Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Monday To Sunday...

$
0
0
Source Extracted from Google
MONDAY
Hari pertama dan permulaan minggu yang baru... Kita belum warm up lagi... rasa lemau, tepu dan kemalasan yang menular dalam diri jika tidak dikawal... Tumpuan pada kerja/pelajaran agak kurang... Tapi kita cuba mengumpul semangat untuk kuat melawan 'blues' yang melanda...he he he...dah sedap cuti weekend la katakan... Walaupun 'blues' tapi hari tetap kena diteruskan... Tiada hari ini, tiadalah esok ye tak? 

TUESDAY
Setengah2 orang 'blues' akibat baru balik bercuti dari weekend tu dah mula pulih dan sesetengah masih mempunyai sisa baki 'blues' itu... Yang pastinya, hari ini lebih baik dari semalam... 

WEDNESDAY
Simptom2 terkena penyakit 'blues' itu telah mula pulih dari range 85 - 95%... Semangat / aura bekerja /belajar telah mula masuk ke dalam diri, dan productivity kita dah mula pick up... He he he...

THURSDAY
Mood telah mula kembali... Productivity semakin meningkat... Tiada lagi 'blues'... Dan aktiviti mula active... Keceriaan telah mula terbit...

FRIDAY
Mood 85 - 95% baik...ceria dan senyuman sama ada dalam hati atau secara lahiriah dapat dilihat... Perasaan pada hari ini, tidak sabar2 menanti detik waktu untuk hari tersebut berakhir... >_<

SATURDAY
Wahhh...melonjak2 kegembiraan dan berbunga riang hati kan, sebab cuti... ekekekeke... masa cuti ini digunakan sebaiknya oleh semua pihak... Ada yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti riadah, ada yang mengambil kesempatan untuk berehat sepuas2nya... wakakaka... Saya pun suka hari ni... It feels like awesomeness is there...*_^ wink

SUNDAY
Di siang hari gembira dan berbunga riang...tapi bila malam menjelma... kerasukan penyakit 'blues' itu bermula kerana terkenangkan esok adalah Monday! ekekekekeke.... Mulalah terasa letih, x larat, lemau, payau...bla bla bla...apa saja perkataan yang boleh menggambarkan tentang Isnin... 

Begitulah putarannya secara umum... is it true? Well, setiap individu berbeza2 penerimaan dan pembawakan diri pada setiap hari2 dalam seminggu... he he he... lain padang, lainlah belalangnya ye tak? Adakah kita seperti yang digambarkan di atas? atau yang sebaliknya?

*Yippie yeay...it's Friday... boleh x nak mention kat entry ni? Tak sabar sebenarnya menantikan detik jam tu berpusing ke arah 5.30 p.m.... Tremendously Great It's Friday... (TGIF!)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles