Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Bengkak Susu???

$
0
0
Source Extracted from Google
Hu hu hu, siapa yang dah pernah rasa??? (Soalan untuk para ibu...bukan untuk para bapa yer.... ^_^)... Azab ooo... Memang sakit dan memang tak dapat nak dinafikan memang boleh "temper" dan nak nangis, silap2 boleh demam "uols"... Saya dah rasa masa hari ke-3 melahirkan Iman Firash... adoiiii...ini semua gara2 kerana Ash jual mahal masa mula2 tak nak "breastfeed"... ihiksss..sekejap jer dia jual mahal... lepas tu dah ok dah... Mungkin tak biasa lagi lah tu... Sekarang ni dok minta jer ngan mummy... ^_^

Bengkak susu kerap kali dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Lagi2 yang pertama kali ye tak??? ^_^... Biasanya selepas seminggu bersalin, susu ibu akan menjadi semakin banyak. Tanda2 "uols" mengalami bengkak susu atau "engorgement" ialah apabila payudara berasa sangat membengkak, sakit, berdenyut, terasa berketul serta berasa penuh, berat dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Jika bengkak itu agak serius, "uols" juga mungkin akan mengalami demam. Walau bagaimanapun, keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja. Jangan risauuuu.... 

Bengkak susu atau "engorgement" ini boleh berpunca daripada:
  • Kegagalan ibu mengosongkan payudara dengan kerap sama ada melalui penyusuan terus ("direct feeding") atau melalui penggunaan pam susu.
  • Posisi lekapan ("latch on") yang tidak betul. Susu tidak dapat keluar dengan banyak jika bayi tidak "latch on" dengan betul.
Sedikit tips dan petua atasi bengkak susu:
  • Pakailah coli/bra yang benar2 padan dan tidak terlalu ketat. Elakkan memakai bra yang mempunyai dawai sokongan. 
  • Tuam payudara yang bengkak dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam atau boleh juga masukkan air panas dalam botol susu, balutkan dengan beberapa lapis kain sebelum dituam pada payudara yang bengkak. 
  • Urut bahagian yang bengkak secara perlahan2, dari bawah ketiak hingga ke bahagian "nipple" payudara dengan mengunakan tangan atau sikat. 
  • Cara terbaik mengatasi masalah bengkak susu ialah dengan menyusukan bayi "uols" dengan lebih kerap. Kerapkan sesi penyusuan, iaitu pada setiap 2 atau 3 jam.
  • Susukan bayi "uols" di kedua2 belah payudara. Jika bayi telah kenyang sebelum payudara terasa kosong, sambung penyusuan yang seterusnya pada payudara yang terhenti tadi. Jika tidak terlalu sakit, boleh juga terus menggunakan pam susu untuk mengosongkan payudara "uols".
  • Sambil menyusukan bayi secara terus, urut sebelah payudara yang bengkak secara perlahan2.
  • Ambillah paracetamol atau ibuprofen untuk mengurangkan rasa sakit akibat bengkak susu.
Jika bengkak tidak berkurangan, segeralah berjumpa doktor. Jangan dibiarkan lama2 kerana dikhuatiri boleh mendapat infeksi yang membawa kepada masalah mastitis.

Pengalaman sendiri, memang sakit, diulangi memang sakit... Penyelesaian??? Muahahahaha...tunggu bidan datang urut selesaikan masalah bengkak susu tu dengan urutan tradisional, lepas tu pam... Alhamdulillah, lepas tu ok dah... Dan lepas tu secara tiba2 Ash tak jual mahal dah... ^_*

*Kredit: SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles