Memang tak akan "publish" komen ini, memang tak akan sampaikan atau sebarkan sebarang nama pengomen dan juga nombor telefon. Maaf... Banyak lagi caranya untuk mencari rezeki... bukannya dengan cara berjudi... Saya percaya, Allah SWT ada bahagian rezekinya yang diagihkan untuk setiap hambaNya mengikut kehendakNya.
Sepanjang ber-blog... Inilah pertama kali Bubblynotes.Com menerima komen bagi satu-satu entri yang sebegini rupa. Mohon faham dan mohon jangan ulangi lagi sesiapa pun, kerana tindakan anda meninggalkan komen berbaur mengajak orang lain ke arah lembah perjudian tidak akan saya paparkan sebaliknya terus ditandakan sebagai "spam". ^_^... Iya anda mungkin mempunyai niat "ikhlas" untuk membantu mereka yang memerlukan... tetapi ini bukan caranya dan berjudi untuk mendapatkan duit serta menggunakan khidmat ramalan ataupun seperti yang kita ketahui ngangkung adalah haram kan?
Bermain nombor ekor adalah salah satu bentuk perjudian yang hukumnya HARAM. Berdosa bagi orang yang terbabit dengannya. Jika menang duit itu tetap haram walaupun ia ditukar dengan duit simpanan bangsa lain yang berlainan agama. Keadaan ini tidak mengubah hukum haram menjadi halal.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya." (Hadis riwayat al-Tirmizi).
Sumber: SINI
Maaf saya tidak berminat... Dan saya tidak akan paparkan komen lengkap anda di entri saya untuk tatapan orang lain dan juga kegunaan orang lain. Biar terdesak bagaimana sekalipun kehidupan kita, susah bagaimanapun kehidupan kita, yakinlah sebagai Muslim, Allah SWT ada peruntukkan rezekiNya untuk kita mengikut kehendak serta keizinanNya... serta bahagian rezeki kita sebagai hamba Allah SWT tetap masih ada... berusaha dan carilah rezeki yang diberkati Allah SWT... In Shaa Allah... Amin...