Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

"Breastfeeding Bullies" | Sedikit Pandangan Serta Coretan...

$
0
0
Sumber dari Google
Nampak tak gambar yang dipinjam dari Kak Google di atas? Seorang ibu yang rasa rendah diri dan dipandang serong oleh kaum ibu-ibu lain yang mungkin menyusukan anak-anak mereka secara eksklusif melalui sistem penyusuan susu badan berbanding susu formula? Ohh! Sangat tipikal... Memang ini yang berleluasa terjadi sama ada kita sedari ataupun tidak. 

Oh ya, sebelum berbicara lebih lanjut dan panjang lebar tentang isu Breastfeeding Bullies ni... Entri ini sekadar menyatakan pandangan dan juga pendapat... Bukan sebab Farah emosi tak tentu pasal nak merentan atas sesuatu sebab yer? Tak ada masa mak nokss... Ha ha ha... Farah seorang yang berlapang dada dan liberal dan tak kisah pun apa pendapat serta pandangan orang bila Farah tak menyusukan Ash melalui sistem penyusuan susu badan...Sebabnya, bukan mereka yang hidup dalam hidup Farah dan mereka tak tau pun kisah dan cerita hidup Farah... Betul tak? Sekiranya ada yang nak pandang serong atau kecam ataupun nak kata yang bukan-bukan...dipersilakan dengan segala hormat... Farah bukan yang pertama terkena begini...ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang telah merasa bagaimana bahangnya bahana Breastfeeding Bullies ni ok? Malah ada yang lebih teruk sampaikan rasa rendah diri yang amat sangat... 

Apa yang buatkan Farah tertarik nak membebel tentang perkara ni? Semuanya semata-mata kerana terbaca entri Cik Siti kita di SINIhari ini...Hua hua hua...Selama ni perhati jer soh seh soh seh sana sini sinun... Tapi hari ni tertarik pulak nak main kupas mengupas ni, macam kupas mengupas kulit buah uolss... Jadi sebelum ada keterlanjuran bicara... Ya Ampunn wahai pembaca yer...tiada sekelumit pun niat di hati ini untuk membuatkan mana-mana pihak sentap atau tidak senang mahupun dengan entri ini ataupun dengan Farah... Hu hu hu... Tapi memang pastilah ada antara ibu-ibu yang menyusukan anak melalui sistem penyusuan susu badan yang sememangnya obses akan terasa hati serta marah bila membaca entri ini... Emosi tidak terkawal dan rasional namanya ni... Hu hu hu... Sabar, sabar, istighfar banyak-banyak yer... Kita di sini bukan nak bermusuhan atau bergaduh ok? Ini sekadar coretan maya berdasarkan pandangan serta pendapat peribadi...Masing-masing punya pandangan serta pendapat yang tersendiri... 

Mula-mula sebelum pergi lebih lanjut... Farah nak terangkan dulu apakah maksud Breastfeeding Bullies ni sepertimana yang telah diterangkan oleh Cik Siti di dalam entri beliau pada hari ini... Breasfeeding Bullies ni merujuk kepada mak-mak yang menyusukan anak-anak masing-masing melalui sistem penyusuan susu badan dan terlalu taksub dengan breastfeeding sehingga ke tahap menghina mak-mak yang memberi anak-anak minum susu formula kepada anak-anak sama ada secara sedar ataupun tak sedar. 

Memang dalam Islam sendiri disarankan untuk menyusu anak sehingga cukup 2 tahun atau setakat mana yang termampu dan banyak pun diceritakan di dalam Al-Quran...antara contohnya... 

"Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu" - Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Dan antara manfaat serta faedah breastfeeding ni adalah... 

Sumber dari Google
Sumber dari Google
Tiada siapa menyangkal kelebihan dan manfaat susu ibu ni. Farah sendiri tak menyangkal atau menentang tentang susu ibu. Itu adalah hakikatnya yang kita semua kena terima.

Cumanya, dalam masa yang sama... bak kata Cik Siti "kita juga kena faham tak semua ibu yang dikurniakan rezeki untuk menyusukan anak. Ada yang dah usaha macam-macam, beli pam mahal, makan supplement, "power pumping" tapi masih tak mampu sediakan susu yang secukupnya untuk bayi. Langkah terakhir, kenalah bagi juga susu formula. Takkanlah nak biarkan anak kelaparan semata-mata nak mempertahankan pendirian nak juga breastfeeding anak sebab semua orang sekeliling kita semua breastfeed anak. On the other hands, there are mothers who choose not to breastfeed pun ada. Just leave it to them lah kan? Kita tak tau apa masalah orang so lets not simply judge others dengan kecaman seperti... Oh siapa tak breastfeed anak, tak sayang anak... tak breastfeed anak, nanti anak tak pandai, susu tak cukup maknanya malas nak usaha..."Farah tambah sikit... "tak breastfeed sebab takut payudara geleber dan melayut"... dan segala bagailah kan? Kata-kata negatif ni kalau nak difikir memang banyak dan pelbagai...Begitu mudahnya membuatkan orang lain terasa dan begitu mudahnya membuat andaian serta riak serta bongkak dalam kesamaran... Mungkin pada kita tidak? Tapi pada orang yang mendengar? Pada orang yang membaca? Sebab tu dah kata, hati-hati dalam setiap perkataan dan perbuatan...fikir panjang...bila orang kembali membalas, kita pula janganlah cepat melatah...fikir dulu apa yang telah kita lakukan... dan mungkin kesilapan ada juga datang dari kita jugak... Jangan terlalu mudah untuk tunding jari kepada orang lain tanpa dapat menerima kesan dan akibat "cause and effect"lontaran kata-kata atau andaian kita sendiri.

Bagus! Farah puji pada ibu-ibu yang berjaya susukan anak-anak masing-masing ke satu tahap umur. Suka dan syukur Alhamdulillah untuk semuanya... Dan bagus sekiranya niat murni semua orang yang menyusukan anak berkongsi semata-mata nak jadi pengerak semangat kepada ibu-ibu lain. Cumalahhh...kadang-kadang tu...bak kata Cik Siti... mungkin ibu-ibu yang menyusukan anak-anak melalui susu badan ni tak perasan comments and remarks mereka tu sebenarnya boleh menyakiti hati ibu-ibu lain. Ada yang terlalu extreme dan obses sangat. Makanya berhati-hatilah tulis komen atau update status di FB ataupun apa-apa sajalah secara maya. Hu hu hu... Takut tanpa disedari entah berapa banyak hati yang kita dah sakitkan. Melainkan memang seseorang tu terlalu obses dan bangga sangat sampai tak kisah pun apa yang orang lain rasa. Ha macam tulah kaedahnya... Janji hati puas...

Farah tak perlu susun ayat sendiri lagi tentang apa yang Farah nak katakan ni yer...sebab Cik Siti telahpun suarakan secara maya... "come on yer peeps...Bukan susu badan semata-mata yang menentukan sel-sel otak anak kita berhubung ke tidak, kita pandai ke tidak, sihat ke tidak. Yes breastfeeding does help tapi it's only factor. Semua atas ketentuan Allah juga. Banyak lagi faktor lain, macam didikan kita, persekitaran dan sebagainya menentukan kelangsungan hidup anak-anak kita"

Tidak menyusukan anak bukan bermakna kita bukan seorang ibu yang sempurna untuk anak kita. Tidak menyusukan anak bukan bermakna kita hina di pandangan mata Allah SWT. Tidak menyusukan anak bukan bermakna kita bukan ibu yang baik ataupun penuh dengan alasan atau malas. Tolong jangan rasa rendah diri sesiapa yang tidak dapat menyusukan anak melalui sistem penyusuan susu badan yer? Memetik kata-kata Cik Siti lagi...setiap ibu memang nak berikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sebagai ibu kita melakukan yang terbaik mengikut kemampuan kita masing-masing. Sama ada kita menyusukan anak melalui sistem penyusuan susu badan ataupun tidak... kita sama-sama berjuang ketika hamil, ketika melahirkan anak-anak masing-masing... Kita masih seorang ibu. Tak perlu nak tertekan atau rasa rendah diri dengan pandangan orang sekeliling ataupun kata-kata orang sekeliling... Dan yang penting, sama ada menyusu melalui susu badan ataupun tidak, jangan menilai...jangan membuat andaian... jangan berkata macam-macam yang tak bersesuaian, jangan seolah-olah menghukum ibu-ibu yang tak menyusukan anak melalui sistem penyusuan susu badan. Tak payah nak hukum-hukum sangat deh... bukan kerja kita nak bagi hukuman kat orang. 

Masalah dalam dunia sekarang ni timbul sana sini sebab ramai sangat yang tak sedar dalam kenyataan yang dikeluarkan terpalit bersama andaian, hukuman, sindiran dan kecaman. Tapi bila ditegur tak mengaku... berlapang dada-lah... Tak salah memberi semangat, tak salah memberi nasihat, tak salah obses dengan penyusuan ibu... Bagus teruskan... Farah pun kagum dengan semangat tu...Tapi bersederhanalah dalam menyampaikan...jaga setiap kata-kata ataupun taipan alam maya tu...

Kepada semua ibu-ibu yang sering rasa down kerana pandangan masyarakat serta pendapat masyarakat tu mengenai isu susu ibu ni... Wake up! Cheer up! Mungkin untuk anak yang ini bukan rezeki, mungkin akan datang siapa tahu kan? Fikir positif, jangan terlalu mudah terasa... Berlapang dada dan terima... Itulah masyarakat... Ingat satu perkara...tak luak apa pun, kalau mereka kecam sebegitu atau kita terasa dikecam... Kerana kita yang membesarkan serta menjaga dan menghidupkan anak kita... bukan mereka... Hanya kita yang tau permasalahan sebenar kita... So, let it be... 

Oh ya nak bagi tau...Farah pun tak menyusu badan masa kecik-kecik dulu...Alhamdulillah masih menjadi manusia dan diberikan kesihatan tubuh badan oleh Allah SWT...Syukran Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah! ^_^ Hik hik hik... Jangan marah daaa.... 
*Ya Ampunnn, kalau ada yang sentap dan terasa, bukan niatku seperti yang dinyatakan tadi masa mula-mula entri ni... sekadar coretan serta ulasan berdasarkan apa yang terjadi di sekeliling dan juga hasil pembacaan... Andai ada yang emosi...Maafkan daku yer...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928