Lama tak bedah blog, lama juga tak membela blog... Disebabkan kepadatan rutin harian yang tidak berkesudahan, Kak Fa biarkan sahaja Bubblynotes.Com berjalan seperti biasa. Semak Google Search Console untuk melihat prestasi blog dan kemaskini blog apabila berkesempatan. Tapi... bila seminggu yang lepas terjadinya insiden Google Search Console Indexing Request Rejected! Ha, waktu tu mula menggelupur. Memang dah boleh baca dah sejak dua tiga bulan yang lepas, seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan blog Kak Fa.
Bila terjadi benda macam ni kan, mulalah terfikir sama ada terdapat malware di dalam coding blog atau widget yang Kak Fa gunakan atau Kak Fa ada terdelete apa-apa coding ke? Tapi tak mungkin sebabnya Kak Fa tak touch apa-apa pun. Jadi tu semua mustahil. Mulalah usaha menyemak tetapan blog, menyemak sitemap, menyemak robots.txt - sebab terperasan sewaktu melakukan semakan Google Search Console tu ada mentioned something about robots.txt. 😅 - ha ha ha... tiba-tiba sounded so technical kan?
Bila masuk bab teknikal blog ni, sukalah dimaklumkan kiranya, Kak Fa bukanlah seorang yang pakar coding, pakar bedah blog ataupun pakar mengubahsuai template blog. Konsep Kak Fa mudah dan senang, Kak Fa redah jer dan belajar along the way, betul tak betul, teknologi kan ada? Kita cari sahaja step-by-steps for dummies di enjin carian. In Shaa Allah - berkat sabar pasti akan jumpa juga sesuatu informasi yang boleh membantu kita.
Macam-macam Kak Fa cuba semalaman sehingga nak hampir ke waktu subuh ok... Sebab itu jer masa yang ada yang boleh Kak Fa curi di antara perkara-perkara di sekeliling Kak Fa. Tapi bila dah betulkan sitemap, dah semak masalah robots.txt dan diagnosis blog, masalah tetap tidak berkesudahan. Google Search Console tetap memaparkan mesej Indexing Request Rejected. Menggunakan konsep, di dalam liang lahad nanti kita juga akan tinggal bersendirian... 😌... Kak Fa mengambil pendekatan untuk berfikir kembali semua aspek yang perlu diambil kira bagi sesebuah blog.
Iyalah dah cuba itu ini, tetapi masih tidak berjaya kan? Tiba-tiba seolah-olah seperti mendapat ilham yang usia template blog Kak Fa sebelum ini telahpun sedekad. Kali terakhir Kak Fa mengemaskini template blog Kak Fa adalah pada tahun 2013 sewaktu Iman Firash baru dilahirkan. Sedekad dah! Tetap setia menggunakan template blog yang sama dan template tersebut telah banyak berjasa di dalam membantu prestasi blog Kak Fa. One of the best templates that I've ever invested on. Kak Fa suka template tu.
Cuma as zaman pun beredar when digitalization is so massive dan banyak perubahan teknikal yang berlaku - secara logiknya memang sah, template lama Kak Fa tu dah tak relevan lagi dengan kehendak teknikal semasa. Tawakal, Kak Fa ambil keputusan untuk menukar rupa paras Bubblynotes.Com. It's high time dah kot. Memang dah perlu diubah dah. Sakit oiii... bila our blog stop crawling... banyak akan impacted. Ngam-ngam dia berlaku pada tahun kesepuluh domain Bubblynotes.Com diperbaharui.
Kenapa Google Search Console Memberikan Mesej Indexing Request Rejected?
Apa yang Kak Fa fahamlah ya, apa yang Kak Fa faham, sama ada masalah berpunca dari robots.txt yang telah menyekat semua direktori, atau command lain yang menyekat googlebot ataupun domain disenaraihitam oleh Google ataupun terdapat malware dan spam. Semua ni Kak Fa dah periksa tapi semuanya ok ajer... Bila Kak Fa semak melalui onlines tools yang available, semuanya baik-baik ajer. Makanya, Kak Fa berasa tersangatlah yakin bahawasanya template blog yang Kak Fa gunakan kodingnya telahpun outdated. Sepuluh tahun ok? Mana maunya setting sepuluh tahun dulu relevant dengan setting sekarang yang telah banyak berubah kan? Logiklah tu.
Misi Pencarian Template Baru
Paparan Light Mode |
Paparan Dark Mode |
Alhamdulillah, Kak Fa punya main assume, assume tu betul - template blog outdated dan setelah tukar template, semuanya kembali seperti biasa. Kini Bubblynotes.Com telah beroperasi seperti biasa. Sempat jugalah Kak Fa tukar logo Bubblynotes.Com ni menjadi lebih minimalist:
Logo yang baru untuk nafas Bubblynotes.Com yang baru setelah tahun kesepuluh menggunakan domain Bubblynotes.Com - kita tukarlah bagi kelihatan lebih matang kot? Usia pun dah semakin meningkat. Anak pun dah semakin membesar kan? Jadi kita rebrand sikit. 😊. Lega dah bila masalah teknikal ni dapat diatasi. Kak Fa perasan - sekarang ni nak ubah template blog ianya lebih user friendly interface, even a noob can do it... Kena berani mencuba jer.