
Gambar ni diambil semasa Ash berusia 41 hari... tapi disebabkan nak cerita pasal mempelbagaikan kegunaan stroller... ahakss... kita tempek gambar dia dalam stroller yang ada satu ni jer... Bha ha ha...
Jadi mummy yang kebanyakkan pada masanya uruskan rumahtangga dan Ash seorang diri iolss rasa macam tiba2 diriku ini semakin ligat berfikir dan kreatif pulak... Ahaksss sangatlah perasan... Eh, Abah Ash mana??? Abah Ash ada tapi most of the time sibuk dengan tanggungjawab2 lain... Nak2 lagi musim catuan air ni... memang busy and standby memanjang... hua hua hua... Tapi iolss chillex jer and tak kisah pun... sebab iolss to be honest jenis yang independent dan moat of the time banyak buat sesuatu perkara tu sendiri... Jadi wondermummy haruslah hebat kann??? Silalah meluat dan muntah rainbow yer... Nak kecam pun kecamlah.. Tapi itu kenyataannya...
So, bila sorang2 nak manage segala bagai benda plus dengan ada Ash... memang challenging... mak2 fahamlah apa yang iolss maksudkan ni... Makanya, apa saja resource yang ada kita gunakan sebaiknya... Contohnya stroller uolsss...
OUTDOOR
Dah tentu2 stroller ni untuk kegunaan luar... bawak anak gi shopping mall, gi ambik angin petang kat taman kannn??? Or apa2 saja aktiviti outing yang bersesuaianlah... Hik hik hik...
Ada lagi kegunaan outdoor yang uolss mungkin buat macam iolss dan mungkin jugak tak pernah terfikir... hik hik hik...
Jemur Baju Di Ampaian
Nak jemur baju takkan nak tinggalkan baby kecik seorang diri kat dalam rumah??? Baby mana boleh ditinggal bersendirian... haruslah kena pantau selalu kann??? Makanya, ambil stroller dan letakkan di dalam stroller... lega hati baby ada dekat dengan kita... Bha ha ha ... nak gardening pun boleh cenggini... Alhamdulillah, Ash tak banyak kisah... tapi kena pakai akal sikitlah nak bagi dia diam dan tak meragam dalam stroller tu... susukan siap2 bagi kenyang, atau letakkan mainan bagi dia leka atau tidurkan dia dan letak dalam stroller... lagi sonang kojo...
Basuh Kereta
Iolss kalau sempat memang akan basuh kereta sendiri.. malas nak hantar kedai... macam tadi jugak, takkan nak biarkan Ash sorang kann??? So again, stroller jugalah tempatnya... As long as Ash dekat dengan iolss... dan senang nak pantau... Tapi basuh kereta sendiri ni, memang lambatlah jadinya berbanding sebelum ada Ash... kena sulam Ash dengan aktiviti membasuh tu... basuh kereta kan lama, jadi tak semestinya dia nak tidur jer or nak duduk diam jer kat stroller tu....
INDOOR
Macam2lah uolss yang iolss buat dan sambil tu suruh Ash duduk diam2 dalam stroller tu... Basuh baju, berus baju, gosok baju, kemas rumah, mop lantai, masak dan makan... Muahahaha... segala bagai stroller jadi mangsa...
Dengan tu kerja iolss pun berjalanlah dengan jayanya... Ada kemudahan kita kenalah gunakan sebaiknya dan lenjanlah stroller tu sementara masih boleh dipakai kannn??? Sok sok kalau dah jadi muzium, muziumlah selamanya... enjoy and cherish every moment of it kann???
Ini cara iolss, setiap orang ada cara mereka yang tersendiri dalam menguruskam rumahtangga dan anak masing2 dan kalau uolss2 yang ada anak kecik tu rasa cara iolss ni boleh diterima akal dan logik and nak try jugak... cubalah... apa salahnya... ^_*... Kalau dah besar anak tu, lain pulak cara pengiraannya kann? Tentang bagaimana nak uruskan rumahtangga dan mereka at the same time...
*Dah tak bawak stroller sangat kalau outing sebab Ash tak nak duduk dalam stroller kalau outing, dia lagi prefer duduk dalam baby carrier dia... ha ha ha... Stroller tu jawabnya tunggu besar sikitlah baru bawak...