![]() |
Source Extracted from Google |
Thoughts that came across last night...dan diekspresikan di dalam bentuk entri sebagai perkongsian tazkirah yang tak seberapa di hari Jumaat buat peringatan kepada diri sendiri dan juga berkongsi kepada uolss2 yang iolsss sayanglicious sangat2.... So, jangan salah anggap...ini bukan berniat nak bajet diri bagus ok???
Social networks...tak kira sama ada FB, Instagram, Twitter, DAYRE, blog dan segala bagai yang sewaktu dengannya memang dah sinonim dan satu kebiasaan dalam masyarakat sekarang kannn??? Dulu2 zaman2 parents kita tak adalah sebegini rupa... tapi sekarang ni segalanya di hujung jari...Maklumat tu cepat jer sampai ke mana2 tak kisahlah melalui kalangan ahli keluarga kepada ahli keluarga yang lain ke, kawan ke kawan yang lain or stalker kepada keluarga dan kawan ke... Information travels fast ok??? Kadang2 kita tak expect pun berita tu or cerita tu sampai... tup tup tu diaaa tiba2 sampai ajer berita...
Menurut artikel INI ... iolss kongsikan sedikit yang berkenaan dengan intipati entri ni ek...
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik laman sosial meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status/artikel/entri mereka. Mendesak suami atau isteri melalui laman sosial mereka. Kemudian, status/artikel/entri tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan2 mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebagainya melalui status/artikel/entri mereka. Tertekanlah suami serba salah apabila perkhabaran sampai.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumahtangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui laman sosial atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalahyang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai authority sepert ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz-Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui laman sosial. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan mengeruhkan atau meruntuhkannya melalui laman sosial.
Jom kita sama2 muhasabah diri, dan semak2 balik kot kot mana2 ada yang kita terlepas pandang dek kerana terlalu emosi kannn??? Jap fikir... so far, kalau pasal suami iolss tak ado... memang tentang aib2 ni iolss dok jaga jugaklah sebaik yang mungkin... sian suami iolss... nak kata baik tu tak adalah... uishh something wrong somewhere tu kalau mengaku diri sendiri baik...tapi kalau2 ada yang terlepas pandang tu, tak taulah pulak, tapi to be honest iolss tak der pun melepaskan luahan perasaan masalah rumahtangga kami berdua kepada laman sosial... hubungan suami isteri biarlah rahsia ye tak? masalah rumahtangga bukan untuk jadi tatapan umum... hurmmm... kalau melibatkan orang lain di luar dari lingkungan kami berdua tu mungkin ado... bha ha ha.... tu pun tak elok jugak kalau ikut2kan... tapi kalau dah melampau sangat bila kita dok diam... dipijak2nya maruah, kepala dan sesuka hati fitnah kita... siapa pun akan melantun ye tak??? (ini kes, tak tau cerita sebenar, main tuduh2 lepas tu melantun sendiri sebab hati sendiri yang sakit dengan kesan perbuatan sendiri... ok fullstop tak minat nak cerita pasal ni...selit sikit jer).
Kalau2 ada tu, eloklah kita sama2 memadam (delete) mana yang perlu kot kot kalau2 dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar.
*Ada lunch appointment today dengan seseorang... jeng jeng jeng... yang lelaki selamat menunaikan Solat Jumaat yer... *_^