict yang anak kita akan mengalami kecederaan bila dan bila. Sama juga halnya mereka-mereka yang mengasuh atau menjaga anak kita sepanjang ketiadaan kita. Ada kalanya keadaan boleh menjadi di luar kawalan.

Jujur Farah akui ya… Sejak Firash bersekolah, memang dah beberapa kali dah ada tanda di tubuh badan dia tu. Tipulah kalau Farah kata tak ada. Pertama kali, Firash jatuh tersembam menurut teacher dia. Sebab balik-balik jer dah nampak mulut dan hidung dia seakan bengkak. Tuam dengan kiub ais sehingga bengkak surut. Sapukan minyak gamat segala bagai. Keesokan harinya sewaktu hantar Firash ke tadika, Farah tanya pada teacher dia dan teacher dia kata, Firash jatuh tersembam. Dalam hati berkata-kata, ini mesti kes Firash berlari-lari tak tengok depan dan kaki dia tak stabil lah ni. Anak kita kan? Kita tahulah lagak gaya dia macam mana dan macam mana kerenah dia.

Kali kedua, gambar kat atas tu haaa… Dia terjatuh. Insiden berlaku kalau tak silap Farah sewaktu assembly di tadika. Silap Firash juga sebab tak nak beredar dari tempat yang tak sepatutnya dia berada. Hamik, terjadilah luka dan calar balar sebegitu. Tapak tangan dah menadah seperti berdoa jer dah. Kali ketiga? Semalam punya kes… Sewaktu nak ambil dia dari tadika, tiba-tiba tengok dahi dia dah bertanda lebam dan bengkak seperti gambar di bawah ni haa…

PRESCHOOLER JOURNEY_THINGS HAPPENED...2

Gambar ni gambar semalam lah ni. Ini dirakamkan sewaktu bengkak dan benjol sudah hampir surut. Gambar sebelum tu tak masuk pula dalam memori telefon Farah. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Dah sarat sangat dah memori telefon dengan blogging stuffs. Mana nak ada space lagi? Akhirnya bila bengkak dan benjol sudah hampir surut, baru berjaya merakamkan gambar-gambar ni ha. Kisahnya macam ni, lebih kurang dalam pukul 11.00 lebih pagi macam tu, Farah ada What’s App teacher Firash bertanyakan tentang Firash yang agak moody pagi semalam. Teacher dia maklumkan yang hamukan dia sekejap jer, selepas tu ok dah. Cuma ada cerita sedikit. Surprised smile Bila ada cerita sedikit ni, Farah dah mula berdebar-debar dan terus laju jer bertanya tentang sama ada Firash hamuk sampai mencederakan anak orang lain. Tak ada lain dah yang terfikir. Biar kita fikir buruk anak kita dulu, sebelum fikir buruk orang lain atau anak orang lain. Sebab kita kenal anak kita kan? Kita lebih tahu resam mereka macam mana.

Bukan nak berfikiran negatif ke atas anak sendiri, bukan nak merendah-rendahkan anak sendiri. Akan tetapi, we have to be fair. Dalam setiap sesuatu yang berlaku pasti ada cerita dari kedua-dua belah pihak. Boleh jadi anak kita sememangnya salah, atau anak orang lain sememangnya salah atau kedua-duanya salah. Semua benda ni kita kena hadam betul-betul sebagai ibu bapa. Tak bolehlah kita terus jer nak salahkan pihak yang lain ya tak? Jawapannya…Bukan. Bila dah bukan tu… Biasalah mak-mak mesti ada soalan lanjutan ya tak? Winking smile sebab hati tak tenang memikirkan apalah ceritanya? Apalah kisahnya anak aku ni kan? Apa dibuatnya? Sakit ke? Apa ke? Menantilah dengan sabar sehingga ambil dia dari tadika.

Sewaktu nak ambil dia dari tadika, bila dia tiba di muka pintu, jelas kelihatan benjol dan juga tanda lebam di dahi. Terus Farah tanyakan kepada teacher dia, kenapa dengan dahi Firash. Teacher yang hantar tu tak pasti, dan tanyakan pada Farah sama ada pagi tadi sewaktu hantar ada ke benjol dan tanda lebam di dahi tu. Kemudiannya, Farah terus jawab pagi tadi tak ada, dia all fine. Memang Farah pastilah kan? Sebab ini kan Mommy dia? Ha ha ha… Open-mouthed smile. Terus Farah minta panggilkan teacher kelas Firash. Dari situ bermulalah cerita. Sambil-sambil tu tanya Firash juga, jatuh kat mana? Jawabnya akit…akit… Tu jerlah…

Minggu ni masing-masing sibuk dengan latihan sukan sebab hujung minggu ni ada acara sukan tadika Firash. Sejujurnya teacher Firash tak perasan bila Firash jatuh atau terhantuk ataupun apa-apa. Dan bagaimana boleh terjadi macam tu. Tau-tau ajer dah ada tanda macam tu. Nampak dari riak muka teacher Firash risau dan rasa bersalah. Sebagai ibu, Farah kenalah rasional kan? Takkan nak marah teacher Firash secara membuta tuli pula. Lagipun perkara dah terjadi dan tahap keseriusan tu kita tak tahu tahap mana. Kalau nak pasti kena pantau anak-anak selepas jatuh selama 6 jam. Jika ada tanda-tanda muntah ke apa, memang kena segera bawa ke doktor pakar kanak-kanak.

Kebiasaannya kalau Firash ada terjatuh melibatkan apa-apalah, terutama bahagian kepala, Farah akan segera berikan Firash minum air gula. Macam dalam kes Firash semalam, Farah tak tau berapa lama dah Firash jatuh. Sama ada pagi ke? Atau hampir pada waktu nak balik ke? Sebab bukan di bawah pengawasan Farah kan? Alhamdulillah, Farah berjaya mengendalikan apa yang berlaku dengan Firash semalam dengan rasional dan tanpa sebarang royan. Motif kau nak royan membabi buta? Tak ada untung kan? Benda dah pun terjadi. Tipulah kalau sebagai ibu tak ada rasa terkesan dalam hati bila sesuatu menimpa anak kita kan? Berpuluh-puluh minggu carry dalam perut, usung sana, usung sini, bila lahir punya baik punya jaga, tiba-tiba jadi kejadian yang tak diingini. Kalau ibu yang tak terkesan tu namanya ibu yang tak ada perasaan dalam kata kasarnya. Hu hu hu.

Ok, tak apa, Farah hantar Firash balik seperti biasa dan balik semula ke pejabat. Bila sampai pejabat, Farah telefon nenek dia dan tanyakan keadaan Firash. Nenek sedang tuam dengan kiub ais pada dahi dan kepala Firash pada waktu dan ketika itu. Dalam setengah jam lagi, Farah telefon lagi nenek Firash. Nenek Firash beritahu yang Firash ada muntah sedikit dan tak aktif seperti biasa. Firash mengadu sakit di ubun-ubun kepala dia pula selain dahi. Surprised smile Ahhh sudah! Terus isi borang time off dan hantar pada Bahagian Sumber Manusia. Di dalam masa yang sama dah telefon Ba Bah dia untuk maklumkan dan juga  KPJ Shah Alam Specialist Hospital untuk temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak. Mau tak cuak oiii… Bila dah berada dalam fasa dan keadaan itu? Sampai-sampai rumah, tengok dia dah tertidur. Nenek kata memang dia lembik tak bermaya. Terus dapatkan dia dan lihat muka dia, nampak biasa dan tak pucat. Angkat dia perlahan-lahan untuk bawa dia jumpa doktor pakar kanak-kanak dia. Jumpalah doktor pakar kanak-kanak dan doktor pesan suruh pantau dalam tempoh 6 jam dan doktor bekalkan ubat ibuprofen/brufen untuk tahan sakit. Nampak memang lemah lah keadaan dia.

Sampai-sampai rumah, berikan dia ubat dan pantau keadaan dia. Alhamdulillah, jam demi jam nampak improvement. Bila melibatkan bab kepala ni, memang ibu-ibu akan menjadi terlebih concern kan? Sebab kita tahu apakah ia dan bagaimanakah ia serta kesannya. Alahaiiii anak…. Teacher Firash pun tak henti-henti What’s App bertanyakan keadaan Firash. Dia pun risau. Farah beritahu teacher dia supaya tenang dan tak fikir bukan-bukan. Tapi tulah , dia tetap rasa bersalah. Hurmmm… Faham…

Dalam entri ni juga, Farah ada pesanan untuk ibu bapa di dalam mengendalikan situasi sebegini:

Tenang

Dalam segala sudut, segenap segi kehidupan pun, di dalam apa-apa perkara atau masalah sekalipun, sebaiknya kita perlu tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Sebab kalut, marah-marah tak tentu pasal dan sentap tak mendatangkan apa-apa. Benda dah jadi pun! Nak meleret panjang-panjang sewaktu keadaan memerlukan kita fokus pada keadaan anak kita, kesihatan anak kita hanya akan menjadikan keadaan huru hara. Makanya, tenang. Imbangkan perasaan. Ya tau, kita sebagai ibu panik, tidak mahu keadaan tersebut berlaku kepada anak-anak kita dan berpendapat bahawa perkara-perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Farah pun rasa panik juga, rasa risau juga.

Marah melulu, angin ribut taufan melulu tak menyelesaikan keadaan anak kita yang berada di dalam kesakitan. Adalah lebih baik, dapatkan cerita sebenar tentang apa yang berlaku dari mulut teacher anak-anak kita sendiri dalam keadaan tenang dan kerap ingatkan diri untuk berfikir secara rasional. Dari situ kita tahu, sama ada anak kita yang bersalah atau tidak? Anak kita mencederakan anak orang lain atau tidak? Anak orang lain mencederakan anak kita atau tidak? Atau sama jer kedua-duanya?

Pantau Keadaan Anak

Bila dah berlaku keadaan sebegini, tidak salah jika ibu bapa ingin memastikan lagi keadaan kesihatan anak. Itu hak kita sebagai ibu bapa. Bukan sebab kita nak menuduh guru-guru atau menunding jari pada anak orang lain, mahupun cuba mencari kesalahan orang lain. Cerita dari teacher kita tetap kena dengar. Tidak boleh kita ikut amarah kita, emosi kita semata sebab anak kita dah cedera. Kena dengar penjelasan guru dulu. Jangan melulu! Jangan mudah menyalahkan orang lain sewenang-wenangnya.

Pantau keadaan anak dari setiap jam ke setiap jam. Perhatikan tanda-tanda reaksi balas anak. Reaksi positif atau negatif. Sambil-sambil tu ambil masa untuk belek keseluruhan tubuh anak sekiranya ada tanda-tanda kecederaan yang lain. Cuma sekadar ingin memastikan. Lagi sekali, sekadar ingin memastikan bukan mencari salah orang lain ya. Kalau tak ada Alhamdulillah. Kalau ada tak salah kalau sekadar nak bertanya kepada guru anak-anak disebabkan ingin penjelasan atau kepastian. Diulangi itu adalah hak ibu bapa untuk bertanya.

Sekiranya keadaan anak menunjukkan reaksi negatif, sila cepat-cepat bawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan susulan bagi mengenalpasti keseriusan keadaan kesihatan anak-anak kita. Pastikan anak mendapat rawatan ya?

Berbincang Dengan Baik, Dapatkan Penyelesaian Dengan Baik

Sekiranya keadaan itu benar-benar memudaratkan kesihatan anak kita, tidak salah kita berjumpa dengan pihak sekolah dan memaklumkan kepada mereka akan keadaan anak kita dan juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati kita sebagai ibu bapa ke atas apa yang telah berlaku kepada anak kita. Cara terbaik, kita boleh memaklumkan kepada pihak sekolah, yang kita sebagai ibu bapa terima apa yang telah berlaku. Apa yang jadi tak boleh diundur lagi kan? Tapi mohon jasa baik pihak sekolah untuk lebih alert pada masa akan datang supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Lain pula halnya, jika keadaan anak kita benar-benar serius. Kita rasa keadaan yang telah berlaku sememangnya satu perkara yang tidak boleh diterima dan pada hemat pandangan kita sepatutnya ia tidak berlaku kerana boleh dielakkan, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa sama ada ingin mengambil tindakan yang kita rasakan wajar ke atas pihak sekolah ataupun menukarkan sekolah anak-anak kita demi kemaslahatan semua pihak. Tentu kita boleh berfikir dan kita tahu apakah yang terbaik sebagai jalan penyelesaian kan? Agar masalah tidak berpanjangan.

Jangan Lupa Tanya Pada Anak

Lupa pula nak pesan… ha ha ha… Open-mouthed smile cuba selidik secara tidak langsung dan cuba bertanya kepada anak, apakah yang sebenarnya telah berlaku? Soalan simple-simple will do. Jatuh dekat mana? Siapa buat? Sakit dekat mana? Kalau tak dapat jawapan atau jawapan meleret… Tanya jer berulang-ulang kali sampai jelak pun tak per sehingga kita benar-benar pasti yang anak dah beri jawapan yang paling jujur ke atas apa yang berlaku. Kanak-kanak kan jujur? Kanak-kanak kan mana reti nak menipu? Tanya guru, kena tanya anak juga. Dapatkan cerita dari semua pihak yang terlibat.

Jika Melibatkan Anak Orang Lain?

Jika apa yang berlaku melibatkan anak orang lain… tanyakan bagaimana keadaan anak orang lain itu. Tunjukkan keprihatinan kita ke atas apa yang telah berlaku. Bukan suruh pergi serang ibu bapa mereka ya? Sebab anak kita cedera. Uhuksss… Kalau boleh elakkanlah acara serang menyerang dan bermusuhan dengan ibu bapa lain ni ya? Sama-sama hantar anak, sama-sama nak anak belajar dan pandai di sekolah kan? Sebaiknya, minta guru di tadika untuk aturkan pertemuan kita dengan ibu bapa yang terlibat. Kalau perlu table talk, kita table talk baik- baik. Bila dah jumpa tu, sama ada anak kita salah ke? Tak salah ke?  Mohon maaf pada ibu bapa mereka. Tak rugi pun menurunkan ego dan memohon maaf. Hidup ni kalau boleh elakkan dari bermusuh. Bab-bab bermusuh ni Farah penat oiii… Memang tak gemar dari dulu… Kalau dah terpaksa dalam keadaan bermusuh, bagi Farah eloklah ambil pendekatan untuk ignore jer dari semak kepala. Banyak lagi masalah yang nak difikirkan…. Hu hu hu…

Things happened… Perkara-perkara seumpama ini pasti berlaku. Terima dengan keterbukaan, fikir dengan rasional dan selesaikan dengan cara yang terbaik. Semua orang sayangkan anak-anak masing-masing. Tiada siapa kata marah itu salah, marah itu tak boleh. Itu hak kita sebagai ibu bapa. Cuma bagi pandangan pendapat Farah adalah sebaiknya kita mengendalikan perkara seumpama ini dengan rasional. Ini langkah-langkah untuk mendidik tahap sabar kita juga ni. He he he…Open-mouthed smile Tapi dalam sabar kita kena sentiasa beringat dan sentiasa mengikuti perkembangan anak kita agar perkara seumpama ini atau yang lain tidak lagi berlaku di masa akan datang.

Farah tak salahkan teacher dan tak ada pula rasa nak hampuk atau smash teacher Firash. Cuma kita belajarlah selepas ini dari apa yang berlaku kan?  In Shaa Allah… keadaan dapat diperbaiki dan masih boleh diperbaiki. Dalam kes yang melibatkan Firash, Farah kenal Firash dan Farah tak salahkan teacher seratus peratus atau meletakkan segala kesalahan di bahu teacher dia. Dalam nak faham kita sebagai ibu bapa, kita juga perlu pertimbangkan keadaan guru juga. Tak adil-lah juga jika kita letakkan segalanya pada teacher kan? Kadang-kadang keadaan anak kita yang sedang aktif bereksplorasi dan lasak juga merupakan faktor penyumbang kepada apa yang berlaku. Cuma bezanya tak jadi di tangan kita dan terjadi ketika di luar pengawasan dan pemantauan kita. Masing-masing selepas apa yang berlaku sama-sama cuba berusaha ke arah untuk memperbaiki keadaan. Ibarat orang yang mendirikan rumah tangga… bila dah hidup bersama ambil masa juga nak adjust dengan kehidupan berumahtangga dan nak faham masing-masing kan? Pasti ada tergigit lidah dan hari demi hari belajar untuk memperbaiki perhubungan rumah tangga. Macam tulah ibaratnya.

*Firash lepas ni jangan melasak sangat nak di sekolah dan harap-harap lepas ni tak jadi lagi perkara macam ni. In Shaa Allah. Amin.

10 Rahsia Seorang Ibu!

$
0
0
10 RAHSIA SEORANG IBU!

Tagline cliche-nya: “Bila kau dah jadi mak esok, kau taulah bagaimana rasanya…Belum jadi mak tak rasa lagi…” Smile… Memang tagline ini jerlah yang dok terngiang-ngiang di gegendang telinga ni ha pada waktu-waktu tertentu. Memang ayat tu menusuk dalam kalbu ok? Perasaan seorang ibu ini, apa yang seorang ibu lalui ini bukannya satu perkara yang mudah untuk ditafsirkan ataupun diekspresikan. Dia macam ibarat kau kena rasa dulu baru kau tau macam mana perasaannya jadi seorang ibu, apa yang seorang ibu lalui. Mengaku bukan ilham artikel asli dari Farah sendiri tetapi tertarik dengan artikel yang dikongsikan melalui pautan di SINI mengenai 10 rahsia seorang ibu! Apakah rahsianya? Meh sini rapat-rapat untuk semak senarai yang disediakan satu persatu. Betul ke tak?

Anak-Anak Selalu Membuatkan Seorang Ibu Menangis

Betul! Seorang ibu menangis bila dia tahu dia hamil. Seorang ibu menangis ketika melahirkan anak. Seorang ibu menangis ketika pertama kali memegang anak mereka. Seorang ibu menangis kegembiraan. Seorang ibu menangis ketakutan. Seorang ibu menangis sebab bimbang. Seorang ibu menangis sebab dia sayangkan anaknya. Seorang ibu tahu semua kesakitan anaknya, tanpa anak sedar.

Seorang Ibu Mahu Makanan Terakhir Dalam Pinggan Itu

Tapi bila seorang ibu melihat anak kesayangannya yang teruja ingin makan makanan itu, dia beralah. Dia beralah melihatkan mata anak galak kegembiraan. Seorang ibu tahu anak akan lebih gembira jika anak kenyang.

Semuanya Sakit…

Bila anak tarik rambut ibu, sakit. Bila anak rentap badan ibu dengan kuku tajam anak, sakit. Bila anak gigit ketika minum susu badan, sakit. Bila anak tendang ibu dalam perut, sakit. Seluruh tubuh badan seorang ibu akan sentiasa sakit demi anak.

Seorang Ibu Sentiasa Takut

Ketika tahu diri hamil, seorang ibu akan lakukan apa saja untuk lindungi anak di dalam kandungan. Selepas anak lahir, seorang ibu adalah orang yang paling risau bila ada orang lain yang ingin pegang anak mereka. Seorang ibu rasa, tiada tempat yang lebih selamat melainkan dengan dirinya. Seorang ibu takut bila anak mula berjalan. Seorang ibu tidak tidur menunggu anak balik rumah. Seorang ibu bangun pagi untuk hantar anak ke sekolah. Seorang ibu akan bersedia di mana-mana untuk sambut anak jika anak jatuh.

Seorang Ibu Menjaga Anak Lebih Dari Sembilan Bulan

Selepas bersalin, seorang ibu yang mendukung anak sambil mencuci pinggan. Seorang ibu dukung anak sambil makan. Seorang ibu peluk anak sambil tidur. Tangan ibu tak pernah penat, walaupun hakikatnya pinggangnya sakit. Tapi seorang ibu tetap akan berada dekat dengan anak. Dia tidak mahu jauh dari anaknya.

Seorang Ibu Tahu Dia Tidak Sempurna

Seorang ibu tahu bahawa dia adalah pengkritik paling teruk. Seorang ibu tahu semua kelemahan dia. Sampai sekarang seorang ibu masih salahkan dirinya atas semua perkara. Tapi seorang ibu adalah seorang manusia biasa. Seorang ibu buat kesilapan. Semua ibu pasti berharap bahawasa mereka boleh memutar waktu untuk membetulkan mana-mana kesilapan ketika membesarkan anak-anak masing-masing. Jadi, beri seorang ibu kasih sayang yang sepatutnya. Seorang ibu telah lakukan yang terbaik untuk anak.

Seorang Ibu Sentiasa Tengok Anak Tidur

Memang ada sesetengah malam, seorang ibu berharap anak akan tidur dan tidak berjaga hingga pukul 3 pagi. Tetapi selepas anak tidur, seorang ibu akan memandang tanpa henti. Anak yang dia lahirkan ini… anak dia. Segala penat lelah seorang ibu sudah hilang bila dia lihat anak.

Hati Retak Melihat Anak Menangis

Tiada kesedihan yang paling teruk melainkan melihat air mata tumpah dari anak sendiri. Seorang ibu menangis bila lihat anak menangis! Seorang ibu akan melakukan apa saja untuk buat anak berhenti menangis. Walaupun hatinya retak…

Anak Keutamaan Seorang Ibu

Seorang ibu tak makan, tidur atau mandi demi anak. Anak keutamaan seorang ibu di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Seorang ibu takkan pernah tolak permintaan anak. Seorang ibu bangun setiap hari demi anak, anak kesayangan dia.

Seorang Ibu Sanggup Buat Semua Benda Sekali Lagi Demi Anak

Susah sebenarnya ingin menjadi seorang ibu. Semua ibu akan pernah menangis sedih, cuba pelbagai perkara, gagal dan berjaya. Tapi, walau pelbagai kesakitan dan kepedihan yang harus seorang ibu lalui, seorang ibu sanggup buat ini semua seberapa banyak yang dia mampu! Sebab dia tahu anak-anak ini bernilai…
 
Jadi semua, sayangilah insan yang bernama ibu ini selagi mereka ada. Mereka telah berkorban pelbagai perkara demi anda – anak tercinta. Sekurang-kurangnya, balaslah kasih sayang yang telah mereka taburkan pada anda dari dulu hingga kini. Tiada orang yang dapat menggantikan tempat seorang insan bernama ibu.
 
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SEPANJANG MASA!


5 Ide Berakhir Pekan Di Jogjakarta

$
0
0
5 Ide Berakhir Pekan Di Jogjakarta
Image source: visitingjogja.com

Ibarat one stop shopping center, begitulah Jogjakarta. Di sini, anda bisa melakukan aktivitas yang benar-benar beragam di saat akhir pekan, a one-stop anything center! Apapun yang anda mau lakukan bisa anda wujudkan di Jogja!
 
Setiap kali mengunjungi Jogja, anda akan menemukan ide kegiatan baru sehingga anda tidak akan bosan datang ke Kota Pelajar ini. Bahkan, anda pun akan merindukan saat di mana anda bisa kembali mengunjungi Jogja. Di saat akhir pekan tiba dan tiket menuju Jogja sudah di tangan, namun anda masih bingung akan melakukan apa kali ini di Jogja, coba pilih ide berakhir pekan yang asyik di Jogja berikut ini:
 

Mengunjungi Aneka Museum

5 Ide Berakhir Pekan Di Jogjakarta (1)
Image source: visitingjogja.com

Jogja memiliki perpaduan budaya, sejarah, dan pendidikan yang menarik. Perpaduan tersebut bisa anda rasakan dengan mengunjungi museum-museum yang ada di Jogja. Untuk museum yang ‘berbau’ kesenian serta budaya, anda bisa bertandang ke Museum Sonobudoyo, Keraton Yogyakarta, dan Ullen Sentalu. Kemudian, kalau anda ingin menilik kejadian-kejadian bersejarah yang pernah terjadi di Jogja, kunjungi Monumen Jogja Kembali dan Museum Benteng Vredeburg. Sementara kalau anda ingin mengetahui lebih dalam seputar Gunung Merapi yang terkenal, anda bisa ke Museum Gunung Merapi maupun Ketep Pass. Selain museum-museum tadi, masih ada banyak museum yang bisa anda kunjungi, seperti Museum Dirgantara, Museum Sandi, Museum Biologi, Museum Batik, Museum Affandi, dan banyak lagi yang lainnya.
 

Menyegarkan Pikiran Di Pantai

5 Ide Berakhir Pekan Di Jogjakarta (3)
Image source: blog.reservasi.com
 
Sudah terlalu sering berada di hiruk-pikuk kota? Coba ‘asingkan’ diri anda ke wisata alam yang akan menyegarkan pikiran anda yang penat dengan kemacetan dan aktivitas tinggi: pantai. Jogja memiliki dua daerah pantai, yakni yang berpasir hitam di daerah Bantul dan Kulonprogo, contohnya Pantai Parangtritis, Pantai Depok, Pantai Goa Cemara, dan Pantai Congot. Lalu, ada banyak pantai pasir putih yang berderet di sepanjang daerah Gunung Kidul, yang menjadi favorit wisatawan. Ada Pantai Sundak, Krakal, Sadranan, dan Pok Tunggal. Di Gunung Kidul, kalau anda cukup niat untuk menempuh perjalanan yang lumayan jauh dengan kontur jalan cukup menantang, anda bisa menemukan beberapa pantai yang terasa seperti private beach. Sungguh menyenangkan!
 

Memanjakan Mata Dengan Kehijauan

5 Ide Berakhir Pekan Di Jogjakarta (2)
Image source: blog.cozmeed.com

Kalau anda tidak ingin bermain basah-basahan atau tidak ingin kepanasan karena bermain di pantai, ada juga wisata alam yang direkomendasikan untuk dikunjungi di Jogja. Jogja tidak hanya memiliki pantai yang cantik-cantik, namun juga daerah-daerah pegunungan yang sayang untuk dilewatkan. Anda bisa melihat Jogja dari ketinggian sembari menikmati hijaunya pepohonan dan sejuknya udara di daerah dataran tinggi seperti di Kaliurang, Kebun Buah Mangunan, Kalibiru, Kebun Teh Dlingo, dan Hutan Pinus Imogiri. Di tempat-tempat seperti ini, akan ada momen spesial seperti menyaksikan sunrise atau sunset yang indah kalau anda datang pada waktu yang tepat.
 

Memuaskan Hasrat Belanja

5 Ide Berakhir Pekan Di Jogjakarta (1)
Image source: info-jogja.com

Tidak hanya wisata alam dan edukasi, namun anda yang gemar berbelanja pun bisa memuaskan diri anda untuk berbelanja di Jogja. Jika anda ingin belanja barang-barang yang ‘Jogja banget’ seperti batik, daster, ataupun benda lainnya, anda bisa langsung menuju ke Jalan Malioboro dan Pasar Beringharjo. Di kedua tempat tersebut, anda bisa mendapatkan barang-barang bagus dengan harga yang miring. Namun, anda harus memiliki satu kemampuan, yaitu menawar. Cobalah untuk menawar mulai dari setengah harga barang yang ditawarkan, kemudian anda bisa melanjutkan tawar-menawar harga. Kalau anda kurang cocok dengan harga di suatu kios, anda bisa langsung beralih ke kios lainnya. Bukan hanya tempat berbelanja barang murah meriah, tapi Jogja juga punya sejumlah mall, mulai dari yang tertua di Jogja, yaitu Ramai Mall, hingga yang terbaru seperti Hartono Mall, yang bisa anda kunjungi untuk belanja sekaligus refreshing.
 

Membahagiakan Perut Sampai Puas

5 Ide Berakhir Pekan Di Jogjakarta (4)
Image source: gudegyudjumpusat.com

Hobi mencicipi berbagai cita rasa kuliner bisa anda salurkan juga ketika berakhir pekan di Jogja. Sepanjang hari, 24 jam, anda akan selalu bisa menemukan tempat makan di kota yang penduduknya ramah ini. Makanan khas Jogja, seperti gudeg bisa anda temukan di tempat-tempat legendaris seperti Gudeg Yu Djum, hingga Gudeg Mbah Tekluk yang buka mulai malam hingga dini hari. Selain itu, makanan seperti bakmi jowo yang dimasak menggunakan anglo juga banyak dijual, khususnya saat malam hari di pinggir-pinggir jalan dengan tenda dan gerobak. Berbagai jenis soto, bakso, dan mie ayam pun dijual di berbagai lokasi di Jogja. Ada soto yang terkenal seperti Soto Kadipiro dan mie ayam yang tak pernah sepi antrean, Mie Ayam Tumini. Makanan dari berbagai daerah, bahkan negara lain pun banyak dijual di restoran-restoran yang ada di Jogja, surga kuliner yang tidak akan ada habisnya untuk dieksplor.
 
Apa yang akan anda lakukan akhir pekan besok di Jogja? Jangan lupa ajak teman dan keluarga anda untuk menikmati indahnya Jogja dari berbagai sudut.

SUNSILK HIJAB RECHARGE–Melindungi Rambut Anda Sehingga 48 Jam!

$
0
0
SUNSILK HIJAB RECHARGE MELINDUNGI RAMBUT ANDA SEHINGGA 48 JAM!

· Pertama di pasaran yang menawarkan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam*
· Dihasilkanolehpakarpenjagaan rambut semula jadi Jamal Hammadi dengan menggunakanbahan- bahan semula jadi
· Usahasama dengan jenama hijab terkemuka, AIDIJUMA bagi melancarkan tujuh jenis skarf dengan corak eksklusif
 
Bagi kebanyakan gadis, memakai hijab merupakan ekspresi luaran secara peribadi yang mempamerkan tahap keimanan dan melambangkan keutuhan mereka dalam memenuhi tuntutan agama. Namun demikian, kesihatan rambut walaupun ketika bertudung juga amat penting untuk memberi lebih keyakinan. Tidak lupa juga, keperluan serta cabaran penjagaan rambut bagi mereka yang berhijab adalah unik berbanding mereka yang tidak bertudung. Memahami permasalahan ini, Sunsilk memperkenalkan Sunsilk Hijab Recharge, rangkaian produk penjagaan rambut yang direka khusus bagi hijabster. Menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan, dan manfaat terbaik dari bahan semula jadi yang asli, Sunsilk berhasrat untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk mengejar impian mereka namun kekal memiliki rambut yang kelihatan segar dan sihat walaupun dengan berhijab.
 
Semasa ucapan beliau di majlis pelancaran tersebut, Vincent Chong, Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berkata, “Seramai lebih kurang 80% dari wanita di Malaysia memakai hijab sepanjang masa, dan ia telah menjadi satu fenomena fesyen. Selaku peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut di Semenanjung Malaysia, adalah amat penting bagi kami untuk sentiasa berevolusi mengikut trend terkini dan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Sunsilk Hijab Recharge melambangkan usaha gigih kami untuk terus memperkenalkan produk berinovasi, dan terus menjadi teman dalam penjagaan rambut untuk semua gadis-gadis Sunsilk di luar sana.”
 
SUNSILK HIJAB RECHARGE MELINDUNGI RAMBUT ANDA SEHINGGA 48 JAM! 2
 
Semasa ucapan beliau di majlis pelancaran tersebut, Vincent Chong, Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berkata, “Seramai lebih kurang 80% dari wanita di Malaysia memakai hijab sepanjang masa, dan ia telah menjadi satu fenomena fesyen. Selaku peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut di Semenanjung Malaysia, adalah amat penting bagi kami untuk sentiasa berevolusi mengikut trend terkini dan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Sunsilk Hijab Recharge melambangkan usaha gigih kami untuk terus memperkenalkan produk berinovasi, dan terus menjadi teman dalam penjagaan rambut untuk semua gadis-gadis Sunsilk di luar sana.”
 

