Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

LEMUEL BEAUTY | Forget About Your Complicated Daily Facial Routine!

$
0
0
LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE

Hey you! Yes you! The juggling and busy beauty-junkie like me out there! You need LEMUEL BEAUTY BAPPEUN YEOJA ALL IN ONE CLEANSING TISSUE people! I love these. A cleansing tissue for everyday use for busy people. All natural plant extracts ingredients fused into 2 pieces of 100% cotton wipes. The product you will ever need for your daily facial routine. How does 3 minutes sound to you? Cause that’s all the time you will need. It acts as a makeup remover too.


If I’m going to use make-up remover wipes I want them to actually work and these do. These a pre-moistened generously sized makeup remover wipes that have a fresh, calming fragrance and can be used daily to remove make-up, dirt and oil. Honestly, the thing that stands out most with these wipes is the fact they are incredibly saturated. For me, these are very nicely saturated which means they do well to remove much of my makeup and do a fairly good job with waterproof mascara too! They also leave that really soft, slick feel behind that MAC Wipes do. You probably know what I mean if you use MAC’s version. Winking smile.

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 3

LEMUEL BEAUTY BAPPEUN YEOJA ALL IN ONE CLEANSING TISSUE:
  • Individually packed for HYGIENE.
  • Moisturizes and nourishes.
  • Patented natural substance.
  • Natural fabric (tissue).
  • Contains Rooibos Essence.

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 14
Source Extracted from Google

Rooibos or commonly known as “Red Bush” in South Africa, is also known as Aspalathus LInearis scientifically. The name comes from the plant’s linear growing structure and needle-like leaves. It is grown in the Cederberg, a small mountainous area in the region of the Western Cape province. As a fresh leaf, Rooibos has a high content of ascorbic acid or vitamin C. Rooibos contains polyohenols, including flavanols, flavones, flavanones, dihydrochalcones, aspalathin and nothofagin. The processed leaves and stems contain benzoic and cinnamic acids.

The benefits of Rooibos are that it is an anti-ageing agent, prevents skin disorders, reduces bacterial infections, promote healthy skin, boosts immune system and improves blood circulation.

How To Use LEMUEL BEAUTY BAPPEUN YEOJA ALL IN ONE CLEANSING TISSUE?


LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 2

Remove tissues from the packaging (2 pieces).

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 4

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 5

Maximize the first tissue that has groove lines and wipe away all your make up. No force is needed when wiping. Go gentle on your skin please? Winking smile. You can take a shower. If you are too tired, just rinse your face with water, towel dry and move to the next step.

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 6

Maximize the second tissue by wiping it over your face again and letting it dry naturally.

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 7

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 8

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 9

Granted I get lazy at the end of a long night, sometimes and those are the days I just wanna fall into bed and call it a day. But when I reminded myself, my own voice in my head telling me never to go to sleep with my make-up on! These do a quickie sweep up of everything and as I said even my harder to remove waterproof mascara is no match for them as they do a fairly good job getting that off too! So I can get to bed and relaxing. Smile

LEMUEL BEAUTY_FORGET ABOUT YOUR COMPLICATED DAILY FACIAL ROUTINE 15
LEMUEL BEAUTY BAPPEUN YEOJA ALL IN ONE CLEANSING TISSUE is from Korea and has only been in the market for less than a year. The product it manufactures are aimed at providing convenience to all customers with a simple tagline of “Convenience Cosmetics in your Hands”. This target audience are mainly at BUSY PEOPLE regardless of gender.

For further info, kindly please log on to:



Strategi Mendidik Anak Bagaimana Berhadapan Dengan Pembuli!

$
0
0
STRATEGI MENDIDIK ANAK BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN PEMBULI!

Serammm!!! Ghost… Zaman sekarang ni, kes buli bukan sahaja melibatkan anak-anak remaja tetapi juga anak-anak yang masih berada di dalam lingkungan usia sekolah rendah. Lagi bertambah serammm!!! Ghost… Bukan setakat yang berjantinakan lelaki yang terlibat, yang perempuan pun turut sama naik!!! Bila dikenang-kenang balik semua tayangan berita mengenai keskes buli yang viral di media sosial dan juga media massa tempatan, memang boleh jadi ngeri disebabkan memikirkan yang awak ni pun ada anak juga, anak awak bakal menempuhi alam persekolahan… Bermaksud, anak sendiri pun open to risk sebenarnya. Advanced betul anak-anak zaman sekarang ni ya? Daring pun ya juga…  Semakin ekstrem pula kes buli membuli ni. Bukanlah nak kata zaman-zaman sebelum-sebelum ni, termasuk zaman Farah tak ada kes buli, ada… Cumanya tidaklah se-ekstrem ini kan?

Contohnya seperti video yang dipetik dari YouTube di bawah ini, yang mungkin pernah anda tonton juga.

Video Buli Murid Sekolah Rendah





Pelajar Perempuan Kena Buli Di Kelas




Ini kalau terjadilah (minta sangat-sangat-sangat dijauhkan) kepada Iman Firash, memang sampai ke akar umbi mendapat si pelaku buli yang terlibat. Tidak ada mana-mana seorang ibu bapa pun yang sanggup jika anaknya diam sahaja saat menjadi korban buli! Biasalah, ibu bapa, akan cuba yang terbaik untuk melindungi anak-anak masing-masing. Tapi, kita-kita ni sebagai ibu bapa, bukannya akan 24 jam sentiasa berada di sisi anak-anak. Kita masing-masing punya tanggungjawab untuk mencari nafkah dan rezeki buat keluarga masing-masing demi kelangsungan hidup. Anak-anak juga perlu meneruskan rutin seharian mereka. Masing-masing ada tanggungjawab serta jadual waktu sendiri tanpa kehadiran antara satu sama lain. Kes-kes buli ini, memang sah-sah berlaku tanpa kehadiran kita kan? Tak nak anak jadi mangsa buli dengan teruk ataupun tak nak anak terjebak menjadi mangsa buli, jadi ibu bapa kenalah fikirkan cara yang terbaik bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak untuk melindungi diri walaupun kita tiada di sisi pada waktu kejadian berlaku ya tak?

Tetapi bagaimana ya? Di sinilah di mana peranan ibu bapa menjadi sangat penting di dalam mendidik anak-anak untuk membela diri mereka sendiri demi mencegah kemungkinan buruk yang mungkin boleh berlaku. Maksud membela diri di sini, bukanlah bermaksud untuk mendidik anak kita supaya memukul kembali si pelaku buli tu, akan tetapi tentang perkara-perkara yang sebaiknya yang dilakukan oleh anak yang dinamakan sebagai strategi membela diri di saat dibuli. Gittew... #ehhh tapi betullah kan? Masing-masing ada anak kan? Ada yang sudahpun bersekolah, ada pun yang bakal memasuki alam persekolahan, seperti Farah ni lah, Iman Firash bakal memasuki alam persekolahan pada tahun hadapan. Walaupun sekadar sekolah main-main, tetapi ini adalah salah satu sudut yang tidak boleh dipandang enteng oleh Farah. Al-maklumlah, Mommy Firash memang over-protective dan tidak mahu anak menjadi mangsa buli. Jujur diakui, for my son I will do anything and I can be anything. Even I can't, I will be. Haaa...Macam tu kan? Ko rasa ko sorang? Ha ha ha...Open-mouthed smile Semua ibu bapa pun macam tu kan? Dah namanya anak tentulah sayang oiii... Tentulah tidak mahu apa-apa terjadi kepada anak-anak kita kan?

Melalui sumber yang Farah sempat baca beberapa hari yang lepas di SINI, di antara strategi untuk mendidik anak untuk membela diri di saat dibuli adalah sepertimana yang telah disenaraikan di bawah:

Memantau Sudut Kepercayaan Diri / Self-Confidence

Ibu bapa perlu membina kepercayaan diri / self-confidence di kalangan anak-anak masing-masing. Membina sikap percaya kepada diri sendiri boleh dimulakan dengan melatih anak-anak untuk memberikan bahasa tubuh yang menyakinkan (body language) seperti berjalan dengan tenang dan berani untuk bertentang mata dengan orang lain. Latihlah anak untuk mampu melakukan hal-hal sebegini dengan baik supaya apabila sekalipun dia berada di dalam keadaan yang ketakutan amat sangat, dia masih lagi mampu untuk percaya kepada diri sendiri. Kekuatan mental adalah kunci utama agar tidak ditindas.

 

Membentuk Kumpulan Kawan

Pelaku buli kebiasaannya tidak menjadikan anak yang mempunyai kawan sebagai sasaran. Mereka biasanya menyerang anak-anak yang tidak mempunyai kawan atau berseorangan. Jika anak anda adalah jenis yang tidak mempunyai kawan atau tidak suka berkawan, makanya, sebagai ibu bapa, kita seharusnya menggalakkan serta membimbing anak-anak untuk menjalinkan persahabatan walaupun hanya dengan seorang kawan. Apabila berada di dalam kelompok kawan-kawan, ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencegah kes buli dari berlaku.

Ajar Anak Untuk Lebih Peka

Ajar anak untuk lebih berhati-hati dengan lingkungan persekitaran mereka. Apatah lagi jika terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan sekeliling mereka. Melatih kepekaan anak-anak tentang persekitaran tidak dapat dilakukan di dalam tempoh waktu sehari. Ajar anak membela diri dengan melatih sikap berhati-hati terhadap persekitaran dengan tujuan untuk menghindarkan diri mereka dari menjadi mangsa keadaan buli dan juga dibuli di tempat yang sunyi.

Elakkan Pergaduhan Dan Salah Faham

Ada masanya, mengelakkan pergaduhan dan salah faham itu dianggap sebagai tindakan seorang yang pengecut. Akan tetapi, anda boleh mengatakan kepada anak anda bahawa mengelakkan pergaduhan dan salah faham adalah bagi mencegah situasi yang lebih buruk terjadi. Oleh yang demikian, sebelum situasi menjadi semakin teruk, elakkan pergaduhan dan salah faham adalah cara terbaik untuk mencegah kes buli. Ajar anak untuk peka kepada naluri hati tentang keadaan selamat dan bahaya dan larikan diri apabila perlu.

Gunakan Suara Yang Tegas

Para pembuli kebiasaannya tidak akan menyerang orang yang memiliki kepercayaan diri dalam suaranya. Akan tetapi, hal ini memerlukan latihan khusus, terutama di dalam situasi darurat. Suara yang tegas dapat mempengaruhi pemikiran mental para pembuli yang bahawasanya lawan mereka bukanlah orang yang lemah.

Selalu Mencari Pintu Keluar

Walau ke mana sekalipun anak pergi, ajar anak untuk selalu mencari di mana letaknya pintu keluar. Ini akan menjadi sesuatu yang sangat berguna jika nantinya anak dikepung di sebuah tempat oleh segerombolan orang tertentu.

Menjerit

Salah satu cara untuk mendidik anak membela diri pada saat terjadinya kes ini adalah dengan memintanya menjerit dengan kuat. Selain dari mengganggu kosentrasi pihak pembuli, ia juga adalah kebarangkalian di mana akan ada juga bantuan yang datang untuk membantu anak anda. Yang pastinya, diam bukanlah merupakan satu idea yang baik.

Seni Pertahanan Diri

Ini adalah melibatkan serangan fizikal. Dengan mengikuti kelas seni pertahanan diri, anak akan dapat membela diri sewaktu mereka dibuli.

Gunakan Teknik Bela Diri

Ibu bapa selalunya risau sekiranya anak-anak masing-masing teribat di dalam perkelahian secara fizikal. Akan tetapi, di dalam menghadapi pembuli yang melakukan serangan fizikal, teknik bela diri iaitu mengelakkan serangan dan bukannya menyerang sangat perlu digunakan. Didik anak untuk fokus kepada mengelakkan serangan yang bakal dihadapi. Anak yang tidak dapat melindungi atau mengelakkan serangan sewaktu terjadinya buli berpotensi mengalami depresi saat dia dewasa nanti.

Nyatanya kan? Anak-anak yang menjadi mangsa buli dengan kerap sebenarnya bakal berhadapan dengan pelbagai kemungkinan negatif, ada yang mengalami depresi, gangguan emosi, kecacatan seumur hidup. Tentunya sebagai ibu bapa kita tidak mahu semua perkara ini terjadi kepada anak kita sendiri. Apa yang telah disenaraikan di atas adalah asas kepada strategi untuk mendidik anak bagaimana untuk menghadapi si pelaku buli yang dapat membantu mereka. Dengan membela diri atau melindungi diri sendiri, anak juga akan lebih mudah mencari jati diri. Bukan sekadar perlunya kita mendidik anak untuk membela diri akan tetapi adalah amat penting sebenarnya kita didik anak kita supaya tidak menjadi pembuli!

Tenangkan Anak Hiperaktif Melalui Makanan!

$
0
0
TENANGKAN ANAK HIPERAKTIF MELALUI MAKANAN!
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sedangkan Iman Firash yang aktif ni pun, Farah dah terasa tak cukup-cukup nafas sehinggakan termengah-mengah dibuatnya mengejar dia ke sana sini ketika membawa dia ke mana-mana tempat untuk outing dan bonding time. Contohnya hari ni lah kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Belum mula lagi majlis pelancaran yang dihadiri oleh Farah dan Iman Firash atas tiket blogger tadi, dah terasa basah diri ini dengan peluh. Berpeluh-peluh memantau dan menjaga Iman Firash yang leka bermain di kawasan khas yang sememangnya disediakan oleh pihak yang menaja lokasi majlis untuk kanak-kanak. Dia punya kepantasan kaki berlari, mak aiii… mengalahkan Usain Bolt. Confused smile. Semputtt Mommy dia ni nak mengejar… Tak payah subscribe sesi Zumba di gimnasium lagi dah… Zumba dengan anak pun dah tersangat cukup dah rasanya… Smile with tongue out. Cuma badan jer yang tak susut-susut lagi… Muahahaha… Laughing out loud.

Bayangkanlah pula bagaimana keadaannya yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dikategorikan sebagai anak-anak hiperaktif? Memang kena banyak-banyak bersabar kan? Jangan salah faham… Bukannya Farah memandang hina atau memandang sebelah mata ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dikategorikan sebagai anak-anak hiperaktif, Farah ni orangnya senantiasa berpegang kepada prinsip, jangan sibuk nak mengata anak orang, anak sendiri pun belum tentu lagi. Cumanya, Farah memahami bagaimanakah perasaan itu untuk menghadapi hari-hari dan menjalani hari-hari dengan anak-anak hiperaktif. Memang perlu mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi dan memang perlu mampu untuk bertenang setiap masa.

