Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Menghilangkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata...

$
0
0
Source Extracted from Google
Ini bukanlah nak cerita tentang Kung Fu Panda semua bagai... gambar hiasan jer tu, memandangkan lingkaran gelap di bawah mata ni sangat sinonim dengan panggilan "Panda Eyes" kannn??? *_^... Tapi sebenarnya "Panda Eyes" itu adalah merujuk kepada gambar di bawah ini...

Source Extracted from Google
Entri ni terhasil dari entri adik sayang saya yang seorang ni di SINI. Dia tanya macam mana nak hilangkan eyebag... samalah tu... "Panda Eyes" dan dalam bahasa panjangnya lingkaran gelap di bawah mata... he he he...

Pertama sekali kita cerita pasal sebab2 terjadinya eyebag ini. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata ni. Antaranya ialah:
  1. Uolss ada alahan.
  2. Ciri2 kulit wajah uols sendiri.
  3. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian...contohnya akak ni ha...ekekeke...
  4. Kekurangan nutrisi pada tubuh uolss.
  5. Faktor genetik.
  6. Pengaliran darah yang tidak stabil.
  7. Uols menghadapi takanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
  8. Terdedah kepada cahaya matahari (bukan matahari pagi yer)
  9. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
  10. Ada masalah pinggang dan juga penat.
  11. Tisu lemak dan cecair.
  12. Masalah sinus.
  13. Uolss memang ada masalah kesihatan
  14. Uols seorang perokok.
PETUA MENGHILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

1. Gunakan Sama Ada Timun, Ubi Kentang ataupun Tomato
Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudiannya , lekapkan hirisan tu kat mata uolss. Biarkan lebih kurang 20-30 minit. 

Kebaikannya: mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.

atau cara alternatifnya;

Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul2 bersih yer. Lepas tu, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam untuk beberapa minit.

Selepas tu, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.

2. Uncang Teh
Rendam 2 uncang dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang2nya 10 minit yer.

Sebaik2nya gunakan teh camomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan esktrak pudina segara sebagai alternatif.

3. Minyak Almond
Untuk pengetahuan uolss, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang2 pri daripada tersumbat.

Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam di bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.

Uols juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. ^_^

4. Zat Besi, Vitamin C dan Asid Folik
Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol (haipp yang ni haram, jangan sekali2, don't ever2 uolss).

Penting juga, kurangkan merokok (bagi perokoklah ek) dan kalau mampu uols belajarlah berhenti merokok mulai saat ini. Lebih bagus berhenti merokok ok???

Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang2nya 8 gelas sehari.

5. Biji Buah Berangan
Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Uols boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecai bagi mengurangkan masalah ini.

Selamat mencuba uolss!!! Kredit: SINI 

Tambah sikit dan iklan sikit boleh??? Ahaksss... minumlah Ephyra... *_^ macam iolsss... info boleh dapat di SINIdan juga SINI  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928