![]() |
Source Extracted from Google |
Latest edition cerita Ash... muahahahaha... dah macam tajuk Buletin Utama pulak... Kepandaian terbaru semalam uolsss...Lepas tu yang mummy jadi jakun jap nak bercerita kat Bubblynotes. Ala, sembang2 santai di pagi hari dengan uolss... *_^...
Semalam Nek Ma, Ash report kat mummy Ash yang Ash ada kepandaian baru... apa tu??? Baca tajuk pun dah tau kannn??? Ash pegang kaki dia dan mula menghisap ibu jari kaki!!! Erkkk, selalu jugak terdengar yang orang tua2 kata, kalau anak kita hisap ibu jari kaki, macam gambar yang iolss pinjam dari Kak Google atas tu, tandanya dia bakal dapat adik. Jeng jeng jeng... Tak taulah kan, sejauh mana kebenaran atau hanya mitos kata2. Orang tua2 kata, orang muda tak kata. He he he...iolss ignore dan chill jer... tapiiii malam semalam dia tunjuk depan mummy. Bukan main galak dan suka dia... Sampai meleleh2 air liur dia... Bayi Hisap Jari??? Itu Normal...
SAYING
Orang tua2 cakap, bebudak kecik yang asyik menghisap jari kaki ni sebenarnya sebagai satu tanda yang dia bakal mendapat 'kawan' a.k.a. adik.
REALITI
Tindakan baby menghisap jari tak kira tangan atau kaki bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari2 kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari weolls apabila weolls merasa tapak tangannya dengan jari2 weolls. Itu adalah permulaan kepada pergerakan2 yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. - sumber
Dan pagi tadi iolss report-lah pada Abah Ash... statement yang bersahaja jer keluar dari mulut Abah Ash... "Nak buat macam mana??? Ash dah bagi signal nak kawan, tapi mummy dia tak nak bagi... kalau dapat kawan atau adik perempuan mesti suka Ash...Tapi nak buat macam mana ye tak?"...Erkk, terfikir jap, iolss ada cakap apa2 ke??? Bha ha ha... I reserved my comment...teettt.... Luka caesar kat dalam ni pun tak pulih sepenuhnya abang oiii.... And honestly, for this moment belum sampai ke situ lagi... Iolss just nak focus pada Ash jer sekarang ni... La la la... Ash kawan dengan mummy jer lah dulu ok???
Rezeki Allah SWT kita tak boleh nak cakap dan kita tak boleh menidakkan ye tak??? Tapi, honestly, I need space... and really if Allah nak bagi rezeki lagi, iolss terima cuma kalau boleh not now-lah...not now... Give Ash some ample time untuk puas bermanja. He he he... Kalau tak ada rezeki pun, iolss terima... Iolss ni ok jer uolss... Ada pun ok, tak ada pun ok...
Tak kisah lah, janji kena pastikan jari2 Ash ni sentiasa bersih dan bebas dari bakteria. Bukan setakat jari kot, semua benda nampak semua nak masuk mulut dah kot??? Inclusive mummy punya semakphone... kalau Ash dah pegang, cepat2 mummy grip... tak boleh rampas nanti dia mengamuk... cuma grip jer...tak nak bagi air liur dia menyaluti semakphone mummy...Nanti nangis mummy...huwaaaaa... ekekekekeke....