![]() |
Source Extracted from Google |
Ash... Muahahaha....Ash lagi...Jemu uols ye tak??? Nak buat macam mana, nak cerita pasal parenting tapi terkena mengena pulak dengan Ash... makanya kita selit jer lah... Oopss, kadang2 iolss jadi confuse ni blog mummy ke blog Ash??? Blog Ash??? Dah ada tapi under construction lagi uolss, and tak plan pun iolss nak release sekarang... Hik hik hik... (Melampau betul mummy, baru 5 bulan usia Ash dah siap2 buatkan blog... mentang2 mummy blogger lepas tu drag anak sekali jadi blogger... :P... Apa2 pun kita tengok jer lah sok2 kot2 dia minat ke tak minat ke jadi blogger... )...
Sambung balik mukadimah Ash yang tak habis tadi disebabkan selingan mukadimah... Ash kalau dapat air bukan main suka dan galak dia. Kalau mandikan dia, terkitai2 kaki kat dalam basin dia tu...Fe-feeling swimming-lah tu... Dushh...pengsannn.... So, since dah 5 months ni, (macam2 berlegar kann kat dalam kepala mummy ni....itulah inilah)... Terfikir nak ajar Ash swimming giteww... Oklah tu kot??? Mummy dia tak pandai swimming at all... Anak pandai swimming.. Sok2 kalau mummy lemas kat tengah lautan or swimming pool ke, bolehlah Ash jadi lifeguard selamatkan mummy.
So??? Usia yang paling sesuai untuk ajar baby berenang ni bila??? Dari pembacaan di SINI dikatakan usia yang paling bersesuaian adalah semasa baby berusia 6 BULAN. Why iolss is thinking of swimming??? Sebabnya... banyak benefit kepada baby such as ianya membolehkan pemikiran serta tumbesaran mereka lebih cepat daripada usia sebenar, mengajar baby berenan akan menjadikan baby lebih matang daripada usia mereka kerana dah pandai berdikari apabila berada di air mahupun di persekitaran lain. Bukan masa baby jer benefit swimming ni, tapi long-term jugak...
Di antara manfaat swimming kepada baby yang iolss baca di SINI
Berenang dapat meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru2 bayi apabila bayi sudah biasa dengan keadaan sejuk dan banyak bergerak. Gerakan tangan dan kaki mendorong bayi menjadi lebih kuat serta menjadikan aliran darah ke jantung lancar. Berenang juga dikategorikan sebagai latihan aerobik di dalam air.
Melatih Pernafasan
Sesiapa yang mempunyai penyakit asma sangat digalakkan melakukan aktiviti ini kerana ia meningkatkan sistem kardiovaskular dan pernafasan. Pernafasan menjadi lebih lancar dan panjang kerana terbiasa menahan nafas di dalam air.
Membentuk Otot
Ketika berenang, keseluruhan otot pada tubuh dariapa kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang dan kaki akan bergerak. Ketika bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan tenaga yang lebih besar kerana perlu 'melawan' air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot tubuh.
Membakar Kalori
Ketika berenang, tubuh terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan menjadi lebih tinggi sehingga dapat membakar lemak sekitar 24%. Ini sekaligus membantu mengelakkan bayi mengalami masalah obesiti.
Keselamatan Diri Ketika Di Dalam Air
Berenang membuatkan bayi rasa lebih selamat ketika berada di dalam air. Parents pun tak rasa bimbang if anak weolls berada di dalam air sebab baby yang dah biasa berenang ni boleh berdikari dan mengawal keadaan. Selain bermanfaat kepada diri sendiri, theyolls pun akan datang boleh tolong orang di sekeliling ketika berada dalam situasi kecemasan. Macam iolss inform sebelum ni, Ash tolong selamatkan mummy kalau mummy lemas...Ahaksss...
Menghilangkan Tekanan
Secara psikologi, berenang dapat membuatkan ahti dan fikiran lebih tenang kerana gerakan yang dilakukan secara santai dan perlahan. Ia mampu meningkatkan hormon endorfin yang membuatkan weollss menjadi lebih ceria dan tenang.
Kalau yang dari artikel pertama yang iolss baca tu, mengatakan usia paling sesuai nak ajar baby berenang adalah pada usia 6 bulan... tapi uolsss, sebenarnya sejak lahir baby dah boleh diajar berenang sebab 9 bulan ada dalam perut mummy, baby dah terbiasa dengan air (ketuban). Memasuki usia 4 bulan, baby dah ada tindak balas menyelam. Ertinya, jika baby menyelam, dia tahu macam mana cara nak elakkan daripada tertelan air. Maka, sebenarnya sangat digalakkan mengajar anak berenang pada usia ini. Uikss... Ash nak menyelam ker??? Jangan cuba2...mummy tak berani...
Tapi, sebaik meningkat usia dan otaknya berkembang, tindak balas itu hilang sendiri. So, baby mesti belajar lagi teknik menahan nafas di dalam air.
Tips Ajar Baby Berenang???
- Pastikan mood uolss dalam keadaan tenang supaya bersabar dengan kerenah baby tatkala masuk ke dalam kolam renang. Uollss juga perlu sentiasa dekat dengan theyolls supaya anak confident berada di dalam air.
- Sebagai langkah awal, ajak baby bermain terlebih dahulu di tepi kolam sebelum mengajaknya masuk lebih dalam. Sentiasa wujudkan suasana gembira so that dia tak takut.
- If confident level dah meningkat, cuba pergerakan yang lebih susah.
- Of course lah, kena mulakan dengan kolam yang tidak terlalu dalam. Uolss boleh berdiri di satu tempat dan mintak baby berenang ke arah uolss. Lakukan proses ini beberapa kali, tanpa disedari baby dah boleh berulang alik di dalam kolam.
- Kemahiran mengapung badan dalam air adalah kemampuan secara semulajadi. Sekiranya anak tak boleh lagi mengapungkan badan, jangan marah sebaliknya terus mengajar anak berlatih teknik tersebut. If dia panic, berikan pertolongan dan galakan.
- If anak dah boleh berenang tanpa weolls perlu memegang tangannya, lepaskan perlahan2 dan biarkan dia berenang sendiri. Tapi kena sentiasa terus dekat dengan anak.
Kredit: SINI
Honestly, kalau tanya iolss... huwaaa, mummy tak berani nak buat semua ni takut anak iolss lemas uolss...bha ha ha... tapi sebabkan nak ajar jugak dia berenang kann??? In Shaa Allah, will try to get swimming classes for him dan minta professional instructor atau guru renang yang bertauliah dalam melatih baby and kids untuk bantu mummy.... Ekekekekeke... habih cam no??? Mummy pun tak pandai berenang.... tapi nak anak pandai berenang... Tak punnn, payah2 sangat suruh jer Abah Ash ajar dia berenang... Bha ha ha... Habis cerita...