Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Okkkk... Tak Boleh Tahan Punya Pasal...

$
0
0

Ok ok... konon-kononnya berpuasa dari ber-blog hari ini... Ahaksss... Tapi disebabkan tak boleh tahan... "I is" terbuka puasa juga... Ahaksss... Kira-kira puasa setengah hari ler ni... Macam masa kecik-kecik, masa mula mula nak belajar berpuasa Ramadhan dulu. 

Makanya, dengan proses penambahbaikkan Bubblynotes.Com yang masih lagi separuh jalan ni... masih tak siap ni... Farah pun bukalah kembali Bubblynotes.Com... Muahahahaha.... Iyaaaa.... tak siap lagi ni.... jadi kalau itu tak berfungsi, ini tak berfungsi sila abaikan. Muahahaha... Setakat baca dan komen tu tak ada masalah ok?

Errr... Salam Jumaat semua... ngee... 

Rambut Anak Anda Sedikit? Nipis? Ingin Lebatkan Rambut Anak? Jom Baca Tips Ini...

$
0
0

"Uolss" rasa rambut Ash lebat ke??? Nak kata lebat pun tidak, nak kata nipis pun tidak...tetapi rambut dia tak boleh lawan kelebatan rambut Mommy lah... La la la la... Melihatkan susuk tubuh, rambut... rasanya 2 perkara ini Ash dapat dari Abah Ash. Dulu-dulu kan? Masa Abah Ash cukur rambut Ash kan, sampai jadi botak, Mommy dia punyalah risau kalau-kalau rambut Ash tak tumbuh lagi... Sebab lambat juga rambut Ash nak tumbuh kembali. Phewww...bila dah tumbuh, wahhh Mommy-lah paling happy... Hik hik hik... Sebab Mommy tak nak anak Mommy botak!!! Dan selepas itu, Farah memang beratlah nak beri Ash botak lagi. Cukuplah sekali itu sahaja. "Enough!!!"... Tak sanggup tengok Ash botak... "Oh no!!! No no no no no..."... Ahakss... Nasib sekarang ni rambut Ash dah cepat tumbuh bila dipotong... (dah cepatlah pula...ekekekeke).. Mungkin hasil dari usaha Nek Ma Ash yang kerap menjaram kepala Ash dengan air kacang hijau kot? 

Setiap bulan, rambut anak kecil akan tumbuh seperempat inci. Jap tengah membayangkan seperempat inci tu  bagaimana. Dapat bayangkan kot? Biasanya rambut anak kecil akan mengalami kerosakan selama 2 hingga 3 bulan. Rambut anak-anak kecil cukup berbeza dengan rambut orang dewasa. Ini adalah kerana rambut anak kecil masih lemah dan sangat memerlukan nutrisi, zat dan juga vitamin yang cukup agar pertumbuhan rambut anak kecil tersebut menjadi lebih cepat. Ketika anak anda masih bayi, anda tidak boleh menggunakan produk rambut yang sembarangan. Haaa...jangan gatal-gatal nak pakaikan D'Herbs ke apa ke... dari terlajak laris...jadi terlajak lain pula perginya nanti... Huh! Sebaliknya disarankan untuk menggunakan produk perangsang pertumbuhan rambut yang berbahan semulajadi yang diesenaraikan di bawah, seperti yang Farah baca dari sumber di SINI

Buah Keras
Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah-rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat buat rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semulajadi. Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda sehingga ke hujung rambut.

Madu
Madu secara semulajadi juga mampu untuk melebatkan rambut. Bahkan menjadikan rambut semakin kuat dan tidak mudah rosak. Caranya cukup mudah, sebelum memandikan anak anda, sapukan madu ke kulit kepala hingga ke hujungnya sambil mengusap lembut kepalanya. Biarkan seketika, setelah itu baru dimandikan.

Lidah Buaya
Lidah buaya bukan setakat melebatkan dan menghitamkan, tetapi dapat juga melembutkan rambut anak anda. Tekninya sama sahaja seperti anda menggunakan madu.

Daun Seledri
Yang tak kenal daun seledri ni, sila Google dan anda akan berjumpa dengan jawapannya...Ahakss... Daun seledri juga berkhasiat untuk melebatkan rambut terutamanya rambut anak-anak kecil. Ambil segenggam daun seledri, kemudian kisar sampai lumat. Kemudian ramas dan ambil sari airnya sahaja. Buang hampasnya, dan ambil air tersebut dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan beberapa saat agar meresap. Setelah kering cucilah sehingga bersih. Lakukan secara rutin sehingga berhasil. Rambut nipis, halus atau sukar untuk tumbuh akan terangsang tumbuh, lebat dan tebal.

Sedikit Info Tambahan

Pertumbuhan rambut bayi yang sangat lambat boleh terjadi kerana banyak faktor. Antaranya:

Kurang Zat
Pengambilan zat yang cukup jelas akan mempengaruhi tekstur rambut. Mereka yang tidak cukup pengambilan zat yang diperlukan rambutnya akan lebih nipis, kering, mudah patah, rosak serta cenderung berwarna kemerah-merahan atau berwarna seperti rambut jagung.

Kehadiran Hormon
Salah satunya, hormon androgen yang terdapat di dalam tubuh anda sepanjang kehamilan. Jadi, sebab itulah mengapa rambut bayi yang baru lahir biasanya sangat lebat. Namun, disebabkan kerana bayi masih belum boleh mengeluarkan hormon androgennya sendiri, lama-kelamaan efek androgen yang dihasilkan dari ibunya itu akan hilang. Rambut si bayi akan rosak dan akan bertukar ganti dengan rambut aslinya yang mungkin lebih nipis.

Persekitaran
Disebabkan terlalu banyak terdedah kepada sinar matahari dan pencemaran udara rambut akan menjadi kusut, kusam, mudah rosak atau patah.

Setakat ni bagi Ash, ok-lah...tak ada masalah yang meruncing tentang rambut dia... tetapi rasanya nak mencuba juga salah satu petua di atas ni, kalau boleh nak lebat sikit lagi... 

Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka mengalami masalah rambut nipis atau sedikit, bolehlah juga turut mencuba sekiranya ingin melebatkan rambut anak-anak masing-masing. ^_* 

March Spectacular Holidays '15: Meet Dora & Friends...

$
0
0

Fuhhh disebabkan GST... ahaksss... kerja-kerja di pejabat bertimbun-timbun... "cut off date" harus dikejar... dan Alhamdulillah selesai dah bahagian tugasan Farah. Bila dah sibuk, balik rumah sibuk dengan Ash dengan urusan rumah tangga, sampaikan tak sempat nak menaip draf entri yang satu ini untuk "scheduled post" Farah... Hua hua hua... Akan tetapi akhirnya, setelah cerita ini terperam buat sekian lamanya... berjaya juga Farah siapkan draf entri malam semalam... la la la... 

Ini kisah pada 21 Mac 2015 yang lalu... atas jemputan secara peribadi daripada pihak Sunway Pyramid... Kami telah menghabiskan hari Sabtu yang berkenaan hampir separuh hari di Sunway Pyramid. Untuk apa? Undangan ini adalah bagi turut menjayakan aktiviti cuti sekolah yang lepas dan juga bagi menjayakan promosi taman tema terbaru di Sunway Lagoon yang bakal dilancarkan pada tahun 2015 ini iaitu Taman Tema Nickelodeon yang pertama di Asia. 


Haaaa tu diaaa... Perghhh tengok gambar illustrasi Taman Tema Nickelodeon yang pertama di Asia yang bakal menemui pengunjung-pengunjung Sunway Lagoon ni pada tahun 2015 ni juga... tiba-tiba terbayang betapa seronoknya dan kagum... Ini bukan sekadar budak-budak jer yang akan gembira ni... Mak-mak budak pun akan tersenyum kegirangan... Pendek kata boleh bayangkan bila dah dibuka nanti "happening" ni... 


Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada hari kejadian. Kanak-kanak memang seronoklah... Iyalah, cuti sekolah dapat diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan... Habis tu Mommy Ash buat apa pula di situ? Laaa, bukan ke dah beritahu tadi? Bagi menjayakan promosi... kerja ok kerja... Walaupun Ash belum bersekolah tetapi dia tetap termasuk dalam di dalam acara ini... Ahakss... Di antara aktiviti-aktiviti yang tersedia pada hari itu adalah "Meet & Greet" bersama-sama watak kartun animasi kegemaran kanak-kanak iaitu Spongebob dan Patrick, Dora & Friends... 


Bila muncul jer Spongebob dan Patrick, kanak-kanak masing-masing mulalah berkerumun. Ash dan Farah ada jer di tepi Spongebob dan Patrick ni. Sebenarnya, Farah tak tau sama ada Ash takut tengok entiti bergerak sebesar ini ataupun tidak. Maka mari kita cuba... Muahahaha... Tak takut pun dia rupanya... tapi galak pula dengan si Patrick... Yang Patrick pula rajin pula melayan dia... sekejap-sekejap dia pegang Patrick, sekejap-sekejap Patrick datang kepada dia. Amboiii sukanya Ash...


Bukan sekadar berjumpa Spongebob dan Patrick, tetapi watak-watak kartun animasi di saluran Nickelodeon juga turut membuat kemunculan di acara tersebut... Antara watak-watak itu, seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas adalah Teenage Mutant Ninja Turtle dan Dora & Friends!!! Dora ni lahhh... "highlight" pada acara tersebut... 



Sebenarnya apa yang berlaku pada waktu dan ketika itu adalah Ash "kiss" pipi Dora dan Dora jadi maluuuu!!! Adoiii... dengan penuh keselambaan dia "kiss" pipi Dora yer? Ha ha ha... Dora tak apa Ash, Mommy tak marah tapi jangan suka suki hati kiss pipi anak dara orang ok? Mommy babap Ash nanti... 



"Face painting", jualan "merchandise" Sunway Lagoon, semuanya ada... tak lupa juga... pameran beberapa jenis permainan dan juga haiwan juga ada... 


Pusing-pusing celah mana pun... ATV ni juga yang tetap menjadi pujaan hati dia... Sibuk nak naik... In Shaa Allah, ada rezeki nanti bila Ash dah "school" dan sudah berada di peringkat umur yang bersesuaian, nanti kita naik ATV sama-sama yer Ash???




Dan Ash paling geram dengan arnab-arnab yang dipamerkan, sampaikan bila penjaga arnab-arnab ini nak ambil dari tangan Ash, dia seakan tidak merelakan... Errr... takkan Mommy nak kena beli arnab sepasang dan bela di rumah kot Ash??? Ha ha ha... muka nak nangis pun ada bila arnab nak diambil dari tangan dia... Dush dush dush... 


Mommy macam biasalah kan? Senyum buat iklan gigi, tapi sebenarnya tengah dukung Ash sebab dah mula nak "tantrum" sebab arnab diambil dari tangan dia... Phewww, nasib tak "tantrum"... hampir-hampir jer... Mommy ambil langkah pencegahan yang cepat... sebelum "tantrum" melanda... Ahaksss... "yesss!!!" berjaya!!! Ash tak "tantrum"... 


Oh ya, hampir-hampir terlupa... Rara pun ada sama pada hari acara itu berlangsung... Siap dapat Pavlova lagi ok? Ok, itu In Shaa Allah Farah ceritakan di entri yang akan datang. Tentang Pavlova Rara yang sememangnya "delicious" bangat deh!!!


Sehabis sahaja acara berlangsung... apa lagi perut dah berkeriok minta diisi... lagipun bawa Ash kan? Memang pada waktu itu adalah waktu Ash makan... Jadi kita makan dulu!!!


Dah makan, semua dah kenyang... bergerak untuk makan angin di dalam Sunway Pyramid seketika dan juga layan pemandangan Sunway Lagoon dari jambatan... Ambil "feel" dulu sebab minggu hadapannya iaitu Sabtu yang lepas baru-baru ini kami bakal menuju ke Sunway Lagoon pula... Bagi Ash seronok dan terbayang-bayang dulu... Ha ha ha... Dah seronok dan masing-masing dah puas... Ash pun dah "surrender"... Waktu tidur dah sampai lettew... Makanya, destinasi seterusnya adalah rumah... Singgah dulu di "Baby Room", mandikan Ash... "baby room" di Sunway Pyramid lengkap ok? Siap bekalkan sabun mandi bayi lagi... Bancuh susu siap-siap... Barulah kami bergerak pulang ke rumah... 


Ini pula adalah pemberian dari pihak Sunway Pyramid dan juga Nickelodeon dan Sunway Lagoon, alat tulis, krayon, bekas pensel dan juga pensil warna. Ash belum lagi nak "school"... tapi bolehlah tu, Mommy simpan yer? Nanti-nanti kalau dah "school" dah tak perlu beli, sebab dah ada siap-siap dah.... (ye ker boleh percaya ke? dah tak perlu beli? La la la)

"Indeed we had so much fun and a very good time"... Terima kasih Brian, terima kasih Sunway Pyramid, terima kasih Sunway Lagoon dan terima kasih Nickelodeon di atas jemputan yang menggembirakan hati Ash ini. 

*Tunggu Taman Tema Nickelodeon yang pertama di Asia buka jer ni... Bolehlah buat lawatan nanti kan? Sekiranya ada rezeki....In Shaa Allah.... Amin....

Penangan GST... Orang Ramai Mula Panik Kah???

$
0
0

Bila beranak kecil ni biasalah... cukup tempoh matang, stok keperluan mereka perlu ditambah semula. Dan sememangnya perangai Farah suka siapkan siap-siap keperluan Ash supaya bekalan cukup, supaya nanti bila tiba masa "sesak", bila barang keperluan anak dah habis, tak adalah rasa perit sangat... jadi mak-mak ni memang banyak "calculus" kena buat... sebab tu Matematik tu penting masa zaman-zaman sekolah dulu...Ahakss... Sebab tugas mak-mak ni asyik mengira bajet ajerlah kerjanya...#ehhh abah-abah pun lagi pening... lagi besar bajet nak dikira kot...

Ingatkan semalam malas nak ke AEON atau AEON Big, sebab Sabtu yang lepas dah seharian di Sunway Lagoon dan juga majlis kenduri kahwin... Ingatnya hari minggu nak berehatlah pula... Tak ada makna berehatnya...Jangan mimpiii.... Sesudah Subuh semalam, mengemas rumah, mengemop lantai, gosok baju bajan dan segala kerja rumahlah... Tak lama selepas itu lebih kurang di dalam pukul 8.00 pagi macam tu, Ash pun terjaga... Mandikan dia, kami bersiap-siap untuk ke Pasar Raya NSK di Meru. Nak membeli stok barangan basah untuk seminggu kaedahnya... seperti biasa dan membeli barangan dapur sedikit... Cumanya, pada minggu ini, orang tersangatlah ramai... Kalau di rak-rak barangan... hampir-hampir kosong... Banyak barangan yang sudah kehabisan... Dalam hati... ok, ramai orang keluar membeli-belah bersempena dengan perlaksanaan GST...sebab sana sini sinun di media sosial dan media elektronik ada menyatakan bahawasanya, pasar-pasar raya semua sesak mesak dengan umat manusia. Macam tajuk berita di Buletin Utama semalam... Orang ramai panik kerana GST...

Iyalah 1 April 2015, kurang dari 48 jam lagi, GST akan dilaksanakan... errr "are we freak out???"... Tapi kan, satulah nak kongsi dari pengalaman sendiri semalam... Di Pasar Raya NSK, pihak pengurusan NSK ada meletakkan sebut harga di setiap rak...Iya iya, sebelum-sebelum ni memang ada tanda harga pun, tetapi kali ini, mereka meletakkan 2 harga... iaitu harga sebelum GST dan harga sesudah GST... Yang Farah ni pula, dok perhati sahaja... Dan memang nampak perbezaan harga barangan ok? Sebagai contoh... Syampu Safi Shayla...sebelum GST berharga lebih kurang di dalam RM11.00 lebih, dan setelah GST harga Syampu Safi Shayla akan menjadi RM13.00 lebih...dah nak guna beli sahajalah kan?

Bukan itu sahaja, ada lagi harga-harga barangan yang menunjukkan perbezaan yang agak ketara...Pendek kata, majoriti barangan yang Farah lihat...harga naiklah..ok "common sense" ... 6%...Ihikss... Yang paling Farah ingat syampu tulah sebab beli syampu semalam kannn??? Alahaiiii... terus berimaginasi dalam kotak pemikiran... dan berkata-kata kepada diri sendiri... Mampukah aku mengharungi kenaikkan kos sara hidup yang tidak pernah berkesudahan... In Shaa Allah, boleh.. macam lah diri sendiri seorang jer terasa begitu... semua orang pun terasa macam tu kan? Tak apa, fikir positif walau peritnya terasa... Allah tidak memberi kita sesuatu yang di luar kemampuan kita... Betul tak? In Shaa Allah, kita semua boleh sama-sama harungi dugaan ini...

Cari "diapers" Ash semalam pun jadi isu juga... seperti yang dinyatakan sebelum ini, malas nak ke AEON ataupun AEON Big... Konon-konon nak cari di Speedmart ataupun di EconSave. "Diapers" Huggies Ultra pek hijau tu memang tak ada di Speedmart, ingatkan sebab malas tu, nak beli yang Huggies Total Protection pakej berwarna merah tu... Jap kira... Speedmart Bukit Jelutong, MyMydin Bukit Jelutong, Speedmart di Fasa 2 di taman perumahan, Speedmart di Fasa 2B6 di taman perumahan... Semua tak ada.... Hu hu hu...Bila tanya, dah habis stok... 1,2,3,4... 4 tempat mencari "diapers" Ash... tak jumpa-jumpa... memang sungguh malas nak keluar ke AEON ok? Jauhhh...ha ha ha... jimat minyak pun yer... La la la la...Badan letih pun yer... Baik kita cuba di EconSave... tak jumpa juga... haihhh... Hendak tak hendak...terpaksa rajinkan diri ke AEON... Sesampai AEON...macam biasa orang ramai... tapi ada juga apa yang dicari...Hamikkkk...melambak-lambak...

Adakah kerana GST Farah mengalami situasi semalam? Ekekekeeke... Tetapi bila lihat fenomena ramai yang membeli stok keperluan rumahtangga masing-masing... Ramai dari berbelanja hujung bulan yang biasa setiap bulan sebelum ini... Tiba-tiba terus secara automatik teringat pada fenomena sewaktu harga petrol mula-mula naik dahulu... betapa ramainya orang beratur panjang di dalam kenderaan masing-masing di stesen minyak semata-mata nak isi petrol sebelum harga minyak naik keesokkan harinya...

Cumanya... memanglah siapa yang suka harga barangan naik dan semakin naik... hurmm...memang Farah sendiri pun tak suka... kuasa berbelanja itu menjadi semakin kurang dah sekarang ni pada kebanyakkan orang... tetapiiiii.... bila lihatkan suasana ramai yang membeli stok keperluan... tajuk berita pun mengatakan orang ramai panik kerana GST... sama ajer kaedahnya dengan isu harga petrol naik dulu...kalau benarlah... Semua berebut-rebut membeli stok keperluan sebelum GST disebabkan kenaikkan harga barangan yang dijangka... iya, hari ini kita mungkin dapat membeli dengan harga yang lebih rendah dari 1 April 2015, tetapi selepas 1 April 2015 harga tetap akan naik juga kan? Dan barangan yang kita beli tidak tahan setahun...hu hu hu...esok lusa tulat, kita tetap terkena tempiasnya kenaikkan harga barang... Betul tak? Hu hu hu...

Apa nak buat yer??? Suka atau tidak, inilah yang harus kita lalui kan? Demi kelangsungan hidup...kita tetap akan membeli juga tidak kira harga naik ataupun tidak... Betul tak??? 

Sudah Beli Tetapi Tidak Menyampai Hati...

$
0
0

Hari tu ada membebel di Bubblynotes.Com tentang Is Child Safety Harness Necessary For Ash??? ... Semasa tengah berfikir-fikir sama ada wajar atau tidak wajar memakaikan Ash "safety harness"... Bukan apa... sepertimana yang Farah jelaskan di dalam entri yang terdahulu, ada perasaan kurang senang terbit di hati ini... Macam...macam...macam...entahlah rasa macam kesian dan tak seronok pula tengok anak diikat sebegitu rupa...Muahahaha...

Akan tetapi... kalau tak dipakaikan pun, bila ada di tengah-tengah "crowd" orang yang ramai boleh jadi tak terkejar dan bahaya juga... Haaa...macam tulah perasaan ini... Sebenarnya jauh di dasar hati...ecewahhh... pertamanya... pandangan sesetengah masyarakat di Malaysia ni mengganggap bila kanak-kanak dipakaikan "safety harness" sudah ibarat haiwan peliharaan pula anak itu diperlakukan...tidak patut dan tidak sewajarnya... menjadikan diri ini serba salah ingin memakaikan "safety harness" pada Ash... ha fikir apa orang fikir fikir, fikir lagi... boleh tak jangan fikir apa orang nak kata? Demi keselamatan anak ni kot? Hu hu hu hu... --> bebel kepada diri sendiri...

Yang keduanya, sebenarnya dah "test run" pada Ash dah pun semalam di dalam rumah...saja nak ambil "feel" dan tengok bagaimana dia...Hamboiii, memang sangat suka nampak gayanya... sebab dia bebas berjalan ke sana ke mari... Memang dia suka... cumanya...tiba-tiba Farah pulak jadi sendu... syahdu sedih... ha ha ha...macam kesian jer anakku diperlakukan sebegini rupa... Tambah pula lagi, Nek Ma Ash sebut walaupun tersenyum... "Alahaiii, ciannya cayang Nek Ma...tapi nak buat macam mana, terpaksa..."...Gulppp... nak telan air liur tetapi tersekat pula di kerongkong ok? Hu hu hu...

Sampai hari ini, sekejap sekejap fikir tak apa, sekejap sekejap fikir tak baik, sekejap sekejap fikir tak payahlah...ha ha ha... Memanglah Ash duduk di "buggy" dia, tetapi sejak dua menjak ni, sejak dapat kaki ni, nak turun juga bila dah penat duduk dalam "buggy" tu... Adatlah kann? Macam kita yang dewasa ni juga...Kalau duduk sahaja...boleh jadi bosan dan penat...Nak juga berjalan-jalan ambil angin yer tak? Nak juga dia rasa bebas... Dah boleh berjalan, takkan nak duduk sahaja di dalam "buggy" tu...

Hari tu borak-borak dengan Kak Nani Mama Kembar 3... Kak Nani kata, abang kembar dulu pun pakai "safety harness"... "See"...bukannya memakaikan "safety harness" tu mengibaratkan anak seperti haiwan peliharaan ok? Dipakaikan tali sebegitu rupa...tetapi lebih kepada nak beri kebebasan kepada si anak berjalan serta bergerak sesuka hati mereka tetapi masih berada di dalam kawalan kita sebagai ibu bapa... Ermm...mungkin ini pada pandangan Farah dan juga ibu bapa yang memilih untuk memakaikan anak-anak dengan "safety harness" lah kot? Bagi yang tidak suka dan tidak bersetuju lain pula pendapatnya yer tak??? Ibu bapa mana yang sampai hati nak ikat anak dan terima cakap-cakap sekeliling mengatakan ibu bapa tu "treat" anak ibarat haiwan peliharaan??? Tak ada ibu bapa yang sanggup nak tadah telinga dengar weii... Sakitnya tuh... terasa menusuk ok? Seolah-olah bunyinya macam ibu bapa tak ada hati perut pula... Dush dush dush...

Akan tetapi, pastinya ada sebab musabab yang tersendiri anak-anak kecil itu terpaksa dipakaikan juga dengan "safety harness"... Faktor keselamatan adalah yang paling utama!!! Anak nak bebas bergerak ke sana ke mari, tetapi ibu bapa tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku... yang berkaitan dengan keselamatan anak-anak... Makanya... keputusan diambil untuk memakaikan... Biarlah apa orang nak kecam, apa orang nak kata, apa orang nak sindir, apa orang nak umpat yer tak? Yang penting, ibu bapa itu sendiri tahu sebab musabab dan alasan mereka memakaikan anak-anak "safety harness"... Bagi Farah, Farah lebih suka bersikap neutral di dalam isu sebegini...

Farah adalah mudah dan ringkas... sekalipun Ash dipakaikan dengan "safety harness"...itu bukanlah bermaksud Farah memperlakukan anak itu seperti haiwan peliharaan... tetapi atas dasar ingin memberikan anak itu kebebasan tersendiri untuk berjalan yang mana, keselamatan dia juga terjaga... Sekarang ni ramai dah suka culik-culik budak...pantang lepa sesaat perkara boleh berlaku tanpa diduga... tak salah ambil langkah pencegahan kan? Itu satu hal...lagi satu... di tengah-tengah "crowd" atau kawasan yang ramai orang... memang Farah secara peribadi rasakan perlu jika anak tidak mahu duduk di "buggy", "stroller" dan segala bagai...nak berjalan... bertawaf... faham kan? bila orang ramai bagaimana? Hu hu hu...

Memang Ash sudah ada "safety harness", sudah beli tetapi tidak menyampai hati...tetapi hati Mommy akan tetap sampai sekiranya keadaan benar-benar memerlukan...Sebelum terjadi apa-apa, baiklah Mommy beringat yer tak? 

Bagi "Part-Time Blogger" Seperti Saya...

$
0
0
Sumber dari Google
Anak + Isteri + Ibu + Pekerja + Blogger Separuh Masa... Ianya bukanlah satu perkara yang mudah...sungguhhh...memang bukannya mudah untuk menggendalikan segala perkara ini... Bukan senang membahagikan masa...bukan senang untuk melengkapkan kesemua tanggungjawab dan tugasan. Lebih-lebih lagi bila kita sememangnya ada tanggungjawab dan amanah yang lebih besar yang perlu diberikan perhatian dan juga fokus. 

Uittt, tiba-tiba timbul pula entri ni? Walhal dah selalu sangat dah Farah berdiskusi di Bubblynotes.Com tentang perkara ini... Ada lettew... Ihikss... Biasalah hati manusia ni kita tak tahu kan? Kadang-kadang yang kita buat lain, yang diandaikan lain... Tidak tahu cerita, tiba-tiba bercerita dan membuat kesimpulan serta tuduhan...Begitulah seadanya, kadang-kadang memang sakit hati bila difikirkan manusia spesies-spesies sebegini, kadang-kadang nak tergelak besar pun ada...ha ha ha ha...sebab terasa kurang pandainya mereka di situ... mereka tak tau apa yang berlaku disebaliknya tetapi tetap melakukan andaian mengikut kata hati dan emosi mereka sesedap rasa supaya mereka rasa "at ease" dan "feel good about themselves"... dan kadang-kadang terbit rasa kasihan juga... "It's a mix feeling"... 

Oklah, buat berulang-ulang kalinya... macam ni yer sebenarnya adik-adik, kawan-kawan, sahabat-sahabat... teman-teman... haaaa...ini hakak nak cerita lagi yer... walaupun mungkin ada yang dah bosan sangat... 

Memang kamu-kamu nampak dan lihat hari-hari lebih dari 2 entri di Bubblynotes.Com... Dan ada yang tertanya-tanya bagaimanakah boleh jadi begitu... satu hari sampai 2,3,4 entri kadang-kadang 5... dah macam blogger sepenuh masa dah pula kaedahnya...Ahakss... 

Apa "uolss" ingat kerja hakak ni menghadap blog ajer 24 jam??? Ya ampunn... kalau akak ni menghadap blog 24 jam kerja-kerja lain tak menjadi ler... anak terabai, kerja di pejabat tunggang terbalik, prestasi terganggu.... kerja rumah entah ke mana-mana entah...silap-silap rumah boleh jadi kapal karam ok? Tapi cuba datang rumah hakak??? Kapal karam ke tak kapal karam??? Muahahaha.... Bukanlah nak kata rumah "I is" kemas senantiasa...bila Ash buat sepah bersepah juga, tetapi selepas itu kemaskanlah... Hurmm... 

Yang "uolss" nampak 2,3,4 dan kadang-kadang 5 entri dalam sehari itu adalah sebenarnya "SCHEDULED POSTS"!!! ... ada faham??? Diulangi sekali lagi "SCHEDULED POST"!!!... Di pejabat memang tidaklah nak mengarang-ngarang ni yer? Kesempatan itu tiada langsung... Kecuali waktu makan tengah hari... Itulah gunanya "SCHEDULED POST"... untuk memudahkan blogger-blogger yang kesuntukkan waktu dan tidak dapat nak menghadap blog pada waktu-waktu tertentu... Gunakan teknologi yang disediakan dengan sebaiknya...Ahaksss!!! Tak gitchewss...  Yang "uolss" nampak 2,3,4 dan kadang-kadang 5 entri dalam sehari tu, adalah hasil tidur yang lewat di waktu malam... Di kala "uolss" tidur, "I is" masih berjaga men-draf entri... Siapa suruh? Tak ada siapa suruh...mungkin ada sesetengah pihak akan berkata-kata begitu...Memanglah tiada sesiapa pun yang suruh... Tetapi itu pilihan Farah... Masa inilah kesempatan Farah men-draf entri untuk Bubblynotes.Com bila Ash dah tidur dengan kroh kroh kroh nya.... bila segala tanggungjawab dan amanah untuk hari itu telah selesai...masa inilah Farah fokus... dushhh... 

Sedikit komen dari Farah yer buat yang berkata-kata... tak perlu nak buat andaian yang bukan-bukan .. Kalau nak berentri-entri juga...jomlah kita sama-sama berjaga malam gitchewsss... Selepas itu... pagi-pagi jom kita bangun sama-sama dalam pukul 4.00 pagi... Ok? Heeee... ^_^... 

Siang harinya, sewaktu berjalan ke tandas di pejabat, dapat ilham catat, dalam tandas dapat ilham, catat... tengah memandu dapat ilham, buka aplikasi "recorder" ... rekod... dan Farah ada "blog planner" khas yang Farah muat turun untuk kegunaan Farah bagi memudahkan Farah "keep track blog post" Farah di Bubblynotes.Com..Mana yang kurang, mana yang tak buat lagi, mana yang dah buat... Yang dok soh seh soh seh tu nak juga... Nahhh... "Free Printable Blog Planner". Silalah cetak banyak-banyak dan rancang betul-betul pula yer... Dush dush... #ehhh betullah kann? Farah bagi tips dalam bebel ni... la la la la... 

Secara jujurnya, siang hari sememangnya Farah tak menaip entri langsung yer??? Yang ada, setiap kali "take 5 or take 10", Farah ambil kesempatan untuk "publish" entri dan "blogwalking" mana yang berkesempatan serta komen mengomen... Itu sahajalah... Bagi Farah, kalau dah minat, kalau itu "passion" kita, lalu cara kot mana pun asalkan cara yang betul dan HALAL... pasti ada caranya nak bagi jadi... Itu Farah-lah... Sebab "I is" betul-betul minat... Tu sebab sanggup korbankan waktu tidur tu... Tak dapat masa ini, kita cuba cari ruang dan waktu... Itu sahaja... Jadi bagi yang berkata-kata itu, tak ada apa yang nak dihairankan yer? Sebab ianya bukanlah satu perkara yang mustahil...Kita buat dia bukan dia yang buat kita...Kuncinya, cari ruang, waktu dan peluang tanpa mengabaikan tanggungjawab...Itu ajer... 

*Kita makan nasi dengan garam takkan nak canang satu alam yer tak? Begitu juga dengan blog, bagaimana munculnya entri di blog kita, takkan itu pun kita nak cerita juga? Hurmm...tapi itulah dianya, kadang-kadang manusia ni takkan puas hati selagi dia tak tahu apa di sebaliknya...tapi kadang-kadang bila dah beritahu yang sebaliknya...masih juga tak puas macam mana tu? Sifat manusia.... Tidak pernah puas... Lagi-lagi kalau jenis yang negatif ajer tu 24 jam... adoiiii.... susah kan bila wujud spesies spesies yang macam ni... errrr...tiba-tiba terpanjang bebel... ha ha ha... 

Sesaknyaaaaa Di Stesen Minyak...

$
0
0

Belum pun cukup sehari kisah Penangan GST... Orang Ramai Mula Panik Kah???, gambar di atas Farah rakamkan sewaktu hendak mengisi petrol di Petronas tadi. Panjang deretan kereta, yang minyak kereta Farah pula sedang berkelip-kelip. Hurmmm... Mahu tidak mahu, terpaksa menanti jugalah... 

Pada mulanya, ingatkan sebab hujan lebat, jalan sesak, masing-masing kehabisan petrol. Tapi takkanlah, selalunya kalau hujan lebat pun tidak sebegini. Harga petrol naik lagikah? Di dalam hati ini berkata-kata. Kebiasaannya kalau sesak macam ni, memang harga petrol nak naik lagi... semua orang berpusu-pusu nak mengisi petrol kenderaan masing-masing... 

Farah rakamkan gambar kemudian muat naik di Instagram dan juga Facebook, dan mendapat maklum balas seperti di atas oleh seorang sahabat, Suria Qaisara... ooo begitukah? Al-maklumlah tak sempat nak tonton berita lagi sebab belum sampai rumah. Cuba juga Google, tapi tidak pula menemui jawapan. Mungkin sedang memandu dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada carian. 

Ala la la... semuanya naik, tak ada yang tak naik... Suka atau tidak terpaksa harung juga kan? Hidup perlu diteruskan walau apa pun yang mendatang. Kalau macam tu agak-agak relevan ke tidak harga "advertorial" dan "review" dinaikkan juga? Agagagaga.... "Event coverage" pun kena naiklah macam ni kan? Sebab kos semuanya naik... ^_*... Ha ha ha... Rasanya tak perlulah nak huraikan secara terperinci kan? Atas kefahaman masing-masing, budi bicara serta tolak ansur... 

Memang sungguh-sungguh dan dah tiba masa rakyat Malaysia berhemah di dalam berbelanja... Tak boleh nak boros-boros sangat dah... Berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kehendak... ---> peringatan murni dan ikhlas buat diri sendiri...Kena simpan duit oiii...anak semakin membesar, banyak nak guna duit akan datang ni... 

Ash "Splashing Good Time" @ Sunway Lagoon

$
0
0

Sabtu yang lepas, 28 Mac 2015, sepertimana yang telah dirancang, Ash telah menjejakkan kakinya buat kali pertama ke taman tema Sunway Lagoon. Pergi pun bukan saja-saja pergi, tetapi untuk menjayakan serta menghadiri sambutan Hari Keluarga syarikat Farah bekerja bagi tahun 2015 ini.


Semasa mula-mula sampai pada lebih kurang jam 10.00 pagi... beginilah gayanya Ash...ha ha ha... seperti lemah dan tidak bermaya sahaja... Berbeza dengan gambar pertama di atas ok? Ini semua gara-gara seawal pukul 7.00 pagi dia dah bangun. Sebenarnya, acara bermula pada jam 9.00 pagi, tetapi dong deng dong deng dengan macam-macam perkara...akhirnya sampai pukul 10.00 pagi... Tapi oklah tu kan? Sebabnya sambutan Hari Keluarga kami bukannya hari bekerja... hew hew hew... pukul 9.00 pagi tu, pendaftaran, ucap mengucap segala bagai...Itupun Farah rasa lambat juga mula tu... Sebabnya, bila Farah sampai sahaja Pengarah Urusan syarikat sedang berucap dan upacara pelancaran belum lagi dilakukan.


Sedang-sedang elok jer "timing" kami sampai kann? Untunglah sesiapa yang menyambut hari lahir pada bulan Mac 2015 dan April 2015, kerana pada waktu ini ada upacara memotong kek bagi menyambut hari kelahiran mereka. Kira sekali jalan ler ni... Kelihatan di dalam gambar di atas pentas tersebut yang diapit oleh maskot Sunway Lagoon adalah "big lady boss" syarikat Farah bekerja. 



Sampai-sampai takkanlah nak terus berendam yer tak? Lagipun beri masa kepada Ash untuk bertenang dan membiasakan diri dengan keadaan sekeliling dahulu. Apa lagi, biasalah, sikap dan rutin blogger itu ada di mana-mana walaupun bekerja kerana sudah terlalu sebati dengan diri... Bila pergi ke mana-mana acara pasti ada sahaja gambar yang dirakamkan...makanya mari kita bergambar dulu Ash... Sabar sabar sikit yer kalau nak berendam pun...Pada waktu dan ketika ini dia semacam masih tidak perasan air sebenarnya...sebab macam mamun pun ada... Muahahaha... 


Bagi peluang Mommy layan "paint ball" dulu... Ini merupakan kali pertama juga mencuba...sebelum ini sememangnya tidak berkesempatan. Kali pertama tetapi menyeronokkan dan lebih menyeronokkan adalah bila tembakan tepat kena pada sasaran. Oooo... ada skil juga Mommy Ash ni rupanya... ngeh ngeh ngeh... 


Dah puas melayan "paint ball", Ash terus pakai uniform "cuperboy" dia yang dah lama sangat tak disarungkan rasanya semenjak Ash kurang sihat hari tu... Seakan dia dah faham yang bila uniform "cuperboy" disarungkan dia akan dimasukkan ke dalam air. Dia dah mula nampak air dah... tangan Ash asyik "pointing" kepada air sahaja. Makanya, kami terus menuju ke lokasi yang seterusnya iaitu Little Zimbabwe. 


Inilah sasaran pertama Ash... amboiii, tiba-tiba dari gambar mamun di atas, jadi segar dan bertenaga pula dia... Kanak-kanak dengan air kan berpisah tiada...dan Ash sememangnya gemar bermain air... Tak sabar betul dia, mulut tersangatlah becok... Nak tergelak pun ada tengok gelagat dia. Pertama kali jumpa "pool" besar, selalunya "pool" kecil jer...Konon-konon satu cabaran baru bagi dia lettew. 



Ingatkan dia takut dan gayat naik papan gelongsor air ni... phewww... bukan main seronok dia, sekali seronok, 2 kali naik syeh... 3 kali, 4 kali, minta berkali-kali dia nak naik papan gelongsor air tu... Errr...tiba-tiba Mommy rasa "jelly"...ha ha ha...sebab memilih untuk tidak berendam dan menyerahkan tugasan tersebut kepada Abah Ash... Mommy lebih rela duduk menjadi "spectator" dan merakamkan gambar serta video... 



Dah puas main papan gelongsor air, duduk bawah tempayan pula... Tunggu air tu melimpah...tabah dua beranak ni menunggu air tu melimpah ruah membasahi tubuh badan mereka... Agaknya sebelum air tu melimpah, pelik dan juga kagum sebentar Ash dengan seni bina menara tempayan tu...Ekekekeke... 


Berendam-berendam sampai tertanggal pelekat "cuperboy" pada baju renang Ash...Ha ha ha...Itu menandakan dah terlalu lamalah tu di dalam air sampai pelekat pun boleh tertanggal... Ada lebih dari 30 minit dia berendam di dalam air... Itupun tak nak naik dari air tu, walaupun mata dah merah kena air... Adoiii... Nasib dah siap-siap pakaikan "sun block" kalau tidak mahu terbakar kulit tu. Dush dush dush... Nak tak nak terpaksa melayan kerenah si anak kan? Seronok bila tengok Ash gembira macam tu..Iyalah bukan selalu pun dia dapat merasai "moments" sebegitu... 

Sempat juga Mommy siapkan satu video kompilasi acara pada hari tersebut dan juga kompilasi telatah dan gelagat Ash pada hari tersebut.


Alhamdulillah dia gembira dan tiada yang lebih menggembirakan Mommy selain melihat Ash gembira, sihat dan berjaya... Macam tulah mak-mak kan?... Lebih kurang dalam pukul 12.30, ok cukup!!! Mata dah merah dah, dah kecut dah... "next time"... In Shaa Allah, ada kelapangan kita datang lagi yer? Masa untuk mengeringkan badan, tukar pakaian dan dah tiba waktu makan Ash... Naik ke darat lah pula...Takkan nak duduk dalam air jer Ash??? Abah pun dah penat tu melayan Ash...Dari tempat redup ke tempat panas, tempat panas ke tempat redup kembali... Hu hu hu... Bukan menyekat...berendam lama-lama sangat pun tak elok juga... lagipun kami nak menuju ke majlis kenduri kahwin pula... Walaupun sambutan Hari Keluarga adalah sehingga jam 6.00 petang...Kami harus bergerak untuk ke stesen yang seterusnya sebab Abah Ash dah berjanji pada kawan tempat kerja beliau yang kami akan hadir ke majlis kenduri kahwin tersebut. Tapi tak adalah pakai baju basah-basah tu...ahakss...bersesuaianlah dengan tema majlis kenduri kahwin kann? Di dalam kereta dah bergantungan dah baju pun... "Mobile" kekononnya...

Salin baju semua, Ash dah siap... jalan-jalan sebentar melayan mata dengan haiwan...



2 haiwan yang Mommy Ash rasa paling geli kot... Uhukss... Ash? Tenang jer... macam tak ada apa-apa perasaan pun tengok kedua-dua jenis haiwan ni...tapiiii... nampak arnab... terus becok mulut... Mungkin masih ingat yang dia pernah pegang arnab minggu sebelum tu kot?

Dah puas bertawaf tengok haiwan-haiwan di Sunway Lagoon, cari satu "port", duduk di satu "pagola" dan mari kita makan... Tetiba...wahhh berseleranya anak Mommy makan...lapar lettew dah berendam lama sangat di dalam air... Hew hew hew... Tapi kann, walaupun tak sampai sehari, cuma beberapa jam sahaja di situ... boleh terasa juga penatnya...ahakss...nampak sangat Mommy kurang "fit" dah ni, kena bersenam lebih sikit lagi ni... errr...dah kejar Ash ke sana ke mari buat kerja rumah pun tak cukup lagi ke??? Wakakakaka...

Selepas makan, bergeraklah kami untuk ke destinasi yang seterusnya... dan pukul 2.00 petang... Ash tidur dengan lenanya...Letih sangat tu gamaknya... Tak apa, ini pengenalan jer pada Ash ni... hik hik hik...Ada rezeki, masa, waktu dan ruang, In Shaa Allah kita pergi lagi yer Ash...In Shaa Allah, Amin...

*Suka bila tengok dia gembira sangat pada hari itu... Kesian dia, jarang-jarang dapat rasa "moment" seperti itu, bila sekali dapat merasa, jelas terpancar kot, kegembiraan dia yang tidak terhingga tu... Sampai balik ke rumah mulut becok bercerita di dalam bahasa dia kepada Nek Ma dia dan Atuk dia... Fuhhh... percayalah, sampai malam mulut dia tak habis becok...Sangat-sangat becok dia pada hari tu... Cumanya...bila sampai ke rumah, dia tak mau tidur... tapi jalannya dah terhuyung hayang... Ha ha ha... Serius jalan dah macam tak betul dah...Badan dah tak larat, tapi masih nak main... 

Aplikasi MYKira GST...

$
0
0

Dah selamat muat turun aplikasi MYKira GST dari Google Playstore... Memang penting aplikasi ni memandangkan esok, 1 April 2015 bermulanya GST bagi Malaysia...ho ho ho... Kenalah berbelanja dengan berhati-hati dan berhemah yer tak? Memandangkan harga barangan dan jualan semuanya naik... Sekarang ni bukan main tak kisah jer dah berbelanja, sekarang ni kena terlebih-lebih kisah... 

Menurut petikan berita di SINI
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan aplikasi telefon mudah alih 'MyKira GST' yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000 barangan.
Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi yang dibangunkan KPDNKK dengan kerjasama MIMOS Bhd itu juga membolehkan pengguna yang tidak berpuas hati membuat aduan terus melalui salueran e-aduan yang disediakan. "Dalam tiga langkah (melalui MyKira GST), pengguna boleh menyemak harga barangan dalam julat. Semua e-aduan melalui aplikasi ini akan diambil tindakan segera dan dihantar terus ke pasukan penguatkuasaan" katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu dan Pusat Gerakan AntiPencatutan (PGAP) di Ibu Pejabat KPDNKK di sini hari ini. 

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama April. 
Hasan dalam pada itu berkata PGAP mula beroperasi hari ini untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Pindaan 2014).
Katanya PGAP akan beroperasi 24 jam dan dikendalikan 40 petugas secara bergilir-gilir termasuk untuk menerima aduan melalui telefon, saluran e-aduan dan juga media sosial.
Pengguna boleh membuat aduan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882-6245 dan 03-8882-6088 dengan memberi maklumat yang spesifik agar pemeriksaan dibuat segera dan tindakan diambil, katanya. 
Setiap aduan yang diterima akan direkod dan disalurkan kepada KPDNKK negeri dan penguat kuasa di peringkat akar umbi untuk diambil tindakan, katanya. 
"Ada aduan boleh diambil tindakan serta merta seperti timbang berat dan tanda harga tetapi untuk aduan pencatutan ambil masa kerana perlu lakukan siasatan," katanya. 
Hasan berkata, lima mahkamah jenayah khas di lima zon - utara, selatan, timur, tengah, Sabah dan Sarawak - bagi mengendalikan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan akan mula beroperasi Rabu ini.
Pendakwaan kes akan dilakukan Jabatan Peguam Negara manakala pegawai penguat kuasa KPDNKK akan membekalkan maklumat berkaitan kes, katanya. 
Sementara itu, Hasan berkata KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia akan melancarkan operasi bersama di seluruh negara pada 2 April. - Bernama
Baguslah kan kalau ada aplikasi sebegini, yang mana-mana kita tak pasti harganya tu sebagai pengguna boleh semak dan para peniaga juga tidak boleh sesuka hati untuk menaikkan harga barangan. Al-maklumlah takut-takut di musim-musim hangat perlaksanaan GST ini takut-takut ada yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih... Hu hu hu...Bukannya tidak pernah terjadi... Betul tak? Bila adanya aplikasi ini, kita boleh semak, boleh laporkan dan bolehlah menjadi pengguna yang lebih bijak...Diharapnya sebegitulah...Moga-moga aplikasi ini dapat memberikan manfaat kepada kita sebagai pengguna... dan moga-moga ianya adalah seperti apa yang dikatakan... 

Ash Terlalu Manja???

$
0
0

Dia dengan Mommy dia tak ada bezanya...sama-sama anak tunggal... Mommy tak adalah manja...dan tak pernah dimanjakan punnn...Kalau ada yang soh seh soh seh berkata Mommy terlalu manja... atau terlalu dimanjakan...ha ha ha...itu tersilap besar tu... Farah pernah kongsikan tentang pengalaman sendiri menjadi anak tunggal di dalam entri bertajuk Anak Tunggal Equals To Spoils Brats???. Bolehlah cuba baca-baca pengalaman Farah sendiri menjadi anak tunggal yer di situ... Itupun kalau rajin...Ihikss... 

Rasanya Ash tidaklah terlalu dimanjakan sangat punnn... walaupun dia seorang sahaja yang tergodek-godek di rumah... Teguran tetap teguran, amaran tetap amaran... Walaupun dia seorang, tetapi bukan bermakna dia perlu dilebihkan terlebih lebih dari segi kemanjaan itu. Kalau sudah terlalu manja, susah juga jadinya... Bila dah terlalu manja semua tak boleh dilarang, semua tak boleh ditegur, bahaya tu dan boleh memberikan kesan jangka panjang tu. Jadi sebagaimana Mommy dia tidak dididik untuk jadi terlebih manja atau terlalu manja, sebegitu jugalah Ash... 

Sepertimana yang Farah pernah baca dahulu, 4 tahap pendidikan anak mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW adalah:

Tahap Pertama (0-6 Tahun - Mumayyiz)
Pada masa ini anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih sayang, diajak bermain dan bergurau. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Tahap Kedua (7-14 Tahun)
Ketika ini, ibu bapa hendaklah mendidik mereka dengan kasih sayang tetapi tegas dengan arahan, disiplin dan beri mereka tanggungjawab. Didiklah mereka tentang solat, puasa dan ibadah lain.

Tahap Ketiga (15-21 Tahun)
Hendaklah mendidik mereka tentang cara berkawan. Bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat (21 Tahun Ke Atas)
Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. 

Masa kecil anak-anak kita takkan berulang buat kali kedua, sampai satu-satu tahap, kita akan rinduuuuu sangatttt sewaktu anak-anak kita kecil... Dipetik daripada kata-kata Professor Dr. Muhaya di dalam siaran langsung di radio IKIM.fm di dalam segmen Reset Minda Orang Tenang tidak berapa lama dahulu... 

"Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekankan kepada ikatan kekeluargaan ataupun "family bonding time" adalah program terbaik di dalam 'membayar' semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak".

"Shada-shada" Ash tu memang ada...Ha ha ha... Biasalah anak-anak kan? Kalau tidur malam tak mahu berenggang dengan Mommy... duduklah di bawah ketiak Mommy tu... peluklah lengan Mommy tu...Kalau Mommy bergerak sedikit jer...dia pun duduk terjaga... dush dush... Tapi kadang-kadang lepas juga... Sebab Mommy nak draf entri blog kan? Kena pelan-pelannnn betul... Hu hu hu... Manja tetap ada tetapi tidaklah terlebih manja...  Farah mahu, walaupun Ash seorang sahaja tetapi dia masih mampu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan sesiapa... Kerana? Kerana, satu hari nanti andai kata Mommy pergi...tiba masa Mommy, sekurang-kurangnya Mommy tau yang Ash mampu menjalani hidup dengan baik...In Shaa Allah...Amin... 

Teknik 4S Bagi Membantu Anak Yang Lewat Bercakap...

$
0
0
Sumber dari Google

Tentang pertuturan anak-anak kecil ni, Farah telah kongsikan beberapa entri sebelum ini... Antaranya adalah Merangsang Bayi Bercakap???dan juga Kenali Isyarat Awal Anak-Anak "Weolss" Bermasalah Pertuturan. Dan pada kali ini, berdasarkan pada satu pembacaan di artikel di SINI, Farah ingin kongsikan panduan ataupun teknik 4S bagi membantu anak yang lewat bercakap di rumah sepertimana yang dikongsikan oleh artikel yang berkenaan... Iyalah, bila anak lewat bercakap ni boleh menimbulkan kegusaran di hati ibu bapa yer tak? Bila tengok anak-anak orang lain telah mula bercakap, anak sendiri masih lagi belum boleh bertutur... Tidak banyak sedikit, selain dari rasa risau, rasa tertekan dan sedih boleh hinggap pada jiwa ibu bapa. 

Anak lewat atau lambat bercakap bukan lagi perkara asing di zaman ini. Sebagai ibu bapa memang kita ni semua perlu peka dengan perkembangan serta kebolehan bahasa anak-anak kita. Bagi ibu bapa yang ingin merangsang anak bertutur, sebaik-baiknya kita perlu mengetahui tahap komunikasi anak-anak terlebih dahulu. Langkah terbaik, dapatkanlah nasihat dari pakar di hospital atau mana-mana SLT ("Speech Language Therapist") yang terdekat. 

Akan tetapi!!! Jangan cuma bergantung semata-mata kepada "therapist"... Nek Ma Ash kata, kanak-kanak ni kena rajin layan bercakap. Bila kita rajin berborak, bersembang, bercakap dengan dia, maka semakin cepatlah dia bercakap. Sejauh mana kesahihan Farah tak dapat nak pastikan "accuracy"nya...Cumanya... kita harus mengambil pakai juga kata-kata orang-orang yang terlebih dahulu makan garam yer tak? Bukan tidak boleh menolak, boleh sahaja, tetapi ada perkara yang kita harus terima kerana mereka lebih berpengalaman. Janganlah pula kita memperlekehkan pendapat mereka.

Ibu bapa kena rajin rangsang anak bercakap...tidak kira apa pun tahap kebolehan komunikasi mereka mahupun umur. Sekiranya anak kita hanya boleh sebut sepatah perkataan sahaja. Rangsang mereka membina ayat pendek terlebih dahulu seperti 2 patah atau 3 patah perkataan. Begitu juga jika mereka hanya boleh memberi bahasa badan ("body gesture") atau "pointing", rangsanglah anak-anak untuk mengenali dan menyebut satu persatu perkataan. Jangan gelojoh dan memaksa mereka.

Untuk ini, teknik 4S... 4S yer bukan 5S yang di pejabat tu... boleh membantu kita sebagai ibu bapa untuk merangsang anak-anak bertutur:

"Say Less/Simple"
Gunakan perkataan yang pendek mudah apabila bercakap dengan anak. Perkataan tunggal mudah difaham dan diingat oleh anak. Juga mereka boleh mudah meniru perkataan itu dalam kadar yang singkat. 

Contoh:
SALAH - "Sofia kena pakai kasut ni sebab dah nak pergi sekolah ni, mama nak cepat."
BETUL - "Sofia pakai kasut"tunjuk ke arah kasut dan setelah kasut dipakai, katakan pula "Jom pergi sekolah".

"Stress The Words"
Tekankan perkataan yang ingin dicakap. Contoh, 'Air ni panas'. Perkataan yang perlu ditekankan ialah "Air" dan "Panas". Supaya anak kita juga mampu mengenali situasi panas dan menggabungkan perkataan. Jadi untuk kedua perkataan itu, kita perlu tekankan lebih sedikit untuk dapatkan perhatian anak. Gunakan suara yang jelas atau sedikit kuat untuk nyatakan penekanan di situ.

"Go SLOW"
Kurangkang kecepatan perkataan kita apabila bercakap dengan mereka untuk beri mereka masa untuk faham apa yang kita cakap. 

Contohnya: perkataan "buka", kita boleh cakap dalam kadar perlahan: "bu-u-ka". Kita boleh "pause" juga perkataan itu untuk bagi dia mencuba untuk menyambungnya. Selalunya, interaksi menyanyi lagu seperti "twinkle-twinkle little star"atau "incy wincy spider"adalah lagu yang baik untuk perkembangan bahasa anak. 

Contoh: "Twinkle twinkle little... (pause) s-tar!"

"SHOW"
Anak lebih mudah belajar bercakap apabila mereka nampak apa yang mereka tengah cakapkan. Buku alatan permainan bertindak sebagai "visual helper" pada anak untuk mereka bercakap ikut situasi yang mereka nampak. 

"Visual helper"seperti "pointing body", "body gesture" membantu anak untuk kaitkan antara perkataan yang kita cakap dan pemahaman mereka. Mereka perlu faham dahulu sebelum boleh bercakap apa yang mereka ingin katakan. Tolong elakkan aktiviti yang 'memaksa' mereka untuk menghafal seperti di dalam kebanyakkan applikasi di tablet/ipad/telefon pintar. 

Contoh: Letakkan losyen di tangan anak dan juga di tangan anda, kemudian sapu rata di kedua belah tangan sambil berkata "sapu..."... Lakukan ia dengan tunjukkan demonstrasi supaya anak kita mengenali perkataan dan tindakan sapu. Kita tidak mahu mereka menghafal tetapi juga faham.

Oh ya, dah terlanjur tu Farah kongsikan sekalilah yer...bagi ibu bapa yang berminat dengan "Excel Speech Program"untuk anak-anak kecil masing-masing bolehlah menghubungi secara panggilan telefon, SMS ataupun What's App, Teacher Ayu di talian 019 - 669 2284.

Bila menaip entri ini, bukan sekadar perkongsian kepada anda tetapi juga sebenarnya pengetahuan untuk Farah juga...sama-sama kita belajar dan sama-sama kita ambil tahu.. *_^ 

Bagaimana Memilih & Membeli Ketam Segar & Banyak Isi???

$
0
0
Sumber dari Google
Ini bukannya soalan tetapi nak berikan jawapan... Ilham terhasil selepas bersantap ketam masak kari tanpa santan... Resipi ---> "From My Kitchen": Kari Ketam Tanpa Santan. Kami ni kalau masak kari memang tidak pernah bersantan. Sekali pun tidak. Masing-masing kurang gemar. 

Kalau nak memasak ni bukan main boh jer masak macam tu, sebelum nak masak, haruslah membeli bahan-bahan masakan terlebih dahulu. Itu satu perkara... dan beli pun bukan boleh main beli jer... Macam ketam, subjek utama entri ini... Kalau beli ketam yang sudah tidak segar atau busuk, pertamanya mestilah berbau, keduanya, hilang kemanisan serta kesedapan ketam itu untuk dinikmati. Betul tak? Masak ni bukan sekadar pandai masak sahaja... tahu teknik masakan yang betul sahaja... sebenarnya dari "scratch" nak kena tahu serba serbi. Tapi bukanlah memandang sebelah mata kepada yang tidak tahu memilih dan membeli sebab kita ni semua bukan lahir-lahir jer dah pandai memilih, membeli dan memasak. Ambil masa juga nak belajar kenal dan mahir kan?

Sebelum berkongsi bagaimana memilih dan membeli ketam yang segar, terlebih dahulu bagi mereka-mereka yang belum kenal atau tidak tahu perbezaan di antara ketam jantan dan ketam betina. Mih mih mih, Farah ajar mih... Ecewahh... Ha ha ha...

Sumber dari Google
Ini adalah ketam jantan.

Sumber dari Google
Ini pula adalah ketam betina dan seperti yang dapat dilihat dari kedua-dua gambar, perbezaan adalah di bentuk yang di tengah-tengah tu yer? Mudah jer nak kenal pasti dan cam.

Sumber dari Google
Haaa, tu dia gambar rajah yang lebih jelas bagi menunjukkan perbezaanya. Selepas ini pada yang baru mengenali, pandailah sudah membezakan. Tahniah. Ngeee.... ^_^... Selain tu boleh juga tengok-tengok dan perhati-perhati warna sepit ketam tu. Kalau jantan warnanya biru, kalau coklat kemerahan itu adalah ketam betina. Boleh juga tengok saiz sepit ketam tu... kalau sepit panjang dan kurus maknanya ketam tu diet wakakakaka...taklah... itu ketam jantan. Kalau ketam betina pula sepit ketam tu bulat dan pendek.

Bila membeli ketam tak ada isi ini sangat mengecewakan dan terasa rugi pula diri membeli kannn??? Dahlah ketam mahal yer tak? Kalau nak tau ketam ada isi atau tidak yang Farah belajar dari Nek Ma Ash:

  • Cari ketam yang bertelur, tentu-tentu banyak isi.
  • Beli semasa bulan mengambang, 13 - 16 bulan Islam.
  • Beli yang betina, yang betina lebih banyak isinya.
  • Tengok bawah ketam tu, kalau banyak lumpur hitam-hitam yang nampak macam menggelikan itu, itu adalah ketam banyak telur.
  • Timbang-timbang juga dengan tangan, kalau berat dan padu tu... banyak isi jugalah tu.
Kalau nak tau sama ada ketam itu adalah segar ataupun tidak...
  • Picit-picitkan kawasan segitiga, kalau keluar warna kuning coklat itu bermakna ketam itu segar, kalau keluar warna putih kelabu bermakna itu ketam semalam ke, ataupun sudah tidak segar lagi. Harap maklum yer.
  • Ini paling senang kot? Bau... Kalau hanyir takkan la segar lagi kannn??? 
  • Buka mata luas-luas, bedek betul-betul dengan teliti... kalau di bahagian bawah ketam dah hitam, itu adalah ketam lama. 
Heeee...begitulah pelajaran kita tentang teknik memilih serta membeli ketam yang segar dan banyak isi pada hari ini... Kalau di sekolah dalam "syllabus" Ekonomi Rumah Tangga pun tak belajar ni tau...ahaksss... 

Tapi kannn, dulu lah dulu, sewaktu mengandungkan Ash, sewaktu sedang membeli ketam di Pasar Raya NSK... ada seorang "uncle" Cina tu bagi tips juga pada Farah... dia kata kalau nak pilih ketam jantan lah yang banyak isi, pertama cari yang kakinya/sepitnya panjanggggg.... dan kedua bila dah cari kakinya/sepitnya yang panjangggg tu... timang-timang ketam tu, untuk rasa keberatannya... Hik hik hik... Masa tu "uncle" tu pilihkan untuk Farah terus...Bila balik rumah masak...memang terbukti isi banyak, padat, padu, segar dan puas hatilah makan... 

Untuk semua, semoga bermanfaat dan selamat membeli ketam!!! *_^ Daaa... 

WW#67: Sedang Mencari Jodoh???

$
0
0

*Errrr... Ash sedang cari jodoh ke??? Tak payahlah Mommy rasa, belajar pandai-pandai dulu, cukupkan ilmu di dada dengan ilmu akhirat dan juga dunia...dapat kerja bagus, simpan duit, baru cari jodoh ek nak? Wakakaakaka... 

Teknik Atasi Anak Yang Susah Berkongsi...

$
0
0
Sumber dari Google
Kalaulah, kalau diperhati-perhatikan buat setakat ini, Ash bukanlah seorang yang kedekut dengan barang-barang dia. Bila dia pegang sesuatu makanan, tak perlu minta, bila kita pandang dia akan sua-kan makanan kepada kita. Konon-konon nak suap kita lettew. Bila dia sedang bermain, bila kita duduk di sebelah dia, atau di hadapan dia, dia akan ambil salah satu permainan dan serahkan kepada kita. Tak pun, sekarang ni semenjak dua menjak, dia tarik tangan kita suruh pegang permainan. Itu tandanya dia nak bermain bersama-sama. ^_^... Bukan sekadar hanya pada Farah, tetapi pada Nek Ma, pada Atuk, pada Abah, pada sesiapa yang ada di sekitar dialah. Bila Farah kata, "give Mommy"... cepat-cepat dia hulurkan kepada Farah. Bila Farah arahkan.. "share with Nek Ma"...cepat-cepat tergodek godek berjalan menuju ke Nek Ma dan dia suapkan makanan di mulut Nek Ma, selepas itu dia, selepas itu Nek Ma pula. 

Akan tetapi itu bukanlah satu kesimpulan yang terlalu cepat yang boleh Farah lakukan untuk mengatakan bahawasanya Ash ini senang berkongsi dan bukannya susah untuk berkongsi. Bukan sekadar situasi yang Farah nyatakan di atas...sebenarnya banyak lagi situasi dan perkara lain yang perlu diambil kira sama ada Ash ini adalah seseorang yang susah berkongsi ataupun tidak. Al-maklumlah dia anak tunggal macam Mommy dia juga... Segalanya hakmilik dia bila dibelikan untuk dia. Tidak perlu berkongsi dengan adik beradik yang lain. Bila beli baju, baju dia seorang, bila beli permainan, permainan dia seorang, bila beli apa-apa sahaja, milik dia seorang. Walaupun milik dia seorang, Farah tidak mahu Ash menjadi seseorang yang susah untuk berkongsi. Tak nak Ash ada sifat kedekut ataupun tamak. Tak ada untungnya pun menjadi kedekut dan tamak. Kalau Mommy adalah seorang yang bukannya susah sangat pun nak berkongsi barangan Mommy, ahakss... Ash pun harus begitu... Barulah "like mommy, like son"... Bukan apa, Farah mahu Ash menerapkan sifat dan sikap suka membantu kepada mereka yang memerlukan. Dari berkongsi nilah salah satu asasnya yang kita boleh mendidik nilai-nilai murni dalam diri anak. Perghhh...bayangkan...bila anak kita telah meningkat dewasa, berkemampuan, lihat orang susah...dia ringan tangan menghulurkan bantuan... Dia tidak kisah untuk berkongsi wang ringgit ataupun barangan ataupun tenaga demi membantu orang lain... Relevan tak pemikiran Farah? Bila tidak susah berkongsi...In Shaa Allah, mudah-mudahan Ash juga mudah bersedekah... In Shaa Allah... 

Jadi pada asasnya, sedari awal sebenarnya ibu bapa kena melatih anak-anak untuk belajar berkongsi. Terutama dengan adik-beradik sendiri di rumah.. Belajar berkongsi dari awal... Bagaimana? Berikut adalah beberapa teknik untuk mengatasi anak yang susah berkongsi di rumah yang Farah baca dari SINI.

Pilih Permainan Yang Betul
Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego. Pasti untuk siapkan satu lego anak memerlukan bantuan ibu bapa. Di sinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan dengan sebaik mungkin.

Jadikan Diri Kita Iaitu Ibu Bapa Sebagai Contoh
Sila mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibu bapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik ok? Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya, permainan membaling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran. Macam Farah dan Ash sering main bersama...mula-mula Mommy baling, kemudian Ash dan kemudian Mommy. Cakap dengan anak... "Mommy baling ok? Lepas ni Ash pula"...Makanya mudah-mudahan dengan ini Ash boleh faham konsep berkongsi dan bermain bersama. 

Puji dan Galakkan Mereka
Puji-pujilah dengan ikhlas apabila anak-anak sudi berkongsi dengan kawan-kawan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang dia sayangi. 

Si ibu boleh berkata begini, "Tengah hari tadi kan Nek Ma, Ash kongsi permainan dia dengan Naznin. Bagus dia main sama-sama". Ahakss...Naznin tu "girlfriend" Ash yang rajin datang rumah dengan Mama Shira dia. Selepas itu, Nek Ma pula sampuklah dengan penuh minat... "Ohh ye ke, bagusla Ash pandai kongsi dan main sama-sama".

Bincang & Pujuk
Iyalah bukan mudah nak bincang dan pujuk ni dalam sesetengah keadaan dan situasi. Kadangkala anak tidak mahu berkongsi, sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan. Tanya mereka; "Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?".Mungkin Imran akan menjawab, "Dulu, Aiman main kereta Imran sampai rosak". Pujuk dan bincang dengan mereka; "Mama faham, tapi dulu tu Aiman tak sengaja, kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak Papa betulkan nanti". Biasalah kena guna kebijaksanaan kitalah sebagai ibu bapa untuk pujuk mereka. Ibu bapa pastinya lebih mengenali anak-anak masing-masing dengan lebih dekat. 

Kuatkuasakan Undang-Undang
Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. "Ini Papa punya mainan, Imran nak main boleh. Tapi kena main dengan papa". Jangan berikan kuasa milik mutlak kepada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasakan pada semua barang permainan, cuma sesetengah permainan sahaja. In Shaa Allah, ia mampu mengubah sikap dan cara anak bermain.

Matlamat sebenarnya adalah agar anak boleh terus berkongsi dan berkomunikasi. Mungkin ada yang mengatakan, elehhh... teori bolehlah, tetapi perlaksanaannya bukanlah semudah yang diperkatakan oleh teori. Sebagai ibu bapa kita perlu bersabar dan berdoa. Tiada apa pun yang berlaku dalam sekelip mata ok? Usaha dulu...In Shaa Allah, adalah balasan yang baik dari Allah SWT... Betul tak? Jangan putus asa jer... Satu hari nanti mungkin terlihat hasilnya... 

Ash Bila Nak Mula Pergi "Dentist" Ni???

$
0
0

Kalau ikut Mommy dia... ha ha ha, masa kecil-kecil sehinggalah sekarang memang ada satu ketakutan iaitu berjumpa dengan doktor gigi. Masa kecil-kecil tu, amboiiii Farah punya meraung... Ya ampunnn...tak tau nak cerita macam manalah...Macam nak kena bunuh pula dengan doktor gigi...Memang sangat tidak memberikan kerjasama yang baik semasa melawat doktor gigi. Merah-merah muka menangis, habis lencun pipi dengan air mata. Sangat-sangat takut. Bila dah jadi anak dara... masih ada rasa takut, tetapi tidaklah se"over" masa kecil-kecil tu... Mampu melangkah masuk ke dalam bilik rawatan gigi tetapi mesti bertemankan Nek Ma Ash dan debaran itu akan bermula bila doktor gigi menurunkan alatan... Iyalah kan kalau kita baring di kerusi rawatan tu, doktor akan turunkan alat yang ada lampu tu... lepas tu bila dengar bunyi mesin tu... Dup dap dup dap berdebar ok? Walaupun tujuan hanyalah melakukan "scaling"... --> nak kasi gigi putih berseri gitchewss.... Bila dah berumahtangga, setakat ni tiada sebarang masalah gigi pun...Alhamdulillah...makanya tak pernah lagi pergi ke klinik gigi bersama-sama Abah Ash sehinggalah sekarang. Bila pergi "scaling" sekali sekala, Alhamdulillah dah mampu beranikan diri tanpa sebarang teman pun untuk sesi rawatan. Muahahaha.... Klasik sangat kannn??? Memandu sana sini sinun buat apa benda semua sendiri "I is" berani, tetapi dengan doktor gigi, kalahhh... Euwwww...sangat tak diva ok??? Sebab tulah macam mana pun beranikan diri...Hidup ni kita kan kena atasi ketakutan...

Alamakkk, terpanjang pula membebel tentang diri sendiri, gigi sendiri, doktor gigi dan rawatan gigi untuk diri sendiri...Ha ha ha... Sebenarnya nak cerita tentang kotak pemikiran Farah yang dah berlegar-legar serta merancang-rancang untuk menjinak-jinakkan Ash dengan klinik pergigian. Iyalah, kalau boleh tak naklah anak menjadi seperti Mommy-nya kann??? Ash tu lelaki, tak "macho" lah kalau takut doktor gigi... La la la la... Tapi kannn, bukan ramai jer ker kanak-kanak yang takut dengan doktor gigi...ekekekeke... Bila masuk jer ke klinik pergigian, kalau tak cepat lambat, kalau tak lambat cepat pasti ada yang menangis... Tapi tak semualah... ada kanak-kanak yang ok kan? Cumanya, Ash ni Farah tak tau nak "predict" macam mana. Dulu masa mula-mula dia dah mula faham, bila masuk ke premis PAED pun dia dah mula menangis, inikan pula klinik gigi kann??? Tapi bila membuat lawatan ke PAED sekarang, dia dah ok dah, dah tak nangis... Dan bila jumpa PAED, dia ok...bertenang sedikit dari dahulunya... Mungkin dah mula ada ketenangan dan rasa takut telah hilang lettew...Ekekekeekeke... 

Makanya, tidak bolehlah Farah nak membayangkan bagaimana keadaan serta penerimaan Ash bila lawatan ke klinik gigi dilaksanakan nanti... Bila tu??? Tak pasti lagi... Masih di dalam perancangan... sebab Farah ada terbaca, seelok-eloknya rawatan gigi pertama dilakukan setelah tumbuhnya gigi yang pertama. Cuma, mungkin pada pendapat peribadi Farah terlalu awal kot??? Sekarang ni gigi Ash dah ada 7 batang kesemuanya... dan dia pun memang telah mula dengan rutin menggosok gigi 2 kali sehari...sehari pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum tidur. Penting penjagaan gigi dari peringkat awal ni untuk mengelakkan kerosakkan gigi. 

Boleh ker agak-agak Farah tenangkan Ash supaya "cool" bila ke klinik gigi andai kata dia takut? Boleh ker Farah kendalikan "tantrum" Ash bila ketakutan melanda dia di klinik gigi satu hari nanti? Jawapan jujur...entahhh... "I is" ibu yang inilah pengalaman pertama ber-anak... Makanya tak dapat nak selami dalam-dalam pun situasi dan keadaan ini... Oleh yang demikian, kenalah bersedia dengan sebaik mungkin...Tak apalah belajar-belajar dulu kan? Walaupun bukan esok nak bawa Ash ke klinik gigi pun... Ha ha ha... 

Ada tips ringkas yang Farah terjumpa dan baca tentang pengalaman rawatan gigi pertama untuk anak-anak kecil. Dan sukalah kiranya Farah nak berkongsi sama di dalam entri ini...Ianya adalah daripada sumber di SINI 
  1. Ambil pendekatan santai ketika memberitahu anak-anak mengenai lawatan pergigian pertama anak anda untuk mengurangkan kebimbangan mereka. Beritahu anak anda tentang lawatan pergigian itu tetapi menghadkan jumlah maklumat yang diberikan. Jawab soalan dengan mudah dan ringkas. Simpan soalan yang lebih kompleks atau terperinci untuk dijawab oleh doktor gigi. Doktor gigi dilatih untuk menerangkan kepada kanak-kanak dengan cara yang tidak mengancam dan mudah untuk difahami.
  2. Jangan mendedahkan kebimbangan anda mengenai lawatan pergigian itu. Usah membayangkan sesuatu yang akan menyakiti mereka. Elakkan daripada memberitahu anak-anak tentang pengalaman pergigian yang tidak menyenangkan yang anda pernah lalui --> Farah...sila "take note", jangan cerita pada Ash yang Mommy Ash penakut jumpa doktor gigi masa kecil-kecil...Ahakss..
  3. Cipta pengalaman positif dan tekankan bahawa semua orang dengan gigi yang sihat selalu melawat doktor gigi. 
  4. Tekankan kepada anak anda betapa pentingnya untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat dan doktor gigi adalah seorang doktor yang mesra yang boleh membantu anak-anak untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gusi mereka. 
  5. Sila diam dan menyokong anak anda semasa rawatan berlangsung. Anda mungkin memberi maklumat yang tidak betul atau mengelirukan. Kanak-kanak cenderung untuk lebih mendengar arahan ibu bapa mereka berbanding orang luar.
  6. Jika anda merasakan anak anda lebih terkawal tanpa kehadiran ibu bapa, adalah lebih baik untuk meninggalkan mereka bersendirian bersama doktor gigi sahaja. Perlu diingatkan bahawa ia adalah normal untuk kanak-kanak menjadi takut, antara puncanya kerana takut dipisahkan daripada ibu bapa mereka. Ada juga yang takut dicederakan selepas meliha alatan yang digunakan oleh doktor gigi. Seorang doktor gigi yang merawat kanak-kanak akan tahu bagaimana untuk menghadapi ketakutan anak anda. 
  7. Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak sekali-kali menjanjikan ganjaran untuk pergi berjumpa doktor gigi. Biarkan anak anda menikmati lawatan pergigian pertama dengan semangat gembira tanpa umpan gula-gula mahupun aiskrim.
Gigi yang cantik juga adalah aset...ihikss...gigi Ash kenalah cantik ok??? Lagi satu, kenapa sibuk memikirkan nak ajar Ash kenal doktor gigi??? Sebab kalau masuk "school" untuk Darjah 1, kan nanti mesti ada pemeriksaan gigi sekolah... Sebelum Mommy tak tau dia punya raung takut macam mana jumpa doktor gigi atau misi gigi yang memeriksa gigi dia di sekolah tu nanti...Eloklah biasa-biasa kan dulu... pssstttt...sebenarnya kalau boleh nak dia tak meraung atau buat hal bila ada pemeriksaan gigi di sekolah nanti...Muahahaha...Risau Mommy Ash ni kann??? Mau tidaknya... Cam tak gerek-lah pula anak teruna "I is" penakut buat pemeriksaan gigi...Ha ha ha...Tak gerek, tak gerek... Kalau dia dah memang-memang takut nak buat macam mana??? #ehhh...masih ada lagi ke pemeriksaan gigi di sekolah sekarang??? Maafkan hamba...ha ha ha...sebab tak ada anak yang bersekolah sekarang...makanya tak tau... 

*Bila nak pergi ni agak-agaknya ek??? 

Anak Harimau Sebagai Haiwan Peliharaan???

$
0
0
Sumber dari Google
"Pukul berapa datuk harimau?..."

Selalunya masyarakat di Malaysia, memang sinonim dengan pemeliharaan kucing di rumah. Tetapi memang jarang kelihatan dan kita dengar , rakyat Malaysia memelihara anak harimau sebagai haiwan peliharaan di rumah bagi menggantikan kucing ataupun haiwan-haiwan peliharaan lain. Errrr...ke memang tidak ada? Sebab kalau tidak silap harimau adalah salah satu haiwan yang diancam kepupusan dan di bawah tindakan organisasi-organisasi tertentu untuk pemuliharaannya. Dan kita pun sebagai rakyat Malaysia tidak boleh suka-suka membela harimau di rumah.

Ini kisah sewaktu makan tengah hari semalam lah ni... dengan 2 orang "colleague"... Sewaktu makan tu tiba-tiba timbul pula topik anak harimau sebagai haiwan peliharaan menggantikan kucing. Muahahaha...Nampak tak? Nampak tak? Bukan asyik fokus cerita tentang "shopping", tentang kosmetik, tentang masak memasak, tentang resipi ataupun tentang hal ehwal keluarga, tetapi juga sampaikan hal macam ni pun boleh dijadikan topik... Ihiksss... Bila tengok-tengok, tenung-tenung gambar anak harimau di atas ni, alahaiii comelnya...tetapi bila membayangkan anak harimau ni menjadi harimau dewasa...rasa ngeri pun ada "uolss"... ^_^...

Cuba lihat video yang dipetik dari YouTube di bawah:


Macam comel jer kan? Anak harimau tu... Farah tak berapa nak pasti tentang anak harimau yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan di Malaysia ni... tetapi menurut "colleague" Farah, rasanya boleh dan satu waktu dulu ada program pemeliharaan anak harimau di rumah dengan Zoo Negara ke macam mana, tak berapa nak pasti, tetapi sampai "certain-certain point of age" anak harimau itu harus dipulangkan semula. Macam tulah lebih kurang...Iyalah, manalah Farah nak tau, sebab Farah sendiri tidak pernah memelihara anak harimau di rumah, jadi tidak berapa nak pasti dengan prosedurnya... Hu hu hu... Cuba juga mencari jawapan di enjin carian... Tetapi setakat ini masih belum bertemu dan berjumpa dengan informasi yang dikehendaki. Ngeee... Mungkin memang sebab tak ada orang pelihara anak harimau di rumah kot??? 

Ada juga kami berbincang...Farah mengutarakan rasa "ngeri" membayangkan kalau-kalau anak harimau itu bertindak ganas. Iyalah, harimau kan haiwan karnivor yang memakan daging. Dan sememangnya ada pun insiden manusia dibaham harimau. Tetapi menurut "colleague" Farah, sebenarnya tips-nya adalah sedari anak harimau itu kecil, jangan ajar anak harimau tersebut makan daging segar atau daging yang berdarah mentah-mentah. Ajar anak harimau itu makan daging yang direbus. Bila mana anak harimau itu telah biasa memakan daging yang direbus, makanya anak harimau tersebut tidak akan "craving" untuk daging segar atau daging berdarah yang mentah dan sekiranya kita berdiri di hadapan anak harimau itu pun, dia tidak akan terbau darah. Whoaaaa... okkk... Farah baru tau... sesiapa yang dah lama tau tu sila gelakkan Farah lah ek? Tak apa, ini ilmu baru ni... 

Agak-agaklah kan? Ada tak terlintas di hati nak memelihara anak harimau sebagai haiwan peliharaan? Hik hik hik, siapa rasa diri mereka "dare enough to do so???"... Sesuatu kelainan untuk membela anak harimau sebagai haiwan peliharaan... Cumanya kannn, "colleague" Farah cakap, macam alahaiiii macam tak sampai hati jer nak bela anak harimau, nanti bila dah sayang, kena pulangkan balik kepada Zoo Negara atau mana-mana pihak... atau terpaksa dilepaskan ke hutan, mesti rasa sedih, mesti risau anak harimau tu boleh "survive" ke tidak ke di hutan sebab dah biasa dibela, nanti nak makan macam mana, kalau anak harimau tu dah biasa makan daging yang direbus... Hu hu hu... Dahsyat juga imaginasi adik "I is" yang seorang ini... Tapi tak apalah itu menandakan dia adalah pencinta haiwan... *_^... 

Kebaikan & Bahaya Bayi Tidur Meniarap...

$
0
0
Sumber dari SINI

Kemain sedap anak dara yang comel dalam gambar di atas ni tidur kann??? Ash pun bukan tidak pernah tidur di dalam posisi yang sebegini...terutama bila dia selesema. Mungkin hendak menyelesakan diri dan pernafasan ler tu... Cumanya, kebanyakkan pada masa, Ash akan tidur mengiring menghadap Mommy. Ada masa-masa dia akan menonggeng juga tidur macam gambar di atas ni dengan mulut ternganga ...Muahahaha.... Ikut mana dia selesa, lagipun dia tidur memang lasak berpusing 360 darjah. Sama jer dengan Mommy dia, tidur lasak...Ihikss...

Pernah juga terfikir macam mana cara tidur yang paling selamat untuk Ash... ada sesetengah kata-kata yang Farah dengar dan pembacaan Farah mengatakan tidur meniarap bagus, tapi kesahihan tidak dapat dipastikan... Dan diri ini berusahalah mencari penjelasan supaya nampak cerah, terang , jelas dan nyata... Makanya terjumpalah satu artikel di SINI yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama anda yang singgah ke Bubblynotes.Com...

American Academy of Paediatrics berkata, posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah secara telentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut atau "Sudden Infant Death Syndrome - SIDS" telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat pernafasan.

Kelebihan Tidur Meniarap
  • Tengkorak bayi bulat dan tidak kemek di belakangnya.
  • Leher, bahu dan dada bayi kuat dengan lebih cepat, sekaligus membantu bayi belajar merangkak dengan lebih mudah.
  • Bagus untuk perkembangan otak bayi.
  • Tidur bayi akan lebih lena dan nyenyak.
  • Dapat mengelakkan bayi dari masalah kembung perut.
Keburukan Tidur Meniarap
  • Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan saluran nafas sempit.
  • Meningkatkan risiko SIDS ("Sudden Infant Death Syndrome")
  • Apabila bayi tersembam, mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.
Langkah Keselamatan Tidur Meniarap
  • Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
  • Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
  • Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
  • Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
  • Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur.
INFO TAMBAHAN
Sebahagian daripada ulama menghukumkan makruh tidur dengan posisi meniarap. Mungkin mereka memutuskan hukum tersebut berdasarkan hadis di bawah:

Dari Abu Zar RA, beliau mengatakan:

"Suatu hari Nabi SAW sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap (tidur atas perut). Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, "Hai Junaidib (panggilan Abu Zar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka."

(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

"Sebaiknya jauhilah tidur dengan posisi meniarap sebagai meraikan pendapat Ulama yang menghukumkan makruh di samping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudarat. Tidur yang terbaik adalah seperti tidur Nabi SAW.

Diakui, Ash tidur mengiring, terlentang dan menonggeng ikut suka dia, tetapi bila tiba bahagian menonggeng atau meniarap itu... Farah biasanya akan terlentangkan dia balik ke kedudukan yang elok sedikit supaya dia selesa... Tidur malam bila beranak kecil mana pernah lenanya? Kecuali kalau betul-betul "knocked out or exhausted"...Itupun tak lena juga... Farah memang akan betulkan kedudukan tidur Ash sesekali di waktu malam sehingga ke pagi sebab ada kalanya bantal "papam" menutupi muka dia, kenalah alihkan, takut-takut nanti lemas pula anak "I is"... ada kalanya, dia meniarap atau menonggeng... walaupun dia rasa selesa tapi Mommy yang rasa tidak selesa lihat dia tidur macam itu. Bila dah betulkan, barulah dia tidur terlentang dan mengiring... Hu hu hu... 

Mat Luthfi: Buat Orang Bersalah - BOB

$
0
0

Lama betul tak melayan vlog-vlog Mat Luthfi, rasanya memang sangat-sangat lama, ada dalam 7-8 bulan macam tu...Malam semalam sebelum terlelap rajin pula mata Farah melayan... Ha ha ha, rindu juga nak tonton video adik Mat Luthfi ni...dan sampailah kepada satu video yang dikongsikan di atas... BOB...Singkatan kepada Buat Orang Bersalah. Siapa yang berkesempatan menonton tu tentu dah tahu apakah kisah yang diceritakan oleh Mat Luthfi kan? Siapa yang belum tu... silalah ambil kesempatan ini sekiranya ada waktu terluang untuk menonton video pendek ini. 

Manusia ini ada pelbagai ragam, pelbagai perangai, pelbagai pendapat dan pelbagai pemikiran. Kita tidak boleh mengawal orang lain dari memandang serong kepada kita, mengawal orang lain dari membuatkan kita berasa sentap, mengawal orang lain dari membuatkan kita rasa "down" dan mengawal orang lain untuk buatkan kita rasa jatuhnya semangat atau hilang semangat...kita tidak boleh mengawal orang lain dari menganggap yang bukan-bukan tentang diri kita dan mengandaikan yang kita ini bukanlah insan yang baik... kesimpulannya...KITA TAK AKAN PERNAH BOLEH MENGAWAL ORANG LAIN MELAKUKAN APA YANG MEREKA RASAKAN BETUL PADA DIRI MEREKA... 

Bila dah tak boleh kawal??? Adakah kita harus membiarkan diri kita turut sama terjejas dengan apa yang orang lain itu telah lakukan kepada kita??? Perlu ke kita terbawa-bawa ataupun "drifted away in our own emotions"??? Betullll, perasaan, emosi dan rasa itu adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal... Walaupun kadang-kadang sudah cuba dikawal dengan sebaik mungkin...tetapi pommmm!!!!! Meledak juga... sebab hati tak boleh tahan... Sakitnya tuh di sini!!! Hurmm... Iyalah kita cuma manusia biasa yang tidak lari dari khilaf dan tidak sempurna mana pun... Tapi yang tak nak tu, bila rasa "down"...semua pun tak jadi, diri jadi lemah, hati jadi lemah, pemikiran jadi lemah... Euwwwww... "I is" tak suka... Bagi Farah-lah kannn... dari membiarkan diri rasa "down" eloklah kiranya kita "fight" kembali perasaan "down" itu dan perasaan rasa seolah-olah sangat kerdil itu... Fikir yang positif dan baik-baik ajer... Teruskan kehidupan seperti biasa... Sebab satu perkara yang kita kena ingat, kita adalah bertanggungjawab ke atas kehidupan kita sendiri bukannya orang lain yang bertanggungjawab ke atas kehidupan kita...kita yang susun atur kehidupan kita dan kita yang mengalami...jadi kenapa harus biarkan diri terus hanyut dengan pandangan dan kata-kata orang lain... Tak kiralah sama ada cakap belakang ke cakap depan ke... 

Makanya, bagi sesiapa yang mengalami BOB ini... kena positif yer positif... "don't simply surrender"... Farah kongsikan sedikit satu artikel yang Farah jumpa di satu laman web atau blog yang kebetulan sama pula pengisiannya tentang BOB ini... Pautan ke entri tersebut adalah di SINI 

Apa Yang Boleh Kita Lakukan Bila Menghadapi BOB atau Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat???

1. SABAR & KUATKAN HATI
Ini sememang-memangnya asas yang penting dan pertama yang perlu kita lakukan iaitu bersabar. Nak tau tak??? Memang bersabar itu rasanya perit dan kadang-kadang tu rasa tak tertahan-tahan kat dalam diri ini. Kadang-kadang rasa memang nak meletopsss ekstrem tahap "heavy metal" punyalah... Tapi, jujur, bila kita sabar kita latih diri kita untuk jadi insan yang lebih baik dan sebenarnya sabar itu banyak kemanisannya... Mula-mula memang kita akan rasa sangat susah untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita. Tetapi, percayalah, jika kita teruskan bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat!!! "Yesss, I am strong and I knew it..." Tak dinafikanlah, pada peringkat awal kita akan selalu jer menangis, berkodi-kodi air mata yang keluar.... yang perempuan lah yer...yang lelaki "I is" tak tau... menangis, kecil hati, sentap, hangin...semua adalah...namun selepas itu, kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya... Pelangi tak akan selalu muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi...tetapi pelangi akan tetap muncul juga... ^_^

2. BERPURA-PURA BODOH DAN BUAT SELAMBA
Kebiasaannyalah kannn... orang-orang yang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati kita. Kalau kita beri reaksi tersinggung, amboiii bukan main seronok mereka di dalam hati, rasa macam nak melompat-lompat ajer... sebab mereka rasa diri mereka telah berjaya mencapai tujuan. Apa yang boleh kita buat? Buat mereka rasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Macam mana??? Kita boleh memperbodohkan perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya lah kann... "Kau ingat kau baik sangat???"...Kita boleh membalas, "Tak adalah baik sangat"...Ahakss...Sakit tak agak-agaknya rasanya??? Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali. Tetapi sekadar itu sahaja yer...tak perlu pula kita nak panjang-panjangkan perang mulut ke, perang siber ke, perang laman sosial ke, perang blog ke jika mereka membalas kembali. Senyum dan buat muka selamba. Relaks dan abaikan mereka. "Ain't worth a penny..."

Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir, mereka mengharapkan diri kita ni tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin. Sebaliknya jika kita cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancancang dia untuk 'menjatuhkan semangat' kita tidak menjadi. Oleh itu kekal tenang dan senyummmm...

3. MENTERTAWAKAN TETAPI TIDAK BERMAKSUD INGIN MENJATUHKAN
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya kawan-kawan yang rapat akan berasa lucu  dan ingin bergurau dengan kita. Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang.... jangan cepat melatah. Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka. Tapiiiiiii.... tolong pandai bezakan di antara gurauan dan juga hinaan yer...

4. FOKUSKAN KEPADA APA YANG KITA SEDANG USAHAKAN
"Keep your eyes on the ball" - istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus. Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa di dalam kehidupan. Pernahkah anda menyaksikan pertandingan atau perlawanan bola di padang? Mestilah pernah kan? Kalau tak jadi "spectator" yang setia pun.... Kerling-kerling tu pasti ada... Perasan tak ada penontong yang berada di bahagian tepi padang? Ada yang mengejek dan ada juga yang memberikan semangat kepada pemain. JANGAN HILANG FOKUS!!! Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain. Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan. Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola di atas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.

MASALAH YANG MUNGKIN TIMBUL
Yang menjadi masalah? Kadang-kadang di sebali kata-kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelikkan dan negatif. Bagaimana kita nak menghadapi perkara ini? Berdirilah di atas kaki kita sendiri. Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik. Jika kita memikirkan kata-kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung kepada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita. Kita bukan semudah itu untuk menjadi "loser"!!! Ingat tu...

Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!

5. MENGELAKKAN DIRI DARI MEREKA, JIKA PERLU...
Apabila kita menhadapi situasi di mana, kita berhadapan dengan seseorang yang sememangnya kuta menyindir atau orang yang terlalu agresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindarkan diri buat sementara waktu atau selama-lamanya. "Ignorance is bliss uolss..."Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuatkan kita selesa. Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan dari pergaduhan yang melampau ataupun serius. Sebagai seorang Muslim kita digalakkan untuk segera berwudhu' kerana dengan berwudhu' akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yasin dan memperbanyakkan istighfar.

Bila dah buat semua-semua ni tapi tak juga berhasil... maka jangan lupa selit-selitkan berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah SWT. Memohon agar sahabat, jiran tetanggan dan orang-orang di dalam kategori ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati. Haaaa, jangan tak tau yer... 

Apa-apa pun...bagi Farah... "Ignorance is bliss...just focus on what you need to do and what you want to achieve and be happy!!!"... Kalau nak terus-terus terasa diri, sentap dan merasakan diri kerdil serta dipandang hina... Sampai bila punnn lahhh duduk kat situ jer... "I need to earn a living, I need to live and I am in charge of my responsibilities and life..."... Gitchewslahhh....   

Bakal Ditinggalkan Semalam!!!

$
0
0

Tiba-tiba "touching" sendiri, tiba-tiba jadi tak menentu sendiri... Haishhh... Baru semalam kot bakal ditinggalkan??? Takkan "over" benar sampai macam ni??? Ahakss... Iyalah, orang tak pernah berjauhan sekalipun dengan anak, orang tak pernah tidur malam tanpa anak di sisi... 38 minggu "carry" dalam perut dan sampailah melahirkan sekalipun tak pernah ditinggalkan... Adoiiii...beratnya rasa...walaupun semalam sahaja... Dia pula tidak pernah sekalipun tidur tanpa Mommy yang menidurkan dan tanpa Mommy di sisi...Tapiii dalam masa beberapa minggu dari sekarang Ash terpaksa tidur semalam dengan Nek Ma dan Atuk Ash yer sayang??? Bukan Mommy saja-saja nak tinggalkan Ash semalaman... tetapiiii, Mommy ada kerja lahhh.... yang tak boleh dielakkan dan Mommy terpaksa "outstation" semalam demi mencari rezeki buat kita berdua...Hu hu hu... 


Tak berapa lama dahulu pernah "update" tentang Sanggupkah Kita Berjauhan Dengan Anak???, dan di dalam entri tersebut Farah ada kongsikan sedikit tips bila berjauhan dengan anak... Hurmm... nampak-nampak gayanya kerana diri ini TIDAK SANGGUP tetapi terpaksa demi kerjaya kaedahnya... Memang akan cuba sebaik mungkin mengamalkan tips-tips tersebut... Ha ha ha...Harapnya, cukup kentallah diri ini untuk mengharungi semalam itu... Ini dah nak kena siap-siap sediakan satu baju Ash ni letak dalam beg...baju yang tak basuh supaya ada bau badan dia...#ehhh Mommy pula yang "over" entah-entah Ash "cool" ajer kan??? Rasanya tidak... dia mesti mencari, anak mana yang tidak mencari ibunya??? Kannn??? Lebih-lebih lagi setiap malam memang ada dan memang tidak pernah meninggalkan dia... Harap-harapnya juga, Ash boleh tahan semalam itu tanpa kehadiran Mommy di sisi...Satu malam tak dapat tidur peluk Mommy tau Ash??? 

Kalau boleh bawa, tak kisahlah... "whatever it takes" memang Farah akan bawa... Huwaaaa... tapi tak boleh... dan harap-harapnya dapat tidurlah kami berdua beranak walaupun berjauhan...Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT... Mommy pergi sekejap tau Ash... Jumaat dan Sabtu...Sabtu petang Mommy balik... Bunyi macam jauh sangat jer kannn??? Nak kata jauh taklah jauh, nak kata dekat pun taklah dekat...Kalau pandu kereta sendiri memang malam tu "shoot" balik ke rumah dan esok paginya pergi kembali... Tapi masalahnya tidak memandu...

MaidEasy: Pembantu Rumah Pintar???

$
0
0
Sumber dari Google
Kadang-kadang terfikir juga, kalaulah ada pembantu rumah...terasa ringan sedikit lelah...Ahakss... Tetapi keadaan kewangan diri ini tidak memungkinkan kemampuan untuk memasang pembantu rumah walaupun seorang di rumahku itu... Wee wee wee... Lagipun, Farah jenis yang tidak memerlukan pembantu rumah tipikal iaitu pembantu rumah yang tinggal bersama dan melakukan segalanya di rumah. Apa yang Farah berangankan adalah pembantu rumah harian atau mingguan yang cuma datang untuk membantu membersihkan rumah dengan sewajarnya. Dan harapan Farah itu tidaklah melangit sampai mengharapkan pembantu yang membantu untuk memasak, membasuh pakaian, membasuh pinggan mangkuk...Tidak... Yang Farah perlukan adalah pembantu yang membantu membasuh bilik air setiap 2 hari sekali, pembantu yang membantu "vacuum" rumah 2 hari sekali, pembantu yang membantu mop lantai 2 hari sekali, pembantu yang membantu lap tingkap 2 hari sekali, pembantu yang membantu lap habuk, bersihkan sawang 2 hari sekali, lap cermin, lap perabut... itu jer... Ha ha ha, kalau ada pembantu sebegini...terasa kurang sedikti lelah "I is" itu... 

Dahulunya pernah juga mengupah pembantu rumah harian yang sebegini sewaktu Farah dah mula sarat berbadan dua...sewaktu Ash duduk di dalam perut... La la la la... Tetapi, sudahnya seminggu jer bertahan... Farah cerewet sangat kot? Ahakss... tak juga, tetapi kalau dah kata "vacuum" rumah lepas tu masih ada lagi sisa baki yang tak bersih sana sini, tingkap berbelak, bilik air pun cermin masih berbelak-belak... bayar RM 30.00 sekali sesi pembersihan. Hurmm...macam diri sendiri tak puas hati, diri sendiri rasa rugi membayar, terus tak panggil-panggil lagi dah... Buat sendiri lagi puas hati... Gitchewss... 

Sehinggalah sekarang ni...masih lagi membersihkan dan mengemas dengan sendirinya dan ada kalanya dibantu oleh Nek Ma Ash. ^_^... Cumanya sekali-sekala manalah tau kalau-kalau kemampuan diri sendiri dah sampai ke tahap maksimum, takkan nak biarkan semak mata memandang rumah bersepah dan tak berkemas... Errr...Farah jenisnya walau macam mana pun rumah mesti nak kena kemas... Tidak boleh tidak... Iyalah manalah tau demam ke apa ke, tak larat nak kemas...takkan nak biarkan bersepah...Ataupun terlalu sibuk dengan pelbagai perkara yang tidak memungkin ruang dan masa mengemas, takkan nak biarkan bersepah? Oh ok... "I is" tak selesa... sungguh sungguh tak selesa, balik kerja, "stress", balik rumah haruslah nak tenang dan damai... "home is a cosy place to be"... Macam tulah kaedahnya... Sebab tu walau macam mana pun Farah akan paksa diri mengemas rumah... Hu hu hu... Itu yang jadinya kalau tidur tu, tidur mati betul tu...Tak sedar apa dah... 

Tapi kannn...sekarang ni mungkin sudah ada satu solusi baru... Apa tu??? MaidEasy: Pembantu Rumah Pintar ----> sila klik untuk menonton video Astro Awani mengenai MaidEasy ini bersama-sama dengan CEO dan "co-founder" MaidEasy iaitu Encik Azrul  Rahim di temubual eksklusif di Agenda Awani. Semuanya di hujung jari ok??? Zaman aplikasi dan gajet kan? Baguslah adanya perkhidmatan sebegini... Ohh lupa pula, aplikasi MaidEasy boleh dimuat turun dari Apps Store dan akan datang ke Google Play Store yer... Sabar yer kawan-kawan... "Booking" dilakukan melalui aplikasi yang dimuat turun ke dalam telefon pintar anda dan sedikit mengenai MaidEasy dari petikan di SINI

MaidEasy matches cleaning service providers with those looking to have their house cleaned. MaidEasy is not cleaning company. We provide platform for enabling the connection between individuals seeking to obtain cleaning services and individuals seeking to provide services.
Kira-kira macam konsep Jobstreet jugalah ni... iaitu, pihak yang mencari dan pihak yang menyediakan perkhidmatan. Dan MaidEasy adalah sebagai pihak pengantara yang menguruskan urusan tempahan segala bagai. 

Sehingga ke hari ini, "coverage areas" bagi perkhidmatan di bawah MaidEasy ini adalah Kuala Lumpur, Bangsar, Hartamas, Petaling Jaya dan Cyberjaya. Pihak MaidEasy sedang merancang untuk menambah lagi "coverage areas" mereka pada masa akan datang agar dapat diakses oleh lingkungan pelanggan yang lebih luas. Wahhh... untunglahhh bagi mereka-mereka yang tinggal di kawasan yang telah disediakan perkhidmatan ini.... Susah-susah, letih-letih, kesuntukkan masa bolehlah gunakan aplikasi MaidEasy dan dengan sentuhan-sentuhan jari jer...tup tup tup...dah berbunyi loceng rumah atau ada yang memberi salam untuk melakukan kerja-kerja pembersihan rumah. Terbaik!!! 

Sumber dari SINI - Sila Klik Gambar untuk Tumbesaran yer??? 
Mudah tak? Mudah kan?

Untuk Maklumat Lanjut:

MaidEasy
Centrio Soho
No.1, Jalan Pantai Murni
Pantai Hillpark
59200 Kuala Lumpur

E-mel: info@maideasy.my

Laman Facebook: 

Laman Web Rasmi:
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live