Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

'Parenting Blogger' Apa Yang Boleh Dan Tidak?

$
0
0


Bila duduk-duduk sendiri, bila memandu kereta sendiri, kadang kala ada terlintas dan ada terfikir, sampai bila agaknya Farah akan terus ber-blog dan sampai bila agaknya Farah akan "expose" Ash di dalam blog dan juga media sosial? Katanya "parenting and lifestyle blogger" kan??? Setiap bait penceritaan pasti melibatkan Ash, setiap potret kegembiraan pasti melibatkan Ash. Setakat ini, maklumat peribadi seperti lokasi masih lagi dijaga rapi. Seriau sebenarnya bila fikir-fikirkan balik tentang menjadi seorang "parenting blogger" ni... Sebab? "Parenting blogger tend to expose their children most of the time" demi menceritakan sesuatu, berkongsi sesuatu daripada pengalaman sendiri. 

"Which is"? Niat sebenarnya adalah tidak lain tidak bukan untuk: 
  • Berkongsi keterujaan pengalaman sendiri menjadi ibu ataupun bapa sambil-sambil mungkin apa yang diceritakan itu adalah sesuatu yang boleh dijadikan panduan yang mungkin dapat membantu ibu bapa lain di luar sana.
  • Mengaitkan penceritaan kita sebagai seorang blogger kepada pembaca dan menjadikan sesuatu informasi itu lebih menarik jika diisikan juga dengan kisah sebenar yang terjadi di dalam pengalaman kita sebagai ibu ataupun bapa. 
  • Pengalaman! Sebagai panduan kepada orang lain yang mungkin memerlukan sesuatu yang relevan untuk memahami atau mengetahui tentang keibubapaan. 
  • Mencoretkan kenangan dan menjadikan blog kita sebagai "the life diary" yang tak mungkin hilang ditelan zaman selagi mana kita tidak memadamkan blog kita. :-)
Bagus niat tu, tak salah mana pun... Intipatinya adalah perkongsian. Cuma setelah hampir 3 tahun menumpukan kepada "niche parenting" dan juga "lifestyle"... Farah sampai ke satu titik persoalan... "Sampai bila ko nak 'expose' anak ko?"... Perkongsian akan menjadi kurang garamnya, kurang rencahnya, kurang rasanya tanpa sesuatu yang terjadi kepada kita. Keterujaan bercerita itu menjadi lain. Cumanya, Farah hendak mengingatkan diri sendiri bahawasanya akan tiba satu ketika Farah perlu betul-betul tapis apa yang ingin dikeluarkan. Ini bermakna, maklumat Ash secara terperinci memang sentiasa perlu dilindungi. 

"Parenting blogger" apa yang boleh dan apa yang tidak boleh??? Demi??? Demi keselamatan anak-anak dan juga ahli keluarga... 

Perkongsian Itu Tidak Salah
Anak kita, cerita kita, suka hati kitalah! Iya itu memang tidak salah. Hak masing-masing. Gaya penceritaan masing-masing. Lenggok bahasa masing-masing. Farah pun boleh jadi tak berapa nak seronok kalau tak dapat nak kongsi gambar anak yang Farah lahirkan bila diri sendiri menobatkan diri sendiri sebagai "parenting blogger". 

Kongsilah apa jua yang ingin dikongsi. "It's a freedom of writing, a flare of writing". Cumanya, sukalah kiranya Farah ingin mengingatkan sentiasa diri sendiri bahawasanya: 

Jangan "Check In" Di Mana Lokasi Kita Berada Pada Waktu & Ketika Itu
Bukan bermaksud kita tak boleh "check in" langsung-langsung di mana lokasi kita atau ke mana kita pergi. Cumanya kalau kita berada di sesuatu tempat pada waktu dan ketika itu, jika kita muat naik gambar ke laman sosial tak perlu dan dan tu kita nak "check in" di mana kita berada. Selepas kita dah pulang ke rumah atau beredar dari tempat tersebut, barulah kita "check in" lokasi segala bagai. Ini bagi yang peduli, bagi yang tidak peduli terpulang kepada pendirian masing-masing. "But this is my standing"... 

Sejak kebelakangan ini, memang Farah praktikkan begitu. Setelah beredar dari sesuatu lokasi barulah Farah "check in" di media sosial. Uhukss konon-kononnya nahhh lihatlah dunia haku ada di sini. Dush dush dush. Farah memikirkan keselamatan kami anak beranak. Orang berniat tidak elok ni macam-macam perkara yang boleh mereka lakukan. Melainkan... Melainkan jika tuntutan tugas blog yang memerlukan Farah "check in" di satu-satu tempat... Itu memang tak boleh nak buat apalah kan??? 

Jangan Buta-Buta Kongsi Maklumat 
Ini sesuatu yang patut diambil serius... Iyalah kadang-kadang kita ni boleh jadi alpa. Disebabkan punyalah seronok nak berkongsi maklumat yang kita rasa boleh jadi berguna sebagai panduan orang lain. Ataupun kita terlalu teruja sangat. Kadang-kadang boleh jadi tak sedar kita berkongsi sesuatu yang mungkin membantu orang lain dengan mudah. Apa tu??? Nurseri mana kita hantar anak kita? Alamatnya... Pengasuh mana yang kita hantar anak kita? Nama kawasan perumahan kita... Kondominium mana kita tinggal? Nama penuh sekolah anak-anak kita... Contohnya Sekolah Rendah bla bla bla... Jika kita menghantar anak-anak kita ke sesetengah tadika yang banyak cawangannya... Boleh berkongsi nama tadika tu sebagai rujukan dan panduan... Cumanya jangan lokasi... Bahaya mendedahkan lokasi ni... Melalui nama penuh sekolah pun orang yang berniat tidak elok boleh mencari anak kita... 

Terlalu "Expose" Gambar Anak
Okkkk... Ini cakap diri sendiri lah ni. Tak cakap sesiapa pun dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Memang diakui, terlalu banyak lambakan gambar-gambar Ash di sana sini sinun. "Which is? I can't help it at times". Yang berlalu biarlah berlalu. Kesilapan masa lalu kita jadikan sebagai "benchmark" untuk memperbaiki ke keadaan yang lebih baik di masa hadapan. Jujur pada awalnya memang Farah dah merancang untuk mengurangkan kemunculan Ash di media sosial. Dulu teruja! Anak kan? Siapa yang tidak teruja. Semalamlah... Borak-borak di "group" What's App bersama ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Kawan-kawan ada pesan bahawasanya jangan selalu muat naik gambar anak kita kerana nanti orang boleh cam wajah mereka dan cari mereka. 

Kalau Farah kata Farah tak akan muat naik gambar Ash atau tempek gambar Ash di media sosial, itu satu pembohongan! Hipokrit sangat ok? Farah tau diri Farah sendiri... Farah pasti muat naik gambar Ash... Hua hua hua... Itu masalah yang Farah kena atasi! Farah kena belajar kurangkan secara perlahan-lahan untuk memuat naik gambar Ash di media sosial. In Shaa Allah, lama kelamaan nanti secara perlahan-lahan Ash cuma muncul sesekali jer di media sosial. Ha ha ha... Sedar-sedar... Tau tau dah bujang jer Ash... :-P... Penceritaan masih diteruskan di blog... Tetapi itu tugas Farahlah bagaimana ingin mencorakkannya nanti... Tugasan baru di tahun 2016... Kira-kira salah satu azam tahun baru lah ni... In Shaa Allah, amin... Lebih jarang muncul, lebih rindu kannn? Ahaksss.... 

Jangan War-Warkan "In Advance" Ke Mana Kita
Sedari dulu, Farah sememangnya akan menjaga satu perkara ini. Ke mana Farah akan pergi dan apa juga rancangan rekreasi, riadah ataupun percutian memang Farah sangat jaga. Farah tak akan gebang di media sosial terlebih awal, tarikh, lokasi ke mana yang akan kami tuju. Secara spesifik maksud Farah. Boleh bercerita ke mana rancangan kita, bukannya tak boleh. Cuma tak perlulah secara spesifik bagi Farah untuk nyatakan ke mana pada tarikh bila, pada pukul berapa... Rasanya kebanyakan ibu dan bapa pun begitu... Selalunya bila dah berada di sesuatu lokasi, barulah secara perlahan-lahan Farah dedahkan. Cuma Farah sendiri tengah latih diri sendiri... Untuk lakukan apa yang ingin dilakukan selepas segalanya berlaku... Jika sudah berlaku, ceritalah hingga ke langit biru sekalipun kan? Ingatkan diri Farah sendiri, jangan membiarkan keterujaan memakan diri sendiri... Hu hu hu... 

Biasalah kita manusia, ada ketikanya kita terlepas pandang disebabkan oleh keterujaan kita sendiri. Akan tetapi, (kaitan dengan gambar di atas yang menunjukkan jam... Ekekeke)... Akan tiba satu masa dan ketika, kita perlu betul-betul duduk dan berfikir tentang segalanya. Sentiasa ingatkan diri sendiri, jangan biarkan keseronokan mengancam keselamatan. Baguslah kalau dah sedar Pn. Farah oiiii... Ha ha ha... Jika ada yang Farah terlupa silalah ingatkan kerana Farah juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan... 

Dan akan sampai jua satu masa corak berblog perlu diubah demi kebaikkan semua pihak yer tak? Tahun 2016, In Shaa Allah, Farah akan mencuba lenggok yang baharu tanpa menghapuskan identiti Farah... :-)

Statik! Big Hero 6...

$
0
0
Sumber dari Google
Selepas melayan Tersuka Tanpa Sengaja dengan penuh emosi dan mulut yang bising semalam sebab masing-masing macam lembab nak ambil tindakam dan geram sungguh-sungguh dengan psiko si Katrina... Muahahaha... (jalan cerita)... Ash masih lagi tidak tidur... Dia memang macam tu! Bila hari Mommy cuti jer dia memang tau tau ajer tidur lambat. Tukarlah ke saluran 433, kononnya nak layan "movie". 

Selalunya dia akan merayap dan ada jer tugasan yang nak dilakukan dalam rumah tu. Buka jer saluran 433, muncul pula cerita Big Hero 6. Tiba-tiba dia menoleh ke arah kaca televisyen dan secara spontan dia ambil botol susu, bantal "papam" dan "cat" dia baring. Dia layan Big Hero 6. Jangkaan Farah sekejap jer tu. Tapi meleset! Selepas agak-agak lebih kurang 10 minit selepas habis menyusu dia masih lagi berbaring dan mata tertancap kejap pada televisyen tak lepas-lepas. Amboiii fokus sungguh. Statik! Jarang-jarang dia tonton "movie" begini... 

Ultraman dia memang tak minat! Madagascar pun memang sekejap jer dia tonton walaupun ada banyak karakter kartun haiwan. Akan tetapi yang ini seakan menarik minat dia. Oooo minat Big Hero 6 yer? Ha ha ha... Legaaa sekejap Mommy boleh meluruskan pinggang dengan aman. Ambil peluang ok? Jarang-jarang ada peluang gittew. Tonton Tersuka Tanpa Sengaja pun asyik tegak duduk sebab tonton sambil-sambil pantau Ash. Kali ni betul-betul dia bagi Mommy dia peluang meluruskan pinggang. Ngeee... :-). 

Sampai habis! Statik jer dia baring. :-P. Selepas habis "movie" tutup televisyen dan terus dia tidur sendiri. Dah puas lettew. Kalau selalu gini kan bagus? ;-P. 

Kerja Mommy Malam-Malam...

$
0
0


Waktu matahari memancarkan cahayanya menerangi alam, ha ha ha, ayat berbunga-bunga pula... Memang tak berpeluang nak sentuh langsung tablet dia. Sama ada dia sibuk dengan tablet dan tak beri Mommy dia pegang ataupun dia serta Mommy sibuk dengan aktiviti kami ataupun banyak lagi perkara lain nak dihadap selain dari tablet mahupun gajet. Pendek kata, selama mana dia berjaga selama itu jugalah memang tak akan ada ruang dan peluang nak kemaskini tablet dia. 

Bukannya terlalu memuakan anak dengan gajet. Bukannya terlalu memanjakan. Akan tetapi sesekali mengikut masa yang ditetapkan sahaja. Ash dengan gajet berjadual. Ada masa-masa yang tertentu dan ada had waktu yang perlu diikuti. Kadang-kadang tu adalah sedikit kelonggaran yang Farah berikan pada dia. Cumanya, Ash ni kalau dah kerap sangat menghadap aplikasi ataupun permainan yang sama berulang kali dia akan bosan. Hurmmm, mana-mana kanak-kanak pun begitu kan? 

Jadi Mommy kena serba buat, serba boleh dan serba tau di mata anak-anak. Muahahaha... Nak tak nak terpaksalah Mommy ni korbankan sedikit masa untuk kemaskini tablet dia seminggu sekali untuk memadamkan aplikasi yang dia sudah bosan atau sudah mula bosan. Kemudiannya "install" aplikasi yang baru. Kegagalan melakukan demikian akan mengakibatkan tablet itu menghadapi risiko untuk dibaling. Huh... Ajar juga dia supaya jangan baling tablet tu... Sayang oiii... Beli bukan murah... #ehhh silap... Bukan Mommy beli pun... Ngeee... Hadiah tu hadiah... Tapi tetap sayanglahhh sebab ada nilai sentimental di situ... ;-)... 

Waktunya nak kemaskini? Kerja Mommy malam-malam ler... Dia sedap ternganga mulut tidur, Mommy pula gigih kemaskini tablet dia... Pagi-pagi bangun... Tadaaa... Ada benda baru di tablet... Macam magis pula yer tak pada dia? Lepas tu gembiralah dia... Demi nak menggembirakan hati anak... Apa pun sanggup dilakukan... :-)... Jaga malam jadi burung pungguk pun berjagalah yer tak? 

*Kadang-kadang tu terlelap juga... Ahaksss 

Anak Menangis Bila Berus Gigi???

$
0
0
Sumber dari Google
Beberapa ketika dahulu, bila tiba waktu mandi, bila tiba waktu memberus gigi memang ada orang tu marah sungguh dan menangis. Paling dia tak suka adalah memberus gigi. Entah apa yang dia takut atau nak nangiskan pun Farah tak faham. Ha ha ha... Menangisnya macam kena marah atau kena cubit jer dalam bilik air tu walhal tak ada apa pun sekadar memberus gigi jer. Sekejap jer pun menangis tu. Bukannya lama. Habis berus gigi, habislah menangis sebab seronok dapat main air kan? 

Air dia suka! Tapi berus gigilah yang paling bercinta dan epik sekali. Puaslah dipujuk, puaslah dipasang macam-macam contoh di tablet mengenai gigi yang perlu diberus setiap hari mengikut waktu-waktu tertentu. Mommy peduli apa kan? Melentur buluh biarlah dari rebungnya... Nak didik anak ni ada masa-masa memang mencabar dan menduga. Yang penting kena sabar... Yang penting jangan putus asa. Berus tetap berus... Menangis atau tidak tetap Farah beruskan. Habis tu takkan nak biarkan gigi tu menguning dan ikut rentak dia ajer? Oooo tak boleh tak boleh... Sesetengah perkara kan kita tidak boleh terlalu mengikut rentak si anak? Kalau terlalu ikutkan esok lusa tulat yang parahnya kita. Ada sesetengah keadaan yang relevan bila ia berkaitan dengan kebaikan anak sememangnya kita sepatutnya bertegas. Walaupun anak itu masih kecil. Supaya dia faham dan supaya dia tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh. Apa yang harus, apa yang wajib, apa yang halal, apa yang haram. Juga faham erti disiplin, rutin serta tanggungjawab. 

Selama dari saat gigi sudah mula berbatang-batang sehinggalah usia mencecah 2 tahun, memang bergelut diri ini bila tiba waktu nak memberus gigi. Phewww... Mungkin pada ibu bapa lain "it's not a big hassle when it comes to tooth brushing". Tapi inilah pengalaman Farah... Kadang-kadang tu rasa nak angkat bendera putih pun ada. Ha ha ha... Tak angkat pun bendera putih tu! Tetap usaha juga nak berus gigi dia sampai berjaya. Macam mana pun tetap akan pastikan gigi tu diberus. Walau susah macam mana sekalipun. 

Sumber dari Google
Perbezaannya bila usia Ash dah cecah 2 tahun 1 bulan yang dapat Farah perhatikan serta nilaikan adalah, kini dia tidak lagi bergelut cuba melepaskan diri dari memberus gigi ataupun menangis kerana terpaksa memberus gigi! Sewaktu nampak Farah ambil berus gigi silikon dia, (masih lagi pakai berus gigi silikon buat masa sekarang untuk memudahkan kerja Farah dan ada juga berus gigi biasa), dia buka mulut tanda mengizinkan dengan rela tanpa terpaksa giginya diberus oleh Farah. Ngeee... :-)... Alhamdulillah. Satu perkembangan yang positif. Ada perubahannya dah. Selepas selesai dia pula ambil berus gigi dia yang biasa seperti berus gigi yang kita pakai hari-hari tu dan menggayakan cara memberus gigi pula. 

Dah faham hakikat yer Ash? Ha ha ha... Rupa-rupanya usaha yang satu ini membuahkan hasil! :-). Begitulah anak-anak kan? Berbeza pendekatannya di dalam mendidik. Anak itu lain caranya, anak ini lain caranya. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk memahami anak-anak masing dan ibu bapalah yang bertanggungjawab di dalam merungkaikan apa saja isu yang dihadapi ketika mendidik anak-anak dengan akal sendiri serta pendekatan yang paling bersesuaian dengan penerimaan anak-anak masing-masing. Tidak semestinya sesuatu cara itu berkesan pada anak orang lain akan berkesan pada anak kita. 

Apa yang buatkan Ash berubah? Ooo... Kami main permainan kreatif yang melibatkan lakonan sedikit seperti yang Farah pernah kongsikan di dalam entri  CREATIVE PLAY: Music, Movement & Drama | Recreating Experiences.. Olok-olok ala-ala bermain menggayakan bagaimana bila tiba waktu memberus gigi... He he he... Sekali dua kali, bila dia melihat Farah melakukan aksi memberus gigi, dia pun lama kelamaan mengikut dan mula faham secara perlahan-lahan... Iyalah dah jadi tugas ibu bapa memahamkan anak kan? Yang benda tu perlu... 

Selamat tinggal waktu-waktu yang sangat menyusahkan hati serta merisaukan hati Ash bila tiba waktu memberus gigi dan selamat datang ke alam memberus gigi yang menceriakan serta menggembirakan buat Ash! 

*Lega rasanya bila sudah tiada masalah buat Ash untuk memberus gigi lagi... :-)... 

BlogTouch Pro Memudahkan Pengguna iPhone dan iPad!

$
0
0
Ada orang kata, sekiranya anda adalah pengguna iOS ataupun iPhone atau iPad, ianya agak sukar untuk anda "update" blog. Tidak seperti pengguna android yang mudah sahaja, muat turun aplikasi Chrome kemudiannya sudah boleh "update" blog seperti paparan pada PC. Benarkah susah untuk "update" melalui iOS yang lebih dikenali sebagai iPhone ataupun iPad? Sememangnya jika anda pengguna iPhone ataupun iPad anda tidak mungkin dapat memuat naik gambar melalui iPhone atau iPad melalui "browser" Chrome mahupun Safari. Ini berdasarkan dari pengalaman sendiri. :-). 

Tapi kannn? Manusia juga yang mencipta iOS dan pasti ada jalannya bagi menyelesaikan masalah ini. Ahaksss tiba-tiba bermurah hati pula nak kongsikan jalan penyelesaiannya. Bukan lagak tetapi mungkin perkongsian ini berguna pada yang mungkin menghadapi masalah ini. Perkongsian dari pengalaman sejak melahirkan Ash dan terpaksa berubah angin kepada "update" secara "mobile"... Yang mana kemudiannya terus bergantung menyediakan entri-entri di Bubblynotes.Com semenjak skrin "netbook" secara tidak sengaja dirosakkan oleh Iman Ash. Sejak dari itu, "netbook" tidak pernah berganti kerana terdapatnya situasi kurang berkemampuan di situ... Muahahaha... Hari-hari dengan Bubblynotes.Com diteruskan dengan telefon pintar yang ada yang digunakan sebagai alat mengemaskini blog. Jika ada tugasan yang betul-betul memerlukan komputer, apa yang Farah lakukan adalah berkunjung sejenak ke kafe siber yang berdekatan. Begitulah resamnya orang bukan ada-ada dan membuat sesuatu mengikut kesesuaian. Alhamdulillah, Allah buka minda, buka mata, buka fikiran mencari jalan yang bersesuaian serta penyelesaian. :-). 

Jadi cara yang paling afdal? Cara yang paling bernas? 


Jika anda perasan melalui gambar di atas adalah aplikasi BlogTouch Pro. Ya, itu jugalah yang Farah gunakan untuk perkongsian ini. Bagi Farah ianya sangat membantu untuk orang seperti Farah ini. Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita yer tak? Pasti ada caranya untuk menyelesaikan masalah yang ada di hadapan mata. 

Sebenarnya ada 2 jenis aplikasi BlogTouch ini. Satu adalah aplikasi yang percuma yang boleh dimuat turun dengan "features" ataupun "interface" yang agak terhad. Satu lagi adalah aplikasi BlogTouch yang berbayar yang dinamakan BlogTouch Pro seperti yang Farah gunakan ini dengan "features" ataupun "interface" yang lengkap. Bayarannya cuma sekali, ketika anda memuat turun ke iPhone ataupun iPad anda iaitu sebanyak USD 4.99. Jika bukan kerana Bubblynotes.Com, Farah tak juga muat turun. ;-). Sedikit perkongsian mengenai aplikasi ini... 


Anda boleh melihat entri-entri yang telah dipaparkan di blog anda. 



Anda boleh mengemaskini blog anda dengan mudahnya tanpa sebarang masalah kerana anda telah disokong oleh pelbagai ciri-ciri sokongan yang bagi Farah adalah mesra pengguna. Segalanya ada, dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Jika niat sekadar ingin memastikan blog anda sentiasa diceriakan dengan entri-entri baru yang segar, In Shaa Allah, aplikasi BlogTouch Pro ini sangat-sangat membantu sebenarnya. Ciri-ciri sokongan yang dimaksudkan oleh Farah adalah seperti: 







Walaupun tidak menggunakan komputer tetapi anda masih boleh mengemaskinikan blog anda seperti anda menggunakan paparan skrin komputer. Jika selama ini, anda fikir sebagai pengguna iOS anda mempunyai batasan yang tertentu di dalam mengemaskinikan blog anda, sebenarnya inilah jalan penyelesaiannya. Cuma anda perlu melabur sebanyak USD 4.99 jika anda benar-benar merupakan seorang pecinta penulisan maya dan rasa ibarat hidup anda tidak lengkap tanpa mengemaskinikan blog anda. :-). 

Selain itu, sedikit perkongsian tambahan buat anda... Setiap entri yang anda sediakan, anda mempunyai pilihan sama ada ingin simpan entri tersebut secara "offline", "draft" ataupun terus "publish" ke blog anda. Pilihan itu bergantung kepada kesesuaian anda. 

Leceh ke? Jujur Farah katakan tidak bagi Farah. Farah sukakannya, jadi anda blogger pengguna iOS di luar sana, mengapa tidak kan? 

Dalam hidup ni, kalau kita benar-benar nekad mahukan sesuatu, tidak kira bagaimana sekalipun selagi tidak bertentangan dengan syarak, kita boleh berusaha sehabis boleh untuk dapatkan sesuatu itu. In Shaa Allah, setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaian dan selalulah ingat bahawasanya pemikiran yang positif membawa anda kepada jalan penyelesaian masalah yang anda cari. ;-). 

Love and Limits | Cinta dan Bahagi

$
0
0

Gambar lama... Walaupun kabur dan kualitinya agak tidak memuaskan tetapi Farah tetap suka gambar ni...Ha ha ha... Haruslah suka ! Ash cium Mommy tuh! Gambar yang paling sesuai buat masa dan ketika ini rasanya untuk ditempek ke atas perkongsian maya pada kali ini yang dipetik dari artikel yang ditulis oleh Saudari Suraya Ali melalui artikel beliau di SINI

Cinta Dan Bahagi
Membesarkan dan mendidik anak-anak yang sihat tubuh badan dan emosinya (mentally healthy) memerlukan resipi kasih sayang (loving), mendidik (nurturing) dan menghormati perhubungan ini (mutual respectful relationship).

Kasih Sayan (Loving)
"Loving" itu adalah menerima mereka seperti seorang individu. Individu yang memiliki kekuatan dan kelemahan. Loving is adjusting our expectation to fit our children, and not trying to adjust our child to fit our expectation. Jika ada perkara yang boleh diubah laras, ianya adalah "expectation" atau jangkaan kita dan bukanlah anak itu. 

"Loving" juga ialah mencari jalan untuk gembira (setiap hari). Tidak perlu sepanjang hari -  beberapa "moment" yang singkat seperti menggeleteknya, membaca buku bergambar bersama, bersiar-siar di taman atau sekadar berbual tentang perkara yang digemari. Cipta sebanyak mungkin "moment" bersama biarpun kita jarang bersama. 

Memetik kata Dr. Spock dalam sebuah buku,

Love and enjoy our children for what they are, for what they look like, for what they do and forget the qualities that they don't have.

Children who are appreciated for what they are, even if they are homely, or clumsy, or slow, will grow up with confidence in themselves and happy.

They will have a spirit that will make the best of all the capacities that they do have, and of all the opportunities that come their way.

Didikan (Nurturing)
Setiap anak kecil mempunyai keperluan - seperti seorang individu. Memahami keperluan mereka itu dan memberikan komitmen untuk memenuhinya adalah "nurturing" (didikan). Keperluan seorang bayi ialah: mandi, tukar lampin, minum susu (dan makan bagi yang berusia 6 bulan ke atas), dipegang dan berbual dengan penjaga. 

Matlamat tahun pertama "nurturing" seorang bayi ialah membantunya membina kepercayaan terhadap orang lain yang mana ia akan membuatkannya lebih positif sepanjang kehidupan. In Shaa Allah. Semakin meningkat usia dan kebolehannya, anak kecil mahukan lebih peluang untuk melakukan pelbagai perkara dalam keperluan.

Mereka perlukan cabaran -  yang tidak melukakan.
Mereka perlukan aktiviti lasak - yang tidak membahayakan. 

Anak kecil perlu belajar makan sendiri namun ianya tidak akan berlaku apabila semasa mereka bayi mereka tidak berpeluang membuat kecah ("make a mess"). Anak juga belajar mengikat tali kasut setelah mencuba dan gagal (berkali-kali). 

Bahagia ibu bapa - membenarkan anak-anak melakukan aktiviti yang boleh membantu perkembangan mereka. 

Children want what they want when they want it. 

Mereka perlu memahami antara mahu (wanting) dan perlu (needing). Anak yang stabil tahu bahawa mereka akan dapat apa yang mereka perlu dan bukan semua apa yang mereka mahu. Anak juga perlu difahamkan di mana orang lain juga mempunyai keperluan dan kemahuan. Anak mudah belajar apabila mereka difahamkan dengan kebaikan dan penghormatan. Mereka mudah memberikan semula rasa hormat, kerjasama dan kesopanan. 

When it comes to raising children, love is not enough. Children need love and limits. 

Cinta untuk pergi, bahagi untuk peliharai.

Perhubungan (Relationship)
Perhubungan untuk dunia yang lebih luas. Apakah yang merangsang sebuah tumbesaran yang normal dan seimbang seorang individu - dari segi emosi, sosial dan intelektual? Bayi dan anak kecil secara alaminya akan berhubung dengan individu lain. 

Asas sebuah keluarga iaitu ibu bapa yang penyayang dan sentiasa membalas kepada senyuman dan rengekan mereka. Senyuman (serta perlakuan) yang sama berulang kali dilakukan setiap kali bayi buka mata - contohnya menukar lampin (sepanjang beberapa bulan pertama). Ibu berikan susu bila bayi perlu dan ini membina asas percaya yang akan anak ini gunakan pada masa hadapan. 

Minatnya terhadap semua perkara di sekelilingnya akan disokong dengan asas sayang dan percaya - "love and trust". Anak kecil perlu mengetahui sekurang-kurangnya ada seorang dewasa yang menyayangi dan dipercayainya. Dari asas ini mereka akan mudah melonjak mencapai apa sahaja di hadapan mereka. Sikap baik dalam diri anak akan semakin terserlah apabila dicurahkan sayang dan didik - "love and nurture".

Kehidupan akan menemukan mereka dengan pelbagai peluang dan pada waktu ini bakat dari lahir mereka digunakan (inborn talent). 

As children grow, they reach out to embrace the world.

As a parents we have a big responsibility to encourage a bright, capable, sociable and loving young people. 

Semoga bermanfaat... ;-)

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur

$
0
0

Masuk lalat mulut tu kang baru tau...Ha ha ha... Macam tulah gayanya dia tidur... Selalunya kalau dia tidur, dia akan bangun sendiri bila tiba masanya. Dan setakat ini dia belum pernah lagi dikejutkan dari tidur oleh sesiapa. Ash perlukan tidur yang cukup! Kalau tidak...habislah...habislah... "tantrum" seluruh alam. Lain sikit fesyennya dia nih... Ihikss... 

Walaupun tidak pernah lagi dikejutkan, haruslah ambil tahu juga yer tak? Sampai satu ketika nanti, bila tiba masa ke sekolah, mungkin akan tiba masa Ash perlu dikejutkan. Hurmm...Setakat ini, Ash adalah "morning person". Awal-awal pagi lagi dah bangun... Tapi selepas tu gedebushhh dia tidur balik. Paling awal pukul 6.00 pagi dia bangun, paling lewat dalam sejarah...pukul 11.00 pagi. Ikut dialah... 

Iya, untuk mengejutkan anak dari tidur pun sebenarnya ada adabnya yang tersendiri... cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa adalah:

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur. 

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan-lahan. Bukan hogah badan anak tu yer? Hu hu hu... 

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak. Dalam konteks ini, Ash memang Mommy panggil sayang...Ahaksss...Walaupun macam geli-geli, tapi memang Mommy panggil dia sayang punnn...

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak Mommy yang baik, anak Mommy yang soleh, anak Mommy yang rajin.

7. Sebaik sahaja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar dia mandi, solat Subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai. 

8. In Shaa Allah, anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang gittew. 

Semoga info yang dipetik dari SINI berguna buat semua ibu bapa di luar sana... :-) 

Jangan Sesekali Berhenti Kerja Kerana 7 Perkara Ini!!!

$
0
0
Sumber dari Google
Pernah tak anda sesekali diterpa rasa ingin berhenti kerja??? Hu hu hu, Farah tak ada rasa nak berhenti kerja punnn. Alhamdulillah, bahagia dan gembira dengan pekerjaan Farah pada ketika ini. Alhamdulillah selepas pelbagai rintangan dan dugaan di sepanjang tahun 2015 ini, akhirnya bertemu jodoh yang serasi dengan pekerjaan yang baru ini. "Long await" yang hasilnya sungguh indah dan terima kasih Allah SWT. Benarlah... Sabar itu sememangnya indah! Jika anda merasainya pasti anda pun akan merasa ingin tersenyum gembira setiap masa dan juga ketika... 

Rasa nak berhenti kerja ni boleh datang bertamu kepada sesiapa sahaja punnn...Tak kira siapa pun...Alasan yang paling "common" sekali adalah sama ada:
  • Tidak sukakan "boss".
  • Tidak tahan dengan timbunan kerja yang melambak-lambak, tidak setimpal dengan gaji yang diberikan. 
  • Tidak boleh "get along" dengan rakan sekerja yang lain serta suasana di pejabat yang seakan-akan tidak serasi dengan diri kita. Lain haluannya... Kita rasakan pemikiran kita lain, pemikiran orang lain pun lain.
  • Terlalu banyak politik di pejabat yang bermain di sana sini...Mengalahkan politik Malaysia pula...Ihiksss... 
Semua yang bekerja pasti pernah merasa situasi sebegini akan tetapi ianya adalah bergantung kepada kekentalan semangat anda dan kekebalan jiwa anda untuk mengharungi. Zaman belajar lain cabarannya, alam pekerjaan pula lain cabarannya... Sama sekali tidak sama langsung! Jadi adik-adik di luar sana...Jangan samakan situasi di alam zaman belajar dan juga alam zaman pekerjaan yer? Jangan kata kakak tak pesan...Ahaksss...Nanti kalau dah memulakan alam pekerjaan tu tak perlu nak "culture shock" sangat dik...Yang penting kena bersedia menghadapi cabaran yang bakal anda tempuhi. 

Tertarik untuk berkongsi sesuatu yang mungkin bermanfaat kepada anda semua di luar sana melalui perkongsian Puan Suraya Ali di dalam artikel beliau di SINI berdasarkan pengalaman beliau sendiri... Tolong jangan berhenti kerja kerana 7 perkara ini:

Tidak Sukakan Bos Atau Kerja Tersebut
Ianya situasi "attitude" dan penerimaan. Kita memerlukan hati yang besar dan kemaafan yang luas sebagai usahawan. Andai dibawa marah dan geram ke perniagaan, imej itu tersiar dalam pembawakan. Usah berhenti kerja dan memulakan perniagaan kerana bosan dengan kerja. Ianya bahaya! Kita mungkin "give-up" dengan perniagaan juga. Dan membawa marah ke mana-mana.

Kita Pandai Membuat Sesuatu Produk
Puja dan puji orang katanya masakan kita sedap atau pujian tentang bakat kita kadangkala tidak tepat. Bakat perniagaan dan bakat membuat ianya tidak sama - jauh beza. 

3 langkah ini:
1. Bakat membuat.
2. Bakat menjual.
3. Bakat perniagaan.

Mempunyai Masalah Kewangan
Jangan mula berniaga kerana masalah kewangan. Hutang kad kredit, gaji tidak cukup dan kawan yang berniaga bercerita ribu dan juta. Jangan mulakannya jika kita mempunyai masalah di atas. Situasinya adalah pengurusan wang. Andai wang gaji yang sedikit tidak dapat dikendali, kita tidak akan dapat menguruskan wang yang banyak. Ia bukan tentang jumlah. Ia tentang pengurusan.

Ingin Menjadi Jutawan
Jutawan tidak pernah bercita-cita mahu menjadi jutawan (pada mulanya). Mereka sukakan kebebasan. Mereka mahu melakukan sesuatu dan menjadi ejen perubahan. Usahawan yang mahu mendapatkan duit yang banyak biasanya tidak dapat menyimpan kerana apabila dia dapat dia akan suka membelanjakannya. Ia ada dalam "subconscious mind" kita.

Menerima Peluang Perniagaan
Usah mula berniaga sekiranya mempunyai peluang membuka gerai di "food court" dan sepertinya. Perniagaan ialah komitmen. Setahun, dua tahun dan seterusnya. Kadang tidak nampak hasil 6 bulan pertama. Masihkah kita akan teruskan? Masihkah kita akan bertahan? Masihkah ada senyuman?

Inginkan Lebih Masa Bersama Keluarga
Usah berhenti kerja. Lebih baik kita makan gaji sahaja. 3 tahun pertama pulang tengah malam tiba-tiba anak sudah dewasa eh tidaklah dewasa. Kenduri kendara saudara mara bukannya tidak mahu kita jenguk, namun program setiap hujung minggu pada perniagaan. Bukan maksud Pn Suraya Ali, kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan. Cuma usah berhenti kerja kerana perkara di atas. 

Rasa Sudah Banyak Membantu Orang Menjadi Kaya
Ini juga bahaya. Sering kita dengar, kita kerja siang dan malam yang kaya orang lain bukan kita. Cara menjadi kaya ialah mengkayakan orang lain dan belajar darinya. Belajar gayanya. Tekuni fikirnya. Orang kaya suka berkongsi. Cerita, pengalaman dan apa sahaja adanya. Perbetulkan "mind set" kita tentang kaya dan perniagaan. 

Menurut Pn. Suraya Ali, beliau behenti kerja dahulu kerana merasakan dunia penyusuan ibu memerlukan komitmen. Dan bagi yang tidak tahu Pn. Suraya Ali adalah pemilik atau usahawan rangkaian butik Lunatots Malaysia. Beliau juga adalah merupakan Konsultan Laktasi di Malaysia, pengamal Asuhan Alami, konsultan "babywearing" dan pengamal "homeschool" bersama tiga orang anaknya yang berusia empat sehingga lapan tahun. 

Dalam zaman-zaman ekonomi tengah "panas" sekarang ni, nasihat Farah... janganlah sesekali fikir nak berhenti kerja oiiii selagi belum ada "backup" yang cukup kuat. Walaupun kita ada suami yang mampu menanggung segalanya dan bila susah senang jer hulurkan bantuan kewangan. Sebab? Akan datang kita tak tahu apa yang bakal terjadi... Bagaimanapun rentak rumahtangga kita dan bagaimana berkepuk pun duit simpanan kita, kita tak tahu apa yang akan datang sepanjang perjalanan kehidupan kita... Nasihat ikhlas dari orang yang pernah merasa hampir 4 bulan mengulit anak 24/7 ok? Hua hua hua... Pengalaman yang mematangkan dan pengalaman yang betul-betul memberikan sesuatu... 

Jadi sebelum nak berhenti kerja tu, fikir beratus-ratus kali dulu yer? Lain rasanya kalau pegang duit sendiri dengan pegang duit yang diberi ni... Ermmm...maksud Farah bukannya surirumah yang dah "existing" surirumah ok? Ini maksud Farah bagi anda-anda yang di luar sana yang selama ini bekerja makan gaji, tiba-tiba tanpa "backup" yang "strong" nak berhenti atas alasan-alasan yang mungkin ada disenaraikan di atas... 

Sekadar perkongsian sahaja! ;-) Maaf andai ada yang tidak bersetuju... 

Bila Anak Tidak Mahu Lepas Baju Kegemarannya!!!

$
0
0

"Baaa...na..na... Baaa...na...na..."...Adoiiii anak bertuah ni, setiap kali selepas mandi petang, mesti dia sebut perkataan "banana" ni depan almari baju dia. Itu bermaksud dia nak pakai baju tidur "banana" dia lettew. Baju kegemaran dia. Basah kering basah kering... Baru jer angkat dari jemuran dan lipat dan simpan elok-elok dalam almari... Dia tetap "demand banana" seketul ni seperti yang anda lihat di dalam gambar yang Farah tempek di atas. Bila dapat ikut kehendak dia...amboiiii, kemain girang hati dia...Macam dialah orang yang paling gembira di muka bumi Allah ni... Tak ada orang yang lebih gembira selain dia...Hu hu hu... Nangisss... Mommy tak belikan baju tidur lain ke Ash? Asyik "banana" jer yang nak pakai? Walhal, ada jer baju tidur yang lain dalam almari tu kan? Uhuksss...Kadang-kadang rasa nak sorok jer baju "banana" ni, biar dia tak jumpa...:-P... Tapiii, akal dia panjang...Dia akan cari sampai jumpa, kalau tak... alamatnya "tantrum" lah... 

Kebergantungan kanak-kanak terhadap sesuatu contohnya bantal dan selimut atau boleh jadi ibu jari sendiri akan berakhir dengan cepat sebelum hari jadi pertamanya. Uhuksss...tapi tentang bantal tu, ianya tidak berakhir buat Ash...Bantal "papam" sentiasa ada di mana-mana walaupun ke pusat membeli belah... Bertabahlah wahai Mommy melihat si anak mengusung bantal kepam itu...Ahaksss... Ianya dipanggil "Transitonal Objects" atau (T.O.s).

Namun begitu ia mungkin akan berlanjutan sehingga anak itu berusia 5 tahun. Mereka terlalu sukakan "sesuatu" tersebut dan sering berdampingan dengannya. Ia boleh jadi baju kegemaran dengan watak kesukaan mereka juga sehinggakan tidak membenarkannya dibasuh! Owhhh.. Dalam hal ni, Ash masih berikan keizinan untuk dibasuhlah kannn? Tetapi kalau Ash tak beri Mommy basuh...Mommy tetap akan basuh juga... "No no no no no" dan jangan mimpi nak pakai baju yang tak berbasuh. Itu "rules" Mommy. 

Menurut artikel di SINI

Mengapa Ia Berlaku?
"Transitonal Objects" atau (T.O.s) ini memberikan perasaan selesa dan selamat pada waktu penerokaan mereka terhadap dunia bermula. T.O.s juga memberikan rasa ketenangan terhadap sebarang ketakutan terhadap kegelapan orang asing atau mungkin juga anjing. Bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas, mereka akan mula mahu mempunyai idola mereka. Ia boleh jadi watak kartun kegemaran ataupun ahli keluarga atau mungkin "imaginary friends" mereka. Idola ini sangat mempengaruhi perkembangan anak-anak seperti cara berfikir, cara bercakap dan juga cara bertindak mereka.

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu?
Ibu bapa tidak perlu risau. Proses ini akan berakhir dengan cepat. Pada penghujung usia 6 tahun, kanak-kanak sudah mula melepaskan T.O.s mereka perlahan-lahan. Namun, ianya perlu dipantau sekiranya mereka terlalu bergantung kepada T.O.s mereka atau sekiranya keterbergantungan mereka terlalu tinggi terhadap pakaian kegemaran mereka, kanak-kanak mungkin berada dalam keadaan tertekan sama ada di rumah mahupun di rumah pengasuh ataupun di "pre-school".

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Hormati Keputusan Mereka
Sebelum memahami apa yang perlu kita lakukan, kita perlu mengetahui apa yang tidak boleh dilakukan seperti mengusik atau mengecilkannya. Ayat seperti "Tak cantiklah baju ni" atau "Asyik-asyik baju ini. Boringlah Mommy" perlu dielakkan. 

Menghormati dan memahami adalah perkara yang amat diperlukan oleh seorang insan. Ini asas utama. Terima kesukaan mereka dan teruskan memberitahu "Mommy faham Ash sangat sukakan baju ini kerana coraknya". Fahaminya melalui tekaan, "Ash suka pakai baju ini kerana ianya selesa ya?" Berikan sokongan sekiranya jawapannya "Ya" seperti "Wah, nampaknya kita perlu beli lebih baju seperti ini.". Atau mungkin dia sangat sukakan watak di dalam bajunya contohnya Mickey Mouse.Berbual dengannya kebaikan atau kelebihan watak tersebut sepert "Mickey Mouse rajin belajar kan? Mommy tahu Ash pun macam tu."

Berikan Batasan
Ibu bapa memainkan peranan khusus sepanjang pembentukan peribadi seseorang kanak-kanak. Mungkin stail pakaian mereka tidak bersesuaian dengan semua keadaan dan ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka secara tegas dan berbentuk didikan. Anak kecil terlalu ingin menjadi orang dewasa yang boleh memilih apa yang terbaik untuk mereka. 

Beritahu mereka bahawa orang dewasa memakai pakaian yang berbeza untuk hari yang berbeza dan program yang berbeza. Tunjuk kepadanya bagaimana orang dewasa menukar pakaian mengikut program dan aktiviti yang sesuai. Beritahunya, ibu atau bapa juga ada pakaian yang disukainya. Ini kata kunci - persamaan. Manusia mudah mendengari dan mengikuti apabila rasa ada sebarang "similarity" (persamaan).

Maklumkan batasan bahawa pakaian kegemaran mereka ini hanya boleh dipakai sewaktu hari apa dan pada waktu petang contohnya. 

Hormati Kegemarannya (T.O.s)
Usah mintanya melupakan T.O.s nya secara terus namun benarkan ia berlaku secara gradual. Basuh pakaian kegemarannya dan gantung elok di dalam almari. Tunjukkan bahawa kita menghormati segala apa yang disukainya. Gantungkan pewangi almari juga! 

Selalu beritahu anak-anak kita berlaku adil pada semua pakaian kita di mana mereka (pakaian-pakaian) itu sangat gembira apabila dipilih untuk kita pakai hari ini. Mereka dipakai oleh ahli syurga! Segala kebaikan yang anak-anak lakukan pada hari ini akan dikongsi bersama oleh pakaian kita ini. Mereka juga mahu masuk syurga bersama!

Berhenti Memberitahu Pada Semua
Di luar sedar sebagai ibu bapa kita sering men-iyakan pilihan anak kita biarpun kurang tepat. Contohnya kita beritahu pada saudara mara yang hadir ke rumah, "Dia mahu pakai baju ini sahaja. Pening saya."

Apabila diluahkan di hadapan orang lain dan didengari oleh anak-anak, ia bagaikan suatu "approval" bahawa mereka boleh melakukan apa yang mereka mahu lakukan. Tidak salah mengadu kepada orang lain yang lebih pakar. Tujuannya untuk mencari penyelesaian dan rujukan. Dan bukan di hadapan anak-anak.

Beritahu hanya perkara baik dan apa yang kita mahukan di hadapan saudara kita contohnya "Pak Ngah, Ash sangat sukakan baju "banana" ini namun dia tak kisah berganti baju jika perlu. Baju ini dipakainya seminggu sekali dan disimpan di tempat yang elok selepas dibersihkan. Kan Ash?"

Berikan Sepenuh Kasih Sayang Dan Perhatian
10 minit sehari bersamanya sahaja tanpa sebarang gangguan telefon dan mesej dalam keadaan hari ini amat penting. Berbual bersamanya, peluknya dan tanya mengenai harinya. Apa perasaannya hari ini. Sesuatu yang dipelajarinya daripada cerita yang ditontonnya. Perkenalkan idola umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW - apakah yang akan Nabi Muhammad SAW lakukan jika berada dalam keadaan yang sama sepertinya. 

Tidak perlu lama - 10 minit sahaja namun bakal membawa perubahan yang istimewa terhadap perhubungan mesra kita. 

*Baju "banana" ni, memang baju tidur kegemaran dia, macam mana pun, Farah tetap latih dia untuk pakai baju "banana" ni paling banyak pun 2 kali jer seminggu... Bila tak ikut kehendak dia, kenalah pandai-pandai pujuk. Dengan Ash, kena berlembut bila mendidik dan mengajar dia...Dia jenis yang tak boleh kita keras sangat...Kalau kita keras, dia akan lagi keras...Ha ha ha... Sebijik sebijun ikut perangai Mommy. Hanya orang-orang yang tertentu jer yang faham kami ni dan boleh "tackle" kami berdua beranak ni... ;-)

2015 Best Nine Instagram!!!

$
0
0
"Mood" penghujung tahun dan "mood" awal tahun dah tiba! Sesi baling belakang "throwback", terkenang-kenang dan mengenang-ngenang bermula! :-). Biasalah tu kan? Setiap berakhirnya tahun pasti setiap individu ada penilaiannya yang tersendiri untuk kehidupan di tahun yang bakal berlalu. Asasnya satu... Untuk melihat balik kehidupan yang dilalui sepanjang tahun, menganalisis serta menilai pencapaian, kegagalan "and what so on" dan menggariskan apa yang boleh diperbaiki serta apa yang boleh ditingkatkan. Gittew. 

Untuk "mood throwback" ini, Farah bermula dengan melihat semula 9 "postings" yang mendapat "like" paling tinggi di aplikasi Instagram. Asalnya tengok kawan-kawan ler dok "post" di laman Facebook dan Instagram masing-masing. Lepas tu dok sibuk nakkk jugakkk... Ha ha ha... Biasalah... Setiap manusia pasti ada keinginan ingin memiliki dan ingin merasai seperti insan yang lain kan? Selagi mana ia tidak menyusahkan orang lain, selagi itu ianya adalah bukan sesuatu yang terlarang yer tak? 

Jom lihat apakah yang tertinggi "like" sepanjang 2015 ini... 


51,888 "likes" melalui 1.781 "postings" di Instagram sepanjang tahun 2015. Tu punnn dah syukur ya ampun bagi ibu yang beranak satu ini. He he he. Ada juga yang sudi "like" yer? Alhamdulillah, walaupun tidaklah setinggi mana tetapi Farah tetap bersyukur. Iyalah, Farah sedar diri, Farah bukanlah retis mahupun menggeletis. Ahaksss... Dan yang membuatkan Farah merasa gembira adalah 5 daripada 9 gambar itu adalah tugasan "advertorial" bagi Bubblynotes.Com. Terima kasih yang mampu Farah ucapkan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dan juga memurahkan lagi rezeki kalian. Haaa... Jika nak lakukan "advertorial" tu... Janganlah segan-segan e-mel Farah di bubblynotes@gmail.com yer? Alamak terpromosi pula. Ya ampunnnn... Tapi betul jika anda ingin melakukan sebarang pengiklanan sama ada di www.bubblynotes.com ataupun di akaun Instagram anda silalah hubungi Farah di alamat e-mel yang Farah maklumkan tadi. 

Bukanlah nak kata Farah bagus yer? Tolong jangan salah anggap. Ianya salah satu punca rezeki Farah juga di dalam meneruskan kelangsungan hidup dan menyara serta membesarkan Ash. Sekadar menyampaikan sahaja. Bukannya menyampai dengan nada memohon simpati atau meminta-minta sehingga berbunyi seperti paksaan. Ada rezeki adalah, jika tiada , Farah redha, mungkin ada rezeki yang lebih baik dari itu yang Allah nak bagi kan? Positif! 

Anda bagaimana? Ada terasa nak semak 9 "postings" yang terbaik di akaun Instagram anda sepanjang tahun 2015 ni tak? Jika nak juga tahu, bolehlah melawat ke laman sesawang ini: 2015 Best Nine

DILWALE Penggubat Rindu!!!

$
0
0
Sumber dari Google
Uhuksss...demam Dilwale tak habis lagi ni... Ha ha ha, walaupun dah menonton sekali tetapi tetap rasa nak menonton berkali-kali juga! Yang kekal mencairkan jiwa... semestinya Shah Rukh Khan yang telah diminati sejak bangku sekolah lagi! Kalau tak minat manalah datangnya koleksi VCD dan DVD filem lakonan Shah Rukh Khan yang melambak-lambak di rumah tu yer tak? Salah seorang aktor Bollywood yang menjadi kegemaran...paling minat! :-). 

Peminat filem Bollywood, dah tonton Dilwale? Betul tak Farah kata, tonton sekali rasa nak tonton berkali-kali. Ahaksss...dulu masa zaman sekolah, masa tu nak menduduki SPM, niat di hati nak tonton konsert Shah Rukh Khan, lepas tu berangan-angan nak jumpa Shah Rukh Khan secara "in person"...Bha ha ha, dalam mimpi jerlah kakak oiiii! Kena hari dia buat konsert di Malaysia tu, kalau tak silap Stadium Negara kot? Hari tu jugalah kertas pertama SPM... Rasanyalah kalau Farah masih tak lupa ingatan... Makanya, lupakan sahaja cita-citamu itu kakak... Hu hu hu... 

Tapi tulah, memang"super" teruja kalau ada filem baru Shah Rukh Khan yang menjelma di pawagam... Hua hua hua...Rasa gembira jer...Rasa seronok jer bila ada filem baru Shah Rukh Khan... Sindrom bila dah minat kan? Sedikitlah sinopsis atau jalan cerita Dilwale ni... 


Dilwale... "So here it goes..."... Mengisahkan tentang pasangan dua sejoli yang sedang cuba untuk mengatasi konflik yang sangat tegang di antara keluarga mereka masing-masing. Hurmm..perpisahan yang paling menyakitkan adalah yang tidak pernah diucapkan serta dijelaskan kannn? Secara trailer pun, anda dah boleh lihat ianya tentang kisah percintaan di antara Raj (Shah Rukh Khan) dan juga Meera (Kajol).

Ia juga melibatkan dua kumpulan gangster yang saling bermusuhan di Bulgaria. Randhir Bakshi (Vinod Khanna) yang merupakan gangster India yang mana beliau bermusuhan dengan teman baiknya sendiri pada satu waktu dan ketika dahulu iaitu Malik (Kabir Bedi). Bila sebut Malik, teringat Malik yang dilakonkan oleh Aaron Aziz...Hi hi hi... Raj pula sebenarnya adalah anak angkat kepada Randhir yang mana lagak serta aksi Shah Rukh Khan dalam filem ni dah nak macam ibarat filem Fast & Furious pun hado.

Raj ni seseorang yang berlainan personaliti tapi bila jumpa dengan Meera, Raj ni tiba-tiba personaliti bertukar pula. Cinta kannn? He he he...



Sinopsis Dilwale 2015 © Indianexpress.com
Sumber dari Google
Biasalah, bercinta lepas tu ada babak-babak konflik yang buatkan sampai Meera terpaksa berpisah dengan Raj. 15 tahun oooo... Dan??? Raj ada seorang adik iaitu Veer (Varun Dhawan). Raj dan Veer mempunyai bengkel kereta yang boleh dikatakan maju. Satu hari tu, Veer ni pula jatuh cinta dengan Ishita (Kriti Sanon) yang sebenarnya adalah adik kepada Meera. Bila dah jadi macam ni... tiba-tiba timbullah adegan-adegan baling belakang "throwback" zaman-zaman cintan cintun Raj dan Meera dulu... Lepas tu kannn? Lepas tu... Ha ha ha... Kalau nak tau sama ada Veer dan Ishita "stick" pasangan kekasih ke tak? Raj dengan Meera berbaik kembali ke tak? Itu kena tengok sendiri lerrr...Kakak tak boleh nak cerita lebih-lebih dik... Ha ha ha...Nanti tak "thrill"...

Yang dah tengok ni pun rasa macam tak puas...Nak juga menyibuk menonton lagi... Ini kalau keluar di Astro FIRST ni, mau taknya terbeli juga filem ni... Demam Dilwale pula penutup tahun ni... Terubat rindu kakak pada lakonan Shah Rukh Khan tau... Nek Ma Ash kata, dah tua dah tak "handsome"...Ha ha ha, tetapi di mata kakak tetap "handsome"... ;-)

Hari Terakhir Bekerja di Tahun 2015...

$
0
0
Sumber diubahsuai dari Google
Bermula esok, sekali lagi di minggu ini, bersambung dari minggu lepas, Farah akan bercuti selama 4 hari!!! Hujung minggu yang panjang sekali lagi!!! :-) Suka...suka...suka... Dan hari ini adalah hari bekerja yang terakhir bagi tahun 2015 ini... Kira-kira, hari bekerja di tahun 2015 dah tutup buku dah ni... Makanya, bekerjalah kita semula di tahun 2016 pada minggu hadapan. 

Bukannya ambil cuti tahunan tetapi ianya adalah cuti ganti bersempena dengan kemenangan pasukan bola sepak Selangor di Piala Malaysia hari tu. Uhuksss...H memang sangat bijak pandai mengatur perancangan...Bagi kami hujung minggu yang panjang selama 2 minggu berturut-turut di hujung bulan Disember 2015. Ke mana kita? Tak ke mana-mana pun... Hua hua hua hua hua... Gaji pun idok lagi ni... Duduk jer diam-diam kat rumah sudahhh... Kannn? Ermmm, tapi kalau ada perancangan bidan terjun tu tak taulah pula kannn??? Bergantung kepada keadaan semasa... Sebenarnya dah habis akal juga ke mana lagi arah tuju nak bawa Iman Ash beriadah...Ahaksss... 

Pandai betul H bagi rehat kaw-kaw punya... Pembuka tahun ni memang bulan-bulan pertama di tahun 2016 teramatlah sibuk seadanya. Farah ada beberapa projek yang perlu diuruskan untuk bulan Januari 2016 dan juga bulan Februari 2016... Selepas pada itu, tak tau lagi apa lagi yang bakal datang...Bha ha ha... Tak apalah, suka juga sebab masa tu penuh diisi dengan pelbagai perkara. Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya lah...Huwaaaa takut oiii kalau tak menjadi sepertimana yang dirancang dan diharapkan. Bila amanah diletakkan di bahu... Memang begini rasanya... Amanah kena pikul betul-betul...Itu pun satu "benchmark" untuk Farah juga tu... 

#ehhh dah 6.00 pm dah jam di komputer ni...He he he...Oklah masa untuk semak kembali kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan senaraikan tugasan yang perlu dilihat dan dilakukan pada hari Isnin akan datang... Cuti-cuti juga... Tapi tugasan yang menanti tetap perlu diaturkan supaya kerja berjalan dengan lancar kannn? Ha ha ha...Orang pelupa dan orang yang terlalu banyak perkara ni, memang begini caranya...Kena senaraikan setiap hari untuk esok harinya... Begitulah... 

Saya Sayang Keluarga Saya | "Looking Forward To" Bulan Keluarga 1 Malaysia 2016!!!

$
0
0
SAYA SAYANG KELUARGA SAYA! Siapa yang tak sayangkan keluarga oiii... Susah ke? Senang ke? Gembira ke? Sedih ke? Keluargalah yang sentiasa ada di hadapan mata kita, di belakan kita, menjadi tulang belakang kita untuk bersama-sama kita di dalam setiap kita, untuk menceriakan hari-hari kita. Kalau boleh hari-hari kakak nak menggembirakan keluarga dan meraikan mereka. 

Bukan Farah seorang jer yang merasakan perasaan yang sebegini, Farah pasti semua orang pun sama juga... Jika ada kesempatan, jika ada ruang, ingin menggembirakan keluarga sekerap yang mungkin kannn??? Dan disebabkan itu jugalah meraikan keluarga adalah salah satu sebab yang terbaik untuk mengadakan satu acara khas dan itu adalah apa yang telah dilakukan baru-baru ini pada bulan November yang lepas di City One Megamall Kuching. Acara "Bulan Keluarga 1 Malaysia" (BKK1M) yang mana bulan November adalah bulan rasmi yang dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyedarkan masyarakat akan kepentingan institusi keluarga. Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merupakan penganjur utama untuk pelancaran kebangsaan "Bulan Keluarga 1 Malaysia" (BKK1M) 2015, berharap agar ianya dapat disambut di seluruh negara oleh kedua-dua sektor swasta dan awam pada setiap tahun. 


Sambutan peringkat kebangsaan itu telah diadakan di City One Megamall Kuching bertemakan karnival dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bagi keluarga. Aktiviti seperti pameran, nyanyian karaoke, demonstrasi dan juga permainan interaktif diadakan bagi memeriahkan lagi majlis perasmian itu. Isteri Ketua Menteri Sarawak Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu adalah merupakan tetamu kehormat dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim telah hadir pada hari tersebut dan ianya telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang berkaitan dengan kekeluargaan.

Penekanan khusus yang ditekankan semasa sambutan itu adalah lima nilai-nilai teras keluarga iaitu - kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu dan harmoni (KASIH) untuk mengekalkan keharmonian dalam keluarga.

Dalam ucapan beliau, isteri Ketua Menteri menekankan kepentingan "Bulan Keluarga 1 Malaysia" (BKK1M) bagi mengukuhkan ikatan keluarga kerana kadar penceraian semakin meningkat. Beliau juga berkata, institusi keluarga yang teguh dan kuat adalah penting bagi memastikan pembangunan negara dan maka dengan itulah pelancaran "Bulan Keluarga 1 Malaysia" (BKK1M) diadakan. 

Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Rohani juga berucap mengenai aktiviti yang dapat membantu mengukuhkan ikatan kekeluargaan, terutamanya bagi warga emas yang kadang kala dipinggirkan. 

Ramai keluarga telah menghadiri majlis tersebut yang mana dalam masa yang sama terdapat pelbagai program yang melibatkan anak-anak dan ibu bapa. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Rubiah Epit, 54, seorang kerani dan ibu kepada lima orang anak. "Saya benar-benar mengalu-alukan acara sebegini kerana ia mengingatkan kita tentang kepentingan keluarga," katanya. Tambahnya lagi, sebagai seorang ibu kepada 5 anak lelaki yang telah dewasa, kesemua mereka belum berkahwin, acara sebegini baik untuk mereka belajar tentang lima nilai teras keluarga sebagai persediaan apabila menempuh alam rumahtangga.

Bukanlah nak jadi wartawan, akan tetapi Farah berharap pihak LPPKN akan terus mengadakan acara ini setiap tahu kerana ia adalah penting terutama bagi anak-anak muda. Masyarakat sedang berubah, dan seperti yang diungkapkan oleh isteri Ketua Menteri, kadar penceraian pula semakin meningkat. Oleh itu, sila ambil maklum yer... bulan November telah diwartakan sebagai Bulan Keluarga oleh kerajaan yang mana ia akan mengingatkan kita betapa pentingnya keluarga dalam masyarakat kita.  

Sementara itu, Sharon Chew, seorang ibu berusia 45 tahun merupakan ibu kepada 2 remaja perempuan dan 2 kanak-kanak lelaki juga gembira dengan majlis itu. "Kedua-dua anak lelaki saya berasa seronok dan saya juga dapat belajar mengenai keharmonian keluarga. Pameran yang diadakan amat menarik dan bermaklumat kerana saya tidak sedar ada agensi kerajaan yang boleh memberi khidmat kaunseling, bagi golongan muda dan juga untuk ibu bapa. Saya berharap agar pihak LPPKN akan menerima lebih banyak sokongan daripada sektor swasta supaya ‘Bulan Keluarga 1Malaysia’ (BKK1M) boleh menjadi satu bulan untuk keluarga di Malaysia untuk bersama-sama dan meraikan satu sama lain," katanya lagi. 
Sesekali kalau sertai acara sebegini menarik juga kannn? Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari, yang menyedarkan kita dan juga mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga... Mungkin ada satu nilai yang kita tak akan nampak dengan mata kasar tetapi ianya terjadi dengan sendirinya... "Looking forward to" Bulan Keluarga 1 Malaysia pada tahun 2016 di bulan November 2016 nanti... Ingin tahu apakah pengisiannya kali ini dan apakah manfaatnya kepada institusi kekeluargaan... Sambutan di mana? Itu kita kena sama-sama tunggu dan lihatlah kannn??? ;-)

Selamat Datang 2016!

$
0
0


1.1.2016 | Hari pertama di tahun 2016, entri pertama di tahun 2016, bebel pertama di tahun 2016. :-). Dimulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim. Sebenarnya cerita baling belakang  "throwback" tak habis lagi. Tapi tak apalah kita tinggalkan bab itu dahulu. Mari bercerita tentang tahun baru, buku baru dan lembaran baru. Bila sebut tahun baru ni biasanya sinonim sangat dengan azam. Ha ha ha... Azam tahun 2015 dah "tick" semua ke? Ke ada yang tertinggal lagi? Tipulah kata kalau tak ada yang tertinggal kan? Walaupun majoriti dah "tick" tapi ada juga yang masih tertinggal nih... Kena "carry forward" ke tahun 2016 dan diharapkan dapatlah dipenuhi atau dilangsaikan dengan lancar dan jayanya di tahun 2016 ni nanti. :-P. 

Kerjaya
Alhamdulillah. Ada kerja yang Farah suka, Farah gembira dan jaga ajerlah kerja ni elok-elok. Tidak bercadang untuk sebarang "job hopping" dan sememangnya bercadang nak kekal di sini sahaja sekiranya diizinkan oleh Allah SWT. Untuk tahun 2016 ini, ada sasaran yang telah Farah tetapkan dan ingin Farah capai. Semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah, Amin. 

Anak
Tiada cita-cita atau niat untuk menambah jumlah ataupun bilangan anak lagi. Ihiksss... Satu perkara yang semua orang tau. Dan berulang kali disebutkan atas sebab komplikasi yang Farah alami. Suami nak anak seorang lagi dari Farah tetapi tiada paksaan. Alhamdulillah kerana memahami. Komplikasi satu hal dan satunya lagi, Farah tak rasa Farah mampu dan stabil lagi dari segi kewangan untuk ada bagasi tambahan. Memang betul rezeki setiap anak tu ada. Cumanya, Farah tidak mahu ambil risiko. Bimbang kalau-kalau tidak dapat untuk memberikan yang terbaik. Pssst... Ini sekali jer tau cerita dan beritahu di awal tahun. Ha ha ha... Jadi jangan sebut atau tanya kakak berulang-ulang lagi ok. 

Untuk Ash pula... Wowww sekarang dah 2 tahun 1 bulan. Semakin hari semakin membesar. Semakin memerlukan perhatian dan juga kena ikut rapat-rapat dan ketat-ketat setiap perkembangan serta keperluan dia. 2016, Farah ada beberapa ruang untuk Farah "tick" bila tiba bab Ash ni. Semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah SWT. Amin. 

Keluarga
"Current state": Alhamdulillah. Apa yang boleh diperbaiki, akan cuba diperbaiki. Apa yang boleh ditambahbaik akan cuba ditambahbaik. :-). 

Kewangan
2016 masa untuk betul-betul fokus mengenai aliran masuk dan juga aliran keluar. Kos sara hidup memang tak akan turun malah semakin hari semakin meningkat.  Kena betul-betul susun atur kewangan. Ash semakin hari semakin akan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bukan mengeluh atau mengungkit ya? Ini kenyataan "babe". Kena mula betul-betul menyimpan untuk yang akan datang. 

Nak masuk sekolah pun banyak nak guna duit sekarang ni oiii. Rata-rata untuk sesi persekolahan tahun 2016 ni, Farah dengar dan lihat ibu bapa yang mempunyai anak yang telah mula bersekolah menytakan perbezaan perbelanjaan persekolahan dahulu dan kini yang sangat terasa perbezaannya. Jadi kenalah bersedia untuk itu. Simpan! Jangan nak bazir-bazir duit sangat Pn. Farah oiii... Ada duit selesaikan hutang-piutang yang ada terlebih dahulu dan selebihnya simpan. Yuran pendaftaran tadika pun dah macam yuran satu semester zaman universiti sekarang. Maka pandai-pandailah fikir sendiri yer? Biarlah orang nak kata apa pun... Untuk Ash In Shaa Allah akan diusahakan yang terbaik... Pendidikan dan keperluan pendidikan serta kesihatan adalah sesuatu yang amat penting. 

"Wishlist"
Tentu-tentunya ada beberapa perkara yang ingin Farah lakukan dan ingin Farah miliki. Satu daripadanya secara tidak sengaja dan secara tidak langsung dah tercapai awal dua minggu sebelum penghujung Disember 2015. Alhamdulillah, tetapi ada beberapa sasaran di tahun 2016 yang masih perlu diusahakan dan dipenuhi. In Shaa Allah, ada rezeki tidak ke mana yer tak? 

Bubblynotes.Com
Tahun 2015 apa yang boleh Farah rumuskan adalah di tahap yang memuaskan. Banyak perkara telah dilakukan, banyak peluang telah diberi dan Farah sendiri nampak bagaimana perkembangannya. Diharapkan untuk tahun 2016 ianya terus kekal konsisten walaupun waktu agak mencemburui pada waktu dan ketika ini. Apa yang boleh diperbaiki akan diperbaiki lagi. Apa yang perlu ditambahbaikkan akan ditambahbaik lagi. In Shaa Allah, semoga Allah memurahkan lagi rezeki Bubblynotes.Com, semoga Bubblynotes.Com menjadi lebih matang dan juga semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua. Amin. 

Apa lagi yer? Ha ha ha... Senarai ni sebenarnya panjang tetapi cukuplah sekadar perkongsian secara umum dan tak perlulah diterangkan secara terlalu terperinci dan peribadi apa dia, cerita apa, bagaimana... Nanti lain jadinya... Biarlah "it goes by the flow". 



The year 2015 is finally come to an end... I will not cry over the bad days... I will not despair over failures... I will not forget the lessons I learnt... I will not let any incident from the past devastate me or make me less courageous and will never stop believing in Allah SWT... In Shaa Allah... Amin... 

Semoga tahun 2016 ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua dan semakin baik dari sehari ke sehari. Selamat datang 2016 dan Selamat Tahun Baru 2016 buat semua! 

Musim "Barber" Dipenuhi Kanak-Kanak

$
0
0


Musim-musim penghujung tahun dan awal tahun 2016 ni, ramai kanak-kanak dan ibu bapa membanjiri "barber" nampaknya. Heee... Tempat lain Farah tak pasti, tapi di kawasan taman perumahan Farah nampaknya begitu. "Barber" sesak dengan lautan kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk sesi "hairgrooming" sebelum sesi persekolahan 2016 mengambil tempat pada hari Isnin nanti iaitu 4.1.2016. Meriah "barber" dengan kanak-kanak lelaki yang ramai. Termasuklah... 



Iman Ash... Ha ha ha... Tapi dia bukan nak ke sekolah. Dia cuma melakukan rutin bulanan. Pssst... Nampak tak? Nampak tak? Tiada rembesan air mata lagi yang mengalir keluar di wajahnya? Ha ha ha... Ash dah "big boy" lah! Dah tak takut dan dah biasa dah dengan Uncle Kumar tu. Uncle Kumar yang mula menggunting rambut Ash seawal 6 bulan. Kini mudah kerja Uncle Kumar dengan Ash, tak perlu bergelut macam dulu. 

Seronok betul dia bila tengok ramai abang-abang dalam "barber" tu. Iyalah ada ibu bapa bertanggapan bahawasanya kalau gunting rambut terlalu awal nanti cepat panjang pula dan mungkin juga ada yang sekadar "trim" sikit-sikit jer tu. Bahang kemeriahan sesi persekolahan 2016 dah mula terasa. He he he... Agaknya bagaimanalah rupa gayanya bila Ash mula bersekolah nanti. Ok... Itu jauh lagi. Kalau ikut-ikutkan kalau tak silap lah, Ash masuk sekolah Darjah 1 tahun 2020. Hua hua hua... Bersedialah dari sekarang Mommy. 

Apa pun untuk semua anak-anak Aunty di luar sana, selamat memulakan sesi persekolahan 2016 dan "all the best in your future undertakings" yer? ;-)

"Kids Barber"... Agak-Agak Ada Tak Dalam Malaysia Ni???

$
0
0
Spa untuk bayi dan kanak-kanak dah ada di Malaysia ni, kafe dan restoran mesra kanak-kanak pun dah ada di Malaysia ni (banyak juga sekarang ni... nanti In Shaa Allah, Farah akan kongsikan senarai kafe dan restoran tersebut), gimnasium kanak-kanak pun ada... Akan tetapi pernahkah anda terserempak atau mempunyai pengalaman menggunakan perkhidmatan "kids barber" seperti gambar di bawah ini??? 


Sekali pandang memang macam taska atau pusat permainan kanak-kanak di kompleks membeli-belah. Yang sebenarnya bukan. Yang sebenarnya ianya adalah "kids barber". Mesra kanak-kanak. Bagi Farahlah kalau nak umphhh lagi kan??? Jadikan ianya "barber" 2 dalam 1. Kanak-kanak pun boleh dan bapa pun boleh dapatkan perkhidmatan menggunting rambut. Farah tertarik dengan konsep "barber" sebegini dan rasa Farah lah tak salah sekiranya ada di antara usahawan Malaysia yang mencuba konsep ini bagi perniagaan perkhidmatan menggunting rambut. 








Menarik konsepnya. Kalau ada di mana-mana "kids barber" ni yang berdekatan dengan Farah... Ekekeke... Nak juga bawa Iman Ash gunting rambut di situ. Dan kalau ada modal nak juga mencuba perniagaan berkonsepkan begini. Setakat ni yang Farah jumpa di enjin carian Google cumalah di luar negara. Tak jumpa pula gambar-gambar di dalam Malaysia. Agak-agak anda ada tak dalam Malaysia "kids barber" ni? Unik idea ni. Siapa yang berani bolehlah mencuba konsep "barber" sebegini. 

Ehemmm... Yang tak pernah terfikir tu, kalau-kalau terserempak dengan entri ni jangan lupa jemput kakak di majlis pembukaan "kids barber" anda tu? Wakakakaka... Tapi serius menarik kan? 

Ini Baru Betul-Betul "Under Mommy's Armpit"!

$
0
0

Ada istilah yang disebut sebagai "under Mommy's armpit" atau "duduk di bawah celah ketiak emak". Sikit-sikit emak, semuanya emak. Segala bagai semuanya emak. Ha ha ha. Pendek kata hidup anak-anak di bawah kategori ini berkitaran serta dipengaruhi emak sahaja. Bukan setakat zaman membesar malahan zaman dewasa pun masih dengan emak. Ho ho ho. 

Tapi tak semualah kan? Dan tidak semestinya "anak emak" atau yang duduk di bawah celah ketiak emak ini adalah sesuatu ataupun "spoilt". Itu semua bergantung kepada didikan yang diberikan. Jika betul didikan itu, menjadilah...jika tidak, tidak kira sama ada di bawah celah ketiak emak atau tidak, kalau tak jadi tu tak jadi juga. Semuanya kuasa Allah SWT dan juga usaha serta cara kita sebagai ibu bapa. Kadang-kadang, didikan dah betul tetapi tetap tidak menjadi juga. Moga-moga anak-anak kita semua menjadi anak-anak yang soleh atau solehah serta berjaya di dunia serta akhirat dan membahagiakan semua orang. In Shaa Allah, Amin...

Ash? Inilah salah satu contoh yang duduk di bawah celah ketiak Mummy. Ha ha ha... Tu gambar atas tu... Inilah baru betul-betul "under Mommy's armpit"... :-P Tidur malam nak berkepit ajer macam tu. Belum sekolah ni bolehlah... Masih umur 2 tahun ni bolehlah... Ha ha ha... Entah tak tau sampai bila keadaannya tidur macam ni... Manja sangat nih! Harap-harapnya urusan mengasingkan tempat tidur dari Mommy nanti dipermudahkan hendakNya buat Ash dan juga buat Mommy. Wakakakaka ... "Bff" Mommy yang paling dan sangat-sangat dalam segala segi ni. 

Jap merepek jap di hari Ahad... Haaa pada bakal menantu Mommy di tahun-tahun kedewasaan Ash, jaga-jaga :-P... Ash ni serba serbi Mommy tau... Ha ha ha... In Shaa Allah... Moga-moga Ash tak pernah lupa Mommy bila dah dewasa nanti... Amin... Doa setiap ibu bapa kan? 

Hanya RM 5.00 Selama 30 Minit...

$
0
0

Abang-abang dengan kakak-kakak semua sibuk dengan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2016 ni. "Aunty-Aunty" dengan "Uncle-Uncle" semua sibuk hantar abang-abang dengan kakak-kakak pergi sekolah. Ngeee..Mommy tak ada cerita hantar Ash sekolah untuk hari ini...Cuma ada cerita aktiviti riadah cuti panjang minggu lepas jer yang terpesuk dalam kotak minda dan juga senarai draf... Maka, marilah kita bercerita tentang aktiviti anak-beranak ni pada hari pertama Farah mula bercuti panjang minggu lepas. (Macamlah panjang sangat kannn cuti tu?).

Sebenarnya, jika ditanya ke mana nak bawa Iman Ash beriadah atau bersuka ria, jujur Farah akui yang sekarang ni Farah sudah hampir-hampir tidak ketahuan dah ceruk mana lagi nak redah dalam Selangor ni... Ihikss... Kadang-kadang boleh jadi mati akal atau buntu fikiran. Bila tiba jer musim cuti, mulalah sibuk nak meng - Google mana agak-agaknya tempat yang boleh Farah bawa Ash berjalan. Kalau setakat nak berjalan pusing-pusing pusat membeli-belah tu boleh bukannya tak boleh, tapiii... bosan aihhh... Ha ha ha, takut-takut nanti Farah jer yang asyik telan air liur dok tengok "sale" sana sini yang bakal menggoda jiwa raga...Agak-agak kalau iman tak kuat dengan godaan "sale" tu dan rasa-rasa poket tu tak berapa nak tebal, eloklah bawa-bawa mengelak kannn? Ekekekeke.... Cakap jer, tapi tempuh juga pusat membeli-belah kalau ada masa-masanya nak bawa Iman Ash ke sesuatu tempat... 

Ada bezanya kalau sesuatu tempat sekadar untuk menghabiskan masa senggang dengan kalau ke sesuatu tempat dengan tujuan. Selalunya kalau tak ada hala tujuan, memang akan melekat duduk diam-diam di rumah jer lah. Dan sekadar berjalan di kawasan taman perumahan. Apa yang ada jer... Habis-habis tinggi ke TESCO, ke Econsave, ke MYDIN...ke 7-Eleven dan juga ke NSK untuk membeli stok barangan basah untuk dimasak...Kalau rajin terlebih sedikit dan bajet ada ataupun Nek Ma Ash yang nak ke situ...Jalan jauhlah sedikit kami ke Pasar Pasir Penambang di Kuala Selangor. Itu ajerlah... Janji yang penting pada Ash, naik "car"... Tu jer yang dia nak sebenarnya... 



31 Disember 2015, tak tau nak ke mana... Sinilah kami redah akhirnya...Tempat yang dia suka dan tempat yang dia tak pernah tak teruja. "Play area"... Tak kiralah di mana-mana sekalipun...Asalkan ianya adalah "play area"... Tempat dia beriadah dan juga bersosial. Kali ini, pusat membeli-belah Main Place, Subang Jaya menjadi pilihan untuk santai Ash. Tak berapa jauh dari rumah dan jalan juga tidak sesak seperti kawasan-kawasan lain. Farah lupa pula apa nama tempat ni (al-maklumlah, banyak perkara lagi nak fikir kan? Wakakaka...Jadi terlupa pula nak ingatkan apakah nama tempat ni). Yang pasti ianya terletak di tingkat 2, bersebelahan dengan Padini Kids di Main Place, Subang Jaya. 

Ianya tidaklah sebesar mana dan ianya juga tidak sesak atau penuh dengan lautan manusia. Mungkin kerana ianya adalah merupakan pusat membeli-belah yang terletak di bawah kondominium kot? Makanya, rata-rata mungkin yang datang ke situ adalah penghuni kondiminium tersebut di atas dan juga penduduk di kawasan taman perumahan yang berdekatan sahaja. Ok juga sebenarnya, di "play area" yang Farah maksudkan tu pun sewaktu kami datang, cuma ada lebih kurang 3-4 orang kanak-kanak sahaja yang sedang bermain, sambil ibu bapa masing-masing menunggu di sofa yang disediakan. 

Tak pernah pergi ke sini, dan inilah kali pertama membawa Ash ke sini. Dalam jangkaan Farah, yuran masuk ke kawasan "play area" tu adalah lebih kurang RM 38.00 sepertimana JKids, yang pernah Farah bawa Ash beberapa kali sebelum ini. Boleh rujuk pada entri:


Dan waktu bermainnya adalah "unlimited". Akan tetapi lain kiraannya di sini. Iyalah, lain tempat lainlah pula cajnya kan? Takkan nak sama pula... Di sini caj yang dikenakan adalah cuma sebanyak RM 5.00 sahaja untuk 30 minit. Anda boleh pilih sama ada nak membenarkan anak-anak anda bermain selama cuma 30 minit? Ataupun 1 jam? Ataupun 1 jam 30 minit di dalam "play area" tersebut. Tapi kira oklah kannn? Bukannya sampai seharian suntuk nak bertunggu berkampung di dalam tu. Sekadar nak beri anak-anak peluang beriadah, bergembira dan bersosial seketika jer. Sekurang-kurangnya sampai dia puas. :-). 



Kereta permainan seperti ini, setiap jenis ada 2 biji. Jadi, setiap kanak-kanak yang ada di dalam "play area" tersebut jadi tak berebut. Mereka boleh pilih jer mana-mana yang mereka suka. Macam Ash ni, dia lebih suka dengan "fire engine"... Ha ha ha...Ini semua pengaruh dari Timmy Time. Kemain lagi gaya pusing "stereng" kereta tu kannn? Gaya mau ada yer Ash? Hu hu hu... 



Dah bosan dengan kereta bomba tu, dia "parking" tepi dulu dan bermain pula dengan "blocks" yang besar-besar ni. Aktiviti merangsang IQ katanya. Kerja Farah memang mudah, lepaskan sahaja dia ke mana sahaja dia nak pergi di dalam kurungan "play area" tu dan biarkan sahaja apa yang dia nak lakukan di dalam tu sebab tempat ni pun sama seperti "play area" yang Farah pernah pergi sebelum ni... Ianya "padded" dan tidak perlu risau jika kalau-kalau anak-anak terjatuh. Lembut permukaan lantainya. Rasa macam nak "pad" lantai rumah tu dengan "padding" jenis yang macam ni juga rasanya... Ha ha ha..rasa? Nak buatnya entah bila...In Shaa Allah, ada rezeki buatlah yer tak? Baru tak perlu main kejar-kejar sangat dengan Ash dalam rumah tu sebab risau dia jatuh. 



Pandai berkawan ni dan mesra dengan senyuman dan teguran pada kawan-kawan yang turut bermain di dalam kawasan "play group" itu... Hua hua hua... Tak sangka Mommy... Ingatkan macam tak berapa nak bercampur dengan orang, rupa-rupanya bercampur juga... Iyalah selalu kan bermain seorang diri jer...Mana ada kawan... Tapi, ok, "not bad" juga... Ash ni mudah mesra dan tak lokek dengan senyuman dan teguran...Ho ho ho, ada juga yang mengikut yer? Ingatkan kot dia pemalu ke? Atau tak rajin nak tegur ke? Dah tu? Abah Mommy memang rajin senyum dan berborak dengan orang...Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi yer tak? Cumanya, jangan mesra sangat dengan "strangers" sudahlah Ash...nanti risau Mommy jadinya... Tak mesra pun masalah, mesra sangat pun boleh jadi masalah juga...Ala kadar sudahlah yer nak? 





Banyak permainan dan juga banyak perkara yang anak-anak kecil boleh eksplorasi di "play area" yang disediakan di sini. Ia merangkumi hampir keseluruhan permainan kreatif dan juga dalam masa yang sama mengasah skil motorik, sensori dan segala keperluan anak-anak. Yang paling seronok, tak terlalu penuh dan tidak berebut-rebut. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Ash dilepaskan untuk buat suka hati Ash lah nak buat apa di dalam "play area" tersebut selama lebih kurang 1 jam. Lepas sejam bila dia dah habis bereksplorasi, dia pun dah jadi tidak ketahuan dan "blank" apa yang nak dimain lagi... Tapiiii, bila ajak balik, tetap menjerit...Ha ha ha... Nasib sekejap ajer... Begitulah pengisian kami pada hari terakhir di tahun 2015 yang lepas... 

Jika ada yang berminat nak menyinggah bolehlah cuba-cuba ke Main Place, Subang Jaya yer?


Tidak mahal dan mampu dibayar oleh ibu bapa dan anak-anak pun dapat bergembira sepuasnya... Boleh bermula dengan bayaran RM 5.00 untuk tempoh 30 minit yang pertama dan kemudian boleh tambah masa lagi... :-)...Mesra ibu bapa dan juga mesra kanak-kanak...

*Pssst... Sempat juga ditinggalkan selama lebih kurang 20 minit bersama Nek Ma dia... sementara Mommy pergi cuci-cuci mata di Padini Kids sebelah. Saja, cuci-cuci mata...sebab ada Nek Ma, kalau tak ada Nek Ma, tak juga Mommy nak tinggalkan dia... 

Ajar Anak | Sentuhan Selamat VS Sentuhan Tidak Selamat...

$
0
0

Ulang tayang gambar tadi sebab Mommy tak ada masa nak "watermark" gambar lain...Kesibukan melanda dan ini baru nak makan tengah hari ni... :-)... Sepatutnya makan, tetapi cengkelat kemaskini blog. Hu hu hu... Tak apa, makan tu "just a quick bite" sahaja... Sekejap pejam mata pun dah siap masuk ke dalam perut dah... Syukurlah masih mampu untuk makan walaupun masa sangat-sangat mencemburui kan? Bukan apa, tiba-tiba Farah rasakan topik ni penting dan sangat menarik untuk dikongsikan... Iaitu tentang sentuhan selamat dan juga sentuhan tidak selamat buat anak-anak.

Hari ini keselamatan anak-anak kecil daripada ancaman jenayah seperti pencabulan, rogol, culik dan lain-lain kadarnya amatlah membimbangkan. Banyak kisah menyedihkan yang berlaku, yang kita baca dan kita lihat di media sosial tentang jenayah tersebut berlaku di dalam kalangan anak-anak kecil. Kadang-kadang tu macam tak masuk akal apabila ada "orang jahat" yang sanggup merogol atau meliwat kanak-kanak bawah umur. Tetapi itulah hakikat yang berlaku di dunia pada zaman sekarang.

Bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh mengawal keselamatan anak sepanjang 24 jam? Mereka perlu ke tadika, ke taska atau rumah pengasuh sementara ibu bapa perlu keluar bekerja. Jadi bagaimana ibu ayah hendak pastikan mereka boleh menjaga diri mereka masing-masing? Sedikit perkongsian dari artikel di SINI yang Farah rasakan bermanfaat buat semua ibu bapa di luar sana termasuk diri Farah sendiri. 

Di sinilah pentingnya pendidikan awal tentang menjaga keselamatan diri sendiri sejak anak usia kecil lagi termasuk kepentingan memperkenalkan nama sebenar semua anggota sulit anak-anak dan mengapa mereka perlu bertanggungjawab menjaganya. Semua pendidikan tersebut perlu bermula dari rumah oleh ibu bapa dan bukannya dengan kawan-kawan atau melihat sendiri di media sosial. Ibu bapa hari ini perlu lebih pintar dan berfikiran kehadapan kerana anak-anak hari ini terlalu pintar dan sangat ke hadapan dalam semua perkara termasuk hal sulit yang ibu bapa rasakan mereka tidak tahu.

Mungkin dengan menggunakan kaedah teknologi dan cara persembahan yang kreatif dan menarik, anak-anak lebih memahami mengapa mereka perlu menjaga keselamatan diri dan bagaimana sentuhan yang selamat atau tidak selamat terhadap diri mereka. Mereka perlu mengetahui 5 anggota sensitif yang sama sekali orang lain dilarang memegangnya iaitu payudara, zakar, vagina, punggung dan mulut. Mereka perlu diberitahu perlunya menjaga anggota tersebut daripada disentuh oleh orang lain.

Ajar mereka menyebut nama anggota sulit tersebut dengan betul terutama jika berlaku sesuatu yang mencurigakan supaya mudah untuk memberitahu orang luar seperti pengasuh, cikgu atau doktor seandainya ada seseorang cuba untuk mencabul mereka. Nauzubillahminzalik. Jauhkan anak-anak kita daripada perkara-perkara buruk berikut! 

Jom tunjukkan video ini kepada anak-anak anda. Semoga mereka lebih memahami kepentingan menjaga keselamatan diri dan anggota sulit mereka. 


Tanda Anak Anda Sudah Kenyang???

$
0
0

Anda jenis yang bagaimana yer bila memberikan anak anda makan? Adakah anda jenis yang sumbat dan sumbat ke dalam mulut anak walaupun anak sudah tidak mampu untuk menerima atau menelan makanan yang anda suap itu hanya semata-mata kerana anda takut jika anak anda lapar kemudiannya? Takut jika perut anak anda masuk angin? Atau resah ketika tidur? Janganlah begitu... Ada orang pernah beritahu Farah dahulunya, jika anak sudah kenyang dia tahu bila dia perlu berhenti dan itu adalah "portion" yang mencukupi buat ruang perutnya. 

Memang bila anak mengelak untuk menjamah makanan itu adalah sesuatu yang amat merungsingkan hati terutama ibu. Uhuksss... Bapa pun ada yang rungsing hatinya. "To be fair"... Ekekekeke. Akan tetapi kebiasaannya ibulah kan? Sebab selalunya ibu yang menyuapkan anak makan. Ooppsss... Kaum bapa janganlah pula kata Farah berat sebelah yer... La la la la... Bukan tak ada bapa yang menyuapkan makanan pada anak-anak mereka. Akan tetapi pada pandangan Farah mungkin kekerapan itu kurang berbanding ibu. Pandangan Farah lah, bukannya siapa-siapa. Hua hua hua. Kalau salah pandangan ni... Ya ampunnn... Tiada niat di hati nak menyentapkan sesiapa pun. 

Anak sebenarnya ada caranya yang tersendiri untuk menunjukkan bahawasanya mereka telahpun kenyang. Untuk menunjukkan bahawasanya mereka sudah tidak mampu lagi pun nak mengunyah atau menelan makanan. Kita mulakan senarai dengan berdasarkan pengalaman Farah sendiri yer? 

1. Bagi Iman Ash, apabila dia sudah mula merasakan perutnya kenyang, dia akan mula kemam makanan. Jika bernasib baik, dia akan kemam makanan dalam tempoh yang agak lama, jika kurang bernasib baik, dia akan kemam dalam tempoh yang agak lama dan kemudiannya mengeluarkan apa yang dikemam itu tidak mengira tempat. Tak kiralah sama ada di atas sofa, di "baby chair", di atas permaidani... Ikut mana dan. Haihhh... Bila bahagian keluarkan makanan yang dikemam dari mulut ni lah yang paling tak berapa nak gemar. Ahaksss... Kena permaidani yang berbulu-bulu, bayangkan kepayahannya bagaimana nak kutip? Ditambah basah dengan campuran air liur lagi kan? Dengan lembiknya makanan yang dikemam tu? Nak tak nak, bersihkan juga dengan cara yang dirasakan paling terbaik. 

2. Menepis dengan lengan sambil menggeleng-geleng kepala dan berkata "no"... "No" tu dah jadi "trademark" dia tu. Bila dia telah secara spontan melakukan aksi tersebut, fahamilah Mommy bahawasanya dia telahpun kenyang. 

3. Payah nak suap... Sekejap lari ke sana sekejap lari ke sini. Nak disuapkan makanan, dimain-mainkan Mommy. Sambil berlari ke sana ke mari sekeliling rumah dan kemudiannya kepala menggeleng-geleng sebut perkataan "no" lagi. Faham-faham ajerlah, tak perlu susah payah mengejar dan nak menyuap lagi. 

Setakat ni tu jerlah kot. Antara tanda lain yang boleh atau mungkin berlaku setakat ini masih lagi belum dilakukan atau dipamerkan oleh Ash adalah: 

1. Mula menunjukkan tanda bosan apabila disuapkan makanan, seperti tidak mahu membuka mulut. Mengelak-ngelakkan mulut dari disuap. 

2. Buat selamba dengan tidak mengendahkan makanan yang disua ke mulut sebaliknya fokus beralih ke arah lain. 

3. Melecet-lecetkan makanan atau melenyek-lenyekkan makanan yang ada di hadapan mata. 

Percayalah, jika ada sebarang tanda yang disenaraikan atau dikongsikan di atas, itu bermakna anak-anak sudah kenyang ataupun tidak mahu lagi menjamah makanan. Cukup bagi mereka dah tu. Lainlah kalau anak langsung tidak mahu menjamah makanan. Itu memang dah lain. Bagi Farah, jika ada tanda begitu berlaku, pabila Ash langsung tidak mahu menjamah makanan, itu bermakna dia perlu dipaksa selurang-kurangnya sesuap dua juga makanan supaya tak resah bila tidur malam. 

Memang betul jika anak tidak mahu makan jangan dipaksa. Tapi jenisnya Ash jika perut tidak diisikan dengan makanan walaupun menyusu, dia akan resah jika tidur malam. Kita masing-masing kenal anak-anak kita corak dan ragamnya bagaimana kan? Mungkin Ash begini caranya, mungkin kanak-kanak lain pula berbeza pula caranya. Apa yang Farah kongsikan ini, semoga serba sedikit bermanfaat buat semua. :-). 
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live