Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Banjir Besar Pantai Timur: Adakah Telah Diisytiharkan Darurat Di Pantai Timur?

$
0
0

Gambar-gambar ini semua Farah pinjam dari rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang berkongsi. Pagi tadi seawal 9.05 pagi Farah ada terbitkan entri bertajuk Fenomena "New Moon" Cetus Banjir Besar? dan sekali lagi di dalam entri ini Farah berkongsi tentang banjir besar yang melanda Pantai Timur. 

Menurut adik beradik blogger Farah, Eraz Fadli yang tinggal di Kota Bharu, air sudah sampai di hadapan Bazar Tok Guru dan air dah nak sampai UiTM Kota Bharu. Walaupun Farah tak terlibat sebagai mangsa banjir tetapi Farah pun turut rasa cemas dengan perkembangan semasa ni. Ada juga yang dah terputus hubungan dengan ahli keluarga di sana. Farah dapat bayangkan dan Farah faham perasaan itu walaupun tidak melalui. 

Air makin naik khabarnya... adakah darurat telah diisytiharkan? Cuba juga mencari informasi terkini... Tetapi menurut Astro Awani 2 jam yang lalu... Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan belum ada cadangan isytihar darurat  di Kelantan. Boleh baca berita selanjutnya di SINI.

Mari kita sama-sama terus berdoa untuk mereka-mereka yang berada di pantai timur... #prayforpantaitimur... Walaupun di luar bersama Ash sekarang ni, Farah tak terlepas mengikuti perkembangan semasa mengenai banjir besar ni... tak kiralah dari "group What's App" ke, Astro Awani melalui Astro On The Go ke... sebab? Bukan sibuk tapi negara kita Malaysia kot? Rakyat kita Malaysia kot? Secara semulajadinya dan logikalnya setiap manusia mempunyai perasaan ihsan dan juga perikemanusiaan itu... 

*Peringatan Allah SWT kepada kita semua... Tahun 2014, begitu banyak tragedi yang melibatkan Malaysia... Jelas di mata semua... Allahuakbar...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles