Selepas Covid-19, Monkey Pox dan HFMD bersahabat dengan manusia, kini Respiratory Syntical Virus (RSV) pula datang tanpa diundang untuk bersahabat dengan manusia. Kalau difikir-fikirkan, selepas satu-satu yang datang nak bersahabat dengan manusia kan? Doa banyak-banyak dalam hati ni, selepas ni janganlah ada yang datang nak bersahabat dengan manusia lagi. Hu hu hu... Tak ketentuan dibuatnya even we have to live with it kan? Sebab tak ada pilihan.
Yang merisaukan adalah apabila ianya bertumpu kepada kanak-kanak seperti HFMD dan juga RSV. Kasihan pada kanak-kanak yang menanggungnya dan sangatlah merisaukan hati mak ayah apabila penyakit berjangkit ni muncul pada diri anak masing-masing. Tipulah kalau ada ibu bapa tidak risau. Pendedahan di luar rumah, di dalam kawasan sekolah - pusat jagaan kanak-kanak - tadika - bilik darjah, itu semua bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh manusia atau secara khususnya guru-guru, ibu bapa serta penjaga. Memang mak ayah ni di dalam menjalani kehidupan seharian di dalam keperitan ekonomi pada masa kini terpaksa bertawakal dan berdoa banyak-banyak supaya Allah SWT sentiasa melindungi dan menjaga anak-anak kita kan?
Apa Itu RSV?
Bagaimanakah RSV Boleh Berjangkit?
Adakah RSV Bahaya?
Ia boleh mendatangkan komplikasi merbahaya kepada beberapa golongan berisiko tinggi terutamanya mereka yang menghidapi penyakit paru-paru yang kronik (chronic lung disease). Contoh kanak-kanak yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang dilahir pra-matang (tak cukup bulan), bayi yang mengalami kecederaan 'barotrauma' memerlukan bantuan pernafasan melalui ventilator atau memerlukan bantuan oksigen melebihi 28 hari. Bayi-bayi yang mengalami masalah jantung kongenital juga menghadapi risiko komplikasi akibat jangkitan RSV. Jangkitan RSV sendiri boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru dan seterusnya menyebabkan 'bronchiolitis obliterans'di mana pesakit memerlukan bantuan oksigen.
Simptom RSV?
Hello Doktor juga menyatakan, simptom ringan yang akan dialami adalah seperti batuk, hidung tersumbat atau berair, sakit tekak, sakit telinga dan demam di mana kebiasaannya berlaku pada permulaan penyakit.
Terdapat juga tanda dan simptom tambahan seperti hilang minta pada persekitaran, ketidakseimbangan dan rasa mengantuk, kerengsaan dan tidak tidur dengan baik, kurang selera makan serta apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah mengalami apnea.
Menurut sumber lagi, sukar untuk membezakan antara jangkitan selesema biasa dan jangkitan pernafasan RSV. Jangkitan ini ada masanya berisiko membawa kepada masalah bronkiolitis atau pneumonia atau kedua-duanya. Tanda dan simptom komplikasi adalah termasuk:
- Kesukaran bernafas yang mungkin termasuk pernafasan lebih cepat daripada biasa.
- Berdehit (wheezing).
- Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekit atau muntah akibat batuk yang teruk.
- Lethargy, peningkatan keletihan, penurunan minat dalam persekitaran, atau kehilangan selera makan.
Faktor Risiko RSV?
- Bayi berusia kurang daripada enam bulan.
- Kanak-kanak, terutamanya di bawah usia setahun, pramatang, atau mempunyai masalah kesihatan yang mendasari penyakit seperti penyakit kongenital atau penyakit paru-paru.
- Kanak-kanak dengan sistem imun lemah, seperti mereka yang menjalani kemoterapi atau pemindahan.
- Bayi yang dijaga dalam pusat jagaan atau nurseri sesak.
- Individu dewasa lebih berusia.
- Individu dewasa dengan asma, kegagalan jantung kongestif atau penyakit pulmonari obstruktif kronik.
- Individu dengan masalah gangguan pada sistem imun, termasuk mereka yang mempunyai organ transplan tertentu, leukemia atau HIV/AIDS.
- Penyakit sindrom keradangan multisistem dalam kanak-kanak (MIS-C) dan Kawasaki;
- Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD);
- Respiratory Synctical Virus (RSV); dan
- Hepatitis Akut Tidak Diketahui Penyebabnya.