![]() |
Sumber dari Google |
Sebenarnya, cerita ni sepatutnya dikongsi beberapa minggu lepas. Tetapi dek kerana sibuk dengan urusan-urusan hari-hari terakhir di pejabat lama, Farah pun dari sehari ke sehari semakin terlupa. Hik hik hik. Ini baru teringat balik ni. ^_*...
Beberapa minggu yang lepas, secara tak sengaja Farah tertekan saluran TVIQ ke apa entah, yang berkaitan dengan pendidikan ni. Hu hu hu... Ingat-ingat lupa dah. Selepas tu, ternampak pulak rancangan kanak-kanak genius yang seorang ni... Jadinya termelekat pulak di depan kaca TV tu... Ngeee...
Menarik!!! Walaupun dah berlalu jauh dah zaman-zaman persekolahan dan belajar itu, tetapi Farah tetap berminat nak ambil tahu. Yer lah, Farah pun ada Ash kan? Satu hari nanti Ash akan bersekolah, akan belajar seperti kanak-kanak lain. Makanya sebagai ibu memang seharusnya bagi Farah, Farah ambil tahu juga tentang skop pembelajaran dan perkembangan kaedah pengajaran serta pendidikan di Malaysia pada waktu yang terkini dari semasa ke semasa. Nak kata genius tu tidaklah... Farah manusia biasa yang menimba ilmu dan cuba aplikasikan seperti orang lain juga. Tapi Alhamdulillah, ilmu yang pernah dituntut sewaktu zaman persekolahan dab universiti membawa Farah ke hari ini. Segalanya dengan izin Allah SWT, milik Allah yang dipinjamkan dan syukran Allah... Errr... apasal jauh sangat topik ni? Muahaha...
Tau tak Farah sempat belajar apa dengan kanak-kanak genius bernama Adi Putra ni? Nak gelak pun gelaklah... Saja nak ambil tahu untuk kegunaan di dalam pembelajaran Ash di masa akan datang... bukannya belajar sebab tak hafal sifir ok? Heyyy... hari-hari "I is" kena baca sifir depan Atuk Ash masa kecik2 dulu ok. Makanya I hafal ok? Ha ha ha... Atuk Ash garang ooo... ok ok dah... main main pulak bercerita yer... Farah sempat belajar kaedah mendapatkan jawapan bagi sifir 9... kaedah mudah dan alternatif gitewww... Tapi berkesanlah...
Ha ha ha siap buat latihan "uolss"... tapi lebih kurang gitewlah seperti yang diterangkan oleh Adi Putra di dalam rancangan TV tersebut. Lepas tu cuba bereksperimentasi sendiri dengan figura di bawah...
Yang jadi lebih menarik... tekan-tekan kalkulator untuk semak jawapan... memang tepat... hik hik hik... Tiba-tiba rasa semakin seronok bermain dengan nombor dan tiba-tiba rasa memang nak dapatkan juga buku Seni Matematik Islam oleh Adi Putra. "Aunty" nak tuisyen dengan Adi, formula-formula Adi supaya boleh ajar adik Ash. #ehhh... Ha ha ha...
![]() |
Sumber dari Google |
Bila dah tertarik dan menarik... memang gigihlah kan mencari... ^_^... In Shaa Allah... ada rezeki dapat jugak nanti nak "study" untuk Ash... Err... sebenarnya Farah pun suka jugak... ekekeke... bermain dengan figura dan formula... ^_*