Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Baru Nak Buat Appraisal!!!

$
0
0
Source Extracted from Google
Gara2 cuti bersalin tempoh hari, akibat dan padahnya... (macam poyo jer statement)... Iolss baru nak buat yearly performance appraisal uolsss... Wakakakaka...orang lain dah selesai dah yearly performance appraisal, iolss baru terhegeh2 nak buat hari ni... 

Nasib yang tukang putuskan increment and bonus tu adalah Pink Panther sendiri, kalau orang lain agaknya dah lama dah tak ada appraisal ni sebab bercuti kannn??? Hik hik hik... Awal2 tahun ni musim orang dapat bonus... Tapi kalau tanya saya, yang mana saya lebih titik beratkan... not so much on bonus...bonus tu adalah harap juga kannn??? Tipu kalau kata tak harap... Tapi yang lebih penting pada saya adalah increment...

Sebab apa??? Sebabnya... bonus one time pay only...memang jumlah agak besar dan boleh shopping mopping segala bagai...tapi sekelipan mata jer duit tu habis kalau tak betul2... Kena beringatlah kannn kalau dah berbelanja tu... tapi kalau dapat bonus tanpa increment lagi tak ada makna ok??? Increment tak ada memang apa pun tak boleh... heee...setakat ni kerja track record tak pernah tak dapat increment or bonus lagi... Alhamdulillah... 

Kenapa increment tu penting??? Yelah, takkan nak gaji takuk tu jer...mestilah nak naik kannnn? Dengan Cost of Living (COLA) yang dah semakin meningkat kannn...of course harus ada increment... Tapi ada juga sesetengah orang yang kejar bonus jer, tak peduli increment... Hairan juga, tapi biarlah, pendapat masing2... Increment penting ooo... the most essential things... Siapa nak kerja satu tempat bertahun2 lepas tu gaji takuk tu jer... Kalau senario macam ni, rasanya eloklah bawak2 berfikir untuk venture opportunity lain... Tak berkembang ok??? hu hu hu... 

*Perancangan untuk duit bonus kalau ada??? Dah ada dah perancangan tu nak buat apa... dan dah lay out the plans dah siap2 dalam note... (melampau tak berangannya???).... Untuk diri ini, selamatlah menjalani appraisal bersama Pink Panther yer...hik hik hik... Boss kalau sayang jer tak ada makna kalau increment and bonus tak ada... dan dan akak pula jenis outspoken, selamba jer spoke out pada Pink Panther cakap macam ni... dia senyum jer dan macam fahamlah tu.... erkss...adik2, kawan2 jangan ikut outspoken akak ni, sebab actually tak bagus cakap macam tu kat boss...Cumanya bezanya iolss dengan Pink Panther tu dah macam bapak dengan anak... ada masa tacing sesama sendiri, ada masa merajuk, ada masa bergelak ketawa, ada masa stress, ada masa menyampah... muahahaha... tapi sekejap jer gaduh pun...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles