Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Tamatlah Sudah Riwayat "Tablet" Ash...

$
0
0

"Tablet" ni rasanya tak sampai setahun pun lagi usianya... Tetapi, semalam dah tamat dah pun riwayatnya... Muahahaha... Ya ampunnn Ashhh... Dibalingnya "tablet" tu sebab angin satu badan sebab tak dapat buka aplikasi yang ada di "tablet" Farah untuk dia... Alaaa... Mummy tak sempat lagi nak muat turun dalam "tablet" Ash... Kejadian berlaku sewaktu Mummy tiada di rumah... Apo nak dikato? Tak mampu nak kata apa-apa... 

"Tablet" ni Nek Ma Ash dan Atuk Ash yang belikan. Kalau ikutkan Mummy, memang taklah nak membeli untuk Ash. Pakai ajer yang Mummy punya... kita kongsi... Dari beli untuk Ash, baik beli untuk Mummy yer tak? Ahakss... Walaupun harganya sekadar RM 129.00 tetapi tetap ralat juga, sebab macam mana pun... duit kan? Sayanggg... Tapi, memang tak boleh nak buat apa dah... selepas Ash baling "tablet" tersebut... terus bunyi berdesir dan skrin gelap untuk seketika. Buat apa pun tetap tidak berfungsi... 

Biarkan seketika dan cuba buka kembali... harap maaf walaupun skrin telah menyala seperti biasa tetapi fungsi skrin sesentuh telah tiada... sentuhlah berjuta kali... memang tak jadi apa pun... Apa yang berlaku ini telah disampaikan kepada Abah Ash... Komen Abah Ash ringkas jer... "Adalah yang diikutnya tu, bila angin jer habis barang dilempar..."... Sambil gelak-gelak... Ahakss... "uolss" agak siapa? Abah Ash ke Mommy Ash? Kalau betul teka Farah belanja makan aiskrim Magnum... ekekekeke... 

Dah rosak ni? Dah tamat riwayatnya ni, nak gantikan yang baru ke? Jawapannya... entah belum ada keputusan lagi... Denggg... Kita tengoklah nanti macam mana... Phewww... mujur bukan iPad ataupun iPad mini ataupun tablet Mommy mencari rezeki... kalau tidak... mau termenung panjang Mommy kan??? Ihikss... 

Sambal Belacan "In The Making"...

$
0
0
Ini bukanlah tajuk filem ataupun "review" untuk filem terbaru di pasaran yer??? Tetapi kisah tak lain tak bukan yang sentiasa memenuhi Bubblynotes.Com adalah kisah Ash... Anak teruna Farah yang seorang terkontang-kanting itu sahaja... Muahahaha.... 


Hampir seharian juga kami di Sunway Pyramid... balik-balik sahaja, mana ada istilah rehat bila bergelar Mommy ni kan? Perlu memasak pula untuk makan malam... Makanya sibuklah Mommy dan Nek Ma di dapur menyediakan apa yang perlu. Dia pun nak jugakkk... Adehhh... Sibuk buka kabinet dan tunjuk ke arah lesung batu... Tak diberi nanti, alamatnya ada acara "tantrum" yang bakal berlaku... Kalau diberi... hurmm... makanya Mommy terpaksa menghadap dia jerlah... Tergendala jadinya kerja... Dari nak cepat boleh jadi lambat juga sudahnya siap... Dush dush dush... Lesung batu tu berat tuu... Kalau kena kaki sia-sia jer retak tulang... Dahlah awak tu kecik molek... Nak tak nak terpaksa duduk dan pantau dia seketika sampai dia puas main lesung batu tu... 


Tu diaaaaa.... gaya Ash menumbuk lesung batu yang kosong... Alahaiiii, rajinnya anak Mommy ni tolong Mommy dan Nek Ma masak... Walaupun kecil tapi ada hati nak membantu tu... Ok... Mommy "melting"... Tiba-tiba terasa sejuk peruttt...


Sungguh-sungguh Iman Firash menumbuk sambal belacan yer? Iyalah iyalah pasti meletopsss sambal belacan Ash nak oiii.... layankan ajer...


Haaaaa... kannnn... dah pedih mata... Ahaksss... tak adalah... mana ada... lesung batu tu bersih jer... Tak ada sebarang sisa tumbukan ataupun bahang apa-apa cili dan rempah ratus... Setiap kali selepas digunakan pastilah dicuci sehingga bersih cumanya itu gosok mata sebab mengantukkk... Letih setelah seharian bebas berjalan di acara Nickelodeon, Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon seharian ini...

Sempat juga Mommy rakamkan video aksi Ash menumbuk sambal belacan... Ha ha ha... Buat kenang-kenangan...


Sejak terhogak hogek dapat kaki ni macam-macam telatah Ash... Makin banyak telatah... Peningggg Mommy... Ha ha ha... baru tau... Bukan setakat ini sahaja... Menari pun dah pandai bila dengar muzik... Nantilah kalau ada kesempatan Farah kongsikan lagi telatah Ash... 

Bila Si Anak Telah Mula Menggodek Gajet Mommy...

$
0
0
Bila anak-anak semakin membesar, skop ekplorasi mereka juga semakin meluas. Bermakna semakin banyak telatah, semakin banyak kisah dan semakin banyak cerita yang berlaku. ^_^... Contoh paling dekat dengan Farah sudah semestinya anak sendirikan? Siapa lagi... Iman Firashhh... 

Hari ni saja bermacam cerita yang Ash telah cipta secara spontan...dan secara spontan jugalah membuatkan Farah tersenyum dan tergelak sendirian... 

Entah bila masa Ash capai "tablet" Mommy... entah bila masa dia menggodek "tablet" Mommy... serius Mommy tak perasan... Entah-entah semasa Mommy mandi kot? Ha ha ha... Mungkin Nek Ma yang tolong jaga Ash sementara Mommy mandi tak perasan juga... Diam-diam dia godek "tablet" Mommy... Secara tak langsung... makanya terjadilah... 


Hurmmm...nampak gayanya tak lama lagi Mommy tak perlu sibuk-sibuk nak "update status" Facebook, Twitter lagi dah... wakakakaka... sebabnya dah ada "Personal Assistant" yang tolong "update status" Mommy tanpa dipinta dan tanpa disuruh... Cuma bak kata Uncle Meor Melastik Bintang, tinggi bahasanya... siapa-siapa yang faham tu memang hebatlah... Ekekekeke... Apalah yang Ash nak beritahu kawan-kawan Mommy yer? La la la... 

Bukan setakat tu, What's App pun sama... Ya ampunnn... Ada orang dah tolong Mommy hantar mesej dan balas mesej What's App juga... Mommy AJ @ Ayue Jean dan mama long dia Suria Amanda adalah mangsa di dalam hal ini. Terpinga-pinga mama long jadinya... Ha ha ha...

Nasiblahhh... blog Ash tak tolong "update" sekali... Kalau tidak tiba-tiba entri keluar bahasa "alien" yer tak??? ^_*

Ash Bakal Menjadi "ATV Riders"???

$
0
0

Pusing-pusing-pusing terhogak hogek berjalan, di situ juga jadi pilihannya. Puas "divert" laluan dia ke tempat lain... situ jugakkkk dia nak... "He fancy the ATV so much!!!" .... "Boys will be boys" kan??? Ash memang minat dengan apa sahaja kenderaan beroda... "even" kalau lihat kenderaan di atas jalan raya pun dia akan memanjangkan leher dari "car seat" dia dan tunjuk dengan jari jemari comel it dan sebut "car"... Ahakss... semua benda pun "car"... lori ke, "tractor" ke... apa ke... Habis tu dah itu sahaja yang dia reti sebut buat masa sekarang ini... itu sahajalah yang keluar dari kotak suara dia... Ha ha ha...

Semalam di Sunway Pyramid semasa berlangsungnya acara yang Farah hadiri bagi "advertorials and review" seterusnya... salah satu dari pameran yang terdapat di situ adalah berkenaan sukan ekstrem yang ditawarkan di Sunway Lagoon Malaysia. Ada kayak, ada "go-kart" dan juga ATV. ATV nampak gayanya telah berjaya mencuri hati Ash...


Nak sangat naik... kita pun berilah peluang untuk Ash naik... jangan nanti kempunan pula anak Mommy. Ihiksss... Hamikkk... siap dengan "sound effect" ko... burfff burfff burfff burfff bunyi yang keluar dari mulut Ash. Alahaiii Ash nak naik ke? Nak rasa bagaimana menunggang ATV ke? Ok ok kita tunggu Ash dah besar yer? Sekarang Ash kecil lagi tak sesuai lagi... Ini sukan lasak... Ekekekekeke....

Sedikit mengenai ATV untuk perkongsian buat semua...berdasarkan sumber info di SINI

Apa itu ATV? Ada antara orang yang sudah tahu, dan ada yang masih belum tahu apakah itu ATV? Perkataan ATV ini adalah singkatan kepada "All-Terrain Vehicle" yang merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. Kadang-kadang ATV juga didatangkan dengan enam tayar selain empat tayar yang kebiasaannya kita lihat. ATV juga dikenali sebagai "Quad, Quad Bike, Three Wheeler" atau "Four Wheeler" yang telah didefinisikan sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah. Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menangani pelbagai cabaran yang berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain.

Walaupun ia merupakan kenderaan yang dilarang untuk digunakan di atas jalan raya, namun di sesetengah negara barat, walaupun diharamkan tapi masih boleh digunakan di atas jalan raya contohnya di negara Australia, Amerika, Kanada dan United Kingdom. 

Untuk makluman , sebenarnya ATV telah lama bertapak di Malaysia dan semakin hari, semakin banyak tempat-tempat rekreasi yang menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti ATV ini. Bukan hanya pengusaha pusat rekreasi, malah pengusaha hotel dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti ekstrem ATV ini sebagai salah satu tarikan yang ditawarkan di tempat mereka. Seperti mana negara lain, ATV juga dilarang untuk dipandu di atas jalan raya Malaysia.


ATV dilihat kian menjadi satu trend kepada anak-anak muda yang gilakan cabaran dan kepuasan melalui aktiviti ekstrem seperti ini. Para peminat mampu melepaskan tekanan serta segala masalah sambil menunggang ATV yang semestinya menjanjikan pengalaman yang berbeza dan mengujakan. Dengan berbekalkan persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semulajadi flora dan fauna, semuanya cukup untuk menarik perhatian mereka yang baru pertama kali mencuba aktiviti ATV ini.

Menarik bukan? Bukan setakat Ash... Mommy pun nak juga merasa ni memandu ATV ni... He he he... Tapi jangan Ash minta belikan sebiji dan simpan di rumah sudah... Huwaaa.... menangis Mommy nak membeli tau tak? Wakakakaka.... Tak apa tak apa tunggu Ash besar sedikit yer... dah "school" dan dah sesuai umur baru kita mencuba pengalaman ini yer? In Shaa Allah... Amin...

Yang Ada Anak Kecil Lelaki... Jom Kenal Dengan Little Kickers Malaysia...

$
0
0
Sumber dari Google
Huh!!! Gaya terbaiklah kanak-kanak ni, nampak macam dah pakar sahaja... Mereka-mereka ini adalah anak-anak kecil yang mengikuti kelas bola sepak di Little Kickers... Tahu tentang Little Kickers??? Ataupun anda tidak pernah mendengar langsung??? Tak apa kalau tidak pernah mendengar... tak salah punnn... Farah pun baru jer terjumpa dengan Little Kickers ni semalam... Ngeee... Biasalah jadi ibu-ibu ni, salah satu dari aktiviti Farah adalah "survey and research" segala maklumat keibubapaan dan juga "look see look see" sebarang peluang dan ruang yang ada untuk anak... Manalah tahu kan? Kalau-kalau berguna di masa akan datang... 

Lagipun lihatlah gaya Ash... 


Dia memang minat "ball" dan sehingga sekarang ni pun kalau nampak bola walaupun berjalan masih belum nak berapa stabil, dia akan tendang... Ha ha ha... 

Ok sambung... Kalau dari gambar di atas kita dapat lihat yang anak-anak kecil yang mengikuti program atau kelas di Little Kickers adalah gambar anak-anak kecil dari luar negara... Sebenarnya... di Malaysia, sudah terdapat pun cawangan Little Kickers... 

Little Kickers telah dibawa ke Malaysia pada tahun 2013 oleh En. Kalvinder Singh. Beliau telah bekerja selama beberapa tahun sebagai jurutera sivil di England tetapi beliau sangat meminati sukan bola sepak. Sedikit tentang Little Kickers Malaysia yang dipetik dari laman web Little Kickers...

"The Little Kickers methodology of "Play Not Push" appealed to Mr.Kalvinder Singh and have him decided to take the plunge by obtaining the English Football Association (The FA) Coaching badge Level 1 qualification in order to be qualified football coach and bring Little Kickers to Malaysia. He first brought Mr. Marcel Fabian as Operations Manager and Mr Sean Jayabalan as Head Lead Coach to help him spread Little Kickers in Malaysia"
Antara  kelas-kelas yang ditawarkan di Little Kickers adalah: 

1. "Little Kicks" bagi anak-anak kecil sedari usia 18 bulan sehingga 2 tahun 3 bulan.

2. "Junior Kickers" bagi anak-anak kecil sedari usia 2 tahun sehingga 3 1/2 tahun. 

3. "Mighty Kickers" bagi anak-anak kecil dari 3 1/2 tahun sehingga 5 tahun.

4. "Mega Kickers" bagi anak-anak kecil dari usia 5 tahun sehingga ke 7 tahun.

Melentur buluh biar dari rebungnya.... begitulah perumpamaannya... Dari usia yang kecil, anak-anak dilatih dengan skil-skil bola sepak yang sebenar. Secara peribadi, Farah rasakan ini adalah salah satu sumber aktiviti sukan dan aktiviti sihat bagi anak-anak kecil. Cumanya terpulang kepada para ibu bapa untuk menghantar anak-anak masing-masing ataupun tidak... 

Sumber dari SINI
Tiba-tiba berangan sejenak jika Ash berada di dalam kelompok kanak-kanak yang sedang menjalani latihan di atas di Little Kickers... Ahaksss... apasal baru bayang pun dah rasa "melting" ni? Seawal dari 18 bulan tu dah boleh hantar anak-anak... Ash sekarang 16 bulan... Macam ada lagi 2 bulan jer ni dah boleh "enrol" kelas untuk Ash??? Weee weee weee... amboiii macam-macam imaginasi Mommy kann??? "Over" tau tak "over"? 

Yurannya berapa Farah tak berapa nak pasti... Harap maaf tak dapat nak dikongsikan di sini, memang Farah belum sempat nak telefon dan bertanya-tanya... Tetapi kalau ada di antara ibu bapa yang tahu bolehlah berkongsi di ruangan kotak komen. ^_^... Bolehlah kami-kami ni mendapat sedikit panduan kan? 

Untuk Maklumat Lanjut: 


Alamat:
Little Kickers Malaysia
KS Grassroots Sports Factory Sdn Bhd
Mutiara Oriental Condo
Jalan BM 1/8, Taman Bukit Mayang Emas
47301 Petaling Jaya 
Selangor Darul Ehsan

Little Kickers Malaysia, Head Office Switchboard
0179400015 / 0127720015

*Pabila anak semakin membesar, semakin banyak perbelanjaan yang diperlukan... dan bagi memenuhi keperluan... yang betul-betul dirasakan perlu lah... maka ibu bapa ramai yang bekerja keras mencari rezeki demi anak... Kalau sesiapa di antara ibu bapa yang berkemampuan, tidak salah menghantar anak-anak ke kelas-kelas aktiviti yang bercorak sebegini untuk perkembangan anak-anak masing-masing... Rezeki masing-masing dan rezeki anak masing-masing itu berbeza... 

Dah "Draw" Sila Pandai Kemas Yer Sayang???

$
0
0

Awal anak teruna ni bangun hari ni... Dia pun nak pergi "school" ke? Mommy nak pergi "work" dan dia pula sibuklah nak mewarna nak menconteng segala bagai pagi-pagi... Huwaaa dahlah hari ni hari Isnin sayang oiii... Jalan mesti "congested" ya ampunnn... Mommy nak cepatlah sayang... Ha ha ha... Tapi biasalah tu... ada anak kecil memang macam ni kan? Kadang-kadang yang cepat pun boleh jadi lambat... Nasib Mommy sampai pejabat "on time". 

Macam tulah aksi dan gelagat dia sebangun dari tidur pagi ni... siap sepah penyangkut langsir, siap dengan buku nota kecil dia buat conteng-conteng yang entah apa-apa tu, siap sepah warna pensil... seronok pula dia pagi-pagi kan? Itulah hasil tangan Ash pagi-pagi subuh tadi... Dah mula menunjukkan minat untuk menulis dan dah mula menunjukkan minat kepada warna pensil.

Farah tidak pernah memaksa Ash untuk belajar menulis dan Farah percaya kepada perkembangan semulajadi dan berdasarkan kehendak Ash sendiri. Farah cuma mencipta ruang, memperuntukkan masa dan memberi peluang kepada Ash sahaja. Di antara langkah-langkah yang Farah lakukan bagi membawa Ash ke arah minat yang satu ini adalah:

1. Mengenalkan dia dengan apa itu buku, apa itu buku warna, apa itu warna dan apa itu pensil, pembaris dan  pemadam.

2. Tunjukkan pada Ash apakah fungsi kesemua benda-benda yang Farah nyatakan di dalam "item" 1 di atas dengan melakonkan bukan secara olok-olok tetapi betul-betul kerana Farah percaya kanak-kanak yang sedang ber-eksplorasi dengan persekitaran ini akan jadi lebih teruja untuk mencuba sesuatu yang baru dan mudah tertarik kepada sesuatu yang baru. Ternyata telahan Farah benar... bila Farah menconteng dan melukis, Ash datang sangat hampir kepada Farah dan ambil warna pensil dari jari Farah dan dia juga cuba untuk melakarkan sesuatu walaupun pada mula-mulanya terbalik pegangan warna pensil tu... Ahaksss... Biasalah tu kannn??? Mula-mula memang begitu... Lama-lama nanti In Shaa Allah mahirlah dia. Semua kanak-kanak bermula di peringkat yang begini di permulaan. 

Bukan setakat itu... Farah lengkapkan sekali pakej belajar mengemas setelah melakukan aktiviti...Muahahahaha...Bagi memudahkan tugas Mommy... Macam di dalam video di bawah ini... Alhamdulillah, tahu pun Ash kemas yer bila tengok Mommy dah siap bertudung dan nak angkat beg tangan nak pergi "work"... 


Bukanlah mengatakan Farah ni bagus sangat di dalam mendidik anak ataupun pakar di dalam mendidik anak... Farah ni baru jer jadi Mommy, tak ada pengalaman pun... tetapi Farah cuba yang terbaik... Niat Farah sekadar berkongsi sahaja apa yang Farah lakukan untuk Ash... ^_^... Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri dan ada cara masing-masing di dalam mendidik anak... Tetapi tipulah kalau Farah nyatakan yang Farah tidak gembira... Sudah semestinya gembira bila di usia 1 tahun 4 bulan Ash sudah mula berjinak-jinak dengan alat tulis... Boleh dikira awal juga... Dan pasti ada di antara anak-anak anda semua pun ada yang seawal ini juga berjinak-jinak dengan alat tulis kan??? 

Oh ya... jika berminat untuk membaca tentang mengajar anak menulis ini... bolehlah kiranya membaca entri Farah yang terdahulu yang bertajuk Bila Dan Bagaimana Untuk Melatih Anak Belajar Menulis... ^_^... 

Ada segelintir ibu bapa yang membataskan anak yang sudah mula memegang pensil, kertas dan warna pensil...ada segelintir yer bukan semua...Ini semua kerana mereka mempunyai alasan yang tersendiri seperti tidak mahu anak menconteng dinding segala bagai... Tentang menconteng dinding ni Farah pernah kongsikan juga entri yang bertajuk Cara Mengelak Anak-Anak Dari Conteng Dinding???. Sebenarnya macam mana nak cakap ek? Memanglah mata tu sakit bila tengok dinding rumah tu berconteng dan ada mural dari si anak...tetapi masih ada cara mengelakkannya...kalau dah lakukan segala masih tak boleh elak... dinding tu boleh dicat semula oiiii...anak tak ada ganti oiiii... uhuksss.... Ash belum lagi sampai fasa berniat nak menconteng dinding... ahaksss...tetapi andai itu berlaku... "I is" pilih Ash dari dinding... Tak apa nanti boleh cat kembali... Tapi In Shaa Allah, Farah akan cuba didik Ash untuk tidak menconteng dinding dan bawa dia ke arah yang betul... Nak conteng kalu... sila conteng buku yer... In Shaa Allah... 

Kalau anak menunjukkan minat jangan kita sekat... jika kita sekat kita dengan jayanya sebagai ibu bapa telah membantutkan perkembangan anak... ^_* 

Cara Menggupas Kulit Telur Rebus Dengan Mudah???

$
0
0

Dah sudah...telur rebus pun boleh dijadikan cerita...weee weee weee weee... Ha ha ha... Ini semua terilham bila mana malam semalam Farah merebus telur dan sibuk mengupas kulit telur rebus tersebut... Ahakss... Nak buat apa malam-malam rebus telur??? Nak buat sambal telur "uolss" pagi ni, untuk bekalan lauk bagi nasi untuk Atuk Ash... Ada orang masak sambal telur, telur tu digoreng stail mata... tetapi Farah lebih suka merebus telur dahulu dan kemudiannya dijadikan sambal... Heee... "My wayyy..."... *_^... Nak rasa sambal telur Farah, kena buat temujanji dulu katakan nak datang supaya Farah ada di rumah dan selepas itu boleh datang... Elehhh...masak ringkas dan mudah jer ni kannn??? Tapi entri ini bukannya hendak bercerita tentang sambal telur... Cumanya nak berkongsi dengan anda semua tentang cara mudah menggupas kulit telur rebus... Bagi memudahkan dan melancarkan kerja-kerja di dapur... "This is what you call lifehacks"...ekekekeke.... 

Ok...bagaimana tu caranya??? Nah lihat video di bawah ini... 




