Tak habis lagi nak nyembang pasal
Bajet 2017 yang telahpun selamat dibentangkan dulu semalam. Debar-debar tau tak? Dok tunggu pengumuman demi pengumuman mengenai
Bajet 2017. Ha ha ha, haruslah berdebar, maunya tak berdebar oiii? Sekarang ni pun semua serba mahal dan tinggi harga barangan serta perkhidmatan, duit RM 50.00 dah ibarat macam RM 10.00, kos sara hidup semakin tinggi dari hari ke hari…
![Freezing]()
…Mau tak berdebar dan gigil nak mendengar apa lagi yang menanti di hadapan? Haruslah debar oiii…. Mencabar sungguh kehidupan zaman sekarang ni kan? Uhuksss, tahun 2017 lagilah mencabar buat Farah secara peribadi… Anak dah mula sekolah oiiii… Faham-faham jer lah kannn? Ihiksss…
![Nyah-Nyah]()
… Tau debar… Tu baru sorang kan? kan? kan? Bayangkan apa yang dihadapi oleh ibu bapa lain yang menghadap anak-anak yang lebih dari seorang yang sedang bersekolah? Faham-faham, sesungguhnya diriku ini amat memahami… Hmmm…
Jadi, tentunya ramai yang dah tahu apa yang telahpun dibentangkan di dalam
Bajet 2017 kan??? Walaupun ramai yang dah mengetahuinya, sukalah kiranya Farah dengan sahaja nak
re-cap dan juga nak membentangkan pula
Bajet 2017 di
www.bubblynotes.com… Apakah intipatinya? Kita ambil yang penting-penting jer dan ringkaskan… Nasi Lemak Anak Dara tu semua, kita tolak tepi ya… Ha ha ha…
![Open-mouthed smile]()
… Ini apa yang dapat Farah kongsikan bersama anda melalui perkongsian melalui sumber di
SINI yang menjadi sumber rujukan utama Farah untuk entri ini…
Tema Bajet 2017
MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH.
Ringkasan Lengkap Kandungan Intipati Penting Bajet 2017
![Money]()
Bajet 2017 memperuntukkan RM 260.8 billion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.
![Money]()
RM 214.8 billion bagi perbelanjaan mengurus, RM 46 billion untuk perbelanjaan pembangunan.
![Money]()
RM 77.4 billion untuk emolumen, RM 32 billion untuk perkhidmatan dan bekalan.
![Money]()
Dengan adanya GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan.
![Money]()
Malaysia kini sebuah negara
upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia.
![Money]()
KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia telah meningkat dari USD 23,100 pada 2012 kepada USD 26,891 pada 2015.
![Money]()
Pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama 2016 adalah lebih RM 28 billion, peningkatan 32%, tidak termasuk perlaburan domestik lebih RM 60 billion.
![Money]()
Pertemuan PM dengan komuniti perniagaan Jerman bulan lalu, “mereka nyatakan minat untuk kekal dengan pelaburan di sini, yakin dengan dasar-dasar kerajaan”.
![Money]()
Syarikat Osram telah umum pelaburan 1bE, hampir RM 5 billion. Pelaburang untuk kilang LED di Kulim, Kedah ini adalah yang terbesar dan terkini di dunia.
![Money]()
Minggu hadapan, PM akan ke China pula. PM minta agar doa lawatan ini akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara.
![Money]()
Bajet 2017 digubal kepada 5 prinsip dan falsafah kerajaan.
![Money]()
PM juga zahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara, seperti Allahyarham TS Hj Abdul Aziz Tapa, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Menghargai Khidmat Bakti Dan Jasa Penjawat Awam
![Money]()
Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa diberi kepada kumpulan pelaksana.
![Money]()
Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaranti menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.
![Money]()
Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluas meliputi pembelian
smartphone. ![Money]()
Had pinjaman sehingga RM 5,000.00 setiap 3 tahun.
![Money]()
Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM 5,000.00 kepada RM 10,000.00.
![Money]()
Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM 120,000.00 kepada RM 200,000.00, pinjaman paling tinggi dari RM 600,000 ke RM 750,000.00.
