Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Minuman Dan Makanan Untuk Mengelakkan Mengantuk!!!

$
0
0
Source Extracted from Google
Dah makan kenyang2 dah minum puas2, memeyler macam ular sawa jer gayanya kebanyakan orang... Bersandar kekenyangan... Kalau dapat pulak aircond cuaca dingin dan cosy jer... Perghhh... memang kalau atas katil yang empuk bertemankan selimut.... Nikmatnya tidur...Ha ha ha... Tutup pulak pintu bilik...sangat2 privasi...erkss... ada ker yang tak tutup pintu bilik??? Adalah kann??? He he he... Lepas tu tarik langsir... bagi gelap...Kalau pakai black out curtain lagi awesome... (Ye ye membayangkan lepas tu sendiri terasa nak jer buat cam tu sekarang... ha ha ha...)

Mengantuk boleh terjadi kerana badan kurang mendapat rehat yang secukupnya. Keadaan lain yang boleh menimbulkan seseorang itu mengantuk juga ialah kerana kekurangan oksigen di dalam darah untuk sampai ke otak. Sekaligus ini juga penyumbang weollss sering rasa mengantuk. So... the following ni adalah tips pemakanan dan minuman yang weolls boleh ambik sebagai langkah atau ubat untuk atasi mengantuk. 

Makanan Pedas
Makanan ini boleh mengurangkan rasa mengantuk tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana makanan ini boleh juga mendatangkan kesan lain terutama bagi weolls yang tak tahan pedas. Berikan sedikit rasa pedas di dalam makanan boleh merangsang perjalanan darah dan membuatkan kita tetap rasa segar.

Air Putih
Air putih mampu mengelakkan tubuh dari dehidrasi sehingga dalam sekejap waktu selepas meminumnya, rasa mengantuk akan hilang. Cubalah terus minum air putih sebaik bangun daripada tidur dan weolls akan merasa kesegarannya.

Epal dan Tembikai
Makan epal dan tembikai yang segar serta manis boleh menyegarkan diri, bermula dari mulut, kerongkong, otak dan sehinggalah ke seluruh tubuh. Selain mengandungi vitamin, buah2an ini enak dinikmati sebagai snek menyihatkan.

Asam atau Makanan Masam
Makanan masam seperti lemon, asam atau limau membantu memberikan Vitamin C. Selain itu, sensasi rasanya yang masam akan membuatkan weolls berasa segar.

Dark Chocolate
Pilih dark chocolate untuk menghilangkan rasa mengantuk. Dark chocolate boleh meningkatkan semangat kerana dark chocolate meningkatkan hormone yang boleh menenangkan diri. Tapi, awas!!! Avoid chocolate yang tinggi pemanis tambahan.

Sumber: SINI 

Cubalah, mana tau kot2 berkesan ker...tapi kalau dah payah2 sangat dan memang tetap ngantuk gak...ambik jer nap sekejap.... Settle...habis cerita...Tapi ada juga orang kalau nap tu tak ada makna... Tetap akan tidur sesedap rasa jugak...ha ha ha.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles