Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

STARBUCKS: Buy 1 Get 1 FREE Voucher

$
0
0

Salam Jumaat peeps! I was in silence for the half day of Friday, today... Both son 👶 and Mommy  👱 were down with high fever. 😊 Syafakallah to my son. Followed up with PAED this morning and I was told that his swollen mouth due to some irritation and for the time being only soft kind of food is allowed on Iman Firash. Maknanya makan berpantanglah buat sementara waktu ni kannn? Ihiksss... 😃.

It was a long queue at the clinic this morning... filled with parents and kids and while waiting for our turn, while keeping up with the long waiting hours, Mommy needs to entertain Iman Firash in order to avoid him from getting bored. So... 7-Eleven beside the clinic is the best place for the purpose! Window shopping treat for him, while grandma waits at the clinic... 

That's where I grabbed the bottled STARBUCKS Mocha Frappuccino and observe that they are running a promotion on BUY 1 GET 1 FREE VOUCHER* which redeemable on our next visit to STARBUCKS! 

This promotion is only valid with any purchase of STARBUCKS Bottled Frappuccino Coffee or Mocha. Present your 7-Eleven receipt and coupon to enjoy the promotion redeemable on your next visit to STARBUCKS store. Valid only for handcrafted beverages. Complimentary beverage MUST be of the same or lower value than the beverage purchased at STARBUCKS. This promotion is valid in all STARBUCKS Malaysia except Genting Highlands and Sunway Lagoon kiosk yeah? and it is valid until 30th November 2016. 

STARBUCKERS... Coffer lovers... wouldn't let this kind of opportunity down right? 😉 So why wait? Go to 7-Eleven today and grab your STARBUCKS Bottled Frappuccino Coffee or Mocha to enjoy your STARBUCKS free voucher... 🍵

Cara Atasi PERANG TIDUR!!!

$
0
0

Perang tidur ni bukan satu perkara yang baru kalau dengan Iman Firash ni... 😂 memang dari sewaktu dia baru lahir dulu sampailah ke sekarang ni... Waktu tidur tu...Ikut waktu antarabangsa sangattt... Saat anak-anak pasangan lain lena dihanyut buaian alam mimpi yang indah... Anak kami ni, dengan bertenaga dan cerianya berjaga dan bermain... 

Throwback sedikit 3 tahun yang lepas... 




Iyaaa...Memanglah Mommy-nya pernah berkerja supporting bosses di United States sana dulu... Kerja odd hours dan perbezaan waktu Malaysia dan United States adalah lebih kurang 12 jam macam tu. Malaysia siang, United States malam... United States siang, Malaysia malam... Waktu kehidupan seharian pun adjust ikut United States... Tapi tak adalah pula sangka tersangkut ke Iman Firash... 😂 ha ha ha... Tak adalah...Saja-saja jer melawak... Memang dah Iman Firash macam tu... 

Dari lepas lahir sampai usia 5 bulan jugalah jenuh nak latihkan waktu tidur dia... Memang hari-hari mata panda jer... 🐼 ... Kadang-kadang tu nenek dia tak sampai hati, bila Iman Firash tak nak tidur di waktu malam... Disuruhnya Mommy Firash ni tidur dan dia berjaga... Sebab nenek dia risau Mommy dia nak memandu keesokkan hari ke pejabat serta jauh perjalanan... Tapiii, tak juga... Sebab takkan nak biarkan nenek dia yang sudah berusia itu pula yang berjaga? Nak tak nak, tetap Mommy kena berjaga kan? 

Usaha untuk latih tidur, latih punya latih, akhirnya berjaya bertukar ke waktu Malaysia. No more waktu antarabangsa. Cumanya, ada hari-hari ada masa akan terjadi situasi di mana dia akan tidur lewat! Lewat yang dimaksudkan adalah selewat pukul 2.00 - 3.00 pagi kalau diikutkan rentak dia serta kehendak dia. Terkadang tu sengaja tak diberikan tidur di siang hari, tetapi masih juga lagi 🙄... Nak tidur lewat juga! Suka lawan mata 👀 kata nenek dia. Yang jadi tersenguk-senguknya? Mommyyy juga... 🙋

Ada ibu bapa termasuklah Farah yang menghadapi masalah terpaksa berjaga malam gara-gara anak kecil yang tidak mahu melelapkan mata di waktu malam. Tak merungut ek? Jangan salah anggap pula. Ini sekadar menceritakan situasi. Ada masa tu ok lah kan? Ada masa tu pula, ada yang boleh jadi tak tahan bila siangnya penat bekerja di pejabat, malam hari masuk waktu tidur, anak pula enggan tidur. Sebaliknya makin larut malam makin naik syeh dia bermain! 😂. Untuk Farah, Farah agak dah lali sebab, Farah dah biasa dengan berjaga malam untuk siapkan tugasan. Tapi risaukan ianya akan memberikan impak kepada kesihatan dia jer. Lagipun dah nak sekolah dah tahun depan, kena biasakan dia untuk tidur awal. 

Menurut satu artikel di SINI, tentu kebanyakan ibu bapa biasa dengan situasi anak kecil berusia dua hingga empat tahun sukar tidur malam. Biasanya mereka sukar mematuhi arahan untuk tidur sehingga kadang kala terpaksa berlaku PERANG TIDUR! Sibuklah kannn asyik nak main atau menonton televisyen sehingga akhirnya akan "tantrum" jika disuruh berhenti melakukan aktiviti tersebut. Sebenarnya dia tidak mahu meninggalkan aktiviti tersebut sebelum tidur. 

Itulah yang artikel tu pesan 😂, sebagai ibu bapa kita ni perlu bijak memainkan peranan. Tidak boleh terlalu keras dan tidak boleh juga terlalu menurut kehendak anak. Yup, itulah yang Farah percaya. Not to strict and not really following all his demands. Tengah-tengah. Di antara. Bukannya memanjakan yer tak? Anak-anak usia sebegini setiap kali tiba waktu tidur. Jadi? Apa penyelesaian terbaik? 

TETAPKAN PERATURAN WAKTU TIDUR
Dengan menetapkan peraturan dan rutin sebelum tidur sejak usia bayi lagi, anda telah mengajar mereka tabiat tidur yang baik dan sudah tentu memudahkan mereka tidur awal. Apa yang boleh anda lakukan ialah mewujudkan kebiasaan atau rutin setiap kali tiba waktu tidur. Secara tidak langsung, ia menggalakkan tabiat tidur yang baik kepadanya. 

PENANDA ARAS
Antara petunjuk bahawa sudah tiba masa tidur adalah membacakannya koleks buku cerita sebelum tidur, membacakannya doa tidur dan zikir dan mengajaknya menggosok gigi apabila tiba waktu tidur. 

Dengan yang demikian, dia akan faham bahawa waktu tidur sudah tiba. Jadi, dia perlu menyiapkan dirinya untuk tidur. Jika rutin ini sudah diajar sejak kecil, percayalah, anak anda akan mudah tidur. 

TUNJUKKAN CONTOH
Kanak-kanak belajar melalui tauladan. Sejak kecil biasakan dengan situasi di mana semua orang mesti masuk bilik untuk tidur. Jika melihat ibu dan bapa hendak masuk tidur maka sudah tentu mereka juga akan mengikutnya. Tapi amalan ini perlulah dibiasakan sejak bayi lagi, barulah anak senang hendak mencontohi! 

1,2 dan 3 tips dah buat dah punnn... Tapiii... 😂... Tak berkesan... Tak jalan kesemuanya... Dia tetap dengan cara dia juga. Akhirnya, yang berjaya bagi Farah adalah.... 

TUTUP SUIS LAMPU
Biasakan menutup suis lampu rumah apabila tiba masa untuk tidur. Apabila suasana sudah gelap maka mereka tahu, sudah masanya untuk tidur. Janganlag kita suruh si kecil masuk tidur tetapi kita pula masih sibuk di dapur (kalau nak sibuk juga, tunggu dia betul-betul lena) atau menonton TV. Tentu sahaja anak enggan masuk tidur. 

PURA-PURA TIDUR DI SEBELAH ANAK
Kalau semua cara yang dah dicadangkan tidak dapat membantu anak untuk tidur malam. Guna trik paling mudah yang mana kadang-kadang boleh jadi kita yang hanyut dulu ataupun sama. Ahaksss 😂. Hajat nak selesaikan kerja boleh jadi tak selesai sudahnya... wakakaka... ajak anak berbual dan bermain sambil berbaring atas katil. Kemudian kita berpura-pura rasa mengantuk dan tidur. Lama kelamaan nanti, tidurlah dia sendiri. 

Setiap kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang berbeza. Namun, secara umumnya, anak berusia dua tahun memerlukan 13 jam waktu tidur dalam sehari. Biasanya mereka akan tidur antara 11 hingga 12 jam di  waktu malam dan tidur petang sekali selama satu atau dua jam sehari. 

*Nak sekolah dah, nak tak nak memang kena paksa tidur awal. 

Apabila KREATIVITI & PEMIKIRAN Bergabung!

$
0
0
BloggerImage

"Mommy... Book!"... Sambil tarik tangan Mommy minta tolong bukakan laci yang pemegangnya dah patah serta tercabut dikerjakan oleh dia sendiri. 😂. Haaa kan dah susah nak buka laci tu? Siapa suruh Firash patahkan pemegang laci tu sampai tercabut. 💁. Bila dah buka ingatkan nak keluarkan semua seperti biasa. Rupanya dia nak satu jer. Kebiasaannya dia ambil dengan set pensel warna dia sekali, tetapi ini tidak. Dia cuma ambil satu jer buku. Satu jer. 

Kemudiannya sibuklah dia menuju ke set permainan keretapi dia dan cuba setting sesuatu. 

BloggerImage

Owhhhh... Nak buat terowong rupanya... 😅...Mommy ingatkan nak buat apa. Gigih dia setting demi tak nak bagi buku tu terjatuh. Bila dah siap, nampak muka puas dan bangga pada diri dia. 🙄... Kira-kira macam dah pandai sangat lettew. Ok Mommy, layan Mommy layan, jangan tak layan. Support! Supaya kreativiti dan pemikiran dia terus berkembang... 

BloggerImage

BloggerImage

Kemudiannya, lekalah dia bermain siap dengan sound effect sekali. Sebenarnya ini baru satu kisah rekacipta Iman Firash. Ada beberapa lagi kisah rekacipta berdasarkan ilham dia yang tersendiri yang tidak dibantu oleh sesiapa pun. But of course all the ideas interpreted from sources around him. Pengaruh apa yang ditonton dalam siri animasi Thomas and Friends pun ya juga ni! 

Keep up exploring son! 👍Mommy support jer selagi ianya adalah sesuatu yang positif. 

Kisah Amoi & Firash...

$
0
0
BloggerImage

Tersebutlah kisah si anak bujang... Iman Firash namanya... Ada barang yang penting yang hendak dicari di AEON Mall, Shah Alam untuk kegunaan harian di rumah. Barangnya satu tetapi jalannya kemain sampai ke AEON Mall, Shah Alam. Semuanya, semata-mata kerana... "Jom Mommy... Jom...". Dah pandai ajak berjalan dahhh... 💁 Sabar jerlah... Boring lettew... Sesekali bolehlah diturutkan... Kebetulan Mommy rajin... Kalau Mommy malas nak keluar... Memang berkurung jerlah kami sama-sama di rumah seperti kebiasaan. Rehat... Kannn? 

Dia dengan hal dia jerlah... Tapiii... Mana-mana pergi, pasti akan didekati sama ada amoi atau minah salleh... Bukan sekali bukan dua... Dah berkali-kali macam tu. Dan bukannya sebab Mommy dia ni perasan, syok sendiri atau cuba-cuba nak up-kan anak sendiri. Hakikatnya, itulah yang sebenar-benarnya berlaku. Firash oh Firash... Dia memang suka berkawan... Tak kira dengan sesiapa sahaja. Ramah anak Mommy ni... Suka tersenyum pada kawan-kawan yang baru jumpa dan tak pernah kenal walau di mana pun. 😂so the Mommy kan? Oopsss... Ha ha ha...

Cumanya kalau kanak-kanak perempuan ni kebiasaannya dia jarang nak tegur dulu. 🤓. Kalau mereka approach barulah dia berkawan. Itu yang Farah perasan. Macam tadi di AEON Mall, Shah Alam... Sedang dia leka main... Tiba-tiba ada satu amoi sudah mari mahu kawan sama dia... 

BloggerImage

Kemain lagi Amoi tu betul-betulkan baju dia. Hu hu hu. Dia pun buat chill jer dan tersenyum pada Amoi tu. Anak dara orang tu oiii nak oiii... 🙄... Mommy pada Amoi tu senyum jer... Alaaa... Sebenarnya Mommy Firash ok jer... Setakat berkawan dan meramaikan kawan yang baik, apalah salahnya kan? Selama mana ia positif selagi itu Mommy ok jer... 😊

BloggerImage

BloggerImage

Sama naiknya berdua ni... Nak nak lagi sebaya kan? Seronok dia berkawan berdua... Sambil-sambil tu both Mommy pun berborak sementara mereka leka bermain sambil sesekali mata kami terkerling-kerling melihatkan serta memantau kedua-dua Amoi dan Firash. Firash dapat kawan baru, Mommy pun dapat kawan baru juga. Bagi peluang dia bermain berdua. Selepas seketika, bila dah agak lama... Masing-masing dah puas berpeluh-peluh bermain dengan pemantauan bersama. Barulah masing-masing minta izin nak mengundurkan diri. 

Siap bye-bye dan flying kiss to each other lagi dua-dua orang ni. Bukan main lagi kan? Begitulah kisah Amoi dan Firash... 😉

Saturday at Ballotin Chocolate is Scrumdelious!

$
0
0

Ballotin Chocolate... Ini bukanlah sebuah restoran mahupun warung makan mahupun food court... Akan tetapi ini adalah merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan warna-warni dan objek-objek manis yang kelihatan seperti polished marble yang bersinar-sinar yang mencuri perhatian sesiapa sahaja yang terlihat objek-objek tersebut. Objek-objek yang dimaksudkan adalah merupakan makanan yang bilamana ianya dimasukkan ke dalam mulut, nikmatnya terasa sehingga ke dalam tekak... Melt in your mouth 😋...Yummeh! Sesekali kita melawat tempat yang dipenuhi dengan rasa manis lah pula kannn? Asyik melawat restoran atau warung makan jer... Ubah angin sesekali tak ada salahnya... tak kena diabetes pun kalau sesekali kannn?


Ballotin di dalam bahasa Perancis yang membawa maksud sekotak kecil coklat. Iyaaa... hari ini kita bercerita mengenai coklat ya? 😊. Khas buat semua penggemar coklat, buat sesiapa sahaja yang mencari coklat, handcrafted chocolate, coklat buatan sendiri dengan kualiti dan rasa yang pasti memuaskan. Lokasi? 


Ballotin Chocolate
12-1, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi:
Isnin sehingga Sabtu, 11.00 pagi sehingga 7.00 petang

No. Telefon: 
+603 6144 6544

Ballotin Chocolate merupakan sebuah kedai coklat yang dipenuhi dengan warna-warni di dalam display case yang membuatkan Farah rasa nak terkam jer semua yang ada ok? Bukan semata coklat biasa, cantik-cantik handcrafted chocolate di sini. Macam guli-guli yang bersinar-sinar pun ada. 








Yang puas dapat merasa macam-macam jenis coklat yang dihasilkan oleh Ballotin Chocolate adalah Iman Firash. Seronok dia dan ada nampak riak kagum di wajahnya sekejap bila dia dapat menikmati banyak coklat yang cantik dan menarik perhatian dia. Muka tu toksah cakaplah... senyum jerlah senantiasa kannn? Mana tak senyum? Coklat itu kegemaran dia, tetapi pemakanan coklat untuk dia kebiasaannya dikawal... Mommy jaga gigi dia kaedahnya... 😆... Kononlah konon... Tapi memang kalau boleh nak jaga gigi dia sedari usia dia kecil lagi, agar dia biasa menjaga kesihatan gigi... Tiba-tiba dapat kebenaran untuk makan coklat dengan banyak... Memang sukalah dia kannn? 

Kalau dah kanak-kanak pun tertarik perhatian dengan coklat-coklat yang dihidangkan di hadapan mata di Ballotin Chocolate, apatah lagi Mommy dia kannn? Dahlah berwarna-warni, cantik, bersinar-sinar macam polished marbles... Rasanya toksah cakaplah... Bila masuk jer ke dalam mulut... Uishhh... Nikmatnya bila rasa coklat itu memenuhi mulut Farah ni haaa... Ha ha ha... 😆... Tapi seriuslah, memang sedap oiii! Tak rugi pun rasanya petang Sabtu kami dihabiskan di Ballotin Chocolate... HALAL? Of course! 

Sibuk sangat Farah dok canang yang coklat-coklat tu semua cantik berwarna-warni seperti polished marbles kannn? Ya ke? Baiklah... Sila lihat gambar-gambar yang sempat Farah rakamkan untuk anda lihat sepertimana yang tertera di bawah ini:





Setiap corak dan warna yang berbeza mewakili rasa dengan bahan campuran yang berbeza. Tidak sama ok? Walaupun namanya adalah coklat. Both Mommy and Firash beruntung sebab berpeluang untuk melihat bagaimana chocolate bonbons crafted with irresistible flavours ini dihasilkan... Seronok juga sesekali dedahkan Iman Firash dengan proses pembuatan coklat ni walaupun dia masih lagi kecil dan mungkin tidak faham keseluruhannya... Tak apa...dedahkan ajer... Who knows...Might be kalau tidak keseluruhannya, satu hari nanti dia mungkin ingat serba sedikit yang dia pernah melihat bagaimana coklat dihasilkan... Walaupun pada waktu itu, dia ingat-ingat lupa atau terfikir-fikir macam dia pernah jer berada di bilik di mana coklat dihasilkan... Sekurang-kurangnya satu pengalaman dan pendedahan... 



Bukan mudah nak menghasilkan handcrafted chocolate ni... Macam-macam proses, macam-macam langkah dan macam-macam yang nak kena dijaga, dipantau... Phewww... 😁 ... Kalau Farah ni, tak taulah sama ada mempunyai kesabaran untuk menghasilkan chocolate bonbons sebegini ataupun tidak... Ha ha ha... Rasanya lebih suka makan yang dah siap jer kot? Sebab proses dia memang menuntut penuh ketelitian dan perhatian serta fokus... Dengan Iman Firash, macam manalah nak fokus siapkan coklat cantik macam ni kannn? Ekekekeeke....  Tak hairanlah sekiranya seketul coklat di Ballotin Chocolate ni berharga RM 6.00. Sebab penghasilannya sememangnya mengagumkan... Bukan mudah tapi rumit... Satu proses yang rumit bagi Farah... 


Coklat-coklat di Ballotin Chocolate dijual di dalam 3 packaging iaitu ... Saiz kecil, sederhana dan juga besar. Sepertimana yang dapat anda lihat:

Kotak Kecil (6 biji coklat) 
RM 36.00

Kotak Sederhana (12 biji coklat)
RM 66.00

Kotak Besar (24 biji coklat)
RM 126.00


Yang Farah paparkan di atas ini adalah contoh coklat dari Ballotin Chocolate yang disediakan untuk kotak yang bersaiz besar yang mengandungi sebanyak 24 biji coklat. Pembungkusan pun nampak elegant dan bersesuaian sangat jika hendak dijadikan sebagai hadiah istimewa ataupun sebagai hadiah hantaran. Haaaa... sesiapa yang nak kahwin tu, jika nak kelainan di dalam hadiah hantaran berbentuk manisan, bolehlah dapatkan coklat-coklat bonbons yang unik dan lain daripada yang lain dari Ballotin Chocolate ni... Pasti lebih berseri-seri dulang hantaran anda tu kannn? Tak adalah, cadangan jer jika nak jadikan sebagai hantaran... 



Yang Farah paparkan di atas ni pula adalah contoh packaging yang menarik yang pihak Ballotin Chocolate sediakan. Nampak elegant kan? Nak jadikan sebagai hadiah korporat pun sesuai sangat ni... Bagi Farah yang bertugas sebagai Personal Assistant ni memang berguna sangatlah Farah mengetahui tentang kewujudan Ballotin Chocolate ni kannn? Sekurang-kurangnya ada juga variety di dalam pemilihan hadiah atau saguhati atau cenderahati sekiranya boss Farah minta Farah cadangkan sesuatu. Ngeee.... Makanya para Setiausaha... Personal Assistant sila ambil perhatian... 


Ada orang tu, sama juga sibuk ber-shopping di Ballotin Chocolate... Ahaksss... 😂... Bukan sama sibuk tetapi paling sibuk... Tengok ajerlah gaya dia... Bukan main ya ya.... dia dengan gaya shopping dia... Bertabahlah Mommy... tokoh kaki shopping tu macam dah nampak dah walaupun baru jer berusia 2 tahun 9 bulan... Hu hu hu... 

#ehhh...cerita punya cerita... jika anda sememangnya penggemar coklat atau mempunyai keperluan yang tertentu.... tunggu apa lagi? Bersegeralah melawat  Ballotin Chocolate yang telah dibuka pada bulan Ogos 2016 yang mana pemiliknya adalah merupakan seorang chef pastri yang sangat meminati coklat sedari kecil yang mempunyai impian untuk mempunyai kedai coklat sendiri yang mana kini telahpun direalisasikan. 



Apakah RISIKO Anak Tidur Buai???

$
0
0
APAKAH RISIKO BAYI TIDUR BUAIAN

Jika diikut-ikutkan dahulu, sememangnya memang tak nak ajar Iman Firash tidur berbuai. Itu perancangan asal… Konon nak jadikan Iman Firash sebagai seorang anak kecil yang bebas dari tidur berbuai tetapi… Kita sebagai manusia hanya merancang dan hanya Allah SWT yang menentukan sama ada, akhirnya akan bebas tidur tanpa berbuai ataupun tidak. Sememangnya, bagi seorang ibu yang mengetahui beberapa fakta mengenai anak tidur berbuai rasa keberatan yang amat untuk membiasakan anak tidur berbuai. Cuba tahankan hati dan cuba seboleh-bolehnya elakkan dari memulakan buaian sebagai salah satu equipment untuk menidurkan Iman Firash.

Permulaan sememangnya tidak berbuai, akan tetapi lama kelamaan keadaan semakin menuntut buaian itu diadakan. Hu hu hu… Semuanya demi kerana ingin memastikan dia mendapat tidur mengikut jumlah jam yang sepatutnya serta mencukupi. Permasalahan yang timbul adalah dia tidak mahu tidur dan asyik menangis sahaja. Akan tetapi apabila diendoi di dalam dakapan, dia tidur dengan amat lena. Ini juga sebenarnya, menyukarkan nenek dia yang menjaga dari melakukan kerja-kerja lain kerana perlu sentiasa mengendoi dia di saat Mommy keluar bekerja. Akhirnya… mahu atau tidak demi kebaikan semua pihak termasuk diri dia sendiri sebagai bayi kecil… Buaian dibeli dan bermula dari saat itu, tidur berbuailah dia… Keadaan menjadi lebih baik di mana, tidurnya lebih lena dan juga nenek dia dapat membuat kerja. Cumanya, Iman Firash cuma tidur buaian di waktu siang sahaja… Malam dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk tidur tanpa buaian. Pergi ke mana-mana juga tidak perlu angkut buaian ke sana ke mari.

Ada orang kata, kalau anak dah biasa berbuai ni, kalau hendak ke mana-mana perlu angkut segala bagai peralatan buaian. Syukur Alhamdulillah, Iman Firash tidak sehingga ke peringkat itu. Cuma untuk tidur siang sahaja…. Anak menangis sememangnya membuatkan hati ibu gundah gulana yer tak? JIka dahulu Farah lihat para ibu bersusah payah menidurkan anak mereka dengan cara menepuk bayi atau meletakkan mereka di dalam buaian. Hampir tiga tahun yang lepas, giliran Farah pula… ekekeke…. Open-mouthed smile. Banyak tenaga yang digunakan bagi memastikan buaian sentiasa bergerak dan si comel kekal tidur lena. Bezanya, sekarang ni lebih mudah, para ibu boleh tersenyum kerana teknologi membantu meringankan beban mereka dengan ciptaan buaian elektrik. Owhhh…Iman Firash tak tidur buaian elektrik, Farah sekadar belikan buaian manual sahaja. 

Yes! Tidak dinafikan buaian dapat membantu dan memudahkan kerja si ibu mahupun si penjaga. Tetapi, yang Farah katakan Farah keberatan nak membiasakan Iman Firash dengan buaian pada awalnya dulu tu adalah disebabkan Farah mengetahui hakikat bahawasanya buaian jenis ini tidak sesuai digunakan oleh anak-anak kecil. Ramai pakar kesihatan dan pakar penjagaan bayi menyarankan supaya tidak menggunakan buaian bagi menidurkan anak-anak kecil. Ini kerana ia mengundang pelbagai risiko seperti kecederaan kepala pada kanak-kanak akibat terjatuh dari buaian semasa mereka tidur, bermain atau menyusu. Ini antara risiko lain yang mungkin dihadapi oleh bayi yang menggunakan buaian elektrik…

Bayi Terjatuh Atau Dihempap Spring / Mesin

Kain yang digunakan untuk meletak bayi hanya disangkut pada sebatang besi penyangkut yang dihubungkan pada spring atau mesin automatik buaian. Bayangkan jika salah satu daripadanya rosak? Bayi mungkin akan terjatuh atau dihempap oleh peralatan tersebut. Situasi mungkin bertambah buruk jika bayi terkena renjatan elektrik.

Memang satu perkara yang sangat ngeri untuk dibayangkan dan Farah tidak mahu menipu dengan mengatakan Farah tidak pernah membayangkan perkara sebegini. Bagaimanakah sekiranya? Apakah sekiranya? Ohoiii…. Minta simpanglah dari berlaku pada Iman Firash… memang setiap hari berdoa… Bab renjatan elektrik tu, mujurlah Farah tak belikan dia buaian elektrik, cuma buaian normal sahaja… Risau weiii, kalau hujan lebat ke apa ke? Petir, kilat sabung menyabung segala bagai…. takut kena sambar petir atau kilat pula… Iyaaa… mungkin agak ortodoks pemikiran begini, tetapi biarlah ortodoks dulu dari menangis kemudian yer tak?

Tidak Menyokong Struktur Tulang Belakang Bayi

Buaian secara saintifiknya tidak memberi sokongan penuh pada tulang belakang bayi. Jika anda perhatikan dengan teliti, bahu bayi selalunya kelihatan membongkok ketika di dalam buai.

Iya memang betul, untuk elakkan ini dari berlaku, dan disebabkan terpaksa dibuaikan juga, Farah alaskan dengan tilam yang khas yang boleh dimuatkan ke dalam buai. Sekurang-kurangnya tak adalah nampakterkepit sangat bahu anak I… hu hu hu…

Bayi Lemas

Bagi bayi yang mula belajar memusingkan badan, mungkin memusingkan mukanya ke bawah sewaktu sedar ataupun dalam keadaan tidur. Ini boleh menyebabkan bayi lemas kerana kebanyakan bayi tidak pandai memusingkan kembali badan mereka.

Setakat ini, Farah belum pernah dengar kes seumpama ini dilaporkan di siaran berita-berita utama, akan tetapi tidak tahulah jika Farah terlepas pandang kannn? Moga-moga dijauhkan untuk anak-anak kecil yang terpaksa tidur berbuai. In Shaa Allah, Amin… Bukanlah bermaksud bila anak dah tidur berbuai terus biarkan sahaja anak tidur lena di dalam buaian tanpa memerhatikan mereka atau memantau mereka. Walaupun telah tidur berbuai dan lena, lebih mudah nak lakukan sebarang kerja. Kita tetap masih perlu memantau anak-anak kecil yang tidur kannn?

Sindrom Gegaran Otak Bayi

Iyaaa…enjutan buaian dikatakan boleh mengakibatkan bayi mengalami sindrom gegaran otak kerana ubun-ubun bayi yang berusia kurang dari 18 bulan masih lembut.

Tak perlulah ko enjut sampai nak tercabut spring buaian tu atau dengan kaedah menarik serta melepaskan spring buaian dengan kasar… Lemah lembut please??? Perlahan-lahan… Very mild… Asalkan berayun dan dapat melekakan bayi sudah… Kalau enjut sampai menghentak-hentak spring buaian tu memanglah mana tak bergegar otak bayi oiiii…. Perlahan-lahan… As I said perlahan-lahan… Ini tidak… Sampai berbunyi-bunyi spring ko menghenjut buaian budak tu…Mana tak bergegar otak?

Menggoyang Bayi Dengan Kuat

Enjutan perlahan mungkin tidak berbahaya kepada bayi. Namun, dengan lantunan spring buaian (pergerakan atas bawah) seolah-olah sama perihalnya dengan melambung bayi anda ke udara. Ini juga mampu mengundang sindrom gegaran otak pada bayi. Masih ingat perkongsian Farah mengenai, Shaken Baby Syndrome?

Perlahan-lahan seperti yang Farah katakan perlahan-lahan, jangan sehingga kepala bayi boleh kelihatan seperti terangkat… Nak handle bayi ni kena gentle sebab mereka sangat fragile.

Itu ulasan Farah bukan untuk membela diri, bukan untuk menegakkan benang yang basah… tetapi berdasarkan pengalaman yang telah melaluinya…. Kini dah masuk hampir ke 3 tahun dah usia Iman Firash… Alhamdulillah… Secara perlahan-lahan Farah sendiri yang pisahkan dia dengan buaian. Terkadang tu ada juga dia tidur di buaian di waktu siang hari, terkadang tu ok jer tidur bawah. Ikut pada angin dia… Tapi tulah… despite there are so many things that being said about cradle… Farah mengambil pendekatan supaya berhati-hati mengendalikan Iman Firash ketika tidur di buaian… Tidur buaian tu sebab terpaksa, kalau ikut hati tak nak juga bagi dia tidur buaian… Tapi nak buat macam mana, takkan nak seksa dia menangis sepanjang masa dan tidur tidak mengikut jumlah jam yang sepatutnya pula kan? Makanya, sama ada nenek dia atau Mommy kenalah mengendalikan tidur buaian dia dengan sebaiknya supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini seperti yang dinyatakan atau dihujahkan oleh sumber di SINI yang telah dihuraikan di dalam perkongsian entri ini di atas.

*Kinda packed and tight schedule and there are so many things that are lingering on my mind at the moment… In Shaa Allah, jika tak ada aral dan berkesempatan menaip, Farah akan teruskan dengan entri yang seterusnya ya? Smile…Walaupun hakikatnya.. siapalah yang kisah kannn? Kalau ada entri ke tidak di Bubblynotes.Com…Muahahaha…. Rolling on the floor laughing

Boom! Boom! Pow!

$
0
0

😂 ha ha ha... Yang sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan lagu ni, saja buat-buat penyeri entri yang penuh dengan "tragedi" ini... Buat-buat penghibur... Muahahaha.... Berhibur secara santai sambil-sambil menaip entri...Macam tulah... Amboiii... Tak sempat nak tunggu pagi-pagi nanti kannn? Malam ni juga sibuk nak menaip entri dan publish. Al-maklumlah... Seharian semalam tak berkesempatan nak menyediakan sebarang entri punnn disebabkan oleh kekangan waktu serta tuntutan tugas serta tanggungjawab hakiki yang lainnya...Inilah baru ada ruang kesempatan nak bercerita oiii.... 


Boom! Boom! Pow! jadinya....Grrr... Tulah sewaktu memandu tu, tak kira sesiapa pun, termasuklah diri sendiri ni haaa.... TOLONG BERIKAN SEPENUH FOKUS KEPADA PEMANDUAN YA? Lagi satu? Sebelum nak keluar dari mana-mana persimpangan dilema jalan, sila pandang kiri, sila pandang kanan, perhatikan sama ada selamat untuk keluar dari simpang ataupun tidak ya? Jangan terus nak meluru jer! Kesian orang yang memandu dengan penuh berhemah seperti Farah ni tau! Ahaksss... 😆 Menjadi mangsa keadaan. Tak pasal-pasal  terpaksa berkelana tanpa kereta selama lebih kurang seminggu agaknya nih... Opsss...Tunggu dulu! Jangan nak semberono mengatakan Farah yang salah ya? Di dalam insiden ini, atau lebih tepat TRAGEDI OKTOBER ini... Orang yang melanggar ini yang bersalah sepenuhnya dan patut dipersalahkan sepenuhnya! Nak tau sebab apa Farah dengan penuh keyakinan mengatakan sedemikian? Nak tauuu, kenalah baca entri ini dengan sepenuhnya ya? Baru tahu cerita yang sebenar-benarnya yang berlaku... Jangan terus nak buat kesimpulan sebelum mengetahui cerita yang sebenarnya dan sepenuhnya... Tak perlu penat-penat nak andai mengandai itu dan ini...Farah cerita terus jer ni, senang...Biar jelas, terang, nyata dan lagi disuluhkan lagi yang telah bersuluh... 

Memang betul-betul TRAGEDI OKTOBER sungguh nih! Tapi Farah masih mampu 😊 chill dan seolah-olah macam tak ada apa-apa perasaan pun walaupun baby kedua kesayangan Farah ini sedang sakit akibat insiden boom! boom! pow! yang berlaku semalam. Sungguh...Sehingga ke saat entri ini sedang ditaip, perasaan dalaman serta luaran masih lagi mampu tenang walaupun Garfield yang ditempek di dalam gambar di atas menunjukkan tanda-tanda sangat marah! Muahahaha.... 😂 tinggi juga tahap kesabaran Farah ni rupanya.... Chill babe chill...Tak guna nak merentan ataupun meroyan pun... Sebabnya perkara yang sudah terjadi tidak boleh diundur lagi... Ia tetap berlaku dan kesannya tetap ada... Apa yang perlu adalah proses pembaikan supaya kembali seperti sediakala. Adalah sebabnya kenapa Farah mampu lagi nak chill dan tenang walaupun setelah apa yang terjadi seperti yang ditunjukkan di dalam gambar yang dipaparkan bersama-sama entri ini. Itu pun kena baca entri ini, sehinggalah ke penghujungnya kalau nak tahu cerita sepenuhnya. 

Al-kisahnya, di satu senja di musim yang lalu hampir kepada masuknya waktu Maghrib yang tenang....iaitu petang semalam, lebih kurang 7.00 malam ++ macam tu, Farah sudahpun memasuki kawasan perumahan Farah dan hampir sampai ke rumah. Sebelum nak sampai ke rumah tu, ada beberapa simpang di kawasan taman perumahan Farah itu. Pada waktu dan ketika itu, Farah berada di jalan lurus atau di jalan yang lurus...Ekekeke... 😃 Sama ada Farah yang bersalah ataupun si pemandu Kancil yang bersalah, anda judge sendiri berdasarkan apa yang anda faham, anda tahu dan anda rasa ya? 

Farah berada di jalan lurus sementara pemandu Kancil itu datang dari arah simpang... Grrr.... Mata tu mata.... Mata tu letak mana? Keluar simpang main tekan minyak dan luru jerrr! Dah tentu-tentu Farah yang berada di jalan yang lurus ini akan meneruskan pemanduan... Kancil itu yang entah timbul pada bila masa dengan laju, main rembat jer tekan pedal minyak gamaknya, tiba-tiba muncul dan bom kebabom jadinya! Aduyaiii... Terus Farah berhentikan kereta di bahu jalan dan turun. Ecehhh...Berlagak ala-ala konon Kak Long Kawasan agaknya nih! Perasannn! Berani sangat ke? Beraniii... Bukan nak kata Farah ni macam bagus atau nak up diri Farah ke apa... Cumanya, bagi Farah... Sebab Farah tak salah... Sebab kereta Kancil tu yang main luru jer tanpa melihat sekeliling... 

Sewaktu turun tu, tak nampak lagi tu pintu kereta dah jadi macam tu...Bila dah bertawaf ke sekeliling kereta, baru nampak apa yang telah berlaku kepada kereta Farah... Kuat dentuman tu oiii! Mesti ada sesuatu, takkan lah tak ada apa-apa... Terus pemandu kereta Kancil itu datang menghampiri Farah...yang Farah perasan sewaktu Farah sempat kerling ke arah kereta Kancil itu, bumper bahagian depan dia dah tercabut dan berada di atas jalan raya. Allahuakbar...Ko ni kannn? 

Pemandu Kancil: Ya ampunnn kak! Saya minta maaf kak, kita kira selesai aja ya? Saya tanggung semuanya...Saya selesaikan untuk kakak... 

Lorrr... pemandu kereta Kancil itu rupa-rupanya jiran kita di seberang rupanya... Aikkk? Belum cakap apa-apa dah berbunyi tawaran begitu? Hangin ke Farah waktu tu? Kalau ikut emosi amarah memanglah hangin...Siapa tak hangin oiii! Walaupun kereta tu dah selesai bayaran ansuran bulanannya...tetapi kereta tu tetap hasil dari titik peluh Farah sendiri tau tak? Setiap ringgit yang dibayar itu sangat berharga dan bernilai bagi Farah di atas segala jerih dan susah payah yang Farah telah lalui... 😜 Siapa yang tak sayang kan? Lagipun memang dah banyak berjasa... 

Bila dah selesai pemandu Kancil itu berpuluh-puluh kali menyatakan kesanggupan untuk menanggung segala kos membaikpulih kereta Farah... Terus Farah sound dia... "Kamu berangan ya? Ingat pacar kamu barangkali?"...

Pemandu Kancil: Tidak kak... Saya sudah kahwin. Isteri saya ada di sini bersama-sama saya. 

Sambung Farah lagi... "Habis tu? Apa yang kamu fikir? Khayal...Bermimpi sambil memandu mobil-nya?"... 

Pemandu Kancil: Biasalah kak, macam-macam yang ada difikirkan... 

Farah sambung lagi... "Habis? Sekarang ini macam mana? Kamu mahu selesaikan bagaimana ya? Mahu pergi ke balai atau kamu ada cadangan yang lain yang lebih baik?"...Saja kannn? Walhal dah berpuluh kali dah orang tu dok kata dia akan tanggung semuanya... Ingatkan nak buat panggilan telefon, tengok-tengok, bateri telefon pula dah selamat... Bha ha ha... Tertangguh seketika hasrat nak buat panggilan telefon... Tak apalah, cakap dalam hati... Selesai dengan mamat ni dulu... Farah kata... "Gini ya... kakak mahu kerja esok... Sekarang ini, disebabkan kamu dah langgar kereta kakak... Bagaimana kakak mahu ke kantor esok? Aduhhh...Kamu sudah menyusahkan kakak tau tak? Lain kali bawa mobil-nya...dipandu berhati-hati, bukan mengelamun!"... 

Itu jerlah mampu Farah nak cakapkan pada pemandu Kancil tu... Nak cakap apa lagi? Benda dah jadi? Ko nak marah dia banyak-banyak pun bukan boleh elokkan balik kereta tu... Aduh duh duh duh.... 


Diam sekejap Farah memikirkan bagaimana nak menyelesaikan... 😅 owhhh...lagu tu iklan jer bagi menyedapkan lagi sebutan aduh duh duh duh tu... Bha ha ha.... Akhirnya Farah bersuara... "Kita ke bengkel sekarang dan selesaikan...kamu kata kamu akan selesaikan kan?".... Dalam hati penuh dengan pengharapan supaya bengkel kereta yang berhampiran dengan kawasan perumahan Farah masih lagi dibuka... 

Alhamdulillah, langkah kanan... bengkel kereta yang biasa Farah servis kereta masih lagi belum ditutup... Farah memang dah biasa dengan pemilik bengkel kereta tersebut... Terus minta quote untuk proses membaikpulih kereta Farah yang Farah amat sayangi itu... Elehhh...sayang-sayang sangat punnnn....Harta dunia jer...bukan boleh bawa ke liang lahad yer tak? Esok masuk ke 7 kaki dalam tinggal belakang juga semua tu, bukan boleh bawa masuk ke dalam pun.... Tapi sungguhlah kereta itu satu keperluan...Kalau tidak macam mana nak pergi kerja? Macam mana nak bergerak ke sana ke mari yer tak? 😒... Tauke bengkel memulakan tugas untuk mendapatkan sebut harga untuk kos baik pulih kereta Farah dan selang beberapa minit... Tauke kedai memaklumkan kos keseluruhan termasuk sembur cat baru adalah RM 1,100.00. Kalau sendiri yang kena bayar memang terduduk jap oiii... Ha ha ha... Apa lagi... berlagak seperti boss... #ehhh taklah... Farah terus pandang pada si pemandu Kancil tersebut. 

Pemandu Kancil: Tak apa, saya biaya keseluruhannya... 

Farah: Habis tu? Kakak nak pakai kereta esok? Dan kereta ni 3-4 hari baru boleh siap dibaiki...Apa solusi yang kamu boleh beri pada kakak? 

Pemandu Kancil: Sewa kereta lah kakak... 

Amboiii....senang jer terkeluar perkataan sewa kereta tu kannn? Bajet oiii bajet! Mana nak datang bajetnya sewa kereta tu? Payment hasil dari berblog pun banyak yang belum selesai ni... Nak dicekau dari mana ni? Grrrrr.... Ha ha ha...Tiba-tiba tekanan melanda... dan secara tiba-tiba... pemandu Kancil itu bersuara... 

"Tak usah khuatir kakak... Saya biayai sewanya... Selama mana kereta kakak masih dibaiki saya biaya sewanya..."...Amboiiii.... Farah terus kata..."Kalau macam tu, malam ni juga kamu kena cari ya? Esok pagi-pagi kakak mau ke kantor....".... Uhuksss...Demanding tak Farah? Haruslah... Bagi Farah it's my right... Sambung lagi...."Kakak mahu kereta auto ya? Tidak boleh manual!". Lantak koranglah nak gelak ke nak apa...memang Farah tak boleh bawa kereta transmisi manual... Bha ha ha ....bukan tak boleh, boleh, cuma kalau rasa-rasa nak cium kereta lain dengan berundur ke belakang sewaktu di bukit tu bolehlah kot? I better not! Hello! Auto-auto kakak pun memandu dah sampai ke Danok ok? Muahaha... Tak nak kalah tu...Iyalah betullah... Walaupun memandu auto, banyak tempat dah Farah jelajah ok? So tak perlu nak kecam sangat kalau Farah tak boleh memandu kereta transmisi manual... 🙈 kira-kira survivor juga kannn? kannn? kannn? Auto-auto Farah memandu pun, berdesup juga perginya... Hu hu hu... Tak best sungguh statement macam ni...bunyinya macam bangga diri pula... Tapi demi tak nak diperkecilkan...Ahaksss...sebab hanya mampu memandu auto.... Saja kannn? Nak juga keluarkan statement bernada begini... Wekkkk! pada diri sendiri... 

Takut benar dia kalau buat laporan di Balai Polis...Farah syak-kannn... Dia sememangnya tak ada lesen.... Dan Farah rasa 99.9% benar kot telahan Farah ni...Sebab tu dia seboleh-bolehnya tak nak buat laporan di Balai Polis... Alhamdulillah lah, semuanya berjalan dengan lancar... 

Urusan untuk membaik-pulih telah diselesaikan dengan pihak bengkel... Segala kosnya terlibat telahpun diberikan kepada Farah secara tunai oleh pemandu Kancil itu... Dan kereta sewa juga telah diuruskan oleh pihak pemandu Kancil itu... Dapatlah merasa untuk memandu MyVi baru selama 3-4 hari ini.... 🙈 yang mana sememangnya nombor pendaftaran kereta sewa itu adalah nombor pendaftaran kereta baru sahaja didaftarkan... Pihak penyewa telah menyewakan MyVi itu dengan kos RM 580.00 (RM100.00 deposit) bagi tempoh 4 hari... Deposit akan dipulangkan semula selepas kereta dipulangkan... Keadaan kereta sememangnya tip top! Fefeeling macam kau beli kereta baru kannn??? Transmisi? Semestinya auto lahhh...Muahahaha.... Jadilah berangan sekejap... Segala kos sewa kereta juga ditanggung oleh pemandu Kancil itu tanpa banyak alasan atau dalih... Mudah juga dia keluarkan duit dan mudah juga berurusan dengan dia... Alhamdulillah, urusan telah dipermudahkan untuk TRAGEDI OKTOBER ini... Redha jer dengan apa yang terjadi - kemain redha kannn? memanglah, tak keluar duit sendiri dan urusan smooth...Cuba kalau sendiri kena tanggung semua...Memang sakit oiiii! 

Gurindam hari ini... Boom! Boom! Pow! You kiss my car, you pay! Tu jer... Jika mahu menerima kesalahan dan bertolak ansur, dapatlah diselesaikan dengan cara baik... Banyak juga duit dia ek? Macam tak kisah jer keluar duit banyak-banyak macam tu sekaligus? Ke sebab dia memang takut kalau buat laporan di Balai Polis dan polis dapat tahu dia tak ada lesen? Tak apalah, syukurlah tak ada apa-apa kecederaan yang berlaku kepada sesiapa dan segalanya berjalan lancar ke arah proses penyelesaian.... 

Ehemmm...Ini insiden TRAGEDI OKTOBER ni sengaja bagi hint untuk berfikir-fikir ke? Owhhh...sebelum terlupa... Iman Firash... Nampak jer Mommy dia bawa masuk kereta lain ke perkarangan halaman rumah... Tarik nafas panjang menunjukkan macam ... Oh wowwww! Mommy bought a new car!.... Iyolah tu... Ni sewa jer Firash yer? Bukan kereta kita ok? Anda kalau tengok pun... dia punya teruja dan kepoh semacam... Alahaiii anak...Mommy belum sampai level nak buat hutang baru lagi nak oiii.... Hutang lama kena kambus dulu.... Lepas tu dengan zaman serba naik dan awak pun nak school semua kena bajet ok? Lainlah kalau tiba-tiba dapat rezeki terpijak ke kan? Siapa tahu kan? Wakakaka.... 

Oklah...sekian laporan insiden TRAGEDI OKTOBER bertarikh 5 Oktober 2016. 

Penting Sangat Ke? MAKE-UP REMOVER???

$
0
0
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Waktu mula-mula belajar bersolek dulu... Dululah dulu... Berbelas-belas tahun yang kebelakang sewaktu selepas tamat zaman pengajian tinggi dulu.... 😱 hah? Dah berbelas tahun tamat pengajian tinggi? Biar betik? Sekejap Farah ulang kira semula... Yerlahhh... Dah lebih kurang 13 tahun dah...😂 Adoiii... Dah semakin meningkat dah usia ni rupanya... Wakakaka... Haruslah kannn? Anak pun dah nak masuk 3 tahun dah umurnya... Sewaktu Farah mula-mula belajar bersolek dulu, tak pernah guna pun make-up remover atau penanggal solekan. Setiap hari bila nak bersihkan muka, terus bersihkan dengan pencuci muka dengan dua kali pusingan. Selepas tu, dah selesai, cuma pakai toner dengan menggunakan kapas di mana waktu itu akan terlihat di kapas yang digunakan untuk memakai toner itu... baki kesan-kesan solekan yang masih tidak bersih lagi dengan sepenuhnya. Baru belajar-belajar bersolek, macam tulah kannn? Uhuksss... Masa naive ni... 

Kemudiannya, bila dah mula bekerja... Barulah mula berjinak-jinak dengan make-up remover ataupun penanggal solekan. Waktu tu, jenama yang Farah gunakan adalah Maybelline Make Up Remover Eye & Lip... Kemudiannya... bertukar kepada ZA Deep Cleansing Oil... Tu jerlah yang Farah gunakan hari-hari bila nak bersihkan solekan di muka. Tapi memang ketara perbezaannya bila kita tidak menggunakan make-up remover dengan apabila kita menggunakan make-up remover. Rasa tahap bersih di muka tu memang sangat-sangat berbeza... Mungkin ada yang beranggapan yang make-up remover ni tak berapa nak penting sangat dan sebenarnya cukup dengan sekadar menggunakan pencuci muka sahaja untuk membersihkan wajah. Yang paling win, ada pula di kalangan kita yang suka sangattt tidur dengan solekan di wajah yang tidak dibersihkan... Alasannya penattt... Tak sempat... Letih sangat... Pengakuan jujur ikhlas Farah pernah dua tiga kali juga tertidur dengan solekan di wajah yang tidak dibersihkan... 

Haaaa... kalau mana-mana rasa tak penting nak cuci solekan dengan betul-betul bersih, tak penting nak gunakan make-up remover di dalam proses pembersihan solekan... Rasanya anda kena baca cerita ini dulu yang telah dikongsikan melalui artikel di SINI... 

Gambar dari sumber di SINI

Dolly Korea sangat gadis ni kannn? Nama beliau adalah Min Bae dan Min Bae ni mula berjinak-jinak dengan solekan sejak usianya 14 tahun lagi. Ketika itu, Min Bae tidak boleh melihat wajahnya di cermin tanpa solekan. Mak aiiii! Macam isu yang terpapar di laman media sosial sekarang yang Farah terperasan di dinding muka buku... Anak-anak gadis usia belasan tahun sekarang tak sabar nak bersolek serta kelihatan matang... Zaman-zaman Farah dan mungkin sesetengah dari anda juga dahulu, waktu ni, muka memang bersih tanpa solekan langsung punnn.... Tak pakai sebarang solekan pun...Anak-anak gadis sekarang... Matang sebelum usia namanya... 😂 Semua berlumba-lumba nak jadi KimK, nak jadi vogue sebelum tiba masa.... Jauh ketara anak-anak gadis dulu dengan zaman sekarang... Ahaksss... Masa zaman kita remaja pun, ada statement ni juga dari orang-orang yang lebih dewasa dari kita bila melihat keadaan kita kannn? 😉 setiap generasi pasti ayat ni keluar... Tak sama dengan zaman yang telah ditempuhi oleh kita dulu berbanding sekarang... Iyalah waktu berputar, zaman berubah dan persekitaran semakin berbeza...Memanglah... 

Oleh kerana terlalu obses dengan kecantikan, gadis yang berasal dari Korea Selatan ini TIDAK PERNAH menanggalkan solekannya selama DUA TAHUN! 😱 percaya tak? 

Ohoiii, muka kan perlukan oksigen juga? Perlu bernafas juga? Dah kenapa tak bersihkan solekan selama dua tahun lamanya? Pasti janggal bukan? Apabila wajah yang harus bebas daripada sebarang lapisan bedak pada waktu malam, dibiarkan begitu sahaja sehingga waktu tidur! Namun, hal ini bukanlah perkara yang asing bagi gadis yang bernama Min Bae. 

Bermula sewaktu usia Min Bae 14 tahun, dia tidak boleh melihat wajahnya di cermin tanpa solekan. Oleh yang demikian... dia dengan sengaja membiarkan warna-warna solekan itu melekat pada kulit mukanya sehingga keesokan harinya. Haiii...macam-macam... Pelik! 

Katanya... "Saya sentiasa ingin kelihatan cantik SETIAP MASA. Malah ketika tidur pun saya akan biarkan solekan saya kekal...supaya saya kelihatan cantik keesokan harinya"... 


Gambar dari sumber di SINI
Bila tengok sikap anak macam ni, mak dia pun mulalah risau sebab pelik sangat... Apa mak dia buat? Mak dia telefon stesen televisyen tempatan untuk mohon bantuan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya. 
Nak dijadikan cerita, bila dah lama tak buang solekan di wajah... untuk tempoh waktu selama dua tahun tu... doktor mendapati tekstur kulit wajahnya kelihatan TUA berbanding usianya. Ini kerana bahan kandungan yang terdapat dalam produk solekan bukanlah bersifat memulihkan malah ia hanya mampu menutup kesan cela pada masa yang singkat. Lorrr... sedangkan alat-alat solekan ada jangka hayat... Takkanlah tak beri kesan kan? Mungkin Min Bae ni tak tau fakta ni kot? 

Soalan kepada tajuk entri ini... penting sangat ke? make-up remover? Pentinglahhh.... dan ini adalah kepentingan make-up remover yang anda WAJIB tahu melalui perkongsian artikel di SINI:

1. Anda perlu tahu bahawa anda memerlukan make-up remover jika inginkan kulit betul-betul bersih setelah seharian mengenakan solekan. Ia sangat penting untuk mengelakkan pori-pori wajah tersumbat dengan kotoran dan sebum. 

2. Realitinya, kulit wajah kita sememangnya sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis kotoran, antaranya bahan solekan, air, udara, mahupun sentuhan tangan kita sendiri. Bersihkan wajah dengan pencuci. Make-up remover sangat penting untuk menghilangkan kekotoran ini dengan lebih efektif. 

Ok ada faham? Tapiii... penggunaan make-up remover SEKALI SEHARI SEBELUM TIDUR SUDAH MEMADAI terutamanya sesiapa yang memiliki jenis kulit yang nipis.Adalah tidak bagus jika anda mencuci wajah dengan make-up remover terlalu kerap ok? 

Rajin ke malas ke, kena gagahkan diri juga bersihkan solekan dengan sebersih-bersihnya... Nak ke jadi macam Min Bae tu? Tekstur kulit tua sebelum usia? Tak naklah sampai macam tu sekali kan? Moh kita sama-sama rajin bersihkan solekan di muka kita yer setiap hari? He he he...Bagi yang bersolek ler...Yang natural beauty,,, yang tak suka bersolek, yang tak suka pakai solekan.... Tak tergolong dalam kena rajinkan diri bersihkan solekan... Hu hu hu... 

Firashhh... Tolong Berhenti Perasan? Boleh Tak?

$
0
0

Anakkk... Owhhh... Anak... "Yeddd car Mommy!... Mommy? Yeddd car! Yeddd!" - Red car Mommy!...Mommy? Red car! Red!"... Kesinambungan dari entri Boom! Boom! Pow! sebelum ini... Keterujaan si anak kecil ini masih belum habis lagi! Lagak gayanya sungguh menyangkakan yang kereta putih telah digantikan dengan kereta merah. Ahaksss! Dia benar-benar sangkakan kereta putih sudah gone for good! And his new ride gonna be in red! 

Aduyaiii... Firashhh... Tolong berhenti perasan? Boleh tak? Ini bukan kereta Mommy nakkk... Ini kereta sewa jer nak... Esok lusa kalau kereta kita dah siap dibaiki, kita naik kereta kita semula. Kereta ni kita kena pulang pada penyewa. In Shaa Allah, kejap jer ni. Sungguh dia teruja. Tapi tak sempat nak bawa dia naik lagi kelmarin... Semalam, baru sempat bawa dia ambil angin malam seketika. Suka sungguh dia! 

Erkkk! Takkan nak demand kereta baru kot? Mommy tak mampu lagi Ash... Kita guna jer apa yang ada ni yer? Kita jaga elok-elok dan baik-baik kenderaan kita yang telah langsai dibayar hampir setahun yang lepas. Fokus Mommy sekarang adalah melangsaikan apa yang masih tertinggal dan juga fokus di dalam keperluan pendidikan Firash. In Shaa Allah, jika ada rezeki atau rezeki terpijak ke? Kalau Allah dah kata jadi maka jadilah ia. Tapi kalau tidak, belum sampai rezeki kita lagi. Bersabarlah. 

Esok, kita pusing-pusing lagi yer? Bagi Firash enjoy naik kereta puas-puas yer? Alhamdulillah, rezeki kereta sewa yang telah disewakan oleh pihak yang melanggar kereta Farah tempoh hari dapat merasa memandu kereta yang baru untuk selama beberapa hari ni. Memang syoklah juga kan dapat memandu brand new car kan? Hik hik hik... 

Esok lusa bila kereta dah siap kena pulangkan juga yer tak kereta sewa ni. Harapnya tidak timbul rasa kekecewaan di hati anak kecil yang sungguh sedang teruja mengandaikan Mommy beli kereta baru... Wakakaka... 

Nan hado nak oiii... Belum rezeki kita lagi... 

Hari Ini Kami Memancing Ikan Berwarna-warni!

$
0
0
HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI

Ini betul-betul mengimbau betul nih! Throwback alat permainan Farah sewaktu kecil dulu… Yang berbeza adalah versi saiznya…. He he he… Open-mouthed smile…. Versi Iman Firash comel sedikit dan ikan cuma ada 15 ekor! Versi Mommy, ikan dia tersangatlah banyak! Tak pasti berapa jumlah ikannya, tetapi yang sangat pasti, ianya lebih banyak dari versi Iman Firash nih… Smile… Siapa yang ada alat permainan menangkap ikan ni sewaktu kecil-kecil dahulu atau pernah bermain alat permainan menangkap ikan ni? Cuba mengaku sikit? Yeayyyy…. Kita sama-sama membesar di zaman itu!

Ingatkan dah tak jumpa lagi dah alat permainan menangkap ikan ni… Rupa-rupanya…alat permainan legend zaman 80-an Farah dahulu kini dah mula timbul di pasaran kembali yer? He he he… Inilah salah satu di antara alat permainan Farah sewaktu kecil dahulu yang paling Farah ingati… Selain dari ini, ada satu lagi yang paling Farah ingat iaitu… permainan penguin turun tangga dan slide tu… Memang ini pun salah satu alat permainan Farah sewaktu kecil-kecil dahulu…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 10
Sumber dari Google
Hari tu ada terjumpa juga yang ini, tapi belum lagi nak belikan untuk Iman Firash… Winking smile… Harga yang Farah lihat pada waktu itu permainan penguin ni adalah RM 39.90… Seronok juga ya rupanya bila ajak anak bermain dengan alat permainan yang pernah kita main sewaktu zaman kanak-kanak kita dulu… Entah…Farah rasa seronoklah sebabnya… Rasa macam, dulu kita dah main alat permainan ni, sekarang ni, anak kita pula main…Macam permainan turun-temurun macam tu, sambil-sambil tu, kita boleh menyelam sambil minum air…Muahahaha…Sebabnya… Boleh lepas rindu atau gian pada alat-alat permainan legend yang macam ni…. yer tak? Ingatkan tak jumpa lagi dah alat-alat permainan yang pernah ada atau wujud sewaktu zaman Farah kecil-kecil dahulu…Rupa-rupanya masih ada lagi! Macam comeback pun ya nih!

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 2

Khusyuk juga Iman Firash dengan permainan menangkap ikan ni… Beria dia kannn? Konon-konon betulkan mata kail dan letakkan umpan… This is our pretend play untuk hari Sabtu minggu ini! Aktiviti menangkap ikan berwarna-warni yang mana sebenarnya Farah sulamkan dengan sedikit pembelajaran santai buat Iman Firash… Dari satu alat permainan, Farah ambil kesempatan sepenuhnya untuk melatih Iman Firash secara santai skil matematik mudah iaitu mengira dan juga melatih tubi Iman Firash dengan warna-warna yang telahpun dia kenal. Ia juga sebenarnya secara tak langsung memberi peluang buat Farah untuk menguji skil pendengaran si anak kecil ini… Mommy nak tengok sikit… Bertindak mengikut arahan ataupun tidak? Winking smile

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 3

Mommy main sama ke? Surprised smile… Haruslah…Kalau tidak siapa yang nak temankan Iman Firash bermain? Dah terang lagi bersuluh, Mommy yang ada depan mata, jadi Mommy-lah yang kena melayan dan takkanlah Mommy nak biarkan dia bermain bersendirian. Tak dapat nak memancing kat kolam pancing, memancing di rumah pun boleh! Zaman sekarang ni, tak mustahil ada perkara-perkara yang boleh dilakukan di depan mata…Ihiksss… Sedangkan kalau nak karaoke pun dah tak perlu susah-payah habiskan duit di pusat karaoke ataupun KTV… Smule saja pun boleh, inikan pula aktiviti memancing sebegini yer tak? Ahaksss… Sajaaa…Melawak jer sikit… Walaupun mungkin lawak tu tak jadi… La la la la…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 4

Setiap kali dia dapat tangkap ikan, bukan main suka lagi dia… Puji diri sendiri pandaiii youuu…. Surprised smile. Apa yang Farah lakukan adalah, sambil-sambil bermain, pusingan pertama : Farah tanyakan kepada dia apakah warna ikan yang berjaya dia tangkap. Pusingan kedua: Farah berikan dia arahan untuk menangkap ikan berdasarkan arahan yang Farah berikan. Sebagai contoh… “Firash, catch the blue fish!”… Dari situ, Farah lihat sama ada dia memahami arahan Farah serta mengenal warna ataupun tidak… Walaupun hakikatnya dah tau dah yang dia sememangnya dah kenal warna-warna asas… Saja nak duga anak… Nak latih tubi kefahaman dia ke atas warna… Tu yang tanya juga tu…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 6

Ingatkan sebab ini era gajet… Anak zaman gajet tak berapa nak rasa ini sesuatu permainan yang menarik kerana lebih tertarik kepada permainan di gajet… Tapi, tak juga… Alat permainan menangkap ikan ini, masih mempunyai auranya yang tersendiri lagi untuk menarik minat serta perhatian anak kecil seperti Iman Firash. Memang “berhantu” rupanya tarikan permainan ini… Ecehhh…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 7

Bila pusingan ketiga, dia ikut suka hati dia…Ha ha ha… Rolling on the floor laughing… Ikut mana pilihan dia… Yang pastinya, Farah sengaja perhati minat dia… Walaupun Farah dah tahu yang sememangnya warna kegemaran dia adalah oren… Bila dibiarkan dan Farah pantau… Memang ya…Ikan berwarna oren yang dia habiskan tangkapan dulu… Dia kumpul dulu ikan berwarna oren berbanding warna lain…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 8

Memanglah banyak ikan yang dapat dia tangkap dengan mudah… Bha ha ha… Jangan tak tau… Ada sesetengah ikan dia tangkap dengan kaedah seperti gambar di atas… Memanglah mudah nak tangkap ikan tu yer tak? Mommy pun boleh kalau macam tu Firash! Kalau macam tu kacang-lah kannn? Ini tak adil ni… Ni main tipu ni Firash! Ngeee…

HARI INI KAMI MEMANCING IKAN BERWARNA-WARNI 9

Inilah hasil tangkapan Iman Firash pada pusingan terakhir… 11 ekor ikan yang telah berjaya ditangkap dari 15 ekor ikan yang ada… Wahhh…meriah juga hasil yer? Di sini sekali lagi, Farah ambil peluang untuk mengasah skil mengira Iman Firash dengan meminta dia mengira, berapakah jumlah tangkapan ikan yang telah dia berjaya peroleh hari ini… Jadinya, dari satu alat permainan, Farah telah convert kepada education aid untuk Iman Firash… Walaupun mungkin ini adalah satu cara yang konvesional dan bukannya cara moden melalui gajet… Akan tetapi, ianya memberikan hasil yang agak baik! Smile. Petang Sabtu yang santai bagi kami dan juga yang telah diisikan dengan aktiviti yang  menyeronokkan serta yang membuatkan Farah terimbau kenangan alat-alat permainan yang pernah Farah miliki dulu sewaktu zaman kanak-kanak Farah dulu…

*Tiba-tiba terfikir…Alaaa…Sayangnya sebab tak simpan alat permainan menangkap ikan Farah sewaktu kecil dahulu dan turunkan kepada Iman Firash… Wakakaka… Open-mouthed smile… Kalau tidak memang betul-betul terimbau lahhh!

Lepas Abang Bomba, Kini Abang “Pilot” Pula? | SURI HATIKU MR. PILOT

$
0
0
SURI HATI MR. PILOT
Sumber dari Google
Drama adaptasi novel memang dah jadi trending sejak beberapa tahun yang lalu… Sekarang ni nampak-nampak gayanya dah jadi trending drama adaptasi novel bertajukkan profession yang berpakaian seragam dah pula… Baru jer selesai siri Abang Bomba I Love You… Esok… Bersambung pula dengan Suri Hatiku Mr. Pilot… He he he… Open-mouthed smile…. Nampak juga ada di antara status-status yang lalu di laman media sosial Facebook yang membincangkan mengenai trending ini… Jujurnya, dah lama sangat-sangat dah tak berapa nak mengikuti drama-drama adaptasi novel dengan serius… Serius di sini bermaksud follow dari episod pertama sehingga terakhir… Open-mouthed smile…. Tak semua cerita Farah minat nak tengok dan tak semua cerita menarik perhatian Farah… Farah jenisnya hanya akan menonton drama adaptasi novel yang Farah rasakan Farah tertarik nak menonton jer… Yang Farah rasa kurang menarik, Farah tak ikuti lerrr… Pendapat manusia berbeza-beza, pandangan manusia juga berbeza-beza…. Kalau Farah rasa jalan cerita tu mungkin menarik, kalau Farah rasa pelakon yang berlakon di dalam suatu drama adaptasi novel itu Farah berminat dengan lakonannya…Mungkinlah, mungkin Farah akan follow juga cerita tu macam mana pun… Kalau tak dapat tonton secara live bila ianya disiarkan…. Farah akan marathon kemudiannya….

Macam cerita Abang Bomba I Love You yang baru jer tamat tu… Farah tergerak nak tonton pun sebab pelakonnya… Muahahaha…. Open-mouthed smile… Semata kerana Hisyam Hamid… Nak kata minat tu tidaklah juga… Nak kata obses tu tidaklah juga… Tapi bolehlah… Setakat nak tengok jer… Nak gak tau best sangat ke cerita tu… Ada episod yang Farah langkau… Tengok macam ala-ala speed reading gitew… Ada bahagian-bahagian yang Farah skip… Tonton yang mana-mana penting jer… Ni nak sambung pula dengan Abang Pilot pula… Lepas api, awan… Ha ha ha… Yang jadi Farah tertarik minat nak tonton adalah disebabkan oleh ini adalah kali pertama rasanya Fattah Amin bergandingan dengan Neelofa… Kan? Kan? Kan? Lagipun rasanya dah lama tak lihat Neelofa berlakon drama… Makanya naklah juga tonton dan ambil tau serba sedikit….

Biasalah…Sebelum tonton dan terpedaya dengan teaser atau promo teaser yang dipaparkan di kaca televisyen… Mestilah nak tau jalan cerita dulu… Sebab secara jujur, memang dah lama dah tak membaca novel-novel cintan cintun ni… Wakakaka… Rolling on the floor laughing…. Masa amat mencemburui oiii… Tak sempat! Nak kemaskini blog pun terkejar-kejar dah sekarang ni… Entah! Rasa semacam waktu tu tak cukup-cukup jer… Dah kenapa dah tak tau lah Farah… Macam semua banyak betul perkara yang nak diselesaikan dan dilakukan… Ini pun menaip ni, si bujang kecil ni sibuk duduk atas riba ni ha… Muahahaha… SIlalah bayangkan bagaimana dengan laptop di atas riba kanan dan dengan anak kecil yang tak reti duduk diam di atas riba kiri….Sambil-sambil sesekali sebelah tangan mencapai si bujang supaya tak terjatuh dan sambil sesekali menjawab soalan dia yang neverending itu… Tulah nilah… Ekekeke… Laughing out loud

Mungkin ramai yang dah mengetahui mengenai sinopsis Suri Hati Mr. Pilot ni… Tapi Farah tak tau lagi…Ha ha ha… Sibuklah Google nak tau apakah cerita di sebaliknya… Dan akhirnya terjumpa dari sumber di SINI Barisan pelakon drama ini adalah terdiri daripada:

Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Eleena sebagai Inara
Mas Khan sebagai Daniel
Alvin Chong sebagai Johan
Ben Amir sebagai Dr. Muslim
Azar Amin sebagai Humaira
Fahad Iman sebagai Humaira
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Nina Jureen sebagai Puan Sri Nabiha

Dalam sepanjang-panjang senarai pelakon ni, Farah cuma kenal Fattah Amin, Neelofa, Aleza Shadan dan juga Nina Jureen jer… Yang lain-lain tu rasa tak kenal kot…Wakakaka…Serius, tak main-main…Tapi mungkinlah kalau tengok rupa paras cam ke? Manalah tau… Manalah ikut sangat perkembangan ni semua… Jalan cerita atau sinopsis macam mana pula?  Menurut sumber yang sama…

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim! Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejazz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad! “Ejaz nak kahwin dengan Wards. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Open-mouthed smile Amboi ko Ejaz…Gelojoh nau yer? Tak sabar-sabar nau nak kahwin dah… Ahaksss…

Perkahwinan yang terbina menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun ketika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Makkk aiii… Macam banyak jer konflik…Tapi satulah… Dia punya konflik tu sama lebih kurang jer dengan drama adaptasi novel sebelum-sebelum ni… Kannn? Bab konflik tu lah yang penat nak tunggu tu… Pusing sana pusing sini…Ada watak antagonis wanita yang nak rebut cinta hero…watak antagonis lelaki yang nak rebut cerita heroin…. Monotonous jer kannn? Dengan drama-drama adaptasi novel sebelum ni… Tapi apa pun, tidak dinafikan ia bakal menarik perhatian para penonton juga ni… Tak apa, nanti kita lihatlah sama-sama, sama ada cerita ni meletops! Bom kebabom ataupun tidak! All the best buat Suri Hatiku Mr. Pilot!

I'm So Happy Cause Today...

$
0
0
BloggerImage

Alhamdulillah... Susulan dari TRAGEDI OKTOBER yang dilabelkan sebagai Boom! Boom! Pow! tempoh hari... Setelah 5 hari berlalu, akhirnya baby kedua Farah telahpun siap dibaikpulih! Petang tadi terima panggilan daripada pihak bengkel kereta yang memaklumkan kereta Farah telahpun siap dibaikpulih. Sejukkk sikit mata memandang walaupun hati tidak dinafikan pedih bila mana TRAGEDI OKTOBER itu berlaku. 

BloggerImage

Bila dah siap ni... Memang rasa lega sangattt... Sekecil-kecil kenderaan ini, selama-lama kenderaan ini, semurah-murah kenderaan ini bagi sesetengah pihak... Ia tetap sesuatu yang sangat bernilai serta mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri bagi Farah. Wohooo... Malam ni dah boleh pulangkan kembali kereta sewa yang telah disewakan oleh pihak yang melanggar kereta Farah tempoh hari dan dah boleh pandu kereta sendiri seperti sediakala. Yeayyy!!! 

Harap-harapnya selepas ini kannn... You be good ok baby? and hopefully after this tak adalah mana-mana kereta yang nak mengurat awak sampai ter-kiss awak lagi ya? 

Kata-Kata Sinis Tuju Pada Iman Firash??? Tolong Faham 6 Perkara Ini Ya…

$
0
0
KATA-KATA SINIS TUJU PADA IMAN FIRASH_TOLONG FAHAM 6 PERKARA INI YA...
Ini bukan cerita Boom! Boom! Pow! Tapi cerita Boom! Boom! Bang! ... Aikkk? Bunyi macam marah Steaming mad jer kakak? Chill-lah kakak, chill… Open-mouthed smile Taklah kata nak merentan dan taklah pula kata nak meroyan ke apa kan? Sekadar nak mengomel jer… Ha ha ha… Mengomel di hari Isnin namanya ni… Open-mouthed smile.  Farah ni bukanlah seseorang yang tidak boleh menerima keadaan dan situasi sekiranya berlaku keadaan di mana Iman Firash melakukan kesalahan dan dia perlu ditegur demi memperbaiki kesalahan yang dilakukan agar tidak berulang dan juga demi mendidik Iman Firash. Farah tak kisah pun sebenarnya jika ada yang sudi ingin menegur kesalahan Iman Firash serta memperbetulkan sekiranya ianya berlaku. Lagi Farah suka… Ada juga orang nak betulkan kesalahan anak kita kann?  Alhamdulillah lah kannn? Ada juga orang yang sudi didik anak kita yer tak? Jika untuk kebaikan apa salahnya… Tak ada salahnya bagi Farah.
Cumanya, tidak tahu sama ada nak rasa hairan ataupun ianya sebenarnya adalah merupakan satu perkara yang tidak perlu dihairankan kerana telah menjadi trending pada masa kini… Ahaksss… Winking smile. Ada masa-masa Farah boleh menjadi sangat hairan dengan sikap manusia yang jenisnya suka sangat nak berkata-kata sinis dan menyindir sesama manusia. Ada masa-masa, Farah berkata-kata kepada diri sendiri yang… Itu gaya hidup pada masa kini…. Memang manusia sekarang ni kebanyakannya macam itu! Jadi just live and let it be… Yang tak menahan tu, anak kecil yang tidak tahu apa-apa pun kau nak berkata-kata sinis dan berikan senyuman sinis. Kalau nak kata, kata jer mak dia ni… Tak perlu nak tuju-tuju kat anak pula… Jika benar dia lakukan sesuatu kesalahan yang sengaja dia lakukan…nak tegur dia tegurlah, nak perbetulkan dia perbetulkanlah… Ini tidak… Kesalahan yang kau sindir dan kata-kata sinis kau yang kau tuju tepat pada muka anak kecil yang tak tau apa-apa tu adalah sesuatu yang kau letakkan bukannya kehendak anak kecil ini… Sebagai seorang yang lebih dewasa yang berakal, kau fikirlah…Patutkah kau berkata-kata sedemikian pada anak kecil yang tidak tahu apa-apa? Sarcastic smile… Lepas tu sengaja kau press anak kecil tu seolah-olah dia faham… Kesian dia tau tak? Dengan mimik muka kau… Dengan cara kau tenung dia, dengan suara kau yang desibel dia satu taman perumahan boleh dengar…. Annoyed
Mommy dia ni yang kebiasaannya "tebal telinga" mendengar apa sahaja orang perkatakan tentang diri Mommy dia sendiri pun boleh jadi "telinga nipis" tau tak? Nak bergaduh memang senang jer... Tapi malas! Malas nak entertain orang-orang yang jenis akal letak kat lutut. Sibuk dok banding-bandingkan anak orang tu, anak orang ni. Anak-anak sendiri yang ada kat rumah tu, jaga jer lah elok-elok. Jangan nanti sibukkan jaga perihal anak orang, anak sendiri tak terjaga. Ha kannn! Tapi memang kalau tak istighfar semalam mau juga ringannn jer mulut ni nak menjawab oiii…. Mujur masih mampu bersabar dan ingatkan diri untuk bersabar…
KATA-KATA SINIS TUJU PADA IMAN FIRASH_TOLONG FAHAM 6 PERKARA INI YA... 2
Tolong faham, tolong hadamkan, dan tolong ambil ilmu pengetahuan pada yang suka sangat menjaga perihal anak orang lain berbanding anak sendiri tu ya?  Kanak-kanak berumur 2 sehingga 5 tahun dinamakan sebagai UMUR BERKOMUNIKASI. Tau tak?  Dr. Raja Juanita Raja Lope, Pakar Perunding Perkembangan Kanak-Kanak, Hospital Pantai Kuala Lumpur mengatakan melalui artikel beliau di SINI bahawasanya… mengenai masalah petuturan ni perlu difahami… Mungkinlah yang menyindir Iman Firash serta memperkecil-kecilkan Iman Firash tu, dia sebenarnya sememangnya tidak tahu mengenaiinformasi atau perkarapenting yang perlu difahami berkenaan dengan masalah pertuturan kanak-kanak… Faham cara sindirian dan cara si beliau itu memperkecil-kecilkan Iman Firash… Sebagai ibu tentulah tak banyak sedikit pun hati terasa tidak selesa dan juga ada sedikit rasa terkilan dengan orang-orang yang mempunyai kelakuan sebegini…. Kannn? Tipulah kalau kau tak terasa even tindak balas kau kelihatan seperti setenang air di kali… Ha ha ha… Open-mouthed smile Jangan sangka clear water no boya na…

Perkembangan Pemahaman Dan Pertuturan

Bayi dari umur 6 bulan akan membuat bunyi “bababa” “mamama” seolah-olah cuba membalas bila ibu bapa bercakap. Pada umur 1-2 tahun, banyak perkataan sepatah yang akan disebut dan difahami. Kanak-kanak 2 – 3 tahun bercakap dalam frasa 2 - 3 perkataan , dan dari 3 tahun kanak-kanak biasanya bertutur dalam ayat dan boleh bertanya dan menjawab soalan. So far, Alhamdulillah, bagi Farah sebagai ibu yang memerhatikan perkembangan semasa Iman Firash dia mengikut timeline yang telah dinyatakan oleh Dr. Raja Juanita Raja Lope ni… Firash berada di fasa di mana dia sudahpun mula aktif construct 2-3 perkataan. Dia sudah mula banyak bertanya… Sudah mula cuba untuk berborak serta bercerita dengan Mommy dia…  Sila maklum pada yang menyindir tu yer? Yang sibuk sangat dok bandingkan anak orang lain yang sebaya dengan Firash yang sudah lancar bertutur sepenuhnya.

Betapa Lazimnya Masalah Gangguan Pertuturan Dan Bahasa?

Sehingga 15% – 20% daripada kanak-kanak berumur 2 tahun tidak bertutur mengikut apa yang dijangkakan untuk umur mereka. Kebanyakan kanak-kanak memang lambat bercakap dan 50%-60% daripadanya akan mahir bertutur apabila mencapai 4-5 tahun. Namun 5% – 8% daripada kanak-kanak, akan mempunyai kecelaruan bahasa (Language Disorder) dan akan terus mengalami masalah bahasa sehingga ke alam sekolah atau dewasa.

Kecelaruan Bahasa (Language Disorder) – adalah di mana seseorang kanak-kanak mempunyai kesukaran pertuturan dan pemahaman. Kanak-kanak tersebut tidak mempunyai sebarang gangguan perkembangan lain (contohnya gangguan spectrum autisme, ketidakupayaan intelektual) atau kecacatan fizikal (misalnya masalah pendengaran atau palsi serebral). Kanak-kanak lelaki lebih mudah terjejas.

Apakah Yang Menyebabkan Kecelaruan Bahasa (Language Disorder)?

Genetik merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kecelaruan bahasa. Kira-kira 26 – 45% daripada individu dengan kecelaruan bahasa mempunyai anggota keluarga / waris terdekat yang mempunyai masalah membaca, menulis serta gangguan bahasa. Kajian radiologi membuktikan bahawa otak kanak-kanak yang mengalami kecelaruan bahasa memproses sesuatu tugasan yang melibatkan bahasa secara berbeza. Kemungkinan pengaruh genetik serta gabungan faktor-faktor persekitaran menyebabkan perbezaan dalam fungsi otak semasa pemprosesan bahasa.

Bagaimana Kecelaruan Bahasa Dikesan dan Didiagnosa?

Ibu bapa mungkin perasan bahawa anak mereka tidak menyebut banyak perkataan atau tidak memahami arahan berbanding kanak-kanak seusia dengannya. Kadang-kadang penjaga di taska atau guru tadika akan menyedari masalah bahasa. Kanak-kanak sebegini seharusnya dibawa berjumpa dengan pakar pediatrik atau pakar patologi pertuturan dan bahasa.

Pakar pediatrik akan bertanya banyak soalan mengenai perkembangan dan latar belakang perubatan kanak-kanak tersebut, serta melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor akan menilai tahap perkembangan keseluruhan termasuk kemahiran bahasa. Pakar patologi pertuturan dan bahasa akan menggunakan alat penilaian yang khusus untuk bahasa.

Rawatan

Kanak-kanak berumur 2 tahun yang mempunyai pemahaman ikut umur tetapi mempunyai pertuturan yang kurang sedikit boleh dipantau oleh pakar. Anak-anak yang mempunyai masalah yang lebih ketara harus menerima intervensi. Intervensi ini dilakukan di rumah, tadika/sekolah dan dengan bantuan ahli terapi pertuturan dan bahasa.  Kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang terlatih dan bermotivasi juga berkesan dalam menggalakkan perkembangan bahasa anak-anak mereka.

Prinsip Umum Untuk Menggalakkan Pemahaman Bahasa Pada Kanak-Kanak

Gunakan minat atau perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk berkomunikasi. Bersikap positif apabila kanak-kanak menjawab.

Bercakap dan Mendengar
Semasa bermain: cuba kembangkan kosa kata yang dituturkan kanak-kanak tersebut. Misalnya, jika kanak-kanak memberi susu pada anak patung dan berkata “mum-mum” anda boleh berkata… “bayi minum susu”. Cuba huraikan dan bercerita semasa bermain. Misalnya: semasa kanak-kanak membuka dan menutup pintu, anda boleh berkata “buka/tutup” Tunggu seketika untuk menggalakkan kanak-kanak tersebut mengatakan sesuatu.

Di dalam aktiviti harian: beri peluang pada kanak-kanak untuk meminta sesuatu dan namakan objek-objek harianseperti cawan atau sudu. Berikan huraian contohnya “Saya melihat buah yang bulat dan merah: dan minta anak tersebut namakan ia. Terangkan aktiviti harian “menyikat rambut”, “memakai kasut”. Ini adalah cara untuk menggalakkan pemahaman.

Tunggu giliran semasa bercakap: contohnya tunggu kanak-kanak menjawab selepas disoal.

Permainan melibatkan perkataan dan menyanyi. Permainan perkataan berirama– “Perkataan mana bunyinya berirama sama dengan bola?”. Menyanyi beserta aksi tindakan contohnya “Ini kepala dan bahu, ini pula lutut dan jari kaki” atau “Bila anda gembira tepuk tangan”. Lagu yang Farah sering gunakan adalah Head, Shoulder, Knees and Toes dan juga If You’re Happy.

Gunakan Isyarat Serta Gerak-Geri dan Galakkan Kanak-Kanak Tersebut. Bukuminta kanak-kanak tunjukkan dan namakan atau terangkan perkara-perkara dalam gambar. Berinteraksi sambil membaca. Biarkan kanak-kanak menceritakan sebahagian cerita tersebut walaupun ia tidak betul/tepat. Bagi kanak-kanak yang mampu menamakan dan menggunakan perkataan untuk menerangkan objek, guna dan terangkan (contohnya semasa bermain atau semasa aktiviti harian) – fungsi kata-kerja: berlari, duduk, menendang, adjektif: panas, tinggi, besar serta perposisi: atas, bawah, di bawah dan warna.

Kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal adalah penting untuk menyokong seseorang anak yang mempunyai masalah pertuturan dan kefahaman. Kesedaran antara ibu bapa, penjaga dan guru adalah penting untuk memastikan tindakan yang sewajarnya diambil.

Faham tak? Siap dengan tips sekali Farah bebel ni ha… Sebab Farah dah terlebih awal dah selidik tentang perkara dan bersedia dengan kemungkinan sekiranya Iman Firash adalah salah seorang kanak-kanak yang tergolong di dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay. Moga-moga dijauhkanlah kannn? Setakat ini secara jujur, sememangnya Iman Firash mungkin lewat sedikit bertutur dengan kanak-kanak yang dibandingkan oleh si beliau itu dengannya…. Akan tetapi he is on the right par. Setiap hari mak dia ni melatih dia dan rajin berkomunikasi dengan dia. Setakat ini, dia masih berada di garisan masa mengikut kesesuaian perkembangan pertuturan dia. Jika ada yang tidak kena dengan dia pun, dah tentu-tentulah mak dia ni akan bawa jumpa pakar pediatrik secepat mungkin dan melakukan segala usaha yang sepatutnya.

Takkanlah setiap perkembangan Iman Firash nak dilaporkan dan diceritakan pada awak kot? Takkan semua benda mengenai dalaman rumah tangga orang awak nak tau?  Jaga anak sendiri sudahhh…. Konsepnya mudah… Jangan sibuk kata anak orang, sendiri ada anak… Jaga anak sendiri… Sibuk dok kata anak orang nanti kalau terkena anak sendiri baru merasa kannn? Tak pun kalau tak kena pada anak sendiri…Esok lusa kalau bercucu bermenantu, kalau terkena pada cucu sendiri baru merasa kannn? Huhhh! Astaghfirullahalazim… Bawa-bawa mengucap Mommy…. Istighfar istighfar…. Manusia tidak akan berhenti jadi ignore… Dan spesies manusia sebegini sememangnya wujud…

Ehemmm…Nanti kalau sibuk bercerita orang kata meninggi diri pula… Malas jer nak cerita pada awak tu secara terperinci setiap kali ternampak muka awak…. Sebab macam tak penting jer awak nak tau… Anak saya memang lewat sedikit pertuturan dia, tetapi masih di dalam par or timeline perkembangan dia yang sepatutnya…. Tak mengapalah.. walaupun dia lewat sedikit fasih pertuturan, dia sudah boleh mengira 1,2,3, baca doa makan walaupun tak jelas lagi sebutannya… boleh membaca A,B,C sehingga Z… boleh membaca 1,2,3 sehingga 20 dah sekarang ni… Dan lagi satu, anak saya ni tak berapa nak faham arahan yang diberikan di dalam Bahasa Malaysia, dia cuma faham arahan di dalam Bahasa Inggeris sahaja… Malas nak cakap! Nanti orang kata berlagak dan tak cintakan bahasa ibunda… Hu hu hu… Awak bercakap dengan dia Bahasa Malaysia… Memanglah dia tak faham sangat…Kalau bahasa rojak tu campur Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dia akan faham juga…. Terkadang, orang memang takkan bercerita dan biar dia sendiri jer tau perkembangan anak dia… Kalau nak cerita pun, mungkin melalui channel seperti blog ni ha… Tapi dengan cara penggayaan ayat yang bukannya bertujuan nak menunjuk-nunjuklah pun… Nak menunjuk buat apa? That’s just not my style… Perkongsian yang bersesuaian dengan niche blog ni sebagai parenting and lifestyle blog. Tu jer… Tak lebih tak kurang…

Alhamdulillah dulu, dia setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kecelaruan bahasa pun…. Sebagai ibu tentulah Farah memantau perkembangan semasa dia… Anak sendiri kot? Takkanlah Farah nak biarkan yer tak? Doa setiap hari agar dijauhkan dari perkara-perkara seperti speech delay, autisme dan sebagainya…Akan tetapi kalau takdir Allah SWT, kita usahalah untuk memperbaiki keadaan yer tak? Bukannya tak boleh diperbaiki… Dan itu bukanlah satu syarat untuk kita terasa diri tersangat rendah…. Juga bukan syarat untuk awak nak menyindir dengan sinis dan seolah-olah sengaja press budak tu…. Faham? Ha ha ha… Kakak dok bebel ni…. Entah dia baca entah tidak… Bukan minta anak ada tu semua, tapi jujur setakat ni memang Alhamdulillah tak ada semua tu.. Ciri-ciri, tanda, simptom dan sebagainya… Tak perlulah suka-suka nak membanding-bandingkan anak orang dan juga menyindir yer… Smile… Kita masing-masing ada kehidupan masing-masing… Jaga kehidupan kita masing-masing….

*Maaf memaklumkan, Farah memang kurang gemar sedikit dengan orang yang perangainya sebegini…. Semalam kalau anda sendiri melihat di hadapan mata bagaimana cara dia menyindir Firash dengan sinisnya… Dan kalau anda sendiri menyaksikan bagaimana lagak gaya dia bercakap pada Iman Firash, Farah pasti jika anda seorang ibu dan jika anak anda yang berada di dalam situasi Iman Firash semalam, pasti anda juga akan terasa di hati… Nak tau apa perasaan Farah secara jujurnya semalam? Kalau tak berfikir dengan sewajarnya…Mau kena PANG! jer dah si beliau tu semalam…Mujurlah masih boleh buat pertimbangan lagi…

*Oopsss sorry… Ter-emo lebih pula entri ini… Wakakakaka… Open-mouthed smile… oklah, kejap jer ni… dah bebel puas-puas dalam entri ni lepas ni dah lepaskan segala dah…. Bha ha ha…Hari ni blog jadi tempat curhat pula tak pasal-pasal…

Firash Pakai Kasut Sendiri!

$
0
0
BloggerImage

Alahaiii... Setakat pakai kasut jer punnn... 😒 Yeahhh...But still... It's a moment of my mommyhood journey kot... Not only me... Tapi setiap ibu bapa sebenarnya... Detik perkembangan seorang anak kecil dan juga antara salah satu detik keindahan hidup ibu bapa. Ahaksss... 😆 Barangkali disebabkan ini adalah anak yang pertama dan pertama kali bergelar seorang ibu yang membuatkan Farah agak over sedikit di dalam perkongsian maya keibubapaan di Bubblynotes.Com kot? Akan tetapi bersesuaianlah dengan niche parenting yang didukung oleh Bubblynotes.Com selama lebih kurang hampir 4 tahun ni kannn? 

Yippie! Yippie! Yeayyy! 🙆 Iman Firash sudah mula mempunyai the urge and sense untuk memakai kasut sendiri. Walaupun tidaklah sesempurna mana akan tetapi yang kanan dan kirinya adalah betul! Hoola hoop hoola hoop... Ula la la hoola hoop... 💃 Oopsss ternyanyi pula! Agagagaga... Of course lah gembira oiii! Sedang-sedang elok sangat tu! Tahun depan dah nak school... Tak perlu teacher sibuk-sibuk nak pakaikan kasut dia kalau nak balik kannn? Sekurang-kurangnya ciri-ciri nak berdikari tu dah mula nampak. Firash kan dah besar? Jadi sudah mula kena pandai lakukan banyak perkara sendiri. Nanti Mommy mesti rindu nak mandikan Iman Firash, nak salinkan lampin pakai buang Firash, nak pakaikan baju Firash, nak pakaikan kasut Firash... Hu hu hu... That's the sendu part of it. Haihhh... Pantas sungguh masa berlalu... Perasaan mak-mak kannn? Haihhh... Standard-lah tu...
 
 
Salah satu perkara asasnya adalah... Tahu yang mana kanan dan juga yang mana kiri.  😊 Setakat terbalik kanan dan kiri sewaktu permulaan belajar memakai kasut sendiri tu tak menjadi satu masalah yang besar... Itu perkara biasa kannn? Tak perlu nak risau apa-apa pun mengenai perkara itu. Lama-lama nanti pandailah anak tu... Firash setakat ini betul kiri dan kanannya, cumanya pasangnya masihnya tak berapa nak betul atau sempurna kasut atau sandal tu... Kita kena betulkan balik...Mula-mula... Macam tulah... Setiap manusia ni kalau tidak dibimbing atau mendapat bimbingan mana nak sempurna terus kannn? Moralnya... Jangan nak expect anak terus pandai pakai kasut atau sandal dengan sempurna kalau kita tak pantau dan tak bantu serta berusaha untuk melatih dia.... Bukan sekadar kasut jer...Termasuklah perkara-perkara lain juga... Betul tak?
 
Sedikit perkongsian mengenai bagaimana caranya untuk melatih atau mengajar anak-anak kecil kita untuk memakai kasut yang Farah olah dari sumber di SINI...
 
 
Ceritakan Kenapa Kasut Perlu Dipakai
Ini merupakan satu idea yang baik di mana kita sebagai ibu bapa mengambil sedikit masa untuk menerangkan atau menjelaskan kenapa manusia perlu memakai kasut? Beritahu mereka sekiranya tidak memakai kasut, mereka akan mencederakan kaki mereka jika mereka berjalan berkaki ayam sepanjang masa. Beritahulah yang kalau berjalan berkaki ayam tu nanti, boleh terpijak benda-benda tajam macam kaca ke? batu ke? Nanti luka dan berdarah... Kasut tu fungsinya untuk melindungi kaki supaya tidak mengalami sebarang kecederaan dan juga untuk elakkan dari cacing masuk ke dalam kaki... Ekekeke.... 😂
 
 
Melatih Anak-Anak Memakai Kasut
Sekiranya anak-anak kecil tidak suka memakai kasut, cuba latih mereka secara perlahan-lahan. Bermula dengan menggalakkan mereka untuk memakai selipar di sekeliling rumah ketika mereka sedang bermain. Mulakan dengan selipar yang ringan serta selesa yang buatkan anak-anak rasa seolah-olah mereka tidak memakai selipar. Galakkan mereka untuk memakai selipar tersebut selama sejam, dua jam dan seterusnya. Apabila anak-anak telah menjadi biasa dengan memakai selipar, langkah ini boleh diulangi dengan kasut pula.
 
 
Menunjukkan Pada Anak-Anak Yang Memakai Kasut Itu Adalah Satu Pencapaian Yang Besar
Ini psikologi ni... Tunjukkan pada anak-anak yang kita teruja dan apabila mereka boleh memakai kasut sendiri itu, adalah merupakan salah satu pencapaian mereka yang terbesar di dalam kehidupan mereka pada waktu itu. Tunjukkan pada mereka yang kita bangga dan mereka adalah kanak-kanak yang telah membesar di mana semua kanak-kanak yang membesar perlu memakai kasut!
 
 
Tunjukkan Contoh Yang Baik
Memanglah... Di dalam apa-apa perkara sekalipun... Kalau nak anak lakukan sesuatu, ibu bapa perlu tunjukkan contoh yang baik... Janganlah kita dok sibuk suruh anak pakai selipar lah, kasut lah...Lepas tu kita yang berkaki ayam yer tak? Boleh terjadi ni keadaan sebegini nih... Hik hik hik... Bila anak dah membesar, banyak perkara nak kena jaga dan yang tak betul perlu diperbetulkan... 😆
 
 
Tetapkan Peraturan
Bila anak-anak semakin membesar dan semakin biasa dengan kasut, kita sebagai ibu bapa perlu tetapkan peraturan. Beritahu kepada anak-anak, jangan expect mereka dikecualikan dari memakai kasut ketika berada di luar rumah di dalam keadaan-keadaan tertentu, contohnya sekiranya mereka ke taman permainan, pusat membeli-belah atau berjalan-jalan mengambil angin di luar rumah.
 
 
Beri Anak Kebenaran Untuk Membuat Pilihan Ketika Membeli Kasut
Bagi peluang, bagi dia rasa seronok untuk pilih kasut yang dia suka ketika membeli kasut untuk mereka. Kalau mereka minat pada sesuatu jenis corak atau watak kartun pada kasut yang ada di kedai, beri kelonggaran dan ikutkan rentak mereka supaya mereka rasa seronok untuk memakai kasut. Errr...kelonggaran tu kelonggaran juga...Ikut rentak pun ikut rentak juga....Akan tetapi sila pastikan the cost of the shoes is within our budgetlah kannn?
 
Latih Untuk Tahu Mana Kanan, Mana Kiri Supaya Dapat Pakai Kasut Dengan Betul
Ini adalah tips yang universal dan ramai telah kongsikan... Ikut kreativiti dan suka hati masing-masing nak buat macam mana...Tapi letakkan penanda yang mana satu kanan dan kiri supaya anak kenal. Contohlah contoh... Smiley Face.. Since Iman Firash kenal warna... Farah letakkan pelekat Smiley Face dengan warna yang berbeza di hadapan kasut dia. Sebelah kanan, Smiley Face berwarna oren... Sebelah kiri, Smiley Face berwarna pink. Haaa macam tu.... Jadi secara tak langsung, mudah untuk Firash identify mana kanan, mana kiri.... Ingat dia...Ihikss... Mommy beritahu dia .... Orange on your right side, pink on your left side... Memori kanak-kanak kan kuattt....
 
Bermula lagi satu perkembangan yang menandakan Firash dah besar! Tak dinafikan hati ada sedikit tercuit bila melihat semua-semua perkembangan ini... Ha ha ha...tu tak lain tak bukan perasaan rindu yang bakal melanda sewaktu dia bayi dan peringkat toddler lettew.... Tak habis-habis kannn?
 
Itu saja perkongsian mengenai pemakaian kasut anak kecil buat masa ini... Ngee... Semoga bermanfaat yer? 😉

Adakah Lampin Pakai Buang Mempunyai Tarikh Luput?

$
0
0
ADAKAH LAMPIN PAKAI BUANG MEMPUNYAI TARIKH LUPUT
Pernah tertanya-tanya tak soalan sebegini? Ke Farah jer yang kreatif sangat sampai terfikir persoalan yang macam ni? Open-mouthed smile… Ha ha ha… Hari ni tiba-tiba soalan ni pula yang terkeluar dari kotak pemikiran Farah ni haaa… Terus rajin sangat nak men-Google untuk mendapatkan jawapan. Sibuk nak ambil tahu sama ada perkara ini pernah dibincangkan di mana-mana. Kot-kotlah ada kannn? Punyalah sekian lama dah ber-anak dan dah nak masuk hampir ke usia 3 tahun dah pun Iman Firash, baru hari ini, pada tarikh ini, termuncul soalan ini… Flirt male…Ha ha ha… Lambat betul pick-up mak yang beranak seorang ini…

Apa yang Farah jumpa melalui konon-kononnya research Farah di Google? Google jer lah pun yang sempat… Nak pergi perpustakaan segala bagai memang tak sempatlah kannn? Al-maklumlah…Sesiapa sahaja yang memegang gelaran seorang ibu memang masa 24 jam itu sangat mencemburui kita kannn? kannn? kannn? Kaki tangan semua mana pernah nak rehat, melainkan kalau sewaktu tidur jer… Ekekeke…. Masa tu jerlah pun rehatnya…Itupun sekejap-sekejap jer… Sebab nak berjaga malam… Nak salin lampin pakai buang anak-lah… Nak bancuh susu anak lah… Nak bagi anak menyusulah… Macam-macam kannn?  #ehhh termembebel pula… Ok ok ok…Kita sambung persoalan tadi mengenai sama ada lampin pakai buang mempunyai tarikh luput ataupun tidak…

Sumber dari Malaysia setakat ini adalah… Menurut pihak Huggies Malaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook mereka pada 21 November 2013 : LAMPIN PAKAI BUANG YANG DIKELUARKAN TIADA TARIKH LUPUT. LAMPIN PAKAI BUANG BOLEH DIGUNAKAN SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS TARIKH PENGELUARAN.Tolong ambil perhatian yer ibu bapa semua. Diulangi… LAMPIN PAKAI BUANG TIADA TARIKH LUPUT DAN BOLEH DIGUNAKAN SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS TARIKH PENGELUARAN.Bukti? Sila lihat screenshot di bawah yang telah Farah lakukan untuk rujukan pihak anda dan pautan ke kenyataan ini adalah https://m.facebook.com/HuggiesMalaysia/posts/622536571136186.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":57666,"layers_used":2,"effects_tried":0,"total_draw_actions":1,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1476171689594","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"source":"editor","origin":"gallery","height":1334,"subsource":"done_button","total_editor_time":63,"brushes_used":1}

Melalui satu sumber yang lain pula di SINI

I’m expecting my first little one and I’m trying to plan ahead by buying things now. So I was wondering, do diapers expire?

Answer:
This is an interesting question. I contacted the folks Pampers and Huggies to get to the "bottom" of this. Pampers let me know that their diapers do not have an expiration date.They said the only thing that may happen over time is a possible discoloration to a light yellow.But, they said the performance does not go down. Huggies responded that there is no shelf life or expiration date on their diapers.

Untuk menambahkan lagi informasi mengenai tarikh luput lampin pakai buang ini, Farah cuba mencari lagi satu kepastian dan ini yang Farah temui melalui laman web di SINI:

What is the expiration time for a disposable diaper?

Answer:
The expiration time has to do with diaper composition and the warehouse conditions. A typical disposable diaper will have a shelf life of about 2 years, however diapers made with waist elastic foams will probably last less than a year before there are obvious signs of discoloration on the elastic. This does not mean that the diaper can not be used, it only means it will not look the same as if it was fresh. After long expositions to heat in a warehouse it is also possible for the hot melt adhesive to fail, this is more sensitive for the elastic adhesives, such as in lateral gathers and leg cuffs, and it is a function of the amount of hot melt used in the manufacture of the product. Some properties of the standard adhesive tape will also change with time due to material oxidation.

Yang masuk dalam pemikiran Farah… 2 tahun selepas tarikh pengeluaran.Terfikir mengenai lampin pakai buang yang dijual di jualan gudang atau jualan murah. Terfikir juga, kenapa agak kerap juga lampin pakai buang harganya berubah-ubah di pasaran… Dulu macam tak faham… Iyalah sekejap-sekejap harganya mahal, sekejap-sekejap nanti promosi… Lepas tu naik balik, lepas tu turun balik… Mungkin Farah salah anggapan… Jika Farah salah sila betulkan Farah… Adakah ini bermaksud bila tiba waktu promosi gila-gila harga lampin pakai buang jadi murah itu disebabkan mereka nak menghabiskan batch pengeluaran lampin pakai buang yang dikilangkan yang telah hampir sampai tempoh 2 tahun? Dan adakah ini bermaksud, terkadang kita boleh melihat ada jualan-jualan gudang yang menawarkan harga jualan lampin pakai buang yang jauh berbeza lagi rendah dari harga di pasaraya  dengan jenama yang sama disebabkan lampin pakai buang yang dijual tersebut telah hampir ke 2 tahun stoknya dari tarikh pengeluaran?  Yang jual-jual secara borong tu pun sama ke? Farah tak tau… Mungkin anda lebih tau… Kalau lebih tau… Ceritalah…Nak tau juga… Winking smile

Penjagaan Bayi Semasa Gangguan Bekalan Air

$
0
0
PENJAGAAN BAYI SEMASA GANGGUAN BEKALAN AIR

Bila melihatkan ada di antara rakan-rakan yang mengemaskini status di laman Facebook mereka mengenai gangguan bekalan air yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini di kawasan kediaman mereka, ingatan terus menuju kepada air mineral yang berbotol-botol yang dibeli hanya semata-mata hendak memandikan Iman Firash dan juga sebagai kegunaan untuk mencuci serta membersihkan dia sekiranya Iman Firash membuang air besar. Air mineral yang berbotol-botol itu jugalah yang digunakan untuk mencuci  botol susu dan kelengkapan dia yang lain pada waktu itu. Itu cerita pada tahun 2013 sewaktu Iman Firash masih bayi.

Teringatkan itu, terus teringatkan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil di rumah yang mengalami masalah gangguan bekalan air pada waktu dan ketika ini. Sebab Farah dah rasa, Farah dah lalui, sebab tu Farah faham. Ketiadaan bekalan air atau gangguan bekalan air memang menyukarkan bagi semua pihak terutama ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Gangguan bekalan air pula, seakan sudah menjadi kebiasaan kehidupan di banyak kawasan di Malaysia sekarang ni. Sejak akhir-akhir ni lah kannn? Pelbagai alasan telah diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab mengendalikan urusan air untuk diulas sebagai punca, termasuklah paip bocor, kerja-kerja peningkatan, paras empangan yang rendah dan kemarau. Tidak kira apa pun puncanya, kekurangan air boleh menjadikan penjagaan bayi dan keluarga penuh dengan tekanan tau tak? Ha ha ha… Open-mouthed smile

Kebersihan dan sanitasi adalah penting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kecil – dan untuk mencapai tujuan itu, bekalan air bersih adalah amat diperlukan. Memasak dan membasuh bukan saja susah malah merbahaya dan ianya mustahil untuk mencuci bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan secukupnya. Tanpa air bersih, kita tidak dapat membasuh pakaian (ianya suatu cabaran jika ibu-ibu menggunakan lampin kain) atau memandikan bayi. Akan tetapi, dengan kekurangan dan gangguan bekalan air menjadi sebahagian kehidupan harian di bandar, ianya memang berbaloi untuk sentiasa bersedia. Dengan berfikir terlebih dahulu dan sedikit perancangan, kita dan bayi boleh menempuhi tempoh kekurangan bekalan air sementara ini. Gangguan kepada rutin kita itu tidak dapat dielakkan, akan tetapi beberapa bekalan ekstra dan sebuah rancangan tindakan yang akan diambil menjadikan penjagaan bayi kurang tekanan di saat berlakunya gangguan bekalan air. Haaa… Nak kata pandai sangat tu tidaklah… Ha ha ha… Tapi menurut sumber di SINI

Bagaimana Hendak Memandikan Bayi Apabila Paip Kering?

Mandian juga boleh dikurangkan walaupun bayi berpeluh dan melekit pada cuaca lembap dan lengas.
  • Bayi yang belum mula merangkak hanya perlu dilap sahaja. Ini cuma memerlukan sedikit air botol.
  • Kanak-kanak yang sudah bertatih dan kanak-kanak yang lebih besar juga hanya perlu membersihkan muka, kaki, tangan dan kemaluan mereka dengan sedikit sabun dan air sahaja.

Bagaimana Hendak Mencuci Baju Dan Lampin Jika Tiada Air?

Bukannya susah untuk mengurangkan cucian bayi dalam cuaca kita yang panas ini. Bayi boleh dipakaikan lampin sahaja sepanjang hari asalkan dia berada di dalam rumah. Jika anda sering menggunakan lampin kain, ianya akan mengurangkan beban cucian jika anda menukar kepada menggunakan lampin pakai buang sehingga bekalan air bersambung semula.

Tisu lembab bayi bukan sahaja berguna untuk membersihkan punggung bayi, malah ia juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan dan tumpahan kecil.

Apabila pakaian kotor sudah menimbun, hantarkannya ke kedai dobi yang ada bekalan air (gangguan bekalan air boleh jadi hanya setempat, anda mungkin akan jumpa kawasan kejiranan berdekatan anda yang tiada masalah bekalan air!).

Apa Lagi Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Kesan Ketiadaan Air?

  • Kumpul dan gunakan air hujan untuk bersihkan longkang, kumbah jamban dan siram pokok bunga, tetapi pastikan baldi dan timba ditutup sepanjang masa apabila tidak digunakan – bayi dan kanak-kanak berusia lebih setahun boleh mati lemas dalam ketinggian air hanya beberapa inci.
  • Awasi surat khabar dan media massa untuk mendapatkan jadual lori air. Syarikat air dan pihak berkuasa biasanya akan menghantar lori yang membawa bekalan air kepada kawasan yang terlibat secara tetap.
  • Tisu lembab adalah sesuai untuk membersihkan permukaan meja, mengelap tumpahan kecil dan tangan melekit.
  • Rendahkan standard kita. Hanya menyapu, tidak perlu mengelap lantai. Orang dewasa boleh makan makanan yang dibungkus dari gerai makanan. Tiada orang yang akan mengadili kita semasa tiada bekalan air!

Bagaimana Boleh Lebih Bersiap Sedia Menghadapi Gangguan Bekalan Air?

Sepertimana adanya kit pertolongan cemas untuk kecemasan perubatan, pertimbangkanlah untuk mengumpul beberapa bekalan “kalau-kalau” untuk menangani gangguan atau kekurangan bekalan air. Ini akan menjadikannya lebih senang untuk kita, bayi dan keluarga untuk menempuh tempoh paip menjadi kering secara tiba-tiba.
  • Air Botol:  Persatuan Pemakanan Malaysiamenyatakan bahawa seorang dewasa perlu minum satu liter air kosong setiap hari (satu liter lagi harus datang dari makanan, dalam sup, sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai contoh). Bergantung pada bilangan orang yang terdapat di rumah anda, belilah jumlah yang cukup bagi setiap orang untuk bertahan sekurang-kurangnya sehari (termasuk bayi dan kanak-kanak lain kerana air juga diperlukan untuk membancuh susu formula atau menyediakan makanan bayi). Jika bekalan air tergendala secara tiba-tiba atau terputus untuk satu jangka masa yang lama, anda akan perlukan lebih banyak air untuk kegunaan am, tetapi sekurang-kurangnya anda ada cukup untuk keperluan asas anda dan bayi anda.
  • Lampin Pakai Buang: Jika anda biasa menggunakan lampin kain, simpan sebungkus lampin pakai buang di dalam rumah supaya anda dapat mengurangkan beban cucian anda. Ingat untuk menukar kepada saiz yang sesuai untuk bayi anda sementara dia membesar. Anda boleh sentiasa memberikan lampin pakai buang yang tidak digunakan kepada kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja yang mempunyai bayi yang memakai saiz lama anda.
  • Makanan Bayi: Beberapa balang makanan bayi sedia dimakan yang bersesuaian dengan usia bayi anda. Ini akan menyelamatkan anda daripada terpaksa menyediakan atau memasak makanan bayi semasa tiada air mengalir dari paip anda. Jangan lupa menyemak tarikh luput dan berikan kepada bayi anda sebelum tarikh luputnya. Kemudian belilah yang baru untuk disimpan lagi.
  • Peralatan Pemakanan: Simpan stok barangan pakai buang plastik atau kertas seperti sudu garfu, mangkuk dan pinggan serta penyedut minuman untuk penyuapan kanak-kanak berumur setahun lebih dan kanak-kanak lebih besar.

Macam tulah lebih kurang sedikit sebanyak panduan serta tips untuk menjimatkan air di saat berlakunya gangguan bekalan air… Semoga ianya bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang memerlukan… Akan tetapi Farah pasti anda juga tentu tahu cara bagaimana ingin menyelamatkan keadaan sekiranya berlaku gangguan air kannn? Ini cumalah sekadar sebagai perkongsian bersama yang diharapkan dapat memberi manfaat buat semua. Winking smile

Tips Membeli-Belah Dengan Si Kecil!

$
0
0
TIPS MEMBELI-BELAH DENGAN SI KECIL

Tell me about it! Eye rolling smileMembeli-belah dengan si kecil ada masanya sangat menyeronokkan dan ada masanya boleh membuatkan anda bertukar menjadi raksasa gorgon Vampire bat yang rasa macam nak makan budak jer… Ha ha ha… Open-mouthed smile…. Bila tiba, angin dia elok, dia eloklah… Bila tiba angin dia tak elok… Perghhh… Merecikkk peluh mak nak oiii…. Kalau menangis, menjerit tu tak apa lagi… Kalau terus terbaring kat lantai sambil menghentak-hentak kaki atau keraskan badan? Hu hu hu… Boleh nangis oooo… Crying face… Alhamdulillah, sehingga saat dan ketika ini, belum mengalami dan minta dijauhkan situasi terbaring atas lantai sambil menghentak-hentak kaki atau keraskan badan… Yang ada? Jujurlah Farah mengaku yer? Tak mahu sorok-sorok dan selindung-selindung… selagi tak dapat kehendak dia, selagi itu… Mommy this…Mommy that… Sambil jari telunjuk menunjuk berulang-ulang kali ke arah barangan yang dia mahu… Owhhh… Ada lagi… Tak cukup lagi tu… Kalau tak dilayan juga… Desibel suara itu akan semakin lama semakin kuat dan jika terus-terusan tak diendahkan dia akan menangis dengan penuh syahdu serta kepiluan yang amat…

Mommy ni nakal sikit…Ihiksss… Ada masa memang suka menyakat… Tolonglah percaya… Walaupun Mommy ni sangat sayangkan si anak tunggal nan seorang ini… Mommy ini mampu untuk pekakkan telinga dan buat tak tau… Yang tebal telinga selalunya adalah nenek dia… Yang mengalah cepat sangat selalunya adalah nenek dia… Hu hu hu… Kata neneknya tak sanggup nak dengar dia bising dan menangis-nangis di pasar raya yang ramai dengan orang… Wakakaka… Nyah-Nyah… Mommy dia lain…Mommy dia mampu ok? Tak kisahlah kalau semua mata nak memandang ke apa? So what? Ya ya, nanti orang kata kita tak ambil tindakan ataupun tidak melakukan sesuatu serta biarkan sahaja anak menangis dan tantrum sebegitu… Bagi Farah…Lantaklah korang nak cakap apa… Itu adalah cara mendidik dia, kalau ke pasar raya bukan setiap apa yang dia nak tu, akan dia dapat… Kalau dok ikut rentak dia macam tu… Alamatnya? Nanti dia fikir, apa dia nak semua dia boleh dapat… Tak apalah…Korang nak kata pun katalah… Yang ada anak kecil mesti faham kannn? Biarlah dia bising di waktu kecil, biarlah mata-mata memandang… Tu semua nak mendidik dia… Esok-esok nanti, lama kelamaan dia akan faham juga… Bila Mommy dia ni, bolayan… buat tuli jer…Itu bermakna… Don’t dream of it! Takkan dapat…Memang Mommy tak kasi…

Sebagai seorang ibu yang telah melaluinya selama hampir 3 tahun… Apabila anak sudah mula pandai shopping sama dengan maknya… Sememangnya waktu membeli-belah adalah sesuatu yang sangat mencabar. Nak kendalikan anak kecil yang telah mula pandai shopping ni kena lihat dari pelbagai aspek dan sudut. Bila tiba time hari angin dia ok… Tersangatlah behave seadanya…Aman damai nak ber-shopping…Bila tiba hari dia angin tak berapa nak elok… Masa tu… Adoiii mulalah kannn? Semuanya terdugalah… Terutamanya tahap kesabaran… Memang betul-betul perlu ada tahap kesabaran yang tinggi. Tak sama yer… Membeli-belah dengan bayi kecil yang tidur di dalam stroller  dan membeli-belah dengan anak-anak kecil di peringkat toddler, pre-schooler dan kanak-kanak bersekolah rendah. Kalau bayi tu dah tentu-tentu diammm jer…Kan kan kan? Ha ha ha… Ibu-ibu baru, bakal-bakal ibu di luar sana, please be prepared.

Waktu membeli-belah bersama anak kecil adalah satu waktu di mana anak kecil itu berpeluang untuk bereksplorasi, berjumpa dengan orang-orang baru dan hang out dengan ibu bapa. Sukalah kiranya Farah kongsikan sedikit tips dari pengalaman Farah yang telah berkecimpung di dalam rutin membeli-belah barangan dapur hampir saban minggu bersama nenek dia dan dia, dan melalui pengalaman demi pengalaman yang dilalui setiap hujung minggu. Pada peringkat permulaan memang agak mengalami kesukaran dengan perubahan angin Iman Firash…Akan tetapi, lama-kelamaan setelah dikaji, diteliti dan difahami rentaknya… Barulah Farah boleh ikut tempo bagaimana Farah boleh memastikan waktu membeli-belah barangan dapur setiap hujung minggu itu mampu membuatkan Farah membeli-belah dengan tenang serta aman-damai…Ekekeke… Open-mouthed smile… Jom kita lihat beberapa tips yang tidak seberapa dari seseorang yang baru sahaja bergelar ibu selama hampir 3 tahun ini… Jika ada kekurangan serta kesilapan harap diperbetulkan dan dimaafkan yer?

Pastikan Lampin / Lampin Pakai Buang Disalin, Kanak-Kanak Pergi Ke Tandas Sebelum Keluar Dari Rumah

Ini sememangnya satu rutin dari dulu sampailah ke sekarang… Bagi Iman Firash yang masih berlampin pakai buang… Setiap kali sebelum keluar dari rumah untuk ke pasar raya, Farah akan pastikan yang Farah menyalin lampin pakai buang yang dipakai oleh Iman Firash pada waktu itu terlebih dahulu irregardless  lampin pakai buang yang sedang dipakai itu masih boleh dipakai kerana hanya membuang air kecil di dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ya… Ada pendapat akan mengatakan ianya adalah satu tindakan yang membazir… Akan tetapi, bagi Farah adalah lebih baik kerugian sedikit dari menanggung pening ragam si kecil akibat dari ketidakselesaan yang dialami oleh mereka. Itu pendapat Farah, mungkin pendapat kita adalah berbeza-beza dan tidak sama dari satu individu lain ke satu individu lain. Sekiranya anak-anak anda tidak memakai lampin lagi… atau sudahpun dikategorikan sebagai kanak-kanak… Farah cadangkan agar latih mereka untuk ke tandas untuk membuang air sebelum keluar dari rumah. Ya-lahhh…Kalau mereka tidak mahu ke tandas takkan nak paksa pula kan? Tapi tak salah cuba melatih agar mereka terbiasa kan?

Rancang Waktu Perjalanan Dengan Bijak

Bila ada anak kecil ni, hidup kita secara automatiknya akan berubah dan tidak akan sama dengan sebelumnya. Jika dulu, boleh ikut suka kita jer nak keluar pukul berapa dan balik pukul berapa. Bila ada anak kecil ni, semuanya berkait rapat dengan waktu. Kalau anda memilih untuk pergi ke pasar raya pada waktu tengah hari yang kebiasaannya menjadi waktu tidur anak-anak kecil di siang hari… Ia mungkin akan menjadi masalah apabila mereka meragam kelak. Waktu perjalanan yang terbaik, waktu paling afdal orang kata nak tuju ke pasar raya dan meneruskan aktiviti membeli-belah yang Farah amalkan adalah sebaik-baiknya apabila anak sudah mendapat rehat yang cukup, tidur yang cukup, makan yang cukup dan berada di dalam angin yang baik. Selain tu, sila ambil tahu atau observe bila waktunya pasar raya penuh dengan orang dan kalau boleh elakkan ke pasar raya sewaktu ianya padat. Anak-anak kecil ni, ada yang tidak boleh menerima suasana padat mudat dan terlalu ramai orang.

Sediakan Beg Kecil Yang Berisi Barangan Si Kecil

Kalau anak anda menghisap puting… Pastikan puting dimasukkan ke dalam beg kecil tersebut… Kalau anak anda mempunyai anak patung kesayangan, sila pastikan ianya dimasukkan ke dalam beg kecil tersebut. 4 perkara utama yang mesti ada di dalam beg kecil Iman Firash adalah bantal “papan” dia, patung kucing dia, air suam dan susu. Keempat-empat ni mesti ada… Tak boleh tak ada… Sebagai penyelamat di kala dia sudah mula menunjukkan tanda-tanda tantrum.

Berkomunikasi Dengan Anak Sepanjang Waktu Membeli-Belah

Kadang-kadang anak kecil ni boleh jadi cepat bosan jika berada di satu-satu tempat dalam satu tempoh waktu yang agak lama. Nak-nak lagi kita sibuklahhh memilih barangan yang hendak dibeli dan dia terpaksa menurut sahaja… Maunya tak bosan… Anak-anak kecil kan suka bermain…Kenalah entertain mereka sewaktu membeli-belah tu… Bercakap-cakap dengan mereka… Sesekali bergurau senda dengan mereka… Apa saja yang boleh menghindarkan anak kecil dari menjadi cepat bosan…

Buat Senarai Barangan Yang Ingin Dibeli

Terpaksalah… Tak boleh nak elak celah mana pun… Memandang kita ni manusia yang kadang-kala boleh jadi pelupa dan terlupa… Nak tak nak, cara paling baik, buat satu senarai barangan yang ingin dibeli agar tiada yang ketinggalan dan proses membeli-belah itu menjadi lebih lancar. Selain tu, dalam-dalam pada tu, bolehlah jimat duit sikit kannn? Kalau main beli jer tak ada senarai terkadang boleh berlaku pembaziran juga… Bila ada senarai…Bolehlah kita keraskan hati untuk membeli hanya barangan yang diperlukan sahaja dari membeli barangan yang tidak diperlukan… Ada senarai ni pun mudah dan boleh menjadikan kerja membeli-belah lebih cepat. Nenek Firash pesan… Ada anak ni, tak boleh tembel! Semua kerja kena tangkas dan cepat…Jadi dengan adanya senarai barangan yang hendak dibeli sebenarnya ia adalah sesuatu yang sangat membantu.

Hafal Selok Belok Pasar Raya

Open-mouthed smile Ha ha ha…Jenuhlah ni! Nak menghafal pula selok-belok pasar raya… Barang ni letaknya di mana… Barang tu letaknya di mana… Mula-mula memang agak sukar juga… Tapi lama-kelamaan alah bisa tegal biasa ok? Tahu apa yang kita perlukan di pasar raya, tahu mana letaknya barangan yang diperlukan…Dengan cara ini, sebenarnya ia akan dapat membantu kita untuk mempercepatkan lagi proses membeli-belah sebelum anak kecil kita meragam. Kalau dah cari sesuatu barang tu untuk beberapa ketika, ringan-ringankanlah mulut bertanya di mana letaknya barangan…

“Attitude Is Everything”

Bayi dan anak-anak kecil ni… pick up on their parents’ mood and emotiones. Kalau kita pergi membeli-belah di pasar raya dengan perasaan stress, anak boleh rasa dan mereka pun boleh jadi turut buat ragam yer… Tak tahu orang lain bagaimana…Tetapi itulah yang terjadi pada Farah sebanyak beberapa kali…Kalau emosi tak berapa nak stabil, Iman Firash pun dalam masa yang sama tak stabil juga mood dia jadinya…Masa tulah dia pun nak moody kannn? Makanya, kita ni kenalah mempunyai sikap yang positif dan anak anda mungkin akan ceria dan tidak meragam sewaktu membeli-belah… Gittew…

Meragam Hendakkan Sesuatu?

Sewaktu mula-mula dulu, jenuh juga nak ikut rentak dia…Lama-kelamaan, ini tak boleh jadi ni… Yalah masih belum berapa nak faham…Ko cakap elok-elok dan terangkan elok-elok macam mana pun… Kalau dia masih belum memahami sepenuhnya, terangkanlah macam mana pun… Pasti dia berdegil nak juga sesuatu tu… Cara Farah sekarang ni? Sebenarnya dah nak stop dah buat begini sebab nak ajar dia secara perlahan-lahan untuk memahami erti penjimatan dan juga erti pembaziran….Antara yang perlu dan juga yang tidak perlu… Cara yang sebenarnya Farah tak berapa nak galakkan adalah, biarkan sahaja dia masukkan apa sahaja barangan yang dia mahukan di dalam troli pasar raya…Kemudian bila tiba waktu membayar, asingkan dan beritahu pada cashier yang kita tidak mahu barangan yang anak kecil kita masukkan ke dalam troli tersebut sebab kita tak perlukan. Membazirkan? Buat apa nak bayar untuk sesuatu yang kita tidak perlukan…Sekarang ini, Farah di dalam fasa untuk memahamkan dan mendidik Iman Firash secara perlahan-lahan agar dia tidak sesuka hati masukkan apa sahaja di dalam troli…Pengsan Mommy ko ni nak oiii kalau semua satu pasar raya ko nak masukkan dalam troli tu… Bawa duit sejuta pun boleh jadi tak cukup nanti… Muahahaha…. Open-mouthed smile

Sekian sahaja tips membeli-belah dengan si kecil dari Farah…Ada apa-apa penambahan lagi yang mungkin Farah terlepas pandang? Jika ada, silalah sudi-sudikan diri anda untuk berkongsi ya? Winking smile

My Growing To 3 Years Old Iman Firash...

$
0
0
MY GROWING 3 YEARS OLD... IMAN FIRASH

38 minggu genap-genap di dalam kandungan + 2 tahun 10 bulan… Dah nak melangkah ke usia 3 tahun dah dia pada 26 November 2016 ini. Hari demi hari berlalu, tidur bangun tidur bangun dah besar dah dia… Semakin banyak perkembangan, semakin touching hati Mommy setiap kali melihatkan perkembangan diri dia yang menunjukkan dia sudah semakin membesar serta hakikatnya, bayi yang diletakkan di atas pangkuan dahulu kini sudah bijak serba-serbi dan progressing. Setiap kali itu jugalah, hati jadi sebak dengan tidak semena-mena mengenangkan kemungkinan-kemungkinan perkara yang sudah semestinya akan dirindui satu ketika nanti.
Tak payah tunggu satu ketika nanti… Open-mouthed smile… Ha ha ha… Sekarang ni pun dah mula rindu! Bila dah semakin membesar ni, semakin kerap jugalah ulang-ulang ayat Mommy rindu, Mommy touching, Mommy itu, Mommy ini… Namun apalah daya kita sebagai manusia untuk menghentikan waktu ataupun memutarkan balik waktu kannn? Itu kan semua adalah kuasa Allah SWT dan itulah kitaran kehidupan. Yang bayi akan membesar, yang dewasa akan meningkat usia… Perjalanan hidup…
Mungkin Farah ni over terlebih-lebih atau over sedikit… I don’t know how you guys define me or judge me… Tapi Farah sendiri faham kenapa Farah rasa macam ni… Farah sendiri tahu hakikat kenapa mudah sangat sensitif sejak kebelakangan ini bila mengenangkan waktu telah berlalu dengan pantasnya dan Iman Firash kini telahpun mula membesar dan jadi budak besar! Semuanya adalah kerana semata-mata hanya dia seorang sahaja yang Farah ada. Yup… Dia seorang sahaja… Atas masalah komplikasi dan juga faktor-faktor lain contohnya dari segi economy stability Farah tidak mampu untuk mempunyai seorang lagi si kecil. Buat masa sekarang…Akan datang semuanya bergantung kepada keadaan dan juga keizinan dari Allah SWT. Uikkk… Apasal sedih semacam pula ni? Disappointed smile… Ok… Nak menangis dulu… Crying face Huwaaa….
Sekarang ni… dari beberapa sudut… Menuju ke usia 3 tahun…

Pakaian

Mommy kena biasakan diri dengan frasa, No! yang keluar dari mulut comel itu apabila dia tidak mahu memakai sesuatu pakaian itu disebabkan dia mempunyai pilihan pakaian dia sendiri. Sekarang ini, bukan kita yang tentukan apa yang dia perlu pakai, tetapi dia lebih selesa untuk membuat pemilihan pakaian sendiri. Ikut kehendak dia, ikut kemahuan dia, apa yang dia mahu pakai dan rasa nak pakai. Dia juga tanpa disuruh sudah cuba-cuba untuk menyarungkan seluar sendiri dan memakai baju sendiri. Bila seluar tersingkat akibat dari aktiviti aktif dia sendiri, dia akan menarik seluar ke bawah sendiri tanpa perlu kita yang membetulkan seluar tersebut. Sudah cuba untuk memakai sandal dan kasut sendiri. Yang pastinya, dia ingin mencuba sendiri tetapi bila rasa tidak dapat mencapai apa yang sepatutnya, dia mohon bantuan dari Mommy. Yang penting adalah kena banyak-banyak bersabar sekarang ini untuk menunggu dia bersiap… Open-mouthed smile Ha ha ha… dan ingatkan diri sendiri yang by dressing himself, my tot is learning the important skills and being independence.

Makan

Dari segi pemakanan pula? Bab menyuap makanan tu, sebenarnya dia boleh menyuap sendiritapiii…. Iman Firash ni, jenisnya tak suka tangan dia kotor… Nyah-Nyah… Mengada-ngada tak anak manja Mommy ni? Muahaha…. Open-mouthed smile… Masih nak mengharapkan Mommy suapkan dia… Seboleh-boleh biar Mommy yang suapkan… Kalau Mommy tak suap dia akan tunggu sehingga Mommy suap…Nama dia nak makan sendiri memang tak lah…Cuma yang berbezanya sekarang…Jika dulu, kita tentukan ke mana arah tuju kita nak makan jika kita memilih untuk makan di luar berbanding di rumah. Sekarang ini, jika ditanya… Firash nak makan apa? Dia akan menjawab apa yang dia rasa dia nak makan… Kalaupun kita tak tanya… Dia akan memberikan cadangan sendiri… Tiba-tiba jer sewaktu memandu akan kedengaran suara dia membuat permintaan atau memberi cadangan yang tidak ditanya…Mommy, KFC…”… Fahamlah kannn? Maksudnya nak makan KFC ler tu…

Potty Training

Bab potty training ni… Memang dah lama dah Farah mula latih tandas Iman Firash secara bergencet-gencet…atau berperingkat-peringkat… Dan sememangnya sudah agak lama juga dia sudah mula merasa tidak selesa berlampin pakai buang. Ada masa-masa dia sendiri yang refuse to wear diapers. Pakar yang berpengalaman dan juga ibu bapa yang telah mempunyai pengalaman juga bersetuju bahawasanya untuk menjayakan sesuatu latih tandas, anak-anak perlu betul-betul bersedia terlebih dahulu. Di usia 3 tahun, anak-anak kecil mungkin akan mengekspresi minat mereka untuk menggunakan tandas, mereka akan mula untuk memberitahu untuk ke tandas ataupun meminta disalinkan dengan lampin pakai buang yang bersih. Memang ya… Sekarang ini, jika dia terasa lampin pakai buang dia berat atau basah, rasa tidak selesa…Dia sendiri akan berkata kepada Farah… “Mommy…Shinggg…” . Sasaran pun tak lama jer lagi kena membeli-belah lampin pakai buang… In Shaa Allah… by the first quarter next year … Ihikss… Open-mouthed smile dengan bantuan teacher di school yang sememangnya melakukan latihan latih tandas…. Sasaran ini mungkin akan berjaya dicapai. Jika terlebih awal, Farah dapat complete-kan potty training dia di rumah, itu lebih bagus kan? In Shaa Allah… Winking smile

Suka Berkawan

Sentiasa peramah, sentiasa murah dengan senyuman… Ke mana-mana pergi pun, tak kira kanak-kanak sebaya, lebih muda usia, lebih berusia…Lelaki, perempuan, semua dia apprach dan nak berkawan. Amboi peramah sungguh ni! Kadang-kadang tu, dia beriya nak berkawan, tapi kawan tu pula yang takut-takut atau tak nak kawan… Ha ha ha… Mudah memulakan komunikasi dengan kanak-kanak lain… Suka mula untuk menghulurkan tali persahabatan dengan kanak-kanak lain… Smile. Dia tak kira…Melayu, Cina, India, semua dia balun jer…

Rajin Tolong Kerja Rumah

Tiba-tiba rasa I am blessed dan sejuk perut… Ha ha ha… Open-mouthed smileAt least for now ok? For now! Rajin tolong Mommy berkemas, rajin tolong Mommy di dapur juga…. Woohoo!!! Siapa kata tak ada anak gadis tak ada yang dapat membantu di dapur? Anak bujang kita rajin ke dapur oiii….Nenek dia pun selalu bagi laporan yang bila mana nenek sibuk nak masak di dapur, menumbuk apa-apa lah… Dia pun nak lesung batu juga, nak menumbuk juga… Hu hu hu…. Ada ciri-ciri pandai masak macam Babah ke ni? Mungkin juga…

Perkembangan Pertuturan “At Par”

Sekarang ni, dah mula construct dua tiga ayat..Dan sudah mula rajin nak bercerita atau memberitahu sesuatu kepada semua orang. Ada sahaja yang dia nak ceritakan. Macam hari tu… Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba… “Mommy, I got so many shoes”… Disappointed smileHah? Layankan ajerlah…Layan jangan tak layan… Kata nak suruh anak cepat bercakap… Ekekeke…Kenalah rajin layan yer tak? Ini nanti kalau dah lancar betul-betul pertuturan ni, mau lagi becok mulut ni… Macam-macamlah nanti yang Mommy anticipate akan keluar dari mulut dia nih!

Dengar Arahan & Buat Pilihan

Mudah juga sekarang ni… Bila minta bantuan dia untuk ambilkan sesuatu…He he he… Open-mouthed smile…Saja jer test dia sebenarnya… Terus dia ambil dan berikan kepada Farah… Bila suruh buat pilihan sudah ada jawapan dari dia…. Dia tahu bagaimana untuk membuat pilihan yang dia mahu… Hakikatnya sebenarnya…Mommy dah boleh agak dah apa pilihan dia…Hua hua hua…

Tidur

Sejak-sejak nak tuju umur 3 tahun ni, dah mula kurang nap…Kadang-kadang langsung tak tidur di siang hari… Tak taulah sama ada dia tahan mata dia atau sememangnya dia tak rasa mengantuk… Kadang-kadang tu nap juga… Tapi itu kalau dia benar-benar mengantuk…Jika tidak, dia akan berjaga sepanjang hari dan tidur juga boleh dikatakan agak awal berbanding sebelumnya…Baguslah… Tahun depan dah nak sekolah dah….Belajar tidur lebih awal agar senang bangun di waktu pagi kan?

Pandai Merajuk Dengan Mommy

Semakin besar ni, semakin attached dengan Mommy. Jika Mommy lewat balik dari pejabat, tak jumpa dia…Dia akan merajuk dan tak mahu bercakap dengan Mommy…Adoiii, dah jadi satu hal pula nak memujuk dia. Jika hari Mommy tidak bekerja… Even ke tandas sekalipun dia akan mencari dan tak boleh hilang Mommy sekejap pun… Memang perkembangan yang expected untuk berlaku kot? Sebab menurut Kidfolio Community di usia 2 tahun 10 bulan:

Your toddler loves spending time with you, especially if she/he feels like she/he helping Mom and Dad with their errands. One way to spend a little more quality time with your child – and introduce him/her to the people and places he’ll/she’ll eventually need to learn to navigate on his / her own – is to bring her/him along on your own appointments and daily errands.

Even if you don’t have a doctor’s or dentist’s appointment for our little one in the near future, she/he can accompany you to your own check-up. Sitting with you in the waiting room and holding your hand while you go in will make him/her feel like he’s/she’s is a bigger part of your life than if your left him/her at home with a sitter – and the same goes for grocery shopping, quick salon visits, dry-cleaning runs and other tasks.

Although bringing a toddler along will probably make an errand longer, it gives him/her the freedom to make some of his/her own food and clothing choices, and for the two of you to bond while tackling real-life chores together -  a valuable lesson for your little one.

Dah hampir 3 tahun dah usia bayi yang membesar bersama-sama Bubblynotes.Com ni… (sebab semua cerita dia ada dalam ni… Winking smile)… Siapa yang mengikuti cerita Bubblynotes.Com, memang lihat dia membesar di alam mayalah kannn? Hua hua hua…Dari sekecik-kecik halusnya dia sehingga ke sekarang ini… In Shaa Allah… Sampai sekolah pun nanti dapat lihat dia membesar di alam maya melalui Bubblynotes.Com…Ekekekeke…. Dah bersedia untuk jadi lebih berdikari… Tengoklah nanti apa yang lebih menarik untuk Firash dan Farah di usia Firash 3 tahun dan bagaimana pula Farah bersedia for what’s next… Hu hu hu….

LESSON SHARING #1: Comparative Adjectives For PreSchoolers – ENGLISH

$
0
0
LESSON SHARING #1 Comparative Adjectives For PreSchoolers – ENGLISH

Kisah berlaku di bengkel kereta sewaktu peristiwa Boom! Boom! Pow! yangterjadi pada minggu lepas… Kisah di mana, terdapatlah spanar yang berbeza saiz yang cantik terletak di atas lantai bengkel kereta tersebut. Sementara menunggu kereta yang disewakan oleh pihak yang melanggar itu sampai, kami anak beranak ni menunggulah dengan setianya di bengkel kereta tersebut. Akibat dah menunggu terlalu lama, biasalah…Iman Firash mana boleh lama sedikit menunggu… Bila dah agak lama menunggu, macam-macamlah aktiviti dan audit yang dia lakukan kannn? Habis satu bengkel dia tawaf oiii! Semput nafas Mommy dia nak mengejar… Secara tiba-tiba…

Dia duduk mencangkung di hadapan spanar yang tersusun itu… Dan mulutnya berbunyi sebegini…

Iman Firash: Mommy… Biggg…Bigggerrr….Biggesttt…. Smallll….Smallerrr….Smallesttt….

Surprised smile hah??? Melopong mulut Mommy Firash jadinya… Bila pula Mommy dia ajar dia tentang Comparative Adjectives ni??? Rasa-rasanya belum sampai peringkat dan tahap tu lagi dan belum lagi bermula ajar dia English Grammar… Nak beri maklumbalas apa? Tentulah kena galakkan dia dengan menjawab… “Yes! Correct!”… Tiba-tiba dia bertepuk tangan dan berkata… “Pandaiiii…”… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Puji diri sendiri nampak? Oklah, oklah… Beri peluanglah dia nak berbangga dengan pencapaian dia sendiri… Tengah nak belajar tu, galakkan ajer…

Sejak dari peristiwa itu, bila menyedari dia bersedia untuk belajar tentang Comparative Adjectives…Mommy dia ini dengan gigihnya mencari bahan-bahan yang boleh digunakan di dalam pembelajaran Iman Firash tentang Comparative Adjectives yang boleh menarik minat dia. Sebabnya… English Grammar ni boleh jadi sesuatu yang membosankan kanak-kanak yang masih di dalam play age jika didedahkan… Sebab terlalu theorytical sangat… Kan masa kita belajar, masa sekolah-sekolah dulu… Banyak tulisan… Kanak-kanak usia Iman Firash ni lebih sukakan sesuatu yang ringkas dan bergambar…Lagipun dia baru sahaja berusia 2 tahun 10 bulan kannn? Tak cecah lagi usia 3 tahun pun… Takkanlah nak bagi dia impression yang English Grammar itu adalah sesuatu yang banyak perkataan serta membosankan. Tugas ko Mommy! Kena cari cara paling afdal nak menarik perhatian anak…

Mungkin ada yang berpendapat terlalu awal… Masih ada masa… Tapi ilmu tu tak kira awal tak kira lewat…Jika dia sudah bersedia dan mampu menerima input sebegitu apa salahnya… Tapi terfikir-fikirlah juga, mana pula dia belajar tentang Comparative Adjectives ni ha? Iyalah, nak kata Mommy yang ajar… tak lagi pun… Fikir punya fikir, akhirnya dapat jawapan… Mungkin dari saluran TViQ ni… Sebab sekarang ni, Farah memang sengaja buka saluran TViQ dan mula kurang-kurangkan saluran Disney Junior dan saluran-saluran kartun yang lain…. Saja nak dedahkan dia dengan sesuatu yang mempunyai pengisian berbentuk ilmu. Iman Firash jenis gaya belajarnya adalah jenis campuran… visual pun ada dan audio pun ada… Nak kenal gaya belajar anak anda? Boleh rujuk entri yang pernah Farah kongsikan tidak berapa lama dahulu yang bertajuk Kenali GAYA BELAJAR ANAK Sebelum Mendidik Anak. Jadinya, memang berkemungkinan besar input yang dia perolehi adalah dari apa yang dia tonton di TViQ sebelum ini.

Sebelum pergi kepada tips mengajar anak-anak kecil di tahap preschooler mengenai Comparative Adjectives, Farah nak kongsikan sedikit mengenai apa itu yang dikatakan Comparative Adjectives… Mestilah kena ulangkaji sedikit kannn? Sebelum kita nak ajar anak… Bagi Farah kalau boleh, kita kena fully prepared sebelum kita mengajar anak… Farah tak malu pun untuk belajar dulu sebelum ajar anak… He he he… Kena refresh sedikit otak ni yang dah terlalu lama dah meninggalkan zaman persekolahan… Sebab nak kena pastikan, yang Farah ni tak tersalah ajar anak… Nanti dapat ilmu yang tak betul pula… Makanya… Anak belajar…Mak pun belajarlah sama… Muahahaha…. Rolling on the floor laughing

Sedikit penerangan mengenai Comparative Adjectives bagi refresh ilmu kita masing-masing yer ibu-ibu, bapa-bapa…He he he… Apabila kita bercakap mengenai 2 benda, kita boleh “membandingkan” benda itu. Kita boleh melihat sama ada benda-benda itu adalah sama ataupun berbeza ciri-cirinya. Untuk menyatakan perbezaan ciri di antara kedua-duanya… itulah English Grammar yang kita gunakan yang kita namakan sebagai Comparative Adjectives.

2 cara asas yang digunakan untuk membandingkan ciri sesuatu adalah as…as ataupun than. Contohnya adalah seperti:
  • She's twice as old as her sister.
  • He's not as stupid as he looks!
  • I'm almost as good in maths as in science.
  • This book is not as exciting as the last one.
  • The cafeteria is not as crowded as usual.
  • Russian is not quite as difficult as Chinese.
  • This computer is better than that one.
  • She's stronger at chess than I am.
  • It's much colder today than it was yesterday.
  • Our car is bigger than your car.
  • This grammar topic is easier than most others.
  • I find science more difficult than mathematics.
  • Today's ESL lesson was more interesting than usual.
Nota:  Di dalam setiap contoh di atas, the comparative form of the adjective is shown.
 
Di dalam sesetengah situasi, perubahan adalah diperlukan, bergandung kepada jumlah syllables sesuatu kata adjektif itu:   

1-syllable adjectives: add -er to the adjective

  • My sister is much taller than me.†
  • It's colder today than it was yesterday.

Note: If the word ends: consonant-vowel-consonant, then the last consonant is usually doubled in the comparative. Examples: big-bigger, fat-fatter, hot-hotter

2-syllable adjectives ending in -y: change the -y to -ier
  • She's looking happier today.
  • This grammar topic is easier than the last one.
  • Why is everyone else luckier than me? †
Beware: Do not confuse adjectives and adverbs. 2-syllable adverbs ending in -y must be compared with the word more. Example: I drive more quickly (quicklier) than my brother.
 
Other 2-syllable adjectives: use more with the unchanged adjective
  • The shops are always more crowded just before Christmas.
  • Is there anything more boring than reading about grammar?
  • My sister is more careful with her writing than I am with mine.
Note: The comparative of some shorter 2-syllable adjectives can be formed with -er. Examples:simple-simpler, clever-cleverer, narrow-narrower. To be sure which comparative method to use, you will need to consult a good dictionary.

Adjectives with 3 or more syllables: use more with the unchanged adjective
  • Russian grammar is more difficult than English grammar.
  • My sister is much more intelligent than me.†
  • I find maths lessons more enjoyable than science lessons.
  • The older you get, the more irritating you become.

Dah bebel panjang-panjang untuk refresh ilmu zaman sekolah… Jom pula Farah nak kongsikan lesson plan yang menarik yang boleh digunakan untuk anak-anak di peringkat preschooler yang Farah sendiri pun dapat dari sumber di SINI

Details:

  • Time: 40 mins - 1 hour
  • Objectives: Comparing objects using comparative adjectives.
  • Structures: "This is smaller" (adj + ed), "That is more beautiful" (more + adj).
  • Target Vocab: tall/taller, short/shorter, long/longer, fast/faster, slow/slower, heavy/heavier, big/bigger, small/smaller, new/newer, old/older, cheap/cheaper, beautiful, colorful, delicious, expensive, good/better, bad/worsen.

Lesson Materials:

  • Printables:
  • - Adjectives & Comparatives Pictures worksheet
  • - Compare things at home worksheet
  • - Adjective Word Cards
  • - Warm Up & Wrap Up lesson sheet

Supplies:

  • - people pictures (e.g. from magazines): for tall / short adjectives
  • - pencils (long and short ones)
  • - car pictures (from magazines): for fast / slow adjectives
  • - heavy animal pictures / toys (e.g. elephant, hippo, rhino, cow, whale, etc.)
  • - plastic food or flashcards which has different sized items: for big / small / delicious adjectives
  • - some old / new looking objects (e.g. books, clothes)
  • - some cheap / expensive looking objects
  • - some butterfly or tropical bird pictures: for colorful and beautiful adjectives
  • - some weather pictures: for good / bad
  • - blue tak or tape to stick the pictures to your board
  • - lots of magazines or other print materials (such as catalogs, brochures, newspapers, books with pictures, etc.)
  • - board with markers or chalk

Sedikit sebanyak ianya memberikan panduan kan? Bagaimana kita nak mulakan pembelajaran untuk anak-anak kita… Betul tak? Dan sebagai panduan lanjut kita di dalam menjalankan proses pembelajaran mengenai Comparative Adjectives ni…Ada sedikit Panduan Pembelajaran atau Lesson Plan yang boleh kita gunakan di dalam proses mengajar anak-anak kita… Anda boleh muat turun dan cetak melalui sumber di SINI. Kira-kira ini boleh jadi sebagai sumber rujukan dan juga sebagai bahan untuk mempersiapkan diri kita sebelum mengajar anak-anak. Smile.

Selain tu, memandangkan Iman Firash suka menyanyi, suka mengerak-gerakan anggota tubuh badan…. Dia kan suka visual dan audio..makanya Farah pun gunakanlah sumber dari YouTube untuk lesson plan ke atas Comparative Adjectives ini untuk dia. Contoh video adalah seperti yang tertera di bawah berikut:  




Banyak yang benarnya video-video macam ni yang boleh diperolehi, Farah yakin anda pun tahu kan? Cuma antara nak mencari dengan tidak jer… Setakat ni, nampaknya penerimaan Iman Firash agak baik dan nampak dia enjoy dengan proses pembelajaran ini… Yang penting Farah kena pastikan dia enjoy belajar… Farah nak dia rasakan pengalaman yang mana belajar itu adalah satu perkara yang menyeronokkan… In Shaa Allah… Sebagai ibu, Farah akan cuba yang terbaik untuk membantu dan support Iman Firash dengan cara yang terbaik yang mampu Farah lakukan…Selebihnya terpulang kepada diri Iman Firash... 

Boom! Boom! Pow! Version No. 2!

$
0
0
BOOM BOOM POW VERSION NO.2


Ini dah macam jadi cerita bersiri-siri jer dah ni! Memang tahun 2016 ni kan… Bulan Oktober bukanlah satu bulan yang baik untuk Farah! Dalam bulan ini sahaja sudah dua kali insiden berlaku yang melibatkan baby kedua Farah tu! Dugaan… Bertabahlah wahai hati ya? Ini semua dugaan dan juga ujian untuk menguji diri dan juga mungkin juga satu bentuk kifarah ke atas kesilapan yang lepas… Anggaplah ini semua adalah pengalaman hidup dan juga fikir secara positif bahawasanya hidup tanpa dugaan, hidup tanpa ujian adalah kurang rencahnya dan jika hidup ini adalah monotonous setiap masa, kita tidak akan dapat belajar apa-apa dan mungkin akan terus hanyut dan leka… Farah redha… Smile dengan kesinambungan Boom! Boom! Pow! ini… Sungguhhh…

Ni sajalah kan, nak bercerita dengan anda-anda-anda semua… Tentang insiden yang telah berlaku semalam petang lebih kurang pada jam 4.35 petang di tengah-tengah jalan raya di tepi Mid Valley Mega Mall, Bangsar…. Semalam yang benarnya, Farah di dalam perjalanan ke Renaissance Hotel, Kuala Lumpur untuk menghadiri satu acara. Acara apa? Nanti Farah kongsi di dalam entri yang seterusnya… In Shaa Allah… Kita cerita dulu tentang insiden Boom! Boom! Pow! versi yang kedua ini. Yang mana kali ini, ianya melibatkan tayar kereta… Kusss semangat… Syukur Alhamdulillah yang tiada kemalangan jiwa yang berlaku ataupun kemalangan yang serius berlaku serta melibatkan kenderaan lain.

Sewaktu di tengah-tengah jalan raya petang semalam nak menuju ke Renaissance Hotel, Kuala Lumpur… tiba-tiba suami kata… “Apa yang tak kena ni? Lain macam jer kereta ni?”… Terus dia beri signal untuk memberhentikan kereta di bahu jalan dan kami sama-sama turun untuk melihat apa yang tidak kena dengan kenderaan kami. Bila turun-turun jer… Terus check satu persatu kondisi kereta dan kami mendapati, tayar di sebelah bahagian penumpang hadapan telahpun kehilangan angin dengan jayanya sehingga kempis sekempis-kempisnya dan kelihatan kesan rekahan atau tayar koyak! Crying face… Huwaaa…automatik di dalam kepala terus impuls dihantar ke otak memberitahu Farah yang Money duit bakal berterbangan lagi! Hu hu hu… Bulan sebelumnya kompresor penghawa dingin kereta… Itu Farah ada ceritakan di dalam entri AIRCOND COMPRESSOR Mula Buat Hal Dah…


BOOM BOOM POW VERSION NO.2 1


Bila dah jadi macam tu… terus buka bonet kereta, cari tayar simpanan yang sememangnya ada tersimpan di dalam bonet, cari segala tools… Dan mulalah suami sinsing lengan baju kemeja untuk bekerja… Kesian dia… Dah pakai smart-smart tiba-tiba kena buat kerja pula… Mujur terjadi sewaktu dia ada bersama Farah… Kalau dia tak ada? Ha ha ha… Open-mouthed smile jawabnya mungkin buat pose yang paling menarik yang boleh Farah buat sambil melambai-lambai kepada kereta yang lalu-lalang untuk beri bantuan… taklah… dah tentu-tentu Farah akan telefon suami sampai dia jawab telefon untuk datang menyelamatkan keadaan… Sambil tu, tersepokkk lah kat situ sampai bantuan tiba. Tak pun, alternatif lain… Telefon sesiapa sahaja yang terlintas di kotak pemikiran pada waktu dan ketika itu, kemudiannya mohon bantuan mereka. Wohooo… bab bab nak letak jack… nak pulas nat di tayar kereta tu…Memang boleh terbuka jahitan bersalin Farah oiii… Muahahaha…Memang taklah nak risikokan diri yang berpotong perut ni… Tak berani! Seriau!

Bukannya tak boleh buat sendiri…Boleh jer kalau keadaan diri mengizinkan… Tapi disebabkan sedar diri yang diri ni berpotong perut…Makanya, mahu atau tidak kenalah minta bantuan sesiapa…Nat pada rim tu kan ketat? Tenaga tu In Shaa Allah boleh diusahakan…Ko pijak jer atas spanar khas tu… Lepas tu enjut-enjut empat lima enam kali sampai nat tu bergerak… Berat badan pun dah cukup berat dah nak pusingkan nat tu jika seluruh tenaga dijatuhkan pada spanar khas yang dipijak tu… Yang jadi terhenti dan tak berani nak buat apa-apa adalah perut yang berpotong tu jer…Wakakaka… Nyah-Nyah fobia sangat dengan perut yang berpotong tu…

Nak tengok bagaimana keadaan tayar kereta yang terbabit? Nahhh…

BOOM BOOM POW VERSION NO.2 2


Dahsyat tak? Habis! Hancus! Langsung tak boleh pakai dah ni… Dah confirm-confirm dah ni… Sekali tengok pun dah boleh tau dah… Phewww… Confused smile… Mujurlah rim tak rosak tak apa… Kalau tidak…. Tu pun satu hal juga tu nak mengganti rim… Aduyaiiii…. Secara up, close and personal nya… Inilah keadaan tayar yang telah pun pecah atau koyak tersebut…


BOOM BOOM POW VERSION NO.2 3

BOOM BOOM POW VERSION NO.2 3


Terus laju-laju maklumkan pada pihak PR, yang Farah akan lewat sedikit tiba di acara yang telah dijadualkan. Mujurlah juga, pihak PR, memahami dan mereka juga mementingkan keselamatan Farah terlebih dahulu. Bukan apa, itu tugasan dan amanah yang diletakkan di bahu kita, apa-apa pun yang berlaku, haruslah kena maklumlah kepada pihak PR agar mereka tidak tersalah anggap… Betul tak? Kerja kena jaga oiii… Itu kan salah satu sumber pendapatan dan rezeki…

Tukar tayar gantian dan kemudiannya kami pun meneruskan perjalanan ke Renaissance Hotel, Kuala Lumpur…Kesian orang itu…Hu hu hu… Sebab bermandi peluh dia jadinya menukar tayar kereta kami. Sesampainya di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur, terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan dan kemudiannya sewaktu majlis koktail, sementara menunggunya bermulanya acara makan malam…Di antara pukul 6.30 petang sehingga 7.15 petang macam tu, Farah keluar seketika dengan meminta kebenaran dari pihak PR, untuk urusan menukar tayar yang telah terkoyak dan hampir pecah di jalan raya itu. Mereka faham dan tidak ada halangan mengenai perkara itu. Lagipun pada waktu itu adalah waktu santai dan acara makan-malam hanya akan bermula pada jam 8.00 malam.

Keluarlah kami sekejap untuk mencari kedai tayar yang berhampiran dengan Renaissance Hotel, Kuala Lumpur. Pakai Waze ajer… Tapi bukannya sampai ke tempat yang dinyatakan oleh Waze…Di dalam perjalanan tiba-tiba kami terlihat ada satu kedai tayar di Kg. Baru…Betul-betul di tepi jalan… Berurusan seketika…dan kemudiannya tayar gantian yang digunakan digantikan dengan tayar baru. Errr…baru tak barulah… Memandangkan ini kecemasan dan bajet pun nak kena jaga… He he he… Nyah-Nyah…Cara paling afdal adalah dengan menggantikan tayar gantian yang digunakan tersebut dengan tayar 2nd hand sahaja. Tetapi tayar 2nd hand itu haruslah sama bunganya dengan tayar sedia ada yer? Itu nanti kita cerita kemudian tentang tayar 2nd hand… He he he…Dalam entri dapat ilham untuk entri lain… Rezeki namanya ni! Ilham muncul secara tiba-tiba… The total damage of the day adalah… RM 60.00 tunaiii…. Selamat terbang RM 60.00… Beli lampin pakai buang anak lepas tu… Ahaksss… Open-mouthed smile

Berkenaan dengan tayar pecah, tayar terkoyak Farah pernah kongsikan di Bubblynotes.Com pada 20 Mac 2013 di dalam entri yang bertajuk What Should You Do When: Tayar Kereta Pecah?Dan di dalam entri ini ada sedikit penambahan yang ingin Farah tokok tambah hasil dari pembacaan artikel yang diterbitkan di SINI sebagai ilmu untuk diri Farah juga dan juga sebagai pengetahuan umum anda yang membaca entri ini… 

Seperti biasa, mencegah lebih baik daripada mengubati. Tayar tidak mudah pecah tanpa sebarang sebab konkrit. Jadi, penyenggaraan yang betul dan pemeriksaan berkala terhadap tekanan angin dapat mengurangkan risiko insiden tayar pecah dan meletup. Kusssss semangat nasib baik tak meletopssss! Tapi kannn…Farah mengaku… Farah rasa Farah tau ni semua punca dari mana ni! Ini semua berpunca daripada kesan terlanggar sebatang kayu broti di jalan raya sewaktu Farah rushing nak berjumpa dengan suami di Petaling Jaya semalam. Nak kejar masa kaedahnya…Tapi jujur tak sedar yang kayu broti tu mengempang di tengah jalan… Serius tak perasan…Tengah-tengah jalan utama kot? Lepas terlanggar tu, sebenarnya hati dah terdetik… Janganlah jadi apa-apa kat tayar kereta… Pappp! Betul rupanya…terjadi juga sesuatu…Adoiiii….

Jangan sesekali lupa memeriksa tayar simpanan di belakang bonet kereta.Jika tayar rosak walaupun cuma terlanggar tebing jalan (kaki lima), pemeriksaan pakar tetap perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada tayar berkenaan masih boleh digunakan ataupun perlu digantikan dengan yang baru segera.

Kenyataan di atas juga menjadi alasan terbaik supaya pemandu tidak mudah membeli tayar terpakai, kononnya lebih jimat. Kenapa? Ini kerana anda sendiri tidak tahu apakah kejanggalan atau kerosakan sebenar yang berlaku ke atas tayar berkenaan. Reaksi melampau mungkin menyebabkan kereta anda berpusing tanpa kawalan – sebab tu kena tenang yer tak? , berubah haluan memasuki laluan yang sesak dengan pengguna jalan raya dari arah bertentangan, menghentam pembahagi jalan atau kereta bergolek.Harus diingat, peluang terselamat lebih tinggi jika anda memakai tali pinggang keledar. Jadiii…jika tayar pecah ketika memandu, inilah yang perlu anda lakukan:

Cuba Kawal Diri, Jangan Tekan “Pedal” Minyak

Memang sukar dilakukan, tetapi itulah langkah pertama. Bawa bertenang dan kawal diri. Tayar kereta anda akan mula membelok, tetapi kereta anda sebenarnya masih kekal seimbang. Kekalkan kaki pada posisi pedal sedia ada dan jangan sesekali menekan pendikit. Apabila tayar mula terkunci (tidak dapat dibelok), anda sudah mula hilang kawalan stereng dan kereta akan berubah haluan atau terhuyung-hayang mengikut hukum fizik berbanding arah yang anda mahukan. Tayar yang terkunci juga meningkatkan kereta berguling (roll over).

Boleh Membrek, Tetapi Jangan Mengejut

Dengan tayar masih membelok atau terseret, anda boleh membrek. Tayar depan dan belakang mempunyai nisbah kuncian brek berbeza. Anda mungkin tidak tahu tayar yang mana satu sudah pecah. Keputuan membrek mengejut hanya akan membuatkan kereta anda membelok dan berpusing lebih teruk, termasuk merosakkan sistem brek seperti menyebabkan brek terkunci. Pada situasi beginilah ciri-ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sangat penting. Tetapi bagi pemandu kereta yang tiada ciri-ciri tersebut, anda mesti menahan diri daripada menekan brek mengejut. Ia seperti bola yang disepak kuat. Memang laju tetapi pada satu tahap ia pasti berhenti apabila daya ke atasnya berkurangan. Jadi, tindakan menghalang bola yang sedang memecut hanya akan menyebabkan impak teruk sama ada kepada bola atau objek penghalang atau rintangan itu sendiri. Ingat fizik! Cuba membrek secara mengepam, iaitu tekan dan lepas berkali-kali sehingga kereta mencapai kelajuan yang mampu dikawal.

Betulkan Stereng Dengan Lembut

Roda stereng ialah komponen sama yang mengawal roda tayar. Secara normal, tayar kereta akan patuh ke mana arah tuju yang dibawa stereng. Dalam situasi tayar pecah ketika memandu, situasi berubah. Anda mungkin mahu membelok ke kanan, tetapi kereta membelok ke kiri. Atau anda mahu membelok secara 30 darjah, sebaliknya kereta membelok 45 darjah. Apabila tayar pecah, kereta anda sebenarnya masih dalam kawalan walaupun keseimbangan kereta sudah tidak sekata lagi. Ini membuatkan stereng bergegar dan membelok ke arah tayar pecah. Misalnya, jika taya hadapan kanan pecah, stereng akan cenderung membelok ke kanan kerana berat tertumpu ke bahagian pecah tersebut. Cuba putar stereng arah melawan dan luruskan stereng secara lembut tetapi pantas. Jangan pusing habis!

Rendahkan “Gear”, Gunakan Brek Enjin

Jika memantu kereta bertransmisi automatik, terus turun gear dari D4 kepada posisi D3 dan D2. Jika manual, anda perlu menukar gear dengan pantas tanpa menekan klac. Ini dinamakan pembrekan enjin, antara kaedah menghentikan kelajuan dengan efektif dan selamat. Seperti bermain Need for Speed di hadapan anda ialah satu selekoh tajam dan sudah tentu anda perlu menurunkan gear 6 kepada 3 denagn pantas. Anda pun tahu, menggunakan brek semata-mata ketika mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi hanya menyebabkan kereta berpusing-pusing sehingga terkeluar amaran Wrong Way. Begitu jugalah ketika berdepan situasi tayar pecah ketika memandu.

Cuba Kekal Dalam Laluan

Cuba sedaya upaya mengawal kereta dalam laluan memandu, bukan menghala ke tepi jalan. Jangan pula sesekali cuba melanggar apa-apa objek sama ada pembahagi jalan, penghadang jalan, bonggol atau pokok. Tindakan anda itu cuma menempah maut. Apabila berjaya melakukan 3 langkah yang dinyatakan di atas, kereta anda biasanya sudah berada dalam kawalan. Anda pasti perlu menukar tayar. Jangan berhenti di tepi jalan begitu sahaja. Carilah kawasan kurang sesak dan bukan di selekoh.

Nyalakan Lampu Amaran (“Hazard Lights”)

Lakukan perkara ini selepas kereta anda berhenti sepenuhnya. Memandu kereta dengan tayar pecah memang menyukarkan. Anda tidak perlu menjadikannya lebih sukar dengan menarik perhatin pemandu lain di tengah jalan raya walaupun sekadar menyalakan lampu amaran…Owhh ya, lampu amaran ni tekan jer butang warna merah gambar segitiga dalam kereta tu.

Jaga-Jaga Di Lorong Kecemasan

Jika tiada pilihan dan perlu berhenti di lorong kecemasan. Gunakan lampu kelip kecemasan dan pakai baju reflektif untuk meningkatkan visibiliti anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta di luar di tepi jalan pada jarak 45 meter dan bukan 3 atau 5 langkah . Itu sangat bahaya! Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda dapat dilihat oleh pengguna jalan raya. Lebih selamat jika dapat hubungi terus pembantu jalan raya seperti Peronda PLUS terutama jika anda tidak pasti prosedur menukar tayar.

Bila fikir-fikir balik… Mujurlah dan syukurlah Iman Firash pun tak ada di dalam kereta… Ihikss…Kena tinggal sebab tak sesuai majlis nak bawa dia… Ini acara untuk orang dewasa dan lebih formal… Makanya tinggallah kamu di rumah yer nak…He he he… Nyah-Nyah There’s a blessing in disguise pun dia kena tinggal hari ni… Hu hu hu…Begitulah kisahnya…Moga-moga… Selepas dari ini, tiadalah pula sambungan siri kisah bom kebabom ni lagi… Letih mak nakkk… Ha ha ha… In Shaa Allah…Mudah-mudahan tak ada apa-apa lagi selepas ini… Amin…
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live