Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Alasan Untuk Consume HALAVITA-BCG

$
0
0

 

Mari-mari tuan dengar ini cerita... Ahaksss...Hari ni kita mulakan entri dengan nyanyian yang tak berapa nak merdu dari Kak Fa ok? Hari ni juga nak cerita tentang alasan untuk consume HALAVITA-BCG pada semua orang supaya semua orang kenal, tahu dan faham dengan jelas apa itu HALAVITA-BCG. Bila dah kenal, tahu dan faham dan jelas barulah boleh decide kan? Sama ada nak consume ataupun tidak. Takkan kita nak consume sebarangan jer tanpa tahu tentang satu-satu produk tu. Tapi cuma nak cakaplah, musim-musim pandemik ni Kak Fa semakin galak menjaga kesihatan. Al-maklumlah dalam rumah Kak Fa ni ada dua golongan yang berisiko tinggi iaitu warga emas dan kanak-kanak. Nak tak nak memang perlu #lindungdirilindungsemua dan semua itu kena bermula dari diri Kak Fa sendirilah kan? 


Sementara Kak Fa boleh laju-laju taip ni, Kak Fa ambil seketika masa untuk berkongsi sebelum Kak Fa continue dengan semua kerja-kerja hakiki, tugasan seorang ibu dan juga assignment Kak Fa yang sedang berlambak-lambak seadanya. Tengah sibuk ni sebenarnya...Ha ha ha...Tekanan jugalah. Tapi nak buat macam mana kan? Begitulah kalau nak hidup. Ah gitchuuh! 


Ok, berbalik kepada HALAVITA-BCG! Sebelum Kak Fa melalut melebih-lebih sangat. Well - sometimes Kak Fa ni tend to be long-winded disebabkan rasa seronok sangat nak bercerita dengan korang kan? Tu yang boleh jadi long-winded tu. Ha ha ha... Ya ampunnn....



Ok ni, ni nama dia HALAVITA-BCG. Tak pernah dengar? Tak pernah tau? Tak pernah tengok? Memanglah, sebab HALAVITA ni adalah merupakan satu nama baru di dalam dunia makanan tambahan ni ha. Ini pun produk sulung sebenarnya dan HALAVITA-BCG ni mengandungi SUPERFOOD iaitu Habbatussauda atau Black Seed Oil, Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil dan Ekstrak Bawang Putih atau Garlic Extract. As you know, setiap satu dari bahan ni mempunyai fungsi serta manfaat yang tersendiri. Ianya didatangkan di dalam bentuk soft-gel. Cara consume mudah jer - keluarkan sebiji kemudian telan dan lalukan dengan air. Mudahkan? Tak perlu pening-pening kepala. Makan sekali pagi sekali malam. Dua kali jer sehari, jangan lebih-lebih pula. 





Senang sangat kot, tak perlu nak beli asing-asing. Tiga minyak di dalam satu soft-gel. Dalam setiap packaging atau botol ada 60 biji soft-gel. Plus minus boleh tahan sebulanlah kan? Simple mathematic. Betul tak? Yang penting HALAVITA telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta disahkan HALAL oleh JAKIM. Itu yang paling pentinglah bagi Kak Fa bila nak consume satu-satu jenis makanan tambahan. 


Tapi tak semua orang jelas dan tahu apakah fungsi setiap satu bahan yang Kak Fa kongsi tadi tu kan? Mungkin ada yang sememangnya tahu, mungkin ada yang tahu separa-separa dan mungkin juga ada yang tak nak ambil port langsung. Walaupun mungkin ada yang malas nak baca, meh sini Kak Fa kongsikan satu persatu.


Habatussauda atau Black Seed Oil




Ini rupa gayanya Habbatussauda atau Black Seed. Tenung betul-betul ya. So next time nanti dah kenal bagi yang tak pernah kenal. Yang dah kenal tu oklah. Tak ada masalah. Ha ha ha. Habbatussauda atau Black Seed atau juga dikenali sebagai nigella sativa adalah bijian hitam yang dikenali sejak berkurun-kurun lama dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. 


Minyak Habbatussauda mempunyai 3 bahan utama iaitu Thymol, Thymoquinone (TQ) dan Tetrahydroquinone (THQ). Thymoquinone (TQ) adalah bahan aktif bersifat anti oksidan, anti keradangan dan anti kanser serta dilaporkan efektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, asma dan pertumbuhan sel-sel kanser (carcinogenesis). 


Tapi bukan tu sahaja, selain tu ada lagi beberapa fungsi Habbatussauda atau Black Seed ni, iaitu: 
  • Menjaga kesihatan organ hati. 
  • Membantu mengawal diabetes. 
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi. 
  • Membantu menurunkan berat badan. 
  • Membantu meningkatkan kesuburan. 
  • Membantu mengawal keradangan dan kolestrol tinggi. 
  • Meningkatkan daya imunisasi daya tahan. 
  • Membantu melawan jangkitan kuman dan kuman kebal. 

Itu baru satu bahan. Lagi? Lagi? Ok teruskan pembacaan. 

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil



Haa.... Yang ini memang famous... Semua orang tahu tentang Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) memang ada banyak khasiat. Itu sebabnya ia dikategorikan sebagai SUPERFOOD. Minyak Kelapa Dara terdiri daripada 65% asid lemak rantaian medium (MCT). Di antara kelebihannya adalah:

  • Membantu meningkatkan metabolisme badan dan membantu menurunkan berat badan. 
  • Membantu mengurangkan keradangan (inflammation) dalaman. 
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung. 
  • Membantu menstabilkan paras kolestrol. 
  • Mampu membantu merawat penyakit Alzheimer. 
  • Membantu merawat penyakit ulser perut. 
  • Membantu meningkatkan fungsi otak. 
  • Membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. 
  • Membantu bertindak sebagai Anti-mikrob (Antimicrobial) dan Antiviral. 
  • Membantu memperbaiki sistem penghadaman dan membantu penyerapan nutrien. 
  • Membantu melindungi dan menyembuhkan kesulitan yang melibatkan hati ('liver disorders'). 
  • Membantu meningkatkan fungsi Mitochondria jantung. 
  • Membantu melindungi dan menjaga kesihatan buah pinggang. 
  • Bertindak sebagai penahan sakit (pain killer) semulajadi. 
  • Mampu membantu rawat kesulitan otak (brain disorders) tertentu. 
  • Membantu mengurangkan stress. 

Dan yang terakhir sekali, bahan ajaib dalam HALAVITA - BCG ni adalah merupakan Ekstrak Bawang Putih atau Garlic Extract. 

Ekstrak Bawang Putih atau Garlic Extract



Bawang putih merupakan salah satu di antara SUPERFOOD yang mempunyai banyak khasiat dan antibiotik secara semulajadi. Kandungan Diallyl Sulfide di dalam bawang putih didapati mampu melawan bakteria campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan malah 100 kali lebih efektif daripada pil antibiotik. 


Bawang putih juga mempunyai kesan positif terhadap kerja-kerja tubuh manusia disebabkan oleh kandungan Allicin yang tinggi. Allicin berkesan menghalang pengoksidaan low-density lipoprotein (LDL) kolestrol dan juga melegakan saluran darah serta mengurangkan tekanan. 

Di antara khasiat bawang putih adalah seperti yang tertera di bawah berikut: 

  • Membantu melawan bakteria / parasit. 
  • Membantu meningkatkan metabolisme. 
  • Membantu mengurangkan berat badan. 
  • Membantu masalah sakit gigi. 
  • Membantu mengawal kencing manis. 
  • Membantu menurunkan darah tinggi. 
  • Membantu merawat selesema. 
  • Membantu mengurangkan masalah alergi. 
  • Membantu mencairkan darah dan baik untuk kesihatan jantung. 
  • Anti-kanser. 
  • Membantu merawat migrain. 
  • Membantu meningkatkan imun badan. 
  • Dijadikan detox. 
  • Membantu melawaskan air kencing / mencuci buah pinggang. 

Bukan nak cakap apalah kan? Tapi baru jer beberapa hari Mama Kak Fa amalkan pengambilan HALAVITA-BCG secara konsisten, Alhamdulillah, dah nampak perubahannya. Sebabnya sebelum kami mencuba HALAVITA-BCG ni, Mama Kak Fa mengalami kesukaran sedikit untuk makan nasi dan juga lauk yang pedas-pedas. Katanya macam ada seolah-olah luka dalam bahagian usus atau perut. Kita pun tak taulah kan apa sebenarnya yang ada di dalam tu. Nak ajak pergi ke hospital, Mama Kak Fa tak nak sebab katanya zaman-zaman Covid ni dia tak berani nak tempuh ke hospital tu. Walaupun sebenarnya pada hakikatnya hati Kak Fa ni meronta sangat nak hantar Mama Kak Fa ke hospital untuk thorough medical check-up. Ok tak apa, kita ikhtiar cara lain dulu. Mudah-mudahan serasi. Manalah tahu ini solusi kan? 


Tapi ternyata - baru jer beberapa hari dah nampak perubahan. Alhamdulillah. Dah boleh makan nasi tanpa berulam air atau nasi lembik. Yang amalkannya tu sendiri rasa perubahan. In Shaa Allah, kami akan teruskan. Ini pun rasa nak restock semula sebabnya.... bagi menjaga keeksklusifan dan kualiti produk, HALAVITA hanya mengeluarkan 2,500 botol sahaja. Jadinya STOK TERHAD. Nak tak nak memang nak kena standby dapatkan HALAVITA ni lagi. 



Jadi, selepas baca perkongsian Kak Fa pada kali ni, kalau ada sesiapa yang berhajat nak mendapatkan HALAVITA boleh laju-laju beli secara dalam talian iaitu melalui www.halavita.com.my atau terus berhubung dengan pihak HALAVITA di talian 012-341 2097, 010-244 2097 ataupun talian hotline mereka 011-1112 7109. Harga adalah RM69.00 sebotol ok? Mampu milik.  (MAL20056054T).


Terlanjur tu, Kak Fa nak beritahu juga ni. Sekarang ni pihak HALAVITA sedang menganjutkan PROMOSI / PERADUAN di mana anda berpeluang untuk memenagi hadiah wang tunai berjumlah RM1,000. 


Caranya teramatlah mudah sekali ya kawan-kawan, cuma perlu beli HALAVITA-BCG, kemudian selfie dengan memegang botol HALAVITA-BCG. Muatnaik gambar di Instagram anda dan tag akaun Instagram HALAVITA iaitu @halavita_official. Gambar yang menarik berpeluang untuk dipilih sebagai pemenang. Pastikan akaun anda ditetapkan kepada tetapan umum. 


Peraduan ini terbuka kepada semua. Tarikh tutup peraduan adalah pada 25 Ogos 2021 serta keputusan akan dilakukan pada 31 Ogos 2021 di Instagram HALAVITA dan juga FB Page HALAVITA. 


Jika Anda Tertekan, Kemurungan, Depresi, Sedih ... Cubalah Aplikasi MINDFUL MUSLIM

$
0
0


Hidup tidak selalunya indah, langit tidak selalunya cerah. Ingat tu! Jika hari ini kita gembira, kita senang - esok lusa tak tentu lagi kita akan terus gembira, kita akan terus senang. Memang standard kan? Hidup ni ada pasang surut... Mana ada hidup yang indah jer sepanjang-panjangnya. Pasti ada cabaran, pasti ada dugaan, pasti ada ujian. Ada yang mampu bertahan dan ada yang kecundang. Yang membezakan satu individu dengan satu individu yang lain di dalam menghadapi cabaran, dugaan serta ujian adalah bagaimana penerimaan serta bagaimana seseorang individu itu cuba mengatasinya. Semangat kena kuat ok? Ada yang mampu untuk menghadapi sendirian berhad. Tak kurang juga yang memerlukan bantuan serta sokongan. Nak-nak lagi di era pandemik Covid-19 ni kan? Semua orang terkesan, semua orang merasai impaknya. Sudah tentu perkara-perkara seperti tekanan, kemurungan, depresi, sedih semakin banyak muncul. Tengok laporan berita dan statistik kes psikiatri sejak akhir-akhir ni pun dah gerun kan? Cuma Kak Fa ada satu cadanganlah - jika anda tertekan, kemurungan, depresi, sedih...cubalah aplikasi MINDFUL MUSLIM. Tak rugi mencuba. 




Ini bukan cadangan saja-saja tau. Ini cadangan berdasarkan pengalaman. Sebabnya sejak kebelakangan ni tekanan yang Kak Fa hadapi bukan calang-calang tau. Tekanan peribadi, tekanan bersilat dengan dengan kerja pejabat, pelajaran Kak Fa sebagai pelajar pengajian jarak jauh, sesi PdPr anak, kerja-kerja bukan hakiki. Dengan pemotongan gaji lagi...Hu hu hu... Semua tu memang menyumbang kepada tekanan pada diri seorang Farah Waheda. Hu hu hu. Tapi takkanlah Kak Fa nak terpekik terlolong sana sini dan melontarkan kepada persekitaran sekeliling Kak Fa termasuk medsos kan? Sebagai seorang yang semakin matang dengan cabaran kehidupan, Kak Fa kenalah banyak-banyak bersabar dan bertenang untuk diri sendiri sambil perlahan-lahan kayuh untuk mencari sistem sokongan berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Ada yang bergantung kepada Kak Fa. Jadi Kak Fa tak boleh lemah. Kak Fa kena kuat! 

So happened... Kak Fa mengenali saudara Akhtaar dan juga dari beliau Kak Fa belajar untuk mengenali aplikasi MINDFUL MUSLIM. 

Apa Itu Aplikasi MINDFUL MUSLIM?



Sebenarnya aplikasi MINDFUL MUSLIM ini adalah merupakan aplikasi yang berfungsi sebagai terapi ketenangan cara Muslim. Ianya adalah aplikasi penenang jiwa berteraskan Islam pertama di dunia yang telah dilancarkan tidak lama dulu dan kini semakin meraih populariti di dalam kalangan umat Islam secara global. 

Fokus utama aplikasi MINDFUL MUSLIM ini adalah untuk membantu meningkatkan kesihatan mental umat Islam yang berhadapan dengan bermacam jenis cabaran pada masa kini dengan elemen Islamik. 


Yang Kak Fa suka mengenai aplikasi MINDFUL MUSLIM adalah di mana aplikasi ini mempunyai kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah, doa-doa khas untuk menghilangkan tekanan dan pelbagai bunyian alam semulajadi. Oh ya...aplikasi ni ada pilihan versi suara wanita dan lelaki yang kita sebagai pengguna boleh pilih. 

MINDFUL MUSLIM telah dibangunkan pada tahun 2020 dan telah memenangi hadiah Supreme of Auckland, Universiti of Technology Entrepreneurship Competition X Challenge. Setakat ke hari ini, yang Kak Fa dapat taulah kan, MINDFUL MUSLIM telah dimuatnaik oleh umat Islam di seluruh dunia terutamanya dari Indonesia, Malaysia, India, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat selain negara-negara Afrika. Bila dah ramai menggunakan aplikasi ni - dekat situ pun Kak Fa dah boleh agak dah aplikasi ni mesti ada keberkesanannya kan? Kalau tidak takkanlah umat Islam global menggunakan aplikasi MINDFUL MUSLIM ni. So - Kak Fa pun cubalah! 



Bukan nak cakap apalah kan, tetapi semenjak Kak Fa tak tinggal sehari pun menjengah ke aplikasi MINDFUL MUSLIM ni - Kak Fa dapat rasa perbezaan sedikit demi sedikit pada diri Kak Fa. Kak Fa lebih rasional, lebih tenang, lebih mudah terlelap tidur pada waktu malam berbanding sebelum-sebelum ini. Sebab tulah Kak Fa sememangnya mencadangkan anda untuk mencuba aplikasi MINDFUL MUSLIM ni. Kak Fa sangat percaya, di era pandemik Covid-19 yang tak tau bila nak berakhir ni, ramai di antara anda di luar sana yang mengalami tekanan dari pelbagai aspek kehidupan. Kalau dibiarkan takut-takut nanti jadi lain pula. Jadi tak banyak sedikit pun Kak Fa cubalah berkongsi dan membantu dengan cara mana yang tak termampu walaupun bukan dari segi wang ringgit kan? Kita semua struggle sekarang ni dan kita perlukan sokongan di dalam apa jua bentuk. MINDFUL MUSLIM is something what you can look for. 

Anda mungkin tertanya-tanya, di mana aplikasi MINDFUL MUSLIM ni boleh dimuat turun? Anda boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Playstore dan juga Apps Store. Anda tak perlu ragu-ragu dengan isi kandungan di dalam aplikasi MINDFUL MUSLIM ini kerana MINDFUL MUSLIM adalah dibangunkan bersama 16 orang penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over. 

Pihak MINDFUL MUSLIM telah melakukan banyak tinjauan dan melakukan temubual bersemuka untuk memahami apa yang diperlukan oleh umat Islam bagi meningkatkan kesihatan mental. Walaupun untuk membangunkan aplikasi ini agak mencabar pada peringkat awal terutama ketika melakukan koordinasi dengan penyelidik yang berada di pelbagai negara serta mencari ciri-ciri untuk dimuatnaik di dalam MINDFUL MUSLIM, Alhamdulillah, ianya berjaya juga dibangunkan. 

Proses pengembangan kandungan telah dilakukan dengan sesi perbincangan dengan pasukan penyelidik yang tinggal di pelbagai negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand, Singapura dan India. Setaip penulis akan meneliti topik yang diberikan untuk mencari ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan. Mereka akan menulis ceramah motivasi mengikut garis panduan seperti yang telah dibincangkan bagi memastikan penceritaan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MINDFUL MUSLIM. Selepas itu, bahan-bahan tersebut akan dihantar untuk disemak dan dipersetujui sebelum voice over oleh artis serta jurutera bunyi. 

Jadi pada Kak Fa tak sepatutnya timbul isu keraguan di dalam penggunaan aplikasi ini. Cuba dulu, lepas tu percayalah pada Kak Fa, anda sendiri akan merasai perbezaannya. Trust me! 

Kita sebagai Muslim terkadang leka, jadi MINDFUL MUSLIM telah banyak membantu Kak Fa di dalam kehidupan seharian Kak Fa. Semua features pada aplikasi MINDFUL MUSLIM Kak Fa gunakan dengan sebaik mungkin. Doa, rukyah, bacaan Al-Quran, bunyi-bunyian, ceramah sampaikan Kak Fa dah ada playlist Kak Fa sendiri. Sekali lagi, Kak Fa kata, cuba MINDFUL MUSLIM. Sebab semua orang tahu, terapi terbaik adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tak ada dakwa dakwi lagi bab ni. So try it! 

Jom Borong Habis-Habisan Di THE BIG LITTLE BOOK SALE Oleh BIG BAD WOLF BOOKS!

$
0
0

 

Sebenarnya nak kongsi semalam... tapi terlalu padat dengan macam-macam perkara yang perlu diselesaikan semalam. Al-maklumlah musim kemuncak semester dah tiba kan? Jadi memang huru-hara sedikitlah hidup Kak Fa ni. Ini pun... sambil-sambil Kak Fa upload kerja-kerja PdPR Firash ni ha... Ha ha ha... Oklah kita straight to the point. Sebenarnya Kak Fa ni nak menjemput dan nak mengajak ni. Nak jemput dan ajak anda shopping. Jom borong habis-habisan di THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS? Rugi oiii siapa yang tak grab opportunity ni. 



Tak perlu bersesak-sesak (bahaya nak bersesak-sesak musim pandemik ni). Tak perlu nak beratur panjang. Online ajer ok? THE BIG LITTLE BOOK SALE ni dianjurkan oleh pihak BIG BAD WOLF secara atas talian. Memang sesuai sangatlah kan kalau-kalau anda mencari buku-buku yang sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak sebelum tidur atau nak tambah stok-stok bahan bacaan di dalam rumah tu. Mungkin juga beberapa buah buku mewarna ke? Untuk menghilangkan rasa bosa di musim duduk rumah bersempena pandemik Covid-19 ni? Ataupun buku-buku aktiviti untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis anak-anak secara interaktif? Atau buku kalis air yang dapat menjadikan sesi mandi manda di dalam bilik air rumah atau inflatable pool lebih menyeronokkan dan menghiburkan? 


Kalau risau anak burn out, anak bosan sebab lama sangat terkurung di dalam rumah kerana pandemik boleh jer cari bahan-bahan yang sepatutnya di THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS kerana mereka mempunyai pelbagai pilihan buku yang gila-gila best punya untuk kanak-kanak dari setiap peringkat umur. Harga, tak perlu ceritalah kan? Semua orang tahu yang BIG BAD WOLF BOOKS memang menawarkan harga yang sangat berpatutan sepanjang masa yang kita semua tahu. Ha ha ha... Memang kalau membeli di setiap jualan anjuran BIG BAD WOLF BOOKS ianya akan menjadi mesra poket. Paling menarik bagi Kak Fa di THE BIG LITTLE BOOK SALE ini adalah promosi 'RM1 Book Deal' dengan pembelian minimum RM100.00! Tu sebab Kak Fa kata kalau tak ambil peluang ni, anda berada di dalam kerugian. 


Tapi.... THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS ni tak lama... Sebenarnya dah bermula dari 29 Julai 2021 tempoh hari dan ianya akan berakhir esok iaitu 2 Ogos 2021. Maafkan Kak Fa ok? Kak Fa terlewat kongsi dengan anda. Ehhh... Tapi tak adalah terlewat sangat kan? Sebabnya esok masih ada begitu! Esok hari terakhir, jadi apa lagi? Pulunlah shopping habis-habisan esok! Gunakan peluang yang ada selagi boleh kan? 


Kak Fa nak kongsi-lah ek antara buku yang paling dicari-cari dan 10 buku terlaris, pilihan untuk orang dewasa dan kanak, tawaran THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS sangat menarik. Sementara ada masa lagi ni, elok sangat add to cart cepat-cepat sebelum STOK HABIS! Nanti dah habis wa pu chi tau ok? Not my fault sebab Kak Fa dah kongsi. 

Contohnya seperti tawaran buku RM 1, 555 buku pelekat dengan hanya RM 12.00, 2 Noisy Readers Fairytale dengan hanya RM25.00 dan 2 Puzzle - Travel, Learn and Explore dengan hanya RM40.00. 

Yang ni ambil perhatian - KOD PROMOSI: 

BBWM5%
Diskaun 5% dengan perbelanjaan minima RM80.00

BBWM7HALF%
Diskaun 7.5% dengan perbelanjaan minima RM120.00

BBWM10%
Diskaun 10% dengan perbelanjaan minima RM250.00

Pilih ajerlah nak buku yang mana pun, sebabnya terdapat lebih daripada 60,000 tajuk buku yang boleh diborong oleh ada di THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS. Nak rembat dekat mana? Klik pautan di bawah tu:

https://my.bbwbooks.com/


Bukan nak cakap apalah, Kak Fa memang dah sakan memborong dulu semalam. Ehhh...Hari Jumaat. Penuh cart dengan buku-buku Firash. Kak Fa top up buku bacaan, buku aktiviti, buku sticker. Ikut minat dia. Yang mana dia minat. RM1 Deal pun Kak Fa rembat sekali. Memang Kak Fa tak lepaskan peluang. Selagi ada kan? Termasuklah educational toys untuk Firash. 

Oh ya... Lupa pula nak cerita. Ha ha ha...Sebab excited sangat bercerita ni. 



Pada masa yang sama sekarang ni sedang berlangsung Educational Toys Fair secara atas talian juga di BIG BAD WOLF BOOKS. Macam yang Kak Fa cerita - termasuk dengan educational toys Kak Fa borong untuk Firash. Harga memang walla! Again rugi siapa yang tak grab sale BIG BAD WOLF BOOKS untuk kali ini. Makanya, cepat-cepatlah ya? 

Sebagai seorang ibu, Kak Fa rasalah kan.... melalui THE BIG LITTLE BOOK SALE ni sebenarnya ia memberikan kita ni ibu bapa satu cara yang mudah dan senang untuk membeli buku anak-anak dengan menawarkan ratusan dan ribuan buku dengan satu klik butang. Hanya di hujung jari saja ok? 

Kalau tak percaya pergi tengok di laman web BIG BAD WOLF BOOKS. Lebih daripada 60,000 judul buku yang menawarkan promosi dan potongan harga yang menarik antara 50% sehingga 95% daripada harga runcit yang disyorkan. Anda boleh mencari buku mengikut genre dengan mudah atau mencari mengikut kata kunci, tajuk, pengarang atau ISBN. Anda juga boleh melayari mengikut kumpulan umur (kategori). Laman web mereka adalah user friendly, so mudah jer nak navigate. 

Dah habis baca kan? So? Laju-laju pergi shopping ok? 

Laman Web: 

https://bigbadwolfbooks.com/

Laman Facebook: 

https://www.facebook.com/bbwbooks

Laman Instagram: 

https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/

Laman Twitter:

https://twitter.com/bigbadwolfbooks

 #BigBadWolfBooks #TheBigLittleBookSale

Pencarian Masih Belum Berakhir – Kali Ni Kak Fa Intai CELYN, BAYU SUTERA di Bandar Sri Sendayan

$
0
0

Orang kata nak buat keputusan untuk membeli rumah ni tak boleh terburu-buru. Kena perlahan-lahan tengok sana, tengok sini. Buat perbandingan. Selepas tu barulah buat keputusan supaya tidak menyesal di kemudian hari kan? Oleh sebab itu, pencarian masih belum berakhir – kali ni Kak Fa intai CELYN, BAYU SUTERA di Bandar Sri Sendayan. Chill-lah kan? Tak perlu terburu-buru, masih ada masa lagi. Kak Fa boleh jer tinjau sana sini untuk ditambah di dalam senarai rumah tinjauan Kak Fa sebelum ini. Samalah dengan anda – jika masih mencari anda pun boleh buat tinjauan lagi dan letakkan CELYN, BAYU SUTERA ni sebagai salah satu senarai pilihan anda.


Rumah jenis macam mana CELYN, BAYU SUTERA ni Kak Fa? Tau dah – ini pasti jadi soalan pertama yang berlegar-legar di kotak pemikiran yang membaca entri ni kan? Oklah… CELYN, BAYU SUTERA mungkin untuk anda, jika anda mencari landed property untuk dimiliki dan didiami. Ianya adalah merupakan rumah teres berangkai 2 tingkat yang bersaiz 20’ x 70’. 




Kalau ikutkan taste Kak Fa – rekabentuk CELYN, BAYU SUTERA ni sememangnya menepati konsep rumah yang Kak Fa suka. Simple yet elegant and nice. Ha gituh. Yang Kak Fa suka bila dua kereta boleh muat di bahagian hadapan rumah. Kalau macam ni, jika saudara mara atau kawan-kawan datang bertandang ke rumah mudahlah kan? Sekurang-kurangnya boleh parking di dalam kawasan rumah tu juga. 


CELYN, BAYU SUTERA didatangkan di dalam dua jenis iaitu Type A/A1 dan juga Type B/B1.


Type A/A1







Sepertimana yang dapat anda lihat di dalam ilustrasi di atas dan juga pelan tapak, CELYN Type A/A1 adalah bersaiz 20’ x 70’ dengan keluasan binaan 2,142 kaki persegi yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur serta 3 bilik air (bagi rumah tengah dan hujung) dan 4 bilik air (bagi rumah tepi). Parkir boleh memuatkan sebanyak 2 biji kereta.


Type B/B1








Bagi Type B/B1, ia juga bersaiz 20’ x70’ dengan keluasan binaan 2,142 kaki persegi yang didatangkan dengan 4 bilik tidur serta 3 bilik air (bagi rumah tengah dan hujung) dan 4 bilik air (bagi rumah tepi). Ianya juga boleh memuatkan sebanyak 2 biji kereta di kawasan parkir.


Kak Fa bagi anda tengok dulu kawasan atau tapak CELYN, BAYU SUTERA melalui paparan di bawah:




Kawasan ni nampak tenang dan damai dan dari paparan gambar di atas sendiri anda boleh melihat bahawasanya CELYN, BAYU SUTERA itu sendiri dikelilingi oleh banyak kemudahan-kemudahan di sekelilingnya. Untuk menjadikan cerita tentang kemudahan yang terdapat di persekitaran CELYN, BAYU SUTERA lebih jelas, berikut adalah senarai kemudahan atau fasiliti di sekeliling CELYN, BAYU SUTERA yang boleh anda ketahui:




Nampak tak? Macam-macam ada oiii… Nak shopping ada AEON, Tesco, NSK. Sekolah pun ada tujuh buah sekolah, tempat rekreasi, kemudahan kesihatan dan juga jalan laluan kereta yang sedia ada terhubung sana dan sini. Pendek kata, tak adalah rasa macam tinggal jauh di kawasan pendalaman sangat jika mendiami CELYN, BAYU SUTERA. Semua ada. 


Oh ya, tarikan utama pada Kak Fa adalah kawasan sekeliling CELYN, BAYU SUTERA. 




Ya ampun – tengok jer dah rasa mendamaikan. Macam-macam ada dekat CELYN, BAYU SUTERA tu oiii…. Ada trek basikal, kawasan permainan untuk kanak-kanak, tempat berekreasi, laluan refleksologi, gelangang futsal dan macam-macam lagilah. 










Sungguhlah mendamaikan sangat and made me feel like as if, this is the place that I want to settle down! 




CELYN, BAYU SUTERA terletak di Presint 2B. Sekarang ni memandangkan tak boleh nak merentas negeri, Kak Fa cuma merasai pengalaman berada di BAYU SUTERA melalui pengalaman VR di laman web BAYU SUTERA di SINI.




Seronok jalan-jalan di BAYU SUTERA. Rasa macam betul-betul berada di sana. Siap boleh masuk rumah contoh lagi ok? 




Setiap segenap ruang Kak Fa dah jelajah dalam rumah contoh tu. Jalan-jalan macam ni pun dah terasa best apatah lagi kalau betul-betul ada di sana kan? Betul tak? Laju-laju Kak Fa senaraikan di dalam senarai rumah yang Kak Fa tinjau untuk kami sekeluarga settle down Bila pandemik ni dah reda dan dah boleh rentas negeri, Kak Fa nak ke BAYU SUTERA dan rasai sendiri pengalaman berada di sana sendiri sebelum Kak Fa betul-betul buat keputusan nak beli rumah yang mana satu. But most likely Kak Fa rasalah Kak Fa rasa, Kak Fa akan pilih CELYN, BAYU SUTERA ni. Hati dah tertawan, jadi nak buat macam mana kan? Kalau dah suka tak boleh lupa dah. Ha ha ha… 


Untuk anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CELYN, BAYU SUTERA ni, anda bolehlah lakukan rujukan di laman web BAYU SUTERAdan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Matrix Concepts di 1 800 88 2688. 


Laman Facebook Matrix Concepts Holdings Berhad 

Laman Instagram Matrix Concepts

Review: KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE & KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX

$
0
0


Ingat tak? Kak Fa pernah kongsi tentang KITSUI Vita C + Shine? Kali ni? Kali ni Kak Fa nak review tentang KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE & KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX. Dua produk KITSUI yang terkini menjadi amalan Kak Fa dan Kak Fa rasa anda juga patut tahu mengenai kedua-dua produk yang terkini di dalam senarai rutin harian Kak Fa ni.



KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE



Untuk pengetahuan anda yang membaca entri ini, KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE ini adalah merupakan formulasi terkini dari Korea yang menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan serbuk. Ianya dihasilkan dengan menggunakan mesin vakum TANPA menggunakan vakum alcohol dan merupakan teknologi Itali serta buah beri segar dari Itali. Dijamin HALAL – makanya boleh minum tanpa rasa was-was ok? 




Fungsinya? Untuk kecantikan kulit of course! 




Vitamin E di dalam KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE adalah berfungsi untuk melindungi daripada radikal bebas, antioksidan yang dapat membantu melambatkan tanda-tanda penuaan serta mencerahkan dan melembapkan kulit. 


Vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi, pembentukan kolagen dan mencantikkan kulit. Manakala, Vitamin A adalah untuk membantu menjadikan kulit lebih sihat serta memberikan penglihatan yang baik. 




Harga mampu milik ya kawan-kawan…Cuma RM 1.78/sehari.


KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX



KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni pula adalah dirumus khas untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang juga merupakan formulasi terkini dari Korea yang mengandungi bahan-bahan seperti epal, kiwi, oren, avocado, tomato, lemon dan nenas. 






Sepertimana yang dapat anda lihat melalui paparan gambar-gambar bahan-bahan utama yang Kak Fa sertakan di atas, KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni adalah merupakan serat harian yang mengandungi semua bahan semulajadi termasuk campuran ramuan herba asli dan serat buahan. 


Jika anda mempunyai masalah seperti masalah kulit, mulut berbau, badan berbau dan cepat letih, itu tandanya badan anda mempunyai lebihan toksin. Jadi anda adalah orang yang tepat yang seharusnya mengamalkan pengambilan KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX. 


KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX juga direka untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang disebabkan oleh suka makanan berlemak, kurang pengambilan makanan serat, tiada masa bersenam, kurang minum air dan suka makan berlebihan.


KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX adalah rendah kalori, membantu menggalakkan pergerakkan usus, meningkatkan metabolism, melancarkan sistem pencernaan dan membantu sistem penghadaman. Yang Kak Fa perasanlah kan? Sejak Kak Fa amalkan KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni Kak Fa rasa mudah nak membuang. Kalau tak sebelum ni, payah jugalah. Sebab Kak Fa memang ada masalah pencernaan semenjak bayi lagi. Jadi Kak Fa rasa KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni works wonders on me. Bermakna serasilah tu kan?




Harga juga adalah mampu milik. Kalau bahagi campur tolak tambah baru RM1.60/sehari. Berbaloi kan? Menarik kan? Buat apa nak kedekut kalau untuk diri sendiri.




Bagi Kak Fa mudah dan senanglah bila amalkan kedua-dua produk KITSUI ni memandangkan Kak Fa ni sentiasa ada kekangan masa kan? Dengan kedua-dua produk KITSUI ni iaitu KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE dan KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni, Kak Fa rasa sangat convenient dan tak pening-pening serta kalut-kalut untuk Kak Fa pastikan Kak Fa cukup semua khasiat yang dirangkumkan di dalam kedua-dua produk ini. Cukup serba-serbi, jimat masa dan kulit lebih cantik serta tubuh badan lebih sihat. 


Tak susah pun, koyakkan sachet, masukkan ke dalam shaker, masukkan air dan shake shake – dah tersedia untuk diminum. Mudah sangat. Tapi jangan lupa minum banyak air ya untuk menyokong keberkesanan produk ini. 


Testimoni Pengguna

KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE






KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX





Perkara penting yang anda perlu tahu, produk ini adalah bebas dari bahan-bahan yang berbahaya seperti yang tertera di dalam paparan gambar di bawah:




Tiada hormon, tiada pengawet, tiada gluten, tiada GMO, tiada antibiotik mahupun bahan kimia. Boleh dipercayai sebab telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. 


Selain itu boleh dapatkan lebih informasi tentang KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE dan KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX di sini :

Instagram :

https://instagram.com/kitsuimalaysia

Facebook :

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok :

https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Shopee :

https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9

Website :

https://kitsui.com.my/

Kenapa CRYSTAL SKIN Jadi Pilihan Kak Fa?

$
0
0

 

Sejujurnya kannn, Kak Fa ingat, Kak Fa nak peram kisah ni lama sikit. Rancang-rancang nak buka cerita tentang CRYSTAL SKIN lepas sebulan dua Kak Fa consume CRYSTAL SKIN ni. Tapi...disebabkan walaupun baru seminggu lebih Kak Fa consume Kak Fa sendiri dah rasa perbezaan pada kulit Kak Fa, makanya Kak Fa tak sabar pula jadinya nak menaip dan berkongsi tentang seribu satu manfaat atau kebaikan CRYSTAL SKIN ni. Benda bagus takkan nak simpan sendiri sorang-sorang lama-lama. Tak baik kedekutkan? Nak cantik, cantik sama-sama. Tak salah pun. Kak Fa lagi suka kalau kita semua sama-sama mempunyai kulit yang cantik dan sihat. 



Mungkin yang membaca entri Kak Fa pada kali ni ada yang dah jadi pengamal CRYSTAL SKIN dan mungkin juga ada yang masih baru lagi dengan produk CRYSTAL SKIN ni. Kak Fa tak terkejut pun kalau ada yang sebelum ni tidak pernah langsung mendengar mengenai CRYSTAL SKIN. Tak apa... Dalam blog Kak Fa ni macam-macam cerita dan perkongsian ada. Ha ha ha...Kalau tidak pernah tahu, tidak pernah dengar, boleh sahaja rujuk www.bubblynotes.com. Bubblynotes kan ada? In Shaa Allah, selagi diberi nafas oleh Allah SWT, Kak Fa akan terus berkarya untuk memberikan perkongsian yang bermanfaat untuk semua orang dengan cara Kak Fa sendiri. In Shaa Allah. 


Kita terus kepada CRYSTAL SKIN semula sebelum Kak Fa melalut ke arah ceria lain. Ha ha ha...Biasalah...Kak Fa kan penglipurlara maya...Memang suka bercerita. Kalau jumpa Kak Fa berdepan pun, meriah bercerita ok? Ha ha ha... Identiti di dalam penulisan dengan identiti secara face-to-face sama jer. Tak ada apa yang beza pun. 



CRYSTAL SKIN adalah merupakan suplemen yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang mampu menjadikan seseorang individu itu kelihatan lebih menawan. Sebagai pengguna CRSYTAL SKIN, apa yang boleh Kak Fa katakan sehingga ke hari ini, it does what it claims. Sebabnya CRYSTAL SKIN ni telah menambahbaik struktur kulit Kak Fa dengan jaya di mana Kak Fa rasa memang betul CRYSTAL SKIN ni dapat mencantikkan dan merawat kulit dari dalam dan luar agar lebih sihat, menawan dan berkeyakinan. 


Yang paling Kak Fa suka adalah bilamana ianya adalah keluaran bumiputera Muslim, kesemua bahan di dalam CRYSTAL SKIN bergred AAA, kilangnya berstatus HALAL dan mempunyai akreditasi GMP iaitu Good Manufacturing Practice, HACCP iaitu Hazard Analysis Critical Control Point dan juga ISO22000. Benda nak masuk dalam badan kan? Mestilah kena particular. Betul tak? 


Setakat ke hari ini, sebagai pengguna, memang Kak Fa boleh katakan tiada kesan sampingan disebabkan oleh kandungannya adalah merupakan daripada bahan-bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Yang membuatkan Kak Fa bertambah yakin adalah kerana produk ini adalah dikawalselia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KKM. 



Bahan-bahan semulajadi, bahan-bahan semulajadi...Ha ha ha...Asyik sebut tu jer. Ha meh sinilah Kak Fa kongsikan bahan-bahan utama CRYSTAL SKIN:

Tomato Kristal

Berfungsi sebagai anti-oksidan terkuat, kurang jeragat dan melindungi dari kerosakan sinar matahari. 

Habbatus Sauda

Anti-radang, mengurangkan jerawat dan membunuh kuman. 

Vitamin C

Melindungi sel dan menjaga kulit agar sihat.

Kolagen

Menambah keanjalan kulit dan mencegah kedutan.

Ekstrak Biji Anggur

Berfungsi sebagai anti-oksidan, membunuh kuman dan membantu penyembuhan luka. 

Jus Blackcurrant

Berfungsi sebagai anti-oksidan serta menguatkan sistem pertahanan badan, 


Untuk lebih jelas, Kak Fa nak beritahu ni CRYSTAL SKIN adalah khusus untuk merawat masalah kulit, mengurangkan jerawat, mengurangkan parut,  mengecilkan pori, memutihkan kulit, mengurangkan muka berminyak, menjadikan kulit kurang kusam serta glowing dan menambahkan kelembapan kulit.


Cumanya bila dah consume CRYSTAL SKIN ni, ada pantang-larang tertentu. Ha ha ha.... Sila elakkan minuman yang berkafein, beralkohol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesanan yang lebih mantap. Jangan lupa untuk minum dua hingga 3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan CRYSTAL SKIN dan seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan lebih kerap. Ingat tu! Jangan buat-buat lupa pula. Nanti karang datang balik ke entri Kak Fa ni lepas tu marah-marah Kak Fa kata tak berkesan. Hu hu hu. Kesian Kak Fa, tak pasal-pasal kena hambat dengan anda. 



Cara pengambilan pun mudah sangat. Tak perlu nak kisar ke apa ok? Cuma ambil satu sachet, koyakkan dan campur ke dalam 150ml air sebelum sarapan. Kebiasaannya Kak Fa memang akan minum selepas solat Subuh ataupun sebelum pergi ke pejabat. Sebelum memulakan hari begitu ok? Rasa memang sedap, macam ke arah-arah Ribena tapi bukan Ribena. Ha macam tulah Kak Fa boleh bayangkan. Jadi tak ada masalah sama ada anda lactose intolerant atau tidak. Sebab Kak Fa ni sebenarnya lactose intolerant. Cuma automatik tak jadi lactose intolerant when it comes to Starbucks stuff ... Ha ha ha...Lepas tu menanggung keluar masuk tandas. Begitulah kehidupan seseorang yang lactose intolerant. 


Bukan Kak Fa seorang yang memperakui CRYSTAL SKIN, tetapi ramai juga sebenarnya yang telah mencuba dan memperakukan yang CRYSTAL SKIN ni bagus ok? 







Tidak kira lelaki, tidak kira perempuan - semua boleh consume CRYSTAL SKIN ni. Ramai dah cuba selain Kak Fa dan mereka berjaya memperbaiki struktur kulit masing-masing menjadi lebih sihat. So why not? Kalau anda ambil the first step towards CRYSTAL SKIN kan? 


Siapakah Di Sebalik CRYSTAL SKIN? 



Inilah dia jejaka genius di sebalik penghasilan dan pemasaran CRYSTAL SKIN, pengasasnya, Airiey Sayuti yang mempercayai bahawa berkelihatan anggun amat penting supaya seseorang itu berasa lebih berkeyakinan dan bersemangat. 


Kalau nak tau cerita, Airiey pada ketika beliau masih remaja, adalah merupakan seorang remaja yang mempunya berat badan yang keterlaluan dan beliau mempunyai tona kulit yang gelap serta terdapat banyak jerawat di wajahnya yang mengakibatkan beliau menjadi rasa rendah diri, penyegan, seorang pemalu dan pendiam. Lebih buruk lagi, beliau sering dipersendakan oleh mereka di sekililingnya kerana berbadan besar dan kulitnya berjerawat serta gelap. 


Kisah yang dilalui semua orang termasuk diri Kak Fa sendiri, walaupun beliau telah mencuba pelbagai jenama produk penjagaan kulit tempatan dan jenama penjagaan kulit yang popular serta makan suplemen kesihatan di dalam bentuk kapsul atau serbuk, menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam, namun beliau tetap berasa kecewa dengan hasilnya yang lambat serta tidak berkesan sepenuhnya. Dari itu, Airiey mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk yang benar-benar terbukti dapat berfungsi dengan berkesan dan selamat. Makanya wujudlah CRYSTAL SKIN. 


Untuk mengetahui lebih tentang kisah Airiey, sila melayanihttps://www.rishbeauty.com/tentang-kami/


Kak Fa percaya kan - kalau seseorang itu telah mengalami dan melalui sesuatu perkara itu, dia akan berusaha sebaik mungkin menghasilkan sesuatu yang terbaik. Sebab tu, Kak Fa menjadi yakin dengan CRYSTAL SKIN. 


Dah bercerita panjang-lebar... Well that's me kan? Yang dah bertahun-tahun ikuti Kak Fa di blog Kak Fa ni memang dah faham sangat style penulisan Kak Fa. Harga berapa? Harga.... Ok berikut adalah harga CRYSTAL SKIN untuk penghadaman semua orang:



Mana nak beli? CRYSTAL SKIN ni boleh dibeli dari Lazada ataupun Shopee

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

No. Telefon:
+601162000032






#rishbeauty #crystalskin #Crystalskinrishbeauty #rishbeautycosmetic #malaysia #beauty #kecantikan #skincare #kesihatan #beauty #kosmetik #perawatanwajah #cantik #makeup #perawatan #kecantikanwajah #pemutihwajah #produkkecantikan #perawatankulit #skincareroutine #cantikalami #pemutihbadan #jerawat #jejaka #wanita #viral #kecantikankulit #pemutih

What To Know Before Using an Online Printing Service

$
0
0
Credit: Picture Source Getty Images


There is no doubt that digitalization has completely transformed the world, particularly as it relates to our dependence on e-commerce to obtain goods and services. For example, online printers have evolved into a dependable and straightforward way to select the printing products you require. 


Why? There are numerous reasons to make the switch and use online printing for your needs. First, it can be far more convenient, faster, and less expensive than traditional printing companies. In addition, commercial online printing has numerous advantages, including transparent low printing costs, simple online ordering, and a more extensive selection of standardized print options. All of this makes it less expensive and less strenuous for us. 

Picture Source: Google


Over the last couple of decades or so, online printing services have made great strides. Breakthroughs in internet technologies and digital imaging have made it simple to print a booklet, a personalized postcard, a poster, stickers, or even to print your custom design on promotional products like tumblers or bags. Today, almost anyone can easily and quickly have their printing needs met by using online printing services. Amongst the online printing services that available in the market, we have:


Gogoprint


I’ve wrote about Gogoprint before. They are largest online printing company in Southeast Asia, Gogoprint offers high-quality printing products, an excellent customer service, and a competitive pricing. Using Gogoprint services entails easily configuring and printing a wide variety of products, for instance business cards, flyers, leaflets ... and receiving fast delivery throughout the country. It doesn’t matter where you want to receive your products – Gogoprint delivers everywhere.


Another Gogoprint brain child is...


Hellosticker


Hellosticker is an online printing website, specialized in stickers. On Hellosticker, you can find a wide range of stickers, tailored to your needs. They offer customized stickers in different materials, shapes and  formats. From sticker rolls to sticker sheets, going through individual stickers, Hellosticker is the place to go if you are looking for high quality yet affordable stickers.


But what should you look for in an online printing service? Here are a few pointers:


Quality Equipment

Picture Source: Goggle

Whether your printing project is as simple as postcard printing or as complex as four-color printing, you want to work with an online printer that has the best equipment. Online printing vendors who have invested in high-quality presses and the associated hardware required to run those presses are eager to share this information with prospective customers, so look for it when you shop. 


Delivery (Communication is Key)

Locate an online printing company that can be reached by phone, email, or live chat. You don’t have to say goodbye to good old-fashioned one-on-one personal service just because you've chosen to save time and money by using an online printing service. However, some printing projects may appear to be overly complex. Nobody wants to have problems during the manufacturing process. Still, problems do arise from time to time, and you may require assistance. Choosing Gogoprint, Hellosticker, or OnTimePrint will ensure you will be provided with the convenience of online ordering as well as the personalized human interaction with their customer service. 


Versatility

The more frequently you need to work with online printers, the more critical it is to work with vendors with diverse experience and expertise. It is common knowledge that commercial enterprises, non-profits, and other organizations distribute many printed materials throughout the year. From color brochures to training manuals, the list of possible printing projects that any company may face is extensive. It is much easier and often more affordable to work with a single high-quality online printer that can produce all the materials you may require.


Pricing Transparency



Look for a company that is upfront about its pricing. One disadvantage of traditional printing services is inconsistency in pricing and slow pricing service. You never know what your sales representative will come up with from day to day. It is a lengthy and drawn-out procedure.


Here's an example of a process you're probably all too familiar with: You contact your sales representative by phone or email and go over every option or service you're interested in. Then you have to wait...and wait...and wait some more. What a squandering of time !


Use a service whose pricing is open and transparent. Look for a business that is willing to publish its pricing online. In seconds, you'll have your pricing. Avoid printing companies that refuse to publish their pricing online; they will end up costing you more money. Nobody wants to be caught off guard by discreet shipping, delivery, postage, or service fees. Instead, choose a company that provides up-front pricing and instant, full-scale quotes online. There will be no haggling or fuss! The best printing companies will want to be your long-term partner and go above and beyond to provide you with superior service, speed, and pricing.


Delivery Options

Picture Source: Google

As you may be aware, working with an online printing service will necessitate some form of delivery. Before placing their order, many customers will often overlook or simply skim over this step. This is a potentially costly error. Spend a few minutes learning about the delivery options available to you before placing your order. You should also investigate the costs of handling and shipping. If you frequently require additional services, such as overnight or international delivery, ensure that the vendor can handle those for you. When it comes to delivery options and costs, the time to learn about them is before you order, not after.


Affordability

There is no reason for you to pay more than necessary for online printing services. High-quality, expert printing is available at reasonable prices in today's competitive market. In addition, you can save money on all of your online printing needs by taking advantage of specials, discounts, and print-on-demand services.


Almost everything appears to be done on the Internet in this computerized age. We rely on our phones, organize basic supplies online, and keep most of our critical records in the cloud. With these tasks becoming faster and more proficient, it appears apparent that we would choose to use web-based printing administrations as well. Gogoprint and Hellostickerare focused on meeting your printing project requirements and can competently provide you with solutions that genuinely meet your needs. 

PANDUAN Pendedahan Mengenai COVID-19 Kepada Anak

$
0
0
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google


Dua puluh juta kali Kak Fa cuba nak susun ayat untuk tajuk entri ni... Ha ha ha... Sejak-sejak mempunyai kekangan waktu untuk berkarya secara maya ni, enjin lambat sikit panas untuk dapatkan "rythm and jive" penulisan maya. Ha...tapi tulah dia... Entri Kak Fa pada kali ni nak menyentuh mengenai panduan pendedahan mengenai COVID-19 kepada anak. Macam tulah nampak-nampak gayanya... Dari pandemik kepada endemik. We have to live with COVID-19. Tidak ada pilihan. Makanya, jadi tugas kitalah sebagai ibu bapa ni nak menerangkan, nak memahamkan kepada anak-anak mengenai COVID-19 ni. Supaya mereka faham apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka? Kenapa tak boleh nak yak yak ey macam zaman sebelum pandemik? Kenapa banyak kekangan itu dan ini? Kenapa tak pergi sekolah semua kan? Penting ni. Sekurang-kurangnya bila anak faham kenapa - kurang soalan itu ini nak jawab, bantu kurangkan sedikit tekanan mereka juga kan? Kita usaha mana yang boleh. Penting sangat dalam era pandemik, era endemik anak-anak faham dan tahu kenapa banyak sangat kekangan dan bagaimana nak jaga kesihatan serta keselamatan diri sendiri. 


Kesian bukan tak kesian - sebab zaman pandemik, zaman endemik anak-anak terkekang itu dan ini. But then again...Nak buat macam mana kan? Sebab kita sayang, kita terpaksa juga ambil langkah-langkah melindungi diri mereka dan langkah-langkah untuk mereka jaga diri mereka. Kita jaga kita. Kak Fa tak pasti bagaimana mak ayah lain di luar sana kendalikan perkara ini dengan anak-anak masing. Tapi sajalah Kak Fa nak kongsi. Ini adalah cara Kak Fa memberi kefahaman mengenai COVID-19 yang jahat ni kepada Iman Firash.


Bersedia Untuk Bercakap

Sewaktu mula-mula lagi COVID-19 masuk ke Malaysia - kes yang pertama dulu pada 23 Januari 2020 di mana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) menerima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti koronavirus 2019 (2019-nCoV) dan KKM sahkan kes di Sabah negatif, Kak Fa dah mula cari maklumat mengenai wabak COVID-19 dan belajar mengenai COVID-19. Sebelum nak terangkan pada Firash, Kak Fa kenalah belajar dulu dan fahamkan betul-betul dulu kan? Sebab namanya wabak... Mestilah nak kena peka. 


Sewaktu tu, Kak Fa dah mula terangkan sikit-sikit mengenai COVID-19 pada Firash secara umum. Sebabnya Kak Fa nak dia peka dengan perkembangan semasa juga walaupun dia masih berusia 7 tahun. 

Kemudian - bila keadaan dah semakin meruncing, statistik pun dah mula meningkat hari demi hari sampai ke puncak bila sekolah ditutup, Kak Fa terus terangkan tentang SOP, tentang bahaya COVID-19. Sehinggakan - kita beralih pula kepada "point" yang kedua. 


Menggunakan Video YouTube untuk Kefahaman Mengikut Kesesuaian Usia

"It can't be done alone and we need support". Apa gunanya teknologi kalau tidak digunakan kan? Jadi marilah kita menggali sumber-sumber digital yang anda untuk membantu meningkatkan lagi kefahaman anak-anak kita semua. Di antara sumber-sumber video YouTube yang Kak Fa gunakan adalah seperti yang tertera di bawah:







Banyak jer sebenarnya di YouTube mengenai COVID-19 yang direka dan dimuatnaik khusus untuk kanak-kanak dengan kepelbagaian interaktif yang membolehkan anak-anak faham dengan mudah. Jadi anda boleh gunakan sumber sedia ada ini dengan sebaiknya. Manfaatkan apa yang ada sebaiknya. 


Selain itu, Kak Fa pun ada juga memuat turun buku khusus untuk kanak-kanak mengenai COVID-19 yang diedarkan secara PERCUMA di laman web UNICEF melaui pautan di SINI.



Oklah tu kan? Sambil meningkatkan kemahiran bacaan sambil dapat maklumat. Ada versi Bahasa Melayu dan juga versi-versi lain yang disediakan. Bagi yang belum muat turun, boleh muat turun untuk anak-anak masing-masing ok? 


Menjadi Lebih Terbuka dan Mendengar

Benarkan anak-anak bercakap dengan bebas. Tanya kepada mereka soalan terbuka dan ketahui berapa banyak yang mereka sudah tahu mengenai COVID-19. Jangan lupa untuk jujur menjawab soalan-soalan mereka. Fikirkan berapa umur anak anda dan seberapa banyak yang boleh mereka fahami. Mungkin ada juga anak-anak yang keliru ataupun takut. Jadi beri mereka ruang untuk berkongsi bagaimana perasaan mereka dan beritahu mereka bahawa anda sentiasa ada untuk mereka. 


Oh ya sikitlah Kak Fa nak tambah - jelaskan bahawa COVID-19 tidak ada hubungan dengan penampilan atau rupa seseorang, semua pukul rata jer kalau nak hinggap. Betul kan? Sambil-sambil tu, Kak Fa dedahkan dengan berita-berita di kaca televisyen, tunjuk pada Firash tentang pengorbanan barisan hadapan. 


Alhamdulillah, semakin hari semakin faham mengenai COVID-19 dan paling penting sekali sekarang ni dia yang tersangat menjaga SOP daripada Kak Fa. Kadang-kadang dia yang membebel ingatkan Kak Fa mengenai SOP dan juga COVID-19. Firash pun faham, kalau Kak Fa balik dari luar dia dah tak meluru peluk Kak Fa macam dulu lagi dah. Sebaliknya dia yang jadi "reminder" suruh Mommy dia terus masuk bilik air dan mandi. Dia sendiri yang ada "effort" untuk "double masking" kalau dia teringin sangat nak pusing-pusing naik kereta di kawasan taman perumahan atau main di "porch" hadapan rumah. 


Benda ni bakal menjadi endemik "and we have to live with it"... Jadi memang jadi tanggungjawab ibu bapa untuk mulakan dulu kefahaman mengenai COVID-19 kepada anak-anak. Kak Fa akui, pihak sekolah iaitu guru-guru pun banyak memainkan peranan mereka di dalam kefahaman Firash ke atas COVID-19. Memang semua pihak kena bersatu-padu pun untuk fahamkan generasi muda sekarang. Didikan bermula dari rumah, jadi afdal sangat dimulakan oleh ibu bapa kan? 

NR Bersama Rakan Jayakan Program Amal “NR4FRIDAYS” Peka Covid-19

$
0
0

 


Siapa tak kenal dengan NR kan? Rata-rata yang bergelar wanita memang kenal sangat dengan NR. NR atau dikenali sebagai Nona Roguy sebelum ini merupakan Pelopor Industri Herba Negara dan telah menerajui industri herba negara lebih 30 tahun di pasaran. Memang apa yang boleh Kak Fa katakan, Nona Roguy adalah trusted brand in Malaysia. Sebagai satu jenama yang berteraskan perubatan komplementari tradisional, NR buat julung-julung kalinya akan melancarkan program amal NR4FRIDAYS bersama rakan-rakan strategik dengan objektif untuk menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan buat petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa, tenaga dan komitmen mereka di dalam menyumbangkan bakti buat negara tercinta kita Malaysia di dalam menangani wabak Covid-19. NR4FRIDAYS juga berinspirasi untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat umum tentang pentingnya menjaga kesihatan dalaman dan luaran semasa negara melalui fasa pemulihan pandemik Covid-19. 


NR4FRIDAYS adalah merupakan inisiatif yang bukan bersifat keuntungan dan akan memfokuskan kepada:

  • 4 siri sumbangan makanan/keperluan asas untuk petugas barisan hadapan. 
  • 4 siri IG LIVE Amal bersama Rakan Selebriti NR.

NR4FRIDAYS digunakan sebagai tema sumbangan NR bersama rakan adalah kerana, sumbangan ini akan dijalankan selama empat minggu pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan September 2021 ini. NR4FRIDAYS mengambil inisiatif sumbangan pada hari Jumat kerana mengambil keberkatan hari Jumaat itu sendiri sebagai penghulu segala hari bagi mendapatkan kerahmatan dan keistimewaan di dalam menjalankan aktiviti amal jariah. 


Sumbangan Jumaat yang pertama pada 10 September 2021, iaitu pada hari ini, NR dan rakan-rakan akan menziarah ke Hospital Sungai Buloh dan akan melakukan serahan sumbangan pek makanan dan minuman, telefon tanpa wayar (cordless phone), peralatan tulis dan telefon bimbit serta sedikit peralatan keperluan asas kepada Unit ICU Hospital Sungai Buloh. Program sumbangan ini akan diteruskan pada setiap hari Jumaat yang berikutnya iaitu pada 17 September, 24 Oktober dan 1 Oktober 2021 sepertimana yang telah dirancangkan. 


Selain daripada sumbangan makanan dan keperluan asas kepada barisan hadapan, NR dan rakan juga akan menganjurkan Program IG Live Amal NR4FRIDAYS dan telah mengaturkan empat siri di platform Instagram secara "cross live" bersama-sama rakan selebriti secara 4 minggu berturut-turut yang telah dijadualkan pada setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam. 




Anzalna Nasir - 10 September 2021

Farah Nabilah - 17 September 2021

Betty Rahmad - 24 September 2021

Bakal Diumumkan Kemudian - 1 Oktober 2021


Program IG Live Amal NR4FRIDAYS ini akan berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri ketika wabak Covid-19 melanda negara. Selain daripada itu IG Live Amal NR4FRIDAYS memberi peluang untuk para pengikut atau followers berinteraksi bagi mengupas dan melakukan perkongsian ilmiah mengenai Covid-19. 


Tajuk-tajuk yang telah disusun bersama rakan selebriti NR akan menjurus berkaitan program kesedaran kepada masyarakat umum. Tajuk IG Live yang pertama pada 10 September adalah "Pengorbanan" yang akan dihoskan oleh Anzalna Nasir yang akan berkongsi mengenai pergorbanan jururawat yang bertugas. Untuk minggu yang kedua pula, tajuk yang akan dibincangkan bersama selebriti Farah Nabilah adalah merupakan tajuk "Stigma" di mana ianya adalah merupakan perkongsian bersama pakar jemputan dan wartawan jemputan berkaitan stigma masyarakat berkaitan pesakit Covid-19. 


Pada 24 September 2021, NR4FRIDAYS akan meneruskan program IG Live dengan tajuk yang lebih dekat kepada kepentingan vaksin dan kesihatan kanak-kanak semasa pandemik yang akan dikongsi bersama selebriti Betty Rahmad dan tetamu jemputan. Program terakhir NR4FRIDAYS akan berkongsi berkaitan tajuk yang terlalu dekat dengan masyarakat iaitu "Kesihatan Mental". Perkongsian ini yang akan disertai bersama selebriti jemputan yang akan membincangkan kepentingan kesihatan mental yang melibatkan emosi pelbagai isu yang akan dilalui masyarakat semasa pandemik Covid-19. 


Puan Radhiah Ahmad, Ketua Strategi dan Inovasi NR yang memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang Kewangan Islam akan bersama-sama di dalam program amal IG Live NR4FRIDAYS. Beliau akan berkongsi pengalaman dan cabaran melalui perspektif strategi pengurusan kewangan bagi kepentingan masyarakat umum. Beliau juga akan mengupas bersama tetamu jemputan berkaitan persediaan mental dan emosi yang masyarakat umum perlu ada dalam negara bersedia melalui fasa pandemik Covid-19 ke endemik sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia. 


Tuan Syed Hidzir Syed Agil, Ketua Pegawai Eksekutif NR berkata:

NR4FRIDAYS"ini merupakan aktiviti tanggungjawab sosial kami bersama rakan-rakan strategik membuat sedikit sumbangan kepada petugas barisan hadapan. Matlamat dan tujuan murni NR bersama rakan-rakan membuat sumbangan ini adalah untuk pihak kami menyantuni penjawat awam yang telah menyumbang bakti berkorban masa dan tenaga sehingga ada yang terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. 


Saya juga berharap semoga program IG Live Amal NR4FRIDAYS yang bakal kami anjurkan mencapai matlamat seperti yang diharapkan iaitu untuk berkongsi bersama followers IG berkaitan kepentingan menjaga kesihatan semasa pandemik ini dan untuk memberi kesedaran pentingnya bagi masyarakat umum mengambil vaksin. Bersama-sama kita bantu negara bebas Covid-19. 


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Perhubungan Awam MISB Resources Sdn Bhd, Encik Jaleel Rashid di talian 012-3348650

The Dean's List Matter - Kenapa Kak Fa Kejar Sangat Dean's List?

$
0
0

Semester lepas Kak Fa lupa nak taip entri tentang exam result Kak Fa. 😂. Tak taulah tu. Sama ada betul-betul terlupa ataupun contemplating nak menaip (takut orang ingat nak menunjuk-nunjuk pula kan? 😉) ataupun Kak Fa dilanda kemalasan untuk menaip 😝. Tapi cerita-cerita macam nilah sebenarnya yang boleh diabadikan kisahnya untuk kenangan di waktu akan datang kan? At least manalah tau kot esok lusa dah berusia - mood nak mengimbau kenangan sampai kan? Tapi jujur - sekelumit pun dalam hati Kak Fa ni tak terlintas pun nak menunjuk-nunjuk atau berasa riak. Cuma sekadar niat bercerita. Rasa nak baca teruskan baca. Tapi agak-agak kalau sakit hati tu tekan jer butang X di hujung sebelah kanan browser masing-masing. Rasa nak dijadikan inspirasi, jadikan inspirasi. Kak Fa bukan sesiapa pun nak inspired sesiapa tapi kalau untuk kebaikan apa salahnya. The Dean's List Matter - Kenapa Kak Fa kejar sangat Dean's List? Pengakuan jujur - Kak Fa memang target nak Dean's List. 


Semester pertama tu - memang Kak Fa tak capai Dean's List. Tapi Alhamdulillah keputusan still lagi boleh diterima akal Kak Fa ni ha. 😂. Walaupun pada hakikatnya hati tu frust sangat kan? Semester pertama berapa ek Kak Fa dapat...Jap Kak Fa cuba recall semula.... Ok GPA 3.53, CGPA 3.53. First sem kan? Jujur perasaan agak kecewa tapi Kak Fa pujuk hati dengan berkata-kata sendiri yang as long as pointer atas 3.5 - itu sudah cukup bagus untuk seorang student part time yang ada banyak komitmen lain. Yang frust tu sebab sikit lagi jer, sikit lagi jer nak dapat Anugerah Dekan. Ha ha ha.... Bila sipi-sipi ni memang terasa kekecewaan tu tau. 


Semester kedua...acah-acah Kak Fa bangkit semula. Tapi sebenarnya tak yakin pun boleh dapat Anugerah Dekan sebab pada waktu semester kedua ni kan, Kak Fa rasa sangat-sangat mencabar sebab waktu tu baru nak adjust dengan new norm - Work From Home-lah, dengan banyak gila Course Work dan dimasukkan ke hospital selama dua minggu untuk penyakit yang tak tau mender tu tah. Masa sakit tu dah hujung sem and syukur Alhamdulillah sangat Kak Fa ada kawan-kawan sekuliah yang sangat-sangat baik dan helpful pada waktu dan ketika itu. Syukur Kak Fa dipertemukan dengan course mate yang best-best. Yakin tak yakin, usaha, doa dan tawakal membawa Kak Fa kepada GPA 3.78, CGPA 3.65. Anugerah Dekan pertama yang Kak Fa capai. Sujud syukur sangat pada waktu itu. 


Semester ketiga... Haaa...yang ini semester sebelum semester yang baru jer dapat result hari ni. Memang hajat hati Kak Fa nak pulun semester ketiga ni supaya keputusan lebih baik daripada semester kedua. Memang Kak Fa nak maintain Anugerah Dekan tu ha. Kalau boleh sesekali nak rasa juga GPA 4.00 kannn? Hajat hatilah. Yang ni, result sem yang ini Kak Fa adalah result yang Kak Fa tak share tu. Hu hu hu. Ingatkan semester ni boleh tenang-tenang. 😂. Kisahnya ada dugaan lain yang serabutkan dan peningkan kepala otak Kak Fa ni ha. Tapi Kak Fa kayuh jugak. Apa jadi pun, Kak Fa tetap mencuba yang sebaik mungkin. Alhamdulillah, impian dapat dipenuhi. GPA 4.00, CGPA 3.76. Syukran Allah. There's always silver lining kan despite what happened during that point of time. 


Semester keempat? Ha ni cerita hari ni punya. Sebenarnya Kak Fa memang sangat goyang. Nak kekalkan Dean's List tu memang sangat struggle ok? Memang real punya juggling and struggle. Sebab untuk semester ni tekanan makin bertambah kuat dari pelbagai sudut dan memang ada masa Kak Fa pasang air shower di dalam bilik air dan menangis sendiri sepuas-puasnya. Dugaan, tekanan datang dari pelbagai sudut. Tak mudah nak kuatkan semangat dan cekalkan hati. Tapi Kak Fa redah juga dan tawakal jerlah. Kak Fa sebenarnya memang dari awal dah target subject Performance Management Kak Fa akan dapat B sebab Kak Fa dah ada experience belajar dengan Dr. K sebelum ni. Ekekekeke.... 😁... Memang boleh predict dah and memang dah tau standard and expectation Dr. K tinggi. 


Jujurnya semester ni - Kak Fa usaha sebanyak mana yang boleh, sehabis baik mana yang boleh. Memang sangat-sangat mencabar. Kerja, PdPr, kerja bukan hakiki, personal. Macam time-bomb jer nak tunggu meledak. 😂. Sleepless night - tidur pukul 3-4 pagi semua tulah. Ha baru tau struggle belajar sambil bekerja ni macam mana kan? Ekekeekke.... Takut sangat tak boleh kekalkan title Anugerah Dekan tu... Dan hasilnya adalah:




Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Sujud syukur. Bukan mudah nak sampai ke sini. Even GPA dan CGPA sedikit menurun disebabkan ada B semester ni 😏 - subject yang Kak Fa dah jangka. Ha ha ha... Dr. K jangan marah saya... Terima kasih atas ilmu dan halalkan segala ilmu ya. Syukur Alhamdulillah, at least masih kekal di dalam senarai Anugerah Dekan. Memang semester 5 nanti kena buat rectification works untuk naikkan kembali GPA dan CGPA tu. Honestly, memang tengah susun strategi semula ni ha. Ha ha ha. 😂.... Susun strategi... Tak perlu jadi ambitious sangat, tau setakat mana kemampuan dan kemudian achieve target! Mission and vision untuk semester 5 kaedahnya begitu. Ha ha ha.... 😂... In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. 


Kenapa Kak Fa kejar sangat Dean's List? Cam nilah, tak kisahlah you belajar Diploma ke? Ijazah ke? Master ke? PhD ke? semua nak Dean's List ok? Tak kira full time student ke? Part time student ke? Semua kalau boleh nak genggam Dean's List tu. Kenapa? 


Berbaloi Poket

Katalah kita ni dapat Anugerah Dekan setiap semester - itu adalah merupakan satu kepuasan yang teramat sangat untuk diri sendiri tau. Nak nak lagi macam Kak Fa ni ha... Bayar yuran dengan duit poket sendiri. Berdarah tau tak nak bayar yuran tu. Ingat senang ke? Ha ha ha...Gigih kerja siang malam demi nak bayar yuran belajar. At least bila dapat Anugerah Dekan tu terasa setiap sen yang mengalir tu memang sangat berbaloi-baloi. Yang tak rasa tu kena rasa dulu baru boleh tahu what I'm talking about. 


Nak Genggam Ijazah First Class

Lagi satu - kenapa Kak Fa mengejar sangat Dean's List - sebab Kak Fa nak graduate dengan cantik sekali. Ha gituhh...Kalau diizinkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah. Amin2 ya rabbal alamin. Siapa tak nak Ijazah First Class kan? Kalau boleh memang nak sarung jubah dan terima Ijazah First Class. Tapi tu semua tak boleh cakap sekarang juga, bergantung pada kegigihan Kak Fa nak pertahankan Anugerah Dekan untuk beberapa semester akan datang nanti ni. Ha ha ha...Semoga diperkenankan oleh Allah SWT lah hendaknya. In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. Cabaran sangat kuat ok. Nampak tak betapa struggle-nya untuk maintain Anugerah Dekan itu? 


Untuk Iman Firash

Sebenarnya di usia Iman Firash, 7 tahun menuju ke 8 tahun dia tak faham pun Anugerah Dekan tu apa. Tapi anak mana yang tak bangga bila tengok mak dia naik pentas (kalau adalah graduation day sebab tak tau lagi kan sama ada masa tu Covid masih berlegar ke tak), orang ramai bertepuk tangan gemuruh untuk mak kita. Siapa yang tak tercuit hati? Dalam hati Iman Firash mesti tak banyak sikit terfikir kan? Mommy belajar sampai pandai macam ni. Saya pun nak jadi macam Mommy. Kak Fa nak motivate dia, nak inspire dia, nak empower dia dan nak tunjukkan contoh pada dia. 


Tak banyak sikit, at least inilah pengorbanan yang Kak Fa boleh lakukan untuk tunjukkan contoh dan motivate Firash. Kak Fa cubalah, Kak Fa cuba. Kak Fa tak kata semua parents kena buat cara macam ni. Kak Fa tak kata cara ni berkesan tapi ini adalah merupakan salah satu pendekatan yang Kak Fa gunakan. Kak Fa tak nak paksa Firash tapi Kak Fa nak Firash target dan susun strategi macam mana nak capai apa yang dia nak capai dalam kehidupan. Kak Fa naklah Firash jadikan Kak Fa role model dalam kehidupan dia. Salah satu pengorbanan yang Kak Fa dapat lakukan untuk Iman Firash. Nak bagi harta tak berharta Kak Fa ni. Ha ha ha... 😂. In Shaa Allah... mungkin ini menjadi salah satu asbab kebaikan di dalam membentuk diri Iman Firash. 


Tu jerlah kot setakat ni yang Kak Fa ingat sebabnya. 😅. Mungkin itu yang major reasons Kak Fa. Again bukan nak riak. Tak bukan sebab tu. Sekadar bercerita. Macam Kak Fa kata, yang baik tu ambillah, yang kurang baik tu tak perlu ambil. Abaikan sahaja. 


Being a mom of one and having to work hasn't stopped my determination to be the best student possible. With this honor I will share with my son. Mommy buat semua ni bukan semata untuk diri Mommy tetapi untuk Yash juga. 😉

Cara Hafal Sifir Dari Kak Fa Untuk Firash

$
0
0


Asyik cerita kisah mak jer... 😂... Rasa macam dah lama pula Kak Fa tak cerita tentang Firash kan? Ada ni ha, Alhamdulillah sihat - masih lagi ceria seperti biasa dan belum lagilah setakat ni burn out sebab Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sebabnya? Sebab kami kan macam BFF... 😂... Segalanya dilakukan bersama. Belajar sama-sama, buat homework sama-sama, bermain sama-sama.


Sampaikan Nek Ma Firash pun cakap, kadang-kadang bila perhati jer korang dua orang ni macam bukan anak beranak, macam adik beradik jer. Ahaksss... Itu bukan Kak Fa cakap sendiri ok? Itu Nek Ma Firash yang cakap ok? Tapi betullah tu. Kami memang BFF. Bila turn Firash belajar - Kak Fa teman dan buat sama-sama Firash (monitor and guide), bila turn Kak Fa - Firash teman melainkan waktu tidur dialah. Duduk jer dia kat tepi sambil perhati ataupun sambil main gajet dia ataupun sambil baca buku cerita dia atau sambil melukis. BFF kan?  


Entri sebelum ni, Kak Fa cerita kisah keputusan peperiksaan Kak Fa tu ha. Tu cerita semalam-lah. Rasa macam tak adil pula bila tak cerita kisah Firash kan? Sementara ada kelapangan sedikit dan ada mood sedikit untuk menaip ni, elok jugalah Kak Fa muat naik sebarang satu dua cerita di www.bubblynotes.com. In Shaa Allah, In Shaa Allah - Kak Fa akan cuba dapatkan momentum berkarya secara digital atau maya sepertimana dulu-dulu. Sekadar mengikut kemampuan. Bila dah lama momentum tak menentu ni, terasa rindu pula nak berceloteh panjang di blog sendiri kan? 


Sifir ni kan - mengimbau betul kenangan Kak Fa kena marah, kena tengking dengan arwah Papa Kak Fa sewaktu Kak Fa di Darjah 2 dulu. 😅. Memang menangis sampai berhingus-hingus dikerjakan arwah Papa semata kerana aktiviti menghafal sifir. Dah lalu kan zaman tu kan? Masa dulu-dulu tu belajar guna yang macam kad manila tampal dekat dinding tu. Lepas tu arwah Papa Kak Fa memang pegang rotan masa mengajar sifir tu. Disuruhnya baca sampai dapat. Dalam hati bilalah nak habis ni. Rasa seksa sangat nak tunggu habis tu. Ha ha ha... 😂. Siapa pernah rasa macam tu masa nak hafal sifir di zaman kanak-kanak? Garang betul arwah Papa Kak Fa bila bab sifir. 


Diakui sewaktu Darjah 2 tak berapa nak lancar sangat sifir. Masa tu pemikiran tak berapa nak matang lagi. Bila dah masuk Darjah 3, dapat Cikgu Jarim. Cikgu Jarim ni garang gila ok? Siapa bising dilibas jer dengan rotan, siapa tak siap kerja dilibas jer dengan rotan, siapa tak hafal sifir pun dilibas juga dengan rotan. Tapi akibat libasan dia tulah Kak Fa lajak hafal Sifir 13 walaupun hakikatnya perlu hafal sampai Sifir 12 jer pun belakang buku tulis sekolah tu kan. 😝


Bila tiba giliran Firash? 😏 Anehnya tidak seperti zaman kanak-kanak Kak Fa. 😂. Maybe sebab Kak Fa dah tau rasanya bagaimana dan pendekatan tu mungkin kurang bersesuaian kot? Ha ha ha...Biasalah mak ayah zaman la ni ada yang suka mengkaji sebelum bertindak. Salah seorangnya Kak Fa lah. Suka sangat mengkaji sifat atau personaliti anak tu macam mana. Cari tahu cara yang mungkin dirasakan berkesan untuk anak tu sendiri. Entahlah bagi Kak Fa nanti kalau keras sangat pun, dipaksa-paksa sangat pun takut tak jadi apa. Kan? Kalau biarkan saja pun tak jadi apa. Berbalik pada konsep wasatiah kaedahnya. Kesederhanaan. Slowly but surely. Ha gituhhh. Macam Kak Fa kata dalam entri sebelum ni lah. Tak perlu nak ambitious sangat, buat kerja ikut kadar kemampuan kita but pastikan kita achieve the target. 


Jadi cara hafal sifir dari Kak Fa untuk Firash tu yang macam mana? 


Masih Menggunakan Kaedah Hafalan Tradisional

Ada orang yang akan berpendapat yang cara ni dah tak relevan dengan anak-anak generasi sekarang. Tapi tak salah rasanya Kak Fa cuba kaedah ni. Bagi Kak Fa, kalau this method works with me and to the kids during my time, why doesn't it work now kan? Eloklah juga tu kan? Satunya kita punya bonding time dengan anak bila kita sit down dengan anak ketika proses hafalan berlangsung, ketika sesi soal jawab. Duanya - at least I got him to exercise his brain. 😂. Ha fikir-fikir, ha jawab-jawab. But one thing at a time la. Mula-mula for the beginning ni, kita ikut in sequence like 1x2, 2x2, 3x2 and so on so forth. Bila dah betul-betul laju jer membaca dan menjawab... Masa nilah Kak Fa tweak randomly the question. Tak tanya in sequence dah. Tanya in random pula, just to ensure Firash betul-betul ingat. Gitulah konon-kononnya pendekatan, mission and vision Kak Fa. 


Latih Tubi

This one memang pengorbanan ok? 😉... Based on references from school text book, buku-buku latihan pengukuhan - Kak Fa sendiri create question sets untuk latih tubi Firash. Sometimes, just do from revision book jer kalau Kak Fa tak sempat. Tidak boleh tidak, tak kiralah sama ada dia dah mastered the sifir or not... Setiap hari at least sehelai latihan pengukuhan sifir yang Firash kena siapkan. If Kak Fa terpaksa masuk ke office, sementara Kak Fa balik Firash mesti siapkan. Kak Fa tau Kak Fa balik Firash dah siapkan (waktu PdPR ni lah) - esok lusa dah sekolah, boleh jadi waktu malam atau weekend. 


Kak Fa ni Mommy yang simple jer sebenarnya. Nak kata garang tu, Kak Fa tak mengaku Kak Fa garang. Tapi bila Kak Fa pandang jer tanpa berkata, Firash dah faham dah situasi yang perlu dikawal ketika itu. Kak Fa tak ada objection pun Firash nak main game ke, nak tengok YouTube, nak main ke... But dalam sehari at least mesti ada one set of latih tubi yang Firash siapkan, mesti ada portion of time untuk dia study. Then it's not a problem. Tapi problem akan jadi bila lupa buku, lupa latih tubi... 😂... Terima ajerlah hukuman selepas tu. In order to gain or have something, you must do something. Rules Kak Fa pada Firash simple jer. 


Research Teknik Mudah Hafal Sifir Secara Digital

You know kids nowadays-lah kan? Lebih mudah faham, lebih mudah mengingat jika melihat. Kena ada contigency plan. Kak Fa membayangkan keadaan di mana kalau-kalau di dalam dewan peperiksaan (even though now they don't have exams like we do kan?) tiba-tiba blank ke? Ataupun bila sekolah dah buka, tibah masa cikgu tanya, masa tulah boleh panic attack dan blur. Apa nak buat masa tu? 😆... Ini namanya meletakkan diri di dalam situasi anak. Mesti kena ada contingency plan ataupun di dalam bahasa mudahnya emergency response plan. Ha ha ha... Mesti Firash ingat mak dia kan dalam keadaan macam ni? Mesti dia fikir apa Mommy pesan kalau tiba-tiba jadi macam ni. 


Makanya kita kenalah ada plan tu... Sediakan payung sebelum hujan. Kemudahan teknologi ada, kita buatlah research sikit tips-tips masa kini yang boleh digunapakai. Contohnya yang ini:



Dan lagi satu contoh Kak Fa pernah kongsikan di dalam entri Kak Fa dulu yang bertajuk Rahsia Kuasai Sifir untuk Anak-Anak!. Kak Fa ni tak perfect tapi Kak Fa cubalah cari tahu cara mana yang boleh yang dirasakan boleh memudahkan untuk anak-anak BBNU ni ha. 😂. Nak bagi meresap dalam jiwa tu kadang kena ikut flow and trend diaorang jugak. 


Kak Fa tak katalah yang cara Kak Fa ni adalah cara terbaik tetapi ini adalah cara hafal sifir Kak Fa untuk Firash. Keberhasilannya nampaklah juga baru-baru ni bila Firash dapat Sijil Pencapaian di bawah: 




Syukur Alhamdulillah. Tapi tak terhenti di sini masih perlukan latihan dan masih perlukan sesi one to one mother and son supaya tak lupa. Al-maklumkan kalau tak ingatkan takut terlupa pula. In Shaa Allah, selagi terdaya, struggle macam mana pun, Kak Fa akan usaha yang terbaik untuk Firash. 


Kalau nak cuba boleh cara Kak Fa ni, tak nak pun tak ada siapa yang paksa suruh ikut kan? 😅. Kak Fa ni setakat bercerita jer. Cara anak-anak kita semua absorb sesuatu tu berbeza, pace mereka pun tak sama. Jadi mungkin boleh customized ikut lenggok masing-masing kan? 

Nota Next Level Dengan GOODNOTES!

$
0
0

Selamat tinggal paper planner, selamat tinggal paper notebooks. Agak-agak boleh ke kalau macam tu? Sekurang-kurangnya jimat duit beli pen dakwat basah PILOT favourite Kak Fa tu. Bukan kata tak beli, beli jer…. Tapi lambat sikitlah habisnya kan? Ha ha ha… sebab dah boleh berjimat-cermat kaedahnya. Boleh bantu selamatkan alam sekitar sebab meminimakan penggunaan kertas… Go green! Ecewah…. Iya… memang sekarang ni nota next level dengan GOODNOTES! Beg pun makin ringan sebab tak banyak buku nota itu, buku nota ini nak kena jinjing ke sana ke mari. Tak adalah Kak Fa ni rasa macam banyak jer benda nak carry hari-hari kan? 

Guna aplikasi GOODNOTES ajer dah perfect! Sebab segala mak nenek nota, planner, dokumen boleh sumbat macam tu. Sedap mata memandang pun iya, sebab boleh scribble nota dalam kepelbagaian rupa mengikut kreativiti masing-masing. Sebenarnya ikutkan Kak Fa nak kongsi jer planner yang Kak Fa scribble dan nota yang Kak Fa scribble dengan menggunakan aplikasi GOODNOTES tu. Tapi Kak Fa tak mampu nak share dik, sebab banyak sangat details-details yang Kak Fa tak boleh dedahkan dan bersifat top secret serta melibatkan integriti Kak Fa. Jadi harap maaf! Yang mampu Kak Fa share adalah gambar scribble Kak Fa di atas jer untuk tatapan umum. Lain-lain Kak Fa pluck gambar dari sumber dari Google ajer lah ya? Tapi Besut GOODNOTES ni sebab Kak Fa boleh scribble semua notes, planner ikut citarasa Kak Fa. Sekarang ni Kak Fa kan peminat aesthetic aesthetic concept, jadinya Kak Fa rasa fun pula cuba meng-aesthetic kan nota dan planner Kak Fa sebaik mungkin. Ha ha ha…. Walaupun hakikatnya tidak berseni sangat. 

Ni semua pengaruh adik-adik dekat Tik Tok lah ni. Dok kongsi nota dan planner canggih manggih dema tu semua. Sudahnya, Kak Fa pun terjebak sama. But at least baguslah, Kak Fa dapat satu benda baru yang sangat-sangat berguna untuk kegunaan harian Kak Fa, kegunaan kerja hakiki Kak Fa dan juga kegunaan belajar Kak Fa tu ha. At least, Kak Fa dapat centralized notes Kak Fa pada satu apps ikut folder masing-masing kan? Terasa tibah… teraturnya hidup Kak Fa. Ha ha ha. 

To those yang agak-agak baru lagi, tapi… Kak Fa rasa ramai jer tau tentang GOODNOTES ni. Tak apa, Kak Fa cerita jer.




Ni ha dia. Ini namanya aplikasi GOODNOTES yang boleh dimuat turun daripada Apps Store yang berharga RM34.90 lifetime. Sekali bayar lepas tu boleh guna sampai lebam ok? Ala… Kak Fa percaya ramai yang lagi expert dari Kak Fa dekat luar sana tu. Kak Fa cerita jer lah kan. Jangan tak jadi cerita. Ha ha ha. Anak-anak, adik-adik, youngsters semua memang tau sangat dengan aplikasi GOODNOTES ni! Sebab diaorang lah paling banyak gunakan. 

Kak Fa suka dengan aplikasi GOODNOTES ni sebab Kak Fa rasa Kak Fa bayar dan memang banyak Kak Fa gunakan. Gunakan untuk kerja hakiki sebagai Personal Assistant, gunakan untuk kerja-kerja Kak Fa sebagai blogger, gunakan untuk simpan resipi, gunakan sebagai planner. Dengan kreativiti sendiri, yang buatkan Kak Fa ni suka nak berulang-ulang kali. Ini semester baru nak start ni, lagilah Kak Fa berkobar-kobar nak gunakan aplikasi GOODNOTES ni untuk nota-nota belajar Kak Fa. Even nota-nota belajar Firash pun, Kak Fa dah mula gunakan GOODNOTES. 

Contoh planner design dalam GOODNOTES yang boleh Kak Fa kongsikan: 






Comel kan? Lepas tu nanti, scribble jer atas tu dengan stylus dan tulisan tangan sendiri. Nak add stickers pun boleh. Comel jer jadinya nanti. Tu yang suka nak tengok banyak kali tu. Dia macam something yang refreshing-lah pada mata Kak Fa. At least dengan adanya GOODNOTES bebanan buku-buku nota, planner, segala mak nenek kertas tu Kak Fa dah dapat kurangkan. 

Acah-acah go digital and go green gitu. But mata still nak kena jaga jugalah. Kak Fa akan pastikan Kak Fa pakai anti-blue light lens dan juga jaga display brightness pada skrin gajet tu. Sebab boleh kata exposure to screen quite high kan? 

Another features yang Kak Fa rasa GOODNOTES ni memudahkan, you can dump all your notes in one apps based on their own folder. Boleh create and classify folder category dan simpan accordingly. Bila nak cari, just find the respective folder and terus dapat apa yang dicari. Jimat masa pun ya. And because I totally need this, sebab tu Kak Fa rasa ni apps paling bijak atas muka bumi ni buat masa ni. Ha ha ha. Bukan setakat scribble notes, dokumen kerja bentuk PDF pun boleh simpan dalam aplikasi GOODNOTES ni and Kak Fa boleh scribble atas dokumen tu. Let’s say as example, minutes of meeting. So as a Personal Assistant, Kak Fa kan kena ambil minutes of meeting. So, Kak Fa can just scribble on it during meeting being held. Not only that, gambar-gambar such as passport copies or travel itinerary my bosses pun Kak Fa boleh simpan dalam ni untuk kegunaan Kak Fa.  Sebab tu Kak Fa kata, this is so useful untuk Kak Fa. 

Rasa tu jer lah Kak Fa nak cerita tentang GOODNOTES kali ni. Next Kak Fa plan nak share the GOODNOTES templates yang boleh dimuat turun dan digunapakai. Ok for now, good night dulu. Kak Fa nak kena tidur dah ni, bateri dah low sangat-sangat. Dua hari ni pack betul dengan macam-macam benda. Rasa exhausted sangat. Till then of to dreamland. 








Laman Web dan Aplikasi Berbahaya Untuk Orang Perempuan!

$
0
0
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Selain daripada Shopee dan Lazada - sebenarnya ada satu laman web dan aplikasi berbahaya untuk orang perempuan! Apakah laman web dan aplikasi yang Kak Fa maksudkan tu? Ha ha ha… Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula ya tak? Sepertimana paparan gambar yang sangat jelas di atas - laman web dan aplikasi berbahaya yang Kak Fa maksudkan adalah SHEIN! Aduh… Memang bahaya betul kalau terjebak. Bagi yang belum cuba-cuba, percayalah apa yang Kak Fa cerita ni. Sekali dah buka laman web atau aplikasi SHEIN ni, berjam-jam boleh habiskan masa di situ sahaja ya. Shopping theraphy secara maya kaedahnya. Ha ha ha… Yang dah biasa dengan SHEIN tu, Kak Fa rasa memang akan agak bersetuju dengan Kak Fa. 

Berhantu tau tak SHEIN ni… Sampai takut pula Kak Fa nak menggunakan skrin sesentuh dan buka aplikasi ni di telefon pintar. Sampai kena tahan diri tau. Ha ha ha… Memang dugaan kuat betul SHEIN ni. Memang hati nak kena cekal dan kental untuk tahan diri supaya tak selalu membuka laman web ataupun aplikasi SHEIN. Kak Fa dengan susah-payahnya sedang memaksa diri untuk istiqomah supaya tak buka laman web mahupun aplikasi SHEIN lebih dari sekali sebulan. Kalau lebih sekali sebulan tu namanya mengundang mara bahaya kepada poket. 

Errr…. Tapi kan… Sebenarnya kalau dah ketagih sangat, Kak Fa akan buka juga. Gagal juga tahan diri. Cumanya setakat ini masih berjaya tahan diri untuk add to cart lebih dari sekali sebulan. Memang sejujurnya Kak Fa berusaha gigih untuk menahan diri dari add to cart lebih dari sekali dalam sebulan. Kadang-kadang tu tak beli langsung pun. Tunggu ada duit tepi lebih-lebih sikit barulah Kak Fa fikir dua juta kali untuk add to cart dan check out. Selebihnya lebih kepada add to wishlist jer. Kita berpegang kepada konsep, ada rezeki tak sold out. Memang dah rezeki kita tu, In Shaa Allah tercapailah hajat. Tapi kalau bukan rezeki kita tu. Tak apa kita scroll yang lainlah pula ya tak? Ha ha ha…. 

Penyakitnya dengan SHEIN ni… Kalau sekali buka, memang ralit scroll. It’s not a kind of doom scrolling ok? It’s a happy and cheerful scrolling Session. Memang boleh leka. Kadang-kadang tak sedar pun sebenarnya dah sejam lebih kita scroll SHEIN ni. Tulah… Intipati yang Kak Fa nak sampaikan adalah dalam SHEIN tu ada macam-macam benda. Kannn? Yang dah biasa tu tau kan? Yang menjadikan SHEIN tu boleh jadi ketagih adalah disebabkan oleh harga yang mampu milik serta berbaloi-baloi untuk rakyat marhaen seperti Kak Fa ni ha. Ha ha ha… 

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari SHEIN

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari SHEIN

Ada juga yang ingat yang SHEIN ni cuma pakaian wanita dan juga barang-barang shopping khusus untuk wanita. Tapi tak ya sebenarnya… lengkap untuk kaum Adam dan kanak-kanak juga. Jadi taklah kata SHEIN ni khusus untuk wanita jer. Semua dia rangkum sekali. Seronoknya bila ada mark down sales pada certain time period. Diskaun pun boleh tahan menggoda. Memang kalau tak kuat iman, sedap jer add to cart. Tapi tulah… Seronok-seronok juga, tapi macam mana pun tetap kena beringat ya tak? Kita ni in trying times. Memang kena beringat setiap sen yang mengalir keluar tu. Al-maklumlah golongan rakyat marhaen yang lengkap dengan pakej pemotongan gaji macam Kak Fa ni memang nak kena bajet sungguh-sungguh. Lagi-lagi bila semester baru nak mula tak lama lagi kan? Begitulah kehidupan kannn? Kita sedar diri wak… ha ha ha… Banyak komitmen jadi tak boleh nak simpul-simply spend Kak Fa ni dan Kak Fa akui, Kak Fa agak akan fikir dua puluh juta kali sebelum spend. Buat weightage and calculation dulu ooo…. 

Lagi satu yang ambil masa yang lama untuk scroll SHEIN ni satu-satu, perlahan-lahan - sambil scroll sambil latih kotak pemikiran juga tau… Ha ha ha… Sebabnya untuk yang berhijab macam Kak Fa ni, nak kena tengok betul-betul… Mana pakaian yang bersesuaian dengan wanita berhijab ataupun tidak. Sebab dalam tu ada lambakan macam-macam jenis pakaian yang ditawarkan. Makanya, sebelum nak add to cart (kalau tujuan untuk pakai di luar rumah) kena fikir sama ada sesuai dengan imej hijab atau tidak ya. Yang tak sesuai kadang kena fikir macam mana nak mix and match jadikan sesuai. Ha gituh. Kalau yang setakat nak pakai dalam rumah sendiri tu. Terpulanglah kan? Nak pakai seluar pendek dalam rumah ke apa ke. Ikut suka masing-masing lah kan? Ha ha ha… 

Yang belum terjebak tu - saja nak racun ni… Cubalah sekali. Nanti tengok terlajak suka ke tidak. Bagi kita yang dah biasa ni memang kita dah faham dan taulah kan bahana SHEIN ni macam mana. Ha ha ha. 

MORPHOSIS 2021 Ke Arah Melahirkan Usahawan Berkualiti Tinggi Bersama CHARMS Cosmetic Skincare

$
0
0

Tidak kiralah anda dari golongan B40, M40 ataupun T20, hakikatnya rakyat Malaysia dan dunia menerima impak dari pelbagai sudut akibat serangan tanpa Bismillah pandemik Covid-19. Ada yang kehilangan ahli keluarga di dalam sekelip mata, ada yang kehilangan tempat bergantung, ada yang kehilangan punca pendapatan, ada yang terpaksa dipotong gaji bulanan dan ada juga yang terpaksa menggulung tikar. Sedih kan? Tetapi itulah kenyataan dan walau bagaimanapun kehidupan masih perlu diteruskan selagi diberi peluang untuk bernafas oleh Allah SWT. Kak Fa sendiri pun terpaksa merasai pengalaman dipotong gaji tau, tapi syukurlah kerana masih ada kerja. Suka tak suka, selesa tak selesa, tetap kena terima dan hadam kan? Itulah yang dinamakan sebagai cabaran kehidupan. Cuma yang bagusnya di Malaysia ini adalah di mana kita #keluargamalaysia masih lagi ada kesedaran untuk menghulurkan bantuan serta sokongan sesama sendiri yang tidak semestinya bantuan kewangan atau barang-barang keperluan atau makanan semata. Ianya termasuk dari sudut pemerkasaan rakyat Malaysia sepertimana program MORPHOSIS 2021 ke arah melahirkan usahawan berkualiti tinggi bersama CHARMS Cosmetic Skincare yang dilancarkan baru-baru ini dan telahpun bermula pada hari Sabtu, 9 Oktober 2021. 




Kak Fa berkesempatan untuk turut serta di dalam majlis pelancaran program MORPHOSIS 2021 yang telah dianjurkan secara maya melalui aplikasi ZOOM dan juga Facebook Live tempoh hari. Majlis pelancaran tersebut turut dijayakan oleh pemilik jenama CHARMS Cosmetic Skincare iaitu Puan Nur Bashirah Hussin yang turut dikenali sebagai Mommy Syira. 


Sedikit mengenai Puan Nur Bashirah Hussin atau Mommy Syira - Sebenarnya kan... Mommy Syira ni bukanlah calang-calang pemilik jenama ok? Ilmu penuh di dada ni. Iya... Kak Fa taulah sebab banyak yang Kak Fa dapat gali mengenai Mommy Syira ni sewaktu Kak Fa menghadiri majlis pelancaran MORPHOSIS 2021 tempoh hari tu. Mommy Syira ni adalah seorang yang penuh dengan pengalaman semenjak dari kecil lagi. Apa sahaja yang Mommy Syira ni tak pernah buat? Beliau mempunyai pengalaman berniaga seperti ais kepal, kereta sewa, menjual komputer, menjual tudung dan bermacam jenis perniagaan lain lagi. Beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai pensyarah. Cumanya disebabkan keusahawan itu lebih memberikan kepuasan kepada Mommy Syira, beliau memilih untuk meninggalkan kesemuanya dan memberikan fokus yang tidak berbelah bahagi kepada CHARMS Cosmetic Skincare.  

Bagaimana pula dengan program MORPHOSIS 2021? Ikuti sedutan video di bawah:



Secara mudahnya, MORPHOSIS adalah merupakan kelahiran semula. Dengan tujuan untuk membuka semula minda dan perspektif masyarakat, di mana MORPHOSIS 2021 memfokuskan untuk membantu mencari X-Factor diri demi mencapai kebangkitan diri, di samping memperbaiki ekonomi diri dan orang yang tersayang. Ianya adalah merupakan satu inisiatif program pemerkasaan rakyat Malaysia di mana seramai 220 orang peserta berdaftar akan dibimbing di dalam pelbagai aspek seperti pembangunan diri, pelan pemasaran media sosial, ulasan pencapaian dan sebagainya selama 30 hari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jurulatih-jurulatih perniagaan yang berpengalaman. 

Bagi Kak Fa secara peribadi, semua peserta yang telah berdaftar untuk MORPHOSIS 2021 patut mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya dan Kak Fa percaya mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya setelah mengikuti MORPHOSIS 2021 sekiranya benar-benar ada kesungguhan. 


Tapi bukanlah sekadar tentang MORPHOSIS 2021 yang Kak Fa nak kongsi. Sebenarnya Kak Fa nak berkongsi juga tentang produk CHARMS Cosmetic Skincare iaitu CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 yng didatangkan di dalam saiz yang berbaloi serta menjimatkan. 



Sukalah kiranya Kak Fa nak beritahu yang CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 ini bukanlah sekadar lembapan tetapi juga bertindak sebagai pelindung sinar UV (sunscreen SPF50) yang memudahkan kerja kita-kita semua ni ha. Dengan wujudnya CHARMS Hydra Fresh Tintent Moisturiser Broad Spectrum SPF50 ini, anda tidak memerlukan moisturiser dan sunscreen berasingan lagi ok? 



Saja nak kongsi sebab Kak Fa rasa informasi ni eksklusif-lah pada Kak Fa kan? Mommy Syira ada beritahu sewaktu majlis pelancaran MORPHOSIS 2021 tempoh hari yang untuk kandungan bahan produk CHARMS, Mommy Syira terlibat secara langsung sendiri di dalam proses pemilihan bahan serta penghasilan tau. Mommy Syira ni sangat particular tentang bahan-bahan yang digunakan di dalam produk CHARMS. Lebih menarik, CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturises Broad Spectrum SPF50 ini merupakan gabungan di antara moisturiser dan sunscreen yang ngam! Yang perfect balance. Sebab tu bila pakai CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50, anda tak perlu nak pakai moisturiser dan sunscreen berasingan lagi dah. Sekali tepek dan sapu jer. Kannnn? Helokkk kan? 

Yang penting Kak Fa nak bagi tau... wajib oleskan dulu CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 sebelum keluar rumah ataupun sebelum melaksanakan aktiviti masak memasak ok? Sebab wajah kita memerlukan perlindungan dari haba sinar UV dan haba memasak di dapur. Best if dapat sapu dua kali sehari. Nanti heloklah skin you alls ok? In Shaa Allah... 



Senang cerita, saja nak buat yang membaca teruja kan? Ha ha ha... Produk ini berfungsi untuk menyegarkan kulit, bertindak sebagai penapis UV SPF50 untuk melindungi kulit dari keradangan serta kerosakan, memastikan kulit sentiasa lembap serta tidak kering, melindungi kulit dari radikal bebas, asap serta pencemaran dan bertindak sebagai antioksida serta membantu wajah tampak berseri-seri. 

Yang penting anda perlu tahu ianya adalah dermatologist tested, bernotifikasi KKM, diuji secara klinikal, tanpa paraben, tanpa SLS serta mesra wudhu' dan solat. 

Semua orang layak untuk kelihatan cantik ok? Sebab tu Kak Fa teruja berkongsi dengan anda ni. Adalah juga kawan-kawan yang sok sek sok sek pada Kak Fa dengan menyatakan sememangnya diaorang memang very fond of CHARMS Cosmetic Skincare. Itu maknanya apa? Itu maknanya serasi dan helok pada mereka kan? Jadi tak salah kalau anda juga turut mencuba. Iyalah siapa yang tak nak cantik. Betul tak? 

Yang tertanya-tanya harga CHARMS Hydra Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 ni berapa harganya? Meh sini Kak Fa nak kongsi: 


CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 5G - RM 39.00

CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 10G - RM 59.00

CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 30G - RM 99.00

Untuk penjagaan kulit yang terbaik, Kak Fa rasa this is a worth investment for skin dan harganya juga masih di dalam par harga yang mampu dimiliki oleh semua golongan. Even yang 5G tu pun sebenarnya kalau kena gayanya boleh digunakan selama dua minggu ok? 

Untuk Maklumat Selanjutnya:


ASTRUM AMPANG – Rugi Sangat Kalau Anda Terlepas!

$
0
0

 

Cuba beritahu Kak Fa? Anda rasa agak-agaknya ada tak rumah mampu milik yang harganya bermula sekitar RM230,000 sehingga RM270,000 di sebuah lokasi yang telah matang? Contohnya macam di Ampang? Jelatek? Selalunya kita kenali dengan jolokan “golden triangle” kan? Ada tak? Yang cepat sangat cakap tak ada tu. Sabar jap! Sebab Kak Fa nak beritahu sebenarnya ada ya. ASTRUM AMPANG by Setia Awan– SOHO Transit, SOHO Suites dan Rumah Mampu Milik yang rugi teruk kalau terlepas! Ini sungguh-sungguh ya, bukan auta atau cerita angan-angan Mat Jenin or what. Harga ASTRUM AMPANGni adalah bermula sekitar RM230,000 sehingga RM270,000. 




Apa pandangan pertama atau “first impression” anda bila Kak Fa nyatakan ASTRUM AMPANG adalah affordable homes? Kak Fa pun sebenarnya teruja juga nak tahu apa yang anda fikirkan… Sebab selalunya bila sebut affordable homes, kebanyakan orang akan fikir, ala rekabentuk tipikal jer ni. Ehhh…Tapi sukalah kiranya Kak Fa nak canang pada semua yang membaca – ASTRUM AMPANG bukan rumah mampu milik biasa-biasa! Sebab apa? Kenalah baca entri Kak Fa ni, tak baca mana nak tau cerita penuh. Jangan baca separuh-separuh, nanti anda buat kesimpulan atau sangkaan yang salah. Nak tepat informasi - WAJIB BACA!



ASTRUM AMPANG adalah merupakan pembangunan campuran yang terdiri daripada unit kediaman dan unit komersial, di mana ianya menampilkan pembangunan berorientasi transit atau Transit Oriented Development (TOD) dan konsep transit SOHO yang pertama di Malaysia. 


ASTRUM AMPANG terletak di sepanjang kawasan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek dan merupakan pembangunan bercampur seluar 6.8 ekar dengan kombinasi rekabentuk yang menarik dan konsep yang lain dari yang lain di Malaysia. 

Apa itu Transit Oriented Development (TOD)?

Transit Oriented Development (TOD) atau Pembangunan Berorientasikan Transit merupakan solusi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kereta dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan berjalan kaki sebagai satu gaya hidup di bandar. Di Astrum Ampang, akses jambatan secara terus ke stesyen LRT iaitu 150 meter sahaja untuk anda sampai ke stesen LRT Jelatek. Dengan penggunan LRT, anda boleh ke mana-mana je!

Lokasi Matang


Keunikan Astrum Ampang


Berhampiran pusat membeli-belah mewah, pusat pendidikan berprestasi tinggi, pusat kesihatan terbaik, pusat kewangan, embassies dan taman serta kelab eksklusif. 


Teknologi Pintar




Ia dilengkapi dengan aplikasi komuniti pintar, gimnasium pintar, kelas maya, aktiviti berbasikal secara maya dan WiFi umum.

Fasiliti Premium


Pemaju Setia Awan juga membina 62 fasiliti untuk memastikan gaya hidup seimbang dan keselesaan anda.






Konsep HOPSCA

Pernah dengar tak? Kalau tak pernah, meh sini Kak Fa terangkan. Konsep HOPSCA ini adalah merupakan di mana konsep pembangunan ini adalah berdasarkan konsep bandar mini di dalam bandar. Ruang hotel, pejabat, pusat membeli-belah, “connectivity” dan apartment. Astrum Ampang juga adalah dibangunakan dengan konsep HOPSCA.


Mampu Milik dan Pelaburan Yang Bagus!

Bermula dari RM230,000 sehingga RM270,000 – bagi Kak Fa ini memang dah cukup-cukup mampu milik dah untuk rakyat Malaysia. Kalau nak beli untuk duduk sendiri pun boleh, beli untuk pelaburan pun boleh. Al-maklumlah kan? Lokasi tengah-tengah bandar, bandar yang matang pula tu. Kadar keuntungan sewa yang boleh dianggarkan boleh meletops baik punya ni ok? Nak jadikan rumah hinggap pun boleh tak ada salahnya kan? Kak Fa kan…sebenarnya berangan tau, kalau Kak Fa berjayalah memiliki ASTRUM AMPANG ni, Kak Fa nak buat konsep “air bnb”. Haaa…Ok tak gituh?

Cerita punya cerita, sebelum Kak Fa terlupa, lakaran ruang lantai ASTRUM AMPANG ni adalah seperti yang tertera di bawah: 


Sajalah Kak Fa kongsi, bagi anda bayang-bayangkan dulu macam mana rupa gayanya dalam SOHO Transit, SOHO Suites dan rumah mampu milik di ASTRUM AMPANG ni dan manalah tau kot-kot esok terus terjah pergi “booking” – bila ada lakaran ruang lantai ni senanglah masing-masing nak buat susun atur hiasan dalaman masing-masing ataupun nak buat kerja-kerja pengubahsuaian kan? Bolehlah anda bayangkan transformasi yang bakal berlaku kepada unit yang bakal anda miliki nanti ni. Kannn? 






ASTRUM AMPANG diperuntukkan oleh Akta Pembangunan Perumahan dan mendapat sokongan penuh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.68 billion, kolaborasi ASTRUM AMPANG ini menjadikan impian untuk memiliki rumah mampu milik gaya mewah dan moden bagi individu di Malaysia menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk memiliki rumah kontemporari di tengah-tengah Kuala Lumpur dan juga menikmati banyak kemudahan moden dan berhampiran dengan sumber pengangkutan awam. 

Keluasan SOHO Transit ASTRUM AMPANG adalah seluas 280 kaki persegi, SOHO Suites seluas 450 kaki persegi dan Serviced Apartments Mampu Milik masing-masing terdiri dari 450 kaki persegi dan juga 550 kaki persegi. 

Melalui pelancaran fasa pertama oleh Setia Awan Group Central Region, bakal pemilik rumah berpeluang untuk memiliki sama ada SOHO Transit (1360 unit) ataupun Rumah Mampu Milik (712 unit) untuk pembeli rumah pertama. Harga permulaan untuk memiliki rumah mampu milik ni dengan semua kemudahan yang disediakan memang helok sangatlah untuk ang muda-muda untuk memiliki rumah pertama dan yang dah “established” untuk buat aset kannn?


Sesiapa yang nak pergi ke showroom boleh ke unit galeri dan pameran Astrum Ampang di Phileo Damansara. Boleh buat temujanji dengan menghubungi 018-371 2888.

Jadi penat-penat Kak Fa cerita ni nak tunggu lagi ke? Apa lagi? Sila layari:


Rancangan Percutian Pasca Pandemik: Antara Harapan dan Realiti

$
0
0

 

Woohoo! Aktiviti merentas negeri akhirnya telah diberi kebenaran bermula 11 Oktober 2021. Memang bersoraklah masing-masing ya tak? Mana tidaknya kan? Masing-masing dah lama tak jumpa mak ayah, dah lama tak rasa suasana kampung, dah lama tak bercuti. Pendek kata macam-macam dah lama tu ya tak? Terkekang pergerakan salah satu faktor yang menyumbang kepada statistik keresahan dan depresi dalam Malaysia ni tau tak? Ada orang boleh tahan kebal dan ada orang tak mampu sebab dah terbiasa dengan gaya hidup ke sana ke mari kan? Semua orang ada situasi yang berbeza. Bagi Kak Fa, rancangan percutian pasca pandemik: antara harapan dan realiti. Masih lagi terfikir-fikir, masih lagi 50-50. Bukan apa, Kak Fa ada dua golongan berisiko tinggi yang Kak Fa kena fikirkan. 


Tapi tulah – bukannya tak teringin nak bercuti. Tipu oiii kalau kata tak teringin nak bercuti-cuti Malaysia. Teringin tau tak? Cuma keyakinan tu masih lagi 50-50. Ahaksss… Orang kata kalau keyakinan 50-50 duduk diam-diam jangan banyak cakap. Tapi tulah – letih oiii bergelumang dengan subjek-subjek semester empat yang lepas untuk pengajian ijazah separuh masa mod jarak jauh Kak Fa yang penuh dengan “course work” secara berkumpulan yang mencabar, bergelumang dengan sesi PdPr serta kerja sekolah Firash yang bertimbun-timbun hari demi hari yang menuntut perhatian, bergelumang dengan tanggungjawab kerja hakiki serta bukan hakiki. Secara jujurnya memang Kak Fa memerlukan percutian! 


Sebelum Nek Ma Firash dan Kak Fa menerima suntikan vaksinasi lengkap – angan-angan nak cuti-cuti Malaysia tu kita simpan dulu. Semasa masih belum boleh rentas negeri – adalah simpan angan-angan untuk cuti-cuti Malaysia dekat-dekat dalam negeri yang sama tetapi Kak Fa tangguhkan segalanya dulu sehingga keadaan menjadi lebih terkawal. Dengan statistik harian Covid-19 yang berbelas ribu waktu tu, memang keras hati Kak Fa ni kalau diberi kebenaran pun, tak terbuka hati nak cuti-cuti Malaysia. Mungkin sebab Kak Fa jenis suka duduk rumah-lah kot, jadi tak adalah rasa perasaan ni meronta-ronta sangat nak bercuti. Ha ha ha… 




Tapi memandangkan Malaysia kita menuju ke fasa endemik makanya rancangan percutian pasca pandemik yang dikatakan antara harapan dan realiti tu rasanya macam boleh dijadikan realiti. Cumanya Kak Fa ni memang selektif. Alaaa…Bukan Kak Fa jer pun, semua orang macam tu. Selektif merancang dan memilih percutian kerana Covid-19 masih lagi berkeliaran di muka bumi Allah SWT ni. Belum lenyap lagi. 


Sedikit tips di dalam perancangan percutian dan juga pemilihan lokasi yang Kak Fa rasa Kak Fa patut kongsi dengan anda yang membaca entri ini: 


Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Facebook Public Health Malaysia


Pengetahuan

Dia macam ni tau – selagi kes Covid-19 ni masih wujud, selagi tu kena ambil tahu segalanya tentang Covid-19 dan memang jadi keperluan untuk kita-kita ni ada pengetahuan yang amat bagus tentang Covid-19 di Malaysia. Sebelum merancang, sebelum memilih lokasi – kena ambil tahu di mana zon merah, cara penyebaran, cara pencegahan dan amat mahir untuk mengetahui siapakah golongan berisiko. Jadi tanggungjawab kitalah. Nama pun kita jaga kita kan?


Lokasi

Sangat penting untuk titik beratkan pemilihan lokasi. Kalau rasa-rasa dalam siaran berita atau siaran digital sesuatu lokasi tu kelihatan padat dan sesak. Bawa-bawalah elakkan dari membawa keluarga bercuti di lokasi tersebut. Tempat tertutup seperti pusat membeli-belah pun bukan satu lokasi yang ideal ok?


Adalah lebih baik jika lokasi pilihan adalah merupakan tempat terbuka, dapat memberi ketenangan, tidak padat dan jauh dari orang ramai. Fokus untuk berehat bersama keluarga. Taklah kata tak boleh nak tidur hotel segala bagai. Boleh jer. Tapi bab ni Kak Fa nak kongsi sikitlah, bila Kak Fa skrol di laman web percutian, Kak Fa akan baca semua tentang persediaan hotel yang berkenaan mengenai Covid-19. Langkah-langkah pencegahan yang dilakukan di hotel yang berkenaan. Amat penting pada Kak Fa. 




Sajalah nak kongsi kan… Setakat ni yang Kak Fa dah senarai pendekkan few hotelin Kuala Lumpur dan juga The Datai Langkawi. Tapi yang The Datai Langkawi tu memang Kak Fa rasa teruja sangat nak pergi. Orang tak pernah sampai Langkawi… Memang macam tulah lagak gayanya. Ha ha ha…. Suka dengan The Datai Langkawi tu. In Shaa Allah, In Shaa Allah, ada rezeki sampailah kami anak-beranak di The Datai Langkawi tu. Doakan ada rezeki Nek Ma, Firash dan Kak Fa tau. Amin amin ya rabbal alamin. Erkk… Planning tak boleh cerita pada Firash, nanti 24 jam + 24 jam + 24 jam dia akan tanya bila Nek Ma dan Firash nak pergi sana. Ha ha ha… 


Alatan Kelengkapan

Kita ni bukan macam dulu-dulu, dunia dah berubah sejak Covid-19. Perbelanjaan bulanan pun dah bertambah dalam troli tu. Setiap bulan mesti kena top-up face mask, face shield, sanitizer dan sebagainya demi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Nak ke mana-mana mesti tak boleh tinggal alatan kelengkapan ni semua. Samalah juga, nak bercuti kena sediakan semua ni ya. Jangan harus tertinggal senarai alatan kelengkapan di dalam rancangan percutian tu ha. Kalau rasa nak kena kompaun silalah tak pakai face mask ya. Ha ha ha… Kak Fa tak nak. 


Pantau Pergerakan Anak-Anak

Pantau pergerakan anak ni tak kira Covid-19 ada ke tak ada. Anak-anak adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Kita ni boleh jer biarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang tidak sesak… tetapi tolonglah ya tolong…jangan biarkan mereka berlari di tempat padat, tertutup segala bagai. 


Kawalan Kendiri

Ini penting oiii… Sebab ada juga bila dah bercuti lupa diri. Hu hu hu… Tak kata sesiapa ya. Jadi mohon faham. Kak Fa tak kata sesiapa. Ini adalah general statement. Sebab mungkin Kak Fa pun boleh jadi pada diri Kak Fa juga. Tapi jomlah kita ingat sesama kita untuk elakkan kawasan sesak serta sempit, elakkan bersembang dekat-dekat, amalkan 3W iaitu wash, wear and warn, terus patuh kepada SOP. Tu MySejahtera tu jangan lupa check-in, check-out. Penting! 


Sebenarnya kan… Kak Fa belum ada perancangan tetap lagi tau, even dah bercerita panjang-panjang ni. Tapi-kan kalau ikut keadaan perlu sangat dah ni untuk bercuti. Tak apalah Kak Fa pun nak bagi sumbangan kepada perkembangan ekonomi Malaysia ni juga. Bagilah peluang Kak Fa pula kan? Ha ha ha… Kalau sesiapa yang kenal Kak Fa dah lama, dah lama ikuti Kak Fa di blog Kak Fa ni, memang akan perasan, Kak Fa adalah antara orang yang sangat-sangat jarang bercuti. Bercuti sesekali jer dan pada waktu-waktu tertentu jer. Kali terakhir rasanya bulan Oktober tiga tahun lepas kot? Lama kan?


Apa pun, pada yang sedang merancang bercuti selamat bercuti dan pada yang sedang bercuti nikmati percutian anda!  

Hilangkan Masalah Yang Mempengaruhi Kekuatan dan Pergerakan Ketika Usia Emas Bersama ANLENE!

$
0
0

 9 daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang akan Kesihatan Tulang Mereka dan Bagaimana ia Mungkin Mempengaruhi Kekuatan dan Pergerakan Ketika Usia Emas Mereka?


Anlene menyeru warga Malaysia agar mengambil langkah proaktif dalam penjagaan tulang sempena Hari Osteoporosis Sedunia!


Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan di kalangan warga Malaysia berusia 40 hingga 59 tahun, didapati bahawa 95% daripada responden berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ianya mungkin boleh mempengaruhi kekuatan dan pergerakan mereka apabila usia mereka meningkat. Tiga faktor penyumbang utama yang membimbangkan mereka adalah kurang bersenam,pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium) dan mengelak daripada mengambil  produk tenusu (yang merupakan sumber kalsium harian).


Hasil tinjauan juga mendapati bahawa walaupun rakyat Malaysia dalam pertengahan usia menyedari tentang kepentingan memiliki tulang yang kuat, 42% berkata tumpuan mereka pada masa kini adalah melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19 dan 33% daripada mereka berpendapat bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik untuk kesihatan mereka termasuklah kesihatan tulang. 


Tinjauan ini dilakukan oleh Anlene, Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* yang sentiasa menyokong dan menggalakkan orang ramai supaya menjaga tulang, sendi dan otot yang kuat melalui pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Tinjauan ini dilakukan secara blind surveypada awal bulan Ogos di kalangan 320 responden pertengahan usia untuk mengenal pasti pemahaman mereka mengenai kesedaran dan pandangan mereka tentang penjagaan kesihatan tulang secara am.



“Melalui respons mereka, kami dapati masih ada jurang dalam pemahaman mereka mengenai kesihatan tulang. Terutamanya berkaitan dengan penjagaan tulang dan sama ada mereka memberi perhatian yang mencukupi untuk menyokong tulang, yang berfungsi bersama dengan sendi dan otot untuk membantu kita bergerak dan menjalani kehidupan seharian,” kata Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia.


Untuk membantu warga Malaysia memahami kesihatan tulang dengan lebih baik dan menggalakkan mereka supaya lebih prihatin terhadap penjagaan tulang mereka, Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021, yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun. Kempen ini akan mengetengahkan bagaimana tulang kita yang mungkin menjadi semakin lemah seawal usia 30-an setelah mencapai puncak jisim tulang[1]. Jadi  kita perlu melakukan intervensi gaya hidup untuk membantu melambatkan proses ini supaya tulang kita boleh terus memberi sokongan kepada gaya hidup yang aktif berserta dengan pergerakan yang baik sehingga ke usia emas[2].


[1] Benjamin, R. (2010). Bone Health: Preventing Osteoporosis. Public Health Reports, 125(3), 368-370, doi: 10.1177/003335491012500302

[2] MP Schwellnus, DN Patel, C Nossel, M Dreyer, S Whitesman, L Micklesfield & EW Derman (2011) Healthy lifestyle interventions in general practice Part 13: Lifestyle and osteoporosis, South African Family Practice, 53:1, 31-39, DOI: 10.1080/20786204.2011.10874056




Megawati menasihatkan: “Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat; dan mengambil diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein. Mengekalkan berat badan dalam julat normal indeks jisim tubuh juga penting kerana kurang berat badan (Indeks Jisim Tubuh kurang daripada 19kg/m2) mampu mempengaruhi kesihatan tulang kita.


Apa yang menarik ialah, tinjauan Anlene juga turut mendapati bahawa 30% responden tidak tahu berapa banyak kalsium dan vitamin D yang harus diambil setiap hari; dan hanya 30% responden meminum susu setiap hari. 


Untuk ini, Megawati menjelaskan lebih lanjut: “Orang dewasa disarankan untuk mengambil sekitar 1,000 – 1,200mg kalsium dan 15 - 20mcg vitamin D dalam sehari, sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan tulang harian mereka. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa dalam diet harian yang kekurangan makanan kaya dengan kalsium, mungkin sukar untuk memenuhi keperluan kalsium harian kita. Sebagai contoh, kita mungkin perlu mengambil 200 - 240 mangkuk nasi untuk memenuhi kalsium harian yang kita perlukan.


Oleh itu, ia adalah penting untuk mengenal pasti sumber makanan yang kaya dengan kalsium dan mengambil makanan tersebut dalam diet seimbang kita. Sebenarnya, kalsium boleh didapati dalam sumber makanan seperti susu, sayuran berdaun hijau, ikan bilis, produk soya atau produk diperkaya kalsium lain. Manakala vitamin D boleh didapati dalam ikan berlemak (sebagai contoh salmon, sardin), kuning telur dan produk diperkaya vitamin D termasuk susu.” 


Tambahnya lagi: “Oleh itu, kami menggalakkan semua orang dewasa untuk membuat pilihan makanan yang bijak dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Produk tenusu yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein membantu untuk memenuhi keperluan pemakanan harian mereka”.



Sebagai contoh, setiap gelas susu Anlene™ dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa. Rangkaian ACTIFIT 3X ™ dilengkapi dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, dan vitamin B2, B6, B12, C, D, dan E. Manakala Anlene™ GOLD 5X™ dirumuskan secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat-zat penting seperti tersebut tadi, ditambah dengan MFGM Active™, yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tiada  gula tambahan.

 

Kajian[1]menunjukkan bahawa peserta yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Membran Globul Lemak Susu) dan zat-zat penting berserta dengan senaman berkala setiap hari, mengalami peningkatan fleksibiliti sebanyak 2 kali ganda, peningkatan keseimbangan sebanyak 3 kali ganda dan peningkatan jisim otot sebanyak 40% lebih banyak berbanding kumpulan kawalan.



[1] Daly RM et al. (2020) Effects of a multinutrient-fortified milk drink combined with exercise on functional performance, muscle strength, body composition, inflammation, and oxidative stress in middle-aged women: a 4-month, double-blind, placebo-controlled, randomized trial. The American journal of clinical nutrition, 112(2), 427–446.


Bercakap dalam rancangan temu bual TV sebagai sebahagian daripada kempen Hari Osteoporosis Sedunia, Profesor Madya Dr Nor Faissal Yasin, Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan UM Specialist Centre menasihati rakyat Malaysia untuk memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang, seperti osteoporosis yang mungkin  dihadapi oleh hampir 1 daripada 4 rakyat Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas[1].



[1] Lim et al. (2005) Osteoporos Int. 16: 2069–2079




“Osteoporosis ialah penyakit senyap yang sering hanya diketahui apabila berlakunya keretakan tulang, biasanya pada pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang. Faktor risiko termasuk kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D, kekurangan aktiviti fizikal, kurang berat badan, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, usia lanjut, serta sejarah keluarga,” kata Dr Nor Faissal.


“Orang dewasa pertengahan usia harus memandang serius terhadap penjagaan tulang. Pencegahan osteoporosis merupakan amalan sepanjang hayat, yang boleh bermula dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari. Selain itu, warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga disyorkan untuk berunding dengan pakar penjagaan kesihatan untuk menilai kesihatan tulang mereka setiap tahun,” tambahnya lagi.


Tulang yang kuat merupakan salah satu asas untuk menyokong pergerakan, ketahui apakah Usia Pergerakan anda dengan menilai postur, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan anda dengan kuiz dalam talian Anlene Move Check https://movecheckquiz.anlene.net.my/. 

Kenali HARM AWARENESS ASSOCIATION dan Pengurangan Kemudaratan

$
0
0


Pejam, celik, pejam, celik – tak lama lagi dah hampir masuk tahun ketiga dah kita sebagai manusia di atas muka bumi ni terpaksa hadap penularan wabak pandemik Covid-19. Bukan setakat Covid-19 jer kita kena hadapi, tapi statistik orang yang memudaratkan diri mereka sendiri pun semakin meningkat hari demi hari. Semakin lama pandemik, semakin banyak kemudaratan yang berlaku. Bukan setakat dari segi psikiatri jer… Tapi dari macam-macam perspektif lah. Contohnya macam merokok, pemakanan, ubat-ubatan dan juga keselamatan jalanraya. Bab-bab mudarat ni sebenarnya memang tak berkesudahan. Tapi… macam mana ek agak-agaknya kita nak kurangkan segala jenis macam kemudaratan ni? Kalau nak berjuang sendiri dengan diri sendiri tu, peratusan berjaya tu kita tak boleh nak agak. Masih perlukan bantuan kan? Jadi jomlah kita kenali HARM AWARENESS ASSOCIATION dan pengurangan kemudaratan. Ilmu pengetahuan am penting untuk semua orang ni. 


HARM AWARENESS ASSOCIATION

Agak-agaklah, pernah dengar atau tahu ke mengenai HARM AWARENESS ASSOCIATION? Kalau belum lagi, meh sini Kak Fa jelaskan satu persatu supaya masing-masing sama-sama jelas.

HARM AWARENESS ASSOCIATION (HAA) adalah merupakan satu  badan yang sangat berdedikasi  untuk meningkatkan kesedaran terhadap pendekatan HARM-REDUCTION iaitu alternatif yang kurang memudaratkan. 

Apa Itu Pengurangan Kemudaratan?

Pengurangan Kemudaratan merujuk kepada polisi, program dan pendekatan dengan tujuan utamanya untuk mengurangkan kemudaratan kesihatan, sosial serta keselamatan jalan raya. Strategi pengurangan kemudaratan memberi manfaat kepada masyarakat, ahli keluarga mereka serta komuniti sekelilingnya.

Prinsip yang semua orang perlu ingat mengenai Pengurangan Kemudaratan adalah ianya memberikan alternatif sambil membenarkan pengguna untuk mengambil keputusan yang lebih komprehensif dan dibelakangi fakta. Sama ada untuk mengurangkan atau menghapuskan aktiviti yang memudaratkan seseorang atau sesuatu kumpulan.

Mengikut Harm Reduction International (HRI Global), pengurangkan kemudaratan juga dikaitkan dengan pelbagai topik kesihatan dan praktis sosial masa kini. Ini termasuklah merokok, pengambilan ubat-ubatan, pemakanan dan lain-lain lagi. Ini juga untuk membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah yang positif di dalam kehidupan mereka. Dengan pengurangan kemudaratan, pengguna tidak akan tersekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif bagi kesinambungan kehidupan mereka.

Merokok!


Kak Fa ambil satu contohlah ya? Yang terpaling mudah, terpaling umum serta terpaling semua orang tahu. Merokok. Merokok ni mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Pembakaran ke atas tembakau yang menjadi bahan utama di dalam sebatang rokok mampu menghasilkan beribu bahan kimia; setiap satunya boleh mendatangkan risiko penyakit kronik ke atas si penghisap, seperti kanser dan sebagai. 

Jadi apa kata, kita cuba kurangkan kemudaratan dari merokok dengan beralih kepada rokok elektrik ataupun alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative)? Ini adalah alternatif yang lebih rendah risikonya di mana rokok elektrik menggantikan tembakau dengan cecair berperisa dan cuma menghasilkan wap air berbanding asap yang mengandungi partikel karbon akibat pembakaran. 




Ramai yang tak selera nak cuba rokok elektrik dengan alasan kandungan nikotin tak sama dengan rokok. Sajalah Kak Fa nak beritahu, walaupun masih berisiko, tetapi sebenarnya nikotin bukanlah punca penyakit kronik akibat merokok. Bahan makanan harian kita seperti tomato dan ubi juga mengandungi nikotin. Proses rawatan untuk kurangkan ketagihan merokok juga adalah menggunakan pelekat nikotin. Malah, kandungan nikotin di dalam rokok elektrik, jika ada sekalipun, tidaklah sampai menjejaskan kesihatan.

Apa pun, kalau masih ragu-ragu, seseorang perokok elektrik boleh saja memilih perisa yang tidak mengandungi nikotin. Kalau nak lebih selamat lagi, sila pilih jenama perisa yang sah lagi dipercayai bagi memastikan kandungannya benar-benar dijamin. Elakkanlah perisa-perisa keluaran persendirian.

Satu lagi alasan yang diberikan adalah keselamatan alat atau pod itu sendiri. Terdapat laporan di mana pod rokok elektrik meletup ketika dicas atau secara ‘tiba-tiba’. Jika dilihat, sama seperti sebuah telefon bimbit, sesebuah rokok elektrik mempunyai ruang untuk mengecas dan menyimpan bateri. Makanya, cara penjagaan dan penggunaannya juga lebih kurang sama. Jangan terlebih cas dan jangan simpan di ruang yang terlalu panas. Diingatkan sekali lagi, belilah pod daripada premis yang sah dan berdaftar. Elakkanlah sama sekali membeli pod yang telah diubahsuai, sarat dengan komponen elektronik yang bukan sahaja tidak berguna malah berisiko.

Memilih alternatif kepada rokok tembakau adalah salah satu langkah yang baik di dalam mengurangkan kemudaratan akibat tabiat merokok. 

Itu contoh ok? Tentang pemakanan, ubat-ubatan dan lain-lain anda boleh rujuk di laman web HAA iaitu https://haahub.com.my/ dan juga:

Laman Facebook HAA

Laman Instagram HAA

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/12/511215/bebas-asap-kurangkan-kemudaratan-tembakau


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/766673/kaedah-pengurangan-kemudaratan-tembakau-alternatif-berhenti-merokok


https://www.linkedin.com/pulse/alternatif-untuk-perokok-merrepak-11112018-mingguan-malaysia-ibrahim/?trk=related_artice_Alternatif%20untuk%20perokok%20%23Merrepak%2011.11.2018%20(Versi%20Un-Edited)%20Mingguan%20Malaysia_article-card_title


https://www.pmi.com/markets/malaysia/bm/science-and-innovation/inventing-better-alternatives

Penutup 2021 Bersama IBUENCER AWARDS 2021 - Top Performing Influencer and Malaysia's Most Influential Parents

$
0
0


3.1.2022 - mula-mula kita tiup sikit habuk dan debu-debu halus. Selepas tu barulah kita bersihkan sawang-sawang yang berkemungkinan ada di sini. Ha ha ha...Terakhir kali berceloteh ringkas (ringkas tak ringkas jugalah)... adalah pada 16 Disember 2021. Oh snap! Baru Kak Fa teringat, Kak Fa tak buat lagi invois untuk celoteh 16 Disember 2021. Ha ha ha... Oklah tak apalah. Lepas ni Kak Fa buat invois. Apa-apa hal, Kak Fa nak lengkapkan cerita Penutup 2021 Bersama IBUENCER AWARDS 2021 - Top Performing Influencer and Malaysia's Most Inflential Parents ni dulu. Gulp... Berat awards ni. Ah ghisau. Ghisau. 

30.12.2021 - adalah highlight cerita untuk penutup 2021 Kak Fa. Briefly apa yang boleh Kak Fa katakan on 2021 ReCap, tahun 2021 is kind of mix experiences in my life. I would not say that it's a very good year for me and I would not say that it's a bad year for me. Dia macam ni tau - tengah-tengah. Ha macam tulah lebih kurang. 

Yang menyedihkan... Sobs... 2021 masih di dalam pandemik Covid-19, mengharungi Perintah Kawalan Pergerakkan selama beberapa kali, menempuhi fasa pemotongan gaji dan budget short di sana sini, mengambil cabaran hustling and struggling dengan kelas atas talian diri sendiri dan anak. Haihh... Macam-macamlah Kak Fa tempuh. Tapi I truly believe, bukan Kak Fa seorang ajer. Each and everyone of us out there, have our own sets of struggle di era-era pandemik ni kan? That's why Kak Fa tak pernah concern or bother nak share sangat all this hustle and struggle ni di mana-mana. Yang tau, tu taulah. But it has taught me a lot. A lot sangat and actually all this sangat membantu Kak Fa untuk become stronger and glow. Alhamdulillah, syukran. 

Dua 2021 highlight yang memberikan kepuasan terbesar kepada diri Kak Fa dari diri Kak Fa sendiri untuk tahun 2021 adalah:

Anugerah Dekan - Semester 4 Pengajian Kak Fa


Ini kalau anda membaca dari persepsi negatif - anda mungkin akan mengatakan yang Kak Fa ni tak habis-habis nak cerita tentang ni. Ha ha ha... Tapi kalau dari sudut yang positif, if you put yourself in my shoes, I think you might understand the type of self-satisfaction yang ada dalam diri Kak Fa ni. Kak Fa tak malu mengatakan yang Kak Fa dapat merasakan kepuasan tu di dalam diri sendiri bila dapat keputusan peperiksaan Semester 4 Kak Fa. 

Initially - Kak Fa rasa frust sebab untuk subjek HRM544 - Performance Management, I only managed to gain a B- for the subject and B- nilah jadi virus yang menurunkan sedikit GPA 4.00 Kak Fa semasa di Semester ke-3 kepada 3.52 pada Semester ke-4. Huwaaa.... Tapi bila Kak Fa duduk sendiri dan fikir-fikirkan balik, syukurlah sekurang-kurang Kak Fa masih maintain dengan Anugerah Dekan and I just need to work on my GPA back on this fifth semester. Dalam hidup ni kita tak selamanya di atas kan? Ada masa kita akan beralih tempat tak banyak sedikit. Jadilah marilah bekerja keras untuk naikkan kembali GPA dan juga naikkan lagi CGPA itu pada semester ke-5 ini. Syukran Ya Allah. Alhamdulillah. 

IBUENCER AWARDS 2021 - Top Performing Influencer and Malaysia's Most Influential Parents



Inilah penutup and second highlight Kak Fa pada tahun 2021 ni. Sebenarnya memang tak termasuk di dalam kotak pemikiran Kak Fa pun tentang pengiktirafan ni. 



The last IBUENCER AWARDS yang Kak Fa terima adalah pada tahun 2018 - The Top 20 IBUENCER AWARDS 2018 by BPAM! ... diikuti dengan few other awards. Tapi sungguh, Kak Fa tak sangka Kak Fa berpeluang untuk kumpul trofi IBUENCER AWARDS ni sekali lagi. 



Untuk tahun 2021, Kak Fa telah diberikan IBUENCER AWARDS 2021 di bawah kategori Top Performing Influencer dan sekaligus diberikan gelaran one of the Malaysia's Most Influential Parents 2021. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Motherhood.Com.My di atas pengiktirafan ini. 




In Shaa Allah... this will be my spirit to keep on hustling and struggling untuk cuba melakukan yang terbaik di dalam bidang kerja bukan hakiki ni ha. Dia punya feelings tu susah nak dibincangkan pada Kak Fa. Berbaur macam-macam dan sejujurnya memang dipenuhi rasa kesyukuran terhadap Allah SWT. Masa nak terima awards ni, semasa profiling Kak Fa dibacakan oleh emcee dan nama Kak Fa dipanggil - Kak Fa tahan jer air mata yang bertakung dari melimpah. 


To me - Kak Fa ni biasa-biasa jer tapi Kak Fa cuba lakukan yang terbaik atas setiap satu-satu yang Kak Fa lakukan. Penggerak, pembakar semangat, inspirasi semua dengan izin Allah SWT dan penguat adalah Iman Firash. Bagi Kak Fa - this is not for me but for Iman Firash. Biasalah mak-mak kan? Kebiasaannya sememangnya untuk anak. 

Macam tulah sedikit sebanyak kisah 2021 Kak Fa. Tidaklah semenarik mana tetapi cukup untuk diri Kak Fa. Syukur Alhamdulillah. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, Kak Fa mulakan entri pertama Kak Fa di tahun 2022 ni ha dengan harapan Kak Fa mampu untuk konsisten menaip semula seperti dulu-dulu. 2021 momentum menaip Kak Fa sememangnya ke laut. Kejap timbul, kejap hilang. Tapi 2022 - Kak Fa cuba kembali dengan lebih banyak perkongsian yang mungkin memanfaatkan semua yang membaca instead of cuma mengejar views tanpa pengisian yang relevan. In Shaa Allah. Doakan Kak Fa ya. Kak Fa juga doakan yang baik-baik untuk semua di luar sana. 

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada yang satu. Selamat Tahun Baru 2022! 

Caring for PAW Friends During The Floods

$
0
0


It has been almost a week since Malaysia was hit with the unprecedented flood which has affected more than 70,000 people to-date. Just as evacuation and assistance are being extended to the affected people, images of animals being rescued or in dire situation have also surfaced.


During this dire situation, pets are equally as vulnerable. They may either had to be left behind by owners, got lost during the chaos or are strays trying to save their lives as well.



Unlike human, animals, particularly dogs and cats can only cry bark or meow for help. Despite the difficult situation, thankfully many kind-hearted Malaysians are making efforts to rescue these furry friends with the hope of saving them and reuniting them with their pet parents. Such gesture is truly a gesture of a-paw-ciation to pets which are loyal companions in good and bad times.


In light of current situation, Royal Canin Malaysia is truly concerned about the health and wellbeing of these furry friends during and post floods. Royal Canin believes it is important to continue sharing correct and useful information on pet care with pet owners, lovers and rescuers to help create a better world for pets.



Dr Dylan Choy, Scientific Communication Manager at Royal Canin Malaysia who is also a registered veterinarian shares a list of important do’s and don'ts on pet care especially in an emergency such as floods. 


Plan Ahead Before Storm Comes

  1. Make sure your cats and dogs are wearing proper identification. These days, collar with pet and pet owner details is a common thing to have. Such details will be helpful to locate either the pet or the owner if an emergency strikes.
  2. Just like ensuring sufficient food and medicine supply for people, do make sure pet food and medicines are well stocked. Kittens and puppies have different nutrition requirements.
  3. Ensure that your pets are vaccinated. Do include vaccination against Leptospirosis, a harmful bacterial disease that can be found in and around water (including floodwater). Leptospirosis affects both humans and animals.
  4. Stay updated. With social media and messaging platforms, it will be easier for pet owners to be updated on the situation to prepare for the next action.
  5. Place important documents such as vaccination record and vet’s details in a sealed bag. Do also include a current photo of your pet just in case it is lost in the chaos.

During the Emergency Period 

  1. If you have to evacuate your home due to flood, there is a chance you need to leave your pet(s) behind.  
  • If this happens, place your pets on higher level that is likely to remain dry, with plenty of food, water and litter tray. 
  • Put a notice on your door or windows to let the emergency services know there are pets inside.
  • In any case, do inform your relatives or friends that you are leaving your pet(s) in the house. They may be able to rescue your pets when they have the chance.
  • Do not leave your pet(s) inside carriers unattended which can trap the pets, leaving them unable to save themselves.  
  1. If you want to take a look at the surroundings to see what is happening, it is not a good idea to bring your pets along. Let them stay in the house where it is safer.
  2. Avoid giving them flood water to drink as it may be contaminated. It may harm them and there is a high risk of getting diseases.
  3. Do not assume your pets, especially dogs, can swim. Place them in a safer place if needs arise.
  4. If any of your pets do get caught in floodwater, never jump in after them. It could put you in danger as well. Leave the rescue to the emergency services.  

Post Emergency Period 

  1. For dog owners, it is advisable to not walk your dogs until the area is safe again.
  2. It is important for you to bring your pets to the vet for a thorough health check-up and get the necessary treatment. They may be hurt physically and internally during the emergency chaos without anyone realising it. This is important also as cats are secretive by nature and good at hiding their pain.
  3. Just like human, pets can be traumatised and stressed as well when sudden change happens. Monitor their behaviour closely. If you think something is not right, quickly bring them to the vet to get professional advice.

Royal Canin believes good pet wellbeing is also through proper and complete nutrition for pets. The flood situation may be a challenge for pet parents to look for pet food. Do check out https://www.royalcanin.com/my/where-to-buy for the list of pet stores to purchase proper pet food.


Royal Canin Malaysia encourages rescuers to send pets that were found stranded during the flood to vet for check-ups and treatments. Rescuers and the public can reach out to the nearest veterinary clinics for advice.


Alternatively, rescuers as well can send it to mobile clinics. One of it is organised by Malaysian Small Animal Veterinary Association (MSAVA), Malaysian Veterinary Medical Association (MAVMA) and Universiti Putra Malaysia (UPM) and it is free of charge.


This mobile clinic is currently located at Pizza Hut/KFC Bukit Kemuning Utama, Selangor until 27 December 2021. Rescuers and the public can contact 012-612 7101 for more details. The public is also welcomed to make donations to this mobile clinic. 
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live