Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Tamatlah Sudah Riwayat "Tablet" Ash...

$
0
0

"Tablet" ni rasanya tak sampai setahun pun lagi usianya... Tetapi, semalam dah tamat dah pun riwayatnya... Muahahaha... Ya ampunnn Ashhh... Dibalingnya "tablet" tu sebab angin satu badan sebab tak dapat buka aplikasi yang ada di "tablet" Farah untuk dia... Alaaa... Mummy tak sempat lagi nak muat turun dalam "tablet" Ash... Kejadian berlaku sewaktu Mummy tiada di rumah... Apo nak dikato? Tak mampu nak kata apa-apa... 

"Tablet" ni Nek Ma Ash dan Atuk Ash yang belikan. Kalau ikutkan Mummy, memang taklah nak membeli untuk Ash. Pakai ajer yang Mummy punya... kita kongsi... Dari beli untuk Ash, baik beli untuk Mummy yer tak? Ahakss... Walaupun harganya sekadar RM 129.00 tetapi tetap ralat juga, sebab macam mana pun... duit kan? Sayanggg... Tapi, memang tak boleh nak buat apa dah... selepas Ash baling "tablet" tersebut... terus bunyi berdesir dan skrin gelap untuk seketika. Buat apa pun tetap tidak berfungsi... 

Biarkan seketika dan cuba buka kembali... harap maaf walaupun skrin telah menyala seperti biasa tetapi fungsi skrin sesentuh telah tiada... sentuhlah berjuta kali... memang tak jadi apa pun... Apa yang berlaku ini telah disampaikan kepada Abah Ash... Komen Abah Ash ringkas jer... "Adalah yang diikutnya tu, bila angin jer habis barang dilempar..."... Sambil gelak-gelak... Ahakss... "uolss" agak siapa? Abah Ash ke Mommy Ash? Kalau betul teka Farah belanja makan aiskrim Magnum... ekekekeke... 

Dah rosak ni? Dah tamat riwayatnya ni, nak gantikan yang baru ke? Jawapannya... entah belum ada keputusan lagi... Denggg... Kita tengoklah nanti macam mana... Phewww... mujur bukan iPad ataupun iPad mini ataupun tablet Mommy mencari rezeki... kalau tidak... mau termenung panjang Mommy kan??? Ihikss... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles