Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Tips Jauhi Gigi Dari Terus Berlubang!!!

$
0
0
Source Extracted from Google
Sapo ado masalah gigi berlubang??? Ha ha ha, tak perlu angkat tangan laju2 dan tak perlu beritahu... Biarlah menjadi rahsia uolss kalau perlu dirahsiakan dan dirasakan kalau didedahkan akan menjadi keaiban pada uolss... Tapi iolss takdo... Gigi masih ok lagi sehingga ke saat ini walaupun lactose intolerant... Alhamdulillah atas kekuatan gigi yang Allah beri ni... 

Tapi bagi mereka2 yang mungkin mengalami masalah gigi berlubang ni...iolss ada satu artikel yang dipetik dari SINI untuk dikongsikan bersama buat pengetahuan serta info kita bersama tentang bagaimana cara atau tips untuk jauhi gigi dari terus berlubang... 

Kaedah menampal gigi berlubang merupakan cara paling baik untuk mencegah gigi daripada berlubang lebih teruk. Kalau iolss tak silaplah kawan iolss pernah cakap ada dua jenis tampalan...satu yang warna putih satu lagi yang berwarna hitam... Tapi, bila cerita tentang gigi berlubang ni, masih ada jugak yang takut untuk berjumpa dengan dentist kannn??? Ha ha ha, part part dentist ni, iolss adalah salah sorang dari yang terlibat...Memang sedari kecik penakut dentist uolss... Booyah!!! Sila gelakkan iolss...Ha ha ha... Entah tak tau kenapa seram dan seriau pulak tengok machine2 tu semua...nak nak lagi yang theyolls panggil gerudi tu...ngilu jer dengar bunyinya kannn??? Hu hu hu...tidaklah... 

Apakah tips2nya??? 
  1.  Setelah makan, usahakan untuk berkumur2 dengan air putih. Kemudian, setelah sejam uolss makan, pergilah memberus gigi. Perlu diketahui bahawa memberus gigi sebaik selepas makan akan mengakibatkan enamel gigi semakin menipis dan seterusnya mengakibatkan gigi mudah rapuh.
  2. Pastikan uolss menggunakan berus gigi yang sesuai. Pilihlah jenis berus gigi yang halus dan juga mampu menjangkau bahagian gigi yang paling dalam serta di celah2 gigi.
  3. Gunakan ubat gigi yang mengandungi florida. Meskipun gigi telah berlubang sebelumnya, langkah ini baik untuk mencegah bertambah luas lubang pada gigi.
  4. Pilihlah jenis makanan yang tidak banyak mengandungi karbohidrat. Jenis makanan karbohidrat akan menimbulkan sisa2 yang akan melekat pada gigi.
  5. Selain itu, uolss juga boleh mengunyah gula2 getah. Gula2 getah juga sebenarnya membantu uolss kekal fokus serta baik sebagai pembersih gigi setelah makan. Pastikan uolss memilih jenis gula2 getah yang tidak mengandungi banyak gula.
So mungkin uolss boleh cuba dan mungkin berkesan...Yelah kalau dah ada masalah gigi berlubang kalau boleh tak naklah jadi worst kann??? Sampai kekadang tu ada yang hilang gigi sebab gigi dah berlubang serious sangat... Kalau boleh diselamatkan haruslah diselamatkan giteww... Betul tak??? Tapi, gigi berlubang ni mesti sakit kann uolss??? Perghh, time2 sakit gigi ler selalunya orang kata rasa nak menampar orang jer kalau silap sikit.... Hu hu hu....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles