Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Sebab & Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Bayi Cirit Birit...

$
0
0
Sumber dari Google
Anak-anak kecil ni kalau terkena cirit birit memang kesiankan? Ada masa-masa tu sampai kena dimasukkan ke wad jika cirit birit mereka berterusan. Anak jadi lembik tak bermaya, ibu bapa pun boleh jadi lembik tak bermaya. Setakat ni, Alhamdulillah Ash tak pernahlah lagi terkena sehingga ke tahap yang begitu teruk. Moga-moga dijauhkanlah hendaknya... hu hu hu... Ibu mana yang sanggup tengok anak merana begitu kan? Lagi-lagi kalau kecil dan masih belum boleh bertutur. Kalau perut dia merengat-rengat ke? Memulas-mulas ke? Manalah kita ni ada "sixth sense" nak agak yer tak? 

Cirit birit ni merupakan penyakit yang mengganggu sistem penghadaman kerana adanya bakteria jahat di dalamnya. Meskipun tidak terlalu berbahaya, pastikan kita sebagai ibu bapa tidak meremehkan bayi atau anak kecil kita yang mengalami cirit birit. Kalau kita tak segera ubati dan atasi, ia boleh menyebabkan dehidrasi pada tubuh. Silap-silap haribulan, kita boleh kehilangan anak kita buat selama-lamanya... Mintak simpanglah... Moga-moga dijauhkan... 

Di sini, Farah ingin kongsikan sedikit informasi tentang cara semulajadi untuk mengatasi anak kecil yang mengalami cirit birit melalui pembacaan artikel di SINI...

Istirehat
Pastikan anak kecil anda memiliki istirehat yang cukup. Tidurkan di tempat yang tenang dan nyaman. Istirehat yang cukup boleh membantu anak-anak kecil anda cepat pulih dan sembuh dari cirit biritnya.

Makanan
Bagi yang menyusu dengan sistem penyusuan susu ibu ni rasanya, pastikan anda sebagai ibu menjaga pola makanan dan pengambilan zat yang dimakan. Hindari makanan asam, pedas dan makanan lain yang mengundang bayi cirit birit lebih parah.

Air Susu Ibu
Susukan anak anda, paling kurang dalam 10 minit sekali apabila dia terbangun. Keadaan ini boleh membantu bayi anda agar tetap terjaga dan terhindar dari dehidrasi akibat cirit birit. Pastikan untuk selalu menjaga kebersihan payudara anda agar cirit biritnya tidak menjadi bertambah parah. Jika bayi anda menikmati air susu ibu tersebut melalui botol, pastikan botol susu sentiasa bersih.

Apakah yang sebenarnya menyebabkan cirit birit? Sebenarnya, ianya boleh disebabkan oleh banyak perkara, bermula dari infeksi usus sehinggalah perubahan pola makan, antara lain:
  • Infeksi parasit, bakteria atau virus. Bayi dan anak kecil yang banyak memegang atau menyentuh benda-benda belum tentu bersih dan akan lebih mudah dijangkiti kerana sering memasukkan tangannya yang kotor ke mulut. Selain itu, daya ketahanan tubuh mereka lebih mudah diserang penyakit.
  • Keracunan makanan.
  • Terlalu banyak mengambil jus buah.
  • Alergi terhadap ubat-ubat tertentu.
  • Alergi terhadap makanan tertentu.
Untuk bayi dan anak kecil yang sudah boleh menerima makanan padat dan sedang mengalami cirit birit, elakkan diberi makanan yang berminyak, yang berserat tinggi, yang manis seperti kuih muih dan produk-produk susu. Ini kerana jenis makanan tersebut boleh menyebabkan cirit biritnya menjadi semakin parah.

Bagaimana Untuk Mencegah Bayi dan Anak Kecil Dari Cirit Birit???
  • Mencuci tangan bayi atau anak kecil swcara rutin, terutama setelah bermain.
  • Orang dewasa yang merawat bayi atau anak kecil juga perlu menjaga kebersihannya agar tidak membawa 'mikroorganisme' yang dapat menyebabkan infeksi pada bayi dan anak kecil.
  • Jaga agar lantai dan benda-benda yang dipegang bayi atau anak anda selalu bersih. 
  • Jika bayi anda minum susu perahan atau susu formula, selalu pastikan kebersihan dan steril botol susu yang digunakan.
  • Perhatikan kebersihan makanan dan minuman yang diberikan kepada bayi atau anak anda. Hindari memberikan makanan yang biasa dimakan oleh orang dewasa.

Kalau agak-agak berlarutan tu, dalam tempoh 2 hari... Terus jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya. Jangan dibiarkan...



WW#72: Inilah Rutin Pemilik Bubblynotes.Com

$
0
0


*Inilah rutin pemilik Bubblynotes.Com, setiap malam bergelap setelah Ash tidur lena, tatkala semua berehat... Farah masih berjaga dan menyediakan entri untuk keesokkan harinya... Letih, penat memang letih  dan penat... Tetapi demi "passion", minat, kugagahi jua diri ini melawan arus... Wakakaka... Kadang kala tewas juga dengan kehendak tubuh dan mata.... ^_*

"Can We Go???"...

$
0
0

"Can we go???"... Masuk kali ini sudah kali kedua telinga Farah mendengar pertuturan Ash yang satu ini... Kali pertama seakan-akan tidak percaya dan terfikir-fikir, betul ke tak betul ke apa yang Farah dengar??? Ke ini cuma halusinasi, ataupun khayalan ataupun Farah ini salah pendengaran. Percaya tak percaya, sendiri terngiang-ngiang dan sendiri terfikir-fikir. Dari hari kejadian, sampailah ke semalam. Hu hu hu... Dan perkataan ini terluncur dari mulut comel Ash apabila dia melihat kapal terbang melintas di atas udara. Dia kenal itu "aeroplane"... sebab selang semalam setiap malam kami akan belajar secara santai melalui "flash cards" mengenai pengangkutan dan beberapa perkara lain. 

Kali kedua adalah sewaktu hampir Maghrib semalam. Ketika itu ada kapal terbang melintas lagi... iyalah rumah kami kan berhampiran dengan Lapangan Terbang Subang... itu yang kapal terbang selalu kelihatan di udara tu di kawasan perumahan kami tu. Sekali lagi untuk kali yang keduanya Ash menyebut secara sepintas lalu perkataan yang sama... "can we go???"... Kali ini bukan Farah seorang sahaja yang mendengar, tetapi Nek Ma Ash turut sama mendengar. Berkali-kali Farah tanyakan pada Nek Ma Ash, betul ke tak betul ke apa yang Farah dengar... dan sama ada betul ke tak betul ke Nek Ma Ash dengar perkataan yang sama??? Muahahaha, sampai naik malas Nek Ma Ash nak melayan Farah. 

Cumanya, Farah jawab pada Ash... "In Shaa Allah... one fine day we will go on the plane yeah???" .... Ha ha ha, selepas itu seakan-akan faham dia angguk-anggukkan sedikit kepala. Tak taulah "if that means ok or yes" ataupun secara kebetulan ianya adalah refleks spontan perilaku Ash sahaja. Alahaiii, aduyaiii, Ash nak merasa naik kapal terbang ke? Ash nak pergi ke mana sayang oii??? Tau tak sejak insiden MH 370 dan MH 17, Mommy agak rasa "insecure" nak "travel by plane"??? Jangan macam-macam boleh tak Ash??? Ha ha ha, macam-macam apa, tak salah Ash pun... sifat ingin tahu, ingin merasa dan bereksplorasi bagi dia yang baru mula mengenal dunia secara berperingkat. 

In Shaa Allah... "we can go" yer sayang? Tak jauh dekat-dekat pun ok... Nanti Mommy cuba tengok-tengokkan dan rancang bagaimana... Tapi bukanlah di dalam waktu terdekat yer... In Shaa Allah... Mommy tak berani nak janji, waktu terdekat ke, terjauh ke, esok ke, tulat ke... Ada rezeki nanti, In Shaa Allah Mommy bawa Ash naik kapal terbang. Memanglah tambang ada yang murah... tetapi kalau pergi saja-saja sebab nak naik jer pun macam tak kena jer... Bolehlah, siapa-siapa yang rasa nak buat macam tu kan? "For the sake" nak merasa naik kapal terbang punya pasal... Muahahaha... Pergi dan balik pada hari yang sama dalam kawasan di dalam Malaysia dan bila "touch down, spend time" pusing-pusing di kawasan lapangan terbang sementara menunggu "return flight"... Bha ha ha, tak pernah lihat dan tak pernah dengar cerita orang buat macam ni lagi... Tapiii, kalau selepas ini ada yang buat pula, tak tahulah kan? ^_*... tak salah pun kalau nak buat macam tu... ikut masing-masing... 

Kalau Farah lah, dah alang-alang tu baik lengkapkan dengan pakej bercuti sekali... Ihikss... barulah syok!!! Amboiii cita-cita... tinggi jer kan??? Tak apa, perancangan bermula dari imaginasi... Mula-mula fikir dulu, kemudian cuba untuk laksanakan... dengan izin Allah SWT mungkin ada rezekinya kan??? In Shaa Allah... 

Perihal "Backpack" Dan Keselamatan Anak-Anak...

$
0
0
Sumber dari Google
Beg sekolah anak-anak zaman sekarang ni, berat-berat juga ek? Adalah terbaca di sana sini rungutan ibu bapa tentang beg sekolah anak-anak yang terlalu berat, ada tu pula sampai tercabut roda troli beg tu... Hu hu hu... Farah yang melihat anak-anak kecil yang sudah mula bersekolah membawa beg sekolah terutama yang jenis "backpack" pun kadang-kadang rasa macam aduhaiii... beratnya sampai terbongkok-bongkok atau merengkeh membawa beg sekolah. Kalau nak ditanya pada pengalaman sendiri memang taklah sebab Ash belum sekolah lagi, makanya Farah sememangnya tidak tahu seberat manakah bebanan beg sekolah yang ditanggung oleh anak-anak kecil yang sudah mula bersekolah. Kalau zaman-zaman Farah dulu, sewaktu sekolah rendah tu, memang terasalah keberatannya yang perlu Farah pikul... tetapi zaman sekolah menengah dah tak ada ada, sebab ada "locker" yang boleh disewa dengan harga RM 50.00 untuk tempoh setahun sesi persekolahan, makanya buku-buku yang tidak digunakan Farah simpan di "locker" sahaja... Tak terasalah beg tu terlalu berat kannn???

"Backpack" yang terlalu berat sebenarnya akan memberikan kesan ke atas tubuh badan anak-anak yang masih kecil. Menurut satu artikel di SINI, walaupun terdapat banyak faktor yang boleh mengakibat sakit belakang seperti berpunca dari aktiviti sukan ataupun senaman, postur duduk yang tidak betul ataupun melakukan sesuatu aktiviti di dalam tempoh yang terlalu panjang. Ada di kalangan anak-anak yang mengalami sakit belakang yang disebabkan atau diakibatkan dari membawa "backpack" yang terlalu berat. Kebanyakan para doktor dan juga "physical therapist" mencadangkan untuk kanak-kanak untuk membawa tidak lebih dari 10% ke 15% berat beg dari berat badan mereka. 

Sumber dari Google

Bila sudah terlalu berat isi kandungan "backpack" dan "backpack" tidak dipakai dengan cara yang betul di atas bahu, berat "backpack" itu boleh menarik tubuh badan anak-anak ke belakang. Untuk mengimbangkan atau rasa lebih selesa anak-anak akan mula membongkok ke hadapan ataupun badan tertarik ke belakang yang mana ianya akan memberikan tekanan kepada otot-otot dan tulang anak-anak yang masih muda. Ada juga kanak-kanak yang akan lama kelamaan mula mengalami sakit bahu, tengkuk ataupun belakang. 

Sumber dari Google
Ini lagi satu penyakit ni...Ihikss...masa sekolah dulu selalu jer buat macam ni punnn... pakai sebelah jer beg sekolah tu macam ni... Hu hu hu, sekarang baru tahu yang sebenarnya tak bagus untuk kesihatan... Tapi yang itulah konon-kononnya dikatakan "cool" dan rasa "cool"...Ha ha ha...Nak cepat pun yer sebenarnya...dan kadang-kadang tu kalau naik Bas Mini tu... sebab sempit dan bersesak-sesak kann??? Terpaksa buka sebelah dan pakai sebelah bahu sahaja. Tapi kann, sebenarnya, akhirnya ianya akan mengakibat "one side to offset the extra weight"...yang mana akhirnya bahagian belakang tubuh akan sakit dan akan menegangkan otot-otot di bahu dan leher. 

"Backpack" dengan tali yang ketat, halus di bahu juga akan mengganggu peredaran saraf. Ianya boleh mengakibatkan semut-semut (kebas) dan melemahkan bahu,lengan dan tangan.

Cara / Tips Membawa "Backpack"

Sumber dari Google

Sumber dari Google
Sumber dari Google
Carta Berat "Backpack" Maksimum Bagi Kanak-Kanak

Sumber dari Google
Silalah tukar berat pound dan lbs itu menggunakan "converter" yer untuk lebih senang dan jelas...Ihikss... Mudah sikit nak tengok kan???  Ok-ok akak tukarkan... 


Demi "uolss" sanggup tau "I is convert"-kan...Ekekekeke... Eleh, hujung jari jer... Begitulah yang dikatakan menurut dari sumber yang Farah dapat di Google yang mengatakan bahawasanya ini adalah berdasarkan kepada carta yang dikeluarkan oleh The American Physical Therapy Association, American Academy of Orthopedic Surgeons and The American Chiropractic Association.

Jadi selepas ini bolehlah cuba timbang-timbang kalau rasa ada masa lapang beg sekolah anak-anak tu... tengok-tengok sama ada bersesuaian dengan berat yang digariskan oleh carta ni ke tidak... Kalau rajinlah...kalau malas tiada paksaan...Ini cerita jer... dan selepas ini bolehlah membeli beg sekolah mengikut spesikasi serta tips yang diberikan di dalam gambar di atas... 

Semoga, info daripada entri ini bermanfaat untuk semua yer??? 

Mengatasi Anak-Anak Yang Sering Mengalami Mabuk Perjalanan...

$
0
0

Mabuk perjalanan ni maksudnya rasa mabuk bila menaiki kenderaan untuk menuju ke sesuatu tempat...Ihikss...ini semua orang pun tau kann??? Orang-orang yang mengalami mabuk perjalanan ni atau mabuk kenderaan ni, memang asal naik kereta jer, rasa loya, rasa kepala berpusing, rasa nak muntah... lebih kurang juga dengan mabuk laut kot???  Farah tak berapa nak pasti rasa sebenarnya bagaimana sebab Farah tak pernah mengalami kedua-dua keadaan iaitu sama ada mabuk kenderaan ataupun mabuk laut...#ehhh... Mabuk kenderaan pernah sekali dulu sewaktu naik Cameron Highlands... He he he... Tapi Farah tak muntah cuma rasa kepala tu macam berpusing-pusing dan berbayang-bayang jer lah... Errr...kepala ke otak? Ha ha ha, lebih kuranglah... Ash juga, Alhamdulillah setakat ini tiada tanda-tanda bahawasanya dia ada simptom mabuk perjalanan... Kaki berjalan adalah lagi... Ha ha ha...Asal hujung minggu jer, Mommy... "car"... 

Mabuk perjalanan ini sebenarnya adalah gangguan pada telinga di bahagian dalam dan ketidakmampuan untuk menyesuaikan antara pergerakkan kenderaan dan juga sistem sensor tubuh badan kita... Jap, tak silap ada rakan Farah dulu pernah katakan kalau agak-agak rasa nak jadi mabuk perjalanan atau mabuk kenderaan ni, jangan telan air liur semasa itu... Hurmm... Ingat-ingat lupalah pula... Dan anak-anak kecil juga tidak terkecuali dari mengalami mabuk perjalanan atau mabuk kenderaan. Ada seorang sepupu Farah tu, dia masa kecil jer, asal naik kereta jer mesti muntah. Sian dia... 

Mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan ini biasanya tak jadi macam tu sahaja, tetapi ianya adalah melalui beberapa tahap. Di antara simptom-simptom mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan adalah:
  • Rasa mual.
  • Berpeluh dingin.
  • Muntah.
  • Rasa seolah-olah kepala berpusing.
  • Letih.
  • Sakit kepala.
  • Produksi air liur bertambah.
  • Pucat.
Sedikit panduan untuk mencegah mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan yang dipetik dari artikel di SINIuntuk anak-anak kecil:

1. Pilih posisi yang tepat. Jika menaiki "cruise"..hamboiii "cruise" ajer... pilihlah kabin di tengah sebab pada titik ini goyangan kapal paling tidak terasa. Jika naik kapal terbang, "booking" lah tempat duduk di bahagian depan tepi sayap kapal terbang. Jika naik kereta api, duduklah berhampiran tingkap dan menghadap ke hadapan. Jika naik kereta ataupun bas, yang sebaik-baiknya duduk di hadapan di sebelah pemandu.

2. Duduk santai dan tidak terlampau tegak. Usahakan agar posisi mata memandang pada sekitar 45 darjah. Dalam duduk itu juga, usahakan kepala tidak banyak bergoyang dan kalau lagi baik sandarkan pada kerusi. Macam "car safety seat" biasanya ada penghadang macam gambar Ash di atas tu kan???

3. Sila isikan perut anak anda sebelum memulakan perjalanan. Jangan biarkan perut mereka kosong di saat memulakan perjalanan. Sebab kalau perut kosong, ia akan membuatkan anak terasa mual. Tapi, jangan pula beri makan sampai berlebihan. Kurangkan makanan berlemak tinggi, kawal minuman jus termasuk buah-buahan masa nak memulakan perjalanan tu. 

4. Bawa bekal buah sebagai bekal di dalam perjalanan. Buah-buahan menyediakan cukup air bagi penawar dahaga, serat yang mengenyangkan, memberikan tenaga dan penghilang rasa pening kepala kerana kelaparan. Pilih buah yang praktikal seperti epal, anggur, "pear" dan pisang. Ooo lagi satu asam...hik hik hik...ini untuk anak-anak yang dah besar sikit dan dewasa lah...Asam ni sangat membantu kot?  

5. Ajar anak untuk pandang ke hadapan dan bukannya pusing ke kiri pusing ke kanan untuk melihat pemandangan atau benda yang tidak bergerak sebab ini pun boleh jadi penyebab mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan. Jangan biarkan mereka pejamkan mata dan paksa diri untuk tidur kecuali benar-benar mengantuk.

6. Jangan biarkan anak membaca. Membaca memang dapat menghilangkan kebosanan semasa menempuh perjalanan yang jauh dan panjang, tapi bagi mereka yang mengalami mabuk perjalanan ataupun mabuk kenderaan boleh membuatkan anak-anak rasa mual. Mata pun ada kaitannya dengan keseimbangan. 

7. Kalau anak-anak mengadu mula rasa mual atau kita tengok dah lain macam jer... beri anak makan buah yang anda bawa. Kalau mual tu tak reda, bantu anak dengan mengepal dan meramas jari jemari tangan secara lembut untuk menaikkan peredaran darah. Untuk menghilangkan kepala berpusing, "pijat" atau picit lembut jari jari dan telapak tangan anak. 

8. Buka tingkap kereta untuk "fresh air circulation" ke dalam kenderaan. Jika tak boleh juga... rasa mual juga...bawa-bawalah berhenti kenderaan tu yer... Keluar dan ajak anak berjalan-jalan di sekeliling seketika untuk meneutralkan rasa-rasa yang tak sedap tu. Ini memang sangat efektif untuk mencegah mual atau perasaan nak muntah tu, terutama bagi kanak-kanak. Ini kalau naik kenderaan peribadilah, kalau naik kenderaan awam... hu hu hu... memang tak boleh nak buat ni... 

Begitulah serba sedikit yang boleh Farah kongsikan... Semoga bermanfaat kepada semua ibu bapa dan semua pembaca yang sudi membaca di luar sana... *_^ 

"Hide & Seek" Di Waktu Pagi???

$
0
0

Awal dia mencelikkan mata pagi ini... He he he... Ala, bukan tak biasa punnn... Agak kerap juga dia bangun awal... Bangun awal sebab nak salam Mommy dan nak hantar Mommy pergi kerja kann??? Ash kan memang macam tu...kena "kiss kiss" dulu sebelum Mommy pergi kerja... Kalau dia tidur pun, Farah akan tetap "kiss" juga...rutin harian yang tak pernah dilupakan dan diabaikan... Errr... Nek Ma Ash paling marah kalau Farah cium Ash sewaktu Ash tidur... "But... I just couldn't help it..."...Muahahaha... 

Dan di pagi-pagi hari tadi jugalah dia minta bergurau, minta Mommy melayan dia main "hide and seek", salah satu permainan kegemaran dia buat masa sekarang ini... Nak tak nak, sebelum ada yang merajuk... owhhh, dia dah pandai merajuk dah sekarang... Makanya, kita layan jerlah walau sekejap pun, beri dia puas hati... Terkekek-kekek dia ketawa kegirangan bermain "hide and seek"... Mommy kecil-kecil dulu ada juga bermain "hide and seek" ataupun bahasa pasarnya main sorok-sorok ni... 

Layan pun sekejap jer lah, sebab Mommy tak boleh lewat, kalau lewat keluar sikit jer nanti mulalah... jalan raya tu, ya ampunnn... perjalanan yang boleh jadi 40 minit boleh jadi 2 jam lebih... Kadang-kadang rasa macam tak masuk akal pun ada juga... Dush dush dush... Tak apa, nanti Mommy sampai rumah nanti kita sambung lagi main "hide and seek" yer??? 

Hanya Pemandu MyVi "Yang Itu Di DUKE"... Bukan Semua MyVi...

$
0
0
Sumber dari Google
Ho ho ho... Entri pembuka jer untuk hari ni dah jadi entri mengomel dan entri luahan perasaan dah... Baru jer sempat nak kerling-kerling Bubblynotes.Com ni sebenarnya... Pagi tadi ada hal sikit bersama beberapa orang rakan blogger... Hal apa??? Biarlah rahsia...tu tunggu dulu...Nanti Farah akan ceritakan kemudian yer semua??? Hu hu hu... Ni bagi peluang Farah mengomel dulu ni... 

Ok... Saya pemandu MyVi sejak 5 tahun yang lalu... dan ansuran bulanan MyVi saya pun akan tamat pada bulan Oktober 2015 ini dengan jayanya...Ho yeahhh... Tamatlah satu hutang untuk meringankan sedikit bebanan kewangan di zaman serba GST ini... Hik hik hik... Bolehlah bernafas sedikit dan selesaikan apa-apa yang patut diselesaikan pada waktu dan ketika itu nanti...In Shaa Allah... #ehhh ada orang tanya ke bila habis bayar ansuran bulanan kereta??? Ha ha ha, itu cuma selingan bagi memanjangkan lagi entri ini... Uhukss...Farah kan suka rojak-rojak, semua pun nak cerita, semua pun nak campur...Ya ampunnn... 

Berbalik kepada insiden di DUKE tempoh hari .... Sayu Hati | 3 Sekeluarga Maut Di Lebuhraya DUKE, memang hati sangat sayu dan terkesan dengan kehilangan 3 nyawa sekaligus akibat dari sikap tidak bertanggungjawab oleh pemandu-pemandu MyVi yang terlibat secara langsung di dalam kemalangan tersebut. Dan sudah Farah katakan ianya akan memberikan kesan kepada banyak pihak sebenarnya selain ahli keluarga dan 2 orang puteri mangsa nahas yang telah menjadi yatim piatu. Semoga ahli keluarga mangsa dan kedua-dua orang puteri mangsa nahas tabah menghadapi apa yang berlaku dan tabah menjalani kehidupan mereka selepas ini. Sedeyyy... 

