Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Dan Naluri Keibuan Ini Tersentuh.... Sob Sob...

$
0
0
Iolss tersentuh membaca coretan maya Dr. Amirul ini di FB beliau di SINIdan bagaimana pula dengan uolss???

Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila2 masa Allah boleh ambil semula. 

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan2 di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila2 masa Dia boleh ambik balik. 

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila2 masa Dia boleh ambil balik. 

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila2 masa dia boleh ambil kembali. 

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat2, diagah2 pula. Ahh, mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang menangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila2 masa Allah boleh ambil kembali. 

Ya Allah...Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini... Tetapi masih aku banyak bunyi...Ampunkan aku Ya Allah...Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku...Dia milikMu...Bila2 masa kau boleh ambil kembali...  

I Love My Son!!! Sob sob sob...and never ever mengeluh dengan kehadiran Ash dalam hidup iolss!!! Never!!! I Love My Son so very the much till the end....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles