Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Kempen Taja Shopping Raya 2015, Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia

$
0
0

Bulan Ramadhan pun bakal menjelma tidak lama lagi lagi, selepas itu disusuli pula dengan Hari Raya Aidilfitri.  Bila musim-musim bulan Ramadhan dan juga munculnya musim perayaan, sememangnya kita-kita ni semua sudah sibuk memikirkan persiapan menjelang Ramadhan dan juga Syawal. Nak siapkan itu, nak siapkan ini, nak sediakan itu, nak sediakan ini... Dan di dalam kesibukkan kita itu, ada golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang juga memerlukan segala macam persiapan yang sibuk kita fikirkan serta lakukan itu kerana mereka juga manusia, mereka juga punya keinginan, mereka juga punya perasaan serta hati dan mereka juga ingin merasa sebagaimana orang-orang lain merasa. 

Untuk itu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, (memang tak lama lagi punn...pejam celik pejam celik dah tiba Syawal... masa kan cepat berlalu sekarang ini)... Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia  kini telahpun mula melaksanakan Kempen Taja Shopping Raya 2015, bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di bawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra' SeMalaysia. Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun dan ianya adalah satu aktiviti wajib bagi Projek Iqra' untuk melaksanakannya.

APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal. Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal. 

Secara ringkasnya, Projek Iqra' berhasrat untuk:
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal. 
  • Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati di dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Syawal anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM SHOPPING RAYA 2015?
  • Anak Yatim Asnaf
  • Anak-Anak Asnaf
  • Ibu Tunggal
Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu. 

BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?

Sumber dari SINI


Anda dijemput serta dialu-alukan untuk menaja seorang anak yatim / komuniti bagi program ini, dan selain dari itu pihak Projek Iqra' akan mengumumkan nanti tentang pendaftaran untuk:
  • SUKARELAWAN MEMBAWA ANAK-ANAK
  • SUKARELAWAN FOTOGRAFI
  • SUKARELAWAN VIDEOGRAFI
  • SUKARELAWAN SEMASA PROGRAM
  • SUKARELAWAN BLOGGER (UNTUK SIARAN "EVENT" INI DI BLOG ANDA
BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?

Sumber dari SINI



SHOPPING RAYA 2015 KINI DIBUKA UNTUK TAJAAN!!!

Taja Shopping Raya 2015 di sini. Maklumat lengkap di www dot shoppingraya dot org**
(**masih belum boleh dilayari sepenuhnay - akan dimaklumkan dari masa ke semasa apabila laman web telah sedia)

BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2015?
1. Masukkan jumlah tajaan RM200.00 di ruang di atas kotak "Donate NOW"
2. Klik butang "Donate NOW"
3. Isi bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.
4. Klik "Donate NOW"
5. Masukkan "Username" dan "Password Internet Banking" anda.
6. Lengkapkan proses "Transfer Money" di dalam talian.
7. Anda akan menerima pemakluman di dalam bentuk e-mel untuk rujukan transaksi ini.
8. Anda akan dapati nama ada tersenarai sebagai "donor" di ruang bawah entri di pautan INI... atau melalui "online transfer" ke akaun:



Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia

No. Akaun: 5648-1050-4003

E-mel: info@projekiqra.com

No. Tel: 019-217 5597 (Bendahari - Suhaimi Abdul Manan)
Nota: Sila e-melkan maklumat penaja (nama, no. telefon, alamat) berserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com

Untuk maklumat lebih lanjut:


atau sila hubungi:

Solleh 
017 | 670 2033

Sharifah
017 | 274 8904

Khairul Anuar
016 | 736 1067

Hai Lahhh Nasi Beriyani...

$
0
0
Sumber dari Google
Ini bukan kes Farah "craving" Nasi Beriyani... Tetapi ini kes Iman Firash yang kemaruk Nasi Beriyani...Nasi putih biasa dia dah tak pandang dahhh.... Aduyaiiii.... Pengsannn.... Sungguh, bukannya Farah saja-saja reka cerita sebab nak dijadikan cerita... #oopss "I is" tak pernah reka cerita untuk dijadikan cerita...Alhamdulillah, setakat ini Bubblynotes.Com semuanya adalah yang benar sebenar-benarnya, tiada yang benar melainkan yang benar... Hu hu hu.... Pesan "big boss", "big brother"... Kejujuran adalah lebih bernilai dari kekayaan... #ehhh ok...tersimpang pula cerita kita yer... Haaa...Iman Firash tak pandang nasi putih langsung!!! Kalau katalah sama ada Nek Ma Ash ataupun Farah sendiri yang menyuap nasi putih bersama lauk, dia akan keluarkan balik... Ko rasa??? Agak-agak, kuciwa tak hati, jiwa lara segala bagai... Masak nasi, masak lauk susah payah untuk dia... tapiii dia tak nak makan... Ha ha ha... "I is" sedey... Bila dah tak nak makan tu, takkan nak dipaksa pula yer tak??? Sebab Farah pernah terbaca satu artikel, jika kita kerap memaksa anak makan ia adalah tidak sihat dan berbahaya ke atas perkembangannya... Hurmmm.... 

Tapiiii... bila masakkan dia Nasi Beriyani... "uolss" tak perlu suruh dia makan pun, dia sendiri akan datang ok??? Ha ha ha, tengok tengok tengok... "demand" ke tak "demand" Iman Firash...Dush dush dush... Disebabkan Nek Ma dan Mommy yang risau kalau-kalau dia lapar jika tak makan walaupun masih menyusu...Sangguplah kami berdua ni turuti kehendak selera si anak teruna seorang ini...Sanggup ko hari-hari dok membega dapur masak Nasi Beriyani semata-mata untuk Ash...Ha ha ha...Janji anak "I is" nak makan tanpa cara paksaan...Kalau tak makan bukannya apa, nanti malam walaupun menyusu, dia gelisah...Sebab apa??? Sebab laparrrr.... Haaaa...tulah siapa suruh tak makan lagi... Anak Mommy ni jaga badan ke apa??? Disebabkan bimbang dia tidak mendapat cukup nutrien untuk perkembangan semasa... terpaksa jugalah bagi suplemen supaya boleh "cover" tang mana yang tak cukup tu ye tak??? Ha ha ha.... Tapi tidaklah memberi Nasi Beriyani yang kosong semata-mata, adalah ikan goreng dia, adalah sup daging dia, sup sayur dia, ikan masak taucu dia, ubi kentang dia... 

Orang berkata-kata jangan terlalu menurut sangat kehendak anak, dah tu??? Kalau anak tu tak makan langsung, mana nak datang tenaganya??? Mana nak datang nutriennya??? Harapkan keterbergantungan kepada susu formula semata-mata??? Nutrien susu ibu dahlah tak ada yer tak??? Sebab Ash tak menyusu susu ibu... Ooo, tak boleh tak boleh...macam mana pun kena beri dia makan tanpa paksaan tetapi secara psikologi asalkan makanan tersebut seimbang dan menunya adalah menu yang sihat... Hurmmm.... 

Anak susah makan ni adalah satu "ujian" buat para ibu sebenarnya. Sebelum menjadi anak yang susah makan, anak-anak ni terlebih dahulu apa kita suap masuk, apa kita hala, nganga... waktu itulah, waktu itu, mereka sangat berminat nak cuba apa yang kita tawarkan pada mereka, menikmati pengalaman dan rasa baru yang belum pernah mereka rasakan. Tetapiii, selepas beberapa bulan, bila dah mula dapat kaki, bila dah mula melasak... dah mula dah susah nak makan... Masak sedap macam mana punnn... ko hiaslah macam mana punnn...Ha ha ha... tetap tergeleng-geleng kepala, tetap mulut tu cakap... "no no no no no" dengan muncung-muncung sekali...kecuali Nasi Beriyani!!! Nak dibuang sayang, terasa membazir pula, dahlah zaman-zaman GST kannn??? Akhirnya??? Apa lagi, Mommy lah yang belasah makan... Paksa memaksa makan, tiada di dalam kamus "parenting" Farah...Hu hu hu... Tau tak??? Tak elok paksa anak-anak makan ni kalau mereka tak mahu makan??? Sebab banyak kesan buruk daripadanya...  

Menurut artikel di SINI, sekiranya kita terlalu dan kerap memaksa anak-anak makan sedangkan mereka tidak mahu makan... ianya akan mengakibatkan... 

Rasa Tertekan
Membuka mulut anak dan memasukkan makanan ke dalam mulut anak secara paksa bukan cara yang betul nak selesaikan masalah anak susah makan yer... Dengan cara ini, anda sebenarnya memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak mahu lakukan dan bila kita sebagai ibu bapa melakukan perkara ini... akibatnya anak-anak akan rasa tertekan. Jangan pandang enteng perasaan anak yer... walaupun dia masih kecil ataupun walaupun baru setahun umurnya, masa nilah semua senang sangat dia nak "record" di dalam kotak pemikiran dan memori dia tentang segala pengalaman dan kebiasaan yang kita sebagai ibu bapa ajarkan kepadanya. Rasa tertekan bukan sekadar membantutkan pertumbuhannya menjadi seorang anak yang gembira, tapiiii turut melibatkan kestabilan emosi di masa akan datang.

Anak Susah Makan Akan Menjadi Semakin Benci Kepada Makanan
Bila dah sibuk dok paksa-paksa sangat anak makan, lama-lama semakin disuruh makan semakin susah nak makan. Dalam diam-diam, secara psikologi, dia akan marah atau menyalahkan makanan. Kalau kitalah ada di posisi anak kita, disuruh atau dipaksa makan bila ibu kita kepal-kepal nasi lah contoh lepas tu sumbat secara paksa ke dalam mulut kita...mesti kita akan tutup mulut rapat-rapat macam anak-anak kita... Kalau berterusan, memang anak akan terus lari bila nampak kita bawa pinggan ataupun jadi trauma dengan makanan... Hu hu hu... 

Mengalami Gangguan Kesihatan
Sebab anak susah makan, kita ni pun mengalahlah dengan hanya memberikan makanan yang disukainya sahaja. Macam kes Ash ni lah... suka Nasi Beriyani...mengalah Nek Ma dan Mommy masakkan Nasi Beriyani hampir setiap hari untuk dia. Tapi tak adalah nak beri Nasi Beriyani semata-mata tergolek-golek macam tu sahaja... Sayur tetap perlu ada, ayam, daging, ikan... Sebab anak-anak memerlukan makanan bergizi yang dari jenis lain seperti sayur dan buah untuk pertumbuhannya. Kalau kurang sayur nanti, boleh jadi sembelit dan sebagainya. Dan satu perkara, anak-anak tahu bila untuk berhenti makan bila dia rasa diri dia sudah cukup kenyang. Oleh yang demikian, kalau mula-mula anak-anak anda makan punya makan bila disuapkan dan selepas itu dia mula menolak. Itu tandanya dia dah kenyang. Tolong jangan paksa lagi??? Boleh??? 

Tidak Menghargai Dan Tidak Dapat Menikmati Makanan
Rasa benci pada makanan membuatkan anak cenderung untuk tidak menghargai makanan yang kita sediakan dan dalam masa yang sama dia tidak dapat menikmati makanan tersebut.

Tak ada satu cara yang betul-betul tepat yang dapat digunakan untuk membuatkan anak-anak mahu makan jika mereka susah makan sebenarnya. Tetapi ada kepelbagaian alternatif, ada yang kata hias makanan cantik-cantik yang dapat tarik minat anak untuk makan, ada yang kata bagi suplemen dan macam-macam cara lagi yang boleh dicadangkan. "No harm of trying" tetapi yang penting kena ada kesabaran yang tinggi!!! Bila anak-anak masih kecil ni jomlah kita sama-sama mengenali karakter anak-anak masing-masing... Kita sebagai ibu terutamanya faham apakah yang dia tidak suka. Tak ada masalah kalau anak cuma makan sesenduk atau 2 senduk nasi, asalkan perutnya terisi. Mungkin anak kita jenis yang tak makan banyak tetapi jenis makan berulang. Siapa tahu kan??? Kitalah kena analisa anak kita sendiri... Dan berikan anak-anak bermacam rasa dan tekstur makanan untuk melatih kepekaan lidahnya terhadap segala jenis makanan.

Mungkinlah dia bosan dengan menu yang sama hampir setiap hari ataupun sebaliknya dia nak menu yang sama setiap hari. Ha ha ha, yang kita ni pula, rajin dok tukar-tukar... Setiap anak adalah berbeza dan setiap waktu pun mereka berubah sepanjang proses perkembangan serta pembesaran. Gunakan naluri dan "instinct" sebagai seorang ibu untuk mengetahui apa yang dia suka dan yang mungkin berubah-ubah setiap saat.

*Bila tiba musim "mashed potatoes" musim tu jerlah... bila tiba musim daging kisar masak sos...musim tu jerlah... sekarang ni, musim Nasi Beriyani, Ash ni... lepas ni Mommy tak taulah musim apa pula lagi... Ha ha ha... Tak apalah, asalkan dia nak makan tanpa cara paksaan.... 

Jangan Ambil Hak Kami Untuk Menggoreng Telur!!! Resipi Telur Goreng Adalah Hak Semua!!!

$
0
0

Hari ni, Farah nak mengomel sedikit tentang rasa tidak puas hati yang amat sangat terhadap seorang jutawan yang identiti serta namanya dirahsiakan buat masa dan ketika ini kerana secara tiba-tiba jutawan yang dimaksudkan ini telah melakukan satu tawaran yang tidak masuk akal di mana jutawan ini telah menawarkan wang sejumlah RM 1,000,000 semata-mata untuk membeli hak cipta kepada resipi telur goreng!!! “Uolss” rasa apa???

Telur goreng kan resipi universal??? Semua manusia di muka bumi ini yang pernah memasak, tidak boleh tidak… sekali di dalam seumur hidup pasti akan menggoreng telur!!! Tidak kira sama ada di dalam negara atau di luar negara, di mana-mana sahaja semua orang akan menggoreng telur. Huh… Sakit pula hati kita ni wakkk… Tiba-tiba datang pula jutawan ni nak beli hak cipta resipi telur goreng. Telur goreng jer punnn… Takkanlah sampai nak beli hak cipta segala bagai… Disebabkan resipi telur goreng ini katanya ada bahan rahsia,dengan tidak semena-mena jutawan ini nak peroleh hak cipta kepada resipi telur.

Farah kurang pasti sama ada “uolss” ada mendengar berita atau terlihat berita tentang perkara ini di surat khabar ataupun di media sosial, tetapi inilah yang benar-benar berlaku pada ketika ini. Pada ketika ini, jutawan tersebut telahpun memajukan tawaran beliau dan sedang menunggu pengesahan dari pihak berkuasa yang terlibat. Alahaiiii, habislah habislah… kalau resipi telur goreng yang satu ini mempunyai hak cipta, bermakna kita-kita ni semua tidak boleh sesuka hati menggoreng telur yer kawan-kawan…Kalau tidak, silap-silap mahu kita kena saman!!! Agak macam melampau tak??? Hanya disebabkan kerana menggoreng telur kita kena saman???

Bukan hanya Farah yang tidak berpuas hati tentang perkara ini… Ramai pihak yang juga tidak berpuas hati dengan perkara ini… Terutama ibu-ibulah kan? Sebab menggoreng telur tu adalah salah satu menu masakan semasa yang agak kerap dimasak…lebih-lebih lagi bila ada suami dan anak-anak yang sangat gemarkan telur goreng. Haihhh… Ketidakpuasanhati serta protes ini, kami bawa sehingga ke aktiviti berpiket tau tak? Baru-baru ini Farah berserta ibu-ibu yang lain telahpun menghadiri satu piket membantah serta membangkang tindakan pembelian hak cipta telur goreng ini di ibu pejabat salah sebuah syarikat media terkemuka di tanah air. Kami merasakan, tindakan menawarkan pembelian hak cipta resipi telur goreng oleh jutawan ini adalah sangat keterlaluan kerana bagi Farah secara peribadinya sebagai seorang ibu ianya mengekang nikmat memasak yang mudah dan sesungguhnya ia memang tidak harus dibenarkan.




Tak taulah bagaimana keputusan pihak berkuasa tentang penawaran yang dilakukan oleh jutawan ini. Dikatakan bahawasanya keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan pada 15 Mei 2015di Kompleks Membeli-Belah 1 Utama… Silalah bersedia yer dengan berita yang bakal diumumkan nanti… Sila ambil perhatian yang teliti, sebab manalah tahu jika-jika jutawan itu berjaya memiliki hak cipta resipi telur goreng yang ditawarkan…kita-kita ni semua sesiapa sahaja sudah tidak boleh sesuka hati menggoreng telur ok? Sebab resipi tu adalah hak jutawan tu… 

Berkepit!!! ... "I Am Not In A Good Mood..."

$
0
0

Ayat entri tambahan: Baru habis "meeting"... baru sempat nak klik butang "publish"...Ha ha ha... Kenapa tak "auto-publish" jer??? Sajaaa...suka nak klik butang "publish" sendiri... "Fake" sangat... Sebab kalau "auto-publish" entri tidak "auto-share" di G+... Tu jer alasan... Mengada-gada kann??? *_^ 

Bukan main kannn tarik muka sampai begitu sekali??? Sekarang ini sudah pandai merajuk... bila merajuk dia akan lari ke satu sudut sambil menangis dan kemudiannya letak kedua-dua belah tapak tangan di mata. Bila dah merajuk tandanya harus dipujuk. Caranya Iman Firash menarik perhatian. Sekarang ini, sudah pandai tarik muka seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas. Itu tandanya dia marah ataupun dia tidak sukakan sesuatu. Hu hu hu... Kena cakap perlahan-lahan dan kena bijak untuk "tackle" hati dia supaya dia tersenyum dan bergelak ketawa kembali. Kasar-kasar, tinggi suara dia tak layan ok??? Sama jer gaya dengan Mommy dia... Ha ha ha... Mau kalu sila cakap baik-baik dan sila berbudi bahasa. Ecewahhh....

Itulah ragam dan telatah Ash sekarang ni bila "mood" tak berapa nak baik... Semalam begitu juga ragamnya... Semalam adalah hari di mana "mood" ataupun angin dia tak berapa nak elok. Sedari pagi, laporan yang diterima oleh Farah... bangun dari tidur cari Mommy, selepas itu semuanya serba tak kena. Asyik sebut... Mommy, Mommy, Mommy... Lihat ke arah tangga, lihat ke arah pintu, tergodek-godek berjalan ke dapur mencari Mommy. Alahaiiii, Ash Mommy "work" lah... Semalam tu bukannya hari Sabtu!!! Hu hu hu...

Bila balik jer dari pejabat, sesampainya di rumah, terus dia berlari dapatkan Mommy. Dannn, akhirnya berkepit, berdakap sahaja dengan Mommy. Apakah??? Rindu sangat ke??? Memang sejak kebelakangan ni, manja agak macam "over" sikit ni anak teruna yang seorang sahaja ini... Ha ha ha, sejak kena tinggal semalaman sewaktu Farah ke Port Dickson atas urusan kerja baru-baru ini memang beginilah gaya Ash. Serik kena tinggal lettew? Kan Ash kan? Kan? Letakkan dia, Mommy nak naik ke atas untuk mandi, solat pun dia teriak. Nak tak nak sila nangis sebentar yer... Mommy perlu naik ke atas... Ngeee tak adalah... pasangkan Mickey Mouse Clubhouse yang sudah dirakamkan sebentar sementara Mommy ke atas, senyaplah seketika... Kebiasaanya elok jer duduk leka menonton... tetapi semalam tak mau pula dia...Dia tonton Mickey Mouse Clubhouse seketika selepas itu mula mencari kembali...Alahaiii...kesiannya anakku ini... Iyalah, di rumah dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan Mommy kannn??? Bila Abah dia ada, masa tu dia lepas betul-betul lah rindu dendam kat Abah dia kaw kaw...

Dia tak adalah berguling-guling atau hentak-hentakkan kaki ke apa ke sebab "tantrum" sebab "mood" tak berapa nak baik semalam...Cumanya cengeng jerlah... Mommy tak boleh ke mana-mana...Dia nak duduk atas pangku Mommy, nak Mommy duduk menghadap dia jer... Hu hu hu... Kemanjaan yang tidak berbelah bahagi nih!!! Yerlah nak dibahagikan dengan siapa pun kann??? Dia dah memang sorang...Dia tau dia sorang ... Sebab tu Cik Sue dia kata... Ash mengada-ngada... Ha ha ha... Bila Ash dah buat perangai macam tu, memanglahhh apa pun tak boleh... Nak buat apa pun tak boleh... Mommy kena duduk dengan dia jer lah...Ha ha ha... Nak buat juga kalu, kena tunggu Ash tidur... Memang semalam tak cukup tidur pun Farah ni... Bukan merungut tau...Cerita jer... Tidur adalah 2 jam jer...Bila Ash dah tidur semalam, baru basuh pinggan mangkuk, baru berus baju yang ada dalam rendaman, baru sapu rumah (tak boleh "vacuum" nanti ada budak tu terjaga", baru mop lantai sikit-sikit, kemas dapur, keluarkan bahan-bahan nak masak pepagi buta sebelum Subuh untuk bekal makanan ke "office"... baru lipat baju... ha ha ha...habis selesai semua, baru menghadap blog... sediakan entri ni... entri lain...draf dulu draf... Selepas itu... 2.30 pagi baru luruskan pinggang dan rehat. 4.30 pagi...bangun... Hari ni memang kena keluar awal sebab ada "meeting" kannn???

Hurmm... itulah dianya bila anak "tantrum" ataupun angin tak berapa nak elok kann??? Kena mengalah juga sekali sekala sebagai ibu... Mungkin ada ibu-ibu yang jenisnya boleh buat dek jer, biarkan anak-anak "tantrum" macam itu sahaja... Tapii, Farah pula jenis yang bukan begitu... Hu hu hu... "I am just not like that" dan memang tak boleh nak diubah...Tapiii, tak taulah satu hari nanti akan datang kalau pujuk dah, itu dah ini dah, semua tak jalan...Farah pun akan diamkan ajer... Ha ha ha... Cakap biar berlapik yer tak??? Sebab kita tak tau lagi akan datang tu macam mana...

Tentang "tantrum" si anak ni juga...Pernah Farah kongsikan di dalam entri terdahulu yang bertajuk...

Western Fusion Restaurant | The Ballroom, Jaya Shopping Centre...

$
0
0
Sumber dari Google
Hampir-hampir terlupa pula nak kongsi cerita tentang temujanji makan tengah hari yang tidak dirancang dan terjadi secara tiba-tiba 2 minggu yang lalu... Ha ha ha, cerita dah basi dah oiiii... Baru teringat hari ni. Masa tengah sibuk-sibuk tadilah ni, semasa tengah sibuk menguruskan satu program untuk minggu hadapan di "office" tiba-tiba teringat pula tentang The Ballroom, nama restoran yang kami makan 2 minggu yang lepas. Sebenarnya, pada hari kejadian, perut memang lapar sebab tak makan apa pun dari pagi... Hu hu hu... Lepas tu kepinginnnn sangatttt nak makan "western"... Farah memang penggemar "western"...Tak nak makan nasi-nasi sewaktu waktu rehat makan tengah hari pada hari tersebut kononnya... Tiba-tiba, adalah "orang tu" kannn... bermurah hati nak belanja makan tengah hari pada hari tu... Dah nak belanja, kita terima jerlah...Ngeee...Tapi tak adalah jangkakan Farah akan dibawa ke The Ballroom... Ingatkan hari tu, makan kat warung nasi campur biasa jer... Ibarat pucuk dicita ulam mendatang pula... Wahhh... Kata hati didengari... Alhamdulillah, rezeki... 


Seronok juga sesekali makan tengah hari dari satu sudut pemandangan yang lain ni sebenarnya, hari-hari dok menghadap komputer di "workstation" sewaktu waktu rehat tengah hari ataupun hari-hari dok pandang benda yang sama pun bosan juga... Ha ha ha... Sesekali nak juga berubah angin yer tak??? Pemandangan sebegini mengingatkan Farah kepada Hotel Hilton di KL Sentral sana tu. 


The Ballroom... "Eat. Drink.Ball"... Sebenarnya The Ballroom ni adalah sebuah restoran yang berkonsepkan "Western Fusion" dan di dalamnya bukan hanya sekadar restoran biasa tetapi terdapat banyak fasiliti lain yang boleh digunakan oleh pengunjung untuk beriadah... Di antaranya adalah bowling, "pool and dart lounge" dan juga bilik KTV untuk berkaraoke... Cumanya Farah sendiri tidak berkesempatan lagi nak menggunakan semua fasiliti di sana...Iyalah, waktu suntuk, rehatnya cuma sejam sahaja yang diperuntukkan... Manalah sempat nak main bowling (memang tak pandai main bowling punnn), main "pool" serta dart dan juga berkaraoke. Nanti kalau dapat mikrofon karang, tak lepas pula...Dahlah karaoke tu salah satu aktiviti kegemaran Farah...Ha ha ha... 

Apa yang Farah makan di The Ballroom pada hari kejadian??? 




Dimulakan dengan salad dan juga sup...kemudian disulami pula dengan... 


"Beef spaghetti"... bersama-sama air "fresh orange"... 


Semuanya dikongsi berdua kerana "portion" yang besar... dan satu perangai Farah ni, tidak semestinya Farah akan habis satu pinggan... Memang sedari dulu sebegitu dan memang yang belanja tu pun dah faham sangatttt dah dengan sikap farah yang satu ni. Dia tau Farah tak boleh sumbat semua dalam "container" sekaligus...Kalau berulang-ulang tak apa... Ha ha ha.... Sebab tu sebenarnya kalau pergi makan berkonsepkan buffet Farah agak lembab proses makannya berbanding dengan orang lain yang dah 2-3 kali "round" makan...Kadang-kadang, orang lain dah ber- "round-round", Farah dah selesai dah makan... Kekonon jaga badan lettew, tak nak berat naik di mesin timbang... Ekekekeke...tapi tak juga kurus-kurusnya... Hik hik hik... In Shaa Allah, In Shaa Allah, satu hari nanti akan kurus juga...Ha ha ha... Konon-konon motivasi sangatttt lettew.... (banyaknya ketawa dalam perenggan ni???).... 

"Rating" makanan di sini... dari 10 bintang...Farah beri 8 bintang!!! Dan kalau ajak makan sini lagi, tak ada masalah kot pada Farah. Asalkan yang Farah suka...*_^... Jumlah bil... (bukan nak menunjuk berapa betapa banyaknya duit orang yang belanja tu yer... ha ha ha... tetapi untuk berkongsi harga sikit lebih kurang supaya yang berminat nak bersantap di sana boleh agak berapakah bajet...)...adalah RM 26 "plus plus" kalau tak silap. 

Peta Lokasi The Ballroom, Jaya Shopping Centre


Untuk Maklumat Lanjut:


Oh ya, untuk bulan May sehingga Jun ini ada promosi "Parents' Day Promotion" dan "Family Day Package...

Sumber dari SINI
"First 3 families whose made early booking are entitled to get a 50% discount (as low as only RM28 per pax), with FREE 4 Bowling games, 1 hour Pool session, 1 hour Karaoke session.

Please visit http://goo.gl/forms/IjqOgwpDsS to make booking for The Ballroom Family Day Package. 

( Promotion Period: 1st May 2015 - 30th June 2015 )
( Early Bird Online Booking is available now! )
( Valid at The Ballroom Jaya Shopping Centre & NU Sentral )

More promotion info, please click here 

Bukan Baju Melayu Hipster...

$
0
0
Sumber dari Google
Hari tu bukan main "viral" lagi kannn Baju Melayu Hipster rekaan Zery Zamry di media sosial. Kemainnn semua pakat dok cerita tentang Baju Melayu Hipster ni... Hik hik hik... Hakakkkk juga yang perhati jerrr... sebab belum rasa nak bercerita lagi. Hari ni, hakak pun petiklah Baju Melayu Hipster rekaan Zery Zamry ni di dalam entri Bubblynotes.Com... Ekekeke... Sebab memang nak bercerita pun tentang Baju Melayu. Dan bila ingat Baju Melayu Hipster ni, nak juga tengok siapa-siapa kot kot yang Farah kenal kalau-kalau Syawal tahun 2015 ni bergaya dengan Baju Melayu Hipster. Haaa... jangan lupa bergambar "from top to toe" tau??? Lepas tu jangan lupa kongsi pula. Iyalah, Baju Melayu Hipster ni adalah "where trends meet tradition" konsepnya. Sesuatu yang lain dari yang lain... Lari dari kebiasaan biasa... Untuk kaum lelaki... "Are you daring enough???"... He he he... Ada jer kan yang "daring" dan berani mencuba sesuatu yang baru kannn??? Lagipun bukannya suruh tak berbaju punnn....

Bagi Iman Ash pula, Mommy dia ni belum teringin nak pakaikan Baju Melayu Hipster... Muahahaha... Masih tradisional asli lagi koleksi Baju Melayu Raya 2015 ni. Dan pilihan corak atau rekaan Baju Melayu Ash untuk tahun 2015 ini masih lagi mengekalkan Baju Melayu Teluk Belanga dan bukannya Baju Melayu Cekak Musang.


Kenapa dan mengapa??? Untuk keselesaan Ash... Itu sahaja, mudah sahaja jawapannya. Tahun lepas Baju Melayu Teluk Belanga, tahun ini pun masih tetap sama... tiada perubahan yawww.... Saja jer "wash out" gambar Baju Melayu Raya Ash di atas sebab nanti tak "surprise" lahhh... Belum raya dah basi dah... Muahahaha... Jadi biarlah begitu gambarnya... Yang pasti leher dah mengikut sepertimana kehendak Mommy, warna??? Asalnya Mommy dia dah pilih tema dah punnn seperti di dalam entri... Tema Aidilfitri 2015??? Dah Dapat Dah... tetapi saat-saat akhir sudah bertukar daaa... Jika tahun lepas tema kami merah hitam... tahun ini xxxxxxxx digandingkan sama ada "silver" ataupun emas. Yang nampak depan mata ni, memang cun kalau ianya digandingkan dengan "silver"... Kalau tentang pakaian ni, kadang kala boleh jadi asalnya rancang warna lain akhirnya "output" jadi warna lain. Bha ha ha...

Sedikit perkongsian mengenai asal usul Baju Melayu dari sumber di SINI

Dipercayai telah di gunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin)).

[Jenis-jenis Baju Melayu] 
Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.

[Falsafah Baju Melayu]
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini di ambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka.

Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.

Selain itu, lima butang di dada melambangkan lima rukun Islam yang harus menjadi isi dada pemakainya. Enam pesak di kanan dan kiri melambangkn enam rukun iman yg menjadi sangkar benteng pemakainya. Tiga poket melambangkan tiga tuntutan iaitu Islam, Iman dan Ihsan yg perlu dipenuhi. Tengkolok yg berbutang satu melambangkn kepercayaan kepada Allah yang MAHA ESA dan sunat bagi orang Islam menutup kepala.

Sampin juga melambangkan kedudukan seseorang seperti pangkat, status, bujang, sudah berkahwin dan sebagainya. Sampin juga boleh dibuat sejadah semasa mengembara. Sampin juga boleh dijadikan alas makanan atau “suprah” semasa menggembara kerana sunat jika makanan dialas.

[Falsafah Baju Melayu Dan Islam]
Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.

Indah sungguh seni pusaka tinggalan nenek moyang kita orang Melayu, cukup indah, berseni dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Masih banyak rahsia Baju Melayu yang masih boleh di ungkai seperti mengapa Baju Melayu Johor hanya satu butang? mengapa diadakan pula poket Baju Melayu yang sebelum ini tiada poket ketika zaman kesultanan Melayu terdahulu?

Namun artikel ini sekadar memberi info serba sedikit tentang pusaka orang melayu agar kita bukan sahaja tidak lupa bahkan tidak akan malu untuk memakai atau mengenakannya. Hendaklah kita berbangga dengan asal keturunan kita.

Begitulah ceritanya tentang Baju Melayu serba sedikit... Ha ha ha, pagi-pagi Sabtu dah belajar sejarah yer? Baju Melayu Ash dah siap... Sebenarnya kalau ikut Mommy dia bulan depan baru nak disediakan tetapi Nek Ma Ash dah terlebih ke depan pula... Ho ho ho... Baju Melayu ini ditaja dan dibawakan khas oleh Nek Ma kepada Ash... Songkok dan sampin masih belum ada... Mungkin tiada sampin sebab Farah rasalah... Ha ha ha... biar jer dulu Ash tak bersampin... Kecil-kecil ni sampinnya sekejap ajer... Lepas tu entah dah ke mana, maka lebih elok tidak dipakaikan terlebih dahulu... Beli pun nanti buat bazir jer... Pakai sekejap kemudian kepuk dalam almari... Pendapat Farah lah... pendapat lain orang berbeza-beza yer tak? 

Terima kasih Nek Ma Ash atas tajaan ini... Susah-susah ajer... Hu hu hu... Dah kata tak perlu pun, Abah dan Mommy boleh sediakan dia tetap nak juga...

Tinggi Lagi Tinggi Lagi "Please Abah"...

$
0
0

Hari Jumaat minggu lepas sewaktu berjalan-jalan ke Paradigm Mall atas tujuan saja-saja bagi Ash waktu beriadah secara santai selepas daripada "event" Planta di 1 Utama Shopping Centre... Tentang "event" Planta tu nanti Farah kongsikan bila entri telah diluluskan oleh pihak Planta yer??? Buat masa sekarang kita bekukan dulu cerita itu... Hew hew hew... Ok sambung kembali... Setelah "event" Planta tersebut, kami berdua beranak menuju ke Paradigm Mall. "Extended" jalan-jalan "hours" disebabkan Ash "behave well" sewaktu "event" Planta... Kira-kira upah lettew... Lagipun memang Mommy dengan Abah dah rancang Paradigm Mall sebagai "meeting point"... 

Semasa jalan-jalan tu, tiba-tiba Abah Ash suruh ambil gambar. Mommy yang tengah mamun mengelamun waktu tu tiba-tiba jadi "blur"... Ha ha ha... Oh ambil gambar... Ha ok ok... Keluarkan telefon dan mulakan operasi bergambar... Ingatkan ambil gambar apa, rupanya minta ambil gambar mereka berdua beranak sambil konon-kononnya Ash terapung atau dijulang tinggi. Ha ha ha... Ingatkan dia gayat... Tapi suka pula dia... Kemain tau... lepas tu siap suruh Abah dia angkat lagi tinggi!!! Sesetengah kanak-kanak akan gayat bila terlalu tinggi tetapi Ash suka pula... 


Lagi tinggi lagi dia suka. Lagi besar gelaknya. Yang Abah rajin melayan, lagilah menjadi. Mula-mula Mommy dah ambil gambar pertama yang di atas. Selepas itu, QC tak lepas daaa... sebab nampak tangan Abah sahaja. Owhh... Abah nak nampak susuk tubuh Abah, tak banyak sedikit pun tak apa... Motif??? Ha ha ha, gambar kenang-kenangan dengan anakanda lah apa lagi... Asyik Mommy jer dengan Ash kan? Abah pun nak ada banyak gambar dengan Ash juga... Barulah seimbang katanya... Gambar banyak berkodi-kodi tapi banyaknya simpan belum dikeluarkan lagi kaedahnya... Hua hua hua... Cerita tak ada kena mengena takkan nak keluarkan tiba-tiba yer tak? Ekekeke... Tunggulah, satu persatu kita keluarkan secara perlahan-lahan... Kalau ada cerita yang kenalah... Ekekekeke... Kalau tak ada kita simpan sahaja... Untuk simpanan peribadi gitchewss... Ash, Abah dan Mommy jer ulang-ulang tengok sama-sama... 

Tak dapat terapung-apung sendiri ala-ala Superman diapung-apungkan pun tak apa kata Ash... Nama pun "Cuperboy"... *_^...

M Cafe By Meesha Sukira | Influenced By Nature Inspired By Culture

$
0
0


Inilah kisah petang Sabtu, 16 Mei 2015 kami di M Cafe By Meesha Sukira, Bukit Damansara. Kisah makan-makan, kisah "get together", kisah "food event", kisah "food review" yang dianjurkan oleh FoodInk Malaysia untuk para blogger. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu kepada pihak FoodInk kerana sudi menjemput Ash dan Farah untuk sesi "food review" pada kali ini. 

Pertama kali, melangkah masuk ke M Cafe by Meesha Sukira ini, apa yang Farah rasakan adalah SELESA.  Suasana di dalam M Cafe by Meesha Sukira ini membuatkan Farah terasa seolah-olah, "I'm home!!!"... Seolah-olah Farah berada di kondominium ataupun "apartment" mewah yang mana hiasan dalamannya adalah berkonsepkan "urban batik" dan kraf... Iyalah konsep kafe dan butik kann??? Memanglah sebegitu... Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang makanan-makanan, sukalah kiranya nak berkongsi dengan semua supaya dapat mencuci mata di pagi hari dengan dekorasi hiasan dalaman di M Cafe by Meesha Sukira... Mana tau, dapat ilham pula nak mendekorasi rumah sendiri kann??? 


Nampak kemas dan selesa... Seperti terasa berada di rumah sendiri pun yer... 
"Range of craft products" yang terdapat di M Cafe by Meesha Sukira... Tiba-tiba Farah jadi rambang mata pula tengok semua produk-produk kraf yang diperbuat dari daun mengkuang ini... Bukan sekadar kafe biasa untuk makan tetapi juga kafe untuk mencuci mata secara sihat...Ha ha ha... 
Sebenarnya hati berkenannnn sangat pada bantal-bantal 4 segi sama ni yang mana, corak rekaan pada bantal-bantal tersebut adalah "rare" dan lari dari kebiasaan... Ianya menggunakan motif batik dengan warna-warna yang "vibrant"
Disebabkan keselesaan itu, (selit sedikit cerita Ash...ha ha ha...haruslah, susah payah dia ikut Mommy tau tak???), ada seorang kanak-kanak riang itu menganggap M Cafe by Meesha Sukira ini adalah seolah-olah seperti rumah dia... Ke hulu ke hilir, berjalan audit setiap sudut dan kawasan di dalam M Cafe... Kanak-kanak tak reti menipu dan tak reti membohong... Jika tidak selesa mereka akan menunjukkan reaksi ketidakselesaan, jika selesa mereka akan dengan riang-rianya bergelak ketawa dan aktif. Lihatlah sahaja, gelagat dan reaksi Ash... 

Seperti biasa, ajak Mommy bermain permainan kegemaran dia... "hide and seek" di balik sofa... Hu hu hu... 
Kemudiannya, seperti ragam biasa di rumah, bermain di pintu... 
Jalan-jalan audit kawasan sekitar di dalam M Cafe...Ash nak tengoklah kann, apa yang kurang, apa yang menarik... Dah kata Ash kena buat "review"...He he he...
Kalau tak nak makan di dalam, nak makan berkonsepkan "open air" pun boleh... .

Ok-ok, dah habis dah bawa "uolss" jalan-jalan kawasan sekitar M Cafe ni, sekarang tiba ke bahagian di mana, Farah sukalah kiranya nak berkongsi dengan anda makanan-makanan yang terdapat di M Cafe by Meesha Sukira ni... Nampak tak nampak tak, beria Farah makan di dalam gambar di atas. Sedap ke??? Apa yang ditawarkan di M Cafe by Meesha Sukira ni??? Coppp!!! Nak beritahu sesuatu dulu sebelum berkongsi menu-menu yang terdapat di M Cafe ni... Seindah tempatnya, seselesa tempat, seindah itu jugalah makanannya yer... Haruslah sepadan, haruslah seimbang... Barulah umphhh!!! kannn??? Jom Farah bawa anda menggembara apa yang ditawarkan di M Cafe...

Asam Pedas Ikan Pari
Daging Masak Hitam
Sambal Terung... Yang ini memang walla dan memang "marvellous"!!! Farah suka yang ini!!! 
Sambal Udang Petai...Baru jer hari sebelumnya teringin dan terfikir dah lama tak masak Sambal Udang Petai...Alhamdulillah, tak perlu susah payah pergi mencari di mana nak membeli petai, dapat juga makan di M Cafe dan memang puas hati dapat makan dengan rasa petai yang ranggup dan sambal yang cukup rasa serba serbinya...
Lemak Cili Api Udang bersama Rebung yang pekat, likat dan cukup semua rasa... Warna pun dah "inviting"...Sebagaimana yang anda lihat di dalam gambar ini seperti itu jugalah rupanya pada hari kejadian... Lemak Cili Api memang banyak dan ada di mana-mana tetapi nak dapat yang pekat dan likat sebegini kuahnya memang agak payah...Betul tak??? Tetapi di M Cafe anda akan dapat Lemak Cili Api yang kualiti begini... 
Sambal Sotong yang menjadi rebutan semua... He he he... Kalau dah jadi rebutan tu, faham-faham ajerlah yer... 
Ini adalah "specialty" mereka di M Cafe by Meesha Sukira...pertama kali Farah berjumpa menu ini, kalau anda pernah terjumpa Farah tak taulah kann??? Tapi memang bagi Farah ini adalah sesuatu yang baru... Sambal Ikan Epal... Sambal ikan yang dimakan bersama epal... Rasanya memang sedapppp!!! Tak pernah terfikir oiiii, selama ini makan Sambal Ikan macam tu jer dengan nasi dan makan epal dengan sos Thousand Island jer yang nyumehhh.... Memang langsung tak pernah terfikir sebenarnya epal hijau boleh digandingkan dengan Sambal Ikan... Ha ha ha... Mesti anda pun pelik kannn??? Macam mana pula Sambal Ikan dimakan bersama epal hijau... Meh tunjuk cara makannya... Kita buat demo sikit yer... 

Mula-mula kita ambil Sambal Ikan yang berkenaan dan letakkan di atas epal hijau yang telah dipotong-potong seperti biasa.... 
Kemudiannn... kita perahkan asam limau ke atas Sambal Ikan tersebut dan ngap...krup krup krup... Sekali masuk ke mulut dan kunyah memang lepas tu nak lagi... Alhamdulillah, menu "specialty" ini boleh diterima tekak dan perut dan tiada sebarang masalah pun bila Farah makan ni Sabtu lepas... Ash??? Ekekekeke...dia makan epal hijau jer cukup... Sambal Ikan tak boleh... 
Ini tak menghingat ni, boleh jadi "signature dish" di M Cafe by Meesha Sukira... Sebabnya... Farah paling teramat suka yang ini... Apa-apa salted egg dilumurkan dengan apa-apa jenis bahan masakan seperti udang, ayam...Memanglah sedap kannnn??? Ini adalah Fried Salted Egg Chicken... Sampai hari ni masih terbayang-bayang bagaimana rasanya dalam mulut ni bila dikunyah ok??? 
Hainanese Chicken Chop
Beehoon Goreng yang ohsem!!! Rasa puas hati makan dan rasa tak cukup sepinggan... Ha ha ha... Nasib baik perut dah ambil tu sikit, ambil ni sikit, dan kena berpada-pada makan, kalau tidak mahu habis berpinggan-pinggan makanan yang dihidangkan ni... Errrr...tapi cakap jer lebih...Tak habis pun sebenarnya... Farah jenis makan yang itu sikit, yang ini sikit...Ha ha ha... Kenalah beringat kannn??? Kalau tak nak badan tembun... Ha ha ha... 
Makan-makan di M Cafe By Meesha Sukira memang terbaik!!! HALAL dan sememangnya memuaskan hati bagi mereka yang mencari kepuasan yang berbaloi dengan ringgit yang dilaburkan untuk makan, kenyang dan sedap. Dari 10 bintang, "rating" yang Farah berikan adalah 8.5 bintang / 10 bintang.


Dan inilah barisan blogger yang terdiri daripada pelbagai "niche" yang mana rata-ratanya baru pertama kali Farah jumpa dan Farah kenal secara realiti. Yang paling terkejutnya ada di antara mereka adalah pembaca Bubblynotes.Com dan saat Farah melangkah masuk, perkataan pertama yang keluar... "Hi, Ash..."... Adehh.... Ouchhh, it's hurt...Muahahahaha... Salah seorang darinya adalah Scha Nazri... Tak sangka dapat berjumpa di sini yer??? Ha ha ha, apa pula tak sangkanya, biasalah tu, dunia blog, lari kot mana pun... satu hari pasti berjumpa juga jika ada rezekinya... Ibarat, ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu juga... Ecewahhh, berbidalan pula kita yer...


Dan inilah buah hati pengarang jantung yang melengkapkan hidup Mommy dan setia menemani Mommy ke mana-mana sahaja...Hew hew hew... Sayanggg Ash...Dan "thank you" sayang Mommy kerana sentiasa memahami dan sentiasa menceriakan hari-hari Mommy... Juga sentiasa "behave well" ketika menemani... Ikut hari lah kann??? Kalau ada hari angin tak berapa nak elok...Haaa tu dia, siaplah berperang... Kanak-kanak seusia ini ada kalanya kita tak boleh nak jangka angin mereka...

Untuk yang telah tertarik dan hati tertarik-tarik nak mencuba makanan di M Cafe by Meesha Sukira ni, di sini Farah kongsikan peta lokasi M Cafe by Meesha Sukira untuk panduan anda semua...


M Cafe by Meesha Sukira
47, Jalan Medan Setia 1
Plaza Damansara
Bukit Damansara 
Kuala Lumpur

No. Telefon:
03 | 2095 | 9088

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu
10.00 pagi sehingga 10.00 malam
Ahad
Tutup

KHAS UNTUK BULAN RAMADHAN YANG AKAN MENJELANG TIDAK LAMA LAGI... M CAFE BY MEESHA SUKIRA AKAN MENGADAKAN BUFFET RAMADHAN YANG BERMULA DARI HARGA RM 39++ YANG MANA APA YANG MENARIKNYA... BAYAR UNTUK BUFFET RAMADHAN, MAKAN UNTUK BERBUKA, ANDA MAHU KE MASJID ATAU SURAU BERDEKATAN MENUNAIKAN SOLAT ATAUPUN SOLAT TARAWIH...BOLEH KEMBALI SEMULA KE M CAFE BY MEESHA SUKIRA DAN SAMBUNG KEMBALI MAKAN SEHINGGA MEREKA TUTUP...DENGAN HANYA SEKALI BAYARAN SAHAJA!!! Errr...esoknya bayar harga yang barulah yer??? 

Untuk Maklumat Lanjut:



*Agak lewat hari ini kerana sibuk dengan program besar minggu ini di pejabat...Dah tak cukup-cukup nafas dah ni... Nama "event"nya... Deep Dive... tapi yang Farah rasa... Deep Die... Muahahahaha... 

Akalnya Lebih Panjang...

$
0
0
Dahulunya, kerap juga soh seh soh seh tentang mencari "safety kit" untuk barangan di rumah disebabkan oleh Iman Ash yang terlalu suka sangat bereksplorasi di dalam kawasan rumah...Ke depan, ke belakang, ke depan ke belakang, lepas tu sekarang ni tambah-tambah pula dengan suka berlari-lari... Lagi buatkan Farah selalu kering darah...Sebab isu keselamatanlah...Bukannya apa, dia masih baru sangat lagi dapat kaki, setiap kali berlari dia kerap terjatuh...masih belum berapa stabil lagi, tetapi yang kita kering darah, yang itulah yang suka dibuatnya... Hu hu hu...Huwaaaa....Ashhhh, janganlah buat Mommy rasa macam ni!!! Kalau dia faham yer tak??? Ini dia tak faham lagi...Faham juga kadang-kadang tu...Entri yang Farah maksudkan itu adalah... Mencari Pelindung Bucu Tanggayang ada diselitkan juga tentang "safety latch for cabinets"... 

Nak cari punya cari punya cari, simpan dalam "task list" sebagai seorang ibu, konon-kononnya nak pergi ke Daiso (kedai 5 hinggit yang popular dan semua orang pun tahu)... tak terpergi-pergi...Akhirnya, minggu lepas sempat juga menyinggah ke Daiso...Itupun secara kebetulan terjumpa semasa tengah berjalan-jalan cuci mata di Paradigm Mall dengan Abah Ash dan Ash... Kalau tidak, sampai ke sudah lah nampaknya tak pergi dan tak membeli yer tak??? Hua hua hua... Sampai-sampai di rumah, terus pasangkan sebab Mommy dia dah tak tahan risau dan tak tahan Ash menyepah segala mak nenek periuk belanga dari dalam kabinet dapur tu... Errrr...periuk belanga tu tak kisah sangat sebenarnya... tung tang tung tang, jiran kiri kanan ingat macam nak kenduri...Yang risaunya "utensils" dan juga pinggan mangkuk kaca yang ada dalam kabinet..Itupun dah banyak dah yang disimpan di dalam kabinet bahagian atas... Tapi dah banyak-banyak sangat tak muatlah pulok...Ha ha ha...Tulah Nek Ma Ash ni, masa muda-muda suka sangat kumpul pinggan mangkuk bebanyak...Ha ha ha...#ehhh...tiba-tiba "pointing" kat Nek Ma Ash pula...Ya ampunnn Ma... Kalau Mama baca entri yang ni kat rumah tu... Ha ha ha...Adik cakap betul apa??? 


"Handsome" ajer terletak rupa gayanya dan legaaaa sikit rasa hati...Yeayyyy!!! Ash dah tak dapat buka pintu kabinet dapur dahhh.... (Konon!!!)...Kegembiraan tu tak kekal lama yer...Ha ha ha...Sebab itulah tajuknya entri ini Akalnya Lebih Panjang.... Sebab, memang akal dia lebih panjang... Ash memang macam tu!!! Selalu tau!!! Kalau tak dapat sesuatu tu, dia sentiasa akan usaha sampai dia boleh dapat... Dia akan ada cara untuk dapatkan sesuatu yang dia nak lakukan atau dapatkan atau buat... Contohnya... 


Tarik-tarik-tarik...Goyang-goyang-goyang... Tarik-tarik-tarik...Goyang-goyang-goyang... Eh eh eh... Dan akhirnya dia berjaya!!! 


Tercabut sudah!!! Oooo...Ash "challenge" Mommy yer??? Selagi tak tercabut, selagi tulah dia akan tarik dan goyangkan... Hu hu hu... Tapi!!!! Tapi tapi tapi... Mommy masih belum kehilangan cara lagi... Selepas ni, Mommy akan beli lagi dan tampal banyak sikit...Bila dah banyak sikit, susahlah sikit kann nak tarik-tarik dan goyang-goyang... Mesti kerja Ash akan jadi lebih susah...Muahahaha... Errrr...tapi kalau dia gigih menarik dan menggoyangkan tak taulah...Apa-apapun... Kita cuba dulu... Mana tau untung-untung berkesan...Kalau tidak, haiii nampak gayanya kena cari alternatif lainlah ni nak "secure"kan barang-barang yang berbahaya pada Ash ni... Hu hu hu.... 

Slot Akasia | Dia... Isteri Luar Biasa

$
0
0
Sumber dari Google
Macam-macam tajuk cerita di kaca televisyen sekarang kann??? Ha ha ha, terjumpa juga beberapa status rakan-rakan di Facebook yang mengatakan tajuk cerita di kaca televisyen sekarang ni semuanya kreatif-kreatif belaka. Mesti ada suami, mesti ada isteri...^_^ dan kebanyakkan cerita di kaca televisyen sekarang adalah dari adaptasi novel. Tidak ketinggalan juga dengan cerita Dia...Isteri Luar Biasa yang bakal ditayangkan hari ini di Slot Akasia ni... "I is" kerja dan "I is" tak sempat nak layan Dia...Isteri Luar Biasa ni pada waktu siaran... Makanya, terpaksa menyampaikan pesanan khidmat masyarakat dan amanat pada Ash, Nek Ma Ash, suruh rekod...supaya boleh ulang tayang nanti... Hik hik hik... Nak juga tengok kannn??? Sebab dengar-dengan sinopsis dari HotFM pagi tadi macam menarik jer...Macam "something something this lady" nak anak tetapi tak nak suami, jadi suami yang ada tu adalah suami sementara semata-mata nak dapatkan zuriat, "and along the way", mereka jatuh cinta... Ha gitchewslah jalan ceritanya... 

Kalau ikut-ikutkan sinopsis dari SINI

Sumber dari Google
Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya, apabila ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus di sisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar. 

Mampukan Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi? 

Sedikit trailer lah trailer saja nak bagi "up mood" nak tengok...Hi hi hi... 


Pada yang bakal menonton tu selamat menonton yer... Baca sinopsis macam dah tau "complicated" bila dah tengah-tengah dan bakal membuatkan sesiapa yang jadi peminat cerita ni nanti emo ni...Ha ha ha...Selalunya kan memang macam tu kan? Alaaa...jangan risau, kebanyakkan cerita selalunya "happy ending"... Kalau tak "happy ending" mesti macam tak puas hati kann??? 

Menginjak Ke Usia 2 Tahun November 2015 Ini...

$
0
0

Dari sehalus-halusnya sehinggalah ke 1 tahun 6 bulan pada waktu dan ketika ini...Oh anak... Cepatnya terasa kamu membesar...Ha ha ha... "Now I'm talking isn't it???" ... Semakin hari semakin banyak telatah, semakin banyak ragam, semakin banyak kerenah... Waktu-waktu ini, dia sangat aktif bereksplorasi, sangat aktif melakukan pelbagai perkara sehinggakan kadang-kadang boleh jadi semput Nek Ma dan Mommy dia... Pantang lepa, tidak boleh dibiarkan kerana di dalam bereksplorasi itu, ada sahaja perkara-perkara yang dilakukan boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri yang kalau tidak dipantau memang boleh menjadi serius... Nauzubillahminzalik...Moga-moga dijauhkan oleh Allah SWT... Ash gemar membuatkan Nek Ma dan Mommy "kering darah"!!! Tentunya ramai yang faham maksud "kering darah" itu kann??? Kadang-kadang Mommy boleh jadi tak tidur malam tau tak??? Risau memikirkan tentang keaktifan itu dan kerajinan berekplorasi segala perkara. 

Huwaaaa...senak perut! Kering darah! Semua ada... Anak lelaki begitulah kata ramai orang... Tetapi dia tidaklah membuas tidak tentu hala, cuma dia suka berlari, bila tidak stabil jatuh... Farah risau!!!! Kadang-kadang rasa nak nangis pun ada... Tapi itulah adatnya menjadi ibu dan menghadapi anak yang sedang membesar... Memang sesiapa pun tidak boleh lari... Di usia-usia ini memang perhatian kena sepenuhnya. Nek Ma Ash kata, tak lama lagi, Nek Ma tak boleh buat perkara lain, kena tumpukan pada dia... Sebab risau kalau-kalau berlaku apa-apa...Samalah juga seperti Mommy dia... Dan sememangnya, anak yang jarang berjumpa dengan Abah, Farah ada terbaca di dalam satu artikel, ada caranya untuk menarik perhatian dan kasih sayang orang di sekelilingnya...Tak apa Ash...Mommy faham... "I feel you"... Tak apa, Abah tak ada Mommy ada, bila ada Abah itu yang Ash sangat gembira...Abah pun bukan sengaja, Ash kena faham ok??? Abah sentiasa cuba yang terbaik untuk adakan masa untuk Ash... Ash kena ingat tu selalu ok??? Mommy doakan Ash menjadi seorang anak yang memahami keadaan dan situasi dan faham bahawasanya satu-satu keadaan atau situasi itu berlaku bukannya disebabkan saja-saja.... Pasti ada sebab disebaliknya...In Shaa Allah, Mommy akan perlahan-lahan didik Ash... Semoga Ash positif sentiasa yer nak??? 

Dengan perkembangan Ash pada waktu dan ketika hendak menginjak ke usia 2 tahun ini, dengan keaktifan dia sekarang... Farah tiba-tiba teringat kepada satu artikel yang pernah Farah baca tidak berapa lama dahulu melalui sumber di SINI yang bahawasanya usia 2 tahun adalah masa yang sangat aktif bagi anak-anak, kerana pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan mentalnya sedang meningkat. Fenomena ini pasti dihadapi oleh setiap ibu bapa yang memiliki anak yang normal.

Pada usia ini sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa untuk menggunakan kata-kata yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya. Anak-anak di dalam usia ini sangat sensitif baik perasaan mahupun jasmani mereka. 

Rasulullah SAW sangat menyayangi cucu-cucu baginda Hasan dan Husain. Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah lain, kedua cucu baginda memanjat tengkuk menyebabkan baginda melamakan waktu sujudnya demi menjaga kedudukan cucunya. Setelah selesai solat, para sahabat bertanya mengapa terlalu lama baginda sujud, mereka bertanya adakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah SAW menjelaskan tentang peristiwa yang terjadi.

Pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia kanak-kanak ini, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan kelembutan. Jika ingin mencegah kesilapan yang dilakukan, buatlah dengan kelembutan dan kasih sayang.

Baginda menyuruh agar umat Islam memerintahkan anak-anak yang berumur 7 tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun tidak mengerjakan solat maka pukullah mereka. Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan Rasulullah SAW adalah ketika anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka melanggar perintah Allah SWT iaitu meninggalkan solat.

Namun pukulan yang dimaksudkan bukanlah memukul dengan kemarahan tetapi dengan unsur mendidik dan kasih sayang. Lebih baik ibu bapa menunjukkan akhlak mulia di depan anak-anak agar mereka dapat meniru keperibadian yang mulia tersebut. Setelah itu banyakkan berdoa agar mereka mempunyai hati yang lembut, budi pekerti yang mulia serta menjadi anak soleh dan solehah. In Shaa Allah...  Mommy tak akan pernah lupa doakan Ash... 

Cumanya, harap-harapnya Ash janganlah suka sangat lari sana sini...Mommy risauuuu....Huwaaaa.... 

"Barber Visits" | Sekejap Menangis Sekejap Tidak...

$
0
0

Setiap kali ke kedai gunting rambut, setiap kali itu juga drama seperti gambar yang di atas ini akan berlaku... Ash akan menangis seligat-ligatnya, suara dia jer yang kedengaran satu kedai gunting rambut tu, ane yang gunting rambut tu pun dah tau sangat dah telatah dan reaksi Iman Ash bila rambut dia hendak digunting. Senyum jer ane tu.... Tak terkata apa-apa... Nyaring pula tu suara Ash...Ha ha ha... Bila diduduk di kerusi gunting rambut tu jer, dia akan mula cembeng dan kemudian pembesar suara dia akan kedengaran... Begitulah telatah dan gelagat Ash... Nak kata mesin gunting rambut tu bunyi dia menakutkan, senyap jer sebenarnya mesin tu... Mungkin sayang kot nak gunting rambut? Ataupun mungkin takut telinga dia tergunting kot? Ataupun sebenarnya dia takut dengan ane yang gunting rambut dia tu? Kui kui kui... 

Beberapa kali yang dulu, teruklah tangisan dan esakkan dia, sampai tersedu-sedu ko, sampai balik rumah pun tersedu-sedu lagi... Berpujuk-pujukkan, tetapi sesuatu yang Farah perasan pada lawatan ke kedai gunting rambut sekali ini... Ash sudah tidak meronta-ronta dan menangis berpanjang-panjangan...Ha ha ha...Ada perkembangan di situ dan dia sudah mula pandai berkata .... "Dahhh... Dahhh.."... Memohon ane supaya berhenti dari menggunting rambut dia...Ihiksss... Lepas tu pandai minta belas ihsan kasihan... Geli hati pun ada sebenarnya... Tapi semakin baiklah keadaannya, tiadalah berpanjang-panjangan menangis... Mommy dia sempatlah rakam aksi Ash di dalam bentuk video...Muahahaha...Anak dok sibuk menangis, Mommy dok sibuk pula merakam yer??? Tak apa, Nek Ma ada tolong pegangkan dia...


Ha begitulah dia, sekejap menangis sekejap tidak, tapi berpujuklah... Tak apalah...lama-lama nanti oklah tu kann??? Hik hik hik... Kesian anak Mommy yer??? 

Teh Tarik Place | Paradigm Mall

$
0
0
Sumber dari Google
Cerita makan lagi!!! Kali ini cerita tentang Teh Tarik Place yang terletak di Paradigm Mall. Destinasi tempat makan yang seterusnya untuk kami. Ini pun berlaku secara kebetulan. Sebenarnya dah makan dah di majlis Telur Goreng Planta sebelum itu...(owhhh masih berhutang lagi cerita majlis Telur Goreng Planta...sabar yer, saya masih menunggu kelulusan dari pihak Planta untuk itu, nanti Farah kongsikan...hew hew hew).... Ini kira-kira macam makan kali kedualah ni, nak kata makan tengah hari tidak juga sebab Ash dan Farah dah makan, nak kata makan petang tidak juga... Ha ha ha...Ianya di tengah-tengah... Kalau keluar dengan Abah Ash memang kami akan singgah makan... Yerlah mungkin Abah Ash belum makan tengah hari lagi walaupun kami dah makan kann??? Makanya kami singgah di Teh Tarik Place ni. 

Kedai yang mempunyai "ambience" yang "cosy"...Itu yang Farah boleh katanya dan di dinding Teh Tarik Place ni terdapat cerita-cerita bagaimana teh dihidangkan dan cara teh diminum oleh pelbagai bangsa, kaum dari seluruh dunia...Ada sejarah sikit-sikit...Kira-kira bila duduk di dalam kedai ni jadi tak bosanlah sementara menunggu tempahan makanan serta minuman tiba. Apa "specialty" di Teh Tarik Place ni, "signature" di Teh Tarik Place ini sudah tentulah yang sinonim dengan namanya... Teh Tarik!!! Tapi Farah taklah memesan Teh Tarik ketika itu, kawan Farah di Facebook yang maklumkan.


Haa begitulah ceritanya... Sebenarnya kalau diikut-ikutkan memang tak larat nak makan lagi terutama nasi...Sebab sejak kebelakangan ini Farah memang kurang makan nasi...Sejak mengamalkan "virgin coconut oil"... ha ha ha... Tapi betullah, bukan cerita kosong...Ini pun lagi satu cerita, "virgin coconut oil" ni nanti Farah cerita kemudian...#ehhh hari tu dah kata kemudian, ni kemudian lagi...Tentulah ada sebab di sebaliknya kenapa kemudian-kemudian tu timbul...Kena tunggu pihak klien beri "q" dahulu, baru Farah boleh cerita... Hew hew hew... Tak boleh sesuka suki hati jer.... Okkkk...kita sambung cerita tentang menu yang kami pesan di Teh Tarik Place... 


Pesanan kami bernombor 33...Ha ha ha, itupun nak cerita ke? Tak adalah sebenarnya saja jer nak tempek gambar Iman Ash... Rugi pula rasanya tak tempek gambar dia... Sebab dia ada di tempat kejadian kannn??? Dan makanan kami yang dipesan adalah... 


Ini namanya "lunch meal combo"... pesan ni pun sebab Ash... nak beri Ash makan nasi lagi...Ha ha ha...Mommy kan suka sumbat mulut Ash dengan nasi...Sebab takut Ash lapar...Jadi secara automatiknya di sini Ash kongsi dengan Mommy.... Ayam goreng, nasi putih dan sayur tauge... Air sirap... Ekekekeke... Tapi bila Ash dah tak nak, dah keluarkan... Mommy pula yang kena habiskan... Tak habis punnn.... 


Ini pula menu yang dipesan oleh Abah Ash...Beehoon goreng... Tapi Mommy "tag" lah sikit... Ha ha ha... Sedap cukup rasa, cukup lembut... Tiba-tiba rasa menyesal pula tak "pesan" beehoon goreng...Ha ha ha, ini pun rasa macam nak pergi balik jer semata-mata untuk makan beehoon goreng ni... Dia ada satu "taste" yang Farah boleh kata Farah suka... Hurmmm... Makan kongsi-kongsi ni adalah perkara biasa.... 

Itulah antara makanan yang terdapat di Teh Tarik Place dan sebenarnya bukan ni saja, banyak lagi menu yang nak kena eksplorasi ni... Kalau dah beehoon goreng dia sedap, bayangkan pula mee goreng mamak dia... Berapa harganya Farah tak pasti sebab bukan Farah yang keluarkan dari poket Farah... hik hik hik, Abah Ash yang bayar... Terima kasih sayang!!! Walaupun bukan "fine dining", bukan yang mahal-mahal dan mungkin ada yang berkata, setakat makanan macam ni, warung tepi jalan pun boleh dapat... tetapi tetaplah bersyukur kerana masih dapat makan... Hew hew hew.... Yang pastinya... harganya tidaklah setinggi mana atau semahal mana walaupun terletak di dalam "mall"...Mampu makan kaedahnya...Semua orang mampu ok??? 

Kalau-kalau berminat untuk mencuba... bolehlah rujuk peta lokasi ini... 


Teh Tarik Place (Paradigm Mall)
Lot 2F-25, Level 2, Paradigm Mall
No.1, Jalan Kelana SS7/26A Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya SS7
47301 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi / Cawangan Lain..Boleh rujuk di SINI

Untuk Maklumat Lanjut:


"From Malaysia With Love - Chillex & Enjoy Comfort Food In A Comfortable Setting!!!"

"Rating" dari 10 bintang, Farah beri 8 bintang / 10 bintang.

Berjinak-Jinak Dengan "Potty Training"...

$
0
0

Hari tu, Farah ada maklumkan di dalam entri-entri yang sebelum ini, Farah hanya menunggu masa Ash pandai bercakap dan kemudiannya akan mula melatih tandas Ash ataupun di dalam bahasa yang lebih dikenali ramai... "potty training"... Bukanlah mengeluh kerana sudah tidak mampu untuk membeli lampin pakai buang Ash...Alhamdulillah, setakat ini kami masih lagi mampu untuk membeli lampin pakai buang Ash dan mengadakan apa yang perlu untuk Ash... Cumanya, "potty training" ni pada Farah memang Farah ambil berat...Memandangkan usia Ash bakal menginjak ke 2 tahun tidak lama lagi. Salah satu daripada punca yang Farah memandang berat perkara ini adalah kerana beberapa minggu yang lepas, Farah ada berborak dengan BFF Farah tentang "potty training"... Yang mana, BFF Farah ingin menghantar anaknya ke sebuah "playschool" yang berhampiran dengan pejabat beliau tetapi syaratnya, anak haruslah bebas lampin. Hu hu hu, memang ada "playschool" yang tidak kisah dengan bebas lampin ataupun tidak, tetapi ada di antara "playschool" yang "requirement"-nya memerlukan anak-anak bebas lampin. Sebab musababnya, tak dapat Farah jelaskan yer, kerana Farah bukan pihak pengurusan "playschool" terbabit, cumanya mungkin ini tidak mahu menyukarkan atau menyusahkan kerja-kerja petugas ataupun cikgu-cikgu di sana. Mungkin??? 

Ash masih belum boleh bertutur atau bercakap dalam bahasa seharian, tetapi faham dan bercakap di dalam bahasanya yang tersendiri. Sesekali terlepas juga sebutir dua butir perkataan. Bermakna, Ash di dalam proses untuk bercakap. Farah bukanlah berulang-ulang kali ingin berkongsi tentang apa itu "potty training", bagaimana "potty training" dan sebagainya...Jika berminat untuk membaca tentang "potty training" di Bubblynotes.Com bolehlah rujuk kepada entri-entri berikut:


Cumanya ini adalah cerita di satu hari yang indah...Ha ha ha... Macam nak masuk pertandingan bercerita jer mukadimah cerita ni kann??? Tak adalah, sebenarnya, nak cerita bahawasanya Nek Ma Ash telah mula menjinak-jinakkan Ash dengan "potty training" pada waktu dan ketika ini. Beberapa minggu yang lepas...#ehhh minggu lepas nak dijadikan cerita... Ash yang sedang bermain-main tiba-tiba termenung dan seolah-olah mula nak meneran...hidungnya terkembang-kempis... Nek Ma Ash cerita, dia tanyakan kepada Ash... "Ashhh...nak buang air besar ke???"... Terus Nek Ma Ash bukakan seluar, lampin pakai buang dan bawa Ash ke tandas.... Oh ya, tentang tanda-tanda anak kecil bersedia ke tandas ni boleh rujuk entri Petanda Anak Kecil Bersedia Ke Tandas...yang pernah Farah kongsikan tidak berapa lama dulu... Dan nampaknya... sukses!!! Menjadi!!! Alhamdulillah, Ash membuang di tandas "instead of" di lampin pakai buang. Sejak dari itu, bila tiba waktu Ash untuk membuang...sama ada Nek Ma Ash ataupun Farah akan perhatikan tanda-tanda gelagat Ash untuk "standby" bawa Ash ke tandas... Hik hik hik... Dah jadi satu kerja dah pula yer tak??? Tapi itulah tugas ibu, tugas bapa sebenarnya... 

Di kesempatan ni, nak juga luah sesuatu... Sebenarnya Farah nak berterima kasih sangat-sangat pada Nek Ma Ash kerana banyak beri tunjuk ajar, banyak beri bantuan dan banyak melakukan inisiatif-inisiatif yang positif di dalam mendidik Ash terutama sewaktu Farah bekerja. Terima kasih tu tak dapat nak ungkap dengan kata-kata sebenarnya... Farah tak pernah suruh punnn... Tapi Nek Ma Ash sendiri rela hati melakukan... Farah kalau boleh tak nak pun Nek Ma Ash buat...Tak apa biar Farah buat...tetapi entahlah... macam mana ek nak cakap??? Kalau Farah sendiri, In Shaa Allah, masih mampu untuk melakukan perkara-perkara ini untuk Ash... tetapi mungkin bergantung kepada pembacaan serta ilmu dari rakan-rakan sahajalah... Tetapi dengan adanya Nek Ma Ash... Alhamdulillah, suku daripada tugasan itu diambil-alih oleh Nek Ma Ash sewaktu Farah bekerja.

Ha ha ha...jangan nak serkap jarang dan fikir negatif yer... ihikss tiba-tiba... bila Farah tidak bekerja, bila Farah di rumah dan bila Farah bersama Ash...tolong maklum...wakakakaka...Nek Ma Ash memang lepas jer...Dia biarkan Farah yang buat semua... "Read my statement properly"... Ketika waktu Farah bekerja... Fahammm??? La la la la... 

Alah bisa tegal biasa, In Shaa Allah, semakin kerap melatih semakin akan biasa Ash dengan latihan tandas... Dengan izin Allah SWT, mana tahu, "by the end of the year" Ash sudah bebas lampin??? (harapan ni harapan...)...In Shaa Allah...Ia mungkin macam kebarangkaliannya tidaklah seawal itu Ash bebas lampin, Farah pun tidaklah meletakkan harapan yang tinggi pun, jika berjaya latihan ini, Alhamdulillah, jika tidak, tak apa masih ada masa untuk itu... Farah tidak memaksa Ash, tetapi mencuba sahaja.... Dan Farah tidak pula berfikir nak meletakkan tekanan pada Ash...tidak sekali-kali, cuma mencuba yang terbaik... In Shaa Allah... 

Antara Punca-Punca Besar Suami Suka Merajuk...

$
0
0
Sumber dari Google
Jeng jeng jeng... asyik cerita tentang isteri yang suka merajuk jerrrr.... Sesekali kita berceritalah pula tentang suami yang suka merajuk ni...Ha ha ha, apa??? Ingat orang perempuan jer yang merajuk-merajuk ni??? Orang lelaki pun suka merajuk ok??? Cuma mereka tak suka nak mengakuinya walaupun perbuatan jelas menunjukkan mereka merajuk dengan kita... Hati lelaki ni sebenarnya adalah lembut dan lebih sensitif dari perempuan...ekekekeke... itu jika kita sebagai perempuan tidak menjaganya dengan betul. Kadang-kadang tu perlakuan yang kita anggap remeh tetapi sebenarnya tidak bagi diri mereka. Biarpun mereka nampak tegas sebagai ketua keluarga, tapiii jauh dalam-dalam sudut hati mereka, mereka pun nak belaian mesra dan manja seperti seorang bayi!!! Sado-sado pun boleh merajuk juga ok??? "Expect the unexpected"...Ekekekeeke...

Terjumpa pula satu artikel di SINI yang mengatakan bahawasanya ada beberapa perkara remeh yang boleh menyebabkan pasangan merajuk dan yang boleh kita elakkan diri kita sebagai isteri dari melakukannya. Kalau kita bijak menyelesaikan masalah remeh ini, In Shaa Allah hubungan tu elok-elok jer... Apa tu antara punca-punca yang dikatakan besar tu??? 

Menepis Pelukannya
Semasa isteri sedang membasuh pinggan atau memasak dan tiba-tiba si suami memeluk dari belakang, jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan suami rasa tersinggung dan merajuk. Biarkan sahaja perlakuannya, kerana ini hanya sekejap sebagai tanda kasih sayang dia kepada diri anda.

Tidak Menggosok Pakaian Kegemaran
Apabila dia sudah mengingatkan anda supaya menggosok baju berkenaan dan anda terlupa melakukannya pasti akan menyebabkan si dia naik angin. Errr...ada ke yang jenis macam ni??? Ok tak ada pula setakat ini bagi Farah. Apatah lagi jika dia yang perlu menggosoknya sebelum ke tempat kerja. Anda akan lihat dia tidak bercakap dengan anda dan itu tanda dia sedang merajuk. Walaupun nampak remeh tetapi boleh menyinggung hati kecilnya.

Tidak Angkat Panggilan Telefon
Ha ha ha, ini klasik tau tak...Kalau kita isteri telefon, dan telefon tidak berangkat, kita mungkin akan rasa ok dan cuba faham sama ada suami itu sedang sibuk ataupun sedang memandu ataupun sedang apa-apa sahajalah.... Secara umum yer... tiada kena mengena dengan sesiapa pun...errrr...tetapi ada jer wanita yang kalau suami tidak angkat panggilan telefon akan terus telefon bertubi-tubi sebab risau dan rasa tak sedap hati... Hu hu hu... Biasalah tu perasaan seorang isteri kannn??? Tapi kalau isteri yang tak angkat telefon....ini paling penting ni, jangan sesekali tidak mengangkat panggilan telefon daripadanya. Walaupun bukan sesuatu panggilan yang penting, sekadar ucapan "hello" atau tanya khabar atau tanya dah makan ke belum walaupun waktu tu bukan waktu makan... anda harus mengangkatnya. Jangan biarkan dia menelefon beberapa kali sehingga menyebabkan dia marah dan tidak ada "mood" untuk bercakap dengan anda.

Lagi satu yang mungkin dianggap remeh oleh anda, terlepas untuk menjawab panggilan. Apa salahnya jika anda cuba dail kembali, jangan biarkan. Siapa tahu ada hal penting untuk diberitahu. Dan mungkin juga si dia mahu menyatakan emosi yang dialami, sedih, gembira atau tertekan dengan seseorang??? 

Bercakap Tinggi Suara
Ini bukan lelaki jer lah yang tak suka..."I is" pun tak suka ok??? Anda juga diingatkan agar menjaga intonasi dan kawalan suara ketika berkomunikasi dengannya. Jangan sesekali meninggi suara kerana lelaki tidak suka pada pasangannya yang bersikap begini. Walaupunnnn...walaupun ko jenis cakap memang "loud", memang "style" gitchewss...bila dengan suami... haruslah automatik jadi sopan santun sikit yer...wakakakaka... Hormatilah dia sebagai suami anda dan sentiasa menjaga perasaannya yang kadang kala agak sensitif. Silap gaya dia akan merajuk untuk beberapa hari disebabkan perkara ini.

Layan Laman Sosial Di Telefon
Jangan kerana terlalu asyik mengejar teknologi sehingga lupa tanggungjawab sebagai isteri. Jika dalam kereta atau hanya berdua-duaan dengan suami, jangan sesekali bermain FB, Twitter, What's App atau apa-apa sahaja laman sosial. Pasti pasangan tidak gemar jika anda hanya melayan laman sosial ini berbanding bercakap dengan dirinya.

Elak Layan Lelaki Lain
Jika anda seorang yang peramah, simpan sahaja sikap itu jika sedang bersama suami, melainkan suami memang dah faham sangat-sangat yang anda tu memang peramah...Kui kui kui...Tu punnn, jangan terlalu melayan lelaki lain walaupun teman sekolah dahulu. Sesetengah lelaki ni kan cemburu dengan situasi ini dan dia hanya mahu anda melayannya seorang. Walau bagaimanapun, sebagai isteri, kita sendiri perlu tahu batas-batas tertentu yang boleh diikuti. Pandai-pandailah "adjust"...

Jangan Tukar Siaran Lain Ketika Menonton Televisyen
Walaupun nampak remeh, tetapi jika berlaku bakal mengundang rasa merajuk buat lelaki. Janganlah sesekali menukar rancangan lain sekiranya dia dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemaran seperti bola sepak. Lebih baik anda mengambil hatinya dengan menyediakan segelas air panas untuknya. Tak payah tanya...terus buat jer...minum tak minum tu belakang kira...Hik hik hik...

Tidak Sediakan Keperluan Ketika Makan
Lelaki mengibaratkan diri mereka seperti raja. Errr...tapi betullah, sebab papa Farah kalau selagi mama Farah tak hidang selagi tu dia tak akan makan ok??? Ha ha ha.... Apa sahaja keperluan mereka perlu dihidangkan di depan mata. Sekiranya mereka tengah makan, jangan lupa menyediakan air basuh tangan, air minuman dan juga sentiasa menemaninya di meja makan. Walaupun anda tidak makan sebab diet kannn???tetapi cukuplah sekadar menemaninya berbual di meja makan. Mungkin keadaan ini lebih menyelesakan bagi dirinya.

Haaa...macam mana??? Betul ke tak betul ni??? Mungkin ada yang betul mungkin ada yang tidak...Ada lelaki yang mudah didampingi dan mudah caranya, ada lelaki yang "complicated"... Bergantung jugalah kepada jenis suami yang macam mana yang ada dengan kita...Yer tak??? Asam garam rumahtangga biasa lettew.... Sekurang-kurangnya mungkin artikel ni dapat membantu sesiapa yang tiba-tiba kehilangan punca kenapa suami merajuk atau mengelak...mana tau kot-kot ada terkait pula kann??? Hik hik hik... 

WW#72: Parents!!! Be Alert & Extra Careful!!!

$
0
0

*Sebagai hebahan untuk pengetahuan dan peringatan kita semua yang bergelar ibu mahupun bapa... Dipanjangkan dari Dkna Abza

Sudah Pandai Menarik Perhatian...

$
0
0

Ini tak pastilah ni, ambil gambar "selfie" ke, ambil gambar "passport" yang sebenarnya ni... sebab dia pandai-pandai sendiri main telefon Mommy dia dan godek-godek dalam diam-diam... Tau tau dah ada gambar dalam galeri telefon... Ha ha ha... Acah ajer, sebenarnya dia godek-godek jer selepas tu mulut becok sambil tangan dia ambil jari Mommy dan hala ke arah telefon... Itu tandanya dia suruh "set up" kan "camera timer"... Bila dah set, dia duduk diam-diam sampailah gambar dia terakam. Tapi bukan nak cerita tentang main telefon... Nak bebel pasal Ash sekarang ni dah pandai jadi "attention seeker"... Ha ha ha... 

Situasi 1
Mommy beri salam, Mommy masuk ke rumah, Mommy cium dia dan dukung dia, kemudian letakkan seketika sebab nak ke dapur hantar bekas-bekas bekal ke pejabat, dia akan menangis secara tiba-tiba... kadang-kadang sampai tersedu-sedu dan bergenang-genang air mata..."real" punya nangis... Ok, dia rindu dan itu caranya dia tarik perhatian. Selagi tak ambil selagi tu dia akan menangis.... 

Situasi 2
Mommy borak dengan Nek Ma dia, borak punya borak, tiba-tiba sampai bahagian yang paling seronok nak borak, tiba-tiba dia menjerit... terus berhenti borak... wakakaka... bila berhenti borak dia normal jer... bila dia dah normal, sambung berborak balik, dia akan menjerit kembali secara tiba-tiba dan itu tak kena ini tak kena.., ok, dia minta jangan borak "please" dan sila tumpukan perhatian pada Ash?

Situasi 3
Kalau dia terjaga memang taklah dapat nak menghayati televisyen... Muahahaha... Walaupun dia tengah main, kita pun main sama, sesekali kita kerling atau tertumpu pada televisyen, dia akan merengek-rengek... Yerlah kekadang tu sambil-sambil menghadap dia sambil-sambil curi tengok televisyen... Kui kui kui, sambil menyelam minum air... tapi tak adalah disebabkan semata-mata nak tonton televisyen biarkan dia lantak pi nak buat apa... oh "no no no no no"... dia tak minta apa, cukup sekadar Mommy peluk dia pun dah sangat ok dah pada dia...

Ha tu lah contoh-contoh situasi Ash dan cara dia menarik perhatian Mommy... Tak salah dia pun bila dia begitu... Haruslah rindu Mommy kan? Haruslah nakkan perhatian Mommy kan? Siang Mommy kerja, cuma malam dan hujung minggu jer Mommy sepenuhnya ada di rumah dan melayan dia...makanya dia tentu tidak mahu melepaskan peluang keemasan bagi dia tu...Kalau tidak rugilah... Manfaat setiap masa yang ada bersama kerana masa itu tidak akan berulang...Yang Mommy pula, kena selalu ingatkan diri sendiri, walau apa pun yang berlaku, jangan merungut dan jangan mengeluh...Alhamdulillah setakat ini tidak pernah merungut dan tidak pernah mengeluh, malah bahagia bersama anakanda tercinta ni...Ecewahhh... Tapi yer, belum pernah merungut dan mengeluh lagi tentang penat ke, apa ke... Masih diberi kekuatan... Cuma saja-saja borak-borak dengan anda di Bubblynotes.Com adalah...Ekekekekeke.... Faham punnn kenapa dia macam tu...

Anak yang melakukan sesuatu perkara untuk menarik perhatian ibu bapa ni sebenarnya mereka suka rasa diri mereka disayangi. Macam dalam kes Iman Ash ni... dia manja!!! Haaa tulah, selalu sebut anak manja Mommy, anak manja Mommy, hari demi hari sekarang ni memang dah nampak dah ke arah menjadi "Mommy's Boy" dah ni...Wakakaka... Habislahhhh...akan datang bakal menantu "I is" betul-betul kena ambil hati "I is" dan betul-betul kena ngam dengan "I is"... #ehhh ke situ pula...Wakakakaka... Jauh sangattt...

Bagi Farah lah kannn??? Sebenarnya untuk membuat anak-anak merasa disayangi tidak semestinya ia memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlu semestinya bagi kita yang bergelar ibu bapa ini membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang permainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dianjurkan di tempat bertaraf 4 atau 5 bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting di dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari. 

Di dalam kes Ash, Farah faham sangat kenapa dia sudah mula pandai untuk menarik perhatian... Muahahaha...makanya Mommy sudah mula berada di satu fasa yang sudah dijangka semenjak Ash berada di dalam "tummy" Mommy lagi... "be prepared Mommy!!! - note to self... the game is about to begin...". Sebagai Mommy, bagi Farah, Farah kena mula memastikan dan "alert" tentang emosi Ash dan apa yang Ash rasa.

Melalui satu artikel yang Farah sempat baca di SINI buat diri sendiri dan juga buat perkongsian sebagai peringatan dan panduan bersama.... ada 6 cara mudah yang boleh kita lakukan untuk membuatkan anak-anak merasa disayangi...

Ucapkan Kata-Kata Sayang Terutama Di Kala Dia Sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang, lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat sedih seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa ada disisinya untuk memberi sokongan kepadanya. 

Tunjukkan Yang Anda Gembira Apabila Berjumpa Dengannya
Serlah wajah riang ketika pulang dari pejabat atau ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah sebagai contoh. Katakan yang anda merinduinya. Tak kiralah ko sedih ke, ko serabut ke, ko apa ke, yang penting depan anak, tunjuk wajah ceria...jangan masalah diri sendiri sampai tempias pada anak...Kesian anak tu tak tau apa-apa... Mereka tidak perlu tahu apa-apa pun masalah kita yang tidak melibatkan mereka yang masih kecil... Dan mereka tidak perlu terlibat pun... Kalau ada yang suka bercerita pada anak-anak tu, tapis-tapis lah sedikit yer... Tapi kalau boleh, tak payah cerita kot???

Perhatikan Dan Akui Perkara-Perkara Baik Yang Dilakukannya
Ibu bapa ni kalau menegur kebiasaannya bertujuan baik sebab berharap anak-anak tidak mengulangi kesalahan atau kesilapan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibu bapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan. Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibu bapa. Alaaa...bukannya susah sangat ok??? Sebagai contoh... "Anak Mommy buat apa tu??? Wahhh...Ash "study"... Pandaiiii.... "Clap your hand"...Contohlah contoh...

Dengarkan Kata-Katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap.Mendengar itu bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanyakan soalan seperti... "Jadi, xxxx ambil pen Ash tanpa kebenaran Ash?"... Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, "Mommy / Abah mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkalan anak anda perlukan anda untuk mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan mereka berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

Luangkan Masa Untuk Melakukan Apa Yang Diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak memberitahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain. Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau bergurau bersama-sama atau menonton televisyen bersama atau mewarna bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat di dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti? Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

Tunjukkan Minat Terhadap Apa Yang Diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda berusia 9 tahun sedang menyiapkan 2 keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang lebih anda suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus, "Yang ini lagi cantik sebab Ash melukis "aeroplane" dengan jelas. Warnanya pun lebih terang".

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Mommy tengok sama ajer dua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ash sekarang semakin baik dan lebih bertenaga". Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata... "Bahagian pengenalan karangan yang Ash tulis tu memang bagus". Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibu bapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

Kalau ada yang perlu diperbaiki atau kurang tepat, beritahulah dengan cara yang sebaiknya bukannya dengan cara mengkritik atau mengkritis.

Seni keibubapaan...Ilmu keibubapaan... "The arts and psychological parts of being a parents..."... ^_^ 

Bagi Ibu-Ibu Yang Kurang Tidur Kerana Menjaga Anak...

$
0
0
Sumber dari Google
"Throwback" waktu-waktu Ash baru lahir dan fasa-fasa jadi burung pungguk di malam hari, kadang-kadang boleh buatkan Farah tersenyum sendiri. Rasa indahhhh jer pengalaman tu walaupun tidur malam sudah tidak seperti selalunya. Farah percaya bukan Farah sahaja yang melalui fasa-fasa di mana baru melahirkan anak kemudiannya anak berjaga malam yang membuatkan kita pun terikut berjaga malam... Akibatnya kurang tidur.... Biasalah tu kan? Bila beranak kecil ni, perkara-perkara sebegini kita akan lalui dan tempuhi... Kebanyakkan ibu bapa akan mengalami fasa-fasa seperti yang pernah Farah lalui ini... Kebanyakkan... Tetapi tidak dinafikan juga, ada sesetengah bayi elok sahaja tidurnya di waktu malam... Seperti "ex-colleague" Farah dahulu, menurut pengalamannya, sewaktu anak pertama lahir... 5 bulan yang pertama sememangnya mereka suami isteri tak tidur malam sebab anak mereka berjaga malam... Ha ha ha, dunia yang dulunya bila cukup masa boleh tidur dengan lena...kini telah berubah setelah kehadiran permata hati.... Ada ibu bapa kesiangan, ada ibu bapa terlewat masuk ke pejabat, ada ibu bapa cuti sakit, ada ibu bapa cuti kecemasan... Semuanya disebabkan penangan kurang tidur kerana menjaga anak di waktu malam... 

Alhamdulillah-lah sewaktu Ash berada di fasa-fasa tak tidur malam dan ajak bermain di waktu malam tu, tidak pernah cuti sakit, tidak pernah lewat dan tidak pernah cuti kecemasan semata-mata disebabkan oleh kurang tidur. Gigih lagi bekerja seperti biasa...ekekekeke.... Bukan nak kata diri ini hebat yer??? Tetapi hebat tak hebat tetap perlu bertahan, itulah dunia serta cabaran dan kemanisan dunia sebagai ibu bapa. Satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. 

Pengalaman Farah itu terpahat di dalam isi perut Bubblynotes.Com di dalam entri-entri... 


Kasih seorang ibu itu tiada sempadannya. Lihat sahaja pada mata kebanyakkan ibu yang rela menahan rasa mengantuk saat anak tersayang tidak sihat ataupun meragam. Masalah bengkak mata atau lebam akibat berjaga malam adalah perkara biasa di kalangan para ibu terutama yang baru jer jadi seorang ibu. Sebenarnya tak perlu risau pun tentang hal ini sebab pencegahan awal boleh dilakukan sebenarnya supaya masalah ini tidak menjadi semakin teruk dan mengganggu penampilan anda. Hik hik hik...Haruslah titik beratkan penampilan ok? Bukannya "expect" setiap ibu mesti jadi "diva" tapi "presentable" lah "presentable"... Sebab diva tu bukan boleh jadi diva macam tu jer... "It rely on the vibe of an individual" juga... Semua orang boleh cantik, tapi tidak semua orang boleh jadi diva... #ehhh...kenapa ke cerita diva pula ni...ekekekeke.... (selingan...)...

Apakah cara pencegahan untuk masalah bengkak mata ataupun mata lebam akibat kurang tidur yang boleh dilakukan itu??? Menurut satu artikel yang Farah baca dari SINI

Eye Mask Gel
Gunakan eye mask gel ketika tidur terutama apabila anda tahu tidur malam akan terganggu dengan tangisan si kecil. Gel yang terdapat di dalamnya boleh membantu membuatkan mata lebih relaks sehingga boleh meminimakan kehadiran eye bag.

Concealer 
Muahahaha...bila tiba bahagian ni Farah paling suka, sebab ini adalah yang Farah gunakan...iaitu concealer... cara paling cepat dan pantas untuk menutupi mata Panda itu... Mata adalah bahagian paling jelas sekali apabila anda kurang tidur sehingga boleh mewujudkan kehadiran eye bag. Concealer boleh membantu anda menutup bahagian tersebut. Sangattt kot!!! Pakai concealer yang tonanya lebih terang daripada bedak asas yang anda gunakan. Hew hew hew...Memang efektif!

Pelembap 
Kurang tidur bererti badan anda kekurangan kelembapan. Wajah adalah kawasan yang paling menyerlah sekali. Oleh itu, jangan abaikan rutin menggunakan pelembap malam terutama jika anda memang seorang yang tidur kurang daripada 8 jam. Pastikan keesokkan hari anda segera menyapu pelembap di seluruh wajah untuk memastikan ia tidak kering dan kusam. "Say no no no no no to" wajah kusam ok??? 

Maskara
Pemakaian maskara adalah taktik yang pasti dapat menyembuntyikan masalah mata yang letih. Betul sangat-sangat betul. Ini pun salah satu trik yang Farah kerap gunakan. Pilih maskara dengan bentuk melengkung supaya bulu mata kelihatan lebih lentik dan terbuka. 

Basuh Rambut
Farah perangainya setiap hari mesti basahkan rambut dan selang sehari atau 2 hari pasti mencuci rambut dengan syampu. Ketika mencuci rambut, jangan lupa lakukan urutan lembut pada kulit kepala. Ia membantu merangsang peredaran darah di kepala. Peredaran darah yang lancar membuatkan kepala terasa lebih ringan dan segar. Dan sememangnya Farah setuju dengan fakta ini.

Bagi ibu-ibu yang kurang tidur kerana menjaga anak, cubalah salah satu dari informasi di atas... Manalah tahu kalau-kalau berkesan pada diri anda??? 

*Bakal-bakal ibu, ibu-ibu baru sila "take note" yer... Ngeee.... 

Rambut Gugur Selepas Bersalin???

$
0
0
Sumber dari Google
Rambut gugur selepas bersalin??? Ramai kot yang Farah dengar selepas sahaja dari melahirkan anak, ramai ibu-ibu yang mengalami masalah keguguran rambut. Kalau ikut kata mak-mak kita lah atau makcik-makcik ke, nenek nenek kita ke... yang Farah biasa dengar...Sebab urat-urat banyak putus semasa bersalin... #ehhh ada kena mengena ke ni? Ke fakta salah ni? Muahahaha...Tak  berapa nak pasti, tetapi itulah yang lebih kurang Farah dengar.... Sebab tu, ibu-ibu yang baru sahaja selamat melahirkan dan kemudiannya sepanjang proses pembesaran anak mengalami masalah keguguran rambut yang boleh dikatakan agak kronik... Lebih-lebih lagi kalau ikut cakap-cakap, bila mana anak kecil anda sukaaaa sangat... 

Sumber dari Google
Brrrr....brrrrr....brrrrr... main air liur!!! #ehhh yang bercerita ni tak gugur ke rambut tu??? Gugurlah juga tetapi tak adalah segumpal-segumpal bila dikumpul-kumpulkan bila kemas rumah, ada rasalah yang rambut tu dah kurang sikit dari ketebalan sebelumnya...Sebelum ni kalau pergi mana-mana "saloon"... memang berpeluh "hairstylist" nak mengerjakan rambut "I is"... tapi sekarang ni, taklah susah mana, komen mereka, "Eh, rambut "you" banyak ooo"...Ha ha ha... Alhamdulillah, tak ada masalah keguguran rambut yang kronik... Kalau betullah kerana main air liur ni rambut boleh gugur banyak...Huwaaaa, macam takut jer, macam takut jer...Sebab sekarang Ash suka buat bunyi brrrr brrrr brrrrr bila nampak "tractor"... Kena sorok "tractor" dari pandangan dia ni...Ha ha ha.... 

Sebenarnya masalah rambut bukan sekadar dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin, orang-orang yang lebih berusia tetapi juga turut dialami oleh golongan yang muda-muda. Bagi wanita selepas bersalin masalah keguguran rambut ni memang kerap dialami. Menurut sumber di SINI, punca-punca keguguran rambut selepas bersalin adalah disebabkan oleh....

Perubahan Hormon
Sepanjgan tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihata lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi 3 hingga 4 bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak. Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang. Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness). Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani. Kena dahhh pergi Yun Nam.... 

Berusia dan Memiliki Ramai Anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari 3 kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang memiliki bilangan anak yang sedikit. Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak. Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis. Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi. Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul. 

Pola Pemakanan Tidak Sihat
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Seperti yang diketahui, kebanyakkan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil. Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh. Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki. Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam. Kalangan lelaki, merekayang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama. Bezanya wanita, tempoh 2 hingga 3 tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihata botak kerana liang-liang rambut cepat tertutup. Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

Faktor Usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah. Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat. Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi. yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.

Dan sedikit panduan dari sumber di SINI tentang tips mengelakkan rambut gugur selepas bersalin untuk informasi bersama... 

Elak Ikat Rambut Terlalu Ketat
Perasan ke tak? Jika rambut kita ni panjang, suka ikat rambut ketat-ketat, tarik rambut kuat-kuat, ini akan mengakibatkan lebih banyak rambut gugur terutamanya sewaktu tempoh selepas 3,4 bulan kita melahirkan anak. Ha ha ha, disebabkan itu, "I is" potong pendek atas permintaan Abah Ash pada waktu dan ketika itu.... Pendek tak pendeklah... "bob hair" katanya... Dahlah masa tu memang fasa rambut sedang gugur, ditambah pula kita tarik dan ikat rambut sampai terik kulit kepala, lagilah banyak yang gugur.

Amalkan Pemakanan Seimbang
Nak seimbang ni yang kadang-kadang terkandas ni yer tak??? Masa berpantang, ramai lagi ibu-ibu yang ‘menyekat’ makanan..memang mengikut tradisi orang zaman dahulu, air tak boleh minum banyak, buah tak boleh makan, sayur pun kena pilih-pilih..sudahnya ibu makan nasik putih dengan ikan bakar je selama 40 hari. Ini boleh menyebabkan ibu kekurangan nutrisi ye..bukan sahaja mengganggu penyusuan, malah mengganggu proses baik luka, sistem badan dan keguguran rambut tadi. Amalkan makan lebih banyak buah dan sayur kerana ianya mempunyai flavinoid dan antioksidan yang membantu kesihatan folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Pengambilan Vitamin
Tubuh kita memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menjalankan sistem badan yang optimum. Pastikan kita mengambil vitamin B, C dan E serta zink bagi menjamin kekuatan dan kesihatan rambut kita.

Pemilihan Syampu
Pilih syampu dengan kandungan bebas kimia dan bahan-bahan yang berkualiti seperti biotin yang menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Sikat / Berus Rambut
Gunakan sikat yang jarang dan tidak terlalu rapat bagi mengelakkan ianya menarik rambut kita. Atau lebih baik gunakan berus rambut yang lembut. 
Elakkan Penggunaan Alatan Penggayaan Rambut
Alat seperti "hair dryer", "curling iron", "hot rollers" itu semua boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur. Sebolehnya, biarkan rambut kering secara semulajadi.
Gunting Rambut
Jika ada rambut bercabang, "trim" hujung rambut untuk membuang rambut bercabang yang tidak sihat. Rambut yang tidak sihat menghalang pertumbuhan rambut.
Elak Stress
Stress boleh menyebabkan keguguran rambut. Jadi, ceriakan diri dan amalkan pengambilan Vitamin B Kompleks untuk elak stress. 
Rambut yang gugur walaupun sedikit boleh membimbangkan... Hu hu hu... Selagi boleh dicegah, selagi boleh dirawat, jomlah kita sama-sama mengawal agar tidak berlaku keguguran kronik. Errrr... Ashhh.... (dalam nada suara yang mengada-ngada)...boleh berhenti brrrr brrrr brrr tak??? Ekekekeke.... *_^ 



Pilih Yang "Cool" Ajer...

$
0
0

Cerita imbauan dan nostalgia zaman persekolahan pulalah yer hari ni... Sebelum bercerita perkara-perkara lain terasa nak bercerita tentang zaman persekolahan pula... Ha ha ha, rindu sekolah lettew...

Dulu-dulu masa sekolah kan semua orang diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu unit beruniform??? Ada macam-macam yang boleh pilih...Pilih jer, pilih jer nak masuk Persatuan Bulan Sabit Merah atau lebih dikenali sebagai PBSM? nak masuk Persatuan Puteri Islam? Nak masuk Kadet Remaja? Nak masuk Renjer Puteri? Ikut suka hatilah yang mana satu jadi pilihan hati yer tak? Janji ada satu unit beruniform yang disertai untuk melengkapkan aktiviti ko-kurikulum... 

Masa zaman-zaman sekolah dulu, Farah tak berapa gemar nak menyertai kelab-kelab sukan sebab sejujurnya "I am not a sports person yeah?"... Yang kulakukan adalah...ha ha ha... jadi "cheerleader" di atas padang setiap kali hari sukan sekolah dan juga pernah terlibat sebagai "cheerleader" untuk pasukan hoki dari Kanada semasa SUKOM pada tahun 1998 tak silap... 


Tempek sikit video... Ni kalau Ash pun minat menari-nari ni, dah tau sangat dah turun dari siapa...Ha ha ha, tapi taklah kot nak bagi dia masuk "cheerleading" jadi "cheerleader boy" lepas tu tolong angkat-angkat anak dara orang dan lambung-lambung anak dara orang... Ya ampunnn... Memang taklah nak bagi...Wakakakaka... Kalau nak masuk kumpulan tarian lain yang sihat macam "Peanut Butter" ke... 


Itu mungkin boleh dipertimbangkanlah kannn??? Ha ha ha, tengok jenisnya juga... #ehhh... apasal panjang pula cerita tentang ni...Ok sambung pada intipati entri ini... Unit beruniform yang Farah sertai sewaktu di sekolah rendah adalah Pengakap. Ha ha ha, sila percaya yer... Pengakap...Walaupun tidak selasak atau se-ekstrem mana... Tetap masuk Pengakap. Rasa macam "cool" lah Pengakap tu masa sekolah rendah. Siapa yang masuk Pengakap tu kira macam dalam golongan "cool" di sekolah... Muahahaha.... 

Itu cerita sekolah rendah... Dah masuk sekolah menengah... "no more" Pengakap. Sebabnya dah masuk sekolah semua perempuan... bukannya sekolah "co-ed" lagi... Yang ada masa tu, Pandu Puteri kemudian namanya ditukar kepada Renjer Puteri..."girl scouts" gitchewss... Taklah pula teringin nak masuk Kadet Remaja sebab terasa diri ini ibarat... "I don't belong to that crowd"...Wakakakaka... Dah kata "cheerleader", kebanyakkan dari "cheerleader" sertai kumpulan "it's a girl kind of things" macam tu, dan sememangnya kami berkumpul di dalam Renjer Puteri. Ha ha ha... Tapi tak pakai pun uniform lengkap... Masuk tu syarat masuk jer sebenarnya... Teruk kan??? Sebab sebenarnya tak berminat tapi disebabkan wajib... Masuklah juga...Jarang-jarang juga hadir perjumpaan sebab sibuk dengan "cheer practice"...Gitchewsss.... Kira ada alasanlah kann??? 

Selain "cheer" dan juga Renjer Puteri... Farah juga terlibat secara langsung dengan kumpulan Editorial Majalah Sekolah...Masa tu Farah adalah salah seorang editor Bahasa Melayu bagi majalah dan juga "newsletter" sekolah... Tapi tulah, bukan nak cerita sangat tentang Farah sewaktu zaman persekolahan... Tetapi sebenarnya, motifnya... betul tak? Setuju tak? Masa zaman sekolah dulu kita memilih untuk masuk persatuan mana? kelab apa? berdasarkan rasa "belonging to a group", minat dan juga tengok kawan-kawan juga sebenarnya...Ekekekeke... Dan satu perkara yang Farah terperasan... gila ko rasa diri ko "cool"... bha ha ha...pilih yang "cool" ajer, nak masuk yang "cool" ajer... SEBENARNYA BUKAN PERASAN DIRI "HOT" OK??? ATAUPUN BUKAN PERASAN DIRI DIVA.... Cuma apa yang Farah buat, Farah sertai itulah diri Farah dan itulah minat Farah.... 

"Lesson of the thoughts that came across my mind"... esok-esok bila Ash dah sekolah, aktiviti apa yang dia sertai, aktiviti apa yang dia pilih, itulah yang melambangkan minat dia terhadap sesuatu itu... Tak adalah nak paksa dia macam... Ash mesti masuk Pengakap! Ash mesti masuk sukan itu sukan ini... Biar dia yang pilih... Kalau Mommy Pengakap tak semestinya anak Pengakap juga yer tak??? Kalau Mommy minat menulis, tak semestinya anak berminat nak sertai Editorial Majalah Sekolah yer tak??? Cumanya... salah satu seni pertahanan diri tu, Farah akan wajibkan Ash sertai juga...In Shaa Allah... Sebab bagi Farah, seni pertahanan diri itu penting... 

*Agak-agak Ash macam Mommy tak??? Pilih yang "cool" ajer??? Hik hik hik... 
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live