Memandangkan saya bersalinkan Ash secara C-Section due to Plasenta Previa Type II, teringat kata2 my gynae tentang risiko kelahiran melalui C-Section ni... some of it I could recall but some of it I couldn't... ahakss...banyak perkara nak ingat, jadinya lupalah juga dan oleh itu buatlah research sikit untuk berkongsi dengan uolss... Kalau boleh bersalin normal, uols bersalinlah cara normal dan elakkan C-Section yer, tapi dalam kes2 tertentu dan dah tak boleh nak buat apa, macam kes saya ni... Kita terima dengan redha, qada' dan qadar Allah ye tak???
Tidak dinafikan bahawa kelahiran C-Section ialah pilihan yang paling selamat sekiranya berlaku kes kehamilan yang rumit seperti bayi yang songsang teruk, kembar, kecacatan bayi, saiz bayi terlalu besar atau komplikasi lain. Walaubagaimanapun, C-Section hanya harus dilihat sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa ibu atau bayi kerana ia mempunyai risiko yang tersendiri.
Antara risiko2 kelahiran secara C-Section adalah:
- Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang melahirkan melalui C-Section lebih cenderung menghadapi komplikasi serius sebanyak 3.1 kali berbanding kelahiran biasa. Antara risikonya terhadap wanita bersalin termasuklah pendarahan serius, jangkitan kuman dan komplikasi bius, darah beku, serta lekatan akibat pembedahan.
- Dalam sebuah lagi kajian lain, didapati bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan C-Section lebih senang kepada masalah kesukaran bernafas dan perkembangan saraf yang lambat. Tentang masalah kesukaran bernafas, memang my gynae kata dengan iolss dulu, kalau Ash lahir at earlier weeks, dia terpaksa keluarkan Ash at earlier weeks, there is a risk of 2% Ash akan susah nak bernafas dan terpaksa diletakkan di dalam incubator for a night...tapi in order to flew that risk away, saya telah diberikan Suntikan Dexamethasone untuk mematangkan paru2 Ash. Alhamdulillah, Ash is fine, tak ada masalah kesukaran untuk bernafas.
- Walaupun uols kurang berasa sakit ketika melahirkan bayi...ok honestly tak rasa apa dan chill jer dalam OT room tu, siap boleh borak dengan my gynae, yelah bius half body jer kan??? Dari pinggang ke bawah... butttt... uolsss akan mula rasa kesakitan yang berganda terutamanya pada bahagian luka pembedahan semasa recovery proses berbanding mereka yang bersalin normal. Siapa yang dah experienced taulah... Betul tak???
- Kesulitan melaksanakan penyusuan badan akibat luka pembedahan yang lambat sembuh dan terpaksa dijaga rapi. (yang ni saya rasa ok je... tak taulah orang lain).
- Selain berisiko untuk placenta accreta pada kandungan seterusnya, ia dipercayai boleh menjejaskan kesuburan uolss di masa hadapan. Well, rezeki Allah SWT yang bagi, mungkin ini fakta dari segi perubatan, tapi mostly macam my cousin sister yang bersalin secara C-Section, elok 5 anaknya dan kawan2 pun sama. ^_^... Rezeki itu ketentuan Allah SWT... Uikk bunyi macam nak menambah lagi jer??? Hurmm... not for this moment and not for now... Abahnya kata, biar seketika sampai Ash dah stable ke? (Stable meaning ready for him to have adik, ready for mummy in terms of luka heal sepenuhnya, financially... ^_^... tak apa ada hikmah di sebaliknya kann??? ahakss...boleh mummy men-diva sakan...dan capai cita2 dapat gelaran hot mummy tu...wakakakaka...gurau2...)
*In Shaa Allah, jika ada kesempatan saya akan share dengan uolss macam mana proses kelahiran yang saya experienced dari sebelum masuk OT Room, sampai nak ke OT Room dan juga selepas. Nak cerita pun fikir 2-3 kali, takut2 kot disebabkan ada yang terbaca experience saya jadi seriau pula nak bersalin... Hu hu hu...risau juga...