Sedikit petikan dari entri yang lepas... 
Farah juga adalah seorang pemandu MyVi, tetapi hanya pemandu biasa yang mempunyai seorang anak kecil berusia 1 tahun 5 bulan, yang tidak terlibat langsung dengan mana-mana kelab automotif... Bila komuniti telah marah, ianya kadang-kadang boleh melibatkan yang lain yang tidak tahu apa-apa. Kita tidak tahu, mungkin ada di dalam kalangan masyarakat yang terlalu marah, gagal mengawal kemarahan ataupun emosi, sehinggakan kereta MyVi milik orang lain yang tiada kena mengena juga turut menjadi mangsa... kalau dilihat dari gambar di atas, bukannya sampai hati, tetapi puncanya dari siapa? Kita harus ingat yer, bukan semua orang boleh berfikir dengan waras bila dikuasai amarah... Sebenarnya, banyak kesannya yang akan berlaku dari insiden ini... kesan kepada masyarakat dan lebih-lebih lagi, ahli keluarga mangsa... 
Sejak seminggu yang berlalu ini, agak kerap juga Farah membaca, melihat dan mendengar tentang insiden-insiden yang berlaku kepada kereta-kereta MyVi yang tidak terlibat langsung dengan kemalangan di DUKE. Dan dari pemerhatian Farah sendiri, semasa pemanduan memang terasa ada perbezaannya... Apakah yang berlaku? Dan apakah yang dihadapi oleh kami pemilik-pemilik MyVi yang lain ini???
  • Ada cerita yang Farah dengar bahawasanya kereta MyVi mereka diludah oleh orang awam. Errrr... awatlah, meh habaq mai sikit... hang marah MyVi semata-mata kerana insiden DUKE tu ka??? Kereta tidak salah yer...Yang salah itu adalah PEMANDU...diulangi PEMANDU... pemandu yang "reckless and irresponsible"... Kenapa kereta MyVi lain yang tiada kena mengena menjadi mangsa???
  • Ada cerita yang Farah dengar bahawasanya kereta MyVi dicalar-balarkan dengan teruk sehinggakan ianya akan mengakibatkan pemilik kenderaan MyVi terpaksa menanggung kos kerugian membaiki kesan calar balar tersebut. Nak kena hantar kedai sembur cat balik bukannya murah oiiii.... 
  • Ada cerita yang Farah dengar, ada seorang wanita itu, memandu MyVi membawa 3 orang anaknya, dihimpit di jalan raya sehingga agak membahayakan... Apa cerita ni???
  • Dari pemerhatian semasa dari diri ini sendiri, pemandu-pemandu kereta lain memang sengaja seolah-olah mencari sebab atau mencari pasal seakan-akan menjadi "road bullies just as a way of communication showing your hatred towards the "CAR" named MyVi... But I don't care... Because I know how to drive ok? And I've been driving alone here and there for years... If you touch me, you pay, if you threatened me, I'll lodged a police report... as simple as that..."
Nampak tak? Betul tak? Farah nyatakan secara kiasan ataupun tak berapa kiasan sangat bahawasanya bila seseorang gagal mengawal amarah ataupun emosi terhadap sesuatu kejadian, mereka dah tak peduli dan dah tak kira dah...Mereka akan lakukan apa sahaja, janji rasa hati yang geram, menyampah, benci, marah itu dapat dilepaskan. Copppp!!!! Apa salah pemilik kereta MyVi yang lain... Nampaknya...mereka-mereka yang melakukan perkara-perkara yang Farah nyatakan seperti di atas dan juga perkara-perkara lain memang memegang kata-kata peribahasa... Kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar... Hu hu hu... 

Apakah jenis mentaliti ini??? Janganlah kerana pemandu MyVi yang beberapa orang itu, pemandu MyVi serta pemilik MyVi yang lain yang tidak ada kena mengena dan tidak bersalah menjadi mangsa pula??? Tidak sepatutnya begitu kan??? Jangan jadikan insiden DUKE sebagai alasan untuk sesetengah pihak sesuka  hati melakukan keganasan ataupun buli ke atas pemilik serta pemandu MyVi yang lain pula... Sangat tidak relevan dan sangat tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras... Cubalah fikir secara waras yer??? 

Takkan pula kerana insiden di DUKE, semua pemilik MyVi nak kena tukar kereta kot??? Jual MyVi dan kemudian beli kereta lain? Macam tu ke yang sesetengah pihak tu mahu??? Adehhh.... 

Jenayah Pedophilia... Seramnyaaa... Manusia Semakin Hilang Kewarasan...

$
0
0
Sumber dari Google
Semalam, Farah telah di-"tag" oleh Sue Izza di laman Facebook mengenai jenayah pedophilia ini... Adoii...bila membaca keseluruhan intipati artikel tersebut, terasa seram sejuk pula diri ini sebagai ibu. Manusia telah semakin hilang kewarasan di zaman serba canggih dan moden ini. Tiba-tiba teringat tentang perbualan dengan seorang rakan baru beberapa hari yang lepas tentang manusia-manusia yang tertarik kepada kanak-kanak secara seksual. Dan itulah sebenarnya pedophilia. 

Sumber dari Google
Paedophile - a person who is sexually attracted to children. Adoiii, apalah yang difikirkan oleh manusia-manusia di dalam golongan ini yer??? Dalam banyak-banyak "sexual attraction", kanak-kanak juga yang kamu pilih yer? Itulah sebab Farah kata manusia semakin hilang kewarasan... Huh... Dan apa yang Sue "tag" Farah di FB adalah berita tentang seorang rakyat Malaysia, pelajar Malaysia yang terlibat di dalam jenayah pedophilia ... 

Sumber dari SINI
Farah sesungguhnya serius tak tau apa sebenarnya yang pemangsa ni fikir melakukan kanak-kanak sebegitu rupa dan sanggup mempunyai keinginan seksual kepada kanak-kanak... Ini tiba-tiba menjadikan Farah macam seriau dan seram dengan manusia-manusia zaman sekarang. Macam-macam kes!!! 

Jadi kita-kita ni sebagai ibu bapa haruslah berusaha untuk meminimakan risiko pedophilia ni dari terjadi kepada anak-anak kita... Mintak simpang oiiii... "and this is a reminder to me as well"...sebab pernah "post" gambar Ash di dalam "inflatable pool" mandi tak berbaju...Ok, "it's my bad"... selepas ini hanya dengan "swimming suit"sahaja... Kesilapan Farah, Farah akui... Bila dah ada rakyat Malaysia yang terlibat dengan jenayah sebegini, memang ada pun kann??? Kalau tak, tak adalah berita kanak-kanak diliwat, kanak-kanak dirogol semua tu keluar... Sebenarnya memang wujud dalam masyarakat kita... Wujud! Memang wujud! 

Selepas ni, mohon sesiapa yang melihat kalau-kalau ada ibu bapa yang sangat "particular" bila orang lain mendekati atau menyentuh anak-anak kecil mereka...mohon faham yer... kerana ada di kalangan ibu bapa yang sangat "alert" dan sangat "aware" tentang pedophilia ni, bermula dari satu insiden dan ianya membuka mata ibu bapa seperti Farah. Memang kena perhatikanlah betul-betul dan perhatikan dengan teliti... Kalau orang tu dah mula sentuh-sentuh "private part" anak kita, berkelakuan pelik... Cepat-cepatlah larikan anak kita dari orang yang berkenaan... Dikatakan, bagi penjenayah pedophilia ni, kalau lagi comel lagilah mereka suka... Adoiii.... "what on earth" lah "that they are thinking"... 

Dan berkaitan dengan pelajar Malaysia yang berkenaan, yang terlibat dengan jenayah pedophilia ni... ini kata Kerajaan Malaysia... 

Sumber dari SINI
Untuk artikel penuh boleh baca di SINI... Moga-moga bagi kita-kita yang ada anak-anak ni, anak-anak kita semua dilindungi oleh Allah SWT dari jenayah pedophilia ni dan pemangsa pedophilia ni... Nauzubillahminzalik... 

AWAS!!! Informasi Mengenai Najis Bayi Atau Anak Kecil Berdarah...

$
0
0

Sumber dari Google
Maaflah yer, bukan nak kongsikan gambar najis, tetapi nak kongsikan info mengenai najis... Gambar di atas adalah infografik berkenaan najis walaupun cerita entri ini adalah spesifik mengenai najis bayi atau anak kecil yang berdarah... Sebagai informasi dan maklumat tambahan buat diri sendiri dan juga buat pembaca di Bubblynotes.Com... Tambah ilmu pengetahuan itu kan bagus??? Tiada salahnya kalau kita selit informasi di sana sini sedikit. 

Setakat ini, sepanjang hidup selama 32 tahun ini...Alhamdulillah, dah 32 tahun dah, bulan November 2015 nak masuk 33 tahun dah... #ehhh tersimpang pulak...Wakakakaka... Ok ok, Farah tak pernah lagi melihat sendiri kejadian di hadapan mata najis bayi atau anak kecil yang berdarah... Dan moga-moga hendaknya dijauhkanlah dari anak Farah sendiri Iman Ash... Kalau anak sakit pun kita akan tak senang duduk dan tak senang buat apa, inikan pula kalau anak membuang air besar dan najisnya berdarah??? Tapi sebenarnya, buang air besar dan kemudiannya najis berdarah ni boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tidak kira orang dewasa mahupun bayi atau anak-anak kecil. 

Secara majoriti orang menganggap bahawasanya najis berdarah ini adalah disebabkan oleh buasir atau "hemoroid". Walhal, pendarahan ketika membuang air besar juga boleh disebabkan oleh infeksi dan kelukaan di dinding usus. Manakala untuk penyakit yang serius pula ialah kanser usus dan sebagainya. Pengalaman sendiri, dulu pernah sekali berlaku insiden di mana Farah membuang air besar dan najis itu berdarah...Lepas tu seolah-olah keluar darah hidup bertalu-talu... Seriau oooiiii waktu tu, terus telefon Nek Ma Ash dari pejabat dan maklumkan. Beberapa hari tak makan pedas dan kawal pemakanan. Selepas itu dah ok. Atuk Ash kata kemungkinan luka di dalam.... Hu hu hu...Tu sekali jerlah... Sangat-sangat risau masa tu... 

Bagi orang dewasa, najis berdarah boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti buasir atau kanser usus. Biasanya ia dikesan melalui "endoskopi", yang digunakan dalam pemeriksaan saluran penghadaman perut, usus dan usus besar. Ia berbeza dengan najis berdarah pada bayi, dan anda perlu mengetahui ciri-ciri dan jenis najis berdarah pada anak-anak anda agar kita-kita ni semua tidak tersalah cara. Terima kasih kepada sumber di SINI, kerana sudi berkongsi informasi yang sangat bermanfaat buat semua ibu bapa di luar sana termasuk untuk diri ini sendiri. 

Cara Mengenalpasti Bayi Najisnya Berdarah:

1. Lihat warna najis. Jika warna najisnya agak kehitaman, bermakna ada masalah di bahagian saluran penghadaman atas. Warna kehitaman disebabkan campuran dengan asid perut. Jika warna tahinya merah segar, masalah ini mengarahkan pada saluran penghadaman bahagian bawah.

2. Jika darah bercampur najis dan menitis membuatkan bayi atau anak kecil menangis kesakitan, bermakna adanya luka atau pedih pada anus kerana terluka akibat najis yang keras.

3. Bayi atau anak kecil yang najisnya berdarah juga boleh disebabkan oleh infeksi saluran penghadaman, disertai dengan demam dan cirit birit. 

4. Jika bayi atau anak sukar membuang air besar, sembelit, besar kemungkinan juga bayi atau anak kecil anda kurang serat, sehingga cenderung sukar untuk mengeluarkan kotorannya.

5. Jika anak anda masih bayi dan masih menyusu badan, kemungkinan potensi untuk bayi anda najisnya berdarah lebih kecil berbanding bayi yang diberikan susu formula. 

6. Perhatikan masalah makanan, jangan sampai kekurangan serat dan cecair. Bagi bayi yang bergantung pada susu formula, kurangi jumlah susu formulanya dengan tetap menambahkan jumlah air yang sama. 

7. Sekiranya bayi najisnya berdarah disertai dengan perut kembung dan perut nampak buncit mengeras, kemungkinan ada masalah pada saluran penghadamannya. Anda disarankan segera membawa bayi anda mendapatkan rawatan doktor bagi pemeriksaan lanjut.

Ini sekadar informasi, semoga bermanfaat buat kita semua dan semoga sesiapa yang mempunyai anak di luar sana...sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita diberikan kesihatan tubuh badan oleh Allah SWT... 

Cemburu Rupanya Dia...

$
0
0

Bagi yang telah lama berkunjung ke Bubblynotes.Com tentu anda masih ingat lagi gambar bertarikh 26 November 2013 ini. Dan bagi yang belum pernah melihat, inilah gambar Iman Firash Bin Husaini sewaktu dilahirkan dengan berat 2.86 kg. Dah 1 tahun 6 bulan dah dia sekarang dan dah semakin banyak akalnya sekarang. Setiap hari pasti ada cerita baru yang dia akan olah dan membuatkan kami sekeluarga tersenyum serta bergelak ketawa. Abah Ash yang melihat pun tersenyum dan sesekali menggeleng kepala sambil tersenyum melihat telatah Ash. Dah tak tau nak cakap apa dah semua orang. Ada-ada sahaja ceritanya, ada-ada sahaja kerenahnya. Ha ha ha... Itulah warna kehidupan "motherhood" dan "parenthood". 

Al-kisahnya, pagi tadi, Farah tunjukkan gambar Ash yang ini dan beberapa keping gambar Ash yang lain sewaktu Ash mula-mula lahir. Agaknya di dalam pemikiran dia, itu adalah gambar bayi lain dan bukan dirinya. Ha ha ha... Sebabnya??? Dia tiba-tiba menolak-nolak gambar tersebut dan dia terus duduk di pangku Farah selepas itu, peluk Farah erat-erat menunjukkan tanda dia tidak suka. Ha ha ha... Ash ni lawaklah... Sangat-sangat lawak... Gambar Ash sendiri tu kot??? Ya ampunnn... Jangan risau, Ash belum akan ada adik lagi dalam waktu-waktu terdekat ni. In Shaa Allah... Sebab Mommy tak ada "planning" pun lagi dengan Abah nak beri Ash adik. Walaupun Abah beberapa kali ada "mention"... Hari tu pun Abah Ash ada menyakat Ash... "Tunggulah... Tengoklah... Kalau Mommy dapat adik "gegirl"... Habislah Ash... Mommy dah tak sayang lagi dah..."... Dia buat tak tau ajer Abah dia cakap macam tu, "yes" kerana dia tak faham lagi... Kalau faham??? Cuba tengok macam mana dia teriak agaknya atau macam mana dia jawab. Huh... Tunjuk gambar dia sendiri pun dah cemburu apatah lagi kalau ada adik kan??? Ekekekeke.... Ash oh Ash... Hai lahhh anak...

Sumber dari Google
Kalau ada adik betul-betul ni mesti cemburu ni... Kui kui kui... Tapi ini bukanlah bermakna Farah merancang nak memberi yer??? Cerita jer, sembang-sembang kosong tentang gelagat Ash. Dan alang-alang terlanjur tu, Farah selitlah juga perkongsian tentang kecemburuan seseorang anak terhadap adik yang baru hadir ataupun bakal hadir di dalam kehidupan seharian mereka.

Dari sumber di SINI, cemburu itu adalah semulajadi. Melihatkan perkara ini, cemburu adalah sesuatu yang dijangka akan berlaku. Anda tidak boleh beranggapan bahawa anak anda yang lebih tua gembira dengan kehadiran adik baru mereka seperti gembiranya ibu bapa mereka. Jarak umur di antara anak 2 hingga 4 tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau 5 tahun ke atas mempunyai risiko lebih rendah. (Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2012)

Tetapi, cemburu bukanlah perasaan yang utama wujud pada anak anda. Anak anda akan mula menyayangj adik barunya dan melihat mereka sebagai pelengkap di dalam kehidupan seharian. Tetapi sebelum mereka mula untuk menyayangi adik baru mereka, anak-anak ini mungkin akan menunjukkan perangai yang kadangkala memeningkan kepala kita sebagai ibu bapa. Yang penting adalah kita sebagai ibu bapa perlu bersedia.

Ada ketikanya anak-anak cemburu dengan kehadiran orang baru, lalu mereka melakukan salah satu tindakan berikut:

1. Anak yang lain mula menarik perhatian kita dan ada ketikanya kita merasakan beban kerja semakin bertambah. Anak yang besar minga disuapkan makanan, dipakaikan baju, dia bertanya dengan pelbagai pertanyaan, meragam dan sebagainya. Anak yang berusia 6 tahun pun ada berkelakuan seperti anak berusia 2 tahun semata-mata bagi mendapatkan perhatian ibunya. Apa yang penting di sini ialah, kita sentiasa perlu tenang dan bersabar.

2. Anak yang lebih besar bermain terlalu kasar dengan adik kecilnya. Dia hanya mahu melakukan eksperimen, sejauh mana tindakannya dapat membuatkan adiknya menangis. Ibu bapa perlulah bercakap secara baik-baik dengan anak, itu bukan caranya dan ia menyakitkan si kecil.

3. Fahami rasa cemburunya dan jangan cepat melenting. Ini membuatkan anak-anak lebih meragam lagi. 

4. Sebelum kelahiran anak yang baru, bawalah anak-anak bermain dengan anak kecil ataupun bayi orang lain dan katakan padanya, satu hari mereka akan dapat adik kecil juga. Dengan cara ini, anak menjadi lebih bersedia bagi menyambut orang baru.

5. Libatkan anak dalam persediaan menyambut bayi seperti membeli baju, lampin, buai, botol susu dan sebagainya.

6. Berikan anak-anak memegang perut apabila bayi bergerak-gerak. Ini menyeronokkan hatinya dan membuatkan dia tidak sabar menantikan kelahiran adiknya.

7. Ajak anak-anak bersama-sama berbincang mengenai nama adiknya itu nanti. Minta juga pandangannya dalam memilih fesyen dan warna baju bagi bayi itu nanti.

8. Adakan masa secara peribadi dengan anak-anak yang lain tanpa gangguan dari bayi. Terutama apabila adik kecilnya ini sudah tidur maka gunakan peluang itu bagi memberikan perhatian pada anak yang besar pula. Manjakan dia, belai dan ciumnya, bermain dengannha dan sebagainya. Dia pasti menghargainya.

9. Minta anak-anak menolong kita seperti meminta ambilkan air semasa kita sedang menguruskan adiknya yang masih kecil. Dia pasti merasa diperlukan dan dihargai. Sebenarnya anak-anak kita akan berasa bangga jika dapat menolong kita.

Sebenarnya, ini adalah masalah normal kepada anak-anak yang baru sahaja menjadi abang atau kakak. Yang penting adalah jangan sesekali memarahi mereka kerana tindakan ini akan lebih memburukkan keadaan. Cuba tunjukkan bahawa kasih sayang anda tidak pernah hilang kepadanya. Kecemburuan ink perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sentiasa dekatkan dia dengan adik barunya. In Shaa Allah, anak-anak kita akan cepat menerima kehadiran adik barunya dan mula menyayanginya.

Yang telah berpengalaman mungkin lebih tahu kan??? Farah sekadar berkongsi sedikit panduan dari hasil pembacaan... Moga-moga bermanfaat yer?

*Hik hik hik... Cemburu anak Mommy ni rupanya... 

1 Year 6 Months Of Motherhood... I Am Thankful & Happy!!!

$
0
0

"1 year 6 months of motherhood... I am thankful and happy!!!"... Syukran Ya Allah di atas segalanya... Pejam celik pejam celik tahun ini adalah Hari Ibu yang ke-2 untuk diri ini... Dan Iman Firash Bin Husaini sudahpun berusia 1 tahun 6 bulan. Begitu pantas kan masa berlalu? Masih teringat-ingat, masih terbayang-bayang saat kelahiran Ash. Bermula dari suntikan dexamethasone, masuk ke bilik pembedahan, keluar ke bilik pembedahan dan waktu pertama kali melihat serta memangku Ash. "Moment" atau detik terindah seorang wanita yang bergelar ibu. Alhamdulillah kerana Allah memberikan peluang serta kesempatan buat diri ini untuk merasa nikmatnya menjadi seorang ibu walaupun detik itu cuma mungkin sekali sahaja untuk seumur hayat ini. 

1 tahun 6 bulan yang berlalu ini bagaikan tidak terasa kerana hari-hari dipenuhi dengan kegembiraan bersama Ash. ^_^...

"We traded sleep for dark circles, salon haircuts for ponytails, long baths for quicks showers, late nights for early mornings, designer bags for school bags and we wouldn't change a thing sometime or most ot the time! We call ourselves moms and we don't care about what we gave up and instead LOVE what we get in return!

That's what being a mom is all about!

Mother's hold their children's hands for a while but their hearts forever...."

Telah merasa bagaimana melahirkan, telah merasa bagaimana berjaga malam, telah merasa bagaimana pengorbanan seorang ibu, telah merasa bagaimana susahnya hati seorang ibu apabila sesuatu berlaku kepada anaknya dan bakal merasa banyak lagi cabaran, dugaan serta ujian yang bakal mendatang!!! Seorang ibu tidak kira mana-mana ibu tidak mempunyai masa rehat kerana sentiasa menjaga kepentingan keluarganya... Farah gembira dan Farah tidak pernah mengeluh penat! "Mama... now I feel you after being a mommy!  And I understands better and more how you feel about me! Adik love Mama much and nothing could ever change that!"

Untuk Nek Ma Ash, untuk semua ibu-ibu di luar sana... Selamat Hari Ibu!!! Kita semua adalah ibu-ibu yang hebat sebenarnya!!! "So... be proud of ourselves that we are mommies... not only mommies... but SUPERMOMMIES!!!" ^_^... Kerana kita boleh melakukan pelbagai perkara bukan sahaja untuk keluarga tetapi untuk diri kita serta kehidupan suami, anak-anak, diri sendiri serta keluarga.

#iamahappymom #iamthankfulmom #imblessedasamom #ilovemymom #ilovemyfamily #ilovemyson #ilovemyhusband

*cuti masak kot hari ni? ^_*...

"With Love From Mommy"... Kopiah Kait Untuk Ash...

$
0
0
Hari tu, di dalam entri Nak Kait Kopiah Untuk Ash!!! bukan main teruja untuk mengait kopiah untuk Ash walhal di dalam hati antara yakin dengan tidak ajer sama ada boleh buat ataupun tidak. Farah tak pandai mengait!!! "cross-stitch" pandailah... Tapiii yang pandai kait mengait ni adalah Nek Ma Ash... Macam yang Farah pernah cerita dulu, alas televisyen, alas kusyen, alas peti ais, alas meja makan dan sarung bekas air ke sekolah Farah dulu Nek Ma Ash lah yang kait... Hik hik hik, diri sendiri tak pernah belajar mengait dan tak reti aihhh nak pegang dua jarum kait dan pintal-pintal tu... 

Cumanya, sejak beberapa bulan yang lalu, duduk-duduk termenung seorang diri, tiba-tiba hati tergerak nak kait sendiri kopiah untuk Ash memandangkan bila memikirkan Ash suka sangat main kopiah Atuk dia dan bila pakai besar sangatlah pulak. Macam alahaiii, Ash nak kopiah ke? Nek Ma Ash kata kalau nak beli boleh ajer... Di Masjid India mungkin ada banyak kot yang saiz kecil-kecil??? Tapi nak jejak Masjid India, Kuala Lumpur tu, dengan anak kecil dengan bersesak-sesak memang jawapannya tidaklah... Lagi satu sebab jauh sangat... ngee... malas pula hati ini nak memandu sejauh itu semata-mata nak membeli kopiah comel jer... 

Buat permintaan khas kepada Nek Ma Ash sambil kelip-kelip mata, sambil gedik-gedik manja pada Nek Ma Ash... Ahakss... Minta Nek Ma Ash kaitkan kopiah untuk Ash... Jawapan Nek Ma Ash... "Mata Mama dah tak berapa nak terang sangat macam dulu, lagi satu kalau sibuk dok mengait, anak awak tu siapa nak tengok???... Ehh belajarlah... anak awak takkan tak nak buatkan untuk dia??? Takkan tu pun nak Mama buatkan???"... Iya tak iya juga yer... muahahaha... Ash tu bukan boleh dibiarkan seorang diri sekarang ni, tengah melasak dan rajin ke sana ke mari... Ooo... tak boleh tak boleh... Adehh, samping-samping tu kena sedas dan setepek dari Nek Ma Ash... "Well, well, well... mothers..." biasalah tu kan???

Bila mak sendiri dah "sound" gitchewss, lagilah jadi tergerak nak mencuba, walaupun tidak tahu hasilnya bagaimana nanti. Berdebar juga. Oklah, kentalkan semangat dan keinginan untuk belajar dan mencuba perkara yang baru di dalam hidup, Farah Google corak dan panduan di laman sesawang dan tak cukup dengan itu, siap ke kedai buku mencari buku panduan belajar mengait tu lagi... Ha ha ha, jadi mak-mak ni, memang "full of surprises" dan akan buat perkara yang kita tak pernah buat selama ini yer tak?... Dari tak pernah akan jadi pernah, dari tak tahu akan jadi belajar untuk tahu... 

