Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 3 (Akhir)

$
0
0
Source Extracted from Google
Sebelum membebel panjang2... PART 1& PART 2...

Chaitt, dah macam buat cerpen pulak, bersambung2 sampai ada part2 bagai ye tak??? Ok, ini part yang last sekali, lepas ni tak ada dah...wakakaka.... 
Bila dapat balik rumah, memang dapat rasa satu perasaan lega yang tak dapat digambarkan atau dibayangkan...home sweet home... 

27 November 2013
Sampai rumah time tu dah dekat pukul 12 tengah malam dah, dengan hujan lebatnya, petir berdentum dentam... masuk porch terus bawa Ash masuk. Bermulalah episod berpantang di rumah. 

28 November 2013
Perkara pertama yang iolss nak buat adalah mandiiiii... Huwaaa, sangat rasa tak selesa badan ek uolss, last mandi 26 November 2013, waktu pagi sewaktu nak ke hospital sebelum melahirkan Ash. Tapi disebabkan luka di tummy masih belum kering, mama hanya lapkan saja badan saya dengan air sabun dan air suam. Mujurlah tempat luka tu dibalut dengan dresssing kannnn??? Perkara ini berlarutan selama beberapa hari. Sehinggalah... 
29 November 2013
Tiba masa untuk lawatan ke hospital semula untuk bertemu dengan my gynae untuk follow up check up. Buka dressing, cuci dressing dan bawa Ash untuk follow up check up juga. Ha part cuci dressing ni yang tak menahan ni... Bila my gynae buka jer dressing tu, hati dah berdebuk debak dah... takut katakan, masa tu bius semua dah habis kann??? Tapi adalah ubat yang hospital bekalkan untuk tahan sakit segala bagai. Bila dressing dibuka dan dicuci, nasib tak rasa sakit sangat pedih2 sikit jer... sebab sejuk kan spirit tu... dan bila dia ambil gunting memang dah seriau...rupanya tak ada apa nak pegang cotton wool tu jer nak cuci dressing tu. Dah settle semua balik. Masa ni dah kuat sikit dah jalan. tapi peganglah tummy tu... bukan apa takut terbarai pulak perut iolss karang... 

2 Disember 2013
Sepatutnya seminggu selepasnya pergi balik hospital, tapi tetiba plak datang hari Isnin... masa ni datang jiran hantar sebab misi Klinik Kesihatan tu la... dikatanya Ash ada jaundice dan mata Ash kuning, suh hantar cek doktor hari tu jugak takut Ash boleh jadi cacat katanya... uikss... masa 29 November 2013 tu doktor pakar kanak2 cek, bacaan Ash cuma 166 jer, dan tak adalah tinggi pun. Ni misi Klinik Kesihatan kata makin kuning dan teruk... adoiii...mau tak cuaknya masa tu??? Bergegas minta tolong jiran hantar...dah tentu2 lah pakai kain batik ko pergi hospital... bila cek dengan doktor pakar kanak2, tak ada pung...dushhh... 144 bacaan Ash... Risau tak risau mummy Ash ni... Ok, Ash normal... dah alang2 sampai hospital, kakak hospital BFF saya (nurse kat situ)...terus kata dah alang2 datang tu terus cuci dressing. Kalau dia kata dah ok, pergi jerlah kann??? Masuk bilik my gynae, gynae ambil gunting, dia gunting sikit lebihan benang yang jahit kulit dalam yang terkeluar tu, cuci luka... done... nurse kata dah boleh mandi macam biasa.

Ha dah nak ending dah ni, part mandi ni, haruslah seriau kannn.... tak mandi tak boleh pulak... haruslah iolss jenis yang memang tak selesa kalau tak mandi, badan rasa berlengas jer... makanya, kita cover dengan plastic tempat operation tu dan mandiiii.... Berlarutan selama hampir 3 minggu. Lepas minggu ketiga dah mandi macam biasa dah. 

Tapi untuk jalan macam biasa tu it takes me approximately seminggu setengah juga. Lepas seminggu setengah dah mula berjalan macam biasa dan tak bongkok2 lagi dah... tapiii terasa berdenyut jugalah dan panas2 gitewww kat tempat potong tu. Tapi tahan jerlah...buat macam tak ada apa2, wat lek wat peace... dan lepas seminggu setengah tu mentang2 dah boleh tegap berjalan (tegaplah sangat).. lainlah nak bandingkan dengan orang bersalin normal kannn??? 3-4 hari ada yang dah pakai seluar dan boleh driving sana sini, perut tak kena potong, so tak samalah kannn... ni perut dipotong panjang plak tu kannn??? Sayang diri sendiri, tak nak perut tu terburai, agak2lah sikit kannn??? Lagipun badan nak pakai lama... Akhirnya selepas seminggu setengah, I drove!!! Dah drive seperti biasa pergi TESCO, pergi beli ikan dengan sayur kat kedai, pergi bayar bil, kemas rumah, masak, gosok baju... dan benda tu berlarutanlah sampai habis pantang...Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan kat iolss dan iolss berjaya survive kot... *_^

Dan bila fikir2 balik, it's not that bad after all, cuma certain2 part masa nak recover tu jerlah... What I did??? Tak adalah apa sangat pun... just berpantang cara orang c-sec, makan pantang still sama macam orang bersalin normal, urut cara orang c-sec (iolss urut 5 hari jerrrr) and consumer jeli gamat. All those jamus and other medication iolss tak hamik sebab follow gynae punya advice. Alhamdulillah, now dah sihat... *_^

*So uols, lepas baca others and my experience janganlah takut pulak bila mana kalau2 uols adalah salah seorang di antara kaum Hawa yang terpaksa melalui proses kelahiran sebegini, ikut macam iolss, redah jer uolss... nak tak nak kita kena lalu juga benda tu, trust me uolss pasti boleh... percayalah... tak ada apa yang perlu ditakutkan, Allah SWT ada sentiasa untuk melindungi kita, semuanya datang dari dia kannn??? Allah sayang hambaNya.... ^_^


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles