Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Jom Sembang Tentang LAMPIN PAKAI BUANG?

$
0
0
JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG

Jom? Kita sembang-sembang sikit tentang lampin pakai buang? Open-mouthed smile…Biasalah, cerita mak-mak kembali memenuhi ruangan entri di Bubblynotes.Com… Dah nama pun blog ber-niche kan parenting, makanya memang tidak hairanlah ceritanya banyak berkisarkan tentang dunia mak-mak… Bukannya sesuatu yang pelik pun kan? kan? kan? Cuma sesekali, kita divert pada cerita-cerita lain bagi tambah warna sedikit… sesekali ubah angin… Lagipun Bubblynotes.Com bukanlah hanya ber-niche-kan parenting tetapi termasuk sekali lifestyle… Ahaksss… Lifestyle sangat kan? Bolehlah…Bolehlah… Kan kan kan?

Macam ni… selama hampir 3 tahun berkecimpung di dalam bidang lampin pakai buang… Ahaksss… Open-mouthed smile… Nampak-nampaknya tak lama lagi macam nak graduate dah dalam bidang lampin pakai buang ni… Boleh sarung jubah dah kot? Winking smile… Taklah kata pandai sangat…Taklah kata pakar dan arif, cuma ini sekadar sembang-sembang dan pandangan peribadi Farah mengenai jenama lampin pakai buang yang terdapat di pasaran Malaysia… Ingat ya? Sekadar sembang-sembang dan pandangan peribadi sahaja…Bukannya pandangan seorang pakar… Kalau anda sebagai pembaca atau sebagai ibu, ataupun sebagai bapa nampak sesuatu perkara yang baik, positif serta boleh diterimapakai, ambillah, jika anda rasa tidak seteru dengan pendapat anda sila abaikan dan jangan ambil kisah ok? Ini negara demokrasi, jadi Farah juga bebas menyatakan pendapat serta pandangan selagi tidak menyentuh peribadi orang lain…Betul tak? Cerita hal sendiri sahaja sudah… Tak perlu nak cerita kisah dan hal orang lain…Yer tak? Hu hu hu…

Sepanjang hampir 3 tahun berkecimpung di dalam bidang lampin pakai buang dengan Iman Firash… Boleh dikatakan ada beberapa jenama yang pernah Farah cuba pakaikan kepada Iman Firash… Ikuti kisahnya satu persatu di dalam entri ini ya?

DRYPERS


JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG 2
Sumber dari Google
Lampin pakai buang yang pertama yang dipakaikan pada Iman Firash adalah lampin pakai buang dari jenama DRYPERS. Ini sewaktu Iman Firash baru sahaja dilahirkan. Waktu tu, memang tak ada sesiapa ajar, memang tak tanya sesiapa, tetapi pandai-pandai sendiri pergi beli lampin pakai buang jenama DRYPERS saiz Newborn sewaktu 2 bulan terakhir sebelum melahirkan Iman Firash. Ikut selera tekak sendiri jer… Lepas tu Farah tengok, ramai ibu bapa yang ber-shopping beli jenama DRYPERS. Kira-kira macam ikut-ikutan lah juga… Masa tu fikir… Ramai jer orang beli jenama DRYPERS ni… Mesti harga berpatutan dan kualitinya bagus… Bulan pertama, bulan kedua, bulan ketiga sehinggalah Iman Firash berusian 7 bulan macam tu, memang kekal dengan DRYPERS. Entah macam mana, satu alasan yang pelik… bosan dengan design pada lampin pakai buang tu, dan teringin nak bertukar kepada sesuatu yang lain. Nak cuba sesuatu yang lain, manalah tau kalau-kalau ada lagi jenama lampin pakai buang yang lebih berkualiti dan lebih baik? Lagipun sudah mula naik ruam-ruam merah yang kecil pada bahagian bawah Iman Firash… Walaupun dah disapukan dengan krim ruam, tetapi makin banyak ruam-ruam kecil…Masa untuk bertukar!

HUGGIES DRY


JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG 3
Sumber dari Google

HUGGIES DRY dengan bungkusan warna biru ni adalah lampin pakai buang jenama kedua yang dipakaikan kepada Iman Firash. Pada pandangan peribadi Farah sama lebih kurang macam DRYPERS juga HUGGIES DRY ni… Pakai selama beberapa bulan macam tu. Kalau tak silap sehingga Iman Firash berusia 10 bulan macam tu kot? Beralih-arah pada lampin pakai buang HUGGIES TOTAL PROTECTION pula.

HUGGIES TOTAL PROTECTION


JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG 4
Sumber dari Google

Yang ini, harganya kompetitif, tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Sedang-sedang… Lebih kurang serba sedikit dari DRYPERS dan HUGGIES DRY. Pada waktu dan ketika itu lah. Farah suka dengan ciri kadar penyerapan yang ada pada HUGGIES TOTAL PROTECTION ni. Tapi agak sukar juga nak dapat HUGGIES TOTAL PROTECTION sebabnya, Farah lihat ramai juga ibu bapa yang mendapatkan HUGGIES TOTAL PROTECTION. Bagus HUGGIES TOTAL PROTECTION ni. Kering lebih lama dan lampin pakai buang memang boleh dipakai pada satu-satu jangka masa yang agak lama.

MAMY POKO


JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG 5
Sumber dari Google

Yang ini sebenarnya, kalau nak diikut-ikutkan tak adalah nak termasuk dalam senarai pakai untuk satu jangka waktu yang lama, tetapi pernahlah pakai. Pakai sewaktu waktu-waktu kecemasan sewaktu Iman Firash dimasukkan ke KPJ Shah Alam dulu disebabkan fits. Masa tu, kehabisan lampin pakai buang, jadi minta tolong Babah dia belikan lampin pakai buang, hanya itu jer yang ada di kedai runcit yang berhampiran dengan KPJ Shah Alam. Jadi kita pakai jer lah dulu apa yang ada memandangkan Farah tak sanggup nak tinggalkan Iman Firash di hospital sementara Farah balik ambil stok lampin pakai buang dia. Secara jujurnya, Farah rasa Iman Firash tak serasi dengan jenama MAMY POKO disebabkan kondisi di mana, terlalu kerap perlu berganti lampin pakai buang. Sekejap jer dah berat. Sekejap jer dah basah. Jadi, bila dah cuba sekali selama hampir seminggu dan dapat pengalaman sebegitu, Farah pun terus keluarkan MAMY POKO dari senarai lampin pakai buang untuk Iman Firash.

Selepas keluar dari KPJ Shah Alam, kembali pakai HUGGIES TOTAL PROTECTION kembali.

HUGGIES ULTRA


This is THE BEST! Jenama yang kekal dengan Iman Firash sedari usia 1 tahun lebih sehingga kini! Memang kualitinya terbaik antara banyak-banyak jenama yang pernah Farah cuba!  Dari packaging jenis yang ini:

JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG 6
Sumber dari Google

Sehinggalah ke packaging jenis yang terbaru ini:

JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG 7
Sumber dari Google

Iman Firash kekal dengan HUGGIES ULTRA. Ya, memang harganya agak mahal sedikit berbanding dengan jenama lampin pakai buang yang lain. Tetapi secara jujur apa yang Farah boleh beritahu dan kongsi dengan anda, HUGGIES ULTRA worth buying, worth the money and worth consuming. Dengan ciri-ciri yang ada pada HUGGIES ULTRA, Farah terus-terang cakap, Farah takkan berfikir banyak kali sebelum membeli lampin pakai buang HUGGIES ULTRA. Bukan bodek dan Farah tak dibayar pun untuk mempromosi HUGGIES ULTRA. Cumanya, ini berdasarkan pengalaman sebenar Farah sebagai seorang ibu. Sememangnya serasi dengan Iman Firash. Tak ada masalah alahan, tak ada masalah apa-apa pun. Tidur malam dia lebih selesa dan satu-satu lampin pakai buang yang dipakaikan sebenarnya mampu bertahan sehingga 6 jam – 12 jam. Sungguh. Harga memang agak tinggi sedikit di pasaran, tetapi ia adalah satu jenama lampin pakai buang yang sangat berkualiti. Dengan HUGGIES ULTRA jugalah Iman Firash tidur lena di waktu malam dan tugas menyalin lampin pakai buang di waktu malam dapat dikurangkan kekerapannya. Memang dia tidur dalam keadaan yang sangat selesa dan Farah sendiri rasa, memang walaupun telah membuang air kecil lampin pakai buang tersebut kekal kering. Thumbs up pada teknologi HUGGIES ULTRA.

Kalau Farah tahu, dari awal lagi Farah dah dapatkan HUGGIES ULTRA untuk Iman Firash. Tapi tulah, ada yang kata, kenapa tak pakai lampin pakai buang biasa sahaja dan berjimat lebih. Jujurnya kan? I wouldn’t mind spending what I have for something that is good for my son. Yang penting keselesaan dia. Oklah, macam nilah, sewaktu Farah ada masalah meruncing dari segi financial beberapa waktu ketika dulu, Farah bukanlah lagak atau tak nak cermin diri sendiri atau ukur baju di badan sendiri seperti kata bidalan. Akan tetapi, keselesaan anak itu dan apa yang terbaik kepada anak itu tetap menjadi keutamaan Farah. Caranya… Farah gunakan lampin lain yang harganya lebih murah di waktu siang dan gunakan HUGGIES ULTRA sewaktu tidur malam dan keluar ke mana-mana.

Farah cuba pakaikan Iman Firash dengan DRYPERS kembali, ternyata masalah seperti bocor, lampin pakai buang tidak tahan lama dan alahan kepada kulit kembali semula. Dia tak serasi! Kemudian cuba beralih pula kepada WHOOPEE sebagai lampin pakai buang untuk siang hari.

JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG 8
Sumber dari Google

Maaf… Smile… Tidak serasi dengannya juga… Lama kelamaan, gigihkan diri dan cekalkan hati juga, teruskan penggunaan HUGGIES ULTRA seratus peratus! Walauapapun keadaannya, bagaimanapun keadaannya, Farah tetap pakaikan Iman Firash dengan HUGGIES ULTRA. HUGGIES ULTRA bagi Farah adalah jenama lampin pakai buang yang terbaik setakat ini yang Farah rasai pengalaman itu. Jika ada sesiapa yang tanya pada Farah apakah jenama lampin pakai buang yang baik dan bagus, jawapan Farah adalah HUGGIES ULTRA. Ini adalah pilihan Farah, bukannya untuk mempengaruhi sesiapa ya? Terpulang kepada masing-masing. But if there is ever someone who ask me on quality diapers, I would strongly recommended HUGGIES ULTRA.

Keserasian itu diteruskan sehingga kini, cuma bezanya kini sudah mula semakin kurang volume pemakaian lampin pakai buang Iman Firash. Iyalah, orang dah besar! Tak lama lagi nak ucapkan selamat tinggal kepada lampin pakai buang… He he he… Open-mouthed smile… In Shaa Allah…  Sekarang ni pun dah mula pakaikan dia dengan HUGGIES ULTRA PANTS FOR BOYS.

HUGGIES ULTRA PANTS FOR BOYS


JOM SEMBANG TENTANG LAMPIN PAKAI BUANG 9
Sumber dari Google

Berselang-seli dengan HUGGIES ULTRA, Iman Firash kini juga memakai HUGGIES ULTRA PANTS FOR BOYS. Ini pun terbaik juga ni… Farah pernah kongsikan di dalam entri Farah yang bertajuk Pandangan Peribadi: HUGGIES ULTRA PANTS FOR BOYS, ini sebagai persediaan untuk ke school pada tahun hadapan ni. Winking smileTeacher dia awal-awal dah request untuk dibekalkan dengan lampin pakai buang berbentuk sebegini. Ya lah pun, senang. Kalau berjalan ke mana-mana sekarang ni pun, Farah rasa lebih mudah jika memakaikan dan membawa lampin pakai buang ekstra untuk persalinan jenis ini. Senang nak buka, senang nak sarung.

Keserasian dan juga kualiti pada HUGGIES ULTRA dan HUGGIES ULTRA PANTS FOR BOYS yang membuatkan walaubagaimanapun Farah kekal dengan jenama ini. Harga memang tidak dinafikan tinggi sekiranya tiada promosi. Tetapi kalau gigih dan rajin cari atas talian, boleh dapat harga dalam range yang lebih kurang sama dengan harga-harga jenama yang lain. Dan ada tempat-tempat yang murah harga lampin pakai buang HUGGIES ULTRA dan HUGGIES ULTRA PANTS FOR BOYS ni, ada tempat-tempat yang akan mahal melambung. Bergantung pada keadaan, waktu dan tempat anda membeli. Sama seperti produk kelengkapan anak yang lain.

Harus diingat, ini semua hanyalah sekadar pandangan peribadi dan juga berdasarkan pengalaman sendiri. Farah tidak berniat untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan sesuatu jenama yang lain, cumanya Farah bercerita berdasarkan perspektif Farah mengenai keserasian Iman Firash terhadap sesuatu jenama lampin pakai buang dan pandangan peribadi Farah. Sekadar perkongsian dan bukannya berniat menjatuhkan mana-mana jenama mahupun memburuk-burukkan mana-mana jenama. Apa yang diceritakan, apa yang dikongsikan adalah diulangi berdasarkan keserasian Iman Firash. Di luar sana, mungkin ada yang tidak sesuai dengan jenama yang Iman Firash pakai pada ketika ini dan ada yang di luar sana, yang serasi sama. Segalanya adalah bergantung kepada keserasian seseorang bayi atau kanak-kanak itu.

*In Shaa Allah, tahun depan sekurang-kurang apabila mencapai suku pertama tahun 2017, Iman Firash akan bebas sepenuhnya dari lampin pakai buang… Doa-doalah berjaya ya? He he he… Tapi kalau lagi cepat lagi bagus sebenarnya untuk poket Mommy ni nak oiii…Bukan merungut kesal ataupun apa… In Shaa Allah, masih mampu lagi nak beli lampin pakai buang anak, cumanya… kan dah besar? Elok sangat kalau Firash bebas lampin pakai buang sepenuhnya…Kan? Kan? Kan?

Current State of Malaysia Property Market

$
0
0
CURRENT STATE OF MALAYSIA PROPERTY MARKET

Over the recent years, property prices in Malaysia have appreciated dramatically between 20%-100% beyond the affordability of most people, giving rise to much discontent in the last few years especially in the state of Kuala Lumpur, Penang and JB. Low-interest rates, high liquidity, high labor costs as well as compliance costs and inflation which lead to rising in building material costs are some of the major elements that contribute to this surge in prices.
 
Investing in real estate is a big decision as it is probably one of the biggest financial moves in life. It requires careful thinking and thorough research especially if you want to earn from the property. There are several ways to earn through real estate. One is to by reselling the property in the future with a bigger value, or you can choose to rent it out just in case you are not using the property. In any case, the key to getting a good income in real estate is LOCATION.
 
man holding a house
 
Even though Malaysia is slated with the escalating of property prices, Malaysia property is still an excellent choice for many reasons – economic and entertainment. Properties in Malaysia are on the steady rise when it comes to value because of the many reasons, and one of them is a strategic location. It's proximity to many tourist and business destinations like Australia, Singapore and Bali lure investors. This is aside from the fact that Malaysia itself is rated as the best place to retire in South East Asia because of the beauty of the place.
 
Malaysia property is a good investment as it has a property growth ranging from 15% to 30% annually. One of the reasons behind this is the outpouring of economic activities in the country. The number of rising expatriate community is growing which created a high demand for quality residential and commercial properties. Also, the government of Malaysia had made incentives for foreign investors in the country. Included in the incentives are tax breaks as well as some relaxation of laws regarding ownership of properties by a foreign investor.
 
It is a fact that the local appetite for properties for sale in Malaysia has been doing well in the past couple of years especially with the Malaysian Government intervention has taken place recently. Malaysia Government is trying to 'calm' the local property market and prevent the property prices from rising further by introducing several 'cooling' measures.
 
Under the Central Bank's new lending guidelines that took effect on 1 January 2012, loans are now approved based on net income rather than gross income. With that, slower loan growth for banks is expected in 2016 as predicted by the Malaysian Investment Bank Research. This trend is said to be an indicative of the residential property market cooling following tightening measures by Central Bank. However, it is not rational to conclude that the demand for local property has been decreased based solely on this single data as the loan volume might actually remain relatively constant; this is probably just a state where people have to go through more banks to get one loan approved.
 
If you are looking for more than just obtaining a property as rental property, you should pay attention with the current real property gain tax (RPGT). If you are selling your properties within 3 years from the date of acquisition, you are required to pay 30% of tax of the profit. This is definitely an effort to contain the issue of rising properties for sale to curb with the excessive property market speculation. On top of that, the 30% through 5 years of acquisition imposed on non-citizen will definitely deter extreme speculation from foreign investors.
 
CURRENT STATE OF MALAYSIA PROPERTY MARKET 3
 
It is in general belief that property prices in Malaysia will continue to rise but at a slower pace. The local buyers see homes as hedge against inflation and have no other options in alternative investments and on top of that, more developers are looking into providing affordable homes to the public and all these factors give a green light of investing in properties in Malaysia.

Di Mana Ada Rumah Bersepah, Di Situ Ada Anak Bijak?

$
0
0
DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK

Di mana ada rumah bersepah, di situ ada anak bijak? Really? Alhamdulillah, syukran Ya Allah… Jika benarlah, jika sungguhlah seperti apa yang dikatakan… Laughing out loud ngee… Tak jadi rasa macam nak nangis Crying face  bila terpaksa mengemas permainan yang bersepah hampir satu kawasan ruang tamu ni…Nyah-Nyah… Ha ha ha… Melawak jer, tak adalah rasa nak menangis pun, adatlah tu, rutinlah tu, mak-mak dengan situasi ni. Ada masa kalau dia rajin nak kemas, dia kemas semula. Ada masa kalau angin dia nak tinggal macam tu jer, memang secara automatik faham-faham sendiri lah yang itu merupakan tanda Mommy kena kemas. Memang tiap-tiap malam pun, selepas semua orang hanyut di alam mimpi, Farah jadi macam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), buat rounding satu rumah dan perhati sekeliling kalau-kalau ada permainan yang perlu dikutip dan disimpan. Bukan apa, bimbang kalau-kalau nanti ada yang terjaga malam, tersepak, terlanggar, tergelicik dan seterusnya mengalami kecederaan yang tidak diingini berlaku. Terutamanya nenek dialah. Safety kena jaga juga. Betul tak?  Ini baru sikit jer ni yang Farah paparkan di dalam gambar di atas ni… Baru satu container permainan dia lambakkan semua ke atas lantai, belum lagi yang ada dalam kotak di dalam compartment di bawah TV Console, belum lagi yang ada di laci-laci di dalam rumah tu. Agaknya kalau Farah ambil gambar keadaan rumah dah ibarat shipwrecked punya kondisi mau ada yang pening melihatnya…

Open-mouthed smile Muahahaha, ibu-ibu yang dah biasa dengan kondisi sebegini rasanya tak adalah pening kan? Tapi kan, memang Allah SWT tu duga Farah betul ok? Farah kan jenis tak boleh tengok rumah bersepah walau se-coet pun? Memang tak gemar sangat-sangat dan memang sakittt jer mata kalau tengok rumah bersepah. Rasa semak weiii! Allah SWT betul-betul duga dan uji tahap kesabaran hati ini apabila Iman Firash suka sepahkan mainan dan menjadikan rumah seperti mengalami shipwrecked.

DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK 2

Bila dipanggil, macam nilah ekspresi muka dia… Open-mouthed smile…Ahaksss…. Ini Mommy panggil sebab nak rakamkan gambar dia satu hal, sebab nak beri pesanan khidmat masyarakat pada dia satu hal. Pesanan khidmat masyarakat yang berbunyi… “Firashhh, please do not scattered all your toys here and there too much and please put it back in the box once you finished playing”… Agaknya dalam hati dia alaaa…. Mommy ni, chill lah Mommy…. Pesanan jerlah mampu Mommy beri walaupun perlaksanaannya entahkan entahkan ya tak? Muahahaha…. Tak salah bagi pandangan Farah, itukan salah satu proses mendidik. Sekali lagi Farah ulang, di mana ada rumah bersepah, di situ ada anak bijak? Really? Gigih mencari sumber yang membincangkan mengenai isu ini…

Menurut seorang pakar motivasi yang bernama Nur Firdaus sepertimana yang dikongsikan melalui sumber Vanilla Kismis di dalam artikel di SINI:

DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK 3


Kenapa Anak Kecil Suka Sepah-Serapah?

Lazimnya anak kecil suka melambakkan permainan mereka, lagi nampak bersepah lagi mereka suka. Lagi mereka gembira. Kenapa ya? Mak ayah tak pandai anak ajar berkemas ke? Jom kita tengok sedikit di dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak.
Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak-anak kecil akan berfikir jika benda itu ada di depan mata, maka ia akan wujud. Jika tidak, ia tidak wujud.Sebab itu bila kita sorok atau ambil permainan mereka, mereka akan cepat beri reaksi sama ada melalui tangisan atau sebagainya. Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata mereka ok. Tapi bila kita “hilang” sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka. Siapa yang jaga bayi, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas seorang diri. Winking smile.

Ajar Berkemas Bila Tiba Masanya

Mereka bukannya buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi semulajadi. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada! Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 sehingga ke 3 tahun). Buat macam mana pun, cakaplah macam mana pun, mereka tetap akan anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat. Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi, bagi kanak-kanak permainan mereka “ada” bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).

Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa, fahamilah corak pemikiran mereka, jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat pada masanya. Jangan awal-awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka. Solusinya, terpulang…kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah dia nak sepah-serapah ke? nak kemas ke? nak campak ke? saya nak lihat mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.
Dan menurut satu lagi sumber dari satu laman blog terkenal iaitu SirapLimau melalui artikel yang dikongsikan di SINI

DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK 4

DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK 5

Sepertimana yang diungkapkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Kathleen Voh persekitaran yang bersepah boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih kreatif, tidak kiralah berapa pun umur mereka. Apabila dibandingkan, mereka mendapati seseorang yang ditempatkan di dalam sebuah bilik yang bersepah boleh mengutarakan lebih banyak idea yang kreatif dan menarik berbanding mereka yang ditempatkan di dalam sebuah bilik yang kemas dan tersusun rapi.

5 SEBAB BUAT SEPAH ADALAH TANDA ANAK BIJAK!

Jadi, benarkah orang kata salah satu tanda anak bijak itu adalah mereka yang suka buat sepah? Terdapat beberapa kajian yang dijalankan iaitu di antaranya di Universiti Iowa pada tahun 2013dan Universiti Minnesota pada tahun 2016. Yang 2016 ni baru lagi ni… Smile

Ini adalah 5 sebab yang menyokong kenyataan rumah bersepah tanda anak bijak:

Mereka Sedang Membina Maklumat

Anak kecil yang sedang membuat sepah ini biasanya akan mengaktifkan semua deria dan saraf motorik mereka.Memegang, merasa, menggenggam, membaling dan sebagainya – ini semua adalah perbuatan yang akan menambahkan maklumat serta kefahaman mereka tentang dunia sekeliling mereka. Anda mungkin nampak anak-anak seperti sedang bersuka ria tetapi sebenarnya mereka mendapat pelbagai manfaat daripada perilaku tersebut. Kebanyakan maklumat yang diperolehi ini akan disimpan dan diproses untuk kegunaan pada masa akan datang. Buktinya, anak-anak yang suka menyepahkan makanan didapati LEBIH CEPAT BELAJAR nama makanan termasuklah objek yang berkaitan makanan dengan lebih cepat dan tepat.

Mereka Berani Bertindak

Mereka  yang lebih suka bersepah adalah golongan yang suka mengambil risiko, berani bertindak  dan spontan di dalam setiap tindakan.Anak-anak ini mempunyai kelebihan dalam membuat keputusan kerana mereka tahu apa yang mereka inginkan. Ini adalah salah satu skil yang penting untuk mereka dan akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

Mereka Lebih Kreatif

Tahukan anda bahawa kebanyakan genius yang kita kenal seperti J.K. Rowling, Roald Dahl dan Albert Einstein adalah mereka yang terkenal dengan tabiat suka bersepah? Segelintir pakar berpendapat bahawa keadaan yang tersusun rapi dan konvensional menyukarkan seseorang untuk berfikir di luar kotak dan menggalakkan seseorang untuk sentiasa kekal dalam ZON SELAMAT.Berbanding dengan mereka yang memecahkan tradisi  ini,  seseorang dianggap lebih berkeyakinan dan berkebolehan memberi idea baru.

Mereka Curious

Salah satu tanda anak bijak adalah mereka tahu apa yang mereka mahukan. Mereka mahu melihat apa yang akan terjadi apabila sesuatu  barang disentuh, diusik, dilontak, dipijak, dimusnahkan atau ditumpahkan. Anak-anak akan mempelajari dan mengingati sesuatu melalui sebab-akibat. Mereka tahu bahawa proses ini penting dan mereka nekad untuk mengetahui sesuatu.

Mereka Belajar Mengingat Lebih Banyak Perkara

Anak-anak biasanya suka mengulang sesuatu perkara yang mereka lakukan kerana memorinya sedang bekerja keras untuk mengingat setiap proses dan langkah yang terlibat. Apabila sesuatu diulang berkali-kali, mereka akan cuba melakukannya dengan lebih baik. Ada masanya, mereka akan cuba mengubah permainan dan menjadikannya lebih menarik melalui idea yang timbul secara spontan. Proses seperti inilah yang dapat membantu mereka belajar lebih banyak perkara dari hari ke hari.

Jika difikir-fikirkan semula, memang ada logiknya mengapa mereka mengaitkan tabiat suka buat sepah ini dengan tanda anak bijak. Segala eksplorasi ini akan memberi kesan yang bermanfaat dalam jangka masa panjang sekiranya anda menggalakkan mereka bermain, merekacipta dan mencetuskan pelbagai idea menarik yang tidak pernah terlintas di fikiran. Tetapi, praktikkan juga keseimbangan dengan mengajarkan anak cara-cara menjaga kebersihan dan mengemas permainan agar tidak menyebabkan kecederaan serius! Satu lagi… bersepah bukanlah bermaksud pengotor ya? Cuma semak jer semak… Ha ha ha… Open-mouthed smile….

Ya Farah akui Farah memang tak boleh tengok sepah sana sepah sini, akan tetapi tak apalah nak… demi kebaikan perkembangan sepahlah sebanyak mana nak sepah… Enjoy this moment… Alah bisa tegal biasa… Memang sakit mata tengok sepah sana sepah sini… Bezanya, bila dah lama-lama… you can’t help it… Sesiapa dah ada anak memang akan macam ni lah keadaan rumahnya… That’s why they are kids kannn? Biarlah sepah, lepas tu kalau kita ni jenis tak boleh nak tolerate dengan sepah macam kes Farah, bila dah selesai main, kita ajaklah dia sama-sama kemas permainan dia… Buat sama-sama baru dia nak ikut. Kalau kita jadi diktator arah jer kemas memang tak jalan… Anak-anak yang sedang membesar mudah mengikut… Mereka akan mengikut kalau kita lakukan sama-sama…Tapi kalau mulut kita jer yang jalan, kaki tangan kita tak jalan sama…Memang taklah mereka nak buat kan? Ihiksss…

Fikir positif jer… dari seorang yang semak sangat mata dan tak boleh tolerate dengan shipwrecked di dalam rumah…bila dah ada anak ni… macam ibarat… dah lali dah… Benda-benda sebegini adalah proses perkembangan… Just keep on thinking, that these are part of the things that I gonna miss someday in the future… Masa ni jer sepahnya…Makin membesar akan semakin berubah, jadi pesanan kepada diri sendiri, nikmatilah saat –saat ini dengan sebaiknya… Kannnn?

Kenapa ZWITSAL?

$
0
0
{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1477833003413","width":1080,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":1059,"subsource":"done_button","total_editor_time":34,"brushes_used":0}

Sambil terbau-bau keharuman talkum bayi berjenama ZWITSAL yang sangat best sambil menaip entri ini. Chill-lah, ini bukan promosi berbayar di Bubblynotes.Com... Wink! Winking smile. Ini sekadar perkongsian peribadi Farah dan juga apa yang Farah fikirkan mengenai produk penjagaan bayi dari ZWITSAL yang kini sedang digunakan oleh Iman Firash. Sejak akhir-akhir ni dah jadi pengguna produk penjagaan bayi dari ZWITSAL. Beralih arah seketika dari produk sebelum ini. Sesekali saja-sajalah kan nak berubah angin dan sesaja nak mencuba produk yang berlainan. Kalau serasi, In Shaa Allah, kita teruskan. Kalau tak serasi, nampak-nampak gayanya kenalah bertukar ya tak? Tapi syok ohhh produk penjagaan bayi dari ZWITSAL ni! Baunya sangat-sangat mengimbau tau tak!

Sangat-sangat mengimbau kepada bau bayi yang baru sahaja lahir… Nyum nyum nyum… Smile… Farah suka! Terasa nak cium anak tu banyak kali jer… tak pakai produk penjagaan bayi ZWITSAL pun memang nak cium dia banyak kali pun! Cium anak mana pernah jemu! Kalau boleh tak nak lepas…Muahahaha…Sampai dia sendiri yang cuba memboloskan diri sebab Mommy dia gomol sampai dia tak bernafas… Melampau kan Mommy kan?

ZWITSAL Classic Baby Powder Fresh Floral Tested Hypo-Allergenic

Anak lelaki kan? Aktifnya toksah cakaplah macam mana kan? Yang pernah jumpa Iman Firash secara berdepan, secara realiti, taulah bagaimana happy go-lucky dan aktifnya dia macam belut. Nak nak lagi sekarang ni… Fuhhh fuhhh fuhhh Ghost… Tak cukup-cukup nafas Mommy dia nak mengejar dia dah… Hu hu hu… Memang as cunning as fox… Choootttt… Kejap jer dah ke sana…. Kejap lagi dah ke mari… Berpeluh pun boleh tahan juga Iman Firash ni! Dah tu? Berlari sana, berlari sini, mau tidaknya… Memang cepatlah berpeluh… Tak apalah…Asalkan dia sihat walafiat itu dah cukup gembira buat Mommy dia….

Sebelum-sebelum ni, pakai bedak talkum jenama lain, cepat jer hilang bau bedak tu… Ihiksss… Smile… Tapi anak-anak kecil ni, kalau bau bedak hilang pun tetap wangi dan rasa nak cium jer kannn? Cumanya, kalau dapat satu bedak talkum yang tahan lama baunya, memang sangat awesome lahhh… Lagi rasa tak nak lepas anak tu…Muahahaha… Lagi rasa nak peluk jer senantiasa…. Itu yang sampai pergi kerja terbayang-bayang jer tu… Ekekeke…. Winking smile. Bila dah pakai ZWITSAL Classic Baby Powder Fresh Floral Tested Hypo-Allergenic ni… Wahhh! Berpeluhlah kot celah mana pun, Iman Firash tetap bau wangi juga! Bau bedak tu tak hilang! Bau dia masih lagi segar seolah-olah baru jer pakai bedak selepas mandi. Tekstur bedak ni pun halus… Lainlah dari bedak-bedak bayi yang biasa yang lain yang pernah Farah gunakan ke atas Iman Firash.

ZWITSAL Natural Baby Bath – Milk & Honey


KENAPA ZWITSAL 2

Bila dah suka dengan bedak talkum ZWITSAL, terus rasa nak mencuba pula ZWITSAL Natural Baby Bath Milk & Honey yang dicipta dari protein susu dan juga madu untuk mengimbangkan kulit anak kecil supaya sentiasa halus dan kelihatan segar. Bahan susu semulajadi yang digunakan adalah berfungsi untuk membantu menjaga kulit bayi dan anak kecil yang sensitif dan membuatkan mereka merasa selesa. Reputasi produk ZWITSAL yang Farah tau, ZWITSAL sememangnya berpengalaman untuk menyokong penjagaan kesihatan bayi. Clinically proven baby product (tested Hypo-allergenic) dan selamat untuk kulit bayi dan anak kecil yang sensitif. Haaaa…yang ini memang Farah jaga dari dibuat sebagai bahan mandi buih Iman Firash…Kalau tidak…habis dia tongtong semua dalam besen mandi untuk buat ala-ala mandi buih…

Bau tetap awesome dan segar, sampai diri sendiri terasa nak mandi gunakan mandian ZWITSAL ni… Memang tidak dinafikan selepas mandi bila kita dah lap-lap badan anak tu, nampak kulit ni macam segar sangat… Macam…Eeee…Seronoknya Iman Firash mandi pakai sabun ni…Ha ha ha…

ZWITSAL Baby Bath 2-In-1 Hair & Body


KENAPA ZWITSAL 3

Memandangkan hari tu tak jumpa syampu ZWITSAL, makanya beli ajerlah yang ini…Jadikan sebagai syampu, lagipun memang fungsi dia 2 dalam 1. Boleh dijadikan syampu juga. Memang tak menyesal! Kadang-kadang bila anak-anak ni, aktif dalam sehari, boleh sebabkan kepala tu berbau seperti “taik hari”… Istilah nenek dia… Macam bau masam peluh macam tulah, bau peluh… Kepala kan mudah bau kalau berpeluh? Jadinya, semenjak dua menjak pakai produk ZWITSAL ni… Ko peluhlah macam mana pun, bau kulit kepala dan bau rambut masih tetap segar kekal harum… Itu yang buatkan Farah semakin suka dengan ZWITSAL. Hinggakan buat waktu sekarang Farah declare yang Farah nak stick dengan ZWITSAL buat sementara waktu dan tak akan bertukar melainkan ada yang setaraf dengan kualiti ZWITSAL. Ecewahhh…Tapi betullah! Harga pun tak adalah mahal mana…Masih mampu milik dan boleh dikatakan murah juga…

Sedikit perkongsian mengenai ZWITSAL:

ZWITSAL was started by Mr Jansen, a Dutch pharmacy student who did his internship in Switzerland, where he developed a balm that works wonders on sunburn among other things, and found it especially good on babies' skin! So he took the recipe back to Netherlands and began selling his Swizz Balm in 1920. And that's how Zwitsal started, close to 100 years ago!
Since then Zwitsal has been a leading brand and experts in baby care products in Europe for the past 100 years, and they're now newly available in Malaysia! What's special about Zwitsal products is that they're made with natural plant ingredients, making it safe for babies to use!
Zwitsal is known for its signature yellow and extra soft formulation, which makes it real gentle for babies' skin! Their products come in two range- the Natural and Classic.
 
Sebagai seorang ibu, Farah sukalah kiranya nak cadangkan anda-anda yang mempunyai anak kecil di luar sana untuk bertukar kepada ZWITSAL ataupun mencuba menggunakan produk penjagaan bayi ZWITSAL. Jika Farah boleh sukakannya, tidak mustahil anda juga boleh sukakannya… Rating yang Farah bagi daripada jumlah sepuluh… 9/10. Sebab Farah benar-benar sukakan produk ZWITSAL ni dan juga kualiti yang telah diberikan sepanjang penggunaannya setakat ini.
 
Untuk Maklumat Lanjut:
 
 
 
Bukan setakat bedak, barangan mandian, tetapi ZWITSAL juga mengeluarkan serta memasarkan losyen bayi, baby wipes dan baby oil. Hurmm… Sebab dah jatuh cinta, rasa nak cari semua jenis produk dan gunakan ZWITSAL sahaja sepenuhnya ke atas Iman Firash. Bau dia memang best weiii! Sekali bau, terbau-bau sampai ke pejabat pun! Ahaksss..Buatkan petang-petang tu tak sabar jer nak balik sebab nak cium Iman Firash yang wangi, sweet dan bau seperti bau bayi baru lahir… Cubalah! You should try it you know! I mean for those parents out there… Winking smile Worth the money spending, worth the quality…

Panduan Mencuci Mesin Basuh

$
0
0
PANDUAN MENCUCI MESIN BASUH

Mesin basuh… Peralatan WAJIB yang MESTI ada di dalam sesebuah rumah… Kalau tak ada, memang terpaksa angkut berbakul-bakul pakaian kotor ke dobi layan diri yang berdekatan dengan rumah masing-masing ya tak? Tak ada bekalan air pun terpaksa angkut berbakul-bakul pakaian kotor ke dobi layan diri juga kan? Hu hu hu… Sama juga halnya kalau mesin basuh kita rosak! Tak ada pilihan lain sementara menunggu dibaiki atau sementara menunggu mesin basuh baru sampai, mahu atau tidak terpaksalah pergi ke dobi layan diri untuk membasuh pakaian-pakaian kotor yang dah mula menggunung di dalam bakul. Takkan nak biarkan tersepuk kat situ jer sampai mesin basuh dibaiki atau mesin basuh baru sampai?

Ada orang, selalu sangat bertukar ganti mesin basuh disebabkan mesin basuh asyik rosak jer… Ada orang boleh tahan bertahun-tahun lamanya dengan menggunakan mesin basuh yang sama. Hurmmm…Mesin basuh kat rumah tu dah hampir berbelas tahun dah digunakan, Alhamdulillah, kondisi dan keadaannya masih lagi elok seperti biasa dan setakat ini tak ada apa-apa masalah. Mudah-mudahan kekallah begitu hendaknya… Ahaksss… Laughing out loud… Tak mampu lagi nak membeli mesin basuh baru… Berharap agar mesin basuh yang ada ni dapat berbakti sehingga tahap maksimum… Macam mana nak mesin basuh tahan lama?

Memanglah kita gunakan hampir setiap hari mesin basuh untuk basuh pakaian kotor kita, akan tetapi kita ni manusia yang tak lari dari khilaf yer tak? Ada masanya kita boleh jadi terlupa yang sebenarnya kita kena basuh mesin basuh kita. Nak tahu bila masa yang tepat untuk cuci mesin basuh? Pointing upSEMASA PAKAIAN MENJADI HAPAK BILA DITINGGALKAN SEMALAMAN DI DALAM MESIN BASUH DAN BILA ADA BANYAK SEAKAN-AKAN KERTAS ATAU TISU YANG DICARIK. Itulah tandanya anda kena mencuci mesin basuh itu!

Bagaimana nak cuci? Ikuti perkongsian yang Farah dapati dari FB Panda Bekki:

Langkah 1

Cabut penapis yang ada di dalam mesin basuh dan cuci sebersih-bersihnya. Kemudian pasangkan semula.

Langkah 2

Pilih program atau course mode “TUB CLEANING”. Jika tidak ada pilihan tersebut, boleh pilih “SOAK”. Kalau tak ada juga, boleh pilih mana-mana course cuma pastikan pilih pada pilihan yang terdapat pada cycle wash SAHAJA. Pastikan WATER LEVEL adalah tahap maksima. Tekan butang START.

Nota: Pastikan tidak memasukan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.

Langkah 3

Bila air sudah 1/3 penuh, letakan bahan pencuci bersesuaian diantaranya :

1. SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram)

atau

2. Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )

atau

3. Jenama CALGON @ COSWAY @ OXY ( 300gram)
atau

4. 140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50). Campur dahulu  di dalam bekas yang lain sebelum dimasukkan ke dalam mesin

atau

5. Pencuci jenama "ZIP " ACTIVE FORMULA with BICARBONATE (300Gram). Pastikan bancuh sebelum memasukkan didalam mesin

atau

6. Tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga , cumanya kurang efektiflah kerja-kerja pencucian tersebut.

Langkah  4

Jika anda memilih mode pembasuhan :
1. TUB CLEANING2. SOAK


Kerja anda adalah lebih mudah , tidak perlu tunggu , jika sudah siap jer dah ok.

Jika anda memilih mode pembasuhan WASH sahaja , selepas mesin telah siap cycle selama 3 minit, sila biarkan mesin basuh anda terendam selama sejam. Selepas sejam pilih mode wash selama 8 minit dan RINSE sebanyak  2 kali. Spin selama 1 minit.

Pastikan selepas mode tersebut siap , tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada , cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash , rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
Siap!
NOTA :
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini , pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, sebab ianya akan memakan masa yang lama. Anggaran selama lebih kurang 2 jam.
2. Pastikan bahan-bahan yang dicadangkan itu sesuai dengan mesin anda. Sila baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran, memang ada bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.

Zaman segalanya serba tinggi kan? Kenalah jaga barang-barang atau kelengkapan rumah keperluan sebaik mungkin supaya dapat digunakan untuk satu jangka waktu yang sama di samping untuk menjimatkan perbelanjaan supaya tidak membazir ke arah sesuatu yang sebenarnya boleh diselamatkan. Winking smile. Semoga panduan mencuci mesin basuh ini memberikan manfaat kepada semua yang membaca. Ataupun mungkin anda mempunyai teknik anda yang tersendiri? Kongsi-kongsikanlah kalau ada ya?

Pindah Rumah Baru? Bagaimana Bantu Anak Untuk Adaptasi Suasana Baru?

$
0
0
PINDAH RUMAH BARU_BAGAIMANA BANTU ANAK ADAPTASI SUASANA BARU

Dah tiba waktu hujung tahun, ada yang dah siap-siap packing nak pindah ke rumah yang baru dibeli atau ada yang dah siap-siap packing nak berpindah disebabkan pertukaran pejabat anda bekerja? Biasanya, hujung-hujung tahun ni, ada yang memilih untuk berpindah sebab senang dan mudah, sekali dengan sesi persekolahan. Senang kan? Nak uruskan pertukaran sekolah anak sekali? Kalau pindah tengah-tengah tahun, bukannya tak boleh tetapi macam anak tulah sekerat belajar di sekolah ni, kemudian sambung di sekolah lain… Kalau boleh biarlah bermula dari awal tahun kalau mengikut pendapat peribadi Farah lah. Akan tetapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana? Mahu atau tidak, suka atau tidak terpaksa juga kan?

Bercerita tentang berpindah ni, terkait pula kotak pemikiran ini dengan anak-anak…Penerimaan anak-anak dan tentang diri anak-anak. Entah??? Secara tiba-tiba fikiran termenerawang akan perkara ini dan seakan jari-jemari ni secara automatik meluncur di papan kekunci laptop untuk menaip entri ini. Makanya, disebabkan itu, terjadilah entri ini… Kalau otak ni, asyik bekerja jerlah kisahnya… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tu sebab rasa otak ni macam banyak sangat benda nak fikir… Macam penuh sangat…Hu hu hu…Nak buat macam mana, ini jalan yang kupilih… Ahaksss… Jadi kenalah tempuh dan harung yer tak?

Berpindah rumah ni, seingat-ingat Farah memang satu perkara yang sangat meletihkan. Sebulan pun belum tentu habis berkemas oiii… Pengalaman hampir 13 ke 14 tahun yang lalu sewaktu berpindah ke rumah yang kami duduki pada ketika ini telah mengajar Farah mengenai erti keletihan berpindah rumah dan berkemas yang tak sudah. Bukan Mimpi Yang Tak Sudah lagu nyanyian Ibnor Riza tu, tetapi berkemas yang tak sudah.  Memang ya, jangkamasa sebulan bukan jaminan untuk siap berkemas semua. Lebih dari itu.

Pindah rumah baru memang seronok, nak nak lagi rumah sendiri kan? Kalau yang sebelum ni menyewa rumah atas tangan orang lain, pastinya teruja untuk berpindah ke rumah sendiri. Kalau yang sebelum ini tinggal bersama ibu bapa, bila nak berpindah ke rumah sendiri tentunya rasa seronok. Cumanya, seronok-seronok kita tu, bagi yang bergelar ibu bapa lah… Bagaimana pula anak-anak kita? Adakah mereka teruja dan gembira untuk berpindah? Ataupun adakah mereka sebenarnya keberatan untuk berpindah kerana telah terbiasa dengan environment sedia ada? Dah ada ramai kawan, dah biasa dengan suasana dan keadaan sekeliling. Bila berpindah ke sesuatu tempat baru, tidak semua anak-anak yang boleh terima, tidak semua anak-anak yang suka.

Dalam sibuk-sibuk packing barangan untuk berpindah rumah dan dalam sibuk-sibuk unpack barangan sebab baru berpindah, dengan letih berkemas, jangan sesekali kita abaikan anak-anak dari segi psikologi dan emosi mereka untuk adaptasi dengan suasana baru. Kalau mereka sama naik gembira dan teruja tak menjadi satu masalah lah kan? Tetapi katakanlah mereka tidak seronok untuk berpindah? Bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh bantu anak-anak untuk adaptasi suasana baru? Tempat baru? Persekitaran yang baru? Berikut adalah senarai yang dapat Farah gariskan yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menyelesaikan permasalah ini.

Bantu Anak Untuk Memahami Apa Yang Sedang Berlaku Dan Bila Ianya Akan Berlaku

Keputusan dan urusan berpindah harus melibatkan anak-anak juga. Mereka perlu diberitahu kenapa, mengapa perlu berpindah. Sebab anak-anak ni kan penuh dengan perasaan ingin tahu. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa yang sedang berlaku, apa yang akan berlaku dan sebab apa ianya berlaku, untuk mereka memahami situasi atau keadaan semasa. Mereka juga ingin merasa sebagai orang yang penting di dalam apa yang berlaku. Penting untuk beritahu anak bila jangkamasa nak berpindah. Pada tarikh apa, hari apa supaya mereka boleh menjangka dan bersiap-sedia menuju ke arah hari kejadian. Ini dapat membantu mereka dari menerima kejutan yang mungkin tidak mereka ingini.

Highlight Perkara Yang Positif Tentang Berpindah

Sesuatu yang baru membuatkan sesiapa sahaja berfikir macam-macam dan membayangkan macam-macam. Jika kita sebagai orang dewasa ada perasaan gementar ketika perlu berhadapan dengan sesuatu yang baru, begitu juga anak-anak kita yang masih kecil. Banyak perkara yang bermain di dalam pemikiran mereka. Adakah tempat baru nanti mereka dapat menyesuaikan diri seperti sekarang? Adakah di tempat baru nanti mereka akan mempunyai ramai kawan seperti sekarang? Seronokkah sekolah di tempat baru? Garangkah guru di sekolah baru? Pendek kata macam-macamlah…Terkadang ianya boleh menjurus anak-anak untuk berfikiran negatif.

Bagi memastikan anak-anak tidak terlalu skeptical dengan isu “berpindah”… Ibu bapa perlu menerapkan atau menggunakan pendekatan psikologi di dalam membantu anak supaya tidak terlalu negatif dan looking from the bright side. Highlight perkara-perkara positif tentang apakah yang bakal menyeronokkan mereka di tempat baru dan apa yang menarik untuk mereka di tempat baru nanti.

Biasakan Anak-Anak Dengan Kawasan Kejiranan Dan Suasana Sekeliling Sebelum Berpindah

Takkan tak pergi reccee kawasan kejiranan baru sebelum berpindah, takkan tak pergi jenguk rumah dan bersihkan rumah sebelum berpindah. Takkanlah buta-buta masuk rumah baru macam tu jer kan? Mesti ada persiapan sebelum berpindah. Makanya, ambil peluang ini untuk membiasakan anak-anak dengan suasana kejiranan baru, jiran tetangga baru. Kalau ada jiran tetangga yang mempunyai anak-anak yang hampir sebaya dengan anak kita, adalah lebih baik kita berkenal-kenalan dengan jiran tetangga dan memperkenalkan anak-anak kita kepada rakan-rakan baru supaya mereka tahu yang mereka tidak akan kebosanan bila berpindah ke rumah baru nanti.

Sediakan Outdoor Play Area Di Rumah Baru

Jika berpindah ke rumah jenis landed property, dan ada sedikit kawasan untuk sediakan taman mini ataupun outdoor play area. Sediakan untuk anak-anak kawasan ini agar mereka mempunyai tempat bermain yang selamat. Jika rumah pada masa kini tidak mempunyai kemudahan seperti itu, outdoor play area di rumah baru dapat membantu membuatkan mereka terasa teruja untuk berpindah.

Galakkan Dan Jemput Rakan-Rakan Anak-Anak Di Kawasan Rumah Pada Masa Kini Untuk Datang Berkunjung

Ini pun boleh juga! Jika kita kenal dengan ibu bapa rakan-rakan anak kita, jemputlah mereka datang ke rumah baru kita. Dengan cara ini, boleh membantu anak-anak kita daripada terlalu merindui rakan-rakan yang mereka tinggalkan di rumah lama. Cumanya jika rakan-rakan mereka bersama ibu bapa mereka datang melawat kitalah kan? Kalau tak, tak dapek den nak nolongnya… Kira-kira cara ni tak boleh digunapakailah kalau tak ada yang datang berkunjung. Hu hu hu… Reality what?

Itu yang dapat Farah fikirkan, akan tetapi yang pastikan yang kena mainkan peranan utama adalah ibu bapa bagi memastikan the moving transition untuk anak-anak adalah satu proses yang smooth. Winking smile

CETAK BAJU EKSPRESS Telah Berjaya Mencuri Hati Firash…

$
0
0
CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH

Semuanya berlaku secara spontan pada hari Sabtu malam minggu yang baru sahaja berlalu. Sedang-sedang Farah skrol timeline di laman Facebook, Farah secara kebetulan terserempak dengan status yang telah dimuatnaik oleh seorang blogger yang tidak asing lagi iaitu Maria Firdz. Status tersebut menyatakan mengenai perkhidmatan mencetak baju berbentuk t-shirt untuk kanak-kanak yang disediakan oleh pihak CETAK BAJU EKSPRESS. Memang kelihatan sangat menarik dan secara tiba-tiba hati ini mendapat hidayah… He he he… Winking smile  serta diterangkan jalan untuk menghasilkan artwork yang tajuknya adalah Iman Firash. Artwork? Ya, artwork untuk pencetakkan t-shirt untuk Iman Firash.

Tidak dinafikan agak teruja kerana selama ini belum pernah lagi Farah melakukan sebarang customized t-shirt printing untuk Iman Firash. Bila lihat status Maria tersebut, terus Farah sapa dia di dalam perbualan di Facebook Messenger, yang mana seterusnya terus beralih arah kepada komunikasi melalui What’s App. Status yang telah dimuatnaik Maria Firdz tersebut, lengkap dengan gambar hasil t-shirt yang telah dihasilkan oleh pihak CETAK BAJU EKSPRESS. Antara hasil kerja yang dikongsikan oleh Maria adalah seperti yang Farah paparkan di bawah ini:

CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH 11

CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH 10

Ini Farah pinjam gambar-gambar CETAK BAJU EKSPRESS tau? Dan dari apa yang dapat anda lihat, ianya adalah merupakan baju-baju t-shirt yang telahpun siap dihasilkan. Apa lagi kannn? Terus Farah berhubung dengan Maria melalui perbualan maya di Facebook Messenger dan minta sebut harga termasuk dengan prosedur tempahan serta penghasilan customized t-shirt printing yang disediakan oleh pihak CETAK BAJU EKSPRESS. Malam tu minta sebut harga, malam tu juga Farah secara spontan telah menghasilkan artwork ringkas seperti gambar di bawah yang telah diberikan kepada pihak CETAK BAJU EKSPRESS bagi tujuan penghasilan t-shirt untuk Iman Firash.

CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH 2

Asal artwork yang telah Farah hasilkan adalah sememangnya kosong sebegini. Cuma yang ada dalam gambaran kotak pemikiran Farah adalah warna t-shirt yang menjadi pilihan adalah warna putih. Tu jer yang Farah nampak. He he he… Open-mouthed smileArtwork ini adalah sepenuhnya dihasilkan melalui telefon pintar sahaja. Tidak menggunakan komputer pun. Secara spontan noksss! Sambil-sambil layan rancangan televisyen, sambil-sambil tu sebelah tangan mengerjakan artwork yang di atas ini. Kejap jer, tak sampai 8 minit pun Farah kerja artwork tu. Siap terus jer hantar pada pihak CETAK BAJU EKSPRESS.

Pihak CETAK BAJU EKSPRESS bukan buta-buta terima artwork pelanggan macam tu jer tau? Apa pelanggan bagi, nahhh, siapkan dan nahhh hantar bila dah siap. Sebaliknya, mereka turut mampu memberikan cadangan untuk penambahbaikan artwork yang dihasilkan oleh para pelanggan mereka. Contohnya, macam gambar Iman Firash yang Farah telah hasilkan di atas, kepalanya memang terpotong sebegitu, makanya pihak CETAK BAJU EKSPRESS telah memberikan cadangan untuk penambahbaikan artwork sebelum meneruskan proses pencetakkan t-shirt yang ditempah oleh para pelanggan. Di dalam kes Farah ini, he he he… telah dicadangkan agar tambah frame supaya nampak lebih semulajadi berbanding kepala yang terpotong sedikit itu. Pihak CETAK BAJU EKSPRESS hanya akan mengubahsuai artwork dari pelanggan setelah dipersetujui oleh pelanggan. Mereka tidak pandai-pandai sendiri ubah artwork pelanggan. Mereka menghormati pelanggan-pelanggan mereka dengan seadanya.

Setelah diubahsuai, inilah hasilnya:

CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH 3

Farah suka! Nampak berwarna-warni macam tu… Dan nampak keceriaan artwork itu sebagaimana bakal tuan t-shirt yang bakal dicetak itu ceria. He he he… Tak susah pun, tak perlu nak pakai Adobe Illustrator ke? Adobe Photoshop ke? Buka komputer segala bagai untuk menghasilkan artwork untuk dihantar kepada pihak CETAK BAJU EKSPRESS. Pakai aplikasi dalam telefon pintar pun boleh! Memang proses perbincangan sebut harga dan artwork ini, Alhamdulillah dipermudahkan. Tak susah nak berurusan dengan pihak CETAK BAJU EKSPRESS. Mudah, cepat dan tangkas. Bila dah setuju, duduk diam-diamlah kan? Hari pun dah larut malam, tidur jerlah pun, kalau tak tidur, he he he, draf ajerlah entri di blog buat-buat layan mata yang tak mengantuk lagi…

Ingatkan dalam 2-3 hari ke baru t-shirt Iman Firash siap dicetak dan dihasilkan. Wahhh, cekapnya…memang betul-betul ekspres ni…sesuai dengan nama CETAK BAJU EKSPRESS ok? Malam semalam ko bincang tentang sebut harga dan artwork segala bagai, lelap dan lena di alam lautan mimpi. Esok pagi, bangun-bangun dari tidur jer, pihak CETAK BAJU EKSPRESS maklumkan yang t-shirt Iman Firash telah siap dihasilkan dan mereka sedang menguruskan urusan pengeposan customized t-shirt Iman Firash.

Tup-tup-tup, memang ekspres! Semalam Farah dah terima dah baju t-shirt Iman Firash tersebut…Ni nak tunjuk ni, ni nak tunjuk ni… Agagagaga…. Laughing out loud… Lihatlah dunia… #ehhh…sila lihat gambar t-shirt yang telahpun selamat sampai ke tangan Farah semalam…

CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH 4

Tak sempat sampai rumah, masa tu juga dengan penuh teruja sibuk buka bungkusan yang dihantar oleh pihak CETAK BAJU EKSPRESS. Mak aiii… Memang cantik! Memang berkualiti hasil t-shirt yang dilakukan oleh pihak CETAK BAJU EKSPRESS ni! Kemas!

CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH 5

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana pula dari segi material kain t-shirt yang digunakan. Apa yang boleh Farah beritahu, sememangnya material yang digunakan adalah material yang berkualiti di mana, melalui apa yang Farah belek, ianya tidak panas. Lagilah gembira, memang Farah mementingkan keselesaan Iman Firash ke atas setiap pakaian yang dia pakai. Jika membeli-belah pakaian dia ke? Pakaian Farah ke? Farah memang agak particular and details mengenai material yang digunakan. Panas ke? Tak panas ke? Kualiti ke? Tak berkualiti ke? Farah tak kisah berapa pun harga sesuatu pakaian itu dijual tetapi apa yang penting adalah kualiti material. Apa ada pada jenama mahal kalau kualiti zero kan? Betul tak? Bagi Farah, biar tak ada jenama, tetapi tahan lama dan berkualiti.

Farah yang teruja dulu ya? He he he… Balik jer dari pejabat, bila Farah buka pintu rumah, seperti biasa Iman Firash akan sambut Mommy. Bukan sambut kosong tau… Sambut ada makna ok? Dia akan lihat apa yang Mommy ada bawa balik dari pejabat… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Dia ingat Mommy dia pergi jalan-jalan agaknya…Setiap hari mesti ada expectation. Tapi dia tak adalah tantrum guling-guling kalau Farah tak bawa apa-apa. Tak ada, tak ada lah, tak mengapa. Tapi kalau ada dia orang yang paling gembira di dunia pada waktu dan ketika itu. Muahahaha…. Semalam? Farah pun hulurkan dia bungkusan yang telah dihantar oleh pihak CETAK BAJU EKSPRESS. Berikut adalah reaksi si anak kecil apabila melihat wajah sendiri terpampang di baju sendiri.

CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH 7

Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut dia adalah… “Ohhh wowww! Mommy? Yash…Mommy”…Dia mengatakan yang ada di t-shirt itu adalah dia… Bangga seketika dia dan kembang setaman dia. Atuk dan nenek nak tengok, tetapi dia tak kasi, dia peluk ketat-ketat t-shirt dia tu. Lama juga dia berkeadaan sedemikian. Selepas tu, secara tiba-tiba dia minta Farah bukakan baju dia dan sarungkan t-shirt baru dia. Amboiii, tak sempat tunggu esok lusa dan baju dibasuh dulu. Masa tu juga dia nak pakai. Layankan ajer… Ahaksss… Tak apalah, sambil-sambil tu bolehlah Mommy ambil gambar dia untuk dimuatnaik bersama di dalam entri ini kan?

CETAK BAJU EKSPRES TELAH BERJAYA MENCURI HATI FIRASH 8

Orang senang hati dan gembira. Kemain lagi. Dapat t-shirt baru dengan pakej plastik letup-letup untuk dia buat main. Entah…Dia memang suka main plastik letup-letup tu. Asal jumpa jer, memang leka dia dengan plastik letup-letup tu.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1477926694978","width":960,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":1280,"subsource":"done_button","total_editor_time":21,"brushes_used":0}

Dia pun nampak selesa jer memakai t-shirt tu. Kesimpulan, tidur malam semalam tidur dengan baju baru. He he he…. Perkhidmatan dan kualiti servis serta produk yang disediakan oleh pihak CETAK BAJU EKSPRESS, Farah beri rating 10 bintang. Bukan sebab kenal, tetapi disebabkan sememangnya tip top. Farah sangat-sangat mengesyorkan serta menyarankan anda untuk berurusan dengan pihak CETAK BAJU EKSPRESS sekiranya anda ada berhajat untuk menghasilkan customized t-shirt printing dengan harga yang berbaloi-baloi dan juga kualiti yang sangat awesome! Oh lupa pula, untuk t-shirt Iman Firash ni, harga yang Farah bayar adalah RM 28.00 termasuk dengan yuran pos sekali. Smile. Murah kan?

Bukan setakat customized t-shirt printing sahaja yer kawan-kawan…Sebenarnya ada banyak lagi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak CETAK BAJU EKSPRESS.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:




E-MEL:

AWAS! Jika Anda Dudukkan Anak Anda Di Dalam Troli Pasar Raya!

$
0
0
AWAS! JIKA ANDA DUDUKKAN ANAK ANDA DI DALAM TROLI PASAR RAYA!
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sebelum bercerita panjang lebar, Farah mengaku yang Farah selalu dudukkan Iman Firash di dalam troli pasar raya sewaktu membeli barangan keperluan dapur pada setiap hujung minggu! Cumanya, cara Farah dudukkan Iman Firash tu, mungkin jelek pada pandangan sesetengah orang di luar sana atau mungkin menyebabkan orang rasa nak pusingkan bebola mata sebanyak 360 darjah jer dengan kelakuan Farah. Sebelum dudukkan Iman Firash di dalam troli pasar raya, kebiasaanya rutin Farah adalah Farah akan basahkan tisu dengan sanitizer dan kemudiannya Farah akan lap di segala sudut bahagian tempat duduk dan tempat-tempat yang mungkin Iman Firash pegang. Memang ambil masa sikit lah… Free free ajer pasar raya dapat troli bersih sedikit. Ahaksss! Hygiene itu penting pada Farah. Ya, ya nampak Farah cerewet ya ampunnn… Hu hu hu…

Tapi, cerewet Farah itu akhirnya membuatkan Farah menarik nafas panjang bila Farah terbaca satu artikel di SINI, mengenai bayi berusia 10 bulan yang diserang 4 virus bahaya selepas duduk di dalam troli pasar raya. Hu hu hu… Ghost scary ok? Sangat-sangat scary! Haaa, sesiapa yang sibuk nak pusing bebola mata 360 darjah perhatikan gelagat Farah setiap kali ke pasar raya tu, sila baca artikel yang telah diterbitkan oleh pihak Majalah Pa & Ma dan di sini, Farah kongsikan kepada anda.

AWAS! JIKA ANDA DUDUKKAN ANAK ANDA DI DALAM TROLI PASAR RAYA! 2

Cuba lihat bayi ini? Comel kan? Tapi kesian sangat tengok dia… Crying face… Siapa sangka troli yang nampak bersih itu mampu meragut nyawa seorang bayiseperti yang berlaku di Gold Coast Australia. Menurut Vivienne Wardrop, bayinya Logan yang berusia 10 bulan terkena jangkitan bakteria pada troli di pasar raya yang dikunjungi untuk membeli barangan dapur. Dalam masa 24 jam selepas pulang dari pasar raya, anaknya mengalami demam panas dengan suhu tinggi mencecah 103', cirit-birit serta muntah-muntah dan dikejarkan ke hospital. Sehingga satu tahap, cirit-birit yang serius menyebabkan najisnya mengandungi darah. Bayinya juga cirit-birit merata-rata, bila diberi susu, dia akan muntahkan semula. Akibat mengalami dehidrasi selepas kali pertama menerima rawatan di hospital, Vivienne membawa anaknya ke hospital sekali lagi pada keesokkan hari. Doktor yang merawat Logan, memberitahu yang mangsa menderita serangan adenovirus, rotavirus, salmonella dan meningitis sehingga perlu ditahan dalam wad ICU selama lapan hari.

AWAS! JIKA ANDA DUDUKKAN ANAK ANDA DI DALAM TROLI PASAR RAYA! 3

Vivienne yang mempunyai lima orang anak berasa sedih kerana pertama kali berhadapan dengan situasi bayinya sakit teruk sehingga kehilangan sebanyak 800 gram berat badan dalam masa tiga hari. Berikutan kejadian itu, ibu mangsa menasihati orang ramai agar sentiasa membersihkan bahagian tempat duduk kanak-kanak pada troli di pasar raya sebelum meletakkan si kecil ke dalam troli. Menurut Vivienna, dia langsung tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku. Kini anaknya dalam tempoh pemulihan yang mungkin akan mengambil masa dalam dua minggu.
 
Menurut Pusat Kawalan Penyakit, bayi sangat mudah dijangkiti meningitis. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlulah mengetahui simptom penyakit tersebut antaranya:
 
1. Demam, pening kepala dan leher kaku.
2. Ruam, kurang selera makan dan kurang aktif.
3. Ibu bapa perlu berwaspada terhadap tanda-tanda tertentu seperti tompok lembut di kepala bayi membonjol serta kulit yang pucat, bertompok-tompok atau bertukar biru.

 
Bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti meningitis selalunya demam, sukar bangun daripada tidur, tidak mahu menyusu langsung dan memperlihatkan ekspresi yang kosong dan termenung. Kadangkala bayi masih meragam dan meraung walaupun ibu bapa sudah mendukung atau mengangkatnya.
 
Kisah ini boleh dijadikan peringatan dan pengajaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Jadi, apabila membawa anak ke pasar raya langkah berikut perlu anda lakukan:
 
1. Apabila menggunakan troli pasar raya, bersihkan dahulu tempat duduk kanak-kanak dalam troli dan sekitar kawasan yang mampu disentuh oleh anak menggunakan tisu antibakteria.
2. Jika tidak mempunyai tisu antibakteria, letakkan kain bersih di tempat duduk tersebut.

3. Gunakan stroller sendiri berbanding meletakkan anak dalam troli yang tidak terjamin kebersihannya.
4. Lebih baik sekiranya menggunakan penggendong bayi yang lebih selamat dan selesa untuk bayi.
5. Atau jika larat, dukung saja anak anda.
 
Beringat sebelum terkena, berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan tak salah. Apa yang berlaku sepertimana yang telah dikongsikan, kita ambilkan sebagai iktibar dan juga pengajaran. Semoga anak-anak kita semua dilindungi oleh Allah SWT. In Shaa Allah, Amin. 


Ada Apa Di Dalam Susu? Tanya Adam…

$
0
0
{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1477982367890","width":595,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":404,"subsource":"done_button","total_editor_time":92,"brushes_used":0}

Tumpang tanya boleh? Tapi soalan ni, Farah nak tanya pada mereka-mereka yang menyandang gelaran serta tanggungjawab sebagai ibu dan juga bapa. Smile… Kira-kira macam rakan seangkatan dan rakan seperjuangan Farah lah ni kan?. Sebenarnya, bukannya apa, cuma Farah nak tanya, pernahkah anda mengambil berat ataupun sangat menjaga kandungan paras gula di dalam pemakanan anak-anak anda? Ataupun, anda tidak pernah langsung terfikir akan perkara ini? Tak pernah terlintas sekalipun di kotak pemikiran anda sebagai ibu bapa disebabkan anda merasakan segalanya baik-baik sahaja. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.




Ini Farah nak maklumkan kepada anda yang mungkin selama ini tidak pernah kisah tentang kandungan paras gula di dalam pemakanan seharian anak-anak ataupun kepada anda yang tidak tahu mengenai perkara ini selama ini. GULA YANG BERLEBIHAN ITU ADALAH MERUPAKAN MUSUH KEPADA ANAK-ANAK! Sila ambil perhatian yang serius ke atas perkara ini ya semua? Perkara ini adalah tersangatlah penting. Jika tidak masakan majalah keibubapaan yang terkenal di Malaysia iaitu Pa & Ma pun pernah memuatnaik artikel mengenai perkara ini melalui jaringan di SINI.

Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Gula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gula semula jadi dan gula tambahan. Gula semula jadi boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan madu. Manakala gula tambahan adalah gula yang ditambah ke dalam makanan atau minuman sama ada ketika diproses, dimasak atau dimasukkan terus ke dalam makanan. Gula tambahan ini juga berasal daripada sumber semula jadi. Kebanyakan makanan yang diproses di kilang menggunakan gula tambahan yang dikenali sebagai sukrosa, sirap jagung (corn syrup) dan sirap glukosa (glucose syrup).
 
Diakui kanak-kanak memang memerlukan karbohidrat. Bagi kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas, mereka perlukan kalori yang diperoleh daripada karbohidrat di antara 50 hingga 60%. Akan tetapi, ibu bapa perlu pastikan karbohidrat yang diberikan kepada anak adalah daripada sumber makanan yang berkhasiat dan bukan semata-mata daripada gula.
 
Sebenarnya, tubuh manusia tidak perlukan gula tambahan. Hal ini adalah kerana tubuh boleh menukarkan makanan seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu dan ubi kentang kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. Jika dihitung, pengambilan makanan harian iaitu dua kali hidangan nasi dan makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Kalori yang berlebihan itulah yang akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti.
 
Kesan Pengambilan Gula Tambahan Berlebihan:
  • Boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga yang berlebihan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan berat badan seterusnya membawa kepada masalah obesiti.
  • Merangsang pembentukan karies gigi.
  • Wujudnya masalah kelakuan seperti hilang daya tumpuan dan panas baran juga berpunca daripada mengambil terlalu banyak gula.
  • Peningkatan risiko menghidap penyakit kencing manis.
  • Kemungkinan diserang masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok sangat tinggi. 
  • Melemahkan sistem imunisasi tubuh.
  • Mengganggu imbangan galian dalam badan.
  • Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang cergas.
  • Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
  • Melemahkan penglihatan.
  • Meningkatkan paras adrenalina di kalangan kanak-kanak.
  • Penyebab ekzema di kalangan kanak-kanak.

Info Tambahan:
Paras gula yang tinggi atau Hyperglycaemia akan menyebabkan pembakaran glukosa yang berlebihan di dalam otot. Pembakaran tenaga akan menghasilkan gerak-geri otot yang menyebabkan kanak-kanak bergerak tanpa kawalan. Dengan tenaga yang berlebihan, mereka akan mula berlari-lari, melompat dan menjerit-jerit tanpa kawalan. Inilah yang dinamakan hiperaktif.
 
Pembakaran glukosa pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti pergerakan otot. Kekurangan vitamin dan zat ini mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak. Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak. Mereka mudah gelisah dan cemas kerana otak tidak mendapat bekalan glukosa, oksigen, vitamin dan zat galian yang mencukupi.
 
Maklumat penting yang perlu anda faham dan anda tahu:
 

Apakah Gula Tambahan?


ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 2

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 3

Semak Label Anda!


Fakta Gula


ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 4

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 5

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 6

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 7

Bertukarlah kepada ANMUM Essential!


Essential packs 3&4

Bila Farah dah nyatakan macam ni, pening ke kepala bila memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk memantau dan mengawal kandungan paras gula di dalam pemakanan anak-anak? Tolonglah tolonglah, kajian terbaru menunjukkan bahawasanya 30% kanak-kanak Malaysia adalah OBES dan mengambil LEBIH DARI 17 SUDU TEH GULA TAMBAHAN dalam SEHARI. Menurut, Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013, amaun pengambilan gula yang dicadangkan bagi kanak-kanak berusia di antara 2 sehingga 6 tahun adalah TIDAK MELEBIHI 3 SUDU TEH GULA TAMBAHAN dan bagi kanak-kanak berusia di antara 7 sehingga 12 tahun, TIDAK MELEBIHI 5 SUDU TEH GULA TAMBAHAN SEHARI. – sumber SINI

Statistik pengambilan gula yang berlebihan yang melibatkan kanak-kanak dan kesan kepada status kesihatan mereka telah menggerakkan salah satu jenama terkenal susu formula di Malaysia iaitu ANMUM Essential untuk mengambil inisiatif menggerakkan satu kempen bagi menggalakkan ibu bapa untuk mula bertanya dan menyelidik APAKAH KANDUNGAN YANG TERDAPAT DI DALAM SUSU FORMULA yang diberikan kepada anak-anak masing-masing setiap hari. Adakah mereka mendapat nutrien yang diperlukan ataupun pada hakikatnya ianya hanya gula semata. Terkadang ianya boleh jadi terselindung. Yang mana semua itu adalah tidak diperlukan oleh mereka langsung! Melalui kempen ini, adalah diharapkan agar ibu bapa mula belajar untuk membaca label bahan-bahan yang terkandung di dalam susu formula anak-anak masing-masing.

Anmum No added sugar video still
 
Jika anda perasan, kempen yang telah dilancarkan oleh ANMUM Essential, WHAT’S IN THE MILK?, ASKS ADAMANMUM ESSENTIAL’S NO ADDED SUGAR melalui pengiklanan elektronik pada masa kini, ia menunjukkan Adam, seorang kanak-kanak yang bijak yang mempunyai perasaan ingin tahu yang menebal. Adam suka bertanya dan menyiasat tentang apa sahaja yang terdapat di sekelilingnya. Termasuklah mengenai susu formula yang diminum oleh semua kanak-kanak. Melalui sifat ingin tahu itulah Adam mengetahui bahawa sebenarnya terdapat banyak kandungan gula yang terselindung di dalam pemakanan kanak-kanak.
 
Terdapat pelbagai jenis gula dengan nama yang berbeza seperti Fructose, Brown Sugar, Maltodextri, Dextrose, Sucrose, Corn Syrup Solids, Glucose Syrup Solids, White Sugar, Sugar dan lain-lain lagi yang dah tentulah rasa manis kannn? ANMUM Essential ingin membantu ibu bapa untuk membuat pilihan yang lebih tepat dan bijak apabila memilih yang terbaik untuk anak-anak masing-masing.
 
Menurut Irene Cheah, Pengurus Pemasaran, ANMUM dari Fonterra Brands Malaysia “Adalah penting untuk mengelakkan gula dari diet kanak-kanak selama mana yang boleh. Terdapat beberapa kajian saintifik yang menunjukkan kesan dan implikasi yang positif sekiranya perkara ini dapat dilakukan. Akan tetapi, ibu bapa terlebih dahulu perlu mendidik diri mereka untuk sentiasa menyelidik dan mengambil tahu tentang gula dan jenis-jenis gula yang terdapat di dalam rantaian makanan.”
 
ANMUM ESSENTIAL adalah merupakan susu formula untuk kanak-kanak membesar yang dihasilkan serta dipasarkan oleh syarikat susu gergasi New Zealand iaitu Fonterra. Ia TIDAK MENGANDUNGI GULA TAMBAHAN dan ditambah baikkan  dengan kandungan Gangliosida dan DHA yang membantu memberi sokongan di dalam perkembangan otak yang diperlukan di dalam menghubungkan sel-sel otak.
 
ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 8


Solusi paling pantas dan terbaik buat ibu bapa di luar sana… adalah dengan bertukar kepada ANMUM ESSENTIAL. Smile.

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 9

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 10

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 11

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 12

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 13

ANMUM ESSENTIAL NO ADDED SUGAR 14

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:


























MAYBELLINE VELVET MATTE – What Do I Have To Say?

$
0
0
MAYBELLINE VELVET MATTE 4

Send a kiss feeling sweet sangattt hari ni! Muahahaha… Open-mouthed smile… Ya ampun… kalau dapat main dengan kosmetik macam ni la ragamnya… Macam-macam feeling keluar. Al-maklumlah dah lama tak bermain dengan warna-warna bibir ni. Itu bermaksud dah lama sangat-sangat-sangat dah Farah tak beli sebarang gincu baru. Pakai jer gincu yang masih ada dan belum sampai tarikh luput tu. Berjimat-cermat dan berhemah di dalam perbelanjaan kaedahnya. Haruslah kannn? Sebab sekarang ni zaman semuanya naik, nak nak lagi selepas dari pembentangan Bajet 2017 hari tu. Uhuksss… Dengar-dengarnya tol, minyak masak semua naik, lepas ni entah menyusul apa entah lagi yang akan naik. Tapi adatlah tu, bila minyak petrol harga naik, beratur macam anak itik Tok Wi di belakang untuk menyusul dengan kenaikan harga.

Mana yang tak perlu tu, kita letak tepi dulu dan utamakan apa yang penting terlebih dahulu. Cumanya! Alamak! Farah dah terpikat dengan MAYBELLINE Color Sensational Velvet Matte Lipstickyang telah dilancarkan baru-baru ini di pasaran. Sajalah nak mencuba kan? Dah lama tak ada gincu baru… Teringin juga rasanya nak ada gincu baru dengan warna baru… Sesekali ubahlah pula kan? Asyik yang sama ajer… Kadang sendiri tengok muka sendiri pun bosan tengok shades yang dipakai… Naklah juga ubah-ubah shades lain…

MAYBELLINE VELVET MATTE
Sumber dari Google

Rezekiii… nenek Firash tiba-tiba nak belanja Mommy Firash… Ahaksss… Embarrassed smile Malu jap, bersungguh kita tak nak dia belikan tapi nak juga dia belikan. Insist nak belikan untuk anak dia ni. Nak kata anak dara tak boleh lagi dah…Ha ha ha… Open-mouthed smile… dah jadi mak bujang dah…Makanya kita sebut anak dia jer lah. Tapi tulah kan… once a baby will always be a baby to any mom… Betul tak? Tak kiralah kita ni dah status isteri orang ke? Anak orang ke? Mak kita akan tetap sama dengan kita. Ada masa-masa, tiba-tiba jer insist nak belikan kita itu, kita ini walaupun kita tak pernah minta apa-apa pun dari mereka. Segan weiii! Sebab dah besar panjang, dah kerja, dah jadi mak orang, tapi mak kita masih treat kita macam kita masih anak dara mereka yang sedang membesar ataupun yang masih belum berkahwin.

Rezeki takkan nak tolak kan? Makanya, dapatlah satu gincu baru yang terberkenan di hati sangat tu. Terima kasih Mama! I love you! #ehhh ha ha ha…

MAYBELLINE VELVET MATTE 2
Sumber dari Google

Packaging pun dah menarik perhatian Farah apatah lagi content yang akan digunakan kan? Ada macam-macam warna untuk MAYBELLINE Color Sensation Velvet Matte Lipstick ni… Kalau ikut rasa, ikut hati, nakjer memiliki semua, tapi bawa-bawa beringatlah pun… He he he… Send a kiss

MAYBELLINE VELVET MATTE 3
Sumber dari Google

Yang anda lihat di dalam gambar yang Farah paparkan di atas tu adalah variasi warna MAYBELLINE Color Sensation Velvet Matte Lipstick yang terdapat di pasaran. Nak yang neutral? Nak yang garang dan terang? Nak yang seakan-akan gothic…Pilih jer yang mana anda suka… Tak ada siapa nak marah pun… Masing-masing tahulah pilihan hati masing-masing dan mana yang sesuai dengan diri masing-masing kan?

MAYBELLINE VELVET MATTE 7

Hari ni, sempat Farah oleskan buat pertama kali MAYBELLINE Color Sensation Velvet Matte Lipstickyang dibelikan oleh Mama Farah baru-baru ini. Baru nak pakai… Adanya dah lama, tapi baru hari ni rasa nak pakai tu datang… Komen dari Farah bila pertama kali mengaplikasikan gincu terbaru dari MAYBELLINE ini? Ok, ianya berbentuk cecair, senang untuk diaplikasi, datang dalam bentuk lip applicator yang berupa seakan berus gincu dan rasa macam seolah-olah pakai lip balm sahaja pun ada.

MAYBELLINE VELVET MATTE 8

Tadaaaa…inilah warnanya… Tak nampak macam pakai gincu tebal pun kan? Nampak neutral jer… Dan memang sangat-sangat Red heart suka warna ini. Gembiralah sebab tak buat pilihan yang salah… He he he… Bila dapat kesesuaian tu yang jadi Bingo! tu… Tahan lama! Farah dah makan, dah minum? Tapi masih kekal di situ. Selesa jer pakai. Tak melekat melekit segala bagai. Apa warna pilihan Farah?

MAYBELLINE VELVET MATTE 5

MAYBELLINE VELVET MATTE 6

Kod warna pilihan Farah ini adalah MAT 1. Warna-warna sebegini adalah range warna kegemaran dan selalu menjadi pilihan Farah. Yang belum cuba tu, silalah rajin-rajinkan diri mencuba. Memang best! Bagi Farah lah… Lagipun warna-warna gincu berbentuk matte adalah sesuatu yang menjadi pilihan dan trending juga sekarang ini kan? Tak suka yang garang dan terang, yang neutral pun ada…

Kalau nak dapatkan maklumat lanjut dan juga informasi lain, anda bolehlah rajin-rajinkan diri merujuk informasi mengenai MAYBELLINE Color Sensation Velvet Matte Lipstick di LAMAN WEB MAYBELLINE MALAYSIA.

