Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live

Sukaaa Sangattt Makan Malam, Lepas Tu Takut Gemuk...

$
0
0
Sumber dari Google
Siapa yang mempunyai tabiat suka sangattt makan tengah-tengah malam, lepas tu bila dah makan, menyesal sebab takut badan gemuk...Ataupun menyesal sebab betul-betul menembun? Sila mengaku cepat!!! He he he... Farah taklah berapa suka makan tengah-tengah malam bila orang lain dah tidur. Sesekali jer bila perut terasa sangat-sangat lapar... Bukan kebiasaan Farah tu pukul 3 pagi pergi dapur cari nasi untuk dimakan ataupun apa-apa sahaja supaya boleh dimakan...Eloklah tu kan? Untuk orang-orang yang berbadan gempal seperti Farah ni, jangan cuba-cuba nak jadikan tabiat makan tengah-tengah malam tu kan? He he he...Lagipun waktu makan yang terbaik adalah 3 jam sebelum anda tidur.

Bagi anda yang sedang berdiet tu, makan malam adalah sesuatu yang memang amat menggerunkan. Seboleh-bolehnya anda akan cuba menghindarkannya. Tapi macam mana kalau diserang kelaparan yang teramat sangat sampai memudaratkan diri? Makan jer lah...Janganlah sampai memudaratkan diri yer tak? Ada banyak sebenarnya pilihan makanan yang harus anda tahu untuk anda makan pada malam hari tanpa rasa kesal. Menurut artikel di SINI, ...

1. Sebelum makan, pastikan anda minum segelas air kosong terlebih dahulu. Ini akan membantu perut anda kenyang serta mengelakkan anda daripada makan berlebihan. 

2. Kalau anda terpaksa mengambil nasi, pilihlah sayur dahulu sebelum mengambil nasi dan lauk. Pastikan juga makanan yang anda ambil adalah sihat seperti sup sayur.

3. Bukanlah sampai tak makan malam, tapi cuma perlu kurangkan ambil menu berat seperti sajian tengah hari. Misalnya makan malam diganti dengan sepotong sandwich yang berisi protein dan serat. Janji tetap mengandungi nutrisi. 

4. Nak diet macam mana pun anda kena pastikan sajian yang diambil mengandungi karbohidrat, protein dan serat. 

5. Lebih elok jika menu yang diambil mengandungi 1/2 karbohidrat, 1/4 protein dan 1/4 serat. 

6. Kalau nak lagi bagus, anda kena ada batas waktu makan malam iaitu dari jam 7 hingga 8 malam. Pastikan 2 hingga 3 jam sebelum tidur. 

Yang benarnya, macam mana seksa pun, kita tetap kena jaga pemakanan demi kesihatan. Umur bukan makin hari makin muda yer tak? Lagi meningkat umur, lagilah kena jaga kesihatan. Bukan untuk kurus, tetapi nak elak penyakit cepat melekat kaedahnya. Semoga bermanfaat buat kita semua! ;-) 

Takwim Cuti Sekolah Bagi Tahun 2016

$
0
0
Sibuk jer kakak nak kongsi kan? Walhal Ash bukannya bersekolah lagi. Tak apalah... Perkongsian yang bermanfaat apalah salahnya kannn??? Untuk kita-kita ajer! Hari ini Farah berkongsi, dan mungkin ada yang mendapat informasi atau maklumat dari Farah yang boleh digunakan. Esok lusa, bila-bila Ash dah mula bersekolah, giliran Farah pula membaca perkongsian daripada anda untuk informasi dan maklumat kan? Tak salah kiranya kita sering berkongsi maklumat yang baik walaupun tak ada kena mengena dengan kehidupan kita pada waktu dan ketika ini. Suatu hari nanti pasti berguna kan? Wink wink wink...;-)...

Ni haaa... Takwim Cuti Sekolah Bagi Tahun 2016 nampaknya dah keluar...Makanya, senanglah ibu bapa hendak membuat perancangan cuti tahun hadapan bagi meluangkan masa bersama anak-anak sama ada di rumah, mahupun membawa anak-anak melancong. Pssst, yang sebenarnya diri ini pun sibuk juga nak tengok Takwim Cuti Sekolah Bagi Tahun 2016 sebab ada perancangan yang nak dibuat supaya tak terkena "peak season"...Ha ha ha...In Shaa Allah, jika ada rezeki, menjadilah rancangan tu kannn? Semuanya bergantung kepada keadaan dan juga keizinan dari Allah SWT untuk ianya terjadi... 

Nahhh, ibu bapa sila ambil perhatian...Hik hik hik... 

Kumpulan A: Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Sumber dari SINI
Kumpulan B: Sekolah-Sekolah Di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Sumber dari SINI
Ibu bapa, bolehlah simpan Takwim Cuti Sekolah Tahun 2016 ni yer? Boleh rujuk dan pantau serta merancang aktiviti untuk anak-anak sekali...Nak pergi bercuti bersama keluarga ke? Nak hantar ke kem-kem yang berkenaan ke? Nak hantar ke pusat tuisyen ke? Nak buat latihan gerak-gempur bersama di rumah ke? Yang pastinya bagus untuk perancangan pengisian cuti anak-anak dan juga perancangan cuti tahunan ibu bapa kannn???

Tuan Anas Mikael

$
0
0
Sumber dari Google

Toksah nak cakap sangatlah kenapa dan mengapa kakak tonton telemovie ni kan? Rasanya tak perlu nak beritahu alasan lain pun selain disebabkan kerana pelakonnya telah menarik-narik kakak untuk tonton. Ihiksss... Tentulah kerana Abang Aaron Aziz kannn??? Salah seorang pelakon lelaki yang kakak suka selain dari beberapa orang lagi yang kakak suka. Dan juga disebabkan sempat membaca secara atas talian beberapa bab dari novel Tuan Anas Mikael. 

Sumber dari Google 
Kenapalah saya tersayang tuan? Bab sayang tersayang ni kalau tak betul-betul memang perit ooo. Muahahaha... Kakak kan suka begitu? Kalau baca novel tak kira Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris suka sangat memasukkan diri ke alam itu. Haippp tapi tak adalah sampai lagha sampai tak sedar diri tu siapa ek? Wakakaka... Kusedar diri, bahawasanya diriku ibu beranak satu ajer... Alhamdulillah, syukur Ya Allah... 

Ayu Maisara nih (Zara Zya) adalah seorang graduan akaun dari UiTM yang menerima tawaran Tuan Anas Mikael selepas diugut oleh Tuan Anas Mikael. Kisahnya bermula bila Ayu menggantikan tempat ibunya iaitu Cik Su untuk melakukan tugasan mengemas di rumah Tuan Anas. Tugasan Cik Su ni sangatlah terperinci seadanya yang menyebabkan Ayu menyangkakan bahawasanya Tuan Anas ni cerewet orangnya. Bila Ayu gantikan tugas ibu dia, dia tersalah mop sehinggakan Tuan Anas tergelincir jatuh tangga.

Iyalah nak cari kerja zaman sekarang ni bukannya mudah. Kompetitif sangat dah. Lepas terima tawaran Tuan Anas, kerja-kerja Ayu bukan setakat mengemas rumah sahaja, dia diminta belajar memasak, memandu kereta dan dibawa ke pejabat dengan alasan mahu mejadi seorang yang sempurna di mata Tuan Anas. Bila ditanya kenapa? Tuan Anas jawab dia sedang mempersiapkan Ayu untuk menjadi pengurus projek di sebuah hotel Tuan Anas di Krabi. Iyalah sangattt Tuan Anas oiiii.... Krabi sangat tau... Dah kenapa yer tak? Pengurus kena masak masakan kegemaran dia kan?

Di dalam masa yang singkat, Ayu berjaya menuruti kehendak Tuan Anas. Belajar segala-galanya tentang dapur dan pejabat. Ini bahagian sambung baca dari novel pula tau... Yang penting pada Ayu, kena ada keyakinan. Tuan Anas kata, kalau Ayu jaga dia elok-elok, dia pun akan jaga Ayu elok-elok. Alahaiiii... Comel sampaikan ada kata kunci lagi untuk mereka berdua.

Apabila projek di Krabi dah mula, Ayu dihantar sebagai pengurus projek di sana. Dalam masa yang sama, Tuan Anas telah cuba-cuba dipasangkan dengan Safra, cucu Tun Akhiruddin yang juga rakan niaga Tuan Anas. Mengamuk sakanlah Safra tu bila tak dipilih jadi pengurus projek. Yang benarnya Safra tak berminat pun nak bekerja. Dia nak kahwin jer dengan Tuan Anas tuh. 

Semasa di Krabi, Tuan Anas akhirnga meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tetapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi teman wanita Tuan Anas sebab Tuan Anas nak mengelak daripada berkahwin dengan Safra. Bila tiba masa memperkenalkan Ayu sebagai teman wanita, lain pula jadi bila Tuan Anas memperkenalkan Raisya Putri sebagai teman wanitanya. Pening! 

Ayu Maisarah Ayman, anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang sehinggalah dia kahwin lari dengan Maisurah dan tinggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Siapa sangka, pertemua dia dengan Tuan Anas membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra ni anak kepada Dato Azhar,anak angkat Tun Akhiruddin dan juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman, ayah Ayu. Tu diaaa, berbelit...

Ayah Ayu dah meninggal dunia kerana dibunuh perompak. Itu laporan alhbar. Akan tetapi hakikatnya, Dato Azhar yang bunuh kerana rasa cemburu yang melampau. Dahlah anak pemandu yang dijadikan anak angkat. Huh... Plot ceritaaa...

Seterusnya kenalah tonton atau baca novel yer? Ha ha ha... Kalau cerita semua tak "thrill" lah kan? ;-). Apa yang boleh Farah kongsikan, cerita ni syok layan... Lagi syok sebenarnya tak payah tunggu apa akan jadi esok... Hahaha.. Terus jer tengok secara marathon kannn? Bila kena tunggu ni kadang-kadang boleh jadi tak sabar... Ha ha ha... 

Awalnya Sambut Ulangtahun Kelahiran...

$
0
0

Inilah kek hari jadi yang pertama dan terawal bagi Farah bagi tahun 2015 ni. Sebenarnya ianya adalah sambutan kejutan macam tu kaedahnya di pejabat. Awww... Tak sangka... Terharu sekejap ("over" jer lebih ni... Propaaa)...Iyalah, sebab baru jer menyertai keluarga ni... Tak sangka tersenarai juga dalam sambutan kejutan ni. Waktu ni adalah minggu lepas, baru jer hari keempat bekerja di situ. Semuanya masih baru lagi bagi Farah.


Inilah antara kawan-kawan sekerja yang bertungkus-lumus Dan bersusah-payah mengaturkan majlis sambutan kejutan minggu lepas. Anja (disebut sebagai Anya) dan Lily. Diaorang tak kisah pun Farah rakam gambar mereka sebab mereka memang "sporting"... Ha ha ha... Lagipun gambar yang menunjukkan kerajinan mereka kan? ;-). Sambutannya tak adalah gah atau besar-besaran tetapi cukup meriah walaupun bersederhana. Adakalanya anda tidak memerlukan sesuatu yang ekstravaganza sangat pun dalam hidup, "less is more" gittew.


Kami berdua adalah bayi November yang diraikan bersama! Michael dan juga Farah. Kongsi kek hari jadi tetapi ucapan masing-masing. :-P. Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi menyambut hari jadi Michael dan Farah... Tapi tulah awalnyaaa... Ini terlalu awal ni... Sedangkan tarikh kejadian sebenar adalah 24 November nanti. He he he...

*"Sorry" Ash, Mommy dah potong kek dulu dengan Uncle Michael sebelum potong kek dengan Ash nanti... Tak apa, nanti kita potong kek bersama-sama pada tarikh Ash yer? 

Kongsi Makanan Dengan Kucing???

$
0
0

Bukannya makanan kucing yang dia makan tetapi makanan dia yang dia kongsi dengan kucing. Kucing tu dah ibarat kawan baik dia sangat dah. Hari-hari minta sama ada Nek Ma dia ataupun Farah buka "sliding door" semata-mata nak panggil kucing jiran yang rajin sangat bertandang tu. Hu hu hu... Yang si kucing pun bila kawan baik dah memanggil laju jer datang. Kenal sangat dah kucing tu dengan suara Iman Ash. Kagum sekejap si Mommy melihat nilai persahabatan di antara kucing tu dan Ash. 

Kucing mana? Kucing yang sama seperti yang Farah pernah kongsikan di dalam salah satu entri Farah sebelum ni iaitu... 


Sama-sama membesar mereka ni. Ha ha ha... Setia sungguh mereka berkawan... Ash kan pencinta kucing dan si Mommy pula adalah penakut kucing tahap ekstrem dan tak boleh ditolong lagi dah. Bila anak dah minat kucing ni terpaksalah belajar-belajar beranikan diri. Yakin boleh! Ha ha ha... Masalahnya boleh ke??? Tiap kali cuba beranikan diri mesti gagal... Muahahaha... 

Sumber dari Google
Cuti Deepavali yang baru lepas ni, dia tiba-tiba susah sangat nak makan. Itu "mood" dia lah tu, memang ada masa kalau kita suap dia, tertepis-tepis, tertepis-tepis tak mau makan. Suapkan dia lepas tu dia keluarkan nasi tu balik. Habis berterabur atas lantai. Farah ni pula, kalau Ash tak nak makan susah hati... Ha ha ha... Macam mana pun mesti nak buatkan dia sampai nak makan. Kadang-kadang tu bukan dia tak nak makan, nak makan, tapi Ash ni kuat menyakat Mommy. Saja jer dia sambil gelak-gelak berlari keliling rumah dan Farah terpaksa kejar dia semata-mata nak suap makanan. Semput menyuap anak teruna ni makan tau tak? Ihiksss... Banyak main! 

Terpaksa fikir macam-macam cara nak beri dia "stay" satu tempat makan. Kena disiplinkanlah dari kecil yer tak? Nanti ada pula cakap-cakap belakang kata mak tak reti mengajar anak makan setempat. Bha ha ha... Caranya makan di meja makan, sambil ikat dia pada "high chair" dia tu. Kadang-kadang, bila tiba angin dia tak nak duduk di "high chair" terpaksa duduk depan televisyen, pasangkan kartun kegemaran dia semata-mata nak beri dia duduk makan dengan diam. Tertib sikit Ash... 

Owhhh, kelain pula perginya cerita... Cuti Deepavali yang baru lepas ni, "mood" makan tu jadi susah. Lain sikit pula caranya. Berjalan menuju ke "sliding door" suruh buka dan dia panggil kucing. Maka dengan lenggok Mak Limah datanglah kucing tu. Bila kucing dah sampai, dia duduk, kucing pun duduk... Entah apalah pesanan khidmat masyarakat dia pada kucing tu... Yang kucing pula, saya yang menurut perintah... 

Ambillah peluang tu kan? Cuba suap dia makan... Nganga ko... Cumanya lepas suap dia, dia ambil tangan kita sambil mulut becok, halakan ke pinggan dan kemudian suruh kita ambil makanan dan ambil semula tangan kita dan suruh berikan pada kucing. Awww... "So sweet"... Dia suruh, Farah kongsikan makanan dia dengan kucing. Dah macam menyuap dua orang anak makan dah Mommy ni jadinya... Suap Ash, kemudian letakkan ke lantai sebahagian makanan Ash untuk kucing. Suap anak tangan kanan ler oiii... Ambil sebahagian makanan guna tangan kanan, alihkan ke tangan kiri kemudian letakkan secara perlahan-lahan ke lantai. Takut kucing katakan. 

Selamba jer dia bagi arahan kat kucing tu... "It..It.." bermaksud "eat"... Kucing pun makan. Makan bersaing, selera mereka ek? Setiap kali kucing makan... Haaaa kata Ash... Berulang-ulang dan berterusan sampailah habis licin semua nasi dan lauk pauk dalam pinggan. Kenyang anak manja Mommy dan "anak angkat" Mommy yer? 

Farah kisah ke Ash berkongsi makanan dia dengan dengan kucing kesayangan dia tu? Tak apalah mungkin Allah sedang beritahu, makanan kita hak kita tu bukan semua rezeki kita. Sebahagiannya adalah rezeki kucing sebab tu kucing tu datang pada kita. Mungkin Allah juga sedang memberitahu kita, apabila kita memberikan makanan kepada kucing itu, Allah akan ganti dengan rezeki lain yang lebih baik. Sebab satu kebaikan itu Allah balas dengan 10 kebaikan atau pahala. Allah Maha Mampu. Dan boleh jadi Allah sedang memberitahu apabila kita tidak memberi makanan kepada kucing itu sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru. Rezeki itu luas, bukan hanya wang tapi meliputi kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan. Kerana haiwan tidak pandai mengucapkan terima kasih, ia hanya tahu minta dan makan. :-). 

Jauh di sudut hati, yang benarnya bangga dengan Ash dan suka dengan sikap Ash walaupun Farah ni penakut kucing. Ngeee... Apakah memang Mommy kena belikan anak kucing untuk Ash seekor sempena hari lahir Ash tak lama lagi??? Hurmmm... 

Makin Manis, Makin Mantap Bersama INTEEMOR Dari EPHYRA

$
0
0

Melambak-lambak produk-produk untuk kesihatan luaran dan dalaman wanita di pasaran sekarang ni... Nak bertemu jodoh yang serasi dengan diri kita pun bukannya mudah. Ada produk yang kita ambil tidak mendatangkan apa-apa kesan pun seperti yang dideskripsikan...Kemudiannya, kita rasa sedikit kecewa dan rasa seolah-olah membazir sahaja kita berbelanja menghabiskan wang ringgit untuk membeli produk tersebut. Farah juga pernah mengalami situasi sedemikian, yang mana akhirnya diri sendiri rasa menyesal sebab dengan sewenang-wenangnya telah berhabis ratusan ringgit semata-mata terpedaya dengan deskripsi serta pengiklanan sesuatu produk tu. Ha ha ha, cepat terpengaruh dengan godaan iklan betul Farah nih! 

Seperti yang semua orang tau, orang perempuan ni memang banyak perkara dan banyak benda yang nak kena jaga supaya kekal manis, kekal mantap penampilan serta kesihatan dalaman dan juga luaran. Nak-nak lagi stok mak-mak macam kakak ni kan? Kalau tak jaga...haiii, alamatnya diri sendiri yang rugi ok? Setakat inilah kan? Setakat ini antara produk yang paling Farah rasa berbaloi dengan harga dan berbaloi dengan apa yang Farah mahu adalah Ephyra. Ephyra memberikan Farah kesan yang Farah mahukan dan juga sememangnya hidup ini lebih bahagia dan ceria bersama Ephyra. 

Terbaru??? Sepertimana yang anda dapat lihat di dalam gambar di atas adalah INTEEMOR dari EPHYRA. Inilah yang Farah nak kongsikan dengan semua ni sebab Farah dah konsisten mengambil INTEEMOR sejak dua minggu yang lepas. Jujur diakui, untuk diri Farah kesannya adalah seawal 4 kali pengambilan. Bila badan sendiri dapat rasa perubahan dan badan rasa sedap, terus Farah melakukan pesanan untuk botol yang kedua tanpa menunggu lagi. Sesuatu yang berkesan tu kan memang tak rugi kalau kita melabur untuk kesihatan serta kecantikan diri sendiri tidak kira sama ada untuk luaran ataupun dalaman. 


INTEEMOR ni sebenarnya adalah merupakan formulasi terbaik dari Ephyra iaitu didatangkan dengan adunan lengkap 16 herba semulajadi khusus untuk penjagaan dalaman wanita. Seperti yang Farah nyatakan melalui pengalaman Farah sendiri sebagai seseorang yang mengambil INTEEMOR secara konsisten, kesannya sangat cepat menyerap ke dalam tubuh kerana INTEEMOR adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja. Hasilnya dapat dirasai selepas 3 hari dan jika diamalkan secara berterusan memang bom kebabomlah mampu mengembalikan kecantikan, kesuburan dan kesihatan seperti wanita muda. Antara kandungan di dalam INTEEMOR adalah kacip fatimah, manjakani, pueraria mirifica, kolagen, kunyit, dong qui, akar serapat, habbatussauda, buah tin, biji aprikot, acai berry, delima, aloe vera, durian belanda, sireh dan juga madu. 

Ada salah satu makanan sunnah di dalam INTEEMOR iaitu habbatussauda yang sememangnya telah terkenal dari zaman Cleopatra dulu. Rasulullah SAW sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatussauda iaitu sabdanya: "Hendaklah kamu memakan habbatussauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati)." - (Riwayat at-Tirmizi). 


Selepas melahirkan Ash, Farah ni ada satu masalah kewanitaan yang agak sukar untuk dinyahkan dari tubuh badan Farah. Itu Farah akui. Perut tu, perut... selepas melalui pembedahan bersalin memang agak "bloated" dan perkara ni sebenarnya kadang-kadang buatkan Farah rasa marah! Yer, marah, sebab banyak pakaian di dalam almari tu, Farah tak jadi nak pakai walaupun pada asalnya Farah memang nak pakai disebabkan keadaan perut yang agak "bloated" tu... Macam-macam dah cuba Farah lakukan untuk hilangkan kebuncitan tu... Uhukss...kadang-kadang segan pun ado! Ha ha ha, siapa cakap Farah tak ada kelemahan? Tipulah kalau seseorang tu tak ada kelemahan kan? Mana ada manusia yang tidak mempunyai kekurangan ataupun kelemahan... Segan sangat weiii... Tapi tak adalah jadi sampai "low self-esteem"... Farah kan jenis redah jer, cuma kalau boleh memang nak "get rid of it!"... Sakit hati wo, sendiri tengok sendiri rasa tak cantik gittew... Risau juga kalau-kalau ada yang sangka ada isi lagi perut nih...Bha ha ha... Belum lagi nak diisi setakat ni ok? Tak fikir pun nak isi, fikir isi dengan makanan adalah... 


Dalam tempoh 2 hari jer, Farah ambil INTEEMOR siang dan malam... Terkejut sebab dalam tempoh 2 hari ia sudahpun mendatangkan kesan kepada Farah. Bukan suka main sumpah-sumpah, tapi demi nak mengatakan sungguh-sungguh ni pada semua...Wallahi, dalam tempoh 2 hari iaitu selama 4 kali pengambilan, perubahan yang amat ketara kepada struktur perut telah berlaku! Wallaweiiii... Mau tak rasa seperti nak melompat-lompat kegembiraan bilamana tahap keyakinan diri meningkat sedikit bilamana perut dah tak "bloated" dan rasa sedap. Tidak seperti sebelumnya. Macam syukur sangat oiii bila dah temui jalan penyelesaian yang paling afdal nih!!! Tapi kannn, bukan setakat untuk mengempiskan perut jer ok? Banyak lagi fungsi INTEEMOR ni... Antaranya:


Haaa, nampak tu? Banyak kan fungsinya? Sesuai untuk semua wanita berkahwin / anak dara / wanita berpantang / ibu menyusu. 


Sejak nampak kesan yang sangat-sangat positif pada Farah, Farah memang tak pernah tinggal mengambil INTEEMOR dalam setiap hari Farah. Untuk Farah, sebab teruja sangat nak kesan yang cepat, Farah ambil 2 sudu di waktu pagi dan 2 sudu di waktu malam. 


Owh, yang pastinya jika anda bercadang ingin mencuba INTEEMOR juga, jangan lupa, sila pastikan anda menggunakan sudu plastik yer? Jangan gunakan sudu besi sebab INTEEMOR mengandungi madu. Madu ni kalau dimakan dengan sudu besi boleh terjejas khasiatnya. Tak percaya cubalah Google dan cari sebab kenapa dan mengapa. 


Bukan setakat Farah jer akui INTEEMOR ni memang berkesan, tetapi suami juga mengakui perubahan pada diri Farah. Selain bahagian perut tu kannn??? Kini dengan INTEEMOR, berat badan Farah telahpun berkurangan kilogramnya, sistem pencernaan semakin lawas, badan semakin bertenaga - rasa "energetic" jer walaupun tak rehat-rehat ataupun kerja melambak-lambak, itu nak kejar, ini nak kejar... Secara rumusan, kebanyakan dari khasiat dan kelebihan INTEEMOR yang disenaraikan memang nampak perubahannya. Bukan perasan diri tu cantik sangat yer...Haippp... Tapi memang makin manis, makin mantaplah bersama INTEEMOR ni... Terima kasih EPHYRA kerana memperkenalkan produk yang sememangnya mantap seperti INTEEMOR ni...Sekurang-kurangnya kini dah ada jalan penyelesaian bagi permasalahan berkaitan kesihatan wanita Farah nih...Bukan sekadar Farah, tetapi testimoni dari wanita-wanita lain juga anda boleh baca di bawah ini:


Untuk Makin Manis, Makin Mantap Dan Suami Makin Sayang Dengan INTEEMOR, sila dapatkan maklumat lanjut dari:




Hotline Ephyra : 
019-3999238 | 03-41417889

Harga : 
RM49 (tidak termasuk pos)

Tiket VIP HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 Percuma Untuk Anda!!!

$
0
0

Bulan Ogos 2015, Farah ada berkongsi tentang Hi-5 House of Dreams Live in Concert, Kuala Lumpur 2015, yang mana, Farah berkongsi sekadar untuk memberi cadangan aktiviti kepada ibu bapa untuk menghiburkan serta mengisi masa terluang anak-anak di musim cuti sekolah. Al-maklumlah, rancangan Hi-5 ini adalah kegemaran ramai kanak-kanak di seluruh dunia kan? Terutama kanak-kanak yang berusia dari 2 tahun sehingga ke 8 tahun. Usia-usia peminat-peminat rancangan Hi-5. 

Kalau di rumah Farah tu, rancangan Hi-5 ni memang direkodkan sirinya setiap hari dan WAJIB dipasang setiap hari atas permintaan Ash. Memang Hi-5 adalah merupakan salah satu rancangan kegemaran Ash. Siapa sangka, ada juga rezeki Ash apabila Ash berpeluang untuk menonton konsert Hi-5 secara lansung pada 10 November 2015 ini bertiketkan VIP. Alhamdulillah, rezeki buat Ash...Mommy tumpang gembira jer... 

Hi-5 bagi Farah bukanlah sekadar rancangan muzikal biasa, tetapi ianya adalah "interactive showcase" untuk anak-anak belajar. Belajar memahami masalah dan juga menyelesaikan masalah. Dengan prop yang dihiasi dengan warna-warna ceria dan juga ahli-ahli Hi-5 seperti Stevie, Mary, Dayen, Tanika dan Ainsley ianya memang mudah untuk menarik perhatian kanak-kanak. Farah akui, Farah sendiri suka melihat warna-warna ceria di dalam rancangan Hi-5. Hi-5 ni pun bukanlah sesuatu yang baru di dunia kanak-kanak. Ianya sememangnya dikenali oleh kanak-kanak di seluruh Eropah, Amerika Utara, Asia dan juga Amerika Latin. Siri Hi-5 secara konsistennya telah menjadi antara "top-three most successful pre-school television shows worldwide". Hi-5 juga telah memenangi 3 Logie Awards for Most Outstanding Children's Program, 5 ARIA Awards for Best Children's Album, 5 Australia n DVD and Video Industry Awards, 1 APRA Award, 1 AMIA Award dan 1 Helpmann Award. Hi-5 US pula telah dicalonkan bagi 3 Daytime Emmy Awards. Manakala, Jump and Jive with Hi-5 CD telah memperoleh anugerah berprestij Parents Choice Award 2004.

Tu diaaa penangan Hi-5, banyak sungguh anugerahnya...

Berbalik kepada HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 ni... Ash bukan nak pergi sorang-sorang jer tau? Ash nak ajak kawan-kawan Ash ataupun kakak-kakak atau abang-abang di luar sana untuk turut sama menonton HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 ini SECARA PERCUMA!!! Diulangi SECARA PERCUMA!!!Akan tetapi tentu-tentulah melalui blog Mommy iaitu Bubblynotes.Com yer? Haaa... Akhir tahun, Ash dan Mommy nak bagi hadiah sedikit kepada semua pembaca Bubblynotes.Com... Bagaimana caranya?


Khas untuk pembaca Bubblynotes.Com sahaja!!! Ash dan Farah, ingin mencari 5 PEMENANG BERTUAH UNTUK MEMENANGI 4 TIKET VIP YANG BERNILAI RM 1,216.00. Tapi-tapi-tapi...bukan setakat menang tiket VIP sahaja yer? Para pemenang berpeluang untuk berjumpa dengan kelima-lima krew Hi-5 juga! Bolehlah bergambar kannn? Dan tak adalah pergi dengan tangan kosong... He he he... Secara "up, close and personal" gittew! Siapa tak nak kannn??? 

Sebelum tu, meh sini nak kongsi susun atur kerusi penonton supaya anda jelas di mana kedudukan kerusi VIP untuk konsert ini! 


Hanya ikuti syarat mudah untuk memenangi GIVEAWAY HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 ini dari Bubblynotes.Com:

1. Muat turun video anak sedang menari ataupun menyanyi lagu Hi-5 ATAU hantarkan gambar dan namakan lagu Hi-5 yang anak anda gemari di media sosial (Facebook / Instagram).

2. Lengkapkan ayat, "Saya layak untuk memenangi tiket ini kerana..." (20 patah perkataan atau kurang) - Bahasa Melayu. 

ATAU 

Dalam Bahasa Inggeris - Caption it with a simple sentence, "I deserve to win these tickets because..." (in 20 words or less)

3. Pamerkan penyertaan anda di BLOG, FB dan Instagram secara TERBUKA atau "PUBLIC" dengan menggunakan "hashtag" #todayishere #malaysiaairlines #EnrichUrLife #EnrichJunior

(Peserta TIDAK DIWAJIBKAN menghantar penyertaan melalui semua media sosial yang ada. Peserta boleh menghantarkan penyertaan melalui apa sahaja medium media sosial yang ada. Sama ada di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris)

4. Sila hantarkan pautan atau "link" penyertaan seperti URL BLOG, URL FACEBOOK, URL INSTAGRAM atau TWITTER di ruangan KOMEN di bawah entri ini. 

Itu sahaja!!! Mudah kan? Apa yang anda perlu lakukan untuk memenangi tiket VIP ini adalah... VIDEO ATAUPUN GAMBAR dimuatnaik ke media sosial beserta dengan ayat dan juga "hashtag". Semudah itu!!! 

"Giveaway" ini dibawakan oleh Program Enrich Junior, Malaysia Airlines iaitu usahasama terbaru dalam perkongsian terkini dunia muzik kanak-kanak. Program Enrich Junior ini adalah program berdasarkan mata ganjaran sama seperti mata ganjaran dewasa. Ahli Enrich juga berpeluang untuk mendapatkan 10% diskaun untuk harga tiket HI-% HOUSE OF DREAMS TOUR IN MALAYSIA 2015. Hanya gunakan kod promo enrich10.

Hadiah "Giveaway" Yang Ditawarkan:

5 ORANG PEMENANG akan menerima EMPAT (4) tiket HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.

Tarikh:
10 December 2015

Masa:
10.30 pagi

Lokasi:
Istana Budaya, Kuala Lumpur

Pakaian:
"Smart-Casual"

Terma & Syarat:-

1. "Giveaway" ini akan berlangsung dari 11 sehingga 23 November 2015.

2. Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh pihak MALAYSIA AIRLINES.

3. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan PALING KREATIF. Penyertaan yang mempunyai VIDEO HI-5 ANAK MENYANYI ATAU MENARI akan mendapat peluang lebih tinggi untuk menang.

4. Keputusan pemenang akan diumumkan di blog www.bubblynotes.com pada 28 NOVEMBER 2015.

5. Pengambilan tiket akan bermula dari tarikh 30 NOVEMBER 2015 sehingga 9 DISEMBER 2015.

Jangan lupa lawati, "like" dan "follow":-

Twitter : @MAS 

YouTube : malaysiaairlines 

Hashtags 
#todayishere, #malaysiaairlines, #EnrichUrLife, #EnrichJunior

SELAMAT BERJAYA SEMUA!!!  

Tips Elak Anak Rasa Kurang Dihargai

$
0
0

Bukan setakat jiwa mak-mak jer yang mudah sensitif dan sentap. Jiwa anak-anak kecil pun mudah sensitif dan sentap juga. Kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun lebih suka tarik perhatian dan cepat cemburu kalau tak diberi perhatian. Caranya Ash, sekarang ni dah pandai menangis tanpa air mata tapi ngongoi jer lebih. Walhal, tak ada apa-apa yang berlaku pun sebenarnya. Sajaaa... Nak tarik perhatian isi rumah supaya tumpukan pada dia. Alaaa...Ash kan sememangnya manja sebab dia tahu dia tak ada "rival" yang nak bersaing dengan dia...Segala tumpuan dan fokus memang secara terperinci kepada dia seorang jer... Berlaku terutama-tamanya ketika isi rumah sibuk menonton televisyen...Ahakss sebab dia dengki, dia kena main sorang-sorang waktu tu... Sebab tu, Mommy dia ni, mana pernah boleh nak "concentrate" menonton kalau dia jaga, sebab tu, Mommy dia ni terpaksa rekod dulu rancangan yang nak ditonton dan bila dia dah tidur baru boleh tonton dengan aman, sebab tu Mommy dia ni adalah orang yang tidur paling lambat setiap hari. Ha ha ha... 

Faktor besar penyebab cemburu timbul adalah sebab si kecil sudah terbiasa rasa hanya dia milik ibu bapanya atau isi rumah. Tapiii, jangan risauuu... fasa anak cemburu ini sebenarnya bukan sesuatu yang buruk. Anda boleh atasi masalah anak ini dengan beberapa cara untuk elak dirinya rasa kurang dihargai sebagaimana yang dikongsikan oleh artikel di SINI

Ibu Bapa
Kalau anak cemburu ibu atau bapanya bermesra, itu normal. Dia cemburu kerana tidak turut serta ketika ibu dan bapanya sedang berdua. Macam Ash pula, kebanyakan pada masa dia akan tersenyum dan menunjukkan dia suka... Ha ha ha... Pelik atau tidak, itu bergantung kan?

Cara Atasi: 
Ketika ibu bapa sedang melakukan aktiviti bersama, ajaknya bersama. Kalau bapa memeluk ibu, ajak anak masuk dalam pelukan. Ini sebagai tanda bahawa dia juga disayangi. Jika ibu bapa mahu waktu berdua untuk sementara, pastikan anak faham dan kena pandai curi masa bagi elak si kecil rasa dipinggirkan. 

Adik Baru
"This does not apply to Iman Ash" buat masa sekarang... Ha ha ha... Kehadiran bayi di rumah menjadi perkara baru untuk diri anak-anak kecil. Seakan-akan ada yang menyainginya di rumah. Apatah lagi dia akan melihat anda seakan-akan lebih memberi perhatian kepada adik baru. Dia belum memahami bahawa adiknya masih memerlukan banyak bantuan. 

Cara Atasi:
Sebenarnya perkara ini pernah Farah kongsikan di dalam entri Farah yang bertajuk Cemburu Rupanya Dia... "Well" maklumkan kepada anak bahawa dia sudah menjadi abang atau kakak. Elok, kenalkan adik baru kepada anak pertama yang dia sudah punya adik sejak anda hamil. Ajar dan libatkan anak saat anda mengasuh bayi. Ajak dia bermain bersama adiknya. Jangan lupa, selalu mengucapkan terima kasih dan memberinya pujian sebagai kakak atau abang yang baik. 

Cara menghadapi rasa cemburu anak adalah dengan mendekatkan mereka. Usahakan untuk luangkan waktu khas setiap anak-anak secara bergilir. Anda kena tahu, anak masih belum memahami dan masih belajar berkongsi.

Haiwan Peliharaan
Memelihara haiwan peliharaan mampu mengurangkan tekanan. Anda juga boleh menyayangi haiwan selagi tidak menjadi punca kepada alergi terhadap bulu haiwan ataupun masalah fobia pada haiwan seperti Farah...Ha ha ha... 

Cara Atasi: 
Didik anak menyayangi binatang peliharaan di rumah menjadi salah satu cara agar dia tidak terus cemburu pada haiwan peliharaan. Ajaknya turut serta ketika anda bermain dengan haiwan kesayangan. Dalam kes Farah, bukan Mommy yang ajak Ash, Ash yang ajak Mommy... Ha ha ha... 

Datuk dan Nenek
Datuk dan nenek terutamanya yang kurang berkeupayaan tentu memerlukan banyak bantuan. Begitu juga jika datuk dan nenek sedang sakit. Anak akan melihat datuk dan neneknya seakan-akan merebut perhatian anda. Bagaimana cara mengatasinya? 

Cara Atasi:
Perkara ini sangat bergantung pada bagaimana datuk dan nenek berinteraksi dengan anak. Lebih menyenangkan jika anak boleh bermain dengan datuk dan nenek. Menceritakan pelbagai kisah boleh menjadi satu pilihan. Dalam kes Ash, dia memang sangat-sangat terbiasa dengan Nek Ma dan Atuk dia, jadi tak ada masalah di situ.

Gajet
Jangan terlalu fokus gajet depan anak-anak oiii, nanti si kecil juga akan rasa anda abaikan dirinya. Haaa...pesanan untuk mak-mak blogger juga nih... Abah-abah blogger pun yer...Ha ha ha... Tolonglah, ibu bapa kena ubah cara hidup ini. Silap sendiri juga kalau tengok anak mula memberontak, sebab anak akan rasa objek itu lebih penting dari dia.

Cara Atasi:
Ehemmm, setakat ni belum ada masalah dengan ni lagi, sebab Farah cuba sebaik mungkin untuk imbangkan. Bertempat dan berwaktu. Jika anda menggunakan gajet untuk urusan pekerjaan, terangkan kepada anak keperluan tugas anda. Ash selalunya dia sendiri akan ambil telefon pintar Farah bila berbunyi What's App ataupun apa-apa "notification" dan dia akan serahkan kepada Farah suruh tengok. Hu hu hu... Beri jangka waktu untuk anda menyelesaikan tugas dan tepati janji anda. Ini merupakan proses pembelajaran dan pemahaman bagi anak bahawa anda tidak boleh diganggu pada waktu itu. Ash faham... "Mommy work".. 

Iya, kekalkan manja walaupun untuk memiliki anak itu cukup mudah bagi anda. Ini antara cara terbaik yang dicadangkan yang mana ibu bapa perlu amalkan bagi mengelakkan anak memberontak. Moga hubungan kita dengan anak-anak kita dan pasangan tetap terjaga walaupun sibuk mencari rezeki di luar. ;-) 

Nak Cantik Macam Che Ta??? Kenalah Baca Ni!!!

$
0
0

Perghhh... Ini kalau dapat jadi cantik cun melecun bom kebabom meletops macam Che Ta nih... Ha ha ha, mesti berangan nak masuk arena "modelling" walaupun ketinggian tak berapa nak mengizinkan... Ehemm, Muslimah "modelling" yer... Berangan itu PERCUMA, selagi tak menyusahkan orang lain tak salah sesekali nak berangan kan? Alahaiiii, tak dapat jadi macam Che Ta pun tak apa...Bersyukur dengan apa yang Allah SWT dah anugerahkan. Tapi!!! Walaubagaimanapun, tidak salah sekiranya kita sebagai wanita cuba untuk menjadi cantik dan hendak menjadi cantik dengan berusaha. Selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak sudah... 



Nak cantik macam Che Ta??? Ini nak kongsi rahsia Che Ta ni "uolss"... Rahsia dia adalah Rysya Skincare yang tengah meletops-letops di pasaran. Che Ta memang pakai produk ni sejak berbulan-bulan dah lamanya. Produk kecantikan Rysya ni sebenarnya mengandungi semua bahan yang kita perlukan untuk kulit lebih anjal, tegang dan muda. Bukan apa, bila dah jadi mak-mak ni, bila dah berkahwin ni, tak kisahlah berapa ramai pun anak kita, betapa penat pun badan kita, betapa sibuknya hidup seharian kita, yang penting kena sentiasa konsisten dan juga rajin di dalam penjagaan kulit kita. Lagi meningkat usia, lagi nak jaga oiiii...jangan sangka "baby face" kita tu (kalaulah, kalaulah anda tergolong di dalam golongan yang "baby face" ), akan kekal keanjalannya dan ketegangannya... Anda nampak macam tak ada apa-apa macam biasa jer...Dan anda rasa diri anda tu muda remaja lagi...Uhukss...hakikatnya... "the truth is", sebenarnya struktur dalaman tu dah longgaq sana sini cheq oiii... Kalau tak percaya, pergilah ke mana-mana pusat kecantikan dan cuba "scan" struktur kulit tu...Pasti ada yang longgar sana sini... Ini hakikat nih... 

Salah satu penyelesaian yang dapat Farah kongsikan pada anda dan memang ramai wanita di luar sana tu memang kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh Che Ta punn... 


Rysya Skincare yer kawan-kawan...Heee, jom kita cuba tengok apa yang ditawarkan serta apakah fungsi serta kegunaan set kecantikan Rysya Skincare ni:

LY BIRD NEST BODY SCRUB
Sabun buku bukan alkali yang mengandungi sarang burung walet dan kolagen. Ia berfungsi untuk membersihkan, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. 

LY FACIAL CLEANSER
Dirumus khas untuk membuat "pembersihan secara lembut" terhadap kulit wajah. Ia membersihkan segala kekotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa mengganggu kelembapan semula jadi kulit. Ia tidak akan meninggalkan kesan kering atau terengsa setelah dibilas.

LY FACIAL TONER
Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan Rysya LY Facial Toner secara konsisten membolehkan kulit wajah lebih tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 

LY24K GOLD SERUM
Membantu merangsang "re"generasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit. Rysya 24K Gold Serum mengandungi lebih banyak bahan aktif berbanding dengan krim muka yang lain di mana Rysya mampu menyampaikan kepekatan nutrien yang lebih besar bagi menembusi bahagian dalam kulit. 

LY 24K GOLD MIRACLE CREAM
Mengandungi ramuan anti penuaan unik yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serta, menghalang kerosakan serta, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Penggunaan Rysya 24K Miracle Cream dapat membantu meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelicinan kulit. Formula Vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya kulit menjadi lebih muda.

Siapa yang mahu kelihatan tua sebelum usia kan? Terutama wanita... Kadang-kadang kita rasa kita ni macam nampak muda dan rasa tak perlu lakukan apa-apa pun untuk menjaga ataupun untuk pantau... Tapi sebenarnya diri kita kelihatan tua sebelum usia kita tak perasan... Selagi boleh jaga kita jagalah kan? Sebenarnya konsepnya sama ibarat, jangan sangka kurus itu sihat, gemuk itu tidak sihat... Hu hu hu... Kita "imply" pada kecantikan wajah... Macam yang Farah nyatakan di atas...Jangan sangka kita nampak macam anak dara, tapi struktur sel kulit kita masih macam anak dara...Haaa gittewlah...Kalau tak terjaga pun tak menjadi juga... 

Sedikit testimoni pengguna yang boleh Farah kongsikan untuk tatapan pembaca Bubblynotes.Com:




Ramai dah mencuba dan ramai yang dah berpuas hati dengan hasilnya, jika anda tercari-cari produk yang bersesuaian dengan anda dan prihatin tentang kesihatan kulit anda. Apa yang boleh Farah katakan, Rangkaian Rysya Skincare adalah yang terbaik yang anda perlu dapatkan... Iya... Che Ta sendiri pun menggunakannya...Kita pun dah nampak hasil serta testimoni yang Farah tempek di atas dari para pengguna... Kenapa tidak? Jika ianya sesuatu yang baik kan? 

Jika Anda Berminat Untuk Mencuba & Mendapatkan Rangkaian Produk Rysya Skincare, Sila Hubungi:

Azlinda Alin
What's App:
012 - 646 0421

Untuk maklumat selanjutnya dan pembelian. Azlinda adalah seorang Pengedar Rysya Skincare yang "reliable" dan mesra pelanggan... Percayalah... ;-)

Hujan Rintik-Rintik, Air Bergelora...

$
0
0

Hujan rintik-rintik, air bergelora... Imbauan sungguh ni sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Doodle zaman-zaman kakak dulu... He he he... Zaman-zaman sekarang ni ada lagi tak agaknya anak-anak yang menyanyi lagu ni sambil melukis? Maaf tak tau sebab baru jer ajar Iman Ash dan tak ada anak yang bersekolah sebelum ni... Maka tak tau bagaimana persekitaran persekolahan sekarang ni. 

Cara melukisnya melalui gambar infografik dari blog wawazdonut.blogspot.com



Manalah tau kot-kot terlupa kan pada yang pernah melalui fasa ni. Nganga mulut Ash bila hari ni Mommy ajar melukis sambil menyanyi kan? Tapi memang mengimbau betullah... Zaman kecil kan zaman yang indah... Kalau nak ingat-ingatkan balik memang banyak perkara yang boleh dikongsikan serta diceritakan. Dan mungkin apa yang kita lalui sewaktu zaman kecil tu hampir serupa walau tak sama... ;-).

Tarik Mengkarung, Simpul Biawak...

$
0
0
Sumber dari Google
Ya ampunnn... Yucksss, sungguh Farah geli tengok sisik mengkarung ni! Walaupun gambar ni cantik resolusi dan juga "angle"nya... Tapi tetap geli! Ha ha ha, dah tau geli lagi nak tempek gambar ni yer tak? Bukan nak cerita tentang mengkarung pun sebenarnya... Dan boleh jangka dah kan dari tajuk entri ni pun sebenarnya nak cerita tentang apa???

Tentang ni haa...

Sumber dari Google 

Ini kalau kena boleh nangis ooo... Sakit!!! Orang kata wanita hamil selalu kena nih! Tapi ketahuilah bahawasanya wanita yang tidak mempunyai isi di dalam perut pun kerap juga terkena. Contoh paling dekat adalah Puan punya Bubblynotes.Com. Dah jadi macam hidap-hidap dah oiii.... Selalu terkenanya adalah pada bahagian betis... Ya Allah, seksanya rasa... Tak tau nak cakap macam mana. Siapa yang dah pernah mengalami tu taulah macam mana kan? Sakit dia tu, perghhh susah nak digambarkan... Wakakaka... Redha dan pasrah jer lah bila dah terkena... Kalau sejuk yang mana dah tentu-tentulah sejuk setiap malam suhu bilik kami kerana Iman Ash tak kira hujan lebat ke, petir dan kilat sabung-menyabung ke tetap nak suhu sejuk dari penghawa dingin. 

Kalau sejuk tu dah boleh jangka dah mesti terkena. Dalam erti kata lain memang kerap Farah terkena tarik mengkarung atau simpul biawak nih! Kalau salah teknik menggeliat pun boleh terkena juga. Haihlahhh... Dan teringat juga masa Iman Ash masih di dalam perut dulu... Masa dia belum lahir. Kena sesekali dia datang tarik mengkarung atau simpul biawak ni... ya ampunnn... Dulu ke sekarang ni ke kalau terkena ada masa-masa tu kannn... Leleh ooo air mata nih... Masa ngandung Iman Ash tu bila kena, masa sorang-sorang pula tu... Masa suami tak ada... Ha ha ha, adoiii derita merana rasa... Ambillah minyak panas sendiri, sapulah kat kaki sendiri pada tempat-tempat yang terjangkau... Yang tak terjangkau tu tak boleh nak buat apalah kan? Nak buat macam mana... Orang perempuan ni macam mana pun nak kena berdikari sendiri... 

Alhamdulillah jugalah masa tu Nek Ma Ash akan kerap jenguk bila Farah tidur malam-malam. Kadang-kadang dia yang sapukan minyak panas dan urut sampai Farah terlena dan kemudian bangun-bangun pagi, tengok-tengok ada stokin tersarung di kaki. 

Secara saintifiknya, tarik mengkarung atau simpul biawak, atau "muscle cramp" ini terjadi sebab otot-otot kita berada dalam keadaan ketat ("tight") akibat aktiviti cergas, kemudian tidak dilonggarkan atau direnggangkan terlebih dahulu sebelum kita berehat. Walaupun semasa kita berehat, badan kita memang relaks tetapi otot masih kekal dalam keadaan ketat. Ditambah dengan kekurangan air dalam badan dan juga asid laktik pada otot tidak dinyahkan, menyebabkan otot akan mengalami kesakitan. Biasanya, ia terjadi bila kita melakukan aktiviti sukan, contohnya main bola, tanpa melakukan regangan terlebih dahulu. 

Kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin berlaku di bahagian-bahagian lain seperti peha, perut, tumit dan juga tapak kaki. Penyebab utama? Adalah kerana keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan. 

Dululah Farah pernah terbaca satu artikel senarai cara untuk menghilangkan atau menyahkan mengkarung atau biawak tu dari terus bersimpul kat urat kita... He he he... 

1. Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekaligus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

2. Membengkokkan kaki atau betis ke arah badan yang mana Farah memang selalu buat yang ini. Pada peringkat awal semestinyalah ianya amat menyakitkan namun ia akan memberi kelegaan yang paling segera. 

3. Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak hujung tapak kaki. 

4. Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah belu dalam otot yang menyebabkan ia berlarutan. Alhamdulillah setakat ni tak pernah seserius ini. Hu hu hu. 

5. Tuaman menggunakan ais juga boleg melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot. Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya. 

6. Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukupnya juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot. 

Itu apa yang pernah Farah baca... Syukurlah dan untunglaaa siapa yang tak pernah merasa serangan tarik mengkarung atau simpul biawak tu... Yang pernah terkena dan sering terkena, bila dah lama-lama pasti boleh jangka apa tanda nak terkena... Macam Farah ni haaa, kadang-kadang tak jadi nak menggeliat bila tiba-tiba ada naluri nak terkena... Ha ha ha... 

Sambal Udang Goreng

$
0
0

Selalunya, sambal udang dimasak tanpa udang perlu digoreng terlebih dahulu. Itu kebiasaannya dan memang Farah sendiri serta kebanyakan orang masak begitu. Masak sambal udang cara yang biasa... 

Hari ini, tergerak hati untuk mencuba atau mengolah sedikit cara tradisi memasak sambal udang ni. Sesekali kannn? Ada kalanya kita teringin untuk mencuba sesuatu yang baru bagi kita. Itu biasa terjadi apabila kita sudah terlalu lama berkecimpung di dapur dan memasak. Sampai satu tahap tu kita tiba-tiba akan menjadi rajin untuk mengolah atau mengubah atau mencipta resipi masakan. 

Mencuba itu tidak salah, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan dan tidak terlalu pelik. He he he... Macam hari ni, "instead of" terus masukkan udang ke kuali, Farah memilih untuk menggoreng dulu udang-udang tersebut setelah digaul kunyit. Terus ilham datang dan beri nama masakan ni Sambal Udang Goreng. Cukup mudah, cukup ringkas. 

Gaulkan udang bersama kunyit dan garam, kemudian gorengkan dan toskan. Masak seperti cara kita memasak sambal goreng ikan bilis dan kemudian masukkan udang. Masaklah sehingga masak yer tak? Sambal goreng dan sambal tumis itu berbeza... Heee bagi Farah, tapi tak taulah kalau ada yang mengatakan sama jer... Bagi Farah beza... Hua hua hua... 

Dah siap masak, kalau nak hias, hiaslah, kalau tak nak, nak terus makan jer pun boleh... Oklah, bagi diri sendiri yang masak, diri sendiri yang rasa... Ha ha ha... Tak ada yang pelik pun rasanya... Tapi macam, #ehhhh ok juga sebab boleh rasa, udang goreng tu dan dalam masa yang sama boleh rasa sambalnya... 

Okkk, mungkin ada orang lain yang dah eksplorasi cara ni terlebih dulu dari Farah dan mungkin Farah baru jer terfikir...Ahaksss...

Pelekat 3D | Aktiviti Bercerita Sambil Melekat

$
0
0

Hujan lebat kat luar tu haaa... Mana nak pergi? Takkan hujan lebat pun nak bawa Ash keluar kan? Lagipun badan dia tak berapa nak sihat ni haaa... Sekejap mering a.k.a. dedar, sekejap ok... "On, Off, On, Off"... Makanya duduk diam-diam dalam rumah jer dahlah... Tapi taklah asyik duduk buat aktiviti yang sama... Kan jadi mak-mak zaman kompetitif ni kena kreatif sikit... Ha ha ha... Perah otak untuk berfikir sikit kaedahnya... 

Keseronokkan bukan semestinya dengan aktiviti luar... Aktiviti rumah pun boleh jadi menyeronokkan jika kena gayanya... Rugilah oiii bayar rumah mahal-mahal tiap-tiap bulan tapi asyik tinggalkan rumah jer... Uhuksss kerana diriku menghargai setiap sen yang mengalir membayar ansuran rumah katanya... Sangattttlah konon... Muahahaha... Jangan ambik hati, memang tengah "mood" ting tong nih... Cakap pun jadi melalut-lalut... Denggg... 

Aktiviti bercerita sambil melekat... Tak ada cerita pun terpaksalah mereka cerita tentang ikan untuk Ash... Sama-sama menampal kami... Mula-mula ingatkan nak tampal di dinding "play room" Ash, tapi disebabkan tak nak pula pelekat ni melekat pada dinding yang menggunakan cat Nippon yang boleh dilap-lap kalau anak menconteng tu (sebenarnya nak cakap, gunakan cat jenis nih kalau anak mula nak menconteng dinding sebab mudah nak lap balik)... Bila tak berjaya sebab tertanggal, akhirnya "water cooler" jadi mangsa. Kira oklah tu kan?,"Water cooler" tu memang letak kat "play room"... 

Seronok dia main lekat-lekat pelekat sekarang ni dah... Dah mula dah revolusi tu... Mula-mula "water cooler" jadi mangsa... Tak mustahil selepas ini almari pakaian dia dan juga peti ais juga menjadi mangsa... Ha ha ha... Macam dah boleh jangka jer??? Jangan dia jadi kreatif sangat sampai televisyen pun dia nak tampal dah lahhh... Jenuh gak tu nak menanggalkan nanti...  

Bila Tiba Manja Terlebih-Lebih Dia...

$
0
0

Manja tu memang manja, itu tidak dapat dinafikan lagi. Dengan semua orang dia manja. Selagi yang dia boleh manjalah. Itulah Iman Ash. Cumanya kalau tiba angin dia nak manja terlebih-lebih tu boleh pengsan dibuatnya. Ha ha ha...Memang pengsannn... 

Macam petang semalam, selepas suapkan dia makan malam, kebiasaannya dia akan minum dari cawan khas dia. Tapiii... Semalam dia tak mau. Dia minta Farah masukkan air dalam botol susu dan pegangkan botol susu tu untuk dia. Mintalah dia pegang macam mana pun, tetap dia tak mau... "Meee ... Olll"... Maksudnya, "Mommy hold"... Amboi kemain banyak perintah dia kannn??? 

Itu tak masuk lagi bila nak tidur malam tu... Kadang-kadang bila tiba manja terlebih-lebih dia, dia rasa diri dia tu macam masih bayi baru lahir atau di usia 6 bulan... Tak nak ditepuk tapi... "Meee kong..." bermaksud Mommy dukung... Bukan dukung ajer yer. Lengkap dengan pakej berendoi, yang mana Mommy terpaksa berjoget keliling rumah malam-malam... Muahahahaha...

Kalau kecil lagi tak apa juga yer tak? Ini dah nak masuk 2 tahun dah anak oiii... Tapi tak mengapalah, nikmatilah saat-saat ini selagi ianya berada di depan mata agar ianya dapat dinikmati dengan sebaiknya sepenuhnya... Tak naklah rugi saat-saat berharga ni kan? Kerana bila Ash dah bujang nanti, inilah antara saat yang Mommy akan rindukan... ;-) 

Ini Yang Rasa Nak Beli Helikopter Sebiji Ni!!!

$
0
0
Sumber dari Google
Amboiiii, tinggi cita-cita dan angan-angan nak membeli helikopter sebiji. Kemain ko kan Farah? Ha ha ha... Manalah mampu nak membeli helikopter...Helikopter yang ini mampulah... 


Ngeee... Ini semua gara-gara semata-mata baru sampai pejabat pukul 10.15 pagi tadi disebabkan semua jalan keluar dari taman perumahan Farah semuanya dinaiki air dan ditutup laluannya. Memang jalan sesak yang amat sebab semua orang di kawasan taman perumahan Farah nak keluar pergi bekerja kan? Jalan keluar ada dua, jika nak diikut-ikut...tetapi simpang pertembungan tu, simpang empat tu air naik sampai bumbung kereta ko... Memang banyaklah kereta terkandas dan ramailah orang terkandas kan? 

Kebiasaannya kalau keluar jam 8.00 pagi dari rumah, molek-molek jer jam 8.30 pagi atau 8.45 pagi tercacak di pejabat. Hari ni??? Muahahaha... 10.15 pagi ko... Hari ini dalam sejarah...Sebab terkandas. Pada permulaannya Farah bercadang nak gunakan laluan pertama yang digunakan setiap hari, tetapi disebabkan kereta nampaknya tak bergerak, Farah pusing masuk ke laluan kedua pula... Nampak-nampak gayanya, laluan kedua pun sama, kereta tak bergerak, nampak air memang tinggi di simpang empat tu... Makanya, buatlah pusingan U dan ambil keputusan gunakan jalan nak ke Meru tetapi potong di Jalan Paip...iaitu jalan kampung... 

Nak belok kanan tak boleh, nak belok kiri tak boleh, nak belok depan tak boleh, nak belok belakang pun tak boleh... #ehhh boleh, belok belakang balik ke rumah. Ramai juga yang rasanya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Tetapi tidak Farah. Selagi ada cara untuk menyampaikan diri ke pejabat, selagi itu Farah akan cuba fikirkan. Kalau dah habis cara tu lainlah kannn??? Muahahaha... Kerja oiii, cari rezeki untuk menampung kehidupan dan anak... Selagi boleh, cuba sehabis mungkin gittew... Lagipun banyak komitmen nak dihadap... Hurmmm... 

Bila dalam keadaan begini, cara yang paling terbaik adalah hubungi "boss" terlebih dahulu iaitu Ms. Ash (haaa, jangan tak tau, nama "boss" dengan nama anak sama jer...ahakss... "coincidentally it happens to be the same nickname")... Maklumkan bahawasanya, terkandas disebabkan banjir dan nasiblah "boss" ku ini memahami ok? Jawapannya ringkas, "Dear, no worries, be safe and drive safely it's not your fault"... Tapiii, kitalah rasa tak sedap kan? Selepas dah bercakap telefon, gigih kakak menghantar laporan dari tempat kejadian. 



Sampai gittew sekali ko...Uhukss...Bukti tu penting! Farah sentiasa percaya setiap perkara harus berbukti... Memanglah "boss" tu baik, tak kisah, tapiii sebenarnya sekurang-kurangnya jika ada bukti begini, "boss" tu taulah yang kita memang "genuine"...Ha ha ha... Bukan apa, dalam "workforce" ni, dunia pekerjaan ni, dah ramai sangat yang "abuse" cuti kecemasan, cuti sakit... Dari perspektif "Human Resource" (HR) dan juga majikan, mereka sebenarnya kadang-kadang lebih suka sekiranya apa yang dikatakan itu dapat disokong dengan apa-apa dokumen atau apa jer lah yang patut. Bukannya tak percaya, tetapi sebab dah terlalu banyak kes penyalahgunaan cuti kecemasan dan juga cuti sakit kannn??? Ecewahhh...Mentang-mentanglah berpayungkan di bawah bahagian HR, cakap pun konon-konon di bawah perspektif HR lah sangattt kakak ni kan? 

Haaa, nak nak lagi kakak ni duduk bawah payung HR, kenalah jaga sikit kan? #ehhh jaga banyak...Jangan sampai orang soh seh soh seh kata...Mentanglah-mentanglah HR, boleh buat sesuka hati jer...Tak mo tak mo... Cakap jer, tak ada siapa pun yang cakap setakat ni sebab kakak memang awal sampai pejabat setiap hari...Nilah pertama kali nih...Disebabkan banjir ni... "Stress" kakak tau... Muahahaha...Sampai macam-macam kerja dibuat... Termasuklah draf entri ni dan masukkan masa setelah sampai pejabat sewaktu nak "publish"... Punyalah bosan di dalam kereta tadi... 

Apa-apa pun yang penting sampai... Dan yang penting tiada cuti kecemasan hari ini... Alhamdulillah... ;-) Semuanya ni gara-gara, hujan lebat tanpa henti di waktu hujung minggu...Kesian pula ada fasa-fasa perumahan yang mana kereta mereka ditenggelami air dan pasti perabot serta peralatan elektrik mereka di tingkat bawah rosak terendam air... Ini bukan kali pertama jadi dalam tahun 2015 ni di kawasan perumahan Farah, dah kali kedua dah terjadi... Mujurlah fasa perumahan Farah tidak termasuk di dalam kategori tanah rendah yang boleh ditenggelami air... Kalau tidak memang masalah juga jadinya kannn? Syukurlah... 

Tips Latih Anak Rajin Solat

$
0
0

Apa yang dapat dilihat di dalam gambar di atas, macam tulah gaya Iman Ash bila lihat Mommy, Atuk atau Nek Ma bersolat. Bila kami bersolat, dia pun sibuk nak mengikut sama dan memang dia betul-betul mengikut. Dia minat dan dia suka apa sahaja yang berbentuk keagamaan. Itu yang Farah perasan. Alhamdulillah...Bukan nak berbangga diri ataupun berniat nak jadi riak, tetapi ini adalah salah satu perkembangan Ash yang membuatkan Farah terasa, sejuknya perut Mommy mengandungkan Ash. Rajin pakai kopiah, rajin mengikut dalam bahasa dia yang tersendiri berzikir terutama "La Illah Ha Illallah"... Sepenuh perasaan pula tu... Nek Ma Ash siap kata... "Dik, anak ko ni tokohnya warak ni..."...Hu hu hu... Tak boleh nak kata dan tak boleh nak agak, sebab usia dia masih muda lagi...Akan tetapi jika benar...Alhamdulillah, syukur Ya Allah...Siapa tak suka bila ada anak yang soleh, anak yang cinta pada Allah SWT dan anak yang cinta kepada agama Islam itu sendiri kan? Mommy doakan yang terbaik buat Ash... 

Memang Farah ni tak adalah dalam mana pengetahuan agamanya, Farah masih mencari dan masih belajar dan masih cuba untuk mempertingkatkan kualiti amal ibadah Farah. Farah juga bukanlah di dalam kategori yang alim ulama itu. Namun Farah tak pernah rasa rendah diri dengan kekurangan itu kerana Farah percaya tetap ada ruang di mana-mana sahaja untuk kita menimba ilmu. Walaupun pengetahuan agama Farah ni tidaklah sedalam mana sehingga boleh berbicara seolah-olah diri ini arif sangat tentang agama atau berbunyi seperti ustazah... He he he... Farah tidak pernah lupa untuk mendidik Ash tentang agama Islam. Mana mungkin Farah lupa kan? Itu akar umbi kita sebagai Muslim dan penting untuk perkembangan Ash... 

Farah pernah berkongsi tentang Usia Terbaik Melatih Anak Solat... dan kali ini Farah ingin berkongsi dengan pembaca Bubblynotes.Com tentang tips melatih anak rajin solat melalui artikel yang Farah baca di SINI untuk pengetahuan keibubapaan kita bersama... Yang dah pakar, yang dah tau tu, kalau tak nak membaca perkongsian Farah pun tak apa... :-) ... Tiada paksaan... 

Sumber dari SINI
Mendidik kanak-kanak melakukan ibadat solat hukumnya adalah WAJIB. Kewajipan mendidik kanak-kanak melakukan ibadat solat ketika mereka mencapai usia 7 tahun dan dibolehkan memukul dengan pukulan yang tidak mencederakan mereka jika enggan mengerjakan solat apabila mencapai usia 10 tahun. Ini disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang sewaktu mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu mereka itu berumur sepuluh tahun. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga panduan berikut boleh dipraktikkan bersama-sama oleh kita yang bergelar ibu bapa di dalam mendidik anak-anak tentang kewajipan mengerjakan solat.

Biasakan Anak Mendengar Laungan Azan
Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandangan di masjid berhampiran atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan. Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.

Ajar Anak Doa Selepas Azan
Anak kecil sangat cepat mencerap apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. Oleh itu, rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan. Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak anda boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.

Didik Solat Sejak Bayi
Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama? Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya. Haaa, yang ini pernah Farah kongsikan di dalam entri Farah dulu yang bertajuk Cara Solat Sambil Mendukung Bayi, Atuk Ash rajin dukung Ash masa bayi dulu... Ia boleh dilakukan oleh ibu atau bapa. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin membesar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.

Ajar Anak Mengambil Wudhu'
Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wudhu', biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wudhu' secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.

Dengarkan Anak Bacaan Dalam Solat
Biasakan anak mendengar bacaan dalam solat anda dengan membacanya kuat sedikit ketika bersolat. Anda juga boleh membacanya ketika di luar waktu solat. Jika selalu mendengarnya tidak mustahil anak anda cepat menghafalnya.

Solat Berjemaah
Amalan solat berjemaah dengan keluarga diakui petua berkesan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu, ajak anak solat bersama jika boleh pada setiap waktu solat. Kebiasaan ini akan menjadi benteng tarbiah terkuat dalam diri anak akan keutamaan mengerjakan solat berjemaah terutama bagi anak lelaki.

Ajar Anak Berwirid
Biasakan anak anda mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama. 

Berdoa Untuk Anak
Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh/solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan bapa. Tentu sahaja mereka akan berasa gembira kerana ibu atau bapa menyebut namanya dalam doa tersebut. 

Berikan Anak Pujian
Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu, jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ia dapat menyuntik semangat mereka untuk terus bersolat dengan tertib. 

Tegur Kesilapan Solat Anak
Sekiranya anak melakukan kesilapan ketika bersolat, tegur kesilapan tersebut selepas selesai berdoa. Teguran biarlah secara berhemah iaitu meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil diiringi sedikit pujian. 

Amalkan Doa Surah Ibrahim Ayat 40
Amalkan doa dari Surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang sentiasa mengerjakan solat. Maksud ayat 40 Surah Ibrahim: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. 

Bila anak berminat, itu tanda yang baik dan permulaan yang baik. Namun jika sekiranya anak belum menunjukkan tanda-tanda mereka berminat, jangan bimbang, jangan gusar dan jangan khuatir...Perlahan-lahan kita cuba didik mereka... :-) ... Didik anak ni tak boleh sekaligus dan di dalam mendidik anak kita tidak boleh terlalu mengharapkan kesempurnaan seratus peratus penerimaan mereka kerana mereka baru sahaja mula belajar...Mana boleh nak bandingkan kita yang dah lama dididik ni kan? Tugas kita, jadi kita kena sabar...Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ibu bapa di luar sana juga! 

Cara Picit Jerawat Tanpa Tinggalkan Parut...

$
0
0
Sumber dari Google
Jerawat ramai orang tak suka!!! Siapa yang suka bila timbulnya atau munculnya jerawat di wajah kan? Ada tu, jenis yang gerammm jer, mata tak boleh tahan sakitnya menengok jerawat di wajah dan kotak pemikiran tak berhenti berfikir tentang jerawat sekaligus menghantar impuls rasa tidak selesa atau kurang keyakinan diri dengan penampilan wajah... Siapa tu? Bila rasa dah tak menahan mulalah tangan gatal nak picit jerawat tu kannn? 

Jangan!!! Serius Farah kata kalau macam mana rasa nak picit pun jerawat di wajah tu, tolonglah jangan sesekali picit... Itu petua Farah, sebab Farah memang tak pernah sentuh atau picit jerawat di wajah. Tak naklah berbekas dan berparut kan? Nanti jatuh pula saham kakak!!! #ehhh... Ha ha ha... Tapi, Alhamdulillah-lah setakat ini muka Farah bukan dari jenis yang berjerawat KECUALI jangan sesekali Farah pergi gatal lakukan rawatan muka ("facial"). Itu namanya memang mengundang ok? Muka Farah tidak boleh dirawat! Dia nak semulajadi macam tu jer...Orang lain dok habis puluh-puluh, ratus-ratus buat rawatan muka, ketahuilah makanya rawatan muka itu tidak termasuk dalam kos "maintenance" Farah bulan-bulan. Jimattt sikit kat situ...Ahaksss... 

Jerawat adalah masalah kulit yang selalu serang golongan wanita, tambah pula waktu "datang bulan". He he he... Sebenarnya, memang diakui, perasaan nak picit jerawat tu memang ada di dalam jiwa dan sanubari setiap orang. Tapi sayangnya, kalau anda tersalah teknik picit, jerawat yang muncul akhirnya jadi melecet atau makin teruk. Jadiii, untuk elak kulit wajah berparut, anda bolehlah cuba mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh artikel di SINI

1. Cuci tangan dan terus cuci wajah dengan air bersih menggunakan pencuci wajah. Ini bagi menghilangkan semua bakteria dan kuman yang melekat di tangan.

2. Sediakan lilin dan juga jarum.

3. Nyalakan lilin dan panaskan hujung jarum dengan api lilin. Ini untuk memastikan jarum benar-benar bersih. 

4. Ambil kapas alkohol dan sapu jerawat dengan kapas ini bagi lebih bersih. 

5. Kemudian cucuk perlahan-lahan jerawat dengan jarum bersih.

6. Biarkan jerawat keluar dari kulit. 

7. Ambil kapas yang bersih dan bersihkan wajah. 

8. Ambil ubat jerawat lalu sapukan bekas jerawat yang sudah dibersihkan.

9. Cuci wajah dan tepuk-tepuk dengan tuala kering. Siap!

Sesiapa yang nak mencuba tu, bolehlah sebab Farah tak pernah pun buat... Pssst, kalau berjaya dan memang berhasil tips ni, kongsi-kongsikanlah yer... ;-) 

Terima Kasih Di Atas Kasih Sayang...

$
0
0
Cerita berkasih-sayang pula kita pada entri kali ini... Iya, kasih sayang kepada kepada seorang anak kecil yang bernama Iman Ash. Perkongsian ini adalah semata-mata kerana meluahkan rasa terharu dan juga berterima kasih di atas pemberian hadiah hari lahir Ash yang bakal menjelma pada 26 November 2015 nanti. Jauh lagi tetapi awal-awal dah terima hadiah hari lahir. Sedangkan Mommy dia pun belum membelikan apa-apa untuk dia lagi....

Terkejut pun ada sebenarnya sebab hari Jumaat yang lepas, balik-balik jer bersusun kotak-kotak besar di luar rumah. Ahakss, tak lah terkejut mana pun sebab Nek Ma Ash dah maklumkan melalui panggilan telefon yang mana ada satu "parcel" kotak besar diterima dari pihak GDex pada sebelah pagi... dan sewaktu dalam perjalanan pulang pun Nek Ma Ash dah maklumkan melalui panggilan telefon yang mana jiran tetangga di fasa perumahan Farah datang bertandang dan memberikan hadiah berkotak besar untuk Ash sempena hari lahir Ash yang bakal tiba tak lama lagi. Yang terkejutnya adalah tak jangka pun yang kotak-kotak tu banyak dan terlalu besar, itu yang terkejutnya tu... Farah masuk-masuk jer rumah...


Tu diaaaa, dah bersusun dah permainan macam tu...Owhh, hadiah yang diterima itu tidak termasuk kereta tu yer...Kereta tu adalah hadiah hari lahir Ash pada tahun 2014 daripada datuk saudara dia... Ada motor, ada rusa kayu, ada 2 jenis lagi kenderaan yang tak reti Mommy dia nak deskripsikan...Ha ha ha...tetapi sejenis kenderaan permainanlah... dan ada juga "puzzle"... Bersusun kenderaan Ash yer? Alhamdulillah rezeki Ash... Tapi serasa ibarat taska pun ada juga tu...Muahahaha... Penuh dah rumah dengan permainan dia jer... #ehhh tapi kan kalau Ash bersusun kenderaan apabila dah dewasa kelak pun ok juga... In Shaa Allah, Mommy doakan semoga Ash berjaya dunia dan juga akhirat... ;-)... Siapa yang tidak mahu doakan yang terbaik buat anak kan?


"Puzzle" ni dihantar oleh salah seorang pembaca Bubblynotes.Com bersempena dengan hari lahir Ash nanti. Katanya hadiah dan dia tidak mahu mendedahkan identiti dirinya di dalam blog ini ataupun di mana-mana media sosial pun. Cukup sekadar kami berdua yang tahu pintanya. Allahuakbar, terima kasih banyak-banyak... Dia PM Farah dua minggu lepas dan dia minta alamat penghantaran barangan ke rumah katanya ada sedikit buah tangan untuk Ash. Farah taklah jangka yang hadiah itu sebesar ini. Serius tak tau nak cakap apa...Rasa bergenang air mata terharu pun ada... Tak sangka...Betul-betul tak sangka... Dan apa yang Farah boleh sampaikan kepada pengirim yang merupakan pembaca Bubblynotes.Com itu yang mana Farah tau dia akan membaca setiap entri berkaitan Ash...Terima kasih awak...Saya tak tau nak cakap macam mana...Ash suka sangat dengan "puzzle set" ni...


Akhirnya, segalanya dialihkan ke "play room" Ash yang sememangnya dikhaskan untuk Ash bermain di rumah tu supaya tak adalah teruk sangat nampak sepahnya dan tak adalah Mommy dia pening. Jika nak main, main sahaja di bilik tersebut dan jika nak bermain satu-satu permainan di ruang tamu, keluarkan cuma satu sahaja "at a time"... Bermain juga perlu ada peraturan supaya anak tidak lupa bahawasanya hidup ini sememangnya penuh dengan peraturan yang perlu dipatuhi serta diikuti... Hurmmm...

Untuk yang memberi, kepada jiran tetangga dan juga seorang pembaca Bubblynotes.Com yang berkenaan, terima kasih banyak-banyak di atas pemberian anda, ingatan anda serta kasih sayang yang anda berikan kepada Iman Ash. Seingat Farah, Farah tidak pernah pun meminta-minta kepada sesiapa supaya memberikan hadiah sempena dengan hari lahir Iman Ash. Dapat menyambut hari lahir Ash bersama Ash sahaja pun dah cukup membahagiakan Farah sebagai seorang Mommy. Apa pun, terima kasih banyak-banyak dan semoga Allah SWT memurahkan lagi rezeki anda semua. 

