Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

RM1 Bersamaan Dengan??? Nilai Ringgit Malaysia...

$
0
0
Source Extracted from Google
Pagi2 dah bercerita tentang duit! ^_^... Bukannya apa, mentang2lah baru lepas siapkan "Travel Reimbursement and Expenses Claim" untuk Pink Panther... teringat pula nak bercerita tentang duit... Setakat main dengan "Currency Converter" ni dah biasa sangat dah... Al-maklumlah, Pink Panther selalu pergi luar... Singapore, Auckland, Sydney, India...dan seterusnya... 

Selalunya kita akan mula menyemak nilai mata wang sesuatu negara bila merancang percutian atau nak ke luar negara atas urusan2 tertentu, dan jarang kita nak ambil perkembangan jatuh naiknya nilai Ringgit Malaysia dari semasa ke semasa... Maksudnya ambil tahu nilai Ringgit Malaysia di sesuatu negara secara terperinci... Dan salah satu perkara penting sebelum pergi bercuti? melancong? ke luar negara atas urusan yang tertentu? kenalah ambil tahu dan semak nilai matawang... Tujuan? Semestinya nak merancang bajet perbelanjaan serta perjalanan... 

Untuk kawan2 yang merancang untuk ke luar negara dalam masa terdekat... bolehlah tengok2 nilai matawang Malaysia di beberapa tempat yang saya senaraikan ni yer... Dan ini adalah nilai setakat 6 September 2013 jam 12.11 AM... ^_^

RM 1 = EURO 0.2306
RM 1 = USD 0.3026
RM 1 = CAD 0.3177
RM 1 = GBP 0.1941
RM 1 = AUD 0.3314
RM 1 = Japanese Yen 30.2965
RM 1 = SGD 0.3874
RM 1 = Brunei Dollar 0.3876
RM 1 = Thai Baht 9.7862
RM 1= Phillipine Peso 13.4718
RM 1 = Indonesian Ruppiah 3360.3965

Pada siapa2 yang merancang nak berjalan dan ke luar negara tu bolehlah mula tinjau2 keadaan nilai matawang dan sediakan bajet yang diperlukan... Saya cuma senaraikan beberapa negara saja... Dan kalau nak tengok negara2 lain yang tak tersenarai di atas, bolehlah melawat ke "website" yang selalu saya gunakan sebagai rujukan... iaitu YAHOO CURRENCY CONVERTER - Yahoo Finance...

*Bulan September 2013 ni memang jenuhlah nak buat pengiraan (macamlah manual kan? walhal boleh jer rujuk kat Yahoo tu dan kiraan akan dibuat secara automatik)... Sebabnya bulan ni adalah bulan "travel" Pink Panther...Pastinya "claim" bulan ni melonjak dengan jayanya... ^_^ Seronok tengok angka serta jumlah yang besar tu... (macam kita aje yang dapat "claim" tu kan?)...ekekekeke.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles