![]() |
Sumber dari Google |
Jirannnn... Dah berkali juga mengomel tentang suasana berjiran ni. Jiran ni ada pelbagai ragam. Yang kanan begini, yang kiri begitu. Yang bawah begini, yang atas begitu. Pendek kata, pelbagai cerita dan pelbagai ragamlah.
Kalau cakap lebih-lebih nanti, takut terasa hati, takut jadi gaduh, takut sentap, takut perang dingin. Kalau tak dicakap pula, tahanlah wahai hati yer untuk menghadapi situasi berjiran begitu. Dan dari situ sebenarnya kelebihan ada pada kita. Untuk belajar banyak-banyak bersabar kaedahnya. Ihiksss... Ok apa? Satu kebaikan pada diri kita.
Yang payahnya bila berjiran dengan orang sebegini...
Suka Sangat Mengintai Dari Celah Langsir Di Jendela
![]() |
Sumber dari Google |
Ya ampunnnn... Nak pengsan hakak ok kalau ada di kalangan jiran-jiran yang sebegini. Setiap kali kita keluar dari rumah, dia mengintai. Setiap kali kita pulang, dia mengintai. Bila kita siram pokok bunga dia mengintai. Bila kita tengok balik intaian dia, dia sepantas kilat menghilangkan diri dari jendela.
Bertanya Soalan Yang Agak Keterlaluan
![]() |
Sumber dari Google |
Selepas insiden intai mengintai berlaku? Keesokkan harinya dia akan cuba memulakan perbualan dengan kita bila melihat kelibat kita keluar dari rumah. Bertanya itu ini sehinggakan terlalu terperinci. Pergi mana semalam? Buat apa? Berapa lama di situ? Jumpa siapa? Makan apa?
Dush dush dush...setakat tanya pergi mana ok lagi. Tapi kalau dah terlalu terperinci tu hurmmm jadinya kita boleh jadi tidak selesa.
Bila Kita Bercuti Dan Ada Di Rumah
Tanyanya... Tak kerja ke hari? Oooo cuti, bila kita jawab kita cuti. Lepas tu bersambung lagi... Kenapa cuti? Cuti ni tak pergi mana-mana ke? "Boss" tak marah ke cuti? Okkkk... Perlu ke kita untuk beritahu segala isi peribadi?
Bila Barangan Pos Atau Kurier Sampai...
Kalau kita ambil sendiri atau mak kita yang ambilkan di pagar rumah. Esoknya akan tanya pada kita. Semalam barang sampai ek? Beli barang apa? Mahal tak harganya? Banyak ke beli?
Kalau minta bantuan ambilkan barang sebab kita tiada di rumah. Beli apa ni? Beli "shawl" yer? "Shawl" macam mana? Berapa helai? Mahal tak? Dekat mana? Tadi kocak-kocak bungkusan ni... Dalam macam berat jer? Dengggg...
Beli Barangan Keperluan
Beli barangan keperluan dapur ataupunnn barangan keperluan anak. Kenapa beli kat situ? Berapa ratus habis semalam? Kenapa bagi anak minum atau pakai jenama tu?
Bila Nampak Anak Kita???
Dah makan? Oklah kan? Tak jumpa Abah ke? Denggg... Dah jumpa? Bila jumpa? Abah bagi duit tak? Berapa banyak Abah bagi duit? Errrr...haruskah???
Kadang-Kadang Sentap
![]() |
Sumber dari Google |
Kalau tiba hari peramah tu, peramah betulll... Kalau tiba angin tidak, ribut tidak, kadang-kadang nampak kita hempas pintu kuat-kuat. Kadang-kadang tu sambil jemur kain boleh pandang kita atas bawah lepas tu jeling. Mak aiiii... Sampai tengok diri sendiri atas ke bawah kembali kot kot ada yang tersilap pakai ke apa? Kot kot ada aurat yang terdedah ke apa? Ihiksss...
Tapi tak lama... Lepas tu lebih kurang dah 2 3 jam dia kembali dengan rutin biasa dia kembali. Peramah sampai tak terjawab soalan-soalan cepu emas dan bertatahkan berlian dia. Hu hu hu...
Apa nak buat? Payah tak payah kenalah hadap. Dah namanya berjiran. Adatlah tu berjiran kan? Sebab nak kekalkan hubungan baik dan tidak mahu bermasam muka dengan jiran tetangga. Telan ajerlahm redha ajerlah. Biarlah kita yang mengalah. Ikut jer "flow" dia.
Ha ha ha, yang kelakarnya kadang-kadang tu boleh sampai kalau nak keluar tunggu dia tutup pintu, tingkap segala bagai. Maknanya mungkin berehat dan tidur ler tu. Kalau nak beli barangan rumah contohnya perabot, kena susun atur waktu penghantaran semasa dia tiada di rumah. Kalau nak jemur kain, tunggu dia sibuk di dapur. La la la la la.
Bukannya suka-suka yer tak? Kadang-kadang tu terpaksa untuk elakkan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Kalah FBI tau tak?
*Ini sekadar coretan maya yang mungkin terjadi di alam realiti. Bukannya merujuk kepada mana-mana pihak yer? Harap maklum... Hu hu hu... Tapi rasa-rasa wujudkah jiran berfikiran dan berkelakuan begini?