Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Siapa Pemegang Password Selain Dari Uolss???

$
0
0
Source Extracted from Google
Tiba2 iolss terfikir tentang sesuatu perkara, sebenarnya dah lama fikir, tapi baru terluah di ketika dan saat ini...ha ha ha... ayat sungguh puitisuolss...but this is some kind or sort of things yang boleh dikatakan quite serious jugak... 

Dunia sekarang memang tak lari dengan kelengkapan teknologi yang tinggi, gadgets, internet connections, blog and as well as social networks... Benda2 ni semua berkait di antara satu sama lain... dan benda2 ni melibatkan kita...as in terms of "kita"...diri kita... Segala apa yang kita lakukan di dunia maya, segala perkataan segala gambar adalah "kita" dan apa yang akan kita tinggalkan juga satu hari nanti apabila masa sudah tiba untuk menjemput kita.... Betul kannn??? Itulah yang dikatakan meninggal dunia...kita meninggalkan segalanya yang di dunia dan hidup di alam yang lagi satu... 

Memang secara majoriti orang2 di luar sana dan termasuk di kalangan kita TIDAK AKAN BERKONGSI PASSWORD dengan sesiapa pun... Tapi tak dinafikan ada isteri yang memegang password suami, ada suami yang memegang password isteri, ada ibu bapa yang memegang password anak2... memang ada tak dinafikan...tapi majority mungkin rasa keberatan kot??? Kekononnya hak peribadi dan privasi diri sendiri... 

Yes betul sangat... terpulang kepada individu sebenarnya... Password ni pulak kalau kita simpan, terbahagi kepada dua...sama ada kita kekalkan dalam memori ingatan kita sendiri atau kita catatkan password kita tu di mana2 yang kita rasakan selamat... 

Yang menjadi persoalannya... bila kita pergi??? Siapa yang akan mengambil alih atau bertanggungjawab ke atas semua akaun2 social networkings, blog dan aktiviti alam maya kita??? Kompleks kan soalan ni kalau tak betul2??? Bagi mereka yang berkongsi password dengan sesiapa di dalam hidup mereka mudahlah jadinya...bagi mereka yang tidak berkongsi...mungkin akaun2 itu akan terbengkalai serta terbiar sebegitu sahaja...dan perkara2 yang perlu dilupuskan atau dipadamkan mungkin tak kesampaian... 

Paling eloknya, kalau ingin menjaga privasi dan hak peribadi, sekurang2nya catatkanlah di mana2. Sekiranya ada apa2 yang berlaku pada kita satu hari nanti atau sudah tiba masanya kita dijemput... Sekurang2nya ada pihak2 yang boleh membantu sama ada memadamkan atau mengendalikan akaun2 maya tersebut....

Erkss, sampai ke apa yang iolss cuba sampaikan di sini...uolss boleh tangkap tak apa maksudnya??? Iolss??? In Shaa Allah, kalau sempat serta diizinkan oleh Allah SWT... Ash-lah yang menjadi penyambung legasi serta pemegang amanah iolss... Ho ho ho, jauh benau pemikirannya...tapi tak salah pun kann???Sebab kita semua2 ni tak tau bila kita akan dijemput ye tak??? 

Cuma satu jer harapan iolss, andai ditakdirkan satu hari nanti tiba masa iolss untuk menerima jemputan dari Allah SWT itu... diharapkan apa yang ditinggalkan di Bubblynotes mendatangkan keceriaan serta kebaikan dalam hidup uolss semua... All the positive things and not those crappies and junk loads of rubbish...

*Berblog untuk memberi manfaat, mencari rezeki dan berkongsi bukannya untuk aura2 negatif... Itulah yang dikatakan berblog secara sihat... Blogging healthily...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles