![]() |
Souce Extracted from Google |
Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan2. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara x langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita. Biasanya orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan la pula nak buat muka serious sepanjang masa kan? Boringgggg.... Macam kebanyakan orang mengatakan, "Hidup mesti ceria".
However, jom kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka2? Cerita yang dibuat? Perli-memerli? dan Kata-mengata antara satu sama lain? Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tetapi dalam masa yang sama dia x menipu. X sah kalau bergurau, dia x mengata2 (secara bergurau) dekat orang lain.
Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab x membahayakan orang di sekeliling kita. Betul ke persepsi macam ni?
Banyak Ketawa Mematikan Hati
Pernah x uols tengok orang yang ketawa terbahak2, sampai katanya nak pecah perut dan sampai x cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru ajer lihat atau dengar 1 jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul x?
Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Kalau x ketawa tu, something wrong somewhere la kan? Tapi, hakikatnya di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau2 akan menyebabkan kita banyak ketawa.
Dalam Kitab Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau, "Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan dari." Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: Maksudnya "Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!"
Kita dibolehkan bergurau senda tapi jangan berlebih2an. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati, Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri.Kata Imam Ghazali, "Adapun berlebih2an pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu, mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal2 tersebut, maka tidak tercela," sebagaimana diriwayatkan dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda, maksudnya "Sesungguhnya aku bergurau senda dan aku tidak mengatakan, selain yang benar"
Kita biasa dengar, "Isy, dia ni. Ketawa sampai x ingat dunia!". Hakikatnya begitulah orang yang ketawa berlebih2an. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan x sedar apa yang berlaku disekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat. Nabi SAW bersabda: "Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."
Nilai Gurauan VS Nilai Persaudaraan
Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain. Kita mungkin sekadar main2, kata orang menyakat. Tapi siapa tahu apa yang dirasai oleh 'watak utama' kisah gurauan tersebut? Mungkin x kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus x bertegur sapa.
Gurauan yang dianggap sekadar main2 boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, x bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata2 gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?
Rasulullah SAW sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda: "Sesungguhnya orang yang berkata2 dengan sesuatu perkataan untuk mentertawakan teman2 duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya"
Jujur Dalam Berjenaka dan Gurau Senda
Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan2, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul2 bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main2 atau kata orang sekadar mengacah saja. Soalnya betul ke kita x boleh menipu dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul2 menipu, hanya sekadar main2 dan x memudaratkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali kita mesti akan cakap... "Saya main2 je la...", "Saya tipu awak je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi awak."
Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta"
"Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya"
Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita x ada unsur2 penipuan dan pendustaan.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar".
Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Kalau kita baca sirah Nabi Muhammad SAW, bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang2 di sekeliling baginda.... Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW, meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: "Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta".Padahal, pada waktu itu, Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau. Apabila lelaki itu mendengar kata2 Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh.
Lalu lelaki itu berkata, "Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang." Maka Rasulullah SAW berkata, "Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya."
Look at how Rasulullah SAW menjaga adab2 dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada 'seninya' yang tersendiri. Apa yang saya observe dari kisah ni, Rasullah menggunakan kaedah "double meaning" dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam 2 maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.
Sayidina Umar RA pernah berkata: "Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan akta al muzaah? (maksud asal al muzaah alih). Mereka itu menjawab, "Tidak!" Maka Umar RA menjawab "Kerana gurau senda (al-muzaah) itu mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran."
So, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata2 kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tetapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.
Diubah suai dari: SINI