Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Tips Memilih & Membeli Kasut Untuk Wanita...

$
0
0
Source Extracted from Google
Tujuan tempek gambar kat atas??? Iolss minat kasut tu, muahahahaha....jenis2 yang iolss minat... Dah bercerita tentang 6 Cara Menggayakan Kasut Tumit Tinggi Tanpa Rasa Sakit, now saja nak mengomel pasal tips memilih dan membeli kasut untuk wanita... 

Orang kata, menggayakan kasut biarlah sepadan dengan usia. Hak hak hak. Begitu juga tak semua kasut sesuai dan selamat buat kita. Ketahui jenis2 kasut yang sesuai dengan bentuk dan juga saiz kaki, serta panduan berguna membeli kasut dengan betul so that kita ni tak merana kesakitan atau asyik perlu menukar dan memulangkannya. 

JENIS KASUT

Kitten Heels

Source Extracted from Google
Kitten Heels boleh dianggap penyelamat hari uols jika uols bukan seorang yang suka terlalu berhias. Tumit yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk digayakandengan apa pun jenis pakaian. 

Ballet Pumps
Source Extracted from Google

Ballet Pumps pula sesuai buat uols yang gemar mengenakan seluar jean bersama blaus kerana keselesaan tapak kasut itu sendiri yang rata. Kasut ballet ini mula popular setelah bintang Hollywood, Audrey Hepburn memakainya ketika filem Funny Face (1957).

Sneakers
Source Extracted from Google
Sneakers atau kasut riadah merupakan kasut sukan yang mesti ada kerana ia membantu mengelak kesakitan dan menyokong keselesaan buat kaki uols apabila berjalan jauh. Masa sekolah2 dan masa kolej suka sangatlah pakai sneakers ni kalau outing. Ha ha ha...

Wedges
Source Extracted from Google
Wedges atau kasut baji pula untuk uols yang nak nampak tinggi tetapi berada di dalam keadaan selamat. Jeng jeng jeng, manalah tau kot kot takut terpelecok ke??? Tapak yang tinggi tetapi rata ini memberi perjalanan uols kurang stress berbanding memakai kasut tumit tinggi seperti Stiletto.

Mules
Source Extracted from Google
Mules sering menjadi pilihan wanita kerana tampak punya kelas tersendiri. Malah kasut ini sesuai untuk semua majlis sama ada majlis formal, kenduri atau ke pejabat. Bertapak rata atau bertumit di mana bahagian depan ditutup tetapi terbuka di bahagian belakang pasti pernah ada di dalam almari setiap wanita.

PANDUAN BELI

Of course lah uols perlu memilih saiz kasut yang betul. Caranya dengan mengetahui bentuk kaki uols. Ada yang tapak kaki lebar dan panjang. Untuk pengetahuan uols, kedua2 tapak kaki kita tak sama (eleh macamlah uols baru tau ye tak?) kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakkan kasut di jual di kedai mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.

Pastikan uols memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari2 kaki uols apabila uols sedang berdiri. Apabila uols membeli kasut, jangan sekadar mencuba di depan cermin tetapi cuba untuk berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak. Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika uols beli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan uols sendiri satu hari nanti.

Ha ni nak habaq mai sikit na, kasut cantik jer tak cukup kalau uols tak pandai jaga kaki uols. Pastikan kuku sentiasa pendek, tidak berbau dan tidak mengalami sebarang masalah adalah perkara utama buat wanita if nak jadi lebih yakin saat melangkah keluar dari rumah. *_^

SUMBER: SINI

Dan if uols berminat untuk baca lebih lanjut pasal hal2 memilih dan membeli kasut ni, boleh baca entri INI. Seronok baca cik/puan punya blog bercerita tentang kasut masut ni... Memang panjang lebar penerangannya dan details... Iolsss??? Kita ambil yang ringkas saja (ringkas ke?? Ni pun panjang berjela...Muahahahaha)....   

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles