Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Lelaki | Tips Berjambang...

$
0
0
Sumber Dari Google
Sila besarkan imej untuk penampakkan imej lagi jelas lah ek? He he he... Tiba-tiba nak cerita pasal jambang jap... Walaupun Farah bukan lelaki...Ini semua kerana terbaca satu artikel di SINI. Kira-kira ini entri khas untuk lelaki lah ek? Yang wanita nak baca pun boleh... buat tambah ilmu pengetahuan dan bolehlah kongsi-kongsi bersama yang tersayang masing-masing yer...Hik hik hik... Mesti terkujat kesayangan-kesayangan masing-masing kalau tetiba berbicara tentang jambang ni...Wakakakaka...Tak pernah-pernah dibuat tetiba ajer... 

Beard atau facial hair dikenali sebagai jambang dalam definisi Bahasa Malaysia yang mana ianya merupakan rerambut yang tumbuh pada raut wajah lelaki. Ia sebenarnya berasal dari zaman purba lagi. Tapi ianya mula diterapkan kembali budaya menyimpan jambang apabila Presiden Amerika Syarikat pada abad ke-19 Abraham Lincoln mula mempamerkan budaya jambang dalam masyarakat bumi Barat.

Sekarang ni budaya menyimpan jambang sudah mula diterapkan semula di kalangan lelaki dan selebriti malahan di dalam Malaysia juga. Bukan tu ajer, bahkan ianya mula popular apabila adanya produk-produk khusus dalam mencantikkan dan sekaligus membantu dalam penumbuhan facial hair seperti produk BeardLord yang hari ini kian terkenal di negara-negara membangun termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Sila Google nak tengok produk ni ek? 

Contoh paling dekat... Wak Doyok...

Sumber Dari Google
Dengan penggunaan minyak dan wax khas untuk facial hair, ia akan kekal cantik dan kemas dalam masa sehari. Mungkin budaya jambang boleh dicuba untuk gaya yang lebih maskulin disamping menjaga kulit wajah dari sinaran terus cahaya matahari yang merosakkan kulit wajah. Tapi, kekemasan dan kebersihannya sila jangan ambil sambil lewa ek? Geli-lah Farah sebagai perempuan tengok kalau tak teratur dan kemas... untuk penampilan yang lebih berkeyakinan jugak kann? 

Menurut artikel INI tips untuk lelaki berjambang adalah...

POTONGAN
Biarkan jambang tumbuh lebih lama agar ia tumbuh panjang walaupun tidak seragam. Selepas itu barulah potong dan bentuk mengikut gaya yang diinginkan.
SYAMPU
Ianya sama seperti rambut. Cuci jambang dengan menggunakan syampu rambut agar kebersihannya terjamin dan tampak lebih sihat serta terjaga.

TRIM
Untuk mengelakkan jambang tumbuh bercabang seperti rambut, amalkan dengan memotong sedikit hujung pangkalnya sekali pada setiap 2 bulan. 

SIKAT
Kemaskan jambang dengan menyikatnya pada setiap hari agar ia kelihatan kemas dan tidak membuatkan orang sekeliling rasa tidak selesa dengan penampilan yang tidak terjaga.

MINYAK
Gunakan minyak atau produk yang khas untuk jambang dan misai dengan amaun yang sedikit di telapak tangan dan sapu menyeluruh pada jambang agar ia kekal cantik dan kemas.

Ha para lelaki sesiapa yang nak cuba berjambang dan tukar imej tu, bolehlah kot cuba-cuba amalkan tips-tips dan panduan ni? He he he... Tapi pastikan kemas dan bersih yer... *_^ 

*Kalau perempuan boleh jugak cakap...Yang penting diva.... tapi lelaki? Mungkin... Yang penting stylo kot?     

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928