2 hari yang lepas kot? Terserempak dengan "postings"Ayue Jean di Facebook tentang Lesen Memelihara Kucing 2015 ni. Hari tu, kecoh dengan isu Lesen Memancing yang mana dikatakan bahawa setiap pemancing mesti mempunyai lesen untuk memancing. Tup tup tup, timbul pulak kisah tentang Lesen Memelihara Kucing 2015.
Tapiii... terjumpa pulak "postings" yang mengatakan berita mengenai Lesen Memelihara Kucing 2015 ni adalah fitnah.
Menurut sumber di SINI. Lesen Memelihara Kucing Tahun 2015 TIDAK BENAR. Dimaklumkan bahawa Jabatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi MEWAJIBKAN lesen memelihara kucing mulai tahun 2015 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Begitulah penjelasannya... tapi memang logik akal jugalah kalau AJ si pecinta kucing tu risau... Sebab berpuluh-puluh ekor kot AJ bela... Hu hu hu... Kalau-kalaulah terjadi juga... Masak ooo... bukan murah pulak tu harganya... Bila dah disahkan tidak benar tu, makanya AJ bersama-sama pencinta kucing yang lain bolehlah menarik nafas kelegaan kaedahnya. ^_^...