Ding dong ding dong selama lebih kurang tempoh masa sebulan dengan bantuan tunjuk ajar Nek Ma Ash... akhirnya... alamak malulah nak tunjuk... wakakaka... tapi nak tunjuk juga... Malu tapi mahu kaedahnya... Tadaaaa...


Alhamdulillah akhirnya siap juga malam semalam... walaupun senget sedikit... hu hu hu.., nampak tak bulatan di kepala tu senget sedikit ataupun tak "even"... Eee, seganlah pula tunjuk kan??? Ha ha ha... gedik... Tapi itulah hasil yang tidak seberapa dari Farah. Tapi jadilah juga tu kan??? Ha ha ha, "please" cakap jadi??? #ayatmeraihni... wakakaka... Inilah percubaan pertama Farah yang tak berapa nak menjadi... corak pun pilih yang mudah dan ringkas sahaja. 


Malam semalam juga cuba pakaikan di kepala Ash... Alhamdulillah, sedang-sedang elok jer terletak atas kepala Ash... Selepas ni, bolehlah Ash pakai ikut Mommy solat yer? Tak pun ikut Atuk solat... Pakai raya pun ok juga ni rasanya... #ehh raya Ash nak pakai kopiah ke nak pakai songkok? Dua-dua pun boleh kan??? Sejuk perut Mommy tengok Ash dalam gambar tu... Moga-moga minat pada agama itu, pada Islam itu berterusan sehingga seterusnya yer???.... In Shaa Allah, amin... 

Kak Sal nak tempah untuk Khalish yang sebaya Ash... Maria nak suruh buatkan topi untuk "gegirls" dia... Err, tak berani ambil tempahan lagi sebab baru belajar-belajar... agagaga... Baru dalam proses nak khatam kait kopiah... Tapiii, In Shaa Allah, akan cuba penuhi, cumanya tak jual lah... Beri ajer... Hik hik hik... In Shaa Allah, In Shaa Allah... tak berani nak janji sebab untuk siapkan Ash punya jer dah makan tempoh dekat sebulan... Ha ha ha, macam manalah rupanya kalau ambil tempahan kan??? Marah pelanggan sebab lambatttt ajer... ^_*

Apapun, Alhamdulillah, rasa puas hati dapat kaitkan kopiah untuk Ash... "With Love From Mommy..." Kopiah Kait untuk Ash...

Mommy Jadi Seriau... Memang Tak Boleh Dilepaskan...

$
0
0

Baru dapat kaki, kaki masih belum kuat, sudah pandai berlari ke sana ke mari. Ligat!!! Ash berada di tahap yang tidak boleh dibiarkan, tidak boleh leka, jangan sesekali pantang lepa... Sebab pada tahap ini memang banyak risiko kemalangan yang bakal berlaku... Sungguh, Farah sekarang ni, tak kisah penat berkejar-kejaran, berlari ke sana ke mari, asalkan tidak berlaku sebarang kecederaan atau kesakitan kepada Ash... Pada tahap ini, di usia masih muda, memang tulang belulang di dalam tubuh badan Ash serta kanak-kanak lain masih muda dan senang sahaja mengalami kecederaan...Tak cukup dengan itu, ia juga jika tidak dipantau dan dijaga sebaiknya boleh menimbulkan implikasi yang lain... Kita ni sebagai ibu bapa sudah semestinya tidak mahu perkara-perkara yang buruk berlaku kepada anak-anak kita dan tidak meminta sesekali ia berlaku kann??? Selama 1 tahun 6 bulan ini, Farah belajar mengetahui dan merasai bagaimana sakitnya hati serta perasaan seorang ibu apabila anak-anak sakit dan cedera. Sungguh... Sebelum-sebelum ni rasa juga, tetapi bila bergelar ibu rasanya itu lebih ok??? Sebab itu, orang-orang yang terlebih dahulu makan garam sering berkata... bila dah jadi ibu nanti, rasalah bagaimana rasanya seorang ibu terhadap anak... Huishhh, tahap "over" Farah ni, kalau boleh semut jangan gigit dan nyamuk pun jangan hisap darah anak "I is pleaseeee..." ....Muahahaha...Tapi semut dan nyamuk itu kadang-kadang tak perasan tau-tau ajer dah berbintat... Hik hik hik.... 

Semalam Farah ada terbaca keratan berita mengenai Budak Perempuan Parah Jatuh Eskalator dan sedutan berita terkini mengenai keadaan kanak-kanak tersebut dari sumber di SINI pada hari ini... 

KOTA KINABALU, 10 Mei - Panjang umur. Meskipun terjatuh dari eskalator di tingkat satu sebuah pusat beli-belah dekat sini, seorang kanak-kanak sekadar mengalami kecederaan kecil. Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Noraini Herman, yang berusia 1 tahun 6 bulan, hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian mata kiri, hidung dan mulut. Ekoran kejadian malang itu, kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mangsa bersama ibunya berada di pusat beli-belah tersebut bagi membeli keperluan harian. Setelah selesai membeli barangan, ibu mangsa membuat pembayaran tiket tempat letak kereta manakala kanak-kanak itu bermain berhampiran eskalator. Mangsa bagaimanapun, tidak bernasib baik apabila dia terjatuh dari eskalator tersebut. Orang ramai yang melihat kejadian itu memberi bantuan, sebelum dihantar ke QEH2 untuk menerima rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, M.Chandra berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai terjatuh dari eskalator tingkat satu berdekatan kedai emas sebelum mangsa dikejarkan ke QEH2. Mengesahkan kejadian itu, Chandra berkata, kanak-kanak tersebut sekadar mengalami kecederaan ringan dan berada ddalam keadaan stabil. "Meskipun ditempatkan di zon kritikal di QEH2, namun kanak-kanak ini berada dalam keadaan stabil," katanya menambah keputusan pemeriksaan x-ray ke atas mangsa masih belum diketahui.
Memang malang tidak berbau...dan sebab itu Farah bukannya nak gebang atau mengatakan diri Farah cukup bagus ataupun hebat ke apa yer??? Anak Farah pun baru nak membesar...sebab itu Farah ada rasa seriau itu yang amat-amat sangat dan sebab itu dalam sesetengah keadaan Farah tidak akan sesekali membiarkan Ash bebas serta terlepas ke sana ke mari sesuka hati. Ada sesetengah tempat atau kawasan yang Farah yakin Farah boleh lepaskan dia dan biarkan dia bebas akan Farah lepaskan sambil mata tak kelip pantau. Farah akan ada sahaja dekat dengan Ash tak kiralah apa orang nak kata... Nak kata Ash tu lelaki dan harus dibiarkan supaya tak jadi lembik sangat ke apa ke? Farah tak peduli ok? Sebab "safety first"...Memang mereka suka bebas dan tidak terikat dengan ibu bapa dalam usia sebegini, memang mereka seronok untuk bereksplorasi di sana sini...Tetapi bagi Farah masih ada tempatnya, masih ada caranya, masa ada batasannya... Nak main tempat-tempat merepek macam eskalator ke apa ke pada pandangan dan fikiran Farah... Ya ampunn, "sorry it's a no no"... Farah akui, tentang bahagian ini Farah sangat mengawal walaupun ramai yang tidak akan bersetuju dan mengatakan jangan dikawal sehingga sebegitu sangat.... 

Farah juga tidak mengatakan bahawasanya ibu kepada kanak-kanak yang terjatuh tu salah atau cuba menyalahkan yer...Juga ibu bapa lain tak pandai jaga anak ke apa? Jangan salah faham... Setiap dari kita punya cara masing-masing di dalam menjaga dan mendidik anak masing-masing... Kita tak tahu bagaimana sebenarnya kejadian yang berlaku pada saat itu...Cumanya Farah meluahkan rasa seriau Farah dan ingin menyatakan bahawasanya kejadian-kejadian seperti inilah yang Farah tidak mahu seboleh-bolehnya berlaku kepada anak Farah. Ibu bapa mana yang mahu kejadian buruk berlaku kepada anak mereka kan??? Yang berlaku tetap telah berlaku, apa pun kita jadikan ianya sebagai pengajaran dan supaya kita lebih "alert" di dalam menjaga serta mengawal anak-anak kita di tempat-tempat awam ataupun di mana-mana sahaja.... Bila Allah SWT berkata "Kun Fa Ya Kun"... sebenarnya Farah tidak menolak...jika Allah berkehendakkan ianya berlaku pada sekian hari dan sekian tarikh...Ia akan berlaku juga, cumanya kita doa sebaik mungkin semoga anak-anak kita semua dilindungi, dijauhkan dan kalau boleh kita sendiri sebagai ibu bapa kena berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan anak-anak masing-masing. Apa-apa pun boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja...Sungguh, ianya salah satu ketakutan yang berlaku di dalam hati ini, tetapi mahu tidak hidup perlu diteruskan dan kehidupan sehari-hari perlu diteruskan. Apa yang boleh, berhati-hatilah sebaik mungkin... Hu hu hu... Susah nak cakap sebenarnya kann??? Kadang-kadang memang sebab benda nak jadi... 

Agak macam Mommy terlalu mengawal, tetapi "most of the time" kalau keluar berjalan-jalan, Mommy hanya akan melepaskan Ash di kawasan-kawasan tertentu dan tidak berapa nak yakin kalau dilepaskan di kawasan-kawasan yang ada risiko serta boleh mengundang bahaya... Untuk keselamatan Ash, Mommy lebih selesa ikat Ash supaya duduk diam-diam di "buggy" Ash... Hu hu hu... Nak kata fobia melampau atau trauma pun tak taulah nak cakap Farah ni, tetapi sebelum apa-apa suka sangat fikirkan serta bayangkan yang macam-macam tau... Dush dush ... Kadang-kadang tu rasa macam alahaiiii kenapalah boleh fikir sampai macam ni sekali, sejauh ni... Hu hu hu... Tak suka sebenarnya bila fikir yang terlalu berimaginasi sangat ni...yang tak seronok pun untuk diimaginasikan... 

Untuk anak gadis kecil yang terlibat... Aunty doakan semoga kamu cepat sembuh yer sayang... "Speedy recovery for you dear little angel"... In Shaa Allah, Amin... 

HCube Shop - "Your Halal & Healthy Hub"!!!

$
0
0
Kalau cantik sahaja-sahaja tetapi tubuh badan tidak sihat pun tiada gunanya kannn??? Kalau tubuh badan sihat tetapi tidak cantik itu tidak mengapa, boleh sahaja dicantikkan... He he he... Tapiii, kalau tubuh badan sihat bukan bermakna harus dibiarkan tidak terjaga kesihatan itu...Kesihatan haruslah dijaga dan dipantau selalu... Tubuh badan ni bukannya nak pakai sehari dua, tetapi berhari-hari dan In Shaa Allah, dengan izin Allah, untuk jangka panjang yang lama mungkin??? Selagi hayat dikandung badan... Selagi itulah kita sepatutnya menjaga kesihatan serta kecantikkan dengan sebaik mungkin... Errr...bagi pendapat Farahlah kannn.... Owhhh...jangan lupa selain itu, yang fizikal, rohani serta dalaman pun kena sihat dan cantik juga yer??? Kalau cantik segala-gala, tetapi dalaman dan rohani tidak cantik pun agak rasa ada kekurangan di situ... Hurmm... Tak apalah, sama-samalah kita memperbaiki apa yang perlu diperbaiki, In Shaa Allah...

Bila nak cantik, nak sihat... adakalanya kita tidak tahu di mana kita nak dapatkan bekalan-bekalan ataupun produk-produk kecantikan serta suplemen dengan mudah dan dengan harga yang kita rasakan berbaloi dan berpatutan. Di luar sana, memang ramai peniaga, memang banyak toko-toko jamu, memang banyak kedai-kedai... Tetapi kalau membeli secara semborono sahaja disebabkan ikut-ikutan tanpa ada maklumat yang tepat dan sahih tentang kegunaan dan fungsi sesuatu produk pun, agak macam berisiko juga. Itu yang timbul isu kerengsaan kulit lah, isu kulit seakan melecurlah, muntah-muntah lah, tahap kesihatan jadi merudumlah dan macam-macam isu lain... Salah memilih produk dan salah memakai serta "consume" produk punnn tak boleh juga. 

Untuk itu??? Bagi menambah pilihan-pilihan yang ada di pasaran??? Di sini, sukalah kiranya Farah nak berkongsi dengan semua tentang satu laman blog yang secara khususnya menyediakan perkhidmatan jualan produk kecantikan kesihatan terkini dan berkualiti dengan harga yang berpatutan iaitu HCUBE SHOP - Kedai "Online" Kecantikan & Kesihatan.


Apakah Yang Ditawarkan Oleh HCUBE SHOP???

Rangkaian produk-produk di HCUBE SHOP adalah terdiri daripada produk mencerah, memutih, melembab, merawat wajah, menghilangkan jerawat, menghilangkan parut, penurunan berat badan (kurus), membesarkan payudara, produk rawatan wajah, penjagaan kulit, penjagaan wajah, set bersalin, set alat solekan, set rawatan resdung dan banyak lagi. KESEMUA PRODUK-PRODUK YANG DITAWARKAN ADALAH YANG ASLI DAN BERKUALITI SERTA JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN. 

Di antara jenama-jenama produk di bawah HCUBE SHOP adalah seperti: (sila klik di nama produk untuk maklumat yang lebih lanjut dan lengkap yer???)
Sumber dari SINI
Sumber dari SINI
Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

Ha ha ha, ini saja nak guna gambar sendiri dari entri INI sebab gambar sendiri ada kannn??? Dan sendiri "consume" produk ni kann??? 
Ha gitchewss...nampak tak? nampak tak? Sungguh banyak pilihan produk-produk yang ditawarkan dan bila membeli di atas talian di satu pusat yang banyak pilihan ni, kerja kita pun jadi lebih mudah yer tak??? Menurut pemilik HCUBE SHOP, HCUBE SHOP sememangnya amat menitikberatkan kualiti dan keselesaan para pelanggan ketika berurusan dengan pihak HCUBE SHOP kerana bagi mereka kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka.

Perkhidmatan penghantaran oleh HCUBE SHOP adalah ke seluruh Malaysia. Semenanjung dan juga Sabah Sarawak. Tiada pengecualian, semua negeri boleh beli, semua negeri boleh melakukan pembelian ataupun tempahan. *_^... 

Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Blog HCUBE SHOP


Untuk Sebarang Pertanyaan / Tempahan Sila Hubungi:
Najihah - 017 366 4440

Ataupun E-Mel Kepada:
hcubeshop@gmail.com

Air Tangan Di Hari Ibu...

$
0
0

"1 Year 6 Months Of Motherhood...I Am Thankful & I Am Happy!!!", begitulah entri berkenaan dengan perasaan Farah setelah 1 tahun 6 bulan bergelar Mommy kepada Ash dan bila kali kedua menyambut Hari Ibu semalam... ^_^... Tiada sambutan secara besar-besaran, tiada acara rehatkan diri kerana memberikan tugasan kepada suami ataupun Atuk Ash, tiada bunga, tiada kek, tiada kad ucapan Hari Ibu dari Ash sebab Ash kecil lagi, masih belum mengerti dan tak pandai lagi nak buat kad-kad segala bagai kannn??? Bukanlah Farah mengharapkan Ash melakukan begitu bila Ash dah bersekolah nanti...Tak ada pun tak apa, asalkan Ash ada dengan Mommy sudah...Itupun dah cukup bahagia... Itu yang lebih penting... Tak mengharap anak untuk sediakan sesuatu yang istimewa pun di Hari Ibu untuk Farah... Cukup sekadar anak itu sihat, gembira, berjaya dunia akhirat dan bahagia. Itu sahaja bagi diri Farah sebagai seorang ibu yang Farah harapkan untuk Ash. 

Cumanya untuk semalam, kami memasak bersama-sama di dapur sebagai aktiviti rutin mingguan punn...Ha ha ha, tak ada yang "awkward" pun tentang itu... Biasa-biasa ajer... Jadi tiadalah cerita, makan di luar ataupun cerita kek dipotong ke apa untuk Hari Ibu kami anak-beranak. Masak bersama-sama tu sebabnya Ash pun tolong potong sayur juga. Tapi tolong potong dengan sudu plastik...Ihikss...tak ada maknanya nak beri pisau plastik ke, pisau kek ke segala bagai, pakai jer pisau plastik itu.... Sampai hancurlah pucuk paku dikerjakan oleh anak teruna tu. Ha ha ha.... 

Menu Hari Ibu kami untuk makan malam semalam untuk makan malam bersama-sama adalah... Lemak Cili Api Udang, Sayur Pucuk Paku Goreng, Ikan Masin Tenggiri Jeruk dan juga Ayam Sambal Kari. Ash makan apa??? Dia biasalah, makanan biasa dia, makanan ruji dia hari-hari, NASI BERIYANI...memang kena masak khas untuk dia jer...Kalau tidak, memang payah dan liat dia nak makan.... Itupun dah nampak susut dah tu badan dia...sebab bila hari-hari masak nasi biasa dan beri nasi biasa dia tak mahu makan...Bukan tak mahu, makanlah tapi tak banyak, makannya sikit-sikit jer...Lagi satu banyak main... Makan sambal main, lepas tu 5 6 suap dah geleng-geleng kepala... Mulut becok kata "no no no no no"... Aduyaiiii... Kalau nasi beriyani tu, tak ada pula bunyi "no no no no no" yer??? Tak sempat lagi Mommy nak kepal-kepal kecil-kecil nasi baru dia dah nganga dah...Bila anak dah macam tu, nak buat macam mana??? Turutkan ajerlah apa yang dia nak makan...dari dia tak nak makan langsung??? Badan tu dahlah kecil molek, nanti bertambah kecil molek pula lagi... #ehhh termembebel pula Mommy dia kan??? 

Ha, itu jerlah pun, sebenarnya nak cerita...menu makan malam Hari Ibu kami semalam... Ngeee... Udang tu bukan apa, kebetulan murah pula semalam...Errr...kira murahlah pada Farah dari hari kebiasaan... Semalam harga udang tu... RM 30.00 sekilo... beli lebih kurang dalam 10 ekor macam dalam RM 10.00 "plus plus" ajer... Teringin punya pasal lettew... Memang tak beli banyak pun, sebab Atuk Ash tak makan udang... Sebab tu masak Ayam Sambal Kari tu... Nek Ma dengan Mommy jer yang makan... Ash... pun tak boleh sangat makan udang sebab Farah perhatikan ada tanda-tanda dia seakan-akan alergi makan udang... Bila beri makan udang, dia akan selepas itu, agak tergaru-garu sedikit... Hu hu hu... Rugilah Ash...Ha ha ha.... 

Sambutan Hari Ibu "uolss" macam mana??? Mesti meriah kannn??? Kan? Kan??? *_^ ... Alhamdulillah, "happy for you if it so..."... Kami meriah juga, cuma lebih kepada meriah di dalam rumah sahaja... tambah-tambah dengan kerenah Ash kann??? Ada-ada jer ceritanya.... 

Grafitti Pertama Ash...

$
0
0
Perkara ini memang sudah terjangkakan dan perkara ini memang sememangnya tidak dapat dielakkan walaupun Farah pernah berkongsi tentang cara atau kaedah bagaimana mengelakkan anak-anak dari menconteng dinding di dalam entri Cara Mengelakkan Anak-Anak Dari Menconteng Dinding... Setiap perkara pasti ada yang pertama kali dan dari pertama kali itulah tindakan atau langkah yang seterusnya diambil... Jika tidak bermula bagaimana pula nak ada jalan cerita dan pengalamannya yer tak? Dah mula barulah pengalaman yang sebenar itu datang. Dari situ bermulalah segalanya... Amboiii banyaknya perkataan mula... Dan secara tiba-tiba terasa, dah kenapa aku ni menaip ayat tunggang langgang??? --------> Ahaksss, itu tandanya minda letih kesan dari hari Isnin yang sibuk tetapi masih jugaaaa nak menyediakan entri untuk keesokkan harinya... Hua hua hua...

Ceritanya semalam... Farah kalau di pejabat mesti sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali menelefon Nek Ma Ash untuk bertanyakan perkembangan Ash dan sambil-sambil tu kalau Ash tidak tidur, Farah akan berborak-borak di talian telefon bersama-sama Ash barang seminit dua walaupun tak faham bahasa apa yang Ash tuturkan. Nak dijadikan cerita, petang semalam Nek Ma Ash menghantar laporan berbunyi begini...
"Dik, anak ko dah buat lukisan pertama dia pada dinding ruang tetamu tingkat atas baru kejap tadi... Mama tengah kemas bilik, tau-tau dia dah capai barang solekan ko yang macam pensel warna dan krayon tu dan korek-korek dengan jari lepas tu corat coret pada dinding..."
Haaa... tu dia... macam tu sekali laporan atau aduan Nek Ma Ash... Memang Farah bawa bersama alat-alat solekan di dalam beg tangan Farah... Tetapi ada sesetengah yang Farah tak pakai, Farah akan tinggal di rumah. Bawa sebeban alat solek nak ke mana? Lainlah kalau ada acara ataupun majlis kan??? Dalam hati, terus membayang-bayangkan alat solek yang mana ni ek? Antara yang bermain di fikiran... "brow liner", "eye liner", "lip liner" ataupunnn "foundation stick"... Hishh... tiba-tiba tak sabar nak balik dah pulak... Wakakaka... Fikir tentang bagaimana rupa bentuk grafitti pada dinding dan juga fikir apakah benar alat solekan yang Farah agak... Aduyaiii, habislah habislah alat solekku terkorban ni...

Sampai-sampai rumah adalah kanak-kanak riang tu sambut Mommy dia... Orang dah buat salah memang macam tu kan??? Manja-manja, lentok-lentok... Saja "lettew" nak alihkan perhatian Mommy tu tak bagi tengok hasil seni dia di tingkat atas rumah tu. Hu hu hu... Tak apa... kita tak yah kejar-kejar sangat... Dah beri dia plastik yang ada buah tangan untuk dia... mulalah mendaki tangga ke tingkat atas... dan apa yang dilihat... tadaaa...


Iya!!! Betul jangkaan Mommy!!! Tepat sekali!!! Ianya adalah "foundation stick" Mommy... Huwaaaa.... Ahakss... "over exaggerate" jer ni huwaa huwaa bagai ni... Ekekekeke... Lukisan apa??? Mommy pun tak dapat nak tafsir... Dan bagaimana rupa "foundation stick" yang dikorek dengan jari-jari halus itu???


Begitulah seadanya, patah dan habis dikerjakan oleh Ash... Nak cakap apa??? Redhakan ajerlah... Tak ada rasa nak hamuk, tak ada rasa nak marah pun di dalam hati... Cuma jadinya tak tau nak cakap apa dan rasa nak tergelak jer... Geli hati memikirkan telatah Ash... Dia punya dah buat salah, dia punya nak mengurat Mommy... Ha ha ha... Sibuk panggil Mommy dengan nada romantik dia... "Mee... Mee..." ha ha ha ejaan mengikut sebutan bukannya mee bandung ke, mee ladna ke, mahupun mee hailam...


Anak bertanya... Mommy menjawab...


Ooooo... dah sampai fasa menconteng dinding dah yer???.... La la la la... Nampak-nampak gayanya, ada projek cat mengecatlah ni tak lama lagi dan kalau dah sampai ke tahap ini... tahap dah mula suka conteng dinding... Mommy sorok semua alat tulis dan alat solek di tempat yang tinggi dan tak boleh Ash cari serta capai...Hik hik hik...Nak menjalankan aktiviti menulis menconteng mewarna segala bagai, kena tunggu Mommy ada ataupun Nek Ma Ash kena tunggu...Ha ha ha, dah bertambah lagi tugasan Nek Ma Ash tak pepasal... Dush dush dush... Haruslah, dari terus menerus ada grafitti yang tidak terjangka kenalah buat begitu... Hu hu hu....

Ok je sebenarnya, tak ada pun rasa nak marah Ash pun sebab itu adalah normal kan??? Semua ibu bapa akan melalui fasa-fasa ini di mana dinding rumah menjadi mangsa... Dan mungkin juga ada sebilangan kecil tidak... Hik hik hik... Fasa dan peringkat anak-anak sedang membesar memanglah kena rasa semua, kalau tak rasa rugi oiiii.... Itulah kenangan yang akan terpahat sewaktu zaman-zaman mereka kecil dan hendak membesar di dalam hati kita yang akan kita ingat setiap detik perkembangan mereka di hadapan mata kita... Asam garam bagi kita sebagai ibu bapa yang beranak kecil kann??? Hari ni kita rasa, esok lusa tulat ibu bapa lain juga akan merasa..."So, it's a norm..." tak ada apa-apa yang pelik...

Cumanya...huwaaaaaa....habis "foundation stick" Mommy...Ekekekeke...Nasib baik ada lagi satu Ash...Kalau tidak Mommy nak pakai apa??? 

Kami Ke Pasar Malam...

$
0
0

Sabtu minggu lepas, kami anak beranak, 3 bercucu tidak ke mana-mana punnn... Pada asalnya dah merancang untuk pergi ke EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya kerana ada aktiviti sukan dan kekeluargaan di situ bersama beberapa orang rakan blogger yang lain seperti mana yang telah dijanjikan. Tetapi di atas sebab-sebab tertentu iaitu berkaitan dengan masalah kesihatan diri sendiri, ha ha ha... sebenarnya jadi teman setia tandas disebabkan baru mula makan "Virgin Coconut Oil" - VCO... owhhh tentang VCO ni nanti kita cerita lain yer??? Sekarang cerita tentang kisah pasar malam... Kita tinggalkan dahulu mengenai VCO tu... Dan kita sambung cerita tentang pasar malam... 

Pasar malam??? Pasar malam jer pun??? Apa ceritanya yang sibuk sangat nak bercerita ni??? Ngee... Ceritanya kami ke pasar malam mencari Laksa Penang... mencari sayur kampung untuk buat stok bahan masakan - mahal ok sekarang??? Dari seikat RM 1.00 sayur pucuk paku dah jadi seikat RM 2.00... Owh...GST GST... saiz dan kuantiti tetap sama jer...secoet jer... Apa nak buat, redha jer lah... Mengomel banyak-banyak pun, berkeluh-kesah pun tak akan merubah keadaan...betul tak??? Mahu tidak mahu, kalau dah rasa-rasa nak makan tu, beli jerlah... Dah melarat ke cerita sayur pula... Ha ha ha... Ok ok, sambil-sambil tu kami pun mencuci matalah melihat pemandangan sekeliling pasar malam (pemandangan sekelilinglah sangat), dan budak kecil molek tu, kalau nampak "toys" mulalah tunjuk-tunjuk... Dah pandai minta dah ko sekarang ni... becok dan kecoh mulut dia meminta...Tapi Mommy tak layan punnn.... Mainan dah banyak dah kat rumah tu... Hu hu hu, sampai dah tak tau nak letak mana dah... Nanti beli bazir-bazir jer...main sekejap lepas tu campak entah ke mana... "No no no no no"...Ha ha ha, Mommy pula tiru perkataan Ash... 

Sambil jalan-jalan tu, tibalah kami ke satu "stesen" di mana, Farah terlihat pakcik yang tiada daya penglihatan ini sedang meminta sedekah. Memang kalau Farah terjumpa orang-orang kurang upaya sebegini, tidak banyak sedikit pun mengikut kemampuan diri ini, Farah akan cuba bersedekah. Bersedekah itukan satu amalan yang mulia. Tidaklah pula di sini Farah cuba untuk jadi riak ataupun menunjuk-nunjuk yang Farah ni suka bersedekah. Tak terlintas langsung pun di dalam hati, cumanya Farah ingin bercerita sahaja di samping dengan mengaitkan apakah yang ingin Farah kongsikan di dalam entri ini sebenarnya. Kebiasaannya, memang Farah yang akan memberikan sendiri sedekah, tetapi kali ini, terdetik di dalam hati Farah untuk mula mengajar Ash erti bersedekah dan bagaimana untuk bersedekah. Bagi Farah, ini satu peluang yang baik untuk Ash bersedekah. 

Ash pula leka melihat Atuk ini sambil menegur. Walaupun tidak dapat melihat, beliau boleh tahu kehadiran Ash... Dan cuba untuk memegang pipi Ash. Sebak jap hati ni di situ. Farah memang begitu... Hu hu hu...Cepat sebak, cepat sedih, cepat cembeng... Dengan suami sendiri pun sama... cepat jer cembeng...Ahaksss... Hatiku bukanlah sekeras mana, hatiku memang sangat lembut... Kalau merajuk pun cepat jer reda, kalau marah pun cepat jer reda...Tak reti nak berlama-lama...Oopss tetiba terdedah pula kelemahan diri sendiri... Ok abaikan... Farah suruh Ash "Amin" Atuk tu, Farah hulurkan tangan Ash pada pakcik tu, dan Ash cium tangan Atuk tu... Salamlah tu pada dia... Atuk tu usap-usap kepala Ash... Tersentuh pula... Orang sekeliling masa tu dah pandang-pandang dah...Heeee...Pedulilah... Farah sedang mengajar anak kot??? Tiada apa-apa yang pelik pun kan sebenarnya??? Dan kemudian, Farah keluarkan wang kertas dan beri pada Ash dan arahkan Ash... "Give Atuk the money sayang??? Give Atuk..."... Ash pun beri... Alhamdulillah... In Shaa Allah, selepas ini akan cuba untuk kerap mencari peluang sebegini untuk mendedahkan Ash dengan sedekah.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Sesungguhnya bersedekah itu ganjarannya adalah sangat besar. Nek Ma Ash pesan, kalau nak didik anak bersedekah, kita terlebih dahulu perlu menjadi contoh yang baik terhadap anak-anak. Dan sedikit perkongsian antara perkara yang boleh kita lakukan selain dari cara di atas yang Farah lakukan pada Ash dari sumber di SINI adalah:
  • Setiap hari Jumaat sewaktu anak-anak bersiap untuk ke masjid, ibu atau bapa boleh menghulurkan wang kepada anak untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. Tidak kiralah berapa jumlahnya sekalipun RM 1.00, di samping itu menjelaskan tentang ganjaran bersedekah kepada anak walaupuan RM 0.20 jika ikhlas ganjarannya sangat besar. Lakukan sedemikian setiap minggu, lama kelamaan anak itu sendiri dengan rela hati akan menyedekahkan sejumlah wang dari simpanannya tanpa disuruh.
  • Apabila berhajat untuk singgah di masjid, pesan kepada anak agar menyediakan wang masing-masing untuk menderma sekalipun hanya dengan duit syiling. Jika anak meminta wang daripada ibu untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid, usah berkira... dengan rela hati hulurkan kepada anak-anak. Anak akan berasa sangat seronok apabila berjaya memasukkannya sendiri ke dalam tabung. Lepas tu siaplah yer...hik hik hik...anak-anak pasti memintanya lagi dan lagi. Sediakanlah duit syiling banyak-banyak. Dentingan bunyi duit tersebut sangat menyeronokkan mereka. Itulah yang kita inginkan. Seronok di dalam beramal.
  • Ketika kita sebagai anak pula hendak menghulurkan wang kepada ibu bapa kita pada setiap bulan, di hadapan kita, minta anak yang memberikannya kepada mereka dan jelaskan kenapa kita memberikan wang kepada ibu bapa kita. Secara tidak langsung ibu telah mengajar anak agar tidak lupa untuk menyumbang kepada ibu bapa apabila sudah bekerja nanti ketika mana sama ada si ibu ataupun bapa telah lanjut usia. Usah terlalu berkira untuk menyumban kepada ibu bapa kita, kerana gaji yang kita dapat setiap bulan itu sebenarnya adalah hasil usaha mereka yang telah mendidik dan menyekolahkan kita sehingga kita berjaya. Jangan lupa itu... kalau mereka tidak menyekolahkan kita sudah pasti kita tidak mampu memiliki gaji yang sedemikian banyaknya. 
  • Berusahalah untuk menabung setiap bulan sebagai persediaan untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun itu. Ikut kemampuan sekalipun hanya satu bahagian lembu. Dan jelaskan kepada anak faedah dan kebaikan ibadah korban yang Allah janjikan. Mari kita berazam melakukannya pada setiap tahun. Kalau kerongsan berharga RM 150.00 kita boleh beli, berpasang-pasang baju berharga RM 250.00 sepasang kita boleh miliki apatah lagi beg tangan, kasut dan barangan berjenama lainnya tanpa teragak-agak kita boleh membayar harganya di kaunter, kenapa tidak kita lakukan yang sedemikian itu juga dalam melaksanakan ibadah korban, bersedkah dan sumbangan lainnya. Cuba kita bayangkan yer (termasuk diri ini juga), andai ada seorang hamba Allah yang memohon derma untuk mendirikan sekolah tahfiz, surau atau seumpamanya daripada kita, adakah sepantas kilat kita sanggup untuk memberikan sejumlah wang RM 150.00 kepada beliau pada masa itu juga sebagaimanan halnya kita tanpa teragak-agak membayar harga yang sama untuk sebuah kerongsang yang bergermerlapan? Andai kita mampu melakukan yang sedemikian, kita adalah hamba yang sangat mencintai Allah SWT yang mana dunia hanya di tangan kita, sedang akhirat itu adalah hati kita. Berbahagialah insan-insan sebegini... 
Peringatan kepada diri sendiri untuk tugasan ini... kena ajar anak untuk bersedekah, kena ajar anak untuk ikhlas di dalam bersedekah dan beri anak faham, sebenarnya apa yang ada pada kita, tidak akan kekal, ia akan habis. Kena didik anak anak bahawasanya, setiap benda yang kita infakkan dan belanjakan untuk Allah SWT maka pasti akan diganti semula oleh Allah SWT. In Shaa Allah, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah SWT proses mendidik Ash tentang sedekah ini dan semoga Ash juga anak-anak lain di luar sana berjiwa pemurah dan suka membantu orang-orang di sekelilingnya yang memerlukan. 

Dia Tidak Suka Durian...

$
0
0

Jadilah durian 2 paket RM 5.00 dari pasar malam minggu lepas... Bukannya nak makan banyak punnnn, walaupun diri ini mampu jer nak makan berbiji-biji sekali makan... Ha ha ha... "I is" memang suka durian tetapi memilih di dalam memakan durian...Boleh gitchewss??? Memilih yang bagaimana... Farah suka sangatttt makan durian yang isinya kuning DiRaja seperti gambar di atas, yang kuning pucat atau kuning cair tu makan juga, tapi agak "slow" sedikit lah... Ini membeli pakai paket ni pun kerana kes... Yang pertamanya, durian tu pakai timbang...kulit jer dah berapa kg...ha ha ha... nak makan durian bayar harga kulit sekali... tak naklah membazir duit sebegitu sahaja... Sekadar nak rasa... Al-maklumlah, "I is" tak ada dusun durian, makanya kenalah membeli "uolss"... Hik hik hik... Yang keduanya, kerana tiada sesiapa yang nak tolong kopekkan durian kalau beli yang biji-biji...Siapalah nak diharapkan untuk kopekkan durian...Tapiiii!!! Tak jadi masalah...beli jer yang dah siap kopek dalam paket-paket ni... Atuk Ash pada waktu dan ketika itu kerja dan Nek Ma Ash tangannya sudah tidak kuat lagi...Tak perlu rungsing-rungsing, tak perlu sedih-sedih, tak perlu pening-pening dan tak perlu susahkan sesiapa pun... Berdiri di atas kaki sendiri!!! He he he... Gunakan akal fikiran...Beli ajer yang dah siap kopek.... 

Durian Udang Merah... 2 paket RM 5.00, isi tebal, lepas tu boleh pilih isi yang mana yang kita nak beli... Itu yang menarik...Sebab boleh pilih, sebab tu Farah beli... Kalau nak buat Durian Crepe memang kena beli yang biji-biji lah kann??? Hurmm, dah lama tak buat Durian Crepe...ha ha ha... kalau nak makan beli ajer... Tetapi entri mengenai resipi serta cerita Farah buat Durian Crepe ada di entri-entri:


Amboiii, jauh tersasar cerita, ke Durian Crepe segala bagai... Ha ha ha...Sebenarnya nak cerita... Farah sebenarnya mengambil kesempatan yang ada tempoh hari bila dah beli durian tu... Untuk memperkenalkan pada Ash... "Ash...inilah namanya durian...sedap tauu...Mommy sangat suka durian..."... Aktiviti kebiasaan, uji rasa... Farah pernah kongsikan entri aktiviti kami Permainan Merasa Masam, Masin, Manis, Pahit.... Sesekali bila ada kesempatan, bila ada waktu, bila ada ruang sememangnya Farah akan melakukan aktiviti-aktiviti sebegini dengan Ash... Suka tengok reaksi dan mimik muka dia bila merasa sesuatu jenis rasa yang baru...Ha ha ha... 

Untuk durian??? Hasilnya??? Ash Tidak Suka Durian!!! Untuk masa sekarang...akan datang tak taulah bagaimana kann??? Cuma buat masa dan ketika ini, dia menolak dan dia menggeleng-geleng kepala setelah merasa. Berkali-kali Farah berikan, berkali-kali dia keluarkan balik durian tu dari mulutnya... Errr...tandanya dia memang tidak suka... Ha ha ha...Tak suka tak apa, Mommy sukaaa... Untunglah Mommy kannn??? Sebab Mommy boleh pulun seorang diri jer... #ehhh... Ha ha ha...

Macam Farah katakan, akan datang tak taulah macam mana kannn??? Kot kot kalau dah besar sikit tiba-tiba dia suka pula durian??? Ngeee.... 

*Ceritanya pendek, menyediakannya terasa panjang pula...muahahahaha... biasalah, cerita selit-selit dengan cerita lain memang jadinya begini.... 

Ke Sunway Lagoon-Lah Kita Nampaknya Lagi Ni...

$
0
0

Owhh... Hampir-hampir terlupa tentang tiket Sunway Lagoon yang Farah perolehi dari pihak Sunway Pyramid bulan Februari 2015 lalu hasil dari kerja "advertorial". 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak. Kalau Abah Ash tak ingatkan semalam dan tanya semalam, agaknya mereput sebegitu sahaja tiket-tiket ini disebabkan oleh penyakit terlupa bukannya penyakit pelupa. "Aiseyman", macam mana boleh terlupa tentang tiket ni ek??? Ha ha ha... Terima kasih Abah Ash kerana mengingatkan Mommy Ash semalam... 

Sebenarnya memang dah ada rancangan awal tentang lawatan kedua di tahun ini ke Sunway Lagoon ni. Lawatan pertama adalah sewaktu sambutan Hari Keluarga syarikat Farah berkerja pada 28 Mac 2015 sepertimana yang Farah pernah kongsikan di dalam entri Ash "Splashing Good Times" @ Sunway Lagoon. Lawatan kedua??? In Shaa Allah, sebelum tiba tarikh luput tiket-tiket tersebut pada 30 Jun 2015. Kalau nak pergi pun sebelum Ramadhan-lah pun kann??? Hew hew hew... tetapiiii dah tentu-tentulah bukan hujung minggu ni kerana Sabtu dan Ahad, Mommy Ash dah ada temujanji lain yang telah ditetapkan. Ash kalau dapat berendam??? Ash kalau dapat main air??? Sama sahaja macam kanak-kanak yang lain... Sukalah dia. Kalau boleh, kalau bolehlah dia memang tak nak keluar dari air langsung!!!

Ini kalau dia dah faham dan beritahu yang dia bakal dibawa berkunjung sekali lagi ke Sunway Lagoon tentu suka ni. Ha ha ha, faham tapi tak boleh nak bertutur dengan lancar lagi selain dari bahasa Jerman atau bahasa Korea dia. Kalau dah lancar bertutur, mau hari-hari dia tanya ni, bila nak pergi, bila nak pergi. Kann??? Yang untungnya sebenarnya, Ash masih di bawah 2 tahun dan tidak memerlukan tiket untuk masuk. Yang perlu adalah Mommy!!! Esok-esok bila dah berusia 2 tahun, masa tu kenalah bertiket yer Ash...

Hurmm, kalau ikut-ikutkan hujung minggu di dalam bulan Mei ini sememangnya dah penuh setiap minggu berturut-turut. Minggu lepas agak lapang pada hari Ahad. Tapi tak terfikir pula... Wakakakaka... Dok sibuk kalut pergi "collect" baju melayu Ash... Mana dan nak fikirnya. Dan cantik sebenarnya kalau pergi kali kedua ni sewaktu cuti panjang 4 hari yang lepas yer tak??? Ha ha ha, punyalah sengal memikirkan mana nak pergi sewaktu cuti 4 hari tu... Chaitt... Rupa-rupanya ada tiket yang belum ditebus oleh kita lagi ni Ash.

Ke Sunway Lagoon-lah kita nampaknya lagi ni Ash... In Shaa Allah, In Shaa Allah, nanti Mommy cuba susun atur waktu untuk kita yer??? Kalau tak dapat hujung minggu, tengah-tengah minggu hari bekerja pun In Shaa Allah boleh. Untuk Ash, In Shaa Allah, Mommy akan cuba uruskan waktu dan fikirkan mana slot yang terbaik yer nak??? Nanti rendamlah puas-puas, mainlah air puas-puas... Berilah makan haiwan puas-puas... In Shaa Allah...

"Ovulation Test Kit"... "Ovulation Predictor Kit"...

$
0
0
Kita masuk kepada cerita orang-orang yang baru berkahwin, sudah lama berkahwin tetapi bukannya cerita melucah ataupun perkataan-perkataan yang membawa kepada pemikiran kelucahan yer??? Ini adalah lebih kepada informasi dan juga pengetahuan umum untuk semua orang-orang yang baru berkahwin, sudah lama berkahwin. Sekadar perkongsian. Mungkin sememangnya ada yang menggunakan "ovulation test kit" ataupun "ovulation predictor kit" ini dan Farah juga tidak menolak kemungkinan mungkin ada di kalangan kita yang tidak pernah menggunakan langsung ataupun mengetahui langsung tentang "ovulation test kit" ataupun "ovulation predictor kit" ini... Tak apa, dalam kehidupan ini tidak semua perkara kita semestinya tahu, kadang-kadang ada juga perkara yang kita tidak tahu dan baru tahu... Hidup kan sentiasa belajar... 

Kegunaan??? Secara ringkasnya, ianya adalah sangat-sangat berguna bagi orang-orang yang berada di alam perkahwin di dalam urusan "anak"... Maksudnya... kalau sesiapa yang "trying to conceive -TTC" ataupun kalau sesiapa yang merancang jarak anak, merancang anak..."ovulation test kit" ataupun "ovulation predictor kit" ini adalah sesuatu yang membantu kita di dalam menentukan hari subur kita sebagai seorang wanita. Rupanya dan harganya??? Ada bermacam jenis di pasaran tu... selalunya di farmasi lah...Kebiasaannya diletakkan bersama-sama "pregnancy test kit"... Jadi sila baca betul-betul sebelum membeli sama ada ianya adalah "ovulation" ataupun "pregnancy"...Jangan tersilap beli... Hik hik hik... Harga ada pelbagai, dari yang semurah-murahnya sehingga ke yang semahal-mahalnya... Ikut kemampuan serta bajet masing-masing...  



Sedikit perkongsian secara lebih terperinci mengenai "ovulation test kit" ataupun "ovulation predictor kit" ini yang Farah dapat kongsikan dari artikel di SINI

Apakah Luteinising Hormon (LH)?
LH adalah salah satu hormon yang terlibat di dalam proses ovulasi di dalam seseorang wanita pada setiap bulan. Sebelum proses ovulasi berlaku, paras hormon LH ini akan meningkat dengan secara mendadak. Ini dikenali sebagai "LH Surge". LH Surge ini akan merangsang folikel matang yang berada di dalam kilang telur seseorang wanita untuk pecah. Hormon LH akan dapat dikesan di dalam air kencing 12 jam selepas LH Surge. Ovulasi akan berlaku lebih kurang 24 jam selepas hormon LH dikesan dalam air kencing. 

Apakah "Ovulation Predictor Kit - OPK" Ataupun "Ovulation Test Kit - OTK"?
OPK ataupun OTK adalah sejenis alat yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi yang boleh digunakan untuk mengesan "LH Surge" dengan hanya menggunakan air kencing sahaja. Oleh itu, ujian mudah ini boleh dilakukan di rumah atau pejabat. 

Bilakah Saya Patut Memulai Menggunakan Alat OPK/OTK Untuk Menentukan Hari Subur Saya?
Ini terpulang kepada kitaran haid anda. Kira kitaran haid anda yang lepas selama 3-6 bulan. Ambil kitaran haid yang terpendek dan tolakkan 17 hari.

Contohnya:
Kitaran haid yang terpendek ialah 27 hari.

Mula membuat OPK/OTK --> 27 - 17 hari = 10. Hari untuk memulakan ujian OPK/OTK ialah pada hari ke-10 haid.

Bagaimanakah Caranya Menggunakan Alat OPK/OTK Tersebut?
  • Gunakan jenama Clearblue sebab jenama ini adalah lebih sensitif dan tepat.
  • Terdapat juga dalam pasaran Clearblue digital yang akan memberikan keputusan terus untuk anda. Jadi tidak perlulah menggaru kepala untuk cuba "interpret" keputusan sekiranya menggunakan Clearblue Urine Strips itu.
  • Gunakan sampel air kencing dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam. Jangan gunakan sampel air kencing yang pertama. Juga pastikan mengurangkan meminum air 2 jam sebelum membuat ujian air kencing tersebut agar air kencing tidak menjadi terlalu cair. 
  • Buat ujian tersebut pada waktu yang sama setiap hari.
  • Ambil sampel air kencing.
  • Rendamkan strip ujian ke dalam air kencing.
  • Bacakan keputusan selepas 5 minit. 
  • Untuk keputusan positif, T Line (Test Line) hendaklah sama terang dengan C Line (Control Line) - bagi Farah lah kannn...kalau susah nak baca keputusan tersebut, beli jer yang "digital ovulation testing".
  • Kadangkala terdapat setengah-setengah pesakit di mana keputusannya menunjukkan garisan T Line yang samar-samar. ("faint positive"). Sekiranya terdapat keraguan hendaklah mendapatkan kepastian dari doktor yang merawati terutamanya jika anda sedang mengalami rawatan kesuburan seperti IUI atau untuk prosedur "Frozen Embryo Transfer".
Selepas Mendapat Ujian Positif atas OPK/OTK, Bilakah Saya Perlu Melakukan Hubungan Seks?
Lakukan hubungan seks bila pada hari pertama mendapat ujian positif OPK/OTK dan kemudian lakukan hubungan seks pada keesokkan harinya juga.

Bagaimana Kalau Saya Mempunyai Haid Yang Tidak Teratur?
Seelok-eloknya hendaklah berjumpa dengan doktor dan pastikan apakah punca haid tidak teratur. Di dalam pasaran terdapat juga "fertility monitor" di mana pengguna akan membuat ujian air kencing pada strip setiap pagi dan meletakkan di dalam alat tersebut. "Monitor" ini yang akan menganalisa hormon LH dan estrogen di dalam air kencing dan memberitahu sama adda kesuburan anda adalah rendah, tinggi atau "paling subur" ("peak"). Akan tetapi, harga "fertility monitor" ini adalah agak mahal.

Haaaa... moga-moga bermanfaat untuk semua...selamat mencuba! Bagi yang TTC, sekiranya sudah mencuba 3 - 6 bulan sendiri mungkin ada eloknya untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan. Dan menurut artikel yang disediakan oleh Dr. Tasha ini, janganlah terlalu taksub dengan alat OPK/OTK ini kerana mungkin boleh menimbulkan rasa tekanan di antara kedua-dua pasangan kerana terpaksa merancang waktu melakukan hubungan intim semasa "waktu subur". Salah satu kaedah yang lebih kurang tekanan ialah dengan melakukan hubungan intim 2-3 kali seminggu. Sekiranya anda sudah boleh mengagak waktu subur, anda boleh melakukannya dengan lebih kerap dalam tempoh tersebut. Bagi yang nak merancang jarak atau merancang anak tu, bolehlah elakkan dari melakukan hubungan intim bila tiba hari subur anda... Kita tak tau kan? Mungkin ada di kalangan kita yang sememangnya merancang jarak anak ataupun merancang anak... *_^ 
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live