![]() |
Source Extracted from Google |
Lama sudah tak buka "beauty parlour" atau berangan2 menjadi Cikgu Kecantikan di Bubblynotes... Hari ni tergerak hati kembali nak berkongsi "beauty tips" dengan kawan2... Tak adalah kata cara saya ni betul 100%, tapi cuma nak berkongsi, inilah yang selalu saya lakukan bila nak mencuci solekan di muka...
#1: CUCI TANGAN
Selalunya sebelum membersihkan muka, memakai solekan atau memegang muka saya, saya akan cuci tangan dulu. Ini semua disebabkan tanpa disedari, sangat banyak bakteria yang menempel di tangan kita dan jika tidak dibersihkan, bakteria dan kotoran tersebut boleh berpindah kepada muka. Gunakan sabun antibakteria dan cuci tangan secara pelahan dengan air panas suam.
#2: IKAT RAMBUT
Bila kita ikat rambut, muka lebih mudah untuk dibersihkan dan kita juga akan terhindar dari sebarang kotoran yang mungkin melekat pada rambut.
#3: BERSIHKAN SOLEKAN
Bersihkan solekan dengan menggunakan "makeup remover" sebelum mencuci muka, supaya lebih bersih. Pilih "makeup remover" berformula lembut yang sesuai dengan kulit kita. Bersihkan bahagian mata terlebih dulu sebabnya, selalunya bagi sayalah, solekan di bahagian mata tu memang lebih sikit... ^_^... "Brow Liner, Eye Shadow, Eye Liner dan Mascara".
#4: BASAHKAN MUKA
Percikan sedikit air panas suam ke muka supaya pori2 lebih terbuka. Dengan cara ini, pembersihan dapat dilakukan dengan cara yang lebih mendalam.
#5: GUNAKAN SABUN MUKA
Letak sedikit pembersih di telapak tangan atau span. Gosokkan di telapak tangan hingga berbuih, dan usapkan secara lembut dengan jari2 tangan atau span ke seluruh muka, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Pijat lembut muka dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Yang saya selalu buat, lepas dah gunakan sabun muka ni, saya tak terus bilas, saya biarkan sekejap formula pembersih tu meresap ke dalam kulit selama beberapa minit...1-2 minit.
#6: MEMBILAS
Basuh muka dengan air beberapa kali sampai sisa2 sabun tak terasa lagi di muka. Gunakan air sejuk supaya pori2 tertutup dan melancarkan sirkulasi darah. Lepas tu lap dengan tuala bersih.
#7: GUNAKAN "TONER"
Siapa2 yang ada muka yang berminyak, sangat digunakan untuk menggunakan "face toner" selepas mencuci muka. "Toner" berfungsi membersihkan sisa solekan, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan sabun muka. "Toner" juga berfungsi untuk mengecilkan pori, menghilangkan minyak. Gunakan kapas bila pakai toner.
#8: LEMBAPKAN KULIT
Sapukan "moisturizer" atau "face cream" berbahan dasar air setiapkali selesai membersihkan muka supaya muka selalu terjaga kelembapannya dan pakai yang bersesuaian dengan kulit yer.
Bagi saya sendiri, memang dah bertahun2 dah amalkan step by step ni, dan hasilnya muka rasa sangat segar lepas tu... Seronok je rasa dan kalau nak tidur tu rasa nyaman jer... Jangan tidur atau biarkan muka yang bersolek macam tu saja tanpa dibersihkan, sebab muka pun perlukan oksigen juga, nak bernafas juga... Bila tak cuci solekan atau bersihkan solekan, esok2 jangan merungut kalau jerawat naik banyak yer? Tapi setiap orang ada cara mereka yang tersendiri kan? Ini adalah sekadar perkongsian tentang macam mana saya sendiri membersihkan solekan di muka saya... ^_^... Kalau rasa nak ikut dan baik, silalah...tapi kalau rasa tak setuju, jangan sekali2 ikut tau! Esok2 kalau apa2 jangan salahkan akak pula...he he he...