Tapi ada satu cara yang sebenarnya untuk menenangkan anak yang hiperaktif dan ibu bapa bolehlah menarik nafas lega sedikit. Sejauh mana keberkesanannya Farah tak boleh nak pastikan 100% atau 200% kepada anda, akan tetapi memang banyak juga artikel-artikel yang telah Farah baca yang membincangkan mengenai cara menenangkan anak yang hiperaktif ini. Apakah ianya? Ianya adalah melalui makanan. Makanan dikatakan mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak hiperaktif. Menurut artikel yang dimuatnaikkan di laman web di SINI, makanan mempengaruhi tubuh kita melalui pelbagai cara seperti nutrisi, vitamin, lemak, rasa yang berbeza dan juga mood kita. Ya, sememangnya benar, makanan mempengaruhi mood manusia. Contohnya coklat, sup ayam, hamburger dan keju. 

Itulah yang dialami oleh anak-anak kita juga dan itulah juga yang menjadi penyebab mengapa anak hiperaktif kini menjadi sebahagian dari kehidupan keluarga-keluarga moden pada masa kini. Mood anak-anak dan juga kita sebahagian besar dipengaruhi oleh fungsi tubuh, terutama tahap gula di dalam darah. Jika tahap gula di dalam darah seseorang anak terlalu rendah, mereka akan menjadi lembab, mudah rungsing dan kalut. Yang mana mereka sering dicop sebagai malas atau mengalami masalah ketidakmampuan untuk belajar. Sebaliknya, jika tahap gula di dalam darah seseorang anak terlalu tinggi, mereka mudah marah, gelisah, cemas. Mereka bertindak tanpa tujuan dan ini terjadi di luar kawalan mereka. Inilah yang dinamakan seorang anak yang hiperaktif. Apabila tahap gula meningkat, tubuh kita bekerja keras untuk mengatasi peningkatan hormon kortisol dan adrenalin. Hormon yang membekalkan tenaga kepada tubuh untuk mengatasi tekanan, memberikan anak- anak sejumlah besar tenaga.

Tips untuk mengendalikan atau menenangkan anak hiperaktif melalui pemakanan atau makanan? Mari kita sama-sama ikuti satu persatu:

Kawal Makanan Olahan Di Dalam Hidangan Anak Hiperaktif

Bahan kimia dan pewarna yang digunakan di dalam makanan olahan adalah berbahaya untuk tubuh badan. Ianya sebenarnya memberi kesan atau masalah di dalam menstabilkan gula di dalam di darah. Jika anak mempunyai anak yang hiperaktif atau cenderung hiperaktif, segera singkirkan nugget dan sosej dari pemakanan mereka kecuali jika anda membuatnya sendiri.

Buah-Buahan Segar Dan Sayuran Sebaiknya Disertakan Di Dalam Pemakanan Anak Hiperaktif

Brokoli, bayam, kangkung, epal, tomato dan buah serta sayuran lain sememangnya disarankan untuk diberikan kepada anak-anak yang hiperaktif. Jika anak-anak menolak untuk makan buah ataupun sayuran, cuba berikan jenis yang lain sehingga kita sebagai ibu bapa betul-betul mengetahui buah dan sayuran jenis yang mana yang disukai oleh mereka.

Protein

Telur, daging ayam dan daging lembu merupakan sumber protein yang terbaik. Usahakan untuk memberikan salah satu dari sumber protein yang dinyatakan secara berganti-ganti setiap hari sebagai menu makanan anak hiperaktif.

Air Putih Adalah Minuman Terbaik Untuk Anak Hiperaktif

Sememangnya tidak semua kanak-kanak suka akan air putih. Akan tetapi ibu bapa boleh melatih anak hiperaktif untuk menjadikan minuman air putih sebagai satu rutin kebiasaannya. Perhatikan baik-baik, jika anda memberikan jus dalam kotak kepada anak-anak hiperaktif. Periksalah selalu kandungan gula dan pastikan jus tidak mengandungi pengawet mahupun pewarna. Nak yang pure punya ok?

Dikatakan dengan membataskan pengambilan sesuatu jenis makanan dan memberikan pola pemakanan yang betul untuk anak-anak hiperaktif, ianya akan membantu menenangkan anak-anak hiperaktif sama ada secara fizikal ataupun emosional. Sesekali boleh beri mereka makan burger ataupun jajan, tetapi ibu bapa perlu bataskan pengambilan makanan sebegini serta memantau pemakanan anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua ya? Winking smile

*Antara lain yang pernah Farah dengar adalah, jangan pakaikan baju warna oren dan jangan berikan makan coklat…

Kelebihan ANAK LELAKI RAPAT Dengan Ibunya?

$
0
0
KELEBIHAN ANAK LELAKI RAPAT DENGAN IBUNYA

Orang kata, kalau boleh anak-anak biarlah sama timbang taranya kerapatan hubungan mereka di antara ibu dan bapa. Bila sama timbang tara, barulah seimbang. Si ibu tak sentap, si bapa tak berkecil hati. Barulah tak berebut claim kata, anak lebih rapat dengan ibu, anak lebih rapat dengan bapa. Kebiasaannya, masyarakat sekeliling sinonim sangat dengan anggapan anak perempuan akan rapat dengan bapa, anak lelaki akan rapat dengan ibu. Itu memang menjadi satu cakap-cakap umum dan itu sememangnya banyak berlaku. Akan tetapi tidak dinafikan bahawasanya, ada situasi yang mana anak-anak akan sama rapatnya dengan kedua-dua ibu bapanya. Tak ada unsur berat sebelah dari pihak anak. Sama rata jer dia rapat dengan ibu bapanya… Cumanya, yang banyak berlaku ialah, anak akan rapat di antara salah satu, iaitu sama ada ibu ataupun bapa. Kannn? Farah sendiri sewaktu kecil lebih rapat dengan Atuk Firash. Akan tetapi, semakin lama semakin dewasa semakin rapat dengan Nek Ma Firash. Yang Farah pandang adalah, sebenarnya faktor rapat tak rapat ni berubah-ubah mengikut keadaan semasa yang benarnya. He he he… Laughing out loud.

Farah terbaca satu artikel di SINI yang Farah rasakan agak menarik untuk dikongsikan di dalam entri pada kali ini, sebagai bahan bacaan ibu bapa. Dikatakan anak lelaki yang tidak dekat dengan ibunya cenderung untuk lebih agresif dan destructive. Apabila seseorang anak lelaki itu rapat dengan ibunya terdapat beberapa kelebihan yang mana kelebihan-kelebihan yang telah dikongsikan menerusi artikel tersebut adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Kecerdasan Emosi Dan Empati

Apabila seseorang anak lelaki itu rapat dengan ibunya, seseorang anak lelaki itu bebas untuk mengenali emosi sendiri dan mengekspresikan emosi sendiri. Kelak, dia sendiri boleh mengetahui rasa tidak selesa yang dirasakan oleh diri mereka. Sama juga halnya ketika mereka melihat orang lain sedang merasakan emosi tertentu, mereka akan mudah untuk merasa empati disebabkan mereka memahami bagaimana perasaan orang lain yang berkaitan.

Menjadi Seorang Pasangan Yang Penuh Dengan Empati Kepada Keluarga

Menurut Dr. William Pollack, seorang professor di dalam bidang psikologi dari Universiti Havard, anak lelaki yang rapat dengan ibunya tidak akan menolak untuk membantu kerja-kerja rumah seperti memasak, membersihkan dan menggantikan lampin pakai buang bayi tanpa merasakan itu adalah perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. He he he, orang perempuan memang suka dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri macam ni kan?

Peluang Untuk Lebih Berjaya Di Dalam Pekerjaan

Dengan keadaan ekonomi pada masa kini yang lebih sukakan pekerja yang mempunyai kemampuan komunikasi yang kuat dan kecerdasan emosi yang tinggi berbanding kemampuan fizikal atau skil kepimpinan ala-ala pejuang. Dikatakan sekiranya seseorang anak lelaki itu lebih rapat dengan ibunya, ianya akan mampu menguasai skil komunikasi yang baik dan mempunyai kecerdasan emosi yang sangat tinggi yang dapat membantu mereka menjadi seseorang yang lebih berjaya di dalam pekerjaan.

Memiliki Fahaman Yang Seimbang Mengenai Maskuliniti

Anak-anak yang biasa rapat dengan ibunya akan memiliki pandangan yang berbeza mengenai maskuliniti. Mereka memandang sifat ini dengan lebih seimbang dan tentu sahaja berbeza dari persepsi tradisi yang mana seseorang lelaki itu harus selalu kelihatan kuat dan tidak boleh menangis.

Peluang Untuk Lebih Menyerlah Di Dalam Akademik

Melalui satu kajian yang melibatkan 400 orang anak-anak di usia sekolah menengah di sebuah sekolah di New York, ianya mendapati bahawa anak lelaki yang memiliki hubungan yang rapat dengan ibunya terbukti tidak mudah menjadi cemas atau mengalami masalah depresi. Selain itu, mereka juga sering mendapat keputusan yang baik di dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang tidak rapat dengan ibu mereka.

Jadi, janganlah pandang sebelah mata, lelaki yang merupakan anak mak ni ya? He he he… Yang pentingkan, sebenarnya, apa pun jantina anak-anak kita, anak-anak seharusnya sememangnya dekat hubungannya dengan ibu bapa. Kannn?

HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS | Let Children Be Children!

$
0
0
HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN


Dulu sewaktu zaman-zaman Farah kecil dulu, kalau dapat peluang bermain di luar rumah… Yehaaa!!! Pucuk dicita ulam mendatang! Setiap hari bila tiba pukul 5.00 petang jer, mulalah terjengah-jengah melalui tingkap ke padang permainan yang terletak betul-betul berhadapan dengan pangsapuri yang Farah tinggal serta membesar dahulu. Kami dulu tinggal di pangsapuri PKNS di AU3 – Ampang Ulu Klang. Kebetulan unit pangsapuri Farah memang terletak di bawah, buka-buka pintu jer, dah nampak padang permainan… Lari-lari anak sikit, tak sampai 5 minit dah ada di padang permainan. Makanya, memang boleh dikatakan setiap petang bermain di padang permainan. Iyalah waktu-waktu tu belum ada telefon pintar, belum ada banyak gajet dan tak banyak pun yang boleh dibuat di dalam rumah selain daripada menonton televisyen dan bermain permainan video yang mana lama-lama pun boleh jadi bosan kan? Kalau ada yang tak pernah ada rasa jemu bermain permainan video, Farah tak taulah kan? Permainan video yang Farah maksudkan bukannya permainan video seperti XBox ataupun PlayStation. Ini stok permainan video zaman-zaman Farah membesar dulu yang memang rasa jemu kalau ulang-ulang main permainan yang sama jer… He he he… Laughing out loud.

Hari ini, sudah sangat berbeza dengan zaman-zaman Farah membesar dulu. Kebanyakan kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa bermain mereka di dalam rumah sahaja. Tak payah tengok contoh jauh-jauh pun, contoh anak sendiri yang sedang membesar pun dah cukup. Winking smile. Wink! Betul apa? Sekarang ni, bermacam-macam jenis permainan yang boleh melekakan anak-anak di dalam rumah. Alat-alat permainan zaman sekarang ni, jauh beza kecanggihannya dengan zaman-zaman Farah membesar dulu. Memang boleh lekalah kalau rumah tu dah macam gudang permainan kan? Farah sendiri kadang-kadang jadi kagum dan jadi teruja nak bermain alat permainan anak sendiri yang canggih manggih yang Farah tak pernah jumpa sewaktu zaman Farah dulu. Muahahaha… Jakun sekejap tau tak? Open-mouthed smile. Lepas tu tambah pula lagi dengan kemajuan teknologi dan juga dengan adanya gajet-gajet pintar yang menjadi tumpuan serta menarik perhatian kanak-kanak. Memanglah… Bila dah menghadap gajet dan permainan interaktif ataupun sesuatu yang menarik untuk jadi leka dengan gajet, secara automatik, anak jadi melekat di dalam rumah berbanding bermain di luar rumah ya tak?

Bukan tu sahaja, sebenarnyalah kan? Kebimbangan terhadap faktor keselamatan anak-anak membuatkan ibu bapa lebih rela mengurung anak bermain di dalam rumah berbanding memberikan mereka kebebasan untuk bermain di luar rumah. Sedangkan, untuk membantu perkembangan positif si anak, ibu bapa sebenarnya sepatutnya didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar rumah yang lebih banyak memberi manfaat dan membantu mereka membesar sebagai anak yang kreatif, cergas dan cerdas. Majoriti kanak-kanak sekarang kurang mengenali pasir, debut, pokok, haiwan dan bermacam lagi yang boleh diteroka di luar rumah akibat kurang bermain di luar. Sebenarnya, bermain di luar rumah adalah lebih baik daripada membiarkan anak-anak bermain gajet seharian di dalam rumah. Kanak-kanak memerlukan rangsangan agar perkembangan otak boleh berlaku dengan sempurna. Salah satu rangsangan tersebut adalah bermain. Biarkan anak-anak bermain dengan kawan-kawan sebaya di luar rumah kerana ia membantu perkembangan sosial mereka. Biarkan anak-anak berimaginasi dengan pelbagai penemuan di luar rumah kerana ia penting untuk merangsang otak mereka.

Ada juga di kalangan ibu bapa yang boleh jadi sangat mengawal atau memantau terlalu ketat serta sangat membataskan waktu anak-anak bermain di luar rumah kerana bimbang berlakunya kecederaan-kecederaan pada tubuh badan si anak yang seterusnya mengakibatkan anak-anak mendapat parut di tubuh melalui luka, lebam dan bengkak. Kalau boleh tak nak ada satu parut di mana-mana bahagian tubuh anak-anak. Berbeza kan? Dengan zaman kita membesar dahulu. Luka, lebam, bengkak dan parut kesan dari kecederaan yang berlaku sewaktu bermain di luar rumah adalah satu perkara yang biasa berlaku dan setakat parut daripada satu-satu peristiwa yang ada tu, itu adalah perkara biasa. Kalau sesiapa yang ada parut tu kannn, tak taulah jika anda serupa dengan Farah, ada masa-masa bila lihat kembali parut yang masih ada tu, kita akan teringat saat-saat indah dan memori yang manis sewaktu kita melaluinya dulu dan boleh jadi tersenyum sendiri bila kenang-kenangkan balik zaman kanak-kanak kita.

Mentaliti ibu bapa kini, mungkin ada perbezaannya sedikit di dalam melindungi anak-anak masing-masing. Zaman Farah membesar dulu, ibu bapa bukannya tidak melindungi dan tidak sayang. Mereka sentiasa melindungi dan sayang kepada anak-anak. Semua ibu bapa melindungi dan sayang anak-anak masing-masing, cumanya tidaklah sehingga sampai ke tahap tidak mahu ada satu parut pun di bahagian tubuh badan anak-anak. Kalau ibu bapa kita dulu, jika ada parut akibat kecederaan yang berlaku sewaktu bermain di luar rumah, mereka akan kata bagus! He he he… Pengajaran untuk kita… Esok lusa kita akan sentiasa ingat dan tidak akan mengulangi semula jika tidak mahu diri sendiri tercedera. Sekarang? Kalau boleh elak, kita elak. Seboleh-boleh janganlah ada parut di tubuh badan anak. Awww… Tidaklah semua ibu bapa begini. Akan tetapi, memang ada ibu bapa begini.

Farah pula tidaklah terfikir sampai ke situ, perihal parut ni semua. Tapi Farah akui, Farah salah seorang daripada kalangan ibu bapa yang overprotective terhadap anak. Juga Farah akui, Farah memang memantau ketat Iman Firash ketika dia bermain di luar rumah. Ikut rapat-rapat dan perhatikan rapat-rapat jer setiap pergerakkan Iman Firash. Agak-agak kehilangan imbangan badan, cepat-cepat Farah berlari dapatkan dia dan menangkap atau menyambut tubuh badan dia demi nak elakkan dia jatuh. Haaa ko, sampai tahap macam tu sekali! Embarrassed smile… Tapi bukanlah fikir sebab takut anak tu berparut… Hu hu hu… Cuma tidak mahu dia mengalami kecederaan yang serius yang boleh menyakitkan dia. Nampak tak? Nampak tak di situ bagaimana overprotective-nya Farah? Di mana, secara hakikatnya Farah tahu yang Farah perlu ubah itu. Mentang-mentanglah anak seorang jer, bukan main dia punya overprotective kannn? I need and I have to learn to let go!

Mungkinlah, mungkin kini, Farah boleh belajar untuk melepaskan sedikit demi sedikit dan mungkin juga Farah boleh lepaskan segala rasa bimbang sekiranya berlaku kecederaan yang boleh meninggalkan kesan parut pada tubuh Iman Firash. Begitu juga anda yang mungkin sekapal dengan Farah di dalam hal ini! Sebabnya? Haaaa… Punya nalaaa panjang mukadimah…Ini baru nak masuk apa yang Farah nak kongsikan sebenarnya…  Open-mouthed smile Ha ha ha… Ya, harap maklum ya, entri pada kali ini, mungkin agak panjang lebar dan dipenuhi juga dengan gambar-gambar sebanyak lebih kurang 20 kepilan gambar more or less.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 2


Bertempat di Young Explorer Kid’s Gym di Plaza 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 12 November 2016 – Iman Firash dan Farah telah mengisi pagi Sabtu kami pada kali ini dengan menghadiri majlis pelancaran Kempen My Hero-Scar -  Hiruscar dan Hiruscar Kids. Objektik kempen ini adalah bagi menggalakkan ibu bapa untuk memberikan kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menikmati aktiviti luar rumah atau lebih dikenali sebagai outdoor tanpa merasa bimbang sekiranya anak-anak mendapat parut di tubuh badan daripada luka, lebam dan juga bengkak. Ia juga adalah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa akan kepentingan aktiviti di luar rumah atau outdoor di dalam perkembangan fizikal serta psikologi anak-anak.

Perkara yang ibu bapa perlu tahu, parut sebenarnya boleh dihilangkan sekiranya dirawat dengan betul dan produk penjagaan parut yang betul digunakan!


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 3


Anak-anak yang sedang membesar sememangnya sangat aktif dan kemungkinan untuk terjatuh itu serta mengalami kecederaan itu sememangnya ada. Tak payah nak kata di luar rumah sahaja perkara ini boleh berlaku, di dalam rumah pun boleh berlaku juga. Ada di antara ibu bapa yang mana seakan trauma, bila sekali dah terjadi, anak dah tercedera, selepas itu memang akan sangat menjaga demi nak mengelakkan anak tercedera lagi dan mendapat parut yang lebih banyak di bahagian tubuh badan anak-anak. Sebenarnya ada satu soalan… Lalu ke nak pantau, nak jaga anak-anak 24/7 semata tak nak anak mendapat parut di tubuh badan mereka? Sebab tak lalu nak pantau 24/7 lah terjadinya keadaan di mana ibu bapa mengambil keputusan yang memudahkan mereka dengan mengelakkan anak-anak dari terlibat dengan aktiviti di luar rumah yang mana sebenarnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Allow them to be adventurous because it is part of growing up.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 4


Menurut Cik Koon Yin Pang yang merupakan Senior Manager, Consumer Health Lead, Marketing Management, Consumer Health dari DKSH Malaysia Sdn. Bhd., Hiruscar dan Hiruscar Kids menawarkan solusi atau penyelesaian yang efisyen dan juga mudah di dalam memastikan orang dewasa dan kanak-kanak dapat menghilangkan parut dari tubuh badan mereka. Secara alternatifnya, Kempen My-Hero Scar adalah untuk memberi jaminan kepada ibu bapa supaya mereka tidak perlu berasa risau tentang parut pada tubuh badan anak-anak selagi adanya penjagaan yang rapi dengan Hiruscar dan Hiruscar Kids.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 5


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 6


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 7


Untuk ibu bapa atau dewasa, Hiruscar adalah merupakan sesuatu yang dapat membantu di dalam menyamarkan parut di bahagian kulit pada tubuh badan. Ianya tidak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit. Hiruscar mengandungi MPS yang digabungkan dengan Allium Cepa serta empat lagi elemen lain yang dapat mengurangkan pembentukan tisu lebihan pada kulit. Ia juga memperbaiki dan menyembuhkan luka secara semulajadi dan melembutkan permukaan parut yang tebal. Untuk hasil yang terbaik, penggunaan Hiruscar perlu secara berterusan secara konsisten selama tempoh masa 4 sehingga 6 bulan. Ianya digunakan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari pada pemukaan luka yang telah kering. Jangkamasa rawatan atau penggunaan Hiruscar adalah berbeza-beza mengikut kondisi, saiz, jenis, keseriusan dan berapa lamakah usia parut terbabit. 93% pengguna menyatakan yang kebanyakan parut mereka sembuh pada minggu ke-12 penggunaan Hiruscar.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 8


Hiruscar Kids pula adalah produk yang dipasarkan khas buat kanak-kanak yang menggabungkan lima molekul sebagai hero yang membantu ibu bapa merawat parut yang terdapat pada anak-anak masing-masing.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 9


Makanya, tak perlu risaulah kan? Sekiranya kita sendiri yang berparut, anak kita yang berparut… ada hero yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan parut-parut tersebut. Hiruscar dan Hiruscar Kids kan ada? Nak risau kenapa? He he he… Winking smile.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 11


Rasa risau dalam hati pun berkurangan sedikit bila mendengar talk yang disampaikan oleh Dr. Priyadarshini Srinivasan yang merupakan seorang industrial and organizational psychologist yang telah dijemput khas oleh pihak Hiruscar dan Hiruscar Kids. Banyak ilmu serta perkongsian yang telah mendatangkan manfaat serta membuka minda ibu bapa yang hadir ke atas kepentingan aktiviti luar rumah ataupun outdoor. Di dalam sesi selama 45 minit yang telah disampaikan oleh Dr. Priyadarshini, antara topik yang telah diketengahkan serta disampaikan di dalam sesi talk yang bertajuk Play as a Significant Tool of Parenting adalah seperti:

  • Values of Parenting
  • Styles of Parenting – Alison Gopnik
  • Rules for Parenting
  • Play and its Significance in Parenting
  • Outdoor Play Benefits to Young Toddlers
  • Outdoor Play Benefits to Young Children (3-5 years)
  • The Impact of Restricted Outdoor Playtime on Children
  • Parents Role in Outdoor Play
  • Bumps and Bruises are Part of Growing Up
  • Tips for Playing with Young Children

Iman Firash? Takkanlah nak duduk diam dalam bilik talk tu selama 45 minit kan? Tak mungkin… He he he… Open-mouthed smile… Tentu-tentulah dia akan merasa bosan ya tak? Dia adalah aktiviti dia yang tersendiri. Selama berlangsungnya majlis pelancaran Hiruscar dan Hiruscar Kids, Iman Firash ada di bahagian yang telah dikhaskan dan inilah merupakan salah satu acara yang pernah Farah hadiri yang boleh dikatakan sebagai acara mesra ibu bapa! Smile. Tidak perlu risau Iman Firash kebosanan, sementara Farah sibuk dengan tugasan Farah, Iman Firash dijaga oleh guardian yang telah ditugaskan. Smile. Nak lihat apa yang Iman Firash sibukkan bersama rakan-rakan lain?


{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1478936041080","sources":[],"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","width":2048,"origin":"collage","subsource":"done_button","height":1536,"total_editor_time":18,"brushes_used":0}


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 14


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 16


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 15


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 17


Sibuk anak bujang kita ni bereksplorasi setiap segenap sudut Young Explorer Kid’s Gym dengan pengawasan guardians yang telah ditugaskan khas pada acara tersebut. Tapi tidaklah dia leka sehingga terlupa Mommy. Sekejap-sekejap dia mencari juga, sehinggalah bila Babah dia sampai. Masa tu memang Babah dia tolong pantau dia sama lah sementara Mommy menyiapkan tugasan. Bagi mengeratkan bonding di antara ibu bapa dan anak-anak, terdapat juga aktiviti pencarian harta karun yang telah disediakan.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 19


Jangan tanyalah Iman Firash menang apa kan? 2 jer pun yang dapat dicarinya… He he he… Alaaa…kecil sangat lagi… manalah nak mampu dia mencari semua kan? Tunggu sedikit masa lagi nanti ya? Bila dia dah cukup faham dan cukup besar.


HIRUSCAR & HIRUSCAR KIDS_LET CHILDREN BE CHILDREN 18


Jadi… jika anda belum mendedahkan anak-anak bermain di luar rumah kerana risaukan parut yang bakal mereka dapat… pertimbangkanlah hal tersebut dan berilah peluang kepada mereka untuk meneroka dunia luar yang lebih luas dan menarik. Mungkin tips berikut sepertimana yang dikongsikan oleh artikel di SINI berguna kepada kita sebagai ibu bapa.

Tetapkan Masa Bermain

Kanak-kanak memerlukan minimum satu jam untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia penting untuk kesihatan mereka. Dengan melakukan aktiviti fizikal, mereka dapat berkembang secara optimal dan sihat dan cergas. Sediakan sekurang-kurangnya satu jam untuk anak bebas bermain di luar rumah.

Jaga Anak Ketika Bermain

Jangan biarkan anak bermain bersendirian di luar rumah. Ibu atau ayah mesti ada di sisi untuk memerhati dan memantau keselamatan anak agar dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan atau kemalangan yang tidak diinginkan.

Pastikan Tempat Bermain Selamat

Pilih kawasan yang selamat untuk anak bermain di luar rumah. Jangan mendedahkan anak bermain di tempat yang berbahaya.
 

Bersihkan Badan Anak

Bermain di luar rumah memang mendedahkan anak kepada risiko kekotoran. Oleh itu aspek kebersihan mesti diutamakan. Badan yang berpeluh, tangan yang kotor kerana banyak menyentuh objek di luar rumah mesti dibersihkan sebaik selesai bermain kerana ia penuh dengan kuman yang berisiko menyebabkan jangkitan pelbagai penyakit.
 
Tak perlu risau sekiranya hadiah yang didapati adalah kesan parut, kerana Hiruscar dan Hiruscar Kids ada untuk membantu!
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KEMPEN MY HERO-SCAR, SILA LAWATI:
 
 
 
*Pssttt... Ingat ya! Aktiviti luar rumah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak. Jangan abaikannya hanya kerana anda malas hendak mengawasi mereka bermain.

Terima Kasih ADVANTAGE QUEST | Saguhati Untuk Firash...

$
0
0

Alhamdulillah... Syukran Ya Allah... Tidak disangka, tidak diduga, entri Terima Kasih ADVANTAGE QUEST Kerana Bantu Mahirkan Bahasa Melayu Iman Firash! telah membawa kepada rezeki hadiah saguhati yang bernilai sebanyak RM200.00 untuk Iman Firash. Ecehhh... bajet macam menang hadiah utama pula siap ber-entri entri bagai kannn? Alaaa... Apa salahnya? Sebagai tanda terima kasih kepada pihak ADVANTAGE QUEST kerana sudi memilih entri tersebut memenangi hadiah saguhati. Tanda kesyukuran atas rezeki dari Allah SWT. Besar atau kecil kemenangan bukanlah persoalannya, akan tetapi terima kemenangan dan kekalahan tanpa mempersoal dan penuh rasa syukur atas rezeki Allah SWT itu lebih penting kan? 



Satu lagi pencapaian untuk Bubblynotes.Com yang tidak seberapa tetapi cukuplah tu kan? In Shaa Allah, lain masa jika ada rezeki lain pula siapa tahu kan? Yang penting, jangan pernah berputus asa dan semuanya adalah berdasarkan passion yang tiada hentinya. Mencuba untuk kekal aktif dan konsisten walaupun kini diakui masa agak tidak menentu bagi Farah kerana siang harinya sewaktu hari bekerja Farah fokus semata kepada tugasan hakiki. Perhatian diberikan sepenuhnya ke atas tugasan hakiki dan blog datang masanya pada waktu yang diwujudkan pada waktu malam setelah si kecil tidur. Itupun kalau tak terbabas hanyut di alam fana cinta  mimpi lah oiii! Nak buat macam mana, semakin anak membesar semakin perlukan utamakan tuntutan prioritylah kan? Mana yang lebih utama. 

Disebabkan hadiah yang dimenangi tidak dihantarkan kepada kami, makanya kesempatan waktu terluang semasa cuti tahunan sehari yang diambil oleh Farah pada Jumaat lepas iaitu 11 November 2016, Farah berkesempatan untuk singgah dan mengambil hadiah yang telah dimenangi di pejabat ADVANTAGE QUEST sendiri di Petaling Jaya, Selangor dengan ditemani oleh pemilik hadiah iaitu Iman Firash. Seronok betul dia! 


Inilah dia hadiah-hadiah saguhati yang telah dimenangi oleh kami. Koleksi buku dan set aktiviti yang berjumlah RM200.00. Wahhh semakin banyak koleksi buku Iman Firash sekarang ni! He he he... masa untuk memikirkan sama ada Iman Firash telah mula memerlukan rak buku ataupun tidak. Akan tetapi rasanya memang perlu. Sebab koleksi buku-buku bacaan serta aktiviti Iman Firash nampaknya semakin hari semakin bertambah! 

*Semakin suka dan semangat pula nak sertai pelbagai jenis peraduan atau pertandingan. Sekadar suka-suka jer, bukannya terlalu mengharapkan kemenangan. 

Koleksi Buku Gambar Iman Firash Dari PHOTOBOOK MALAYSIA! RM 5.00 Ajer!

$
0
0
KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER!

Rolling on the floor laughing Yippie yeayyy! Akhirnya misi koleksi buku gambar Iman Firash yang sentiasa ongoing dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan semasa dan tumbesaran dia yang ke-4 telahpun selamat sampai ke tangan Farah petang semalam… Smile… Ini sememangnya hobi Farah sejak dia lahir pada tahun 2013 dahulu… Memang dah sasarkan nak buat koleksi buku gambar dia dan abadikan moments melalui koleksi buku gambar. Sebab tu Farah sangat-sangat-sangat tersangatlah rajinnya menghabiskan memori telefon pintar hanya semata nak penuhkan dengan gambar anak. Even Dropbox and Google Drive storage dah burst dah pun. Walaupun punyalah banyak akaun yang set-up untuk Dropbox dan Google Drive. Sampaikan Dropbox tu dah minta ampun dah suruh upgrade kepada storage 1TB. Ekekekeke… Open-mouthed smile.

Bukannya tak boleh nak simpan jer elok-elok soft copy semua gambar Iman Firash. Cumanya, tidak tahu berapa lama lasting kalau hanya sekadar simpan soft copy. Disebabkan atas alasan itu, rasanya jika diabadikan di dalam bentuk buku gambar sebegini ianya akan tentu-tentu lasting sehingga dia besar nanti. Nenek dia kata… “Rajinnya Mommy rakam gambar Firash…Rajinnya Mommy buat benda remeh-temeh, susun dan masukkan gambar dalam template…”… He he he… Kembang setaman Farah sekejap ok? Haruslah…Inilah kenangan masa akan datang dan inilah dia juga untuk Iman Firash lihat moments dia membesar sewaktu dia masih belum begitu mengerti segalanya lagi. Kurang-kurang akan datang nanti, kalau dia tengok, dia akan kenal zaman-zaman dia lahir dan membesar dari tahun ke tahun. Bagi Mommy dia pula, it is simply because I do not want to miss any single second of the joy of being a Mommy to Iman Firash and it is symbolic to how do I do really cherish this journey of motherhood. Gittew…

Baru 4 jer koleksi oiii, sebenarnya kalau nak ikut-ikutkan banyak lagi gambar yang belum dibukukan oleh Farah. Nantilah perlahan-lahan… Buku-buku sebelum ini pun Farah pernah kongsikan melalui entri-entri yang telah dimuatnaik di Bubblynotes.Com ini. Di antaranya:

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 10

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 11

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 12

Setakat ini, kesemuanya masih di dalam bentuk mini photobook. Kalau nak lihat serba sedikit bagaimana isi kandungan buku-buku gambar Iman Firash sebelum ini, bolehlah klik pada pautan entri sebelum ini yang Farah dah jaringkan di atas untuk anda. Tak nak lihat pun tak apa, tak ada paksaan ok? Smile. Rata-rata harga yang Farah dapat adalah di antara RM 1.00 sehingga RM 5.00. Teringin juga nak buat buku gambar yang mega punya! Tapi bukanlah sekarang… Bajet belum cukup lagi oiii… Syukurlah apa yang ada dulu kan?

Nak tengok tak? Farah kongsikan isi kandungan buku gambar Iman Firash yang keempat ini? He he he…Kalau tak nak pun tak apa, sebabnya Farah tetap akan paparkan sekali bersama-sama entri ini. Bila ada gambar barulah seronok jamu mata…Winking smile

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 2

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 3

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 4

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 5

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 6

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 8

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 9

Surprised smile hah? RM 5.00 sahaja? Tak percaya? Cuba lihat bukti di bawah ini:

Capture 4

Betul tak? RM 5.00? Tu sebab rajin sangat buat buku gambar Iman Firash, sebab boleh dapat harga yang bom kekabom super duper murah lagi berkualiti hasilnya. Entahlah, mungkin disebabkan rasa macam incomplete bila sekadar pengap dalam storage spaces yang ada tetapi tak ada hardcopy. Bila ada hardopy ni… sangat-sangat meaningful pada Farah. Yang belum buat tu… Apa kata jenguk-jenguk LAMAN WEB PHOTOBOOK MALAYSIA, jomlah kita sama-sama abadikan moments anak-anak. Seronok tau buat benda ni sebenarnya! He he he… Open-mouthed smile

*Cuma rasa-rasanya selepas ni, In Shaa Allah, kalau ada rezeki lah kan? Kalau ada rezeki…Manalah tau kot-kot kalau ada rezeki terpijak dari mana-mana ke? Nak proceed untuk sama ada buat kompilasi gambar dari saat kelahiran dia sehingga waktu terkini, nak sumbat banyak-banyak semua gambar, jadikan satu buku gambar yang lengkap… let say untuk jarak 3 tahun sekali atau 5 tahun sekali… tapi nak tukar buku gambar jenis sama ada yang dipanggil sebagai Pro Series atau Flush Mount Albums, seperti yang Farah tunjukkan contoh di bawah:

Koleksi Buku Gambar Iman Firash Dari PHOTOBOOK MALAYSIA! RM 5.00 Ajer!  13

KOLEKSI BUKU GAMBAR IMAN FIRASH DARI PHOTOBOOK MALAYSIA_RM5.00 AJER! 14

Kakak Hampir Koma Kepala Ditindih Adik Ketika Bergurau!

$
0
0
KAKAK HAMPIR KOMA KERANA KEPALA DITINDIH ADIK KETIKA BERGURAU

Did anyone came across this posting on Facebook? Ada sesiapa yang terserempak tak dengan posting ini di Facebook? Farah jujur sejak kebelakangan ni sangat terbatas waktu dan memang tak berkesempatan sangat nak beramah mesra di laman media sosial Facebook tu…Hu hu hu, bukannya sombong bukannya tak berminat cumanya waktu memang sangat-sangat terbatas kebelakangan ini. Tapi… posting ini sememangnya menarik perhatian Farah dan secara automatik jer rasa nak kongsi di Bubblnotes.Com sebagai iktibar dan juga peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana untuk memantau anak-anak ketika anak-anak sedang bergurau-senda sesama mereka… Suka memang suka, bahagia memang rasa bahagia bila melihat anak-anak mesra di antara satu sama lain…Tapi ada perkara yang perlu diberi perhatian agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini dari berlaku.

Sepertimana yang dikongsikan oleh sumber di SINI, kadang-kadang bila tengok anak-anak bergurau boleh risau jadinya. Anak-anak kecil masih belum faham erti bahaya kalau bergurau. Apa yang mereka tahu cuma kegembiraan dan keseronokkan yang dialami. Namun, gurauan sesama adik-beradik kadangkala boleh membawa bahaya. Jadi ibu bapa memang perlu memantau semasa anak-anak bergurau sesama mereka. Nak dijadikan cerita, seorang ibu terpaksa berdepan dengan saat-saat yang mencemaskan di mana apabila anaknya mengalami sesak nafas, sawan dan hampir koma selepas bergurau dengan adiknya yang berbadan besar. Pengalaman tersebut dikongsikan sendiri oleh Pn. Nor Farra Farahin dalam Facebook beliau pada 6 November 2016.

KAKAK HAMPIR KOMA KERANA KEPALA DITINDIH ADIK KETIKA BERGURAU 2

Peringatan dan pengajaran buat kami sekeluarga…anak-anak bergurau naik atas, tindih gelak-gelak sesama adik-beradik rupanya risiko yang amat tinggi… Mesti tertanya-tanya sakit apa anak? Anak saya kekurangan oksigen, tak sampai ke otak, dia mengalami sesak nafas yang mengakibatkan sawan tarik…Doktor beritahu oksigen tak cukup boleh buat anak jadi koma…Adik yang bambam ni tindih kakak, duduk atas kepala…Kakak tak dapat nak tolak adik untuk lepaskan diri…Bila tengok anak dah pucat dia mengadu sakit perut, rupanya dia sakit dada sesak nafas… Tak bagi hal yang sebenar. Masa tu waktu petang, ambil masa yang lama juga. Bila dia tak sedarkan diri dalam pukul 1 pagi, jantung dia kuat bunyi bergegar habis seluruh badan. Bunyi macam lembu kena sembelih…Tiba-tiba keras tak bergerak denyut jantung pun macam berhenti sekejap, mata terbeliak naik ke atas… Perasaan saya masa tu hanya Allah SWT yang tahu. Ingat dia dah tak ada dah…Goncang badan dia tepuk-tepuk baru bergerak balik. Buih ikut mulut, jadi sawan kaki tangan habis kejang…Tiada tempat nak mengadu, hanya pada Allah, solat kunci utam untuk meminta pada Allah SWT…Saya sebagai ibu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, anak dah pulih dan selamat…

Alhamdulillah, selamat dah si kakak… Allahu, Farah dapat bayangkan betapa cemasnya keadaan pada waktu dan ketika itu… Kita sebagai ibu bapa, jadikanlah perkara yang telah berlaku ini sebagai pengajaran kepada diri kita sebagai ibu bapa adn mungkin kita boleh jadikan tips yang dikongsikan oleh sumber yang sama ini sebagai panduan:

Sentiasa Ingatkan Anak Tentang Isu Keselamatan

Biarpun anak anda masih kecil tetapi tidak salah mengingatkan mereka tentang faktor keselamatan semasa bergurau. Mungkin boleh tunjukkan kepada mereka kisah atau gambar kejadian yang pernah berlaku. Sebagai peringatan!

Tetapkan Had Gurauan

Sebagai ibu bapa, anda berhak menentukan cara gurauan sesama anak. Beritahu mereka apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa bergurau untuk mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku.

Buat Aktiviti

Kadangkala anak-anak suka bergurau senda sebab tiada aktiviti hendak dilakukan. Jadi, untuk mengelakkan mereka asyik bergurau dan boleh mengundang risiko, apa kata anda sediakan banyak aktiviti. Bila sibuk kuranglah mereka hendak bergurau.

Hurmmm..bukannya kata tidak boleh bergurau langsung…Mungkin itulah sebabnya selalu kita dengar… bergurau biar ada batasnya… Ini mungkin adalah sesuatu yang menjadi iktibar buat semua ibu bapa termasuk Farah sendiri. Bukannya nak sekat anak bergurau senda sesama mereka tetapi kena perhati-perhatikan dan ingatkan sentiasa jangan lebih sangat, supaya tak terjadi kes-kes seumpama inilah.

Ibu Bekerja? Bukan Satu Isu Tidak Mampu Sediakan Makanan Terbaik!

$
0
0
IBU BEKERJA_BUKAN ISU TIDAK MAMPU SEDIAKAN MAKANAN TERBAIK

Tentang isu banding-membanding, double-standard, rasa rendah diri di kalangan mak-mak ni, bukan satu perkara yang baru dalam masyarakat Malaysia. Sebenarnya, ini adalah salah satu perkara yang neverending bagi Farah. Haihhh… Eye rolling smile…Kadang-kadang timbul juga rasa pelik…kenapalah perlu perkara-perkara seumpama ini untuk berlaku segala bagai. Memang boleh jadi tak faham betul, yang sibuk nak banding-membanding, nak double-standard sampaikan buat orang lain terasa rendah diri tu dah kenapa? Ya ampunnn… Please-lah… Masing-masing ada gaya tersendiri, masing-masing ada cara yang tersendiri di dalam menguruskan kehidupan masing-masing kan? Takkanlah semua orang nak sama pula? Bila Farah dengar kawan Farah ni bercerita tentang masalah dia bila orang sibuk dok perkotak-katikkan dia sebagai ibu bekerja yang tak mampu nak sediakan makanan yang terbaik, berkhasiat, bernutrien cukup serba-serbi segala bagai untuk anaknya yang baru jer cecah usia 7 bulan… Sakit pula hati kita ni wak!

Alahaiii, kenapalah sangat narrow minded… Oopsss… Smile with tongue out… Ya ampun kalau tersilap kata ya? Macam nilah, sebenarnya kan, irregardless ibu tu bekerja ke? ibu sepenuh masa? Pokok pangkal diri ibu itu sendiri. Ayat pendeknya, pokol pangkal nak dengan tak nak jer! Ayat panjangnya… Ehemmm…Maaf ya? Ini bukan nak mengata sesiapa ok? Ini sekadar ayat penyata, dan maafkan Farah kalau Farah tersalah tatabahasa atau menyakitkan hati sesiapa… Ibu bekerja ataupun ibu sepenuh masa semua mampu buat yang terbaik untuk anak-anak yang baru boleh makan, bukan sebab bekerja atau tidak, asasnya, kalau dah tak ada keinginan, kalau dah tak ada rasa, kalau dah malas, tak kiralah ko kerja ke? Tak kerja ke?  Memang apa pun tak boleh! Janganlah suka-suka nak label ibu bekerja tidak mampu untuk lakukan yang terbaik untuk anak yang baru boleh makan…Errr…Tiba-tiba kakak sounded emo pula ya? Tapi memang tak suka orang yang suka sangat banding-membanding dan memperlekehkan kemampuan orang lain.

Dalam tengah-tengah hangat isu ni, secara kebetulan terserempak pula artikel yang disediakan oleh Nadia dari Mingguan Wanita di SINI, haaa kannn? Memang dah kena sangat dah tu! Rasanya orang yang sibuk dok perlekehkan kawan Farah ni patut baca artikel ni supaya dia celik sikit yang ibu bekerja bukan bermaksud tak mampu lakukan yang terbaik untuk anak yang baru boleh makan. Huh! Ha ha ha… Open-mouthed smile… geram tak habis lagi ok? Kalaulah yang memperlekehkan kawan Farah tu baca entri Farah ni kan? Tapi memang harap dia baca pun, supaya sebelum keluarkan kata-kata yang menyinggung dan menyentapkan perasaan orang lain, dia ada ilmu pengetahuan sedikit…Hu hu hu…

Kalau mampu, semua ibu mahu menyediakan menu terbaik buat anak. Tambah-tambah lagi kalau anak masih kecil, bayi yang baru pandai nak makan. Ini tidak menjadi masalah bagi kaum suri rumah, tetapi macam mana pula bagi kaum ibu yang bekerja? Inilah dia, nilah dia yang kawan Farah diperlekehkan ni, sebab kononnya macam jadi satu masalah sebab asyik juggling with time untuk sediakan makanan bayi setiap hari. Macam nilah… sebenarnya ibu bekerja tetap boleh menyediakan makanan bayi setiap hari dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan masa. Alahaiii, yang berkata tu kan? Takkan tak tau lagi yang makanan bayi boleh disejukbekukan sebagai stok bagi menjimatkan masa penyediaan. Yang berkata tu bukannya calang-calang orang, anak dah 6 orang ok? Cumanya, sebelum membuat stok makanan bayi sejuk beku ada beberapa perkara penting sepertimana yang telah dikongsikan oleh penulis artikel asal yang perlu diketahui sebabnya perut bayi lebih sensitif berbanding orang dewasa. Makanya, kita ni perlulah mementingkan kebersihan ketika menyediakan makanan bayi.

Sila ambil tahu ya?

Jenis Makanan Boleh Beku

Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan. Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal, pir, pisang, sayur-sayuran pula seperti brokoli, kacang pis, kentang, labu dan sebagainya lagi.

Cara Simpan

Biarkan dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian masukkan ke dalam bekas-bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas untuk membekukan makanan bayi. Kalau menggunakan bekas ais batu, setelah makanan membeku, alihkan ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa keluarkan udara yang ada di dalam plastik tersebeut sebelum ia dimeterai.

Tutup, Jangan Biar

Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.

Kena Rajin Label

Labelkan tarikh makanan disediakan pada makanan beku bayi. Kaedah sejuk beku ini dapat bertahan sehingga empat ke enam bulan tetapi untuk makanan bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging ia hanya bertahan selama dua bulan. Bagaimanapun, seeloknya habiskan dalam masa kurang sebulan.

Had Masa

Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk (bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.

Tidak Lebih Dari 2 Jam

Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi puri, pastikan tidak melebihi dua jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan.

Jangan Beku Semula

Jangan bekukan semula makanan yang sememangnya sudah beku. Ia dikecualikan bagi makanan mentah beku yang boleh dibekukan apabila sudah dimasak. Contohnya kacang pis beku yang sudah dimasak boleh dibekukan.

Panaskan Tidak Lebih Dari Sekali

Jangan panaskan makanan lebih dari sekali.

Rendam Dulu Sebelum Sediakan

Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda hanya perlu merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik selama beberapa ketika.

Jangan Kedekut, Elok Buang!

Jangan simpan semula sisa makanan beku yang sudah dipanaskan tetapi tidak habis dimakan oleh bayi anda.

Mudah bukan? Silap-silap ibu sepenuh masa pun lakukan teknik ni. Jika ibu-ibu mengikut dengan betul langkah untuk menyediakan dan membekukan makanan bayi, sudah tentu tak kira ibu bekerja ke? Ibu sepenuh masa ke dapat menjimatkan masa menyediakan makanan sihat buat bayi masing-masing. Paling penting anak-anak dapat makan makanan berkhasiat air tangan ibu sendiri kan? Kesimpulan, tak perlu nak banding-banding sangat aihhhh!

Sejauh Manakah Perjalanan Dengan RESERVE TANK Apabila Lampu E Mula Berkelip?

$
0
0
SEJAUH MANAKAH PERJALANAN DENGAN RESERVE TANK APABILA LAMPU E MULA BERKELIP

Hari sebelumnya, balik dah agak lewat. Bila dah lewat, kadang-kadang boleh jadi malas nak belok ke kiri atau belok ke kanan untuk singgah atas tujuan nak isi minyak. Open-mouthed smile. Muahahaha…Walhal, apalah salahnya kalau singgah sekejap kan? Tak ada cacat celanya pun ambil masa sekejap untuk singgah isi minyak dan esok paginya perjalanan bolehlah jadi lancar kan? Malas sebab tak larat disebabkan keletihan pun iya… Teringatkan anak yang sedang setia menanti Mommy di rumah pun iya… Selagi tak nampak muka mak dia ni, selagi tulah melancarkan piket untuk mogok makan. Puas nenek pujuk suruh makan, nenek suapkan… Tak ada maknanya dia nak… Siang hari tak ada masalah, malam tu malam… Kalau makan malam, tidak boleh tidak, Mommy juga suap. Selagi Mommy tak suap, selagi tu akan keluar dari mulut dia jawapan “No! I want Mommy…”.

Kondisi semasa minyak kereta pula memang betul-betul tinggal setakuk ataupun setengka. Keesokkan paginya bila start enjin kereta… Open-mouthed smile…Ha ha ha…Tu dia… Dah berkelip-kelip dah lampu indicator yang menyatakan bahawasanya minyak perlu diisi bagi mengelakkan kereta mati di tengah jalan akibat kehabisan minyak. Tapi… dah pukul 7.00 pagi dah ni, nak kejar masa ke pejabat. Walaupun jarak sejengkal cuma, dia punya sesak nak keluar dari simpang tu, ya ampunnn… Mengalahkan sesak di traffic light di Seksyen 13, Shah Alam pagi-pagi… Kereta semakin banyak, semakin ramai orang berpindah ke taman-taman perumahan baru yang naik ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan di kawasan perumahan Farah tu. Walaupun sejengkal cuma jarak perjalanan ke pejabat tu, kadang-kadang boleh makan masa macam jarak perjalanan melalui lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Seremban…. Open-mouthed smile Ha ha ha…

Ingatkan sebab dah dekat, masa perjalanan tu dapatlah dijimatkan kan? Tak ada maknanya oiii…Melainkan kalau musim cuti sekolah. The road is such a breeze gittew… Habis tu macam mana ni? Nak singgah isi minyak dulu ke? Atau teruskan perjalanan? Sempat ke ni? Dengan sesak lagi… Nanti karang ada juga yang nak cepat jadi lambat sebab tiba-tiba kereta mati di pertengahan jalan kan? Ahaksss… Open-mouthed smile… Redah jer! Yang penting thumbprint tu… thumbprint… Jangan merah oiii! Sekarang ni zaman serba naik dan serba tinggi ni, kena jaga periuk nasi betul-betul oiii… Pantang silap sikit jer, nanti menanggung! Jaga kerja… Hu hu hu…

Persoalannya? Berani pula Farah redah jer bila lampu indicator paras minyak tu dah menyala serta berkelip-kelip ek? Hishhh… Berani betul ambil risiko! Chill-lah… Relaks…Jangan panik! Ni salah satu perkara tentang kereta yang orang perempuan kena tahu ni! He he he… Lelaki tak perlu ambil tahu ke? Lelaki pakar bab-bab kereta ni kan? Bagilah peluang Farah kongsi cerita dengan orang perempuan pula ya tak? Sebab ada di kalangan kita-kita yang perempuan ni, akan jadi panik bila lihat lampu indicator paras minyak kereta tu dah mula berkelip-kelip. Betul tak?

Memang penting sebenarnya untuk kita mengetahui berapakah jarak yang boleh kita pergi sebab kalau kita tersalah agak, kita mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat untuk kita isi minyak semula! Jawapannya sebenarnya ada pada buku manual kereta anda semua. Contohlah ya? Farah kan memandu Perodua MyVi 1.3 SE? Sepertimana perkongsian di SINI yang kebetulannya sama dengan model kereta yang Farah pandu.

SEJAUH MANAKAH PERJALANAN DENGAN RESERVE TANK APABILA LAMPU E MULA BERKELIP 2

Menurut apa yang dinyatakan oleh buku manual MyVi yang dipaparkan di atas, lampu akan mula berkelip apabila baki minyak dalam tangki KURANG DARI 7.5 liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan apabila KURANG DARI 0.6 LITER, ia akan berkelip dengan lebih laju. Jadi berapakah anggaran jarak yang boleh pergi dengan baki minyak yang ada? Ia adalah BERGANTUNG KEPADA SPESIFIKASI DAN BEHAVIOUR PEMANDUAN SESEORANG PEMANDU ITU SENDIRI. Anggaran boleh dikira begini:

Model kenderaan: Perodua MyVi 1.3 SE: Anggaran penggunaan minyak 14km/l.

Anggaran  jarak yang boleh dilalui selepas lampu indicator mula berkelip adalah: 7.5l x 14km/l : 105km

PERINGATAN!
Anggaran kiraan ini adalah sangat bergantung kepada behaviour pemanduan seseorang dan keadaan kenderaan tersebut. Jika anda seorang pemandu yang sering memandu dengan laju, penggunaan bahan api akan lebih yang akan mengakibatkan anda memperoleh kiraan kilometer yang lebih sedikit berbanding di atas. Keadaan kereta juga memainkan peranan di mana kereta yang diservis dan diselenggarakan dengan baik akan sentiasa menggunakan bahan bakar yang efisien berbanding  yang tidak diservis atau kenderaan yang terlalu tua usianya.

Di negara-negara seperti Amerika, para pemandu berkongsi pengalaman mengenai berapa jauh kereta mereka boleh pergi selepas lampu indicator berkelip melalui sebuah laman web tankonempty. Jadi mudahlah orang lain nak rujuk kan? Jika mereka mempunyai model kereta yang sama. Betul tak? Malaysia bila nak buat macam tu? Ada sesiapa yang rajin tak nak wujudkan laman web sebegini? Winking smile

Pssttt...It's Time For The Year End Holiday Promotion Starting To Kick Off!

$
0
0
Pssttt...It's Time For The Year End Holiday Promotion Starting To Kick Off!

Wohoo!!! Pejam dan celik...Pejam dan celik... Dah nak sampai ke penghujung tahun 2016 dah kita ni rupanya ya? Cepatnya masa berlalu! Hujung-hujung tahun ni musim anak-anak bercuti sekolah panjang sebelum sesi persekolahan yang baru bermula pada tahun yang seterusnya... Hujung-hujung tahun ni, musim ramai orang habiskan cuti tahunan ataupun musim ramai orang sengaja bercuti. Elok sangat kalau kita ni semua boleh fikir-fikirkan option untuk vacation or retreat. Rehat-rehatkan minda, segar-segarkan diri sebelum memulakan tahun baru 2017. Masa untuk refresh! Smile.

Cumanya, mungkin yang akan menjadi membataskan niat bercuti tu adalah bila kita, kita dan kita ni seolah-olah seakan menjadi terhimpit rasa memikirkan faktor keadaan ekonomi semasa yang segalanya serba naik dan nilai Ringgit Malaysia yang semakin hari semakin kecil rasanya. Haihhh... Janganlah susah hati ya? Faham... Bila bercuti ni, perkara pertama adalah bajet... dan sinonimnya, kalau bercuti ni akan menelan kos perbelanjaan yang banyak. Kalau tak keluar kos bukan cuti namanya...Nak bercuti ke, nak self-reward ke, nak family retreat ke, memanglah akan melibatkan kos... Ini yang menghentikan impian ataupun niat sesetengah orang...Betul tak? Termasuklah diri Farah ni ha... Bila ada angan-angan nak bercuti, ada impian nak bercuti, tiba-tiba jadi terhenti seketika niat tu... Bila mana memikirkan daripada spend untuk percutian adalah lebih baik digunakan untuk sesuatu yang lebih utama. .

Bila hidup dalam zaman serba naik dan serba mahal, nak beli sesuatu, nak bayar untuk sesuatu, nak lakukan sesuatu yang melibatkan kos boleh mengakibatkan kita ni semua berfikir beratus-ratus kali... Open-mouthed smile Ha ha ha...Kadang-kadang dah beratus-ratus kali berfikir pun masih tak dapat keputusan. Ada masa-masa pula, jadi serba salah. Sebab keinginan tu terlalu kuat, cuma tak sanggup nak keluarkan kos yang terlalu tinggi.
 
Bagi yang berimpian nak bercuti bersama yang tersayang, bagi yang berimpian nak bawa family untuk retreat... Jangan kalut, jangan serabut sangat aihhh... Masih ada cara sebenarnya...Masih ada jalan sebenarnya bagaimana anda dapat merealisasikan impian untuk bercuti tu... Sebab tu Farah kata jangan susah hati... Winking smile Ni haaa, nak khabarkan kepada anda ni, satu option yang mungkin mampu membuat anda tersenyum dan rasa ianya adalah sesuatu yang berbaloi-baloi di dalam merealisasikan impian bercuti anda tu ha... Macam mana tu?
 
Senang je! Rajin-rajinkanlah diri untuk ambil tahu tentang Year End Holiday Promotiondi TRAVELOKAoiii... Banyak perkara yang anda mungkin akan rugi jika tak jenguk ke TRAVELOKAtau tak? Sebabnya, dah hujung-hujung tahun ni memang banyak promosi percutian yang ditawarkan dengan harga yang terendah. Kalau nak bercuti secara bijak dan lebih berhemah, memang kena rujuk TRAVELOKA. Farah dah banding sana sini sinun dah, the best options and the best prices offered adalah promosi Year End Holidayyang sedang berlangsung di TRAVELOKA.
 
Nak yang macam mana? Contohlah contoh ya, Farah berikan pada anda seperti di bawah ni:
 
Pssttt...It's Time For The Year End Holiday Promotion Starting To Kick Off!  2
 
Khas buat pemegang kad kredit Citibank Malaysia, diskaun sebanyak 10% untuk sebarang tempahan hotel di mana diskaun maksimum yang diberikan adalah sehingga RM 50.00 bagi satu-satu booking ID. Bukan tu sahaja, diskaun sebanyak 7% dengan diskaun maksimum sehingga RM 35 bagi tempahan penerbangan bagi satu-satu booking ID. Tiada transaksi minima. VALID untuk semua airlines dan tarikh percutian. VALID untuk semua hotel dan tempoh masa pengginapan, tidak kira domestik atau antarabangsa. Ini adalah bagi sebarang tempahan percutian di dalam temph masa dari 1 November 2016 sehingga 31 Januari 2017. Kalau nak maklumat lanjut dan lebih terperinci boleh rujuk pautan di SINI ya?
 
Ada lagi, Farah up lagi...
 
Pssttt...It's Time For The Year End Holiday Promotion Starting To Kick Off!  3
 
Promosi Be savvy. Be save-y khusus untuk pemegang kad kredit CIMB untuk semua airlines dan hotel. Ini salah satu langkah penjimatan ni, sebabnya, nak buat apa spend lebih bila mana sebenarnya anda boleh gunakan kad kredit CIMB anda kot untuk penjimatan sehingga RM 85.00. Yang RM 85.00 tu dah boleh guna untuk perkara-perkara lain dah sewaktu bercuti kan? Jimat perbelanjaan percutian tapi belanja untuk perkara lain. Gittew! Yang ini untuk pengetahuan anda adalah untuk sebarang tempahan percutian bermula dari 16 November 2016 sehingga 15 Februari 2017. Untuk maklumat lanjut baca di SINI.
 
Sebenarnya bukan setakat ni sahaja, ni cuma beberapa Year-End Holiday Promotionyang Farah sempat survey di TRAVELOKA. Banyak lagi yang bakal menanti anda sebenarnya. Precisely terdapat hampir 100 buah hotel di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang menawarkan pelbagai promosi percutian yang letaps letops. Kalau nak tau, kalau tak nak rasa rugi sebab tak tau promosi-promosi bom kebabom  yang meletop-letop untuk impian percutian anda, tolonglah... Ha ha ha...Farah dah bagi jalan dah ni... Pergilah klik pautan yang Farah dah sertakan di dalam entri Farah pada kali ini.
 
*Selamat Bercuti Hujung Tahun! Semoga anda bertemu dengan apa yang anda cari demi merealisasikan impian anda untuk percutian anda! Jangan cepat ambil keputusan untuk batalkan impian atau niat bercuti hanya semata kerana memikirkan segalanya mahal-mahal belaka! Tengok dulu apa yang Farah dah kongsikan ok? Mana tahu, sebenarnya anda masih lagi boleh merealisasikan impian dan niat anda itu! AirplaneWinking smile

BIO-OIL– Produk Penjagaan Kulit Untuk Ibu-Ibu Hamil

$
0
0
BIO-OIL– Produk Penjagaan Kulit Untuk Ibu-Ibu Hamil

Sewaktu tempoh kehamilan, wanita akan mengalami perubahan yang menakjubkan pada badan mereka. Selain perubahan fizikal, mereka juga akan menghadapi perubahan dari segi emosi sepanjang perjalanan tersebut.
 
Perubahan fizikal yang paling ketara semasa kehamilan melibatkan perubahan kulit.Pigmentasi, jerawat dan regangan kulit kesan kehamilan adalah masalah yang paling biasa dialami oleh wanita hamil. Selain menjejaskan penampilan, perubahan kulit ini berpotensi untuk menggugat keyakinan diri mereka.
 
Dianggarkan seramai 75% wanita akan mengalami masalah kulit tidak sekata seperti pigmentasi atau melasma disebabkan perubahan hormon semasa hamil. Penghasilan melanin yang meningkatboleh menyebabkan pembentukan tompok-tompok hitam pada muka terutamanya di bahagian atas bibir, hidung, pipi dan dahi.
 
Selain pigmentasi, jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang jugakerap dialami oleh wanita hamil. Sewaktu hamil, sesetengah wanita mungkin tampak lebih cantik dan “berseri”, namun ada wanita yang mengalami penghasilan sebum berlebihan pada kulit disebabkan perubahan hormon, yang seterusnya mengundang pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kemerahan dan kulit radang serta parut yang mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh.
 
Walaupun masalah melasma dan jerawat hanya sementara dan akan hilang selepas bersalin, tona kulit yang tidak sekata dan parut yang mencacatkan penampilan boleh menggugat keyakinan wanita semasa hamil.
 
Menurut statistik, hampir90% wanita hamil akan mengalami kesan regangan kulit (stretch marks atau striae gravidarum). Ia lazimnya bermula pada trimester kedua kehamilan dan berlaku disebabkan saiz badan yang membesar lebih cepat berbanding dengan keupayaan kulit untuk turut sama mengembang. Kulit yang meregang akan terasa kering, gatal, tidak selesa serta meninggalkan kesan parut yang boleh dilihat dengan ketara sehingga beberapa tahun selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, tidak hairanlah jika kesan regangan berada di tempat ke-8 daripada 10 masalah kulit yang paling dibimbangi wanita.
 
Usah bimbang kerana Bio-Oil dihasilkan khusus bagi membantu memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan keyakinan wanita hamil. Selain dipercayai oleh ribuan ibu-ibu hamil di seluruh dunia, ia telahterbukti berkesan secara klinikal untuk membantu mengatasi melasma, regangan kulit kesan kehamilan dan parut lama dan baharu. Ia dikenali ramai sebagai produk parut dan regangan kulit No.1 paling laris dijual di 23 buah negara termasuk Malaysia.
 
Bio-Oil dirumus daripada ekstrak tumbuhan seperti minyak kamomil, lavender, rosemary, kalendula serta vitamin A & E dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit. Ia bersifat hipoalergenik dan tidak menyebabkan jerawat, malah ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
 
Kajian menunjukkan bahawa 86% subjek melaporkan tona kulit yang lebih sekata selepas penggunaan Bio-Oil selama dua belas minggu; 90% subjek melaporkan parut jerawat semakin pudar selepas penggunaan selama sepuluh minggu; dan 100% subjek melaporkan pengurangan kesan regangan kulit selepas lapan minggu.
 
BIO-OIL - PRODUK PENJAGAAN KULIT 2

Walaupun hasil yang dapat dilihat mungkin berbeza mengikut individu, anda disyorkan supaya menyapu Bio-Oil pada kawasan terbabit dua kali sehari selama sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat kesan yang lebih memuaskan. Bagi membantu mengurangkan pembentukan regangan kulit kesan kehamilan, anda juga digalakkan supaya menggunakan Bio-Oil dari awal trimester kedua kehamilan agar kulit sentiasa terhidrat dan anjal.
 
Bio-Oil boleh didapati di farmasi-farmasidi seluruh negara dan dijual pada harga RM34.95 (60ml), RM58.25 (125ml) dan RM79.45 (200ml).
 

Mengenai Bio-Oil

Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang berkesan membantu memperbaiki penampilan parut, regangan kulit kesan kehamilan, warna kulit tidak sekata dan kesan-kesan penuaan kulit, serta bermanfaat untuk kulit yang kering. Formula unik yang dihasilkan pada tahun 1987 ini telah memenangi 298 anugerah penjagaan kulit di seluruh dunia dan merupakan jualan produk parut dan regangan kulit No.1 di 23 buah negara.






















Sorry-Lah Too Good To Share!–MAMMAM DELIVERIES

$
0
0
SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES

Kisah terjadi minggu lepas… Tengah-tengah leka menyiapkan tugas hakiki di pejabat tiba-tiba terasa perut ni lapar sangat-sangat… Memang orang kata lapar tahap heavy metal lah sampaikan otak jadi blank dan terhenti seketika… Open-mouthed smile Ha ha ha… Jadinya macam tak tau nak fikir apa masa tu, fokusnya perut lapar! Maunya tak lapar? Sejak kebelakangan ini, memang jarang sangat makan. Jarang sangat-sangat… Selera tak terbuka katanya… Bukan sebab diet! Nasi? Lagilah… Boleh kira dengan jari kot? Berapa kali sebulan sentuh nasi? Perut ni rasa merengat-rengat sangat! Nak tunggu pukul 12.30 tengah hari macam lama sangat sedangkan jam pada waktu itu baru menunjukkan pukul 9.30 pagi. Awak ni masuk pejabat dan mula bekerja pukul 8.00 pagi… 9.30 pagi dah rasa lapar oiii… Ngeee…. Tapi??? Takkanlah nak keluar tiba-tiba pergi beli makanan kan? Malas tu memang satu hal, jaga-jaga dengan environment sekeliling pun ya juga… nanti jadi bahan pula… Bahaya! Walaupun tak ada salahnya minta izin dari boss seketika dalam 15-20 minit untuk beli makanan tetapi ibarat macam tak proper pula rasanya. Makanya mencarilah kita alternatif yang ada…

Ligat otak ni berfikir, macam mana nak satisfy the hunger yang semakin mendesak ni… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Main pusing-pusing tetikus komputer… Tiba-tiba… Light bulb Ting ting ting… Kita Google ajerlah untuk food delivery! Kannn? Browse punya browse terjumpa dengan sesuatu yang baru yang selama ini belum pernah lagi Farah dengar atau cuba. Apa tu? Sepertimana tajuk entri ini… MAMMAM DELIVERIES.

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 5

Tu dia… The Deliciousness Tahap Dewa Food Delivery Company dia punya tagline…Meh sini sikit! Farah tiba-tiba berkata-kata dalam hati… Smile… Nak cuba rasa apa yang tahap dewa sangat sedapnya makanan yang disediakan oleh MAMMAM DELIVERIES ni kannn? Apa lagi? Muka ada senyum lah kan? Sebab seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal kaedahnya… Mulalah episod browsing apa pilihan makanan yang ada di dalam menu yang disediakan oleh MAMMAM DELIVERIES.

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 7

Wahhh macam-macam ada ni! Malay Cuisine, Chinese Cuisine, Indian Cuisine, Malaysia All Time Favorites, Vegetarian Cuisine, Thai Cuisine and Dish Only. Lai lai lai… Pilih mana nak pilih ikut selera tekak masing-masing… He he he …. Winking smile…. Seronok pula tengok senarai menu dan secara automatik jadi drooling sangat-sangat oiii! Dahlah memang lapar! Skrol ke atas, skrol ke bawah, klik sana, klik sini… Akhirnya… Ini yang menjadi pilihan hati Farah untuk memenuhi keinginan perut pada waktu dan ketika itu…

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 8

CHETTINAD VARUVAL (SPICY) CHICKEN… Masakan popular dari Chettinad (Selatan India) yang mana sama ada daging ayam ataupun kambing yang dimasak secara kering. Kiub ayam ataupun kambing yang diperap dan digoreng bersama campuran rempah kari masala yang dimasak sehingga separa kering. Dihidangkan bersama nasi dan juga sayur. Nyummeh!Smile with tongue out… Tak sabar pula rasanya nak tunggu makanan yang dipesan tu sampai…Harga pun bolehlah tahan kan? Sesekali tak salah kan? Khidmat penghantaran pula adalah percuma, tiada sebarang perkhidmatan pembayaran yang dikenakan kepada para pelanggan. Apa lagi kita teruskan dengan tempahan lah kan?

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 10

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 9

Isi semua maklumat seperti alamat penghantaran, kemudiannya pilih masa penghantaran, request pihak MAMMAM DELIVERIES untuk bawa wang tukar siap-siap jika kita memilih untuk pay cash on delivery. Pilihan pembayaran ada 3 kaedah…pilih yang mana yang anda selesa. Dah selesai semua…

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 6

Tempahan kita akan diproses dengan kadar segera dan juga resit pembayaran (sekiranya anda membayar melalui kad kredit atau online banking) akan dihantar ke e-mel anda… Tunggu ajerlah sampai makanan kita tu sampai. Jangkaan waktu penghantaran adalah 90 minit. Tak apa… 90 minit perut Farah masih mampu untuk bertahan lagi tu… Ahaksss…

Akhirnya sampai juga apa yang dinanti…

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 11

Tu diaaa… siap bagi air mineral sebotol lagi…Ahaksss… agaknya takut Farah tercekik kot? Bagus-bagus…Farah suka… Tak sabar ni…

SORRY-LAH TOO GOOD TO SHARE! MAMMAM DELIVERIES 3

Mesti ada yang tertanya kan? Rasa bagaimana pula? Rasa masakannya boleh tahan… Sedap juga… Macam berbaloi dan tak sia-sia jer Farah tempah dari MAMMAM DELIVERIES ok? Ha ha ha…Bukan sebab lapar semuanya sedap…Tapi memang sedap… Kalau anda nak mencuba dan merasa sendiri masakan mereka bolehlah ke laman web mereka iaitu MAMMAM DELIVERIES dan lihat apa yang menarik yang mampu menjadi pilihan hati anda…

*Sesiapa yang malas nak masak hujung minggu ni…Bolehlah cuba-cuba tinjau-tinjau MAMMAM DELIVERIES kannn? Winking smile

Lepas Gian SATAY IKAN Sekejap!

$
0
0

SATAY IKAN oh SATAY IKAN... tak taulah kenapa Farah ni sukaaa sangat dengan SATAY IKAN. Sedari zaman-zaman sekolah rendah dulu. Memang suka sangat kot dengan SATAY IKAN. Sampaikan masa mengandungkan Iman Firash mengidam sangat nak makan SATAY IKAN ni oiii! Gigihlah mencari sana sini nak makan SATAY IKAN punya pasal. Tapi susah sangat nak jumpa! Sedihhh... Tahun 2015 baru jumpa! Boleh rujuk entri lama di SINI

Baru-baru ni lebih kurang 2 minggu yang lalu... he he he... secara kebetulan juga, sewaktu membeli susu Iman Firash disebabkan stok susu sedia ada dah tinggal serdak sementara menanti susu yang dibeli secara atas talian sampaikan? Nak buat macam mana? Terpaksalah... nak tunggu susu beli atas talian tu sampai entah bila yer tak? Takkan nak biarkan anak tak menyusu pula? Nak tak nak terpaksalah walaupun ka-ching yang ada cukup-cukup untuk perbelanjaan ulang-alik pergi kerja. Tengah jalan-jalan tu terjumpa! Nampak macam orang tengah membakar SATAY IKAN. 


Pucuk dicita ulam mendatang macam tu! Secara perlahan-lahan Farah mendekati gerai yang dipasak di tepi jalan itu. Mata jadi macam bersinar-sinar dapat jumpa orang yang jual SATAY IKAN. Tanpa fikir panjang Farah pun mula order. Farah minta 8 cucuk. 4 cucuk RM2.00. 8 cucuk bermakna RM4.00. Tak sabar-sabar nak makan SATAY IKAN ok? Berbunga-bunga hati ni ha. 



Rasanya dah hampir-hampir serupa sepertimana waktu zaman Farah sekolah rendah dahulu. Akan tetapi sedikit rasa agak macam kurang berpuas hati kerana saiznya yang sangat kecil dan sangat nipis rasanya. Tak tebal dan betul-betul padat. Errr... faham tak apa yang Farah cuba sampaikan? It's there but it's not reaching the expected level yet. Haaa... macam tulah lebih kurang. Senang cerita rasa macam celah gigi jer! Waktu kecil-kecil dahulu, makan 5 cucuk dah rasa penuh. Yang ini, makan 8 cucuk baru rasa macam makan 4 cucuk. Faham kan? 

#ehhh banyak pula bunyi dia ni kan? Dah dapat makan tu pun kira dah bersyukurlah. Itupun kira bertuah sebab dah jumpa ya tak? Syukurlah rezeki Allah dah bagi tu. In Shaa Allah... mana tau nanti jumpa yang betul-betul menepati spesifikasi dan piawaian? Ya tak? 

*Apa pun gembiralah juga sebab dapat jumpa, beli dan makan. Syukur Alhamdulillah. :-)  

Masalahnya KREATIF Sangat Ke Mommy?

$
0
0

Tengok tu? Iman Firash sendiri yang bertanya. Masalahnya KREATIF sangat ke Mommy? Bila Mommy dia ni mencari alternatif lain untuk menggantikan susu formula bila mana si anak meminta susu sewaktu outing dan bekalan susu formula yang dibawa telahpun kehabisan. Mari kita ber hu-hu-hu. 


Kisah lebih kurang hampir dua minggu yang lepas ni yang sebenarnya. Kering kontang dah susu si anak dalam 2 botol yang dibawa untuk tujuan outing. Kebiasaannya 2 botol memang ngam-ngam untuk outing sebabnya kalau outing Iman Firash memang kurang menyusu. Sejak-sejak umur dia mencecah 2 tahun pada November 2015 yang lepas, memang Farah dah berhenti bawa bekalan susu formula yang belum dibancuh sewaktu outing. With the perception anak dah semakin besar, dah boleh bawa-bawa berhenti mengangkut banyak sangat barang bila outing. He he he... 

Sekali tu dia... Wa kena beb! Tiba outing yang pada kali itu, galak pula dia menyusu. Memang ikut angin Iman Firash ni. Iman Firash tak ada masalah untuk minum air lain. Tapi, kalau dia dah minta susu tu... susulah yang dia nak. Lain tak ada kompromi dah. "Shu shu Mommy? Shu shu..."... Makanya bermulalah waktu untuk Mommy ligat berfikir apakah alternatif yang ada. 

Secara tak semena-mena, dapat idea yang masa tu tak taulah boleh diterimapakai ataupun tidak. Farah belika n dia fresh milk Dutch Lady untuk menggantikan susu formula yang dia minta. 


Caranya? Potong kotak dan masukkan susu ke dalam kotak untuk gantikan susu formula dan beri pada dia. Mula-mula tu reaksi positif juga dari Iman Firash bila dia sambut dan terus suakan ke mulut dia. Ha ha ha... dalam hati legaaa mak noksss! Bukan apa risau kalau-kalau dia tantrum sebab dah nak menyusu sangat. 

Lepas beberapa ketika dia keluarkan puting dari mulut dia dan beri Farah botol susu tu. TAK NAK! Dia tau ok? Itu bukan susu formula dia! Dah tentu-tentulah kan? Dah besar, dah tau perbezaan rasa. Yang untungnya, sebelum sempat Mommy berperang dengan tantrum dia, dia tak tantrum pun! Dia tenang-tenang ajer macam tu. 

Makanya, Farah ambil pendekatan untuk memujuk dia sambil-sambil menerangkan yang susu formula dia dah habis. Kena tunggu sampai balik rumah baru boleh bancuh susu formula yang baru. Lega ya ampunnn bila dia jawab "Ok Mommy"... secara perlahan dan bersahaja. Good boy! He he he... lega rasa hati Mommy ni nak oiii. 

Mujurlah waktu tu dah nak dalam perjalanan balik kan? Sewaktu dalam perjalanan, Farah telefon nenek dia untuk maklumkan tentang apa yang berlaku dan minta bantuan nenek dia siap sedia bancuhkan susu formula dia sebab dia macam dah nak sangat susu. 

Sementara itu di dalam kereta, dia layan perasaan dia nakkan susu formula tu dengan minum air suam dalam botol susu. Sebab itu memang salah satu kegemaran dia juga. Nasib boleh buat pakat kan? Sampai-sampai jer perkarangan rumah, tak sempat keluar dari kereta nenek dah stand by depan pintu rumah dan pegang botol susu. 

Selamat jer kereta parking di perkarangan halaman rumah, terus nenek dia buka pintu kereta sebelah penumpang dan hulurkan dia botol susu. Ha ha ha. Apa lagi? Menganga macam anak burunglah mulut dia. Dukung dia masuk ke dalam rumah dan baringkan atas sofa bed yang nenek dah siap-siap set-up terus layan hisap susu kemudian terlelap dengan sendirinya. 

Kesimpulannya... Mommy cuba nak jadi KREATIF dengan mencari alternatif lain. Tapi tak adalah KREATIF mana pun kan?  Muahahaha... 

It's Time Untuk Ubat Cacing ZENTEL Again!

$
0
0

Jeng... Jeng...Jeng! It's time untuk ubat cacing ZENTEL again! Dah cukup tempoh matang dah dos ubat cacing diperlukan semula! Masa untuk makan ubat cacing datang lagi Iman Firash! Dan semestinya bukan Mommy dia pandai-pandai beri ubat cacing ikut rasa sesuka hati. Dah tentu-tentulah berdasarkan khidmat nasihat pakar perubatan dan juga pemantauan ke atas tempoh masa pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak yang telah disyorkan. 

Segala cerita mengenai bagaimana cacing menjangkiti kanak-kanak?, kesan masalah kecacingan kepada kanak-kanak, tanda-tanda kanak-kanak mengalami kecacingan, apa yang berlaku sekiranya kecacingan tidak dirawat?, tempoh atau jangka waktu pemberian ubat cacing, cadangan pemberian ubat cacing, jenis-jenis ubat cacing dan simptom-simptom kecacingansemuanya Farah telah kongsikan di dalam entri Farah yang terdahulu iaitu Kecacingan Di Kalangan Anak-Anak...Nak tau lebih lanjut mengenai kecacingan di kalangan anak-anak bolehlah baca entri Farah yang dulu tu ya? Takkan Farah nak ulang cerita segalanya di dalam entri kali ini pula? He he he... jadi macam entri duplicate pula nanti... 

Ini adalah pemberian ubat cacing kali ketiga kepada Iman Firash. Sama seperti dahulu, ubat cacing ZENTEL adalah ubat cacing yang diberikan kepada Iman Firash. 


Untuk makluman anda, ubat cacing ZENTEL adalah merupakan ubat cacing yang berada di bawah kategori ubat cacing jenis Albendazoledi mana ubat cacing jenis ini adalah ubat cacing yang tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil. Ia menghalang sistem kemasukkan glukosa yang diperlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya. 

Terfikir juga alahaiii... Firash ni memang susah sedikit nak beri makan apa-apa ubat atau vitamin. Multivitamin yang diberikan kepada dia setiap hari pun berpujuk dan berbelai bagai ok? Cara paling efektif adalah selepas dia dimandikan. Masa tu adalah paling senang nak bagi dia makan apa jenis ubat atau multivitamin sekalipun. Kalau tidak memang terpaksa memaksa dia menelan ubat. 

Entah! Mommy dia ni pun tak faham apakah yang sebenarnya. He he he... tapi sebenarnya ok ajer dia telan ubat-ubatan dan juga multivitamin. Drama jer lebih tu kannn? Sebab bila diberi makan apa-apa jenis ubat ataupun multivitamin dia tak pernah keluarkan semula ataupun muntah. #ehhh muntah tu adalah sesekali bila dia memang meronta-ronta tak nak. Tapi! Bukan selalu. 

Tak boleh nak bagi dia makan ubat melalui sudu. Tetap kena guna picagari. Nampaknya malam semalam berjaya berikan dia ubat cacing tanpa sebarang pembaziran! He he he... 


Mood tengah elok! Dengan sedikit bodek, dengan sedikit gurauan dan sedikit puji-pujian. Akhirnya! Yeayyy ubat cacing mengikut dos yang disarankan telah berjaya dihabiskan serta ditelan dengan jayanya oleh Iman Firash. Tarikh pemberian ubat cacing terus dicatatkan supaya Farah tak lupa untuk memberikan ubat cacing kepada Iman Firash bila tiba waktunya sekali lagi. 

Diharapkan selepas ini semakin terbukalah selera makan si anak bujang ni kan? ;-)

Angin Pasang | Inguinal Hernia

$
0
0
Source Extracted from Google

Lebih kurang dalam plus minus dua minggu yang lalu, Farah ada kongsikan mengenai BALANITIS. Farah sangkakan yang BALANITIS ni ada kaitan dengan Angin Pasang. Rupa-rupanya ianya adalah berbeza. Ahaksss… Al-maklumlah awak ni anak pun baru seorang jer dan kemungkinan besar memang seorang jer pun. Smile. Adik beradik pun nan hado, makanya memang tak tau menau dengan penyakit yang berkaitan dengan orang lelaki ni. Setakat dengar-dengar istilah angin pasang tu taulah dan secara general tu taulah. Tapi yang dalam-dalam tu tak taulah. Rupa-rupanya angin pasang ni lain… Nama saintifik penyakit angin pasang ni adalah Inguinal Hernia. Owhhh, barulah Farah tau… He he he… Ya ampunnn, maafkan Farah ya kalau Farah salah sangkaan. Hu hu hu…

Inguinal Hernia, atau lebih dikenali sebagai 'angin pasang' dalam Bahasa Melayu, adalah sejenis keadaan di mana usus atau selaputnya (omentum) terjatuh masuk ke dalam sebuah kantung (pouch), dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari (groin). Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut (abdomen) yang dalam kebanyakan masa bukaan ini akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan. Ia berbeza dengan kejadian 'angin pasang' di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berkaitan dengan peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.Inguinal hernia BUKAN disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan.
 

Demografi dan Epidemiologi

Secara keseluruhannya, kadar masalah inguinal hernia di kalangan kanak-kanak adalah 3%. Kebanyakannya melibatkan kanak-kanak lelaki (6-10 kali ganda berbanding dengan perempuan). Inguinal hernia adalah sejenis keadaan yang berisiko tinggi, terutamanya di kalangan bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi disebabkan oleh usus yang terperangkap di dalam kantung hernia (rujuk bahagian 'Komplikasi'). Kadar ini dijangka dalam lingkungan 30%.
 

Tanda-Tanda

Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki.
 
ANGIN PASANG_Inguinal Hernia
 
ANGIN PASANG_Inguinal Hernia 2
 
inguinal hernia1
 
Ia BUKAN disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau anak meneran atau menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.
 

Komplikasi

Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar.
 
inguinal hernia2

Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.

Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) bagi bayi-bayi lelaki.

Rawatan

Tiada rawatan lain untuk masalah inguinal hernia selain daripada pembedahan. Pembedahan ini dikenali sebagai Herniotomy. Ia adalah sejenis prosedur yang memerlukan bius am (general anaesthesia) dan sebaik-baiknya dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Pesakit perlu dipuasakan untuk beberapa jam sebelum pembedahan ini.
Dalam keadaan yang tidak melibatkan komplikasi, pembedahan Herniotomy biasanya dibuat sebagai prosedur unit rawatan harian (Daycare Surgery). Ini bermaksud pesakit tidak perlu tinggal di dalam wad untuk semalaman. Herniotomy melibatkan torehan kecil (biasanya 2-3cm) di bahagian ari-ari yang bermasalah. Seterusnya, kantung dijumpai di bawah lapisan otot, dan ia dipisahkan daripada saluran sperma dan saluran darah; sejurus itu, kantung dipotong dan diikat supaya ia tidak dapat membenarkan pergerakan usus atau selaput ke dalamnya lagi. Potongan kemudiannya dijahit dengan benang khas di bawah kulit dan akan hilang dengan sendiri dengan peredaran masa. Prosedur ini biasanya memakan masa 15-30 minit.
 
Selepas pembedahan ini, pesakit boleh diberi minum dan makan apabila dia sedar dengan sepenuhnya. Dia dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Ibu bapa akan diarah untuk mengeluarkan pembalut daripada luka 2 hari selepas pembedahan. Sekiranya luka tidak begitu elok (iaitu merah atau bernanah), pesakit perlu dibawa balik berjumpa dengan doktornya. Biasanya, kanak-kanak yang lebih besar diberitahu untuk mengelakkan daripada aktiviti senaman yang lasak sekurang-kurangnya selama 1-2 bulan.
 

Rawatan Bayi Pramatang

Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan, mempunyai insiden yang tinggi untuk mendapat inguinal hernia (sehingga 30%). Seperti yang dinyatakan, bayi-bayi ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi-komplikasi yang diterangkan. Oleh itu, pembedahan Herniotomyuntuk kumpulan bayi ini biasa dilakukan sebelum bayi tersebut dibenarkan pulang dari Unit Rawatan Khas Bayi (Special Care Nursery, SCN) ketika berat bayi tersebut adalah diantara 1.6 - 1.8kg.



















Jauhkan SOS TOMATO Dari Anak Kecil Anda!

$
0
0
JAUHKAN SOS TOMATO DARI ANAK KECIL ANDA!

Tiba-tiba terbayang… Kalau makan cekodok bawang cicah dengan sos cili sedap juga ni… Errr… tiba-tiba rasa kelaparan…Smile…Makan ajerlah yang ingat yer tak? Mana tak menembun dengan jayanya bagaikan dipam-pam badan ni? Kalau dah asyik ingat makan jer? Ha ha ha… Open-mouthed smile. Iman Firash dia kenal sos cili dan sos tomato… Sebutnya “Chilli Cosh.. Tomato Cosh…”… Tapi dia tak suka. Mengelak-elak kalau cuba beri pada dia. Mujurlah dia tak suka! Sebabnya…  Walaupun sos adalah merupakan ibarat tradisi turun-temurun untuk sesetengah hidangan, namun terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawasanya sos tomato yang rendah kalori ini sebenarnya adalah TIDAK BAIK diambil untuk tubuh manusia.

Berdasarkan artikel yang telah diterbitkan di pautan INI, terdapat 5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS ELAKKAN PENGGAMBILAN SOS TOMATO terutamanya pada anak-anak lah kan?

 

Kandungan Sodium Yang Tinggi

MenurutFood Network, mengambil 8 senduk makan sos tomato sudah cukup memenuhi keperluan sodium anda dalam sehari. Bayangkan, apabila anda membiarkan si kecil menghabiskan satu botol sos tomato seenaknya. Ya, ada yang Farah pernah jumpa, kanak-kanak yang sangat sukakan sos tomato sehingga boleh habis sebotol kalau sekali hadap. Hu hu hu…

 

Mengandungi Banyak High Fructose Corn Syrup (HFCS)

HFCS dikatakan terbukti dapat menyebabkan obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Hungfry for Change menyebutkan bahawa majoriti ramuan sos tomato botol terdiri dari tomato matang, air, dan gula yang banyak. Biasanya gula ini merupakan bentuk kejuruteraaan genetik dari sirap jagung.
 

Memiliki Kadar Gula Yang Tinggi

Dr. Joseph Mercola dari Hungry for Change memaparkan bahawa ibu bapa perlu tahu bahawa 1/4 dari tiap botol sos tomato diperbuat daripada gula. “Sebanyak 1 senduk makan biasanya mengandung 4 gram gula,” ujarnya.
 

Berantakan

Tidak berkaitan dengan kesihatan, namun kenyataannya, kesan kotor dari sos tomato kadang-kadang sukar untuk dihilangkan dari baju atau meja/kursi.
 

Membuatkan Semuanya Terasa Seperti Sos Tomato

Terlalu banyak menuangkan sos tomato tidak hanya berisiko terhadap kesihatan, tetapi juga sebenarnya tidak memberikan kesempatan bagi si kecil untuk mencuba rasa makanan lainnya.
 
Bukan tak boleh nak makan atau cicah sos tomato langsung-langsung. Cumanya kalau boleh kena kurang-kurangkan sos tomato di dalam hidangan atau santapan anak-anak kecil. Winking smile. Apa pun kan? Kalau dah terlalu lebih sangat boleh jadi memudaratkan. Yang ala kadar jer dah cukup yang sebenarnya… Betul tak?







KHATAN : Perbezaan Antara Cara KONVENSIONAL Dan MODEN

$
0
0
KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN

Musim cuti sekolah tiba lagi! Smile… Bagi yang mempunyai anak-anak lelaki, mungkin waktu cuti sekolah panjang hujung tahun ini adalah masa yang terbaik untuk mengkhatankan anak-anak lelaki sekalian kan? Di kawasan perumahan Farah ni pun dah sibuk tergantung banner yang mengiklankan slot upacara berkhatan di masjid secara beramai-ramai. Kalau tak silap Farah, kos yang perlu dibayar untuk seorang adalah sebanyak RM 180.00. Menurut banner tersebut, pakej berkhatan tersebut termasuk dengan kos majlis makan-makan sekali.

Bercerita tentang khatan, kerap juga Farah membaca, ambil tahu dan juga berkongsi di Bubblynotes.Com. Di antara entri-entri tentang berkhatan yang pernah Farah muat naik di Bubblynotes.Com adalah:




Jika rujuk kembali pada perkongsian Farah yang terdahulu, apa yang Farah tahu, untuk mengkhatankan anak terdapat beberapa kaedah iaitu:

Kaedah Khatan Konvensional atau Dorsal Slit

Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi kemaluan akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala kemaluan.

Kaedah Laser

Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik ke hadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kaedah Sepitan Atau Clamp

Kaedah ini telah digunakan oleh nenek moyang kita di Malaysia, cuma peralatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti Plastibell, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.

CARA MANA SEBENARNYA YANG LEBIH BAIK? I don't know smilePara ibu bapa yang telah melalui proses mengkhatankan anak-anak, answer please? He he he… Maklumlah, awak ni belum pernah ada pengalaman walaupun sekali pun! Ni pun jenuh juga mencari bahan bacaan dan bertanyakan kepada Atuk Firash. Iyalah kenalah belajar-belajar kan? Persediaan awal. Nanti tak adalah terkail-kail awak ni nak mengendalikan Iman Firash sewaktu dia dikhatankan akan datang. Belajarlah perlahan-lahan untuk ilmu pengetahuan diri sendiri supaya jalan tu bersuluhkan cahaya. Terang sikit…Ihiksss tak adalah berada di dalam kegelapan sangat! Smile with tongue out… Ok gurau-gurau jer…

Jawapan yang ditemui dari Dr. Azwan melalui artikel yang beliau kongsikan di pautan INI, berdasarkan pengalaman beliau yang telah mengkhatankan mungkin sudah beratus kanak-kanak, berkhatan adalah merupakan satu prosedur kecil tetapi di dalam perubatan walaupun ia prosedure yang kecil ia boleh membawa kepada risiko. Sebagai contoh, hatta suntikan di bahu menggunakan jarum yang paling halus pun ada juga risikonya yang tertentu. Jadi marilah kita bersama-sama menilai kelebihan berkhatan berdasarkan kaedah-kaedahnya dan risiko-risikonya. Anda perlu tahu risikonya kerana perubatan moden adalah satu yang transparent atau jelas. Ini adalah kerana akhirnya, keputusan yang dibuat adalah di tangan anda dan bukan di tangan doktor. Penjelasan yang dibuat kepada anda oleh Dr. Azwan akan menentukan keputusan yang akan anda ambil. Oleh itu ia perlu jelas dan difahami.

Kaedah Konvensional

Kaedah konvesional juga ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.

KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN 2

Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat yang dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya. Ada ibu bapa tersalah anggap dan memanggilnya sebagai laser walaupun ia bukanlah sejenis laser. Cautery elektrik pada pasaran semasa berharga antara RM 2,500.00 sehingga RM 5,000.00 mengikut jenisnya. Oleh itu, bukan semua klinik atau doktor yang mempunyai alat ini. Cautery menggunakan bateri dari jenis yang baik dan tahan lama adalah di dalam lingkungan RM2,000.00.

Kaedah menggunakan gunting dan pisau (blade) masih digunakan oleh sebilangan doktor. Pakar bedah plastik yang mengajar Dr. Azwan berkhatan dahulu pun masih menggunakan kaedah ini. Pendarahan diberhentikan dengan menggunakan teknik litigation iaitu diikat menggunakan benang. Kaedah memberhentikan darah secara ini adalah selamat kerana saluran darah besar akan tertutup dengan pasti menggunakan benang berbanding membakar menggunakan cautery.

KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN 3

Walaubagaimanapun,cara ini agak lambat. Ia mengambil masa dari 20 minit sehingga 45 minit seorang pesakit. Bergantung kepada pendarahan dan sebagainya. Cara konvensional lebih memudahkan berlaku pendarahan kerana memotong menggunakan gunting atau pisau tidak memberhentikan darah berbanding cautery. Oleh itu, ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang catgut. Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.

Kaedah Klamp

Kaedah klamp (tara klamp, smart klamp) adalah cara terkini untuk berkhatan. Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan. Cuba bayangkan 80 orang boleh disunatkan di dalam masa 3-4 jam sahaja dengan 5 buah katil oleh 5 orang operator.

KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN 4

Dikatakan, salah satu klamp yang awal dihasilkan berasal daripada idea seorang doktor berketurunan Sikh di Malaysia. Aneh kan? Seorang doktor yang bukan Islam menghasilkan satu alat yang rata-ratanya orang Islam yang banyak menggunakannya. Smile. Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (sama ada menggunakan cautery atau pisau). Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.

KHATAN_PERBEZAAN ANTARA CARA KONVENSIONAL DAN MODEN 5

Kaedah ini tidak perlu jahitan. Oleh itu ia sangat cepat. Selepas 7 hari pesakit akan datang ke klinik semula untuk membuka klamp tersebut. Ada kalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan. Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal. Rata-ratanya di klinik mengenakan bayaran daripada RM 200.00 hingga RM 350.00 untuk satu prosedur. Harganya mungkin lebih murah di dalam lingkungan RM 150.00 – RM 180.00. Ada ramai doktor yang tidak berapa menyukai kaedah klamp. Ini termasuklah Dr. Azwan. Ada juga yang pada awalnya menggunakan klamp tetapi akhirnya bertukar kepada kaedah khatan konvensional.

Ah ah lah…Yerlah, jiran depan rumah Farah kan… anak-anak dia 4 orang lelaki… 1,2,3 semua guna klamp. Kalau tak silaplah dia cerita pada nenek Firash, kemudian yang keempat gunakan kaedah khatan konvensional. Kenapa ya agak-agak?

Menurut Dr. Azwan, masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas seminggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah di bahagian kulit yang dipotong. Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu. Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja, selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.

Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.

Kesimpulan

Cara yang bagaimana yang anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan, pantas dan mudah dijaga maka pilihlah klamp. Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang masih mengekalkan tradisi lama.

Apa pun pilihan anda, di dalam ibadat berkhatan, yang paling penting adalah kebersihan yang terhasil daripada proses tersebut. Ini kerana di dalam Islam, apabila kita berbincang tentang bab Fiqah, perkara yang paling awal ialah Thaharah atau Penyucian. Maka kebersihan adalah matlamat utama ibadah ini.

THANK YOU POPDQ For The Thoughts!

$
0
0
THANK YOU POPDQ FOR THE THOUGHTS!

Tengah-tengah fokus siapkan tugasan hakiki di pejabat petang semalam, tiba-tiba telefon berdering… Tengok di skrin telefon, ini nombor yang tak kenal ni! Smile… Jawab ajerlah… Manalah tau kalau-kalau itu adalah merupakan  panggilan atas urusan kerja sebabnya memang Farah agak banyak buat panggilan berkaitan dengan urusan kerja sejak kebelakangan ini. Memang kebelakangan ini agak sibuk dengan tugasan hakiki. Bila Farah tak sempat nak jawab, si pemanggil What’s App. Katanya nak hantar bunga untuk Farah. Red rose. Secara automatik dahi berkerut tanpa dipinta. Siapalah agaknya yang hantar bunga tu kan? Jadi pelik sekejap… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Orang jarang-jarang dapat bunga memang macam ni kerenahnya… Yalah, tak ada angin tak ada ribut, siapa pula yang hantar kan? Nak kata untuk birthday… Awal sangat nih! Belum sampai tarikh lagi…

Ok lah tak apalah, biarkan dulu dan bunga selamat sampai ke tangan nenek Firash sebagai penerima on behalf. Farah pun sambunglah dengan tugasan hakiki semula. Lebih kurang dalam pukul 6 lebih macam tu, Nabilah dari PopDQ What’s App Farah. Nabilah tanya sama ada Farah suka atau tidak dengan bunga yang dihantar kepada Farah tadi? Tengok pun tidak lagi…Ha ha ha… Open-mouthed smile… Masih di pejabat lagi… Masih bekerja… Bila sampai-sampai jer rumah… Terus ada yang tolong tarik tangan dan sibuk serta teruja nak tunjukkan bunga yang telah dihantar kepada Farah sebelum tu…

THANK YOU POPDQ FOR THE THOUGHTS! 2

Wahhh! Cantiknya! Farah suka! Farah suka! Suka suka suka… Red heart… Bukan bunga plastik ataupun artificial ya? Bunga segar! Memang sangat-sangat segar bunga-bunga tu semua… Cara presentation pun bagi Farah menarik. Simple but elegant and nice. Tengok-tengok ada terselit pula losyen. Yeayyy!!! Sukaaa sangattt… Thank you PopDQ for the thoughts! I do really appreciate it much! You’ve made my day! Smile. Sekurang-kurangnya ia dapat buatkan Farah tersenyum walaupun seketika. Rasa terharu sangat sebab ada yang sudi hantar hadiah nih! Ihiksss… Siapa yang tak suka kalau dapat hadiah-hadiah macam ni kan? Dah namanya perempuan, memanglah! Love surprises! Bukan murah atau mahalnya sesuatu itu yang menjadi ukuran tetapi it’s the thoughts that count kan? 

THANK YOU POPDQ FOR THE THOUGHTS! 3

Iman Firash yang terlebih-lebih teruja sebenarnya… Mommy? Flower Mommy… Mommy? Flower Mommy… Open-mouthed smile… Sibuk dia nak pegang dan buat main… Agaknya sementara tunggu Farah sampai rumah puas dia mengongoi dengan nenek dan atuk nak bunga dan losyen tu. Losyen tu wangi, Farah suka. Sebabkan Iman Firash sibuk, sapu sikit dekat dia. Ha ha ha…Dua dua beranak mandi losyen malam tadi. Untuk apa hadiah ni?

THANK YOU POPDQ FOR THE THOUGHTS! 4

Inilah namanya pemangkin semangat dan motivasi untuk terus ber-blog dan berkongsi informasi di Bubblynotes.Com. Ini juga adalah sebagai tanda penghargaan atau terima kasih atas kolaborasi antara Bubblynotes.Com dan juga aplikasi yang baru sahaja dilancarkan iaitu PopDQ. PopDQ? Apa tu? Sila muat turun di Google PlayStore dan juga di Apps Store untuk iOS. Kemudian anda akan tahu apakah aplikasi PopDQ. Jumpa Farah di aplikasi tersebut tau? Winking smile. Teaser lah sikit…He he he…Mana boleh cerita semuanya…Tunggulah entri tentang PopDQ dari Farah. In Shaa Allah di dalam waktu terdekat ya? Farah cuba sebaik mungkin untuk siapkan entri tersebut dengan segera ya?
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live