"SURVEY" | Genius Baby On Board, Shah Alam

$
0
0
Sumber dari SINI
Sejak kebelakangan ni memang sibuk Farah ni ha... Ha ha ha... Sibuk nak menyekolahkan anak! Taklah sibuk sangat nak suruh anak masuk sekolah cepat-cepat... Hari tu kami dah pergi ke kelas percubaan di HappyTots: Pertama Kali Ash Bersekolah Main... Kini Mommy dia terfikir nak menghantar Ash ke kelas percubaan di Genius Baby On Board setelah Farah merisik-risik dengan kakak Farah yang seorang ini, iaitu Kak Sal yang sememangnya rajin dan berpengalaman dah menghantar anak-anak kecilnya ke "playgroup" pada setiap hujung minggu.

Sasaran Farah adalah, untuk tempoh suku terakhir tahun 2015, Farah secara aktif mencari pusat-pusat perkembangan kanak-kanak yang bersesuaian untuk Ash yang menawarkan kelas di setiap hujung minggu. Waktu harus hujung minggu! Hari bekerja, siapa pula nak menghantar dan mengambil Ash untuk kelas yang tempohnya cuma sejam? Atuk pun kerja. Nek Ma tak reti nak pandu kereta, lagipun kedua-dua kereta dipandu oleh Atuk dan juga Mommy. Takkanlah pula nak harapkan orang lain menghantar dengan mengambil perkhidmatan kenderaan berbayar kan? Memang taklah... Farah ada satu perasaan yang memang susah nak percaya pada orang dan biarlah Farah sendiri yang bersusah payah menghantar serta ada bersama-sama Ash untuk "playgroup".

Di dalam tempoh pencarian ini, memang Farah akan membawa Ash ke kelas percubaan terlebih dahulu dan memang haruslah kita sebagai ibu bapa "survey" dengan terperinci apa yang ditawarkan, kelebihan dan juga kekurangan serta manfaatnya kepada anak-anak kita. Hendakkan sesuatu yang terbaik buat anak, memang kita kena korban masa dan juga korbankan kehendak kita yang lain-lain sedikit. Bila anak semakin membesar, sudah tiba masa untuk berfikir dengan lebih "determine", apa perkara yang kita mahukan untuk anak kita dan dengan perkara yang kita mahukan untuk anak kita tu, apakah yang perlu kita korbankan demi anak. Konsep dalam hidup yang biasa, bila kita nak sesuatu perkara ada kala kita terpaksa kurang-kurangkan sesuatu perkara yang lain ataupun korbankan perkara yang lain itu.

Kemudiannya, bila dah menghadiri ke semua kelas percubaan di tempat-tempat yang berpotensi, barulah Farah akan duduk diam seorang diri tak kiralah malam ke, memandu ke, dan menganalisis pro dan juga kontra, kelebihan serta kekurangan sesuatu pusat perkembangan kanak-kanak tu. Setelah itu barulah keputusan dilakukan.


Apa yang ada di Genius Baby On Board sepertimana yang Farah dapat baca serba sedikit dari laman web rasmi mereka? Sebenarnya kelas-kelas di Genius Baby On Board ni dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:

Sumber dari SINI
Kelas "Playgroup" dari "New Born" - 4 tahun, yang dipecahkan kepada 4 peringkat iaitu:
  • Infant (NB - 6 months)
  • Crawler (7 - 12 months)
  • Walker (12 - 18 months)
  • Runner (18 months - 4 years)
Untuk Ash sudah semestinya Farah melihat ke arah Runner (18 months - 4 years), Dan menurut penerangan di laman web rasmi Genius Baby On Board untuk peringkat atau tahap 4, mereka menggunakan Khalifah Method dalam semua modul-modul mereka. Terdapat 7 modul berstruktur yang jumlahnya adalah 68 minggu kesemuanya. Di dalam modul-modul Genius Baby On Board, mereka menekankan akidah ketuhan yang satu melalui lagu-lagu, nursery ryhme dan story telling time dengan pendekatan yang santai dan menyeronokkan. Ia bagi menjana kanak-kanak Muslim yang kompeten dan berdaya saing dalam suasana yang penuh harmoni dan saling hormat-menghormati. Sesi "playgroup" ini terdiri dari beberapa segmen-segmen tertentu dan menggunakan alat bantu mengajar yang banyak dan pelbagi bagi sesi "playgroup" lebih menarik dan berkesan. Ia meningkatkan skil anak dan cara fikir anak dalam banyak perkara, meningkatkan konsentrasi, daya saing, pergaulan sosial, sharing & taking turn dan banyak lagi.

Genius Baby On Board mempunyai beberapa segmen di dalam "playgroup" tahap 4 iaitu Circle Time, Warming Up Session, Story Circle, Music & Singing Time, Phonics Time, Active Play (yang akan mengandungi pelbagai aktiviti yang berbeza setiap minggu bagi menjana minda anak dengan cara yang menyeronokkan dan santai) dan juga Art Session bagi mengukuhkan kuasa otak kanan mereka. Selain itu, pihak Genius Baby On Board juga akan menggunakan peralatan seperti ribbon streamers, balls, ping pong maracas, egg maracas, bubbles, wood sticks, bean bag, parachute play dan pelbagai instrumen muzik dalam kelas mereka untuk menjadikan anak lebih kreatif dan berkeyakinan dalam pergaulan sosial. 

Untuk kanak-kanak di tahap 4, ini akan mengambil masa 1 jam - 1 jam suku untuk satu sesi, sekali dalam seminggu. 

Secara peribadi, Farah baru sahaja menghubungi Teacher Azie dari Genius Baby On Board untuk bertanyakan tentang kelas dan juga pendaftaran. Farah merancang ingin membawa Ash ke kelas percubaan di Genius Baby On Board pada waktu yang bersesuaian. 

Jika menurut laman web rasmi Genius Baby On Board, Terdapat 2 kos yang perlu dibayar iaitu:

Yuran Pendaftaran : 
RM 150 setahun (perlu dibayar sekali sahaja untuk tempoh setahun) dan anak anda akan menerima:

*Bag Non-Woven Istimewa
*Sehelai T-Shirt Playgroup Khas untuk anak anda.
*Button Badge istimewa GBOB
*Kad Keahlian SuperKid
*Pelekat kereta keluaran khas Genius Baby On Board

*Diskaun 5% untuk produk pendidikan & permainan di Genius Baby On Board untuk tempoh setahun.

*Baucar Diskaun Seminar ECE di Genius Baby On Board

*Baucar Diskaun RM5 tajaan Perfume For All

*Kupon Diskaun RM 5 tajaan Genius Baby On Board

*Pati haruman 2cc tajaan Perfume For All

*"Brochure" berkaitan

Yuran Kelas:

Sesi Sepenuh Masa
RM 50 / kelas (perlu dibayar untuk 4 kelas sekaligus setiap bulan) menjadikan jumlahnya RM200.00 sebulan.

Sesi Separuh Masa:
RM 55 / kelas

JUMLAH PENUH (ketika pertama kali mendaftarkan diri):

RM 350.00 sahaja (Sepenuh Masa)
RM 150.00 sahaja (Separuh Masa)

Menurut Teacher Azie, pada waktu ini mereka sedang mengadakan promosi yang mana Teacher Azie akan hantarkan kepada Farah informasi yang berkaitan hari ini melalui What's App. Yang Farah nak tau sekarang... Apakah perbezaan di antara sesi sepenuh masa dan juga sesi separuh masa yang ditawarkan? Masih menanti jawapan itu sekarang ini...Thee Hee Hee... 

Antara lokasi Cawangan Genius Baby On Board adalah:

HQ @ GBOB Puchong
No. 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1
Taman Meranti Jaya
47120 Puchong
Selangor Darul Ehsan

GBOB Bandar Botanic Klang
No.79, Jalan Ramin 1/KS7
Bandar Botanic, Klang
41200 Selangor Darul Ehsan

GBOB Shah Alam
No.102B, Jalan Pelabur A 23/A
Seksyen 23
40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Untuk Pertanyaan / Maklumat Lanjut:

Puchong
016 - 2033 340

Shah Alam
012 - 2877 516

Klang
017 - 5614 606


*Pelajaran tu tak kenal tempat, tak kenal usia, semenjak lahir pun kita belajar banyak perkara yer tak? Jadi tak salah bermula dari awal... 

Hari Ni Episod Akhir Hello Mr. Perfect Dah...

$
0
0
Sumber dari Google
Sejak terpaut dengan Transformasi Fattah Amin, ha ha ha, memang setiap petang Farah tak pernah ketinggalan dari menonton siri Hello Mr. Perfect ni hah... Entah kenapa, berminat dengan cerita ni tapi tak adalah sampai lagha... Walaupun, pukul 7.00 petang itu siarannya Farah mungkin sedang di dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat. Farah tetap tidak pernah ketinggalan untuk menonton. Bagaimanakah caranya??? Tonton "online streaming" melalui telefon lerrrr... Sambil-sambil memandu, sambil kerling-kerling...Iya memang berbahaya...Sila ambil tahu yer... Mata pada skrin telefon ketika kenderaan tidak bergerak dan selebihnya hanya mendengar audio. Muahahaha, jadilah... Dari nan hado... Ehemm... Produksi Hello Mr. Perfect patut terharu dengan maklum balas penonton ni tau! Ahaksss...gurau-gurau jer... 

Bermakna, walaupun tidak dapat menonton secara khusyuk tetapi masih lagi mendengar audio, kira-kira macam dengar drama radio dah lah...Bha ha ha... Pejam celik pejam celik, dah sampai dah ke episod kemuncak Hello Mr. Perfect ni...Lepas ni tak dapat dah nak tengok Alya dan Izzul lagi dah... Ha ha ha... Kalau nak tengok juga, sila tengok episod yang sedia ada secara ulangan melalui atas talian...Pun bolehhhh kannn??? 

Tak dapatlah nak kongsi sinopsis dari novel di sini kannn? Nanti tak ada pula kejutan pada yang belum membaca novel Hello Mr. Perfect nih... Lepas ni rasanya Fattah Amin ada projek baru lagi... Ada satu tu, tajuk dia Cik Siti kalau mengikut #... Ha ha ha...dan lagi satu kalau tak silap projek Fattah Amin...Awaklah Imam Saya... Awww tajuk "touchy" sangat... Ha ha ha... 

Yang dok suka lagu "Sorry Sorry Sayangku" dari Nomad eh nama dia? Lepas ni dah tak dengar lagilah lagu tu petang-petang di TV3 dah... ;-) ... Selamat menonton kepada semua "follower" tegar siri Hello Mr. Perfect... "Enjoy the grand finale peeps!!!" 

*Standby, pukul 7 tepat-tepat buka TV3 dari dalam kereta... 
Viewing all 3928 articles
Browse latest View live