![]() |
Source Extracted from Google |
Kalau dah buat tajuk entri pelik2 tu, maksudnya ini semua adalah keywords carian mereka2 yang di luar sana tu... Hurmm... Dan ini mungkin sangkut kerana entri INI...Uikk pelik ke tajuk ni, tak adalah sangat kannn???
![]() |
Source Extracted from Google |
Ok, iolss tak pelat ok, tapi ini lirik lagu... *_^... Nak cerita lebih2 iolss bukan doktor pakar pun dan tak pernah mengalami situasi ni... Tapi kawan2 adalah... hurmm... ok... cubalah mana yang termampu yer... dari petikan artikel di SINI...
Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan pelat disebabkan oleh lidah yang pendek atua tebal. Sebenarnya, tiada istilah lidah pendek ataupun tebal, hal ini kerana panjang lidah seseorang tidaklah terlalu berbeza.
Bagi yang menghadapi masalah dan ingin menyelesaikan masalah ini... pernah tak uols pergi berjumpa doktor??? Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan "frenulum linguae", yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat. Huruf seperti R, S, F dan banyak lagi...
"Frenulum Linguae"dapat dilihat apabila uolss menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek "frenulum linguae"inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan.
Penyelesaian???
- Menjalani terapi pertuturan (speech theraphy) dengan syarat, memang tiada kelainan atau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang uolss hadapi ini.
- Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut.
- Boleh juga dapatkan nasihat pakar terapi pertuturan.