![]() |
Source Extracted from Google |
Tertarik dengan satu article yang di baca di SINI...
Jangan cakap x serupa bikin! Waspadalah... Kita memang disuruh untuk mengajak manusia lain agar melakukan kebaikan dan menegah dari melakukan kemungkaran. Ada ganjaran besar dari sisi Allah akan perbuatan yang mulia itu jika dilakukan ikhlas kerana Allah dan caranya pula menepati syariat Islam. Allahuakbar!
Walaupun kita digalakkan melakukan dakwah, menyuruh manusia lain agar melakukan kebaikan dan menegah dari melakukan kemungkaran, namun di sana juga terdapat ancaman yang menanti kita sekiranya kita culas terhadap seruan tersebut. Apatah lagi sekiranya kita sibuk mengajak orang lain, walhal diri sendiri kita lupa untuk mematuhinya. Bak kata orang 'cakap x serupa bikin'.
Bukan sedikit manusia yang terjebak dalam situasi begini. Bahkan setiap individu terutamanya ibu bapa, para pendidik, pendakwah dan pemimpin amat berisiko terdedah dengannya sekiranya tidak berwaspada. Dan ancaman bagi sesiapa yang bersifat begini bukan calang2 dahsyatnya. Allah Ta'ala sangat melarang hambaNYA dari memiliki sifat seumpama 'cakap tak serupa bikin' ini sebagaimana yang telah disebut di dalam nas Al-Quran dan juga melalui kalam RasulNYA seperti berikut:
Allah Ta'ala berfirman:

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal?" - Surah al-Baqarah, 2:44


"Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kaum memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." - Surah as-Saf, 61: 2-3
Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah RA 'anhuma berkata, saya mendengar Rasullah SAW bersabda:
” يُؤتى بالرجل يومَ القيامةِ . فيُلقى في النارِ . فتندلِقَ أقتابُ بطنِه . فيدورُ بها كما يدورُ الحمارُ بالرَّحى . فيجتمع إليه أهلُ النارِ . فيقولون : يا فلانُ ! مالَكَ ؟ ألم تكن تأمرُ بالمعروفِ وتنهى عن المنكرِ ؟ فيقول : بلى . قد كنتُ آمُرُ بالمعروفِ ولا آتِيه ، وأنهى عن المنكرِ وآتِيه “
"Didatangkan seorang lelaki pada Hari Kiamat, lalu dicampakkan dia ke dalam Api Neraka. Maka terkeluarlah usus dari perutnya. Lalu dia berputar2 dengannya sebagaimana berputarnya seekor keldai di dalam penggiling. Lantas penghuni neraka berkumpul dan bertanya:
"Wahai fulan, kenapa kamu begini? Bukankah kamu dulu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran?"
Maka lelaki itu menjawab:
"Ya, bahkan benar. Saya dulu menyuruh kepada kebaikan tetapi saya sendiri tidak melakukannya. Dan saya mencegah kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya". (HR al-Bukhari & Muslim)
Dengan mengetahui ancaman melalui nas2 di atas, semoga ia mengejutkan diri kita semua. Sama2lah kita insafi dan berwaspada akan diri kita sendiri. Marilah kita sama2 muhasabah banyak manakah seruan2 dan nasihat2 yang telah keluar dari mulut kita, ditaip oleh jari kita, dan ditulis dek tangan kita yang kita tujukan kepada orang lain sedangkan diri kita belum lagi melaksanakannya? Inilah masalah untuk kita renungi diri sebelum Malakul Maut datang menyebabkan mati, dan nasib di akhirat memasrah diri.
Kepada Allah lah kita sama2 memohon keampunan, hidayah dan taufiq.
Perkongsian apa yang saya baca ini, sekadar mengingatkan diri sendiri...