Sumber dari SINI
Mudah sahaja... rebuskan telur seperti biasa... buangkan air rebusan, masukkan ais ketul (rendamkan telur yang telah direbus tadi didalam rendaman ais ketul), tambahkan air sedikit, kemudian kupas!!! Memang mudah... Jika tidak percaya...cubalah... Kerja memang menjadi lebih mudah dan cepat... Senang sahaja nak kupas kulit telur rebus di dalam masa yang singkat... *_^... 

Sekadar berkongsi dan jika berminat silalah mencuba yer...serta selamat mencuba!!! 

Nak Kait Kopiah Untuk Ash!!!

$
0
0
Sumber dari Google

Hua hua hua... kemainnn...tinggi cita-cita Mommy nak kaitkan kopiah untuk Ash... Hik hik hik... Dok kecoh-kecoh nak kait kopiah untuk Ash ni... Dah pandai sangat ke nak kait mengait ni? La la la la.... Jujur mengaku, memang tidak pernah mengait... dan seni mengait itu tidak pernah Farah cuba ok? Inilah kali pertama diri ini berhajat untuk mengait untuk anak sendiri... Dush dush dush... Tapikan ada masa ke nak kait mengait ni? In Shaa Allah...Akan diadakan juga masanya... 

Masa mengandungkan Ash tak adalah pula kepingin, teringin, mengidam nak kait mengait ni...muahahaha...tiba-tiba dengan sepintas kerling nampak gambar anak-anak kecil yang comel berkopiah kait, hati tertawan dan ditawan pula. Bukan tak boleh beli yang dah siap di Jalan Masjid India, atau di mana-mana sahaja...Boleh jer kalau nak cari... Tapi hati tiba-tiba teringin pula nak mengait untuk Ash... Bha ha ha... Ouchhh... "so the sentimental value" lah kononnya...ahakss... 

Kait mengait Farah memang tak pernah cuba, tetapi kalau setakat "cross-stitch" tu memang Farah selalu lakukan dan banyak jugalah hasil "cross-stitch" yang Farah dah lakukan dari zaman-zaman belajar di uni dulu sehinggalah sekarang... Cuma sejak Ash lahir jadi "slow" sedikit aktiviti "cross-stitch" Farah... Hew hew hew... Kalau bab kait mengait ni, Nek Ma Ash yang "expert", sebab masa Farah kecil-kecil dulu sarung bekas air ke sekolah, alas meja, alas bantal, alas peti ais...Nek Ma Ash yang kait... 

Nampak gayanya kena belajar dari Nek Ma Ash ni, Nek Ma Ash nak mengait sekarang ni memang tak terkejarlah dan mata pun sudah semakin tidak nampak...Jadi nampak gayanya... Farah kena menyambung warisan ni...seni kait mengait ni...Ahaksss...mana tahu kalau-kalau dah pakar nanti boleh ambil tempahan pula? Zaman-zaman GST ni, kena ambil kesempatan atas kemahiran lain yang ada untuk menjana pendapatan juga ni... Tempahan kek Farah dah lama tak ambil... sesekali tu adalah...tapi tidaklah sepenuh dulu... Sebab, kekononnya nak tumpu pada Ash... Tetapi In Shaa Allah, memandangkan GST dah bermula...mungkin akan mula mengambil tempahan kembali kot? Tapi kannn... nak letak harga pula masalahnya... Hik hik hik...Takutnya jadi mahal sangat...Makanya, kita tengok selepas 1 April 2015 ni bagaimana... 

Gigih juga ni mencari panduan di atas talian tentang kait mengait dan juga mungkin akan menjejakkan kaki kedai buku juga ni, nak cari buku belajar "knitting"...kui kui kui... Agak-agak berjaya tak Farah dengan misi kait mengait ni? La la la la... Tak apalah kita cuba dulu... Ahakss...jadi tak jadi belakang kira, janji kita mencuba... In Shaa Allah pelan-pelan boleh tu...cuba jaya!!! Gambateee!!! 

*Asyik terbayang-bayang rupa gaya Ash pakai kopiah...ihikss... Sukanya gambaran imej yang berlegar-legar di ruang mata ni... errrr...tetiba... teruja tak hinggat Mommy Ash kannn? 

Khas Buat Semua Dari Sunway Pyramid dan Bubblynotes.Com!!!

$
0
0

Khas buat semua dari Sunway Pyramid dan Bubblynotes.Com!!! Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Sunway Pyramid dengan kolaborasi bersama Bubblynotes.Com telah berbesar hati untuk memberikan anda "goodies bag" istimewa (tertakluk kepada"while stocks last"yer?) sehingga 31 Mac 2015. ^_^... 

Bagaimanakah caranya??? Sila hubungi Farah di SINI dan nyatakan perkara-perkara seperti yang berikut: 

Tajuk: Saya Ingin "Goodies Bag" Istimewa Dari Sunway Pyramid dan Bubblynotes.Com

Alamat E-Mel: 

Itu sahaja!!! Semudah ABC... dan Farah akan berikan maklumat yang selanjutnya kepada mereka yang berminat. 

Cepat sebelum terlewat yer??? ^_*

Menangani Anak Malas Belajar???

$
0
0
Sumber dari Google
Malas??? Semua orang pun ada rasa malas... ada satu-satu masa, satu-satu ketika seseorang akan ada perasaan malas di dalam diri mereka. Tetapi perasaan malas itu kalau sekali-sekali ada ampunnya, kalau berterusan itu bermakna satu masalah besar bakal berlaku. Perasaan malas ini tidak boleh dibiarkan dan seboleh-bolehnya sepatutnya dibendung ataupun dielakkan. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan anak-anak kita yang telah mula bersekolah. Malas belajar adalah merupakan satu perkara yang seboleh-bolehnya semua ibu bapa tidak mahu anak mereka mempunyai sikap itu...Betul tak? Mana ada ibu bapa yang gembira atau suka bila anak-anak masing-masing malas belajar... 
"ANAK saya degil, tidak mahu dengar cakap!"
"ANAK saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"
"ANAK saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!" 
Anak malas belajar dan tidak mahu membaca buku pelajaran ini sering menjadi keluhan ibu bapa. Anak-anak pada zaman sekarang lebih suka menonton televisyen, filem ataupun melayan gajet. Jika anak tidak mahu belajar, mereka menganggap bahawasanya belajar adalah satu kegiatan yang kurang menyenangkan jika dibandingkan dengan bermain atau berseronok. Jadinya, tugas ibu bapa jugalah untuk menekankan kepada anak bahawa belajar adalah kegiatan yang menarik, menyenangkan serta tugas ibu bapa jugalah untuk menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya pelajaran itu.

Melalui satu sumber di SINI, ada beberapa tips ataupun cara ataupun panduan di dalam mengatasi anak malas belajar ini. Di antaranya:

  • Tanamkan kesedaran kepada anak anda, bahawa pelajaran itu adalah satu kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang hasilnya akan diraih di masa akan datang.
  • Berikan contoh kepada anak. Anda sebagai ibu bapa juga turut membaca buku-buku yang bermanfaat di saat anak anda sedang belajar. Ibu bapa sebaiknya juga menanamkan budaya membaca di dalam keluarga. Ciptakan suasana belajar yang menyenangkan. Sediakan satu ruang belajar khas yang menarik dan rapi.
  • Berikan motivasi kepada anak untuk belajar dengan cara baik, adakan pendekatan sambil menyelami hati anak dengan menjadikan anak sebagai sahabat. Jangan menyuruh anak belajar dengan paksaan, apa lagi dengan cara kasar.
  • Berikan insentif kepada anak, baik berupa hadiah kesukaan mereka atau sekadar pujian jika tahap pembelajaran anak semakin bagus. Hal ini akan membantu memotivasi dan menaikkan semangat anak. 
  • Sebaiknya ibu bapa lebih terbuka dengan anak-anak dengan bertanyakan permasalahan yang dihadapinya, kenapa malas belajar, apa yang membuatkan dia bersemangat untuk belajar dan sebagainya. Bantu anak untuk mengatasi permasalahan tersebut.
  • Jadikan waktu belajar ini menjadi kebiasaan rutin seharian dan sebaiknya ibu bapa juga turut menemani dan membantu jika anak mengalami masalah ketika belajar.
  • Selain waktu belajar yang teratur, sediakan juga waktu yang cukup untuk anak anda bermain, menonton televisyen dan berinteraksi dengan rakan-rakannya.
Selain itu, janganlah lupa untuk doakan anak kita setiap hari... #ehhh mana ada ibu bapa tak doakan anak-anak yer tak? Semua ibu bapa akan berdoa buat anak-anak mereka... Antara yang boleh Farah kongsikan hasil pembacaan Farah serta perkongsian dari Nek Ma Ash...

  • Bacakan "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak semasa tidur.
  • Peluk si anak sebelum dia ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.
  • Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT dan mengamalkan zikir.

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG MALAS BELAJAR



طه مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ

TOHA:1-5

Taa Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Ta – Ha [These letters are one of the miracles of the Qur’ân, and none but Allâh (Alone) knows their meanings. We have not sent down the Qur’ân unto you (O Muhammad SAW) to cause you distress, But only as a Reminder to those who fear (Allâh). A revelation from Him (Allâh) Who has created the earth and high heavens. The Most Gracious (Allâh) rose over (Istawâ) the (Mighty) Throne (in a manner that suits His Majesty).
In Shaa Allah, moga-moga anak-anak kita semua ni, terdiri daripada golongan yang rajin belajar dan tidak malas belajar... ^_^ 

Cara Menggeluarkan Kahak Bayi & Anak Kecil...

$
0
0
Sumber dari Google
Bayi dan anak-anak kecil ni kalau batuk memang kita sebagai ibu bapa akan susah hati... Kalau batuk berkahak tu lagilah... Jerih ajer nafasnya yang kita dengar... Lengkap pula dengan selesema... Perghhh... Dalam hati tuuuu...risau ajer tentang masalah kesukaran anak-anak tu nak bernafas... Kesian sangattt bila tengok anak tu batuk. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kalau batuk boleh jadi sakit abdomen kalau tak betul-betul, inikan pula lagi bayi dan anak-anak kecil kan? 

"Kroh krah kroh krah" bunyi nafas menandakan kahak berkumpul di dalam tubuh si kecil... selepas tu, ada juga keadaan atau situasi, bila mana kahak tu dah terlalu banyak berkumpul dan keadaan batuk serta selesema semakin serius...Bayi dan anak-anak kecil terpaksa melalui prosedur "neb"... Bila kena "neb"... menangis-nangis bayi dan anak-anak kecil ni. Farah juga pernah berkongsi tentang Rawatan Bagi Anak Yang Batuk??? dahulu dan ada juga bercerita tentang bagaimana cara-cara untuk menyelesakan anak yang batuk dan mengeluarkan kahak...

Dan ini ada sedikit info tambahan yang fokus kepada cara yang betul untuk mengeluarkan kahak bayi dan anak-anak kecil buat panduan kita semua para ibu bapa yang Farah baca di SINI

CARA MENGELUARKAN KAHAK BAYI & ANAK-ANAK KECIL

  • Mandikan anak anda dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka.
  • Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu.
  • Sedut secara manual iaitu menggunakan mulut / sedut menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi. 
  • Wapkan anak anda. Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.
  • Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda. 
Batuk dengan selesema ni pasti berlaku pada setiap bayi dan anak kecil. Tidak kira musim sejuk ataupun panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi dan anak kecil. Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti 'bronkitis' atau 'brochospasm'.

Tentu-tentulah kita sebagai ibu bapa risau kan? Sebab mereka bukannya pandai untuk keluarkan kahak sendiri. Sampai satu peringkat memang sangguplah kita ni sebagai ibu bapa sedut hingus pada hidung anak-anak sebab risau keadaan tersebut akan membuatkan anak kita tu tidak selesa untuk bernafas dan lemas.

Namun begitu, ada beberapa pencegahan yang boleh diambilkira oleh kita sebagai ibu bapa... Di antaranya: 

  • Hidung bayi dan anak kecil sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi dan anak kecil.
  • Pastikan bayi dan anak kecil sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan anak kecil dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi dan anak kecil anda dengan baju yang lebih tebal.
  • Bayi dan anak kecil memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi dan anak kecil daripada bau asap rokok dan asap lain.
  • Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk. Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.

"The Typhoon of Implementing GST".... Huwaaaa

$
0
0
Sumber dari Google
Entri bebel bebel petang-petang...Hu hu hu... Sabar jer lah... Dah namanya pun kerja...tetapi kerana GST Farah turut menerima tempiasnya... Kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum implementasi GST. Sungguhpun Farah bukanlah di dalam bahagian "Procurement" tetapi kerja Farah ada yang melibatkan kerja-kerja yang berkaitan dengan "Purchase Requisition", "Purchase Order" dan juga "Goods Receipt"... Makanya... Yang sebelum-sebelum ini semuanya perlu "CLEAR"!!! Ahaksss yang berada di bahagian "Procurement" apatah lagi kann??? Wink wink wink... "I know you are reading this entry dearie BFF...!" :P... 

Perghhh, tiba-tiba semua benda "urgent", tiba-tiba semua benda nak hari ni... Bayangkannn... Tak rasa dunia tunggang terbalik gitchewss kaedahnya??? Nak toleh kiri toleh kanan pun rasanya tak cukup masa walaupun hanya beberapa saat sahaja... Ha ha ha, bunyi macam sibuk sesangat dan tidak cukup kakitangan jer... Tapi yerlahhh...betullah... Memang sibuk sangat, sibuk sangat-sangat... 

Sangat benar... "implementing GST is never an easy task!!!"... Tapi nak buat macam mana kannn??? "Cut off date" telah diberi jadi makanya kita ikut sahaja arahan dan sebenarnya kebaikan untuk diri sendiri... selesaikan apa yang perlu diselesaikan supaya tidak menyusahkan diri sendiri di kemudian hari... Yang Farah sibuk "CLEAR" kan sangat ni bukanlah kerja dari Farah sendiri... #ehhh... "my PR, GR" semua cantik tau... tak ada "pending" lama-lama...Muahahaha...Ini hasil turun temurun dari orang yang sebelumnya Farah... Taklah cakap dia malas ke apa, tetapi nak buat macam mana, baru dapat segala dokumen dia... Huwaaaaa... Redha jer lah... 

Bak kata kawan-kawan Farah yang terlibat di dalam implementasi GST ni... Rasa macam nak cuti jer lepas GST selesai diimplementasi... Nak berehat seketika... Errr...memang ada terfikir nak bercuti pun, cumanya tak cari masa dan tak cari tempat lagi...Ekekekeke... Walaupun di dalam pemikiran ini dah ada destinasi untuk dituju... Kalau tak jadi tu, maknanya kannn...ada kerjalah yang tidak memungkinkan ianya berlaku... Hu hu hu... 

#ehhh... alamak... minggu ni pun nak kena "perform 5S audit", nasib bebel di sini... sebab tiba-tiba teringat, tak hantar lagi e-mel kepada "committee" bila nak buat 5S ni... la la la la... KPI ni KPI... Tak buat nanti, habis KPI "I is" hancusss... 

*Selamat pulang... Mommy Ash kerja lebih masa sedikit hari ini...errr bukan hari-hari lebih masa ke? Cari rezeki untuk anak... La la la la... Oklah...daaaa... "off to work" dulu... 

Adoiiii.... Macam-Macam Tau Akal Dia...

$
0
0

Tilam dari dalam stor dia paksa keluarkan... selepas itu sibuk ambil "shoes" dia dan cuba nak pakai sendiri... Jam dah pukul 9.30 malam... Phewww.... Itu kalau ambil "shoes" tu maksudnya dia nak berjalan... nak suruh bawa dia keluar ambil angin malam... nak bebas... nak berjalan-jalan... Sebab dah pukul 9.30 malam, memang Mommy tak akan layanlahhh.... 

Ingat Ash tu "quai lo" ke? Nak pakai kasut dalam rumah??? Bila Mommy nak tanggalkan... mulalah meliuk lentuk badan tu tanda protes... Siap geleng-geleng kepala lagiiii... Alahaiiii... Menunjukkan yang dia tidak mahu membuka "shoes"... Lepas tu melarat-larat suruh Mommy keluarkan tilam itu dari dalam stor... 

Tu semua bunga-bunga lah tu... mata tu dah mengantuk tetapi dia lawan mata dia... Dah tak larat dah nak buka mata tu pun sebenarnya sebab mengantuk... Tu yang macam-macam sangat kerenah dia tu... 

Sampai baring menghisap air suam, kasut dia tak mahu buka... puas pujuk kot... selepas itu hek sana hik sana hok sana... minta layan kehendak dia nak naik "car" ronda-ronda... Kejamkah Mommy sebab tak layan??? Sebab dah malam sangat dahhh... Awak tu baru jer baik dari demam dan segala macam tangisan malam... Tak mahu merisikokan lagi keadaan kalau tidak betul-betul perlu untuk keluar... Lagipunnn, segala makanan dan segala keperluan memang ada di rumah...Nak bawa ke kedai pun macam tak ada "purpose"...

Akhirnya, setelah terasa tidak berkemampuan lagi...dia baring juga di sebelah Mommy dan ambil botol susu dan minum susu...Sewaktu minum susu tu secara perlahan-lahan Farah tanggalkan "sandal" dia... Hew hew hew... Itupun tawakal jer, doa banyak-banyak supaya tak "tantrum"...Agaknya dah "surrender" sangat dah tu... Sampai dia tak kisah pun Farah bukakan "sandal" tu...Tapiiii...buka secara perlahan-lahan sewaktu dia leka melayan perasaan untuk tidur.... La la la la... Ash Ash...Dalam rumah pun nak pakai kasut... Dah pandai minta nak berjalan-jalan dah... Habislah-habislah...

Akhirnya pukul 10.30 malam tewas juga dia...Tidur juga akhirnya setelah bermacam kerenah dan telatah... 

Firash FC??? Amboiiii... Kalah Dah Mommy...

$
0
0

Ini bukanlah entri berbangga diri mahupun riak atau menunjuk-nunjuk kepada pembaca Bubblynotes.Com yer? Ianya lebih berupa borak kosong harian di Bubblynotes.Com... Janganlah pula anggap yang negatif ataupun bukan-bukan. Anggapkan secara positif yang Farah bercerita dengan anda semua seperti kita borak-borak dengan kawan-kawan di alam realiti. Ibarat kita kopi-kopi di luar, lepak dan santai-santai berborak. Hew hew hew... Di luar mahupun di blog beginilah karakter Farah... berborak dengan sesiapa sahaja seperti telah lama berkenalan... Memang inillah Farah... 

Firash FC??? Errr... Iya, Ash sudah ada "group What's App" yang ditubuhkan yang sudah semestinya bukan Mommy yang "create group" tersebut tetapi dari peminat Ash... Ahaksss... Alaaaa tak percaya ke??? Jap tunjukkan bukti...


Firash FC kononnya baru ditubuhkan malam semalam... errrr.... kemainnn... kalah dah Mommy macam ni... ha ha ha... habis Mommy ni apa? Tiba-tiba serasa ibarat diri ini "manager" Ash pula... Ahakss... memanglah Mommy "manager" Ash kan? Uruskan Ash, jaga Ash, cari rezeki untuk Ash... serba serbi untuk Ash lah pendek kata. "Manager" yang tak akan pernah pencen selagi hayat dikandung badan. 

Siapa mereka-mereka ini? Sekumpulan wanita dan anak-anak gadis yang sangat menyayangi Ash. Pantang jumpa Ash berkerumun dan lunyailah pipi Ash... Muahahaha... Selepas itu kerap kali dapat macam-macam makanan... coklat, Vitagen, susu kotak Dutch Lady, Kinder Bueno, biskut... selagi ada bendalah... Hu hu hu...Setiap kali Ash datang menghadirkan diri di sesuatu tempat... Alhamdulillah, terima kasih semua, terima kasih adik-adik belanja Ash... Semoga rezeki kalian terus dimurahkan oleh Allah SWT... 

Tidaklah Farah menganggap anak Farah paling hebat... Tidak yer??? Tolong jangan salah faham "please"... Diulangi sekali lagi, ini sekadar perkongsian cerita... baca betul-betul dan hadam yer??? Ini sekadar perkongsian cerita... Tiada niat lain... Hu hu hu... Nak beri orang faham serta memahami ini bukannya kerja mudah. 

Rasa terharu pun ada juga... sudi adik-adik dan kawan-kawan "create group" di What's App khas buat Ash... Ahakss... apa lagi dalam tu segala cerita berkisar tentang Ash lah... Bertambah lagiiii "group" What's App Mommy.... Bertambah lagi kawan Mommy... Alhamdulillah... 

Mommy pun ada "fan page" sendirilah Ash... Ha ha ha... Tapi tak ada pun yang "create group" untuk Mommy. Dush dush ting tong... ^_^ ngeee... Untunglah Ashhh... Mommy tak "jelly" punnn... Tetapi sekadar bercerita... "Peace No War!!!" 

Panduan Membeli Alatan Masak...

$
0
0
Sumber dari Google
Farah jarang membeli alatan masak ni kerana semuanya adalah turun temurun dari Nek Ma Ash... Koleksi yang ada dari yang murah sehingga ke yang mahal adalah koleksi dari Nek Ma Ash... Satu perkara tentang Nek Ma Ash adalah, dia suka mengumpul pinggan mangkuk dan alatan masak seperti periuk belanga sewaktu dia bekerja dahulu. Farah masih ingat dengan jelas bahawasanya setiap bulan pasti ada koleksi pinggan mangkuk dan periuk belanga yang baru dibeli olehnya. Kira-kiranya kalau nak buat kenduri kendara memang tak ada masalahlah di rumah Farah ni, sebab segalanya telah ada. 

Bila dah jarang membeli ni, makanya kalau sekali membeli tu kebiasaannya membeli kerana keperluan dan dirasakan perlu. Kalau tak ada keperluan rasanya memang tiada "urgency" untuk Farah membeli. Apa yang nak digunakan semuanya telah lengkap tersedia di dapur. Alhamdulillah, terima kasih Nek Ma... mungkinlah juga dia memikirkan jangka masa panjang kerana dia mempunyai anak perempuan kan? Sebab itu dia mengumpul sedikit demi sedikit... Bila tiba masanya...nahhh...semua telah tersedia... Terima kasih Mama... ^_^... 

Secara ringkasnya, Farah bukanlah pakar di dalam membeli alatan masak...ha ha ha... dan harus belajar juga selok belok membeli alatan masak ni agar tidak membazir, tidak membeli apa yang tidak perlu dibeli. Buat masa sekarang ni, memang dalam kotak pemikiran tiada terfikir untuk membeli sebarang alatan masak. Tetapi untuk jangka masa panjang, pasti ada terfikir ni... Iyalah, kadang-kadang bila sesuatu benda itu dah terlalu lama, kadang-kadang ia perlu diganti sekiranya tidak boleh digunakan lagi kan? Proses memasak akan terganggu apabila barangan memasak rosak. Ini bukan sahaja akan melambatkan masa memasak,malah boleh membahayakan keselamatan keluarga dan rumah jika berlaku kemalangan atau kebakaran yang disebabkan kerosakkan peralatan. 

Oh ya... peralatan memasak yang elok tidak semestinya yang mahal yer... Yang penting, pilih yang berkualiti tinggi dan baru. Melalui satu artikel yang Farah baca di SINI.

PERLU MENGETAHUI FUNGSI ALATAN
Jika kita ingin membeli peralatan dapur untuk memenuhi ruang dapur kita, pastikan alatan itu menjadi keutamaan yang diperlukan. Jika kita ingin dapur yang serba lengkap ia akan menelan bajet yang banyak. Pilih alatan yang kita perlukan terlebih dahulu, yang menjadi asas, berfungsi dalam banyak kegunaan untuk kita memasak di rumah. Setelah itu baru beransur-ansur menambah alatan memasak di rumah kita.

BERJIMAT KETIKA MEMBELI
Jika kita mahu berjimat. Belilah ketika musim jualan murah. Ketika ini, barangan perkakas akan dijual dengan harga lebih murah, terutamanya jika pasaraya ingin menghabiskan stok lama. Selain itu, jualan gudang juga adalah salah satu tempat untuk membeli perkakas dengan harga yang murah. Kita cuma perlu bersabar untuk mencari barangan yang dikehendaki.

MENCARI ALTERNATIF UNTUK MEMASAK
Jika perkakas memasak yang dikehendaki terlalu mahal dan kita tidak mampu untuk membelinya, carilah alternatif lain. Misalnya jika mesin pengisar rosak, gunakanlah cara lama iaitu menggunakan lesung batu.

MENCUBA DAHULU BARU MEMBELINYA
Kebanyakan dari kita tidak mahu mencuba perkakas sebelum membelinya kerana menganggap jika ada kerosakan, ia boleh dipulangkan atau digantikan. Namun selalunya perkakas yang rosak akan dibiarkan terabai begitu sahaja kerana tidak mahu membazir wang, masa dan tenaga untuk kembali ke pasaraya tersebut. Oleh itu, cuba alat perkakas terlebih dahulu dan pastikan ianya berfungsi dengan baik. 

Jika peralatan memasak melengkapi dapur kita, dan mengikut bajet yang mencukupi. Memasak akan menjadi lebih mudah dan menyenangkan kita. Penggunaan perkakas besi adalah lebih baik kerana tahan karat dan ia juga lebih selamat kerana tidak mudah pecah seperti kaca. Satu sahaja kelemahan besi iaitu ia mudah panas. 

Terfikir pula nak membeli sesuatu yang perlu diganti ni... In Shaa Allah... Bukanlah sekarang...tetapi tunggu sehingga bajet mengizinkan...Ekekekeke... Sebab buat masa dan ketika ini perlu memberikan fokus kepada komitmen yang lain yang sedia ada dulu... Selagi boleh digunakan kita gunakan yer tak? Kalau dah betul-betul tak boleh, pada waktu dan ketika itu barulah kita bertindak mengganti... 

WW#64: Harga Rokok Naik Mulai 1 April 2015???

$
0
0
Sumber dari SINI
*GST...GST... GST... he he he... para perokok-perokok di luar sana tu rasanya dah boleh mula belajar-belajar kurang-kurangkan dan berhenti merokok ni... GST salah satu alasan motivasi untuk perokok berhenti merokok... Sebelum apa-apa, tahniah kepada perokok-perokok yang berjaya berhenti merokok setelah berlakunya perlaksanaan GST... Dari beli rokok mahal-mahal tu... eloklah beli benda lain atau simpan kannn??? Betul ke tidak, tak pasti sebab belum ada pengesahan khabarnya...tapi kita nantikan ajerlah pengumuman.... errrr...terpanjang pula bebel... 

Is Child Safety Harness Necessary For Ash???

$
0
0

Once babies learn to walk, they become toddlers. They also adopt an array of newfound freedoms, including exploring on their own and running away from parents in all the wrong places (duhhh... talking about running away from parents, it reminds me that yesterday night he started to run around the house...ha ha ha... the excitement has begun ain't it??? *_^).

While many parents do not like to keep their babies in the corner or on a leash, well... in reality, sometimes a harness is necessary to ensure our little ones stay safe and secure.

Source Extracted from Google
According Wikipedia:

A child harness (alternative: child tether, child leash, British English: walking reins) is a safety restraint for walking with children. The device is mostly used with toddlersand children of preschool age, and typically consists of a should harness with a lead (tether) secured in the back, either directly or by means of a hook. 
When the device is used, a child wears the harness and a parent or a guardian holds the end of the lead or attaches it to their wrist. This allows the child relative freedom of movement in comparison to being seated in a stroller, carried by the adult (with or without a child carrier), or being held by the hand. At the same time, the child harness prevents child separation from the adult by the way of the child running off in a crowded or dangerous area.

There exists a difference of opinion on the use of child harnesess. Those in favor argue for the benefit of enhanced safety and increased freedom of movement compared to hand-holding or confinement of children to strollers. Those opposed to their use prefer restraining children through hand-holding, not making them seem like animals, confinement to strollers, or not permitting children who have badly or wander away to leave their homes.

I wouldn't say yay or nay with regards to the usage of child safety harness towards Ash...as looking at one perspective there is some benefits out of it... but looking from another perspective... hurmmm...

Judith Goldberg, the author of the "Judy on Duty" advice column for one of the parents magazine wrote that leashes are for dogs. You wouldn't put your child in a crate, or let him poop on the sidewalk, right? If you have a bolter, invest in a cheap umbrella stroller with a buckle.

Personally, indeed for me... it is seems like not an easy feeling looking at children being tied like animals... but... I won't critics and say anything that will humiliate other parents of the usage because? Because I am myself couldn't predict whether Ash will be wearing the safety harness or not? Because I will never know if at certain level or certain point of time...I might badly need to use it... Isn't it? It depends on the concurrent situation and how far that Ash hunger for the freedom. My main concern is about the crowded and dangerous area that comes with his eagerness of freedom.

So, the conclusion that I could conclude here is that ... at this moment it is still ok for me to handle him without the safety harness and I would just let it go by the flow for the time being...If situations getting crucial as time goes...then I would consider of getting him a child safety harness for himself... not making my son similar to animal but for his SAFETY purposes only... Hu hu hu... 

WW#66: e-Learning @ Home

$
0
0

Belajar... belajar... belajar... demi masa depan... ahakss...

"Complete Stand Still" Disebabkan Kemalangan Maut...

$
0
0
Farah tidak pasti seberapa ramai di antara anda yang turut terkena tempias insiden kemalangan maut pagi ini di KM14.4 Subang - Damansara... Tetapi bagi pengguna-pengguna jalanraya yang menggunakan laluan NKVE ataupun belakang Glomac, Kelana Jaya mahupun menuju ke Damansara...semuanya turut terkandas di dalam kesesakan yang sangat teruk di laluan-laluan terbabit... 

Yang menjadi lebih malangnya... Farah membuka radio sewaktu terkandas di kesesakkan tersebut...Kenapalah tak buka awal... Ha ha ha... Sedikit sebanyak bunyi sebutan dari pengulas berita di HotFM pagi ini... Ada kemalangan maut, bagi sesiapa yang menggunakan laluan seperti yang Farah nyatakan di atas sila gunakan laluan alternatif dan bagi sesiapa yang terperangkap di dalam kesesakkan lalu lintas diharapkan bersabar. Hua hua hua.... huwaaaaaaa.... nak gunakan laluan alternatif celah mana??? Dah terperangkap... tak boleh nak pusing ke mana-mana. Kereta sepanjang-panjang alam ok? Ada yang sekejap masuk ke kiri, sekejap masuk ke kanan...Masing-masing nak kejar masa kannn??? 

Hurmm... tengok jam dah menunjukkan pukul 7.21 pagi... Biasanya 7.30 pagi Farah dah sampai ke pejabat dah ni... Boleh agak dah mesti lewat punya hari ni... Okkkk... Pasrah dan redha...Dah tak boleh nak buat apalah kan...makanya... apa lagi... walaupun waktu kerja Farah adalah fleksibel... masuk awal, baliknya awallah, masuk lewat baliknya lewatlah... resam orang makan gaji... rasa macam tak seronok pula lewat walaupun bukan berpunca dari kesalahan diri sendiri... Hu hu hu... 

Makanya, Farah buka Waze... "screen shot" peta Waze dan jangkaan masa akan tiba ke pejabat... dan juga apakah sebenarnya yang berlaku... Huhh... aplikasi kehidupan blogger betul dalam kehidupan seharian...lengkap dengan "capture" gambar jalanraya yang sesak sekali... Siap semua... hantar terus ke Abang Jess melalui aplikasi What's App...Jawapan Abang Jess "cool" ajer... Yang kita dah separuh nafas tersemput-semput risau kalau-kalau dia marah... Hu hu hu... 

Antara salah-satu "screen shot" yang Farah hantar kepada Abang Jess adalah... 


Ha gitchewsss... senang kerja... nasib baik kebanyakkan dari laporan tu berbahasa Inggeris...memandangkan Abang Jess tak reti Bahasa Malaysia kan??? Hari tu tanya juga dia... "Do you know how to speak Malay?"... Jawabnya... "Sikit-sikit"... Ho ho ho... Rasa lega sikit bila Abang Jess jawab "Ok, no problem"... Kalau tak rasa macam tak senang duduk pula... Hu hu hu... 

Tapi hari ni memang sejarah teruklah...paling teruk...bagaimana kemalangan dan melibatkan apa dan apa, Farah tak sempat nak pergi sibuk cari di mana-mana atau tanya di mana-mana untuk informasi...Sibuk kejar masa dan sibuk dengan kerja ni... Ha ha ha... Ok, hanya 5 minit sahaja Farah peruntukkan untuk "update" ni... "I got to go"...Hari ni banyak kerja nak kena selesaikan...Nanti kita borak lagi yer... Daaaa... 

Solusinya Adalah ASTRO PVR + Wifi...

$
0
0
Sumber dari Google
Atuk Ash nak tonton bola... Ash nak tonton Timmy Time, Clubhouse Disney, Dibo The Gift Dragon, Hi5... Nek Ma Ash dan Mommy nak tonton Isteri Separuh Masa... Tapi kebanyakkan pada masanya Atuk Ash "conquer remote"... dan terpaksalah kami menonton bola walaupun Mommy Ash tak minat kann??? Kesudahannya... memang tak tontonlah televisyen pun... Hu hu hu... 

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, mungkin Ash dah hilang tahap kesabaran beliau kot...Kui kui kui... Dengan selamba sahaja, dia ambil "remote" dari tangan Atuk dia dan dengan selamba dia dengan gaya dan aksi macam pandai sangat tukar saluran ASTRO tu... tekan-tekan yang entah apa-apa... Dush dush dush... Bukan ke saluran kartun... Ha ha ha...lain perginya...Bila tak dapat saluran yang dikehendaki... "Tantrum"... Nampak macam tak berebut secara kasar...ha ha ha... Tapi berebut secara halus kaedahnya... Lepas tu nanti... Mommy dan Nek Ma akan suarakan rasa tidak puas hati kepada Atuk Ash... Kenyataannya... "Alaaaa... Papa ni asyik-asyik bola, asyik-asyik bola... nak tengok...dot dot dot"... Ha ha ha... "2/3 against 1".... 

Tak terfikir pun nak bertukar dari Beyond ke PVR... Tetapiiii.... minggu lepas Farah telah dihubungi oleh pihak pemasaran ASTRO yang menawarkan penukaran dekoder dan perkhidmatan daripada Beyond kepada PVR... Pada mulanya malas nak tukar-tukar ni... Ha ha ha, takut-takut "costing" bertambah pula... Dahlah nak jimat sempena GST ni... Errrr... cukup bulan depan bil ASTRO adalah tambahan 6% GST juga kan??? Ekekekeke...Nak lari kot celah mana punn.... Tapi, bila wakil pihak ASTRO tu maklumkan bahawa tiada perubahan kepada pakej sedia ada, harga pun masih sama sebab pakej sekarang yang Farah langgan ni, mereka tengah lakukan promosi... jumlah bayaran pakej yang Farah sekarang ni dimasukkan sekali dengan yuran PVR. Maknanya, menjadi pelanggan PVR tanpa perlu membayar apa-apa...kontrak selama 2 tahun...Kalau tidak penalti..."Ok, fine..."... 

Fikir punya fikir, berjaya pula wakil pemasaran ASTRO tu meracun Farah yer? Ha ha ha... Tak adalah... mestilah fikir dulu sambil-sambil dia bercakap di telefon...Mengenangkan masing-masing ada pilihan saluran masing-masing dan ada yang sentap ("I is" lettew...ha ha ha)...bila tak dapat tengok saluran dan rancangan yang diinginkan pada setiap masa kerana "remote" dikawal oleh Atuk Ash yang setiap hari tengok bolaaaaaaaa ajerrrr... Huwaaaaa.... Tak apa... ini bukan mengata Atuk Ash belakang-belakang...Depan Atuk Ash pun kami beritahu perkara yang sama... Hu hu hu... Makanya, Farah ambil keputusan untuk menukar servis ASTRO kami kepada PVR daripada Beyond. 

Selepas ini, dah tak perlu nak berebut dan sentap-sentap lagi dahh.... Rekod ajer...Mudah kerja... Bila ada masa, boleh tonton... Jadi taklah berebut kan? Beli televisyen lagi satu dan langgan ASTRO kedua? Hurmmm...tak ada dalam rancangan dan tidak perlu rasanya...cukup dengan satu sahaja... Televisyen memang ada lagi satu di atas tetapi jarang kot guna...Itupun rasa membazir sahaja... Bukan Farah belilah punnn.... Televisyen lama dari rumah lama dulu sebelum berpindah... Hu hu hu... 

Moga-moga keputusan Farah ni betullah ek? Ha ha ha... Macam keputusan apa jer...Sebabnya tak nak sesi perebutan saluran meruncing... La la la la... 
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live