Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Risau Anak Belum Boleh Berjalan???

$
0
0
Errr...Farah ke yang risau? Taklah bukanlah, bukan Farah...Farah ok jer "uolss" dan "chill" ajer... Sebab Ash memang di dalam proses dah tu.. Tak percaya? Cuba tengok dia sibuk meniti di "tv console" tu...Ekekekeke... "steady" tak "steady" dia? Santai jer kan? Gaya macam dah pandai berjalan betul tapi tak sebenarnya, sibuk nak berpaut dan sibuk jalan sambil pegang "tv console" ataupun sofa... Lagi sebulan dua oklah tu... (sasaran Mummy dia lettew)...ekekekeke.... 

Cumanya bila tengok gambar Ash yang ini... dan terserempak dengan satu persoalan keibubapaan dari seorang ibu ataupun bapa yang mana... beliau risau apabila anak lelakinya yang berusia 1 tahun 6 bulan masih belum mampu berjalan sedangkan kanak-kanak lain yang seusia dilihat telahpun berlari. Beliau juga berkira-kira nak bawa anak lelakinya itu berjumpa doktor untuk dirujuk ke bahagian fisioterapi. Hu hu hu, sebagai ibu bapa memang kita kena perhatikan dan risau tapi tak perlu risau melampau. Tenang tenang... Sebab kalau terlalu risau apa pun tak boleh jadi...betul tak? Hurmm...

Dan jawapannya dari SINIadalah...

Jika kita melihat kepada perkembangan normal kanak-kanak, mereka akan mula berjalan daripada umur 10 bulan dan setahun. Namun begitu jika anak lambat berjalan, mereka seharusnya sudah boleh berjalan apabila mencecah usia 18 bulan. Bagi kes di atas, sememangnya perkembangan anak tersebut lambat sedikit kerana masih belum berjalan pada usia tersebut.

Jika kanak-kanak diletakkan di dalam “walker” , perkembangan motor mereka mungkin akan lambat sedikit. Namun begitu anda harus membawa anak untuk berjumpa dengan doktor bagi memastikan tiada masalah lain yang menyebabkan perkembangan yang agak lewat ini dan untuk mendapat rawatan selanjutnya seperti rawatan fisioterapi.

Info:

Menurut Dr Brenda J Shield, "Baby Walker" sebenarnya tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan, malah melambatkan kanak-kanak itu belajar berjalan akibat perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang.
Berguling, duduk, merangkak dan bermain di lantai sebenarnya mengajar kanak-kanak asas untuk berjalan.
(Kajian :   Petridou, E. et al (1996) Hazards of baby walkers in a European context. Injury Prevention, 2(2), 118-120 )

Lain-lain cerita tentang "baby walker" yang Farah pernah kongsikan:


Tapi Ash duduk "baby walker"...he he he... setakat ni tak ada apa-apa masalah dan di usia setahun Ash dah mula sibuk untuk berdiri dan berjalan...Alhamdulillah... Cumanya Ash jarang jugak duduk di dalam "baby walker" tu, kalau Farah ada di rumah biasanya memang lepaskan dia dan bebaskan dia...supaya dia bergerak... Dia sendiri pun dah tak nak dah duduk dalam tu... Hu hu hu...Bila masukkan separuh badan ditonggengkan nak keluar... Dari bahayakan diri dia baik tak payah...hik hik hik...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928