Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Tips Pemakaian Blusher... ^_^

$
0
0
Source Extracted from Google
Ok nak buka beauty parlour sekejap...ekekeke... nak cerita pasal tips pemakaian blusher atau dalam Bahasa Melayunya pemerah pipi...*_^ Orang perempuan yang suka make up sukalah ni kannn? Orang lelaki kalau pakai blusher tu, alamak... tu tak tau nak cakap apa, speechless jap...Itu dah lain dah tu kecenderungannya tu.. hu hu hu...

Blusher/pemerah pipi merupakan pelengkap penampilan kita sebagai perempuan dan mampu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang. Tapi, kalau salah cara sapuan, pilihan warna akan menyebabkan penampilan kita sedikit pelik....Muahahahaha...kalau merah sangat dah nampak macam clown pula kannn??? *_^

Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelum memilih pemerah pipi yang bersesuaian. 
  • Bagi wanita berkulit putih, penggunaan warna merah jambu atau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar.
  • Bagi wanita berkulit sawo matang, penggunaan warna seperti coklat muda,oren atau perang, sesuai dengan penampilan tampak lebih eksotik dan menarik.
JENIS PEMERAH PIPI
  1. Padat: serbuk warna daripada pemerah pipi jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak. Padat ni maksudnya compact la....heeee.... ^_*
  2. Krim: memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak.
  3. Gel: warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yang lebih natural. Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering.
  4. Balls: bentuknya menyerupai bebola kecil dan cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas pemerah pipi jenis berbola ini. Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan di pipi. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.
SOLEKAN MENGIKUT BENTUK WAJAH

BUJUR
Sapukan pemerah pipi pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit pemerah pipi di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor.

BULAT
Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan pemerah pipi sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur. Kemudian sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.

LONJONG
Bagi wanita yang memiliki wajah lonjong, gunakan pemerah pipi tepat pada tulang pipi dengan gerakan mendatar. Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi, ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.

PERSEGI
Untuk menyamarkan potongan rahang, sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih gelap dari dagu sehingga telinga.

HATI
Pilih pewarna pipi dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dari bawah rahang, untuk kesan lebih cerah, sapukan pewarna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar pewarna pipi warna perang dan tulang pipi ke arah telinga.

RAHSIA PEMERAH PIPI
  • Semasa menyapu pemerah pipi atau blusher, tidak boleh dioles terlalu rendah dari bahagian tulang pipi dan penghujung hidung.
  • Sapuan blusher yang berlebihan akan menyebabkan wajah kita hilang keasliannya, sapuan hendaklah pada sekitar tulang pipi sahaja dan tidak melebihi atau terlalu dekat dengan bahagian tengah muka atau sudut sisi mata.
  • Warna2 pekat adalah sesuai untuk solekan malam, jangan gunakan ketika siang hari. Sebaliknya pilihlah warna2 lembut seperti merah jambu, oren muda untuk ke majlis di siang hari.
  • Kita perlu bijak memilih warna2 yang sesuai untuk memberi bayang atau ton warna pada tulang pipi. Seeloknya pilih 2 warna yang berbeza iaitu warna cerah dan gelap untuk membentuknya.
  • Blusher yang disapu rata ditulang pipi akan mampu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang. 
KREDIT: SINI

Saya pula suka pakai blusher dari jenis balls dan suka blusher yang warna dia nampak natural such as orangy sikit ke.... light pink... merah2 sangat tak minatlah uols.... exception kalau attend function or outing at night lah... he he he.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928