![Money]()
Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM 90,000.00 hingga ke RM 300,000.00.
![Money]()
Pegawai
contract of service & contract for service yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.
![Money]()
Satu lapisan ged baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar.
![Money]()
Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.
![Money]()
Hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan
housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani
housemanship secara kontrak.
![Money]()
Bonus tiada, bagaimanapun Kerajaan memberikan bayaran khas sebanyak RM 500.00 untuk penjawat awam serta pesara kerajaan sebanyak RM 250.00 dan akan dibayar pada awal Januari 2017.
![Money]()
PM membetulkan beberapa tuduhan yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengelirukan & timbulkan keresahan tidak menentu.
Kesejahteraan Rakyat
![Money]()
Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, libatkan 7,500 kampung seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak.
![Money]()
Bina dan naik taraf 616 km jalan kampung & jambatan bagi tingkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan & bandar dengan peruntukkan RM 1.2 billion.
![Money]()
Bagi menyelenggara jalan negeri, RM 4.6 billion disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia.
![Money]()
Bina & baikpulih 17,000 unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM 350 juta.
![Money]()
Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM 1,000 hingga RM 15,000 bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut.
![Money]()
Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan RM 732 juta, mensasarkan 5,200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air.
![Money]()
Bagi menaiktaraf kapasiti dan menjamin bekalan air, kerajaan memperuntukkan geran RM 156 juta & RM 509 juta dalam bentuk pinjaman.
![Money]()
Untuk atasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan segera, berperuntukkan RM 500 juta.
![Money]()
Menyediakan bekalan elektrik luar banda, mensasarkan hampir 10,000 buah rumah dengan peruntukan RM 450 juta.
![Money]()
Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800 juta untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil.
![Money]()
69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495 juta.
![Money]()
Inisiatif baru MyBeautiful New Home khusus kpd B40, dengan peruntukan RM200 juta. 5,000 unit rumah akan dibina dengan harga RM40k-50k seunit. Kerajaan akan membiaya RM20,000 dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah dapat kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan kerajaan negeri.
![Money]()
KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak RM134 juta bagi 2017.
![Money]()
11,250 rumah PPR sedang dalam pembinaan, RM576 juta disediakan. Rumah ini dijual dgn harga RM35k- RM42k walaupun kos pembinaan RM120k-160k
![Money]()
Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275 juta diperuntukkan Kerajaan sediakan peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol & pengangkutan awam.
![Money]()
Kerajaan perkenal Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi 3 bulan pada Nov, Dis & Jan, manfaatkan 440,000 pekebun kecil & penoreh getah.
![Money]()
Bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200 – RM300 sebulan akan diteruskan.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
![Money]()
BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan dari RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.
![Money]()
BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900
![Money]()
Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450.
![Money]()
Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion
Pendidikan TVET
![Money]()
9 buah kampus Institut Pendidikan Guru akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional.
![Money]()
4 buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.
![Money]()
Di atas inisiatif kreatif ini, hanya RM400 juta diperuntukkan berbanding RM250 juta untuk bina sebuah politeknik baru, jimatkan kerajaan RM2 bilion.
![Money]()
RM270 juta disediakan untuk naik taraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta RM360 juta bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
![Money]()
Potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan
Structured Internship Programme.![Money]()
Geran padanan latihan & pembangunan kurikulum diberi kepada institusi TVET awam yg dapat sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.
![Money]()
RM50 juta disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20,000 graduan bagi 2017, berbanding 15,000 graduan pada 2016.
![Money]()
Kerajaan akan sediakan tanah kerajaan yang tidak digunapakai di lokasi strategik kpd GLC & PR1MA untuk bina lebih 30,000 rumah, harga RM150k-RM300k .
Perumahan / PR1MA / Rumah Mesra Rakyat
![Money]()
Kerajaan akan bina 10,000 rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja.
![Money]()
Syarikat Perumahan Negara Bhd diperuntukkan RM200 juta utk bina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit.
Skim Pembayaran Akhir Atau end-financing Khas Program PR1MA
![Money]()
Proses permohonan akan mula dilaksana pada 1 Januari 2017, hasil kerjasama antara kerajaan, BNM, KWSP & 4 bank iaitu Maybank,CIMB, RHB & AmBank.
![Money]()
Pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan Layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja antara 1 Jan 2017 – 31 Dis 2018.
![Money]()
Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA & RISDA masing-masing diperuntukkan RM200 juta, RM100 juta & RM100 juta lagi.
Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer & peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup. Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.![Money]()
4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, P.Pinang & S’gor. 3 lagi RTC di S’gor, Sabah & Sarawak akan dibina dengan peruntukan RM100 juta
![Money]()
Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1 juta akan dinaikkan dari 3 kpd 4% mulai 1 Jan 2018.
![Money]()
Projek rakyat-
centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berjumlah RM10 bilion.
Pembangunan Sukan Dan Penganjuran Sukan SEA KE-29 / Sukan PARA ASEAN Ke-9
![Money]()
RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.
![Money]()
RM122 juta bagi membina & naik taraf fasiliti termasuk Kompleks Belia &Sukan Negeri-Negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia & Kompleks Sukan Komuniti.
![Money]()
RM70 juta bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.
![Money]()
RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.
Kesihatan
![Money]()
Membina & naik taraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.
![Money]()
Naik taraf kemudahan dengan RM536 juta, termasuk peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, P.Pinang, Sultanah Aminah JB & 100 ambulan.
![Money]()
RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa RM4 bilion untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.
![Money]()
Bagi kurangkan kesesakan hospital awam, kerajaan kerjasama dengan swasta/NGO yang kendali non-profit charitable hospital ikut kadar kos hospital kerajaan Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.
![Money]()
Peruntukan RM110 juta, di mana RM70 juta untuk bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang mampu.
![Money]()
Bagi menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan sebagai geran
one-off. RM200 ribu untuk beli peralatan.
![Money]()
RM80 juta bagi inisiatif pencegahan penularan wabak denggi & zika, dan juga memperluaskan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara.
Jaminan Bekalan Makanan
![Money]()
RM140 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan empat lagi MyFarmOutlet & tambah baik 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.
Pemandu Teksi / Pekerjaan
![Money]()
Bagi pemandu teksi, RM60 juta untuk geran RM5 ribu untuk beli kenderaan baru & tawarkan permit teksi individu, manfaat 12 ribu pemandu.
![Money]()
Geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal.
![Money]()
Pemandu teksi perlu carum kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja, layak tuntut PERKESO.
![Money]()
Bagi bantu B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu
ride-sharing seperti Uber.
![Money]()
Pendpatan boleh cecah RM1,500/bulan jika pandu separuh masa 10-40 jam seminggu & RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu.
![Money]()
Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat guna BR1M & rebat RM4,000 bagi pembelian Proton Iriz.
![Money]()
RM29 juta untuk naik taraf sistem perparitan & bina
2 Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan.
![Money]()
RM2.1 bilion untuk pembangunan infra & sosio ekonomi di 5 koridor iaitu: Wilayah Iskandar Msia, Wilayah Ekon Koridor Utara, Wilayah Ekon Pantai Timur, Koridor Pmbangunan Sabah & Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak
![Money]()
RM522 juta untuk MIDA bagi sektor tumpuan termasuk industri kimia, elektrik & elektronik serta aktiviti R&D.
![Money]()
Untuk giatkan pasaran modal tempatan,
Small and Mid-Cap PLC Research Scheme diperkenal bagi penyelidikan ke atas 300 syarikat.
![Money]()
Tempoh pengecualian cukai pndapatan untuk entiti Perbankan Islam & Takaful jalankan aktiviti matawang asing
International Currency Business Unit.![Money]()
RM286 juta disediakan utk pengeluaran eksport perladangan sawit, getah, koko dan lada.
Penambahbaikan Kemudahan Perlancongan
![Money]()
RM400 juta diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif
clean air dan
ecotourism.
![Money]()
Tempoh prmohonan Taraf Perintis & Elaun Cukai Pelaburan bg pelaburan hotel baru 4 & 5 bintang, dilanjutkan 31 Dis 2018.
![Money]()
Potongan cukai RM500 ribu dinaikkan kpd RM700 ribu bg sektor swasta taja pertunjukan kesenian, kebudayaan & warisan tmpatan luar negara.
![Money]()
Program promosi Malaysia dgn Kempen Tahun Melawat ASEAN@50 sempena ulang tahun ASEAN & sbg tuan rumah Sukan SEA & Sukan Para ASEAN 2017.
![Money]()
Bagi capai sasaran 32 juta pelancong tahun hadapan, Kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan.
![Money]()
RM162 juta diperuntukkan utk MDEC bagi pelbagai program.
Internet
![Money]()
Bermula Jan 2017,
fixed line broadband ditawar dgn kelajuan lebih tinggi pd harga sama. Pelanggan 5mb/s pd RM149 kini dpt 10mb/s.
![Money]()
Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kpd maksimum 100 gigabit sesaat.
![Money]()
SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.
![Money]()
RM200j teruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita prog TABIKA & TASKA, tmbah baik pakej permakanan manfaat 280ribu kanak-kanak.
![Money]()
RM132 juta disediakan untuk tingkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah percuma di sekolah Kerajaan, manfaatkan 200 ribu kanak-kanak.
Akses Pendidikan Percuma Sekolah Rendah Menengah
![Money]()
Bangunkan smula 120 sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah& 30 di Srwk guna IBS &naiktaraf 1800 mkmal sains, peruntukn RM570j.
![Money]()
Siapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baru dengan peruntukan RM478 juta.
![Money]()
Perluas program penguasaan Bahasa Inggeris melalui
Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive dgn peruntukan RM90j.
![Money]()
Untuk 430 ribu pendidik kita, menerusi SKMM RM340 juta diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi memudahkan tugasan.
Bantuan Kos Perbelanjaan Persekolahan
![Money]()
Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid.
![Money]()
RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid.
![Money]()
RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita.
![Money]()
Geran sepadan disediakan kpd pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dlm akaun SSPN-i.
![Money]()
Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sbyk RM150 kpd 67 ribu murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas.
![Money]()
RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut:
- RM250j untuk Sekolah Kebangsaan
- RM50j kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
- RM50j bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
- RM50j untuk Sekolah Mubaligh
- RM50j untuk Sekolah Berasrama Penuh.
- RM50j kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- RM50j kepada Sekolah Pondok berdaftar.
- RM50j kepada MRSM
![Money]()
Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, Kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kpd 50 sekolah dgn peruntukan RM10j.
Meningkatkan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
![Money]()
Bagi tingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, RM7.4 bilion disediakan kepada 20 universiti awam.
![Money]()
RM1.4 bilion kepada 4 hospital universiti, manakala RM300 juta utk pemerkasaan 5 universiti penyelidikan.
![Money]()
Tambahan lagi, RM100 juta utk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek.
![Money]()
Baucar buku diganti dengan kad debit pelajar RM250, boleh beli buku, alatulis, alatan komputer &akses internet.Manfaat 1.3j pelajar.
![Money]()
Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk RM1.6b:
- menerusi JPA RM2b
- menerusi MARA RM250j
- menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi RM208j
- menerusi Kem Kesihatan RM194j
- menerusi Kem Pendidikan RM28j
- menerusi Kementerian Sumber Manusia RM21j
- menerusi KBS
PTPTN
![Money]()
Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan:
- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
![Money]()
Insentif ini berkuatkuasa pada besok hari, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.
Inisiatif Kepada Golongan Mudah Terjejas
![Money]()
Bantuan keluarga miskin liputi Bantuan Am sehingga RM300/bln & Bantuan Kanak2 sehingga RM450/bln diteruskan, mnfaat 69k keluarga.
![Money]()
RM424j termasuk bantuan sosio-ekonomi warga emas RM300 sbg saraan hidup & program wang saku. 8 Pusat Aktiviti Warga Emas baru RM535j memanfaatkan hampir 150k.
![Money]()
RM 535j OKU merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja.
![Money]()
Pelepasan GST kpd OKU brdaftar utk beli peralatan bntuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop brg layak pelepasan diperluas.
![Money]()
Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar.