Kesegaran dan Keharuman Berpanjangan Sehingga 48 Jam*!


Menutup rambut sepanjang hari dalam cuaca yang panas dan lembap, akan mengakibatkan pemakai hijab mengalami keadaan rambut yang berpeluh dan kulit kepala berminyak. Bukan sahaja ia menyebabkan rasa tidak selesa, kemungkinan untuk rambut berbau busuk juga adalah amat tinggi, dan pastinya ia akan mengugat tahap keyakinan diri.
 
SUNSILK HIJAB RECHARGE MELINDUNGI RAMBUT ANDA SEHINGGA 48 JAM! 3
 
Fragrance Release Pearls Technology™*yang terkandung dalam pek Sunsilk Hijab Recharge memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangansehingga 48 jam* – produkpertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar biasa. Sebaik sahaja rambut anda dibasuh dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal dalam rambut anda. Kapsul ini kemudiannya akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan aroma wangian yang harum. Tambahan pula, aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut anda. Dalam erti kata lain, lebih banyak anda menggerakkan kepala, rambut anda akan lebih berbau wangi!
* Hanya terdapat dalamSyampu Segar Berhijab danAnti Rambut Gugur.Berdasarkan ujian makmal.
 

Yang Terbaik dari Alam Semula Jadi dalam Satu Botol

Dihasilkan melalui usahasama pakar penjagaan rambut secara semula jadi Jamal Hammadi, Sunsilk Hijab Recharge yang baru ini diformulasikan dengan menggunakan keajaiban bahan semula jadi yang asli untuk menangani cabaran utama masalah rambut yang dihadapi oleh hijabster.
 
· Segar Berhijab atau Hijab Refresh,keajaiban dalam warna pastel hijau, yang diperkayakan dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga dikalangan orang Islam. Kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.

· Anti RambutGugur atau Lively Strong Hairfall** Solution, yang diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, diformulasikan dengan ekstrak akar ginseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.

· Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru, telah direka untuk menangani permasalahan kelemumur melalui pengunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula***.
 
** Akibat rambut putus, berdasarkan ujian makmal dengan penggunaan sistem berbanding syampu tanpa perapi.
*** Tiada kelemumur kelihatan dengan pengunaan kerap.
 
SUNSILK HIJAB RECHARGE MELINDUNGI RAMBUT ANDA SEHINGGA 48 JAM! 4
 
“Pengguna masa kini lebih prihatin, dan lebih cenderung untuk menggunakan produk penjagaan rambut yang dibuat menggunakan bahan semula jadi yang asli serta mampu memberikan lebih banyak manfaat. Kerana itu, kami memilih untuk mengggunakan kelebihan bahan semula jadi yang asli untuk menangani keperluan penjagaan rambut hijabster masa kini dan dipertingkatkan lagi melalui gabungan teknologi penjagaan rambut yang terkini dan canggih. Pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama, dan kami bersungguh-sungguh dalam usaha untuk membantu gadis-gadis di luar sana memiliki rambut yang lembut menawan melalui kaedah yang mudah dan menyeronokkan,” ujar Phoenix Ho, Pengurus Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
 

Usahasama Sinergi dengan AIDIJUMA

Selain dari memupuk keyakinan diri hijabster melalui rambut yang sihat dan segar bermaya, Sunsilk mempertingkatkan lagi penglibatan kami dengan menghiasi gadis-gadis di luar sana dengan hijab bergaya yang direka unik dan anggun serta boleh dipadankan dengan pakaian mereka mengikut trend terkini. Menjalin usahasama yang rapat secara dengan jenama peneraju hijab AIDIJUMA, yang turut berkongsi visi yang sama iaitu untuk memberi kekuatan kepada para gadis untuk tampil lebih berkeyakinan, Sunsilk, bersama dengan jenama hijab yang menjadi bualan isi rumah ini turut melancarkan tujuh jenis skarf dengan corak eksklusif bersempena dengan pelancaran Sunsilk Hijab Recharge.
 
SUNSILK HIJAB RECHARGE MELINDUNGI RAMBUT ANDA SEHINGGA 48 JAM! 5
Menampilkan corak yang menyeronokkan dan segar ceria dengan motif yang diminati oleh ramai gadis masa kini, gadis Sunsilk boleh mengumpul kesemua tujuh corak yang ada untuk memberikan lebih warna, lebih berkarekter dan lebih gaya terhadap pakaian seharian mereka. Empat corak kini telah berada di pasaran, di mana gadis Sunsilk boleh mendapatinya secara PERCUMA dengan setiap pembelian dua botol Sunsilk Hijab Recharge. Untuk membawakan debaran yang lebih hebat untuk memiliki keseluruhan koleksi, AIDIJUMA dan Sunsilk akan melancarkan baki tiga corak dalam masa beberapa bulan yang akan datang.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sunsilk Hijab Recharge, layari laman web http://www.sunsilk.com.my atau kekal berhubungan dengan Sunsilk melalui Facebook (https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia/) atau Instagram (https://www.instagram.com/sunsilkmy/)
 

Harga dan Lokasi Jualan Sunsilk Hijab Recharge

Harga Runcit:

Syampu dan Perapi

o 70ml – RM3.80
o 160ml – RM8.50
o 320ml – RM13.85

Boleh diperolehi sekarang di semua pasar raya terkemuka, pasar raya besar, farmasi dan ajen jualan sah di seluruh negara, serta laman web e-dagang yang dilantik serta laman pasaran dalam talian.

Sesiapa ANAK KERAP SAKIT Sejak Ke Tadika? BACA NI!

$
0
0
SESIAPA ANAK KERAP SAKIT SEJAK KE TADIKA_BACA NI!

Dahlah ada sejarah fits pada tahun 2015, selepas tu sejak-sejak masuk ke tadika ni, tahun 2017 ni, boleh dikatakan agak kerap juga dia melawat ke klinik disebabkan demam, selesema dan batuk. Menurut kata doktor pakar kanak-kanak yang merawat Firash, anak kerap jatuh sakit ataupun hidung tak berhenti berair apabila telah memulakan alam persekolahan tadika itu adalah satu perkara yang biasa. Sememangnya majoriti kanak-kanak akan melalui fasa sebegini apabila mereka memulakan alam persekolahan tadika. Surprised smile hah? Ya ke? Takkan kau nak mempersoalkan kredibiliti seorang doktor kan? Seharusnya perlu akuilah kata seorang doktor pakar kanak-kanak sebab dia sendiri berkongsi pengalaman dirinya di dalam situasi yang sama. Sesiapa anak kerap sakit sejak ke tadika? Baca ni! Sebab Farah nak kongsikan dengan anda kenapa / mengapa dan cara nak mengelakkan daripada penyakit kerap singgah!

Kalau diikut-ikutkan rekod pada tahun 2017 ni, bulan Januari 2017 jer 2 kali diserang demam, bulan Mac 2017 pun demam juga. Kalau hidung tu toksah cakaplah, tak berhenti berair jer. Bila terbersin, tu diaaa… Open-mouthed smile ha ha ha…sekepul keluarnya… Memang kerap dia tidak sihat. Tertanya-tanya juga dalam hati, kenapa kerap sangat tak sihat ni? Tapi perkara sebegini adalah satu perkara yang normal. Satu kajian jangka panjang oleh sekumpulan penyelidik di University of Montreal 1998 – 2006 mendapati bahawa kanak-kanak dalam penjagaan kanak-kanak jatuh sakit lebih kerap daripada kanak-kanak yang tinggal di rumah.

Apa yang Farah dapati dari hasil pembacaan melalui artikel yang dikongsikan oleh Michelle Goh melalui pautan di SINI:

Mengapa Kanak-Kanak Jatuh Sakit Lebih Kerap Di Tadika / Prasekolah?

Tadika/prasekolahmenyediakan persekitaran yang baik untuk penyebaran virus. Banyak penyakit biasa seperti selesema biasa, pepijat perut, penyakit tangan, kaki dan mulut adalah disebabkan oleh virus. Virus-virus ini boleh tersebar dengan mudah melalui hubungan secara langsung dan tidak langsung antara kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak bersama-sama, terdapat peluang yang tinggi untuk menyebarkan virus. Ini adalah kerana kanak-kanak cenderung untuk menggunakan tangan mereka untuk mengelap hidung mereka atau menggosok mata mereka dan kemudian mengendalikan alat permainan, buku atau menyentuh kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini, kemudian menyentuh hidung mereka dan menggosok mata mereka. Dengan cara ini, virus akan pergi dari satu kanak-kanak ke kanak-kanak yang seterusnya.

Tambahan pula, ramai kanak-kanak tidak belajar untuk menutup mulut mereka dengan kertas tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Kanak-kanak lain mungkin dijangkiti kerana mereka bernafas virus itu. Apabila mereka batuk atau bersin, beribu-ribu titisan, membawa virus, diusir dari tekak ke udara. Kanak-kanak lain mungkin dijangkiti kerana mereka bernafas virus tersebut. Akhir sekali, sistem imuniti kanak-kanak masih tidak matang. Ini menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan apabila mereka terdedah kepada virus penyakit yang mereka tidak pernah alami sebelum ini.

Ada Cara Tak Nak Elakkan Kanak-Kanak Daripada Mendapat Penyakit Di Tadika / Prasekolah?


Tingkatkan Imuniti

Untuk mengelakkan anak-anak daripada mendapat sakit di prasekolah, ibu bapa boleh membantu meningkatkan sistem imun anak-anak. Ibu bapa boleh membantu meningkatkan sistem imun anak dengan menyediakan diet sihat yang tinggi dalam buah-buahan serta sayur-sayuran seperti lobak merah, kacang hijau, oren dan brokoli yang kaya dengan fitonutrien dapat meningkatkan imuniti seperti vitamin C dan karotenoid. Fitonutrien boleh meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih dan interferon, antibodi yang menyelaputi permukaan sel dan menghalang virus.

Tidur yang cukup juga penting di dalam membina sistem imun yang kuat. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak kecil mereka mempunyai sekurang-kurangnya 12 jam tidur setiap haridan kanak-kanak tadika/prasekolah memerlukan sekurang-kurangnya 10 jam tidur setiap hari. Kurang tidur akan mengurangkan sel-sel pembunuh semulajadi dalam badan yang boleh membuatkan anak lebih mudah terdedah kepada penyakit.

Akhir sekali, ibu bapa juga boleh membantu untuk meningkatkan sistem imun anak-anak dengan bersenam bersama-sama dengannya. Ini kerana senaman meningkatkan bilangan sel-sel pembunuh.

Kerap Membasuh Tangan

Kebersihan tangan yang baik adalah cara nombor satuuntuk mengurangkan penyebaran penyakit, menurut pakar kanak-kanak Akademi Seksyen Pediatrik Amerika pada Pendidikan Awal dan Penjagaan Kanak-Kanak. Ibu bapa boleh melatih anak-anak mereka untuk mencuci tangan selepas ke tandas, sebelum dan selepas makan dan selepas aktiviti luar. Cara yang betul untuk mencuci tangan perlu diajar untuk memastikan tangan kecil adalah bebas dari virus atau bakteria setiap kali selepas cucian.

Sebelum ibu bapa mendaftakan anak-anak di pusat asuhan kanak-kanak, tadika atau jagaan harian, ibu bapa perlu menyemak dengan pengetua tentang berapa kerap mereka akan meminta kanak-kanak untuk membasuh tangan. Ibu bapa juga boleh meliha sama ada jagaan harian atau kakitangan prasekolah / tadika kerap membasuh tangan mereka pada hari itu, terutama sebelum penyusuan, selepas memeriksa atau menukar lampin, selepas makan atau menggunakan tandas.

Memahami Polisi Mengenai Kanak-Kanak Sakit

Di Singapura, kakitangan prasekolah/tadika akan memeriksa suhu badan setiap kanak-kanak, tanda penyakit tangan, kaki dan mulu (HFMD) setiap pagi.

Jika kanak-kaak mempunyai demai atau menunjukkan tanda-tanda HFMD, kanak-kanak akan diminta kembali ke rumah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak mungkin tidak menunjukkan demam walaupun dia dijangkiti penyakit berjangkit seperti batuk. Jika dia batuk atau bersin dengan kerap di pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika, kanak-kanak lain boleh dijangkiti. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk menyemak pusat jagaan kanak-kanak atau polisi tadika mengenai perkara ini dan lihat jika ia dikuatkuasakan.

Kebersihan Diri Di Prasekolah / Tadika Atau Tempat Penjagaan Anak

Untuk melindungi anak-anak kita daripada jatuh sakit selalunya selepas menghadiri pusat jagaan kanak-kanak atau tadika, ibu bapa perlu memastikan prasekolah/tadika atau jagaan harian mengikut amalan kebersihan yang baik, ibu bapa boleh menyemak perkara-perkara berikut:

1. Adakah terdapat singki di dalam setiap bilik?
2. Adakah terdapat singki berasingan untuk menyediakan makanan dan mencuci tangan?
3. Adakah tandas dan singki bersih dan sedia ada untuk kanak-kanak dan kakitangan?
4. Adakah mainan dibersihkan?
5. Adakah semua pintu dan pemegang kabinet, water cooler, semua permukaan dalam tandas dan tempat menukar lampin dibersihkan dan dibasmi kuman pada akhir setiap hari?
6. Adakah semua meja menukar lampin dan mana-mana kerusi, meja, tandas dibersihkan dan dibasmi kuman setiap kali selepas digunakan?

Menggalakkan Pemeriksaan Kesihatan Yang Kerap Untuk Vaksin Untuk Semua Kanak-Kanak

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kes batuk kering yang melibatkan guru-guru di Singapura. Periksa dengan pengetua prasekolah sama ada mereka memerlukan guru-guru mereka untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala atau tidak dan bagaimana pihak prasekolah/tadika memastikan guru-guru adalah sihat untuk menjaga kanak-kanak. Ibu bapa juga mungkin ingin bertanya bagaimana prasekolah memastikan semua kanak-kanak telah divaksin.

Tanya Tentang Piawaian Amalan Yang Lain

Untuk mengelakkan anak-anak kita daripada mendapat sakit di prasekolah/tadika, ia juga penting bagi ibu bapa untuk memahami piawaian amalan lain di prasekolah/tadika. Apabila terdapat kes sahih HFMD di dalam premis, pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika yang berlainan boleh bertindak balas secara berbeza. Adalah penting untuk ibu bapa untuk mengetahui bagaimana bakal prasekolah/tadika akan bertindak balas terhadap insiden tersebut. Adakah prasekolah/tadika melibatkan syarikat pembersihan professional serta-merta atau beberapa hari kemudian untuk membersihkan premis? Adakah pelajar daripada kelas yang berlainan masih dibenarkan untuk bermain bersama-sama? Adakah guru-guru memeriksa tanda HFMD lebih kerap?

Kedengaran macam cerewet sangat pula ibu bapa terhadap tadika atau prasekolah mahupun pusat penjagaan kanak-kanak kan? Kenyataannya, ibu bapa sememangnya boleh dan dibenarkan untuk menjadi cerewet apabila ianya melibatkan health and well-being anak-anak. Tak usah nak tunding jari mengatakan eeee cerewetnya dia as parents… Toksah cakap orang… Sebab bila diri sendiri di dalam posisi dan situasi sebagai ibu bapa, sifat untuk melindungi anak itu secara automatik tanpa perlu dibuat-buat akan wujud atau hadir dalam diri. Percayalah… Takkanlah nak ambil sikap tak apa atau sambil lewa dan lebih kurang dalam semua perkara ya tak? Nak bawa perut 9 bulan tu bukan senang, nak melahirkan tu bukan senang… Of course… tak banyak sikit ada cerewetnya ibu bapa… Ha ha ha… Open-mouthed smile Terutama ibu lah kan? Winking smile

* Tak apalah, mungkin antibodi tengah adapt dengan suasana persekitaran… In Shaa Allah, mudah-mudahan lepas ni bila dah biasa, badan mungkin akan jadi imun kan kan kan? Winking smile

I Am So Sorry! Terlupa Ambil Di Tadika

$
0
0
I Am So Sorry! Terlupa Ambil Anak Di Tadika

Ya Rabbi! Surprised smile  Semalam dalam sejarah betul! Tak pernah-pernah terlupa ambil anak di tadika, semalam memang tak teringat yang Farah kena ambil dia di tadika. Hu hu hu... I am so sorry! Terlupa ambil di tadika. Bukan tak ingat anak, cuma terlupa sebab dua hari sebelum tu diberikan cuti rehat sebab things happened. Ahaksss... penyudahnya semalam terlupa. Tapi... It is still not too late for me! Mujur 1.00 petang nenek dia telefon tanya mana cucu dia tak sampai-sampai lagi. Surprised smile  Ya ampunnn! Kenapa cuai sangat? Dush dush dush! Kalau tak telefon agaknya mau lajak ke petang! What's App teacher dia pun sampai serentak dengan panggilan telefon nenek dia.

Bila dah dapat panggilan telefon dari nenek dia dan dah terbaca mesej What’s App nenek dia… Apa lagi? Bergegaslah keluar dari pejabat untuk ambil dia. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Baru seorang jer anak tu? Belum dua tiga empat lima enam… (macamlah akan dua tiga empat lima enam kan? Smile with tongue out…) dah boleh terjadi insiden sebegini. Pecutan kereta tu tak usah dicakaplah… Memang dah mengalahkan orang nak masuk trek litar lumba Sepang dah! Ini kalau kena tembak dengan polis trafik ni, memang sah-sah kena saman ni… Dahlah sekarang ni dah dikuatkuasakan sistem KEJARA ya tak? Lagi nak tekan pedal minyak sampai dah tak boleh nak tekan lagi dah…. Hu hu hu…

Ikut-ikutkan tak adalah lama mana pun Firash menunggu sebab tadika tamat tak lama sebelum tu. Terima kasihlah orang-orang sekeliling seperti nenek dan juga teacher dia cepat ambil tindakan dengan menghubungi Farah kan? Kalau tidak? Bak kata Farah di dalam permulaan entri ini tadi… mahunya lajak sampai ke petang. Tak boleh nak hadam lagi, macam manalah selama ni Farah tak pernah sekalipun terlupa nak ambil Firash dari tadika, tiba-tiba semalam boleh terlupa. Serius tak boleh nak hadam sampai sekarang… Tapi kan things happened. Lagipun kita semua manusia yang tak lari dari khilaf. Sesekali pasti ada sesuatu yang terjadi atau kita lakukan yang membuatkan kita rasa kita sememangnya tidak sempurna.

There is no such thing as a perfect parent. So just be a real one. Mom guilt? He he he… Open-mouthed smile. Nak jawapan jujur ke? Atau nak jawapan yang kurang jujur? Oklah, kita bagi jawapan jujurlah ya? Jujurnya rasa bersalah tu ada tapi tak banyak. Sikit jer. Yang lebihnya adalah rasa ralat. Dia yang utama bagi Farah, tapi tiba-tiba semalam Farah boleh terlupa. Allahuakbar… Ralat sangat-sangat kot? Sampai tadika dia lebih kurang dalam 1.45 petang macam tu. Tengok-tengok dia tak ada di dalam kelas. Teacher dia maklumkan yang dia ada di kelas di tingkat atas. Apa lagi? Main LEGO lah tu kot? Bila dia nampak Mommy jer… Mommy! Dengan senyum manis di wajah comel dia tu. Terus rasa sakitnya tuh di sini… di dalam hatiku… Automatik terus rasa bersalah sangat…. Dari rasa bersalah sikit, terus rasa bersalah banyak sebab terlupa! Mujurlah dia tak menangis oiii… Terus ambil dia dan peluk dia kuat-kuat. Sayangggg Mommy! Red lips Setepek pipi kena dia kena cium dengan Mommy.

Things happened for a reason kan? Memang sejak kebelakangan ni, diakui Farah banyak sangat berfikir dan banyak perkara yang Farah fikirkan. Ini peringatan dari Allah ni. Juga teguran dari Allah ni. Sebesar mana pun masalah yang dihadapi, sebesar mana pun perkara yang sedang difikirkan, seserabut mana pun fikiran… Rutin, tanggungjawab dan hidup tetap perlu diteruskan. Hu hu hu… Yaaa, baik! Terima kasih kerana tegur Farah, ya Allah… Bila dah sekali jadi macam ni? Ha ha ha… Ini adalah beberapa tips atau cara untuk mengelakkan diri ini lupa buat kali kedua untuk ambil anak di tadika.

Set Reminder Pada Telefon Bimbit

Cepat-cepat Farah set reminder pada telefon bimbit siap dengan alarm sekali. Farah set kan 30 minit sebelum, 15 minit sebelum dan 10 minit sebelum. Ini cara paling afdal dan terbaik yang Farah dapat fikirkan, so that lepas ni kalau dah berkali-kali reminder berbunyi dan prompt kan Farah tapi Farah tetap juga terlupa, itu memang sajalah tu kan. Itu memang salah diri sendiri sangat dah tu! Bila hari anak cuti tak perlulah nak set reminder itu. Cuma pada hari sewaktu bersekolah sahaja.

Minta Bantuan Orang Lain

Ini sebenarnya cara kedua. Kalau boleh cukup sekadar dengan set reminder pada telefon bimbit tu. Itu pun dah memadai dah tu. Tapi, dalam keadaan tertentu, kita mungkin memerlukan bantuan orang lain untuk membantu mengingatkan kita. Contohnya, kalau dah melangkaui waktu-waktu biasa kita mengambil anak di tadika, tapi kelibat kita tak muncul juga di tadika, minta bantuan guru tadika untuk menghubungi kita melalui panggilan telefon atau apa saja cara yang efektif. Selain itu, boleh minta bantuan suami/isteri untuk telefon kita dan tanyakan kita sama ada kita dah ambil anak di tadika ke belum? Nerd smile. Hari sebelum Farah terlupa Ba Bah dia ada tanya. Ha ha ha… Baru tanya hari sebelumnya, lepas tu the next day boleh jadi terlupa. My bad!

Ok, tolak satu mata untuk Mommy pada tahun 2017 ni. Crying face. Dah jadi sekali kan? In Shaa Allah… I will ensure that this won’t happened again! Amin. Harap-harapnya, jangan jadi pula nanti, anak cuti sekolah lepas tu Mommy dengan confident pergi ambil anak di tadika. Walhal anak sedang bercuti… Smile with tongue out. Aduhaiii Mommy oiii… banyak sangat memikir sampai boleh jadi macam ni…. Ish ish ish…

Cara Elak Anak HILANG Ketika “Shopping”

$
0
0
CARA ELAK ANAK HILANG KETIKA SHOPPING

Pengumuman kepada semua para pelanggan, sesiapa yang kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 3 tahun, berambut panjang, memakai baju berwarna hijau dan berkasut putih, sila datang ke kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan anak anda.
Tak berapa nak ingat skripnya bagaimana tetapi macam tu lah lebih kurang yang biasa kita dengar pengumumannya di pusat-pusat membeli-belah kan? Pengumuman bila mana ada kanak-kanak hilang yang ditemui di pusat membeli-belah dan di dalam usaha untuk memulangkan kanak-kanak tersebut kepada ibu bapanya. Anak hilang di pusat membeli-belah cuak oiii! Dahlah kes culik kanak-kanak semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Kaki shopping ke? Tak kaki shopping ke… perlu baca entri ini sehingga habis jika anda adalah golongan yang ber-shopping dengan kehadiran anak-anak di sisi. Cara Elak Anak HILANG Ketika “Shopping”.  Mehlahhh…mehlah baca apa yang Farah nak kongsikan ni… mana tahu ianya sesuatu yang bermanfaat untuk anda juga kan? Smile.

Satu hal yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa adalah membawa anak-anak ketika jualan murah (terutamanyalah) di mana-mana pusat membeli-belah. Dengan keadaan orang yang ramai dan berasak-asak, risiko anak terlepas dari genggaman mungkin berlaku. Nak-nak lagi yang tengah melasak dan tak mahu dipegang kan? Bahaya! Sebab tu, kalau tempat tu sesak dengan umat manusia, kalau boleh Farah elakkan pergi, Farah akan elak. Biarlah orang nak kata rugi ke? Jadi katak bawah tempurung ke? Sebab asyik duduk rumah dan tak keluar pada hujung minggu… Kakak lebih rela noksss… Dari risiko-risiko yang boleh terjadi sekiranya tak ada apa-apa perkara penting yang perlu keluar…

Tak lah kata, tak boleh keluar bawa anak berjalan-jalan langsung. Tak salah pun. Itu pilihan masing-masing kan? Cuma mungkin Farah lebih selesa begitu. Hu hu hu… Boleh jer, sebab masih ada cara untuk mengelakkan kejadian seumpama ini dari berlaku… Kena praktikkan cara selamat untuk membawa anak-anak di pusat membeli-belah mengikut pecahan usia.

Usia 0 – 1 Tahun

Masih awal untuk mendidik, mengajar atau menunjukkan cara yang betul tentang bahaya yang ada di pusat membeli-belah. Paling praktikal ialah kawalan sepenuhnya oleh ibu bapa sepanjang berada di luar. Ibu bapa perlu peka tentang kebarangkalian risiko dan bahaya yang ada supaya langkah pencegahan dilakukan terlebih dahulu.

  • Sebaiknya bawalah bersama pembantu (jika ada) ataupun saudara yang boleh bergilir-gilir menjaga bayi ketika ibu bapa sedang asyik membeli-belah.
  • Jika tiada pembantu, peranan menjaga anak diagihkan antara ibu dan bapa. Contohnya jika ibu sibuk memilih barangan keperluannya, maka bapa boleh mengambil alih peranan menjaga anak. Begitulah sebaliknya.
  • Memastikan keperluan bayi disediakan seperti susu suam dan jika bayi masih menyusu badan, maka pastikan bayi sudah diberikan susu (sebelum bertolak ataupun di tempat yang disediakan) sebelum meneruskan niat membeli-belah.
  • Memastikan kondisi bayi selesa dan lampin juga bersih dan tidak sarat sama ada buang air besar ataupun air kecil. Ini penting bagi mengelakkan bayi meragam dan pastinya menimbulkan emosi yang tidak tenteram juga bagi ibu bapa jika bayi meragam. Justeru itu, untuk mengelakkan emosi ibu bapa terganggu, terlebih dahulu sempurnakanlah keperluan anak-anak terutama bayi.
  • Membawa peralatan yang sesuai seperti stroller atau beg sandang bayi yang sesuai, iaitu tidak terlalu besar atau kecil dan mudah dibawa.

Usia 2 – 4 Tahun

Bermula usia seawal 2 – 4 tahun, ibu bapa sudah boleh bercakap dengan anak-anak berkenaan bahaya sekeliling. Cara penyampaian perlulah bersahaja dan boleh difahami oleh anak-anak Paling elok jika menggunakan medium komunikasi yang lain seperti buku, rancangan televisyen ataupun gambar rajah bergambar untuk memudahkan pemahaman.

  • Seperti juga bayi, anak-anak dalam lingkungan 2 – 4 tahun juga perlu diperhatikan sepenuhnya oleh ibu bapa. Giliran memilih pakaian atau barangan keperluan perlu dilakukan oleh ibu dan bapa supaya sentiasa ada orang dewasa yang mengawal anak-anak.
  • Sekiranya mempunyai pembantu atau saudara mara, sebaiknya dibawa bersama bagi menjaga anak-anak ketika ibu bapa sibuk memilih.
  • Jika anak-anak merupakan seorang yang hiperaktif atau tidak duduk diam, maka sebaiknya bawa bersama beg sandang anak-anak yang mempunyai tali supaya sentiasa dekat dan terkawal pergerakkannya. Alat ini telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara luar sebagai satu langkah pencegahan anak-anak berkeliaran ke tempat lain tanpa kawalan ibu bapa.
  • Pimpin tangan anak-anak kuat-kuat bagi mengelakkan mereka hilang atau sesat dalam limpahan orang ramai.

Usia 5 – 6 Tahun

Pada peringkat usia ini, anak-anak boleh dilatih untuk bertanggungjawab dengan membawa beg milik sendiri yang mengandungi barang keperluan ketika keluar bersama keluarga. Kanak-kanak tidak perlu meminta ibu bapa jika dahaga dan lapar kerana mereka boleh mendapatkannya dari beg yang dibawanya sendiri. Walaupun begitu, ibu bapa perlu menyediakan keperluan itu sebelum bersedia untuk keluar bersiar-siar. Bergurau senda dan bersembang bersama anak boleh merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Selain itu, ia melatih daya tindak dan kognitif anak-anak untuk berkongsi dengan ibu bapa atas apa jua perkara yang difikirkan perlu. Tanpa komunikasi dan gurau senda dalam keluarga, hubungan menjadi dingin dan tidak mesra. Kesannya proses mendidik anak juga terhenti.

  • Bagi anak-anak dalam lingkungan usia ini, kebanyakan mereka telah mula faham akan arahan dan keselamatan. Maka, sebaiknya sebelum keluar rumah, perlu diberi peringatan kepada anak-anak supaya berkelakuan baik dan sentiasa berada bersama ibu dan bapa. Jadikan peringatan itu sebagai kebiasaan sebelum keluar ke mana-mana terutama tempat yang ramai orang.
  • Anak-anak juga perlu diberitahu akan cara terbaik jika dalam situasi tersesat atau hilang daripada kawalan ibu bapa iaitu untuk pergi ke mana-mana kaunter di pusat membeli-belah itu untuk memberitahu bahawa mereka hilang daripada ibu bapa.
  • Pastikan anak-anak mengetahui nama penuh ibu bapa dan namanya sendiri jika merujuk ke kaunter di pusat membeli-belah.
  • Lebih elok sekiranya anak-anak diberitahu tempat untuk meminta tolong di bahagian keselamatan yang tersedia (namun agak sukar untuk melakukan perkara ini melainkan pusat membeli-belah itu sememangnya sering dikunjungi bersama anak-anak).
  • Memberikan kad nama berserta nombor telefon kepada anak-anak sekiranya berlaku kes kehilangan atau sesat. Langkah ini juga telah digunakan secara meluasnya di negara-negara luar.
  • Selain nama dan nombor telefon ibu bapa, tag nama juga boleh disediakan kepada anak-anak bagi memudahkan urusan bantuan dan pertolongan yang lain.

CARA ELAK ANAK HILANG KETIKA SHOPPING 2

CARA ELAK ANAK HILANG KETIKA SHOPPING 3

CARA ELAK ANAK HILANG KETIKA SHOPPING 4

Kalau tak nak pening-pening kepala, cara paling senang adalah, tak perlu pergi ke mana-mana yang sesak dengan umat manusia ketika kita perlu membawa anak-anak sebagai pengiring. He he he… Smile with tongue out. Tapi bosanlah pula ya tak? Pergi jer tempat yang tak sesak ataupun kalau nak sangat pergi ke mega sale? Harga runtuh seruntuh-runtuhnya? Pergi sendiri seorang diri. Senang cerita. Minta suami atau isteri jagakan anak-anak di rumah ataupun pergi sewaktu hari bekerja. Anggapkan me time untuk diri sendiri.

Viewing all 3928 articles
Browse latest View live