Sembang-Sembang Tentang ANAK LEWAT BERJALAN

$
0
0
ANAK LEWAT BERJALAN

Iman Firash… Boleh dikategorikan sebagai seorang yang lambat juga mendapat kaki atau senang cerita lewat berjalan. Di saat rakan-rakan sebaya dan mula laju berjalan, dia masih lagi berdiri, terhuyung-hayang cuba mengangkat kakinya untuk mengatur langkah dan berjalan. Mommy dia rasa rendah diri ke? Rasa macam sedih ke bila anak lewat berjalan? Tidak seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengan dia? Jawapan jujur dan ikhlas, TIDAK SAMA SEKALI kerana hakikatnya lambat-laun dia akan berjalan juga, cuma perkembangan setiap anak-anak itu berbeza secara individu. Ada yang cepat perkembangannya ada yang lewat perkembangannya. Tapi itu bukanlah bermakna Farah tidak perlu pantau dan rasa risau.

Walaupun perlu bertenang, tetapi perkembangan dia tetap perlu dipantau dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil sekiranya setelah beberapa ketika dan melepasi sesuatu tahap masih juga tak berjalan lagi. Haruslah susah hati ya tak? Sebagai ibu bapa, masakan kita berasa terganggu jika anak kita masih lagi tidak boleh berjalan setelah sekian lama menanti dan setelah melepasi tahap umur berjalan yang sepatutnya. Alhamdulillah, Iman Firash cuma lewat sedikit ajer. Farah tanamkan keyakinan dalam hati, berjalan juga ni nanti, cuma mungkin lewat sedikit jer… Hari-hari doa pun hado… Jujur.. Cakap-cakap sekeliling tu, memang terus-terang Farah abaikan dan buat tak kisah langsung. Farah pekakkan jer telinga. Tak ingin melayan sesuatu yang boleh menyakitkan hati sendiri dan buatkan diri berada di dalam rasa rendah diri dan kesedihan.

Ya memang benar, kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10 – 14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak lewat berjalan.

Menurut sumber dari pembacaan Farah di SINI melalui artikel yang telah disediakan oleh Dr. Nor Azni b. Yahaya:

Perkembangan Awal Kanak-kanak

Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal. Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
 
ANAK LEWAT BERJALAN 2
 

Apakah Punca Yang Menyebabkan Seseorang Kanak-Kanak Itu Lewat Berjalan?

Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
  • Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
  • Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
  • Cerebral palsy:
    • Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
    • Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
  • Lewat perkembangan secara umum (global):
    • Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
    • Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down Syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
  • Masalah otot:
    • Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
    • Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.

Bilakah Anak Saya Perlu Dibawa Untuk Pemeriksaan Sekiranya Disyaki Lewat Berjalan?

Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi.Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.

Macam tulah kisahnya, have faith dan doa banyak-banyak serta bantu mereka untuk berjalan. Itu yang terbaik. Kita sebagai ibu bapa perlu ada keyakinan dan tidak boleh lemah semangat. Jangan rasa rendah diri jika anak-anak lewat berjalan. In Shaa Allah, sooner or later pasti akan berjalan juga. Tapi! Sila pantau perkembangan until certain age of time dan bertindak mengikut keperluan apabila telah tiba atau lepas dari tempoh yang sepatutnya. Semoga bermanfaat!

Dek Kerana Sayangkan Cucu!!!

$
0
0
DEK KERANA SAYANGKAN CUCU!

Allah…Allah…Allah…Allahuakbar! Semenitik-semenitik air mata yang mengalir disebabkan menahan sakit kerana kepedihan, menitik lagi air mata ini melihatkan keadaan yang berlaku… Sebak weiii! Siapa yang tak sebak dan siapa yang tak rasa bersalah atau serba salah bila berlakunya insiden seperti ini? Nak nak lagi yang menanggung sakit kerana kepedihan itu adalah ibu sendiri dan ianya adalah semata-mata kerana demi melindungi Iman Firash. Siapalah yang tak terasa bercampur-baur seperti yang Farah rasa sekarang ini. Crying face… Sebak, sebu, sebal, sesak semua ada menerpa dada ini. Haihhh…Susahlah nak diterangkan! Sebagaimana tertumpahnya kasih sayang seorang ibu kepada anak perempuan tunggalnya, sebegitu juga tertumpah kasih sayang seorang nenek kepada cucu lelaki sulung dan tunggalnya. Tiada perbezaan kasih sayang yang diberikan kepada kami berdua.

Insiden berlaku kelmarin dan yang paling tak tau nak kata apa dan kehilangan kata-kata adalah bila mana ianya didiamkan! Tiada sebarang panggilan telefon yang Farah terima dari Mama, tiada sebarang mesej yang Farah terima dari Mama. Sanggup? Dia menahan kesakitan itu semata-mata demi tidak mahu mengganggu anaknya ini yang sedang sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat. Faham yang dia tidak mahu mengganggu, yang dia tidak mahu Farah terganggu serta susah hati. Akan tetapi… Farah tetap merasakan yang sepatutnya Farah diberitahu tentang perkara yang berlaku, bukannya didiamkan dari mengetahui apa yang berlaku. Sedangkan memberi ibu sendiri menjaga Iman Firash pun Farah sudah dipenuhi dengan rasa tidak sedap hati, inikan pula jika sesuatu perkara berlaku yang melibatkan kesihatan serta keselamatan Mama. Ya, sangat susah nak Farah jelaskan tentang perasaan yang bercampur baur di dalam hati ini.

Apakah perasaan seorang anak apabila melihat ini yang terjadi kepada ibu sendiri?

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":1,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1478101019609","width":1709,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":1,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":1709,"subsource":"done_button","total_editor_time":90,"brushes_used":0}

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1478101120002","width":2515,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":1,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":2489,"subsource":"done_button","total_editor_time":59,"brushes_used":0}

Sekali imbas, sudah tahu dan sudah boleh rasa betapa sakitnya tangan yang disimbahi minyak panas kelmarin. Semuanya berlaku petang kelmarin. Kalau Farah tahu, Farah dah bergegas balik ke rumah dan tinggalkan sahaja apa pun tugasan yang menanti! Ini sudah dikira kecemasan!

Kelmarin, seperti biasa Farah sememangnya pulang lewat walaupun kerja cuma sejengkal kali. Tugasan hakiki banyak yang Farah perlu attend dan kelmarin juga adalah hari di mana boss Farah ada di Malaysia. Ada di pejabat. Bukannya mudah nak kejar boss. Ada banyak dokumen yang perlu ditandatangani oleh boss, ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Memang sikapnya Farah apabila bekerja fokus dan tak ingat apa dah. Seboleh-bolehnya apa yang boleh diselesaikan Farah akan selesaikan dengan secepat mungkin mengikut keutamaan. Diakui sejak kebelakangan ini, Farah kerap pulang lewat. Kalau yang tidak memahami itu, dengan mudah akan melabelkan yang Farah tidak bertimbang rasalah, yang Farah tidak kesiankan anak lah… Terpulang… Farah tiada kuasa untuk menghentikan semua cakap-cakap di sekeliling. Sebabnya, anda tidak tahu bagaimana sisi kehidupan sebenar yang dijalani oleh Farah. Anda tidak ada di dalam kehidupan Farah. Jadi sememangnya mudah anda berkata-kata itu, berkata-kata ini.

Farah lewat. Nasi putih sememangnya telah tersedia dimasak, akan tetapi lauk pauk yang tinggal hanyalah sedikit sisa baki lauk semalam yang mana baki lauk semalam telah dibekalkan kepada Atuk Firash. Untuk makan malam, hari yang seterusnya, sudah semestinya akan dimasak setelah Farah pulang dari pejabat. Itu tugasan Farah. Jangan nak kata, Farah tinggal sebumbung dengan mak memang senang, mudah dan tak buat kerja rumah ya? Itu rumah Farah, atas nama Farah, dan Farah yang bayar sendiri ansuran bulanannya. Sudah tentu Farah yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal rumah itu. Dahlah nenek Firash mengasuh Firash sepanjang Farah bekerja, takkanlah tugas-tugas mengemas, memasak nak dibebankan di atas bahu dia pula? Itu tanggungjawab Farah. Semestinya Farah tak beri nenek Firash buat semua tu. Biar dia fokus mengasuh dan bermain dengan cucu sahaja.

Disebabkan Farah lewat, nenek Firash mungkin sudah terlalu lapar dan dia mengambil inisiatif untuk menggoreng ikan untuk makan malam. Niat nenek Firash adalah membantu meringankan Farah. Sekurang-kurangnya pada pemikiran dia, Farah boleh berehat dari memasak setelah pulang lewat dari pejabat. Itu kebiasaan kami, ada hari-hari Farah yang akan memasak sendiri jika Farah pulang awal, ada hari-hari, nenek Firash yang akan bantu masak seringkas mana yang boleh. Cumanya, apa yang berlaku kelmarin adalah, nenek Firash disimbahi minyak panas yang sedang mendidih disebabkan ingin melindungi serta mengelakkan Iman Firash dari terkena simbahan minyak panas. Freezing.

Iman Firash, biasalah dia, bila mana hatta sesiapa sahaja yang memasak di dapur, dia memang sangat “rajin” dan “ringan tulang” ingin membantu kerja-kerja dapur. Dia nak ambil bahagian sama, dia nak rasa yang dia turut penting di dalam tugasan itu. Yang paling ditakuti adalah, setiap kali ada periuk atau kuali di atas dapur, setiap kali itu juga dia akan menarik kerusi kerana ingin melihat dekat-dekat dan dia ingin “memasak”. Dia akan sibuk! Pegang sudip lah…Pegang senduk lah… Nak menumbuk cili lah… Yang mana, memang Farah akan elakkan dia dari dekat selalunya. Nenek-nya juga begitu. Kisahnya dia menarik kerusi dan tolak ke arah dapur gas. Dia panjat – phewww itu dah satu hal takut dia jatuh… Dia dekatkan diri dengan periuk atau kuali panas. Memang kalau dengan Farah ada masa tu, Farah akan alihkan dia ke ruang tamu bila dia mengganggu dengan cara meletakkan diri terlalu dekat dengan periuk atau kuali panas. Sebelum apa-apa berlaku eloklah kalau dicegah. Sama jer nenek ke, Mommy ke? Kami tetap akan sangat menjaga Iman Firash bila di dapur.

Kisahnya, dia sibuk sangat nak terbalikkan ikan goreng tu. Nenek dia memang berserapih kalau memasak dengan dia. Hurmmm… Ada masa-masa lah. Ada masa-masa dia ok. Tapi bila tiba mood dia nak tarik kerusi tu…Memanglah… Akibat dari sibuk sangat nak terbalikkan ikan goreng tu, nenek dia tarik tangan dia yang memegang sudip sebab bimbang kalau-kalau dia terkena minyak panas. Belum habis cakap kannn? Sewaktu nenek dia nak alihkan dia itu, terjadilah insiden kuali terbalik dan minyak panas tertumpah. Cepat-cepat nenek dia tolak dia ke tepi dan akhirnya nenek yang kena minyak panas. Crying face… Iman Firashhh…. Allhuakbar! Nasib baik tak kena awak! Tau tak? Dan bukannya Farah kata tak apa kena pada nenek dia… Crying face kalau boleh tak nak sesiapa pun kena.

Akibat terkena minyak panas itu, terjadilah kesannya seperti yang anda lihat di dalam gambar yang Farah paparkan di atas. Crying face. Kenapa diam? Kenapa diam Ma? Kenapa Mama tak telefon adik? Crying face. Adoiii… bersalahnya rasa bila ianya disebabkan oleh anak kita. Tapi Mama kata, tak apa, biar dia yang kena jangan Iman Firash. Sewaktu kena tu, Mama cerita, dia terus marah-marah Iman Firash sambil memeriksa seluruh tubuh badan Firash. Bimbang kalau-kalau Firash terkena minyak panas tak banyak sikit. Alhamdulillah, tak ada mana-mana bahagian yang terkena. Syukurlah… Farah marah ke Mama Farah marah Firash? TAK! Langsung tak! Tak apalah, dia nak mendidik bukannya marah saja-saja. Kenapa Farah perlu marah? Itu cara Mama Farah. Tak apa, biar Iman Firash tahu yang dia tidak sepatutnya berkelakuan begitu.

Semalam, bergegas balik cepat demi nak hantar Mama ke klinik. Kesian sangat! Bila terkena air pedih. Sebab itu selepas kerja Farah bergegas balik semalam, sebab tak nak bagi Mama Farah buat kerja macam-macam sambil tanggung sakit dan juga pedih. Mama cakap, bila kena air pedihnya ya ampunnn! Rasanya nak menangis ajer pedihnya tu! Bila dah berlaku begini, tentulah kena larang dia dari buat apa-apa pun kerja rumah. Tanya juga sama ada dia sempat sapukan marjerin atau ubat gigi…Katanya tak sempat nak fikir tentang itu kerana sibuk memeriksa seluruh anggota tubuh badan Iman Firash. Dia kata, dia tak apa kalau kena, dia nak pastikan Iman Firash berada di dalam kondisi yang baik tanpa sebarang kecederaan. Owhh, tentang tips sekiranya terkena minyak panas, pernah Farah kongsikan di dalam entri lama Farah dahulu pada bulan November 2013 di dalam entri Terkena Minyak Panas???

Grrrr… Angry smile… Rasa nak makan budak! Muahahaha… Open-mouthed smile… Acah jer! Tak adalah, Farah memang rasa bersalah sebab ianya berpunca dari Iman Firash. Farah juga tidaklah pula nak marah anak macam tak ingat dunia ke apa. Cumanya, Farah bercakap dengan dia elok-elok dan fahamkan dia kesan dari tindakan dia tu sehingga dia faham dengan pendekatan Farah yang tersendiri (ecewahhh) dan Farah siap kata dengan Iman Firash… “If you do that again,  I won’t buy anything for you and I will keep you inside the store!”… Dia takut stor rumah tu… Sebab gelap tak ada lampu kan? Ini dah kira lebih kurang macam ugut anak pula ya tak? Hu hu hu, bukan ugut, anak-anak ni kadang-kadang kena diperlakukan sebegitu. Bermain dengan psikologi mereka. Kemudiannya, barulah dia secara perlahan-lahan mampu faham sebab, kesan dan akibat. Memang fasa dia untuk tahu pun tentang sebab, kesan dan akibat. Haihhhlahhh… Moga-moga insiden seperti ini tidak akan berulang lagi dan moga-moga Mama cepat sembuh. Kesian tengok dia…  Huwaaa!

Iman Firash? Siaplah, selepas ini no more chair during either Nek Ma or Mommy cooking. This has to be put to a stop. Tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi. Kena air terasa pedihnya sehinggakan mampu membuatkan Mama mengalirkan air mata. Yang memandang ni? Dah tentu-tentu turut sama nak mengalir air mata. A mother is always a mother, and I do not intend pun nak suruh dia buat apa-apa kerja rumah. It’s just that sometimes it really depends on the situation, kannn? Itu adalah next action plan. Yang seterusnya, lanjutan dari insiden itu, Farah arahkan Firash untuk meminta maaf pada Nek Ma dia. Harus! Dia harus minta maaf, sebab ianya berpunca dari dia. Belajar minta maaf ya Firash? Dan tolonglah nakkk oiii, tolonglah lepas ni jangan banyak sangat projek Albert Einstein yang nak dilakukan di dapur tu. Others should be fine. Tapi bukan di dapur ya nak?

Lactational Amenorrhea Method (LAM)

$
0
0
Lactational Amenorrhea Method (LAM)

Psssttt… Ada sesiapa sedang ingin merancang kehamilan anak yang seterusnya? Nerd smile… Ada tak? Kalau ada… mungkin anda boleh teruskan pembacaan entri Farah pada kali ini tentang salah satu kaedah merancang kehamilan bagi ibu-ibu yang menjalankan penyusuan susu ibu. Iyalah, ada ibu bapa yang di luar sana yang cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka iaitu di antara anak pertama dengan anak kedua dan seterusnya tidak terlalu rapat. Dan di dalam kes rancang-merancang ni, Farah pernah kongsikan dulu satu cara iaitu implanon yang Farah bercita-cita nak pakai tu… Open-mouthed smile… Ha ha ha… Sampai ke sudah tak berkesempatan lagi nak pergi ke doktor pakar dan dapatkan konsultansi mengenai perkara ini. Tapi memang sungguh-sunggh Farah nak pakai implanon tu. Cerita mengenai implanon, anda boleh terus merujuk kepada entri Farah yang bertajuk I Am Seriously Thinking About IMPLANON… . Itu mungkin cara untuk Farah lah kannn? Sebab Farah tak boleh nak guna cara Lactational Amenorrhea Method (LAM)ni sebab tak menjalankan penyusuan susu ibu. Maybe this will imply to you out there yang menjalankan penyusuan susu ibu.

Nak jarakkan kehamilan, nak cegah kehamilan ada banyak cara. Itu semua orang pun tahu. Cumanya bab kaedah perancangan secara semula jadi ni, jika kita dan pasangan berhati-hati sekalipun, kadang-kala tetap tak menjadi juga, tak berhasil. Tau-tau jer dah sah-sah hamil walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil. Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kaedah menyusukan anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi.Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh artikel di SINI, menurut kajian yang dilakukan terhadapibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyusukan bayinya secara eksklusif. Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu, jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya? Winking smile. Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan susu ibu dinamakan sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM)di mana penyusuan susu ibu sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semula jadi.

Pointing up Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98 – 99.%% efektif, sekiranya semua SYARAT di bawah dipatuhi:

  • HAID IBU BELUM KEMBALI.
  • BAYI BERUMUR KURANG DARIPADA ENAM BULAN.
  • BAYI MENYUSU SECARA EKSKLUSIF DENGAN KERAP (SIANG DAN MALAM).
  • BAYI TIDAK MENGAMBIL SEBARANG MAKANAN LAIN SELAIN DARIPADA SUSU IBUNYA SELAMA ENAM BULAN PERTAMA.

Pointing upOleh itu, antara tips untuk memastikan keberkesanan kaedah LAM ini, anda HARUSLAH:

  • MEMASTIKAN BAYI SENTIASA BERSAMA ATAU BERDEKATAN DENGAN IBU.
  • MENYUSU DENGAN KERAP TANPA HAD (SIANG DAN MALAM). UNTUK PENGETAHUAN, PENYUSUAN DI WAKTU MALAM SANGAT PENTING KERANA PADA KETIKA ITU, HORMON PROLAKTIN ADALAH SANGAT TINGGI. HORMON INI YANG MELAMBATKAN OVULASI.
  • MENGGUNAKAN PENYUSUAN SEBAGAI CARA UNTUK MEMUJUK DAN MENENANGKAN BAYI.
  • MENYUSU SAMBIL BERBARING APABILA BEREHAT ATAU TIDUR.
  • TIDAK MENGGUNAKAN BOTOL ATAU PUTING KOSONG.

Andai kata lah, andai kata, haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih dari enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan (pada tahap umur ini, bayi seharusnya diperkenalkan dengan makanan tambahan dan tidak menyusu sepenuhnya), ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain.Ini kerana, selepas enam bulan, perlindungan susu ibu terhadap kehamilan mula berkurangan.

Penting ilmu ni! Sila ambil tahu ibu-ibu semua… He he he… 6 bulan pertama boleh gunakan kaedah ini…Selepas 6 bulan pertama, even masih menyusukan anak kecil, tetap berpotensi untuk hamil disebabkan kesemua yang telah disenaraikan di atas. Kalau tak memenuhi syarat-syarat di atas yang telah disenaraikan pun, walaupun masih menyusukan anak di dalam fasa 6 bulan pertama kelahiran, punnnn masih berpotensi untuk hamil. Winking smile

Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA

$
0
0
Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sepanjang bergelar seorang ibu, ada seperkara yang hati Farah rasa sedih dan tak sampai hati lihat. Farah tak boleh lihat kalau anak-anak sedari usia bayi, menghadapi masalah Ekzema. Hati ni rasa sedih, rasa kasihan dan doa banyak-banyak agar anak-anak kecil ini segera sembuh dari Ekzema. Tapi, tulah, ada yang kata Ekzema ni memang susah nak sembuh dan penjagaan anak-anak kecil yang menghidapi Ekzema adalah sedikit rumit berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Alhamdulillah, syukur pada Allah, Iman Firash hanya mempunyai mild Eczema sahaja sepertimana yang dimaklumkan oleh doktor pakar kanak-kanak. Ia tidaklah seteruk kanak-kanak lain di luar sana yang disahkan sebagai pesakit hardcore Ekzema. Crying face. Sedihlah bila mengenangkan kanak-kanak yang terkena Ekzema yang serius ni. Ekzema yang dihidapi oleh Iman Firash sekadar sekejap-sekejap sahaja. Contohnya sewaktu kecil, jika dia makan ayam, bahagian leher dia pasti naik ruam-ruam merah yang kecil-kecil itu. Jika dia pakai baju t-shirt yang berlengan, jika berpeluh sedikit, haaa, mulalah naik kegatalan dan juga ruam-ruam merah yang kecil sehinggakan kulit di bahagian leher tu boleh jadi kasar macam kertas pasir. Walaupun bahagian-bahagian anggota tubuh badan lain tidak mengalami masalah sebegitu, tapi kerap jugalah Farah ke klinik dan dapatkan rawatan susulan daripadah pihak klinik. Baru-baru ini, bahagian pelipat siku yang di dalam tu, mengalami masalah yang serupa sebegini. Cepat-cepat sapukan losyen atau krim khas yang telah dibekalkan oleh pihak klinik. Mujur mujarab! Cepat jer sembuh…Alhamdulillah…

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa melibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalunya dikatakan dapat dilihat buat pertama kali sebelum anak berusia 2 tahun. BERITA BAIK: kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai Ekzema Atopik atau Dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecari dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaiknya yang sepatutnya. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Untuk pembacaan lanjut mengenai Ekzema anda boleh rujuk artikel di SINI. Farah tak intend nak elaborate dengan lebih terperinci di dalam entri pada kali ini, sebab fokus Farah pada kali ini adalah kepada produk sabun mandian yang boleh digunakan ataupun bersesuaian untuk anak-anak kecil yang menghadapi masalah Ekzema.

Mungkin perkongsian ini, bakal dapat membantu anda, ibu bapa di luar sana yang mungkin mempunyai anak yang menghadapi masalah Ekzema dan tercari-cari produk sabun mandian yang bersesuaian dengan anak-anak kecil yang menghadapi masalah Ekzema. Sepertimana yang Farah temukan di dalam artikel yang dikongsikan di pautan INI, berikut adalah produk-produk sabun mandian yang terdapat di pasaran sebagai panduan ibu bapa semua:

PHYSIOGEL


Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA 2
Sumber dari Google

Dikatakan, sepertimana jenama sabun mandian Cetaphil, Physiogel adalah lebih kurang sama seperti Cetaphil. Persamaan yang dikatakan ini adalah dari segi teksturnya yang berbentuk gel dan tidak menghasilkan buih. Sangat efektif untuk pembersihan tubuh badan cumanya menurut penulis artikel yang Farah baca tersebut, ianya tidak cukup kelembapan semula jadi. Setelah digunakan oleh penulis artikel, beliau mendapati, masih kelihatan dry patchy area di bahagian tubuh anak beliau dan terpaksa memakaikan pelembap pada kulit anaknya.
 

Dermaveem Shower and Bath Oil


Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA 3
Sumber dari Google

Penulis sangat sukakan produk ini, dan turut menggunakan produk ini ke atas diri sendiri apabila dia merasakan yang kulitnya mula menjadi terlalu kering.  Kandungan minyak sebagai bahan di dalam produk ini sememangnya memberikan kelembapan sebenar dan meninggalkan rasa yang sangat halus, selesa dan lembut pada kulit setelah digunakan. Akan tetapi, sekiranya pihak yang menggunakan produk ini, memiiki kulit yang sensitif, adalah dinasihatkan agar anda jangan mengelap sebaliknya pat dry selepas mandi. Jangan sesekali menggosok tubuh badan anda dengan tuala ketika menggunakan produk ini, atau anda akan kehilangan segala kebaikan padanya. Multi-fungsi sebagai sabun mandian, minyak mandian (bath oil) dan pelembap. Berdasarkan pengalaman penulis, apabila anaknya mula terasa kegatalan akibat ekzema, beliau akan memandikan anaknya dengan beberapa titis produk ini dan ianya sangat membantu untuk mengurangkan kekeringan kulit pada tahap yang minimum. Produk ini boleh didapati di Vitacare dan juga Alpha Pharmacy.
 

Aveeno Baby Wash and Shampoo


Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA 4
Sumber dari Google


Menurut penulis, beliau tidak ingat bagaimana beliau boleh mengenali produk ini, akan tetapi apa yang beliau ingat adalah beliau telah memohon bantuan kakak iparnya untuk membelikan produk ini di Singapura kerana ianya tidak terdapat di Malaysia. Apa yang disukai mengenai produk ini adalah, baunya sangat lembut dan berbentuk gel dan ianya adalah lebih baik daripada Physiogel dan Cetaphil. Ianya adalah berasaskan Oat sepertimana produk sabun mandian Dermaveen. Setelah digunakan ianya meninggalkan kesan seolah-olah ada satu lapisan satin di atas kulit yang berfungsi sebagai pelindung kulit dan kulit terasa halus apabila disentuh. Penulis telah menggunakan produk sabun mandian ini seiring dengan penggunaan Aveeno Eczema Therapy Moisturizing Lotion selepas memandikan anak beliau.

Walaubagaimanapun sebelum anda membuat kesimpulan yang produk ini tidak dapat membantu untuk melembapkan kulit anak beliau, sebenarnya, bila sabun mandian dan juga losyen tersebut digunakan bersama, semua dry flakey, kepingan-kepingan kering kesan Ekzema secara perlahan-lahan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa hari. Jika Ekzema adalah sangat teruk, terdapat produk sabun mandian dari jenama yang sama yang dipanggil Aveeno Baby Eczema Therapy Soothing Baby Bath Treatment yang mana ianya adalah merupakan salah satu produk terlaris di pasaran daripada jenama ini.

MooGoo


Produk SABUN MANDIAN Untuk Bayi Yang Menghadapi Masalah EKZEMA 5
Sumber dari Google

Penulis telah menerima banyak maklumbalas yang positif mengenai MooGoo dan ibu-ibu yang telah menggunakan MooGoo kebanyakannya rata-rata berpuas hati dengan produk MooGoo. Walaubagaimanapun, beliau sendiri belum pernah lagi menggunakan MooGoo. Ini adalah kerana beliau tidak mempunyai sebarang intention untuk bertukar dari produk sedia ada yang digunakan iaitu Dermaveen dan Aveeno. Cumanya, ramai ibu-ibu di Malaysia yang mempunyai anak yang mempunyai masalah Ekzema akan menggunakan produk ini. Produk Moogoo terdapat di Caring Pharmacy, AA Pharmacy dan Vitacare. 
 
Demikianlah senarai produk sabun mandian yang boleh digunakan untuk anak-anak yang menghadapi masalah Ekzema. Pada ibu bapa di luar sana, bolehlah cuba mendapatkan salah satu produk yang disenaraikan untuk digunakan ke atas anak-anak yang mempunyai masalah Ekzema. Semoga perkongsian kali ini adalah sesuatu yang bermanfaat di dalam penjagaan anak-anak yang menghadapi masalah Ekzema. Dan! Sekiranya ada ibu bapa yang berpengalaman mengenai penjagaan kanak-kanak yang ada Ekzema, boleh juga kongsi-kongsikan pendapat anda ya? Winking smile





Sebab Lampin Pakai Buang Sering Bocor

$
0
0
SEBAB LAMPIN PAKAI BUANG SERING BOCOR
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Storm cloud… Bocor! Habis basah cadar dan tilam ya tak? He he he… Open-mouthed smile… Bocor rupanya lampin pakai buang anak-anak kita… Terpaksalah basuh cadar, angkat tilam jemur, sembur Febreeze sebab nak bagi wangi, tilam-tilam yang dah dibasahi dengan air kecil anak-anak kita yang comel ya tak? Ada jugalah, sesekali Farah mengalami situasi di mana bangun-bangun pagi jer, tengok-tengok dah basah dah cadar. Winking smile, adalah sesekali bila mana lampin pakai buang yang dipakai oleh Iman Firash lantas atau bocor. Tapi bukan disebabkan oleh lampin pakai buang yang dipakaikan kepada Iman Firash tu tak bagus, cumanya sesekali Mommy dia ni tidur mati jer oiii dek kerana terlalu letih. Open-mouthed smile muahahaha…Tidur sampai tak sedar! Sampaikan lampin pakai buang dia tak tersalin jadinya. Bila dah berat sangat dah tentulah bocor ya tak? Mujurlah ada cadar kalis air , makanya tak perlulah Mommy dia ni nak mengangkat tilam untuk dijemur dan disembur dengan Febreeze. Basuh jer cadar tu!

Pada masa kini, terdapat banyak jenama lampin pakai buang yang didatangkan dengan ciri-ciri anti-bocor. Akan tetapi, bagi sesetengah ibu bapa, kebocoran lampin pakai buang tetap berlaku walau sebagus mana pun jenama yang dipakaikan kepada anak-anak masing. Janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar!  #ehhh Open-mouthed smile…ha ha ha… Bukan…Janganlah kerana lampin pakai buang anak kita bocor, kita salahkan jenama lampin pakai buang seratus peratus. Cuba kita kaji, ada tak agak-agaknya masalah kebocoran lampin yang berlaku itu berpunca daripada diri kita sendiri ataupun secara tak sengaja berlaku disebabkan oleh anak kita sendiri. Bukan nak salahkan diri kita atau anak, tapi cuba-cuba perhatikan senarai sebab-musabab yang memungkinkan kebocoran lampin sering berlaku sepertimana yang Farah baca di pautan artikel di SINI.

Ukuran Lampin

Walaupun pada setiap bungkusan lampin pakai buang telah disertakan dengan panduan ukuran yang bersesuaian dengan berat badan anak-anak, namun belum tentu ukuran tersebut sesuai dengan anak anda ya? Ada anak-anak yang memiliki susuk tubuh yang lebih kecil atau lebih besar dari yang sepatutnya sehingga ukuran lampinnya juga harus disesuaikan. Ingatlah, lampin pakai buang yang sesuai untuk anak-anak adalah lampin pakai buang yang menutup sempurna di bahagian punggungnya.Macam Iman Firash, kan kecik molek sikit orangnya, rakan-rakan sebaya ramai dah memakai saiz XXL, tetapi dia? Masih kekal dengan saiz XL. He he he… Winking smile.

Salah Pemakaian (Tiada Jurang Di Antara Lampin Dan Kulit)

Kadang-kadang, kerana anak tak boleh duduk diam…Huh… Sarcastic smile… Memang ya pun! Terpusing sana, terpusing sini, waktu nak salinkan lampin pakai buang, masa tulah dia sibuk nak buat itu nak buat ini ya tak? Best scenario juggling with Iman Firash sewaktu menyalinkan lampin pakai buang. Kita lepa sedikit  jer dia dah boleh cit cit cit cit berlari ke tempat lain di sekeliling rumah, main-mainkan kita suruh kejar untuk tangkap dia dan pakaikan lampin pakai buang dia. Menyakat! Tak habis-habis menyakat Mommy… Bila juggling macam ni, memang kelam kabut kita sebagai ibu atau bapa nak pakaikan lampin pakai buang anak kan? Pastikanlah pelekat lampin anak melekat sempurna di bahagian perut dekat pusat serta tidak ada bahagian lampin yang terselit di lipatan punggungnya.

Tidur Meniarap

Ternyata ada sebahagian anak-anak kecil yang lebih gemar dan puas tidur meniarapa. Perkara ini juga boleh mengakibatkan lampin pakai buang mudah bocor kerana penyerapan cairan yang tidak sempurna. Trik mengatasinya adalah, lipat sedikit lampin bahagian atas sehingga membentuk “penahan”.Ini akan membantu menahan cairan merembes keluar dan mengelakkan kebocoran lampin. 

Alat Sulit Muncul

Ha ha ha… Open-mouthed smile… jenuh dok termenung memikirkan bahasa paling halus nak menyatakan bahagian sulit ni… Taklah, tak adalah kasar bunyinya kan? Terus-terus nak sebut toot dan toot. Memanglah itu realiti dan semua orang tahu itu sebutannya dalam perbualan sehari-hari, tapi kalau boleh, Farah nak gunakan bahasa paling halus yang tak berbunyi kasar sangat di dalam artikel di blog Farah ini, ihikss… Farah kan memang tak suka bahasa-bahasa kasar atau berbunyi kasar… Hu hu hu… Tak sesuai dengan jiwa… Ok, macam ni, jika anda mempunyai anak lelaki, biasanya mereka tidak perlu menggunakan lampin pakai buang jika sudah matang dan boleh mulakan potty training. Bila sampai peringkat ini, mereka ada masa-masa akan berusaha untuk menurunkan lampin pakai buang dan bermain-main dengan alat sulit mereka. Kedudukan alat sulit yang tidak pada tempatnya inilah yang membuat kebocoran terjadi. Sebelum anak tidur, pastikanlah lampinnya ketat dan alat sulit berada di kedudukan bawah.

Jujur! Setakat dia main usik-usik sewaktu nak pakai lampin pakai buang tu adalah, tapi kalau nak kata dia cuba turunkan lampin pakai buang kemudian bermain-main dengan alat sulit tu macam tak pernah lagi pun, tak ada lagi pun. Yang ada cumalah dia berusaha gigih nak buka lampin pakai buang. Tu jer… Tak terjadi pada Iman Firash punca atau penyebab yang dinyatakan yang keempat dari senarai di atas sepertimana yang dibincangkan oleh artikel rujukan Farah tu. Akan tetapi mungkinlah, ada terjadi di kalangan anak-anak kecil yang lain.

See bukan salah lampin pakai buang semata. Perkara lain pun berkemungkinan menyebabkan lampin pakai buang bocor. Winking smile

Simulasi Pantai Di Dalam Rumah!

$
0
0
SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH!

Kisah telah berjanji dengan diri sendiri setiap hari dari Isnin bawa ke Jumaat untuk habiskan masa dan tumpukan sepenuhnya kepada Iman Firash di hujung minggu ini desebabkan oleh perasaan mom-guilt yang tidak dapat dibendung dan dikikis lagi. Winking smile You know the feelings bila tidak dapat menghabiskan masa-masa berkualiti sepenuhnya dengan anak bila sibuk dengan tugasan hakiki dan juga tugasan sampingan yang menderu tiada henti? Rasa bersalah itu adalah sesuatu yang normal. Akan tetapi bila rasa bersalah itu membayangi hati, kadang-kadang boleh jadikan kita ni sebagai ibu tidak keruan atau tidak tenang. Selepas pada itu, ia akan mula mengganggu fokus kita kepada perkara-perkara lain. Makanya…duduk diam-diam seorang diri dan tengok kembali waktu yang kita habiskan dengan anak. Pap! Terus Farah ingatkan diri sendiri untuk kesekian kalinya Farah oh Farah jangan terlalu mengejar menjadi ibu yang terlalu sempurna tetapi doing the best that I can yang mana sebenarnya itulah yang lebih rasional dengan tuntutan hidup sekarang ini.

Bagi menebus masa-masa yang telah terlepas itu, sebenarnya masa tak boleh ditebus sebab ia telah berlalu, tetapi Farah gantikan dengan tumpuan serta fokus yang tidak berbelah bahagi kepada dia pada hujung minggu kali ini. Bagi dia rasa ceria dan gembira. Kebetulan pula, tempoh hari ada menerima satu bungkusan dari pihak Hiruscar dan Hiruscar Kids yang telah menghadiahkan Iman Firash dengan set permainan pasir kinetik. Memang dah lama nak beli pasir kinetik, tetapi rezeki belum sampai lagi untuk Mommy dia ni belikan Iman Firash pasir kinetik. Tup tup tup, rezeki sampai dalam bentuk percuma yang berupa hadiah untuk tugasan blog yang akan datang. Alhamdulilah… Syukran Allah untuk rezeki yang Engkau sampaikan untuk anakku Iman Firash. Jadi tak adalah Mommy dia pening fikirkan apa lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh kami berdua beranak untuk bonding time kami pada minggu ini. Asyik melakukan rutin yang sama sahaja, kadang-kadang boleh jadi membosankan ya tak? Bila sesekali ada sesuatu yang baru, seronok juga melihat anak yang teruja bereksplorasi dengan sesuatu yang baru.


SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 1

Nak ke pantai bawa Iman Firash, tak ke pantai-pantai lagi… Jujur, sepanjang dia lahir, belum pernah sekali pun dia jejakkan kaki ke pantai-pantai yang ada di Malaysia ni. Walaupun sedekat pantai Port Dickson. Rasa nak membawa dia tu memang ada, akan tetapi bila mengenangkan ada banyak lagi perkara lain lagi yang perlu diutamakan, makanya hasrat itu tertangguh. Tak apalah, belum tiba rezeki lagi untuk Farah bawa dia ke pantai. Esok-esok nanti dah besar sikit, In Shaa Allah, akan sampai juga rezeki tu kan? Tak lambat, cepat, tak cepat, lambat… Masa jer yang bakal menentukannya. Makanya, elok sangatlah tu pihak Hiruscar dan Hiruscar Kids hantar set permainan pasir kinetik ini kan? Kita simulasi ala-ala main pasir di tepi pantai. Note Pasir putih tepi pantai…Ombak lari berkejaran…Kau lari aku mengejar…Di antara detik rindu kita berdua haaa… #ehhh…Ha ha ha…ternyanyi pula…


SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 3

Sewaktu mula-mula Farah bawa turun dari bilik tidur utama di atas bekas yang mengandungi set permainan pasir kinetik tersebut, dia tak ada rasa teruja pun. Dia buat tak hairan jer. Mungkin dia ingat tu bekas alat solek Mommy dan Mommy nak basuh berus solekan kot? Sebab dia dah biasa lihat aktiviti rutin Mommy dia sekali dua minggu membasuh berus solekan. Farah pun buat biasa jer lah kan? Ambil plastik sampah dari bahagian mencuci di belakang rumah tingkat bawah. Guntingkan plastik sampah dan alaskan supaya tak bersepah-sepah atas lantai, lambakkan seperti yang anda lihat paparan gambar dia atas. Haaa… Barulah dia datang dekat dan menyebut “oh wowww!”… Smile with tongue out siap dengan ekspresi muka lagi ok? Konon-kononnya terkejut sangat-sangat lettew. Bertitik tolak dari itu, tiba-tiba rasa teruja untuk mengeksplorasi pasir kinetik tiba-tiba mula develop dalam diri dia.

SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 4

Seronoklah dia kan? Dapat main pasir? Sesuatu yang baru dari rutin kebiasaan dia. Tentulah teruja, mau tidak teruja. Sesuatu yang barulah katakan. Terus lupa perkara-perkara lain dan alat-alat permainan lain. Fokus sungguh dia pada set permainan pasir kinetik yang terpampang di hadapan mata dia.

SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 5

Apa Itu Pasir Kinetik?

Pasir Kinetik adalah satu bentuk set permainan berbentuk pendidikan yang telah direka khas untuk anak-anak kecil pada zaman ini. Ia berupa satu aktiviti belajar sambil bermain dari set permainan yang telah diperkenalkan tidak beberapa lama dahulu dan ia merupakan set permainan kanak-kanak yang  trending juga di dalam enjin carian. Bentuknya adalah mirip kepada pasir pantai, akan tetapi teksturnya adalah lebih halus.

Memang lembut dan halus… Sepertimana yang Farah paparkan di dalam video di bawah yang telah sempat Farah rakamkan untuk tatapan anda:




98% daripada pasir kinetik adalah diperbuat daripada pasir dan 2%  daripada non-toxic synthetic polymer atau polimer sintetik buatan manusia yang tidak beracun yang selamat untuk kanak-kanak. Sebenarnya, kalau nak buat sendiri pun boleh jer… Nak tau bagaimana cara? Cuba lihat video yang Farah paparkan di bawah ini pula:


Bagaimana Cara Membersihkan Pasir Kinetik?

Pasir kinetik ni tak susah pun nak dibersihkan sebab ianya tidak melekat. Kalau katalah pasir kinetik tercicir di lantai, gunakan sedikit pasir kinetik untuk mengambil sisa-sisa pasir kinetik yang tercicir di lantai. Secara automatik, pasir kinetik tersebut akan bercampur dengan pasir kinetik tadi dan dapat dibersihkan dari lantai.

Apakah Yang Akan Terjadi Jika Pasir Kinetik Terkena Air Atau Menjadi Basah? Boleh Guna Semula Tak?

Of course boleh digunakan semula, jika pasir kinetik basah atau tersiram air, letakkan sahaja pasir kinetik di permukaan yang rata, kemudiannya biarkan ia kering dan ia akan kembali kepada bentuk asalnya semula.

Bagaimana Jika Pasir Kinetik Menjadi Kering? Apa Yang Perlu Dilakukan?

Pasir kinetik tidak akan kering. Tapi tak taulah jika-jika ada yang mengalami masalah ini kan? Daripada pembacaan Farah hari tu, kalau tak silap, kalaulah pasir kinetik jadi kering, sila tambahkan beberapa titis air ke dalam pasir (jangan terlalu banyak), kemudian pasir kinetik akan kembali kepada bentuk asal semula.

 SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 6

SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 8

Feeling duduk main pasir tepi pantai Iman Firash. Selalunya dia lihat kartun animasi Timmy Time buat istana pasir dan bermain pasir dalam televisyen jer. Kali ni, dia pula berpeluang bermain macam kawan baik dia tu si kambing biri-biri Timmy. Pernah Farah kongsikan di dalam entri yang terdahulu, Kebaikan Anak Main “Kotor”– main kotor ni ibarat macam bermain pasir yang ada di tepi pantai, kira-kira macam pasir semulajadi lah atau asli betul-betul asli punya tanpa sebarang bahan campuran. Tak pun pasir kat padang permainan. Bezanya pasir kinetik ni, memang tak kotor cuma sepah jer… Yang dapat Farah katakan adalah pasir kinetik adalah permainan pasir dengan cara yang lebih kemas dan bersih. Smile. Cuma perlu alas sahaja dan kemudiannya mainlah sepuas-puasnya.

Kalau anda belum memberikan pendedahan kepada anak anda untuk bermain dengan pasir kinetik, I think you should do sebab permainan pasir kinetik adalah bermanfaat di dalam membantu meningkatkan kemahiran motor kasar serta meransang kreativiti anak-anak.  Surprisingly, Iman Firash ibarat seakan terlupa dengan permainan-permainan lain dan leka dengan set permainan pasir kinetik ini hampir sepanjang hari. Sampaikan nak mandi pun susah! Tak nak tinggal langsung set permainan pasir kinetik ni. Kalau tidak dia pasti sibuk nak keluar pusing-pusing ke mana-mana di kawasan taman perumahan kan? Ini tidak… Dia tak hairan langsung! Sibuk dan leka dengan pasir kinetik.

SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 9

Dah nama pun memang dikhaskan untuk bonding time…Mommy pun tumpang sekakilah kan? Bina istana pasir you! Saja tunjukkan pada Iman Firash supaya dia dapat lihat dan belajar. Dia tengok istana pasir tinggi-tinggi macam ni, jadi teruja pula dia. Macam-macam bentuk kami sama-sama hasilkan semalam melalui tools yang diberikan bersama-sama set permainan pasir kinetik ini dan banyak juga aktiviti pembelajaran yang kami dapat lakukan selain sekadar bermain dan merekacipta. Dalam masa yang sama, pembelajaran mengira, bahasa… semua masuk sekali. He he he… Open-mouthed smile… Tak sia-sialah bagi Iman Firash bermain set permainan pasir kinetik ni kan?

SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 10

SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 11

SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 12

SIMULASI PANTAI DI DALAM RUMAH! 13

Mommy pun tumpang sekaki kan? Syok pula! Ha ha ha… Macam-macam bentuk kami buat. Masa kecil-kecil tak puas main pasir pantai agaknya? Smile. Adalah main pasir pantai tapi tak serupa tekstur dengan pasir kinetik ni. Ini latest edition punya pasir! Muahahaha… Inilah salah satu perkara yang seronok menjadi mak budak dan bapak budak ni… permainan yang tak pernah merasa waktu kecil ataupun permainan-permainan alaf baru zaman kini yang tak ada dulu, semua boleh rasa main sebab bermain bersama anak-anak. Kannnn? Smile with tongue out. Sama naik dengan anak jadinya! Kadang lebih pula… wakakaka…

Itu kisah Sabtu kami. Memang tak keluar rumah, keluar sekejap jer pergi beli ikan, ayam, sayur dan daging. Selebihnya memang kami sibuk dengan pasir kinetik di rumah. Habiskan masa-masa kualiti bersama ke tahap maksimum dan juga diselang-seli dengan gurau senda. Hari ni, Ahad ada satu hari lagi kami boleh habiskan banyak masa bersama. In Shaa Allah… Harap-harapnya Iman Firash terubat rindunya dan terubat rasa ditinggalkan selalu dan tak puas dengan Mommy sebelum-sebelum ini. Apa pun, Mommy akan tetap cuba adakan waktu untuk Firash ya? Jangan risau. You are one of my priority! Winking smile

Aktiviti Berkaitan Pertuturan–ANAK 3 TAHUN

$
0
0
AKTIVITI BERKAITAN PERTUTURAN ANAK 3 TAHUN

Wahhh! Surprised smile… Dalam diam tak diam, lebih kurang dalam 20 hari jer lagi Iman Firash akan berusia 3 tahun secara rasmi! Dalam diam tak diam juga, lebih kurang 16 hari jer lagi, Mommy dia akan secara rasmi berusia 34 tahun! Winking smile… Tambah lagi setahun usia kami berdua beranak. Masa sememangnya cepat berlalu. Makanya, marilah kita memahami tentang anak yang berusia 3 tahun pula. Perkembangan dan proses tumbesaran yang seterusnya di dalam fasa kehidupan. Memang setiap tahun begitu, bila lebih kurang sebulan dua bulan hampir kepada tarikh lahir Iman Firash, Farah akan memperbanyakkan pembacaan ke atas perkongsian, artikel dan bahan-bahan ilmiah yang lain mengenai tahun-tahun tertentu di dalam perkembangan kehidupan anak-anak. Sebagai contoh, artikel terbaru yang Farah baca di laman blog di SINI.

Kanak-kanak yang berusia 3 tahun amat suka bermain dan berimaginasi. Pada usia 2 tahun, mereka lebih banyak meneroka dengan keupayaan fizikal (lari, lompat, berguling). Tetapi apabila masuk usia 3 tahun, mereka lebih fokus pada kemahiran motor halus. Anda akan dapati kanak-kanak 3 tahun boleh duduk agak lama di suatu tempat, bermain dengan permainan menggunakan imaginasi. Mereka mungkin berlakon sedang membayar wang di kaunter atau mengambil tempahan makanan. Mereka juga mungkin sedang membayangkan situasi peperangan atau sedang memandikan bayi. Kemahiran motor halus seperti pergerakkan jari-jari juga menjadi lebih cekap. Mereka boleh disuruh untuk mengemas barang, membuang sampah dan meletak cawan ke dalam sinki. Malah ramai antara mereka sudah boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti mewarna.

Pada usia begini, aktiviti kreatif seperti arts and painting amat digemari kanak-kanak. Aktiviti mewarna tanpa berus pasti lebih menarik dengan menggunakan jari atau apa sahaja peralatan dalam rumah seperti span, kertas yang direnyuk, bawang, putik kapas. Mereka juga sudah begitu bijak memanipulasi ibu bapa. Mereka tahu kelemahan ibu bapa. Maka kita mestilah yakin bahawa kita sebagai ibu bapalah yang mengetuai peraturan dalam rumah. Pada waktu ini, kita mesti menegaskan sempadan, apa benda yang boleh dan apa benda yang tidak boleh. Jangan takut kepada anak sendiri. Anda mesti bijak menilai sama ada anda sedang memanjakannya atau anda sedang merosakkannya. Contoh paling mudah ialah penggunaan gajet dan televisyen. Begitu juga tentang pemakanan yang tidak berkhasiat.

Secara umumnya, kanak-kanak 3 tahun boleh menggunakan 3 perkataan dalam satu ayat. Contohnya: “Mama, nak keluar”,  “Adik nak ikan”, “Ni kasut ayat”. Mereka masih lagi pelat beberapa bunyi tetapi pertuturannya boleh difahami oleh ahli keluarga. Ayat yang digunakan juga masih tidak begitu teratur. Tetapi mereka tetap cuba untuk menggunakan ayat yang lebih panjang.

Antara aktiviti berkaitan pertuturan bahasa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak 3 tahun ialah:

1. Suruh dia lakukan sesuatu dengan arahan yang panjang. Conthohnya: “Letak seluar di dalam bakul, lepas tu tolong ambilkan bedak kat atas meja.”, “Buang tisu ni di dalam bakul sampah dan selepas itu basuh tangan”. Pastikan anda sertai dengan pujian dan galakkan. - Star done! and ongoing. 

2. Aktiviti mengenal warna dan menamakan warna. Apabila anak memilih sendiri pakaian, suruh dia sebutkan warna pakaian yang dipilih. Begitu juga apabila nampak kereta, lori di jalanan. Sebut warna kenderaan tersebut. - Star - done! and ongoing.

3. Banyakkan penggunaan kata sifat atau kata adjektif di dalam perbualan bersama anak. Contoh kata sifat seperti: wangi, busuk, panjang, laju, lambat, banyak, sedikit, kuat, keras, lembut. Clock on going!

4. Aktiviti bercerita buku bergambar. Buku cerita, bukan buku ABC, 124 atau tulis ikut titik. Ingat, buku cerita yang ada watak, plot dan pengajaran. Jika anda sasarkan bab akademik, maka itu adalah bab lain. Di sini apa yang ditegaskan khusus mengenai pertuturan bahasa. Clock on going!

5. Pandang mukanya, dengar percakapannya dengan penuh perhatian. Berhenti sekejap dari gajet anda dan tumpu pada apa yang dia nak cakap. Jika dia tersilap cakap (pelat atau ayat terbalik), maka anda mesti ulang ayatnya dengan betul. Clock on going!

Cumanya, jika anda mengesyaki anak anda lewat bercakap berbanding rakan sebaya, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran untuk melakukan penilaian.

Why I Love Early Learning Shop? (And I Think You Should Too!)

$
0
0
WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!)

Early learning is an important and exciting stage in any child’s personal development. Tempoh waktu sedari seseorang anak itu lahir sehinggalah mereka berusia 4 tahun adalah merupakan waktu emas ataupun dikatakan sebagai golden age di mana pada tempoh waktu ini, anak-anak akan mengalami perkembangan yang pesat terutama kecerdasan otak. Proses pembelajaran semenjak dari usia kelahiran sebenarnya memberikan anak-anak stimulasi yang sesuai dengan perkembangan usia mereka. Anak-anak belajar melalui pemerhatian, eksperimen, eksplorasi dan komunikasi dengan orang lain. Masa-masa sebegini sebenarnya sangat penting untuk membentuk asas utama bagi perkembangan anak di usia yang selanjutnya. Atas kesedaran ini, Farah sentiasa mementingkan elemen pembelajaran di dalam setiap aktiviti yang dilakukan bersama Iman Firash.

Tidaklah pula mengatakan yang Farah terlalu mengejar untuk menjadi seorang ibu yang terlalu sempurna dan Iman Firash mesti-mesti menjadi seorang yang genius! Apa yang Farah lakukan selama ini adalah semata-mata untuk memberikan sokongan yang diperlukan oleh Iman Firash untuk terus berkembang dengan positif dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya, di mana, pendidikan yang sebenarnya adalah bermula dari rumah, bermula dari ibu bapa, bukannya menanti guru di tadika yang memulakan.

Lanjutan dari itu, Farah adalah merupakan seorang ibu yang sangat picky and choosy  di dalam pemilihan set barangan permainan yang diberikan kepada Iman Firash dan juga bahan-bahan pembelajaran yang lainnya seperti buku. Kalau nak diikut-ikutkan sebagai first time Mommy, memang Farah kurang berpengalaman di dalam pemilihan medium pembelajaran dan juga set barangan permainan anak-anak kecil pada masa kini. Akan tetapi, semua itu dapat diselesaikan dengan mudah sejak Farah mula mengenali Early Learning Shop. Early Learning Shop telah banyak membantu Farah di dalam mencapai objektif pendidikan cara santai yang Farah cuba terapkan kepada Iman Firash sehinggakan Farah benar-benar menyukai Early Learning Shop!

Nyatakan apa sahaja yang anda mahukan di Early Learning Shop untuk anak-anak anda? Untuk pengetahuan anda, ianya adalah sebuah hub di mana terkumpulnya segala yang anda perlukan untuk pendidikan awal anak-anak anda. Terdapat pelbagai produk yang dijual secara atas talian, yang mana di antara kategori yang ditawarkan oleh Early Learning Shopadalah seperti:


WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 2

Early Learning Shopadalah hub kepada keperluan pendidikan awal dan terdiri daripada produk-produk berkualiti tinggi dari jenama-jenama yang terkenal sepertimana yang dipaparkan di dalam gambar di bawah:

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 3


Dengan pilihan yang pelbagai dan jenama yang diyakini ramai serta terkenal sejak bertahun-tahun lamanya yang ditawarkan, ia menjadikan tugas Farah di dalam pencarian bahan-bahan pembelajaran yang berkualiti tinggi dan alat-alat permainan yang berunsurkan pendidikan menjadi sangat mudah. Kalau nak harapkan Farah ke pusat membeli-belah ataupun pusat jualan di pusat membeli-belah, memang sampai ke sudah tak ke tempat-tempat itu. Tak tau bilanya nak pergi memandangkan masa sentiasa mencemburui. Gittew! Tapi dengan adanya Early Learning Shop, segalanya menjadi mudah buat Farah.

Contohlah kan, contoh. Macam baru-baru ini, Iman Firash baru sahaja diberikan dengan alat permainan yang membantu di dalam pembelajaran menulis, melukis, mengenal abjad serta mengira yang berjenama Leap Frog.

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 4

Memandangkan Iman Firash bakal memulakan sesi persekolahan pada tahun 2017, memang sedang elok sangat Farah berikan dia permainan yang bercorak sebegini supaya sambil-sambil bermain di dapat belajar pelbagai perkara. Sesuaut yang menarik untuk menarik minat Iman Firash ke atas pembelajaran.

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 5

Harganya pun sememangnya merupakan harga mampu milik tanpa mengorbankan kualiti barangan itu secara tersendirinya. Salah satu sebab lagi yang membuatkan Farah sangat menyukai Early Learning Shop adalah disebabkan harganya yang sangat kompetitif di dalam pasaran. Jauh lebih murah tetapi masih berkualiti jika dibandingkan dengan harga-harga yang terdapat di kedai jualan secara realiti.

Menarik minat anak untuk belajar itu sememang sangat penting, kerana melalui minat, tugas kita melatih serta mendidik anak-anak di dalam pembelajaran semasa akan menjadi lebih mudah. Iman Firash sudah tentunya sangat teruja apabila dia berpeluang untuk berekplorasi dengan alat-alat permainan sebegini. Alhamdulillah, dia cukup suka dengan barangan yang didapatkan dari Early Learning Shop! Lihat sahaja gelagat Iman Firash sebagaimana yang dipaparkan di bawah:

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 6

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 12

Hasil daripada alat permainan yang dinamakan sebagai Scribble & Write ini, kini Iman Firash telah mula mahir secara berperingkat di dalam latihan menulis melalui alat ini secara beransur-ansur. Dah tentu-tentulah Mommy dia ni gembira kan? Disebabkan ada satu perkembagan yang positif di dalam fasa perkembangan dia pada waktu dan ketika ini. Ada banyak lagi sebenarnya alat-alat permainan yang membantu pembelajaran sebegeni dari Early Learning Shop. Tidak lupa juga, sasaran Farah untuk cuba seimbangkan dunia dan juga akhirat… Terdapat koleksi buku bergambar yang berkait dengan ilmu-ilmu Islamik yang menarik minat Iman Firash dengan mudah dan senang untuk dia serap apabila Farah bacakan untuk dia.

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 7

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 8

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 9

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 10 (2)

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 10

Bukannya sekadar itu sahaja, terdapat juga buku-buku berbentuk akademik yang bersesuaian mengikut peringkat usia Iman Firash seperti belajar mengira, mengenal abjad, mengenal jam, mengenal warna serta bentuk, comparative adjectives… cukup lengkap untuk persedian Iman Firash ke preschool pada tahun hadapan. Sememangnya Farah tak perlu bersusah-payah untuk hunting dari satu kedai ke kedai yang lain. Segalanya lengkap dan segalanya ada di Early Learning Shop. Buat apa nak bersusah payah lagi kan? Kalau segalanya boleh didapati dengan mudah?

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 11

Apa yang diberikan oleh Early Learning Shop kepada First Time Mommy seperti Farah dan juga ibu-ibu lain di luar sana di dalam proses perkembangan pendidikan awal anak-anak kecil masing-masing adalah yang terbaik. Lagipun pemiliknya bukanlah seorang yang tidak berpengalaman di dalam bidang keibubapaan, jika anda nak tau, pemiliknya adalah merupakan seorang blogger yang terkenal serta berbakat yang Farah panggil Kak Nadia. Ada yang kenal? Ada yang kenal tak? Ok, Farah berikan hint kepada anda… Blognya dikenali dengan nama Fabulous Motherhood yang cukup berpengalaman sebagai Mommy Blogger. Haaaa…Bila sebut nama blog…Tentu ramai yang dah mula kenal kan?

Untuk pengetahuan anda, Kak Nadia telah memulakan Early Learning Shop pada 2014 di mana produk-produk yang dipasarkan melalui Early Learning Shop adalah khusus buat perkembangan pendidikan awal anak-anak kecil. Memang Farah kena berguru dengan Kak Nadia yang telah mempunyai banyak pengalaman sebagai mommy blogger ini. Ibu kepada tiga anak ini, sememangnya menjalankan operasi Early Learning Shop dengan memahami kehendak serta keperluan ibu-ibu di Malaysia serta apakah medium-medium pembelajaran bagi perkembangan pendidikan anak-anak yang bersesuaian mengikut usia. Sebab tu Farah suka dengan Early Learning Shop! Sebab Kak Nadia memang pakar dan Kak Nadia adalah seorang yang sangat friendly serta suka membantu. Jika ada apa-apa ketidakpastian, boleh saja rujuk kepada Kak Nadia. Kak Nadia boleh memberikan pandangan produk apakah yang bersesuaian dengan usia anak-anak kita.

Sekali anda dah mula membeli produk daripada Early Learning Shop, anda tidak akan ragu-ragu untuk membeli buat kali yang kedua, ketiga dan seterusnya. Jika anda seorang ibu atau seorang bapa yang mementingkan pendidikan awal anak-anak dan sedang tercari-cari produk-produk pendidikan awal kanak-kanak, Farah sangat sarankan anda untuk cuba-cuba melihat LAMAN WEB JUALAN ATAS TALIAN EARLY LEARNING SHOP. Anda juga boleh merujuk kepada LAMAN FACEBOOK EARLY LEARNING SHOP dan LAMAN INSTAGRAM EARLY LEARNING SHOP untuk seleksi produk-produk terkini yang berada di pasaran.

WHY I LOVE EARLY LEARNING SHOP (AND I THINK YOU SHOULD TOO!) 13

Rugi jika anda tidak mengambil kesempatan ini untuk menggunakan apa yang telah terbentang di hadapan mata dan boleh didapati dengan semudah hujung jari dari Early Learning di dalam perkembangan pendidikan awal anak-anak kecil anda kerana sebenarnya, jika anda menitikberatkan pendidikan awal di kalangan anak-anak kecil sebenarnya anda di dalam satu proses untuk membentuk solid foundation untuk peringkat yang seterusnya di dalam perkembangan pendidikan anak-anak. Di dalam apa-apa hal sekalipun, asas adalah yang paling utama dan penting bagi mengorak langkah ke peringkat yang seterusnya. Begitu juga dengan anak-anak kita! Winking smile

BALANITIS | Yang Ada Anak Lelaki Kena Baca Ni!

