Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Kufi On Canvas...

$
0
0
Source Extracted from Google
Salah satu obsesi baru Cik Puan Bubbly adalah Kufi on Canvas... Pernah lihat??? Menarik kan??? Kufi on Canvas, salah satu wadah untuk mengekspresikan keindahan seni Islam daripada aspek penulisan kaligrafi. Penzahiran keindahan seni khat Islam yang tersusun daripada huruf2 jawi ataupun Arab dengan seni reka dan bentuk yang tersusun dan menarik serta kreatif dan kadang kala unik, amat memukau mata dan hati serta perasaan bagi siapa2 yang amat meminati seni khat. Seni khat mampu diaplikasikan dalam pelbagai dimensi sama ada secara maya ataupun nyata. 

Kalau masa sekolah2 dulu, belajar buat khat ni pakai pensel khas untuk khat dan juga ada cara kan nak mengasah pensel khat ni dengan menggunakan pisau.... Ahakss...teringat pula zaman2 guna pensel khat dan nak asah pensel khat ni guna pisau belit masa sekolah rendah dulu...Ada sekali tu, sampai terkena pisau tangan "uols"... Tapiii, dengan kemajuan teknologi sekarang ni, boleh dihasilkan juga secara digital... 

Minat ni boleh cantikkan ruang rumah juga, kenapa Cik Puan Bubbly obses dengan seni Kufi ni??? Sebabnya, tengah terfikir, kalau ada ruang yang 'mati' kat dalam rumah bolehlah letak sedikit dekorasi takkan nak kosong jer??? Bosan "uols"...Terutama kat ruang atas tangga rumah tu... macam dah bosan dengan dekorasi "sticker" dari IKEA "uols" dan nak ubah pula kepada seni Kufi... Sekali sekala buat perubahan apa salahnya... ^_^...Ruang yang cantik untuk dekorasi dalam rumah ni sayang kalau disia2kan betul tak??? 

"Survey2" juga secara "online" dan terjumpa blog INI yang mana kita boleh hantarkan tempahan kepada mereka dan dari Instag Diana Amir hari tu, terlihat ada Kufi On Canvas Gallery juga, wah boleh layan mata secara "live" ni... Ada siapa2 yang minat nak cuci2 mata tengok seni Kufi On Canvas??? Bolehlah melawat galeri Kufi On Canvas di....

ZP-01-23, Zest Point, 
Lebuhraya Bukit Jalil, 
Bandar Kinrara, Puchong
E-mail: kufionkanvas@gmail.com
Contact No: 012-2525644
FB Page: HERE

*In Shaa Allah, "one of these days I'm gonna go there" untuk layan mata dan memenuhi minat seni yang tak seberapa ini... ^_^.... 
\\

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles