Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff

$
0
0
Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 

Ubat batuk di bawah preskripsi doktor sudah hampir kehabisan. Tapi batuknya tak juga menunjukkan ada tanda-tanda nak berkurang atau beransur pulih. Sad smile Sehinggakan satu malam tu, minggu lepas, terduduk Iman Firash dari tidur lena. Termuntah dan mula merengek akibat tidak selesa dengan batuk yang tentu sahaja mengakibatkan segala sendi dan abdomen dia terasa sakit. Letih ooo... anak kecil kalau batuk. Sedangkan kita yang dewasa ni pun boleh jadi letih dan sakit abdomen dengan batuk, apakan lagi anak-anak kecil kan? Susah hati dan kasihan melihatkan keadaan dia sampai begitu sekali. Jadi tak cukup tidur, tantrum di tadika. Sampaikan akhirnya, terluah pula rasa susah hati dan kasihan pada Iman Firash di laman media sosial Facebook:

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 2

Minyak bawang putih bakar kelapa dara Farah dah cuba buat dan nampaknya seperti sekejap ajer kesannya walau konsisten. Selepas tu, jadi balik. Baru jer reda jadi balik. Selepas dari Farah memuatnaikkan status tersebut di laman media sosial Facebook, terus kakak What's App dan cadangkan supaya Farah mencuba minyak Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusoff ni.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 3

Dengan serta-merta Farah What's App Wawa untuk bertanya tentang produk Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusof dan kalau boleh malam tu juga Farah nak jumpa Wawa serta ambil Aroma Health Cough Blend sebab tak sanggup nak lihat keadaan Firash yang batuk teruk. Cuma tak ada rezeki nak jumpa Wawa malam tu sebab Wawa ada urusan dan kalau nak jumpa pun dalam 11.00 malam macam tu. Tak apalah, Allah uji untuk lebih bersabar di dalam setiap urusan.

Esoknya, barulah berkesempatan jumpa Wawa sewaktu waktu rehat makan tengah hari. Lebih kurang dalam pukul 12.45 tengah hari macam tu. Syukur sangat sebabnya akhirnya dapat juga dapatkan Aroma Health Cough Blend tu untuk Firash. Tak sabar tunggu petang tu. Nak balik dan nak sapukan Aroma Health Cough Blend pada Firash. Di dalam masa yang sama? Tu diaaa... diri sendiri dah mula rasa tekak panas semacam dan mata panas semacam. Dah tau dah... dah tau... Farah pula ni yang bakal sakit ni. Hu hu hu... tapi tu tak apa, cerita lain nanti kalau sempat... In Shaa Allah... Ha ha ha... Kalau Farah rasa nak ceritalah kan?

Malam tu... Farah mula sapukan Aroma Health Cough Blend pada Firash.


Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 4

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 5

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 6

Sapu pada bahagian belakang badan Firash dalam urutan menaik sepertimana yang Wawa ajarkan.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 7 

Sapu pada tapak kaki Firash dan cuba gunakan teknik urutan tapak kaki sepertimana yang pernah Farah baca di dalam satu artikel atas talian tidak lama dulu.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 8
Kredit: Sumber dari Google
Kita cubalah, usaha, ikhtiar dan juga tawakal kan? In Shaa Allah, mana tahu dengan izin Allah berjaya untuk memberikan kelegaan kepada Iman Firash?

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 9

Apa saja yang patut, semuanya Farah cuba! Demi anak... selain tu Farah pun sapukan pada leher dan juga dada Iman Firash.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 10 

Awww... smexy sikit anak manja Mommy ni dalam gambar ni kan? Tak apalah sekadar nak tunjukkan contoh, bukannya niat nak menyimpang pun kan? Hasilnya? Syukur sangat-sangat, lena yang teramat lena dia tidur pada malam tu! Allahuakbar! Syukran Ya Allah.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 11 

Keesokan paginya bangun, ceria hari dia dan behave di tadika. Teacher dia kata pun, nampak ada kurangnya batuk dia. Memang Farah pantau dan lihat batuk Iman Firash sudah mulai kurang. Bak kata Wawa, kalau terdetik jer sapu pada anak. Tak perlu tunggu-tunggu lagi dah. Tulah juga yang Farah lakukan. Penyakit kan? Datang macam ribut, pergi macam siput. Macam tulah. Kenalah bersabar. Tapi sekurang-kurangnya progressing dan tak adalah teruk sangat keadaannya. Sebelum jadi lebih teruk? Eloklah bertindak cepat. Tak sanggup dah lihat anak warded sebab sakit. Kalau boleh memang nak elakkan.

Farah berterima kasih sangat pada kakak sebab syorkan Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusoff ni dan sekarang Farah panjangkan kepada ibu bapa lain di luar sana tentang informasi ni. Sebabnya? Sebab saya seorang ibu dan saya memahami bagaimana perasaan apabila melihat anak kecil yang tidak sihat. Jika ada pilihan lain selain ubat-ubatan klinik yang sudah tentu mengandungi drugs tentulah kita nak pilih pilihan lain tu kan? Sumbat sampai habis sebotol ubat tetapi tak berhasil pun kita boleh susah hati dan risau hati.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 12 

Ibu mengandung pun gunakan Aroma Health Cough Blend ni tau. Terbukti memang memberikan kelegaan. Jadi sesiapa yang sedang hamil dan mengalami batuk tu boleh cuba hubungi Wawa dan cuba Aroma Health Cough Blend ni ya?

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 13

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 14

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 15

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 16

Harga yang Wawa jual pun mampu milik. Untuk Cough Blend, Farah beli dari Wawa RM 25.00 dan tiada yuran postage sebab COD. Jika termasuk yuran postage anda kena tambah RM7.00 lagi ya? Faham kan?
Untuk Maklumat Lanjut:


Thomas and Friends Berpisah Tiada!

$
0
0
Thomas and Friends Berpisah Tiada! 

Thomas and Friends berpisah tiada! Begitulah gandingan serasi Iman Firash bersama watak-watak siri animasi Thomas and Friends. 200 juta kali tonton kartun Thomas and Friends pun tak pernah nak jemu serta jelak. Sampaikan Mommy, nenek, atuk dah naik kenal dengan watak-watak di dalam kartun Thomas and Friends. Cubalah minat Superman ke? Batman ke? Ben 10 ke? Tapi tak ada menunjukkan ciri-ciri serta tanda meminati pun? Open-mouthed smile Ha ha ha... dia kenal Superman... tapi dia tak layan Superman... Tetap dengan dunia Thomas and Friends juga!

Memang Mommy dia dah kenal sangat dah dengan beberapa watak Thomas and Friends dan sampaikan dia pun ajar Mommy dia, yang ni namanya apa, yang tu namanya apa... Mommy dah kenal tau dengan watak Thomas and Friends tau! Tak percaya? Sila lihat gambar di bawah:

Thomas and Friends Berpisah Tiada!  2 

Haaa tu dia, Mommy dia dah boleh kenal dan senaraikan satu persatu watak dalam Thomas and Friends walaupun masih lagi belum lengkap sepenuhnya. Kalau nak diikut-ikutkan memang banyak lagi watak-watak siri animasi Thomas and Friends yang masih belum ada di dalam koleksi Iman Firash. Kalau tak silap-silap, lebih dari 50 watak Thomas and Friends yang ada. Kalau-kalau ada yang saja-saja nak ambil tahu dan saja-saja nak kenal bolehlah tengok-tengok laman web Thomas and Friends  yang memaparkan keseluruhan senarai karakter Thomas and Friends. Winking smile.

Thomas and Friends Berpisah Tiada!  3

Koleksi Iman Firash bukan sekadar permainan Thomas and Friends.

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 4 

Akan tetapi boleh dikatakan hampir serba-serbi Thomas and Friends. Sungguh!!! Bukan Farah yang manjakan atau Farah belikan. Cumanya mungkin rezeki dia... Alhamdulillah, ramai yang bermurah hati berikan dia hadiah yang berkait dengan Thomas and Friends. Ada yang secara kebetulan dan ada juga yang sememangnya disebabkan tahu Iman Firash sememangnya peminat setia kartun Thomas and Friends.

Thomas and Friends Berpisah Tiada!  5 

Ha ha ha...Open-mouthed smile boleh tak kalau Mommy salahkan Ba Bah Firash? Ekekeke... Yang pertama berkait dengan Thomas and Friends dalam hidup Firash dan pakaian pertama yang Ba Bah dia belikan untuk dia adalah baju tidur Thomas and Friends.

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 6

Thomas and Friends Berpisah Tiada!  7

Beg sekolah yang dia kerap rotate ke tadika. Beg sekolah Thomas and Friends. Satu hadiah dari Atuk dan satu hadiah dari Ba Bah.

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 8
 
Thomas and Friends Berpisah Tiada! 9

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 10

Stokin, bento box dan selipar Jepun yang Iman Firash dapat dari event Thomas and Friends.

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 11

Sponsored 3 years olds birthday cake untuk Iman Firash. (Psssttt... Mommy pun tumpang sekaki juga kannn?Smile with tongue out Ha ha ha).

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 12

Ini pula adalah sandal yang dipakai setiap hari ke tadika. Hadiah dari nenek dia. 

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 13

Sampaikan dia mandi pun nak bawa Thomas and Friends. Dia mandi, Thomas and Friends pun mandi juga. Flirt male

Terbaru... Huwaaa...Crying face Mommy nak menangis dulu... yang satu dah pernah kongsi di dalam entriSet Katil Thomas & Friends ... Manalah Mommy Nak Cari Ni Firash???

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 14 

I want thish Mommy! Like thish! Dah berulang-ulang dah permintaan tu dah. Lagi satu? Dia dah pandai pula minta yang ni pula...

Thomas and Friends Berpisah Tiada! 15

Hu hu hu... yang ni boleh gagah lagi ler... sebab nampak di Lazada Malaysia harganya RM23.30. Ekekeke...

Firash oh Firash... Thomas and Friends berpisah tiada! Tapi agak-agaknya sampai bilalah obsesi Thomas and Friends Firash ni ya?

Jenis & Cara Pilih CILI KERING Ikut Tahap Kepedasan

$
0
0
JENIS & CARA PILIH CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN

Kali ni nak cerita pasal masak-masak pulalah… Winking smile…Lama tak cerita tentang masak-masak, tapi bukannya nak kongsi resepi atau nak kongsi cerita menu apa yang Farah masak… Sebaliknya, nak cerita dengan anda, anda dan anda tentang Jenis & Cara Pilih CILI KERING Ikut Tahap Kepedasan. Al-maklumlah, cili kering ni memang ada macam-macam jenis. Tersilap membeli cili kering, silap-silap haribulan air sebaldi pun tak cukup oiii nak layan pedasnya! Open-mouthed smile. Seni memasak itu unik kan? Setiap satu bahan masakan itu ada cerita, ada cara, ada teknik, ada jenis di sebaliknya. Jadi kita orang dapur ni, kenalah berkenal-kenalan dengan apa yang patut ya tak? Hari ni Farah nak ajak kita semua sama-sama kenal jenis cili kering dan juga mempelajari secara bersama-sama bagaimana caranya untuk kita memilih cili kering ketika membeli di pasar ataupun pasar raya supaya kita tidak tersilap memilih mengikut kesesuaian tahap kepedasan yang boleh diterima oleh ahli keluarga kita dan diri kita sendiri. Bagi yang sememangnya kuat pedas tu memang tak ada masalahlah kan?

Jenis-Jenis Cili Kering


JENIS & CARA PILIH CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN 2

Cili Kering Kerinting


JENIS & CARA PILIH CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN 3

Berkedut, banyak cili, bertangkai dan kurang pedas. Sesuai untuk semua jenis masakan.

Cili Kering Besar


JENIS & CARA PILIH CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN 4

Besar, berkilat, kurang biji dan tidak pedas. Sesuai untuk masakan seperti nasi lemak.

Cili Kering Paprika


JENIS & CARA PILIH CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN 5

Berkilat, banyak biji, bertangkai dan pedas.Sesuai untuk masakan kari atau tomyam.

Cili Kering Berkilat


JENIS & CARA PILIH CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN 6

Berkilat, banyak biji, tidak bertangkai dan sangat pedas.Sesuai untuk menu masakan panas.

Kadang tu, boleh jadi keliru juga pandangan mata Farah… Ha ha ha.. Open-mouthed smile. Jujur Farah katakan, ini baru nak mengenal jenis-jenis cili kering secara mendalam. Dan jujur juga mengaku, selama kini, apa jenis pun cili kering, Farah kisar jer jadikan cili kisar sedia untuk masakan. He he he… Tak kisahlah jadi jenis kerinting ke? berkilat ke? gemuk ke? panjang ke? apa sat ni ke? Semua Farah balun jer guna untuk semua jenis masakan yang menggunakan cili. Tak pernah lagi nak perhati betul-betul, belek-belek betul-betul, yang ni jenis apa, yang tu jenis apa… Muahahaha… Open-mouthed smile… Nak nak lagi kalau membeli dengan Iman Firash kan? Memang taklah nak berlama-lama membelek ya tak? Ekekeke…. Smile with tongue out

Tapi tak apalah, marilah kita bersama-sama berkenal-kenalan dengan jenis-jenis cili kering dan bagaimana cara untuk memilih cili kering. Satu ilmu kan? Lepas ni kan? Nak cubalah sewaktu membeli cili kering perhati dan belek… Smile

Manja Sampai Ke Tadika!

$
0
0
MANJA SAMPAI KE TADIKA!

My baby son isn't neither a baby nor a toddler anymore... He is a preschooler... However, he is still my baby son! Manja-manja juga... kena renungan maut kena juga! Open-mouthed smile Ha ha ha... Manja macam mana pun, salah tetap salah... kena marah tetap kena marah...mengada-ngada dia toksah cakaplah kan? Nenek dia selalu cakap, masa Mommy tak ada ok jer. Bila Mommy balik mulalah dia, itulah inilah, rengek itulah, rengek inilah. Memang manja! Manja sampai bawa ke tadika! Kau ghase? Flirt male

Minggu lepas timbul manjanya, nak hisap susu di tadika minta baring atas riba teacher. Pagi semalam, dua biji mata ni nampak sekali kejadian baring atas riba teacher hisap susu. Nampak kawan tadika tengah hisap susu, dia pun laju jer buka beg sekolah dan ambil botol susu. Sedar-sedar dah baring atas riba teacher. Surprised smile Owhhh emmm geeee! Firashhh! Facepalm... anak siapa tu? Anak Mommy lah! Anak Ba Bah lah! Kannn? Winking smile

Lepas tu dalam tengah hari... teacher hantar Telegram, beritahu perkara yang di bawah ini:

 MANJA SAMPAI KE TADIKA! 2

MANJA SAMPAI KE TADIKA! 3

Bukan teacher jer kata alahai Firash. Ni Mommy dia pun nak kata alahai Firash. Anak oh anak. Fakta bukan auta... Open-mouthed smile ha ha ha... Iman Firash kalau makan memang susah nak suap sendiri. Katanya dirty. Dia tak nak tangan dia kotor kaedahnya. Kalau nak suruh dia makan? Harus bersuap. Makan apa nak bersuap tu? Farah tanya teacher dia... makan biskut jejari.

MANJA SAMPAI KE TADIKA! 4
Kredit: Sumber dari Google 
Biskut jejari ni kalau main celup-celup dengan Nutella ni syok ni! #ehhh ha ha ha Open-mouthed smile. Bukan tak boleh suap sendiri... tapi memang dia kalau boleh nak orang suapkan. Hu hu hu... mujurlah teacher tu bersabar nak oiii! Teringat pula Mommy masa di tadika sewaktu umur 5 tahun dulu. Makan nasi lemak, suap sendiri, lepas tu bungkusan nasi lemak tu berwap dan basah, makanya kertas surat khabar tu lembutlah kan? Habis terbarai! Dan? Kesudahannya kena marah dengan teacher Mommy sebab taburkan nasi dalam kelas. Nama teacher tu, teacher Sapura. Sebab kena marah tu, ingat sampai sekarang. Haaa... tulah bahaya marah anak kecil tau! Sudahnya sampai dah beranak pinak masih ingat lagi dalam kotak ingatan. #selfreminder jadi kalau nak marah anak tu beringat-ingat. Bahasa kena jaga, tona suara kena jaga dan tindakan kena jaga. Kalau tidak, memang terkesan dalam diri mereka untuk satu tempoh masa yang panjang.

Nak kena pesan dan ingatkan Iman Firash ni! Bila makan sila suap sendiri nak! Tugas Mommy nak fikir bagaimana cara terbaik nak pesan dan ingatkan anak, yang bila makan atau minum di tadika untuk suap sendiri. Kesianlah teacher... Firash dah di tadika bukan di taska... kena belajar suap sendiri... Hu hu hu... #ehhh bukan Mommy dah pesan ke? Kalau makan suap sendiri kalau di school? Tapi tulah... he is just 3 years and 3 months... mungkin masih kurang faham konsep dan ikut suka dia jer... Firash kena matang cepat sikit tau? Sebab Firash dah school.

Yang nak sok sek sok sek berkata... "Dah tau anak nak masuk tadika, latihlah anak makan sendiri!"... Manusia ni kan punya pandangan yang berbeza-beza? Tapi kena ingat juga, terkadang tu bukan tak dilatih... dah dilatih... kids always kids... ada masa memang mereka begini, ada masa mereka ok. Berfikir dari sisi positif. Sometimes it is just a transition of change of environment. Berikan masa kepada anak-anak kecil kerana keanak-anakan itu sememangnya sifat semulajadi mereka yang bersesuaian dengan peringkat umur.

*Itu pentingnya komunikasi dengan guru-guru di tadika mahupun sekolah. Sekurang-kurangnya apabila kita tahu apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak di tadika atau sekolah, bolehlah kita merencanakan tindakan yang sewajarnya untuk memperbetulkan keadaan dengan mencuba sedaya upaya serta sebaik mungkin. Bukan bermaksud, hantar anak ke tadika dan serah bulat-bulat segalanya kepada guru-guru. Betul tak? Sebab ibu bapa kena mainkan peranan juga.

Sila Ambil Perhatian Tentang JERITAN Sewaktu Melahirkan Bayi

$
0
0
SILA AMBIL PERHATIAN TENTANG JERITAN SEWAKTU MELAHIRKAN BAYI
Kredit: Gambar dari Google

Cakap memang senang oiii! Tetapi hanya jauhari mengenal manikam dan hanya orang yang mengalami yang mengetahui rasanya bagaimana kan? Cumanya jangan tanya Farah lah sakitnya bagaimana sewaktu hendak melahirkan, sebabnya Farah memang tidak merasai pengalaman sakit nak melahirkan Iman Firash. Farah sakit sesudah melahirkan. Sebelum melahirkan tak rasa sakit apa pun… Kelahiran tanpa kontraksi dan kelahiran melalui tarikh yang dipilih oleh gynae Farah serta dipersetujui bersama kan? Ermmm… ni nak kira macam mana ni ya? Nak cerita lebih-lebih pun tak mampu, pengalaman memang tak ada sakitnya tu macam mana. Farah ni kalau bayang-bayangkan kelahiran secara normal memang bayang yang ngeri ajer. Sungguh…Bukan nak over-exaggerate tapi memang Farah terbayang-bayang dan lepas tu jadi ngilu sendiri… Allah Maha Besar… Tahu yang Farah tak ada kekuatan nak melahirkan secara normal, sudahnya melalui pembedahan jawapannya… Bila orang tanya prefer bersalin secara normal atau pembedahan… Tanpa fikir dua kali, Farah memang akan jawab Farah pilih cara pembedahan… Hu hu hu… Secara tiba-tiba teringat tentang cerita nenek Firash yang sewaktu dia nak melahirkan Farah dulu, di bilik bersalin, boleh jelas dengar bilik bersalin sebelah wanita menjerit kesakitan kerana hendak melahirkan… Digalakkan? Tak digalakkan? Sila ambil perhatian tentang jeritan sewaktu melahirkan bayi ya? Ni nak cerita ni…

Melalui sumber di SINI, sebagai manusia biasa, walaupun kita cuba mengawal kesakitan yang dialami mengikut adab yang sebaiknya tetapi sesekali pasti akan terkeluar juga suara mengerang menahan kesakitan. Ya lah dah namanya pun sakit kan? Sedangkan orang lelaki yang memakai simulator melahirkan bayi pun tak tertahan-tahan sakit, inikan yang betul-betul nak melahirkan ya tak? Bolehkah mengeluarkan suara seperti menjerit, meracau dan  berteriak untuk melepaskan emosi semasa bersalin? Mengeluarkan suara semasa proses melahirkan anak dibolehkan, tetapi bukan bunyi suara yang tidak terkawal seperti menjerit, meracau atau memaki-maki. Ini kerana suara-suara tersebut hanya akan menganggu emosi ibu-ibu lain yang sedang melahirkan anak atau masih dalam proses kontraksi selain merugikan diri anda sendiri. Kenapa?

Ini kerana suara jeritan atau pekikan kerana kesakitan yang dihasilkan dari pernafasan dan penghasilan suara tinggi melengking, lama-kelamaan akan membuatkan anda BERASA KEJANG DAN LEMAH. Begitu juga suara mengaduh atau menjerit yang hanya akan membuatkan pengurangan tenaga dan menjadikan tekak anda sakit.

SILA AMBIL PERHATIAN!


Mengeluarkan Suara Boleh Asalkan Ianya Terkawal
Jika hendak bersuara perlulah dalam bentuk vokal yang tenang, penuh, berasal dari pernafasan perut, dengan tarikan nafas panjang. Selain tidak memenatkan,nafas panjang ketika bersuara akan mengalirkan oksigen tambahan ke perut dan pinggul seterusnya melancarkan pembukaan.

Hindarkan Daripada Mengatup Gigi, Menggigit Bibir atau Menutup Mata
Boleh mengakibatkan kecederaan pada kawasan tersebut. Contohnya, dengan memejamkan mata ketika meneran boleh memberikan tekanan kepada mata yang akan menyebabkan pecahnya pembuluh darah di mata ibu. Nampak macam remeh tetapi ada kesan buruk yang boleh membahayakan ibu.

Nak tau tak? Di Zimbabwe, ibu yang sedang melahirkan kalau menjerit akan didenda. Sungguh… Farah dapat tau ni pun ketika terbaca satu artikel di SINI. Untung sangat-sangatlah kita yang tak tinggal di Zimbabwe kan? Kalau tak entah berapa ramai lah yang kena denda sebab menjerit sewaktu melahirkan kan? Menurut artikel tu… Di salah satu negara termiskin di Afrika itu, ibu yang melahirkan anak di hospital akan didenda USD 5 setiap kali menjerit.

Di negara ini, korupsi yang terjadi sudah menjadi begitu sistemik. Sebuah laporan yang ditulis Transparency International menyatakan bahawa 62 peratus penduduk Zimbabwe mengaku sudah membayar rasuah dalam waktu 1 tahun terakhir. Di Zimbabwe, pendapatan tahunan rata-rata setiap orang adalah sekitar US $ 150 . Jika hospital mengenakan bayaran bersalinan sebanyak USD 50, ertinya ibu yang menjerit beberapa kali selama ketika hendak bersalin akan berhutang separuh daripada pendapatan tahunannya setelah melahirkan bayinya.

Ironinya, sebanyak 95 peratus penduduk negara ini adalah penganggur dan kemiskinan berleluasa. Menurut Transparency International, ibu yang melahirkan anak tidak mampu membayar terkadang ditahan di hospital dan dikenakan bayaran sehingga boleh ditebus oleh keluarganya. Akibatnya, banyak ibu-ibu di Zimbabwe memilih melahirkan anak di rumah kerana tidak mampu membayar kos. Seperti yang dilaporkan di Washington Post, Jumaat (12/7/2013), laporan PBB menjelaskan bahawa rata-rata, ada 8 ibu meninggal ketika melahirkan anak setiap hari di Zimbabwe.

I am in no position to advice tentang jerit menjerit ni, bab kawal mengawal diri dari menjerit ni… susah nak cakap kan? Ada sesetengah orang memang takkan mampu kawal kalau dah terasa sakit sangat… Dan kalau dah sakit tu, memang boleh jadi tak ingat apa pun… Tapi tak apalah… Cuba untuk tidak menjerit dengan sebaik mungkin pun tak apa… Dah sakit kan? Cumanya adalah lebih baik kalau tak menjerit demi mengelakkan bahaya pada diri ibu yang hendak melahirkan kan? Hu hu hu…

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici

$
0
0
SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 

SAHI Tablet Kunyahan Sarang Burung &Aloevera Berperisa Laici yang terkini di pasaran! Mengandungi makanan sunnah tanpa kolagen khusus untuk mereka-mereka yang ingin sihat, ingin cantik serta berpenampilan menarik! Sedap dengan pelbagai khasiat! Bukan susah pun... kunyah-kunyah jer untuk jadi cantik. Tak perlu suntik! Tak perlu pembedahan! Tak perlu susah payah... Benda paling senang nak buat dalam hidup sehari-hari... boleh kunyah sewaktu on the go! Walau sesibuk mana sekalipun! Sambil memasak? Sambil dodoikan anak? Sambil memandu? Semua pun boleh! Nak tau khasiat? Nak tau apa SAHI ni sebenarnya? Wajib baca entri Farah pada kali ini sampai habis ok?

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 2

Elfira Loy pun amalkan SAHI ok? So why not you kan? Bukan sahaja untuk kecantikan luaran tetapi SAHI diformulasikan khas untuk kesihatan dalaman juga. Nak cantik? Mestilah kena jaga luar dan juga dalaman ya tak? Kalau jaga luar jer, tak jaga dalaman pun tak guna juga. Pointless and useless macam tu.

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 3

Ada yang pernah terlihat SAHI di pasaran? Kalau belum... sila ambil maklum yang produk SAHI telah berada di pasaran Malaysia ni sejak April 2016 yang lalu.

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 4 

Sekarang ni, dua orang pengasas yang cun melecun ni iaitu Norelissa Idayu Zainal Abidin dan Noor Aimi Mohd Yusoff dah bersedia untuk melebarkan sayap mereka ke pasaran seluruh Malaysia dan juga serantau Asia setelah perlancaran rasmi mereka ke atas produk SAHI baru-baru ini. Setakat ini SAHI sudahpun mempunyai lebih kurang 35 agent dan stokis di seluruh Malaysia dan bakal menambah lagi 100 agent dari dalam dan luar negara yang mana strategi jualan mereka adalah lebih tertumpu kepada jualan-jualan di kedai secara offline.

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 5 

Kalau dah bakal bertambah lagi 100 agent SAHI tu... dah sah-sah SAHI mendapat sambutan yang bom kebabom dan juga meletup-letup di pasaran kan? Betul tak?

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 6 

Apa istimewanya SAHI ni? SAHI adalah produk yang dihasilkan TANPA KOLAGEN sebabnya pengasas SAHI mengambil kira kesesuaian serta keserasian umum dengan kolagen. Hang pa ingat? Semua orang ke serasi bersama kolagen? No no no no no... tak semua orang sesuai digandingkan dengan kolagen ya? Haaa... yang tak pernah tau tu... Sila ambil tahu ya? Orang yang menghidapi penyakit cyst tak sesuai mengambil kolagen ya.

Itu satu! Yang keduanya, SAHI adalah produk yang mengandungi makanan sunnah seperti Buah Tin, Kismis, Madu dan Kurma yang sangat membantu dari segi MEMBERI TENAGA TAMBAHAN dari dalam terutamanya wanita. SAHI juga mengandungi Vitamin C (450mg sebotol), Aloevera, Rosehip, Sakura, Maqui Berry dan Rice Bran yang MAMPU MERANGSANG SEL DI DALAM PENGHASILAN SEMULA STRUKTUR SEL KULIT untuk menghasilkan KULIT LEBIH ANJAL, LEMBUT, LICIN dan HALUS.

Rangsangan kepada penghasilan kolagen secara semulajadi dari tubuh menjadikan SAHI sebagai supplement yang tidak memerlukan kolagen. Rice bran adalah pengganti kolagen yang menjadi pemangkin dalam penghasilan kolagen semulajadi yang mana ianya adalah 10 kali lebih baik daripada kolagen tambahan.SAHI juga, SANGAT-SANGAT MEMBANTU DI DALAM PROSES PENCERNAAN dan SISTEM IMUNISASI BADAN.

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 7 

Senang cerita... khasiat SAHI apabila anda konsisten dan teratur mengamalkan pengambilan SAHI adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

1. Mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat batu, kulit kusam dan tidak bermaya.

2. Mengatasi masalah warna kulit yang tidak sekata.

3. Mengatasi masalah gatal-gatal akibat resdung.

4. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah.

5. Memberi tenaga tambahan terutama kepada ibu mengandung (4 bulan ke atas), pelajar dan ibu-ibu yang bekerja.

6. Melancarkan sistem haid yang tidak teratur dan juga senggugut.

7. Membantu masalah pencernaan.

8. Membantu memulihkan rekahan di tapak kaki.

9. Dapat menghilangkan ruam-ruam di badan.

Banyak kan? SAHI sesuai diambil oleh lelaki dan wanita yang berumur 13 tahun ke atas.

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 8

Sebab tu Elfira Loy turut menyokong SAHI. Sebab 1001 khasiat yang dibawa oleh SAHI. Tengok pengasas pun macam wowww uolsss! Tentu-tentu hasil daripada amalan pengambilan SAHI secara teratur dan konsisten kan?

SAHI Tablet Kunyahan SARANG BURUNG Dan ALOEVERA Berperisa Laici 9 

Dah ada anak pun masih cun melecun bom kebabom kan? Siapa tak nak jadi seperti ini! Haruslah nak kan? Nak cuba ke? Ekekeke... Jangan risau harga SAHI taklah mahal mana walaupun ianya mengandungi sarang burung. Mampu milik ok?

Jika anda benar-benar berminat nak mencuba SAHI, ini ada satu berita baik untuk pelanggan dan bakal pelanggan SAHI. Untuk tempoh waktu dari 6 sehingga 12 Februari 2017 - bersempena dengan pelancaran SAHI SARANG BURUNG... ADA TAWARAN ISTIMEWA!


Bagi Agent:
RM 35.00 sebotol untuk pembelian minimum 10 botol.

Bagi Stokis:
RM 25.00 sebotol untuk pembelian minimum 150 botol.

Bagi Pengguna SAHI:

2 set hanya RM 100 (SM) dan RM 115 (SS)
3 set hanya RM 140 (SM) dan RM 160 (SS)


Untuk makluman anda, sebelum anda tanya baik Farah beritahu kan? Sebotol SAHI mengandungi 30 biji tablet kunyahan.

Cara pengambilan pula bergantung kepada MASALAH KULIT SESEORANG INDIVIDU. Pengguna disarankan supaya mengambil 2 biji tablet kunyahan SAHI dalam sehari iaitu 1 TABLET SEBELUM SARAPAN PAGI dan 1 TABLET SEBELUM TIDUR. Apabila masalah kulit sudah hilang, pengguna disarankan untuk mengambil 1 TABLET SAHAJAuntuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan wajah.

Untuk pengambilan yang lebih berkesan, pengguna disarankan untuk mengurangkan atau berhenti seketika (tergantung masalah) pengambilan kafein, banyakkan minum air masak sekurang- kurangnya 2 liter sehari dan kurangkan makanan berminyak. Produk ini boleh diambil dengan supplement lain tapi harus jarakkan pengambilan selama 1 jam. SAHI sangat selamat untuk diamalkan tanpa kesan sampingan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SAHI SARANG BURUNG sila layari:

Laman Instagram

Laman Facebook :

E-Mel:

Hotline :
+6011 3173 8548 / +6017 708 9376

Testimoni Pengguna

Boleh didapati di #sahitestimoni atau #sahifeedback.

SAHI SARANG BURUNG diklasifikasikan sebagai produk makanan
KKM: 200416/04/009 (Makanan)

Kondisi GIGI HITAM Pada Kanak-Kanak

$
0
0
KONDISI GIGI HITAM PADA KANAK-KANAK
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Duduk-duduk saja sempena cuti Thaipusam semalam, Iman Firash minta coklat. Sekarang ni kerap jugalah minta coklat, minta lollipop. Dah pandai dah... Tiba-tiba nenek dia kata, "Dik! Jangan ikutkan sangat...Mama tengok gigi depan atas Firash dah mula nak hitam! Jaga sikit...". Setepek kena dekat Mommy kan? Open-mouthed smile Ha ha ha... nenek dia punyalah jaga gigi dia supaya jangan jadi hitam. Alaaa...macam Mommy sewaktu kecil-kecil dahululah...apa kurangnya. Hitam juga dua batang gigi atas Mommy tu... Kondisi gigi hitam pada kanak-kanak ni bukan sesuatu perkara yang pelik kan? Sebabnya memang ramai jer kanak-kanak yang sedang membesar yang mengalami masalah gigi menjadi hitam dan kemudiannya rongak! Winking smile
 
Yang Mommy pula terus membalas statement nenek dia... "Ha ah Ma, macam adik kecil dulu!". Nenek Firash jawab balik... "Adik tu sebab minum Ribena! Sebab tu jadi macam tu...". Itu hipotesis nenek Firash. Tapi ya ke? Open-mouthed smile Ha ha ha...Bukan nak melawan, tetapi sekadar tertanya-tanya...betul ke? Sebab Farah minum Ribena sebab tu gigi jadi hitam dan kemudiannya ronggak? Fakta atau mitos ni?
 
Alamak! Surprised smile Nak menghitam ke gigi atas Firash yang satu tu? Alamak! Surprised smile Nak jadi rongak ke gigi anak manja Mommy ni? Gosok gigi 2 kali nampaknya tidak menjamin gigi anak-anak kecil tidak akan ronggak ya? Bukan sekadar konsistensi memberus gigi untuk elakkan gigi anak-anak kecil dari menghitam. Akan tetapi, there's more to it sebenarnya.
 

Apakah Punca Gigi Menghitam Pada Kanak-Kanak?

Ibu bapa, jomlah kita fahamkan sebab apa ada di kalangan gigi anak-anak kita jadi menghitam:
 
KONDISI GIGI HITAM PADA KANAK-KANAK 3

Makanan Manis Adalah Si Perosak!

Anak-anak kecil di usia 2 sehingga 4 tahun memiliki kegemaran makan makanan yang manis-manis. Betul tak? Termasuk Iman Firash. Flirt male Jika seseorang anak tidak mahu menggosok giginya dan ibu bapa kurang memberikan perhatian ke atas rutin untuk memberus gigi, maka dari kurang berikan perhatian atau tidak mengambil kisah tentang rutin memberus gigi itu akan membentuk karies kepada gigi anak-anak. Yang hitam-hitam tu adalah karies gigi ya kawan-kawan.
 
KONDISI GIGI HITAM PADA KANAK-KANAK 2

 

Kebiasaan Minum Susu Sewaktu Waktu Tidur

Jeng jeng jeng... inilah salah satu penyumbang kepada keadaan gigi yang menghitam. Kebiasaan meminum susu melalui botol susu sewaktu waktu tidur dengan menggunakan botol susu terlalu lama, boleh menyebabkan karies gigi. Ini adalah kerana, sewaktu anak kecil terlelap, mulut dan seluruh giginya akan terendam susu yang masih tersisa di dalam mulutnya. Kemudian, susu tersebut akan berubah menjadi asam, nahhh...asam inilah yang merosakkan gigi si kecil. Jika mulut terendam seluruhnya, maka gigi yang rosak pun boleh dikatakan menyeluruh. Kerosakan ini akan bertambah parah, bila susu yang diberikan mengandungi gula.
 
Mula-mula gigi menjadi kehitaman, kemudian secara perlahan-lahan bahagian gigi tersebut akan menjadi rosak dan nampak seperti gigi berwarna hitam. Terdapatnya karies gigi bermaksud terdapat kotoran di dalam rongga mulut dan gigi yang dapat menyebabkan infeksi dan boleh menimbulkan rasa sakit pada gigi, gusi serta rongga mulut. Jawapannya? Kena bawa berjumpa dengan doktor gigi dengan kadar segera untuk pemeriksaan serta rawatan.
 

DO VS DON'T

1. Makanlah makanan bergizi.
 
2. Jangan biarkan si kecil minum susu sampai tertidur tanpa dibersihkan.
 
3. Batasi makanan dan minuman yang mengandungi karbohidrat (gula). Jangan biarkan anak-anak tidur sebelum membersihkan gigi.
 
4. Berus gigi setiap hari setelah bersarapan dan selepas makan malam dengan cara yang betul.
 
5. Gunakan ubat gigi yang bersesuaian.
 
6. Lakukan pemeriksaan berkala ke doktor gigi setiap enam bulan sekali.
 
*Sebelum melarat, memang nak kena bawa Iman Firash jumpa doktor gigi ni. Tidak boleh tidak. Hu hu hu... Habislah handsome bila gigi hitam dan rongak kan? Open-mouthed smile Wakakaka... Sebabnya, bab tidur malam sambil hisap botol susu tu memang tak dapat dielakkan. Rasa-rasanya boleh diselamatkan lagi ni... Mujurlah gigi susu ok? Ha ha ha...Boleh ganti dengan gigi baru nanti kan? Tapi nak tunggu tu lambat lagi lah...Smile with tongue out

Little Caliphs FAST READING TECHNIQUE Seminar 2017

$
0
0
LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 

Little Caliphs Fast Reading Technique Seminar 2017! Bertarikh 11 Februari 2017 dan bertempat di Dewan UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang. Khusus untuk ibu bapa pelajar-pelajar Little Caliphs cawangan sekitar Shah Alam dan Klang.

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 2 

Nama pun Fast Reading Technique, makanya dah tentu-tentu berkenaan dengan teknik pantas membaca untuk anak-anak kecil yang disekolahkan di cawangan-cawangan Little Caliphs. Alhamdulillah... berjaya meluangkan masa untuk aktiviti yang melibatkan pembelajaran serta perkembangan Iman Firash. Beginilah serba sedikit pengisian tambahan rutin kehidupan setelah Iman Firash memulakan alam persekolahan tadika. Jujur diakui, semakin hari semakin terkejar-kejar masa. Rasa seperti seolah-olah tak cukup masa 24 jam sehari tu. Ha ha ha... Open-mouthed smile

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 3 

Pertama kali menyertai seminar sebegini dan maklumbalas Farah? Awesomeness! Thumbs up Tak sia-sia bangun awal di hujung minggu dan luangkan masa. Banyak perkara yang Farah pelajari dan banyak perkara yang sebenarnya membantu Farah di dalam perjalanan Farah sebagai seorang ibu kepada seorang preschooler baru. Apa yang banyak sangat tu yang Farah dapat dari seminar yang Farah hadiri semalam?

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 4

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 5

Kami para ibu dan para bapa telah diterangkan tentang pembelajaran anak-anak kami iaitu bagaimana serta apakah teknik yang diajarkan kepada anak-anak kami di Little Caliphs. Tujuannya untuk memberikan kefahaman tentang cara didikan yang digunakan supaya kami sebagai ibu bapa dapat menggunakan teknik pengajaran yang sama. Apa yang diajarkan oleh guru-guru nak-anak kami di Little Caliphs HARUS seiring ketika kami mendidik anak-anak kami di rumah supaya ANAK-ANAK TIDAK MENJADI KELIRU. Ini nanti karang, guru ke utara, ibu bapa ke selatan, lama-lama anak-anak yang jadi pening tak tahu yang mana satu nak diikuti ataupun segalanya menjadi jumble up. Dalam erti kata yang lain, synchronization in the teaching techniques.

Melalui seminar ini, ibu bapa dilatih mengenai teknik didikan. Kena hafal ooo setiap satu teknik yang dikongsikan. Kalau tak hafal pun tak apa, tak ada siapa yang nak paksa oiii... cumanya memang Farah ambil peluang yang ada untuk belajar apa yang Iman Firash belajar. Nak beri sokongan pada anak kena ada ilmu juga kata Teacher Fari. Betullah, kena sokong dengan memahami proses supaya tak terberi ajaran sesat... kann? Ibu bapa memang kena tahu serta perlu tahu... kena faham dan perlu faham. Nak-nak lagi dengan wujudnya sistem LINUS dalam dunia pendidikan anak-anak sekarang.


In Shaa Allah, Mommy akan bersama-sama guru Iman Firash untuk menyokong perkembangan Iman Firash supaya objektif cepat membacadapat dicapai. Beri tekanan pada anak? Bebankan anak? Tidak sama sekali, apa yang diajarkan melalui seminar ini adalah satu teknik yang tidak bertujuan untuk menekan atau membebankan anak-anak. Apa yang dididik adalah bersesuaian dengan weightage peringkat umur anak-anak di Little Caliphs. Sebab tulah penting ibu bapa memahami teknik yang tidak menekan serta membebankan anak-anak. Bukan bermaksud ingin anak berjaya sudah tentu-tentu menekan dan membebankan anak-anak sehingga mereka tidak dapat menikmati masa kanak-kanak mereka semaksimum mungkin. Pesanan Teacher Fari kepada ibu bapa, dannn... Farah sendiri pernah banyakkkk kali sangat sebut... sebagai ibu bapa kita perlu ada strategic planning.

Jika di pejabat kita ada strategic planning, dalam perkembangan anak-anak kita perlu ada strategic planning juga. Farah terang-terang mengaku untuk kesekian kalinya, Farah ada strategic planning yang Farah khususkan untuk perkembangan pendidikan Iman Firash dan Farah juga ada Emergency Response Plan untuk Iman Firash. Sejak Iman Firash mula ke tadika, Farah sudah mula semakin fokus dengan perkembangan pendidikan semasa Iman Firash yang mana itulah salah satu punca masa Farah pada masa kini agak terhad. Less time for own pleasure and more time for Iman Firash development. It's ok, the seeds of today are the flowers of tomorrow. Biarlah kalah dalam lifestyle sekarang agar anak berkembang dengan positif serta baik untuk masa depan dia. Itu pemikiran Farah.

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 7
LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 8 

Jujurnya kalau ikut research serta pemahaman sendiri, Farah faham phonics adalah phonics. Melalui seminar ini, Farah telah dapat memahami beberapa pecahan kepada jolly phonics. Makanya, jalan ke arah jolly phonics itu nampaknya telah disimbahi dengan cahaya lampu jalan dan bertambah cerah. Alhamdulillah. Smile

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 9

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 10 

Bagi sesi kedua seminar tersebut pula, kami ibu bapa, telah diberikan pendedahan tentang bagaimana anak lelaki dan anak perempuan belajar dengan cara yang berbeza. Bagaimana caranya untuk mendidik anak lelaki dan anak perempuan bersesuaian dengan sikap serta sifat mengikut jantina masing-masing. Anak lelaki begini cara pendekatannya, anak perempuan begitu cara pendekatannya. Di manakah fokus ganglian otak anak lelaki dan juga ganglian otak anak perempuan. Apakah yang menjadi tarikan anak lelaki dan apakah yang menjadi tarikan anak perempuan. Ini semua adalah bagi membantu ibu bapa memahami teknik untuk mendidik anak lelaki tidak boleh disamakan dengan anak perempuan. Sebab what is working with girls not necessarily works on boys. Terkadang ada ibu bapa yang tidak memahami, yang mana akhirnya could lead ibu bapa untuk membandingkan anak-anak sedangkan ibu bapa sendiri tidak memahami konsep yang sebenarnya di sebalik perbezaan anak lelaki dan perempuan belajar.

Yang lebih menarik? Sebagai ibu yang suka melakukan aktiviti bermain sambil belajar bersama-sama Iman Firash sudah tentu-tentulah Farah orang yang gembira bila mana dapat ilham-ilham baru mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama Iman Firash di dalam menyokong perkembangan Iman Firash. Ha ha ha... Mommy pula yang jadi teruja ok?Smile with tongue out

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 11

Sekurang-kurangnya bertambah ilham kan? Seronok memang seronok! Setengah hari yang sangat bermakna dan setengah hari yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat. Tak bosan langsung! Satu seminar yang membuatkan kita ingin mendengar setiap satu butir perkongsian yang ada. And Alhamdulillah, at least I know that I've made the right choice and the right decision for Iman Firash placement. Hu hu hu...

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 12 

Memang Farah catatkan apa pengisian yang dikongsikan dan memang Farah mendengar dengan teliti setiap apa yang diperkatakan. Bawa buku nota sendiri yang dikhaskan untuk perkembangan Iman Firash dan tiba-tiba terasa seperti memasuki dewan kuliah semula. #ehhh...Open-mouthed smile ha ha ha... bak kata Teacher Fari... Diploma and Degree in Parenting tidak dapat diperolehi dengan mudah. Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Bukan Farah nak lagak dengan perkongsian entri pada kali ini sebab Iman Firash ke tadika Little Caliphs tetapi pandanglah dari satu sudut yang positif perkongsian Farah. Khususnya ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak ke tadika dan sedang memilih-milih tadika untuk tahun-tahun yang mendatang untuk anak-anak masing-masing. Maybe Little Caliphs should be one of those kindergartens that should be listed on your kindergarten list of choices? This is just a sharing of one of the whys that I chose Little Caliphs for Iman Firash and insisted to send him to Little Caliphs. Yang telah menghantar anak-anak ke tadika lain tu, tak mengapa, setiap tadika ada susur galurnya yang tersendiri dan cara yang tersendiri. Pastinya setiap pengurusan tadika ada keistimewaannya yang tersendiri kan? Pendapat individu dan hak individu masing-masing.

*Semoga Iman Firash terus dapat berkembang dengan baik dari semasa ke semasa. In Shaa Allah... Amin.

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang!

$
0
0
Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 
Projek malam Isnin Mommy Firash, ubahsuai maxi dress yang koyak! - tak perlu buang! ok? Bagi sesetengah orang yang lebih berkemampuan mereka akan buang sahaja baju-baju yang telah koyak dengan keadaan sebegini. Akan tetapi bagi Farah, ianya masih boleh digunakan lagi walaupun harganya tidaklah semahal mana pun. Farah beli maxi dress ni dengan harga RM 59.00 di Seksyen 7, Shah Alam beberapa tahun yang lepas. Kalau tak silap sewaktu Iman Firash baru sahaja berusia beberapa bulan. Pakai untuk seketika kemudiannya dah tetas di bahagian bawah lengan. To be precised... bawah ketiak...Open-mouthed smile ha ha ha... menembun sangat! Tu sebab jadi tetas tu!

Baju ni Farah pernah pakai dan kongsikan dalam entri di SINI. Selepas tetas di bawah ketiak terus pesuk dalam almari dan tak pakai-pakai sehinggalah ke masa kini. Pernah beberapa kali Farah buka almari dan rasa teringin sangat nak pakai ke pejabat. Tapi memandangkan koyak di bawah bahagian ketiak tu... Farah matikan sahaja hasrat nak pakai maxi dress ni. Masa tu tak terfikir yang sebenarnya ianya boleh diubahsuai dan masih boleh dipakai. Tiba-tiba malam Isnin kali ini, boleh pula terfikir Light bulb nak ubahsuai dan jadikan ia sebagai maxi dress yang tidak berlengan yang boleh digandingkan dengan cardigan.


Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 2 

Lainlah kalau koyak atau berlubang di mana-mana bahagian hadapan atau belakang baju. Ini di tepi. Sayang pula rasanya nak buang kan?

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 3 

Ambil gunting kain dan gunakan muncung gunting yang tajam tu untuk menggunting benang dengan teliti dan pastikan Farah tak tergunting kain. Iman Firash dah tidur ni senang sikit nak buat kerja. Open-mouthed smile He he he. Kalau dia jaga, jangan mimpi oiii nak buat kerja-kerja seni macam ni. Sebabnya dia akan jadi pak sibuk yang turut sama nak membantu (tak membantu pun sebenarnya... muahahaha Smile with tongue out ).

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 4

Farah ceraikan kedua-dua belah lengan maxi dress yang berkenaan secara perlahan-lahan sehingga akhirnya ia menjadi tidak berlengan seperti gambar yang dipaparkan di bawah.

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 5

Setelah siap ceraikan kedua-dua belah lengan, kiri dan kanan, maka bermulalah aktiviti yang Farah sangat tak berseni dan keras tangan. Memandangkan mesin jahit dah lama rosak terpaksalah jahit tangan sahaja untuk mengemaskan kelepet lengan maxi dress yang tersebut. Ha ha ha... Open-mouthed smile jahit sembat susup jer uolsss! Kemas tak kemas tu Farah sahaja yang tahu. Tak apalah lagipun ianya bakal disorokkan dengan cardigan apabila dipakai ke pejabat nanti. Tak jadi masalah kalau jahitan tak berapa kemas. Bukannya orang nampak pun! Farah jer yang tau! #ehhh anda pun tahu juga kan? Shhhh... diam-diam sudah!

Gigihlah mengerjakan sehinggalah siap. Dah siap terus gosok dan gantungkan.

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 6 

Tadaaa! Siap! Inilah hasilnya... Tak malu ke pakai baju yang diubahsuai disebabkan koyak? Alahaiii, apa nak malu... pakai ajerlah... asalkan ia masih kelihatan elok dan tidak mendedahkan apa yang sepatutnya tidak didedahkan. Selagi boleh dipakai kita pakai ajerlah. Buat apa nak membazir ya tak? Memang fitrahnya perempuan suka buat koleksi baju banyak-banyak dalam almari. Suka jer beli baju baru... kakak tak mampu dik! Dah lama dah tak membeli baju baru tau tak? Open-mouthed smile Ha ha ha... tunggu raya nanti baru beli baju baru. Itupun kalau ada. Kalau tak kita kitar semula apa sahaja yang ada. Tapi rasanya... kena juga ni beli sekurang-kurangnya sepasang baju baru untuk raya. Sebab? Sebabnya nak sedondon dengan Iman Firash untuk tema raya tahun 2017. Tema dah ada tau! Selepas raya tahun 2016 terus dah ada tema. Yang pasti bukan oren lagi lah kan?

*Kalau masih boleh dipakai, buat apa nak buang kan? Winking smile

Be In Trend & Fun Madness With Inflatable-Zone

$
0
0
BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE

One of the trending and fun loaded thing to do nowadays is inflatables. Everywhere you go from street fairs to carnivals, there are “bouncy houses” and the like. The problem is, you pay for a ticket for that and you and your child is allowed a few minutes to bounce around and then have to get out. Your child never wants to get out!

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1486911295085","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":732,"subsource":"done_button","total_editor_time":13,"brushes_used":0}

Then you have to buy more tickets so that they can stand in line for another few minutes and then telling them they need to get out when it is time when they want to keep bouncing. In love.

Why waste? Inflatable-Zone has all your inflatable needs so you never have to worry about buying expensive tickets for a few minutes of bouncing. Your child will be thrilled that they can bounce whenever they want, and it will keep them from being plopped in front of a television or device all day long. We know that kids love their digital games and parents like me actually are searching for a way to inspire physical activity in a safe environment so that we could have a piece of mind that our kids are happy and safe in their own backyard. Inflatable-Zone, great for adults too! Trust me, Inflatable-Zone can bring the fun madness to you at your very own home.

Before I go further about the fun madness that Inflatable-Zone offered, let me introduce you to Inflatable-Zone.


Inflatable-Zone was established in 2008, whereby they are the leading company and the share-issuing enterprise with both manufacture and marketing. With great support of experienced staff, the advanced technology and heat-welding machines, they are dedicated to provide various professional services, including responsible for the after sales-service, OEM service, drop-ship facilitation service, etc. Inflatable-Zone specializes in big inflatable products, including BUBBLE SOCCER or BUMPER BALL or LOOPY BALLS call them whatever you may, WATER GAME TOYS like WATER ROLLER, BLOB and TRAMPOLINE, INFLATABLE SLIDE and BOUNCER.And customers are welcomed to offer them customization ideas, like logo-printing, personalized size, shape and design. In order to maintain the long term business relationship with their customers, they are committed to live up to our highest expectation about their services and products, and promise to provide the most satisfied products.

So…here comes the interesting part of Inflatable-Zone… What can you find, what can you purchase from Inflatable-Zone:

Bubble Soccer, Bumper Ball, Loopy Ball, Body Zorb Ball

BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 3

Bubble soccer sees team players encased in a zorb-liked inflatable bubbles and then encouraged to bounce into each other as they fight for possession of the ball. It is fun, safe, good exercise and a laugh riot to watch.

Water Game


BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 4

BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 5

BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 6
BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 7

BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 8

Water games are played in a body of water, such as swimming pool, pond, lake, sea or river with the inflatable toys such as WATER BALL, INFLATABLE POOL, WATER ROLLER, WATER BLOB, WATER FLY FISH, WATER TRAMPOLINE and INFLATABLE WATER PARK.

Zorbing Ball, Human Hamster Ball, Zorb Track

BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 9

Zorb ball is also called globe-riding, sphering. Zorbing, it is the recreational or sport of rolling downhill inside an orb. Zorbing is generally performed on a gentle slope but also can be done on the water as well.

Inflatable Bouncer


BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 11

Inflatable bouncer is the bounding bed that kids jump, flip, skip there for the fun, some with slide, little climbing wall or little toys for more fun.

Inflatable Slide


BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 12

BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 13

Inflatable slide is moveable slide that could be played on the ground or on the water, it is soft and smooth, great fun and more secure for players especially kids.

Inflatable Game


BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 14
BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 15
BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 16
Sport game is the game that stimulates the practice of sports. You could jump high, flip and do lots of funny movements on the inflatables.

Inflatable Tent


BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 18
BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 20
BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 19
Inflatable tent first hit the camping world at the beginning of the decade. High-end equipment maker quickly adopted the technology for some of its minimalist backpacking shelters.

If you run out of ideas or are just tired of the same old thing, please…head over their website and try out the different inflatable products they offer that you can play with your family.Winking smile

Official Website:

Facebook Page:

Twitter:

You-Tube:

BE IN TREND & FUN MADNESS WITH INFLATABLE-ZONE 21

Best Price(Most Value for Money)

Inflatable-Zone promise to always offer the affordable price, and Inflatable Zone occasionally offer promotion sale on some items.
 

Quality Guaranteed

Professional and dedicated team, advanced technology and machines guarantee the quality of Inflatable-Zone products. Carefully confirm and double check the condition of the items before shipping.
 

Great Service

Inflatable-Zone respond almost instantly to all your inquiries and requests. Inflatable-Zone have a highly trained team to ensure the product quality and quick delivery.
And Inflatable-Zone offer free customization service, including logo printing, freestyle design, etc.

If there is any question about Inflatable-Zone products, you can contact Inflatable-Zone at anytime. Inflatable-Zone will be thrilled to solve your problem!

Fast Delivery

Free shipping by express to Unite States, Canada, Europe, Australia, Asia, door to door service to your house. Arrive within 14 working days.
 

Payment Secured

Inflatable-Zone mainly payment terms are Paypal and credit card. Fast and Safe!





#SELFNOTE: Jangan Sampai Salah Cara Didik Anak

$
0
0
#SELFNOTE-JANGAN SAMPAI SALAH CARA DIDIK ANAK
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google 

“Mak ayah tak ajar ya? Siapa mak? Siapa ayah? Tak “makan saman” betul…Ini mesti mak ayah tak pandai didik anak ni…sebab tulah sampai macam ni sekali kelakuan tu…”… Agak-agaklah kan?  Apa perasaan seorang ibu, seorang bapa bila anak sendiri, zuriat sendiri orang kata macam tu? Pedih kan? Perit kan? Rasa macam disiat-siat jer hati dan nipis jer gegendang telinga… Kadang-kala, ada situasi tertentu nak dimarah orang yang lancar mengeluarkan kata-kata tu pun tak boleh juga sebab hakikatnya memang begitu… Anak-anak yang tidak mahu mendengar kata, malas solat, malas belajar, nakal dan macam-macam perkara lagi memang boleh membuatkan ibu bapa rasa macam nak pecah kepala memikir cara untuk memperbetulkan keadaan… Marah memang selalulah… pukul pun memang dah jadi makanan… semakin dimarah, semakin dipukul bukan berkurangan, semakin dibebel bukan semakin baik keadaanya tetapi semakin teruk adalah… Adoiii… Di mana silapnya didikan kita sebagai ibu bapa? Cumanya, walaupun anak kita itu nakal, #selfnote: jangan sampai salah cari didik. Sad smile.

Sepertimana yang dikongsikan oleh pihak editorial mingguan wanita melalui artikel di SINI, Rasulullah SAW adalah insan mulia yang tinggi akhlaknya yang sepatutnya kita contohi termasuklah cara Baginda mendidik anak-anak. Sabda Rasulullah SAW:

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.

Bermakna, dalam mendidik anak-anak, tidak salah jika kita hendak manjakan mereka atau bergurau senda dengan mereka. Namun, ada ketikanya kita juga kena tegas dan jika perlu, hukum mereka dengan hukuman yang setimpal.

Nasihat

Anak yang nakal perlu dinasihati tentang kesalahan mereka sehingga mereka tahu dan sedar akan kesalahan mereka dan tidak akan mengulanginya. Nasihati dengan baik sehingga mereka faham. Gunakan suara yang lembut dan tak perlu menjerit dan berteriak kerana kadangkala cara itu hanya membuatkan anak-anak semakin memberontak.

Sediakan Rotan Di Rumah

Pada zaman sekarang ni, mungkin tidak ramai yang ada menyimpan rotan di rumah. Tapi Farah nak simpan tau! Memang dah cadang-cadang nak simpan! Menggantung rotan di rumah bukan bermaksud kita cuba memberitahu anak-anak bahawa jika mereka melakukan kesalahan atau nakal, maka mereka akan dipukul. Sebaliknya, ia hanya untuk mendidik mereka agar takut jika melakukan perbuatan yang tidak baik. Seperti yang dikatakan Imam Ibnu Anbari:
Rasulullah SAW tidak memaksudkan perintah untuk menggantungkan cambuk (alat pemukul) untuk memukul, kerana Rasulullah SAW tidak memerintahkan hal itu pada seorang pun. Akan tetapi yang baginda maksud adalah agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka.
Jika perlu memukul anak juga kena tahu caranya. Jangan pukul anak dari lutut ke atas dan jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Ini kerana dibimbangi anak akan menjadi bertambah degil dan nakal. Sebaliknya, rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Rotan adalah jalan terakhir. Dengan niat untuk mengajar, bukan untuk menyakiti mereka.

Wajah Masam

Menampakkan muka masam merupakan salah satu cara Rasulullah SAW di dalam mendidik anak-anak yang nakal, dengan menampakkan muka masam. Dengan cara ini, diharapkan anak akan sedar akan kesalahannya yang telah membuatkan hati ibu bapa menjadi kecewa.

Tegur Dengan Tegas

Ini memang cara Farah tegur Iman Firash. Mula-mula, nasihati anak dengan suara yang lembut namun jika anak tidak mendengar kata, tegurlah dengan nada suara yang lebih kuat dan tegas agar mereka sedar mereka telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Walau bagaimanapun, tidak perlu marah-marah, cukup anda bertegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai yang suka marah anak tetapi tidak tegas. Kadangkala mengugut anak tetapi mereka sendiri tidak kotakan apa yang dikatakan itu. Jadi anak sendiri yang akan hilang rasa percaya kepada ibu bapa.

Hukuman Ringan

Hukuman adalah cara yang paling mudah supaya anak serik dan tidak mengulangi lagi kesalahannya. Namun, jangan melanggar batas syariat.

Doa

Doa ibu tanpa hijab. Jadi, jangan sesekali berhenti berdoa supaya anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, hebat di dunia dan cemerlang di akhirat. Yang paling penting, didik anak dengan ilmu agama yang secukupnya kerana ia adalah benteng paling mantap untuk menghindari seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk.

In Shaa Allah…Semoga Allah mempermudahkan Farah di dalam urusan mendidik Iman Firash dan semoga Farah tidak tersalah cara didik Iman Firash. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Cara Elak PEMBAZIRAN Lebihan Makanan

$
0
0
CARA ELAK PEMBAZIRAN LEBIHAN MAKANAN

Zaman sekarang ni, memang kena jadi sangat-sangat particular hampir setiap inci perkara dalam kehidupan. Sebabnya? Ringgit Malaysia nampaknya semakin hari semakin slumping down dan hakikatnya walaupun dikatakan ekonomi Malaysia masih stabil or what so not... poket ni tak terasa pula kestabilan itu. Ha ha ha... Open-mouthed smile rasa makin ketidaktentuan adalah. Nilai duit dah kecil sangat oiii! Sebab tu, semua benda nak buat yang melibatkan pengaliran arus Ringgit Malaysia kena fikir berjuta-juta kali sebelum nekad nak buat sebarang transaksi. Sad smile  Termasuklah tentang makan dan makanan. Hu hu hu... Seboleh-boleh nak meminimakan kos dan juga nak elak dari beri tong sampah kenyang dengan lebihan makanan. Cara elak pembaziran lebihan makanan pula bergantung kepada kreativiti individu masing-masing... Betul tak?

Beza sangat dengan sebelum ni oiii... orang lain Farah tak pasti, tapi memang terasa keperitan poket itu. Era serba mahal. Ikan, sayur, daging, ayam semuanya mahal! Dulu kalau ke pasar bawa RM 100.00 macam-macam boleh dapat... nak-nak lagi ke pasar borong ya tak? Sekarang? RM 100.00 celah gigi jer oiii... Psssttt... tu pun ada yang berkira nak bayar blogger untuk tujuan advertorial atau pengiklanan... kesiannn blogger tau tak? #ehhh apa kes terselit kisah blogger ni? Open-mouthed smile Ha ha ha... Tapi kenyataanlah kan?

Bila bahan-bahan masakan semakin hari semakin mahal... Ini adalah di antara cara yang Farah lakukan untuk elakkan pembaziran lebihan makanan:

Masak Nasi Mengikut Kadar Pengambilan Normal Seisi Rumah

Kita masak, kita perhati isi rumah makan banyak mana dan kita perhati lebihan nasi yang dimasak selama ini. Jika masak 2 setengah pot banyak mana lebihannya? Jika masak 2 pot banyak mana lebihannya? Jika 1 setengah pot banyak mana lebihannya? Bila dah biasa dan dah boleh agak berapa banyak lebihan nasi yang akan terjadi, sebagai orang dapur kita memang dah boleh agak dah... banyak mana yang perlu kita masak supaya ngam ngam jer. Cara ni memang Farah gunapakai...

Masak Lauk Pauk Tak Perlu Meriah Sangat Aihhh

Dah zaman begini, tak perlu sangat kot nak demand macam-macam menu lauk pauk atas meja makan tu? Tak perlu nak masak macam nak kenduri sangat kot? Lauk berkuah satu jenis, lauk bergoreng satu jenis, sayur sejenis, sambal sejenis... Bagi Farah lah, tak tau orang lain bagaimana... kalau dulu atas meja makan terhidang 4-5 macam jenis lauk pauk... sekarang ni tak ada salah pun kalau kurangkan kepada 2 jenis lauk jer... Ok jer kalau makan 2 jenis lauk dengan nasi putih. Yang penting seimbang dan berkhasiat. Yang penting perut terisi dan kenyang. Ekekeke... Smile with tongue out Kadang-kadang tu sejenis jer lauk Farah masak ok? Macam Farah memang tak ada masalah untuk makan sejenis lauk jer. Sebabnya Farah memang jenis yang tak reti makan lauk meriah-meriah ni. Kalau dah satu tu, satu jer lah lauknya yang ada dalam pinggan makan tu.

Hidangkan Lauk Sikit-Sikit

Tak perlu sekali hadap semua nak dicedok dan dihidangkan atas meja makan. Hidangkan portion untuk makan sahaja. Bukan apa, untuk elakkan dari lauk tu basi dan kekalkan kesegaran makanan. Kalau kita hidangkan sekaligus semuanya, dah dicedok dah dikacau-kacau lepas tu kita simpan sebab tak habis untuk makan keesokkan harinya, alamatnya potensi untuk cirit-birit itu akan ada. Hidang jer sikit-sikit dulu, bila tak cukup barulah tambah yang baru. Yang ada dalam periuk yang tak habis tu, kita boleh simpan dalam peti ais dan panaskan untuk keesokkan hari.

Simpan Dalam Peti Ais

Kalau dah tak habis tu... pandai-pandailah simpan dalam peti ais ya? Masukkan dalam bekas yang bertutup dan kemudian dalam peti ais. Tak ada masalah untuk panaskan semula keesokan harinya.

Projek Kitar Semula Lebihan Makanan

Ini memang selalu sangat ni! Ha ha ha...Open-mouthed smile Katakanlah ayam goreng ke? Daging masak kicap ke? Tak habis... esok pagi-pagi ambil lauk-lauk ni dan kemudiannya masak bersama nasi untuk menjadikannya menu nasi goreng. Ada orang, nasi yang tidak habis, walaupun tak sampai semangkuk kecil, mereka akan simpan dalam satu bekas di dalam peti ais. Bila dah cukup banyak untuk hidangan nasi goreng untuk keluarga, mereka akan masak nasi goreng.

Banyak sudut pembaziran yang boleh dielakkan dengan cara-cara sebegini. Dapat jimat perbelanjaan pembelian barang basah sebab kita simpan dan makan semula atau kitar semula. Dapat elakkan kita dari dengan suka ria memberi tong sampah makan. Farah pasti ada di antara anda yang pernah melakukan cara-cara di atas juga. Yang mana-mana belum lagi tu, bolehlah cuba-cuba ya? Winking smile 

Manfaat Dunia Kulinari Untuk Anak Kecil

$
0
0
MANFAAT DUNIA KULINARI UNTUK ANAK KECIL

Ini adalah aktiviti Iman Firash pada hari Jumaat lepas yang Mommy dah berjaya pujuk teacher untuk hantarkan Mommy sebarang sekeping dua gambar! Muahahaha… Open-mouthed smile… Biasalah… Mommy memang nak kumpul semua moments Iman Firash sedari lahir sehingga bila-bila… Suka! Tak salah kan? Winking smile. Anak bujang kita dah pandai buat sandwich wak… Lepas ni bolehlah kan? Request Iman Firash buatkan sandwich untuk Ba Bah dan Mommy kan? Dan selepas ni, instead of “membantu” di dapur, dah bolehlah harap nak “membantu” kerja-kerja mudah di dapur kan? Ringan sikit Mommy bila ada little helper kan? Winking smile. Terima kasih teacher kerana melakukan aktiviti sebegini di dalam pembelajaran Iman Firash di tadika. Bagus tau aktiviti sebegini… manfaat dunia kulinari untuk anak kecil ni ada pelbagai jika nak tahu sebenarnya.

Sebelum cerita tentang apakah manfaat dunia kulinari untuk anak kecil… mula-mula sekali naklah juga selit cerita Iman Firash buat sandwich di tadika Jumaat lepas. Gigih jugalah (elehhh… Smile with tongue out macamlah susah sangat kan? senang jer pun sebenarnya…) menyediakan bahan-bahan untuk menghasilkan sandwich untuk dibawa ke tadika sewaktu cuti perayaan Thaipusam Khamis lepas. Dari membeli bahan-bahan yang perlu dibawa, sehinggalah ke aktiviti merebus telur, menyagat timun… #ehhh macam Mommy dia pula yang nak buat sandwich kannn?

FIRASH DAH PANDAI BUAT SANDWICH! 2

Anak yang sekolah tetapi mak yang teruja lebih-lebih noksss… Muahahaha… Open-mouthed smile. Walaupun ianya adalah sekadar “buat sandwich”… tapi kenangan anak anda melakukan aktiviti-aktiviti sebegini mungkin menjadi pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan oleh anak-anak. Bukan sekadar kenangan manis yang dapat dicipta, didikan di dapaur juga dapat mencambah pengetahuan anak-anak tentang nutrisi-nutrisi penting yang harus diambil. Haaa…ini yang nak masuk kepada intipati entri yang sebenarnya ni…

Manfaat Dunia Kulinari Untuk Anak Kecil


Menambah Keyakinan Diri

Sebenarnya, aktiviti kulinari adalah salah satu cara untuk kita sebagai ibu bapa untuk memberikan dorongan kepada anak-anak ketika melakukan sesuatu tugasan dalam memasak. Berikan mereka peluang untuk menyediakan juadah makan pagi / tengah hari / petang / malam untuk dimakan bersama-sama. Tunjukkan kepada mereka bahawa jika melakukan sesuatu perkara bersama-sama, hasilnya akan lebih “wow”. Jangan lupa, berikan pujian juga ketika proses memasak berlangsung.

Penggunaan Imaginasi

Aktiviti kulinari memberikan anak-anak kebebasan menggunakan kemahiran imaginasi mereka. Contohnya, sandwich yang Iman Firash lakukan Jumaat lepas di tadika tu… He he he… Open-mouthed smile. Walaupun kurang kemas dan kurang cantik susunannya di mata kita, biarkan…kerana mereka akan merasa bangga melakukannya sendiri.

MANFAAT DUNIA KULINARI UNTUK ANAK KECIL 2

MANFAAT DUNIA KULINARI UNTUK ANAK KECIL 3

Menambahbaik Penggunaan 5 Deria

Kanak-kanak menggunakan 5 deria mereka di dalam proses eksplorasi. Dengan memasak dapat memberikan mereka peluang untuk mereka menggunakan deria melihat, mendengar, bau dan rasa. Ianya juga dapat menambah kebaikan kemahiran seni halus motor mereka.

Membantu Kemahiran Matematik Dan Sains

Apabila melakukan aktiviti kulinari, kita akan ada bahan-bahan yang diperlukan bersama sukatan. Dengan adanya sukatan seperti 2 potong telur, 1 sudu kecil mayonis, 2 hiris timun dan sekeping roti, ianya berguna di dalam membimbing mereka di dalam mengira. Mengikut turutan penyediaan sesuatu jenis makanan juga, kita dapat melatih mereka untuk berdisiplin.

Aktiviti kulinari secara rumusannya dapat membantu di dalam membina perkembangan minda yang sihat, melatih tumpuan, tenaga, keyakinan diri dan mencambah kreativiti anak-anak. Ilmu-ilmu ini semua bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperoleh dalam aktiviti-aktiviti yang lain. Anak-anak juga mendapat mendapat ilmu di samping dapat mengawal pemakanan yang diambil.

Cuma! Pointing up perlu diingat akan risiko yang mungkin timbul. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Perkenalkan kepada aktiviti-aktiviti mudah dan tidak menggunakan peralatan yang kompleks. Sesuai dengan umur lah kan? Beri kebebasan anak-anak untuk sediakan bahan-bahan. Kalau ada yang tersilap sana sini sinun tu… pegang tangan mereka dan buat bersama-sama. Anak rasa dihargai ok dengan cara macam ni dari sudut psikologinya… Puji hasil kerja mereka dengan bersungguh-sungguh. Nama pun anak kecil… memerlukan perhatian di atas setiap kerja yang mereka lakukan.

Yang paling menyeronokkan adalah ketika merasa makanan! Secara tidak langsung sebenarnya kita telah membina satu perhubungan yang baik dengan anak-anak di samping dapat membantu meningkatkan pengetahuan mereka mengenai dunia kulinari.

*Rasa macam nak cari resipi mudah untuk aktiviti hujung minggu pula dengan Iman Firash… Winking smile

Kenapa PEMBELAJARAN KREATIF Sangat Penting?

$
0
0
KENAPA PEMBELAJARAN KREATIF SANGAT PENTING

Ada orang bertanya kepada Farah… Surprised smile kenapa sibuk-sibuk nak susah payah reka macam-macam jenis medium pembelajaran untuk Iman Firash? Buat itulah, buat inilah… Nak tekan anak ke? Nak buatkan anak rasa terbeban ke? Bukan ke Iman Firash baru sahaja berusia 3 tahun 3 bulan? Masih muda sangat-sangat…masih kecil sangat-sangat untuk Farah dedahkan dia kepada dunia pembelajaran. Hmmm… ni macam mana nak cakap ni ya? Kalau secara rumusan dan agak tak sedap didengar… pendidikan masa kini sangat kompetitif dan mencabar, jika tidak bermula dari sekarang, bukan tak boleh nak survive bukan tak boleh nak lancar perjalanannya, boleh… In Shaa Allah boleh… Cumanya, jika tidak bermula dari sekarang, akan datang untuk cope up supaya dapat keep up the pace dengan rakan-rakan sebaya yang lain, mungkin agak sakit di situ. Sekarang ni, sedari kecil lagi anak-anak telah didedahkan dengan dunia pembelajaran. Jika tidak sekarang bila lagi? Takkan nak tunggu sampai dah saat-saat nak makan sebab lapar sangat baru nak masak kan? I don’t like to rush things yang tidak sepatutnya. Jika ada pilihan untuk lakukan secara berperingkat… Farah prefer secara berperingkat. Seperti sekarang ni? Berbalik kepada kenapa PEMBELAJARAN KREATIF sangat penting?

Haaa…bacalah alasan-alasan yang Farah nak senaraikan di dalam entri pada kali ini ya? Harap-harap selepas ni tak adalah soalan-soalan sebegini lagi yang terpacul ya? Bukan tak sudi nak terima soalan dan persoalan…cuma Farah kurang gemar soalan dan persoalan yang diajukan bukan disebabkan oleh perasaan ingin tahu, tetapi lebih menjurus ke arah membanding-bandingkan serta mempertikaikan tindakan serta keputusan seseorang individu di dalam mencorakkan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa ada caranya yang tersendiri, ada matlamat serta misinya yang tersendiri. Setiap sesuatu keputusan serta tindakan seseorang individu ibu bapa itu pastilah munasabah alasannya pada mereka dan mana ada ibu bapa yang tidak mencuba melakukan sesuatu yang terbaik selagi mampu untuk anak-anak masing-masing. Betul tak?

Apa alasan Farah tentang susah payahnya Farah me-reka, menyediakan serta melakukan aktiviti PEMBELAJARAN KREATIF untuk Iman Firash?

Macam nilah, pada dasarnya cara pembelajaran yang santai, menarik serta kreatif dapat memupuk serta membantu perhubungan sel-sel otak anak-anak. Sewaktu di usia rebung inilah, anak-anak berada di usia di mana sel-sel otak mereka sedang berhubung dengan pantas. Sebagai seorang ibu, dapat melihat betapa banyaknya anak-anak belajar pada usia sebegini adalah merupakan satu pengalaman yang sangat-sangat istimewa, walaupun? Walaupun ianya hanya sesuatu yang sangat mudah seperti memegang botol air dengan betul atau minum dengan cawan tanpa menumpahkan air. Dengan PEMBELAJARAN KREATIF, sebenarnya ianya dapat membantu anak-anak:

Berdikari

Pembelajaran secara kreatif atau dengan cara yang santai serta menyeronokkan sebenarnya berpotensi membantu kanak-kanak belajar untuk berdikari. Ini adalah merupakan asas untuk membina keinginan belajar dan meneroka perkara atau benda baru dengan sendiri! Dapat didik anak untuk berdikari dan dalam masa yang sama dapat pupuk sikap minat untuk belajar sedari kecil. Tak apalah kita susah payah sediakan itu, sediakan ini untuk medium pembelajaran. Itu semua adalah pelaburan untuk anak-anak kita juga… benefit pada mereka juga.

Ekspresi Diri

Pembelajaran secara kreatif berlaku akibat daripada kaedah percubaan dan kesilapan, penemuan dan penerokaan, yang akan membantu anak untuk berkomunikasi dengan orang lain dan meluahkan perasaan mereka secara lisan atau bukan lisan. Biarlah cara mana sekalipun kannn? Yang penting anak-anak sedang belajar bagaimana untuk mengekspresikan diri dan pendapat mereka tentang satu-satu perkara.

Penyelesaian Masalah

Pembelajaran secara kreatif menggalakkan anak-anak untuk berfikir di luar kotak kerana anak-anak kecil belum lagi didedahkan dengan cara pemikiran yang tegar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anak-anak berkeupayaan untuk mencabar idea dan mencari penyelesaian yang tersendiri apabila mereka berada di situasi yang berbeza.

Ini Bukan Semata Tentang Kepandaian Sahaja

Sila faham, perkembangan kognitif bukan hanya fokus kepada intelek anak-anak sahaja. Kemahiran kemasyarakatan dan bahasa juga perlu dipupuk, dan ini boleh dicapai melalui pembelajaran secara kreatif. Ini adalah merupakan kemahiran hidup yang bukan sahaja mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bidang pembelajaran, tetapi juga mengembangkan potensi penuh mereka sebagai seorang manusia.

Ini semua adalah sesuatu yang sangat penting yang membuatkan Farah melihat PEMBELAJARAN KREATIF itu sememangnya sangat penting kepada perkembangan semasa Iman Firash. Ini semua adalah hasil daripada pembacaan artikel-artikel keibubapaan yang Farah sempat luangkan masa untuk membaca, termasuklah artikel berkait perkara ini di SINI. Untuk anak, walaupun malas macam mana pun… walaupun tak ada masa macam mana pun, pasti ibu bapa akan luangkan juga kan? Usahakan juga kan? Betul tak? Winking smile

Persediaan MENIMANG CAHAYA MATA Kedua!

$
0
0
PERSEDIAAN MENIMANG CAHAYA MATA KEDUA!

Siapa bila terlihat posting terbaru Farah ni, laju jer klik sebab nak baca entri ni? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tajuk tu kan? Tajuk tu… Persediaan MENIMANG CAHAYA MATA Kedua! Somewhat somehow macam nak buat announcement jer… Smile with tongue out. Sebab bunyinya macam tiba-tiba jer fokus kepada CAHAYA MATA KEDUA. Hakikatnya…

Belum lagilah! Tak ada perancangan pun ke arah itu buat masa dan ketika ini walaupun umur telah menginjak naik dari tahun ke tahun. Mungkin rezeki Farah cuma seorang cahaya mata saja. Bersesuaian dan berkadaranlah dengan kemampuan Farah yang Farah tahu keupayaan diri Farah sendiri dari pelbagai sudut bagaimana, kenapa dan macam mana. Tak perlu tanya aihhh berulang-ulang soalan-soalan tu…Jemu nak bercerita apatah lagi jemu nak membaca ya tak? Cumanya Farah nak berkongsi dengan anda yang bakal melahirkan anak kedua pada tahun ini atau merancang untuk menimang cahaya mata kedua setelah beberapa ketika menimang cahaya mata pertama. Jadi entri ini khusus untuk anda bukannya Farah ya?Winking smile

Ada orang bila nak menimang cahaya mata kedua, ok jer…bukanlah satu masalah yang besar dan seperti tidak ada apa-apa. Ada orang ada sedikit rasa gugup memikirkan tentang pengendalian dua orang anak kecil dan pengendalian rumahtangga. Mungkin juga ada yang risau mengenai bajet. Kebanyakan ibu-ibu adalah lebih memikirkan tentang bagaimana untuk membesarkan dua orang anak kecil dengan baik dan membantu mereka di dalam perkembangan fizikal, mental dan juga emosi.

Ini pada pandang pendapat Farah lah kan? Pandang pendapat orang lain Farah tak pasti, mungkin berbeza… Bagi Farah adalah lebih baik untuk fokus kepada anak pertama dan berikan mereka masa untuk menjadi satu-satunya anak buat seketika. Sekurang-kurangnya 3 tahun? 5 tahun adalah usia yang ideal! Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa, terkadang kita tak merancang kerana rezeki Allah yang bagi, terkadang tu kita sendiri yang rasa kita tak boleh nak tunggu sebab the clock is ticking.. kita mempunyai kemahuan untuk mempunyai anak yang jarak umurnya dekat-dekat. Apa sahajapun alasan yang kita ada, adalah lebih baik sekiranya kita melakukan persediaan dan bersedia untuk menimang cahaya mata yang kedua, ketiga dan seterusnya sebelum mereka lahir.

Kestabilan Kewangan

Cahaya mata kedua, ketiga, keempat dan seterusnya bermaksud pertambahan di dalam perbelanjaan susu formula (sekiranya tidak menyusu melalui penyusuan ibu), lampin pakai buang, perabot bayi, pakaian dan juga lawatan ke doktor. Walaupun ada sesetengah barangan bayi yang boleh jadi turun-temurun daripada cahaya mata pertama seperti buaian, kereta sorong dan pakaian, anak kedua masih memerlukan perbelanjaan. Makanya, adalah lebih baik menabung sementara kelahiran mereka. Ibu bapa juga perlu meletakkan duit yang lebih di dalam tabung kecemasan untuk apa sahaja kemungkinan.

Persediaan Kawasan

Di manakah bayi kedua anda akan tidur? Adalah tidak digalakkan meletakkan anak kedua yang baru lahir di dalam bilik yang sama dengan anak pertama terutamanya ketika anak pertama masih lagi di fasa toddler kerana kanak-kanak secara semulajadi mempunyai perasaan ingin tahu dan potensi untuk mereka menyakitkan anak kedua yang baru lahir atau menyakitkan diri sendiri itu ada. Anak pertama juga mungkin akan merasa tidak selesa dengan tangisan yang berterusan dari anak kedua yang baru lahir dan apabila keadaan ini berlaku, ibu bapa mungkin perlu memujuk kedua-duanya sekali.

Berkomunikasi Dengan Anak Pertama Tentang Ketibaan Adik Mereka

Tugas yang paling penting yang perlu ibu bapa lakukan sebelum kelahiran cahaya mata kedua. Ibu bapa mesti menjelaskan kepada anak pertama tentang peranan mereka yang melibatkan adik mereka. Mereka mungkin akan merasa cemburu dengan kehadiran adik baru kerena mereka tidak memahami mengapakah ibu bapa menumpukan perhatian yang lebih kepada adik yang baru sahaja lahir. Libatkan anak di dalam persediaan untuk menyambut adik mereka dan jelaskan kepada mereka tentang kepentingan menjadi seorang abang. Dengan cara ini, mereka tidak akan terasa dipinggirkan.

Mohon Bantuan

Menyambut anak kedua sememangnya sesuatu perkara yang sangat menggembirakan disebabkan hadirnya ahli keluarga baru. You will feel postpartum blues dan ini akan memberikan impak yang besar kepada mood dan juga kesihatan mental / emosi. Sebelum anda terasa seolah-olah dunia ni semua diletakkan di atas bahu anda, berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan untuk memohon bantuan mereka sekali-sekala setelah anak kedua anda lahir.

Survey Pusat Asuhan, Pengasuh dan Khidmat Membersih Rumah

Sediakan payung sebelum hujannn… sebelum anak kedua lahir, sila survey terlebih dahulu. Telefon sana, telefon sini, tanya sana, tanya sini, senaraikan semua nombor pihak-pihak yang anda perlukan dan letakkan di satu sudut yang mudah dilihat oleh anda. Tetapkan jadual harian untuk anak pertama anda. Dengan cara ini, dia akan mempunyai aktiviti yang boleh dilakukan untuk memenuhi masa mereka sekiranya mereka tidak ke tadika atau sekolah.

Tu jerlah kot yang Farah terfikir buat masa sekarang ni… Ada apa-apa lagi nak tambah? Kenapa semua ni perlu difikirkan dan disediakan? Sebabnya, pada pandangan mata Farah… ini adalah sebagai salah satu cara kita menyambut kehadiran cahaya mata kedua tanpa membeza-bezakan dengan kehadiran cahaya mata pertama. Sebagaimana kita teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama dengan pelbagai persiapan itu ini, begitu jugalah kita patut treat ketibaan cahaya mata kedua. Salah satu langkah berlaku adil kaedahnya….katanya… Kalau boleh, apa si abang atau kakak dapat, itu jugalah apa si adik dapat. Tak adalah terasa terkilan dalam hati kan? Hu hu hu…

*Ini sekadar pendapat serta pandangan peribadi yang mungkin berbeza dengan anda… Setiap dari kita punya pandangan yang tersendiri kan? Winking smile

Tak Usah Ditanya Ke Mana Aku Pergi!

$
0
0
TAK USAH DITANYA KE MANA AKU PERGI!

Psssttt… selepas ni… tak usah ditanya ke mana aku pergi! Ya? Sebab dah ada tools yang boleh membantu awak untuk mengesan ke manakah movement kita. Ekekekeke… Open-mouthed smile… Salam Jumaat semua! Hari ni Mommy Firash dengan berbesar hati nak berkongsi DIY Tools for Workstation yang tak wajib tetapi bagus sekiranya ada. Sekurang-kurangnya tak adalah kita ni dianggap hilang tanpa jejak ya? Missing in actions gittew… Sesuatu untuk membantu kita pekerja-pekerja bawahan untuk berkomunikasi secara non-verbal dan halus kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sifat ingin tahu ke manakah kita? Di manakah kita? Berguna juga untuk boss kita nak jejak kita bila kita tak ada di workstation. Kira-kira fungsi dia 2 dalam 1 lah ya? He he he… Open-mouthed smile… Untuk memaklumkan kepada orang yang tak berkenaan dan juga dalam masa yang sama untuk memaklumkan kepada boss kita sekiranya so happen boss kita tu datang ke workstation dan mencari di manakah kelibat kita… Smile with tongue out

Sangat ringkas dan sangat mudah untuk disediakan, cuma perlukan kertas berwarna, gam dan paku tekan. Tengok gambar pun dah boleh buat. Sambil pejam mata sebelah pun dah boleh buat. Bertambah seri workstation kita kannn? Muahahaha… Open-mouthed smile

TAK USAH DITANYA KE MANA AKU PERGI! 2

Mudah sebenarnya bila ada benda ni… Siapa yang sememangnya dah lama praktikkan kegunaan roda Wheel of Fortune ni di workstation masing-masing di pejabat? He he he… Farah baru pertama kali setelah berbelas-belas tahun bekerja… Inilah pertama kali seumur hidup Farah letakkan mender alah ni di dinding cubicle workstation Farah. Itupun disebabkan oleh keadaan semasa yang menuntut ini diletakkan…Kalau tidak memang tak terlekatlah di dinding cubicle workstation Farah…

Sesiapa yang mungkin merasakan ini adalah satu idea yang baik dan berguna… Silalah lakukan yang sama juga! Tak perlu Farah terangkan bagaimana step by step proses nak menyiapkan carta berpusing sebab Farah pasti, bila tengok jer gambar anda dah boleh tahu dah caranya bagaimana… Winking smile

Send A SPECIAL SHOUT-OUT To A Loved One Via #NUTELLAMESSENGER

$
0
0
SEND A SPECIAL SHOUT-OUT TO A LOVED ONE VIA #NUTELLAMESSENGER 3 (2)
 
Remember Nutella’s #YourNutella campaign that took place last year? Flirt male Well, after its immense success where fans were able to get their names printed on a jar of Nutella, the popular breakfast spread brand is back to exhilarate fans once again by bringing forth #Nutellamessenger, a newer, more uplifting variant of #YourNutella.#Nutellamessenger allows fans the opportunity to customize their own jars of delicious and creamy hazelnut spread with a personalized message for either themselves or a special someone.Red heart.
 
SEND A SPECIAL SHOUT-OUT TO A LOVED ONE VIA #NUTELLAMESSENGER 4
 
There are a few ways you can go about this - first, you can be on the lookout for Kombi vans School bus stationed at various shopping malls to purchase the limited edition customized Nutella jars from them. Which malls, you ask? Well, you can head over to IOI Mall from 17 to 19 February, One Utama from 24 to 26 February, and Sunway Pyramid from 1 to 5 March.
 
If you have a busy schedule and are worried that you might miss it, fret not because you can also generate customized labels for the Nutella jar online and at selected supermarkets. You can also use this opportunity to come up with motivational messages for yourself. This way, whenever you see the jar with your message of choice on it, you’ll feel inspired!
 
In fact, why not do this for someone you love and care about? if you want to do things a little differently and stand a chance to make this a truly special moment for someone important, #Nutellamessenger is at your service!
 

To kick things up a notch and stay true to what this campaign means – spreading positivity and joy to others, Nutella will be hosting an uplifting online contest on Bubblynotes.Com& it’s related social media Bubblynotes Facebook Page, Bubblynotes Instagram, Bubblynotes Twitter

 

Eyes On The Prize

And the prize? A customized jar of yummy Nutella with the dedicated message printed l.on it. The best part is that there will be 5 lucky winners! How amazing is that? And there’s more! The best entry among the 5 winners will also be given an added surprise as the personalised jar of deliciousness will be hand-delivered in a fun and unconventional way to your loved one. They will be surprised with a special performance and have their message serenaded to them by talented local buskers!
 
SEND A SPECIAL SHOUT-OUT TO A LOVED ONE VIA #NUTELLAMESSENGER 2
 
SEND A SPECIAL SHOUT-OUT TO A LOVED ONE VIA #NUTELLAMESSENGER 5
 

Join In The Fun And Take Part In The #Nutellamessenger Contest!

The mechanics are simple – all you need to do is share an inspiring story (in no more than 300 words) of someone you care about and you’ll already be in the running! Since this is the digital age, a captioned photo or video (no longer than 30 seconds) capturing inspiring moments with loved ones are also accepted. You will also need to state what message (within 12 characters) should be featured on the jar, and to whom the jar would be dedicated to in your entry on this page.
 
For example, you can upload a picture of your father being woken up to a homemade Nutella sandwich and say that the message you want on the jar is ‘Love U Dad!’. You will also need to remember to include these hashtags:#Nutellamessenger and #NutellaSEA in your entry.
 
A personalized jar of Nutella would make a perfect gift for your loved one as it is delectable and the message would capture the essence of your bond. So, what are you waiting for? Participate now and surprise the one you love.
 
Naturally, terms and conditions do apply, so here they are:
 

Contest Disclaimers

1. Contest is sponsored by Nutella SEA.
2. Contest will run from 20 February 2017 to 20 March 2017. Submissions after 20 March, 11.59 p.m., will not be accepted.
3. Participants must be aged 18 and above.
4. Winners chosen will be at the sole discretion of us unless stated otherwise.
5. Participants of the contest must be Malaysian citizens or permanent residents of Malaysia.
6. Prizes will only be delivered within West Malaysia.
7. The prize is non-transferable. No substitution or cash equivalent of prizes is permitted.
8. Nutella SEA reserves the right to terminate, suspend or amend the contest, without prior notice.
9. By participating, each entrant grants Nutella SEA permission to use his/her name, submission details, and comments for publicity purposes.
10. Messages for winners cannot include the following:
 
· Maximum message length is 12 characters inclusive of spaces
· No endearments are allowed
· No vulgarities will be accepted
· Capital letters will not be accepted
· Numbers will not be accepted
· Symbols allowed are ' ! ? #
· Only English and Manglish messages are allowed
· Nutella SEA has the right to reject name or words that are deemed offensive and unacceptable
· Words or Name related to Religion are not allowed
 
For more information about the campaign and activities, visit our facebook page athttps://www.facebook.com/NutellaMalaysia/.
 
About Nutella
Nutella® was created in 1964 thanks to Mr Michele Ferrero; it was based on the recipe for Giandujot developed in 1946 by his father, Pietro Ferrero - confectioner and founder of Ferrero - in Italy's Piedmont area. Nutella is made with a meticulous selection of high quality ingredients and an exacting, artisan-inspired production, which results in the unique hazelnut spread that millions of people around the world love. Nowadays, the popular hazelnut spread with cocoa is available in around 160 countries

TIPS Melatih Bayi Minum Menggunakan Botol Susu

$
0
0
TIPS MELATIH BAYI MINUM MENGGUNAKAN BOTOL SUSU

Perlu ke? Nak latih bayi masing-masing minum dengan menggunakan botol susu? Sedangkan dah tentu-tentu masing-masing bila disua jer puting botol susu terus menganga mulut dan terus hisap jer susu dari botol susu. Takkan nak gunakan botol susu pun nak kena latih kot? Nerd smile. Mungkinlah… mungkin ada yang memerlukan tips melatih bayi minum menggunakan botol susu. Mungkin khusus bagi bayi-bayi yang sejak dilahirkan dan selama tempoh berpantang dibiasakan minum secara terus dari ibu-ibu masing-masing. Bila ibu-ibu dah nak habis tempoh berpantang, nak kembali bekerja… masa tulah bayi-bayi yang menyusu secara terus ini perlu dilatih untuk minum susu dengan menggunakan botol susu.

Jangan terkejut tau… ada bayi yang menolak untuk minum susu dengan menggunakan botol susu disebabkan dah terbiasa dengan kaedah minum secara terus dari ibu-ibu masing. Adaaa…bukan tak ada keadaan sebegini. Jangan risau ya? Kalau anak-anak kecil anda yang comel-comel tu menolak untuk menyusu dengan menggunakan botol susu…Memanglah ambil masa sedikit apabila telah terbiasa dengan kaedah menyusu secara terus dari ibu. Kan ke lain rasanya? Menyusu dari botol susu dan menyusu secara terus dari ibu? Adalah Farah buat research sedikit dan jumpalah beberapa tips yang mungkin dapat membantu.

Tunggu Sehingga Bayi Anda Lapar

Bayi menolak untuk menyusu dengan menggunakan botol susu? Biarkan jer mereka menolak dan lihat seberapa lama mereka boleh bertahan. Bunyinya macam kejam jer? Tapi takkanlah nawaitunya untuk berlaku kejam kepada anak kecil sendiri kan? Ironinya, mereka akan lapar dan menangis kan? Apabila mereka lapar, sudah pasti mereka akan secara semulajadi meminum susu dari botol.

Berikan Peluang Kepada Orang Lain Untuk Menyusukan Bayi Anda

Orang lain di sini adalah bermaksud seperti suami ke? ibu ke? Jangan underestimate bayi ya… dah tentu-tentu mereka boleh membezakan sama ada ibu mereka yang menyusukan mereka ataupun orang lain yang menyusukan mereka. Walaupun… walaupun mereka masih lagi bayi. Kalau tak, macam mana pihak nurseri atau pengasuh boleh menyusukan bayi dengan botol susu tanpa masalah kan? Logik tak? Harap-harap cara ini akan berkesan untuk anda juga!

Cipta Suasana Yang Hampir Serupa Dengan Penyusuan Ibu

Ciptakan suasana atau keadaan yang hampir serupa dengan penyusuan ibu. Mungkin anda boleh merendam sedikit puting botol susu dengan air panas untuk menjadikan ia suam atau melakukan penyusuan dengan menggunakan botol susu di sekitar kawasan yang berbau ibu, mungkin pakaian ibu? Satu cara lagi adalah meletakkan bayi di posisi seperti penyusuan ibu. Ermmm… puting botol susu yang hampir serupa dengan penyusuan ibu seperti botol susu Tommy Tippee pun ok apa? Smile

Harap-harap tips yang Farah kongsikan dapatlah membantu ya? Cuma don’t lose hope and keep trying! Alah bisa tegal biasa… In Shaa Allah, mudah-mudahan naklah bayi-bayi anda menyusu dengan menggunakan botol susu ya? Winking smile

NAIL TRIMMING WAR! Cara Memotong Kuku Toddler & Preschooler

$
0
0
NAIL TRIMMING WAR! CARA MEMOTONG KUKU TODDLER & PRESCHOOLER

Pengakuan ikhlas dari hati… ha ha ha… Open-mouthed smilememotong kuku anak sewaktu bayi adalah jauh lebih mudah berbanding sewaktu mereka telah memasuki fasa toddler dan preschooler. Serius! Walaupun jari jemari tu halus sangat dan kita risau kalau-kalau kita terketip daging jari mereka, sekurang-kurangnya kita boleh lakukan sewaktu mereka lena tidur. Kalau dah masuk fasa toddler dan preschooler ni ikut nasib-nasib kalau nak potong kuku mereka sewaktu mereka tidur. Kadang-kadang disebabkan dah semakin hari semakin cerdik, berketik sikit pun bunyi ketip kuku tu dah boleh terjaga dah anak-anak kecil di tahap toddler dan preschooler ni. Telinga lintahlah katakan… Muahahaha… Open-mouthed smile. Kalau sewaktu mereka terjaga pula… ada waktu-waktu tu… sila main kejar-kejar sekeliling rumah ya? Pandaiii… larikan diri sebab tak nak ketip kuku… Amboiii… Habis tu? Takkan nak biarkan kuku tu panjang dan kotor jer?  Nail trimming war! Memang kan? Mesti ada ibu bapa yang mengalami situasi ni dengan toddler dan preschooler masing-masing kan? Nilah yang nak cerita ni tentang cara memotong kuku toddler & preschooler…

Memotong kuku Iman Firash adalah rutin mingguan yang kadang-kadang sangatlah mudah seadanya… Akan tetapi ada juga masa-masa yang sangat menguji kesabaran diri ini… Muahaha… Open-mouthed smile… Ikut angin dialah kan? Kalau tiba baik lakunya tu, memang senanglah kerja Mommy dia ni nak memotong kuku dia… tapi bila tiba angin tak berapa nak steady, masa tulah Mommy kena istighfar banyak-banyak supaya tak jadi raksasa gorgon Vampire bat… Ok setakat ni belum jadi raksasa gorgon Vampire bat lagi… Sebab memahami yang keadaannya memang begitu… You are dealing with toddler and preschooler…so what do you expect? Dalam fasa giat berekplorasi dan sememangnya tak reti nak duduk diam kan? Muahahaha… Itu dah nature-nya… Maka, faham-faham ajer lah…

Apa yang Farah sering lakukan untuk memudahkan kerja-kerja memotong kuku Iman Firash pada setiap hujung minggu adalah:

Buka Siaran Kartun Kegemaran

Bukan saluran-saluran yang berkenaan yang menayangkan rancangan kartun kegemaran dia seperti Puss in the Boots ke? The Garfield Show ke? In Shaa Allah, duduklah dia menonton kartun kegemaran dia tu, tapi kena perlahan-lahan pujuk dia dan jelaskan pada dia sebab apa kena potong kuku. Alhamdulillah-lah setakat ini cara ni berkesan. Cuma ada masa-masa cari ni kurang berkesan juga. Jika cara ni kurang berkesan, Farah akan beralih pula kepada cara yang seterusnya.

Gajet

Memanfaatkan gajet dengan seadanya… Muahahaha… Open-mouthed smile… Memang sejak-sejak setahun yang lepas Farah dah mula kawal pemberian gajet pada Iman Firash. Jadi Farah gunakanlah kesempatan yang ada ni, umpan dia dengan gajet yang dia rindu-rindukan sangat tu. Bila dia nampak sesuatu yang dia suka, dia akan duduk, bila dia duduk, maka mudahlah Farah nak potong kuku dia.

Memahami Yang Terkadang Tak Boleh Potong Kuku Sekaligus

Dengan toddler dan preschooler ni, bukan sekali kita keluarkan ketip kuku, sekali boleh selesai. Terkadang tu, makan masa. Nak potong kuku 20 jari kaki dan tangan boleh ambil masa dari pagi ke tengah hari. Potong satu kuku di jari tangan, ada break time sekejap…Lepas tu nanti agak-agak dah ok, sambung lagi… Senang cerita, demi nak lengkapkan kedua-dua puluh jari kaki dan tangan tu… makan masa beberapa ketika dalam sehari. Ha ha ha… Open-mouthed smile…kadang-kadang tu boleh masak dulu, lepas masak boleh sambung ketip #kuku anak lagi uolsss… Macam tulah… Memang kena banyak bertabah dan bersabar di dalam menggendalikan anak-anak kecil ni… Macam-macam kerenah kan?

Ikut Arahan “Boss Kecik”

Ini kisah Farah dan anak manja Farah lah kan? “Ni…ni…ni… Mommy…”…. Ikut jer arahan boss kecik Farah tu… bila dia suruh potong kuku dia di jari ni, Farah ikutkan jer rentak dia potong kuku di jari ni… bila dia suruh potong kuku dia di jari tu, Farah ikutkan jer rentak dia potong kuku di jari tu… Bukan beri anak tiket untuk pijak kepala mak-nya, tapi just for the sake of nak ketip kuku dia… Biarlah sesekali dia jadi boss pula kan?

Bagi Farah, tak kisahlah cara yang mana pun antara salah satu yang Farah senaraikan di atas… janji yang penting, setiap hujung minggu kuku-kuku di jari kaki dan tangan Iman Firash semuanya selamat dipotong dan terjaga. Itu yang penting. Cumanya, inilah cara-cara yang boleh Farah kongsikan. Manalah tahu kalau-kalau boleh digunapakai untuk situasi anda juga kan? Winking smile…. Atau mungkin anda ada cara yang lebih baik? Kongsilah dengan Farah juga! Boleh Farah belajar dari anda juga…

Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch

$
0
0
MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH

Kisahnya nak menaip, tak tertaip-taip sedari hari Ahad hari tu… sudahnya, baru sempat nak menaip tepat jam 11.43 malam – 20 Februari 2017. Tapi kisahnya adalah kisah yang telah berlangsung pada 15 Februari 2017 pada jam 6.30 petang bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana. Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch – gajet kecantikan terkini di pasaran tempatan yang dijamin selamat tanpa luka! Apakah gajet kecantikan yang dimaksudkan tersebut? Haaa… Winking smile mungkin ada yang telah melihat iklan yang disiarkan di kaca televisyen kan? Mungkin juga masih ada yang belum berkesempatan untuk melihat iklan yang Farah maksudkan… Tak apa… Apa susah? Bubblynotes.Com kan ada untuk anda? Baca ajerlah cerita Farah sepanjang Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch yang Farah hadiri pada hari Rabu minggu yang lepas.

Mula-mula nak cerita dulu, siapa yang Farah jumpa di Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch tempoh hari!

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 4

Pertamanya, masuk-masuk je ke dalam Talent Lounge, jumpa Kak Long Kawasan Blogger Kaki Makan iaituCik Lily Putih. Siapa tak kenal dengan Kak Lily kan? Kalau nak tau, Kak Lily ni lah blogger yang sangat bermurah hati membuka jalan kepada Farah untuk melibatkan diri di dalam acara-acara yang melibatkan blogger. Lama dah kenal oiii… Sepanjang hampir 10 tahun aktif berblog, sehari pun tak pernah lupa pada jasa Kak Lily. Kalau tak kerana Kak Lily dulu, memang tak kenallah acara-acara blogger ni semua… Yang Farah tahu adalah berblog dan berblog dan berblog sahaja… Ni nak ambil kesempatan juga ni, nak ucapkan juta-juta terima kasih pada Kak Lily disebabkan dialah, kita mula dapat jemputan untuk menghadiri acara-acara yang melibatkan blogger… Heeee… Open-mouthed smile… Tak kisahlah kak, kau nak kembang kempis semangkuk dua mangkuk…. Ikhlas dari hati, memang sangat-sangat terima kasih pada Kak Lily. You are awesome sis!

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 3

Yang kedua, dapat jumpa Mommy Marissa a.k.a. Sabby Prue blogger kecantikan Malaysia yang terkenal lagi humble. Memang selesa bila duduk semeja berborak dengan Sab ni tau… Tak cukup sepetang nak berborak… Ada-ada sahaja perkara yang nak dibualkan…Kalau boleh sambung nak sambung lagi… Lama sangattt kot tak jumpa dengan Sab… Kali terakhir jumpa pada tahun 2015 sewaktu pelancaran koleksi raya Bianca Mimosa pada tahun 2015. Memang sangat-sangat lama… Makanya kalau sekali dah jumpa tu, memang banyaklah cerita yang nak dibualkan kan? Kalau dah namanya Mommies memang tak sah kalau tak selit kisah tentang perkembangan anak-anak masing-masing.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1487500192959","width":749,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":683,"subsource":"done_button","total_editor_time":39,"brushes_used":0}

Ini mengaku, memang bukan gambar Farah tetapi Farah pinjam gambar Cik Lily Putih kita… He he he… Open-mouthed smile… Pinjam ya kakak? Antara barisan blogger yang hadir pada Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch…. ada Aida Sue, ada Nova Leeza, ada Bella, ada Fatin Bella… #ehhh mana Nanniedalam gambar ni? Tulah Nannie, bawa diri lagi duduk kat meja sebelah seorang diri…Hik hik hik… Winking smile Matilah nak…Mak kena kecam dengan Nannie lepas ni…

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 5

Yeayyy! Yang penting dapat bertentang mata dengan Selebriti Mommy, rakan seperjuangan di aplikasi PopDQ di mana kami sama-sama adalah experts yang telah dilantik oleh pihak pengurusan aplikasi PopDQ, supermodel dan juga pelakon Amber Chia! Seronok dan tak rasa jurang perbezaan yang dia adalah seorang selebriti pun sebab Amber memang seorang yang peramah dan down to earth. Yang ketara jurang perbezaan adalah saiz badan dan ketinggian jer… Ha ha ha… Open-mouthed smile

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 6

Lepas dah puas berselfie sana sini sinun… Marilah kita jalan-jalan cuci mata dan cari pengetahuan tentang produk yang bakal diperkenalkan kepada para blogger yang hadir iaitu VEET Sensitive Touch. Macam nilah rupa gayanya peralatan kecantikan yang dinamakan sebagai VEET Sensitive Touch tersebut. Untuk apa? VEET… macam yang anda tahu, merupakan produk untuk rambut-rambut halus di kawasan-kawasan peribadi tubuh badan manusia dan sinonim dengan wanita. Jika dulu VEET tertumpu kepada produk hair removal cream yang sudah agak lama bertapak di pasaran Malaysia. Kini, VEET maju selangkah lagi dengan produk VEET Sensitive Touch yang dijamin selamat tanpa luka sebagai gajet kecantikan yang memahami keperluan semasa wanita pada masa kini.

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 7

Biar terang sedikit… Inilah dia set VEET Sensitive Touch yang Farah maksudkan. Untuk kegunaan di muka, bawah ketiak dan juga garisan bikini, kawasan-kawasan peribadi yang halus yang perlu diberi penjagaan oleh wanita yang mementingkan kebersihan serta personaliti diri yang kemas. Apa yang ditawarkan oleh VEET Sensitive Touch adalah sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh pencukur biasa dan juga tweeser pencabut rambut-rambut halus yang biasa.

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 8

Sempat jugalah Farah mencuba fungsi VEET Sensitive Touch untuk melihat sejauh mana keberkesanannya pada rambut-rambut di tubuh badan manusia dengan sampling yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Memang sangat mudah dan selamat. Pisau pencukur yang ada pada VEET Sensitive Touch adalah direka khusus untuk tidak menyentuh kulit seseorang individu seperti yang diwar-warkan … tanpa risiko luka!

Selepas dah puas bermain-main dengan gajet kecantikan yang awesome ini … Farah serta para blogger yang hadir berpeluang untuk mengikuti satu sesi khas oleh jurusolek selebriti Stevensunny tentang teknik-teknik perapian bulu kening dengan menggunakan VEET Sensitive Touch. Ada 3 jenis teknik perapian yang telah dikongsikan oleh Stevensunny iaitu:

Teknik Perapian Kening Stail Rock


MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 10

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 11

Teknik Perapian Kening Stail Korea


MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 12

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 13

Teknik Perapian Kening Stail Bohemia


MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 14

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 15

Sesiapa sahaja yang sukakan kecantikan pasti suka dengan sesi sebegini. Tidaklah bermakna Farah ni mencukur kening ya? Jangan salah faham… Ilmu… tak salah menggali dan mencari ilmu kan? Sekadar ambil tahu sahaja. Fokus Farah adalah perapian di bahagian-bahagian sensitif serta peribadi dengan lebih efektif dan selamat. Mungkin ilmu yang Farah kongsikan tentang teknik perapian kening ni bersesuaian dengan rakan-rakan lain yang bukan beragama Islam. Fikir positif ya rakan-rakan?

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 17

Supermodel Malaysia dan pelakon Amber Chia yang turut serta di Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch tempoh hari menyatakan di dalam perkongsian beliau yang VEET Sensitive Touch sangat memudahkan wanita-wanita yang sering kesuntukan masa seperti beliau di mana ianya sangat menjimatkan masa berbanding dengan cara perapian kening tradisional.

Kecantikan adalah sesuatu yang sangat penting buat Amber bukan kerana Amber adalah seorang selebriti tetapi untuk membuatkan Amber rasa cantik dan kelihatan cantik. Amber percaya bahawa kening yang kemas dan cantik adalah satu keperluan untuk melengkapkan penampilan seseorang individu. Secara jujurnya, Amber menghadapi masa yang menyukarkan untuk menguruskan kening beliau dan memakan masa yang lama dengan penggunaan tweezer! Jadual Amber sangat padat sehinggakan sukar untuk bernafas ada masa-masanya, VEET Sensitive Touch banyak membantu merubah segalanya dan memudahkan perapian kening Amber.

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 16

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 18

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 9

“Gentle, precise and no fear cuts – this is what beauty should feel like,” Amber Chia
Ikuti perkongsian Farah yang selanjutnya tentang VEET Sensitive Touch dengan lebih terperinci di dalam entri yang akan datang ya! Winking smile

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai VEET Sensitive Touch:

Viewing all 3928 articles
Browse latest View live