Yayasan Penjaja Dan Peniaga Kecil 1Malaysia
![Money]()
RM20j disalurkan kpd Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia utk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.
![Money]()
Bagi msyarakat India, RM50j bg prog peningkatan kapasiti & pndapatan, RM150j utk program pembiayaan perniagaan TEKUN & Amanah Ikhtiar Malaysia.
Meningkatkan Peluang Usahawan Malaysia
![Money]()
RM100j kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera.
![Money]()
RM100j kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka.
![Money]()
RM300j kpd TEKUN, bg bantu usahawan kecil majukan prniagaan, trmasuk skim baru TEMANITA, khusus utk usahawan mikro wanita.
![Money]()
RM200j kpd Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bg melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan.
![Money]()
RM120j kpd MARA bg plbagai prog keusahawanan antaranya prusahaan industri halal, pmbangunan usahawan belia, dan lain-lain.
![Money]()
Dana mudah-cara brjumlah RM500j menerusi TERAJU utk bantu syrkt2 bumiputera utk kembangkan perniagaan atau mulakan perniagaan baru.
![Money]()
RM100j utk TERAJU bg Tabung Eksport bg syarikat2 bumiputera menembusi pasaran antarabangsa.
![Money]()
RM100j menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bg prog Peneraju Skil & Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju.
Tunas Operasi ESSZONE / Keselamatan Negara
![Money]()
Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323j diperuntukkan utk penugasan anggota di sempadan kwsn Timur Sabah.
![Money]()
Mewujudkan
Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter.
![Money]()
Tmpatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8×8.
![Money]()
Kenderaan perisai 4×4 di Lahad Datu, pnempatan skuadron psawat pejuang Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di Pgkln Udara Labuan.
![Money]()
RM12.8b utk KDN termasuk RM8.7b utk PDRM. Antaranya bina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69 dan lain-lain.
Wanita / Perlepasan Cukai
![Money]()
Bagi hal ehwal wanita, RM2b utk program2 seperti I-KIT, I-KeuNita dan program
Women Career Comeback.![Money]()
Pelepasan cukai baru shingga RM1k bg pmbelian peralatan pnyusuan ibu. Pelepasan stiap 2 tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.
Pelepasan cukai sehingga RM1k diberi kpd pmbayar cukai individu hantar anak 6 tahun ke bwh ke tmn asuhan & pra-sekolah berdaftar, mulai 2017.
Elaun
![Money]()
Elaun ketua kampung, pengerusi JKKK & Persekutuan, termasuk Ketua Kampung2 Baru dan tok2 batin, dinaikkan drp RM800 kpd RM900.
![Money]()
Elaun Imam di bawah JAKIM dinaikkan drpd RM750 kpd RM850 sebulan, memanfaatkan 15k Imam seluruh negara.
![Money]()
Elaun guru KAFA juga akan dinaikkan drpd RM800 kpd RM900 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33 ribu guru.
![Money]()
Elaun para pembantu KEMAS akan dinaikkan drpd RM400 kpd RM500, melibatkan hampir 11 ribu orang.
![Money]()
Buat pertama kalinya, Kjaan memperuntukkan RM30j bg selaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
Akta Kebankrapan 1967
![Money]()
Kerajaan ambil langkah positif pinda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun depan, berkait mereka yg telah diisytiharkan bankrap.
INFOGRAFIK INTIPATI BAJET 2017
Bagi mereka yang tidak mempunyai masa membaca ringkasan intipati Belanjawan Malaysia (Bajet 2017) boleh merujuk kepada infografik yang disertakan seperti di bawah untuk mengetahui pelbagai inisiatif dan bantuan dalam Bajet 2017 yang diperuntukan oleh kerajaan. (Pautan Sumber Asal »
mysumber.com). Yalah tak semua orang rajin nak baca panjang-panjang kan? He he he…
![Open-mouthed smile]()
![]() |
Sila klik untuk tumbesaran imej |
*Apa pun… marilah kita bekerja kuat demi mencari rezeki sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup seharian kita dan menyelesaikan apa yang patut diselesaikan…
![Smile]()
…
Life goes on… Macam tulah…