$
0
0
Balanitis
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Ini bukanlah satu paksaan untuk anda membaca artikel dari blogger picisan ini, akan tetapi, sekiranya anda mempunyai bayi atau anak lelaki kecil ataupun anak lelaki, adalah bagus sekiranya anda boleh mengambil sedikit isi ilmu pengetahuan tentang perkara ini. Smile. Mungkin ada yang merasakan ini adalah sesuatu gimik melalui tajuk dan juga teaser pembukaan entri yang sekadar ingin menarik trafik or what so not. Anda silap! Ianya adalah sesuatu yang Farah rasakan penting untuk semua ibu bapa ambil tahu.

Menurut Dr. Wan Khairina Wan Mohd Nowalid, MBBS (Adelaide), M.Med (Paediatrics) UKM, Pakar Perunding Pediatrik dari Pantai Hospital Ampang di SINI, masalah radang pada hujung kulit kemaluan kanak-kanak lelaki boleh terjadi. Semasa lahir kulit hujung kemaluan (foreskin) biasanya melekat pada bahagian hujung kemaluan (glans).Apabila kanak-kanak membesar, kulit hujung beransur-ansur terpisah dari glans dan boleh ditarik ke atas melepasi glans. Tisu kulit mati yang bercampur sebum dari kelenjar lemak kerap kali terkumpul di bawah kulit hujung Iaber warna putih/kekuningan dan dikenali sebagai smegma. Smegma boleh membentuk gumpalan yang kadang –kadang kelihatan dari sebagai bonjolan kecil di bawah kulit. Smegma juga kadangkala keluar dari hujung kemaluan dan boleh disangka sebagai nanah.Walaupun begitu kehadiran smegma adalah satu fenomena yang biasa dan bukan menandakan jangkitan. Apabila terdapat tanda-tanda radang iaitu merah, bengkak atau sakit, anak anda perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Ada yang pening? Senang cerita bahagian kemaluan anak-anak lelaki membengkak, merah-merah dan ada putih-putih di hujung kemaluannya. Radang kemaluan namanya tu.

Punca-Punca Radang:


ALAHAN
Radang boleh disebabkan oleh alahan kepada bahan kimia yang terdapat pada sabun/krim/bedak yang digunakan. Pembersihan yang berlebihan juga boleh menyebabkan irritasi kulit. Sesetengah masalah kulit seperti ekzema juga boleh menyebabkan berlaku alahan.
 
JANGKITAN
Jangkitan bakteria atau kulat juga boleh menyebabkan radang.Kelembapan kulit terutama bagi kanak-kanak yang menggunakan lampin boleh menggalakkan pembiakan kulat. Faktor kebersihan juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria.
 
LUKA / GIGITAN SERANGGA
Kulit hujung kadangkala boleh terluka sekiranya cuba ditolak ke atas secara paksa. Luka boleh mendedahkan kulit kepada bakteria. Gigitan serangga seperti semut atau kutu juga boleh menyebabkan bengkak, merah dan kadangkala gatal.
 

Tanda-Tanda Jangkitan Glans atau Disebut Balanitis

  • Merah.
  • Bengkak sama ada di hujung atau keseluruhan kulit di kawasan glans atau kemaluan.
  • Sakit di bahagian kemaluan atau semasa membuang air kecil.
  • Keluar nanah atau cecair yang berbau busuk.
  • Demam
 

Rawatan Untuk Balanitis Bergantung Kepada Tahap dan Jenis Jangkitan

1. Doktor mungkin menasihatkan merendamkan bahagian badan kanak-kanak tersebut di dalam air suam atau air bercampur garam 2-3 kali sehari (warm bath atau Sitz bath). Ini dapat membersihkan kawasan jangkitan dan meredakan sakit dan radang.
 
2. Krim anti kulat atau antibiotik akan diberikan bergantung kepada jenis jangkitan.
 
3. Krim steroid boleh mengurangkan radang.
 
4. Kadangkala ubat makan antibiotik diperlukan.
 
5. Jangkitan yang lebih teruk mungkin memerlukan antibiotik menerusi intravena.
 
6. Rawatan surgeri kadangkala diperlukan sekiranya komplikasi yang lebih teruk seperti bernanah atau kanak-kanak tidak dapat membuang air kecil disebabkan bukaan kulit hujung tersumbat.
 

Keadaan Lain Yang Biasa Terjadi Selain Daripada Jangkitan

 
PHIMOSIS
Bukaan kulit hujung terlalu kecil atau berparut menyebabkan air kencing tidak dapat keluar.Kadang kala bahagian hujung kemaluan kelihatan menggelembung semasa kanak-kanak membuang air kecil. Sekiranya bukaan terlalu kecil, kanak-kanak mungkin menangis kesakitan semasa kencing atau terdapat darah semasa kencing akibat luka pada kulit tersebut.
 
PARAPHIMOSIS
Sebahagian kulit mungkin tertarik ke atas dan melekat pada glans menyebabkan hujung glans membengkak.
 
ZIPPER INJURY
Trauma pada kemaluan disebabkan tersekat di zip.
 

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian


1.    Jangan membersihkan secara  keterlaluan walaupun kadangkala smegma sukar untuk dibersihkan.
2.    Jangan memaksa kulit hujung ke atas untuk membersihkan glans kerana ini boleh menyebabkan luka atau parut terjadi.
3.    Jangan membiarkan air kencing atau najis terlalu lama tanpa dibersihkan atau tidak menukar lampin dengan segera.
4.    Elakkan menggunakan bahan mandian/cucian/bedak yang berlebihan atau yang tidaksesuai dengan bayi di kawasan tersebut.
5.    Cuci dengan air suam dan rawat jangkitan kulat atau irritasi kulit dengan segera.
 
Disebabkan Farah bukannya pakar ataupun doktor, Farah tak pasti sama ada ini ada kaitan dengan istilah yang pernah Farah dengar di kalangan orang-orang yang terdahulu makan garam ataupun rakan-rakan yang pernah melalui situasi yang dinamakan sebagai kemaluan buta sehinggakan anak-anak terpaksa dikhatankan lebih awal. Akan tetapi rasanya, ini mungkin berlainan kot? Hu hu hu…Sesiapa yang berpengalaman serta tahu tu ataupun sesiapa yang bergelar doktor tu bolehlah berikan pencerahan sekiranya sudi ya? Winking smile. Nak belajar dan ambil ilmu pengetahuan juga.

Tips Menjimatkan Minyak Masak!

$
0
0
TIPS MENJIMATKAN MINYAK MASAK!
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Hari tu ada seorang rakan seperjuangan, blogger juga – dia maklumkan yang minyak masak jenama Saji seberat 5kg naik sebanyak RM 7.00. Confused smile… Fuhhh, berpeluh dingin, terketar lutut dan semakin hari semakin takut pula nak tempuh cabaran kehidupan yang mendatang ni. Semuanya serba naik tak ada yang serba turun. Agagagaga… Open-mouthed smile. Nilai Ringgit Malaysia, nampaknya semakin lama semakin mengecil. Adakah kita rakyat marhaen seantero Malaysia bakal kehilangan terus kuasa membeli? Sekarang ni bukan tak ada kuasa membeli tetapi kuasa membeli itu sudah semakin mengecil segmentasi-nya nampaknya. Pagi cucuk RM 100.00 di ATM, tak sampai petang dah boleh tinggal se-coet jer bakinya. Beza dengan waktu dulu-dulu kan? RM 100.00 boleh tahan seminggu kot dulu? Huwaaa… Crying face… Farah terasa perit oiii… Tapi kalau anda tak terasa perit mungkin poket anda berganda-ganda tebalnya sampai tak muat-muat dari Farah lah tu…Alhamdulillah, rezeki anda… Farah tumpang gembira…Tak dengki pun, tak cemburu pun, itu rezeki masing-masing yang Allah dah tentukan kan? Bersyukurlah dengan apa yang ada… Hidup dengan apa yang ada seadanya…Gittew!

Bila poket tak berapa nak tebal dan duit tak berapa nak berkepok-kepok ni, memang kena buat apa sahaja yang possible untuk langkah penjimatan. Termasuklah menjimatkan minyak masak. Ada orang lagi best! Nak jimat minyak masak tak perlu memasak! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi mungkin anda tak jemu makan, makanan kedai… Macam Farah ni, Farah lebih suka makan, makanan yang disediakan di rumah berbanding kedai. Cuma sesekali bila datang selera tekak nak layan masakan kedai tu, memang akan makan kedai lah kan? Makanya, bila memang dapur akan berasap di rumah hampir setiap hari, kenalah cari tahu bagaimana caranya Farah ni dapat menjimatkan penggunaan minyak masak. Gali punya gali, cari punya cari terjumpa satu perkongsian melalui artikel di SINI. Artikel ini sebenarnya telah dimuatnaik pada tahun 2011, akan tetapi tak mengapa, yang mana relevan tu kita ambil pakailah kan? Yang tidak relevan tu sendiri masing-masing faham.

Boleh dikatakan minyak masak adalah salah satu keperluan yang penting di dalam setiap masakan kita. Masakan yang dimaksudkan di sini adalah masakan jenis deep fry seperti ayam goreng, ikan goreng ataupun masakan goreng yang lain yang menggunakan kuantiti minyak masak yang agak banyak.

Smoke Point (Takat Mula Minyak Berasap)

Pelbagai jenis minyak masak dan jenama minyak masak yang terdapat di dalam pasaran semasa. Bermacam-macam jenis iklan segala bagai mengenai kebaikan minyak masak keluaran sesuatu jenama di dalam media. Tetapi yang agak mengecewakan adalah tiada penerangan yang mendalam mengenai minyak masak yang kita gunakan setiap hari. Ramai di antara kita cuma mengetahui tentang kolestrol yang bersangkut-paut dengan Polyunsaturated Fattty Acid (PUFA) asid lemak yang dapat meningkatkan kolestrol baik (HD) dalam tubuh badan kita. Pengeluar minyak masing-masing dari bunga mataharai, jagung atau minyak biji kapas, minyak zaitun dengan megahnya mengatakan minyak mereka paling terbaik. Memang betul cakap mereka itu, tetapi tahukah anda bahawa minyak-minyak yang mengandungi PUFA ini punyai kelemahan untuk masakan deep fry yang memerlukan suhu yang tinggi di dalam proses gorengan.

Kelemahan kumpulan minyak ini, apabila digunakan minyak-minyak seperti ini untuk gorengan yang bersuhu tinggi akan menghasilkan komponen toksik, semasa kepanasan minyak masak mencapai suhu smoke point. Apakah itu smoke point? Sebelum kita melompat pada tajuk lain, eloklah sangat kalau kita memahami apa itu smoke point ataupun dalam kata lain, takat minyak berasap. Smoke point ialah apabila minyak dipanaskan dengan suhu tinggi, lemak (fatty) dalam minyak masak mulai pecah kepada glycerol dan ia juga membebaskan asid lemak (fatty acid)  dan bila asid lemak pecah lagi untuk menghasilkan acrotein. Acrotein ini pula bersebati dengan arcolein untuk menghasilkan asap (smoke) yang sangat tidak menyenangkan dan menyebabkan mata kita gatal dan berair apabila terkena asap ini. Sekiranya suhu minyak itu naik lagi atas paras smoke point maka wujudlah Fire Flash Point (takat suhu sambar api) untuk menghasilkan api. Api terbentuk dengan sekiranya ada tiga faktor. Bahan Api (minyak, kayu, kertas dll), Oksigen (udara) dan suhu takat sambar api atau flash point. Smoke point untuk jenis-jenis minyak adalah seperti berikut:

  • Minyak Bunga Matahari 232 darjah C.
  • Minyak Soya 238 darjah C.
  • Minyak Sapi 252 darjah C.
  • Minyak Zaitun 191 darjah C.
  • Minyak Jagung 232 darjah C.
  • Minyak Kelapa 232 darjah C.
  • Minyak Kelapa Sawit 240 darjah C.

Kesimpulannya untuk gorengan (deep fry) yang penting bukanlah jenama minyak atau jenis minyak tetapi smoke point minyak itu. Kita perlu cari minyak yang punyai smoke point yang tinggi. Kalau tidak minyak yang digunakan walau pun tinggi mutu tetapi ia tidak sesuai jenis gorengan yang diperlukan.  Lihat jadual di atas smoke point minyak zaitun itu terlalu rendah. Bolehkah digunakan untuk menggoreng ayam atau ikan?. Pasti tidak boleh kerana suhu minyak yang diperlukan untuk  menggoreng ayam atau ikan adalah 180 -190 darjah C.    Walau pun minyak zaitun dikatakan punyai nilai nutrisi yang tinggi tetapi ia tidak sesuai untuk gorengan. Ia sesuai digunakan tanpa suhu panas. Suri rumah jangan pulak kerana terlalu pening tentang minyak masak dengan baca buku diet, menggoreng ayam menggunakan minyak zaitun. Nanti bukan kalori tubuh badan yang terbakar, dapur dan tubuh badan yang terbakar. Hu hu hu.
 
Minyak sawit amat sesuai untuk menggoreng dengan suhu panas. Ia juga memiliki kandungan Monosaturated dan Saturated Fatty Acid yang seimbang. Kalau kedua ini tak seimbang maka minyak jenis ini tidak baik untuk kesihatan. Ia juga dipanggil Omega 3 dan Omega 6.
 
Faktor- faktor luaran menyebabkan suhu smoke point minyak masak jatuh rendah:
  1. Mencampuradukan minyak baru dan minyak terpakai.
  2. Suhu memanaskan minyak terlalu tinggi.
  3. Kekerapan minyak diguna pakai.
  4. Penyimpanan minyak terpakai yang salah.
  5. Membiarkan minyak terpakai tidak ditapis dan tidak tutup rapat.

Cara-Cara Menggoreng Deep Fry Yang Betul

  • Semasa menggoreng tentukan sentiasa suhu minyak dikekalkan kepada 180-190 darjah C. Semasa menggoreng ayam atau ikan yang bersalut tepung (bater) dimasukkan ke dalam minyak yang panas yang bersesuaian, suhu yang panas bersesuaian akan cepat membentuk perisai (shield) untuk minyak tidak dapat menyerap ke dalam bahan gorengan yang masih sejuk dan hasil gorengan tidak terlampau berminyak. Isi ayam atau ikan  yang digoreng akan masak melalui cara tidak langsung dari haba minyak tetapipengaliran haba perisai tepung dan bahan di goreng. Dengan ini juga pembaziran minyak boleh dijimatkan.

  • Sekiranya minyak tidak cukup panas. Perisai tepung tidak akan terbentuk maka minyak akan sampai kepada isi ayam atau ikan  sebelum lapisan tepung cukup masak (garing) untuk jadikan lapisan yang perisai. Hasil masakan seperti ini terlalu berminyak.

  • Sekiranya anda menggoreng menggunakan habuk roti (bread crumb) celupkan bahan goreng (ayam) itu didalam telur yang di pukul ringan dan gulingkan kedalam habuk roti (bread crumb) yang telah ditambah garam dan lada (seasoned). Biarkan selama 15-20 mint sebelum mengoreng untuk ia menjadi kering dan bread crumbs melekat pada bahan goreng.

  • Untuk gorengan ayam atau ikan tidak boleh gunakan garam semasa goreng. Garam akan menyebabkan wap air wujud dipermukaan bahan gorengan dan menyebabkan gorengan anda meletup. Garam halus boleh taburkan sedikit semasa hidangan telah digoreng (tapi payah stail kita). Goreng ikan keli perlu awas!. Ada yang jadi buta kerana goreng ikan keli ini.

  • Sekiranya ingin goreng French Fries, goreng terus dari keluarkan dari peti sejuk (masih keras lagi). Ini akan mengurangkan penyerapan minyak dan French Fries menjadi rangup.

  • Elakkan gorengan yang terlalu banyak dalam satu masa. Ini akan menyebabkan suhu minyak akan menurun mendadak.

  • Sekiranya minyak terlalu panas tambahkan minyak yang baru untuk mengawal suhu minyak.

  • Keperluan sukatan minyak untuk gorengan  ialah 1 isi padu bahan gorengan bersamaan dengan 6 isipadu minyak. 1:6.

Minyak sebelum gorengan perlu dipanaskan dahulu sebelum gorengan dilakukan dengan 7-8 darjah C lebih rendah dari suhu gorengan yang dikehendaki.
 

Tanda-Tanda Minyak Terpakai Tidak Boleh Digunakan

  • Minyak bertukar warna menjadi kehitaman.
  • Kepekatan minyak bertambah dari biasa.
  • Minyak terpakai yang disimpan mendapati terdapat bendasing yang terapung atau membentuk lapisan di permukaan minyak.
  • Apabila minyak gorengan telah mengelurkan asap atau minyak yang telah terbakar.
  • Sekiranya minyak berbau yang tidak menyenangkan atau masih berbau dari bahan gorengan yang lepas.

Cara Memanjangkan Hayat Minyak Masak

Hayat minyak masak terpakai akan menjadi pendek bila anda suka memanaskan minyak untuk masa yang panjang. Apabila anda mula menggoreng jangan biarkan minyak itu panas tanpa bahan gorengan. Masa selingan gorengan perlu cepat dan jangan biarkan minyak panas terlalu lama tanpa gorengan. Selesai gorengan cepat padamkan api dapur dan sejukkan minyak.
 
  • Dapatkan jangka suhu untuk Deep Fry. Jangka suhu ini akan banyak membantu anda semasa gorengan dan menjimatkan masa gorengan dan kegunaan minyak.
  • Semasa gorengan dikeluarkan untuk masukkan kembali bahan gorengan, pastikan tapis minyak goreng terdahulu dengan menggunakan penapis tangan yang mudah. Ia tidak mahal tetapi akan menjadikan minyak gorengan anda sentiasa bersih.
  • Apabila minyak masak telah sejuk dan selamat untuk ditapis, tapiskan minyak telah gunakan dengan penapis kantung teh atau kain nipis. Anda juga boleh dapat kertas turap yang berkon untuk tujuan ini. Jangan masukan dalam minyak baru.
  • Gunakan kembali bekas minyak dan tuangkan minyak terpakai kedalam. Tentukan ia ditutup rapat dan kalu boleh simpan di peti sejuk anda sebelum digunakan. Ia menjadi beku tidak mengapa. Apa di keluarkan dan dibiarkan dalam udara biasa ia akan cair cepat.

Nasihat penulis artikel tentang minyak masak satu sahaja katanya… JANGAN BELI MINYAK MURAH DIBUNGKUSKAN DALAM BEG PLASTIK WALAUPUN IA MURAH. Dikhuatiri minyak lama digunakan dan kita tidak dapat memastikan sama ada ia bercampur dengan minyak baru atau tidak. Kedua, minyak ini tidak sesuai untuk disimpan dan semasa menggunakan banyak minyak tertinggal dalam beg plastik itu. Kadangkala timbangan 1kg amat meragukan. Gunakan minyak 5kg dalam botol. Ia bermutu dan cuma harganya tinggi sedikit.
 
Cubalah ya? Mana tau kot-kot kalau-kalau berhasil untuk jimatkan penggunaan minyak masak. Hu hu hu… Tapi rasanya, lagi satu cara elok kita kurangkan penggunaan minyak di dalam masakan ke arah pemakanan yang lebih sihat dan less oily. Kannn? Winking smile. Nak lagi senang, mungkin dah tiba masanya masyarakat Malaysia termasuk diri ini beralih kepada menu pemakanan sihat atau by eating clean diet menu. Muahaha…Lepas ni semua rakyat Malaysia akan turun berat badan dan selim melim dengan figura masing-masing…Oklah tu kan? Sihat pun sihat…
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live