Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Kedai Pheromone | Minyak Pengasih Moden??? Jom Baca Ini...

$
0
0
Sumber dari SINI
Ini BUKAN SIHIR!!! Ini BUKAN UBAT PERANGSANG!!! Jangan salah sangka dan jangan salah anggap ok??? Takkanlah Farah nak berkongsi perkara-perkara khurafat pula di dalam Bubblynotes.Com dan Farah sendiri tak percayakan perkara-perkara seperti sihir dan juga perkara-perkara khurafat ni oiiii.... Cukuplah dengan dosa-dosa yang ada... Itupun tak terpikul dah, inikan pula nak lakukan sesuatu yang bertentangan dengan syarak dan juga boleh memesongkan akidah. 

"Chill"...baca dulu sehingga habis yer sebelum membuat sebarang kesimpulan dan juga tanggapan. Lebih baik membaca sehingga habis sebelum memberikan sebarang kesimpulan. Ini mungkin bermanfaat dan juga berguna bagi anda di luar sana yang mungkin memerlukan? Siapa tahu kann??? 

Terlebih dahulu, Farah nak terangkan mengenai perkataan PHEROMONE tu terlebih dahulu kepada anda... 

Apa Itu Pheromone???

Aroma atau bau-bauan adalah sesuatu yang memainkan peranan yang besar di dalam daya penarik. Ok contohnya, Farah pernah kongsikan di dalam entri Farah dahulu sewaktu Farah terpaksa meninggalkan Ash  semalaman disebabkan Farah terpaksa menguruskan serta menghadiri acara "team building" syarikat Farah bekerja pada bulan April 2015 yang lepas, yang mana konon-kononnya nak hilangkan "homesick" ataupun rindu kepada anak Farah telah membawa sehelai baju Ash yang tidak berbasuh. Boleh rujuk entri Baju Iman Ash Sebagai Pengubat Rindu... ... Semata-mata kerana apa? Kerana nak bau badan Ash... 

Diulangi sekali lagi, PHEROMONE BUKAN SIHIR dan PHEROMONE JUGA BUKAN UBAT PERANGSANG... Pheromone adalah lebih dari apa yang anda bayangkan.. Contoh lain??? 

Bila kita berada jauh dengan keluarga, kita rindukan suami, kita rindukan isteri, kita rindukan anak, kita akan cepat-cepat menghantar mesej ataupun telefon. Kalau nak puas hati lagi... terus "video call"...supaya dapat tatap wajah yang tersayang. Tetapi puas tak hati? Selagi tak berjumpa selagi tak dapat memeluk mesti tak rasa puas hati. Kalau hilang pun cuma seketika jer kannn??? Lepas tu bila dah balik, sampai-sampai rumah jer, suami atau isteri atau anak sudahpun tidur. Perasaannya pada ketika itu legaaa...

Walaupun tak dapat bercakap, tak dapat memeluk, tetapi disebabkan pheromone suami atau isteri atau anak tersebar  di rumah, itulah yang membuatkan anda berasa sangat-sangat lega. "Home where the heart is"... :-)

Pheromone setelah diuji pada setiap spesies dari serangga sehinggalah ke reptilia, digunakan sebagai daya tarikan seks. Pada asasnya, pheromone adalah isyarat tarikan seksual bawah sedar ("sub-conscious mind"). 

Sebuah struktur khas yang terletak di bawah dalam hidung yang disebut VNO (Vomeronasal Organ) bertugas mengesan molekul pheromone yang tidak berbau, yang terjadi melalui keringat atau urin. Namun demikian, organ VNO ini hanya ada pada sekitar 80% manusia. Sejumlah pengkaji mendapati organ ini tidak berguna disebabkan ianya tidak terpakai selama berabad-abad. Namun para pemikir berpendapat sebaliknya.

Isyarat-isyarat pheromone yang dikenali oleh organ ini kemudian dihantar melalui saraf tertentu ke satu bahagian otak yang dikenali sebagai hypothalamus, sebuah kawasan yang dikenalpasti  untuk mengubah emosi, hormon, reproduksi dan sudah tentu sahaja perilaku seksual. 

Sumber dari SINI
Terdapat 3 jenis pheromone pada manusia yang telah dikesan, antaranya:

Androstenol & Androstenone
Dua pheromone ini, terdapat di permukaan kulit lelaki dan wanita. Terjadi manakala kimia peluh berinteraksi dengan bakteria. Kedua pheromone ini, diyakini berperanan penting terhadap daya tarikan manusia, lelaki dan wanita. 

Perbezaan di antara keduanya adalah bahawa androstenol dapat mempengaruhi kesan terhadap daya tarik wanita, kecerdasan dan percaya diri seorang lelaki. Androstenone, diyakini berperanan 'serangan dan dominasi lelaki'. Para wanita tertarik kepada lelaki yang mengeluarkan pheromone ini dalam jumlah besar, sementara lelaki lain pula berusaha untuk menjauhinya. Ha ha ha, jadi tak perlu risau pada tarikan kaum sejenis yer? 

Copulins
Dikenalpasti secara eksklusif pada kawasan "V" wanita. Aromanya dapat meningkatkan tahap testosteron lelaki, khususnya ghairah seks dan secara positif berlaku terhadap ketertarikan wanita terhadap lelaki yang dituju. 

Walaupun kita secara semulajadi memiliki pheromone, namun disebabkan kita mandi, memakai wangian "cologne", serta faktor usia dan pakaian, membuatkan pengeluaran zat ini sukar bekerja secara optimal sehingga membuatnya tidak mudah dikesan. 

Sumber dari SINI

Sumber dari SINI

Sumber dari SINI

Sumber dari SINI

Sumber dari SINI
Dengan kemajuan bioteknologi yang dapat anda lihat sepertimana gambar yang Farah kongsikan di atas, apabila disapukan ianya mampu... 
  • meningkatkan komunikasi dari para wanita (jika pemakainya lelaki), dari segi lirikan mata, senyum, dll.
  • peningkatan kualiti seks terhadap pasangan.
  • meningkatnya ghairah seksual.
  • lebih dihargai kaum lelaki.
  • hubungan professional yang lebih baik.
  • meningkatnya kualiti percaya diri.
Bukan sekadar semata-mata untuk meningkatkan kualiti hubungan peribadi, ianya juga bermanfaat kepada ahli perniagaan, mereka yang terlibat dengan "sales & marketing", pelajar, pensyarah, pekerja pejabat, yang ingin menarik perhatian orang-orang sekeliling, yang belum berkahwin dan ingin mencari pasangan hidup dan semestinya yang sudah berkahwin yang mana ingin memikat suami ataupun isteri. 

Di Malaysia, penggunaan pewangi pheromone sudah mula mendapat perhatian dan ada tempatnya yang tersendiri di pasaran. Tidak percaya??? Boleh rujuk segala testimoni di pautan INI. Jangan pandang serta berfikiran negatif yer? Yang Farah kongsikan adalah mungkin bermanfaat untuk sumber rezeki dan bukannya sihir. Ianya penghasilan "scientific"... Teknik sains ok teknik sains!!! Sebab tu Farah kata baca sehingga habis!!! 


Untuk Maklumat Lanjut:





WeChat ID:
kedaipheromone

What's App:
013 | 3377 695

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928