Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Ketika Pandemik 2021 Dengan Dedikasi RichWorks

$
0
0

Hidup… Kadang-kadang hanya tepukan ringan, kadang-kadang pukulan ‘manja’, tetapi tidak jarang pula hentaman yang membuatkan kita jatuh tersungkur. Ketika itu terjadi, yang penting adalah bukan seberapa kerasnya pukulan itu, tetapi bagaimana untuk menghadapi kerasnya pukulan itu, dan tetap memiliki kekuatan untuk bertahan dan meneruskan langkah. Juga… apakah kita memiliki keinginan yang kuat untuk tetap maju mematahkan rintangan yang ada?


Tahun 2021 – I wouldn’t say it was a very good year tetapi lebih kepada tahun yang penuh dengan macam-macam cerita. In the personal perspective – it’s a mixture of achievements, annual leave deductions and salary reduction. Eh… terkesan mana tak terkesan. Itu yang dari M40 kelas bawahan turun satu level lagi Kak Fa ni ha… Ha ha ha… terus bergelar B40 sekarang.


In Malaysia’s perspective as a whole – rakyat masih lagi hidup di dalam pandemik Covid-19. Juga ditambah dengan bencana banjir pada penghujung tahun. Kadang-kadang Kak Fa melihat, kita ni rakyat Malaysia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. 


Life in 2021 tidak mudah. Banyak sangat cabaran di dalam meneruskan kelangsungan hidup. Semua golongan berpeluang merasa cabaran di zaman pandemik Covid-19. Hilang pekerjaan, duit tabungan semakin menipis. Yang menjalankan perniagaan pula – struggle untuk meneruskan perniagaan, struggle untuk membayar gaji para pekerja dan tidak kurang juga ramai yang terpaksa gulung tikar. Wad psikiatri pun penuh ok? Statistic says so. Itulah kenyataannya. 

Cabaran Hidup 2021 | Kisah Richworks Bantu Rakyat


Antara kuat tak kuat jer nak tempuh. Tapi itulah kan? Itulah yang dinamakan cabaran kehidupan dan kita ni sebagai manusia memang kena redah semua cabaran tu. Yang ni Kak Fa sebenarnya nak beritahu, Kak Fa kagum dengan Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (“RichWorks”), Datuk Wira Dr Azizan Osman. 


Kak Fa follow jer cerita mengenai RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman ni sepanjang 2021. Semua kisah perjalanan RichWorks 2021 dan perjuangan RichWorks 2021, Kak Fa follow rapat-rapat. Tak ada satu pun yang Kak Fa ketinggalan. Kak Fa rasa bangga dan tumpang gembira bila 605,000 bangsa usahawan bangkit semula ketika pandemic 2021 dengan dedikasi RichWorks. 


Kita ikuti sisipan video di bawah sementara Kak Fa menyambung cerita tentang kisah RichWorks bantu rakyat dan RichWorks prihatin:



Hidup dalam pandemik – perkara yang paling kita tak nak berlaku dan paling kita nak elakkan adalah dijangkiti Covid-19. Tapi itulah, kadang-kadang bila dah terjadi, ianya bukan kehendak dan permintaan kita kan? Allah yang susun atur perjalanan kehidupan umat manusia. 


2021, Semua Orang Ada Ujian Tersendiri 

Begitu juga dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Pada 2021, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama-sama 31 orang ahli keluarganya telah dijangkiti Covid-19, di mana ibu mertua Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan sekiranya tiada perubahan positif selepas menggunakan mesin bantuan pernafasan. 


Bantuan pernafasan dan ditidurkan adalah tahap yang paling menggerunkan bagi pesakit Covid-19 dan juga ahli keluarga yang terlibat. Kita saksikan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang kehilangan ahli keluarga disebabkan pandemik. 


Kak Fa sangat faham keadaan yang dilalui oleh pesakit Covid-19 dan juga ahli keluarga mereka kerana Kak Fa sendiri mempunyai pengalaman tempias Covid-19 ini walaupun sehingga ke hari ini, Alhamdulillah – Kak Fa masih lagi dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT. Kita tak minta dan kalau boleh kita tak nak langsung kan? Tapi kita ni tak naklah bercakap seolah-olah kita ni kebal dari Covid-19. Doa banyak-banyak dan jaga diri kita jerlah yang mampu kita lakukan. Semoga kita semua dihindarkan dari dijangkiti Covid-19. 


Alhamdulillah, Datuk Wira Dr. Azian Osman pulih dari Covid-19 dan beliau telah diberikan peluang kedua oleh Allah SWT. Kak Fa kagum sebabnya, beliau menggunakan peluang yang diberikan itu untuk bantu lebih ramai usahawan menggunakan kepakarannya.


Selepas keluar dari hospital dan semasa di dalam proses pemulihan itu sendiri, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah menjalankan program secara percuma,  dihadiri oleh ribuan orang. Begitu kuatnya perjuangan Richworks 2021 yang dibawa oleh Datuk Wira. Hebat bukan?



In total, kalau tak silap Kak Fa-lah… sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan di dalam memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai di dalam soal keusahawanan. 


Secara keseluruhannya untuk 2021, RichWorks telah berjaya membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWork pada tahun lalu. It is so inspiring pada Kak Fa. 

Perjuangan Richworks 2021: Richworks Bantu Rakyat



Perjuangan Richworks 2021: Program Usahawan

Salah satu perjuangan Richworks 2021 adalah program anjuran RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (“WBB”) yang juga telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Kerajaan apabila program terbabit disebut di dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 




Perjuangan Richworks 2021:  Kebajikan Rakyat Bersama Richwell

Selain itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memaklumkan bahawa RichWorks tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (“RichWell”).  Ini adalah inisiatif dan usaha untuk Richworks bantu rakyat, nampak Richworks prihatin sangat dengan kita semua!


Richworks Memahami Usahawan Dan Rakyat Yang Terkesan

Richworks juga terkesan dengan pandemik dan banjir, malah memahami usahawan dan rakyat yang terkesan. Inilah juga perjuangan Richworks 2021 dalam memastikan visi melahirkan usahawan berjaya tetap berjaya.



Menurut sumber,

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman bermula pada Julai 2021, telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih dari 2,000 buah keluarga. Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 telah dikumpulkan daripada usahawan RichWorks dan RichWorks sendiri di dalam tempoh 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember 2021.


Kerjasama Bersama Usahawan Untuk Bantu Rakyat



Perjuangan Richworks 2021 juga melibatkan kerjasama bersama usahawan dan anak didik Richworks dalam hal kebajikan.


RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 di dalam ibadah korban pada tahun 2021. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja seramai 9 orang pelajar ke Tarim, Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. Begitu sekali Richworks prihatin.


Sumbangan Richworks Kepada Usahawan Seluruh Malaysia

In a continuous scenario, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di Malaysia ini tetap gigih meneruskan misi di dalam membangunkan dan mengembangkan usahawan ke tahap yang lebih tinggi selari dengan prinsip mereka.


Hasil perjuangan Richworks 2021 sahaja, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX adalah berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion. Bagi ahli Titanium sahaja, sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). 



Melalui program bimbingan Spire, RichWorks bertanggungjawab menyediakan usahawan mencapai jualan RM1 juta pertama setahun dan seramai 72 orang usahawa telah berjaya mencapainya. 

Selain itu, berkat perjuangan Richworks 2021, 77 buah perniagaan yang dibimbing telah mencapai jualan lebih RM10 juta, 5 perniagaan capai RM50 juta dan 5 perniagaan pula capai RM100 juta ke atas pada tahun lepas. Fuhhh… What a great milestones kan? 



Berbekalkan pencapaian dan juga cabaran yang dihadapi 2021, RichWorks berazam untuk mempergiatkan lagi segala usaha pada tahun 2022 ini. Semoga ianya dipermudahkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah. Amin amin ya rabbal alamin. 


As I said, it is so inspiring. Macam menyuntik semangat pula pada Kak Fa untuk keep on going and itulah yang sepatutnya. Semakin kita ditekan, semakin kita gigih berusaha untuk mencapai matlamat kita dan memperbaiki kehidupan. It’s all within ourselves. 



Tentang RichWorks | Netflix Usahawan Malaysia


Merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan. RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman sejak 2008. Justeru, ia juga telah menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).


Asbab rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Sedar atau tidak, Richworks bantu rakyat Malaysia dalam menghadapi masa-masa sukar sebagai seorang usahawan dengan adanya ilmu yang terbukti berjaya.  Selari dengan Visi RichWorks, adalah untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.comuntuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Bagi anda yang baru sahaja atau sudah lama mengenali Richworks, perjuangan Richworks 2021 untuk bantu rakyat adalah sesuatu yang perlu kita sokong! Sebagai usahawan, jom kita duduk rapat-rapat denganRichworks yang telah banyak lahirkan usahawan jutawan di Malaysia.


Refleksi dan Iktibar Keibubapaan Di Dalam Siri The Penthouse: War in Life

$
0
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

The Penthouse: War in Life - Season 1 dah selesai, Season 2 dah selesai, Season 3 - sekarang ni masih di episod 9 menuju ke episod 10. Ada lagi lebih kurang 5 episod sebelum khatam Season 3. Kebiasaannya, untuk KDrama atau mana-mana drama bersiri, Kak Fa lebih prefer untuk menonton secara marathon berbanding tunggu satu-satu episod. Port Kak Fa adalah sama ada Netflix ataupun iQiyi. Macam Penthouse ni, Kak Fa gunakan aplikasi iQiyi jer. Memandangkan iQiyi masih belum lagi upload episod 11,12,13,14 untuk Season 3 ni, maka terpaksa marathon setakat mana yang dimuatnaik. Tak sabar sebenarnya nak khatamkan Season 3 ni. Tapi, Kak Fa bukan nak cerita lebih-lebih pun tentang semua season ni. Kak Fa sebenarnya nak berkongsi POV Kak Fa mengenai refleksi dan iktibar keibubapaan di dalam siri The Penhouse: War in Life. Bagi Kak Fa, mak ayah memang patut tonton siri Penthouse ni. 

Bagaimana jalan cerita, apa permulaan, apa penamat, sinopsis semua Kak Fa tak akan cerita di dalam entri ini. Tapi Kak Fa nak beri sedikit kupasan kotak pemikiran Kak Fa sepanjang Kak Fa marathon siri ni dari satu musim ke satu musim yang lain. Apa yang Kak Fa sebenarnya nampak or summarize dari Penthouse ya agak-agaknya? 

#1: Konflik Jiwa dan Keinginan Remaja

Situasi 1:
Bae Ro Na - anak gadis remaja Oh Yoon Hee yang sangat meminati bidang nyanyian opera dan bercita-cita tinggi untuk berjaya sebagai seorang penyanyi opera ni sebenarnya mewarisi bakat ibunya. Tapi - di dalam siri ini, disebabkan pengalaman hitam silam Oh Yoon Hee - Oh Yoon Hee sebenarnya tidak mahu menyokong minat Bae Ro Na. Sebaliknya, Oh Yoon Hee cuba sehabis baik untuk divert Bae Ro Na kepada bidang akademik, supaya Bae Ro Na menjadi insan yang berjaya di dalam akademik. 

Orang kata  - kalau passion tu dah mendalam dan kalau memang dah terlalu minat, demi self-satisfaction dan demi mencapai apa yang diidam-idamkan apa sanggup diredah kan? Macam tulah characteristic Bae Ro Na di dalam cerita ini. Disebabkan Oh Yoon Hee bersungguh-sungguh untuk block minat Bae Ro Na tu, impaknya Bae Ro Na memberontak untuk mempertahankan pendiriannya dan menjadi sangat mendesak untuk memenuhi keinginan diri sendiri. 

Refleksi dan Iktibar:
Anak-anak ni, kalau dah minat...ibu bapa sewajarnya menjadi support system yang kuat. Tak kira-lah apa pun minat mereka. Sebagai ibu bapa, memang patut kita support apa yang anak-anak kita inginkan dan mahukan untuk kehidupan mereka jika ia merupakan sesuatu yang akan mendatangkan kebaikan kepada diri anak-anak itu. 

Kak Fa tak perlu nak berimaginasi lebih-lebih. Ha ha ha...Tengok jerlah keadaan diri Kak Fa sendiri dulu. Kak Fa sangat meminati bidang masscom dan kesetiausahaan. Ha ha ha... Tapi masa belajar, arwah Papa dah tentukan Kak Fa untuk ambil bidang akaun. Kita mana reti nak melawan dulu walaupun hati kata lain kan? Jadi kita ikut jerlah. Itu jenis redha macam Kak Fa. Bila redha Kak Fa nampak juga benefit apa yang ditentukan oleh arwah Papa Kak Fa. Cuma tulah - sejujurnya Kak Fa tak pernah practice pun accountancy yang Kak Fa belajar tu. Setakat sikit-sikit buat budgeting, forecast dalam bidang kerja Kak Fa sekarang ni adalah. Tapi memang berguna. Jadi bagi Kak Fa tak ada salahnya apa yang ditentukan oleh arwah Papa Kak Fa tu. So, even ada sikit rasa terkilan masa nak mula-mula futher Diploma dulu tu, I don't feel so bad-lah after all. 

Tapi cuba pula kita imagine and put ourselves di tempat anak-anak yang sememangnya tak redha? Apa akan jadi kepada kehidupan anak-anak itu? 

Situasi 2:
Cheon Seo-Jin - ibu kepada Eun Byeol dan rival kepada Oh Yoon Hee yang pedajal Oh Yoon Hee sewaktu zaman-zaman sekolah dulu laaa sebab takut dengan bayang-bayang sendiri dan tak nak mengakui hakikat yang sememangnya Oh Yoon Hee tu jauh lebih berbakat dari dia. 

Ni satu hal - Cheon Seo-Jin ni punyalah gigih paksa anak dia untuk menjadi pelajar terbaik dan penyanyi opera terbaik untuk mengalahkan Bae Ro Na (anak Oh Yoon Hee). Apa pun jadi dia tak nak kalah dengan Bae Ro Na dan Oh Yoon Hee. Macam-macam cara dia buat demi nak pastikan anak dia jer sentiasa terpilih dan sentiasa dapat nombor satu. Termasuklah gunakan taktik kotor. Bruhhh...

Refleksi dan Iktibar:
Disebabkan terlalu mendesak dan ingin mencapai misi supaya diri dia up sentiasa dari Oh Yoon Hee. Dia pun implement benda yang sama pada mindset anak dia iaitu Eun Byeol, iaitu Eun Byeol tak boleh pernah kalah kepada Bae Ro Na. Memang Cheon Seo-Jin drill Eun Byeol ni cukup-cukup sampaikan Eun Byeol mengalami tekanan, anxiety, depresi yang memang serius. Sampai tahap berkebolehan nak membunuh anak orang lain pula tu. Lama-lama makin mental tengok Eun Byeol tu. Sebab expectation mak dia tinggi sangat. 

Dalam dua-dua situasi ni - memang jelas kesan dan akibat terlalu inginkan anak-anak mengikut acuan dan aturan ibu bapa. Kesan kepada institusi kekeluargaan dan paling penting kesan kepada anak-anak itu sendiri. Anak-anak tak semua yang seteru dengan acuan dan aturan kita sebagai ibu bapa. Anak-anak punya hak juga untuk menyuarakan apa yang mereka minat, apa yang mereka suka supaya proses pembelajaran mereka menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan membuahkan hasil yang baik untuk diri mereka sendiri. 

Alaaa...senang cerita - Malaysia ni sendiri pernah berada di satu fasa di mana ibu bapa sangat inginkan anak-anak berjaya dalam bidang akademik sampaikan pandang bidang kemahiran ni macam tak ada apa. Realitinya - itu semua bukan jaminan anak-anak akan menjadi orang berjaya dan senang di masa akan datang. Realiti zaman sekarang - yang berjaya di luar sana tidak semestinya perfect ten in academic. Tu sebenarnya hakikat. Berjaya dan kesenangan itu comes from the strive in within. Bagi Kak Fa lah. Don't be quick to judge orang kata. 

#2: Buli di Kalangan Remaja

Jelas dalam siri ni, anak itu ibarat span yang menyerap apa yang diperhatikan, apa yang didengar, dari apa kehidupan mereka. Sebab mak ayah memasing di dalam cerita ni perangai one kind, anak-anak pun jadi mengikut perangai one kind juga. Again - situasi bapa borek, anak rintik. Tak banyak sedikit mesti terikut. 

Masing-masing nak rasa paling berkuasa. Masing-masing nak rasa diri paling hebat.Ha macam tulah ibaratnya. Drive nak rasa semua benda tu mengakibatkan anak-anak mereka di dalam cerita ini sanggup lakukan apa sahaja termasuklah membuli kawan-kawan lain. Sampai tahap nak berbunuh pun ada. 

Refleksi dan Iktibar:
Manusia tak lari dari kelemahan dan setiap orang ada sisi gelap. Tapi kalau boleh jangan tunjuk dekat anaklah atau jangan jadikan mindset anak sama seperti kita. Sebagai ibu bapa, Kak Fa percaya - didik anak untuk jadi a better version than us. Manusia yang lebih baik dari diri kita sendiri. 

#3: Tidak Selalu Memanjakan Anak

Anak Kang Ma-Ri iaitu Jeni buli dan kenakan Bae Ro Na. Bila Jeni yang merancang kenakan Bae Ro Na, sedangkan Bae Ro Na tak buat apa-apa pun. Kang Ma-Ri ni paksa Bae Ro Na mengaku yang Bae Ro Na yang berniat jahat. 

Refleksi dan Iktibar:
Jika mendengar aduan atau cerita dari anak, jangan terus percaya. Dengar dari semua pihak sebelum nak salahkan anak orang lain dan menangkan anak sendiri di dalam bahasa mudahnya. Takut-takut nanti termalu sendiri dan tidak tahu mana nak sorok muka sendiri. Kena sentiasa ingat tiada manusia yang maksum senantiasa. Setiap manusia tak banyak sedikit pasti akan melakukan kesilapan.Kannn? 

Just Kak Fa punya dua puloh sen laaa... Tak setuju pandangan Kak Fa, Kak Fa pun tak boleh paksa orang lain untuk sependapat dengan Kak Fa. Ha ha ha...Kita ni semua adalah set individu yang berbeza dengan pemikiran berbeza. But ini yang Kak Fa hadam dari Penthouse. Bagus juga, stimulate my thinking while watching. Ha ha ha... Intipatinya...Kak Fa rasa cerita ni beneficial lah untuk Kak Fa sebagai ibu. Dalam masa yang sama remind diri Kak Fa juga di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. 

Bukan aspek keibubapaan sahaja Penthouse cover, tetapi aspek kemasyarakatan, aspek kehidupan, aspek kemanusiaan. To me, it's a compact load of masterpiece. Mesti ramai yang dah tonton cerita ni kan? Sebab memang ramai peminat KDrama di luar sana. Yang belum tonton tu - bukan promosi bukan semata content blog untuk Kak Fa but Kak Fa boleh kata - it's really worth to watch. 

Adakah Kita Tenteram Di Tahun 2022?

$
0
0

Dulu...RM100.00 kurang-kurang boleh beli stok barang basah macam-macam untuk seminggu lebih masak dan makan. Dalam RM100.00 barang basah yang dah dibelanjakan tu, boleh beli macam-macam kot? Ada Ikan Tenggiri, Ikan Cencaru, Ikan Kerisi, Ikan Bawal Putih, ayam, daging, sayur, buah, rempah-ratus segala bagai. Sekarang? Jangan haraplah nak dapat macam-macam dengan RM100.00. Kadang baru jer keluarkan duit dari mesin ATM. Isi petrol kereta, tambah nilai kad atau aplikasi bayaran tol, belanja makan, tau-tau jer tinggal RM10.00 dalam dompet. Ha ha ha... persoalannya adakah kita tenteram di tahun 2022? Maksud Kak Fa, kita-kita rakyat marhaen dalam kategori B40, M40 ni lah. Yang T20 mungkin ok lagi. Tenteram ke? Mana yang tenteram tu baguslah. Alhamdulillah. Kak Fa tumpang gembira untuk anda. 


Tapi bagi rakyat marhaen yang melalui pelbagai keperitan kehidupan dan semakin terhimpit sejak-sejak bagai pandemik Covid-19 menghempas dunia ni, jawapannya memang tak tenteramlah. Jujurlah Kak Fa "spill the tea" kan? Kak Fa ni sendiri, setiap hari ligat memikir bagaimana Kak Fa nak berikan keselesaan kepada keluarga Kak Fa, bagaimana Kak Fa nak jana pendapatan lebih, apa Kak Fa boleh lakukan untuk mempunyai keselesaan kewangan... Dan secara jujurnya, walaupun Kak Fa ni hidup dengan konsep redah jer and "I got this!", acah-acah "Wonder Woman" macam tu... Tahun 2022 ni, sebenarnya kadang-kadang tu Kak Fa rasa berdebar juga nak mengharungi kehidupan. Lebih-lebih lagi bila memikirkan anak semakin membesar. 


Tengok jerlah harga barang semakin hari semakin naik. Selepas tu kos bahan mentah, logistik dikatakan punca kenaikan harga barang. Berkait antara satu sama lain. Lepas tu adalah juga medium penyiaran dan juga hantaran media sosial yang seolah-olah memberikan bayangan awal di mana rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga barang di antara 30% sehingga 200%. Semakin difikir semakin gerun pula rasa. Cumanya takkan nak duduk diam saja kan? Tanpa berbuat apa-apa? Prinsip Kak Fa, bila di dalam keadaan terhimpit sebegini, duduk diam bukan jawapannya. Sebab duduk diam takkan dapat ubah apa-apa. Sebagaimana kita mengadaptasi norma baru kehidupan di zaman pandemik Covid-19 sebegitu jugalah kita terpaksa mengadaptasi kehidupan kita di dalam keadaan tersepit. Mungkin sebab Kak Fa dah lalu macam-macam kot? Sebab Kak Fa dah biasa perit selama kini. Mungkinlah sebab tu Kak Fa berfikir macam tu. Nak hidupkan seorang anak- seorang ibu akan gigih dan tebalkan muka pun untuk melalui hidup. 


Kak Fa percaya bukan Kak Fa seorang jer dalam Malaysia ni yang merasa situasi sebegini. Ramai lagi di luar sana tu yang sedang berhadapan dengan situasi yang sama ataupun ada yang lebih teruk lagi keadaannya. Cumanya, itu yang Kak Fa nak ambil peluang ni nak kongsi di Bubblynotes.Com. Kak Fa memang dah banyak dengar tentang RICHWORKS. Tapi Kak Fa belum mula lagilah untuk eksplorasi RICHWORKS ni. 

Apa yang Kak Fa tahu, RICHWORKS ialah sebuah syarikat multinasional yang menganjurkan seminar perniagaan terbesar di Asia Tenggara. Kepakaran RICHWORKS terletak pada industri latihan perniagaan, yang merangkumi pemasaran, jualan perakaunan, cukai pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan. Ia telah memenangi pelbagai anugerah dan memecahkan rekod dalam melahirkan usahawan paling berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik pada 2020 ialah seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod dengan menjana lebih RM2 bilion bersama The SPIRE dan TITANIUM. 



Program bimbingan RICHWORKS telah dimulakan dari permulaan yang sederhana oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Jurulatih Pembangunan Peribadi dan Mentor Kejayaan #1 Malaysia. Hanya dalam beberapa tahun, RICHWORKS telah berkembang menjadi syarikat latihan profesional, bimbingan dan pembanguna peribadi terbesar di Malaysia. Matlamat RICHWORKS adalah untuk menjadi profesional yang luar biasa yang membantu mengubah dunia menjadi lebih baik dengan membangunkan sepenuhnya kemahiran dan potensi manusia. 



Dalam Malaysia ni kan, siapa jer yang tak pernah dengar nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman kan? Beliau adalah merupakan individu yang memulakan kerjayanya secara sederhana dan kini diiktiraf oleh International Coach Guild (ICG) sebagai jurulatih bertaraf dunia dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi peribadi. Sejak 2008 Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membantu lebih 700,000 peserta melalui program yang dianjurkan secara langsung oleh RICHWORKS, syarikat yang dipimpinnya sebagai Pengasas dan Presiden RICHWORKS. Beliau telah membantu beribu-ribu usahawan dan jutawan berjaya melalui strategi dan kejayaan. 



Formulanya praktikal, mudah dan terbukti. Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan merealisasikan potensi. Buku Beat the Curve, yang dikarang bersama Brian Tracy, adalah antara buku yang berjaya disenaraikan sebagai buku terlaris di Amazon. Perkara yang beliau kongsi di media sosial  juga mencecah puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau seorang pemberi pengaruh yang boleh membantu ramai orang mencapai potensi mereka pada tahap tertinggi. Sejak 2015 Datuk Wira Dr. Azizan Osman, melalui Program High Net Worth Coaching dengan kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membimbing lebih 700 usahawan jutawan tentang cara membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka yang luar biasa. 


Sejak Kak Fa banyak membaca, banyak mendengar dan banyak melihat mengenai Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan juga RICHWORKS, Kak Fa ikut rapat-rapat setiap perkembangan RICHWORKS dan juga Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Terkini, Kak Fa dapat berita dari sumber yang boleh dipercayai di mana Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan berkongsi perspektif tentang sepuluh cabaran perniagaan, selepas daripada pandemik dan tahun 2022 di dalam sesi "live" di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada hari Ahad, 13 Februari 2022 tepat jam 8.00 pagi. Kak Fa rasa Kak Fa tak nak terlepas peluang ni, sambil-sambil tu sajalah Kak Fa nak ajak anda ramai-ramai untuk turut serta. Jomlah kita sama-sama bergerak ke hadapan dan majukan kehidupan kita semua. 



Menurut perkongsian Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang Kak Fa dapat pagi semalam:


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu, antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengha barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutamanya mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini. Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

 

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

 

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. 



Bukan senang nak dapat perkongsian ilmu macam ni, jadi kenapa pula Kak Fa atau anda nak lepaskan macam tu saja kan? Zaman sekarang ni kena berfikir dengan pantas, bertindak dengan pantas dan semestinya memang kena gunakan kemahiran berfikir aras tinggi dan kritis yang banyak. Ahad ni, bagi Kak Fa satu peluang yang terbaik yang ada di depan mata. Cuma ikuti sahaja sesi "live" Datuk Wira Azizan Osman. Jomlah... Teman Kak Fa. Takkan Kak Fa nak ke hadapan sorang-sorang jer kan? 


Klik dan sertai Telegram Azizan Osman Official  laju-laju selepas habis baca perkongsian Kak Fa ni. 

Februari 2022 - COVID-19 Akhirnya Say Hye!

$
0
0

Seru nak bercerita dan seru nak menaip baru sampai... Itu yang baru timbul cerita ni walaupun sebenarnya kalau nak diikut-ikutkan dah seminggu berlalu waktu kuarantin kendiri di rumah tu. Ya wak... Februari 2022 - COVID-19 akhirnya say hye! Ni yang nak cerita ni... 

Jumaat, 11 Feb 2022

Petang Jumaat tu, dalam lebih kurang pukul 4.00 petang macam tu, Mama Kak Fa beritahu yang mata terasa panas dan terasa macam nak demam. Time Maghrib, Mama Kak Fa mengadu yang sendi-sendi dia sakit dan rasa seram sejuk. Masa tu tibah, Kak Fa dah rasa tak sedap hati dah. 

Kak Fa pun bersuaralah. Kak Fa kata, kena buat RTK ni Ma. Mama Kak Fa jawab, ala tak ada apalah, ni demam urat kot ni sebab penat mengemas rumah and packing. Jenuh juga pujuk buat RTK. Tak dimaunya. Ok kita diam dulu. Malam pun berlalu seperti biasa. 

Sabtu, 12 Feb 2022

Mama Kak Fa nampak aktif dan bertenaga seperti biasa. Cari kerja dalam rumah buat itu ini untuk cari peluh dan untuk rasa sihat. Tapi memang perangai Mama Kak Fa ni, tak boleh duduk diam. Sepanjang hari normal. Cuma malam sewaktu tidur Kak Fa dengar dah mula batuk dan nampak mula berselimut. 

Kak Fa memang jenis macam tu, seisi rumah tidur, Kak Fa jadi burung hantu buat itu ini. Siapkan kerjalah, membacalah, layan drama Korea-lah. Pada Kak Fa masa tu adalah masa yang Kak Fa perlukan untuk release hari Kak Fa. Waktu yang penting untuk Kak Fa. Ala-ala "me time" in my own way. 

Ahad, 13 Feb 2022

Life macam biasalah untuk kami. Cumanya... dalam pukul 1.30 pagi sewaktu Kak Fa sedang ber- "me time" itu... Kak Fa terasa macam tekak kering and pedih sikit. Kak Fa turun ke dapur, cari lozenges, tak jumpa. Jadi Kak Fa minum air and kemudian naik atas tidur. 

Isnin, 14 Feb 2022

Ni tarikh penting ni.... Kak Fa ada event yang dah janji nak kena hadir. Kak Fa cutilah pun masa ni. Tapi, di dalam norma kehidupan baru di era pandemik, memang helok sangat protokol kena buat RTK sebelum hadiri event untuk pastikan yang kita ni bukan carrier kan? 

Tak heloklah kalau pergi menonong pun, memandangkan Malaysia ni memang gelombang Omicron sedang melanda secara besar-besaran. Kes pun semakin hari semakin naik. Bukan tak nampak mata kita masing-masing kemaskini statistik kan? 



Dah bersiap, tinggal nak touch up muka dengan nak pakai tudung jer lagi. Haruslah ikut protokol event. Jom kita buat RTK! Ya masa untuk kumpul dan keluarkan air liur kemudian kita uji! Ujian pertama... Jeng-jeng-jeng... Double line! 

Kak Fa tanjat ke? Nangis ke? Takkk... Dia macam eh ya ke betul ke? Ha ha ha... Masa tu dok fikir, macam mana boleh positif ni? Rasanya dah habis jaga SOP. Lepas tu tepuk-tepuk pipi sendiri. Sedarlah Kak Fa... Bila dia nak say hye, dia akan say hye. 

Kak Fa pun tak tau, kenapa Kak Fa pergi buka test kit Covid-19 tu buat kali kedua dan buat kali kedua ujian RTK tu. Ha ha ha... Tindakan tu so spontaneous tau tak? Buat kali kedua, double line lagi. Tapi biasalah...Kita ni nak betul-betul kepastian. 

Terus capai kunci kereta, pergilah klinik untuk jolok hidung Kak Fa ni ha. Just to be sure and just to ensure. Gituh. Mestilah nakkan kepastian kan? Masa dekat klinik sementara tunggu hidung kena jolok tu dah rancak dah What's App sana sini. 

Semua Kak Fa inform. Tapi Kak Fa tau yang close contact Kak Fa cuma Mama Kak Fa dengan Firash jer. Sebab sejak-sejak pandemik ni, walaupun hati ni geli-geli nak ke sana ke mari, sudahnya tetap berkurung dalam rumah juga. 

Keluar sekejap-sekejap jer. Office - rumah - groceries - office - rumah - groceries. Ha tu jerlah. Kalau di office pun, duduk dalam bilik sendiri jer, tak bercampur gaul lama-lama sangat dengan kawan-kawan kerja di luar bilik. Mesra tetap mesra tapi cuma menjaga SOP sebab fikir kita ada anak kecil lagi kan? 

Semua orang pun nak elak dari COVID-19 singgah. Siapa nak kan? Bagi mak-mak of course fikir anak-anak. Lagi-lagi macam Firash macam obor-obor jer melekap dekat Kak Fa. Ha ha ha. Tak nak renggang langsung. Dah 8 tahun pun clingy lagi. Mementang sorang jer buah hati pengarang jantung kan? 


Dah jolok hidung, tunggu sekejap, dapat result. Confirm positif! Ok there it goes. Apa nak kata? Dah memang dia nak say hye. Suruh balik pun tentu dia tak nak. Jadi terima dengan redha. The thing is, the only clue yang Kak Fa ada untuk diri Kak Fa sendiri, malam sebelum tu tekak rasa kering dan pedih. 


Demam? Kak Fa tak demam. Kak Fa rasa macam biasa jer. Cuma adalah terasa macam belikat tu tu sengal-sengal sikit. Balik Kak Fa terus paksa Mama Kak Fa buat RTK test. Hasilnya? Double-line juga! Confirm. COVID-19 singgah dekat Mama Kak Fa dulu sebab Mama Kak Fa yang demam dulu kan? Masa hari Jumaat tu. 

Nampak tak time-frame dia more or less 2.8 days or 3 days ke Kak Fa. Memang as per saying for Omicron lah kan? Lepas tu, kejutkan Firash dari tidur sambil pakai glove, pakai mask, pakai face shield. Tak der option kan? Buat RTK test pada Firash. Hasilnya negatif. Tapi Kak Fa tak happy dulu tau. Sebab Kak Fa memang dah membaca tentang kadar jangka masa kebolehjangkitan Omicron ni ha. 

Ah sudah...Duk blank memikir, Mommy positif, Nek Ma positif, Firash negatif. Firash jenis melekap. Tak boleh tak ada figura Mommy. Semua ada presence Mommy. Belajar nak Mommy duduk sebelah, makan nak Mommy makan sama-sama, play together, chat together, everything lah. Jenuh juga nak keep distance and beritahu Firash memang tak boleh even sebenarnya dia faham. He can't help to be near. Tu masalahnya. 

Jadi memang kena tahan pakai glove, pakai mask, pakai face shield semua. Perhati Firash from a distance. Dok memikir, macam manalah nak go through untuk Firash selama 7 hari ni ha. At the same time, Kak Fa terus follow step yang klinik dah bagi tau untuk update MySejahtera. 

Mungkin ramai dah tahu, tapi Kak Fa nak kongsi jugalah sedikit sebagai panduan untuk sesiapa yang kurang jelas atau confuse. 

Cara Kemaskini Maklumat Positif Covid-19 di MySejahtera:

Buka aplikasi MySejahtera --> Button "Helpdesk" --> Button "Start" --> Button F: "I am COVID-19 positive and would like to report my results".

Kredit: Dari What's App PKD Kuala Selangor





Lepas tu, update jerlah semua details and upload sekali salinan report test dari klinik yang klinik dah berikan. Sekejapan jer status terus tukar kepada merah. Ha ha ha... Ha kuarantin la ye ikut spesifikasi masa yang telah ditetapkan. Macam Kak Fa - 7 hari sahaja disebabkan positif dan telah menerima dos penggalak. Ok...cuti free dengan pakej COVID-19. 

I really don't know what's waiting ahead but Kak Fa dengan sikap biasa - redah jer. In Shaa Allah. Allah ada. However, Kak Fa memang dah standby Panadol Optizorb, lozenges, pil sakit badan dari pharmacy, ubat batuk, ubat selesema, pil habbatus sauda dan Vitamin C (ini memang rutin Kak Fa). Laju-laju order air kelapa 8 biji dari FoodPanda, bila sampai perah lemon, letak garam, minum kerap-kerap. 

Selasa, 15 Feb 2022



Inilah tarikhnya, inilah tarikh yang paling mendebarkan sebagai positif COVID-19. Pagi-pagi tu, Firash bangun tidur, badan dah panas macam api. Capai termometer -suhu badan 39.4. Berdasarkan pengalaman lalu, mana boleh kalau suhu badan Firash dah 39. Terus ambil RTK test kit, lakukan RTK test pada Firash. Tu dia... double line! Confirm positif. 

Interview Firash dulu tentang apa Firash rasa. He said, Mommy I felt awful, shaky, can't stand and walk and headache. Tindakan pantas, mandikan dengan air mandi tadahan dicampur Young Living Essential Oil - Lemon. Pakaikan singlet lubang-lubang. Terus lupa diri sendiri tengah positif. Mommy kena kuat kan? So kita lupa jap yang kita positif. 

Capai kunci kereta, inform pada Babah Firash yang kami menuju ke CAC Jeram, Kuala Selangor. Sampai di CAC, memang Firash tak boleh jalan. Kena dukung. Jururawat bertugas beritahu, normal untuk kanak-kanak suhu sekitar 39-38 bila dijangkiti Covid. Tetapi selepas 3 hari mereka akan ok. 

Kak Fa percaya cakap jururawat tu sebab anak boss Kak Fa pun dijangkiti COVID-19 seminggu sebelum Firash. Keadaan pun sama. Lepas sehari dua dah melompat sekeliling rumah. Jadi Kak Fa percaya Firash pun sekuat itu. 

Di CAC, mereka lebih menumpukan pada Mama Kak Fa sebab warga emas kan? Lagipun Mama Kak Fa dah berusia 73 tahun. So Mama Kak Fa jenuhlah nak jawab interview. Ha ha ha... Honestly, she's active and she's ok. Alhamdulillah. 

Balik dari CAC - mandikan Firash sekali lagi dengan air mandian campuran Young Living Essential Oil - Lemon. Lepas tu Firash mengadu sakit perut dan muntah. Mungkin sebab angin or tindak balas. Laju-laju juga mula berikan ubat angin, ubat tahan muntah, paracetamol dan antibiotik dari klinik. As prescribed by PAED. 

Masa ni memang dah start oiling Firash dah. Kak Fa sapu jer Young Living Essential Oil - Thieves kerap-kerap bawah tapak kaki Firash. Nampak suhu ada kurangnya. Bermain di sekitar 38. 

Malam tu, tak boleh tahan, Kak Fa consult mak minyak Kak Fa iaitu Dayah. Dayah terus beritahu Kak Fa untuk buat AntiBac Blend untuk sapu pada tapak kaki kami semua kerap-kerap. Cuma tulah masa tu Young Living Essential Oil - Oregano Kak Fa dah habis. Belum sempat nak top-up lagi. Dayah ada 5ml. So Kak Fa beli dari Dayah jer. 

Rabu, 16 Feb 2022

Suami Dayah masukkan Young Living Essential Oil - Oregano yang Kak Fa beli dari Dayah dalam peti surat. Kak Fa terus ambil dan Kak Fa terus blend untuk hasilkan AntiBac Blend. Resipi AntiBac Blend ni boleh tengok dekat bawah ni ya: 



Dah siap, Kak Fa terus sapu bawah tapak kaki sendiri, tapak kaki Firash selepas mandi dan tapak kaki Mama Kak Fa kerap-kerap. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, suhu badan Firash dah turun kepada 36.7. Jururawat dekat CAC dah pesan, kalau lepas 3 hari Firash tak ok terus bawa CAC atau hospital untuk rawatan selanjutnya. Jadi kita ikhtiar mana yang patut. 



Hari ni, Firash dah mula minta nak makan itu, makan ini. Paling dia minta, nak pisang dengan yoghurt CalciYum Fernleaf tu ha. Kak Fa order Grab ajer. Nak buat macam mana, tak boleh nak keluar. Apa yang Firash selera makan, Kak Fa cuba sediakan. Tapi memang Kak Fa paksa Firash minum air kerap. 



Firash dah mula nak tengok iPad, main Roblox dekat laptop, mula nak bercerita. To me it's a good sign-lah kan? Alhamdulillah. Untuk Mama Kak Fa pula, sesekali tekak gatal dan batuk. Tak kerap buat once in a while. 

Kak Fa? Air hidung dah mula meleleh. Selesema sebab menangis malam sebelum tu sebab risaukan Firash sangat. Ha ha ha.... Asbab jer... Tapi memang salah satu simptom selesema kan? Batuk tak ada. Demam pun tak ada. 


Khamis, 17 Feb 2022

Firash dah macam biasa, Mama Kak Fa batuk sesekali. Kak Fa pula tibah hilang bau tapi tak teruk. Laju-laju Kak asyik hidu Young Living Essential Oil - Thieves. Bau. Pulih pula deria bau rasanya seketika. Tapi dia tak adalah on the spot. Kena konsisten hidu jer Young Living Essential Oil - Thieves tu. It doesn't dissappear in a blink of eye ya. Take timelah juga. 

Perut dah mula memulas and mula membuang komposit yang teksturnya cair. Ok, Kak Fa positif yang this is the healing process. Tak lama jer lagi dekat sangat dah ni. Ha ha ha... In Shaa Allah. Yang penting kena keep on being positive and percaya diri. Semangat memang kena sangat positif dan kuat ok. 

Hari Jumaat sehingga Ahad - hari-hari seperti biasa and rutin kami memang tak lekang Vitamin C, habbatus sauda, sup brokoli, air kelapa. Makan tetap makan seperti biasa. Deria bau tu kembali di hari Sabtu. Barulah makan ada rasa. Ha ha ha. For Firash dan Mama Kak Fa, diaorang dah macam normal dah. Tapi still under quarantine lah. 





Ada gelang ke Kak Fa? Kami tak ada gelang. Tapi hari-hari kena update MySejahtera status kesihatan kami di bawah Things To Do. Yang jenuhnya Kak Fa lah nak completekan 10 soal jawab MySejahtera untuk setiap seorang sebab mereka didaftarkan as Kak Fa punya dependent kan. Sehari 60 soal jawab sebab pagi dan petang. Ha ha ha. Rasa jadi doktor pun ya. Check tahap oksigen, nadi, denyutan jantung, tekanan darah. Tapi nak baik kan? Kenalah. 



Tempoh kuarantin Kak Fa sehingga 20 Feb 2022, Mama Kak Fa sehingga 23 Feb 2022 (esoklah last tu) dan Firash sehingga 26 Feb 2022 sebab belum sempat cucuk vaksin lagi kan... Tulah dianya. Bila tak ada vaksin makanya 10 hari kuarantin ya. 

Ini moment 2022 lah ni. Memang akan ingat sampai bila-bila. Syukur pada Allah - sebab it's very mild for Kak Fa dan Mama Kak Fa. Cuma kesian pada Firash masa first day tu sebab first day tu sangat teruk untuk dia. Sobs... Apa pun, syukurlah yang waktu kritikal untuk Firash (hari pertama itu) telahpun berlalu. Moga jangan ada lagi selepas ini. Amin-amin ya rabbal alamin. In Shaa Allah. 

Now nak kena fokus selesaikan apa yang tertangguh dan nak kena fokus dengan urusan kemas-mengemas serta pindah rumah. Doa yang baik-baik ajerlah semoga semuanya berjalan lancar untuk kami sekeluarga. In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. 

Bila dah seminggu letak tepi semua kat ni ke tugasan hakiki dan bukan hakiki. Tu dia jadi loading jap tak tau mana satu nak mula dulu. Dia macam brain fog pun ada ni ha. Ha ha ha.... 

Kat’s Online Learning VSchool – Ini Baru Betul PdPr Next Level

$
0
0


Pengalaman sebenar selama berlangsungnya pandemik, PdPr dan juga penggiliran sesi persekolahan… Saat log masuk jer ke Google Meet, suasana dalam Google Meet tu jadi tidak terkawal. Riuh rendah sampai cikgu pun pening. Ha ha ha… Bukan setakat cikgu, mak-mak, ayah-ayah semua pun pening samalah. Keberkesanan? Kak Fa tak nak komen yang negatif tetapi untuk murid-murid aras rendah, Tahap Satu – jujur Kak Fa nak beritahu, mak ayah memang kena jadi “support system” yang sangat kuat untuk anak-anak dan sudah tentu mak ayah kena main peranan yang besar untuk jadi cikgu kepada anak-anak.

Katakan lah… Dari 10/10 aras kelas Google Meet tu, setuju tak kalau Kak Fa bagitahu yang dari sesi tu sebenarnya anak-anak Tahap Satu ni cuma dapat menyerap dari lingkungan 4/10 sehingga 6/10 jer dengan apa yang disampaikan oleh cikgu? Nak tak nak, kita sebagai mak ayah ni memang kena cari alternatif yang mudah dan efektif untuk support perkembangan pembelajaran anak-anak supaya tidak terus ketinggalan. Kak Fa pun sama jer macam mak ayah dekat luar sana tu ha, senantiasa mencari medium pembelajaran yang bersesuaian untuk Firash. Macam cari jodoh jugalah. Jumpa yang ni tak serasi, jumpa yang tu ada loophole sana sini. 


Akhirnya, Kak Fa bertemu jodoh dengan Kat’s Online Learning VSchool Trend. VSchool – ini baru betul PdPr next level! Terima Kasih Madam Kat perkenalkan. I'm a happy mom now!Ok jom sambung, Nak tau kenapa Kak Fa katakan begitu? Tetapi, sebelum tu, apa kata korang pergi cari keropok, popcorn, dan port yang selesa untuk duduk dan baca cerita Kak Fa ni baris demi baris. Tak baca baris demi baris mana nak faham jalan cerita kan? Mana nak tau kenapa Kak Fa beria sangat nak berkongsi tentang VSchool Trend ni. 



Pernah dengar berkenaan dengan VSchool Trend tak? Pernah? Tak pernah? – Ok, no hal. Meh sini Kak Fa nak khabar ni… VSchool merupakan satu platform pembelajaran secara atas talian yang tidak membosankan! Itu yang penting ya, dengan apa yang Kak Fa nak sampaikan. Kenapa Kak Fa kata tidak membosankan? Sebab isi kandungan pembelajaran di VSchool ni telah ditambahbaik kandungannya dari segi “interface” di mana platform VSchool ini mengandungi bahan-bahan pembelajaran yang berbentuk animasi yang menarik, nota berwarna, kamus bergambar, kad imbas dan banyak lagi.



Kak Fa kongsi ni sebab Kak Fa rasa ianya bakal memberi manfaat kepada semua ibu bapa dan juga anak-anak di luar sana tidak mengira peringkat usia ya. Sebabnya – VSchool Trend bukan terhad untuk kanak-kanak Tahap Satu seperti Firash jer, tetapi ia juga untuk kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah serta sekolah menengah. Bermaksud, VSchool ini adalah platform pembelajaran untuk semua peringkat usia.

Tentang silibus pembelajaran, ibu bapa tak perlu risau sebab semua kandungan pembelajaran di dalam platform VSchool Trend adalah mengikut buku teks dan silibus yang diajarkan di sekolah. Jadi tidak timbul sebarang isu di mana anak-anak akan tersimpang dari pembelajaran sekolah yang sebenar. Dari pemerhatian Kak Fa selama beberapa bulan ni dengan VSchool Trend, Firash lebih mudah faham bila dah dapat sokongan dari VSchool tau. Sebab tulah, Kak Fa rasa bila Kak Fa cerita tentang VSchool ni, ia mungkin dapat membantu anak-anak lain di luar sana juga. 

Semuanya hasil dari platform VSchool yang betul-betul memberi impak kepada Firash. Contohlah ya, Kak Fa tunjukkan:


VSchool cover subjek-subjek seperti yang tertera di atas iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, Sains dan juga mengandungi Kamus Bergambar. Apa yang menarik adalah, di dalam setiap subjek disediakan nota yang mudah difahami dan diperkukuhkan lagi dengan video animasi untuk memberikan lebih kefahaman kepada anak-anak.


Macam Firash kan? Firash ni merupakan “kineshetic learner”. Makanya, dia akan cepat bosan kalau semuanya berdasarkan membaca teks yang terlalu panjang. Dengan VSchool, disebabkan ada ciri-ciri ekstra seperti kamus bergambar dan juga video animasi, Firash lebih berminat untuk “stay put” lebih lama dari kebiasaan untuk mengikuti pembelajaran. 


Macam Kak Fa katakan terlebih awal di dalam entri ini, kesemua kandungan di dalam VSchool adalah berdasarkan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”). Buktinya tengok paparan di atas yang Kak Fa sediakan.  


Kak Fa nak tambah sedikit, selain nota-nota, latihan-latihan, di dalam portal VSchool ini sendiri terdapat koleksi kertas-kertas peperiksaan tahunan yang boleh digunakan oleh anak-anak untuk sesi pengukuhan dan juga latih tubi. 



Firash sendiri boleh track progress pembelajaran sendiri dan Kak Fa pun ada satu pautan log masuk untuk Kak Fa track progress pembelajaran Firash. Jadi dari sini, mudahlah Kak Fa nak kenalpasti di manakah kelemahan Firash yang perlu diberikan perhatian dan perlu lebih latihan untuk perkembangan pembelajaran yang lebih efektif.



Yang Kak Fa suka – Firash dan Kak Fa boleh menggunakan portal VSchool ni bila-bila masa dan di mana jua berada dengan hanya menggunakan apa-apa sahaja gajet yang available. Tak kira, telefon, tablet, atau komputer riba sekalipun. Dalam kereta pun boleh belajar ok? Memang sangat convenient. Macam Kak Fa ni yang senantiasa terkejar-kejar ke sana dan ke mari, sambil-sambil tunggu traffic light tu bertukar warna hijau pun boleh sempat lagi sneak peek progress Firash melalui telefon. 


Glad that I’ve found VSchool Trend lah sebenarnya. Sebab dengan adanya VSchool ni sebenarnya dah banyak memudahkan kami berdua beranak dan memang dah banyak sangat membantu Firash. That’s why kak Fa memang kuat sangat rasa nak kongsi di www.bubblynotes.com



Dengan adanya ciri-ciri seperti nota berwarna dan video, latihan yang banyak dan sentiasa dikemaskini, contoh-contoh ujian daripada sekolah berkualiti, mengikut silibus sekolah, permarkahan automatic, nota yang boleh dimuatturun, penulisan serta contoh karangan – Pandangan peribadi Kak Fa, inilah platform pembelajaran atas talian yang paling lengkap setakat ini yang Kak Fa pernah jumpa. 



If you would like to try this out, just contact Madam Kat yang sangat friendly ni dan dia akan bagitau semua info-info berkenaan dengan VSchool Trend. Sajalah Kak Fa nak kongsi, sekarang ni ada PROMO tau. Boleh cuba 5 hari (FREE TRIAL AVAILABLE), plus dapat KAT’S LUCKY KIT lagi. Berbaloi kan?! Apa tunggu lagi? 


Untuk Maklumat Lanjut:
Whatsapp Madam Kat +6014 699 8619

Klilk Link àhttps://linktr.ee/katsonlinelearning

Laman Facebook & Instagram Kat’s Online Learning (VSchool Trend)

Sama-Sama Kita Isikan Ramadan 2022 Dengan Menyertai OderFood Melalui Kempen Ramadan Al-Khair oleh Syria Care Malaysia

$
0
0

Keadaan di Malaysia ni kan... setiap kali tiba Ramadan mesti meriah dengan makanan kan? Macam-macam jenis makanan yang keluar di bulan Ramadan. Ramai juga yang sakan berkongsi juadah yang dibeli dan disediakan di dalam platform medsos masing-masing. Macam-macam resipi, macam-macam jenis lauk pauk. Itu hak individu masing-masing. Tak salah pun, cuma Kak Fa ni jer yang paling jarang nak kongsi gambar-gambar makanan iftar Kak Fa di medsos. Bukan tunjuk baik mahupun acah-acah tak nak kongsi, cumanya hati Kak Fa ni tak sampai. Kecuali yang melibatkan kerja-kerja bukan hakiki Kak Fa lah kan. 

Kak Fa terkenangkanlah kan, kalau-kalaulah Kak Fa kongsi makanan yang macam-macam di dalam medsos Kak Fa dengan tujuan sekadar pemberitahuan apa juadah yang Kak Fa sediakan untuk iftar...Kalaulah so happen yang nampak tu mereka-mereka yang kurang atau tidak berkemampuan disebabkan faktor peribadi masing-masing, terliur mereka ternampak...tak ke Kak Fa rasa bersalah tanpa Kak Fa sedari? Huuu... Al-maklumlah sejak pandemik Covid-19 melanda ni, ramai yang terjejas kehidupan mereka. 



Itu dalam Malaysia. Tambah lagi imaginasi Kak Fa ni membayangkan mereka-mereka yang berada di Syria contohnya. Nampak muka comel-comel kanak-kanak Syria tu. Allahu... Terusik hati Kak Fa. Silap hari bulan boleh jadi tak lalu nak makan. Kita makan sedap-sedap tetapi mereka? Faham tak apa yang Kak Fa rasa. Memanglah tak banyak sebagai individu biasa yang Kak Fa boleh lakukan. Tapi kan... 

Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama jer lagi ni, Kak Fa nak ajak sama-sama kita isikan Ramadan 2022 dengan menyertai OderFood melalui Kempen Ramadan Al-Khair oleh SyriaCare Malaysia. Ini Kak Fa ajak sama-sama Kak Fa ni ke arah kebaikan ni. Nak tak nak terpulang masing-masing. Kak Fa sampaikan ajer tau. Tapi kalau lagi ramai ikut Kak Fa menyertai kempen ni, lagi bagus. Alhamdulillah. 


Walaupun Kak Fa kelam kelibut dengan urusan pindah rumah kebelakangan ni, baru-baru ni, Kak Fa sempat meluangkan masa untuk menyertai pelancaran OderFood menerusi Kempen Ramadan Al-Khair oleh Syria Care Malaysia di Shah Alam. For a good cause kan? Why not? 



Apa yang Kak Fa nak kongsi adalah di mana OderFood ni adalah merupakan penyediaan makanan berbuka puasa untuk rakyat Syria (pelarian) yang hidup di dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Makna cerita, bila anda menempah makanan OderFood ni, bukan anda dapat makanan ya. Tempahan anda itu akan terus disalurkan ke Syria. Tak perlu susah-susah nak buat apa-apa pun. 


Cuma lakukan tempahan melalui platform OderFood dengan hujung jari anda sahaja melalui:



Selepas itu, yang lain-lain akan diuruskan untuk anda. Mudah kan? Tak susah pun kan? Zaman digital ni nak bersedekah, nak buat amal jariah dengan hujung jari pun boleh. Jadi jika ada kemampuan tak banyak sedikit tu, tak ada alasan untuk kita tidak menyumbang kan? 

Terdapat dua pilihan tempahan untuk anda yang berminat di mana:

Pilihan Pertama:
Satu set iftar berharga RM15.00 yang boleh memberi makan untuk tiga orang. 

Pilihan Kedua:
Pakej berharga RM150.00 yang mengandungi beras, gula, teh, pes tomato dan lain-lain barang keperluan untuk satu keluarga. 


Kempen ini sebenarnya telah dimulakan sejak Februari 2022 yang lalu dan menurut Pengerusi Syria Care Malaysia, Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki, kempen ini menyasarkan kutipan RM4.2 juta yang bakal memberi manfaat kepada 720,000 orang pelarian. Setakat ke hari ini, kutipan bagi kempen ini baru sahaja mencapai 20% dari sasaran yang telah ditetapkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu. We need more people, we need more! Setakat ini, hanya 400 set iftar sahaja yang boleh disediakan sehari berbanding 2,000 set pada tahun lalu! 

Semua orang faham, Kak Fa pun memang sangat-sangat faham. Pandemik has affected us a lot! Tapi In Shaa Allah, simpan tidak kaya, bagi tidak miskin... In Shaa Allah, lebih banyak kita memberi, akan datang rezeki lain untuk kita. Jika tidak banyak sedikit pun telah memberikan makna yang sangat besar kepada insan-insan yang sangat memerlukan. 

Masih belum terlewat dan masih sempat lagi kita menyumbang. In Shaa Allah, Kak Fa sendiri akan cuba menyumbang lebih dari sekali untuk Syria. Untuk yang telah menyumbang, Alhamdulillah, semoga yang baik-baik untuk anda dan semoga anda dimurahkan lagi rezeki oleh Allah SWT. Amin-amin ya rabbal alamin. 

LOUISA SCARF Tudung Printed Bidang 45 Yang Cantik-Cantik, Selesa dan Breathable

$
0
0

Perkara yang jarang-jarang berlaku adalah Kak Fa menampilkan diri dengan tudung printed atau bercorak. Memang sesiapa pun susah nak nampak Kak Fa mengenakan tudung printed atau bercorak. Kak Fa orang yang plain... se-"plain" orangnya gituh. Cuma kali ini disebabkan LOUISA SCARF tudung printed bidang 45 yang cantik-cantik, selesa dan breathable, Kak Fa saja nak ubah selera. 

Semua ni berlaku tanpa dirancang tau. Nak dijadikan permulaan jodoh Kak Fa dengan LOUISA SCARF ni, 5 Mac 2022 hari tulah. Kak Fa skrol medsos Kak Fa. Tibah Kak Fa ternampak posting LOUISA SCARF sewaktu mereka melancarkan 4 siri tudung printed terbaru dari LOUISA SCARF pada hari tersebut. 

Tengok-tengok, ehhh, macam cantik pula ni... Ha ha ha... Ibarat terbuka hati untuk menerima pinangan tudung printed LOUISA SCARF, Kak Fa pun laju-laju ke laman web jualan atas talian mereka untuk mengenali dengan lebih rapat lagi LOUISA SCARF. Iyalah, sebelum terima pinangan kenalah kenal hati budi dulu kannn? 


Memanglah cantik-cantik pilihan yang ditawarkan oleh LOUISA SCARF. Paling menarik bila mana setelah Kak Fa mengenali hati budi LOUISA SCARF ni... Tudung-tudung yang telah dilancarkan di bawah koleksi SARAH, ZIYAN, LAURA dan AAYRA kesemuanya adalah merupakan dari material Matte Satin Silk, Bidang 45 dan diperbuat dari Flowy Material. 

Mula-mula, Kak Fa cuci mata dengan koleksi SARAH:


Memang untuk yang suka corak floral akan tertarik dengan koleksi SARAH ni. Untuk Kak Fa, Kak Fa ok with the design tetapi Kak Fa mencari lagi. Yerlah, ada 4 koleksi kesemuanya kan? Takkan tak nak tengok yang lain kan? Itu yang membawa Kak Fa kepada koleksi ZIYAN:

Bila tengok koleksi ZIYAN, Kak Fa dah mula merangka-rangka padanan koleksi ZIYAN dengan wardrobe Kak Fa. Ha ha ha... Macam mana tu? Sambil tengok sambil berangan. Macam nak kena beli semua jer? Beralih pula kita kepada koleksi LAURA.



Koleksi LAURA ni sweet habis! Terus terbayang penampilan diri dengan gaya sweet-sweet gituh. Alahaiii terasa remaja kembali ni kalau pakai koleksi LAURA ni. Ha ha ha... Dan paling akhir sekali koleksi AAYRA. Gaya oriental. 


Ini memang Kak Fa sangat kuat keinginan nak ada sekurang-kurangnya sehelai. Disebabkan kehendak yang kuat tu kan... Ha ha ha... Akhirnya sampai ke tangan Kak Fa! 


Sampai-sampai jer parcel, tak sabar. Lepas ambil jer dari tangan penghantar, terus masuk bilik, terus buka parcel dengan kadar sesegera mungkin. Rakus betul. Ha ha ha... Tengok kotak LOUISA SCARF, memang eksklusif. Memang Kak Fa sukalah kan? Sebab Kak Fa ni suka jer nak kumpul kotak segala bagai tu ha. Tabiat dari zaman sekolah lagi. Sampaikan bising Mama Kak Fa sebab Kak Fa suka sangat kumpul kotak. Entah kenapa entah. 

Bila dah buka, terus in love dan terus terasa yang memang Kak Fa tak salah pilih warna ni. Oh yes, by the way, warna yang Kak Fa pilih dan beli ni adalah AAYRA SQUARE - Nude. Warna-warna beige, nude, sand - memang warna-warna yang Kak Fa suka. Dua tiga kali Kak Fa tengok warna AAYRA SQUARE yang Kak Fa beli ni. Rasa macam jatuh cinta sangat. Ha ha ha...


Jahitan LOUISA SCARF memang sangat kemas, neat baby seam - bukan jenis tudung biasa-biasa yang macam asal boleh janji siap. Eh pernah tau, Kak Fa experience beli tudung yang jahitan tak senonoh. Menyesal gila waktu tu. Tapi yang ini, confirm sesiapa pun tak menyesal. Dah unboxing haruslah kena cuba kan? Cuba dulu sekali, lepas tu taulah Kak Fa nak pairkan dengan outfit mana nanti. 


Fabrik LOUISA SCARF adalah tidak mudah berkedut dan tidak jarang. Itu yang Kak Fa suka dan bila bidang 45 ni, mudah kita nak belit sana, sini atau stail-kan mengikut kehendak kita. Tambah Kak Fa happy bila Kak Fa rasa tak panas and awning on point. Tak susah nak bentuk. Serius. Pssttt, Kak Fa cuba juga pakai tanpa anak tudung tau... Dan ianya tak melorot pun sepanjang Kak Fa cuba tu. Oklah tu kan? Kot kalau emergency boleh juga sauk LOUISA SCARF ni and nampak steady presentable lagi in case of emergency. Ha ha ha... 

Eh, Kak Fa cerita banyak-banyak pun kalau anda tak mencuba sendiri pun anda tak boleh nak really experience apa yang Kak Fa beritahu ni. Helok sangatlah kalau anda lawati laman web atas jualan LOUISA SCARF dan grab sehelai dua untuk experience sendiri apa yang Kak Fa cerita ni. And juga boleh dapatkan terus secara fizikal di Ostia Bangi. 

Kak Fa ni jarang nak cerita tentang apa yang Kak Fa pakai, melainkan Kak Fa rasa, ni kena kongsi ni. Ha ha ha... Tu kalau Kak Fa dah kongsi tu, maknanya memang Kak Fa nak semua orang cuba sama-samalah tu. Sebab Kak Fa rasa ini mungkin yang orang tercari-cari. 

Kebetulan tu saja Kak Fa nak beritahu, sekarang ni LOUISA SCARF sedang menganjurkan promosi di untuk Square Matte Satin Silk di mana jika anda BELI SATU, PERCUMA SATU HADIAH, BELI DUA, PERCUMA DUA HADIAH, BELI TIGA PERCUMA 3 HADIAH + KOTAK EKSKLUSIF. 

Untuk Maklumat Lanjut dan Pembelian:



Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC Dengan Wajah Baru serta Nafas Baru!

$
0
0

 

Khusus untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, yang merancang untuk mempunyai atau menambah cahaya mata, yang bakal menimang cahaya mata dan juga mak-mak dan ayah-ayah sekalian di Malaysia. Ini khusus untuk anda ok? Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC dengan wajah baru serta nafas baru! Penting untuk anda cakna tentang informasi ini. 

Kak Fa nak kongsi cerita bahawasanya MDC ASIA LINK BERHAD, sebuah syarikat yang terbabit di dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia telah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan melalui pembukaan semula secara rasmi Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansara, Selangor bermula 20 Mac 2021. 

Just so you know, pada ketika ini, MDC ASIA LINK BERHAD mempunyai lebih dari 14 rangkaian klinik pergigian yang dikenali sebagai My Dental di sekitar Lembah Klang, farmasi serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif "Digital Health Citizen" (DHC). Alaaa... kalau lalu-lalu dekat mana-mana mesti ada terperasan My Dental ni. Kak Fa sendiri pun terperasan juga beberapa kali, cuma belum sempat menyinggah jer lagi. Sikit hari lagi. Nak bawa juga Firash ni untuk rawatan pergigian Firash. 

Berbalik kepada pengisian cerita Kak Fa pada kali ini, Kak Fa sebenarnya kagum dengan usaha MDC ASIA LINK BERHAD ni tau, sebabnya menurut Dr. Hj. Aslan Bacho, dengan berkonsepkan "Beyond Healthcare" iaitu melangkaui dunia kesihatan, MDC ASIA LINK BERHAD mempunyai visi ke arah menjadi "A Leading HALAL Healthcare Solution Provider in Southeast Asia" ataupun di dalam bahasa mudahnya peneraju HALAL di dalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. 

Kak Fa kagum sebab visi mereka adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang betul-betul HALAL. Macam mana? Anda kena habiskan pembacaan cerita ini dan juga ambil sedikit masa untuk menjejakkan kaki anda ke Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC. Konsep menarik untuk hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang. 

MDC sebenarnya looking at few potential hospital untuk diambil alih atau mengambil sebahagian besar kepentingan di dalamnya. The launching event yang Kak Fa ikuti tempoh hari telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun. 





Apa yang Kak Fa dapat tahu adalah perkhidmatan yang ditawarkan adalah pada harga yang berpatutan selain memberikan keselesaan kepada para pelanggan. Itu yang kita nak kan? Perkhidmatan kesihatan dengan harga berpatutan dan kita rasa selesa, seronok dan yakin. Memang ini yang kebanyakkan dari kita tercari-cari. Harga mampu milik! Nak-nak lagi dengan situasi ekonomi semasa di mana kebanyakkan orang sememangnya struggle. Bagus bila ada pilihan perkhidmatan perubatan seumpama ini. 

Perkhidmatan Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC di bawah wajah baru serta nafas baru ini adalah komprehensif di mana Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansara akan menjadi cawangan flagship kepada operasi kumpulan yang lain dari segi pengurusan operasi dan reka bentuk dalaman serta luaran. 


Fokus utama Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansara adalah penjagaan kesihatan yang holistik di samping memberikan kesempurnaan kepada menyambut kelahiran Little Caliphs ke dunia ini. Tidak terhad kepada sambutan kelahiran, tetapi di dalam perancangan semasa, akan terdapat kepelbagaian di dalam perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansaran di dalam menjadikannya sebagai hospital yang komprehensif di dalam bidangnya. 

Kak Fa kongsi sedikitlah ok? Di antara tarikan utama yang akan diperkenalkan adalah Pusat Berpantang Ibu Selepas Bersalin yang dinamakan sebagai The Sanctuary - PUSRAWI di mana ianya akan menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi, yang bakal menjadikan urusan lebih mudah dan selesa. Bermula dari perkhidmatan bersalin sehinggalah habis tempoh berpantang. Wohooo syok habis nih! Belum ada lagi hospital setakat ke hari ini yang menawarkan perkhidmatan seumpama ini. 

Yang lain-lain, antara perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansara adalah seperti:

  • KLINIK OBSTETRIK & SAKIT PUAN
  • KLINIK PEDIATRIK
  • KLINIK FERTILITI & PERANCANG KELUARGA
  • KLINIK KESIHATAN & PEREMAJAAN WANITA
  • WAD BERSALIN 24 JAM
  • BILIK PEMBEDAHAN 24 JAM
  • PERKHIDMATAN EPIDURAL
  • PERKHIDMATAN AMBULAN
  • KHATAN BAYI LELAKI & PEREMPUAN
  • PENDIDIKAN PENYUSUAN BAYI
  • SONOGRAFI IMBASAN TERPERINCI & IMBASAN 3D/4D

Barisan doktor pakar di Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC pula adalah terdiri daripada: 

  • OBSTETRIK & GINEKOLOGI
  • SAKIT PUAN
  • PEDIATRIK (KANAK-KANAK)
  • ANETHESIOLOGIST (BIUS)
  • KESIHATAN AWAM & PEREMAJAAN WANITA.

Makanya, anda yang berkaitan dah boleh mula jejak kaki, tanya-tanya, buat survey supaya persiapan anda lebih teratur dan tersusun. Secara peribadi Kak Fa rasa, Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC ni memang patut anda ambil tahu dan letak di dalam senarai pilihan perkhidmatan perubatan anda untuk tujuan yang berkaitan. 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda di luar sana! 

UiTM - Welcoming the New Semester

$
0
0

Ingatkan Semester 4 tu dah paling mencabar untuk Kak Fa teruskan semester and survive, sebab semasa Semester 4 tu Kak Fa warded selama dua mingga dengan pakej Bone Marrow Test sekali. Rupa-rupanya Semester 5 lagi mencabar noks! Sampaikan rasa macam trauma pula nak welcoming the new semester ni! Tak putus-putus berdoa dalam hati ni supaya Semester 6 tak ada lagi yang bukan-bukan. Seriau oiii...


Rasanya walaupun Semester 5 ni cuma enrolled dua courses tetapi iaitu Strategic Management dan juga Compensation and Benefits tetapi cabarannya tersangatlah hebat. Ingatkan bila dah kurangkan courses for last semester boleh bertenang sedikit dan bolehlah menghadapi perjalanan itu dengan smooth. Smooth pada permulaan tetapi pada hujung-hujung? Ha ni kisahnya. 


Perkara terjadi hujung-hujung semester...Masa tu lah sibuk dengan group assignment, case study dan juga final assessment, masa tu jugalah kejadian yang sebenarnya tak terfikir pun akan berlaku, berlaku juga kepada Kak Fa. Kalau ikutkan dalam planning, lagi dua tahun baru terjadi tetapi tak sempat dua tahun dah terjadi. Muahahaha... Bukan kita yang tentukan kan? Kalau dah nak jadi mana boleh nak tahan-tahan. 


Ingatkan selepas cucuk booster AstraZeneca tanpa kesan sampingan tu dah cukup besar rahmat dari Allah SWT. Sebab dapatlah lalui requirement hujung semester dengan smooth kan? Rupa-rupanya... Itu sebab orang kata kalau sebelum apa-apa jangan cepat sangat meloncat... Jangan suka-suka sangat, nanti menangis. Huuu.... Never learn a lesson kan? Manusia macam nilah tak lari dari khilaf. 


Cabaran pertama hujung Semester 5 memang kenot brain. Sakitnya tuh di sini masih lagi terasa sampai ke hari. Cabaran pertama tu bukan setakat memberi impak kepada hujung semester tetapi membawa ke kerja hakiki, kerja bukan hakiki. Betul-betul cabaran pertama tu menghuru-harakan kehidupan Kak Fa betul. Bukan tak terima dengan redha, tapi tak patut pun diperlakukan sebegitu rupa. Memang masa tu terasa semak dan serabut kepala dengan hamba Allah itu. 


Cabaran kedua? Group assignment - cabaran biasa bila ada free rider yang ghosting nih bila bergelar pelajar dan berkeperluan untuk menghasilkan assignment secara berkumpulan. Memang setiap group assignment Kak Fa akan jadi compiler, proof read, restructer words, video editing and submission. Ni memang part Kak Fa oiii...Sebab Kak Fa memang nak pastikan semuanya perfect. Tak mengeluh pun part ni, cuma unresponsive team member and ghosting team member ni yang rasa nak meletops! Tau tak? Sepanjang seminggu Kak Fa tidur pukul 3 pagi. Kalau team member unresponsive or ghosting tu ok sejuklah jugak hati ni kan? Ha ha ha... 


Nak tak nak - Kak Fa take up the initiative to settle juga dengan team member yang lain. Kak Fa jenis, I don't mind to do it but be with me along the completion journey. At least taklah Kak Fa terasa korang memang acuh tak acuh dan cuci tangan jer dari group assignment tu kan? Fair enough-lah kan, walaupun mungkin ada yang berpendapat tu pun dah berat sangat dekat bahu Kak Fa tu. Muahahaha... Eh tak tau ke? Kak Fa ni kaya dengan sifat pemurah dan baik hati. Bukan Kak Fa cakap! Tapi my BFFs yang cakap. Suka telan jer sampai makan diri sendiri. Gituhhh... 


Cabaran ketiga? Februari 2022 - Covid-19 akhirnya say hye! - Ini memang tak boleh nak kata apalah kan? Dah tersurat serta tersirat. Kena terima seadanya. Terasa genting sangat ke situasi pada waktu dan ketika itu. Bukan setakat Kak Fa sorang tetapi termasuk dengan Mama Kak Fa dan Firash sekali. Paling tak boleh tahan hati ni bila kena tang Firash. Malas nak cerita balik tapi bolehlah baca cerita Covid-19 ni dalam entri Kak Fa sebelum ni. Ada Kak Fa share hari tu. 


Nampak tak rentetan peristiwa demi peristiwa tu? Dia ibarat bertimpa-timpa, lepas satu-satu, lepas satu-satu. Tapi dok husnuzon jer dalam hati ni. Mungkin Allah SWT nak bagi sesuatu yang lebih baik lagi selepas ini. Nak marah tapi kena sabar, nak marah tapi kena sabar ha macam tulah. Tapi jujur Kak Fa cakap Semester 5, Kak Fa rasa sangat terganggu dekat hujung-hujung semester. Sobsss...Kesian Kak Fa kan? Tangisan dalam senyuman kata Farah Breep Breep kan? Ha ha ha... 


Terasa cepat sangat Semester 5 berlalu. Memang sangat-sangat cepat tapi part-part hujung perghhh terasa seksa benar. Nak pujuk dan sedapkan hati - masa konvo tu akan jadi saat paling manis gituhhh. Makanya, jomlah kita lupakan apa yang di belakang dan pandang ke hadapan. 


Keputusan Semester 5? Alhamdulilah. Masih lagi genggam pointer 3.00 ke atas cuma GPA Kak Fa drop sikit untuk Semester 5 dan CGPA Alhamdulillah masih kekal untuk posisi Dekan tu. Syukur sebab even Kak Fa terpaksa lalui macam-macam tekanan sewaktu Semester 5 tu, Kak Fa still manage to go through it. Semua perkataan boleh masuk, struggle, juggle, hustle like mad... But seriously it is very extreme. Sampai kena attack anxiety Kak Fa korang ni oiii... Tapi malas nak elaborate lebih-lebih cerita ni. 



Nak keluarkan result pun satu hal juga... Ha ha ha...Disebabkan macam-macam Kak Fa tak boleh nak bayar yuran semester pada waktu yang ditetapkan semasa Semester 5. Bayar yuran sehari sebelum result keluar. So? Sewaktu hari result keluar tu... Kau melopong jerlah tunggu pihak Bendahari Uni release result ko dalam tempoh 48 jam dari bayaran. Memang naik lenguh jari menelefon office Bendahari tu bagi tau dah settle bayaran and minta release result. Muahahaha... Tragis betul Semester 5 Kak Fa. 


Hasilnya tengah trauma dan fobia juga ni nak mulakan Semester 6 sebab Kak Fa masih terbayang-bayang atas insiden-insiden Semester 5. Tapi hidup tetap perlu diteruskan juga ya tak? Jadi kita ambil pendekatan menggunakan konsep biasa...Kita redah jangan tak redah. Kalau tak hidup ni tak fun lah kan? Flat ajer pun bosan juga. Ingat Fa ingat...Allah uji sebab Allah tahu you mampu go through all this and because Allah sayang dan ingat pada you Fa. Feel lucky that you insan terpilih. Ha gituh nak inject positive vibes dalam diri and surroundings ok? 


Untuk Semester 6, Kak Fa still ambil dua courses juga. This time around Kak Fa pick-up Human Resource Development dan Personal Development and Ethics. Ha kita belajar tu pula semester baru ni ya. Sekarang ni tengah sibuk kumpul reading resources and buat courses background research lah sikit sebelum kelas pertama. Buat preparation awal sebelum masuk ke kelas pertama and syukur jugalah sebab masih lagi dalam mod pembelajaran ODL. Jujur orang lain mungkin tak prefer ODL, tapi Kak Fa yang sana sini sinun sibuk memanjang ni prefer ODL. 


Oklah...welcome new semester, semoga baik-baik sahaja serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Kak Fa nak kena kerja keras sikit dengan pakej hustle and struggle this new semester. Kena pulun balik untuk naikkan kembali GPA dan naikkan lagi CGPA tu. In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. 

Confirm Letops Raya 2022 Dengan Tudung Cotton Turki Wany Hasrita!

$
0
0

Lama sungguh tak shopping Raya! Starting dari tahun 2020 bila mana Covid-19 mula beri salam di Malaysia, diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakkan, sambung pula dengan pemotongan gaji dan tiada bayaran bonus tahunan...Fuhhh...Memang lama sungguh tak shopping Raya. Kalau ada pun beli sikit-sikit untuk Iman Firash jer supaya dia beraya walaupun di dalam pandemik. 


Kak Fa? Kak Fa recycle jerlah apa yang ada dalam almari Kak Fa tu. Ok jer... Tapi teringin juga sebenarnya nak shopping Raya. Ha ha ha... Biasalah orang perempuan kan? Tahun 2022 ni ingat nak jugalah shopping Raya untuk diri sendiri. Tibaaa...Baru pasang niat, skrol sana sini... Ternampak pula Wany Hasrita first Tudung Cotton Turki Collections for Raya 2022. Confirm letops Raya 2022 dengan Tudung Cotton Turki Wany Hasrita! - Getus Kak Fa di dalam hati lah ni. He he he... 


Eh... tapi sungguh...memang onz tau Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni. Ada few variation tapi kesemua variation ni buatkan Kak Fa rasa nak grab jer semua. Di antara koleksi Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni adalah:


Bursa Blossom



Marmaris Bold




Enes Luxs



Istanbul Spring



Izmir Vintage




Sajalah nak tanya - menarik tak? Menarik kan? Tipu sangat kalau kata tak menarik. Semua koleksi ni kan Kak Fa dah siap bayang-bayangkan macam mana nak gayakan semasa Raya 2022 ni nanti. Kak Fa ni sebenarnya tinggal nak pilih warna dan kemudian padankan dengan Baju Raya jer nanti. Ha ha ha... Pilih Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni dulu selepas tu baru pilih tema warna Baju Raya untuk Tahun 2022. Ha h aha... Bunyi macam sakan sangat nak beraya nih! Walhal, tak ke mana pun planning Raya. Sekadar meraikan dan nak buatkan Firash rasa seronok jer. Kak Fa ni sejak-sejak arwah Papa Kak Fa meninggal beberapa tahun yang lalu, Kak Fa dah kurang rasa teruja nak beraya tu dah. Sekadar nak up kan Firash jer. Supaya dia rasa seronok. 


Ok... yang paling penting kenapa Kak Fa jadi tersuka dengan Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni adalah disebabkan ianya menggunakan fabrik cotton istimewa Turki yang dibawa khas daripada Turki, Didatangkan di dalam bidang 50' dan 55'. Lebar tu senang nak pusing kiri kanan belit. Memang menariklah. Lagipun harga yang ditawarkan masih mampu beli iaitu RM89 sahaja sepasang. 


Kak Fa belum beli lagi pun Kak Fa dah yakin ni akan jadi pilihan yang tepat sebab ini adalah merupakan Tudung Cotton Turki Wany Hasrita oleh Bidadari House. Sepanjang pengalaman Kak Fa sebagai pemakai tudung keluaran dan jualan Bidadari House, tudung-tudung yang dipasarkan oleh Bidadari House memang sangat berkualiti dan paling penting selesa. 






Setiap satu koleksi didatangkan dengan 6 pilihan warna serta corak yang menarik. Unik pada mata Kak Fa. Awning on point, tidak melekap, tidak jarang, senang dibentuk, mudah digosok, sejuk dan selesa, itu semua ciri-ciri yang Kak Fa nak bila Kak Fa lakukan pemilihan tudung. Al-maklumlah Kak Fa ni kalau bab pemakaian memang cerewet. Biar jarang-jarang membeli tapi puas hati serta selesa bila memakai. Itu prinsip Kak Fa. 


Yang menjadikan Kak Fa bertambah teruja adalah bila mana terdapat kombo pembelian yang ditawarkan oleh Bidadari House. Orang perempuan kan? Bila ber-shopping ni, bab-bab kombo ni dia paling sukalah kaedahnya. Iyalah... beli kombo dapat harga istimewa lepas tu dapat banyak pasang pula. Mana tak suka kan? 




Anda rasa? Mau taknya Kak Fa jadi tak sabar nak add to cart? Ha ha ha...Dah add to cart dah pun... Bila dah add to cart...Selepas itu? Selepas itu nampak pula koleksi Tudung Cotton Turki Wany Hasrita di dalam variasi plain. Plain! Itu memang favourite Kak Fa. Kak Fa memang majoriti tudung plain jer. Ada 30 jenis rekaan plain sahaja ok? Macam-macam warna ajer. 


Dengan tawaran pembelian kombo, dengan pilihan variasi yang pelbagai dan banyak. Kak Fa serius rasa ini adalah di antara pembelian Kak Fa yang paling bijak sehingga ke hari ini. He he he... Eh... jomlah kita borong Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni. Sama-sama cantik, sama-sama selesa di Hari Raya 2022 ni. Dah lama tak sambut Raya yang betul-betul Raya kan? Apa salahnya sesekali untuk diri sendiri ke? Untuk adik-beradik ke? Untuk mak ke? Kannn? Mak Mertua pun boleh you alls! 


Berita menyeronokkan Kak Fa nak kongsi, mehlah kita sama-sama dapatkan RM10 Diskaun istimewa untuk Tudung Cotton Turki Wany Hasrita untuk Raya 2022 dengan mengisi makluma di pautan: https://www.bdr.house/BHRM10Raya


Koleksi Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ini boleh didapati di https://www.bidadarihouse.com dan juga Shoppe Malaysia. Ataupun boleh walk in ke Bidadari House di 58-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Maklumat Lanjut:

Bidadari House


#TudungCottonTurkibyWanyHasrita #TudungCottonTurki #WanyHasrita #Raya2022

KITSUI GLOW SAKURA Sarang Burung Walit/Royal Bird Nest, Tingkatkan Aura Wajah Secara Semulajadi dengan Formulasi dari Korea

$
0
0



Bila sebut tentang KITSUI – Kak Fa bukan amatur ok? Ha ha ha… Kak Fa pengamal KITSUI VITA C+ SHINE dan juga KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE serta KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX. Terkini… Kak Fa kini konsisten dengan pengambilan KITSUI GLOW SAKURA Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest yang meningkatkan aura wajah secara formulasi dari Korea. Yang terkini ni yang membuatkan Kak Fa teruja sangat nak berkongsi supaya kita semua boleh terus-menerus sama-sama cantik, sama-sama sihat.


Dah pernah dengar ke belum tentang KITSUI GLOW SAKURA? Kalau belum dan kalau rasa-rasa nak kulit glow sehingga setiap mata yang memandang akan terpesona, sila teruskan pembacaan anda mengenai KITSUI GLOW SAKURA di dalam entri Kak Fa pada kali ini. Siapa yang malas nak membaca sehingga ke hujung cerita, rugilah terlepas maklumat penting dan mungkin memberi sejuta satu manfaat kepada anda yang sedang mencari-cari produk yang mampu membantu kulit menjadi lebih cerah dan glowing dengan cara yang selamat dan berkesan.

KITSUI GLOW SAKURA! 


Apa yang perlu anda tahu – sekiranya anda mengalami masalah seperti:


               Kulit sensitif, kemerahan, pori yang membesar dan kulit berminyak;

               Kulit kusam terutama di bahagian celah peha, leher dan ketiak;

               Kulit kering di bahagian muka dan tapak kaki;

               Masalah kulit eczema;

               Keguguran rambut; dan

               Sentiasa terdedah kepada cahaya matahari UV sehingga menjadikan kulit gelap. 


KITSUI GLOW SAKURA ini adalah untuk anda! 


Yang paling penting yang anda perlu cakna adalah di mana KITSUI GLOW SAKURA ini adalah di mana ianya adalah merupakan ramuan HALAL semulajadi formulasi ekstrak sakura bersama sarang burung walit dan juga ginseng Korea dengan teknologi terkini yang diimport dari Korea. Anda tidak perlu ragu, tidak perlu risau kerana KITSUI GLOW SAKURA tidak mengandungi sebarang pewarna tambahan, tiada penambah perasa dan rendah kalori yang selamat digunakan dan berkesan.


Penting juga untuk anda ketahui bahawasanya: 


EKSTRAK SAKURA

Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Molecular Nutrition & Food Research, Jepun mendapati bahawa ekstrak sakura mempunyai khasiat di dalam mencerahkan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dan cantik. 

SARANG BURUNG WALIT

Manfaat sarang burung walit adalah untuk kecantikan dan kesihatan badan yang telah dipercayai sejak zaman dulu lagi. Sehingga sekarang, ianya sudahpun terbukti bermanfaat untuk kecantikan wanita. Setiap wanita seharusnya mengamalkan pengambilan sarang burung walit yang berkualiti tinggi dan terpilih dari yang terbaik untuk mengekalkan kecantikan dan badan yang lebih sihat.

GINSENG KOREA

Ginseng Korea dapat menghidrasi dan meregenerasikan sel-sel kulit dengan memastikan peredaran oksigen berfungsi dengan baik serta meningkatkan peredaran darah sekitar kawasan kulit. Dengan peredaran darah yang sempurna di sekitar kawasan kulit ia akan membantu membuatkan kulit lebih cerah, glowing dan tampak sihat. 

DELIMA

Buah delima mengandungi Vitamin C semulajadi yang sangat bagus untuk mengekalkan kulit sentiasa glowing dan sihat. Antioksidan di dalam buah delima dapat membantu menghilangkan radikal bebas, melindungi sel kulit dari kerosakan dan mengurangi keradangan kulit muka. 


Kenapa Kak Fa suka sangat dengan KITSUI GLOW SAKURA? Ianya adalah disebabkan KITSUI GLOW SAKURA berupaya untuk membantu mencerahkan kulit seluruh badanterutamanya di bahagian celah-celah pelipat, leher, ketiak serta celah peha. KITSUI GLOW SAKURA merupakan sebuah produk yang menggalakkan penghasilan kolagen secara semula jadi pada kulit untuk melambatkan proses penuaan serta sangat sesuai untuk melembutkan kulit seluruh badan. 


Tidak ada sebarang hormon, tidak ada sebarang antibiotik, bebas pengawet, bebas GMO, bebas bahan kimia dan bebas gluten. Pencerahan, kecantikan dan kesihatan adalah secara semula jadi dari unsur semula jadi. Itu yang kita nak! 

Lagi Kak Fa bertambah suka apabila terdapatnya kesahihan keberkesanan produk ini daripada testimony pengguna sebelum Kak Fa.


Ingat KITSUI, ingat cantik semula jadi! Pembelian boleh dilakukan di setiap farmasi berdekatan anda! Untuk pembelian di KITSUI Official Shopee Mall, anda boleh menggunakan KOD DISKAUN – “KITSGLOW” dan nikmati potongan sebanyak 25% (capped at RM2.00). Terdapat juga “free gift” menanti anda ok. 

Dapatkan di Watsons stores atau farmasi berdekatan anda!💕


Cepat dapatkan hari ini untuk sertai

BELI Kitsui Glow Sakura & Menang Iphone 13 + Add on deal percuma shaker + Harga Promosi


Discount Voucher Code + Free Gift 🎁 

Guna code "KITSGLOW" semasa checkout untuk nikmati discount di Kitsui Official Shopee Mall


 



Anda tak perlu ragu, tak perlu was-was kerana kesemua produk KITSUI adalah selamat digunakan kerana kesemua produk adalah telah lulus kesemua ujian makmal. Buktinya? Sila rujuk paparan di bawah:


JOM CANTIK BERSAMA KITSUI !!

Hai Malaysia, Pernah Dengar Tentang eMedAsia?

$
0
0


Hai Malaysia, pernah dengar tentang eMedAsia? Pernah? Tak pernah? Pernah? Tak pernah? Mana satu? – Ok tidak kiralah apa pun juga jawapan anda, Kak Fa rasa Kak Fa bertanggungjawab untuk berkongsi tentang eMedAsia kepada semua rakyat Malaysia di luar sana. Kenapa? Sebab ianya adalah sesuatu yang amat penting untuk segenap lapisan rakyat Malaysia tahu tentang informasi ini dan ianya sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian terutamanya di fasa peralihan endemik sekarang.

Untuk permulaan sebelum Kak Fa teruskan perkongsian, Kak Fa sarankan anda untuk menonton video yang Kak Fa kepilkan di bawah sebelum Kak Fa meneruskan perkongsian Kak Fa bagi memudahkan anda untuk memahami secara asas mengenai eMedAsia:



Sepertimana yang anda tonton di dalam video di atas, eMedAsia adalah dimiliki oleh HS Bio dengan kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (“KOOP MMA”). Bagi yang tidak tahu mengenai MMA, MMA adalah merupakan badan perwakilan utama untuk pengamal perubatan berdaftar di Malaysia. eMedAsia mempunyai kira-kira 2.500 pengamal perubatan am ataupun di dalam kata lainnya General Practitioner (“GP”) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) di seluruh Malaysia dan platform eMedAsia adalah https://www.emedasia.com/.

Ianya merupakan pasaran e-dagang di mana pemilik klinik boleh menyertai dan membeli produk farmaseutikal, bahan guna, peranti perubatan serta produk kesihatan yang lain. eMedAsia terbuka kepada semua pemilik klinik termasuk pergigian, pusat penjagaan ambulatori dan hospital. 

Digitalisasi Perkhidmatan Saringan Covid-19


Terus-terang Kak Fa rasa perkhidmatan eMedAsia ini sangat memudahkan dan ianya sememangnya selari dengan gaya hidup masa kini. Memang patut pun ada platform sebegini. Terkadang tu nak ke sana ke mari pun ada limitasi tertentu untuk kita. Nak-nak lagi kalaulah kita ni sebenarnya positif Covid-19 kan? Memang rasa tak terdaya. Sebagai alumni Covid-19, yang pernah merasa bagaimana rasanya menjadi positif, nak tunggu giliran melakukan saringan tu, ya ampun terasa lama sangat walaupun orang tak adalah ramai mana pun. Sebab bila dah positif ni, memang akan terasa nak baring jer. Ha ha ha. Sungguh.

Dengan eMedAsia, tanpa perlu ke mana-mana, rakyat Malaysia boleh membeli produk perubatan yang diperlukan secara atas talian. Lakukan pesanan dan barangan anda akan dihantar sehingga ke hadapan pintu anda di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara PERCUMA. 



eMedAsia melalui kira-kira 2,500 GP yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara menawarkan:
  • Ujian RTK-Ag profesional dengan keputusan dikemaskini terus ke MySejahtera.
  • Ujian PCR dengan keputusan dikemaskini terus ke MySejahtera.
  • Ujian saringan Covid secara maya dengan kerjasama CLEADOC.
Mudah sangatlah dengan eMedAsia ni kan? Tidak perlu melawat ke klinik atau hospital, boleh lakukan ujian RTK atau PCR pada bila-bila masa dan di mana-mana di dalam zon selesa kita sendiri dan keputusan ujian tersebut akan disahkan oleh doktor perubatan serta akan dikemaskini terus ke MySejahtera. Mudah sangat kan?

Selain itu, eMedAsia juga menawarkan perkhidmatan ujian darah dan diagnostik. Pada masa yang terdekat akan datang, pada akhir bulan April 2022 ini, pihak eMedAsia sedang bersedia untuk menawarkan perkhidmatan insurans Covid-19. 

eMedAsia ni kan, sebenarnya memudahkan urusan para pengembara untuk masuk ke Malaysia juga tau sebab dengan eMedAsia, para pengembara:

  • Boleh melangkau barisan ujian di lapangan terbang serta mengelakkan dari bersesak-sesak dengan orang ramai untuk meminimumkan pendedahan Covid-19 sewaktu beratur dengan pra-tempahan di dalam talian untuk Ujian RTK semasa ketibaan mereka melalui MySafeTravel.
  • Boleh merancang ujian RTK atau PCR di lokasi penginapan (hotel) para pengembara atau klinik yang berhampiran.  
Ianya adalah merupakan perkhidmatan mampu bayar dengan lebih 2,000 ahli berdaftar di seluruh Malaysia dan paling utama, keputusan ujian akan terus dikemaskini ke MySejahtera oleh doktor atau klinik perubatan. Kemaskini secara manual tidak diperlukan lagi dengan eMedAsia.

Harga perkhidmatan RTK-Ag Profesional yang dilakukan di klinik adalah RM90 untuk bukan warganegara Malaysia dan RM70 untuk rakyat Malaysia.

Kemaskini Penampilan Wajah Bersama Rangkaian Eau Thermale Avène Physiolift

$
0
0



Usia semakin hari semakin bertambah awak, bukan semakin berkurang. Anak pun dah nak masuk 9 tahun dah usia. Penampilan diri dan wajah kalau tidak dijaga dengan sebaiknya, silap hari bulan boleh nampak berusia sebelum masanya. Tanda-tanda seperti kedutan halus dan bintik hitam boleh menjelma bila-bila masa sahaja di usia muda bila mana, kita terdedah kepada sinaran matahari berlebihan, kurang tidur, mengalami tekanan, pola pemakanan tidak menentu dan pelbagai lagi faktor, Memandangkan Kak Fa tak boleh lari dari faktor-faktor ini semua, elok sangatlah Kak Fa kemaskini penampilan wajah bersama rangkaian Eau Thermale Avène Physiolift bermula dari sekarang. Kenapa Eau Thermale Avène  ? Sebab Eau Thermale Avène ni sememangnya produk penjagaan wajah yang disyorkan oleh pakar dermatologi dan ahli farmasi di seluruh dunia kerana ia terbukti berkesan. 


Nak tau berkesan tak berkesan Kak Fa beranikan diri untuk mencubaEau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel dan Thermal Spring Water. Sebenarnya dah lama Kak Fa teringin nak mencuba rangkaian Eau Thermale Avène ni setelah Kak Fa baca testimoni pengguna produk Eau Thermale Avène. Rata-rata testimoni yang Kak Fa baca semuanya memberikan maklumbalas yang positif ke atas hasil serta kesan penggunaan produk Eau Thermale Avène yang konsisten.

Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel


Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel ni pada Kak Fa sangat light dan “soothing” bila disapukan pada kulit wajah. Sejuk jer dan cepat meresap. Senang cerita, “pleasant feelings” bila krim ni menyentuh kulit wajah. Ianya cepat meresap dan buatkan Kak Fa rasa selesa. 


Daripada pembacaan serta “background research” berkenaan Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel ini mengandungi bahan aktif:

Ascofilline
Berfungsi untuk mengisi semula kolagen ke dalam kulit.

Hyalluronic Acid Mono-Oligomers (HAMO):
Berfungsi untuk mengisi semula Asid Hyaluronik pada kulit.

Pre-tocopheryl:
Kandungan anti-oksidan untuk menyerikan kulit.

Avêne Thermal Spring Water:
Berfungsi untuk melegakan dan melembutkan kulit. 

Kesemua kombinasi bahan aktif yang Kak Fa kongsikan di atas adalah merupakan bahan aktif anti-penuaan eksklusif yang menjadikan produk ini mengembalikan keanjalan dan menyerikan kulit. 


Sajalah tunjukkan perbezaan kulit normal dengan kulit yang telah mula “aging”, supaya semua orang jadi lebih jelas dan faham kenapa Kak Fa beria-ia sangat secara intensif mengemaskini penampilan wajah di saat usia berada di ambang 40 tahun. Faham kan? Sebelum terjadi elok sangatlah Kak Fa bermula dari sekarang. 

Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif kerana sememangnya ia diformulasikan khusus untuk wanita Asia berkulit sensitif. Kitalah tu. Kita. Kita berada di Asia ya kawan-kawan, bukan benua Eropah. Ha ha ha. Kalau ada yang bertanya kepada Kak Fa bagaimana struktur atau tekstur Physiolift Aqua Cream in Gel. Ianya bertekstur akua-gel ringan yang cepat meresap ke dalam kulit untuk kemasan yang licin dan tidak berminyak. Selepas konsisten dengan Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel kulit Kak Fa terasa lebih terhidrat, lembut dan gebu. Kalau nak lihat perbezaan wajah Kak Fa sebelum dan selepas, sila lihat di bawah: 


Secara peribadi – Kak Fa boleh nampak perbezaan garisan halus di bawah mata sebelum dan selepas dan kulit wajah yang semakin halus dan tona yang semakin cerah serta sekata. Ini pun dah cukup membahagiakan Kak Fa. Tapi… Kak Fa percaya “more to come” jika Kak Fa terus konsisten dengan pemakaian Physiolift Aqua Cream in Gel. Memang betullah yang Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel di bawah pemerhatian dermatologi dapat membantu mengurangkan kedutan di sudut mata luar dengan ketara. Cuma perlu konsisten siang dan malam jer di bahagian wajah serta leher. Bukan susah sangat kan? Malam tu boleh pakai lebih sikit or tebal sikit, jadikan sebagai “mask”. 

AVÊNE Thermal Spring Water


Yang ini sangat bagus untuk melembutkan & melegakan kulit! Boleh digunakan sebagai toner, mist, legakan kulit bila panas atau sensitif atau“settingkan” solekan tau. Kak Fa suka sangat. Setiap hari sebelum meletakkan solekan pada wajah, Kak Fa pasti akan sembur dulu Thermal Spring Water. Lepas tu tau apa jadi? Memang rasa segar sangat dan rasa lega kulit wajah tu serta-merta. Produk ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive dan juga kulit yang terdedah kepada kemerahan, ekzema dan rosacea. 

Di dalam Thermal Spring Water terdapat dua bahan dalam kabus iaitu “thermal spring water” dan nitrogen. “Thermal spring water” berasal dari mata air AVÊNE di selatan Perancis yang mempunyai kepekatan mineral yang tinggi dan bersifat anti-radang yang menenangkan yang boleh membantu merawat keadaan kulit seperti dermatitis atopic, ekzema, psoriasis dan melecur. Nitrogen adalah untuk tujuan pengatoman. Seronok tau bila sembur air yang langsung tidak tercemar ni di wajah. 


Kedua-dua produk dari Eau Thermale Avène ni sememangnya dah jadi satu kewajipan dan wajib untuk Kak Fa dalam rutin harian penjagaan wajah Kak Fa. Terlanjur tu, Kak Fa nak ajak anda semua pun turut sama-sama kemaskini penampilan wajah dengan Eau Thermale Avène Physiololift Aqua Cream in Gelsupaya kulit wajah menjadi lebih hidrat, anjal, licin dan juga berseri. 

Eau Thermale Avène ni senang cari, di farmasi Guardian pun ada atau nak hujung jari pun ada. Hujung jari tu anda boleh cari di Eau Thermale Avène Official Store di Shopee. Untuk anda, Kak Fa ada KOD PROMOSI – nikmati diskaun tambahan 10%  keatas pembelian Physiolift Aqua Cream in Gel (“capped at RM10”) apabila anda menggunakan kod promosi: EAUTPHYAM dari 1 April 2022 sehingga 31 May 2022 ini. 

#Avenemy #MoreThanJustWater #myperfectskinarchitect

Dengan Pelonggaran SOP, Rakyat Malaysia Sedia Lakukan Pengubahsuaian Rumah Demi Permulaan Baharu

$
0
0
 Hong Leong Bank tawarkan peluang memenangi hadiah berupa pakej ubah suai rumah pereka bernilai RM33,000 kepada tiga pemenang bertuah serta diskaun dan pulangan tunai untuk beri wajah dan sentuhan baharu kepada rumah mereka.


Dengan beberapa perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan akibat pandemik dalam tempoh dua tahun lepas, mereka yang berhasrat untuk mengubah suai rumah terpaksa menangguhkan dahulu rancangan mereka. Kini, memandangkan SOP telah dilonggarkan dan kita hampir kembali kepada normal, ramai rakyat Malaysia sudah bersedia memulakan projek pengubahsuaian bagi menyambut kunjungan sanak-saudara dan rakan-rakan. Untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi hadiah berupa pakej ubah suai rumah dengan penuh bergaya, Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) dan Dresid, platform penambahbaikan rumah sehenti digital, telah bekerjasama untuk membolehkan pelanggan bank memberi wajah baharu kepada rumah mereka dengan tiga pakej pengubahsuaian rumah impian bernilai RM33,000 setiap satu.

“Dalam tempoh dua tahun lepas, rakyat Malaysia telah meluangkan banyak masa mereka di rumah dan ramai yang perlu menyediakan ruang di rumah mereka untuk stesen kerja memandangkan sebahagian besar daripada mereka terpaksa bekerja dari rumah. Oleh kerana kita kini beransur-ansur kembali ke pejabat, dan sudah boleh menerima pengunjung, ramai yang mahu mencantikkan lagi ruang di rumah. Sama ada mereka bentuk semula seluruh rumah, atau menambah perhiasan yang menceriakan ruang bilik, kami mahu pelanggan mengubah suai rumah mereka menjadi rumah impian dengan memberi peluang kepada mereka menyerlahkan kreativiti masing-masing tanpa membebankan mereka dari segi kewangan,” ujar Andrew Jong, Pengarah Urusan Bahagian Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB.

Menurut Kwek Kon Hao, Ketua Pasukan Dresid, salah satu daripada isu paling umum yang dihadapi dalam mana-mana projek pengubahsuaian rumah ialah perbelanjaan melebihi bajet kerana pemilik rumah lazimnya tiada perancangan jelas tentang apa yang mahu dilakukan dan mereka sering menambah projek sampingan yang mungkin nampak menarik tetapi menelan kos dan melengahkan kerja yang dilakukan. 

“Terdapat beberapa cara mudah yang boleh membantu sesiapa sahaja berbelanja mengikut bajet tanpa menjejaskan kecantikan rumah impian. Para pemilik rumah boleh mula membayangkan saiz projek yang ingin dilaksanakan, sama ada penambahbaikan kecil atau kerja pengubahsuaian besar dan menyediakan bajet yang tepat dengan mendapatkan tiga atau empat sebut harga daripada pembekal berbeza. Jangan tersasar daripada pelan induk dengan menetapkan keutamaan dan juga masa untuk mencapai matlamat anda. Tindakan mendokumenkan rancangan dan idea anda juga akan memastikan anda sekeluarga fokus dan menepati rancangan, tetapi lebih penting, berbelanja mengikut bajet,” kata Kon Hao. 

Kon Hao berkata menyediakan pelan pengubahsuaian terperinci menggunakan lembaran kerja dengan mencatatkan semua kos yang dijangkakan akan membantu pemilik rumah melihat sama ada rumah impian mereka boleh direka mengikut bajet. Antara sebab pemilik rumah gagal menepati bajet ialah kegagalan memasukkan harga benda kecil seperti kos pembersihan, perbelanjaan hidup semasa pengubahsuaian, masalah kawalan haiwan perosak, kerosakan besar kepada pendawaian atau paip dalam rumah yang lebih lama dan anggaran kurang tepat bagi kos bahan, buruh dan perabot.

Dari sekarang sehingga 8 Ogos 2022, pelanggan baharu dan sedia ada HLB berpeluang boleh merebut peluang memenangi pakej pengubahsuaian rumah oleh pereka bernilai RM33,000 daripada Dresid. Pelanggan hanya perlu melakukan transaksi untuk melayakkan diri seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah menerusi laman web HLB dan / atau HLB Connect untuk mendapatkan penyertaan dan terpilih sebagai satu daripada tiga pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah pengubahsuaian rumah yang indah. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menerima diskaun eksklusif sehingga 30% dan pulangan tunai tambahan sebanyak 7% di gedung runcit Guocera terpilih apabila berbelanja menggunakan kad HLB masing-masing. 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara anda boleh memenangi hadiah pengubahsuaian rumah pereka HLB, layari www.hlb.com.my/dreamhome

Mengenai Hong Leong Bank Berhad:
Sila kunjungiwww.hlb.com.my

Semuanya Tentang Respiratory Syntical Virus (RSV)

$
0
0

Selepas Covid-19, Monkey Pox dan HFMD bersahabat dengan manusia, kini Respiratory Syntical Virus (RSV) pula datang tanpa diundang untuk bersahabat dengan manusia. Kalau difikir-fikirkan, selepas satu-satu yang datang nak bersahabat dengan manusia kan? Doa banyak-banyak dalam hati ni, selepas ni janganlah ada yang datang nak bersahabat dengan manusia lagi. Hu hu hu... Tak ketentuan dibuatnya even we have to live with it kan? Sebab tak ada pilihan. 


Yang merisaukan adalah apabila ianya bertumpu kepada kanak-kanak seperti HFMD dan juga RSV. Kasihan pada kanak-kanak yang menanggungnya dan sangatlah merisaukan hati mak ayah apabila penyakit berjangkit ni muncul pada diri anak masing-masing. Tipulah kalau ada ibu bapa tidak risau. Pendedahan di luar rumah, di dalam kawasan sekolah - pusat jagaan kanak-kanak - tadika - bilik darjah, itu semua bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh manusia atau secara khususnya guru-guru, ibu bapa serta penjaga. Memang mak ayah ni di dalam menjalani kehidupan seharian di dalam keperitan ekonomi pada masa kini terpaksa bertawakal dan berdoa banyak-banyak supaya Allah SWT sentiasa melindungi dan menjaga anak-anak kita kan? 


Apa Itu RSV?


Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Respiratory Synctical Virus (RSV) adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan bawah (lower repiratory tract). 

Bagaimanakah RSV Boleh Berjangkit?

Jangkitan RSV adalah melalui titisan cecair dari cecair saluran pernafasan. Di mana berdasarkan perkongsian Hello Doktor, virus ini boleh memasuki badan melalui mata, hidung, atau mulut. Ia mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit -  seperti batuk - disedut atau disalur kepada individu lain melalui hubungan langsung seperti berjabat tangan. 

Virus ini dikatakan boleh hidup berjam-jam pada sebarang permukaan dan permainan. Individu dijangkiti merupakan mereka berisiko menyebarkan jangkitan dalam beberapa hari pertama selepas menerima jangkitan. Walaubagaimanapun, virus jangkitan pernafasan RSV mungkin tersebar selama berberapa minggu selepas permulaan jangkitan. 

Adakah RSV Bahaya? 

Ia boleh mendatangkan komplikasi merbahaya kepada beberapa golongan berisiko tinggi terutamanya mereka yang menghidapi penyakit paru-paru yang kronik (chronic lung disease). Contoh kanak-kanak yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang dilahir pra-matang (tak cukup bulan), bayi yang mengalami kecederaan 'barotrauma' memerlukan bantuan pernafasan melalui ventilator atau memerlukan bantuan oksigen melebihi 28 hari. Bayi-bayi yang mengalami masalah jantung kongenital juga menghadapi risiko komplikasi akibat jangkitan RSV. Jangkitan RSV sendiri boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru dan seterusnya menyebabkan 'bronchiolitis obliterans'di mana pesakit memerlukan bantuan oksigen. 


Simptom RSV?

Hello Doktor juga menyatakan, simptom ringan yang akan dialami adalah seperti batuk, hidung tersumbat atau berair, sakit tekak, sakit telinga dan demam di mana kebiasaannya berlaku pada permulaan penyakit. 


Terdapat juga tanda dan simptom tambahan seperti hilang minta pada persekitaran, ketidakseimbangan dan rasa mengantuk, kerengsaan dan tidak tidur dengan baik, kurang selera makan serta apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah mengalami apnea. 


Menurut sumber lagi, sukar untuk membezakan antara jangkitan selesema biasa dan jangkitan pernafasan RSV. Jangkitan ini ada masanya berisiko membawa kepada masalah bronkiolitis atau pneumonia atau kedua-duanya. Tanda dan simptom komplikasi adalah termasuk:

  • Kesukaran bernafas yang mungkin termasuk pernafasan lebih cepat daripada biasa. 
  • Berdehit (wheezing). 
  • Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekit atau muntah akibat batuk yang teruk. 
  • Lethargy, peningkatan keletihan, penurunan minat dalam persekitaran, atau kehilangan selera makan.


Faktor Risiko RSV?

  • Bayi berusia kurang daripada enam bulan.
  • Kanak-kanak, terutamanya di bawah usia setahun, pramatang, atau mempunyai masalah kesihatan yang mendasari penyakit seperti penyakit kongenital atau penyakit paru-paru. 
  • Kanak-kanak dengan sistem imun lemah, seperti mereka yang menjalani kemoterapi atau pemindahan. 
  • Bayi yang dijaga dalam pusat jagaan atau nurseri sesak. 
  • Individu dewasa lebih berusia. 
  • Individu dewasa dengan asma, kegagalan jantung kongestif atau penyakit pulmonari obstruktif kronik. 
  • Individu dengan masalah gangguan pada sistem imun, termasuk mereka yang mempunyai organ transplan tertentu, leukemia atau HIV/AIDS.

Kak Fa kan, sambil menaip, sambil mencari bahan perkongsian dari sumber yang boleh dipercayai untuk rujukan Kak Fa dan juga perkongsian Kak Fa di dalam entri ni, semakin menaip, semakin membaca dan semakin mengetahui, boleh diakui ada rasa risau. Sebagai ibu bapa, sekarang ni, dalam keadaan dan situasi masa kini ni, ada empat penyakit kebimbangan ibu bapa ok. Antaranya adalah:

  • Penyakit sindrom keradangan multisistem dalam kanak-kanak (MIS-C) dan Kawasaki;
  • Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD);
  • Respiratory Synctical Virus (RSV); dan 
  • Hepatitis Akut Tidak Diketahui Penyebabnya. 

Bukan tu sahaja, macam melalui pengalaman Kak Fa sendiri Influenza A pun mengerikan juga. Semoga anak-anak kita dilindungi oleh Allah SWT. Amin-amin ya rabbal alamin. Kak Fa harap apa sahaja yang Kak Fa kongsikan di dalam entri ni akan dapat membantu serba sedikit as I am not the expert. Ini pun sebab Kak Fa terpanggil nak berkongsi tentang RSV di Bubblynotes. Maksudnya, Kak Fa singgah sekejap jer ni, sebab Kak Fa sambil-sambil jer menaip ni. Till the next entry. Daaa... 


All You Need To Know About Reinsurance

$
0
0
Credit: Picture source from Google

 

As consumers, we purchase insurance to provide ourselves with financial security in unforeseen circumstances for matters related to personal health, houses, cars, commercial buildings and more. Have you ever wondered how insurance companies protect themselves from economic and business risks, as your insurance claims depend on their corporate financial performance?


AN INTRODUCTION TO REINSURANCE

Essentially, reinsurance is insurance for insurance companies. It is a risk-mitigating mechanism that insurance companies use to diversify their business risks. Floods, earthquakes, or typhoons are examples of large-scale catastrophic events that result in huge losses of lives, properties, and assets that could lead to many insurance claims. Reinsurance secures insurance companies from financial insolvency, thereby protecting the companies' customers from uncovered losses. 


THE PROCESS OF REINSURANCE

Reinsurance is the practice whereby insurers transfer portions of their risk portfolios as stated in an agreement to other parties in the secondary insurance market. It is done through a legal contract to reduce insurers' risk of paying large obligations that arise from insurance claims. This process is presented as a legal transaction between two parties, namely the ceding party and the reinsurer. The former diversifies its insurance portfolio while the latter undertakes a portion of the risk in exchange for insurance premiums. On a global scale, reinsurance helps to stabilise the many insurance markets such as life, home, motor and health insurance markets.


THE TYPES OF REINSURANCE

Reinsurance is critical to the insurance process as it serves the purpose of spreading out significant risks. Some main categories of reinsurance are retroceding, facultative reinsurance and treaty reinsurance. Retroceding is when the reinsurer can further reinsure a part of the risk assumed. Facultative reinsurance is when a reinsurer agrees to share losses arising from a particular set of risks. If the reinsurer agrees to take on risks arising from a whole line or book of business, the agreement is known as treaty reinsurance. 


THE REINSURANCE INDUSTRY IN MALAYSIA

Having a resilient reinsurance sector is vital for the nation's economy. Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re), a wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Berhad, is the largest national reinsurer in Southeast Asia. Malaysian Re underwrites all classes of general reinsurance business and general retakaful business. The institution has expanded its business internationally and is building partnerships with industry players across the Asian, Middle East, Africa and China markets. Head over to https://www.malaysian-re.com.my/ to find out more.

Panggung Wayang Berkualiti Tinggi Di Rumah Dengan Projektor Terkini INLAB SENZ

$
0
0

 

Kalau ditanya bila kali terakhir Kak Fa jejakkan kaki ke panggung wayang untuk menonton filem, serius Kak Fa memang tak boleh nak jawab. Kak Fa betul-betul lupa bila kali terakhir Kak Fa jejakkan kaki ke panggung wayang dan Kak Fa rasalah, kalau agak-agak tak habis dua belah jari Kak Fa ni kalau nak hitung. Ada masa teringin juga nak pergi, nak nak lagi sekarang ni tengah hangat filem Mat Kilau kan? Cuma rasanya sekarang macam tak perlu jer. Ha ha ha…sebab Kak Fa dah ada panggung wayang berkualiti tinggi di rumah dengan projektor terkini INLAB SENZ.


“Just-in-time!” projektor INLAB SENZ ni sampai ke pintu rumah Kak Fa. “Timing” memang cantik-cantik jer Kak Fa habis kelas yang terakhir untuk semester keenam ini. Tunggu masa nak final test dan final assessment jer. Assignment semua dah submit. Jadi bolehlah Kak Fa ambil nafas sikit sambil ber- me time dengan menonton filem di Netflix, Disney+ Hotstar, iQiyi dan juga Viu. Buat masa sekarang ni Kak Fa memang tengah follow drama Korea bersiri Doctor Lawyer, drama bersiri Melur untuk Firdaus di Disney+ Hotstar dan juga She Was Pretty di Viu. Makanya, bila ada projektor INLAB SENZ ni, memang satu kepuasan untuk Kak Fa lah. Bukan setakat Kak Fa. Firash pun sama.


Projektor INLAB SENZ

Projektor INLAB Senz yang Kak Fa miliki ini adalah projektor LED pintar yang didatangkan dengan OS Android dan kenapa Kak Fa buat keputusan untuk memiliki projektor INLAB SENZ ini adalah disebabkan Kak Fa rasa projektor INLAB SENZ ini praktikal dan serba boleh. Ini bukan projektor biasa-biasa ya. Wayar pun tak banyak senang jer. Cucuk terus selesai. 


Saiz Projektor INLAB SENZ


Saiz projektor INLAB SENZ yang tidak terlalu “bulky” membuatkan Kak Fa sangat tertarik kerana di dalam kotak pemikiran Kak Fa ni, saiz projektor INLAB SENZ ini tidak akan memakan ruang yang besar untuk Kak Fa letakkan di mana-mana ruangan di dalam rumah dan juga di dalam kereta. Di dalam kereta? Ya… Sebabnya Kak Fa ada perancangan nak bawa projektor INLAB SENZ ni untuk kegunaan ketika Kak Fa bercuti di mana-mana nanti ke? Dengan saiz yang kompak sebegini, maka ianya akan memudahkan urusan Kak Fa nak angkut projektor INLAB SENZ ni ke mana-mana sahaja. 


Ala… macam katakanlah Kak Fa bercuti dan tidur di hotel, bosan-bosan malam-malam boleh juga pasang projektor INLAB SENZ ni. Bolehlah ada aktiviti menonton wayang di dalam suasana yang berlainan dengan mood yang berlainan kan? Anda dapat sesuatu di situ? Apa yang Kak Fa maksudkan?

Paparan 1080p dan Menyokong Paparan Sehingga 4K



Susah sebenarnya nak cari projektor yang betul-betul cantik paparan layar. Tetapi dengan projektor INLAB SENZ ini, paparannya adalah 1080p dan menyokong paparan sehingga 4K. Memang puas hati betul bila lihat paparan yang dihasilkan oleh projektor INLAB SENZ. 7000 lumens ok? Walaupun suasana terang-benderang, paparan tetap berkualiti terang dan “sharp”. 

Sistem Bunyi DOLBY AUDIO

Bunyi yang dihasilkan dari projektor INLAB SENZ ni sememangnya mantap dan tak perlu dipertikaikan. Memang sesungguhnya Kak Fa rasa Kak Fa ni betul-betul berada di dalam panggung wayang menonton filem. Good old days… He he he… Dulu kan, sewaktu Kak Fa tengah hangat bercinta memang rajin menonton filem di panggung wayang. Pantang ada cerita baru jer, pasti jejak panggung wayang tu. Kekerapan memang tinggi. Berbanding sekarang…Kak Fa cukup gembira bila dah ada projektor INLAB SENZ. Bunyi memang kalau jiran dengar pun rasa bergegar. Ha ha ha. 

Ciri Pintar




Dahlah tak banyak wayar. Lepas tu mudah sangat nak pasang. Pintar pula tu. Kenapa Kak Fa katakana projektor INLAB SENZ ini pintar? Ini adalah disebabkan oleh system pada projektor INLAB SENZ ini adalah sistem menyeluruh iaitu “All-in-One” dengan sistem Android 9.0 yang terbina dari dalam dan didatangkan dengan aplikasi seperti Netflix, YouTube dan juga Kak Fa boleh memuat turun aplikasi seperti Disney+ Hotstar, iQIYI dan Viu. Makin seronoklah Kak Fa kan nak tonton semua drama bersiri dan filem kegemaran Kak Fa. 



Bermain Permainan Video Dengan INLAB SENZ


Ini sebenarnya “reward” untuk Firash. Ha ha ha.. Bukan main seronok dia, sebabnya boleh bermain permainan video seperti ROBLOX, Minecraft di layar yang lebih besar dan juga secara tiba-tiba menjadi lebih kreatif bermain permainan menuruni tangga berhantu. “Everything is just so real!”. 

Dengan projektor INLAB SENZ, anda boleh mendapatkan pengalaman permainan yang lancar, tiada lagi motion-lag atau tersekat-sekat semasa permainan. Membawa pengalaman permainan anda ke tahap seterusnya dan menghidupkan permainan. Yang paling WOW sebab ianya menyokong HDR untuk grafik juga! 

Fokus Mudah Laras

Tak ada adegan pusing-pusing tombol di projektor seperti mana projektor-projektor terdahulu. Cuma perlukan alat kawalan jauh dan jari tangan sahaja. Sangat mudah untuk melaraskan ketepatan paparan. Tetapkan pelarasan fokus paparan semudah ABC. Yang penting alat kawalan jauh dan juga jari tangan ya. Tak ada dua ni tak boleh nak buat apa. Ha ha ha. 

Sambungan HDMI dan juga USB


Nampak tak tu, ada dua port untuk sambungan HDMI dan juga ada dua port untuk sambungan USB. Kalau tak nak bising boleh jer cucuk headphone di situ. Dah tersedia. Memang praktikal betul projektor INLAB SENZ ni. 

Harga Boleh Beli!


Mesti risau ni kan? Sebab biasa projektor bukan biasa-biasa ni harga melambung-lambung. Mesti ada sebablah kenapa Kak Fa pilih projektor INLAB SENZ. Bukan semata kerana ciri-ciri projektor ni, tetapi termasuk sekali dengan pakej harga yang ditawarkan. Untuk makluman anda, harga yang ditawarkan pada ketika ini adalah RM1,199.00. Opsyen pembayaran sama ada sekali bayar tak perlu fikir hutang lagi ataupun bagi yang perlu jaga bajet, pembayaran secara ansuran sebanyak tiga kali melalui atome juga ada disediakan. Jadi terpulang kepada kemampuan poket masing-masing ok? 

Keperluan Kak Fa buat masa dan ketika ini adalah untuk keperluan kerja sebab kadang-kadang Kak Fa nak skrin yang lebih besar ketika menyiapkan serba-serbi laporan dan juga assignment untuk BBA Kak Fa. Jadi dengan adanya projektor INLAB SENZ ni sebenarnya banyak sangat membantu Kak Fa dari segi itu. Selain itu, semestinya untuk hiburan keluarga seperti karaoke, menonton filem dan juga sebagainya. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projektor INLAB SENZ ini ada boleh layari pautan: https://inlab.com.my/products/inlab-senz

Mummy Millenial 2022 Novakid X pa&ma

$
0
0

Kak Fa + Firash dah bersama Novakid almost three years now. Diam tak diam, cepat jer masa berlalu dan cepat jer dah tiga tahun bersama Novakid. Sepanjang bersama Novakid, our journey with Novakid belum pernah lagi sekalipun Kak Fa + Firash mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan atau tidak bagus. Semuanya yang indah-indah setakat ini. Alhamdulillah. Pengalaman ini Kak Fa sempat kongsikan di dalam rakaman secara langsung Mummy Millenial 2022 Novakid x pa&ma pada bulan Mac 2022. 


Bercerita tentang Novakid ni, sebenarnya Kak Fa rasa, Kak Fa dah berikan almost detailed insights tentang Novakid melalui entri Kak Fa tidak lama dulu yang bertajuk Looking to Know About NOVAKID? - This is My Honest Sharing! . Seingat Kak Fa lah kan, perkongsian Kak Fa di dalam entri tersebut memang komprehensif dah tu. 


However, memandangkan mungkin ada yang tak berapa suka nak membaca panjang lebar, sukalah kiranya Kak Fa nak kongsikan video rakaman langsung Kak Fa ketika slot Mummy Millenial 2022 Novakid x pa&ma pada bulan Mac 2022 yang lalu. Kak Fa mengharapkan agar sedikit sebanyak bolehlah Kak Fa berikan input yang lebih lagi mengenai Novakid kepada ibu bapa di luar sana. 



Pandangan secara peribadi dari Kak Fa sendiri yang enroll anak Kak Fa di Novakid - Tak rugi Kak Fa ikat perut Kak Fa sendiri semata kerana Kak Fa nakkan Firash belajar di Novakid. Bagi Kak Fa, ini adalah salah satu pengorbanan seorang ibu kan? Ibu kan sanggup lakukan apa sahaja demi anak walaupun sebenarnya ibu itu sendiri mungkin terjejas atau berada di dalam kesusahan. Ha macam tulah yang Kak Fa boleh ibaratkan. Nak berikan harta, harta tak berapa nak ada pulak. Ha ha ha... Jadi apa yang mampu, Kak Fa cuba sediakan platform pembelajaran yang terbaik dan paling serasi untuk Firash. Alhamdulillah penguasaan Bahasa Inggeris Firash semakin hari semakin progressing. I do not expect him to be perfect but Alhamdulillah on where he is up to this date. 

Kalau tanya berapa lama lagi Kak Fa nak stay dengan Novakid untuk Firash. In Shaa Allah, Kak Fa akan pastikan Firash graduate from Novakid lessons. Sekarang ni pun dah hujung-hujung Level 3 A1 - YLE Movers dan dah nak beralih ke Level 4 A2 - Flyers dah. 

Ada juga yang bertanya - seiring ke dengan silibus pembelajaran di sekolah? Tak perlu risau kot pada Kak Fa sebabnya walaupun tak sebiji-sebiji copy silibus pembelajaran di sekolah, the whole system tetap cover apa yang dipelajari di sekolah. Ada sesetengah lesson tu malah in advance lagi dari apa yang diajarkan di sekolah. Setakat ini, kalau Kak Fa bandingkan dengan silibus sekolah, more or less the same jer, cuma Novakid ke depan sedikit. Jadi kalau Firash ada buat kesalahan grammar atau kesalahan dalam latihan, Kak Fa akan refer semula pembelajaran Firash di Novakid. 

Pernah juga lah satu ketika tu, homework Tahun 3 Firash sebenarnya Firash dah belajar di Novakid ketika di Tahun 2 dulu. Salah dua tiga, Kak Fa tanya balik Firash kenapa boleh salah sedangkan dah pernah belajar di Novakid? Ok, mungkin Firash terlupa. Tak ada masalah untuk itu, cuma cari balik lesson yang dulu-dulu di platform Novakid sebab setiap classes or lesson di Novakid memang recorded and kita boleh refer balik sebagai reference. 

To me personally again, Kak Fa rasa it's a very good platform and you parents out there boleh jer go through the trial classes. However, to enroll with special discount you can click here: https://my.novakidschool.com/r/vcxa dan gunakan kod promosi Kak Fa: FARAH195858.

Teringin Pakai Minyak Wangi Premium Yang Asli? Scentses + Co: Langganan Minyak Wangi Premium Pertama di Malaysia!

$
0
0

Sesiapa yang kenal Kak Fa memang kenal sangat dengan obsesi Kak Fa terhadap minyak wangi premium dan di antara jenama minyak wangi premium yang Kak Fa paling suka adalah seperti Gucci Flora, Gucci Guilty, Issey Miyake, Calvin Klein, DKNY dan banyak lagi lah. Bila dah obses, selepas tu sedar diri yang diri ni cuma golongan B40 pada masa kini. Bukan lagi M40 seperti dulu-dulu ha ha ha…Apatah lagi nak capai T20 tu kan? Makanya setiap kali nak membeli minyak wangi premium cuma mampu beli sebotol jer setahun. Itupun untung setahun sekali kalau dapat beli. Kalau tidak dua tiga tahun sekali baru cukup tabungan baru dapat beli. 

Itulah kan? Kita yang B40 ke bawah ni bukan tidak punya citarasa yang baik, bukan tidak punya keinginan. Akan tetapi kadang-kadang tu jadi tersepit di antara keperluan serta kehendak. Ada orang yang akan kategorikan keinginan memakai minyak wangi premium sebagai kehendak dan ada orang akan kategorikannya sebagai keperluan. Untuk Kak Fa, terus terang Kak Fa katakan yang ianya adalah keperluan untuk Kak Fa. Sebabnya, Kak Fa memang nak sesuatu yang berbau premium untuk menyakinkan diri Kak Fa ni bila melangkah keluar jer dari rumah. Nak-nak lagi nature of job Kak Fa ni berhadapan dengan orang. Mestilah salah satu aspek Kak Fa nak jaga how do I smell in front of other people kan? Ha ha ha. Bukanlah memakai wangi-wangian sebab nak menarik perhatian. I just want to smell good. Tu jer. I cannot tolerate with body odour ok? 

Cumanya sejak kebelakangan ini dengan kekangan ekonomi yang amat mencabar… Dengan kadar inflasi yang semakin meningkat. Harga ayam, telur, barangan keperluan harian, petrol yang dijangkakan naik pada sedikit masa lagi… Nak membeli minyak wangi premium tu memang kena fikir banyak kali oiii…Sebab harga minyak wangi premium pun dah boleh tahan juga sebotol. The last purchase I did was my Gucci Flora for RM480++. Ha macam tulah lebih kurang kaedahnya. Pakai pun jimat cermat jer oiii. Takut habis. Ha ha ha. 

But recently – kerungsingan tak sempat nak menabung untuk minyak wangi premium sebelum kehabisan tu dah hilang. Sebabnya… Kak Fa terjumpa cara bagaimana nak teruskan stok minyak wangi premium tanpa perlu menabung lama-lama. Nak tau macam mana? Ok baca elok-elok ok. Jangan terlepas satu pun. Sebab nanti kalau terlepas rugi. 

Scentses + Co: Langganan Minyak Wangi Premium Pertama di Malaysia


Masa Kak Fa mula-mula buka laman Scentses + Co ni kan… Kak Fa terus berminat nak tahu dengan lebih lanjut sebabnya, nampak tak? Nampak tak perkataan di laman web Scentses + Co seperti yang tertera di dalam gambar yang Kak Fa kepilkan di atas? “Switch New Designer Fragrances Every Month…. your choice of authentic designer perfumes for just RM49.90”.

Untuk orang yang obses minyak wangi premium memang tak akan tunggu lama. Kak Fa teruskan pembacaan untuk kefahaman Kak Fa sendiri dan akhirnya terjebak juga dengan SCENTSES + CO. Nak tau tak? Minyak wangi premium pertama Kak Fa dari SCENTSES + CO? 


Tadaaa… Coach Floral you alls. Ok some of you might be berkata-kata dalam hatilah… Ini boleh tahan lama ke bau ni? Senang cerita macam nilah, kalau dah namanya authentic, kalau dah namanya premium – tentulah perfume ni boleh bertahan lama. Unless kalau you pilih EDT lah kan? Cerita tentang beza EDP dan EDT ni, Kak Fa pernah kongsi lama dulu tahun 2014 dulu di dalam entri Jenis-Jenis Minyak Wangi & Tips Membeli Minyak Wangi Yang Sesuai. Ha bolehlah refer balik ya kalau tak tau bezanya. Untuk yang baru membaca blog Kak Fa ni, boleh terus ke pautan tersebut untuk menambah pengetahuan jika tak tau lagi. Kalau dah tau bagus. 

Don’t underestimate ok? Walaupun 8 ml dengan atomizer khas dari Scentses + Co ini, 3 kali semburan setiap hari boleh bertahan selama 30 hari. Kira-kira 120 sehingga 130 semburan untuk tempoh sebulan. 




Memang tersangatlah happy Kak Fa bila dah jadi pelanggan Scentses + Co ni sebabnya sekarang Kak Fa dah boleh tukar-tukar wangian premium setiap bulan. Serius, memang semua jenis wangian premium yang Kak Fa teringin nak pakai semua ada ditawarkan di Scentses + Co. Nak tengok? Jom tengok kepilan paparan gambar yang Kak Fa sertakan di bawah:





Tu baru sikit Kak Fa kongsi, kalau nak tengok lebih lagi kena ke laman web Scentses + Co. Kak Fa jamin anda akan jadi rambang mata dan stuck macam Kak Fa. Sebab tak tau nak pilih yang mana satu. Tapi taklah teruk sangat sebab boleh buat rotation kan? This month pilih wangian ni, next month pilih wangian yang seterusnya. Ha macam tu. Dengan harga langganan yang mampu bayar, ini adalah heaven ok!


How Does Scentses + Co Works for You and Me?

Kak Fa belum terangkan lagi bagaimana langganan Scentses + Co ni berfungsi untuk kita-kita ni semua. Ok sekarang nak ceritalah ni. 


Langkah 1:

Terdapat lebih dari 800 pilihan wangian yang ditawarkan dengan hanya RM49.90 sebulan. Boleh hentikan seketika langganan ataupun batalkan langganan pada bila-bila masa yang anda mahu. Penghantaran adalah PERCUMA ke seluruh Malaysia. 


Langkah 2: 
Pilih wangian pertama anda dari pilihan wangian premium yang terdapat di Scentses + Co. Pilihan adalah terpulang kepada citarasa masing-masing. Tidak ada kemestian untuk memilih mana-mana wangian yang ditetapkan. Semua terserah kepada anda. 


Langkah 3:
Anda akan menerima wangian pilihan anda di dalam botol 8ml yang mana seperti yang Kak Fa katakana tadi, 3 kali semburan sehari boleh bertahan selama 20 hari. Anda juga akan menerima “travel case” percuma untuk langganan anda di bulan pertama langganan.


Langkah 4:
Ingin bertukar kepada wangian lain atau menukar kekerapan penghantaran? Anda boleh mengubahsuai mengikut fleksibiliti anda pada bila-bila masa yang ada rasa bersesuaian. Langganan anda akan diuruskan secara automatik dengan tarikh langganan pada bulan akan datang pada jam 9.00 malam. 


Langkah 5:
Pengurusan langganan adalah sangat mudah, anda boleh hentikan langganan sementara untuk bulan-bulan tertentu pilihan anda, anda boleh menghentikan sementara langganan mengikut kesesuaian anda (tiada caj dikenakan ketika pemberhentian sementara ini berlaku) dan anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa tanpa sebarang caj pembatalan langganan dan tiada juga soal-jawab dari pihak Scentses + Co. Segalanya sangat convenient dan menepati gaya hidup pada masa kini kan?

Jenis-Jenis Langganan


Terdapat dua jenis langganan yang ditawarkan oleh Scentses + Co iaitu Langganan LITE dan juga Langganan LUXE. Perbezaannya di antara kedua-dua opsyen adalah seperti yang tertera di bawah. 

Dengan SCENTSES + CO Kak Fa percaya semua orang mampu untuk memakai wangian premium dan semua orang mampu to smell good! Bukan M40, bukan T20 kini bukan penghalang untuk merasai pengalaman memakai wangian premium. Tidak perlu menabung teruk-teruk atau lama-lama, tidak perlu ikat perut tetapi masih memakai wangian premium. 

Let’s smell good together and join the club today! Jangan lupa gunakan kod promosi Kak Fa – “ FARAHWAHEDA10 “ untuk diskaun sebanyak 10% untuk langganan bulan pertama anda! 

Perbezaan Di Antara "Picky Eater" dan "Selective Eater"

$
0
0
Kredit: Gambar digunapakai dari sumber Unsplash

Ini kan sebenarnya lebih kepada nak meluah. Ha ha ha. Anak lelaki tunggal Kak Fa ni kan sehingga ke hari ini memang renyah sikit nak handle when it comes to food. Ada certain-certain food sahaja yang dia makan dan ada certain-certain food memang dia tolak habis-habisan. Bukan Kak Fa tak dedahkan dia dengan kepelbagaian rasa makanan sewaktu dia kecil. Macam-macam tau Kak Fa masak dan beri pada Firash. 

Kak Fa ingat lagi, sebelum Firash berusia tiga tahun, Firash paling suka nasi briyani, bubur carrot, buah-buahan tetapi selepas insiden Firash dapat viral fever dan semua bahagian dalam mulut Firash mengalami ulser, dia dah mula susah nak makan. Bukan tak sedih bila orang kata, eeee kecilnya Firash macam umur gini-gini-gini... Eeee kurusnya Firash... gini-gini-gini. 

It hurts tau sebagai ibu ni mendengar. Tapi macam biasalah Kak Fa buat tuli jer. Sebab apa? Sebab orang tak ada dalam rumah kita, orang tak tahu betapa kita mencuba sehabis daya untuk berikan Firash tu makanan yang terbaik. Kak Fa sanggup berbelanja macam-macam demi nak buka selera makan Firash tu. Aktiviti pujuk memujuk memang menjadi kekerapan. Cuma orang luar memang takkan pernah tahu. Cerita dalam kain takkan semua kita nak bercerita pada orang pula ya tak? I'm not a fan of terlalu mendedahkan tentang hal ehwal dalam rumah melainkan ada keperluan ok? 

Kak Fa sebenarnya terfikir, Firash ni sebenarnya "picky eater" atau "selective eater"? Ada perbezaan di antara "picky eater" dan juga "selective eater" sebenarnya. 

Perbezaan Di Antara "Picky Eater" dan "Selective Eater"

Kak Fa ni bukan pandai sangat ok? Tapi In Shaa Allah... Kak Fa cuba untuk berkongsi informasi yang Kak Fa cari untuk diri Kak Fa sendiri melalui sumber-sumber yang ada dan Kak Fa harap apa yang Kak Fa lakukan ini juga memberikan manfaat kepada semua yang membaca. In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. 

"Picky Eater"
"Picky eater" adalah di mana anak masih mahu makan walaupun jumlahnya tidak cukup dengan rekomendasi keperluan nutrien harian mereka. Anak-anak yang susah untuk makan di dalam kategori "picky eater" masih mahu makan makanan mengikut jenis atau kategori makanan. Contohnya, anak menolak untuk makan nasi tetapi masih mahu makan roti atau mee. 

"Selective Eater"
"Selective eater" adalah anak-anak yang susah makan tetapi lebih kompleks dari "picky eater". "Selective eater" menolak hampir kesemua jenis makanan di dalam satu kategori. Contohnya, menolak apa sahaja jenis karbohidrat, segala jenis protein atau segala jenis susu. Yang tak sedapnya, bila anak-anak di bawah kategori "selective eater", ianya boleh mempengaruhi penyerapan nutrien yang diperlukan  sehingga berpotensi besar untuk mengakibatkan "nutrient deficiency". 

Kedua-dua penerangan ini Kak Fa olah dan reword semula dari sumber di SINI

So... sekarang Kak Fa pasti yang Firash ni adalah "picky eater". Sebab Firash masih makan beerapa jenis makanan. Firash makan nasi-laaaa.... Cuma nasi putih sahaja ok. Hu hu hu. Kemudian Firash juga sangat sukakan kentang, roti, mee. Jadi ada sedikit kelegaan di situ. Iyalah, sekurang-kurangnya makan kan? Bab badan kecil dan besar yang orang-orang sering persoalkan tu, Kak Fa tak nak ambil pusing ok? Yang penting Firash masih mahu makan dan ada makanan yang Firash makan untuk menggantikan nutrien yang didapati di dalam sesetengah makanan. Susu pun Firash minum. Unlike the mother yang tak boleh nak minum susu macam tu jer. Ha ha ha. 

Cuma Kak Fa berharap...one fine day nanti, harap sangat ni. Firash akan makan sepertimana kanak-kanak lain yang suka makan macam-macam. Bukan setakat "picky eater" tau... Tapi tempat makan kalau makan dekat luar pun memilih tu. Bukan Kak Fa ajar yang bukan-bukan tapi dia sendiri ok dia sendiri. Kak Fa memang ajar jer makan di pelbagai tempat, tapi Firash ni tetap memilih. Ikut siapa pun tak taulah ni. Ha ha ha. 
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live